Adam Adli’s SAGA #101 Apakah Yang Adam Adli Mahu ?

•2013-05-24 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Apakah Yang Adam Adli Mahu ?

Baru-baru ini, dunia remaja dan anak-anak muda jadi gempar angkara seorang anak muda yang bernama Adam Adli. Nama penuh beliau ialah Adam Adli bin Halim Hamid dari Pulau Pinang, mengikut kata anak Acik (Ayah/Abang+cik). Tak salah Acik, Adam nilah juga anak muda yang suatu ketika dulu membuat kecoh dengan menurunkan potret Perdana Menteri Malaysia yang amat diagungkan itu dari puncak sebatang tiang. Akibat insiden itu beliau digantung tanpa tali oleh UPSI.

Kalau ikut fikiran Acik yang agak sempit ini, apa perlunya menggantungkan pengajian beliau itu. Sekalipun beliau melakukan perbuatan “bodoh” seumpama itu, bukannya sampai beliau membunuh atau mencederakan sesiapa pun. Lebih munasabah jika sekiranya beliau digantung kerana gagal untuk lulus mana-mana matapelajaran yang wajib lulus.

Sebenarnya Acik tak bercadang mencerita panjang lebar tentang latar belakang adik Adam Adli. Nak cerita apa jika yang Acik tahu tentang beliau adalah apa yang terbaca dalam media-media saja. Jadi apa yang nak Acik komen adalah dari beberapa aspek lain saja.

Samada anda yang membaca ini setuju ataupun tidak, ia adalah hak masing-masing. Ia lebih merupakan persepsi peribadi Acik. Boleh jadi ia serasi dengan hakikat, boleh jadi juga ia bercanggah. Acik percaya dalam negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, setiap individu bebas membuat apa juga komen berdasarkan persepsi. Jika persepsinya bercanggah dengan reality sekali pun, beliau tak patut didakwa di mana-mana mahkamah.

Contohnya, jika beliau kata daun itu biru (bukan hijau) berdasarkan persepsinya, bolehkah sesiapa nak mendakwa beliau di mahkamah atas persepsi salahnya itu. Acik kira begitu juga dengan persepsi beliau terhadap sesuatu agensi kerajaan atau sesuatu tindakan agensi tersebut. Jika persepsinya ialah SPR itu tak adil maka hak dialah nak berpersepsi demikian.

Mungkin kerana beliau nampak beberapa insiden dimana penipuan pilihan raya berlaku di hadapan mata kepalanya. Tetapi tidak ada apa-apa inisiatif dari pihak SPR untuk membendungnya. Maka kerana itu beliau lalu membuat persepsi negatif itu tehadap SPR.

SPR pula kenalah menerima realiti bahawa pelanggannya adalah umpama cermin. Jika imej nya dalam cermin itu buruk maka itulah imej sebenar dirinya yang dilihat oleh pelanggannya. Janganlah pula imej buruk cermin nak dipersalahkan. Jika diusahalah untuk memperbaiki dirinya, imejnya pasti akan turut menjadi baik secara otomatik.

Apa yang dilakukan oleh adik Adam Adli bukanlah satu masaalah yang signifiken sebenarnya. Sebaliknya, ia adalah satu simtom kepada masalah lain yang lebih besar yang sedang dihadapi negara kita. Ia adalah satu manifestasi bahawa negara ini tidak diurus dengan baik. Tidak diurus dengan cara yang boleh ditoleransi oleh rata-rata rakyat.

Bila ia telah melampau ke tahap tidak lagi boleh ditoleransi oleh mana-mana pihak, bukan kata manusia yang berakal akan menzahirkan protes, malah kera dan monyet pun akan membantah. Ini pernah dibuktikan oleh satu kajian yang telah dibuat terhadap dua ekor monyet. Dengan memberi layanan yang berbeza di antara kedua-duanya, monyet yang tidak puashati telah menunjukkan protesnya dengan cara melempar objek yang diberi kepadanya.

Jika monyet pun pandai protes terhadap “double standard” yang dilakukan terhadap dirinya, apatah lagi seorang siswa seperti Adam Adli. Layanan “double standard” seolah-olah tidak dianggap penting lagi untuk diberi perhatian di negara kita ini. Mungkin kerana terlalu biasa berlaku insiden “double standard” ini maka ia dianggap seperti suatu fenomena yang terpaksa diterima oleh semua rakyat.

Contohnya, layanan yang diberi terhadap seorang anak VIP tidak sama dengan seorang anak rakyat biasa. Jika bapanya menteri, lebih-lebih lagi menteri perdana, peluangnya untuk berjaya amat cerah dalam bidang apa jua yang diceburi, Peluang yang sama tidak pula diberi kepada anak-anak rakyat biasa.

Faktor kecerdikan, ketinggian kelulusan akedemik, kepandaian berfikir dan lain-lain masih tidak mampu bersaing dengan seorang yang statusnya adalah anak VIP. Adakalanya logik akal pun tak boleh terima. Misalnya, bolehkah dalam usia yang tersangat muda seseorang itu menjadi “billionair” jika bapanya bukan seorang VIP ?

Khususnya dalam PRU13 yang baru lalu, berbagai-bagai insiden “double standard” telah terdedah kepada umum. Tak payah Acik nak terangkan lagi di sini kerana ia adalah umpama sudah terang lagi bersuluh. Jika BN menggunakan segala media milik awam (radio, tv, akhbar dan lain-lain) untuk berkempen kenapakah parti-parti politik lain tidak dibenarkan,

Sebaik parlimen dan DUN dibubarkan, BN bukan lagi pemerintah. Status BN sama saja dengan PR iaitu sebagai sebuah parti politik yang sah. Oleh itu penggunaan sebarang harta awam untuk berkempen memenangkan mana-mana parti politik adalah sebenarnya suatu tindakan pecah amanah atau jenayah. Ia umpama seorang pemandu yang bangang yang menganggap kereta kompeni seperti kereta miliknya. Sila baca dalam CEREKANA berikut: www.4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/

Rakyat yang masih jahil dan bodoh, terutama di luar-luar bandar tidak akan nampak “double standard” yang dipraktikkan BN itu. Jika sekiranya mereka turut nampak pun, mereka tidak anggap ia sebagai satu pengkhiatan terhadap amanah rakyat. Sebaliknya mereka seolah-olah mengiktiraf ianya sebagai hak bagi parti yang memerintah iaitu BN. Malah bagi mereka, parti apa pun bila sudah berkuasa akan tetap melakukan perkara yang sama.

Anggapan tersebut adalah seperti seorang yang berkata kepada kawannya, “engkau pun kalau jadi polis akan sama saja (makan rasuah)”. Seolah-olah orang yang berkata demikian itu sendiri merestui rasuah dan menganggap polis dan rasuah adalah saudara kembar siam yang agak mustahil nak dipisahkan.

Sepatutnya kita tidak wajar mensinomimkan polis dengan amalan rasuah. Bukan semua polis terlibat dengan rasuah. Tentu ada yang bersih sepertimana beberapa orang polis yang Acik kenal. Mengutuk sesiapa juga yang rasuah adalah wajar. Perasuah tidak semestinya polis saja. Tidak semestinya kastam atau penguatkuasa yang lain saja.

Tak mustahil seorang pengetua sekolah pun ada yang terlibat dengan rasuah. Hatta hakim pun boleh terperangkap dengan rasuah di peringkat profail tinggi. Tidak ketinggalan yang bekemungkinan terpaksa rasuah ialah pegawai-pegawai SPR yang menguruskan PRU13 baru-baru ini.

Rasuah tak semestinya melibatkan wang. Menghalang seseorang petugas dari melaksanakan tugasnya adalah juga dikira sebagai rasuah. Ia adalah suatu penyalahgunaan kuasa yang hukumnya sebagai rasuah. DSAI kena hukuman penjara enam tahun dahulu adalah kerana disabitkan dengan kesalahan rasuah kategori ini.

Jadi jika ada pegawai SPR yang menghalang wakil-wakil parti yang telah diberi tauliah dari menjalankan tugasnya bagi memastikan tidak berlaku apa-apa kesilapan teknikal (lebih-lebih lagi yang berunsur penipuan) sepanjang proses perjalanan PRU13, bukankah itu juga suatu rasuah ?

Acik percaya apa yang Acik timbulkan ini juga nampak dilihat oleh anak-anak muda seperti adik Adam Adli. Mereka tidak lagi dapat bertoleransi dengan segala perlakuan buruk dan penipuan yang dipamirkan oleh pihak-pihak tertentu sejak menjelang PRU13 hinggalah selepas BN mengistiharkan dirinya menang dan berhak memerintah.

Malah bukan sekadar itu saja. Mereka sebenarnya telah pun membuat penilaian terhadap kualiti pemerintahan yang dihidangkan BN kepada rakyat sejak sekian lama. Bila membandingkannya dengan potensi yang mereka nampak ada pada PR untuk menghidangkan pemerintahan yang jauh lebih baik, sudah tentu mereka mahu melakukan suatu anjakan paradigma.

Rata-rata anak-anak muda seperti adik Adam Adli inginkan suatu pemerintahan yang lebih menjamin masa hadapan mereka. Manifesto pilihanraya yang digubal dan diwar-warkan oleh PR amat serasi bagi anak-anak Malaysia yang cerdik dan berwawasan seperti beliau. Serasi dengan mereka yang ingin membebaskan diri dari perangkap kebodohan dan kejahilan.

Rata-rata anak-anak muda merasakan bahawa mendapat pendidikan percuma bukan lagi satu kemujuran, sebaliknya satu hak yang wajib disediakan oleh sesiapa juga yang menjadi pemerintah. Demi mencapai apa yang dihasratkan itu, mereka turut berusaha untuk memenangkan PR dalam PRU13 dulu. Mereka berusaha mengikut cara yang dibenarkan oleh perlembagaan dan undang-undang yang berprinsipkan demokrasi.

Malangnya apa yang mereka perjuangkan hampa. Hampa bukan kerana mereka tidak cukup berusaha. Hampa bukan kerana tidak dapat menambahkan sokongan rakyat kepada PR. Bagi penilaian mereka sendiri terhadap usaha mereka, mereka sebenarnya telah melakukan yang terdaya dan terbaik untuk memenangkan PR.

Mereka penuh yakin majoriti rakyat kini telah berhijrah dari menyokong BN kepada PR. Walaupun ianya berdasarkan persepsi, tetapi persepsi yang sama juga dikongsi oleh majoriti rakyat. Ini dapat dilihat di mana-mana ceramah yang diadakan oleh PR. Oleh itu mereka penuh yakin bahawa PR akan menang dalam PRU13. Dan seluruh rakyat akan berjaya menikmati perubahan positif selepas PRU13 hasil dari PR memerintah Malaysia.

Acik percaya Adam Adli dan rakan-rakan mudanya yang lain, masih mampu bersabar dan menerima kekalahan parti yang mereka sokong itu sekiranya ia adalah kekalahan yang tulen. Tetapi, apa yang menyebabkan mereka tidak boleh terima ialah kerana mereka tidak boleh percaya bahawa keputusan tersebut adalah tulen.

Dengan kata lain, kemenangan BN adalah kemenangan palsu berdasarkan persepsi dan kepercayaan mereka. Kemenangan BN adalah hasil dari pelbagai penipuan yang didalangi pelbagai agensi awam amnya dan SPR khususnya dengan disubahati oleh JPN.

Pengundi-pengundi HANTU turut mengundi menangkan BN

http://www.youtube.com/watch?v=evSD8SjsV-0&feature=youtu.be

Berdasarkan persepsi mereka, SPR telah tidak berlaku adil semata-mata demi untuk memberi kemenangan kepada BN. Sedangkan tanggungjawab SPR ialah untuk berlaku adil, tidak memihak kepada mana-mana parti yang bertanding dalam mana-mana pilihanraya yang dikendalikannya. Kata peribahasa Melayu, harapkan pagar, pagar makan padi.

Yang lebih menyakitkan hati kebanyakan anak-anak muda seperti adik Adam Adli serta seluruh rakyat termasuk Acik ialah sikap pihak SPR. Dengan begitu angkuh SPR menafikan segala kerja kotor mereka itu. Kata peribahasa Melayu yang lain “tak mengaku berak atas jalan” walaupun semua mata anak-anak muda seperti adik Adam Adli dan rakan-rakannya telah nampak bahawa yang melakukannya (berak atas jalan) adalah SPR. Kini SPR menggunakan strategi penafian dan cuba menegakkan benang basah bagi membebaskan diri dari segala kesalahan yang nyata dilakukannya.

Sekiranya peluang dan kaedah untuk melakukan perubahan dengan cara yang dilunaskan oleh undang-undang telah dikhianati oleh pihak yang dipertanggungjawabkan, masih adakah cara lain selain dari cara yang diharamkan undang-undang ? Itulah agaknya soalan mudah yang tercetus dari fikiran adik Adam Adli dan rakan-rakannya. Akibat berlakunya pelbagai penipuan dengan amat ketara dalam perjalanan PRU13 baru-baru ini, banyak pihak berpendapat bahawa pilihan raya bukan lagi kaedah yang boleh dipercayai untuk melakukan perubahan.

Pendek kata, dengan sikap “double standard” yang dipraktikkan oleh SPR dan segala ketidak jujuran pelbagai agesi kerajaan dalam melaksanakan PRU, sampai bila-bila pun BN tak akan kalah dan PR tak akan menang. Inilah agaknya persepsi adik Adam Adli serta rakan-rakannya.

Maka itu agaknya kenapa adik Adam Adli dan anak-anak muda yang berani seperti beliau telah muncul di tengah-tengah khalayak bagi menzahirkan bantahan terhadap penipuan yang ditaja oleh BN dan dilaksanakan oleh barua-baruanya seperti yang dijelaskan oleh aktivis veteran, Saudara Hishamudin Rais dalam tulisannya: https://4uni2c.com/2013/03/23/4uni2c-13323-barua-dan-jentera-daulah-hishamuddin-rais/

Ini menjawab soalan “Apakah yang Adam Adli mahu ?” di atas. Bukan adik Adam Adli dan rakan-rakannya saja yang menzahirkan bantahan, malah semua rakyat Malaysia yang inginkan PR menang dalam PRU13 lepas kini sedang menzahirkan bantahan masing-masing. Itu sebabnya maka ramai yang sanggup menghazirkan diri di perhimpunan “Blackout 505” yang telah diadakan di beberapa bandar utama Malaysia. Acik percaya, perhimpunan yang telah terbukti aman itu adalah hasil kerjasama polis yang mulai faham prinsip demokrasi dan semangat “mesra rakyat” yang telah menjadi slogan perkhidmatan mereka sejak sekian lama itu .

Adalah amat dikesali jika sekiranya perhimpunan aman yang dijadualkan esok 25 Mei 2013 di Amcort Mall, Petaling Jaya, dinodai oleh mana-mana pihak terutamanya oleh anggota keselamatan sendiri. Anggota keselamatan memanglah tugasnya menjamin keamanan terhadap rakyat. Manakala perlembagaan Malaysia pula memberi peruntukan hak kepada rakyat jelata untuk berhimpun secara aman.

Jika keamanan perhimpunan esok dinodai sesiapa, rakyat dengan sendirinya akan dapat meneka siapakah yang empunya angkara tersebut. Jiika bukan angkara Menteri baru yang menguasai pasukan keselamatan sekarang ini siapa lagi ? Semoga di perhimpunan aman esok tidaklah berlaku apa provokasi dari mana-mana anggota keselamatan, yang boleh diumpamakan sebagai, “harapkan pagar, pagar makan padi”

Wallahualam.

d a u l a t r a k y a t !

Lain-lain TAJUK yang RELEVAN :

https://4uni2c.com/2013/05/05/4uni2c-13505-spr-penipu-atau-tertipu/

https://4uni2c.com/2013/05/12/4uni2c-13512-pelbagai-penipuan-dalam-pru13/

Analisis keputsan PRU: Sila KLIK para berikut:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=643284375700211&set=a.510432918985358.125792.506985305996786&type=1&theater.

SELINGAN:

Nazri : “Mahathir is FATHER of RACISM and Dia Yang Serang Tunku”
Sila KLIK para berikut:

https://www.facebook.com/photo.php?v=346023522186800&set=vb.162138223914613&type=2&theater

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com

Ahmad’s SAGA #022 CAHAYA di hujung terowong

•2013-05-18 • Leave a Comment

Ahmad’s SAGA #022:  CAHAYA di hujung terowong

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

CAHAYA Di hujung terowong

Beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Acik (Ayah/Abang+cik) bersama beberapa orang ahli keluarga ke Johor Bahru lagi. Perbicaraan terhadap Ahmad disambung lagi pada 29April hingga 2Mei 2013. Sessi kali ini sangat menarik bagi Acik dan ahli-ahli keluarga lain yang turut mengikuti perbicaraan tersebut. Kami seolah-olah mulai nampak cahaya di hujung terowong. Saksi utama iaitu pegawai yang mengetuai tangkapan ke atas Ahmad dipanggil untuk memberi keterangan. Sebelumnya, yang dipanggil ialah pakar komputer dari unit forensik PDRM.  Dan sebelumnya pula ialah pakar komputer dari Cyber Secuity. Kedua-dua pakar komputer tersebut adalah datang memberi keterangan untuk kali kedua.

Yang agak menarik perhatian Acik dan ahli-ahli keluarga yang mengikuti perbicaraan tersebut ialah apabila peguambela dapat menunjukkan beberapa percanggahan fakta yang diberi oleh saksi utama berkenaan.  Dalam laporan bertulisnya, beliau mendakwa bahawa semasa tiba ke pejabat tempat Ahmad bertugas, Ahmad sedang berada di pejabat tersebut. Sebaliknya semasa berada dalam kandang saksi, beliau mengakui bahawa Ahmad belum ada di pejabatnya ketika beliau sampai. Ahmad hanya tiba kemudian, iaitu selepas komputer di biliknya sudah siap diperiksa oleh pakar forensik PDRM. Oleh itu apa-apa pun boleh berlaku keatas komputer tersebut semasa Ahmad belum sampai.

Bagi Acik, percanggahan fakta berkenaan boleh meberi implikasi wujudnya unsur-unsur ketidakjujuran. “Ada” dengan “tidak ada” adalah satu percanggahan yang amat nyata. Ia macam “diwajibkan” dengan “diharamkan” melakukan sesuatu. Juga seperti timur dan barat. Mendekati timur bermakna menjauhi barat. Begitulah sebaliknya. Sekiranya saksi berkenaan benar dalam membuat laporan bertulis, implikasinya ialah beliau telah memberi keterangan yang salah di dalam kandang saksi. Sedangkan sebelum memberi sebarang keterangan beliau telah mengangkat sumpah memberi jaminan bahawa segala kesaksiannya adalah benar.  Tiada ada yang tak benar melainkan benar belaka. Memberi kesaksian palsu adalah suatu  “perjury” mengikut istilah undang-undang.

Mungkin “perjury” tidak dianggap suatu kesalahan serius di Malaysia. Tetapi ia dianggap serius di negara maju seperti Amerika Syarikat. Pernah seorang bekas Presiden Amerika Syarikat telah didakwa terlibat dengan suatu skendal. Namun skendal tersebut bukanlah sesuatu yang dianggap serius bagi masyarakat di negara tersebut. Akan tetapi kes mahkamah terhadap beliau menjadi begitu panas apabila Presiden berkenaan telah dikaitkan dengan kesalahan “perjury”.  Apa pun, bagi Acik percanggahan fakta tersebut tetap menjejaskan kredibiliti seseroang saksi di mahkamah.  Andainya Acik merupakan seorang hakim, maka keterangan saksi yang sebegini akan Acik ketepikan saja kerana keboleh-percayaannya boleh dipertikaikan. Tapi taklah pula nak sabitkannya dengan “perjury” kerana Malaysia bukanlah Amerika Syarikat.

Selain dari fakta yang bercanggah antara yang dalam laporan bertulis dangan keterangan yang diberi dalam kandang saksi, ada pula suatu dokumen yang dikenalpasti oleh peguambela yangmana tanda tangan di dalamnya meragukan.  Ia tidak menyakinkan beliau (peguambela) bahawa tanda tangan tersebut adalah tulen kecuali dapat disahkan ketulenannya oleh pakar forensik tulisan. Acik lihat reaksi saksi utama tersebut menggambarkan bahawa keraguan peguambela itu mempunyai asas yang kukuh.

Satu lagi fakta yang agak menarik ialah dakwaan oleh pakar forensik PDRM bahawa beliau telah dapat menjumpai kesan yang boleh dijadikan bukti bahawa pemilik akaun Zul Yahya itu adalah Ahmad. Mengikut beliau, kata laluan untuk masuk (log in) ke dalam akaun Zul Yahya telah dijumpai di dalam telefon mudahalih milik Ahmad. Dengan menggunakan kata laluan tersebut beliau telah berjaya memasuki (log in) ke dalam akaun Zul Yahya itu. Ini membuktikan bahawa Ahmad adalah pemilik akaun Face Book Zul Yahya.  Namun, bila peguambela minta beliau cuba memasuki (log in) semula ke dalam akaun tersebut dengan menggunakan kata laluan yang sama, pakar forensik tersebut kantoi.  Alasan beliau ialah kata laluan tersebut telah dipinda oleh pemiliknya. Siapa pemilik yang dimaksudnya itu, beliau mengakui bahawa beliau tak tahu. Kalau beliau tak tahu, maknanya bukan Ahmadlah kut.

Mendengar keterangan pakar forensik tersebut, apa yang terlintas dalam pemikiran Acik ketika itu adalah beberapa kemungkinan. Kemungkinan pertama ialah pihak yang mendakwa telah pernah berjaya masuk (log in) ke dalam akaun Zul Yahya adalah pemilik sebenar akaun tersebut. Jika tidak, masakan beliau berjaya memasuki ke dalamnya. Selepas memasuki ke dalamnya beliau sendiri yang membuat perubahan terhadap kata laluan akaun tersebut.  Status seseorang itu bukanlah satu hujah kukuh bagi menentukan samada beliau tidak melakukan sesuatu ataupun sebaliknya.  Seorang mantan perdana menteri Malaysia yang semua orang tahu pernah “imply”,  malaikat pun belum tentu tak melakukan sesuatu kesalahan.  Jadi apalah sangat seorang pakar komputer di kandang saksi yang terikat dengan perbagai obligasi terhadap boss dan majikannya.

Satu lagi kemungkinan ialah, kata laluan yang didakwa oleh saksi tersebut sebagai kata laluan yang digunakan untuk masuk (log in) ke dalam akaun Face Book Zul Yahya itu bukanlah kata laluan sebenarnya.  Pakar forensic komputer berkenaan hanya membuat dakwaan saja. Dakwaan tersebut mungkin juga benar, mungkin juga sebaliknya. Beliau mungkin juga telah berjaya memasuki (log in) ke dalam akaun Zul Yahya sebagaimana yang didakwanya, mungkin juga sekadar mencuba saja tetapi tak pernah berjaya.  Malah mungkin tak pernah mencuba pun.

Jika dalam laporan bertulisnya memang ada dicatitkan bahawa beliau pernah berjaya memasuki (log in) ke dalam akauan Zul Yahya, dakwaan tanpa bukti yang sahih tetap boleh menimbulkan keraguan yang melampau. Bagi setiap orang Islam, tulisan yang tak boleh dipertikaikan hanyalah ayat-ayat al Quran saja. Bagi setiap ayat, malah perkataan yang tertera dalam al Quran, meyakini kebenarannya adalah wajib. Sekali pun mustahil akan dapat dibuktikan kebenarannya itu oleh sesiapapun, dulu, kini dan selama-lamanya. Oleh itu, sekadar suatu laporan bertulis dari seorang saksi saja, maka sudah pasti  ia boleh dipertikaikan.

Kemudian timbul satu lagi fakta yang bercanggah antara yang diberi oleh pakar komputer  dari Cyber Security  dengan pakar forensik PDRM.  Pakar forensik PDRM mendakwa bahawa segala yang ditaip ke dalam komputer  akan tersimpan dalam “keyboard cache”.  Ini membolehkan beliau mengesan kata laluan yang ditaip Ahmad untuk memasuki (log in) ke dalam akaun Zul Yahya. Sebaliknya, mengikut keterangan pakar dari Cyber Security pula, segala yang ditaip akan disimpan dalam “keyboard cache” tetapi ada kecualinya.  Kecualinya itu ialah kata laluan untuk memasuki ke dalam apa-apa juga akaun termasuk akaun Face Book.

Bagi Acik, dengan mengambil-kira prinsip kerahsiaan yang dijamin oleh pencipta komputer,  dakwaan oleh pakar komputer dari Cyber Security adalah lebih wajar diterima dan dipercayai.  Jika dakwaan oleh pakar forensik PDRM tersebut lebih diyakini, apa gunanya mewujudkan satu kaedah dimana kata laluan itu perlu dirahsiakan.  Dari segi teknikal, memang Acik tak nafikan bahawa pencipta komputer mampu membuat supaya segala-galanya yang ditaip ke dalam komputer boleh dikesan.  Namun Acik lebih percaya bahawa demi menghormati perinsip kerahsian pengguna, pencipta komputer telah dengan sengaja mencipta agar kata laluan tidak direkod di mana-mana tempat di dalam sistem komputer selain di pengkalan data yang dikawal rapi oleh penyedia applikasi berkenaan. Contohnya, penyedia applikasi laman sosial Face Book saja yang mampu mengenalpasti apakah kata laluan bagi akaun Face Book Zul Yahya.

Andainya pendakwa masih nak dapatkan juga kata laluan terkini bagi akaun Face Book Zul Yahya, Acik tak nampak jalan lain yang ada melainkan mendapatkan kerjasama dari penyedia lama sosial Face Book berkenaan.   Acik bukan nak melarang pendakwa dari menghubungi penyedia laman sosial Face Book tersebut demi mendapatkan kata laluan berkenaan.  Cuma  Acik nak tanya, berbaloikah melakukannya ?  Takut-takut  bukan saja yang dipohon tak dapat, bertambah besar pula jadinya kemaluan Malaysia di mata dunia yang sedang mengikuti perbicarran kes Ahmad ini.

Sebagai rumusan, apa yang ingin Acik sampaikan di sini ialah pihak pendakwa belum berjaya membuktikan melampaui keraguan (beyond reasonable doubt) bahawa pemilik akaun Face Book Zul Yahya itu adalah Ahmad. Jika Ahmad masih juga disabitkan dengan kesalahan berkenaan, maka itu adalah hak pihak hakim yang diberi kuasa untuk membuat keputusan.  Ia harus dihormati. Sebagai ayah kepada OKT Ahmad, mungkin kerana bias terhadap anak sendiri, maka pendirian Acik adalah demikian rupa. Rengkasnya, bagi Acik, Ahmad tetap tak bersalah. Ungkapan inilah yang Acik sempat lafazkan kepada H.E. Dato’ Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah (seorang peguam veteran), ketika berpeluang bertemu beliau baru-baru ini. Kebetulan,  Dato’ Shafee adalah rakan se kelas dengan Acik ketika di tingkatan 6 dahulu.  Beliau junior sikit dari hakim J.L.Ohara dan hakim Zulkefli Ahmad Makinudin di sekolah yang sama.  Dr. Shafee hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya kepada Acik.

Walahualam.

Tajuk-tajuk lain yang berkaitan:

Ahmad’s SAGA #021:  https://4uni2c.com/2013/02/28/ahmads-saga-021-undang-undang-perlu-dihormati-semua/

Ahmad’s SAGA #023:  https://4uni2c.com/2013/06/27/ahmads-saga-023-wujud-kes-prima-facie/

SELINGAN:

Nazri : “Mahathir is FATHER of RACISM and Dia Yang Serang Tunku”  Sila KLIK di bawah:

4uni2c #13518 Mari Tolak RACISMA !

•2013-05-18 • Leave a Comment

4uni2c #13518 Mari Tolak RACISMA !

*** Untuk menCARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

 

Nazri : “Mahathir is FATHER of RACISM and Dia Yang Serang Tunku”

Sila KLIK para berikut:

4uni2c #13512: Pelbagai peNIPUan dalam PRU13

•2013-05-12 • Leave a Comment

4uni2c #13512: Pelbagai peNIPUan dalam PRU13

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

 

Pelbagai peNIPUan dalam PRU13

Di salin dari Face Book Tuan Ibrahim Tuan Man pada 12Mei 2013

Dipetik dari Whatsapp. Sekadar berkongsi.

 

UMNO TIPU rakyat dengan Politik Wang.

 

Kenapa Najib tak layak jadi PM ?

Ini kalilah !     UBAH !       Ini kalilah !      UBAH !

4uni2c #13505 SPR: Penipu atau Tertipu ?

•2013-05-05 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

SELINGAN:

Kenapa Najib tak layak jadi PM ?

SPR: Penipu atau Tertipu ?

 

Acik (Ayah/Abang+cik) pulang ke kampung semalam (2013 Mei 05) semata-mata untuk membuang undi di Tasek Gelugor (P42 & N4). Jika nak ikutkan masalah kewangan, rasanya tak berbaloi untuk pulang begitu jauh semata-mata untuk membuang undi. Namun perasaan tersebut mudah-mudahan akan bertukar menjadi berbaloi sekiranya calon yang Acik undi itu menang. Inilah sumbangan yang Acik mampu beri sebagai warga negara demokrasi di hujung hayat.

Namun Acik rasa amat terkilan dengan apa yang dialami selepas membuang undi. Dakwat “kekal” yang dicalit pada jari telunjuk kiri Acik rupa-rupanya indah khabar dari rupa. Apa tidaknya, balik basuh guna sabun basuh pakaian saja pun dah boleh tanggal. Di mana letaknya status “kekal”nya pada dakwat tersebut yang kononnya boleh kekal hingga 5 hari ?

Mungkin bagi seluruh rakyat, ini bukanlah satu isu atau perkara yang layak dijadikan isu. Mungkin ada dua sebab mengapa ia tak dianggap mereka  isu atau layak dijadikan isu. Pertama kerana masing-masing dah agak awal-awal lagi bahawa dakwat kekal hanya gimik politik SPR semata-mata, bukan perkara yang serius.

Kedua kerana masing-masing tak nampak akan implikasi buruk jika dakwat yang sepatutnya “kekal” itu berubah menjadi “tanggal”. Malah mungkin masing-masing rasa lega bila dakwat tersebut dapat dibersihkan dari jarinya sebaik sahaja pulang dari membuang undi. Pendek kata, mungkin masing-masing tidak rasa sensitif langsung terhadap status dakwat yang dicalit pada jari telunjuk kiri masing-masing itu.

Yang agak sensitif hanyalah aktivis-aktivis parti bukan BN. Merekalah sebenarnya yang menuntut supaya dakwat kekal diperkenalkan dalam proses pilihan raya. Tujuannya ialah supaya seseorang yang telah membuang undi tidak lagi boleh membuang undi bagi kali kedua dan seterusnya.

Dengan adanya “dakwat kekal” di jari seseorang pemilih, maka susahlah beliau untuk  membuang undi di tempat lain selepas itu. Ia akan dapat dikesan dengan mudah oleh pihak yang bertugas di tempat-tempat pembuangan undi yang lain.

Dengan kata mudah, “dakwat kekal” ini sebenarnya membantu pihak SPR untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan jujur, telus, adil, mudah lagi berkesan. Walaupun kaedah ini nampaknya agak kuno, namun jika ia diuruskan dengan jujur tentu ada hasil positif yang boleh diraih. Kalaupun penipuan tak dapat dihapuskan 100%, sekurang-kurangnya ia mampu mengurangkannya dengan agak signifikan.

Contohnya, jika ada diantara ribuan pengundi awal yang cuba membuang undi pada hari pengundian umum 5Mei 2013 yang lepas,  pihak yang bertugas di tempat membuang undi akan mudah mengesan mereka berdasarkan dakwat kekal di jari telunjuk kiri mereka. Namun sangat malang kerana dakwat yang digunakan tidak mampu berfungsi sebagaimana yang diwar-warkan.

Hakikat ini tak perlu Acik buktikan lagi sebab sudah cerah lagi bersuluh.  Setiap kita yang telah membuang undi mengakui bahawa ianya tanggal bila dibasuh dengan sabun sebaik saja pulang dari tempat mengundi.  Oleh itu tidak mustahil bahawa ada pengundi-pengundi awal yang turut sama mengundi untuk kali kedua, malah kali ketiga atau ke empat.

Kemungkinan seseorang pengundi membuang undi lebih dari sekali memang tidak dapat dinafikan. Ini kerana telah dapat dibuktikan oleh pihak PR bahawa agak ramai pengundi yang nama dan butir-butir peribadinya wujud lebih dari sekali dalam senarai pendaftaran pemilih.  Sekalipun mereka ini tidak datang sendiri ke tempat pembuangan undi, namun undi mereka masih boleh dimunafaatkan oleh pihak-pihak tertentu.

Inikan pula jika mereka datang sendiri  untuk membuang undi bagi kali kedua dan seterusnya. Dalam keadaan dimana senarai pendaftaran pemilih masih bercelaru atau tidak bersih, maka “dakwat kekal” sangatlah diperlukan. Ini tak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak. Kecualilah oleh mereka yang nawaitunya ialah untuk menang secara menipu, “by hook or by crook”.

Sepatutnya perlaksanaan penggunaan dakwat kekal bukan dicadangkan oleh pihak parti-parti pembangkang. Sebaliknya inisiatifnya harus datang dari pihak SPR sendiri jika ia benar-benar ingin menjalankan tugasnya bukan saja dengan adil malah dilihat adil dan berkecuali. Tapi apakan daya, keadaannya adalah sebaliknya.

SPR seolah-olah tidak berapa berminat untuk melaksanakan kaedah keselamatan yang dicadang atau dituntut oleh pihak pembangkang. Agaknya, itu sebabnya perlaksanaan dakwat kekal dibatalkan di saat-saat akhir menjelang PRU12 dahulu. Walhal, beberapa juta ringgit wang negara telah pun dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal yang diperlukan untuk PRU12 tersebut.

Sikap kurang berminat SPR terhadap “dakwat kekal” juga nampaknya terdedah dalam PRU13 ini. Jika SPR berminat terhadap “dakwat kekal”, maka tak mungkin akan berlaku sepertimana yang Acik timbulkan di sini. Sebaliknya dakwat yang digunakan bagi PRU13 itu sudah pasti yang benar-benar bersifat kekal.

Bukan saja kekal sekadar 5 hari sepertimana yang diwar-warkan, malah lebih lama dari itu. Malangnya, realitinya ialah dakwat tersebut bukan kata nak kekal hingga 5 hari, 5 jam pun tak mampu ia. Apa maksudnya ini ?

Acik  tak kata pun SPR menipu pengundi dengan mencalit dakwat kekal yang hakikatnya tak kekal.  Tetapi kalau masih ramai pengundi yang kata SPR menipu mereka, apa boleh Acik buat. Itu hak masing-masinglah nak menilai sendiri tahap profesionalisma dan kejujuran SPR.

Jadi janganlah pula nak salahkan Acik jika majoriti rakyat menuding jari ke arah SPR sambil mulut mereka berkata, “SPR penipu !”. Malah jangan marah jika ada yang melabelkan  SPR sebagai “Suruhanjaya Penipu Rakyat”. Kata orang, berani buat beranilah tanggung.

Namun bagi Acik, melabelkan  SPR sebagai penipu semata-mata kerana dakwat kekal yang tak kekal itu, adalah amat keterlaluan. Acik lebih suka memberi “benefit of doubt”,  kata orang putih, dalam isu dakwat kekal ini. Siapa boleh nafi akan kemungkinan bahawa SPR sebenarnya tak tahupun bahawa dakwat yang dibekalkan kepadanya itu sifatnya tidak kekal.

Biasanya orang yang sifatnya jujur, susah nak ada prasangka buruk terhadap pihak lain. Dia sangka semua orang lain pun jujur macam dirinya juga. Kalau dirinya baik, maka orang lain pun disangkanya baik macam dirinya juga. Mungkin inilah sifat mulia pihak SPR yang harus Acik puji.

Malangnya, wajar Acik nyatakan juga bahawa bukan semua pihak akan jujur terhadap kita walaupun kita jujur terhadap mereka. SPR tak sepatutnya “take for granted” bahawa dakwat kekal yang dibekalkan kepadanya adalah tulen. SPR kena buat ujian terlebih dulu di makmal SIRIM sebelum mengagihkannya ke tempat-tempat pembuangan undi.

Lebih-lebih lagi jika pembekalnya adalah kroni kepada pihak-pihak yang mahukan partinya menang selesa dalam PRU13 ini. Kroni berkenaan sudah pasti mahukan pihak berkenaan menang. Kalau tak boleh “by hook”, “by crook” pun tak apa, asalkan menang.

Pendek kata, penipu sebenarnya bukanlah SPR tetapi pembekal dakwat kekal yang tak kekal. Rupa-rupanya nasib SPR adalah sama saja dengan nasib pengundi iaitu sama-sama telah menjadi mangsa penipuan oleh pembekal “dakwat kekal” yang tak kekal itu. Acik harap pihak berkuasa yang berkenaan akan mengambil tindakan wajar terhadap pembekal dakwat tersebut sebaik saja menubuh kerajaan nanti. Kalau boleh buatlah siasatan supaya implikasi dari kegagalan dakwat kekal itu berfungsi dapat diketahui.

Maksud Acik ialah mencadangkan agar kerajaan menyiasat untuk mengetahui betul atau tidak, ada dikalangan mereka yang telah mengundi awal turut sama membuang undi untuk kali kedua atau pun ketiga pada 5Mei lepas. Acik percaya, ramai rakyat terutama dari pihak pembangkang akan menyokong dan mengalu-alukan cadangan Acik ini. Mungkin ini adalah satu cara untuk membuktikan kepada seluruh pengundi bahawa SPR tak berniat langsung menipu mereka dengan mencalitkan “dakwat kekal” yang hakikatnya “dakwat tanggal”.

Tanpa berbuat sesuatu, rakyat akan tetap membuat presumption atau tanggapan bahawa kemenangan yang diraih oleh BN dalam PRU13 adalah kemenangan yang tidak tulen.  Ini kerana, rakyat rata-rata nampak dengan mata kepala sendiri betapa ketaranya sokongan rakyat terhadap parti pembangkang menjelang PRU13.

Ia jauh melebihi sambutan yang diberi rakyat kepada pembangkang menjelang PRU-PRU yang sebelumnya. Keputusan yang dijangkakan bagi pihak mereka tentulah akan jauh lebih baik dari PRU12. Tiba-tiba keputusan yang menjelma itu adalah sebaliknya. Amat mengecewakan mereka, malah menghairankan banyak pihak.

Dakwat kekal yang tidak kekal itu mungkin tidak penting bagi setengah pihak. Namun bagi pihak lain ianya adalah satu simtom atau manifestasi wujudnya penipuan-penipuan lain. Bagi mereka, jika perkara yang nyata di hadapan mata kepala mereka sendiri pun  ditipu oleh SPR, apakan pula dengan perkara-perkara yang tidak nampak.

Wallahualam.

 

d a u l a t    r a k y a t   !

 

 

Lain-lain PenCERAHan  yang relevan:

Mejar (P) Zaidi # 01 : Icon PRU 13

https://4uni2c.com/2013/05/24/adam-adlis-saga-101-apakah-yang-adam-adli-mahu/

https://4uni2c.com/2013/05/12/4uni2c-13512-pelbagai-penipuan-dalam-pru13/

Untuk ke menu UTAMA sila KLIK  http://www.4uni2c.com

 

Analisis keputsan PRU:  Sila KLIK para berikut:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=643284375700211&set=a.510432918985358.125792.506985305996786&type=1&theater.

CEREKANA # 13422 Al Maha-TIRI Wal Maha-TIRU

•2013-04-22 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

.

Al Maha-TIRI Wal Maha-TIRU

.

Maha-TIRI dan Maha-TIRU adalah dua ketul watak busuk. Hubungan mereka antara satu dengan yang lain, sangatlah intim. Bak kata pepatah Melayu, “macam isi dengan kuku”. Masing-masing sangat kuat bekerjasama, saling bantu membantu untuk sama-sama mencapai kepentingan dan aspirasi masing-masing. Mereka, tak ubah “macam aur dengan tebing”

Kata aur kepada tebing, “mujurlah ada demo, maka dapatlah ambo menumpang tumbuh”.

“Begitulah juga demo” sahut tebing, “kalu tak ada demo dah lamo ambo terhakis dek arus sungai yang deras ni”.

Namun, kadangkala hubungan kedua mereka lebih mirip umpama pokok dengan dendalu. Maha-TIRI umpama pokok, manakala Maha-TIRU umpama dendalu. Mati pokok matilah dendalu, tetapi mati dendalu pokok masih boleh hidup malah lebih subur. Ini menyebabkan Maha-TIRU lebih menjaga Maha-TIRI agar jangan mati, berbanding Maha-TIRI terhadap Maha-TIRU.

Dalam Islam sikap berbaik-baik dan bekerjasama memanglah sangat digalakkan. Malah dijanjikan pahala oleh Allah S.W.T. Dua insan yang bersama dan berpisah kerana Allah, bakal dilindungi di bawah arasy Allah di akhirat nanti. Mereka dikira sekelas dengan golongan pemimpin yang adil. Sekelas dengan pemuda yang hatinya tertambat dengan masjid. Sekelas dengan orang yang selalu bangun malam beribadat dan menangis kerana kagum dengan kebesaran Allah dengan penuh insaf akan kelemahan diri sendiri.

Turut termasuk ke dalam kategori golongan yang bakal mendapat lindungan arasy Allah itu ialah lelaki yang diajak berzina oleh perempuan cantik lalu ditolaknya semata-mata kerana takut kepada Allah. Se lagi ialah penderma yang ikhlas. Ia tidak suka menunjuk-nunjuk sifat dermawannya kepada sesiapa jua. Hatta keikhlasannya itu diibaratkan seolah-olah tangan kirinya tidak sedar bahawa tangan kanannya sedang menghulurkan derma atau sedekah.

Begitu sekali hebatnya martabat Maha-TIRI dan Maha-TIRU sekiranya hubungan rapat mereka adalah semata-mata kerana Allah. Bukan sekadar nawaitu saja. Malah ia mestilah dengan mengikut lunas-lunas tertentu yang digariskan oleh Islam. Bukannya “the end justifies the means” iaitu prinsip popular yang diterimapakai oleh kebanyakan pemimpin kini agar penyelewengan masing-masing bukan saja tidak dianggap salah, malah perlu.

Tetapi sayang, Maha-TIRI dan Maha-TIRU yang nak diperkenalkan untuk iktibar ini bukanlah bersifat demikian. Sebaliknya mereka berdua ini adalah insan-insan yang paling banyak menimpakan kesusahan di muka bumi ini. Tindak-tanduk mereka adalah yang bukan-bukan. Namun akibatnya bukanlah mereka sendiri yang menanggungnya. Sebaliknya, orang lain pula yang dibebankan. Sedangkan mereka sendiri bersenang lenang dan bersedap-sedapan menikmati hasil tindakan kotor masing-masing.

Pendek kata, kesenangan yang dinikmati mereka adalah di atas kesusahan dan kesengsaraan orang lain. Mereka ini bukanlah yakjuj dan makjuj yang sering kita dengar diceritakan oleh tok-tok guru dan ustaz. Jadi siapakah mereka ini yang sebenarnya ?  Kita perlu kenal kedua-dua watak busuk ini supaya dapat sama-sama kita awasi angkara mereka sebelum ia menjadi begitu gawat dan sukar untuk dibendung lagi.

Untuk mengenali mereka, maka perlulah kita membaca dua buah kisah berikut terlebih dahulu. Maha-TIRI boleh pembaca kenali setelah membaca dan memahami watak utama dalam kisah “Mad Joned”. Manakala bagi mengenali Maha-TIRU pula pembaca perlulah membaca dan memahami “Kisah Gajah Berak Kek”.

Selamat membaca .

(Perhatian: Kedua-dua cerita berikut adalah CErita REKaan ANAlogi (CEREKANA) sahaja. Ia tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu, samada yang masih hidup maupun yang telah mati, kecuali secara kebetulan. Cerita ini relevan dengan novel SHIT karangan  Datuk Dr.Shanon Ahmad. Oleh itu pembaca disarankan agar turut membaca SHIT untuk lebih mudah menghayati CEREKANA ini)

Al Maha-TIRI wal Maha-TIRU

Watak durjana sepanjang semasa

Watak ini kerana ditiru

Rosak negara, agama dan bangsa

******************** $$$$$$$$$$ ***************** $$$$$$$ *****************

.

Kisah Mad Joned

Tidak berapa dekad yang silam, di sebuah pulau yang agak terpencil, terdapat seorang pemuda bergelar Mad Joned. Kononnya nama Joned yang sebenar ialah Joned bin Koned. Perkataan “Mad” telah ditambah oleh seorang pelancong orang Mad Saleh (Inggeris) yang berkunjung ke pulau tersebut suatu ketika dahulu. “Mad” dalam bahasa Mad Saleh bermaksud “gila”. Pelancong Mad Saleh berkenaan mungkin menganggap Joned kurang siuman atau gila.

Semasa kunjungannya ke pulau itu dahulu, pelancong tersebut telah terlihat telatah Joned melompat dari satu pohon kelapa ke pohon kelapa yang lain, tanpa rasa takut sedikit pun. Sifat tiada ada atau tidak tahu rasa takut lazimnya ada pada orang yang kurang siuman, lebih-lebih lagi orang gila. Mungkin dengan niat bergurau, Mad Saleh berkenaan terus memanggil Joned dengan “Mad Joned” yang membawa maksud Joned yang kurang siuman atau Joned yang gila. Kebetulan, di pulau tersebut terdapat beberapa orang lagi pemuda lain yang bernama Joned. Oleh itu gelaran “Mad Joned” bagi Joned bin Koned itu sangat relevanlah kerana ia dapat membezakan beliau dengan Joned-Joned yang lain.

Pada peringkat awalnya, tiada siapapun sedar bahawa gelaran yang diberi itu adalah satu gelaran negatif. Ini kerana dalam bahasa tempatan Mat selalunya disebut bagi mengganti Ahmad atau Muhamad. Nama Ahmad dan Muhamad pula agak biasa bagi orang-orang Melayu Islam. Oleh kerana Mad dan Mat lebih kurang sama saja bunyi sebutannya, maka masyarakat di pulau itu menyangka pelancong Mad Saleh berkenaan memanggil Mat (Ahmad/Muhamad) Joned, bukan Mad (gila) Joned. Dalam keadaan semua orang buta Inggeris, tiada siapa pun yang perasan tentang keburukan pada nama Mad Joned itu. Lama kelamaan, si Joned pun terus kekal dipanggil Mad Joned dulu, kini dan selama-lamanya.

Kerja Mad Joned ialah memanjat kelapa. Dia mendapat upah hasil dari perkhidmatannya memanjat kelapa. Sebagai pemanjat kelapa, seseorang itu mesti ada keberanian. Namun, keberanian Mad Joned adalah luar biasa. Mungkin juga gelaran “mad” yang diberi pelancong Mad Saleh berkenaan merupakan satu pengiktirafan peringkat Komanwel, terhadap keberanian Joned yang luar biasa itu. Malah ada potensi untuk meningkat ke taraf Olimpik pula sedikit tahun lagi. Mad Joned sanggup memanjat pohon-pohon kelapa walau setinggi mana pun. Walaupun ketika taufan sedang melanda. Ini menyebabkan beliau amat disegani kawan dan lawan yang sewaktu dengannya. Ia sohor di kampungnya, malah di seanterio pulau tersebut.

Perkhidmatan Mad Joned sangat diperlui oleh kebanyakan warga pulau tersebut  yang bergantung kepada buah kelapa sebagai salah satu sumber utama pendapatan. Selain Mad Joned, belum pernah ada maknusia lain yang sanggup menggadai nyawa memanjat pohon-pohon kelapa. Terutama pohon-pohon tua yang telah sekian tinggi itu, yang menunggu masanya sahaja untuk menyembah bumi.

Tanpa Mad Joned, kelapa tua terpaksa ditunggu sampai masak hitam, baru ia gugur sendiri ke bumi. Penawaran kelapa, dulunya tidak dapat dikawal kerana terlalu bergantung kepada faktor semulajadi alam. Faktor alam inilah yang akan menentukan bilakah sesebiji kelapa itu akan gugur ke bumi.

Kehadiran Mad Joned telah berjaya merobah senario pasaran kelapa. Penawaran kelapa kini lebih mudah dikawal. Bila adanya permintaan, kelapa yang sudah tua sudah boleh ditawarkan walaupun belum gugur. Mad Joned boleh menurunkannya segera tanpa perlu menunggu kelapa-kelapa tersebut gugur sendiri.

Bila adanya kawalan bekalan, maka harga kelapa pun lebih setabil. Ini membuat Mad Joned bertambah penting. Kehadirannya tidak boleh tiada lagi. Dia dianggap indispensible, kata Mad Saleh. Kehadiran Mad Joned menyumbang kepada kesetabilan harga kelapa serta memberi keuntungan yang lebih kepada penduduk-penduduk pulau tersebut.

Kalau diikutkan, upah yang diterima Mad Joned sedikit pun tak berbaloi dengan risiko yang dihadapi oleh Mad Joned.  Namun Mad Joned sentiasa menunjukkan minat dan semangat “Malaysia Boleh” yang amat tinggi terhadap pekerjaannya yang sangat mencabar itu. Malah dia rasa sangat bangga dengan profesyennya itu. Mad Joned penuh yakin bahawa di pulaunya, hatta di seanterio dunia pun tidak akan terjumpa orang yang sehandalnya dalam bidang kemahiran memanjat kelapa.

Keyakinan ini saja pun dah cukup menjadi sumber kepuasan kepada dirinya. Kata orang sekarang, cukup untuk “syok sendiri (SS)”. Keyakinan ini bertambah kental lagi bila pujian demi pujian disogokkan kepadanya oleh pelanggan-pelanggan yang memerlukan perkhidmatannya. Lama kelamaan Mad Joned menjadi begitu ketagih dengan sanjungan dan pujian maknusia. Pujian dah menjadi steroid pula kepadanya. Bila steroid diambil baru dia dapat berkhidmat dengan lebih mesra, cepat dan betul.

Sikap “bajak wangkang makan diangkat” yang telah menjadi sebati dengan darah daging Mad Joned bukan tiada puncanya atau tiada asal usulnya. Semasa di banggu sekolah dahulu Mad Joned kurang tertonjol dalam pelajaran akademiknya. Sebaliknya dia sangat tertonjol dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Kebetulan pula guru besar sekolah Mad Joned belajar itu, sangat memberi penekanan kepada ativiti sukan dan kokurikulum.

Mad Joned selalu mendapat pujian dari guru besarnya kerana banyak menempah kejayaan dalam beberapa aktiviti kokurikulum dan sukan. Gurunya sanggup memaafkan Mad Joned bila dia tidak menyiapkan kerja-kerja rumah asalkan Mad Joned terus cemerlang dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Bagi guru besarnya, Jasa Mad Joned mengharumkan nama sekolah dan namanya sebagai orang nombor satu bagi sekolah tersebut adalah terlalu besar.

Guru besar amat bangga dengan Mad Joned. Beliau juga rasa amat terhutang budi kerana dapat menumpang kesohoran Mad Joned. Kadang-kadang seolah-olah macam “lembu punya susu, sapi dapat nama”. Apa tidaknya, Mad Joned yang bermati-matian di gelanggang sukan, dia pula yang mendapat pujian dari banyak pihak. Kerana hakikat inilah agaknya, walaupun Mad Joned tidak O.K. dalam bidang akedemik namun apa kata Guru Besarnya ?  “Dia tak pandai pun tak pa lah. Kan dia lebih banyak menyumbang kepada sekolah kita, lebih dari murid-murid lain !”.

Walaupun semua murid tahu bahawa Mad Joned bodoh, tetapi yang menghairankan mereka semua ialah, Mad Joned tak pernah gagal dalam mana-mana peperiksaan peringkat sekolah. Walaupun markahnya taklah tinggi, namun masih cukup-cukup makan untuk lulus. Padahal ada pula murid-murid lain yang lebih cerdik, tetapi kerap tidak lulus berbanding dengan Mad Joned. Kadang-kadang mereka gagal juga satu dua mata pelajaran, sedangkan Mad Joned sentiasa lulus semua mata pelajaran.

Jika mereka hairan, Mad Joned sendiri lagilah hairan. Macam mana dia boleh lulus dalam semua peperiksaan, sedangkan kawan-kawannya kantoi. Dia sendiri tidak percaya terhadap kemampuannya dalam bidang akademik. Oleh itu dia tidak bercita-cita langsung hendak melanjutkan pelajarannya ke sekolah menengah.

Bagaimana boleh berlaku demikian ?  Mungkin juga ada konspirasi di peringkat sekolah untuk menaikkan Mad Joned. Namun itu hanya syak wasangka sahaja. Belum terbukti ianya benar atau pun tidak, sebab belum ada empat saksi yang sah. Kalau benar sekalipun apa salahnya demi kebaikan sekolah yang tercinta. Sedangkan ia tidak memangsakan sesiapa. Lainlah kalau konspirasi tersebut menjatuhkan Mad Joned sendiri atau menganiayakan pihak lain. Lebih-lebih lagi kalau ia mencetuskan apa-apa protes jalanan oleh mana-mana pihak. Ini tidak …. !

Apabila peperiksaan rasmi darjah enam diumumkan, ternyata Mad Joned memang tidak layak untuk naik ke tingkatan satu. Ketika itu, peperiksaan darjah enam masih penting kerana ia menentukan samada seseorang murid itu layak ke tingkatan satu ataupun sebaliknya. Mad Joned termasuk golongan murid-murid yang malang. Dia gagal melayakkan diri untuk masuk ke tingkatan satu. Kecemerlangannya dalam aktiviti sukan dan kokurikulum tidak dapat menebus kegagalannya dalam bidang akademik. Maka, dia tetap tidak layak untuk naik ke tingkatan satu di sekolah menengah.

Dasar pendidikan ketika itu tidak mengizinkan murid-murid yang tidak lulus pelajaran akademik untuk turut naik ke tingkatan satu. Mereka yang naik ke aliran menengah hanyalah mereka yang menunjukkan bakat dalam bidang akademik. Ini ada rasionalnya. Bagi murid yang tak ada bakat dalam bidang akademik, jika diasak juga dengan pelajaran akademik tentu tidak membawa ia ke mana-mana. Guru pun susah untuk mengajarnya dan ia boleh menjejaskan pembelajaran murid-murid yang berbakat, jika dia menggangggu kelas.

Mahu tak mahu, Mad Joned terpaksa berhenti dari bersekolah. Bagi mengisi masa hidupnya yang masih begitu panjang lagi, maka Mad Joned memilih menjadi pemanjat kelapa upahan. Profesyen ini, diistilahkan dengan “syanan”. Sikap suka dipuji yang telah dipupuk oleh guru-gurunya semasa di bangku sekolah rendah dahulu, rupa-rupanya membuat Mad Joned cocok benar dengan profesyen “syanan” itu. Bukan duit upah yang membuat Mad Joned seronok dengan kerjayanya itu, tetapi puji-pujian yang sering diberi kepadanya oleh mereka yang memanfaatkan perkhidmatannya.

Selingan :

Sila KLIK  —>  https://www.youtube.com/watch?v=r2scbnP6nbw

“Sepuluh jong masuk, anjing masih juga bercawat ekor”. Itu adalah  pepatah Melayu yang wajar diaplikasikan terhadap Mad Joned. Masa telah berlalu agak lama, tetapi Mad Joned yang dululu masih juga yang sekarang. Dia sama saja, tidak lebih dan tidak kurang. Namum kematangan rupa-rupanya menyusul juga perlahan-lahan ke benak hati Mad Joned dek usianya yang kian bertambah. Sekali sekala datang juga soalan-soalan tertentu, mengusik hati Mad Joned.

Tak kan sampai tua gua mau jadi syanan kut”, bersungut Mad Joned di dalam hatinya. “Gua pun kepingin juga nak jadi kaya raya macam orang lain. Mereka memiliki kekayaan, kenapa gua tidak ?”  bertanya lagi Mad Joned kepada dirinya sendiri.

Dulu … ya..lah, orang respek (hormat) gua kerana gua ekspert (mahir) memanjat kelapa. Tapi sejak ladang kelapa dah banyak bertukar menjadi ladang kelapa sawit, orang tak berapa respek gua lagi. Maklumlah ladang kelapa sawit tak memerlukan kepakaran gua. Puji-pujian yang gua terima pun dah banyak merosot. Sedangkan gua terlalu dahagakan puji-pujian. Gua sudah gian dengan puji-pujian lah !”

Sebenarnya gua bukan nakkan sangat puji-pujian orang tanpa sebarang sebab. Gua nakkan pujian orang untuk mendapatkan pujian dari Tuhan. Ada pemimpin kata, kalau tak berterima kasih kepada sesama manusia bermakna tidak berterima kasih kepada Tuhan. Jadi berterima kasih kepada manusia itu penting kerana ia tanda berterima kasih kepada Tuhan. Begitulah sebaliknya. Demikianlah juga, pujian dari manusia turut penting kerana ia tanda mendapat pujian dari Tuhan

Inilah formula yang difahamkan kepada Mad Joned oleh pemimpin-pemimpin utama sejak beberapa penggal yang lalu. Atas fanatik itulah maka Mad Joned sentiasa bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan pujian demi pujian dari semua pihak. Baginya, pujian manusia adalah manifestasi pujian dari Tuhan. Bagi Mad Joned, pujian itu adalah suatu sumber kekuatan yang sangat diperlukan, demi menjamin kejayaan dalam semua bidang yang diterokai dan diceburi.

Pujian adalah penggerak segala-galanya. Ia adalah seperti bateri yang menjadi sumber kuasa yang menggerakkan pelbagai jenis permainan kanak-kanak. Oleh itu “by hook or by crook” pujian mesti ditagihi. Inilah falsafah yang dipegangi oleh Mad Joned. Mungkin bukan dia seorang berfalsafah demikian. Malah jutaan lagi rakyat yang turut taksub kepada falsafah ini, dulu, kini dan selama-lamanya.

Berdasarkan kesedaran yang mula berputik di benak hatinya, fikiran Mad Joned pun mula berputar. Mujur tak sampai berputar belit seperti fikiran sesetengah pemimpin politik di alaf baru ini. Mad Joned mula berfikir bagaimana mahu jadi kaya meliana (millionaire). Kekayaan itu adalah satu-satunya sumber kepujian. Ini satu anjakan paradigma dalam diri Mad Joned.

Mad Joned kini tidak percaya lagi bahawa keberanian dan kemahiran yang sedia ada pada dirinya masih menjadi faktor yang boleh menjana puji-pujian. Ya,.. keberanian dan kemahiran memanjat kelapa semata-mata sudah tidak cukup lagi untuk menghasilkan pujian. Faktor-faktor ini tak relevan lagi. Cara yang relevan ialah dengan mengumpulkan kekayaan.

Bila kita kaya, ramai orang akan puji kita. Bila kita kaya, ramai orang akan respek kita gila-gila. Bila dah kaya baru ramai orang kata kita orang yang Islam yang tulen. Contoh paling baik untuk ditauladani ialah Abdul Rahman Auf. Siapa yang tak kenal dengan Abdul Rahman Auf. Beliau adalah sahabat baginda Rasul  s.a.w. yang paling kaya. Kekayaannya membolehkan beliau banyak menderma atau infak ke jalan Allah. Dengan kekayaannya, beliau dapat kekal sebagai seorang Muslim yang terpuji. Bukankah kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran ?  Oleh itu bagi menjauhkan diri dari kekufuran kita mesti menjadi seorang Muslim yang kaya. Bukan sekadar kaya, malah kaya raya.

Bila semua orang Islam kaya, maka akan ramailah orang kafir yang akan tertarik kepada Islam. Ramailah orang kafir yang akan memeluk Islam. Lebih-lebih lagi bila ramai orang Islam yang mampu menderma dari kekayaan mereka. Supaya lebih nyata bahawa orang Islam ramai yang kaya, setiap derma mesti dapat disaksi oleh ramai orang. Supaya semua orang dapat saksi, maka cek yang nak diderma mestilah yang besar. Besarnya ialah hingga perlu diangkat oleh dua orang dan nampak disaksi dari jauh oleh semua orang di padang yang luas. Apa pun, yang maha penting ialah supaya semua orang puji kita.

Pujian adalah segala-galanya. Ia lebih mahal dari seluruh kekayaan yang ada di muka bumi ini. Jadi kalau ada sesiapa yang berbelanja sekadar dua tiga billion ringgit untuk membeli pujian tentulah tiada ada apa yang pelik. Selagi dia mampu berbelanja sedemikian, kenapa harus dikecam atau ditahannya dari berbelanja. Lainlah kalau dia benar-benar tak mampu.

Dengan kata lain, dia membelasah hak orang ramai supaya dia dilihat mampu, sedangkan hakikatnya dia memang tidak mampu. Misalnya hak rakyat jelata yang diamanahkan kepadanya bagi mengurus dengan baik, digunakan untuk membuat rumah besar atau kenduri besar. Mandat tidak lagi dilihat sebagai amanah, sebaliknya dianggap sebagai lesen untuk memamah dan menghabiskan harta rakyat.

Satu hari sedang Mad Joned memanjat sebatang pohon kelapa, dia ternampak sebuah bot mewah sedang berlabuh nun jauh di hujung tanjung. Kata orang, bot sehebat itu tak ramai orang yang mampu memilikinya. Kepingin juga Mad Joned untuk memiliki bot seperti itu. Tetapi bagaimana mungkin ?  Pemiliknya mestilah berjawatan tinggi samada dalam sektor awam maupun syarikat koperat. Malangnya, bagi Mad Joned kerjanya saja yang tinggi. Namun jawatannya adalah sebaliknya.

Rupa-rupanya kekepinginannya terhadap bot mewah seperti itu telah menjadi pemangkin bagi mencetuskan idea unggul di kepala otak Mad Joned. Otaknya bergerak lebih pantas, berputar ligat macam cekera padat komputer. Dia berfikir mencari jalan bagaimana visinya boleh dijadikan kenyataan.

Tiba-tiba Mad Joned tersenyum lebar sendirian. Rupa-rupanya dia telah mendapat suatu akal bagaimana dia boleh menjadi kaya raya. Bukan saja sekadar kaya meliana (millionaire), hatta kaya biliona (billionaire) pun tak mustahil. Reban ayam yang tidak jauh dari perdu pohon kelapa yang sedang dipelukinya itu menjadi sumber inspirasi kepada Mad Joned.

“Mula-mula gua simpan sikit duit hasil dari upah memanjat kelapa ini untuk membeli beberapa pasang anak-anak ayam. Gua akan bela anak-anak ayam itu baik-baik hingga besar. Bila ayam-ayam gua itu sudah besar mereka tentu akan bertelur. Telur-telurnya akan gua jual separuh. Separuh lagi gua ramkan hingga menetas. Lama kelamaan ayam gua akan menjadi begitu banyak. Gua akan jadi pembekal utama kepada KFC, McDonal, A & W dan lain-lain restoran makanan segera yang popular di seanterio dunia”

“Mereka yang berkunjung ke restoran-restoran ternama tersebut tentu bertanya, dari manakah restoran itu medapatkan bekalan ayam-ayam tersebut. Maka tentu mereka akan diberi tahu bahawa ayam yang mereka nikmati itu datangnya dari ladang ayam Mad Joned”.

“Bila ada pula pelancong luar datang ke pulau ini, mereka pasti akan kagum melihat ladang ayam yang begitu luas di pulau ini. Mereka mesti akan tertanya-tanya, gerangan siapakah yang empunya ladang ayam yang begitu luas itu. Orang-orang pulau ini pun akan menjawab,kalau bukan ladang ayam Mad Joned, ladang siapakah lagi. Kembang punggung gua”

“Bila dah sampai sekian banyak keuntungan gua, hasil dari ladang ayam gua itu,  maka gua akan beli pula kambing. Dari hanya beberapa ekor sahaja, kambing gua akan membiak hingga memenuhi pulau ini. Daging kambing gua akan gua eksport ke serata dunia. Penduduk negara-negara pengimport berkenaan tentu akan bertanya, dari manakah kambing-kambing tersebut diimport. Mereka tentulah akhirnya tahu bahawa kambing-kambing itu adalah dari pulau ini”

“Dan bila pelancong luar datang ke pulau ini mereka mesti kagum melihat banyaknya kambing di pulau ini. Lalu mereka akan bertanya, gerangan siapakah yang empunya kambing-kambing yang begitu banyak itu ? Orang-orang pulau ini pun akan menjawab, kalau bukan kambing Mad Joned, kambing siapalah lagi. Kembang punggung gua”

“Demikianlah juga, setelah kambing-kambing itu banyak, gua akan beli pula lembu. Lama kelamaan lembu-lembu gua akan membiak hingga penuhi pulau ini dengan lembu-lembu gua. Susu dan daging lembu gua akan gua eksport ke negara luar. Pulau ini akan sohor di seluruh dunia kerana lembu gua”.

“Dan bila ada pelancong luar datang ke pulau ini mereka mesti kagum melihat banyaknya lembu di pulau ini. Lalu mereka akan bertanya, gerangan siapakah yang empunya lembu-lembu yang begitu banyak itu ?  Orang-orang pulau ini pun akan menjawab, kalau bukan lembu Mad Joned, lembu siapalah lagi. Kembang punggung gua”

“Cerita mengenai kekayaan gua lambat laun tentu akan sampai ke pengetahuan Raja. Setiap kali ada jamuan Di Raja, gua akan hadiahkan lembu-lembu yang gemuk dan sehat kepada Raja. Raja tentu akan memuji dan menyebut-nyebut tentang kekayaan gua dan kedemawanan gua.  Sebagai Raja yang perihatin, baginda tentu ingin datang melawat kampong gua di pulau ini, malah untuk berjumpa dengan gua sendiri”.

“Takkanlah pondok buruk gua sekarang ini layak untuk menyambut tetamu Di Raja. Maka perlulah gua membina rumah baru seakan-akan sebuah mahligai. Dengan kekayaan gua yang begitu hebat tentulah tak haram malah tak boleh dikira membazir kalau gua berbelanja sekadar Rupiah Mas 200 juta sahaja untuk membina mahligai gua”.

“Raja dan rombongannya tentu suka melawat pulau ini dan mahligai gua. Masing-masing pasti akan memuji gua dengan berbagai-bagai pujian. Mujur-mujur baginda akan berkenan untuk menganugerahi gua dengan gelaran Tan Seri. Kalau gua tak dapat gelaran Tan Seri, apa-apa Seri pun O.K. jugalah. Asal jangan Tiang Seri sudahlah. Ini pasti akan menambahkan lagi gelemor gua yang akan mengundang lebih banyak puji-pujian orang kepada gua”.

“Lazimnya, Raja jika ke mana-mana adalah dengan menaiki jet eksekutif yang baru dibeli baginda. Khabarnya jet tu tak mahal, kira-kira Rupiah Mas 250 juta saja. Malangnya di pulau ini lapangan terbangnya agak kecil. Yang boleh mendarat hanyalah helikopter dan pesawat kecil yang berkipas satu atau dua sahaja. Kalau tak ada lapangan terbang yang lebih besar macam mana jet eksekutif baru Tuanku itu nak mendarat. Jadi perlu sangatlah untuk gua bina pula sebuah lapangan terbang baru di pulau ini”.

“Alang-alang membina lapangan terbanga baru, biarlah yang paling canggih di dunia. Sebelum harga bahan-bahan binaan menjadi lebih mahal akibat inflasi dan kenaikan nilai mata wang dunia, cepat-cepatlah gua siapkan lapangan terbang tercanggih di dunia itu. Tapi 99 peratus mestilah menggunakan bahan-bahan binaan tempatan sejajar dengan seruan kerajaan, pakailah barangan tempatan. Bukan saja bahannya dari sumber tempatan, malah setiap pekerja yang terlibat adalah anak-anak tempatan”

“Oh ya….  Untuk memudahkan rombongan Di Raja sampai ke mahligai gua, elok juga gua bina menara sebagai mercu tanda. Menara itu mestilah tinggi, jauh lebih tinggi dari pohon-pohon kelapa yang dikelilingnya. Ia mesti nampak dari angkasa pada jarak jauh supaya pesawat Di Raja tidak tercari-cari di mana arah mahligai gua. Kalau boleh menara itu biarlah sepasang. Satu terletak di kanan mahligai gua, dan satu lagi di sebelah kirinya. Supaya bertambah cantik dan menarik, bentuknya biarlah macam jagung yang diimport dari Amerika”

“Tapi hujungnya biarlah tidak tajam macam jagung semula jadi tu. Biarlah dia mendatar. Gua rasa elok juga ditanam padi di atasnya. Nanti nama gua akan bertambah terkenal kerana menjadi manusia pertama mencetuskan idea menanam padi di atas bumbung. Jadi biarlah gua mendahului orang lain dalam aspek pertanian yang kini telahpun diiktiraf sebagai satu peniagaan.”

Fikiran Mad Joned terus menerawang jauh. Dia mulai lupa akan tujuannya memanjat pohon kelapa itu kerana terlalu asyik dengan angan-angannya itu,  Jika yang berangan-angan itu seorang menteri Perdana, maka angan-angan itu pasti layak diistilahkan “visi”. Tetaapi oleh sebab yang ber”visi” itu adalah Mad Joned, maka ia tidak layak diiftiraf sebagai “visi”. Oleh itu ia tetap kekal sebagai angan-angan juga. Kata orang utara, hasil angan-angannya itu “habok pun tarak !”.

Visi dan angan-angan sebenarnya tiada beza. Yang membezakannya ialah sumbernya. Sama juga macam “berkata” dan “bertitah”. Jika perkataan itu bersumber dari Raja, maka ia diistilahkan dengan “bertitah”. Sebaliknya, jika ia bersumberkan Mad Joned atau seorang rakyat biasa, maka ia diistilahkan “berkata”, dulu, kini dan selama-lamanya.

Mad Joned masih ingin meneruskan lagi sessi angan-angannya itu. Tetapi ada pula satu persoalan lain yang mengganggu. “Bagaimana jika sekiranya orang-orang kampung tidak setuju dengan rancangan pembangunan gua itu. Mereka mungkin akan kata ia hanyalah suatu pembaziran. Buat apa dengan mahligai ratusan juta itu ? Buat apa menara sepasang yang tertinggi di dunia itu ?”

“Sedangkan masih terlalu ramai lagi penduduk di pulau itu merempat di rumah-rumah setinggan. Yang berada sedikit pun masih merempat di rumah-rumah sewa kerana tak mampu membeli rumah sendiri.Buat apa dengan lapangan terbang tercanggih di dunia itu ?  Berapa keratlah sangat anak-anak pulau itu yang berpeluang menaiki pesawat kerana rata-rata mereka tidak mampu dan tidak ada keperluan menaikinya

“Untuk memberi laluan kepada projek-projek mega tersebut, ramai penduduk akan terpaksa dipindahkan. Ini satu penganiayaan terhadap warga pulau yang rata-rata miskin. Tempat mereka dipindahkan mungkin akan lebih jauh dari tempat mereka mencari makan. Pampasan yang akan dibayar kepada mereka mungkin tak berbaloi untuk mereka.  Jika nak bina juga projek-projek mega tersebut, penduduk-penduduk pulau ini mana ada yang pandai membina bangunan yang hebat-hebat dan canggih-canggih. Jika ada seratus dua ratus orang pun, mana cukup”.

“Setiap projek mega mesti memerlukan puluhan ribu pekerja. Mau tak mau mesti import pekerja-pekerja dari negara lain. Bila dah ramai pekerja luar masuk, tau tau sajalah. Bukan saja pulau ini akan semak dengan warga-warga negara asing, malah akan mencetuskan pula pelbagai gejala sosial. Aspek keselamatan akan terjejas. Jenayah akan bertambah. Semua ini akan menyuburkan gejala rasuah di kalangan pasukan penguatkuasaan”

“Apa untungnya menanam padi di atas bumbung ? Sedangkan banyak lagi tanah rang dan paya yang masih belum dimunafaatkan. Bukankah semuanya itu projek pembaziran semata-mata ? Bukan saja membazir, malah merosakkan alam sekitar pula !”

“Pendek kata, tak ada kebaikan langsung yang boleh diharapkan bagi menambahkan keselesaan bagi majoriti warga pulau itu. Yang untung besar hanya mereka yang di atas. Mungkin akan ada pula yang mengambil peluang mengupah pekerja-pekerja asing itu turut mengundi untuk memenangkan mereka dalam pilihan-pilihan raya,”  Cemuhan-cemuhan tersebut terngiang-ngiang di cuping telinga Mad Joned.

“Ah …. !  Gua peduli apa sama mereka. Itu harta, semuanya gua punya. Bukan harta mak bapak mereka punya. Gua dah berjaya mengumpul kekayaan. Apa salahnya dengan kekayaan itu gua mau buat pembangunan di atas pulau ini. Lagi pun bila pulau ini dah jadi masyhor nanti seluruh dunia akan kenal pulau ini dan akan tahu lokasinya. Semua warga pulau ini akan turut merasa bangga. Akhirnya mereka akan puji juga gua. Kalau jenarasi ini tak mau puji gua pun takpa. Nanti jenerasi kemudian hari akan puji juga gua.”

“Samalah juga dengan Tembok Besar Negeri China itu. Semua rakyat China sekarang turut merasa bangga kerana memiliki tembok yang begitu hebat di dalam negara mereka.Tak kisahlah berapa ramai pun rakyat China menderita dan terkorban kerananya di zaman pembinaannya dahulu. Bukan ada sesiapa pun yang pernah tengok berapa ramai rakyat China yang benar-benar sengsara dan terkorban bagi menyiapkan tembok besar itu. Ia mungkin laporan yang karut saja dengan berniat jahat untuk membusukkan Maharaja Shi Huang Ti. Sedangkan baginda berusaha menyelamatkan rakyat dari serangan musuh dari luar”.

“Samalah  juga dengan isu janggut nabi. Siapa yang pernah tengok janggut nabi. Kalau dah tak ada sesiapa pun yang pernah tengok janggut nabi, apa buktinya baginda benar-benar ada menyimpan janggut. Mungkin isu nabi ada simpan janggut hanya satu rekaan saja oleh mereka yang malas menyukur janggut. Kalau benar pun nabi ada menyimpan janggut, mungkin ada sebab-sebab tertentu yang munasabah. Masa tu mana ada pisau “gillete”. Jadi buat apa nak sebok-sebok simpan janggut”.

“Adakah orang yang lebih rajin cukur janggutnya itu lebih rendah martabatnya dari orang yang dagunya semak dengan janggut ?  Patutkah pula orang yang mukanya sentiasa bersih dicap sebagai anti sunnah. Sepatutnya yang tak berjanggutlah yang lebih mulia, kerana dia ialah orang yang rajin dan memelihara imejnya. Bukankah nabi seorang yang sangat rajin dan sangat menjaga imej diri baginda hingga orang kafir pun hormat dan tertarik kepada baginda ?”

“Berbalik semula kita kepada Tembok Besar Negara China. Kalau tak ada sesiapa pun yang pernah tengok rakyat China yang menderita dan terkorban kerana membina tembok tersebut, apa sebok-sebok nak dikesali terhadap projek pembinaan tembok tersebut. Jika nak banyak sangat soal, sampai kiamat pun pulau ni tak akan maju. Sampai bila pun tak akan ada menara tinggi di pulau ini. Sampai bila pun tak akan ada lapangan terbang tercanggih di pulau ini. Malah tak akan ada apa-apa pun di pulau ini yang layak dibanggakan. Ah …. , peduli apa dengan persepsi-persepsi negatif mereka yang kolot lagi kuno itu !”

Setelah berjaya melepaskan diri dari kegelisahan yang timbul akibat persoalan tersebut, hati dan fikiran Mad Joned tenang semula. Dia meneruskan lagi sessi angan-angannya itu.

“Setelah melawat villa gua, Raja tentu kagum dengan gua. Baginda pasti terpukau dengan segala yang sempat dijeling baginda di villa gua. Mahligai gua itu tentu layak didiami Si Puteri baginda yang sudah remaja itu. Kebetulan pula gua pun sedang mencari seorang pasangan hidup buat mengubat kesunyian yang telah gua deritai sejak sekian lama”.

“Dengan tak semena-mena baginda bertitah, menyatakan baginda amat berkenan untuk mengambil gua sebagai menantu sulungnya. Lalu puteri solong baginda itu ditinggalkan di mahligai gua dengan diiring oleh dua orang dayang-dayang. Baginda sendiri telah pulang ke istana bersama-sama seluruh rombongannya. Tujuan baginda meninggalkan puterinya itu ialah supaya puteri baginda itu dapat berjinak-jinak dengan gua”.

“Ah …., apa lagi ? Pucuk dicita ulam mendatang. Maka pergilah gua menghampiri Si Puteri. Si Puteri tersangat positif terhadap gua rupa-rupanya. Walaupun gua tak ‘handsome’, tapi ‘money can buy everything’. Kekayaan gua lebih dari cukup untuk menutup segala-gala kekurangan gua.Tanpa perlu lebih lama, hati Si Puteri sudah pasti akan berjaya gua pikat dan tambat semau-maunya”.

“Masa berlalu dengan begitu cepat. Jet eksekutif Tuanku nak datang semula ke pulau gua kerana diperintahkan Raja menjemput Si Puteri pulang ke istana. Raja ingin tahu akan keputusan Si Puteri. Adakah baginda setuju untuk menjadi isteri Mad Joned yang masyor seanterio dunia itu, ataupun sebaliknya. Gua cukup optimistic. Jawapan Si Puteri pasti positif. Tak akan sanggup Si Puteri berpisah dengan segala kemewahan di mahligai gua itu, setelah baginda dimabukkan oleh kenikmatannya”.

Saat perpisahan dengan Si Puteri tentulah paling sayu dirasai Mad Joned. Terbayang dia akan Si Puteri sedang melangkah menuju ke pesawat Di Raja dengan penuh hiba. Terbayang jelas, wajah Si Puteri yang turut sayu untuk meninggalkan Mad Joned keseorangan diri. Mad Joned mengekori Si Puteri dengan pandangan mata semata-mata. Fisikalnya terasa lemah sekali. Maklumlah, takut kalau-kalau Si Puteri berubah hati dan fikiran bila dah sampai ke istana mengadap ayahanda dan bonda yang sedang menanti.

Si Puteri tidak berkata apa-apa bila mata berpandang mata dengan Mad Joned. Sabaik saja melangkah hendak menaiki anak tangga pertama Pesawat Eksekutif Di Raja, tiba-tiba Si Puteri menoleh ke belakang. Baginda memandang tepat ke arah Mad Joned lalu melambaikan tangannya dengan penuh kesayuan.

Gara-gara hendak membalas lambaian tangan Si Puteri dengan lambaiannya pula, Mad Joned pun melepaskan tangannya daripada batang kelapa yang sedang dipelukinya itu.Wah ….. apa lagi !   Maka merudumlah jatuhnya Mad Joned dari pohon kelapa tersebut.

Reban ayam yang menjadi sumber inspirasi angan-angannya, setia menunggu di bawah pohon kelapa tersebut. Bersamanya ialah hidangan tahi ayam yang masih segar bugar. Bukan saja reban (ayam) yang reban (runtuh), malah muka Mad Joned pun turut reban, akibat impak kejatuhannya itu.

Kasihan Mad Joned. Dahlah jatuh dari pohon kelapa, dilumuri tahi ayam panot pula muka dan seluruh badannya. Kata pepatah Melayu, “sudah jatuh ditimpa tangga”.

Demikianlah serba rengkas cerita Mad Joned. Apakah hubungannya Mad Joned dan Maha-TIRI yang nak diketengahkan sebagai iktibar itu. Sebenarnya watak Mad Joned sebiji mengambarkan watak Maha-TIRI. Cuma ada sedikit saja faktor  yang membezakan kedua-dua mereka itu.

Mad Joned adalah watak yang tidak ada apa-apa kuasa dan pengaruh dalam masyarakat. Dia tidak ada kelas dalam masyarakatnya. Dia cuma seorang miskin, baik dari segi material mahu pun kuasa. Oleh itu apa yang mampu dibuatnya ialah sekadar berangan-angan kosong saja. Angan-angannya tak sampai mendatangkan mudharat kepada sesiapa. Sekali pun angan-angannya bernas dan lebih praktikal dari visi seseorang pemimpin agung, angan-angan tersebut tetap tidak layak untuk digred sebagai visi.

Ini amat berbeza dengan watak yang bergelar Maha-TIRI. Maha-TIRI diberi kuasa yang cukup besar oleh masyarakatnya. Kuasa tersebut merangkumi kuasa politik, kuasa ekonomi dan lain-lain kuasa yang relevan yang sewaktu dengannya. Jadi, Maha-TIRI adalah Mad Joned yang memiliki kesemua kuasa-kuasa tersebut.

Ringkasnya, Maha-TIRI = Mad Joned +kuasa politik + kuasa ekonomi + lain-lain kuasa yang relevan yang sewaktu dengannya.

Bagi Maha-TIRI, segala yang difikir dan dicadangkannya adalah dikira sebagai visi. Walaupun yang difikirkan itu ada satu idea yang yang lebih pelik dari angan-angan. Malah kadang kala idea tersebut lebih mustahil dapat dilaksanakan mengikut sunnatullah atau hukum alam. Namun, buah fikiran atau idea dan cadangannya itu akan tetap dikira sebagai visi. Ia bukan saja dianggap wajib dipersetujui, malah wajar dilaksanakan dengan apa cara dan apa kos sekali pun.

Bayangkanlah, apa yang akan berlaku bila orang yang mentalitinya macam Mad Joned yang ketagih dan gilakan puji-pujian itu diberi kuasa. Kuasa yang dimaksudkan ialah kuasa politik, kuasa ekonomi dan lain-lain kuasa. Belaia dengan penuh kebebasan akan menggunakannya tanpa sebarang sekatan. Segala yang ada di dalam genggamannya pasti akan dikorbankan demi menghasilkan segala puji-pujian yang menjadi candu baginya itu. Tidak mustahil jika di Malaysia, negara yang serba boleh ini, ramai Maha-TIRI yang telah dihasilkan sejak ia merdeka 50 tahun dahulu.

Tak mustahil juga, jika diri kita sendiri pun turut menjadi salah seorang yang sebangsa dengan Maha-TIRI. Kalau tak di peringkat pusat, peringkat bahagian, cawangan ataupun kampung. Di pejabat-pejabat kerajaan mahu pun swasta, juga mungkin tak sunyi dari kewujudan watak-watak Maha-TIRI sejak sekian lama. Agaknya itulah sebabnya keadaan negara menjadi kucar kacir. Ekonomi pula sentiasa tidak setabil walaupun negara ini begitu kaya dengan hasil masyhul semula jadinya, seperti minyak, balak dan lain-lain. Wallahualam.

 

*************************

.

 Kisah Gajah Berak Kek

.

Awang Jahilon baru saja merayakan hari jadinya yang kelima.Hari jadinya kali ini disambut lebih meriah dari hari-hari jadi sebelumnya. Sambutan meriah itu adalah sebagai hadiah istimewa ibu kepada Awang kerana dia telah pun berjaya menguasai kemahiran membaca. Walhal, umurnya masih tersangat muda.

Lima buku kek telah disediakan ibunya, menandakan umur Awang Jahilon telah mencapai tempoh lima tahun masihi. Ini berbeza dengan majlis-majlis sambutan hari jadi yang lazim diadakan. Biasanya bilangan kek tidaklah lebih dari satu. Yang lebih dari satu hanya lilin yang dicacak di atas kek saja. Untuk hari jadi kelima (tahun), maka bilangan lilin yang akan dicacak di atas kek ialah lima batang. Jika untuk hari jadi kesepuluh (tahun), maka bilangan lilinnya pun juga sepuluh (batang). Begitulah seterusnya. Oleh itu, menggunakan bilangan kek bagi menandakan umur bagi individu yang menyambut hari jadinya merupakan satu kaedah baru. Mungkin ia layak dikatakan satu perlakuan di luar tabii oleh Si ibu Awang Jahilon. Ia mungkin satu strategi ibu Awang Jahilon bagi menarik perhatian media-media massa perdana, yang sentiasa ketandusan berita itu.

Sebagai seorang murid tadika yang baru pandai membaca, Awang Jahilon sangat ghairah membaca. Dia membaca semua buku bergambar yang terdapat di perpustakaan tadikanya setiap hari. Suatu petang, sebaik saja menaiki kereta ibunya untuk pulang ke rumah, Awang dengan nada ceria yang luarbiasa menarik perhatian ibunya, “ibu, ibu !  Hari ni Awang telah membaca  fasal seekor binatang yang   s a a a ngat  sangat  istimewa”.

Tanda memberi perhatian segera kepada anaknya itu, ibu Awang Jahilon lantas bertanya, “apa binatangnya tu Awang, dan apa  pula istimewanya tu ?

Dengat sangat girangnya Awang Jahilon lantas menjawab, “binatang itu ialah gajah bu ! Istimewanya gajah itu bu, ialah kerana gajah boleh berak kek. Dulu Awang dengar orang kata gajah adalah binatang yang sangat istimewa. Dulu, Awang ingat dia istimewa sebab hidungnya panjang. Rupa-rupanya gajah istimewa bukan saja sebab hidungnya panjang, malah juga sebab gajah boleh berak kek. Baru Awang tahu sekarang ya bu !

Ibu Awang terharu dengan kenyataan anak kecilnya yang baru pandai membaca itu. “Mungkin Awang salah faham kut !  Mana ada binatang mahupun manusia yang boleh berak kek !”  sahut ibu Awang dengan nada bimbang, mempertikaikan kenyataan anaknya itu. Walaupun beliau kagum dengan kepetahan anaknya itu, namun beliau merasa ada sesuatu yang tak kena, yang wajar diperbetulkan dengan segera.

Betul l l l ……bu !” tegas Awang. “Kalau ibu tak caya, esok Awang bawa balik buku. yang Awang baca itu tunjukkan ibu.”

Esoknya, sebaik saja menaiki Iswara merah ibunya yang datang menjemputnya pulang dari tadika, Awang menunjukkan gambar gajah yang dimaksudkannya kepada ibunya. “Nah, ibu tengoklah sendiri !  Kan Awang dah kata semalam, gajah tu binatang istimewa sebab tu dia boleh berak kek. Nanti bila hari jadi Awang, tak payahlah ibu beli kek lagi. Kita sewa saja gajah dari Zoo Negara tu dan kita beri saja dia makan tebu yang banyak di belakang rumah kita tu. Kemudian kita suruh dia berak banyak-banyak. Kan best ya bu ?  Awang dan kawan-kawan boleh naik belakang gajah tu sambil makan kek puas-puas.”, kata Awang dengan serius serta betul bendul.

Ibu Awang tergamam melihat gambar gajah yang ditunjukkan anaknya itu. Sungguhpun beliau kagum dengan ketegasan dan cadangan ‘rasional’ anaknya itu, tetapi beliau amat terharu. Lidahnya kelu tak terkata apa-apa lantaran keterharuannya itu. “Betul juga kata anakku itu. Gajah yang di dalam buku itu memang digambarkan seperti memberakkan kek”, katanya dalam hati.

Di atas tanah di belakang gajah tersebut memang ada beberapa lungguk objek yang menyerupai kek-kek yang dihidang dalam majlis hari jadi Awang baru seminggu yang lepas. Cuma objek-objek itu lebih besar sedikit dan tidak dihiasi dengan lilin. Jika tempat yang sepatutnya berada selungguh najis tahi tiba-tiba yang diletakkan pelukis adalah sebuku kek, maka logiknya si pembaca akan menterjemahkan bahawa najis tersebut adalah kek. Oleh itu tak silaplah fahaman Awang bahawa gajah itu memberakkan kek. Lebih-lebih lagi judul buku tersebut pun berbunyi, “Gajah Berak Kek”.

Mungkin salah cetak kut !”, kata ibu Awang dengan lebut seolah-olah cuba memujuk supaya anak kecil tersebut tidak mudah menerima kenyataan salah di dalam buku bergambar yang dibacanya itu. Sesampainya di rumah, ibu Awang terus membelek-belek buku bergambar tersebut untuk mengetahui siapa si pengarangnya yang telah menimbulkan kontrovesi terhadap persepsi anaknya itu.

Wah !  Rupa-rupanya yang mengarang dan melukis dalam buku tersebut bukannya calang-calang orang. Beliau ialah Pelukis Nasional yang telah dianugerahi dengan gelaran tersohor “Maha-TIRU” oleh orang nombor wahid negara. Di sisi perkataan “Maha-TIRU” itu terpampang nombor telefon dan faks seolah-olah mengundang panggilan dari para pembaca untuk sebarang komen. Tanpa teragak-agak ibu Awang pun mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon Maha-TIRU itu.

Hello !  Maaf tuan. Saya ni ibu Awang Jahilon. Tahniah saya ucapkan kepada tuan kerana sangat pandai melukis dan mengarang buku kanak-kanak. Anak saya itu sangat gemar membaca buku-buku tuan. Cuma satu saja yang saya kurang senang dengan buku tuan. Dalam buku bergambar tuan keluaran terbaru, tuan melukis gajak berak kek. Anak saya kini dah benar-benar percaya bahawa gajah boleh memberakkan kek. Ini tentu merosakkan persepsinya tentang sifat semulajadi gajah. Boleh tak tuan jelaskan maksud sebenar tuan dan kalau boleh eloklah tuan perbaiki segera buku tuan itu supaya akidah kanak-kanak tentang gajah tak terus rosak ?

Terima kasih Puan kerana sudi membaca buku bergambar hasil karya saya itu”, jawab pengarang berkenaan dengan suara yang sopan lagi mesra. “Selama ini belum pernah saya mendapat apa-apa komen dari ibu bapa mengenai hasil-hasil karya saya, baik pujian maupun bantahan. Tetapi dengan buku terbaru saya itu, syukur kerana ramai ibu bapa yang menhubungi saya. Puan adalah orang yang ke 10,000 menelefon saya. Oleh itu jawapan saya berikut adalah standard”.

Apa nak buat puan. Apa yang saya lakukan adalah kerana terpaksa semata-mata, bagi mengikuti trend semasa. Dalam era ‘SHIT’ (novel karangan Dr. Shahnon Ahmad) ini ada pihak tertentu yang dah terlalu bencikan shit (tahi). Hingga ada yang melihat shit pun pantang. Sebagai seorang ahli seni, saya dapat menghidu bahawa mereka itu dah tidak suka lagi jika shit itu masih lagi berwajah shit. Malah ada di kalangan mereka yang telah pun membakar ‘SHIT’. Oleh itu, demi keharmonian semua pihak, maka saya terpaksalah menggunakan kreativiti saya 101 persen supaya shit diselamatkan dengan tidak menampakkan dirinya sebagi shit lagi. Sebaliknya, biarlah ianya diberi wajah yang cantik lagi menarik seperti bunga yang sedap mata memandang, sedap pula hidung menciumnya. Dengan itu tiada siapa pun yang akan marah kepada saya. Akan tetapi, oleh sebab buku bergambar saya itu adalah khusus untuk bacaan kanak-kanak, maka saya rasa lebih sesuailah shit gajah tersebut saya pakaikan dengan wajah kek. Bukankah kek lebih digemari oleh kanak-kanak ?  Itulah saja jawapan ikhlas saya kepada puan. Sekali lagi, jutaan terima kasih saya untuk puan”.

Oh …. . hampir lupa pula nak saya maklumkan buat pengetahuan puan. Sebagai pelukis nasional yang telah dianugerahi dengan gelaran ‘Maha-TIRU’ maka saya  terasa amat terhutang budi kepada mereka yang berkenaan. Oleh itu saya rasa bertanggungjawab untuk memenuhi selera puak-puak nasionalis tersebut atas kemurahan hati mereka menganugerahkan penghormatan kepada saya. Saya digelar ‘Maha-TIRU’ kerana saya pelukis yang sangat pandai meniru @ mengikut. Malah saya amat suka pula meniru @ mengikut.  Ya, saya sangat suka meniru dan mengikut apa yang dibuat dan disukai oleh mereka, yang telah memberi saya habuan dan gelaran itu. Jadi, kalau saya tidak meniru @ mengikut selera mereka, tak mungkin saya dicalonkan untuk menerima anugerah Pelukis Nasional yang bergelar ‘Maha-TIRU’ itu”.

Tentang saranan puan supaya saya perbaiki buku saya itu, maafkanlah saya. Ia tak mungkin dapat saya tunaikan. Saya yakin bahawa sebab utama saya dicalonkan untuk menerima anugerah Pelukis Nasional itu adalah kerana karya saya itu. Jadi, kalau buku terbaru saya itu dipinda sepertimana yang puan sarankan, maka tak relevanlah lagi anugerah itu kepada saya. Pihak berkenaan akan  ada alasan kukuh untuk menarik balik gelaran ‘Maha-TIRU’ itu daripada saya. Tak glemor lagilah saya nanti. Malah, silap-silap haribulan, suru (makan) pun boleh ‘miss’ (hilang). Maaflah puan jika cara saya itu agak terlanjur. Walau apa pun, inilah kali pertama jualan hasil karya saya mencecah lebih 250,000 naskah”.

Tergamam lagi ibu Awang Jahilon oleh jawapan pengarang buku bergambar “Gajah Berak Kek” itu. Hatinya lalu berkata, “dulu aku pernah membaca cerita Sang Kancil dengan Sang Harimau. Apabila Sang Harimau hendak menangkap dan memakan Sang Kancil, maka Sang Kancil pun berpura-pura kononnya ia sedang menjaga sebuku kek milik Raja Sulaiman. Sedangkan yang dijaganya itu adalah selungguk shit (tahi) kerbau. Sang Harimau percaya sungguh bahawa shit kerbau itu adalah kek Raja Sulaiman. Oleh itu dia tidak berani mengapa-apakan Sang Kancil kerana takut kepada kemurkaan Raja Sulaiman yang menugaskan Sang Kancil menjaga keknya itu”.

Hati ibu Awang Jahilon terus berkata, “kalau di zaman dahulu kala, binatang menipu binatang, tetapi di zaman moden ini manusia pula meniru kaedah binatang. Cuma bezanya, kalau dahulu Kancil yang lemah menipu Harimau yang gagah demi menyelamatkan nyawanya, kini ‘Harimau’ pula yang menipu ‘Kancil’. Namun bukan untuk menyelamatkan nyawanya, tetapi untuk menyelamatkan kuasanya. Dengan kuasanya itulah ‘harimau-harimau’ itu akan terus menindas dan membaham mereka yang lemah seperti Kancil. Lemah dalam segala aspek. Hai …. bukan main gawat lagi rupanya dunia sekarang ini !

*****************&&&&&&**************

IKTIBAR (makna tersirat) daro CEREKANA-CEREKANA di atas :

Berdasarkan cerekana “Mad Joned”, kita dapat mengambil iktibar dari watak yang sangat suka dipuji itu. Watak suka dipuji seperti Mad Joned bukanlah sesuatu yang baik untuk dijadikan tauladan. Malah kita disuruh oleh Allah supaya membendung sifat tersebut. Tindakan yang dilakukan dengan niat menarik perhatian orang supaya dipuji, disebut dalam Islam sebagai “riyak”. Sifat riyak tergolong sebagai sifat “mazmumah” iaitu salah satu dari sifat-sifat yang haram diamalkan. Dalam budaya Melayu sendiri, sifat suka makan puji dianggap jijik. Orang yang suka makan puji diistilahkan sebagai “bajak wangkang”.

Istilah “bajak wangkang” ini lazimnya digunakan secara sindiran terhadap seseorang yang melakukan sesuatu setelah dipuji atau untuk mendapatkan puji-pujian. Orang semacam ini, semakin ia dipuji semakin tekun ia berusaha menambahkan khidmatnya.

Si bajak wangkang itu tentu akan mendatangkan mudarat apabila dianugerahi dengan kuasa ekonomi dan juga kuasa politik. Semasa tanpa kuasa pun dia telah pandai berangan-angan untuk membuat itu dan ini, demi mamancing puji-pujian, apatah lagi apabila telah mendapat kuasa. Ia akan menggunakan sepenuhnya kuasa tersebut untuk membeli puji-pujian walaupun dengan harga yang tidak munasabah mahalnya.

Ia lebih merbahaya jika dalam masa yang sama wujud pula watak Maha-TIRI seperti dalam cerekana “Kisah Gajah Berak Kek”. Kedua-dua watak ini pasti akan berganding bahu. Secara semula jadi mereka akan mengenali antara satu dengan yang lain sebagai pelengkap (complementaray). Mereka umpama suami isteri. Kedua-duanya saling perlu dan memerlukan demi menghasilkan zuriat. Dalam istilah pengurusan modern, gabungan mereka dikatakan akan menghasilkan “synergy”.

Yang membimbangkan kita ialah apabila kedua-dua watak tersebut bersifat keterlaluan. Si Maha-TIRI dengan sifat suka dipuji secara keterlaluan, manakala si Maha-TIRU pula bersifat amat suka memuji secara keterlaluluan. Akibat suka dipuji keterlaluan Si Maha-TIRI itu, akan berlakulah bermacam-macam aktiviti yang bertujuan mencetuskan puji-pujian. Segala sumber akan dikorbankan tanpa teragak-agak demi memperolehi puji-pujian.

Apa lagi jika tidak ada sesiapa pun yang berani menzahirkan penentangan yang berkesan. Segala yang dibuatnya akan dianggap betul bila ia berjaya menghasilkan puji-pujian.

Keadaan akan menjadi bertambah runcing bila orang yang sepatutnya menegur pula bersifat seperti Maha-TIRU. Segala yang dilakukan oleh Maha-TIRI itu akan disokongnya. Bukan kerana dia percaya apa yang dilakukan oleh Maha-TIRI itu betul, tetapi semata-mata kerana ingin mengampu bagi mendapatkan sesuatu ganjaran.

Maha-TIRU dengan sifatnya yang sedemikian rupa akan dapat mengagak apa yang digemari Si Maha-TIRI dan apa yang dibencinya. Ia bolehlah dianggap sebagai suatu kepakaran, tetapi ia bukanlah sesuatu yang baik untuk dibanggakan. Oleh itu segala tindakan yang akan diambil akan dipastikan dahulu bahawa ia bukat sesuatu yang dibenci Si Maha-TIRI. Hatta, apabila perlu menyelewengkan data pun Si Maha-TIRU akan sanggup melakukannya, asalkan dia rasa Maha-TIRI akan suka terhadap fakta (palsu) yang diterimanya.

Watak seperti Maha-TIRU sebenarnya menyumbang ke arah kerosakan di pelbagai peringkat dalam masyarakat dan organisasi. Untuk membodek dan mengampu orang atasan, atau bossnya demi kepentingan tertentu, Maha-TIRU akan sanggup menyelewengkan sesuatu maklumat atau fakta.  Hatta, dia akan sanggup menggambarkan sesuatu yang buruk itu sebagai baik, dan yang baik itu sebagai buruk, asalkan hasratnya tercapai.

Bagi Maha-TIRU, samada gambaran yang dilukisnya tentang sesuatu isu itu akan merosakkan persepsi atau kefahaman umum atau tidak, bukanlah menjadi perkara yang penting baginya. Malah kadang kala memang disengajakan dan menjadi satu strategi pula demi mengelirukan faham umum demi mencapai sesuatu hasrat. Oleh itu, tidak hairanlah kita kalau sesuatu yang paling baik (kek), akan digambarkan sebagai sesuatu yang paling buruk (shit=tahi). Sebaliknya, yang paling buruk pula akan dilukis dengan sebegitu rupa hingga kelihatan sebagai yang paling baik. Semua ini akan sanggup dilakukan oleh Maha-TIRU walaupun tanpa disuruh, demi menagih sesuatu daki dan laba dunia (gelaran) dari orang-orang atasan (Maha-TIRI).

Kisah Gajah Berak Kek di atas bermasud menzahirkan perbezaan ekstrim di antara dua watak utama. Yang satu ialah pengarang “SHIT” yang bergelar Sasterawan Negara dan yang lagi satu ialah Pelukis Nasional yang bergelar Maha-TIRU. Dari cerekana di atas, kita harus mengambil iktibar bahawa individu seperti Maha-TIRU tidak sewajarnya dijadikan model untuk ditiru atau dicontohi.

Tindakan Maha-TIRU sebenarnya amat merbahaya. Kerananya, berbagai pihak telah mendapat persepsi atau gambaran yang salah tentang sesuatu keadaan ataupun masalah. Akibatnya, tindakan yang diambil bagi menghadapi keadaan atau menangani sesuatu isu tidak akan tepat. Tindakan yang diambil, buka saja tidak berkesan bagi mencapai matlamat, malah boleh mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada pihak lain, hatta terhadap pemimpinnya sendiri (Maha-TIRI).

Watak Maha-TIRU amat berbaza dengan watak pengarang novel SHIT. Dari sumber-sumber tertentu, penulis telah difahamkan bahawa pengarang SHIT adalah menulis mengikut persepsinya yang sebenar. Beliau dengan cara yang jujur, tulus lagi ikhlas telah menterjemahkan suatu keadaan yang kotor kepada suatu gambaran yang kotor. Gambaran yang kotor itu dimuatkan pula ke dalam sebuah novel yang judulnya juga kotor.

Ini sangat berbeza dengan Maha-TIRU yang tidak menggambarkan sesuatu sepertimana sebenarnya. Rengkasnya, watak pengarang SHIT menunjukkan adanya “consistency” dan ketelusan. Segala persepsinya ditunjukkan tanpa menyelindungi apa-apa, samada sesuatu kecacatan mahupun sesuatu kecantikan. Ini membolehkan pembaca membuat penilaian sendiri tentang keadaan yang digambarkannya. Sekiranya gambarannya kurang tepat, namun ia bukanlah kerana disengajakan, ataupun dipengaruhi oleh sesuatu niat jahat. Ini tidak sama dengan Maha-TIRU. Si pengampu ini dalam sedar menyelewengkan fakta.

Cara pengarang SHIT wajiblah dijadikan model yang standard untuk diikuti oleh semua manusia di semua lapisan masyarakat. Malah jika lebih tinggi kedudukannya dalam struktur masyarakat, maka lebih wajib baginya untuk berani menyatakan kebenaran. Bak kata pepatah Melayu, “berani kerana benar, takut kerana salah”. Keberanian pengarang SHIT amat wajar dipuji, dibela dan bela, sejajar dengan falsafah tersebut.

Satu lagi watak penting yang perlu dihindari ialah Awang Jahilon, budak tadika dalam kisah Gajah Berak Kek itu. Pengikut seperti beliau, yang masih ramai dalam masyarakat Malaysia pun tidak kurang sumbangannya kearah kerosakan. Dalam kebodohan, mereka menyangka bahawa sesuatu keadaan itu adalah 100 peratus sepertimana yang digambarkan oleh Maha-TIRU.

Misalnya sesuatu keadaan itu mungkin disangkakan aman dan selamat. Sedangkan hakikatnya adalah huru-hara dan merbahaya. Apabila hakikat sebenarnya disedari, ianya sudah terlambat untuk berbuat apa-apa perubahan yang berrmakna. Yang akan terpaksa menanggung kerugian besar nanti bukanlah pihak atasan, tetapi “macai” macam merekalah.

Akibat akal yang singkat lagi bodoh, mereka yang seperti Awang Jahilon ini sentiasa menjadi mangsa. Sedangkan Si Maha-TIRU yang pandai putar belit itu, siang-siang lagi dah membuat perancangan dan persediaan rapi, demi menjamin agar kepentingan dirinya dan pemimpinnya tidak terjejas seandainya berlaku sebarang kecemasan.

Sebagai warganegara yang mendakwa diri telah matang, kita wajar menyedari hakikat bahawa watak Maha-TIRU dan juga Awang Jahilon sentiasa wujud dalam semua masa dan keadaan. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat Malaysia sejak beberapa penggal yang lalu. Individu Maha-TIRU ini telah bertambah dengan suburnya sehingga menjadi satu budaya baru pula. Ia berlaku di semua peringkat dalam masyarakat. Dari peringkat organisasi kampung, organisasi Bandar, malah di peringkat negeri dan negara sekalipun. Ini adalah suatu mala petaka yang harus ditangani segera sebelum ia menjadi lebih teruk hingga terkeluar dari kawalan kita. Semua lapisan masyarakat harus membenci peribadi tersebut agar negara tidak terus hancur akibat kedurjanaan mereka ini.

Seterusnya, kita rakyat Malaysia yang mendakwa diri masing-masing sebagai rakyat yang berwawasan 2020, wajarlah sama-sama menyingkirkan Maha-TIRU keluar dari sistem kehidupan masyarakat Malaysia. Kita juga tidak harus kekal berminda seperti budak tadika, Awang Jahilon itu. Asalkan si pengarang (Maha-TIRU) mendakwa bahawa gajah itu binatang istimewa, maka lantas dipercayainya bahawa gajah benar-benar boleh membuat apa saja, malah memberak kek sekali pun. Bukan kerana apa, tetapi semata-mata kereana keistimewaan yang didakwa ada pada diri binatang gajah itu.

Sepatutnya rata-rata kita semua telahpun matang dan mampu membezakan antara lojik, majik (magic) dan jijik. Yang lojik bolehlah kita pegangi. Tetapi yang majik dan jijik tidak harus dijadikan asas pegangan kita kerana ia adalah kepalsuan dan kekotoran yang akan membawa kepada kehancuran.

Begitu juga, kita tak harus terus taksub kepada mana-mana pemimpin. Asalkan ada orang kata yang dia itu pemimpin istimewa dan bijaksana serta diiktiraf dunia, maka segala idea dan pandangannya tak wajar dipertikaikan langsung. Sebaliknya, semuanya wajib ditelan bulat-bulat tanpa perlu dikunyah terlebih dahulu.

Bukankah kita sekarang ini sudah berada di dalam era IT (“Information Technology”) ?  Dengan IT, banyak maklumat yang kita dapat perolehi. Semuanya boleh menolong kita untuk membuat penilaian dengan lebih bijak lagi tepat terhadap semua perkara, termasuk terhadap seseorang individu. Oleh itu kita tidak wajar berminda seperti Awang Jahilon. Kita harus pandai memunafaatkan teknologi maklumat yang di sebut IT itu, kerana kita telah pun berada dalam zamannya. Cara kita berfikir juga hendaklah sejajar dengan tamaddun IT.

Jika tidak, kita bukanlah sebenarnya pengamal tamaddun IT. Jauh sekali sebagai pengamal tamaddun HIT (“Huge Information Technology”). Kalau IT tak layak, HIT lagi tak layak, maka apa lagi yang tinggal jika bukan  S H I T  ?

Dengan menerima hakikat bahawa watak-watak  tersebut (iaitu pengarang SHIT, Maha-TIRI, Maha-TIRU dan Awang Jahilon), yang disebut dalam karya ini adalah sentiasa wujud dalam semua masa dan keadaan,  maka tak perlulah kita risau sangat dengan kemelut SHIT  yang pernah “mengharumi” persekitaran dalam negara kita suatu masa dahulu. Sebaliknya, kita haruslah memberi perhatian yang lebih terhadap Maha-Maha-TIRU yang begitu gigih dan beriltizam menjalankan tugas membodek dan mengampunya.

Mereka berhak membuat teguran-teguran dengan begitu lantang terhadap pengarang novelette SHIT itu. Tetapi janganlah pula kita juga turut diheret sama untuk mengiktiraf dan meniru mereka (iaitu jadi seperti Maha-TIRU).

Kita juga tidak harus kekal dengan mentaliti seperti budak tadika, Awang Jahilon. Sebaliknya kita harus meniru @ mengikut jejak langkah pengarang novelette SHIT kerana cara beliau lebih sejajar dan “consistent” dengan dasar ketelusan (“tranparent“) yang sedang dimomok-momokkan pelbagai pihak sebagai cara paling berkesan bagi menghapuskan rasuah, kronisma, nepotisma dan apa juga isma-isma yang bertentangan dengan Islam.

Apabila setiap benda dan perkara itu dilakar dan digambarkan mengikut wajah dan sifat atau fitrah asalnya yang sebenar, maka tak timbul lagi salah faham, ataupun silap penterjemahan oleh mana-mana pihak tentangnya. Hasilnya, segala urusan pentadbiran dan penguatkuasaan akan berjalan dengan lancar dan effisyen. Segala perancangan pembangunan yang bermunafaat untuk semua pihak akan mudah dirangka dan implimentasikan.

Berdamping dengan ketelusan dan kebenaran adalah umpama berdamping dengan ubat-ubatan. Walaupun rata-rata ianya pahit, namun kemujarapannya akan dapat menyembuhkan anggota yang sakit dan menguatkan anggota yang lemah. Sebaliknya, bertemankan ketidaktelusan dan kepalsuan (seperti Maha-TIRU) adalah bertemankan dadah. Nampaknya saja ia melegakan teman karibnya (Maha-TIRI), namun hakikatnya ia membawanya kearah kebinasaan diri dan masyarakat. Malah ia jauh lebih durjana daripada, “sokong yang membawa rebah”.

Dari kecil lagi kita patutlah diasuh supaya memahami konsep Mad Joned. Kita patut bencikan Mad Joned, tidak seperti seorang pelawak nun di utara negara yang “terbalik kot”. Beliau kononnya, bukan sekadar berminat watak seperti Mad Joned, malah cuba mempromosikan pula kepada masyarakat supaya meniru watak Mad Joned.

Apa pun, Mad Joned hanya menimpakan kerosakan terhadap dirinya sendiri sahaja akibat sikapnya yang suka berangan-angan dan ketagihkan puji-pujian itu. Sedangkan kerosakan yang bakal diakibatkan oleh Maha-TIRI dengan sikapnya itu, adalah lebih dahsyat lagi, kerana ia menimpa ke atas masyarakat umum, organisasi dan negara. Oleh itu kenapakah kita tidak turut diasuh supaya membencikan Maha-TIRI lebih dari bencikan Mad Joned.

Atas keinsafan ini, memang sangat wajarlah kita berusaha habis-habisan supaya makluk perosak (Maha-TIRI) itu disingkirkan segera. Bukan sekadar dari puncak kuasa, malah dinyahkan keseluruhannya dari sistem kehidupan masyarakat kita.

Begitu juga dengan makluk perosak kedua, Si Maha-TIRU. Bila terhapusnya petualang (Maha-TIRU) ini, insya Allah maka dengan sendirinya akan turut pupus segala Maha-Maha yang lain. Tidak terkecuali ialah yang paling Maha iaitu Maha-TIRI, si bajak wangkang yang terbesar di dunia itu. Si bajak wangkang ini nampaknya sangat megah dengan dua buah “jagung” yang tertinggi di dunia, yang tumbuh hasil pembajakannya. Bajak ini hanya berkesan selagi masih ada Maha—TIRU yang mengangkatnya. Bukankah kata peribahasa, “bajak wangkang makan diangkat !”  Jadi, bila Maha-TIRU sudah tiada, maka tak berkesanlah lagi bajak itu (Maha-TIRI) kerana tiada yang akan mengangkatnya lagi. Mudah-mudahan semua Maha-Maha itu akan hapus segera, hatta yang terus kekal abadi hanyalah Yang Maha Esa, Allah s.n.w.

Wallahualam.

.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

.

@OPajar      # 13424

4uni2c # 13327 Tun Dr Maha Cadangkan Ahli ABU Jadi PM ?

•2013-03-27 • Leave a Comment

Tun Dr M TAK Cadangkan Najib Jadi PM

Sila Klik  atas gambar  berikut:

.

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

TAJUK-tajuk lain yang RELEVAN:

https://4uni2c.com/2012/12/25/4uni2c12z25-br1m-2-0-dan-strategi-abu-nawas/

https://4uni2c.com/2012/12/11/4uni2c-12z11-peragut-sen-sen-berlesen/

www.4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/

https://4uni2c.com/2013/02/25/4uni2c-13225-si-bangan-saja-layak-ditipu-bn/

4uni2c # 13320 Dr Mahathir PemBOHONG ?

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

Daulat  RAKYAT  !                  Allahualbar  !                 Allahuakbar  !

~ by OPajar on 2013/03/09.

4uni2c # 13323 Barua dan jentera Daulah – Hishamuddin Rais

•2013-03-23 • Leave a Comment

.

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Petikan (penuh) dari SUARA KEADILAN 109 bertarikah 19MAC 2013  DARI BRICKFIELDS – Hishamuddin Rais

Barua dan jentera daulah

.

SAYA wajib menerangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai jentera daulah. Ini kerana lembaga ini sedang memainkan peranan yang amat penting untuk masa depan kita semua.SPR diwujudkan oleh Parlimen. Dari segi Perlembagaan, SPR harus tunduk kepada Parlimen.

Mengikut Parlimen, SPR ialah satu lembaga bebas dari kuasa eksekutif.  Tetapi ini tidak berlaku. SPR hari ini telah menjadi barua paling setia kepada United Malays National Organisation.

            Saya juga wajib menerangkan orang ramai tentang lembaga kepolisan-PDRM. Lembaga ini seharusnya bertugas untuk menjaga keamanan orang ramai. Tetapi ini tidak berlaku. Polis telah menjadi barua kepada United Malays National Organisation.

Saya juga wajib menerangkan tentang lembaga kehakiman – mahkamah dan Peguam Negara. Lembaga kehakiman ini wajib bergerak bebas berasas Perlembagaan dan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Tugas lembaga ini ialah menjamin kepentingan orang ramai. Tetapi hakikatnya hari ini lembaga kehakiman juga telah menjadi barua kepada United Malays National Organisation.

Apa itu barua ?  Barua ini adalah satu konsep yang memiliki berbagai makna. Secara generic barua ialah orang perseorangan atau kumpulan orang. Barua lebih rendah tahapnya dari macai, gurkha atau hamba. Ini kerana barua tidak memiliki nilai dan harga diri. Ciri-ciri menonjol yang  dimiliki barua ialah kebijaksanaan Sang Barua membodek.

Saya wajib juga menerangkan apa itu daulah. Dan apa itu lembaga daulah. Jika kita memahami daulah dan lembaga daulah, maka kita akan memahami dengan apa itu barua. Dan bagaimana barua muncul dan bergerak dalam daulah.

Daulah  ialah perkataan Arab yang diMelayukan. Dalam bahasa Inggeri, daulah ialah ‘state’ atau negara. Negara yang dimaksudkan bukan Malaysia tetapi struktur, symbol dan lembaga yang mewujudkan kelahiran sebuah negara.

Negara wujud dengan adanya jentera negara atau jentera daulah. Parlimen, polis, mahkamah, SPR, badan kehakiman atau tentera adalah lembaga yang bergerak sebagai jentera-jentera daulah. Lembaga dan jentera inilah yang mewujudkan Malaysia. Tanpa jentera ini Malaysia tidak akan wujud.

Parlimen adalah badan yang mewujudkan jentera atau lembaga ini. Tujuan mewujudkan lembaga daulah ialah memastikan kepentingan orang ramai – kepentigan awam –  didahulukan dari kepentingan individu. ‘State’ atau daulah wajib menjalankan dasar untuk kepentingan umum, bukan kepentingan individu atau satu kumpulan kecil. Ini falsafah daulah yang tidak berganjak sama ada di timur, barat, utara atau selatan.

Hari ini, di Malaysia semua jentera daulah yang sepatutnya menjalankan tugas untuk menjaga kepentingan orang ramai telah menjadi barua kepada United Malays National Organisation. Lembaga ini dikendalikan oleh individu-individu.

Individu yang mengendalikan lembaga ini haruslah sosok-sosok yang berwibawa, cekap, berilmu dan memiliki keterampilan moral. Ini kerana sosok ini menjalankan kewajipan yang maha berat untuk memastikan kepentingan orang ramai didahulukan. Ini tidak berlaku.

Orang ramai akan bertanya bagaimana lembaga daulah dan jentera daulah dapat dijadikan barua oleh United Malays National Organisation. Bukankah semua ini wajib dipantau oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara ?

            Sebenarnya menjadikan lembaga sebagai barua bukan susah. Ini senang untuk difahami dan senang dilakukan. Dalam zaman Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty, teknik untuk melahirkan barua, telah menjadi seni.

Mahathir cukup senang dengan sesiapa sahaja yang memilik masalah. Megat Joned yang terlibat dalam kes bunuh ‘pemilik kedai video’ terus menjadi barua Mahathir yang setia. Rahim Thamby Chik dengan kes rogol juga menjadi barua yang setia. Kuncinya ialah semua Sang Barua yang berkerja dengan Mahathir adalah sosok bermasalah. Yang mengamal rasuah. Lagi banyak beban dipikul lagi setia Sang Barua.

Teknik sama juga telah menobatkan lembaga kehakiman sebagai barua kepada United Malays National Organisation. Awalan sejarah lembaga kehakiman Malaysia amat dihormati kerana lembaga ini bebas dan berwibawa.

Tetapi Anak Lelaki Islandar Kutty mengubah semua ini. Justeru, muncul watak bernama Eusof Chin. Muncul VK Lingam. Teknik ini diteruskan oleh Najib untuk melahirkan watak paling baru bernama Tan Sri Cecil Abraham. Lagi banyak ‘rahsia gelap’ yang dimiliki oleh sosok lagi layak untuk dilantik untuk menjadi barua.

Adalah rahsia umum bahawa ada antara hakim ‘boleh didangdut’. Mereka ‘didangdut’ oleh Towkay Ayam, Towkay Judi atau Towkay Dadah. Perangai suka ‘berdangdut’ telah menjalar dari mahkamah rendah hingga ke mahkamah tinggi. Apa ini tidak diketahui oleh Peguam Negara ?  Kah… kah … kah.  Peguam Negara juga ialah kaki dangdut.

Perkara sama juga berlaku kepada lembaga kepolisan. Lembaga ini bukan saja suka ‘berdangdut’ malah banyak pegawai lembaga ini menjadi pemilik ‘kelab dangdut’. Polis Malaysia yang pada satu ketika dahulu amat dihormati dengan moto – sedia berkhidmat – kini berjaya dijadikan Sang Barua oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty.

Saya menulis tentang SPR, polis dan kehakiman kerana semakin dekat PRU13 – semakin jelas dilihat kebaruaan lembaga-lembaga ini. Saya perhatikan dengan rapi bagaimana pihak polis telah dibaruakan ketahap ‘gaban’. Laporan kepada polis tentang jenayah yang dilakukan penyokong United Malays National Organisation tidak dipedulikan. Serangan demi serangan menimpa penyokong Pakatan Rakyat dibakulsampahkan.

Tetapi dengan cergas sekali lembaga polis akan bertindak terhadap Tian Chua, menyerbu pejabat Suara Keadilan, menangkap Mat Sabu atau CheGu Bard. Sikap ‘cergas’ ini menampak kepda umum bahawa polis ialah barua United Malays National Organisation.

Polis yang menangkap Tian Chua atau Mat Sabu cekap menghantar tuduhan ke mahkamah. Sekali lagi orang ramai melihat bagaimana mahkamah dijadikan barua. Saya bukan berakap kosong. Bukti kebaruaan mahkamah tertonjol dalam kes pembunuhan Altantuya.

Dalam kes pembunuhan Altantuya yang paling menonjol ialah apabila mahkamah, hakim dan pendakwa tidak bertanya kepada Sirul atau Azilah, siapa yang upah mereka. Ini kerana Sirul dan Azilah dalam Akuan Bersumpah menyatakan bahawa mereka diupah. Kes Altantuya membebaskan Razak Baginda dari terlibat.

Kebaruaan mahkamah jelas apabila Pendakwa tidak pula membuat rayuan. Biasanya dalam kes bunuh, pasti ada rayuan untuk ulang bicara. Bayangkan dalam kes tujuh pelajar berdemo dan kes empat siswa UKM – bukan saja mahkamah merayu malah hingga hari ini kes masih berjalan. Jika bukan kerja barua, maka Rosmah Mansor masih anak dara.

Akhirnya, SPR. Lembaga ini adalah barua totok yang akan menipu untuk memastikan United Malays National Organisation menang dalam PRU13. Sebagai bukti – semakan kerajaan Selangor di Bestari Jaya Utara mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang.

Kawasan Ijok pula yang diwakili Menteri Besar, Khalid Ibrahim turut mencatat penambahan 721 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti. Pengundi lebih ramai dari penduduk. SPR tidak mempeduli kes Ijok.

Di Pandamaran, lebih 3 ribu pengundi kehilangan nama mereka dalam daftar pengundi. Lebih dari lima ribu nama pengundi yang disangsikan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Mahkamah menolak permohonan YB Charles Santiago untuk semakan daftar pengundi walaupun dibekalkan bukti jelas. Daftar ‘penuh penipuan’ ini akan digunakan dalam PRU13.

Jelas, lembaga dan jentera daulah ini semuanya sedang dijadikan barua oleh United Malays National Organisation. SPR, Polis, Jabatan Pendaftaran Negara dan mahkamah kini sedang bekerjasama. Sebagai barua yang setia kepada tuannya lembaga ini bekerja keras siang dan malam untuk memastikan Pakatan Rakyat kalah dalam PRU13.

Lembaga daulah ini menjadi benteng dan tembok untuk mempertahankan Parti Ketuanan Melayu dari ditenggelamkan oleh ombak rakyat. Sosok yang mengendalikan SPR – Pengerusi dan Pegawai – sedar bahawa sokongan rakyat menyebelahi Pakatan Rakyat.

Ketua Hakim Negara dan konconya tahu tarikh lupus kuasa telah lama sampai. Malah pegawai polis yang berpangkat sedar bahawa United Malays National Organisation akan dihumbankan oleh rakyat.

Justeru semua sosok yang menjadi barua sedar apa yang akan terjadi kepada mereka. Ada yang bersedia untuk pindah ke luar negara. Ada yang secara senyap-senyap membeli ‘insuran’ dengan Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan oleh Musa Hitam dan Musa Hasan.

Tetapi masih ada satu kumpulan kecil yang masih berdegil. Sang Barua ini cuba meng’viagra’kan United Malays National Organisation yang semakin lembik. Untuk Sang Barua ini, saya nasihatkan sila minta dari Lebai Google gambar helicopter di atas Kedutaan Amerika pada 30 April 1975. Ini adalah hari Saigon ditawan – hari kuasa imperialis Amerika kalah dalam Perang Vietnam.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Tian Chua’s SAGA #M101 Pertuduhan ….

https://4uni2c.com/2012/12/16/cerekana-11z12-strategi-barua-jepang/?preview=true&preview_id=218&preview_nonce=28315e6aa2

Lain-lain maklumat yang berkaitan:

Campur tangan UMNO punca polis gagalBekas Pengarah SB   Sila  KLIK  — >   http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17638-campur-tangan-umno-punca-polis-gagal-bekas-pengarah-sb?fb_action_ids=369726436474022&fb_action_types=og.likes&fb_source=other_multiline&action_object_map={%22369726436474022%22%3A128325364017250}&action_type_map={%22369726436474022%22%3A%22og.likes%22}&action_ref_map=

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

.

d   a   u   l   a   t          r   a   k   y   a   t   !

.

@OPajar   #13323

4uni2c # 13320 Dr Mahathir PemBOHONG ?

•2013-03-20 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Selinga 1 :

Siapakah pengasas Politik Wang ?

Petikan (penuh) dari Suara KEADILAN 109 bertarikh 19 Mac 2013, muka surat 2(UTAMA)

.

Dr Mahathir PemBOHONG  ???

.

HASSNAR EBRAHIM turut menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad yang sembarangan menuduh pegawai kerajaan, kononnya menjual kad penganalan kepada pendatang tanpa izin untuk kepentingan diri.

“Mahathir pembohong besar,” kata Hassnar membidas kenyataan Mahathir yang dilapor Bernama melalui segmen ‘Bicara Minda di Papas, Sabah 17 Mac lalu.

Mahathir dilapor berkata rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan pentadbirannya kerana penyelewengan dilakukan pegawai kerajaan atas kepentingan individu.

Kata Hassnar, projek IC dalam pengetahuan Mahathir, malah diketuai bekas Perdana Menteri itu berikutan tidak selesa dengan pentadbiran Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1990 dengan 1994.

Malah, katanya, beliau menjadi ‘bahan tawaran’ antara Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan dengan pentadbiran di Kuala Lumpur yang ketika itu berniat untuk menyertai semula BN.

“Salah satu syarat rundingan, Joseph mahu saya dimasukkan ke penjara,” katanya.

.

d  a  u  l  a  t       r  a  k  y  a  t  !

.

TAJUK-tajuk lain yang RELEVAN :

Dr. Mahathir “jasamu” dikenang  :   https://4uni2c.com/2013/02/02/4uni2c-13202-tun-dr-m-jasamu-dikenang/

Si Bangang saja layak ditipu BNhttps://4uni2c.com/2013/02/25/4uni2c-13225-si-bangan-saja-layak-ditipu-bn/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

Selingan 2 :

Kenapa Najib tak layak jadi PM ?

@OPajar  # 13320

Tian Chua’s SAGA #M101 Pertuduhan ….

•2013-03-16 • Leave a Comment

Tian Chua’s SAGA #m101 Pertuduhan Isu Lahad Datu

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

Petikan (penuh) dari Harian Metro Jumaat 15Mac 2013 m.s. 34 Setempat Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur:

Pertuduhan Isu Lahad Datu

Kafeteria Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam kecoh apabila lebih 20 penyokong Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chang, cuba menghalang dua anggota polis daripada menahan Ahli Parlimen Batu itu untuk dibawa ke lokap.

Bagaimanapun, keadaan kembali tenang selepas seorang pegawai  penyiasat memberitahu penahanan Chua atau dikenali sebagai Tian Chua, itu hanyalah sekadar prosedur biasa tangkapan seseorang tertuduh sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Akibat insiden itu, polis membatalkan penahanan itu dan meminta Tian Chua menyerahkan kad pengenalannya sebelum dia didakwa di mahkamah.

Tian Chua, 50, kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, dihadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat, atas tuduhan mengeluarkan empat kenyataan hasutan berhubung isu pencerohohan Lahad Datu, Sabah awal bulan ini.

Selepas tuduhan dibacakan, lelaki itu mengaku tidak bersalah dan berkata “ini adalah dakwaan bermotif politik, saya akan jawab fitnah ini untuk bersihkan nama saya”

Mengikut kertas pertuduhan, Tian Chua didakwa menyebut perkataan menghasut dengan membuat kenyataan bahawa ‘serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat’.

Kenyataan lain yang didakwa disebut oleh Tian Chua ialah ‘insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO’

Sementara itu, kenyataan ketiga dan keempat yang didakwa dibuat Tian Chua ialah ‘menyifatkan pencerohohan di Lahad Datu itu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah’ serta ‘ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing’.

Ia dilakukan di No 62-2-A. Fraser Business Park, Jalan Off Metro Pudu, Jalan Yew di sini, jam 11 pagi, 1 Mac lalu.

Bagi perbuatan itu, Tian Chua didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim menawarkan jaminan RM5,000 dengan seroang penjamin terhadap tertuduh.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

Tajuk-tajuk lain yang RELEVAN:

https://4uni2c.com/2013/03/09/4uni2c-13310-yb-tian-chua-lebih-bahaya/ https://4uni2c.com/2013/02/25/4uni2c-13225-si-bangan-saja-layak-ditipu-bn/

 

@OPajar #13316