Ahmad’s SAGA # 026 Terhukum Sebelum Disabitkan Kesalahan

•2013-10-17 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain TAJUK sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone sila guna borang SEARCH)

Terhukum Sebelum Disabitkan Kesalahan.

2hb Oktober lepas merupakan hari terakhir bagi perbicaraan kes Ahmad, anak Acik (Ayah/Abang+cik) yang didakwa menghina DYMM Sultan Johor di laman sosial Facebook itu. Sessi pebicaraan kali ini tidak mengambil masa yang panjang. Dua orang saksi telah hazir memberi keterangan dari kandang saksi. Seorang ialah saksi yang tidak dapat hazir pada sessi perbicaraan yang lepas. Manakala seorang lagi ialah saudara Zakwan, seorang peguam. Saudara Zakwan asalnya dipanggil untuk menyerahkan sendiri dokumen yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam Malaysia (Malaysia Bar Council) bagi mengesahkan status diri beliau sebagai seorang peguam yang layak. Tiba-tiba beliau juga dikehendaki masuk ke dalam kandang saksi untuk menjawab beberapa soalan sebelum dilepaskan.

Seorang lagi saksi ialah seorang anggota Polis berpangkat Inspektor. Beliau merupakan saksi yang terakhir dipanggil memberi kesaksian bagi perbicaraan kes Ahmad itu. Selepas beliau memberi kesaksian maka perbicaraan akan ditamatkan dan Hakim akan membuat keputusan bagi perbicaraan tersebut.

Namun begitu,  Pendakwa masih ingin melanjutkan lagi perbicaraan tersebut.  Beliau telah cuba memohon supaya salah seorang dari saksi-saksi pihak pembelaan dipanggil semula ke mahkamah untuk disoal. Kononnya baru terjumpa suatu bukti lain yang relevan. Tujuan Pendakwa ialah untuk mempertikaikan kredibiliti saksi berkenaan dan seterusnya menyangkal segala kesaksian yang telah dikemukakan beliau (saksi) di dalam mahkamah tempoh hari. Mujur juga Tuan Hakim dengan menggunakan hak budibicara beliau telah menolak permohonan Pendakwa tersebut. Jika tidak, terpaksalah Acik dan ahli keluarga datang lagi ke Johor Bahru. Tak tahulah berapa  banyak lagi masa, tenaga dan wang ringgit perlu dikorban pula, sehinggalah kes Ahmad benar-benar tutup buku.

Sebenarnya, apa yang telah Acik sekeluarga tanggung sudah cukup membebankan. Kami telah terpaksa mengorban tenaga, masa dan wang ringgit bagi mengikuti setiap sessi perbicaraan. Maklum sajalah, perbicaraan dijalankan di Johor Bahru sedangkan kami tinggal di Lembah Kelang. Kerana jarak yang agak jauh antara Johor Bahru dengan Lembah Kelang, kos yang terpaksa ditanggung tentulah tinggi. Setakat ini saja rasa-rasa kami telah bekorban tidak kurang dari RM30 ribu. Malah mungkin mencecah RM40 ribu jika diambil kira kos melepas. Kos melepas yang Acik maksudkan ialah kerugian yang ditanggung akibat terpaksa membatal atau menangguhkan akativiti-aktiviti ekonomi lain yang mendatangkan pendapatan. Misalnya , kerugian gaji yang terpaksa ditanggung Ahmad akibat  tidak datang kerja kerana menghaziri  perbicaraaan di Johor Bahru.

Bagi Acik suami isteri yang pencen kerajaan, angka puluhan ribu bukanlah suatu jumlah yang kecil. Dengan berterus terang Acik bilang, walaupun dah 10 tahun pencen, hingga kini  Acik masih lagi menanggung hutang . Bukan kata hutang sekadar seribu dua saja, malah masih puluhan ribu. Bukan hutang beli rumah atau beli kereta, tetapi hutang peribadi. Rumah yang beli dengan pinjaman kerajaan pun telah terpaksa dijual. Dijual bukan bagi melangsaikan segala hutang, tetapi hanya sekadar  mengurangkannya sahaja.

Pendek kata sejak masih kerja kerajaan hinggalah pencen, hidup sentiasa dalam berhutang. Mujur juga tidak sampai ke tahap terpaksa ambil rasuah dengan alasan “tak cukup”. Syukur juga kerana telah berjaya mengekalkan diri bersih dari gejala rasuah sepanjang 25 tahun berkhidmat dengan agensi kerajaan yang agak terdedah dengan pengaruh rasuah itu.

Jika segala yang telah dibelanjakan berkaitan dengan kes Ahmad itu digunakan untuk melangsaikan hutang Acik itu bukankah leganya Acik dan isteri yang pencen ni. Harap-harap akan sempat juga merasai nikmat bebas dari berhutang (walaupun sekejap) sebelum pulang mengadap Rabul Jalil nanti.

Seperti yang pernah Acik tulis sebelum ini, sesuatu yang berlaku itu adalah atas sebab kebaikannya, maka kes Ahmad juga tidak terkecuali. Jika tidak berlaku kes Ahmad, mungkin sampai mati pun Acik tak akan menjejak kaki ke mahkamah. Persepsi terhadap realiti hidup pun mungkin kurang tepat. Persepsi terhadap sistem pengadilan pun mungkin terus bias. OKD (Orang Kena Dakwa) rata-rata dianggap sudah bersalah walaupun belum disabitkan dengan apa-apa kesalahan. Kes OKD menjadi mangsa penganiayaan mungkin Acik terus anggap sebagai kes-kes terpencil saja. Pendek kata Acik mungkin tidak peka dengan isu-isu keadilan dan penganiayaan walaupun hakikatnya kesejahteraan kita telah agak terancam oleh isu-isu ini.

Tetapi apabila anak kandung sendiri yang menjadi OKD, segala persepsi Acik tersebut mulalah mengalami perubahan. Walaupun mungkin tak sampai 180 darjah perubahan tersebut, namun yang dirasai adalah agak ketara. Rasa-rasanya banyak yang perlu dilakukan agar persepsi Acik terhadap sistem pengadilan pasca kes Ahmad dapat  dijernihkan kembali ketahap pra kes Ahmad. Namun pada umur senja begini, dengan kuasa dan kudrat yang berbaki cuma sedikit ini, apa sangatlah yang Acik mampu buat. Kata orang tua-tua, ianya sekadar “niat di hati nak peluk gunung, apakah daya tangan tak sampai”

Cuma yang Acik rasa masih mampu buat ialah mencadangkan supaya elemen kejujuran diperkasakan. Biarlah elemen maha penting ini ditanam semantap-mantapnya dalam lubuk hati setiap rakyat Malaysia. Acik percaya, tanpa elemen kejujuran ini, segala yang dirancang tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tanpa elemen kejujuran ini, segala sistem yang dibangunkan tidak akan mampan malah mungkin akan runtuh sebelum kejayaan dapat dikecapi. Tanpa elemen kejujuran ini, jangan harap keadilan akan dapat ditegakkan dan kezaliman dihapuskan. Jika dianalogikan, kejujuran adalah umpama air yang diperlui oleh setiap makluk yang bernyawa untuk terus berfungsi. Jika air merupakan sumber bagi kesuburan tanam-tanaman, kejujuran pula adalah sumber bagi kemakmuran.

Kalau boleh, marilah kita adakan satu pertandingan merekacipta apa-apa alat atau kaedah yang mampu mengukur tahap kejujuran seseorang individu. Setiap anggota kerajaan mesti menjalani ujian kejujuran. Anggota yang gagal dalam ujian kejujuran tersebut mesti menjalani  latihan atau pun prosess pembaikan tertentu hingga lulus ujian kejujuran berikutnya.  Bagi anggota yang masih gagal, ia akan dipencenkan saja agar perkhidmatan Awam bebas dari unsur-unsur ketidak jujuran. Adalah lebih baik mempunyai organisasi yang bilangan anggotanya kecil tetapi semuanya jujur-jujur belaka, berbanding dengan organisasi yang ramai anggotanya tetapi yang tak jujur lebih bilangannya dari yang jujur.

Bebalik kepada kes Ahmad, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui apa keputusan yang telah sedia terpahat di luh mahfuz. Hakim hanyalah sekadar membaca saja apa yang telah tertulis itu. Acik hamba yang daif ini, hanya menyerah kepada nasib yang sudahpun ditentukan Allah. Kata peribahasa kita, “untung sabut timbul, untung batu tenggelam”.  Jika untung sabut maka terlepaslah Ahmad dari hukuman yang disabitkan dengan kesalahan sepertimana didakwakan terhadap beliau. Jika sebaliknya, mau tak mau, suka tak suka, terpaksalah menerima apa-apa juga hukuman yang bakal dibacakan oleh Tuan Hakim yang arif pada 21hb Oktober nanti. Biarlah ianya disambut dan dihadapi dengan perisai sabar dan redha, insya Allah.

Sebenarnya, pengorbanan yang Ahmad, Acik dan  ahli-ahli keluarga telah tanggung sehingga kini pun sudah boleh dianggap sebagai hukuman. Cuma tak rasmi saja.  Hukuman tak rasmi tersebut saja pun sudah cukup membebankan. Ia merupakan hukuman “percuma” yang terpaksa di”nikmati” OKD sebelum disabitkan dengan kesalahan yang didakwakan ke atasnya. Bagi menjustifikasi bahawa apa yang telah dialami OKD boleh dianggap sebagai hukuman (tidak rasmi), marilah kita sama-sama analisis. Kita mulai dengan mengimbaskan kembali masa Ahmad mula ditahan hingga beliau selesai dibicarakan pada 2hb Oktober lepas.

Pada masa Ahmad mula ditahan Acik lihat beliau diperlakukan seolah-olah beliau adalah seorang penjanayah berat. Selepas Ahmad dibawa pergi oleh pasukan Polis yang datang dari Johor itu, Acik dan ahli keluarga merasai seolah-olah Ahmad diculik bukannya ditahan. Perasaan kami terbukti berasas apabila pada esoknya kami gagal menemui beliau di mana-mana balai Polis di dalam negeri Johor. Biasanya bila seseorang itu kena culik tiada siapa pun yang tahu kemana mangsa culikan itu disimpan. Begitulah juga dengan Ahmad, tidak siapa dari kami yang tahu di mana beliau disembunyikan.

Ketika berada dalam tahanan reman pula bermacam-macam cara dibuat oleh Polis terhadap Ahmad supaya beliau mengaku bersalah. Cuma tidak disiksa secara fisikal saja sepertimana yang kita pernah dengar diceritakan oleh waris mangsa-mangsa tahanan reman yang lain. Cara Ahmad dibawa ke mahkamah juga seolah-olah beliau seorang penjenayah tegar. Apabila tempoh tahanan reman pertama tidak dilanjutkan oleh tuan “Magistrate”, Ahmad diheret semula balik ke balai Polis. Sekali lagi Ahmad tidak dibenarkan bertemu dengan waris.  Hak Ahmad  untuk bertemu peguam juga dinafikan. Akhirnya Ahmad terpaksa mengalah lalu mengaku telah melakukan kesalahan seperti yang dituduh. Termakan juga rupanya Ahmad dengan “janji capati” anggota Polis yang “melayan” beliau semasa dalam tahanan reman kedua itu.

Berdasarkan pengakuan tersebutlah maka Ahmad berjaya didakwa melakukan kesalahan tersebut.

Acik rasa, cara kes Ahmad ditangani agak bercanggah dengan SOP yang diterimapakai Polis.

Jika kita baca dan fahami sebuah artikel yang ditulis oleh Timbalan KPN suatu ketika dahulu, tindakan terhadap Ahmad adalah agak melampau. Dengan lain perkataan, penangkapan terhadap Ahmad adalah tidak wajar kerana kesalahan yang cuba disabitkan itu bukan kesalahan yang melayakkan beliau ditangkap. Kesalahan tidak boleh ditangkap adalah kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara kurang dari tiga tahun atau boleh dihukum dengan denda saja. Tindakan Polis tersebut bolehlah dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa kerana telah tidak patuh kepada SOP Polis. PenCERAHan:   4uni2c #13310 Fahami Kaedah TAHAN Suspek  https://4uni2c.com/2013/03/09/4uni2c-13310-fahami-kaedah-tahan-suspek/

Berdasarkan pengalaman yang telah dilalui Ahmad dan Acik sekeluarga seperti disebut di atas, maka memang benarlah kami rasa telah pun terhukum . Oleh kerana itu sekira yang menjadi realiti pada 21hb Oktober nanti ialah untung batu, maka bertambah beratlah lagi jadinya hukuman yang akan ditanggung.  Kata peribahasa, “sudah jatuh ditimpa tangga”

Setelah mengalami dan mengikuti porsidur mahkamah mengenai kes Ahmad itu, dapatlah sikit sebanyak Acik membuat penilaian sendiri terhadap sistem pengadilan kita. Acik tak kata sistem itu zalim atau beniat zalim. Cuma Acik rasa ruang penambahbaikan bagi sistem tersebut masih terlalu luas untuk dimunafaatkan. Sistem pengadilan harus mengambil jalan yang terbaik agar OKD tidak “terhukum” sebelum beliau disabitkan dengan apa-apa kesalahan. Yang dimaksudkan “terhukum” ialah segala perkara negatif yang telah dihadapi oleh OKD dan waris-warisnya. Ia merupakan “hukuman tidak rasmi” terhadap OKT seperti disebut di atas.

Setelah mahkamah berjaya mensabitkan OKD dengan kesalahan yang didakwa terhadapnya, segala “hukuman tidak rasmi” yeng telah dialami pesalah itu sangat wajar diambil kira. Boleh jadi hukuman tidak rasmi tersebut sudah cukup berat buat pesalah.  Malah mungkin juga hukuman rasmi yang anggap setimpal dengan kesalahan pesalah adalah lebih ringan dari hukuman tidak rasmi yang telah pun dijalani pesalah sehingga perbicaraan selesai.

Apa pun, dalam mana-mana mahkamah, Hakim adalah dianggap maksum. Apa yang diputuskan oleh Hakim adalah muktamat dan tak boleh dicabar ketika itu.  Oleh sebab itu adalah sangat penting bagi Hakim untuk berhati-hati dan teliti ketika hendak menjatuhkan sesuatu hukuman terhadap pesalah. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan adalah suatu kezaliman. Sedangkan objektif bagi sistem pengadilan adalah menghapuskan kezaliman. Jadi tentulah objetifnya tidak mungkin dapat dicapai sekiranya kaedah yang digunakan melahirkan pula kezaliman yang baru. Malah mungkin juga kezaliman yang baru di”cipta” itu akan lebih mudharat dari kezaliman yang nak dihapuskan.

Fenomena “terhukum sebelum disabitkan dengan kesalahan” ini Acik rasa lebih terserlah sekarang apabila Menteri yang menjaga keamanan dalam negara sendiri meng”endorse” cara Polis menangani suspek, iaitu “tembak dulu, siasat kemudian”.  Fenomena ini tentulah lebih teruk jika nak dibandingkan dengan terhukum semasa menjalani proses perbicaraan. Bayangkan jika seseorang yang baru disyaki bersalah itu terbunuh akibat terkena tembakan pihak Polis. Baru disyaki belum bererti benar-benar bersalah. Jika pada hakikatnya memang bersalah pun, adakah nyawa mangsa itu dikira setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya ? Contoh yang Acik percaya ramai kita masih ingat ialah kes adik Aminulrasyid. “Hukuman sebelum disabitkan kesalahan”, yang diterima oleh adik Aminulrasyid itu tentu tidak setimpal dengan kesalahan yang beliau lakukan. Lebih-lebih lagi beliau hanya seorang yang masih remaja. PenCERAHan: https://4uni2c.com/2012/12/13/ahmads-saga-014-adik-aminulrasyid-lebih-malang/

Polis patut berani bertindak dengan lebih professional menghadapi suspek. Polis wajar memunafaatkan segala teknologi yang telah sedia wujud di dunia ini. Peralatan Polis mestilah yang tercanggih. Kenderaan Polis juga biarlah yang lebih selamat. Tetapi janganlah pula menyalahgunakannya. Contohnya, menggunakan senjata yang canggih bagi menjamin suspek yang ditembak tidak akan terlepas dari maut,  bukan demi mempertahankan diri.  Andaikata sudah sedia wujud di pasaran, senjata canggih yang mampu melumpuhkan (seketika) suspek tanpa membawa maut, Polis wajar memilikinya dengan seberapa segera.  Senjata canggih ini akan membolehkan suspek ditangkap tanpa mampu melawan. Kemudian suspek wajar didakwa di mahkamah.

Membunuh suspek bukan kaedah paling berkesan bagi menghapuskan penjenayah. Yang terhapus hanya yang berjaya dibunuh semasa dalam kepungan Polis . Sedangkan rakan kongsi mereka yang masih selamat pasti akan merancang membalas dendam atas kematian rakan mereka. Keselamatan Polis akan semakin terancam. Sebaliknya, jika Polis dapat mencungkil maklumat-maklumat penting dari suspek yang berjaya ditangkap hidup-hidup, berbagai tindakan susulan berkesan yang boleh dilakukan untuk menjejaki rakan-rakan kongsi suspek.

Acik agak kagum dengan kaedah baru yang digunakan bagi menghapuskan anai-anai. Anai-anai yang merayap tidak terus dibunuh. Sebaliknya anai-anai tersebut disembur dengan sejenis racun kimia yang kesannya ditangguh hingga anai-anai tersebut kembali ke dalam sarangnya. Racun kimia tersebut akhirnya bukan saja membunuh anai-anai tersebut malah semua rakan-rakannya yang di dalam sarang, yang turut terkesan oleh racun kimia tersebut. Kaedah yang serupa boleh ditauladani oleh Polis. Dengan menggunakan suspek yang berjaya ditangkap, mungkin kongsi gelap yang disertainya akan dapat dijejaki,  dilumpuhkan, kemudian dihapuskan samasekali.

Kita wajar ingat bahawa ada suspek yang melakukan sesuatu jenayah itu bukanlah dengan rela hati. Sebaliknya mereka dipaksa oleh kongsi gelap yang mereka sertai. Mereka mungkin juga remaja yang dipaksa menyertai kongsi gelap tersebut tanpa diketahui oleh ibu bapa masing-masing. Kerana terlalu takut kepada ancaman kongsi gelap berkenaan, mahu tidak mahu mereka terpaksa mengalah lalu menyertai kongsi gelap tersebut. Ada juga yang menyertai kongsi gelap kerana tertipu. Mereka ini adalah golongan yang diistilahkan “mangsa keadaan”  dalam environmen yang sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk penganiayaan ini.  Mereka yang demikian nasibnya wajar disimpati dan diselamatkan, bukan dihukum secara melampau.

Acik bukannya cuba berlagak pandai untuk mengajar itik berenang. PDRM bukanlah institusi yang baru setahun jagung. Sebaliknya umurnya dah melampaui satu kurun. Oleh itu tak wajar Acik nak pertikaikan kemahiran PDRM dalam menangani segala bentuk jenayah. Yang Acik sebut di atas adalah sekadar teguran ringan,  tanpa apa-apa unsur desakan, jauh sekali unsur-unsur paksaan.  Akhir sekali ingin Acik ingatkan kembali akan suatu peristiwa bersejarah berdarah yang telah sangat menjejaskan imej PDRM lebih dua dekad yang lalu. Peristiwa tersebut ialah kes pembunuhan penduduk kampung Memali, di daerah Baling, Kedah oleh anggota PDRM.

Peristiwa tersebut adalah satu contoh paling ketara di mana suspek dihukum dengan sedemikian kejam sebelum disabitkan dengan apa-apa kesalahan. Mudah-mudahan peristiwa bersejarah dan berdarah tersebut menjadi iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya, dan PDRM khususnya.     Wallahualam.

PenCERAHan lain yang relevan:

Ahmad’s SAGA # 025 Hakim: Tanpa Takut &/ Ikut   https://4uni2c.com/2013/10/09/ahmads-saga-025-hakim-tanpa-takut-ikut/

Ahmad’s SAGA # 027 Yang Dihukum Tak Semestinya Bersalah  https://4uni2c.com/2013/10/22/ahmads-saga-027-yang-dihukum-tidak-mestinya-bersalah/

Ahmad’s SAGA # INDEX    https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

@OPajar

# 13X17

Ahmad’s SAGA # 025 Hakim: Tanpa Takut & Ikut ?

•2013-10-09 • 1 Comment

***Untuk menCARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVE di kanan SKRIN, Kemudian SKROL

Hakim: Tanpa Takut &/ Ikut ?

Pada 5hb September lepas Acik (Ayah/Abang+cik) ke Johor Bahru lagi. Entahlah sudah berapa kali Acik ke Johor Bahru (JB). Ia semata-mata kerana kes Ahmad, anak Acik yang dituduh menghina Sultan Johor dalam laman sosial Facebook itu. Walaupun dakwaan terhadapnya sudah hampir setahun, namun kesnya masih belum tutup buku lagi.

Seperti biasalah, setiap sessi perbicaraan ke atas Ahmad, beribu ringgitlah Acik dan keluarga kena tanggung kosnya. Bayaran kepada peguambela saja berapa sehari. Itu belum masuk bayaran kepada saksi yang dipanggil peguambela untuk hadir beri kesaksian. Jadi busuk-busuk pun kantong keluarga Acik akan susut tidak kurang dua ribu ringgit bagi satu kunjungan ke JB selama sehari. Pernah juga mencecah empat ribu ringgit kerana sessi perbicaraan memakan masa dua tiga hari.

Bagi sessi yang lepas, tarikh sambung bicara ke atas Ahmad ialah pada 5hb dan 6hb September 2013, iaitu selama dua hari. Sesampainya kami di JB pada 5hb September, kami terus menempah bilik hotel murah untuk tinggal sehingga sessi perbicaraan selesai pada 6hb September, esoknya. Tut-tut perbicaraan hanya pada 5hb September saja bukan hingga 6hb September.

Yang agak terkilan bukan sebab apa, tetapi sebab salah seorang dari saksi-saksi pihak pendakwaan yang dipanggil oleh peguambela tidak dapat hazir. Kalau tak dapat hazir kerana ada urusan yang lebih penting satu hallah. Ni hanya kerana terlibat dengan pertandingan bowling padang. Khabarnya, bukan peringkat dunia, malah bukan peringkat nasional pun. Pada hal peguambela juga ada memohon supaya perbicaraan ditunda kerana bayinya memerlukan rawatan perubatan segera. Tetapi permohonan beliau telah tidak diluluskan. Rupa-rupanya inillah antara sebab-sebabnya mengapa sesuatu kes itu sering memakan masa yang agak lama untuk ditammatkan perbicaraannya.

Walaubagaimanapun, Acik tetap bersyukur kerana hanya seorang saksi saja yang tak dapat hadir. Yang lain tu masih hadir walaupun agak lewat. Yang patut hazir di sessi pagi, tangguh kepada sessi petang. Di akhir sessi perbicaraan pada 5hb September itu, Hakim putuskan supaya perbicaraan disambung semula pada 2hb Oktober 2013 nanti. Harap-harap saksi yang sama tak ada alasan lain pula untuk tidak hadir pada tarikh tersebut. Jika tak hazir juga, entahlah tak tahu apa nak kata lagi.

Sehingga kini, baru sekali Acik tak ikut sama ke JB menghaziri sessi perbicaraan Ahmad, iaitu sessi sebelum ini. Sessi tersebut dijalankan dalam bulan puasa Ramadhan. Jadi, Acik sengaja memilih untuk tidak turut sama berada dalam mahkamah. Acik rasa kurang selesa mengikuti apa-apa sessi perbicaraan dalam bulan puasa. Ini demi menghormati kesucian bulan Ramadan al-mubarak tersebut. Maklumlah, dalam setiap sessi perbicaraan tak semua saksi akan berkata benar. Walaupun telah mengangkat sumpah, “tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka”, namun hakikatnya kesaksian tidak pernah sunyi dari pembohongan.

Namun begitu, Acik rasa agak kesal juga kerana tak hazir dalam sessi tersebut. Ini kerana isteri Acik beritahu Acik, sessi perbicaraan tersebut memang sangat menarik. Kehaziran saksi-saksi “hebat” bagi pihak pembelaan, mengkagumkan semua yang hadir. Saksi-saksi yang Acik maksudkan itu ialah adik Khalid Ismath dan seorang lagi rakan beliau. Kedua-dua mereka adalah aktivis muda. Mengikut cerita isteri Acik, adik Khalid Ismath memang “power”. Kononnya, karismanya hingga dapat mengalahi pendakwa. Beliau amat petah berhujah ketika menjawab soalan-soalan yang dilemparkan terhadapnya. Acik boleh terima penilaian isteri Acik itu (terhadap saksi) sebab isteri Acik itu adalah seorang bekas pembahas terbaik bagi pertandingan bahas Piala Perdana Menteri ketika di alam persekolahannya dahulu. YM Tengku Kamariah (kekanda kepada DYMM Sultan Johor sekarang) mungkin dapat mengesahkan ini. Baginda sama sekolah dengan isteri Acik itu ketika mereka di Sekolah Tun Fatimah dahulu. Begitu juga Tengku Azizah, isteri Tengku Mahkota Pahang sekarang.

Sessi 5hb September lepas pun mungkin tak kurang menarik. Apa yang dapat Acik faham ialah peguambela cuba membuktikan tentang status dua pucuk dokumen. Katakanlah satu dokumen “Ba” dan satu lagi dokumen “Bi”. (“Ba” ialah huruf kedua dalam tulisan jawi, manakala “Bi” adalah huruf kedua dalam tulisan rumi).

Dokumen-dokumen tersebut adalah senarai barang-barang yang dirampas oleh pihak Polis untuk dijadikan bahan bukti. Mengikut Ahmad, dokumen yang beliau tanda tangani ialah dokumen “Ba”. Tetapi sebaliknya mengikut pihak pendawaan, yang Ahmad tanda tangani itu ialah dokumen Bi bukan dokemun “Ba”.

Malah pada peringkat awalnya, pihak pendakwaan cuba menafikan langsung tentang kewujudan dokumen “Ba” itu. Walaubagaimanapun, atas kebijaksanaan peguambela penafian tersebut telah berjaya disangkal. Namun, pihak pendakwaan terus mendesak agar dokumen “Bi” digunakan bagi mengganti dokumen “Ba”. Alasannya ialah salinan asal dokumen “Ba” tidak dapat dikesan. Siapakah yang menghilangkannya ? Tentulah “tak ada siapa yang akan mengaku berak di atas jalan”, kata orang tua-tua.

Pada mulanya Acik sendiri tidak faham, kenapa pihak pendakwaan beria-ia sangat menolak dokumen “Ba” supaya dapat digantikannya dengan dokumen “Bi”. Kemudian baru Acik tahu bahawa suatu item yang tersangat penting bagi pihak pendakwaan telah tidak dicatit dalam dokumen “Ba”. Item yang dimaksudkan itu ialah sebuah telefon mudah alih berjenama “i-phone”. Samada pencatit sengaja tidak mencatit atas muslihat tertentu, ataupun tercicir dari catitan secara kebetulan, hanya Allah SWT jua yang tahu. Sebaliknya item berkenaan ada tercatit dalam dokumen “Bi”. Ini ada hikmahnya. Maksud Acik, masih ada peluanglah lagi bagi Ahmad untuk menuntut balik i-phone yang dirampas itu sebab ada dalam catitan. Telefon bimbit tersebut baru saja dibeli Ahmad ketika dirampas dulu.

Yang menjadi isunya ialah Ahmad sebagai OKD (Orang Kena Dakwa) menafikan bahawa beliau pernah menurunkan tandatangannya ke dalam dokumen “Bi” tersebut. Dengan kata lain tandatangan yang di dalam dokumen “Bi” tersebut adalah tandatangan orang lain, bukannya tandatangan Ahmad. Implikasi dari penafian Ahmad tersebut ialah tandatangan tersebut adalah tandatangan yang tidak tulen atau tandatangan yang telah dipalsukan.

Walau apapun, pihak pendakwaan tetap menegaskan bahawa tandatangan dalam dokumen “Bi” itu adalah tandatangan Ahmad yang tulen. Sekiranya Tuan Hakim mengiktiraf dokumen “Ba” (dan menolak “Bi”), maka implikasinya ialah kes Ahmad itu akan tutup buku di situ saja. Maknanya, perbicaraan tidak perlu dilanjutkan lagi. Sebabnya ialah telefon bimbit tersebut adalah merupakan anak kunci kepada pembuktian yang boleh mensabitkan Ahmad dengan kesalahan yang didakwa ke atasnya.

Kononnya maklumat penting yang relevan telah dijumpai tersimpan dalam telefon bimbit tersebut. Tanpa maklumat-maklumat tersebut tuduhan terhadap Ahmad akan hilang kredibilitinya sama sekali. Dengan kata lain, pembuktian bahwa Ahmad bersalah tidak akan berjaya mencapai tahap, “melampaui keraguan yang munasabah” (beyond reasonable doubt) jika tiadanya telefon mudahalih tersebut.

Supaya perbicaraan terhadap Ahmad dapat diteruskan, mau tak mahu pihak pendakwaan wajib meyakinkan Tuan Hakim bahawa dokumen yang sah untuk diterimapakai bagi tujuan perbicaraan tersebut adalah dokumen “Bi”. Ini kerana dalam dokumen “Bi” saja yang ada tercatit sebuah telefon bimbit sebagai bahan bukti yang turut dirampas. Samada OKD (Ahmad), mengakui atau menafikan pernah menurunkan tandatangannya di atas domumen “Bi”, itu adalah isu lain. Asalkan Tuan Hakim bersetuju saja supaya dokumen “Bi” diterimapakai sebagai bahan bukti, maka perbicaraan layaklah diteruskan.

Tanpa hati yang berbelah bahagi, Ahmad dengan istiqamah tetap mendakwa bahawa domumen yang ditandatanganinya dulu ialah dokukemen “Ba” bukan dokumen “Bi”. Salinan kepada dokumen “Ba” yang diberi kepadanya oleh pegawai Polis berkenaan itulah yang diserah Ahmad kepada Peguambela. Ahmad tak pernah tahu pun tentang kewujudan dokumen “Bi” sebelum ini. Apa lagi menandatangi dokumen “Bi” tersebut. Oleh itu, bagi Ahmad dokumen “Bi” itu sengaja diwujudkan supaya dapat dimasukkan ke dalamnya satu lagi item yang dianggap maha penting itu (iaitu sebuah telefon bimbit). Seperti telah disebut di atas, hanya dengan kehadiran telefon bimbit tersebut maka barulah ada sedikit asas untuk meneruskan perbicaraan terhadap OKD (Ahmad)

Bagi mengukuhkan lagi dakwaan pembelaan bahawa dokumen “Ba” adalah dokumen sebenar yang ditandatangani oleh Ahmad, peguambela telah memanggil seorang saksi (Saudara Zakuan). Saksi ini adalah seorang peguam. Beliau berada berhampiran dengan Ahmad ketika satu salinan dokumen “Ba” diserahkan oleh pegawai Polis berkenaan kepada Ahmad (yang ketika itu masih berstatus OKT-Orang Kena Tahan). Ini berlaku pada tarikh Ahmad ditahan. Saudara Zakuan diminta oleh keluarga OKT untuk berperanan sebagai peguam bidan terjun bagi OKT, sementara mereka berusaha mendapatkan seorang peguambela lain bagi prosess pengadilan seterusnya.

Semasa saudara Zakuan memberi kesaksian beliau di dalam kandang saksi, Pendakwa cuba mempertikaikan kredibiliti beliau. Pendakwa macam tidak percaya bahwa saudara Zakuan benar-benar mempunyai kelayakan seorang peguam ketika Ahmad ditangkap. Pendakwa juga seolah-olah mengugut saksi dengan kemungkinan beliau dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak dapat mengemukakan bukti bahwa beliau seorang peguam yang layak ketika itu. Pendakwa kemudiannya meminta saksi mengemukakan sijil pendaftaran beliau dangan Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar Council)

Kebetulan ketika itu ada seorang rakan saksi (saudara Ziadi Zaidon) yang turut hazir dalam mahkamah mengikuti perbicaraan tersebut. Saudara Ziadi juga seorang peguam. Saudara Ziadi terus melayari “website” Majlis Peguam Malaysia dengan telefon bimbitnya yang agak canggih itu. Dalam senarai pendaftaran dengan Majlis Peguam Malaysia itu, nama saudara Zakuan memang telah wujud. Saudara Ziadi menunjukkan telefon bimbitnya itu kepada Peguambela. Peguambela pula cuba meyakinkan Tuan Hakim dengan menunjukkan telefon bimbit tersebut kepada beliau.

Sepatutnya selepas merujuk kepada laman web Majlis Peguam tersebut, hilanglah kesangsian terhadap kredibiliti saksi ini (saudara Zakuan). Tetapi malangnya, Pendakwa masih menuntut agar saksi mengemukakan juga sijil pendaftaran beliau dalam bentuk “hard copy”. Tuan Hakim setuju saja dengan tuntutan Pendakwa tersebut. Yang agak menghairankan Acik ialah kenapa Pendakwa mendesak agar saksi datang sendiri membawa sijil “hard copy” tersebut pada sessi perbicaraan yang akan datang.

Peguambela memohon agar Pendakwa tidak mewajibkan saksi datang sendiri ke mahkamah pada sessi perbicaraan nanti. Sangat tidak berbaloi rasanya jika saudara Zakuan hadir hanya sekadar untuk menyerahkan sijil “hard copy” berkenaan. Peguambela boleh saja menyerahkannya kepada Pendakwa bagi pihak saudara Zakuan. Malangnya Pendakwa tetap berkeras juga dengan tuntutannya supaya saksi datang sendiri pada sessi perbicaraan 2hb Oktober nanti. Hakim setuju saja dengan tuntutan tersebut tanpa sebarang komen.

Bagi Acik, apa yang Pendakwa mahu itu adalah agak keterlaluan. Maklum sajalah, kedatangan saksi tersebut dari Kuala Lumpur akan melibatkan kos yang agak tinggi. Apa salahnya jika sijil dalam bentuk “hard copy” yang dikehendaki Pendakwa itu diserahkan saja kepadanya oleh Peguambela tanpa kehadiran saudara Zakuan. Sekurang-kurangnya kos perbicaraan dapat dijimatkan. Saudara Zakuan pula ialah seorang peguam. Masa beliau agak berharga bukan untuk dirinya saja malah bagi masyarakat.

Desakan Pendakwa tersebut telah mencetuskankan dua spekulasi dalam pemikiran kritis Acik. Pertama mungkin kerana tahap pengetahuan komputer Pendakwa masih terlalu rendah. Kedua mungkin semata-mata hendak “mendera” OKD, keluarganya dan juga saksi sendiri. Kedua-dua spekulasi tersebut hanyalah berdasarkan persepsi Acik saja. Persepsi Acik itu pula terbentuk berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan kepada saksi-saksi oleh Pendakwa sepanjang sessi perbicaraan. Kadang-kadang nak ketawa pun ada sebab soalan yang ditanya terlalu asas (basic). Ia umpama melontarkan soalan, “apakah jawapannya jika dua ditambah dua” kepada calon PMR Sekolah Menengah Sains.

Dalam era teknologi maklumat sekarang, banyak urusan telah dipermudahkan. Kalau dahulu, tiket kapal terbang adalah begitu “impressive” sekali bentuk fisikalnya (hard copy) hingga mengalahi wang kertas RM100 semasa. Tetapi, sekarang ini ianya hanya sekeping kertas biasa saja. Namun tak dengar pula ada bakal penumpang kapal terbang yang mempertikaikan ketulenan tiket-tiket yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan berkenaan.

Contohnya, tiket kapal terbang yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan Air Asia. Jadi, apa yang lebih penting dalam era kecanggihan komputer sekarang ini ialah, apa yang tersimpan dalam pengkalan data komputer. Sesuatu dokumen (hard copy) itu mungkin tidak laku jika kewujudannya tidak dapat dikesan dalam sistem maklumat berkomputer.

Baru-baru ini kad ATM anak bongsu Acik ditelan oleh mesin ATM. Beliau memohon untuk mendapatkan kad baru kerana kad lama pun dah agak teruk. Malangnya pihak bank tidak dapat memproseskan permohonan beliau kerana kad penganalan (mykad) nya tidak dapat dibaca oleh mesin pengesan tandatangan. Ini menyebabkan mykad anak Acik itu diragui ketulenannya. Beliau dinasihati memohon mykad baru di pejabat pendaftaran. Ini satu contoh dimana maklumat yang disimpan dalam pengakalan data eletronik pihak Jabatan Pendaftaran Negara itu adalah lebih penting dari mykad fisikal yang masid ada di dalam simpanan anak Acik itu.

Begitulah juga dengan sijil pendaftaran saksi (saudara Zakuan) dengan Majlis Peguam Malaysia. Yang lebih penting bukan dokumen fisikalnya (hard copy), tetapi “salinan” nya yang tersimpan dalam pengkalan data eletronik milik Majlis Peguam Malaysia. Bagi Acik, jika dalam “website” badan berkenaan sudah terbukti bahawa saudara Zakuan telah pun berdaftar, maka kesahihan pendaftaran tesebut tak perlulah nak disahkan pula dengan “print out” atau “hard copy”nya. Lainlah jika “print out” itu adalah untuk tujuan lain atau untuk disimpan dalam fail. Jika ini tujuannya pun, ia masih tak wajar dijadikan justifikasi untuk menunutut saksi datang sendiri menyerahkan “hard copy” tersebut kepada Pendakwa.

Tapi apa boleh buat, Tuan Hakim pun dah setuju dengan tuntutan Pendakwa tersebut. Bagi pihak OKD, Acik redha sajalah. Namun dalam hati, Acik tetap menganggap tuntutan Pendakwa itu tidak menyumbang apa-apa yang positif kepada proses perbicaraan. Malah sebaliknya.
Maklumat Penting Dalam Telefon Mudah Alih Ahmad:

Mengikut pihak pendakwaan, beberapa data dan maklumat yang tersimpan dalam telefon bimbit OKD yang dirampas itu adalah bukti-bukti penting bahawa OKD memang mampu melakukan kesalahan sebagaimana yang didakwa. Kononnya, dalam telefon bimbit itulah dijumpai “kata laluan” (password) untuk memasuki laman Facebook yang menggunakan profile “Zulyahya” itu. Kononnya lagi, dengan menggunakan kata laluan itulah maka Ahmad telah berjaya memasuki (log in) ke laman Facebook “Zulyahya”. Kemudian Ahmad telah memuatnaikkan satu status menghina DYMM Sultan Johor ke dalam laman Facebook Zulyahya itu.

Mengikut Laporan Polis terhadap Ahmad, yang dibuat oleh individu-individu berkenaan, kerja bodoh memuatnaikkan status menghina DYMM Sultan Johor itu ke dalam laman sosial Facebook telah dilakukan pada 10hb Oktober dan 12hb Oktober 2012. Walaubagaimana pun adalah didapati kemudiannya bahwa tidak ada kes prima facie bagi kerja bodoh yang dilakukan Ahmad pada 12hb Oktober 2012. Kes prima facie hanya wujud bagi kerja bodoh yang dilakukan Ahmad pada 10hb Oktober. Oleh itu pendakwaan kini tertumpu sepenuhnya kepada kerja bodoh yang dilakukan OKD (Ahmad) pada 10hb Oktober 2012.

Acik pernah kagum dengan kebijaksanaan dan kepakaran pihak Polis bagi mengesan pengguna-pengguna laman web yang menyalahgunakan laman web mereka. Sebelum ini Acik memang percaya bahawa Ahmad bukanlah seorang mangsa “pendakwaan terpilih” (selective prosecution). Dengan kata lain, orang kena tuduh (OKT) hanya dikenalpasti sebagai Ahmad setelah pemeriksaan dibuat ke atas semua komputer yang ada dalam pejabat tempat Ahmad bekerja. Sebelum ini Acik percaya bahawa pasukan Polis yang datang dari Johor Bahru hanya mahu menangkap pemilik akaun Facebook yang bergelar “Zulyahya”. Mereka belum tahu (ketika itu) bahawa individu yang menggelarkan dirinya “Zulyahya” itu adalah Ahmad bin Abd Jalil.

Kononnya, Polis hanya dapat mensyaki bahawa “Zulyahya” ketika memuatnaikkan status menghina Sultan itu berada di pejabat di mana Ahmald bekerja. “Zulyahya” tersebut tak semestinya Ahmad. Beliau mungkin Bakar atau Chandra atau Daud atau mana-mana individu yang berkerja dengan syarikat Ahmad berkerja. Malah tak mustahil bahawa individu tersebut mungkin taukeh syarikat itu sendiri.

Setelah menggeledah segala isi perut semua komputer yang ada di Pejabat Ahmad, rupa-rupanya didapati bahawa “Zulyahya” yang dicari oleh Polis itu adalah Ahmad. Jadi Ahmadlah orangnya yang memuatnaikkan ke dalam laman sosial Facebooknya satu status yang ditakrifkan sebagai menghina DYMM Sultan Johor. Facebook tersebut telah menggunakan profile “Zulyahya” supaya tidak dapat diketahui siapa pemiliknya.

Suatu pengakuan yang agak memeranjatkan Acik dan semua kami yang hazir di mahkamah petang itu ialah jawapan saksi kepada satu soalan peguambela. Saksi yang dimaksudkan itu ialah seorang pegawai Polis berpangkat Inspektor. Soalan tersebut berbunyi kira-kira begini, “macam mana awak tahu bahwa orang yang akan ditahan itu ialah Ahmad ? ”. Saksi tersebut secara spontan menjawab bahawa, beliau telah pun diberitahu terlebih dahulu.

Mengikut saksi tersebut, sebelum bertolak ke Kuala Lumpur dari Balai Polis di Johor pada hari berkenaan, beliau telah turut sama mendengar taklimat ketuanya. Dalam taklimat tesebut, mereka yang hadir telah diberitahu bahawa nama individu yang hendak ditangkap adalah Ahmad bin Abd Jalil khususnya. Jawapan saksi ini adalah bercanggah samasekali dengan gambaran yang kami dapat sebelum ini iaitu pihak Polis belum tahu siapakah individu yang sedang dijejaki. Oleh itu, kalau dahulu tidak timbul isu “selective prosecution” terhadap mana-mana individu termasuk Ahmad, senarionya kini telah berubah 180 darjah.

“Selective prosecution” boleh membawa implikasi yang amat negatif terhadap OKT. Ia adalah sesuatu yang dirancang bukan sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Jika pihak Polis memang mensasarkan Ahmad sebagai mangsa tangkapan, maka perancangan khusus sudah tentu dilakukan supaya usaha tersebut tidak kantoi. Ini termasuklah merekacipta suatu pertuduhan yang benar-benar berkesan agar mangsa akhirnya akan berjaya dihukum. Jika kesalahan yang dilakukan mangsa hanya satu kesalahan kecil yang mungkin dianggap remeh oleh rakyat biasa, maka suatu kesalahan yang lebih serious perlulah direkacipta untuk ditempelkan ke atas mangsa.

Contohnya, jika seseorang penjenayah hendak disabitkan dengan satu kesalahan berat, maka sesuatu yang licik akan dilakukan hingga OKT akan tertuduh memiliki sejata api. Sedangkan hakikat sebenarnya, dia hanya memiliki sebilah parang kontot saja. OKT (Ahmad) mungkin juga telah pernah membuat sesuatu kenyataan yang agak negatif terhadap DYMM Sultan. Namun, Acik percaya, tidaklah sampai ketahap begitu buruk hingga tidak seorang pun dari rakyat baginda akan sudi memaafkan OKT tersebut walaupun berasa kasihan terhadap beliiau.

Jika seorang Muslim mencuri seringgit dari tabung masjid, kewajaran beliau dihukum tidaklah dipertikaikan. Tetapi jika kerana seringgit itu dia nak dihumban ke dalam penjara sehingga 10 tahun lamanya, maka ini zalim namanya. Apa lagi jika ada rakyat lain yang mencuri berjuta-juta ringgit, tetapi ia hanya dihukum setahun penjara sahaja. Status sebagai seorang VVIP bukanlah satu justifikasi yang layak dan wajar digunakan bagi mendiskriminasikan seseorang rakyat dengan seorang rakyat yang lain. Lebih-lebih lagi di Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

Setelah mengikuti sessi perbicaraan ke atas anak Acik itu dari mula hingga kini, rasa-rasanya Acik dah mampu membentuk satu persepsi sendiri terhadap sistem pengadilan yang wujud di Malaysia. Mengikut persepsi Acik, sistem pengadilan yang diamalkan kini, agak menyusahkan dan ketinggalan zaman. Sepatutnya, sejajar dengan kemajuan IT yang telah dicapai, saksi-saksi tidak perlu hazir di mahkamah di mana perbicaraan dijalankan. Contohnya, saksi-saksi dari Kuala Lumpur hanya perlu menghazirkan diri di mana-mana mahkamah di Lembah Kelang. Dari sana beliau berkomunikasi dengan pihak mahkamah di Johor Bahru melalui “video conferencing” secara “live” (langsung). Bayangkanlah, berapa banyak kos yang akan dapat dijimatkan. Setiap sen kos yang dijimatkan, bermakna satu penjimatan kepada negara. Tak kiralah siapa yang berjaya melakukan penjimatan tersebut. Samada seorang rakyat biasa, lebih-lebih lagi seorang anggota penting dalam sebuah jabatan kerajaan.

Satu lagi kelemahan yang Acik nampak sebagai mendominasikan sistem pengadilan dalam negara kita ini ialah dari aspek keselamatan. Aspek ini amat luas jika hendak dibahaskan keseluruhannya. Jadi biarlah Acik menyentuh satu dua saja di dalam penCERAHan ini sebagai contoh.

Acik ingin mengimaginasikan diri Acik sebagai seorang Hakim yang mengadili satu kes yang agak kontroversi. Status kes tersebut adalah ibarat, “ditelan mati emak, diluah mata bapa”. Biasanya kes ini melibatkan dua pihak, katalah pihak “Ba” dan “Bi”. Andaikanlah bahawa “Ba” adalah seorang yang sengat penting lagi berkuasa dalam negara. Sebaliknya “Bi” hanyalah seorang rakyat marhaen yang dhaif macam anak Acik tu.

Bagi kes-kes yang jelas bahawa pihak yang bersalah ialah “Bi”, maka ia tidaklah menjadi apa-apa masalah bagi Hakim berkenaan untuk menjatuhkan hukuman. Sebaliknya, jika yang didapati bersalah itu adalah “Ba”, apa agaknya tahap tekanan jiwa yang terpaksa ditanggung oleh Hakim tersebut ?. Setakat ini, dalam perbicaraan kes-kes yang melibatkan dua pihak yang berbalah, belum pernah lagi Acik dengar maupun terbaca, Tuan Hakim menghukumkan “menang” bagi kedua-dua belah pihak. Begitu juga sebaliknya, iaitu kedua-duanya “kalah”. Oleh yang demikian mahu tidak mahu, Hakim mesti menghukum “bersalah” samada ke atas “Ba” ataupun “Bi”.

Yang menjadi persoalan besar ialah, adakah wujud situasi dimana Hakim benar-benar dalam environment yang kondusif untuk membuat keputusan tanpa “takut” dan/atau “ikut”. Kata orang putih, “without fear or/and favour”. Acik lebih suka guna perkataan “ikut” daripada “favour”. Bukankah “favour” dilakukan dengan mengikut apa yang dihasratkan oleh individu atau pihak berkenaan terhadap kita ? Ini adalah satu situasi yang terlalu ideal atau utopia. Entahlah kalau-kalau ada orang lain yang percaya bahawa situasi ini adalah sesuatu yang biasa dalam semua mahkamah pada semua masa. Namun fikiran rasional Acik tetap menafikan kemungkinan situasi ideal tersebut wujud di mana-mana Mahkamah, khususnya di Malaysia.

Acik tidak pernah melabelkan seseorang Hakim itu selain dari seroang insan biasa macam diri Acik sendiri. Sifat mementing dan mengutamakan diri sendiri tetap ada dalam diri semua insan. Hakim pun tidak terkecuali. Walaupun kadangkala seseorang individu itu nampaknya seolah-olah mengutamakan pihak lain, namun hakikatnya ia tetap lebih mengutamakan dirinya sendiri.

Acik suka ambil satu contoh bagi menjustifkasikan dakwaan tersebut. Katakanlah berlaku kebakaran ke atas rumah jiran sebelah kita. Tiba-tiba kita ternampak seorang kanak-kanak sedang merangkak dalam rumah tersebut. Dengan pantas kita menerpa masuk ke dalam rumah tersebut demi menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tersebut pun terselamat hasil dari pengorbanan dan risko yang telah kita sanggup hadapi. Laku kita pun mendakwa bahawa demi menyelamatkan seorang kanak-kanak kita sanggup bergadai nyawa. Memanglah wajar kita berasa bangga atas keberanian dan keikhlasan kita menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Tetapi dakwaan kita itu bukanlah justifikasi sebenarnya.

Bagi Acik itu hanyalah justifikasi biasa yang mudah diterima dan difahami oleh semua orang. Tetapi apa yang tak ramai orang fahami ialah hakikat sebenar yang menyebabkan kita bertindak sedemikian rupa. Tindakan kita itu sebenarnya adalah untuk kepentingan diri kita sendiri. Apa akan orang lain kata terhadap kita jika kita tidak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Sedangkan hati kecil kita sedar bahawa peluang dan kemampuan kita untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut pada saat-saat kritikal itu adalah sangat baik. Oleh itu, tindakan kita menyelamatkan kanak-kanak tersebut adalah demi untuk menyelamatkan diri kita sendiri. Kepentingan yang dimaksudkan ialah keselamatan diri dan maruah diri dari diancam atau dicemari oleh berbagai komen-komen negatif yang bekemungkinan timbul di kemudian hari.

Seorang Hakim adalah juga sentiasa terdedah kepada pelbagai ancaman akibat dari keputusan yang dibuatnya di dalam mahkamah di akhir sessi perbicaraan. Walaupun di negara kita belum pernah belaku kejadian di mana Hakim dijumpai mati selepas menjatuhkan hukuman terhadap pesalah di dalam mahkamah, namun kejadian ini telahpun berlaku di beberapa negara luar. Acik yakin ramai Hakim maklum fenomena ini. Acik percaya semua Hakim sangat peka terhadap tahap jaminan keselamatan untuk diri dan orang-orang di sekeliling mereka yang sangat dikasihi. Kepekaan ini pasti akan mempengaruhi jiwa dan minda masing-masing semasa hendak menjatuhkan sesuatu hukuman ke atas “pesalah tegar lagi ganas”.

Acik rasa memadailah dulu sekadar ini PenCERAHan Acik untuk kali ini. Untuk memahami dengan lebih mendalam makna yang tersirat dalam PenCEERAHan Acik ini, silalah baca CEREKANA Acik yang bertajuk “Walaupun Berhakimkan Kancil

..

W a l l a h u ‘a q l a m 🌷

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.

Ahmad’s SAGA # Index

Ahmad’s SAGA # Index

.
Walaupun Berhakimkan Kancil https://4uni2c.com/2013/10/06/cerekana-13×06-walaupun-berhakimkan-kancil/

.
Ahmad’s SAGA # 024 Garbage in Garbage out (GiGo) https://4uni2c.com/2013/09/19/ahmads-saga-24-garbage-in-garbage-out-gigo/

.
Ahmad’s SAGA # 026 : Terhukum Sebelum Disabitkan Kesalahan: https://4uni2c.com/2013/10/17/ahmads-saga-026-terhukum-sebelum-disabitkan-kesalahan/?preview=true&preview_id=809&preview_nonce=d467393730

.

PenCERAHan Terbaru: ⬇️

Terbaru: ⬇️

http://www.4uni2c.com

.

@OPajar # 13X09

CEREKANA # 13X06 Walaupun Berhakimkan Kancil

•2013-10-06 • Leave a Comment

***Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVE di kanan SKRIN, Kemudian SKROL

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

.

Walaupun Berhakimkan Kancil

.

Pada zaman dahulu kala kononnya ada sebuah Negara Binatang (NB). Rakyat NB ini terdiri dari sekecil-kecil serangga seperti semut dan nyamuk Aedis hinggalah sebesar-besar haiwan seperti Gajah dan ikan Paus. NB tersangat sohor seanterio dunia. Sohor bukan kerana kekayaannya. Tetapi sohor kerana keamanan, kesejahteraan dan kehormanian yang dinikmati oleh seluruh rakyatnya. Nikmat ini adalah hasil dari bebasnya diri tiap-tiap rakyat NB dari sifat-sifat mazmumah.

Antara sifat-sifat mazmumah (keji) tersebut ialah suka makan secara berlebihan, tamak, tidak jujur,  bakhil, tak tahu syukur, dengki, khianat, pecah amanah, takabbur, pemarah, rasuah, dan sebagainya. Tanpa sifat-sifat mazmumah itu sebagai “input”, maka “output”  yang dihasilkan adalah keadilan. Dengan output keadilan inilah maka setiap warga NB merasa aman sentosa yang tidak ada tolok bandingnya pada zaman yang sewaktu dengannya. Jika nak dibandingkan dengan negara jirannya yang bergelar BN itu, ia adalah ibarat air dengan api. NB ibarat air, manakala BN ibarat api.  Air menumbuh dan meyuburkan segala hidup-hidupan. Sedangkan api, lambat lepa saja akan membakar dan memusnahkan segala kebaikan.

Keadilan itu bermakna sesuatu itu diletak di tempatnya mengikut fitrah alam atau sunnatullah. Jika sunnatullah menetapkan Sang Katak itu adalah makanan Sang Ular, maka perbuatan memakan Sang Katak oleh Sang Ular adalah dikira adil. Ia tidak lagi dikatakan adil apabila Sang Katak dibunuh oleh Sang Ular tetapi tidak dimakannya. Yakni dibunuh hanya untuk suka-suka saja tanpa tujuan menghilangkan kelaparan. Begitu juga perbuatan menangkap dan memakan Sang Rusa atau Sang Babi oleh Sang Harimau. Ianya dikatakan adil selagi tujuannya untuk merawat kelaparan yang dideritai oleh Sang Harimau.

Mengikut sunnatullah juga, adalah menjadi dasar hukum rimba bahawa hanya yang masih layak untuk hidup saja yang akan selamat dari pemangsa. Yang tidak layak dikalangan kaum masing-masing akan terlebih dahulu mati dimakan pemangsa. Bagi yang masih layak untuk meneruskan kehidupan hari ini, juga akan hilang kelayakannya pada masa akan datang lalu menemui juga dengan ajalnya. Lazimnya kubur bagi kebanyakan binatang adalah perut pemangsanya. Contohnya, kubur bagi Sang Rusa dan Sang Babi adalah Sang Harimau, Sang Singa atau binatang-binatang “carnivorous” yang lain.

Rakyat jelata Negara Binatang (NB) berkenaan rata-rata telah faham akan hukum rimba tersebut. Masing-masing telah redha dengan ketetapan Allah tersebut. Walaupun nampaknya ia seolah-olah zalim terhadap binatang-binatang yang lebih kecil dan lemah, namun tiada binatang yang merasakan hukum itu tidak adil. Masing-masing dah terima hakikat bahawa semuanya akan mati akhirnya. Cuma giliran masing-masing saja berbeza. Ada yang matinya lebih cepat, ada pula yang menungkat langit dahulu baru mati. Jika hidup terlalu lama semata-mata untuk mebuang beras saja, lebih baiklah cepat mati. Lebih-lebih lagi jika makin menyusahkan anak pinak dan masyarakat.

Rakyat Negara Binatang yang kecil-kecil lagi lemah itu tidak pernah bantah jika ada saja anggota mereka menjadi mangsa binatang lain. Mereka redha, asalkan pemangsa adalah binatang yang dijadikan Allah sebagai pemakan mereka. Mereka anggap tubuh badan mereka adalah ubat. Kelaparan adalah satu kesakitan atau pun penderitaan bagi mereka, makluk Allah yang berbangsa binatang. Pemakan mereka yang sedang dalam kelaparan memerlukan darah daging mereka bagi mengubati kesakitan akibat kelaparan tersebut. Oleh sebab mereka  menganggap dimakan pemangsa itu adalah sunnatullah (ketetapan Allah), maka pengorbanan mereka adalah satu jihad. Lagi pun yang dimakan oleh pemangsa mereka adalah ahli-ahli mereka yang sudah hilang kelayakan untuk terus hidup. Tetapi bagi mereka yang masih memiliki kelayakan untuk terus hidup tidak akan mampu dikejar dan ditangkap oleh pemangsa mereka.

Ditangkap dan dimakan oleh pemangsanya bila tempoh hanyatnya telah berakhir, ada baiknya juga. Jika mereka dibiarkan terus hidup akhirnya mereka akan menyusahkan anak pinak sendiri, malah masyarakatnya. Bila mereka tidak lagi mampu mencari makan sendiri tentulah menyusahkan diri mereka dan pihak lain. Bila dah mati pula bangkai mereka pasti membusukkan seluruh kawasan tempat mereka tinggal. Satu masalah lain pula bagi yang masih hidup untuk menanam bangkai-bangkai mereka sebelum ia mulai berbau busuk. Oleh itu masing-masing mengakui tentang kebaikan sistem hukum rimba tersebut.

Bila setiap binatang redha dengan sunnatullah, maka wujudlah suasana harmoni di dalam Negara Binatang tersebut. Masing-masing faham dan menghormati hak dan batas-batas larangan yang ditetapkan terhadap mereka. Tidak berlakulah pembunuhan yang sesia. Tidak berlakulah pembaziran bila setiap ahlinya hanya makan sekadar yang perlu saja. Tidak ada yang makan hingga terlalu kenyang hingga rezeki pihak lain pun turut dikebas. Sebagai manifestasi kepada sifat mereka yang tidak terlebih makan itu ialah anggota fisikal mereka yang begitu sederhana. Jarang ada binatang yang gemuk gedempol kerana terlebih makan. Walaupun mereka tiada agama yang menyuruh agar tidak terlebih makan, fitrah yang dibekalkan Allah kepada masing-masing dapat mengawal habit pemakanan mereka.

Nampaknya hukum rimba yang diamalkan di dalam NB itu amat selari dengan ajaran Islam yang dianuti oleh manusia. Agama Islam juga mengajar umatnya supaya bersederhana. Bukan hanya tak banyak makan supaya tak gemuk gedempol, malah dalam aspek-aspek lain juga disuruh bersederhana.  Islam tidak suruh umatnya berebut-rebut mengambil lebih dari apa yang benar-benar dikeperluan. Islam tidak menyuruh umatnya tamak haloba mengumpul harta hingga terambil hak orang lain baik secara nyata maupun sebaliknya. Contohnya, yang dikaut untuk dirinya sendiri 100, tetapi yang ditinggalkan untuk dikongsi oleh orang lain hanya satu atau dua sahaja. Kemudian diinfakkan hanya satu atau dua saja. Itu pun untuk menunjuk-nunjuk akan kemurahan hatinya itu. Umur dihabiskan bagi mengumpul harta dan menikmati keselesaan dunia. Hingga tiada masa lagi yang tinggal untuk menimba ilmu dan mengumpul saham akhirat.  Seolah-olah tak rasa malu kepada makluk Allah yang berbangsa binatang itu.

Jika dilihat dengan mata kasar, suasana aman damai kehidupan yang diharungi oleh rakyat NB adalah ibarat air sungai yang tenang. Namun kadang-kala, “jangan ingat air yang tenang itu tiada ada buaya”. Begitulah juga dengan NB. Jika bagi sungai yang tenang itu yang menjadi kacang hantunya ialah Buaya, maka bagi NB pula yang menjadi kacang hantunya ialah Sang Harimau. Dengan kehadiran Sang Harimaulah maka ramai binatang-binatang kecil sentiasa merasa terancam keselamatan mereka. Namun masih ada lagi sedikit kelegaan dalam jiwa dan minda masing-masing disebabkan kewujudan kuasa Raja Sulaiman. Raja Sulaiman adalah merupakan simbol segala kebaikan. Simbol keadilan, keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan di dalam alam semesta ketika itu.

Raja Sulaiman sangat terkenal sebagai raja yang sangat berkuasa ketika itu. Kononnya, semua negara di seluruh dunia berada di bawah pemerintahan baginda. Bukan negara makluk yang berstatus manusia saja yang duduk di bawah jajahan takluk baginda, hatta segala negara binatang termasuk NB pun. Juga tidak ketinggalan, makluk Allah yang turut menjadi rakyat jelata baginda ialah jin. Ramai rakyat baginda dari bangsa jin menjadi penyiasat professional (special branch) untuk kerajaan baginda. Sedangkan mata-mata adalah setiap rakyat kerana setiap rakyat peka kepada perlakuan jenayah dari sekecil-kecil jenayah hingga sebesar-besarnya.  Oleh kerana itu banyak maklumat dapat sampai ke pengetahuan baginda walaupun tentang peristiwa yang jauh dari istana. Ini membuat baginda dianggap seorang raja yang sangat terus mata dan berpengetahuan luas. Baginda sangat dihormati lagi ditaati bukan semata-mata kerana ilmu pengetahuan baginda, malah kerana baginda tersangat adil.

Rakyat jelata baginda yang terdiri dari seluruh makluk Allah di atas muka bumi ini sangat merasai kehadiran baginda di mana-mana juga mereka berada. Sifat ini diistilahkan sebagai “ehsan”. Walaupun rakyat tidak nampak kehaziran fisikal baginda di hadapan mata, namun jiwa dan minda masing-masing terasa seolah-olah baginda sentiasa memerhati mereka. Dengan adanya elemen “ehsan” di dalam diri setiap rakyat baginda terhadap kehadiran dan kekuasaan baginda, maka NB menjadi tempat paling selamat di atas muka bumi pada zaman itu. NB ibarat satu negara utopia yang tidak pernah wujud baik sebelum, maupun selepas pemerintahan Raja Sulaiman, hatta sehingga hari kiamat.

Tidak ada mana-mana rakyat yang berani melakukan apa-apa juga kesalahan. Tidak ada penganiayaan dan penindasan antara sesama rakyat. Jika ada pun ia merupakan kes-kes yang amat terpencil. Itu pun sangat jarang berlaku. Jika berlaku pun nescaya tidak lama kemudian akan tertangkaplah pesalah berkenaan. Maklumlah dengan wujudnya mata-mata di mana-mana, Raja Sulaiman akan cepat maklum lalu menghantar pasuksan penyiasat yang terdiri dari sekecil-kecil Toyol hingalah sebesar-besar Hantu Raya. Anggota penguatkuasaan dalam kerajaan Raja Sulaimanan tidak ada yang korap. Negara yang korap ketika itu diistilahkan “negara karipap”. Maka NB bukanlah sebuah “negara karipap”, seperti tanah tumpah darahku.  Semua rakyatnya jujur lagi ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang  diamanahkan Raja Sulaiman ke atas mereka. Tidak ada konspirasi di kalangan pemimpin-pemimpin dalam semua peringkat, baik diperingkat paling rendah lebih-lebih lagi diperingkat paling atas.

Al kisah, kononnya di sebuah daerah di pelusuk Negara Binatang (BN) berkenaan, telah berlaku suatu perbalahan antara dua warga binatang. Khabarnya Sang Harimau  yang mencetuskan angkara. Sang Harimau telah menceroboh kawasan yang dihuni oleh sekumpulan Sang Arnab. Beberapa ekor anak Sang Arnab telah mati terpijak, disyaki oleh Sang Harimau.  Sang Arnab tidak boleh bertoleransi lagi dengan kezaliman Sang Harimau. Kaum Sang Arnab bukannya wajar menjadi makanan Sang Harimau pun. Makanan Sang Harimau adalah rusa, lembu dan seumpamanya. Daging mereka jauh lebih banyak berbanding dengan isi tubuh Sang Arnab. Mayat anak-anak Arnab yang telah mati terpijak itu bukan dimakan Sang Harimau pun. Ini menambahkan beban pula kepada ibu dan bapa mereka untuk menanamnya sebelum ianya berbau busuk.

Sang Harimau memang sangat terkenal sebagai warga yang paling suka membuli binatang-binatang lain. Lebih-lebih lagi binatang kecil termasuk Sang Arnab dan Sang Kancil. Hanya sejak Raja Sulaiman menduduki takta kerajaan, perangai Sang Harimau agak berbeza. Berubah sedikit menjadi lebih baik. Sebelum itu, ada saja warga binatang yang menjadi mangsa bulinya. Pendek kata, hari-hari dia mau membuli binatang lain. Agaknya, itulah sebabnya maka dia digelar “Hari-mau” iaitu rengkasan kepada “Hari-hari mau”. Mangsa bulinya itu bukan untuk menghilangkan lapar atau memenuhi tuntutan fitrah kehaiwanannya. Sebaliknya dimatikan untuk suka-suka saja atau untuk menguji ketajaman kuku dan taringnya saja.

Masyarakat Sang Arnab yakin bahawa mereka berhak untuk hidup tanpa sebarang gangguan oleh mana-mana pihak. Samalah seperti yang dinikmati semua binatang-binatang lain, tidak kira kecil maupun besar. Yang memberi jaminan keselamatan terhadap mereka ialah Raja.  Raja yang dimaksudkan bukan sebarang Raja. Ia bukannya Raja Gopal, Raja Kapur ataupun lain-lain Raja. Akan tetapi yang menjanjikan keselamatan itu ialah Raja Sulaiman. Kononnya baginda bukan sekadar Raja malah seorang Rasul.  Oleh itu, jaminan yang dijanjikan itu bukanlah suatu janji kosong. Ia adalah “janji ditepati” bukan “janji dicapati”.

Jaminan keselamatan bukanlah suatu perkara mustahil untuk dijadikan realiti. Dengan adanya prasarana yang cukup kondusif, maka segala-galanya boleh dilakukan. Prasarana yang dimaksudkan ialah bebas dari segala sifat-sifat mazmumah dari setiap jiwa dan minda rakyat jelata. Ini disokong pula oleh mekanisma keselamatan yang changgih. Mekanisma yang menggunakan segala alat khusus yang telah direkacipta dan dipraktikkan dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Antaranya ialah alat pandang dengar yang canggih yang dipasang di seluruh pelusuk negara di atas muka bumi. Ini berjaya membuat setiap rakyat berani mengamalkan amal ma’ruf dan nahi mungkar tanpa takut dan ragu-ragu. Yang ditakuti bukan kepada kekuasaan pihak yang ditegur. Tetapi yang lebih ditakuti dan dihormati ialah kebenaran. Dengan kata lain, jika kebenaran itu adalah dipihak pemangsa yang lebih berkuasa maka dialah yang akan menang. Sebaliknya jika kebenaran itu bersama dengan mangsa, nescaya mangsalah yang akan menang walaupun dia adalah selemah-lemah makluk.

Senario tersebut wujud ketika itu. Kewujudannya itu adalah disedari dan dirasai oleh setiap warga NB tersebut. Oleh itu Sang Arnab pun tidak takut dan teragak-agak untuk melancarkan protes secara terang-terangan terhadap Sang Harimau yang dianggap biadap dan zalim itu. Protes mereka itu telah menarik perhatian seluruh warga NB tersebut. Hampir semua jenis binatang bersimpati dengan kaum Sang Arnab yang dicerobohi dan dizalimi Sang Harimau itu. Masing-masing mahukan Sang Harimau dihukum dengan setimpal, demi menegakkan keadilan dan menjadi sempadan kepada semua warga NB. Sang Harimau yang hari-hari mau itu perlu diajar dan didisiplinkan. Nafsunya mesti dikekang supaya binatang lain tidak terus menjadi mangsanya.

Walau apa pun, masing-masing juga faham bahawa pesalah tidak boleh dihukum begitu sahaja. Sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan, mesti melalui suatu proses pengadilan. Mesti ada proses perbicaraan terlebih dahulu. Proses ini maha penting bagi menentukan dua perkara. Yang pertama dan sangat penting ialah bagi mengesahkan bahawa yang dituduh benar-benar telah melakukan kesalahan sebagaimana dituduh. Yang kedua, juga tidak kurang penting ialah bagi mengukur tahap kesalahan yang telah dilakukan. Samada ianya dilakukan dengan segaja atau dipaksa, terpaksa, tanpa disedari ataupun sebagainya.

Melalui perbicaraan jugalah baru dapat ditentukan apakah jenis hukuman setimpal yang wajar dikenakan terhadap pesalah berdasarkan piawai keadilan yang sejagat. Dengan prinsip inilah maka Sang Harimau mesti terlebih dahulu dibicarakan sebelum dihukum. Disaat inilah berlakunya proses pemilihan Tuan Hakim dari kalangan binatang-binatang yang hadir dalam sebuah perhimpunan raksasa yang diadakan di atas satu padang tak jauh dari tempat Sang Arnab tinggal.  Dengan persetujuan sebulat suara maka terlantiklah Sang Kacil  sebagai Tuan Hakim, khususnya bagi membicarakan kes Sang Arnab lawan Sang Harimau.

Sang Kancil dipilih sebagai Hakim bukan secara kebetulan. Sang Kancil bukanlah binatang yang besar macam gajah. Maka sudah tentu dia dilantik bukan kerana kebesarannya. Sang Kancil juga bukannya garang macam singa. Maka sudah tentu dia dilantik bukan kerana kegarangannya yang ditakuti oleh semua warga NB itu. Sang Kancil juga bukan macam Helang yang mampu ke sana sini dalam masa yang begitu singkat.  Maka sudah tentu beliau dilantik bukan kerana kemampuannya untuk terbang. Oleh itu, mesti ada keistimewaan tertentu pada diri Sang Kancil yang menyebabkan beliau dipilih dengan sebulat suara untuk menjadi Hakim.  Keistimewaan apakah itu, sila anak-anak dan adik-adik Acik  teka ?

Ya betul !  Sang Kancil dipilih kerana kepintarannya. Kerana kecerdikannya. Kerana fikirannya yang tajam. Kerana pengetahuannya yang luas kerana berkawan baik dengan burung-burung yang membawa balik bermacam-macam berita. Kerana kepetahannya berhujah. Kerana beliau popular di kalangan binatang-binatang kecil dan beberapa lagi factor lain. Ada juga yang kata kerana Sang Kancil berani. Tetapi biar factor ini kita jangan di”ya”kan dulu hingga tamat kita membaca cerita ini. Ada juga yang kata Sang Kancil tidak tahu mementingkan diri sendiri. Fakktor ini pun biarlah kita analisis dulu hingga tamat membaca cerita ini.

Apabila tiba pada hari perbicaraan akan dijalankan maka berhimpunlah berbagai jenis binatang di padang yang sama di mana pemilihan Hakim dilakukan dahulu. Beberapa saksi dari kedua-dua pihak telah ditampilkan di hadapan Hakim (Sang Kancil). Nampaknya perbicaraan agak ketara berpihak kepada Sang Arnab kerana hujah-hujah oleh saksi-saksi Sang Harimau semuanya tersangat lemah. Semuanya sampah. Jika “input”nya sampah sudah pasti “output” yang bakal dihasilkan nanti pun sampah juga. Inilah yang dinamakan konsep “GIGO” atau “garbage in garbage out”.  Di hujung sessi perbicaraan tersebut, Hakim pun menetapkan bahawa keputusan akan diumumkan tiga hari kemudian. Tujuan Sang Kancil menangguhkan keputusan ialah bagi mendapatkan restu dari istana terlebih dahulu atas keputusan yang dibuatnya, sebelum diumumkan.

Sang Kancil pun menugaskan sepasang burung Merpati Putih (MP) untuk terbang ke istana mengadap sendiri dengan Raja Sulaiman. Perjalanan pergi akan mengambil masa sehari suntuk. Begitu juga dengan perjalanan pulang. Sehari menjelang pengumuman keputusan, beberapa persediaan lain perlu disiapkan. Takut-takut akan tercetus huru hara bila keputusan diumumkan. Maklum sajalah dengan kes yang melibatkan pihak berkuasa. Jika yang bakal memenangi kes adalah yang berkuasa, tak ada benda yang nak dibimbangkan. Tapi dalam kes Sang Arnah lawan Sang Harimau ini, gara-gara kemenangan akan berpihak kepada Sang Arnab.

Namun Si Hakim (Sang Kancil) tetap dengan penuh yakin bahawa di bawah pemerintahan Raja Sulaiman, keadaan akan pasti dapat dikawal. Oleh itu, sebagai Hakim, Sang Kancil tidak rasa akan ada apa-apa yang akan menghalang beliau menjatuhkan hukuman dengan seadil-adilnya. Dengan kata lain, tidak ada apa-apa elemen yang akan mendorong atau memaksa beliau supaya tidak  membuat keputusan tanpa ketakutan atau tanpa pilih kasih. Kata orang Putih, “without fear and/or favour”.

Setelah dua hari meninggalkan Sang Kancil kerana ke istana Raja Sulaiman, pasangan MP belum juga kembali menemui beliau. Sang Kancil mulai cemas. Takut-takut sesuatu musibah telah menimpa kedua-dua MP tersebut. Jika mereka tidak kembali membawa restu dari Raja Sulaiman keputusan perbicaraan mungkin tidak dapat diumumkan. Jika diumumkan juga keputusan yang memenangkan Sang Arnab itu, keselamatan tidak dapat dijamin. Sang Harimau pasti akan mempertikaikan kesahihan keputusan tersebut dari aspek perundangan. Salah-salah haribulan, Sang Arnab sendiri akan dilanyaknya hingga separuh nyawa kalaupun tidak sampai mampus. Spekulasi ini membuat Sang Kancil agak runsing.

Sangkaan buruk Sang Kancil itu,  walaupun kurang tepat, masih ada asas kebenarannya. Pasangan MP sampai kembali pada hari ketiga iaitu menjelang hari keputusan perbicaraan akan diumumkan. Sang Kancil melihat kedua-dua MP tidak dengan wajah ceria sepertimana meninggalkan beliau dahulu. “Mungkina ada apa-apa angkara yang telah menimpa mereka  berdua”  berkata Sang Kancil di dalam hati kecilnya. “Agaknya mereka terlalu penat kut, maklum sajalah, terlalu jauh terbang” katanya lagi dalam hati bagi melegakan perasaan bimbang tersebut. Niat Sang Kancil nak suruh saja kedua-dua MP tersebut masuk berehat dulu. Namun dengan tak semena-mene MP jantan membuka mulut.

“Habis kita, habis kita !” mengeluh MP jantan tersebut.

“Tidak ada jaminan lagi kita akan selamat” sambung lagi MP itu dengan kata-katanya.

“Raja yang kita sayangi itu telah pulang ke rahmatullah” kata MP tersebut lagi sambil mengesat matanya yang mulai berair.

“Berita kemangkatan beginda pasti akan sampai ke sini sedikit hari lagi. Kami lihat ramai burung-burang yang telah mula berterbangan ke merana tempat untuk menyampaikan berita sedih ini supaya rakyat berkabung. Semua akan diperintah memohon doa semoga roh baginda diberkati Allah” terang MP jantan itu dengan agak panjang lebar.

Sang Kancil tergamam mendengar berita tersebut dari mulut MP jantan, rakan rapat beliau yang sangat diseganinya itu. Bagi Sang Kancil, tidak timbul sebiji habok pun keraguan tentang apa yang disampaikan MP itu kepadanya. Apa yang nak diragukan. Bukannya MP akan dapat apa-apa keuntungan pun jika beliau berdusta. Lainlah jika ada konspirasi antara beliau (MP) dengan Sang Harimau untuk mengubah keputusan yang telah dibuat. Namun, bagi Sang Kancil ini tidak mungkin, malah mustahil dilakukan MP.

Siapa yang tak kenal dengan MP yang sangat sohor sebagai individu yang sangat jujur lagi ikhlas itu. Kedua-duanya sentiasa lebih mementingkan keadilan dari segala-galanya. Mereka berdua langsung tidak makan saman oleh sebarang ugutan, tak kira dari siapa pun.  Apa nak dibimbangkan mereka dengan ugutan atau ancaman. Susah-susah sangat, hajrah saja ke tempat lain. Jika ke gunung pun masih rasa tak selamat, boleh saja terbang ke pulau-pulau nun jauh di seberang lautan sana.

Malangnya pilihan yang sama tidak ada buat Sang Kancil. Beliau tidak mampu terbang macam MP bagi membebaskan diri dari apa-apa ancaman atau marabahaya. Kudratnya terlalu lemah jika nak dibandingkan dengan kebanyakan binatang berkaki empat. Apa lagi jika nak dibandingkan dengan kekuatan Sang Harimau. Beliau terpaksa menerima realiti bahawa dirinya tersangat kerdil. Kekerdilannya membuat dia rasa sudah kalah sebelum memulakan pergaduhan fisikal dengan mana-mana binatang lain. Mujur juga dirinya dianugerahi Allah sedikit kelebihan iaitu akal fikiran. Hanya akal fikiran inilah saja yang tinggal untuk digunakan bagi melepaskan diri dari segala ancaman dan marabahaya.

Apapun, berita kemangkatan Raja Sulaiman telah membuat semangatnya benar-benar runtuh. Hancur luluh bak kaca terhempas ke batu. Lebih-lebih lagi ketika menghadapi saat-saat genting bilamana beliau terpaksa mengumumkan keputusan kes perbicaraan yang tidak berpihak kepada yang lebih berkuasa. Apakah akibatnya nanti ?   Semua pihak hanya pandai menuntut supaya setiap Hakim mesti berlaku adil. Semua Hakim mesti menjatuhkan hukuman tanpa takut dan pilih kasih. Namun, adakah mereka peduli akan akibat yang bakal dihadapi oleh Hakim nanti ?  Dengan perkataan lain, adakah dengan berlaku adil Hakim akan terjamin keselamatan diri dan orang-orang yang dikasihi ?

Mata Sang Kancil tidak dapat dipejam semalaman. Fikirannya khusut. Jiwanya gundah gulana. Perasaannya amat tertekan. Mujur juga hati kecilnya masih lagi tenteram. Mungkin kerana banyak berzikir kepada Allah maka dianugerahiNya sedikit ketenangan di saat-saat kritikal begitu. Alhamdulillah.

Sebenarnya berita tentang kemangkatan Raja Sulaiman belum lagi diketahui masyarakat binatang di situ. Yang sudah maklum hanyalah pasangan Marpati Putih yang baru balik dari istana Raja Sulaiman. Sang Kancil tahu pun setelah diberitahu mereka. Sang Kancil minta kepada MP supaya tidak mendedahkan berita tersebut hinggalah keputusan perbicaraan kes Sang Arnab lawan Sang Harimau diistiharkan. Namun dalam hati kecil Sang Kancil penuh dengan kembimbangan. Apa kata sekiranya berita itu telah diketahui oleh binatang-binatang lain melalui pihak lain. Ini menyebabkan Sang Kancil mengubah keputusan asalnya. Keputusan asalnya ialah Sang Arnab sebagai pemenangnya. Tetapi atas aspek keselamatan diri maka beliau tidak pilihan lain melainkan memenangkan juga Sang Harimau.

Walaupun memang hasrat Sang Kancil untuk bertindak adil, namun beliau tidak sanggup menanggung risko. Kemangkatan Raja Sulaiman bukan satu faktor kecil. Dengan ketiadaan baginda macam-macam boleh berlaku. Kebanyakan binatang akan berasa bebas untuk melakukan apa saja tanpa dihalang oleh perasaan ehsan terhadap kuasa Raja Sulaiman. Binatang besar tidak lagi hormat hak binatang kecil

Elemen sebenar yang membuat dirinya susah adalah “dilema”.  Dilema adalah umpama “ditelan mati emak, diluah mati bapa”.  Sedangkan kedua-dua individu tersebut adalah orang yang sama-sama dicintai. Memang tidak sanggup membiarkan mereka mati walaupun salah seorang saja darinya. Dilema sebeginilah yang sedang memerangkap jiwa dan minda Sang Kancil dalam menghadapi kes perbicaraan Sang Arnah lawan Sang Harimau. Jika tak dimenangkan Sang Arnab, maka itu adalah pelanggaran prinsip keadilan. Sebaliknya, jika dimenangkan Sang Arnab, apa pula bahaya yang bakal menimpa. Jika tidak atas diri sendiri, mungkin terhadap insan yang dikasihi.

Kemangkatan Raja Sulaiman adalah lambang kepada kehancuran jaminan keadilan dan keselamatan bagi seluruh NB berkenaan. Sistem keselamatan yang menjamin tidak akan berlaku penganiayaan terhadap sesiapa oleh mana-mana pihak, kini telah lumpuh. Dalam situasi sistem keselamatan tersebut tidak berfungsi maka sistem rimba mulai kembali mendominasikan keadaan. Siapa kuat dialah yang akan menang. Yang lemah pula akan sentiasa menjadi mangsa. Elemen “ehsan” terhadap kekuasaan pemerintah mungkin telah terlucut seluruhnya dari hati majoriti warga NB. Oleh itu ramai dari mereka kini kembali berani melakukan apa saja, asalkan tidak ada cabaran dari pihak yang lebih kuat dari mereka.

Mau tidak mahu Sang Kancil mesti mengiktiraf realiti yang baru berubah itu. Realiti semasa Raja Sulaiman masih memerintah tentu tidak lagi sama dengan realiti selepas baginda mangkat . Di bawah pemerintahan baginda, prinsip “berani kerana benar, takut kerana salah” memang dihormati lagi diperkasakan. Namun kini belum tentu begitu. Jika dahulu mempertahankan keadilan dianggap satu keberanian yang terpuji, kini ia mungkin dianggap satu kebodohan yang merugikan. Jika dahulu fakta dianggap suatu hakikat, kini ia tidak semestinya demikian. Fakta boleh diolah-olah supaya maklumat yang dihasilkan terbentuk sepertimana yang dihasratkan. Pendek kata keadaan dan suasana kini telah berubah 180 darjah. Jika dulu menghala ke barat kini telah bertukar mengarah ke timur.

Setelah berfikir panjang, hati Sang Kancil kembali stabil seperti biasa. Fikiran rasionalnya telah berjaya mempengaruhi hatinya untuk yakin bahawa, jika terpaksa pilih antara yang buruk dengan yang lebih buruk, maka yang buruk itulah yang harus dipilih. Oleh itu sekiranya lebih selamat jika Sang Harimau dimenangkan dalam kes Sanag Arnab lawan Sang Harimau, maka tentulah wajar Sang Harimau dimenangkan. Ini kerana Sang Harimau lebih berpotensi menimbulkan mudarat yang jauh lebih besar dari Sang Arnab. Jika Sang Arnab yang tidak berpuashati dengan keputusan Si Hakim, besar manalah sangat tindakbalas negatif yang mampu disasarkan terhadap Si Hakim. Tetapi jika Sang Harimau yang tidak berpuashati dan marah terhadap keputusan Hakim, maka padahnya akan tersangat buruk buat Si Hakim. Jadi, demi mengelakkan mudarat yang lebih buruk, maka tentulah wajar Sang Harimau dimenangkan.

Maka tibalah harinya dimana keputusan perbicaraan kes Sang Arnab lawan Sang Harimau akan diistiharkan. Semua yang hadir tidak sabar menunggu ketibaan Si Hakim. Majoritinya telah membuat spekulasi yang memihak kepada Sang Arnab. Dari segi prinsip keadilan sejakat pun memang Sang Harimau telah sah-sah menceroboh kawasan yang diduduki Sang Arnab dan kaum kerabatnya.  Mereka bukan baru bermustautin di situ. Sejak dua tiga jenerasi Sang Arnah dan kabilahnya itu telah berhijrah lalu berkampung di situ. Tiba-tiba Sang Harimau, pendatang tanpa izin itu, telah datang menggangu ketenteraman mereka. Hatta telah menyebabkan beberapa anak mereka mati terpijak. Entah dari negeri atau kawasan mana datangnya Sang Harimau, Sang Arnab sendiri pun tidak pernah bayangkan. Samada diketahui oleh Sang Arnah ataupun tidak asal usul Sang Harimau, itu tidaklah penting. Apa yang penting ialah keselamatan dan keamanan bagi Sang Arnah, anak pinak dan kaum kerabatnya. Akibat pencerobohan Sang Harimau itu, kedamaian dan keamanan tersebut kini telah musnah.

Keyakinan bahawa Sang Kancil akan memenangkan Sang Arnah adalah tersangat tinggi di kalangangan binatang-binatang yang hadir di majlis berkenaan. Soal pilih kasih terhadap Sang Arnah dan sentimen kebencian terhadap Sang Harimau tidak timbul dalam kes ini. Yang penting bagi mereka adalah keadilan sejagat. Sang Kancil lebih faham konsep keadilan sebab beliau binatang yang paling pintar. Lagi pun beliau sering berhadapan dengan ancaman bunuh oleh Sang Harimau. Mujur kerana takutkan kepada Raja Sulaiman maka Sang Kancil tidak berani diapa-apakan oleh Sang Harimau.

Tiba-tiba suasana bertukar menjadi riuh rendah. Si Hakim (Sang Kacil) baru saja mengumumkan keputusan yang ditunggu-tunggu itu. Yang mengejutkan semua yang hadir ialah, kemenangan bukan berpihak kepada Sang Arnah.  Tetapi sebaliknya berpihak kepada Sang Harimau. Di kalangan binatang-binatang yang hadir, ada yang menjerit-jerit mengecam keputusan Si Hakim (Sang Kancil). Kebanyakan mereka rasa teramat kecewa dengan keputusan Sang Kacil sebagai Hakim. Lebih-lebih lagilah Sang Arnah dan kaumnya. Mereka rasa seperti, “sudah jatuh ditimpa tangga”. Sudahlah anak-anak Sang Arnab mati dipijak Sang Harimau, kini kalah pula ia dalam kes mahkamah melawan musuhnya itu.  Sedangkan yang menghakimi perbicaraan tersebut ialah Sang Kancil, rakannya yang berseteru dengan Sang Harimau.

Kekalahan membawa implikasi tersangat buruk terhadap Sang Arnah. Hujah Hakim mengatakan bahwa Sang Arnab bersalah kerana tidak pandai menjaga keselamatan anak-anaknya sendiri tidak dapat diterima sama sekali oleh Sang Arnab. Jika kematian anak-anaknya itu berlaku di tempat lain hujah tersebut masih boleh diterima. Tetapi anak-anak Sang Arnab mati di dalam kawasan mereka sendiri. Cuma ia bukan dalam kawasan yang berpagar saja.

Kemenangan yang berpihak kepada Sang Harimau itu juga mempunyai implikasi buruk kepada masyarakat binatang keseluruhannya. Sang Harimau tidak akan merasa insaf akan kesalahannya.  Malah mungkin akan bertambah meningkat lagi egonya. Sebenarnya Sang Harimau sendiri  tahu bahawa dirinyalah yang sebenarnya bersalah. Bukan Sang Arnab. Oleh sebab Sang Kancil takut kepadanyalah maka beliau terpaksa dimenangkan. Siapalah Sang Kancil jika dibandingkan dengan diri Sang Harimau. Walaupun Sang Kancil bijak, namun dalam masyarakat binatang, kekuatan fisikal adalah kuasa yang lebih penting.

Si Hakim juga tahu bahawa keputusan yang dibuatnya itu adalah zalim kerana tidak memenangkan pihak yang tak bersalah. Namun, sebagai Hakim yang terpaksa menjatuhkan hukuman dalam situasi yang tidak kondusif untuk berlaku adil, maka itulah keputusan yang terbaik. Terbaik bukan untuk dirinya saja, malah terbaik untuk semua yang hadir. Bayangkanlah situasi dimana Sang Harimau mengamuk kerana tidak berpuashati dengan keputusan Hakim. Sepuluh Sang Arnah mengamuk tentu masih tidak seburuk jika nak dibandingkan dengan Sang Harimau seekor yang mengamuk. Begitulah seadanya.

Nilai Moral dari CEREKANA di atas

1.Walau sesiapa pun menjadi Hakim, faktor keselamatan dirinya sendiri akan tetap menjadi keutamaan. Tidak ada Hakim yang akan sanggup menempah risko yang tinggi semata-mata untuk membuat keputusan yang adil sekiranya keadilan itu akan memudaratkan dirinya sendiri atau orang-orang yang dikasihi.  Demikianlah juga seorang Hakim yang sangat Arif.

2.Bagi membolehkan Hakim membuat keputusan yang adil, situasi yang kondusif perlulah diwujudkan terlebih dahulu. Yang dimaksudkan dengan situasi kondusif ialah wujudnya jaminan yang menyakinkan Hakim, bahawa keselamatan beliau dan ahli-ahli keluarganya tidak akan terjejas walau apa pun keputusan yang dibuatnya.

3.Tanpa jamiman keselamtan tersebut, tak mungkin Hakim bersedia menjatuhkan hukum tanpa dipengaruhi ras takut atau/dan pilih kasih (without fear or/dan pilih kasih)

4. Situasi yang selamat seumpama itu hanyalah suatu utopia. Ia tidak akan wujud terutama di negara tumpah darah ku.

5.Keputusan perbicaraan di mahkamah amat bergantung kepada nasib orang kena dakwa (OKD). Jika untung sabut maka timbullah ia. Jika untung batu maka tenggelamlah ia. Oleh itu OKD kenalah banyak bertawakal.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Ahmad’s SAGA # 025 Hakim: Tanpa Takut dan/atau Ikut   https://4uni2c.com/2013/10/09/ahmads-saga-025-hakim-tanpa-takut-ikut/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   www.4uni2c.com

CEREKANA # 13927 Strategi Telur Ayam

•2013-09-27 • Leave a Comment

***Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVE di kanan SKRIN, Kemudian SKROL

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

Strategi Telur Ayam

Al kisah terbacalah oleh Acik (Ayah/Abang+cik) akan suatu cerita yang agak menggelikan hati tapi penuh dengan erti. . Kononnya pada suatu zaman yang silam ada seorang yang sangat masyhor kerana kepintarannya. Beliau digelar  Al Arif. Ramai orang awam yang sayang kepadanya, namun tak kurang juga yang cemburu malah dengki kepadanya. Yang paling dengki kepada Al Arif ialah seorang rakan sebayanya yang berjawatan penting dalam istana. Beliau digelar Datuk Ti. Bagi orang macam Datuk Ti ni, si pintar macam Al Arif tak perlu wujud kerana dianggap menggugat dan mengancam kedudukannya walaupun pada hakikatnya tak siapa pun kebuluran untuk merebut jawatan dalam istana yang sedang disandangnya itu.

Suatu hari, atas arahan Datuk Ti maka diadakan satu pertandingan mencari TELUR AYAM di dalam sebuah sumur. Maka dipaksanya Al Arif menyertai pertandingan tersebut sedangkan dia tahu beliau kurang pandai berenang, apa lagi menyelam. Al  Arif tiada pilihan lain melainkan terpaksa akur kepada perintah Datuk Ti yang dengki kepadanya lantaran kepintaran yang dianugerahi Allah kepadanya. Tujuan Datuk Ti tak lain dan tak bukan ialah untuk memalukan Al Arif di kalayak ramai yang akan hadir menyaksikan pertandingan itu nanti.

Menjelang hari pertandingan tersebut, maka dipilih oleh Datuk Ti sepuluh orang pegawai istana bagi menyertai pertandingan mencari TELUR AYAM itu. Maka mereka pun dibekali dengan sebiji TELUR AYAM  setiap orang. Mereka ini disuruh pergi ke sumur berkenaan dan mencampakkan ke dalamnya TELUR AYAM masing-masing sambil mengingati lokasi telur yang dicampakkan itu. Sedangkan Al Arif tidak disuruh berbuat demikian malah tidak tahu menahu pun apa yang telah dilakukan oleh peserta2 lain menjelang hari pertandingan tersebut.

Esoknya maka berduyun-duyunlah rakyat jelata turun ke kawasan di mana pertandingan mencari TELUR AYAM itu akan diadakan. Ada yang datang kerana diperintah hadir secara mandatori, dan tak kurang pula yang semata-mata kerana ingin menyaksikan keunikan pertandingan yang julung-julang kali akan diadakan itu. Lebih-lebih lagi apabila diumumkan bahawa Tokoh Pintar Negara (gelaran tak rasmi kepada Al Arif) akan turut sama memeriahkan lagi pertandingan tersebut.

Saatnya pun tiba. Para-para peserta pun dipanggil seorang demi seorang untuk pergi mendekati tebing sumur (kolam) berkenaan. Tiap-tiap peserta yang namanya dipanggil seolah-olahnya telah tahu di lokasi mana di tebing sumur tersebut ia patut berdiri. Al Arif sambil menunggu namanya dipanggil telah mula menghidu sesuatu penipuan setelah memerhati cara-cara pertandingan itu dikendalikan. Kata pepatah Melayu, “ terkilas air di kolam sudah kenal jantan betinanya“ . Beliau mula memikirkan apakah alasannya kelak sekiranya beliau gagal membawa naik sebiji TELUR AYAM dari dalam sumur itu nanti.

Sebaik sahaja wisel berbunyi masing-masing peserta pun terjunlah ke dalam sumur itu kecuali Al Arif. Beliau agak bimbang untuk terjun kerana dirinya kurang pandai menyelam malah berenang. Namun setelah dilihatnya kedalaman sumur itu hanya pada leher peserta yang paling pendek saja, maka beliaupun turun perlahan-lahan ke dalam sumur tersebut seolah-olah tidak terlibat dengan pertandingan yang sedang berlangsung itu. Dalam masa yang agak sengkat mulalah seorang demi seorang peserta pertandingan keluar dari dalam sumur tersebut bersama dengan sebiji TELUR AYAM di tangan masing-masing. Setelah semua peserta lain habis naik dari sumur tersebut barulah Al Arif dengan tiba-tiba melombat keluar dari sumur itu. Sambil bertinggung ditepi tebing sumur tersebut beliau mengepak-ngepak kedua-dua belah tangannya seperti seekor ayam jantan lalu BERKOKOK beberapa kali. Penonton-penonton terpinga-pinga melihat perbuatan Al Arif demikian tapi tak siapa pun berani bersuara apa-apa kecuali memerhati sahaja.

Kemudian datanglah seorang pengadil kepada peserta demi peserta memeriksa samada berjaya atau tidak ia membawa naik sebiji TELUR AYAM dari dalam sumur tersebut sepertimana yang dikehendaki oleh syarat-syarat pertandingan tersebut. Tiap-tiap yang memegang TELUR AYAM ditangannya diberi hadiah lumayan serta Sijil Pandai Berenang & Menyelam. Setibanya pengadil tersebut di hadapan Al Arif maka Al Arif mengulangkan lagi perbuatannya sebagaimana dilakukan ketika melompat keluar dari sumur tadi. Malah kali ini beliau berKOKOK dengan lebih nyaring lagi. Apabila ditanya pengadil, “mana telurnya ?” maka dengan penuh bangga sambil menepuk-nepuk dadanya sendiri Al Arif pun menjawab, “ini ayam JANTAN da, ayam jantan mana ada telur. Yang ada telur tu ayam-ayam BETINA belaka da !”.

Jawapan tersebut sangat menggelikan hati semua penonton yang hadir. Suasana menjadi gawat kerana riuh rendah dengan gelak ketawa. Ada yang mengejek-ngejek peserta lain yang masih memegang TELUR AYAM di tangannya. YMM Tuanku turut tersenyum melihat telatah lucu Al Arif tu. Ini menyebabkan Datuk Ti bertambah berbulu lagi terhadap rakan sebayanya itu. Tak taulah Acik apa pula rancangan jahat Datuk Ti selepas ni, demi mengenakan Al Arif. Tak berjaya dengan strategi ini mungkin Strategi Ikan Todak pula yang akan digunakan selepas ini.  https://4uni2c.com/2013/09/22/cerekana-13922-strategi-ikan-todak/

FALSAFAH yang TERSIRAT (The moral of the story- MoS)

Al Arif tahu bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh pun dia tidak akan berjaya membawa naik sebiji TELUR AYAM  seperti peserta-peserta lain. Tidak mahir berenang dan menyelam bukanlah ALASAN yang sebenar lagi munasabah kenapa beliau tidak berjaya menemui sebiji TELUR AYAM pun di dasar sumur tersebut. Jika bilangan TELUR AYAM yang ada di dalam sumur itu hanya 10 biji, maka bolehkah beliau sebagai orang ke-11 turut mendapat sebiji TELUR AYAM  sama seperti peserta2 yang lain ? Jawabnya tentulah MUSTAHIL .

Suatu masa dulu ramai graduan-graduan 1Msia yang menganggur tak mendapat apa-apa pekerjaan. Kebetulan ketika itu ramai graduan kita itu yang kurang mahir berbahasa Inggeris. Ramailah ibu bapa mula salahkan kerajaan bila anak2 mereka tidak mendapat sebarang pekerjaan selepas tamat menuntut di universiti tempatan maupun luar negara. Maka Strategi Telur Ayam inilah yang diaplikasikan oleh Pemimpin Utama 1Msia bagi menyejukkan hati2 ibubapa sekelian agar tidak menolak BN dan berpindah mengundi parti pembangkang . Apa kata mereka ?

“Anak tuan-tuan tak dapat kerja bukan sebab mereka bodoh. Cuma sebab mereka kurang mahir berbahasa Inggeris saja

Adakah jika sekiranya semua anak-anak kita mahir berbahasa Inggeris maka semua mereka akan PASTI dapat pekerjaan sebaik tamat mengaji di universiti walaupun hakikatnya bilangan pekerjaan yang wujud di dalam negara tak mencukupi untuk semua orang ?  Secara perbandingan dengan pertandingan cari TELUR AYAM dalam cerita di atas,  bolehkah penonton-pennton percaya kepada pengadil jika beliau mendakwa dan mengistiharkan bahawa Al Arif gagal berjumpa dengan sebarang TELUR AYAM di dasar sumur adalah akibat beliau tak pandai berenang dan menyelam?  Mereka lain berjaya kerena masing-masing mahir berenang dan menyelam. Saya yakin penonton tak bodoh. Begitu juga ibubapa graduan-graduan 1Msia. Mereka ini tak bodoh. Jika mereka bodoh takkan mampu mereka melahirkan zuriat yang mampu menjadi graduan. Dengan kata lain, yang melahirkan kuda hanyalah kuda dan yang melahirkan kaldai adalah kaldai.

Tak berapa lama lagi tibalah musim universiti-universiti tempatan mengganugerahkan ijazah kepada graduan-graduan masing-masing. Ramai yang akan tammat pengajian mereka dengan jayanya. Yang bernasib baik akan cepat mendapat kerja. Yang lainnya kena banyak-banyak bersabarlah menunggu kekosongan. Apakah sekali lagi Strategi Telur Ayam akan digunakan oleh kerajaan UMNO-BN bagi menutupkan keGAGALan mereka mewujudkan cukup pekerjaan untuk seluruh rakyat ?  Sama-samalah kita “wait” and “see”.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

@OPajar.

CEREKANA # 13922 Strategi Ikan Todak

•2013-09-22 • Leave a Comment

(Terbitan 2013 September 22)

.

Strategi Ikan Todak

Maka gemparlah seluruh Pulau Temasik ketika itu akibat serangan berani mati oleh makluk Tuhan yang dikenali akan ia sebagai “todak”. Adapun yang dipanggil akannya todak itu ialah sejenis ikan. Badan todak tirus dan panjang. Paruh todak pun panjang, lurus lagi tajam. Bila todak ini melompat ke hadapan ia seolah-olah sebilah lembing yang terbang menuju sasaran. Maka ramailah rakyat Temasik yang cedera akibat ditikam oleh paruh-paruh todak yang melompat ke pantai dengan tidak semena-mena itu. Di antara mereka, ada yang parah malah khabarnya sudah ada pula yang langsung terbunuh.

Raja Temasik cukup gusar lagi terharu mendengar khabar berita tentang serangan ikan todak keatas negara baginda. Ragu-ragu pun ada, rasa malu pun ada. Ragu-ragu sebab pada fikiran baginda tak masuk akal ikan di laut boleh menyerang manusia di darat. Jika berita itu benar-benar benar, maka terasa malu pula baginda kerana yang mencabar sistem pertahanan negara baginda hanyalah sejenis binatang halus.

Lainlah kalau yang mencabar sistem pertahanan negara baginda itu adalah geruda. Sebab semua orang tahu bahawa geruda itu sejenis burung yang sangat besar. Ia mampu memusnahkan khazanah-khazanah negara dalam sekelip mata. Kalau dari jenis ikan pun biarlah yang menyerang itu ikan paus. Kan ia pula lebih besar dari gajah. Ini hanya ikan todak. “Apa, daif sangatkah sistem pertahanan negara beta maka Tuhan cuma hantar ikan todak untuk mengujinya” Itulah yang terlintas sejenak dalam fikiran baginda.

Tanpa lengah-lengah lagi baginda pun berangkat ke pantai bersama orang besar-besar negara bagi menyaksi dengan mata kepala sendiri bagaimanakah gerangan serangan ikan todak itu. Wah, terkejut beruk baginda bila melihat tidak terbilang banyaknya bangkai ikan-ikan todak yang bergelimpangan di atas pantai. Di sana sini pula terdengar suara rakyat meraung kesakitan akibat terkena tikaman todak. Terdapat juga yang merintih menangisi kematian ahli keluarga yang mati akibat tertikam oleh paruh ikan todak di bahagian badan yang kritikal seperti jantung dan perut.

Kononnya serangan ikan todak pada hari itu telah berhenti sebab hari sudah menjelang malam. Namun kata Pawang Ikan yang masyhor di Pulau Temasik itu, esok hari negara akan menyaksikan satu lagi serangan berani mati oleh askar-askar todak. Kali ini serangannya adalah jauh lebih dahsyat dari hari ini. Panahan ikan todak kali ini bahkan akan sampai ke istana Raja bukan hanya sekadar di persekitaran pantai saja seperti hari ini.

Maka Raja pun mengeluarkan perintah agar semua rakyat jelata berhimpun di perkarangan istana pada malam nanti. Baginda mahu memancing idea dari seluruh rakyat jelata bagaimana caranya bagi menghadapi serangan ikan todak pada esok hari yangmana mengikut tilikan Pawang Ikan Negara bukanlah calang-calang serangan. Salah-salah langkah negara akan hancur lebur, bertukar menjadi padang jarak padang terkukur.

Ini adalah isu hidup dan mati bersama. Bukan isu keselamatan nyawa rakyat marhaen semata-mata. Malah faktor lebih penting ialah kepentingan kuasa pembesar-pembesar negara hatta takta Raja. Jika rakyat semuanya tiada, maka apa maknanya ada Raja. Jika Raja juga tiada, apa perlu kepada pembesar-pembesar negara. Oleh itu, isu ancaman todak bukanlah perkara enteng. Ia wajib ditangani dengan penuh bijaksana demi menjamin kejayaan mengekalkan kuasa dan keselamatan negara.

Pada malamnya maka berduyun-duyunlah rakyat jelata turun menuju ke perkarangan istana Raja. Yang capek datang bertongkat, yang buta dipimpin yang celik. Yang sakit diusung yang sihat. Pendekata tiada seorangpun yang ketinggalan dari menghadiri perhimpunan aman tersebut.

Maka muncullah Raja dari dalam istana dengan diiringi oleh Mamak Bendahara serta pembesar-pembesar negara yang utama. Raja menyerahkan amanah kepada Mamak Bendahara untuk mengendalikan perhimpunan aman tersebut. Maka dijemputnya oleh Mamak Bendahara akan Datuk Laksamana untuk memberi idea dan mengemukakan bajet rancangan beliau bagi menghadapi serangan todak esok hari.

Maka Laksamana pun memberi cadangan iaitu akan mengerahkan semua anggota pertahanan laut yang di bawah pemerintahan beliau berbaris di pergigian air sepanjang pantai. Mereka akan menunggu serangan todak dengan senjata terhunus di tangan. Setiap mereka diwajibkan “menyambut” sepuluh ekor tolak yang datang menyerang, sepertimana permain-pemain badminton menyambut bulu tangkis yang masuk ke gelanggang. Kata beliau, paruh todak taklah sekeras senjata yang di tangan anggota tentera laut beliau.

Kemudian muncul pula Panglima Agung memberi pandangan dan cadangan. Beliau juga berjanji akan mengerahkan semua anggota tentera yang di bawah pemerintahannya berbaris di belakang orang-orang Datuk Laksamana di sepanjang pantai Pulau Temasik. Orang-orang Panglima Agung akan menjadi banteng kedua selepas banteng pertama yang terdiri dari orang-orang Datuk Laksamana. Mana-mana todak yang berjaya membolosi benteng pertama akan dicantas bila sampai ke benteng kedua itu. Anggota tentera darat itu juga akan bersiap siaga untuk menunjukkan kehandalan masing-masing serta kemahiran bermain senjata ketika berdepan dengan serangan todak nanti. Kata Panglima Agung itu lagi, serangan todak adalah merupakan suatu ujian penting bagi perajurit . Jika ujian tersebut gagal dilalui, maka dari hidup lebih baiklah mati bagi perajurit tersebut.

Kemudian muncul pula Datuk Bandar yang menjaga semua pengawal keselamatan di seluruh Pulau Temasik itu. Beliau juga tidak kurang hebat dengan rancangan bajetnya. Beliau juga berjanji akan mengerahkan semua anggotanya untuk bertugas. Tugas utama mereka ialah memastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dari rakyat Pulau Temasik itu yang akan berani menyembunyikan diri kerana takut menyertai perjuangan

Jika ada di antara rakyat jelata yang tertangkap atas perbuatan tersebut, maka dia akan dihukum sula. Dengan ancaman sulaan oleh Datuk Bandar itu, maka sudah pasti tidak akan ada sesiapa pun yang akan berani mengelat dari perjuangan. Setiap rakyat tahu bahawa bisa sulaan adalah jauh dari pedih dari bisa tikaman todak. Yang kena sula itu tiada pilihan lain kecuali mati. Sedangkan yang terkena tikaman todak masih ramai yang terus hidup selepas mengalami kecederaan. Antara dua pilihan yang buruk maka sudah tentulah yang kurang buruk wajar menjadi pilihan.

Selepas ketiga-tiga pembesar utama negara itu membentangkan bajet perancangan strategi masing-masing kepada seluruh rakyat kelihatan kaku dan beku. Masing-masing sekadar merenung muka sesama sendiri. Masing-masing berasa amat bimbang dan sayu. Bimbang kerana mengenangkan apakah gerangan nasib diri bila berhadapan dengan serangan todak nanti. Walaupun senjata di tangan lebih keras dari paruh todak yang datang, namun sempatkah untuk menepis tikaman todak yang betubi-tubi itu nanti.

Yang mengeluarkan perintah kerahan tenaga, apa yang mereka risau. Yang akan bergadai nyawa bukannya mereka tetapi rakyat jelata. Rakyat dianggap macam barua malah hamba sahaya. Apa yang disuruh, buat belaka. Tak kira samada ia selamat untuk mereka ataupun penuh dengan mara bahaya. Semuanya disandarkan kepada kepentingan negara yang tercinta. Jika enggan akan dituduh derhaka. Akibatnya ialah neraka, baik di akhirat mahupun di dunia.

Sayu pula kerana seolah-olah telah terasa akan ditinggal jauh oleh insan-insan yang tercinta. Di antara mereka tentu ada yang akan meninggalkan dunia walaupun umur masih muda. Hanya nasib yang menentukan siapa yang akan meninggalkan dan siapa yang akan ditinggalkan. Adat berperang begitulah. Membunuh ataupun terbunuh tidak siapa dapat menduga, malah diri yang memiliki jiwa dan raga. Pemimpin yang beriman saja yang perihatin terhadap nasib pengikutnya. Pemimpin ini saja yang memikirkan nasib mereka samada akan ke syurga ataupun ke neraka. Ke syurga jika jihad mereka adalah ikhlas demi membela yang hak. Ke neraka jika hanya semata-mata mahu mempertahankan penguasa yang zalim terhadap pengikut serta durhaka terhadap Dia yang Maha Berkuasa.

Kesayuan ini menyebabkan ramai yang tidak tahan. Maka ada diantara rakyat yang menitiskan air mata hiba. Masing-masing bertafakur berdoa memohon agar Tuhan memberi jalan yang selamat untuk mereka.” Bencana itu dariMu ya Tuhan kami, maka kepadaMu jualah tempat kami serahkan seluruh nasib kami. Selamatkanlah kami dari bencanaMu dan selamatkanlah kami dari pemimpin yang zalim. Amin !”

Dengan tak disangka-sangka muncullah seorang kanak-kanak dari dalam perhimpunan aman tersebut. Kononnya nama kanak-kanak itu ialah Hang Nadim. “Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah derhaka patik (anjing) harap diampun. Ampun tuanku !” Kemudian disambung lagi kata-katanya, “Apa kata tuanku jika kita dirikan saja benteng di sepanjang pantai kita dengan menggunakan batang-batang pisang. Kan pulau kita ini kaya dengan pokok pisang. Bila ikan-ikan todak itu melekat di batang-batang pisang itu maka akan senanglah kita membunuh todak-todak itu. Lagi pun tuanku, cara ini jauh lebih selamat kerana tidak merbahayakan jiwa dan raga anggota tentera kita. Ampun tuanku !

Wah betapa kagumnya Raja dengan idea kanak-kanak yang bergelar Hang Nadim itu. Tanpa berfikir panjang baginda terus memerintah Mamak Bendahara supaya menerimapakai cadangan Hang Nadim itu. Mamak Bendahara pun dengan serta merta mengistiharkan bahawa Tuanku Raja telah bekenan dengan cadangan Hang Nadim. Maka cadangan tersebut akan dikuatkuasa dengan serta merta.

Rakyat berasa amat lega mendengar pengistiharan Mamak Bendahara tersebut. Masing-masing bersyukur kepada Tuhan, terutama anggota tentera. Tadinya mereka memang amat bimbang dengan keselamatan diri kerana akan diperintahkan oleh “jeneral” masing-masing untuk berdepan dengan musuh secara berani bodoh. Namun sebaliknya bagi “jeneral-jeneral” itu, pengistiharan Mamak Bendahara akan perkenan Raja terhadap cadangan Hang Nadim itu suatu yang sangat negatif, hatta suatu mala petaka buat mereka.

Mereka merasa seolah-olah dicabar dan dihina oleh seorang kanak-kanak kecil yang datangnya entah dari mana dan keterunannya entah dari siapa itu. Hasrat mereka untuk memperagakan kehandalan anak-anak buah masing-masing ketika berjuang bermati-matian menentang serangan todak nanti, nampaknya tidak akan kesampaian. Dalam hati kecil masing-masing mula tersemat rasa dendam kesumat dan dengki kianat terhadap Hang Nadim itu. Bukan kerana jahatnya kanak-kanak tersebut tapi sebaliknya kerana kebijaksanaannya yang dizahirkannya itu boleh menggugat serta mengancam kedudukan mereka yang berstatus “jeneral” itu.

Malam yang begitu suntuk itu pun digunakan sepenuhnya oleh seluruh rakyat Pulau Temasik itu bagi mendirikan benteng batang pisang. Menjelang subuh maka siapkan sebatang benteng batang pisang merentangi sepanjang pantai Pulau Temasik. Setiap pokok pisang yang wujud di pulau tersebut kini menjadi penebus kepada jiwa dan raga perajurit tanah air pulau tersebut. Bayangkanlah apa akan terjadi terhadap beribu-ribu jiwa dan raga perajurit pulau tersebut sekiranya Tuhan tidak mengkabulkan doa rakyat Pulau Temasik itu.. Bayangkan juga apa nasib rakyat Pulau Temasik itu jika sekiranya Raja menolak idea mendirikan benteng batang pisang itu semata-mata kerana ia datangnya dari seorang kanak-kanak yang masih mentah. Namun atas sifat keterbukaan dan kewarasan Raja maka idea tersebut telah diterimapakai lalu dilaksanakan dengan serta merta.

Setibanya hari esok yakni di awal pagi menjelang waktu subuh, maka berkumpullah beramai-ramai rakyat Pulau Temasik yang perihatin, di sepanjang pantai. Yang kurang prihatin dan tak kesah terhadap masa hadapan negara telah pulang ke rumah masing-masing mencari selimut. Benteng batang pisang yang baru siap didirikan setinggi hapus kepala itu, megah terpacak sepanjang pantai mengelilingi pulau kecil itu. Masing-masing yang berkumpul di pantai itu penuh ghairah untuk menghadapi suasana yang belum pernah dialami sebelum ini. Malah ia mungkin tidak akan berlaku lagi di masa-masa mendatang untuk selama-lamanya walaupun di mana-mana jua.

Masing-masing masih bersama senjata termasuk parang, golok, kapak dan lain-lain yang digunakan untuk mendirikan benteng tadi. Ada senjata bukan semestinya akan bergaduh sesama sendiri. Sebaliknya untuk sama-sama menentang musuh dari luar tidak kira musuh itu dalam bentuk maknusia maupun binatang. Bagi seluruh warga Pulau Temasik itu, ia tetap merupakan satu perhimpunan aman walaupun masing-masing memegang senjata di tangan. Apa pun, ia tetap bergantung kepada motif perhimpunan itu. Kalau motifnya baik, bawa senjatakah ataupun bertangan kosong, ia sama saja. Kalau motifnya jahat, tak bawa apa-apa senjatapun belum menjamin perhimpunan itu akan aman dari awal hingga akhir.

Waktu subuh pun masuk. Laungan azan berkumandang di angkasa Pulau Temasik hampir di setiap penjuru pulau. Laungan yang dilakukan secara serentak itu sangat menyentuh kalbu. Mereka yang berhimpun di sepanjang pantai sambil menanti kedatangan todak itu merasa amat pilu mengenangkan bala bencana dari Tuhan yang akan menimpa mereka sekejap lagi. Suasana yang terjadi memang amat luar biasa. Hampir seluruh rakyat yang masih berhimpun di sepanjang pantai itu bersiap sedia untuk sama-sama menunaikan solat fardu subuh secara berjumaah.

Tak pernah sebelum ini solat subuh didirikan secara berjumaah dengan disertai oleh bilangan makmum yang begitu ramai. Rupa-rupanya ada rahmat di sebalik bencana. Kata Mat Saleh, “blessing in disguise”. Kalau tak berlaku bencana tak mungkin warga Pulau Temasik sanggup berkerah tenaga mendirikan benteng batang pisang beramai-ramai. Tak kan ramai yang sanggup bertongkat mata hingga masuk ke waktu subuh. Maka tak akan berlakunya solat subuh secara berjumaah dengan bilangan makmum yang begitu ramai. Ini semua kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Adil.

Mentari telah mula menampakkan cahayanya nun di upuk timur pulau. Rakyat pulau ternanti-nanti akan serangan todak sebagaimana digambarkan oleh Pawang Ikan Negara semalam. Tiba-tiba terdengarlah bunyi berdensiu macam bunyi angin ribut betiup. Sejenak kemudian bertukar menjadi seperti bunyi batang pisang dicucuk. Rupa-rupa todak dah mula menyerang. Paruh-paruh todak dah mula tercacak menembusi batang pisang yang menjadi benteng itu. Berjuta-juta bilangan todak yang menyerang pagi itu. Namun tak seorang pun rakyat yang mati akibat serangan berani mati tentera todak itu. Cuma ada yang cedera sebab berada di dalam kawasan di luar dari liputan perlindungan benteng. Mereka ini adalah rakyat yang dianggap tidak kesah kepada perjuangan. Mungkin bagi mereka benteng batang pisang yang didirikan itu sudah cukup bagi menghadapi serangan todak. Atas alasan itu kut maka mereka memilih untuk pulang berehat selesa di rumah.

Panahan todak yang tingginya hapus benteng batang pisang telah sampai ke kawasan kawasan perumahan yang jauh dari benteng batang pisang itu. Oleh itu tikaman todak hanya sekadar mencederakan mangsanya dengan kecederaan yang ringan sahaja. Sebenarnya kecederaan fisikal tidak terasa sangat. Namun yang lebih sakit ialah rasa malu kerana kecederaan tersebut adalah manifestasi kedayusan mereka menjauh diri dari perjuangan.

Menjelang waktu Asar serangan todak mulai reda kemudian berhenti perlahan-lahan. Bila laungan Azan berkumandang tanda masuknya waktu Asar, tiada lagi seekor pun todak yang melompat ke darat. Mengikut tilikan Pawang Ikan Negara itu lagi, serangan todak kini telah berakhir. Ia berdasarkan bukti bahawa beberapa ekor “jeneral” tentera ikan todak tersebut telah dijumpai turut terkoban selepas melekat di benteng batang pisang. Rupa-rupanya tentera ikan todak yang berpangkat “jeneral” pun lebih rela turut sama berputih tulang dari berputih mata. Ini patut diteladani oleh tentera manusia umumnya dan tentera 1Msia khususnya dalam perjuangan mempertahan negara dari serangan musuh. Bukan hanya tunjuk berani jika “berperang” menentang rakyat sendiri yang tak bawa apa-apa senjata.

Dua hari sebelum Pulau Temasik selamat dari serangan todak, rakyat telah berada dalam kebimbangan yang tak dapat digambarkan. Namun berkat dari kesabaran, kesepakatan seluruh warga Pulau Temasik untuk sama-sama bertungkus lumus membina benteng pertahanan sepanjang malam serta kewarasan Raja yang memerintah, maka Pulau Temasik telah dapat diselamatkan. Kini rakyat boleh bertemasya menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan kerana telah terlepas dari bala bencana yang diturun oleh Tuhan ke atas mereka.

Kebijaksanaan Hang Nadim tak wajar dilupa. Kewarasan Raja pula amat wajar dipuji dan dipuja. Rakyat jelata rata-rata berasa lega. Namun sebaliknya jeneral-jeneral yang bodoh lagi sombong itu menghadapi gundah gulana. Masing-masing takut dan bimbang akan hilang jawatan bila Hang Nadim sudah besar nanti. Mereka seolah-olah telah pasti bahwa Hang Nadim akan dilantik Raja menjawat jawatan penting negara. Maka bermesyuarat dan bermuafakatlah sesama “jeneral” itu demi mencari strategi bagi melindungi kepentingan masing-masing dari direbut oleh Hang Nadim.

Selang beberapa hari selepas peristiwa besar itu berlalu, maka datanglah jeneral-jenaral itu mengadap Raja. “Ampun Tuanku …. sembah patik harap diampun. Patik bertiga ni punyai perkara besar untuk dipersembahkan kepada Tuanku. Jika bukanlah kerana kepentingan Tuanku semata-mata masakan berani patik bertiga berbicarakan perkara ini di hadapan Tuanku. Ampun Tuanku !

Ya Datuk Laksamana, Datuk Panglima dan Datuk Bandar yang beta kasihi. Sila khabarkan kepada beta apa gerangan yang merunsingkan otak Datuk bertiga. Beta sedia mendengarnya. Yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jadikan sempadan. Silakan !

Ampun Tuanku, setiap yang pahit itu ada khasiatnya, setiap yang manis itu ada pula mudharatnya. Oleh itu pahit jangan terus dibuang, manis jangan terus ditelan. Patik turut sama dengan seluruh rakyat jelata bersukaria kerana kita semua telah selamat dari bencana yang turun dari yang Maha Berkuasa. Namun sebagai pembesar negara, patik tidak harus melihat sekadar apa yang tersurat saja. Malah yang lebih penting adalah apa yang tersirat

Beta tidak faham apa yang dimaksudkan itu. Sila jelaskan kepada beta dengan sejelasnya supaya dapat beta fahami”, mencelah baginda

“Ampun Tuanku. Sebenarnya, bukannya Tuanku tidak faham, tetapi Tuanku cuma belum faham. Jadi memang menjadi tanggunjawab di atas batu jemala patik untuk menerangkan agar Tuanku benar-benar faham, ampun tuanku. Boleh patik teruskan ?

Ya silakan …

Sebagaimana kata patik sebentar tadi, sebagai orang besar negara patik bertiga melihat sesuatu itu bukan sekadar apa yang tersurat saja. Sebab apa yang tersirat adalah jauh lebih penting. Walaupun tidak nampak oleh mata kepala kita semua ketika ini, namun kesan jangka panjangnya akan ketara jua akhirnya. Nanti masanya sudah terlambat untuk membaiki keadaan. Nasi sudah menjadi bubur. Rebung sudah menjadi buluh. Apakah Tuanku terus merasa lega selepas negara selamat dari serangan todak itu ?”

“ Namun bagi patik bertiga tidak pula begitu Tuanku. Mimpi ngeri patik semalam memberi tafsiran yang amat berbeza Tuanku. Serangan todak itu hanyalah suatu amaran awal kepada Tuanku. Jika tindakan pencegahan awal tidak dibuat dengan bijaksana nescaya angkara yang jauh lebih besar pula akan menimpa negara dan Tuanku sendiri, ampun Tuanku !

Apakah maksud Datuk dan apakah angkaranya itu ?” Raja mencelah.

Angkara yang patik ingin maklumkan untuk pengetahuan Tuanku ialah tentang kehilangan tahta kerajaan Tuanku jika tidak diambil tindakan yang bijaksana itu dengan segera, ampun Tuanku” Jawab Datuk Bandar.

Apakah yang membuat Datuk berkata demikian ?” Tanya Raja lagi tidak sabar.

Maka jawab Datuk Bandar, “ Tuanku, sedangkan ia masih kecil pun sudah nyata kepintarannya, betapa pula apabila dia sudah besar nanti. Dengan kepintarannya itulah nanti tahta kerajaan Tuanku akan dirampasnya. Percayalah Tuanku, ampun Tuanku. Tuhan hantar todak untuk menyerang negara kita bukan sia-sia tanpa sebarang alamat. Sebaliknya ia bertujuan membolehkan kita mengenalpasti siapa dikalangan rakyat jelata yang bakal merampas tahta kerajaan Tuanku. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun

Raja tergaman mendengar kata-kata Datuk Bandur yang berbicara bagi pihak diri dan kedua-dua rakan sejawatnya itu. Selama ini tak terlintas langsung di dalam fikiran baginda akan kemungkinan berlakunya rampasan kuasa dan kehilangan tahta. Hujah Datuk Bandar mula mempengaruhi fikiran dan jiwa baginda. Isu kehilangan kuasa bukan isu remeh temeh. Isu ini mula menghantui kepala otak baginda. Orang sanggup bermati-matian untuk mempertahankan kuasa. Rakyat jelata akan sanggup mati demi mempertahankan tahta Rajanya.

Oleh itu sebelum berlakunya rampasan kuasa maka lebih baik dan lebih selamat mematahkan kemungkinan tersebut di peringkat ia masih putik. Kata Mad Saleh, “nibble at its bud, sebelum ia terlambat”. Baginda kini telah faham apa yang dimaksudkan oleh Datuk Bandar itu. Terkilas ikan di air sudah kenal jantinanya. Bagi baginda diluah mati emak, ditelan mati bapa. Hang Nadim amat besar jasanya. Kepintarannya telah menyelamatkan negara dan anak bangsa dari mati ditikam todak celaka. Apakah dosanya maka ia wajar dinyahkan dari dunia ?

Datuk Bandar, Datuk Laksamana dan Datuk Panglima pun sudah banyak jasanya kepada beta. Apa rasanya pula jika nasihatnya tidak diterima dan disia-sia. Pengaruh mereka amat besar dalam negara. Tanpa pembesar-pembesar negara seperti mereka, maka tiadalah beta kekal di atas takta. Maruah mereka adalah maruah negara. Sedangkan Hang Nadim hanyalah anak seorang rakyat biasa. Tanpa ia pun negara tak akan terjejas apa-apa. Jika kehadirannya tidak disukai oleh mana-mana pembesar negara apa untungnya kepada beta sebagai Raja. Jika dinyahkan ke mana-mana pun tak bermakna ia dianiaya. Mungkin ia diterima di negara sana dimana bakatnya berharga. Biarlah Mamak Bendahara saja uruskan perkara ini agar beta tak dipersalahkan nanti. Maka Raja pun mengamanahkan kepada Mamak Bendahara menyelesaikan kemelut yang berikutnya.

Maka bermesyuaratlah Datuk bertiga itu dengan Mamak Bendahara. Akhirnya mereka pun membuat keputusan akan menyahkan Hang Nadim bukan sekadar dari Pulau Temasik malah dari dunia nyata. Mereka bimbang jika sekadar menuruti hasrat Raja iaitu menyahkan Hang Nadim ke negara lain belum terjamin beliau tidak akan balik semula ke negara asalnya. Mungkin dengan seorang diri bahkan dengan bala tentera. Tentu akan lebih besar angkaranya kepada mereka dan negara bahkan Raja.

Oleh itu Hang Nadim elok dibunuh saja. Orang mati tidak bisa lagi berbicara. Kata Mad Saleh, “dead man tells no tale”. Katakan saja kepada Tuanku bahawa Hang Nadim tidak akan diapa-apakan. Ia hanya akan dibawa ke negara jauh di utara dengan sebuah bahtera. Di sana nanti dia akan diserahkan kepada keluarga angkat yang akan membesarkannya menjadi orang berguna. Hasrat mereka untuk membunuh Hang Nadim menjadi rahsia negara. Bukan saja rahsia kepada rakyat jelata malah ia juga menjadi rahsia kepada Raja yang telah menunjukkan simpati kepada rakyatnya.

Maka disiapkanlah sebuah bahtera untuk menghantar Hang Nadim ke luar Negara. Kepada Hang Nadim dikatakan bahawa keberangkatan beliau adalah untuk memenuhi jemputan Di Raja Negara Saujanapura yang letaknya nun jauh di utara. Negara Saujanapura itu masyhor kerana rakyatnya dikatakan sangat berbudi bahasa. Yang datang berdagang dengan Pulau Temasik alim-alim belaka. Hang Nadim memang wajar dibawa ke sana agar bakatnya tidak sia-sia. Di sana beliau akan berpeluang menuntut ilmu setinggi-tingginya. Kemudian pulang semula ke tanah air yang tercinta membuat perubahan yang besar kepada negara.

Namun keberangkatan beliau tidak diikuti oleh mana-mana pembesar Negara kerana kononnya Nakhoda sudah cukup untuk menunaikan missi yang diperintahkan Raja. Maka belayarlah bahtera tersebut kearah utara menuju negara Saujanapura. Rakyat yang di pantai melambai-lambai tangan tanda isyarat “selamat jalan”. Yang di atas bahtera pun demikan, melambai-lambai tangan tanda isyarat “selamat tinggal”. Masing-masing mendoakan agar Hang Nadim selamat pergi dan kembali.

Setibanya di tengah lautan, Nakhoda pun mengarahkan anak-anak kapalnya memberkaskan Hang Nadim. Nakhoda hanya sekadar mematuhi perintah yang diamanahkan kepadanya oleh Mamak Bendahara. Maka Hang Nadim pun diikat kaki tangannya. Kemudian dimasukkan ke dalam guni lalu dicampakkan ke dalam lautan tanpa belas kasihan. Di dalam guni dimasukkan seketul batu pejal yang akan mengheret Hang Nadim ke dasar lautan. Maka tamatlah riwayat seorang kanak-kanak pintar yang tidak berdosa malah berjasa pula kepada negara dan bangsa. Beliau adalah mangsa pemimpin-pemimpin zalim yang sebenarnya tidak layak memimpin umat. Akibatnya umat bukan mendapat rahmat sebaliknya mendapat laknat.

Pemimpin ini sentiasa hidup dalam kebimbangan yang tidak berkesudahan. Segala sumber negara bukannya diguna untuk menghasilkan kemakmuran untuk semua, tetapi untuk menjaga kuasa mereka dari terlepas kepada pesaing mereka, walaupun pesaing mereka itu adalah lebih berhak memegang kuasa kerana lebih layak dari mereka.

Begitulah yang dinamakan STRATEGI IKAN TODAK. Ia dinamakan demikian sempena dengan peristiwa Temasik diserang IKAN TODAK sepertimana yang diriwayatkan di atas. Strategi yang dimaksudkan ialah caramana pembesar-pembesar dalam riwayat tersebut bertindak bagi menangani kebimbangan di hati mereka yang terlalu takut akan kehilangan kuasa ataupun pengaruh. Jalan mudah atau strategi yang paling ampoh digunakan ialah membunuh orang yang dikuatiri dengan apa cara sekali pun.

Walaupun apa yang dibimbangi itu hanyalah satu spekulasi atau imiginasi semata-mata (i.e. bukan benar-benar menjadi kenyataan), itu tidak penting. Yang maha penting ialah supaya terhapus sama sekali kebimbangan di hati hatta jangan tinggal lagi saki baki walaupun sebesar biji sawi. Faktor dosa dan pahala langsung tak dipeduli oleh maknusia macam mereka ini. Namun, tetap mendakwa beriman kepada Ilahi. Malah tindakan dibuat kononnya demi agama dan ibu pertiwi bukan untuk kepentingan peribadi.

.

The moral of the story

.
CEREKANA ini mendedahkan satu strategi ampuh yang sangat popular di kalangan pembesar-pembesar Melayu zaman dahulu. Mereka tidak suka wujudnya insan-insan lain yang lebih pandai daripada mereka. Mereka menganggap, insan-insan bijak pandai adalah satu ancaman besar terhadap mereka kerana akan menggugat kedudukan mereka. Dan cara untuk menghilangkan ancaman tersebut ialah dengan menyahkan insan-insan bijak pandai itu daripada Alam Fana (dunia).

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

.
Covid19 ibarat Temasik diserang todak

Covid19: ibarat Temasik diserang todak

Strategi barua Jepang https://4uni2c.com/2012/12/16/cerekana-11z12-strategi-barua-jepang/

.

PenCERAHan terakhir ⬇️ http://www.4uni2c.com

Ahmad’s SAGA # 024 Garbage In Garbage Out (GIGO)

•2013-09-19 • Leave a Comment

***Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVE di kanan SKRIN, Kemudian SKROL

Garbage In Garbage Out (GIGO)

Semasa baru balik dari belajar di luar negara dahulu, Acik ghairah untuk melihat organisasi tempat Acik berkhidmat itu memenafaatkan teknologi komputer. Pada awal tahun 80an itu komputer peribadi baru mula diperkenalkan. Komputer “note book” belum dicipta. Komputer “lap top” berjenama Toshiba pun baru ada di pasaran Malaysia beberapa tahun kemudian. Sebuah “lap top” adalah kira-kira dua kali ganda lebarnya dari komputer “note book”. Begitu juga dengan tebalnya. Beratnya mungkin empat kali ganda atau lebih dari berat kebiasaan komputer “note book” sekarang. Namun dari segi kemampuan menghasilkan “output”,  ia amat jauh ketinggalkan berbanding dengan kemampuan kebanyakan komputer “note book” sekarang.

Acik mula didedahkan dengan teknologi komputer di universiti luar negara tempat Acik menuntut. Bagi membalas jasabaik majikan Acik kerana telah membolehkan Acik membawa keluarga bersama-sama ke luar negara, maka Acik berazam melakukan sesuatu perubahan positif yang ketara di dalam organisasi Acik. Kebetulan organisasi Acik ketika itu masih belum peka dengan teknologi komputer yang mulai berkembang pesat. Komputer meja yang sudah dibeli hanya digunakan seperti mesin taip saja, iaitu untuk menulis surat dan menyediakan dokumen-dokumen dalam bentuk tulisan. Satu dari komputer-komputer meja di pejabat Acik itu berjenama Radioshak.  Satu lagi IBM. Kemudiannya dibeli pula beberapa unit berjenama Hewlett Packet (HP).

Sebenarnya pada masa itu sistem komputer tidak seragam. Radioshak tak sama dengan IBM dan HP. Begitu juga dengan perisiannya atau “software”. Akibatnya pengguna Radioshak tidak mungkin boleh menyambung kerjanya dengan menggunakan HP atau IBM, jika sekiranya kerjanya itu dimulakan dengan mengguna komputer Radioshak. Begitulah juga, jika seorang anggota yang memulakan kerjanya dengan menggunakan komputer IBM di pejabatnya, beliau tak mungkin dapat menyiapkan kerjanya itu di rumah sekiranya komputer di rumahnya itu berjenama Apple.

Fenomena tersebut belum dapat difahami kebanyakan pegawai-pegawai atasan ketika itu. Oleh sebab itu apabila ada cadangan dari anggota bawahan kepada pihak pengurusan agar bilangan komputer ditambah, cadangan tersebut agak sukar dilayan. Pihak pengurusan suka menganalogikan komputer sebagai kereta. Semua kereta mampu membawa kita ke destinasi-destinasi yang sama, tidak kira jenama apa pun kereta berkenaan. Dengan melihat setiap masa ada saja satu atau dua komputer tidak digunakan, maka pihak pengurusan menganggap masih belum ada keperluan untuk menambahkan bilangan komputer di pejabat tersebut. Malangnya analogi tersebut adalah salah. Acik sendiri pun pernah menghadapi masaalah untuk meyakinkan boss tentang keperluan komputer tambahan berjenama IBM.

Fenomena yang sama seperti di atas telah tidak wujud lagi sekarang ini. Mungkin telah ada “consensus” di kalangan pengeluar-pengeluar komputer supaya setiap komputer  diseragamkan pada aspek-aspek asas tertentu dalam sistem komputer keluaran masing-masing. Dengannya maka pengguna-pengguna teknologi komputer kini tidak lagi menghadapi masaalah seperti yang dijelaskan di atas.

Walaupun fenomena tersebut di atas tidak lagi relevan pada hari ini, namun ia tetap menjadi pengetahuan yang amat berguna bagi Acik. Pengalaman yang boleh Acik ambil sebagai iktibar  ialah bagaimana sukarnya hendak memahamkan boss tentang komputer agar beliau dapat membuat satu keputusan yang adil. Keputusan adil yang Acik maksudkan itu ialah meluluskan permohonan anggota-anggota bawahan agar bilangan komputer IBM di pejabat ditambah. Nasihat begitu tidak perlu pun sekiranya boss Acik itu juga seorang yang arif tentang komputer ketika itu.

Jika pengalaman tersebut hendak dibandingkan dengan kes Ahmad, maka Hakim bolehlah diibaratkan sebagai boss Acik tersebut. Peguambela pula adalah Acik sendiri dalam senario tersebut. Sebelum Acik terus membuat perbandingan tersebut, biarlah sama-sama kita belajar dulu tentang satu konsep penting yang sangat relevan dalam era komputer sekarang. Konsep tersebut ialah “garbage in garbage out” atau “acronym”nya GIGO.

Sebenarnya konsep GIGO ini Acik belajar dari seorang individu bernama Won Tze Ya (WTY). Entah dari mana beliau kutip konsep GIGO ini, kurang periksalah pula Acik. Saudara WTY adalah seorang pengatur program komputer (computer programmer). Bagi menjayakan projek pengkomputeran organisasi Acik ketika itu, saudara WTY telah Acik perkenalkan untuk diambil oleh organisasi Acik sebagai “consultant” (juru runding) komputer.

Malangnya saudara WTY hanya sudi berkhidmat dengan organisasi Acik selama dua tahun sahaja. Selepas itu beliau berhijarah ke Singapura untuk menerima suatu jawatan yang berpendapatan belasan ribu ringgit sebulan. Sedangkan organisasi Acik hanya membayar gaji tidak sampai tiga ribu ringgit pun sebulan. Dah lah gajinya itu tidak setimpal dengan kepakaran beliau, bermacam-macam pula bentuk tekanan dan kutukan yang diterimanya dari boss-bossnya. Padahal mereka itu bukan tahu sangat tentang komputer, cuma lagaknya saja yang lebih-lebih, malah “beyond reasonable doubt”. Ini satu lagi contoh dari banyak contoh-contoh lain, dimana individu hebat lagi berbakat tidak pandai dimenafaatkan oleh negara kita ini untuk memajukan negara dan bangsa.

Mengikut saudara WTY komputer adalah alat yang dapat menjana berbagai-bagai “output” untuk dimunafaatkan oleh manusia. “Output” yang dihasilkan adalah bergantung kepada “input” yang digunakan bagi menjana “output” berkenaan. “Input” adalah umpama ramuan-ramuan, manakala “output” umpama makanan yang dihasilkan dari masakan campuran ramuan-ramuan berkenaan. Jika ramuan-ramuan yang digunakan tidak berkualiti, maka hasilnya pun tentulah kurang berkualiti juga. Konsep ini lebih kurang serupa dengan konsep “form and substance” yang Acik sentuh dalam artikel Acik bertajuk, “Dasar PPSMI dan Menteri Yang Gopoh”.  Konsep ini sesuai dengan suatu sunnatullah (peraturan/hukum Allah) yang wajar diterima dan difahami oleh setiap orang yang berakal dan berfikiran rasional.

Begitulah juga dalam aspek pengurusan. Sesuatu keputusan yang dihasilkan adalah bergantung kepada input-input yang dijadikan asas atau ramuan bagi proses membuat keputusan berkenaan. Jika input-input tersebut tidak berguna (seperti  sampah=GARBAGE), maka keputusannya nanti juga adalah keputusan yang tidak berguna (sampah=GARBAGE). Oleh itu pembuat keputusan perlulah memastikan bahawa input-input yang diberi kepadanya adalah input-input yang benar dan “reliable”. Dengan input-input yang bersifat demikian, barulah keputusan yang dihasilkan nanti adalah keputusan yang adil, yang bukan sampah.

Malangnya ramai KETUA jabatan (CEO) sering mendakwa tidak ada masa dan cara untuk memastikan bahawa input-input yang diterima dari orang kanannya adalah input-input yang bernas dan “reliable” (boleh dipercayai). Akibatnya, beliau terpaksa menanggung risko yang tinggi sebab keputusan yang dibuatnya tidak terjamin yang terbaik, malah kerap kali juga SILAP hingga memakan dirinya sendiri. Bagi mengurangkan risko tersebut, mahu tidak mahu setiap ketua jabatan perlulah mengenali degan tepat kredibiliti orang kanannya yang menjadi sumber utama baginya mendapatkan input-input penting.

Faktor yang maha penting ialah KEJUJURAN orang kanan tersebut. Faktor kedua yang penting ialah KEMAHIRAN dan KEPAKARANnya mengenalpasti dan menapis input-input sebelum disampaikan kepada ketua jabatannya. Jika kedua-dua faktor tersebut tidak ada, maka kehancuranlah yang akan menjadi kenyataan. Dengan kata lain,  jika kebetulan orang kanan yang sangat dipercayai ketua jabatan itu adalah seorang yang TIDAK jujur serta BODOH pula, maka MALANGlah yang akan menimpa beliau. Malah implikasi jangka panjang terhadap jabatan yang diketuainya itu mungkin jauh lebih buruk lagi.

Berhubung dengan kes Ahmad, Acik rasa konsep GIGO ini sangat penting diberi perhatian. Dalam mahkamah Tuan Hakim adalah ibarat CEO bagi satu institusi yang sangat kritikal dari segi kepentingannya dalam masyarakat dan negara. Keputasan yang bakal dibuat oleh CEO ini mempunyai implikasi yang sangat besar. Percayalah, dalam era dunia tanpa sempadan ini, kes Ahmad sedang diikuti dan dipantau dari seluruh pelusuk dunia.

Ketika Ahmad ditangkap dan dibawa ke Johor setahun dahulu, berita tersebut merebak dengan begitu pantas sekali ke merata negara. Ia bukan saja dibaca di skrin komputer, malah banyak akhar turut menyiarkannya dalam akhbar-akhbar utama di beberapa buah negara maju. Entahlah kalau-kalau berita kes Ahmad ini telah berjaya digelapkan. Namun Acik masih percaya bahawa kes Ahmad ini masih diikuti dan dipantau oleh ramai pengamal-pengamal Facebook di seluruh dunia. Apa pun, yang maha penting lagi ditunggu-tunggu sekarang ialah apakah yang bakal dihasilkan sebagai “output” oleh CEO yang Acik maksudkan di atas.

Sebagaimana yang kita semua dah fahami, keputusan yang bakal dibuat oleh CEO mahkamah yang mengadili kes Ahmad sangat bergantung kepada “input-input” yang dibekalkan kepada beliau oleh  pelbagai pihak. Dari pihak pendakwaan sumber-sumber input terdiri dari pelapor-pelapor yang membuat laporan polis terhadap Ahmad, anggota-anggota polis pelbagai pangkat, saksi-saksi, bahan-bahan bukti, hatta Timbalan Pendakwaraya sendiri. Manakala di sebelah pihak pembelaan pula, sumber input ialah Peguambela, saksi-saksi, hatta OKD (Orang Kena Dakwa) sendiri. Acik dan ahli-ahli keluarga hanyalah sebagai pemerhati saja. Namun, kami juga kini menjadi penilai terhadap sistem pengadilan yang sedang beroperasi dalam negara sendiri.

Sepanjang pemerhatian Acik semasa mengikuti perbicaraan kes Ahmad, banyak input-input yang meragukan telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Dalam mana-mana perbicaraan pun, input-input yang diragui kebenarannya adalah benda yang disukai oleh pihak pembelaan. Input-input inilah sebenarnya yang akan menyumbang kearah membina suatu “keraguan yang munasabah” terhadap sesuatu pertudahan. Kalau nak disenaraikan semuanya tentulah terlalu panjang jadinya. Jadi biarlah Acik sentuh satu dua perkara yang ketara saja.

Mula-mula Ahmad dituduh sebagai pemilik akaun Facebook Zulyahya. Tapi kini terbukti bahawa Ahmad bukanlah pemilik akaun Facebook tersebut. Kini Ahmad dituduh menggunakan akaun facebook tersebut untuk memuatkan satu status menghina Sultan. Bagi tuduhan awal Ahmad dituduh memuatnaikkan satu status menghina Sultan di suatu tempat di Johor. Kemudiannya dipindah lokasinya menjadi di pejabatnya sendiri di Kuala Lumpur. Pegawai Polis yang datang menangkap Ahmad dalam keterangan awalnya mengatakan Ahmad sedang berada di pejabatnya ketika beliau sampai ke pejabat Ahmad untuk memeriksa komputernya. Tetapi kemudiannya mengakui bahawa Ahmad hanya sampai ke pejabatnya setelah pemeriksaan ke atas komputernya telah siap dijalankan. Ini bermakna apa-apa juga boleh dilakukan terhadap computer tersebut semasa ketiadaan beliau.

Satu lagi yang menimbulkan keraguan ialah hasil pemeriksaan terhadap computer meja Ahmad yang dirampas sebagai bahan bukti. Mengikut dakwaan pihak Polis forensic kata laluan yang digunakan oleh Ahmad bagi memasuki (log in) laman Facebook Zulyahya telah berjaya dijumpa dalam computer meja Ahmad. Tetapi sebaliknya pihak Cyber Securiti pula mendakwa kata laluan tersebut tidak dapat dijumpai dalam komputer yang sama. Katanya lagi apa-apa maklumat bertaraf “sulit” yang ditaip kedalam mana-mana komputer tidak akan dapat dikesan oleh mana-mana pihak. Kata laluan berkenaan adalah juga termasuk dalam kategori maklumat yang bertaraf sulit.

Dakwaan pihak Cyber Security ini lebih rasional bagi Acik. Jika maklumat yang diistiharkan sebagai sulit pun masih dapat dikesan oleh mana-mana pihak maka tak ada maknalah ia didakwa sebagai maklumat sulit. Apakah pihak PDRM kita secara tidak langsung mempertikaikan kredibiliti syarikat pengeluar komputer dan kredibiliti syarikat yang menyediakan laman sosial Facebook ?

Mempertikaikan kredibiliti pengeluar komputer (hardware), bermaksud dari apspek teknikalnya saintis yang merekacipta komputer Ahmad itu belum cukup pandai. Akibat belum cukup pandai maka saintis berkenaan tidak tahu nak buat supaya maklumat yang dikategorikan “sulit” tidak terakam dalam hard disk atau mana-mana ruang dalam komputer yang diciptanya itu. Makanakala syarikat yang menyediakan applikasi laman sosial Facebook pun begitu juga. Programmernya yang mencipta “sofeware” applikasinya belum cukup pandai mencipta applikasi Facebook. Akibatnya, maklumat bertaraf “sulit” pun masih boleh dikesan dan tiru oleh pengguna komputer tanpa diizin oleh pemiliknya.

Satu perkara lagi yang dipertikaikan ialah dua buah dokumen yang mengandungi senarai barang-barang yang dirampas oleh pihak Polis untuk dijadikan bahan bukti. Acik tidak bercadang menjelaskan perkara ini dengan panjang lebar di sini.  Biarlah ianya Acik terangkanya dalam “pencerahan” Acik yang berikut nanti, insya Allah

Setakat ini pun Acik rasa telah mampu membuat rumusan awal terhadap kes Ahmad. Mengikut persepsi Acik banyak input-input yang dipersembahkan kepada Tuan Hakim umpama “garbage”. Acik percaya persepsi ini dikongsi bersama oleh setiap individu yang mengikuti perbicaraan kes Ahmad dari mula hingga sekarang. Persepsi kami terhadap input-input tersebut sudah cukupp untuk dibuat rumusan bagi perbicaraan tersebut. Nampaknya Penguambela seakan-akan telah berjaya membentuk satu keraguan melebihi tahap “keraguan yang munasabah”.

Walau apa pun persepsi kami, ia tidak semestinya sama dengan persepsi dan penilaian Tuan Hakim yang arif itu. Sesuatu objek yang kami semua nampak macam hitam, mungkin nampak putih bagi Tuan Hakim. Mungkin juga objek tersebut memang pada hakikatnya putih sebagaimana yang Tuan Hakim seorang nampak. Jadi biarlah kita sama-sama tunggu dengan penuh sabar apakah keputusan Tuan Hakim di akhir perbicaraan kes Ahmad itu nanti. Jika “input-input” yang dipilih Tuan Hakim adalah “garbage”, maka “garbage” lah yang bakal diterima Ahmad.  Sebaliknya, jika “input-input” yang dipilih itu yang tulen maka selamatlah Ahmad. Wallahulam.

 Lain-lain tajuk yang relevan:

Ahmad’s SAGA #023 Wujud Kes Prima Facie  https://4uni2c.com/2013/06/27/ahmads-saga-023-wujud-kes-prima-facie/

Ahmad’s SAGA # 025 Hakim: Tanpa Takut &/ Ikut    https://4uni2c.com/2013/10/09/ahmads-saga-025-hakim-tanpa-takut-ikut/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

 

@OPajar  #13919

CEREKANA # 13914 Strategi Abu Nawas

•2013-09-14 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Strategi Abu Nawas

Kononnya, di zaman pemerintahan Amirul Rashid di Kota Baghdad dahulu ada seorang yang sangat pintar akhalnya. Beliau digelar Abu Nawas. Namun bila nak dilantik menjadi khadi beliau menolak. Alasan yang diberi beliau ialah beliau tak layak. Oleh sebab Raja yakin bahawa beliau sebenarnya sangat layak maka Raja pun berkata, “Jangan kau dusta. Beta tahu engkau sangat layak menjadi seorang Khadi !”  Maka jawab Abu Nawas, “Oleh sebab patik seorang pendustalah maka patik tak layak menjadi seorang Khadi”

Pada suatu hari Abu Nawas membuat dakwaan bahawa beliau tahu di mana lokasi pusat bumi. Maka gemparlah pakar-pakar ilmuan pada masa itu mempertikaikan dakwaan Abu Nawas itu. Persatuan Ilmuan ketika itu pun memanggil Abu Nawas supaya membuktikan bahawa dakwaan beliau itu benar. Dengan syarat yang ditetapkan oleh Abu Nawas maka berhimpunlah para-para ilmuan semua di pinggir sebuah padang pasir yang terbentang luas.

Setibanya Abu Nawas ke lokasi yang dijanjikan itu, maka sunyi senyap jadinya suasana. Agaknya masing-masing bengung melihat ketibaan Abu Nawas sebab pada sangkaan mereka beliau tidak akan berani menghazirkan diri. Dengan selambanya Abu Nawas pun turun dari kaldai kenderaannya, lalu bersalaman dengan ketua-ketua kumpulan yang menanti beliau itu. Lebih menakjubkan ialah wajah beliau begitu tenang sekali, tiada ada tanda-tanda kebimbangan apa-apa pun.

Selepas berehat sejurus maka sampailah masanya bagi Abu Nawas menunjukkan lokasi yang dikatakan sebagai pusat bumi itu. Maka Abu Nawas pun mengambil sebatang tongkat lalu berjalan kearah matahari jatuh (Barat).  Kira-kira 100 meter dari tempat beliau mula melangkah itu, beliau pun memacak tungkatnya itu lalu memekik, “ di sinilah pusat bumi. Jika ada sesiapa yang kurang yakin, silalah ukur dan buktikan kepadaku bahawa dakwaan aku ini salah !

Bayangkanlah, siapakah yang mampu membuktikan bahawa dakwaan Abu Nawas itu salah. Abu Nawas pun sedar tentang hakikat ini. Itu sebabnya maka beliau berani menbuat dakwaan tersebut.

Nilai Moral dari CEREKANA di atas

Rakyat adalah dianggap oleh kebanyakan pemimpin sebagai orang bodoh. Oleh sebab itu pelbagai helah digunakan untuk menipu rakyat. Strategi ampuh yang sering digunakan ialah memberi justifikasi yang susah untuk dibuktikan yang ianya salah atau tak relevan. Ini dilakukan kerana mereka (pemimpin) tahu rakyat tidak mampu untuk mencabar justifikasi yang mereka gunakan bagi meng”halal”kan tindakan mereka. Malah mereka yakin bahwa rakyat tak akan berani mencabar justifikasi mereka kerana takut kepada kuasa yang pada mereka. Akibatnya hubungan rakyat dengan penguasa kekal seperti “durian dengan mentimun, dilanggar pun luka, melanggar pun luka”.

 

d  a  u  l  a  t       r  a  k  y  a  t   !

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

4uni2c # 13828 Don’t blame the mirror …

•2013-08-28 • Leave a Comment

*** To FIND  other  TITLES please CLICK on the month below  ARCHIVES on the right of the SCREEN, then SCROLL

Do not blame the mirror for our bad image

Mirror is an object which is normally used for viewing our own image. Practically every home has a mirror each. Some even have more. The difference between a good quality mirror and the bad one is that the former shows the image of an object exactly as it really is, while the latter shows it with some distortion. One phenomenon of a mirror is that it does not show the right side of an object as its right side. Instead, it shows the right side as its left side and the vice versa. Hence, it gives us some difficulty to read any writing reflected in a mirror. Example, we could not easily figure or read the plate number of the following vehicle behind us by viewing it through the side mirror of our car.

Despite the phenomenon as mentioned above, we could still take for granted that a mirror is a good “friend” of ours because it does help us to identify our bad showings. In other words, if we have bad showings like over applying cosmetic material on our face, the mirror will “tell” it to us exactly. It will never cheat us by flattering us or by showing our bad image as good.

Though mirror could help us to correct our physical weaknesses, it does not care about the other aspects of ourselves which are more important.  No mirror could identify our bad characters, dirty habits, bad values that we subscribed to, and etc. Hence, we have no choice except to depend on the “big mirror”.   The big mirror here I meant the fellow human beings surrounding us most of the time.  If most of them portrayed our personal image as good, then the chances are we are genuinely good individuals. So is the vice versa.

I wish to relate this analogy to the recent General Election. Most people who were concerned about the quality of an election procedure had portrayed a very bad image for the SPR. If the body had discharged its duty responsibly and with acceptable integrity, surely the image that had been portrayed by the members of the public about it in general was favourable. Hence, SPR should not blame the parties who painted its image as horror.

Similarly, facing the same dilemma is the PDRM. Due to the actions of some members of the force, the public tends to develop worsening perception against the said establishment. Most members of the general public seem to shy away from the police personnel or evading them whenever possible. In other words, not many individuals would feel happy to establish good and sincere friendship with the police personnel. Instead, they tend to have prejudices against the police, even by branding them as the most corrupted public servants. Based on this premise, how could we expect that the force would enjoy good cooperation from the general public?

Hence, I really hope that both of the so called prominent agencies of the federal government would amend their organisations entirely as much as possible. They should consider the public as the “big mirror” as I have mentioned above. They should humbly accept whatever criticisms threw at them with open heart. Denial syndrome should not be the main characteristic of any public agency. It would not help at all to amend anything but instead worsen the perception of the people against them. A Malay proverb terms it as, “menegakkan benang basah”, which means that one is trying to deny something which is so obvious.

Worse scenario is when they begin to blame the critics for making various criticisms against them. In other words they do not like to entertain any negative comment about themselves. If such attitude or policy is being practised by any agency, it will never improve. In fact it might even deteriorate through time.

The recent court’s ruling on the usage of the word “Allah” is another controversial incidence inviting numerous comments and complaints from all angles throughout the whole world. Not only non Muslims in Malaysia feel odd and confused about the ruling, even a significant number of Muslims too. All along I am proud of being a rational and tolerant Muslims in my relationship with non Muslims friends. Hence the said ruling had made me really embarrassed as it contradicts with my personal principle. I believe many of my Muslim friends too are sharing the same principle. Just could not speculate what the image of our judicial system would be, in the eyes of the non Muslims worldwide.

Hence, I wish to advise all and every public agency not to blame the general public for harbouring unfavourable perceptions against it. Their perceptions are actually the result of its own credibility, as observed by them, based on its performance in fulfilling the aspiration of the public. In short, does not blame them for its own faults.  As the saying puts it, “do not blame the mirror for our bad image

**To go to the main MENU please CLICK:  http://www.4uni2c.com

Faith # 13824 The noble calls

•2013-08-24 • Leave a Comment

***Untuk menCARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVE di kanan SKRIN, Kemudian SKROL

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

Seruan Suci

Alangkah beruntungnya anda jika suara merdu yang dianugerahi Allah dimunafaatkan bagi mengajak umat ke arah mengingati Allah. Sebaliknya, betapa ruginya anda jika ianya digunakan untuk membawa umat ke arah kelalaian.

Ahli tasawuf mengumpamakan muzik dan nyanyi-nyanyian sebagai batu-batu berlumut yang licin. Hanya orang-orang  tertentu sahaja yang berjaya meniti di atasnya dengan selamat. Yang lainnya akan tergelincir lalu jatuh.

Oleh itu Acik (Ayah/Abang+cik) lebih suka memilih jalan selamat iaitu menjauhi diri dari muzik dan nyanyi-nyanyian agar tidak lalai dari mengingati Allah.

Azan (SUBUH) Madinah

http://www.youtube.com/watch?v=2qtQCkaUa64

 

Makkah 1953 & Nasid Labaikallah.

http://www.youtube.com/watch?v=Z8PCxFNIwN0

 

Azan Anon

http://www.youtube.com/watch?v=kMpD4tFNTTg&feature=youtu.be

 

Azan Makkah

http://www.youtube.com/watch?v=5glgAGGRApY

 

Azan (SUBUH) Makkah. Muazin pernah azan di Masjid Negeri, Shah Alam

http://www.youtube.com/watch?v=eND38Ij-IpM

 

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

CIPLAK # 13823 Dari Brickfields (HR): Bro, goa terperanjat …

•2013-08-22 • Leave a Comment

Artikel ini adalah salinan dari huruf ke huruf rencana yang ditulis oleh Sdr Hishamuddin Rais (Aktivis Vetran) dalam Suara Keadilan 135 bertarikh 20 Ogos 2013 muka surat 22 (Rencana)

***Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVE di kanan SKRIN, Kemudian SKROL

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

Bro, goa terperanjat bila lu terperanjat

BRO, goa terperanjat bila goa lihat ramai orang Malaysia terperanjat. Lu bukan terperanjat beruk. Lu terperanjat macam kumpulan cikah yang kena sumpit Orang Asal. Bersepah lari lintang pukang tak tentu hala. Bising tak tentu arah. Terjun kemudian memanjat. Kemudian meloncat. Kemudian menjerit ke hulu ke hilir tanpa arah. Mencikah-cikah dalam akhbar.

Cikah dan ungka menjadi bising bila dengar tembakan demi tembakan. Ada tuan empunya bank kena tembak. Ada mak cik kena tembak. Ada pak cik kena tembak. Ada yang menembak kena tembak. Dalam satu minggu tiap hari goa baca ada tembakan. Ada yang mati. Ada yang cedera. Ada yang nazak. Ini macam filem koboi. Tapi belum sampai tahap gaban seperti di Kabul atau di Baghdad.

Tembakan sepetol dan tembakan senapang setiap hari inilah yang bikin para cikah, ungka dan lotong menjadi bising.

Bro, go abaca Menteri Dalam Negeri kata bukan ratus-ratus, ada ribu-ribu penjenayah yang telah dibebaskan apabila Undang-undang Darurat dimansuhkan. Penjenayah tegar telah bebas dari penjara. Maknanya kontraktor Bumiputera yang jadi pembekal makanan untuk Penjara Simpang Renggam tutup kedai. Banyak bilik penjara kosong. Ini berita sedih untuk para kontraktor Bumiputera.

Anak Lelaki Iskandar Kutty bilang inilah harga yang wajib dibayar kalau kita semua mau kebebasan. Para politikus yang baru menang pilihan raya juga menokok tambah cereita. NGO Melayu Islam yang ahlinya tak seramai kumpulan beruk di Zoo Hulu Klang turut sama tercirit mulut. Cakap mereka penuh dengan ajinomoto. NGO Melayu Islam ini mahu ISA dan Akta Darurat diperkenalkan semula. Goa ingat mereka sedar jika banduan dan orang tahanan kurang maka kontraktor Bumiputera tak ada bisnes. Sunnah wal Rasuah susah berjalan. Susah cari makan.

Gao rasa pelik juga kenapa ramai sangat yang terperanjat. Fikir punya fikir goa mula faham. Di Malaysia ini ramai orang telah jadi bonsai. Mereka tak dapat berfikir secara rasional.  Mereka tak ada keupayaan untuk memiliki fikrah yang kritikal. Perangai Orang Bonsai suka bertanya pada ustaz untuk mencari nas dan sanad. Orang Bonsai amat malas membaca. Malas menyelidik. Suka bertanya-tanya kerana tidak ada harga diri. Berjiwa hamba dan amat suka jadi tukang ikut dari belakang.

Goa lihat kalau lalat masuk ke mulut akhirnya keluar menjadi langau. Si Mamat ini melopong mendengar jawapan dan temberang ustaz. Tapi kali ini ustaz-ustaz ini pun tak tahu apa yang nak dikelentong. Disebabkan ini kes sepetol bukan kes burung punai dan ikan sepat. Kalau hal punai dan sepat Sang Ustaz ini cukup arif. Akan berbuih-buih mulut ustaz yang baru berbini dua atau tiga.

Bro, biar goa cakap betul-betul. Hal tembak menembak ini goa tak hairan langsung. Goa langsung tak rasa pelik. Goa hanya mahu tanya kenapa baru sekarang lu nak terperanjat. Kenapa baru sekarang lu mencikah. Kenapa dulu lu tak terperanjat. Dah bertahun-tahun ada bang bang bang.

Mari goa buka cerita bagaimana Aminulrashid mati. Anak muda kiut ini mati ditembak. Tujuk belas das tembakan. Hebat bro. Macam koboi Clint Kayu Timur. Budak kiut ini anak saudara Piyan Habib, kawan gua. Siapa yang tembak ?  Budak yang ini baru bersunat ditembak oleh penembah upahan. Penembak upahan ? Biar betul bro. Betul ini bukan fitnah. Lu baca dalam akhbar Aminulrashid ini ditembak polis ? Goa bilang polis ke … mata-mata ke … mereka semua sama. Mereka ini ‘macai upahan’ – diupah oleh United Malays National Organisation.

Lu tak ingat ke macam mana Kugan mati ? Ingat tak macam mana Francis Udayapan mati ? Ingat jangan tak ingat. Jangan buat-buat lupa. Ingat tak satu keluarga India mati ditembak di Kelantan sebelum PRU 1999. Isteri orang India yang mati ini sedang sarat mengandung. Anak dalam perut pun mati sama.

Bro, lu ingat tak tiga anak muda mati ditembak di Shah Alam. Peluru masuk ke dahi mereka dari atas. Kenapa di atas ? Kerana mereka sedang ‘menyembah’ polis minta ampun jangan tembak.

Bro, lu ingat tak anak muda mati di Sepang. Ibunya menangis mereayu. Mungkin kes anak-anak muda ini lu lupa. Lu ingat ini semua kes Mat Rempit atau kes Mat Pet. Lu silap besar bro.

Ini ada satu kes lu mesti ingat. Mustahil lu lupa kes seorang minah cun. Minah slim lagi bergetah. Minah ini telah ditembak beberapa kali di Segambut. Minah ini bukan Minah Indon. Minah ini bukan penyamun. Penembak upahan United Malay National Organisation sedap-sedap main sepetol. Nasib baik Minah ini tak jadi arwah. Kerana itu goa dapat dengar kisah dari mulut Minah ini sendiri.

Bro, kalau lu lupa semua kes sepetol dan tembak menembak ini maka guo nasihatkan lu jangan suka makan kepala ikan, nanti lu cepat lupa. Lu jangan makan ajinomoto atau makan Ketaki atau Mek Dogal, semua makanan ini menjadi otak lu lembab. Bila otak lembab  lu menjadi pelupa. Goa nasihatkan lu amalkan makan petai, kerdas dan jering, untuk penyegar ingatan. Ini petua dari arwah nenek goa.

Bro, satu hal goa nak beritahu. Ini kisah lama. Goa masih ingat lagi cakap Lim Kit Siang bapa mentua Betty. Orang Tua ini cakap dalam masa sepuluh tahun yang lalu, bukan ratus-ratus mati dalam tahan polis atau mati ditembak polis malah ada ribu-ribu. Ini Orang Tua yang cakap. Bukan guo yang cakap. Orang Tua ini cakap bukal dalam warung Ah Seng tapi dalam Perlimen. Ini Parlimen tempat Datuk Nazri Aziz kencing dari atas tingkap.

Masa Orang Tua Lim bercakap para cikah Melayu dan Lotong Bumiputera dah heboh. Tak ada NGO Melayu Islam buat bising ? Angka pembunuhan yang dilakukan oleh pasukan ‘beruniform’ melonjak naik. Kenapa ketika Orang Tua Lim ini bercakap tak ada yang mencelah dan menafikan. Goa ingat  pada masa itu NGO Melayu Islam ini belum dapat bayaran bulanan dari ‘Penaja’. Moto NGO Melayu Islam ini cukup molek – kalau ada ‘fulus’ semua boleh ‘lulus’.

Bro, dengar goa cakap, lu jangan ketawa. NGO Melayu Islam ini kalau ada upah akan buat apa saja laporan polis. Mereka sanggup buat laporan mengatakan Brrack Obama ini lahir di Kuala Pilah. Barrak Obama ini anak Lebai Bidin dan anak tiri kepada Bidan Limah. Malah mereka sanggup menuduh Sophia Loren bintang filem Itali itu sebenarnya Melayu yang bernama Sopiah binti Haji Loren.

Goa tak fahamlah apa pasal lu terperanjat dengan kes tembak dan kes bunuh. Lu pergi jumpa Nazri Aziz. Sila tanya sama Nazri: anak Menteri mana terlibat kes bunuh tapi tak pernah didakwa. Lu jangan buat-buat donno. Lu jangan buat-buat lupa. Di Johor berapa banyak kes tembak dan kes pukul. Ada yang mati dan ada yang tak mati. Tapi tak ada sesiapa yang didakwa-dakwi.

Bro, lu lupa kes gaduh besar dalam kelab malam dua tahun dulu ?  Ada sepetol keluar masuk. Ada kepala kena ketok oleh sepetol. Ya ampuun, ya maulana kes ini langsung tak tahu apa sudah jadi. Apa sudah jadi goa pun tak tahu. Anak Raja Gopal mana keluar sepetol pun goa sudah lupa.

Satu  lagi goa mahu cakap kalau lu rajin lu pergi Tanya Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Tanya sama dia semasa isteri dia shoping luar negara siapa yang bayar ?  Opps… maaf. Jangan tanya ini. Tanya masa isteri dia pergi shoping luar negara dia ada Tan Seri Ta Ta … oppps … silap lagi. Ada dia bai bai pada isteri dia atau tidak, ada tat a atau tidak.

Bro, gua dengar lu ada motosikal besar. Goa ada satu idea. Goa cadangkan lu join kelab motor besar yang patronnya Datuk Dr Zahid Hamidi. Nanti bila ada ‘outing’ lu buat baik-baik dengan Datuk Zahid. Kemudian lu tanya dia tentang kes pukul orang. Mustahil bunyinya Menteri Dalam Negeri Malaysia terlibat dalam kes pukul-memukul. Goa hanya baca dalam akhbar. Betul atau tidak goa tak tahu.

Bro, goa cakap lu jangan terperanjat. Apa nak dihairankan. Kes anak Nazri Aziz ke ?  Kes pukul Zahid Hamidi ke ?  Kes kerabat main sepetol ke ?  Kes kepala samseng ‘sponsor’ anak bini menteri ke ?  Ini Malaysialah bro. Semua boleh kautin. Ini kerajaan ketuanan Melayu. Goa harap lu faham. Kes tembak-menembak ini bukan baru. Tiap hari ada rakyat kena bedil.

Bro, lu mahu tahu apa sebab semua ini ini berlaku ?  Orang Cin cakap, ‘ikan jadi busuk mula di kepala’. Negara jadi hancur bila menteri membunuh. Bila menteri memukul. Bila anak menteri membunuh.

Lu ingat goa bohong ?

Bro lu jangan buat-buat lupa. Perdana Menteri Malaysia, Najib bin Razak ada terlibat kes bunuh. Lu jangan lupa minah cun Miss Altantuya. Minah ini mati bukan kena sepetol tapi kena bom C4. Bro… lu hairan ke ?  Lu ingat sepetol bang bang bang ini ada kerana ISA tak ada ?  Lu ingat sepetol banyak menembak ada kerana Akta Darurat dimansuh. Brader, lu jangan jadi bangang.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

Polis istihar perang terhadap penjenayah:

Calls for the IPCMC grow louder after Penang shooting

http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=149191%3Acalls-for-the-ipcmc-grow-louder-after-penang-shooting&Itemid=2#ixzz2cfF37sud