Ahmad’s SAGA #004 Persepsi Seorang “Penangite”

•2012-11-16 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL

( Pengguna smartphone sila gunakan ruang SEARCH di penjuru kanan/ atas  skrin phone anda)

Persepsi  seorang “Penangite” 

terhadap kes Ahmad

Acik (Ayah/Abang+cik) adalah ayah kepada Ahmad. Acik dilahirkan di negeri Pulau Pinang. Lebih tepat lagi di Butterworth, Province Wellesley, Pulau Pinang ketika itu. Oleh sebab di negeri Acik tidak ada institusi istana maka Acik tidak dapat menikmati rasa selamat seperti apa yang dinikmati oleh rakyat negeri lain yang lahir dan membesar di negeri yang beraja. Maklumlah raja itu umpama payung yang melindungi rakyat. Mungkin kerana itu kami “penangites” terpaksa belajar berdikari menyediakan payung sendiri demi keselamatan diri dan keluarga.

Walaupun tanpa payung diraja, negeri-negeri tanpa raja itu masih juga mampu melahirkan tokoh-tokoh penting (TP) negara. Contoh TP (Tokoh Penting) kelahiran Pulau Pinang ialah YB  DSAI (Bekas TPM), Tuan Haji Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), dan Pak Lah (Mantan PM).  Dato’ Mohd Shafie Abdullah dan YB Karpal Singh yang sangat sohor di kalangan pengamal undang-undang  juga adalah anak P.Pinang  (jika tak silap Acik). Turut dianggap TP oleh APcik ialah Dato’ Zulkifli Sharif (TP dalam NGV Tech-syarikat pembuat kapal) dan Dr. Zulkifli (nama Islamnya) atau Jomo K.S (TP dalam dunia akademik). Bagi puluhan ribu pelajar UiTM pula, TP yang sangat dibangai mereka ialah DS Sahul Hamid, VC mereka sekarang. Malah ramai lagi jika nak disenaraikan.

Negeri Melaka juga sama statusnya dengan Pulau Pinang kerana ia juga tidak ada payung diraja yang memayungi rakyatnya. Namun Melaka juga masih mampu melahirkan TP-TP seperti  YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan bapanya YB Lim Kit Siang (ahli politik terkemuka), arwah Tun Ghafar Baba (Mantan TPM), Dr Sidek Baba (TP dalam UIA), dan lain-lain. Begitu juga dengan  Wilayah Persekutuan di mana Tan Sri Ambrin Buang (Ketua Audit Negara) dan Dato’ Raja Nong Cik (Menteri Wilayah) dibesarkan.

Mungkin juga kerana tiada beraja, maka sensitiviti terhadap institusi istana agak kurang malah mungkin tiada langsung di minda majoriti rakyat Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah persekutuan.  Ini “merbahaya”  kerana mereka berkemungkinan melanggar sensitiviti adat istiadat istana tanpa disedari akibat kejahilan atau “ignorance”.  Sedangkan “ignorant of law is not an excuse” mengikut prinsip undang-undang.  Agaknya, kerana kurang atau tanpa sensitiviti tersebutlah maka berbagai-bagai komen negatif terhadap institusi istana dapat kita baca di dalam laman-laman sosial internet dari masa kesemasa.  Inilah agaknya yang cuba dibenteras habis-habisan oleh pihak istana dengan mengeksploitasikan pihak polis, mahkamah dan lain-lain.

Walaupun tidak membesar di negeri yang mempunyai institusi istana, Acik dapat juga mengetahui sikit sebanyak  tentang institusi istana melalui pembacaan semasa di bangku sekolah duhulu. Itu sebabnya Acik dapat mengarang kisah-kisah yang berlegar di perkarangan istana. Contohnya ialah tentang Strategi Ikan Todak dan Strategi Tun Perak Melaka. Kisah-kisah tersebut dapat memberi sedikit gambaran kepada pembaca tentang suasana gerun dan cemas yang mewarnai institusi istana di zaman silam. Walaupun ada juga cerita-cerita yang positif mengenai istana, namun cerita-cerita yang sebaliknya mungkin lebih berkesan terhadap  minda dan emosi kita. Bukan sekadar itu saja, bahkan ada yang sampai menghantui fikiran dan perasaan kita.

Malang sungguhlah jika sekiranya insiden-insiden yang mengerunkan itu masih lagi berlaku dalam kurun ini. Seolah-olah negeri berkenaan masih belum bertamadun. Sedangkan negara jiran yang jaraknya tak sampai satu kilometer pun sudah lama mencapai tahap negara maju. Kenyataan Acik ini adalah dipengaruhi oleh apa yang Acik dah baca dalam laporan yang ditulis oleh seorang bekas Penguam Istana (Kamal Hisham Jaafar) dalam blognya.  Silalah kunjungi blog beliau dan nilai sendiri kandungannya.

Beliau hingga terpaksa berhijrah ke negara lain demi menjaga prinsip dan keselamatan dirinya dari ancaman pihak istana berkenaan. Sayang, anak Melayu yang begitu berpotensi  menambahkan baktinya yang begitu berharga kepada negeri dan negaranya terpaksa memilih untuk “membuang” diri di perantauan. Bukan beliau seorang, malah ramai lagi anak2 Malaysia yang bijak pandai turut enggan pulang ke negaranya akibat sistem keselamatan yang kurang menyakinkan mereka.

Apabila anak kandung Acik sendiri ditangkap Polis untuk dibawa ke Johor atas tuduhan menghina Sultan Johor, maka sudah tentulah Acik tersangat bimbang tentang keselamatan beliau sepertimana juga bapa-bapa  lain terhadap keselamatan anak-anak kandungnya. Inilah yang dikatakan fitrah yang Allah bekalkan kepada setiap ibu bapa terhadap anak kandungnya. Fitrah yang sama juga pasti ada dalam diri seorang ketua terhadap anak-anak buahnya dan raja (yang berdaulat) terhadap rakyat jelatanya jika sekiranya beliau adalah seorang ketua ataupun raja yang tulen (layak atau tidak palsu).

Soalan mudah Acik ialah, kalau ya pun Ahmad “bersalah”,  apa perlunya beliau dibawa ke Johor ? Apakah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  tak ada mahkamah atau hakim yang layak tak ada masa langsung untuk membicarakan kes Ahmad ni ?  Bukankah ini menyusahkan semua pihak, samada pihak orang kena tuduh (OKT) maupun pihak yang akan menguruskan kes ini dari kes dibuka hingga kes ditutup.  Lebih-lebih lagi tenaga polis yang sepatutnya menumpukan perhatian mereka kepada kes-kes jenayah lain yang lebih berat dan jelas mengancam keselamatan negara.  Semuanya ini hanya merupakan pembaziran duit rakyat, sedangkan ia mampu dielakkan.

Acik pada mulanya difahamkan bahawa Ahmad dibawa ke Johor sebab kononnya laporan terhadap beliau telah dibuat di Johor.  Oh kalau begitu, jika sekiranya ada sesiapa yang di England sana membuat laporan terhadap “kesalahan” yang dilakukan oleh Ahmad maka berpeluanglah pula Ahmad “melawat” England secara percuma. Jika tak England, di Sabah dan Sarawak pun jadilah. Bolehlah Ahmad melawat Sarawak atau Sabah jika ada orang Sarawak atau Sabah sudi membuat laporan terhadapnya. Tapi bagaimana pula dengan pihak keluarga ? Mampukah mereka menyediakan satu perbelanjaan yang besar bagi menemani Ahmad ke Sarawak atau ke Sabah. Sedangkan ke Johor Bahru pun beban kewangan yang terpaksa ditanggung sudah cukup terasa oleh keluarga Ahmad. Maka, apa lagi jika andainya Ahmad dibawa ke Sarawak atau Sabah.

Walaupun alasan awal untuk membawa Ahmad ke Johor itu  amat tidak rasional pada pendapat Acik, namun itulah yang Acik difahamkan.  Mau tidak mau ianya terpaksalah Acik telan kerana apa pilihan yang ada lagi selain itu ?  Kata orang tua-tua,  Acik ni umpama timun, mereka umpama durian. Menggolek pun luka, digolek pun luka.  Sebenarnya, apa yang dapat Acik agak atau yang menjadi  spekulasi Acik ialah, Ahmad akan dibawa mengadap Sultan Johor di istana dan akan dipaksa menyembah dan memohon ampun kepada baginda tuanku.

Walaupun sekadar memohon ampun bukanlah satu kerja berat, namun yang amat penting ialah implikasi dari perbuatan tersebut. Memohon ampun membawa implikasi bersalah. Sedangkan Ahmad yakin beliau tidak bersalah dan belum dibuktikan bersalah. Implikasi lebih buruk yang menjadi spekulasi Acik dan ahli-ahli keluarga Acik sakelian ialah bahawa Ahmad akan dibelasah separuh mati kemudian baru diampun. Ini adalah spekulasi yang dikongsi bersama oleh semua rakyat biasa yang dhaif seperti keluarga Acik.

Pendekata memang telah menjadi persepsi atau spekulasi umum bahawa apabila seseorang rakyat biasa ditahan oleh polis, jika ia tidak kena apa-apa “sentuhan” maka itu adalah suatu pembohongan atau agak mustahil akan jadi demikan . Lazimnya ia (OKT) pasti akan menerima “hukuman in advance” sebelum hakim menjatuhkan hukuman ke atasnya di mahkamah.  Sehingga kini sudah banyak kita terbaca dalam media tentang OKT mati ketika dalam “penjagaan” polis atau pihak yang bertanggungjawab. Contoh paling sohor ialah kes mendiang Teoh Beng Hock dan seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia, walaupun umum difahamkan bahawa kedua-duanya membunuh diri.

Persepsi dan spekulasi sebegitu rupa oleh masyarakat umum sebenarnya telah memberi suatu imej dan jenama yang sangat buruk kepada institutusi keselamatan kita. Ia diumpamakan “harapkan pagar, pagar makan padi”.  Oleh itu satu usaha yang jujur, komprehensif dan bersungguh-sungguh harus dimulakan untuk membersihkan imej PDRM. Ia memerlukan satu anjakan paradigma dalam institusi penting itu. Ahli-ahli politik utama terutama PM dan menteri berkenaan wajib memberi sokongan jitu dan segala kerjasama yang diperlukan, bukan sebaliknya.

Jika BN tak mampu bertindak, biar rakyat seluruh Malaysia serahkan tugas mentadbir negara kepada PR pula. Kita harap, PR bukan saja akan membersihkan PDRM saja dari pencemaran yang dialaminya sekarang, malah akan membersihkan imej semua institusi-institusi penguatkuasaan lain yang wujud dalam negara kita ini.

Maafkanlah kami jika sekiranya persepsi dan spekulasi Acik sekeluarga dalam kes Ahmad itu, dianggap keterlaluan oleh mana-mana pihak. Namun secara jujur dan ikhlas Acik nyatakan, itulah persepsi dan spekulalsi sebenar yang menjelma di dalam minda Acik dan ahli-ahli keluarga Acik semua. Jika orang Mulia atau Kerabat Di Raja dari sebuah negeri yang berdaulat pun sanggup dibelasahnya, siapalah Ahmad ?  Ahmad bukan dikenali oleh sesiapa pun dan tiada ada apa-apa status penting pun dalam negara hatta dalam taman perumahan di mana beliau tinggal pun tak ramai yang kenal beliau.

Yang menambahkan lagi kebimbangan Acik sekeluarga ialah bila mendengar satu cerita tentang seorang anggota PDRM sendiri yang berpangkat Inspektor  dibelasah oleh pihak istana berkenaan. Sampai ke tahap itu pun, masih juga tak ada siapa pun yang berani membela beliau atau mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar undang-undang dan menghalangi kerja polis itu. Kasihan kepada Inspektor tersebut khususnya dan kasihan juga kepada semua polis-polis lain yang bertugas di dalam negeri Johor amnya.

Kemana perginya menteri yang diamanahkan menjaga polis ?  Beliau wajar dimaklumi tentang peristiwa-peristiwa penting seumpama itu dan wajib melindungi polis yang menjalankan tugas dengan betul mengikut SOP (Standard Operating Procedure) yang diterimapakai.

Acik bukan membuat dakwaan bahawa peristiwa (polis dibelasah pihak istana) tersebut memang benar-benar berlaku. Ia boleh saja direka oleh pihak-pihak tertentu yang tak bertanggung jawab. Cuma yang Acik nak tegaskan ialah bahawa cerita itu menjadi factor yang menambahkan lagi kebimbangan Acik anak beranak terhadap keselamatan Ahmad jika sekiranya beliau benar-benar dibawa ke istana. Samalah dengan kes kanak-kanak menonton cerita hantu di TV. Walaupun ia hanya cerita rekaan, namun ketakutan yang menyerapi perasaan kanak-kanak berkenaan (akibat dari menonton cerita seram tersebut) tetap menyusahkan ibu bapa kerana terpaksa menemani si anak walaupun ke bilik air di dalam rumah di siang hari.

Suatu ketika dahulu kononnya berlaku di negeri Perak dimana seorang pegawai tentera telah dikasari oleh pihak istana semasa beliau menjalankan tugasnya mengawal keselamatan hutan di negeri tersebut. Tun Hussein Onn (PM ketika itu) sendiri telah turun menemui pihak istana dengan memberi kata dua. Pihak istana terpaksa mengalah. Pegawai tentera tersebut lalu dipindahkan dari tempat bertugasnya itu dan dinaikkan pangkat. Bagi Acik ini adalah contoh seorang yang benar-benar pemimpin sejati kerana berani menggunakan kuasanya demi membela yang hak. Berani kerana benar takut kerana salah, kata pujangga Melayu.  Si penakut yang hanya sekadar berani “baling batu sembunyikan tangan” memang tidak layak menjadi pemimpin.

Sebagai seorang yang pernah bertugas dalam angkatan tentera, Tun Hussein Onn dapat menghayati sendiri apa masaalah yang anggota tentera hadapi. Itu pentingnya pengalaman dalam hidup bagi seorang pemimpin.  Itu perlunya kita melihat terlebih dahulu latar belakang seseorang itu sebelum melantiknya menjadi pemimpin. Orang yang hidupnya sejak kecil hingga dewasa tidak pernah mengalami kesusahan sudah tentu tidah tahu apa ertinya kesusahan. Orang yang tidak pernah ditangkap dan dipenjarakan tentu tidak mampu menilai samada sistem pengadilan yang diterimapakai benar-benar menjamin keadilan ataupun sebaliknya.

Berita tentang peristiwa (PM beri kata dua kepada pihak istana) tersebut mungkin tidak disiarkan oleh mana-mana media perdana ketika itu. Acik hanya terima dari sumber-sumber dalaman. Di kalangan pembaca blog Acik ini (yang juga terdiri dari bekas2 anggota tentera), mungkin ada yang dapat mengesahkan peristiwa tersebut. Andainya sikap dan keberanian Tun Hussein On itu telah turun kepada anaknya (Dato’ Hishamudin), Acik yakin kes Ahmad ini tak mungkin boleh berlaku. Malangnya, ……  kuah tidak tumpah ke nasi rupa-rupanya.  Mungkin ketetapan takdir ini ada hikmah di sebaliknya.  Mengikut kata sebuah falsafah, “thing happens for its good reason”.  Wallahu alam, Allah jua yang Maha Tahu.d

d   a   u   l   a   t         r   a   k   y   a   t     !

Ahmad’s SAGA #003 : https://4uni2c.com/2012/11/11/kisah-arnab-menjadi-beruang/

Ahmad’s SAGA #005 : https://4uni2c.com/2012/11/16/strategi-ikan-todak/

Ahmad’s SAGAIndex   https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK : http://www.4uni2c.com

@OPajar #12Y16

Ahmad’s SAGA #002 Bila Guru Kencing Berdiri

•2012-11-15 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda )

Bila Guru Kencing Berdiri

Malam tadi (29hb.April 2012) Acik  (Ayah/Abang+cik) singgah “dinner” di sebuah gerai makan di Shah Alam. Di gerai tu ramai tetamu yang muda-muda. Acik rasa mereka tu penuntut-penuntut belaka sebab di Shah Alam ada UiTM dan institiut pengajian tinggi yang lain.

Maksud Acik ialah mereka adalah orang-orang yang ada otak belaka. Tak serupa dengan penduduk kampung tempat ramai dari mereka dilahirkan. Sambil mulut Acik menikmati rezeki  yang Allah beri, mata pula menonton TV yang tergantung beberapa meter jaraknya dari Acik. Kebetulan Bulutin Utama yang sedang disiarkan.

Tengah-tengah sedap menikmati rezeki mulut dan rezeki mata, tiba-tiba terbit di kaca TV berita tentang *kes malu* yang  sedang hangat diJUAL dan rancak diPROMOSI di pasaran 1Msia sekarang. Apa yang ditunjukkan di dalam TV tersebut ialah seorang individu yang sedang memakai tuala mandi. Adakah yang nak diiklankan itu TUALA mandi ? Bukan, bukan, bukan !  Tapi yang nak diiklankan ialah PEMAKAI tuala mandi itu.

Apa signifikennya ?  Sebab beliau didakwa MENYERUPAI DSAI. Siapa dia pula DSAI itu hingga begitu signifikennya beliau ?  Beliau ialah BAKAL Perdana Menteri Malaysia selepas PRU 13 nanti. Sekarang beliau hanya MANTAN TPM saja. Itu hanya spekulasi Acik saja berdasarkan satu ungkapan Inggeris, “ThinG happens for its GooD reasonS ”. (PenCERAHan :  https://4uni2c.com/2013/08/20/cerekana-13820-perkara-berlaku-kerana-hikmahnya/)  Boleh jadi betul, boleh jadi sebaliknya.

Kemudian muncul pula seorang individu lain. Oleh sebab telinga Acik agak kurang, maka kurang tangkap apa komentar si “gentleman” tersebut tentang adegan berkenaan. Apa yang dapat Acik agak ialah dia nak cuba JUSTIFIKASIkan penyiaran adegan tersebut di dalam TV. Apa tujuan sebenarnya ?

Agaknya utk menghilangkan keraguan dalam hatinya sendiri bahawa persepsi umum tidak memihak kepada pendakwa iaitu boss barunya. Boss lamanya ialah yang terTUDUH itu. Agaknya makin ramai rakyat yang bertambah simpati terhadap tertuduh. Acik TAK kata bahawa tertuduh dan pemakai tuala itu adalah orang yang sama. Tapi apa yang Acik nak kata ialah mereka nampak macam SERUPA.  Tapi serupa tak semestinya SAMA kan ?

Kalau kita lihat di atas jalan raya, kita nampak banyak kereta yang serupa. Kalau hari sebelumnya kita naik teksi Proton Saga merah kemudian hari ni pun kita naik teksi Proton Saga merah, ia tak bererti Proton Saga yang kita naik hari tu dengan yang kita naik hari ni adalah kereta yang sama walaupun kedua-duanya adalah merah malah serupa 101peratus. Kita jangan berfikiran terlalu simple macam KANAK-KANAK.

Kanak-kanak memahami sesuatu, dengan dipandu semata-mata oleh pancaindera yang lima.  Contoh, kalau ditanya kepada seorang anak kecil kita, “mana yang lebih besar, BULANkah atau BINTANG kah ?”  Nescaya anak kecil kita itu akan jawab,  “BULAN lah yang lebih besar !”  Mungkin sambil menjawab soalan itu, hati kecilnya membebel, “bodoh rupanya bapa aku ini”.

SOALAN:  dalam era smartphone (teknologi digital canggih) sekarang ni, MUSTAHILkah jika gambar pemakai tuala berkenaan dibentuk supaya menjadi 101peratus SERUPA dengan yang DIDAKWA ?. JIKA 101peratus serupa pun ADAKAH boleh yang serupa itu diJADIkan sama ?

Persoalan yang nak Acik tekankan di sini BUKANnya isu SERUPA tapi tak SAMA itu. Jika itulah isunya maka logik akal pada  hampir semua orang yang ada akal pun boleh nilai sendiri. Tapi faktor penting yang Acik nak warwarkan ialah WAJARkah seorang Mantan TPM dilayan demikian rupa selepas beliau diPECAT dengan cara yang amat memalukan negara (dikaca mata dunia) kira-kira  seDEKAD yang lalu ?

Kalau orang nombor DUA negara pun TERGAMAK dilayan sebegitu rupa, apa JAMINAN yang ada bahawa kita rakyat jelata yang marhaen ini, rakyat yang TAK bernombor ini, akan selamat dari menjadi mangsa penganiayaan akibat sistem pengurusan negara yang sangat kelamkabut ini ? Apa jasa besar yang kita pernah sumbangkan kapada negara jika dibandingkan dengan jasa seorang bekas TPM ?

KALAU ya pun YB berkenaan terlibat dalam *kes malu* seperti didedahkan dalam media-media perdana terutama TV itu, wajarkah KETENTERAMAN AWAM diganggu dengan menayangkan sesuatu apisod yang tak LUNAK ditonton oleh majoriti rakyat ?  Acik memang rasa terganggu ketenteraman Acik apabila nikmat makanan yang sedang dijamah bersama isteri Acik bertukar tawar.

Kalau PENAYANG *adegan malu* tu tak punyai kemaluan janganlah senang-senang anggap semua penonton pun sama. Malah ramai penonton terasa amat besar kemaluan mereka bila menyaksi gambar yang (mengikut perkiraan hukum syarak) tak LAYAK jadi saksi itu.

PEMERINTAH adalah segala-galanya bagi rakyat. Ia umpama seorang GURU yang amat dihormati oleh semua rakyat.  Apa yang ditunjuki pemerintah itulah yang dianggap baik oleh kebanyakan rakyat.

Rakyat bukan ingin meniru sekadar apa yang ditunjuki oleh pemerintah malah akan berusaha membuat yang lebih HEBAT dari itu. Tapi apa maknanya jika yang ditunjuk oleh pemerintah itu perbuatan yang JIJIK ? Kata peribahasa Melayu, “JIKA GURU KENCING BERDIRI, MURID AKAN KENCING BERLARI

The Moral of The Story (MoS)

  1. Di bawah pemerintah sekarang orang yang tak bersalah pun tak jamin selamat dari ditimpa tuduhan dan hukuman;
  2. Pemerintah (GURU) yang ada sekarang gagal dalam perbagai hal dalam mengurus negara dan mendidik rakyat. Oleh itu rakyat berhak, malah amat wajar menukar pemerintah. PRU13 adalah peluang yang terbaik untuk rakyat membuat ANJAKAN PARADIKMA iaitu menukar pemerintah (GURU yang kencing berdiri) mengikut lunas-lunas perlembagaan.

D A U L A T       R A K Y A T   !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

PRK Kajang # 003 DSAI Pejuang Rakyat Sebenar :   https://4uni2c.com/2014/02/11/prk-kajang-003-dsai-pejuang-rakyat-sebenar/

Ahmad’s SAGA #003 : https://4uni2c.com/2012/11/11/kisah-arnab-menjadi-beruang/

hmad’s SAGA # INDEX    https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

@OPajar    #12Y15

Ahmad’s SAGA #001 Kes Ahmad Pemangkin Perubahan Johor

•2012-11-12 • 1 Comment

*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN kemudian SKROL

( Pengguna smartphone ( SP ) sila guna SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

.

Kes Ahmad Pemangkin Perubahan Johor

.

Sebagai seorang OP (Orang Pencen) Acik bertanya kepada diri sendiri, apakah perkara  yang berlaku kepada Ahmad (anak kelima Acik) ini suatu ujian Allah ataupun satu kifarat atau balasan. Ya, boleh jadi juga satu ujian, boleh jadi juga satu kifarat. Mungkin juga kedua-duanya sekali.

Selingan

Konspirasi penganiayaan terhadap pewaris-pewaris Sultan Johor

 Sila KLIK  –>  http://www.peguamkamalmenulis.blogspot.jp/2012/10/dari-baik-jadi-musuh-part-2.html

Sebagai seorang ayah, Aciklah orang yang berautoriti ke atas keluarga Acik (Ayah/Abang+cik). Autoriti ini Allah yang beri, bukan orang lain yang beri. Jadi Acik tidak ada pilihan. Suka pun Acik kena terima, tak suka pun Acik tetap kena terima juga. Lainlah jika autoriti ini diberi kepada Acik oleh orang lain.

Sebagai pihak yang berautoriti dalam keluarga, maka Acik tidak boleh lepas tangan dari apa yang  Ahmad sedang hadapi sekarang. Jika tidak, maka Acik adalah seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Tidak perlu Acik tunggu sampai orang lain kata kepada Acik “anda bapa yang tak bertanggungjawab” baru Acik akan sedar. Sebaliknya ehsan yang sedia ada dalam hati Acik sudah cukup bagi menyedarkan Acik bahawa Acik memang bertanggungjawab atas apa yang dilakukan oleh setiap ahli keluarga Acik yang berautoritikan Acik.

Berdasarkan prinsip ini maka Acik mengakui bahawa Acik adalah ayah yang gagal melaksanakan amanah Allah kepada Acik jika sekiranya anak-anak Acik tidak berjaya dalam hidup masing-masing. Khusus dalam kes Ahmad ini, jika terbukti beliau bersalah maka suka atau tidak Acik terpaksa turut rasa bersalah kerana beliau adalah hasil didikan Acik sebagai seorang ayah. Namun Acik masih yakin bahawa Ahmad tidak melakukan apa yang dituduh terhadap beliau itu.

Di sini ingin Acik bertanya anda semua, tidakkah pihak yang diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara amnya dan Johor khususnya selama 55 tahun rasa bersalah kerana gagal mentadbirnya dengan baik. ? Sekiranya ia ditadbir dengan baik kes Ahmad tak mungkin timbul. Malah ini bukanlah kes pertama antara rakyat yang lemah dengan pihak istana.

Suka Acik ambil negeri Kelantan sebagai contoh. Lihatlah bagaimana parti yang diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri di bawah Tuan Guru Nik Aziz  begitu berjaya meningkatkan mertabat dan maruah Sultannya, hingga baginda sangat  dihormati lagi disayangi oleh rakyatnya.  Tapi apa yang telah berlaku dan sedang dihadapi oleh rakyat Johor adalah sebaliknya.

Apa yang berlaku kepada Ahmad biarlah menjadi pemangkin kepada perubahan positif di negeri Johor. Suka ataupun tidak rakyat Johor perlu terima hakikat bahawa keharmonian hidup mereka sekadar yang ada sekarang, adalah akibat kegagalan parti yang mereka beri mandat untuk memerintah. Apa yang berlaku di Kelantan sekarang adalah sebaliknya. InsyaAllah senario yang sama dengan di negeri Kelantan akan menjadi realiti dan dapat dinikmati di bumi Johor jika sekiranya ianya di perintah oleh Pakatan Rakyat, insyaAllah. Apa pun, yang mampu dan wajar merealisasikan perubahan ialah rakyat Johor sendiri bukan orang lain.

A l l a h u a k b a r   !

d  a  u  l  a  t      r  a  k  y  a  t   !

 

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

Ahmad’s SAGA #002 : https://4uni2c.com/2012/11/15/bila-guru-kencing-berdiri/

Ahmad’s SAGA # Index:  https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/

Penjajahan tanpa senjata ke atas negeri Johor:  http://amenoworld.blogspot.ae/2013/12/tanah-di-johor-bharu-terjual-dengan.html

Nyahkan Bangsawan Samseng:   http://drmaza.com/home/?p=2638

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIKhttp://www.4uni2c.com

@OPajar    #12Y13

Ahmad’s SAGA #003: Kisah BERUANG Mengaku Arnab

•2012-11-11 • 1 Comment

 ***  Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN kemudian SKROL

(Pengguna smartphone (sp) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin sp anda )

kisah beruang mengaku arnab

Antara CIA,  FBI & POLIS sapa paling hebat ?

CIA, FBI dan POLIS (bukan PDRM ya !) masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yang paling “terrer” dalam menghapuskan jenayah.  Jadi, si Presiden pun membuat satu ujian untuk mereka. Beliau menDAKWA telah melepaskan seekor ARNAB ke dalam sebuah hutan dan menyuruh mereka mencarinya.

CIA masuk dahulu ke dalam hutan itu. Mereka menempatkan binatang2 sebagai “informer” ke seluruh pelusuk hutan tersebut. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yang ada di dalam hutan itu. Selepas penyiasatan yang memakan masa selama 3 bulan itu selesai, mereka pun membuat kesimpulan bahawa ARNAB itu sebenarnya tidak wujud.

Kemudian giliran FBI pula. Selepas dua minggu di dalam hutan tersebut, masih juga TIADA sebarang petunjuk tentang di mana ARNAB berkenaan bersembunyi.  Akibat terlalu KECEWA dan MARAH,  mereka membakar hutan itu lalu terbunuhlah segala hidupan di dalamnya. Kemudian mereka mendakwa bahawa kebakaran tersebut adalah suatu kemalangan atau ketetapan takdir. Lalu mereka pun membuat kesimpulan bahawa   ARNAB tersebut sudah PASTI dapat mereka tangkap sekiranya hutan tersebut tidak terbakar.

Kini giliran POLIS pula yang masuk ke dalam hutan mencari ARNAB. Mereka terpaksa diuji di sebuah hutan lain kerana hutan tadi sudah terbakar. Selepas kira-kira dua jam saja POLIS tersebut memasuki hutan berkenaan mereka pun keluar. Bersama-sama mereka ialah seekor BERUANG yang sudah lembek sebab telah dibelasah. Beruang itu menjerit, ‘OK,OK… akulah ARNAB… akulah ARNAB !’

The MORAL of the story (MoS):

1. Jika dipaksa, maka seseorang itu akan sanggup mengaku apa saja. Namun apakah pengakuannya itu benar dari segi hakikatnya ?

2. Kita semua mahu YAKIN bahawa PDRM tidaklah sama dengan POLIS maupun FBI  seperti di dalam cerita di atas.

d   a   u   l   a   t       r   a   k   y  a   t    !

* Catitan: Cerita di atas adalah bersumberkan dari tulisan Mohd Hatta Saadun dalam FB beliau pada 11.11.2012

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

1.  Ahmad’s SAGA #002 : https://4uni2c.com/2012/11/15/bila-guru-kencing-berdiri/

2.  Ahmad’s SAGA #004 : https://4uni2c.com/2012/11/16/ahmads-saga-004-persepsi-seorang-penangite/

3.  Ahmad’s SAGA # Index : https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/

***  Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :    http://www.4uni2c.com

@OPajar  #12y11

Khutbah Terakhir Nabi s.a.w.

•2012-10-26 • Leave a Comment

Khutbah Terakhir Nabi s.a.w di Arafah pada 9hb Zulhijjah tahun 10Hiriyah

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://4uni2c.com

Khutbah Terakhir Nabi s.a.w.  di Lembah Uranah, Gunung Arafah:

01.          Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.

02.          Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

03.          Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang  tidak  dapat hadir di sini pada hari ini.

04.          Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci.

05.          Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

06.          Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.

07.          Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

08.          Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

09.          Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

10.          Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar.

11           Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

12.          Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka  juga mempunyai hak atas kamu.

13.          Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. 

14.          Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

15.          Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

16.          Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini.

17.          Sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu.

18           Ketahuilah, setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.

19.          Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal saleh.

20.          Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan.

21.          Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

22.          Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas aku dan tidak akan lahir agama baru.

23.          Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

24.          Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Inilah Al Qur’an dan sunnahku.

25.          Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain.

26.          Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

27.          Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.

Disalin dari poster yang digantung di pintu Masjid Permatang Pasir, Jugra,  Banting, Selangor pada 11.8.2012

CEREKANA #12X26 Maula Mulia

•2012-10-26 • 1 Comment

*** Untuk menCARI lain-lain PenCERHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

 

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

 

Maula Mulia

 

Bila negara heboh dengan usaha menyenaraikan FGVH ke Bursa Saham oleh PM yang disayangi rakyat itu, Acik (Ayah/Abang+cik) tiba-tiba teringat kepada seorang individu yang bergelar Maula Mulia. Beliau ialah seorang yang sangat uniq. Sebabnya Acik kata uniq ialah kerana dalam dunia ini tidak ada mana-mana individu lain yang bersifat seperti beliau.

Samalah macam FELDA. FELDA juga dikira  uniq kerana ia adalah satu-satunya institusi di dunia. Mana ada negara lain yang ada FELDA. Demikianlah juga PTPTN. Negara lain mana ada PTPTN. Jadi satu-satunya individu di dalam dunia ini yang besifat seperti Maula Mulia hanyalah Maula Mulia sendiri.

Kononnya Maula Mulia adalah seorang anak angkat kepada seorang peneroka FELDA di zaman arwah Tun Abdul Razak dulu. Si peneroka tersebut adalah seorang peneroka yang sangat disegani oleh kawan dan lawan kerana sifat-sifat mulia yang ada padanya. Sebab gagal mendapat anak hasil dari perkahwinannya dengan seorang janda kematian suami, maka Si Peneroka tersebut pun mengambil anak angkat.

Istilah maula sebenarnya bermakna anak angkat kepada. Manakala mulia adalah gelaran kepada Si Penoraka tersebut yang diberi oleh peneroka-peneroka FELDA yang sewaktu dengannya. Kononnya gelaran mulia diberi kepadanya itu bukan berdasarkan sifat kemuliaannya semata-mata. Malah kononnya beliau memiliki darah raja yang pernah menentang penjajah Inggeris duhulu . Kerana itulah maka kepada si anak angkat beliau itu dipanggil Maula Mulia. Dengan bahasa mudah, Maula Mulia bermaksud anak angkat kepada (yang bergelar) mulia.

Namun ada pula yang mendakwa bahawa mulia itu ialah sifat yang terletak pada si anak angkat itu sendiri. Kononnya si Maula itu juga sangat mulia sifatnya tidak kurang dari sifat mulia yang ada pada bapa angkatnya duhulu. Jika dakwaan ini lebih tepat maka Maula Mulia bolehlah ditafsirkan sebagai seorang anak angkat yang bersifat mulia. Ataupun Maula yang Mulia. Dakwaan ini ada asasnya berdasarkan kepada kisah seperti diceritakan di bawah.

Kononnya pada suatu hari Maula Mulia menunggang motor kapcainya ke bandar dengan membawa sebuah beg ala beg James Bond. Entah siapa yang hadiah beg itu kepadanya tak siapa pun yang tahu. Bersama-sama dengan beg itulah Maula Mulia masuk ke dalam bank. Rupa-rupanya Maula Mulia membawa beg itu kerana nak mengisi wang di dalamnya.

Setelah mengeluarkan dua puluh ribu ringgit wang tunai dari bank Bumiputera berkenaan, maka semua wang kertas itu pun disimpan dalam beg itu. Wah,  banyaknya duit Maula Mulia ketika itu !  Ya, memang begitulah bertuahnya nasib peneroka FELDA suatu ketika dulu bila hasil tanaman mereka begitu berjaya memberi mereka pendapatan amat lumayan. Syabas Acik ucapkan kepada semua peneroka FELDA ketika itu. Lebih-lebih lagi ucapan syabas dan tahniah itu Acik tujukan kepada arwah Tun Abdul Razak yang menubuhkan FELDA ketika itu.

Gerak geri Maula Mulia rupa-rupanya sedang diperhati oleh dua anak muda sejak beliau menungkat motor kapcainya di luar bank lagi. Sebelum mengeluarkan wang tunai di kaunter, Maula Mulia membuat semakan baki terlebih dahulu di mesin ATM. Beliau tak sedar bahawa salah seorang anak muda tersebut sedang meneropong dari belakang beliau angka baki yang ada dalam akaun bank beliau.

Bila beliau berpusing ke belakang anak muda di belakang beliau itu berpura-pura minta tolong beliau keluarkan wang sepuluh ringgit dari akaunnya. Dengan rasa gembira dan rela Maula Mulia pun melayani permintaan anak muda tersebut kerana beliau sangka si Mamat tersebut memang tak pandai menggunakan mesin ATM. Si Mamat itu pun dengan penuh hormat mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Maula Mulia sambil senyum tersipu-sipu.

Tersipu-sipu mungkin kerana malu sebab baki yang tinggal dalam akaun banknya itu tidak sampai pun dua ringgit. Maula Mulia juga melemparkan senyuman mesranya kepada si Mamat tersebut tanda menghargai ucapan terima kasihnya. Bukan sekadar  itu, beliau malah dengan bermurah hati menghulur pula sekeping wang kertas biru kepada si Mamat tersebut.  Tanda simpati agaknya kepada anak muda itu.

Maula Mulia pun meninggalkan mesin ATM tersebut  lalu terus ke kaunter bank, manakala si Mamat tersebut pula beredar dari tempat tersebut entah ke mana perginya. Melalui kaunter bank, maka Maula Mulia mengeluarkan wang tunai lalu mamasukkannya ke dalam beg ala beg James Bond itu. Kemudian beliau pun berjalan ke motor kapcainya yang sedang menanti beliau di luar bank tersebut.

Dengan menunggang motornya itu beliau terus ke kedai penjual kereta Proton tidak jauh dari situ. Sesampainya beliau di kedai Proton tersebut Maula Mulia disambut mesra ketibaannya oleh dua orang jurujual. Segala dokumen-dokumen berkaitan dengan urusan jual beli sebuah kereta Proton Saga 1.3 baru telah pun siap.

Maula Mulia cuma perlu menandatangani saja di tempat-tempat tertentu di dalam dokumen-dokumen jual-beli berkenaan seperti ditunjukkan oleh jurujual berkenaan. Wang tunai RM17 ribu pun bertukar tangan kepada jurujual kereta tersebut. Walaubagaimana pun dalam beg ala beg James Bondnya itu masih ada lagi wang baki tiga ribu ringgit untuk dibawa pulang ke rumahnya di tanah rancangan FELDA.

Sebaik saja Maula Mulia keluar dari pintu kedai Proton tersebut, beliau bertembung dengan si  Mamat iaitu individu yang beliau tolong keluarkan duit RM10 dari mesin ATM tadi. Si Mamat datang bersama seorang kawannya. Mamat tersebut terus mempekenalkan kawannya itu kepada Maula Mulia. Kononnya dia menemani sahabatnya itu, yang datang untuk bertanyakan tentang status tempahannya untuk membeli sebuah Proton Saga di kedai tersebut.

Rakannya itu terus masuk ke dalam kedai Proton sedangkan si Mamat menunggu di luar saja. Dia pun bertanya Maula Mulia samada nak jual atau tidak motor kapcai yang Maula Mulia tunggangi tadi. Konon-kononnya dia berminat sangat untuk membelinya. Kononnya lagi dia tinggal di kampung yang sama jalannya ke kampung Muala Mulia. Jika Maula Mulia setuju nak jual, dia nak pinjam motor tersebut untuk dibawa pulang ke rumahnya supaya dapat ditunjukkan kepada bapanya terlebih dahulu.

Tanpa berfikir panjang Maula Mulia mengakui bahawa memang beliau nak jual motor kapcainya itu. Beliau bercadang nak beli motor yang baru agar sebaya dengan kereta barunya itu. Dengan memberi kepercayaan 100 peratus kepada si Mamat tersebut Maula Mulia terus menyerahkan kunci motornya itu kepadanya.  Nah ini kunci motor tu, bawalah balik tunjukkan ayah awak. Nanti telefon Pak Cik beritahu samada ayah setuju atau tidak. Nombor telefon PakCik senang saja awak ingat iaitu. 02YGMULIA”

Nombor telefon apa tu Pak Cik, tak faham saya ?  Tak pernah saya jumpa pun nombor macam tu. Ada angka dan ada huruf pula tu.  bertanya si Mamat kepada Maula Mulia dengan penuh kehairanan.

Oh, mudah saja. Jika awak perhatikan pada tiap-tiap butang  tekan pada set telefon, di situ ada tertulis  huruf-huruf ABC selain angka 123. Jika awak tekan butang-butang yang ada angka dan huruf  02YGMULIA,  maka nombor yang awak tekan ialah 029468542. Itulah nombor telefon rumah Pak Cik yang sebenarnya” 

“Daripada Pak Cik susah-susuh nak mengingati nombor telefon Pak Cik dalam bentuk angka, lebih baiklah Pak Cik ingat dalam bentuk huruf atau perkataan. Kan ini lebih mudah. Lagipun YGMULIA atau yang mulia tu adalah gelaran orang kepada Pak Cik. Begitulah juga dengan nombor plet kereta Pak Cik ni. CU 5683 tu Pak Cik ingat sebagai see you love saja.  Begitulah Maula Mulia menjelaskan tentang nombor telefon dan nombor kereta beliau dengan penuh bersemangat.

Wah, Pak Cik ni pandai ya,… kreatif pula tu !,  komen si Mamat, memuji Maula Mulia.

Maula Mulia pun masuk ke dalam kereta Proton Saga barunya untuk pulang ke kampung. Motor kapcainya serta helmet diserahkan kepada Si Mamat dengan penuh sangkaan baik. Setelah memandu kira-kira beberapa kilo meter di atas jalan menghala ke arah kampungnya di tanah rancangan FELDA, beliau baru perasan bahawa motor kapcainya sedang mengekorinya.

Tiba di bahagian jalan yang banyak selekoh, Maula Mulia pun memperlahankan sikit keretanya. Bila kawasan selekoh tersebut  tamat, Maula Mulia dapati rupa-rupanya motor kapcainya kini telah berada di hadapannya. Motor tersebut terus laju hingga jauh meninggalkan beliau.

Maula Mulia rasa gembira kerana melihat dengan mata kepalanya sendiri motor kapcainya itu sedang dimunafaatkan. Namun tidak berapa lama kemudian, dari jauh lagi beliau ternampak seorang sedang berdiri di tepi jalan sambil melambai-lambaikan tangan kepadanya. Sementara seorang lagi sedang bertinggung di sebelah sebuah motor di bahu jalan, seolah-olah sedang cuba membaiki sesuatu kerosakan pada motor tersebut.

Waktu tu dah hampir senja. Jalan pun mulai gelap. Di kiri dan kanan jalan tak nampak yang lain melainkan hutan kelapa sawit yang tebal. Maula Mulia dengan tidak ada rasa apa-apa syak wasngka buruk, lantas memberhentikan kereta Proton Saga barunya di bahu jalan beberapa meter dari motor kapcainya itu.

Maula Mulia menyangka motor kapcainya itu rosak dengan tiba-tiba, oleh itu penunggangnya tentulah memerlukan pertolongan dari beliau. Malah beliau rasa agak bersalah kerana motor yang diserahkan kepada si Mamat itu tadi sebenarnya belum sempat diservis. Namun Maula Mulia tidaklah bimbang apa-apa. Beliau penuh yakin tahu bagaimana untuk mengatasi masaalah motor yang telah berjasa kepadanya lebih dua puluh tahun itu.

Belum sempat beliau keluar dari keretanya itu, dengan tiba-tiba kedua-dua anak muda yang menahan keretanya itu membuka pintu keretanya. Seorang masuk dan duduk di kerusi sebelah beliau manakala seorang lagi masuk dan duduk di kerusi belakang beliau. Beliau terkejut beruk dengan apa yang sedang berlaku terhadap dirinya.

Kini baru beliau mulai merasakan sesuatu yang tak kena. Kedua-kedua anak muda tersebut adalah orang yang beliau baru kenal tadi. Baru saja beberapa jam yang lepas. “Tergamakkah mereka mengkhianati aku ?”  Itulah soalan pertama yang tercetus dalam rangka pemikiran Maula Mulia.

Maaf ya Pak Cik, kami bukan nak apa-apakan Pak Cik. Jika Pak Cik tak cuba apa-apakan kami, kami juga tidak akan apa-apakan Pak Cik. Percayalah Pak Cik. Jadi kami harap Pak Cik ikut saja arahan kami supaya kita sama-sama selamat. Boleh Pak Cik ? , kata pemuda yang duduk di kerusi sebelah kiri Maula Mulia itu.

Tolonglah awak beritahu Pak Cik apa hajat awak berdua sebenarnya  dari Pak Cik ?  Jika Pak Cik boleh tolong, insya Allah Pak Cik pasti akan tolong,  bertanya Maula Mulia kepada anak muda tersebut dengan agak tenang.

Mungkin dalam hati kecil beliau masih ada lagi bibit-bibit kepercayaan bahawa dirinya masih mampu mendominasi kedua-dua anak muda itu dengan cara-cara yang hikmah. Beliau penuh yakin bahawa Allah bersamanya kerana beliau  tidak bersalah apa-apa kepada kedua-dua anak muda tersebut. Malah beliau dah sedekah pula rm50 kepada seorang dari mereka itu ketika di tepi mesin ATM tadi.

Ya Pak Cik, kami memang berhajat besar daripada Pak Cik. Sebelum tu biarlah saya ceritakan sikit kepada Pak Cik siapa kami sebenarnya. Mudah-mudahan Pak Cik faham dan dapat maafkan kami selepas ini, jawab si Mamat tersebut sebagai mukadimah bagi “amanat” yang akan di sampaikan.

Kami berdua ni Pak Cik dah lama hidup susah. Apa lagi yang kami tak buat supaya dapat hidup senang. Tapi semuanya tak menjadi. Akhir sekali kami menjual bahan-bahan bacaan. Mula-mula kami dapat untung agak berbaloi juga dari jualan kami itu. Malangnya suatu hari semua barang-barang jualan kami habis dirampas oleh pihak berkuasa”.

“Berbagai-bagai tuduhan dilemparnya  terhadap kami. Kononnya ada bahan-bahan bacaan yang tidak mendapat kelulusan KDN yang kami jual. Bukan saja barang-barang jualan kami habis dirampas, malah dengan kereta buruk arwah ayah saya pun diheret ke balai Polis. Mereka yang berkuasa tu memang zalim terhadap orang yang lemah macam kami, kata si Mamat yang duduk di sebelah Maula Mulia tu bagi meneruskan lagi penerangannya . Maula Mulia mendengar dengan penuh khusuk.

Maka sambung si Mamat tu lagi, Ikut fitrah tak ada siapa pun mahu jadi jahat. Tapi bila kerajaan zalim, maka ramailah rakyat yang akan jadi jahat. Bukan mereka suka-suka nak jadi jahat, tetapi kerana terpaksa. Kalau tak langgar undang-undang apa kerja pun tak boleh buat. Jika tak bagi rasuah kepada pihak penguatkuasaan, semua tak boleh lulus. Kalau nak lulus apa-apa permohonan mesti beri fulus”

“Rakyat macam kami berdua ni macam tak ada tempat dalam negara ini. Kerja-kerja banyak diberi kepada pendatang kerana mereka boleh ditekan dan ditipu tanpa ada pembelaan dari mana-mana pihak. Orang-orang atasan lebih suka ambil pendatang sebagai pekerja untuk menjimatkan kos. Bila kos rendah untung pun besar. Bila datang pilihan raya umum gunakan pula mereka ini sebagai pengundi hantu untuk mempertahankan kuasa

Orang macam Pak Cik mana pernah rasa susah seperti kami sekarang. Lebih-lebih lagi Pak Cik yang bergelar Yang Mulia. Hidup Yang Mulia tentu mewah kerana dapat elaun kerabat tiap-tiap bulan, kata si Mamat itu lagi. Mungkin disangkanya Maula Mulia adalah seorang kerabat raja kerana memakai gelaran “Mulia” di hujung namanya.

Agaknya tujuan si Mamat ni berkutbah kepada Maula Mulia ialah sebab dia berharap segala rugutannya itu akan disampaikan kepada pihak atasan. Mudah-mudahan akan berlaku perubahan positif 180 darjah dalam sistem pemerintahan negara.

Tapi Pak Cik buk a a n .…….. , Maula Mulia cuba mencelah untuk menafikan bahawa beliau berketerunan raja seperti yang disangkakan. Tapi dengan secepat kilat si Mamat itu memintas dan menyambung khutbahnya..

Nanti dulu Pak Cik , biar saya habiskan dulu. Di dalam negara kita ramai orang yang kena tipu tapi tidak ada pembelaan. Abang saya beli rumah guna pinjaman rumah dari kerajaan. Dah sebelas tahun gajinya dipotong tiap-tiap bulan tapi rumahnya masih belum siap”.

“Patutnya kerajaan janganlah potong dulu gaji abang saya tu. Kesiankanlah dia. Bukan salah dia. Itu kelemahan kerajaan sendiri kerana lemah dari aspek penguatkuasaan undang-undang. Mungkin dasarnya pun tak betul”.

“Akibatnya rakyat yang kena tanggung kesan buruk. Bukan abang saya seorang yang kena tipu, malah ramai lagi. Saya berani jamin, dalam setiap projek perumahan terbengkalai mesti ramai pembeli yang menjadi mangsa penipuan. Hutang pinjaman rumah terpaksa juga dibayar sedangkan rumah tidak boleh diduduki”

“Patutnya kerajaan kenalah mengambil tanggungjawab di atas kelemahan pihak penguatkuasaannya sendiri,  Janganlah senang-senang saja potong gaji kakitangannya yang tertipu dalam urusan membeli rumah. Kalau kaki tangannya sendiri pun kerajaan gagal memberi perlindungan dari  ditipu, Pak Cik ingat kepada bukan kakitangan kerajaan macam kami ni kerajaan nak beri perlindungan ?

Negara kita ni  kaya raya dengan hasil mahsul, tapi mana pergi kekayaan itu semua. Apa guna KLIA bagi rakyat miskin macam kami ni. Rakyat macam kami seumur hidup pun tak akan mampu naik kapal terbang.  Apa untungnya Putera Jaya bagi rakyat yang bukan kaki tangan kerajaan macam kami ni. Apa guna KLCC bagi kami ni yang nak ke Kuala Lumpur pun tak mampu bayar tambang bas”.

“Apa maknanya buat kereta nasional Proton Saga yang Pak Cik beli ni jika harganya lebih mahal dari kereta yang diimport dari luar negara dahulu. Harga kereta Proton Saga ni Pak Cik bayar rm17 ribu kan ?  Dulu sebelum ada Proton Saga, kereta yang lebih baik kualitinya berbanding dengan kereta ni tak sampai pun rm15 ribu. Jadi apa untung kepada seluruh rakyat jika kereta buatan dalam negara lebih mahal harganya dari kereta import ?”

“Tapi supaya kereta ni nampak lebih murah, maka cukai import  atas semua kereta import dinaikkan kadarnya berganda-ganda.  Maka jadi lebih mahallah harga kereta-kereta import berbanding dengan kereta Proton Saga ni. Sebenarnya rakyat dipaksa membayar subsidi kepada projek Proton Saga”

“Tiap-tiap pembeli kena bayar dua tiga ribu seorang. Lepas ni, percayalah mereka akan bina lebuh raya pula. Semua kereta yang nak lalu atas lebuh raya akan dipaksa bayar tol. Untung yang dikaut, hanyalah untuk dikongsi oleh segelintir rakyat tertentu saja

Pak Cik ingat bila dah keluarkan kereta nasional kerajaan akan berminat nak meningkatkan mutu pengangkutan awam ?   Bila mutu pengangkutan awam ditingkatkan menjadi lebih cekap dan tepat masa, rakyat mungkin tak rasa perlu nak beli kereta. Jadi macam mana nak jual kereta Proton Saga ni sebanyak mungkin”.

“Nak dieksport pun tak laku sebab kereta-kereta yang lebih berkualiti yang dibuat oleh negara-negara maju adalah lebih bermutu dan lebih murah di pasaran antarabangsa. Jika nak lihat juga kereta Proton Saga di pasaran antarabangsa, mau tak mau ia mesti dijual dengan harga lebih rendah dari kos pengeluaran”

“Objektifnya bukan lagi untuk mendapat keuntungan tetapi sebaliknya berkorban semata-mata untuk menunjuk kepada dunia bahawa negara kita juga hebat. Hebatnya negara kita ialah kerana ia mampu mengeluarkan kereta setanding dengan kebanyakan negara-negara maju yang lain”

“Yang untung ialah kroni-kroni yang terlibat dengan pengeluaran kereta Proton itu saja. Semua rakyat dipelemah supaya syok sendiri kerana bangga negaranya ada kereta nasional. Untuk bermegah-megah saja. Orang Perak kata, biar pape asal bergaye

Takpalah Pak Cik saya rasa setakat itu saja yang saya nak sampaikan kepada Pak Cik. Lepas ni Pak Cik pergilah cerita kepada kawan-kawan Pak Cik apa yang saya dah beritahu Pak Cik ni. Sama-sama fikir apakah yang saya cakap ni benar ataupun tidak. Saya Cuma nak nasihatkan Pak Cik satu saja”

“Pak Cik jangan cuba membuat apa-apa laporan polis selepas ini. Kami yakin bahawa polis tak akan tolong Pak Cik untuk mencari balik apa-apa yang hilang. Berapa banyak kes rumah dipecah masuk oleh pencuri yang dilaporkan kepada pihak polis. Tapi pernah Pak Cik dengar bahawa polis berjaya mengesan pencuri dan mangsa kecurian mendapat balik harta-hartanya yang dicuri itu. Jadi tak payahlah Pak Cik melaporkan apa-apa kepada pihak Polis. Buang masa Pak Cik saja”.

“Pak Cik pergilah lihat sendiri di balai-balai polis di seluruh negara. Bertimbun-timbun motorsikal tersadai bertahun-tahun. Kereta pun ada. Kononnya semua motor dan kereta itu adalah yang terlibat dengan kemalangan dan kes jenayah”.

“Semuanya ditahan sebagai bahan bukti kes. Kadang-kadang ketika ditahan dulu, kerosakannya sangat kecil. Tetapi bila kes sudah selesai, keadaan motor dah jadi besi buruk. Nak jual pun tak laku lagi kecuali jika pemiliknya setuju dijual dengan ditimbang kilo saja. Semua itu adalah antara penganiayaan yang dilakukan terhadap rakyat sendiri , bersungut lagi si Mamat.

Pak Cik jangan percayalah kalau ada orang kata bahawa selepas buat laporan polis barang Pak Cik yang dicuri akan dapat balik. Semua tu bohong belaka. Samalah dengan pembohongan yang mendakwa kadar kemalangan dan kadar jenayah semakin kurang”

“Sedangkan kita sering terbaca dalam akhbar Metro macam-macam kes jenayah dan kemalangan berlaku di sana sini hampir setiap hari. Sebenarnya bukan kadar jenayah dan kemalangan yang turun tapi jumlah laporan yang dibuat oleh mangsa yang semakin kurang. Sebab apa ?”.

“Sebab makin ramai rakyat yang dah tak percaya bahawa membuat laporan polis akan mendapat munafaat. Sebaliknya ramai mereka menganggap ia membuang masa saja. Malah, silap-silap langkah akan mendatangkan mudarat pula kemudiannya terhadadp orang yang membuat laporan”

“Itu sebabnya sekali lagi saya nasihatkan Pak Cik, jangan cuba membuat apa-apa laporan kepada Polis. Jika kami tak susah, Pak Cik pun tak kami susahkan. Baik Pak Cik ya. Maaf banyak-banyak kepada kami berdua ya Pak Cik, kata lagi si Mamat kepada Maula Mulia dengan nada sidikit mengugut.

Kemudian ditanya pula kepada Maula Mulia, apa yang saya dah cakap tu Pak Cik faham kah ?  Jika tak faham nak saya ulangi semula ?

Pak Cik ni orang Melayu. Awak cakap pun dalam Bahasa Melayu. Mustahil Pak Cik tak faham. Lainlah dengan anak Pak Cik yang darjah tiga tu”.

“Masa dia baru masuk  darjah satu, gurunya dah mula mengajarnya mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.  Munasabahlah jika dia tak faham apa-apa. Sekarang dah darjah tiga pun mengira campur dan tolak masih terkial-kial, jawab Maula Mulia seolah-olah menyindir dasar PPSMI yang dianggapnya sebagai dasar bodoh yang merugikan anak bangsanya itu.

Baguslah begitu Pak Cik. Kami bukan nak buat apa-apa kepada Pak Cik. Kami hormat Pak Cik sebagai orang tua yang dari keterunan orang mulia. Kami Cuma nak tinggal saja Pak Cik di sini bersama-sama dengan motor Pak Cik tu”

“Jadi tolonglah Pak Cik turun dari kereta ni sekarang. Motor Pak Cik tu sebenarnya tak ada apa-apa masalah. Pak Cik masih boleh menaikinya untuk pulang ke kampung Pak Cik dengan selamat kata si Mamat itu sebagai kalimah penutup.

Sebaik saja habis si Mamat itu memberi kutbahnya kepada Maula Mulia, rakannya yang dikerusi belakang Maula Mulia pun keluar dari kereta dan terus membuka pintu pemandu serta menarik keluar Maula Mulia dari keretanya. Dengan begitu pantas dia mengambil stering kereta tersebut , menghundur kereta itu kemudian membuat pusingan U dan memecut kereta itu ke arah bandar. Maka tinggallah Maula Mulia seorang diri di tempat kejadian.

Tanpa lengah Maula Mulia pun menghidupkan injin motor kapcainya lalu meneruskan perjalanannya ke kampung. Sepanjang perjalanan macam-macam persoalan bermain di dalam kepala otaknya. mujur juga budak-budak tu baik, maka diberinya balik motor itu kepada aku. Jika tidak terpaksalah aku berjalan kaki bepuluh-puluh kilo meter untuk pulang ke rumah”

“Apa yang budak muda tadi kata banyak juga kebenarannya. Kalau aku laporkan kepada Polis apa maknanya jika tidak ada apa-apa jaminan bahawa budak-budak itu pasti ditangkap. Belum tentu aku akan dapat balik kereta Proton Saga aku yang dirompak mereka. Silap-silap cakap, Polis kata aku bodoh sebab main percaya saja kepada anak-anak muda macam mereka tu walaupun tidak pernah  kenal dengan mereka

Otak Maula Mulia terus memikir apa tindakan yang patut beliau lakukan atas kejadian sebentar tadi. Tak kan aku tak lakukan apa-apa kut walaupun aku tetap redha dengan musibah yang menimpa diriku itu. Itu mungkin satu peringatan bagi ku”

“Selama ni aku ingat semua rakyat senang lenang belaka macam aku ni. Tak ada langsung rakyat yang susah kecuali yang memang malas bekerja. Bagi peneroka macam aku pun mampu beli kereta secara tunai, apa lagi mereka yang keluar dari university-universiti”

“Pendek kata di bawah pemerintahan kerajaan sekarang ni, kes rakyat menderita hanya merupakan kes-kes terpencil yang suka digembar gemburkan oleh parti-parti politik pembangkang yang gilakan kuasa. Ia bukan lagi realiti seperti tahun awal 70an dulu. Namun rupa-rupanya aku tertipu oleh maklumat palsu yang aku dengar dari mulut pemimpin-pemimpin rasuah. Aku tertipu oleh berita-berita palsu yang aku baca dalam media massa perdana selama ini

Belum habis Maula Mulia memikirkan tindakan yang wajar beliau lakukan itu, beliau telah sampai ke surau kampungnya. Beliau cepat-cepat ambil wudhu lalu menunaikan solat magrib kerana waktu Isya pun sudah terlalu hampir.  Sebaik saja memberi salam dan membaca doa rengkas,  beliau disapa oleh Pak Rasol (PR)”.

“Pak Rasol (PR) ialah sahabat paling karib bagi Maula Mulia di  kampung itu. Apa yang uniq tentang Pak Rasol (PR) ini ialah beliau lebih cerdik dan berfikiran sangat terbuka berbanding dengan lain-lain anak kampung tersebut . Ini yang menyebabkan anak-anak kampungnya itu masih boleh menerima beliau sebagai salah seorang dari AJK surau kampungnya walaupun mereka nampak ada sedikit kehijauan pada diri Pak Rasol (PR). Sedangkan hampir seluruh anak khariah kampung itu adalah biru pekat belaka”

“Boleh dikatakan Pak Rasol (PR) seorang saja dari AJK surau tersebut yang membaca akhbar tiap-tiap hari termasuklah Harakah dan Suara Keadilan. AJK lain rata-rata tidak berminat membaca apa-apa, sebaliknya taksub kepada pemimpin-pemimpin dari parti yang memerintah saja. Putih kata pemimpin maka putihlah kata mereka. Hitam kata pemimpin maka hitamlah juga kata mereka.

Apa lagi, macam si mengantuk disurung bantalah bagi Maula Mulia apabila disapa oleh Pak Rasol (PR), Sementara menunggu muazin melaungkan azan Isya sempat juga Maula Mulia menceritakan kepada sahabat karibnya itu peristiwa yang telah berlaku terhadap beliau dari A hingga Z. Namun tidaklah pula diceritanya secara terperinci segala isi khutbah yang dibaca oleh perompak muda tadi kepadanya”

“Selepas berhenti beliau menceritakan musibah yang telah menimpanya itu maka Pak Rasol (PR) menawar diri untuk menemani beliau untuk ke balai Polis pada esok harinya bagi membuat laporan. Yang pelik lagi ajaib dan mengejutkan Pak Rasol (PR) ialah kenapa pula Maula Mulia berkata bahawa laporan Polis tak ada guna apa-apa pun”

“Katanya beliau tak nak menambahkan lagi beban kepada mana-mana pihak terutama pihak Polis. Biarlah beliau redha sepenuhnya terhadap musibah yang telah ditakdirkan menimpa dirinya  siang tadi. Malah beliau berdoa pula agar perompak muda yang merompak hartanya itu akan berjaya membebaskan diri dari perangkap kemiskinan yang boleh membawa kepada kekufuran itu.

Di sinilah agaknya maka dapat kita lihat sifat mulia yang ada pada individu yang bergelar Maula Mulia itu. Beliau mudah memaafkan semua orang dengan syarat orang berkenaan insaf kemudiannya. Bila beliau baru saja dirompak, tak dapat dinafikan bahawa sebagai seorang insan biasa yang ada hati dan ada perasaan, beliau tetap marah kepada perompak berkenaan.

Namun semua perasaan marah beliau menjadi tawar bila ada sikit budi yang ditunjukkan oleh perompak berkenaan terhadap beliau. Apakah budi yang dimaksudkan itu ?  Bagi Maulan Mulia, memulangkan motor kapcainya kepadanya ketika beliau sangat-sangat memerlukannya adalah sudah cukup ketara sebagai suatu tanda seseorang itu berbudi kepadanya.

Begitu juga dengan layanan baik yang telah diberi oleh perompak muda itu kepadanya iaitu tidak mengenakan sikit pun kecederaan ke atas dirinya semasa dalam tahanan mereka. Sedangkan di dalam tahanan Polis pun belum jamin sesorang itu tidak diapa-apakan walaupun tuduhan terhadapnya belum terbukti benar atau sebaliknya.

Yang lebih menggemparkan seluruh kampung tersebut ialah seminggu selepas kejadian tersebut. Kononnya Maula Mulia akan membuat satu jamuan yang agak besar di rumahnya. Lima ekor lembu dikorbankan. Rupa-rupanya jamuan itu hanya untuk merayakan satu kesyukuran bagi Maula Mulia kerana beliau telah diselamatkan Allah dari musibah yang lebih besar.

Bagi beliau kehilangan sebuah kereta Proton Saga baru bersama-sama dengan beg James Bond beliau yang berisi wang tunai tiga rubu ringgit itu bukanlah satu musibah yang besar. Musibah yang lebih besar ialah dicederakan ataupun didera walau dengan apa cara sekali pun.

Namun yang paling bernilai yang disykuri oleh Maula Mulia ialah apa yang dikatakan sebagai blessing in disguish dari musibah yang dialami beliau itu. Benda yang bernilai yang dimaksudkan itu ialah suatu kesedaran atau keinsafan. Selama ini beliau menerima bulat-bulat saja segala yang disampaikan kepada beliau oleh mulut pemimpin-pemimpin politik dari parti yang memerintah sebagai benar belaka.

Berita yang dilihat dalam kaca TV dan yang dibaca dalam semua akhbar media perdana tak ada yang palsu bagi beliau. Jika keputusan nombor tiket loteri yang menang yang disiarkan di dalam akhbar utama sejak zaman Tunku Abdul Rahman menjadi PM dahulu tidak pernah silap, maka begitulah juga berita-berita lain mengikut tanggapan Maula Mulia. Semuanya tidak mungkin salah. Itulah tahap ketaksuban tebal yang telah sebati dalam hati Maula Mulia dulu,  kini dan …………… ?

Peranan Pak Rasol (PR) bagi menjayakan majlis jamuan kesyukuran tersebut tidak harus dipelekehkan.. Walaupun pada mulanya beliau rasa begitu pelik sekali dengan sikap Maula Mulia kerana enggan menerima pelawaan beliau untuk menemaninya membuat laporan Polis, namun kemudiannya beliau faham niat mulia sahabatnya yang bergelar Maula Mulia itu.

Pak Rasollah (PR) yang menjemput sepasukan peminat motor besar datang ke majlis jamuan tersebut bagi mempamirkan motor mewah masing-masing pada siang harinya. Ada di antara penunggung dan pemboncing motor-motor besar itu yang tidak asing bagi anak-anak kampung tersebut kerana pernah keluar di kaca TV.  Namun ada juga yang  mereka belum kenali kecuali beberapa orang dari anak kampung itu saja.

Majlis mulai mendaki ke kemuncaknya selepas solat Isya. Ia bermula dengan ucapan mukadimah oleh Pak Rasol (PR ) selaku pengerusi majlis yang dilantik secara bidan terjun oleh jemaah pengelola majlis tersebut. Selepas memberi ucapannya yang agak rengkas itu maka Pak Rasol (PR) pun menjemput Maula Mulia sendiri untuk memberi sepatah dua kata sebagai tuan rumah.

Maka tampillah Maula Mulia ke pentas dengan begitu selamba. Selepas memberi salam dan mengucap terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang hadir ke majlis itu maka beliau pun meneruskan ucapannya seperti berikut.

Mungkin dah ramai diantara saudara-saudara sekalian yang telah pun mendengar tentang apa yang telah berlaku terhadap diri saya seminggu yang lalu. Ada yang dah dengar dari mulut saya sendiri, ada yang dengar dari mulut Pak Rasol (PR) sahabat karib saya ni, atau dari mulut ke mulut orang lai”.

“Namun saya percaya masih ramai lagi dari saudara-saudara yang belum lagi tahu tentang berita menarik itu kerana ia tidak terbit dalam mana-mana media perdana.  Saya rasa sebab apa media massa tak hebahkan berita tersebut, ialah kerana saya tidak buat apa-apa laporan Polis. Jadi ada baiknya saya tidak melaporkan kejadian yang menimpa saya itu”

“Kalau tidak, mungkin sehingga ke hari ini pun saya masih diburu oleh pemberita-berita yang sentiasa melaparkan berita-berita sensasi untuk melariskan akhbar masing-masing. Alhamdulillah saya telah mengambil tindakan yang bijak iaitu tidak membuat laporan Polis tentang apa yang saya alami hari itu. Polis pun tentu suka sebab statistik kejadian jenayah pun tak meningkat satu mata. Bila statistik jenayah tak meningkat maka betullah apa yang mereka dakwa itu

Setelah menceritakan dengan agak panjang lebar dari mula beliau menungkat motor kapcainya di hadapan bank Bumiputera pada hari kejadian tersebut, hinggalah ke waktu beliau selamat pulang ke kampungnya pada malam hari berkenaan, beliau pun merumuskan ucapannya seperti berikut.

Berdasarkan pengalaman peribadi saya yang sangat bersejarah buat diri saya itu, saya mula bertanya kepada diri sendiri, apakah yang mampu saya buat supaya kejadian yang sama tidak berlaku kepada orang lain. Tak kiralah samada berlaku kepada ahli keluarga kita sendiri, ataupun kepada mana-mana individu lain yang tidak berdosa walaupun tidak kita kenali”

“Saya penuh yakin bahawa sekiranya negara yang kita cintai ini diurustadbir oleh mereka  yang jujur, niscaya peristiwa yang saya alami itu tak mungkin berlaku. Bila mereka yang memegang kuasa memerintah negara adalah individu-individu yang tidak bersifat jujur, jangan harap kita akan dapat menikmati hidup yang selamat, aman sentosa seperti di Makkah dan Madinah

Bagi saya suasana yang selamat seperti di Makkah dan di Madinah tak mustahil diwujudkan di negara kita jika kita pandai memilih pemerintah. Ciri-ciri penting pemimpin yang kita mesti pilih ialah yang jujur serta cerdik. Jika terhadap diri sendiri pun tak jujur bagaimana mungkin orang macam dia akan jujur kepada rakyat jelata dan negaranya”

“Contohnya, sebagai seorang yang mengaku dirinya Islam dia tahu bahawa menutup aurat itu wajib dan jika tak tutup aurat akan masuk neraka.  Tapi dia masih juga mendedahkan auratnya. Apakah individu macam ni boleh kita anggap seorang yang jujur hingga kita mahu angkat semula menjadi pemimpin ?

Tanpa ada kejujuran perbagai gejala negatif akan menular dengan subur. Rasuah akan berleluasa. Maruah diri akan hilang kerana sudah tiada rasa malu diri lagi untuk melakukan apa-apa juga kesalahan dengan sengaja. Lebih tinggi pangkatnya lebih besar kerosakan yang dilakukan kepada negara akibat salah laku yang diamalkan”

“Kita bagi pinjaman berjuta-juta ringgit  dari dana negara kepada pemimpin macam ni, apa yang kita dapat sebagai balasannya ?  Tuan-tuan jawablah sendiri. Tapi bagi saya kita tidak ada jalan lain lagi bagi menyelamatkan negara kita dari menjadi lebih parah. Kita hanya mampu memastikan agar kuasa memerintah diberi kepada mereka yang lebih jujur dari mereka yang sebelumnya. Itu saja yang kita mampu buat untuk melihat negara kita lebih selamat dan lebih selesa didiami di masa akan datang

Sebagai penutup bagi ucapan saya ini, maka sekali lagi saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi hadir merai’ kan majlis kesyukuran saya yang tak seberapanya ini. Jika ada apa-apa tersalah cakap atau perkataan saya yang menyinggung mana-mana perasaan dalam ucapan saya sebentar tadi, maka saya pohon ribuan ampun dan maaf. Sekian, Wabillahi taufik , wahidayah wasalamualakkum w.w.  Dengan itu majlis pun kembali semula kepada Pak Rasol (PR)  sebagai pengurusinya.

Kononnya dengan kebijaksanaan Pak Rasol (PR) beliau telah berjaya memujuk seorang AJK Pakatan Rakyat peringkat pusat untuk turut hadir ke majlis jamuan tersbut. Orang kuat PR tersebut rupa-rupanya adalah salah seorang dari tetamu yang datang ke majlis tersebut bersama geng motor besar.

Setelah berjaya memenangi hati para-para hadiran dengan penuh hikmah maka Pak Rasol (PR) pun menjemput orang kuat PR berkenaan ke pentas memberi ucapan. Khabarnya ucapan wakil PR Pusat tersebut telah mendapat reaksi sangat memberansangkan dari majoriti para hadiran. Ia telah berjaya mencetuskan satu anjakan paradigma di dalam minda anak-anak kampung tersebut.

Sekarang baru mereka mula nampak tembelang sebenar pemimpin-pemimpin yang selalu mereka puji dan puja sejak mula menyetai rancangan tanah peneroka puluhan tahun dahulu. Mereka sebenarnya tidak sebodoh yang disangkakan walaupun telah cuba diperbodohkan semaunya oleh pemimpin-pemimpin yang tidak jujur sejak sekian lama.

Anak-anak dan cucu mereka yang rata-rata celik komputer dan internet  savy kini menjadi pemangkin atau agen perubahan kepada peneroka-peneroka tanah rancangan tersebut. Sama-samalah kita doakan agar negara akan berubah 180 darjah selepas PRU13 nanti, insya Allah.

Wallahualam.

d a u l a t    r a k y a t  !

 

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Si bangang saja layak ditipu : https://4uni2c.com/2013/02/25/4uni2c-13225-si-bangan-saja-layak-ditipu-bn/

Peragut sen-sen berlesen : https://4uni2c.com/2012/12/11/4uni2c-12z11-peragut-sen-sen-berlesen/

Kisah pemandu yang bangang : www.4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/

 

 

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

 

 

@OPajar #2616

CEREKANA #12X21 Kisah Pemandu Yang BANGANG (The confused driver)

•2012-10-21 • 1 Comment

*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan, sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan skrin, kemudian SKROL

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Kisah Pemandu Yang BANGANG

.

Error
This video doesn’t exist
.

.

Bong Nakai (Nakai hendaklah disebut Naka-E) ialah seorang individu berusia kira-kira separuh abad.  Beliau bekerja sebagai pemandu dengan sebuah kompeni. Kompeni tersebut adalah milik seorang Inggeris kaya bergelar Tuan Richman (RM).

Satu petang Bong Nakai (BN) telah pergi ke ‘airport’ dengan memandu kereta kompeni. Tujuannya ialah menjemput anak saudaranya yang tiba dari kampung. Ini bukanlah kali pertama BN berbuat demikian.  Malah telah berulang-ulang kali beliau menggunakan kereta kompeni untuk bukan urusan rasmi.

Agaknya itulah sebabnya orang-orang dari kampung asalnya menyangka BN seorang yang agak “berkuasa”  dalam kompeni”nya”.   Biasanya, hanya pekerja begini sahaja yang bebas menggunakan kereta kompeni macam kereta mak bapaknya sendiri. Bukan sekadar kereta kompeni saja, hatta segala asset lain, termasuklah juga kakitangan kompeni.

Setibanya di sebuah simpang berlampu isyarat, BN berhenti dengan agak mengejut. Ini menyebabkan kereta yang di belakangnya tidak sempat brek lalu menghentam kereta yang BN pandu itu dari belakang.

Dengan rasa yang penuh cemas lagi marah BN keluar dari kereta panduannya itu. Beliau meluru ke kereta yang melanggarnya itu untuk bersemuka dengan pemandu kereta tersebut. BN bercadang hendak “menyerang” pemandu kereta tersebut dan menuntut satu gantirugi yang berbaloi.

Wah !  Alangkah terkejut besar BN apabila didapatinya pemandu kereta tersebut ialah Tuan RM, taukeh kompeni tempat dia mencari makan. Dengan serta merta hatinya berubah menjadi kecut kerana menyangka Tuan RM akan marah kepadanya sebab menggunakan kereta kompeni  bagi kepentingan peribadi.

Sori tuan, saya tak sengaja tuan !”  kata BN kepada Tuan RM dengan rasa amat takut lagi bersalah. Takut bukan kerana melakukan kesalahan trafik, tapi takut kerana telah menyalahgunakan kereta kompeni bukan untuk urusan rasmi.  Pergi ke ‘airport’ menjemput anak saudaranya tidak boleh dikira urusan rasmi. Ia tidak ada kena mengena dengan urusan kompeni sikit habuk pun.

Oh !  Itu  tidak mengapa. Kamu tidak salah. Saya yang salah sebab saya langgar KERETA  KAMU dari belakang”  jawab Tuan RM dengan penuh rasa simpati.  Beliau lalu menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet duitnya. “Ambil ini wang dan pergi baiki KERETA KAMU ini”  kata Tuan RM dengan telor keinggerisannya. Beliau menghulurkan sekeping wang kertas kepada BN.

BN macam tak percaya kepada matanya sendiri apabila angka yang dilihatnya pada wang kertas tersebut ialah RM1000. Belum sempat BN bertanya apa-apa kepadanya, Tuan RM telah beredar dari tempat kejadian dengan sangat tergesa-gesa, tentu kerana beliau ada urusan penting yang perlu dikejari.

Berbagai-bagai spekulasi tercetus dalam fikiran BN. Faktor pertama, kenapa nilai wang yang diberi kepadanya itu amat “menakutkan” dan apa mesejnya. Namun factor yang maha penting ialah perkatan “KERETA KAMU” yang disebut dan diulang sebut oleh Tuan RM sebentar tadi. Selepas termenung beberapa ketika menganalisis apa yang “tersurat” maka terlintaslah dalam fikirannya yang bangan itu, kemungkinan maksud mesej yang tersirat.

Terfikir oleh BNbukanlah suatu yang mustahil bagi kompeni untuk menghakmilikkan kereta yang aku pandu itu kepada aku. Ini merupakan suatu insentif buat aku agar aku lebih bersemangat  untuk bekerja dengan lebih gigih dan rajin. Ini akan menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dariku.  Akhirnya siapa yang akan untung dengan berlipat ganda kalau bukan kompeni”.

“Jika setiap warga kompeni macam aku, ‘confirm’ kompeni akan menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Lagipun menghakmilikkan kereta itu kepadaku adalah sejajar dengan dasar Pengswastaan Negara”,  Idea ini disokong kuat oleh sikap amat pemurah yang telah ditunjukkan oleh Tuan RM. Jika tak, takkan beliau sanggup memberinya hingga RM1000 bagi membaiki keretanya itu. Padahal kerosakannya tidaklah seteruk mana pun.

Rupa-rupanya prinsip “hak kompeni adalah sama dengan hak milik mak bapak aku” adalah prinsip yang diterimapakai dan dipegangi oleh BN dulu kini dan selama-lamanya.

Beberapa hari kemudian, Bong Nakai pun membawa kereta”nya” yang baru siap dibaiki itu ke tempat kerja. Wah !  gempar besar seluruh warga kerja kompeni tempat BN bekerja itu.  Masing-masing hairan melihat kereta yang dipandu BN telah bertukar wajah menjadi biru pekat. Sedangkan kereta-kereta kompeni yang lain masih berwarna hijau dulu, kini dan selama-lamanya.

BN pun dipanggil oleh Pak Rahmat (PR) yang merupakan ketua pemandu bagi semua pemandu kereta-kereta kompeni. PR minta penjelasan dari BN kenapa perkara sedemikian boleh berlaku atau dilakukan oleh BN. Apakah respon BN ?

Kereta ini kereta saya. Tuan Richman sendiri yang perakui petang tu bahawa kereta itu kereta saya. Jadi suka hati sayalah nak tukar warna ke, tak tukar warna ke. Pak Rahmat sebok-sebok ni kenape ?”

Pagi hari berikutnya menyaksikan perjumpaan empat mata antara PR dan Tuan RM di pejabat Tuan RM. Pada petangnya pula kedua-duanya, BN dan PR pun dipanggil mengadap oleh Tuan RM.Siapa suruh kamu tukar warna itu kereta jadi biru ?”  tanya Tuan RM dengan hairan tapi sopan.

Oh tuan ! Saya memang sangat suka warna biru sejak dulu, kini dan selama-lamanya” jawab BN dengan spontan, ceria dan penuh sangkaan baik.

Tapi…, itu kereta kompeni. Semua kereta kompeni mesti warna hijau”   respon Tuan RM dengan suara yang agak lembut tetapi tegas.

Tapi tuan … hari tu tuan sendiri ada kata sama saya itu kereta saya yang punya. Tuan juga ada beri saya satu ribu ringgit dan suruh saya pergi baiki kereta saya itu. Lepas baiki itu kereta baki wang itu masih cukup untuk mengenakan cat baru pada kereta itu. Saya pun pilih cat biru pekat metalik tu kerana memang saya lebih suka warna biru dari warna hijau”  jawab BN dengan rasa agak keliru dan kecewa.

Sorry la kerana saya sudah silap itu hari. Itu hari saya sudah salah cakap dan sudah beri lebih wang kepada kamu. Saya ingat itu wang seratus ringgit. Rupa-rupanya ia seribu ringgit” balas Tuan RM kepada jawapan BN. Kemudian Tuan RM berpaling kepada PR (Ketua Pemandu) lalu berkata, “Pak Rahmat boleh bawa itu kereta sekarang, pergi tukar catnya kepada hijau !

Kedua-dua pemandu kompeni tersebut pun meninggalkan pejabat Tuan RM dengan perasaan yang berbeza. PR dengan perasaan amat lega kerana telah berjaya menunaikan tugas dan tanggungjawabnya dengan jujur dan tegas bagi membetulkan salahfaham anak buahnya itu. Sebaliknya BN pula dengan penuh kecewa bersungut menyalahkan Tuan RM lalu melabelkan beliau “buruk siku”

Soalan:

SEKIRANYA Barisan Nasional (BN) mendakwa Kerajaan Malaysia itu adalah Kerajaan BN. Apakah dakwaan ini suatu dakwaan yang berasaskan kebenaran ?

Secara “legal” bolehkah logo BN diletakkan di kepala semua surat rasmi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan yang diperintah BN ?

Adakah dakwaan BN bahawa BN= kerajaan = BN mehalalkan BN menggunakan dengan bebas segala sumber awam (kakitangan, agensi, hartabenta, wang, TV, radio dan lain-lain) demi menjamin kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum ?

ADILkah melabelkan “anti kerajaan”  terhadap penjawat-penjawat awam yang tidak menyokong BN serta melabelkan “kacang lupakan kulit” terhadap pesara-pesara awam  yang tidak mengundi BN ?

Setuju tak anda jika kita Rakyat Malaysia (RM) sekalian diibaratkan seperti Tuan Richman yang berkuasa membetulkan kesalahan Barisan Nasional (BN),  manakalah BN pula dianalogikan seperti Bong Nakai  yang sering menggunakan sumber-sumber milik kompeni untuk kepentingan peribadi kerana menganggap harta kompeni sama seperti harta mak bapaknya ?

SELINGAN 

 

d a u l a t  4  r a k y a t

Lain-lain PenCERAHan yang relevan

Mejar (P) Zaidi # 01 Icon PRU 13    https://4uni2c.com/2014/10/18/major-p-zaidi-01-icon-pru-13/

4uni2c #13225 Si BANGANG Saja Layak DiTIPU BN   https://4uni2c.com/2013/02/25/4uni2c-13225-si-bangan-saja-layak-ditipu-bn/

CEREKANA #13225 Sheriff Yang BANGANG  https://4uni2c.com/2013/02/25/cerekan-13225-sheriff-yang-bangang/

*** Utk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

@ OPajar    #11Z28

CEREKANA #12X18 Al Maha-TIRIS Wal Maha-TIRU

•2012-10-18 • Leave a Comment

CEREKANA #12X18 Al Maha-TIRIS Wal Maha-TIRU

** Untuk menCARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan skrin, kemudian SKROL.

Maha-TIRIS dan Maha-TIRU adalah dua ketul watak busuk. Hubungan mereka antara satu dengan yang lain sangat intim. Bak kata pepatah Melayu, “macam isi dengan kuku”. Masing-masing sangat kuat bekerjasama, saling bantu membantu untuk sama-sama mencapai kepentingan dan aspirasi masing-masing. Mereka, tak ubah “macam aur dengan tebing”

Kata aur kepada tebing, “mujurlah ada demo, maka dapatlah ambo menumpang tumbuh”.

“Begitulah juga demo” sahut tebing, “kalau tak ada demo dah lama ambo terhakis dek arus sungai yang deras ni”.

Namun, kadangkala hubungan kedua mereka lebih mirip umpama pokok dengan dendalu. Maha-TIRIS umpama pokok, manakala Maha-TIRU umpama dendalu. Mati pokok matilah dendalu, tetapi mati dendalu pokok masih boleh hidup malah lebih subur. Ini menyebabkan Maha-TIRU lebih menjaga Maha-TIRIS agar jangan mati, berbanding Maha-TIRIS terhadap Maha-TIRU.

Dalam Islam sikap berbaik-baik dan bekerjasama memanglah sangat digalakkan. Malah dijanjikan pahala oleh Allah S.W.T. Dua insan yang bersama dan berpisah kerana Allah, bakal dilindungi di bawah arasy di akhirat nanti. Mereka dikira sekelas dengan golongan pemipin yang adil. Sekelas dengan pemuda yang hatinya tertambat dengan masjid. Sekelas dengan orang yang selalu bangun malam beribadat dan menangis kerana kagum dengan kebesaran Allah dengan penuh insaf akan kelemahan diri sendiri.

Turut termasuk ke dalam kategori golongan yang bakal mendapat lindungan arasy Allah itu ialah lelaki yang diajak berzina oleh perempuan cantik lalu ditolaknya semata-mata kerana takut kepada Allah. Se lagi ialah penderma yang ikhlas. Ia tidak suka menunjuk-nunjuk sifat dermawannya kepada sesiapa jua. Hatta keikhlasannya itu diibaratkan seolah-olah tangan kirinya tidak sedar bahawa tangan kanannya sedang menghulurkan derma atau sedekah.

Begitu sekali hebatnya martabat Maha-TIRIS dan Maha-TIRU sekiranya hubungan rapat mereka adalah semata-mata kerana Allah. Bukan sekadar nawaitu saja. Malah ia mestilah dengan mengikut lunas-lunas tertentu yang digariskan oleh Islam. Bukannya “the end justifies the means” iaitu prinsip popular yang diterimapakai oleh kebanyakan pemimpin kini agar penyelewengan masing-masing tidak dianggap salah.

Tetapi sayang, Maha-TIRIS dan Maha-TIRU yang nak diperkenalkan untuk iktibar ini bukanlah bersifat demikian. Sebaliknya mereka berdua ini adalah insan-insan yang paling banyak menimpakan kesusahan di muka bumi ini. Tindak tanduk mereka adalah yang bukan-bukan. Namun akibatnya bukanlah mereka sendiri yang menanggungnya. Orang lain pula yang dibebankan. Sedangkan mereka sendiri bersenang lenang dan bersedap-sedapan menikmati hasil tindakan kotor masing-masing. Pendek kata, kesenangan yang dinikmati mereka adalah di atas kesusahan dan kesengsaraan orang lain. Mereka ini bukanlah yakjuj dan makjuj yang sering kita dengar diceritakan oleh tok-tok guru dan ustaz. Jadi siapakah mereka ini yang sebenarnya ?  Kita perlu kenal kedua-dua watak busuk ini supaya dapat sama-sama kita awasi angkara mereka sebelum ia menjadi begitu gawat dan sukar untuk dibendung lagi.

Untuk mengenali mereka, maka perlulah kita membaca dua buah kisah berikut terlebih dahulu. Maha-TIRIS boleh pembaca kenali setelah membaca dan memahami watak utama dalam kisah “Mad Joned”. Manakala bagi mengenali Maha-TIRU pula pembaca perlulah membaca dan memahami “Kisah Gajah Berak Kek”.

Selamat membaca.

(Perhatian: Kedua-dua cerita berikut adalah CErita REKaan ANAlogi (CEREKANA) sahaja. Ia tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu, samada yang masih hidup maupun yang telah mati, kecuali secara kebetulan. Cerita ini relevan dengan novel SHIT karangan Dr.Shanon Ahmad. Oleh itu pembaca disarankan agar turut membaca SHIT untuk lebih mudah menghayati CEREKANA ini)

Al Maha-TIRIS wal Maha-TIRU

Watak durjana masa ke semasa

Isma ini yang pemipin tiru

Rosak Negara, agama dan bangsa

Kisah Mad Joned

Tidak berapa lama yang silam, di sebuah pulau yang agak terpencil, terdapat seorang pemuda bergelar Mat Joned. Kononnya nama Mad Joned sebenar ialah Joned bin Koned. Perkataan “Mad” telah ditambah oleh seorang pelancong orang putih (Inggeris) yang berkunjung ke pulau tersebut suatu ketika dahulu. “Mad” dalam bahasa orang putih bermaksud “gila”. Pelancong orang putih berkenaan mungkin menganggap Joned kurang siuman atau gila. Semasa kunjungannya ke pulau itu dahulu, beliau telah terlihat telatah Joned melompat dari satu pohon kelapa kepada pohon kelapa yang lain tanpa rasa takut sedikit pun. Sifat tak tahu rasa takut lazimnya ada pada orang yang kurang siuman, lebih-lebih lagi pada orang gila. Mungkin dengan niat bergurau, orang putih berkenaan terus memanggil Joned dengan “Mad Joned” yang membawa maksud Joned yang kurang siuman atau Joned yang gila. Kebetulan di pulau tersebut terdapat beberapa orang lagi pemuda lain yang bernama Joned. Oleh itu gelaran “Mad Joned” bagi Joned bin Koned itu sangat relevanlah kerana dia dapat membezakan beliau dengan Joned-Joned yang lain.

Pada peringkat awalnya, tiada siapapun sedar bahawa gelaran yang diberi itu adalah satu gelaran negatif. Ini kerana dalam bahasa tempatan Mat selalunya disebut bagi mengganti Ahmad atau Muhamad. Nama Ahmad dan Muhamad pula agak biasa bagi orang-orang Melayu Islam. Oleh kerana Mad dan Mat lebih kurang sama saja bunyi sebutannya, maka masyarakat di pulau itu menyangka pelancong orang putih berkenaan memanggil Mat (Ahmad/Muhamad) Joned, bukat Mad (gila) Joned. Dalam keadaan semua orang buta Inggeris, tiada siap yang perasan tentang keburukan pada nama Mad Joned itu. Lama kelamaan, si Joned pun terus kekal dipanggil Mad Joned dulu, kini dan selama-lamanya.

Kerja Mad Joned ialah memanjat kelapa. Dia mendapat upah hasil dari perkhidmatannya memanjat kelapa. Sebagai pemanjat kelapa, seseorang itu mesti ada keberanian. Namun, keberanian Mad Joned adalah luar biasa. Mungkin juga gelaran “mad” yang diberi pelancong orang putih berkenaan merupakan satu pengiktirafan peringkat Komanwel, terhadap keberanian Joned yang luar biasa itu. Malah ada potensi untuk meningkat ke taraf Olimpik pula sedikit tahun lagi. Mad Joned sanggup memanjat pohon-pohon kelapa walau setinggi mana pun. Walaupun ketika taufan sedang melanda. Ini menyebabkan beliau amat disegani kawan dan lawan yang sewaktu dengannya. Ia sohor di kampungnya, malah di seanterio pulau tersebut.

Perkhidmatan Mad Joned sangat diperlui oleh kebanyakan warga pulau tersebut  yang bergantung kepada buah kelapa sebagai salah satu sumber utama pendapatan. Selain Mad Joned, belum pernah ada maknusia lain yang sanggup menggadai nyawa memanjat pohon-pohon kelapa. Terutama pohon-pohon tua yang telah sekian tinggi itu, yang menunggu masanya sahaja untuk rebah ke bumi. Tanpa Mad Joned kelapa tua terpaksa ditunggu sampai masak hitam, baru ia jatuh sendiri ke bumi. Penawaran kelapa dulu tidak dapat dikawal kerana terlalu bergantung kepada factor semulajadi alam yang menentukan bilakah sesebiji kelapa itu akan gugur ke bumi.

Kehadiran Mad Joned telah berjaya merobah keadaan pasaran kelapa. Penawaran kelapa kini lebih mudah dikawal. Bila adanya permintaan, kelapa yang sudah tua sudah boleh ditawarkan walaupun belum gugur. Mad Joneh boleh menurunkannya segera tanpa perlu menunggu kelapa-kelapa tersebut gugur sendiri. Bila adanya kawalan, maka harga kelapa pun lebih setabil. Ini membuat Mad Joned bertambah penting. Kehadirannya tidak boleh tiada lagi. Dia dianggap “indispensible”, kata orang putih. Kehadiran Mad Joned menyumbang kepada kesetabilan harga kelapa serta member keuntungan yang lebih kepada penduduk-penduduk pulau tersebut.

Kalau diikutkan, upah yang diterima Mad Joned sedikit pun tak berbaloi dengan risiko yang diambil oleh Mad Joned.  Namun Mad Joned sentiasa menunjukkan minat dan semangat “ Malaysia Boleh” yang amat tinggi terhadap pekerjaannya yang sangat mencabar itu. Malah ia rasa sangat bangga dengan professionnya itu. Mad Joneh penuh yakin bahawa di pulaunya, hatta di seanterio dunia pun tidak akan terjumpa orang yang sehandalnya dalam bidang kemahiran memanjat kelapa. Keyakinan ini saja pun dah cukup menjadi sumber kepuasan kepada dirinya. Kata orang sekarang, cukup untuk syok sendiri (SS). Keyakinan ini bertambah kental lagi bila pujian demi pujian disogokkan kepadanya oleh pelanggan-pelanggan yang memerlukan perkhidmatannya. Lama kelamaan Mad Joned menjadi begitu ketagih dengan sanjungan dan pujian maknusia. Pujian dah menjadi steroid pula kepadanya. Bila steroid diambil baru dia dapat berkhidmat dengan lebih mesra, cepat dan betul.

Sikap “bajak wangkang makan diangkat” yang telah menjadi sebati dengan darah daging Mad Joned bukan tiada puncanya atau tiada asal usulnya. Semasa di banggu sekolah dahulu Mad Joned kurang tertonjol dalam pelajaran akedemiknya. Sebaliknya dia sangat tertonjol dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Kebetulan pula guru besar sekolah Mad Joned belajar sangat memberi penekanan kepada ativiti sukan dan kokurikulum. Mad Joned selalau mendapat pujian dari guru besarnya kerana banyak menempah kejayaan dalam beberapa aktiviti kokurikulum dan sukan. Gurunya sanggup memaafkan Mad Joned bila dia tidak menyiapkan kerja-kerja rumah asalkan Mad Joned terus cemerlang dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Bagi guru besarnya, Jasa Mad Joned mengharumkan nama sekolah dan namanya sebagai orang nombor satau bagi sekolah tersebut adalah terlalu besar.  Guru besar amat bangga dengan Mad Joned. Walaupun Mad Joned tidak O.K. dalam bidang akedemik namun kata Guru Besarnya, “dia tak pandai pun tak pa lah !”.

Walaupun semua murid tahu bahawa Mad Joned bodoh, tetapi yang menghairankan mereka semua ialah, Mad Joned tak pernah gagal dalam mana-mana peperiksaan peringkat sekolah. Walaupun markahnya taklah tinggi, tapi cukup-cukup makan untuk lulus. Padahal ada pula murid-murid lain yang lebih cerdik, tetapi kerap tidak lulus berbanding dengan Mad Joned. Kadang-kadang mereka gagal juga satu dua mata pelajaran, sedangkan Mad Joned sentiasa lulus semua. Jika mereka hairan, Mad Joned sendiri lagilah hairan macam mana dia boleh lulus dalam semua peperiksaan. Dia sendiri tidak percaya terhadap kemampuannya dalam bidang akedemik. Oleh itu dia tidak bercita-cita langsung hendak melanjutkan pelajarannya ke sekolah menengah.

Bagaimana boleh berlaku demikian ?  Mungkin juga ada konspirasi di peringkat sekolah untuk menaikkan Mad Joned. Namun itu hanya syak wasangka sahaja. Belum terbukti ianya benar atau pun tidak, sebab belum ada empat saksi yang sah. Kalau benar sekalipun apa salahnya. Malah demi kebaikan sekolah yang tercinta. Sedangkan ia tidak memangsakan sesiapa. Lainlah kalau konspirasi tersebut menjatuhkan Mad Joned sendiri atau menganiayakan pihak lain. Lebih-lebih lagi kalau ia mencetuskan apa-apa protes dari mana-mana pihak. Ini tidak …. !

Apabila peperiksaan rasmi darjah enam diumumkan, ternyata Mad Joned memang tidak layak untuk naik ke tingkatan satu. Ketika itu, peperiksaan darjah enam masih penting kerana ia menentukan samada seseorang murid itu layak ke tingkatan satu ataupun sebaliknya. Mad Joned termasuk golongan murid-murid yang malang. Dia gagal melayakkan diri untuk masuk ke tingkatan satu. Kecemerlangannya dalam aktiviti sukan dan kokurikulum tidak dapat menebus kegagalan dalam bidang akedemik, maka dia tetap tidak layak untuk naik ke tingkatan satu di sekolah menengah.

Dasar pendidikan ketika itu tidak mengizinkan murid-murid yang tidak lulus pelajaran akedemik untuk turut naik ke tingkatan satu. Mereka yang naik ke aliran menengah hanyalah mereka yang menunjukkan bakat dalam bidang akedemik. Ini ada rasionalnya. Bagi murid yang tak ada bakat dalam bidang akedemik, jika diasak juga dengan pelajaran akedemik tentu tidak membawa ia ke mana-mana. Guru pun susah untuk mengajarnya dan ia boleh menjejaskan pembelajaran murid-murid yang berbakat  jika menggangggu kelas.

Mahu tak mahu Mad Joned terpaksa berhenti dari bersekolah. Bagi mengisi masa hidupnya yang masih begitu panjang lagi, maka Mad Joned memilih menjadi pemanjat kelapa upahan, yang juga diistilahkan “syanan”. Sikap suka dipuji yang telah dipupuk oleh guru-gurunya semasa di sekolah rendah dahulu rupa-rupanya membuat Mad Joned cocok benar dengan profesionnya sebagai pemanjat kelapa. Bukan duit upah yang membuat Mad Joned seronok dengan kerjanya, tetapi puji-pujian yang sering diberi kepadanya oleh mereka yang memanfaatkan perkhidmatannya.

“Sepuluh jong masuk, anjing masih juga bercawat ekor”. Itu adalah  pepatah Melayu yang wajar dikenakan kepada Mad Joned. Masa telah berlalu agak lama, tetapi Mad Joned sekarang masih lagi macam Mad Joned yang dahulu. Dia sama saja, tidak lebih dan tidak kurang. Namum kematangan rupa-rupanya menyusul juga perlahan-lahan ke benak hati Mad Joned dek usianya yang kian bertambah. Sekali sekala datang juga soalan-soalan tertentu, mengusik hati Mad Joned.

“Tak kan sampai tua aku nak jadi syanan kut”, bersungut Mad Joned di dalam hati. “Aku pun kepingin juga nak jadi kaya raya macam orang lain. Mereka memiliki kekayaan, kenapa aku tidak ?”  bertanya lagi Mad Joned kepada dirinya.

“Dulu … ya..lah, orang respek (hormat) aku kerana aku ekspert (mahir) memanjat kelapa. Tapi sejak ladang kelapa dah banyak bertukar menjadi ladang kelapa sawit, orang tak berapa respek aku lagi. Maklumlah ladang kelapa sawit tak memerlukan kepakaran aku. Puji-pujian yang aku terima pun dah banyak merosot. Sedangkan aku terlalu dahagakan puji-pujian. Sebenarnya aku bukan nakkan sangat puji-pujian orang tanpa sebarang sebab. Aku nakkan pujian orang untuk mendapatkan pujian dari Tuhan. Ada pemimpin kata, kalau tak berterima kasih kepada sesama manusia bermakna tidak berterima kasih kepada Tuhan. Jadi berterima kasih kepada manusia itu penting kerana ia tanda berterima kasih kepada Tuhan. Begitulah sebaliknya. Demikianlah juga, pujian dari manusia turut penting kerana ia tanda mendapat pujian dari Tuhan”

Inilah formula yang difahamkan kepada Mad Joned oleh pemimpin-pemimpin utama sejak beberapa penggal yang lalu. Atas fanatik itulah maka Mad Joned sentiasa bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan pujian demi pujian dari semua pihak. Baginya pujian manusia adalah manifestasi pujian dari Tuhan. Bagi Mad Joned pujian itu adalah suatu sumber kekuatan yang sangat diperlukan demi menjamin kejayaan dalam semua bidang yang diterokai dan diceburi.

Pujian adalah penggerak segala-galanya. Ia adalah seperti bateri yang menjadi sumber kuasa yang menggerakkan pelbagai jenis permainan kanak-kanak. Oleh itu “by hook or by crook” pujian mesti ditagihi. Inilah falsafah yang dipegangi oleh Mad Joned. Mungkin bukan dia seorang berfalsafah demikian. Malah jutaan lagi rakyat yang turut taksub kepada falsafah ini, dulu, kini dan selama-lamanya.

Berdasarkan kesedaran yang mula berputik di benak hatinya, fikiran Mad Joned pun mula berputar. Mujur tak sampai berputar belit seperti fikiran sesetengah pemimpin politik di alaf baru ini. Mad Joned mula berfikir bagaimana mahu jadi kaya meliana (millionaire). Kekayaan itu adalah satu-satunya sumber kepujian. Ini satu anjakan paradigma dalam diri Mad Joned. Mad Joned kini tidak percaya lagi bahawa keberanian dan kemahiran yang sedia ada pada dirinya masih menjadi faktor yang boleh menjana puji-pujian. Ya,.. keberanian dan kemahiran memanjat kelapa semata-mata sudah tidak cukup lagi untuk menghasilkan pujian. Faktor-faktor ini tak relevan lagi. Cara yang relevan ialah dengan mengumpulkan kekayaan.

Bila kita kaya, ramai orang akan puji kita. Bila kita kaya, ramai orang akan respek kita gila-gila. Bila dah kaya baru ramai orang kata kita orang yang Islam yang tulen. Contoh paling baik untuk ditauladani ialah Abdul Rahman Auf. Siapa yang tak kenal dengan Abdul Rahman Auf. Beliau adalah sahabat baginda Rasul  s.a.w. yang paling kaya. Kekayaannya membolehkan beliau banyak menderma atau infak ke jalan Allah. Dengan kekayaannya, beliau dapat kekal sebagai seorang Muslim yang terpuji. Bukankah kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran. Oleh itu bagi menjauhkan diri dari kekufuran kita mesti menjadi seorang Muslim yang kaya.

Bila semua orang Islam kaya, maka akan ramailah orang kafir yang akan tertarik kepada Islam. Ramailah orang kafir yang akan memeluk Islam. Lebih-lebih lagi bila ramai orang Islam yang mampu menderma dari kekayaan mereka. Supaya lebih nyata bahawa orang Islam ramai yang kaya, setiap derma mesti dapat disaksi oleh ramai orang. Supaya semua orang dapat saksi, maka cek yang nak diderma mestilah yang besar. Besarnya ialah hingga perlu diangakat oleh dua orang dan nampak disaksi dari jauh oleh semua orang di padang yang luas. Apa pun, yang maha penting ialah supaya semua orang paji kita.

Pujian adalah segala-galanya. Ia lebih mahal dari seluruh kekayaan yang ada di muka bumi ini. Jadi kalau ada sesiapa yang berbelanja sekadar dua tiga billion ringgit untuk membeli kepujian tentulah tiada ada apa yang pelik. Selagi dia mampu berbelanja sedemikian, kenapa harus dikecam atau ditahannya dari berbelanja. Lainlah kalau dia benar-benar tak mampu. Dengan kata lain membelasah hak orang ramai. Misalnya hak rakyat jelata yang berbeza keutamaannya.

Satu hari sedang Mad Joned memanjat sebatang pohon kelapa, dia ternampak sebuah bot mewah sedang berlabuh nun jauh di hujung tanjung. Kata orang, bot sehebat itu tak ramai orang yang mampu memilikinya. Kepingin juga Mad Joned untuk memiliki bot seperti itu. Tetapi bagaimana mungkin ?  Pemiliknya mestilah berjawatan tinggi samada dalam sektor awam maupun syarikat koperat. Malangnya Mad Joned kerjanya saja yang tinggi. Tetapi jawatannya taklah pula tinggi.

Kekepinginannya terhadap bot mewah seperti itu telah menjadi pemangkin bagi mencetuskan idea unggul di kepala otak Mad Joned. Otaknya bergerak lebih pantas, berputar ligat macam cekera padat komputer. Dia berfikir mencari jalan bagaimana visinya boleh dijadikan kenyataan.

Tiba-tiba Mad Joned tersenyum lebar sendirian. Rupa-rupanya dia telah mendapat suatu akal bagaimana dia boleh menjadi kaya raya. Bukan saja sekadar kaya meliana (millionaire), hatta kaya biliona (billionaire) pun tak mustahil. Reban ayam yang tidak jauh dari perdu pohon kelapa yang sedang dipelukinya itu menjadi sumber inspirasi kepada Mad Joned.

“Mula-mula aku simpan sikit duit hasil dari upah memanjat kelapa ini untuk membeli beberapa pasang anak-anak ayam. Aku akan bela anak-anak ayam itu baik-baik hingga besar. Bila ayam-ayam aku itu sudah besar ia tentu akan bertelur. Telur-telurnya akan aku jual separuh. Separuh lagi aku ramkan hingga menetas. Lama kelamaan ayam aku akan menjadi begitu banyak. Aku akan jadi pembekal utama kepada KFC, McDonal, A & W dan lain-lain restoran makanan segera yang popular di seanterio dunia”

“Mereka yang berkunjung ke restoran-restoran ternama tersebut tentu bertanya, dari manakah restoran itu medapatkan bekalan ayam-ayam tersebut. Maka tentu mereka akan diberi tahu bahawa ayam yang mereka nikmati itu datangnya dari ladang ayam Mad Joned.Bila ada pula pelancong luar datang ke pulau ini, mereka pasti akan kagum melihat ladang ayam yang begitu luas di pulau ini. Mereka mesti akan tertanya-tanya, gerangan siapakah yang empunya ladang ayam yang begitu luas itu. Orang-orang pulau ini pun akan menjawab,kalau bukan ladang ayam Mad Joned, ladang siapakah lagi. Kembang punggung aku”

“Bila dah sampai sekian banyak keuntunganku hasil dari ladang ayamku, maka aku akan beli pula kambing. Dari hanya beberapa ekor sahaja, kambingku akan membiak hingga memenuhi pulau ini. Daging kambingku akan ku eksport ke serata dunia. Penduduk Negara-negara pengimport berkenaan tentu akan bertanya, dari manakah kambing-kambing tersebut diimport. Mereka tentulah akhirnya tahu bahawa kambing-kambing itu adalah dari pulau ini. Dan bila pelancong luar datang ke pulau ini mereka mesti kagum melihat banyaknya kambing di pulau ini. Lalu mereka akan bertanya, gerangan siapakah yang empunya kambing-kambing yang begitu banyak itu ? Orang-orang pulau ini pun akan menjawab, kalau bukan kambing Mad Joned, kambing siapalah lagi. Kembang punggung aku”

“Demikianlah juga, setelah kambing-kambing itu banyak, aku akan beli pula lembu. Lama kelamaan lembu-lembuku akan membiak hingga penuhi pulau ini dengan lembu-lembuku. Susu dan daging lembuku akan aku eksport ke Negara luar, hingga pulau ini akan sohor di seluruh dunia kerana lembu ku. Dan bila ada pelancong luar datang ke pulau ini mereka mesti kagum melihat banyaknya lembu di pulau ini. Lalu mereka akan bertanya, gerangan siapakah yang empunya lembu-lembu yang begitu banyak itu ?  Orang-orang pulau ini pun akan menjawab, kalau bukan lembu Mad Joned, lembu siapalah lagi. Kembang punggung aku”

“Cerita mengenai kekayaanku lambat laun tentu akan sampai ke pengetahuan Raja. Setiap kali ada jamuan Di Raja, aku akan hadiahkan lembu-lembu yang gemuk dan sehat kepada Raja. Raja tentu akan memuji dan menyebut-nyebut tentang kekayaanku dan kedemawananku. Sebagai Raja yang perihatin baginda tentu ingin datang melawat kampungku di pulau ini untuk berjumpa denganku”.

“Takkanlah pondok burukku itu layak untuk menyambut tetamu Di Raja. Maka perlulah aku membina rumah baru seakan-akan sebuah mahligai. Dengan kekayaanku yang begitu hebat tentulah tak haram malah tak boleh dikira membazir kalau aku berbelanja sekadar Rupiah Mas 200 juta sahaja untuk membina mahligaiku. Raja dan rombongannya tentu suka melawat pulau ini dan mahligaiku. Masing-masing pasti akan memujiku dengan berbagai-bagai pujian. Mujur-mujur baginda akan berkenan untuk menganugerahi aku dengan gelaran Tan Seri. Kalau aku tak dapat gelaran Tan Seri, gelaran Tiang Seri pun cukuplah. Ini pasti akan menambahkan lagi gelemorku yang akan mengundang lebih banyak puji-pujian orang kepadaku”.

“Lazimnya, Raja jika ke mana-mana adalah dengan menaiki jet eksekutif yang baru dibeli baginda dengan harga kira-kira Rupiah Mas 250 juta. Malangnya di pulau ini lapangan terbangnya agak kecil. Yang boleh mendarat hanyalah helikopter dan pesawat kecil yang berkipas satu atau dua sahaja. Kalau tak ada lapangan terbang yang lebih besar macam mana jet eksekutif baru Tuanku itu nak mendarat. Jadi perlu sangatlah untuk aku bina pula sebuah lapangan terbang baru di pulau ini. Alang-alang membinanya biarlah yang paling canggih di dunia. Sebelum harga bahan-bahan binaan menjadi lebih mahal akibat inflasi dan kenaikan nilai mata wang dunia, cepat-cepatlah aku siapkan lapangan terbang tercanggih di dunia itu. Tapi 99 peratus mestilah menggunakan bahan-bahan binaan tempatan sejajar dengan seruan kerajaan, pakailah barangan tempatan”

“Oh ya….  Untuk memudahkan rombongan

 

BERSAMBUNG ……………………..#12X15 (Isn)

CEREKANA #12X16 Kisah Gajah Berak Kek

•2012-10-17 • Leave a Comment

**Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN kemudian SKROL

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Kisah Gajah Berak Kek

Awang Jahilon baru sahaja merayakan hari jadinya yang kelima. Harijadi kali ini disambut dengan lebih meriah dari hari-hari jadi yang sebelumnya. Sambutan ini sebagai hadiah istimewa ibu kepada Awang kerana dia telah pandai membaca walaupun baru berumur lima tahun. Lima buku kek telah disediakan oleh ibunya, menandakan umur Awang Jahilon telah masuk lima tahun. Ini agak berbeza dengan majlis-majlis sambutan hari jadi yang lazim diadakan. Biasanya bilangan kek tidaklah lebih dari satu. Cuma bilangan lilin yang di atas kek sahaja yang berbilang-bilang mengikut bilangan umur si anak. Mungkin ini satu perlakuan di luar tabii oleh ibu si Awang yang berpotensi menarik perhatian media-media perdana yang sentiasa lapar kepada berita-berita sensasi.

Sebagai seorang murid tadika yang baru pandai membaca, Awang Jahilon amat ghairah membaca. Dia membaca semua buku-buku bergambar yang terdapat di perpustakaan tadikanya setiap hari. Suatu petang, sebaik sahaja menaiki kereta ibunya untuk pulang ke rumah, Awang dengan nada ceria yang luar biasa menarik perhatian ibunya, “Ibu, ibu, hari ni Awe telah membaca fasal seekor binatang yang saaangat saaangat istimewa !”

Tanda memberi perihatian kepada anaknya itu, ibu Awang lantas bertanya, “apa binatangnya itu Awe ? Apa pula istimewnya ?
Awang Jahilon dengan amat girang menjawab, “ibu tak taukah ? Binatang itu ialah gajah. Istimewanya gajah ialah kerana ia boleh berak kek. Dulu Awe dengar orang kata gajah ialah binatang istimewa sebab hidungnya panjang. Rupa-rupanya gajah istimewa bukan sahaja kerana hidungnya panjang tetapi sebab gajah berak keluar kek. Sekarang baru Awe tahu ya bu !

Ibu Awang amat terharu dengan kenyataan anak kecilnya yang baru pandai membaca itu. “Mungkin Awe salah faham kut. Mana ada binatang maupun manusia yang boleh berak kek !” sahut ibu Awang dengan nada bimbang. Walaupun ia kagum dengan anaknya yang sangat petah bercakap itu, namun ibu Awang merasa ada sesuatu yang tak kena yang harus diperbetulkan segera.

Betul …. bu !”, tegas Awang Jahilon.Kalau ibu tak caya esok Awe bawa balik buku yang Awe baca tu tunjukkan bu.

Esoknya, sebaik sahaja menaiki Iswara merah ibunya yang datang menjemputnya pulang dari tadika, Awang Jahilon menunjukkan gambar gajah yang dimaksudkannya semalam, kepada ibunya. “Nah, ibu tengoklah sendiri ! Kan Awe dah kata semalam, gajah tu binatang istimewa sebab dia berak keluar kek. Nanti bila harijadi Awe, tak payahlah ibu beli kek lagi. Kita sewa saja gajah dari Zoo Negara dan kita beri dia makan tebu yang banyak di belakang rumah kita tu. Kemudian kita suruh dia berak banyak-banyak. Kan best ya bu ? Awe dan kawan-kawan boleh naik atas belakang gajah tu sambil makan kek puas-puas”, Kata Awang dengan tegas serta betul bendul.

Ibu Awang Jahilon tergamam melihat gambar gajah yang ditunjukkan anaknya itu. Sungguh pun ia kagum dengan ketegasan dan cadangan menarik anaknya itu, namun beliau amat terharu dan bimbang. Lidahnya kelu tak terkata apa-apa lantaran keterharuan itu. “Betul juga kata anakku itu. Gajah dalam buku bergambar ini memangnya memberakkan kek” katanya di dalam hati.

Di dalam gambar di kulit buku tersebut terpapar seekor gajah. Di atas tanah di belakang gajah tersebut terdapat beberapa lungguk objek yang saling tak tumpah macam kek-kek yang dihidangkan oleh ibu Awang Jahilon di dalam majlis harijadi Awang baru seminggu yang lepas. Cuma objek-objek itu lebih besar sedikit dan tidak dihiasi dengan lilin. Jika tempat yang sepatutnya berada selungguk najis tahi tiba-tiba yang diletakkan pelukis adalah sebuku kek, maka logiklah si pembaca akan menterjemahkan bahawa najis tersebut adalah kek. Jadi tak silaplah kefahaman Awang Jahilon bahawa gajah itu memberakkan kek. Lebih-lebih lagi judul buku tersebut pun berbunyi, “Gajah Berak Kek

Mungkin salah cetak kut ! “ kata ibu Awang dengan suara lembut seolah-olah cuba memujuk supaya anak kecilnya itu tidak mudah menerima kenyataan salah yang tertera di dalam buku bergambar yang baru dibacanya itu. Sesampainya di rumah ibu Awang pun terus membelek-belek buku bergambar tersebut untuk mengetahui siapakah pengarangnya yang telah menimbulkan kontrovesi terhadap persepsi anak kecilnya itu.
Wah ! Rupa-rupanya yang mengarang dan melukis dalam buku tersebut bukannya calang-calang orang. Beliau ialah PELUKIS NASIONAL yang dianugerahi gelaran terhormat “Maha-TIRU” oleh orang nombor wahid negara. Di sisi perkataan “Maha-TIRU” itu pula terpampang nombor telefon dan nombor faksimile pengarang, seolah-olah mengundang panggilan dari pembaca untuk sebarang komen. Tanpa teragak-agak, ibu Awang Jalilun pun mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon Maha-TIRU.

Hello ! Maaf tuan sekiranya mengganggu. Saya ini ibu kepada Awang Jahilon. Tahniah saya ucapkan kepada tuan kerana sangat pandai melukis dan mengarang buku kanak-kanak. Anak saya Awang tu memang sangat gemar membaca buku-buku tuan. Cuma satu saja yang saya kurang senang. Dalam buku bergambar tuan yang terbaru tu, tuan melukis gajah berak kek. Anak saya tu kini dah benar-benar percaya bahawa gajah boleh memberakkan kek sebab pada tanggapannya gajah ialah binatang yang sangat istimewa. Ini pasti akan merosakkan persepsinya tentang sifat-sifat semulajadi gajah yang sebenarnya. Boleh tak tuan jelaskan maksud sebenar tuan berbuat demikian dan kalau boleh eloklah diperbaiki segera buku tuan itu supaya akidah kanak-kanak tentang gajah tak rosak ?

Terima kasih puan kerana sudi membaca buku bergambar hasil karya saya tu.” Jawab pengarang berkenaan dengan suara yang sopan lagi mesra. “Selama ini belum pernah saya mendapat apa-apa komen dari ibu bapa terhadap karya-karya yang saya hasilkan, baik berbentuk pujian maupun bantahan. Tetapi dengan buku terbaru saya tu, syukur kerana ramai ibu bapa yang dah menghubungi saya. Puan adalah orang ke sepuluh ribu menelefon saya. Oleh itu jawapan saya adalah standard iaitu seperti berikut.

Apa nak buat puan. Apa yang saya lakukan adalah kerana terpaksa semata-mata, bagi memenuhi trend semasa. Dalam era kemunculan SHIT hasil karya Shahnon Ahmad ini, ada pihak tertentu yang terlalu bencikan shit, hingga melihat shit pun pantang. Sebagai seorang ahli seni, saya dapat menghidu bahawa mereka itu dah tidak suka lagi jika shit masih berwajahkan shit. Malah ada di antara mereka yang telah pun membakar SHIT.

Jadi demi keharmonian semua pihak maka saya terpaksa menggunakan kreativiti saya seratus satu persen supaya shit diselamatkan dengan tidak menampakkan dirinya sebagai shit lagi. Sebaliknya biarlah ianya diberi wajah yang cantik lagi menarik seperti bunga yang sedap mata memandang, sedap pula hidung menghidu. Dengan itu tiada siapa pun yang akan marah kepada saya. Akan tetapi, oleh sebab buku bergambar saya itu adalah untuk bacaan kanak-kanak, maka saya rasa lebih sesuailah shit gajah tersebut saya pakaikan dengan wajah kek. Bukan kah kek lebih diminati kanak-kanak ? Itulah saja jawapan ikhlas saya kepada puan. Sekali lagi, terima kasih yang tak terhingga saya buat puan

Oh…… hampir lupa pula saya nak maklumkan sikit lagi untuk pengetahuan puan. Sebagai PELUKIS NASIONAL yang telah dianugerahi dengan gelaran Maha-TIRU, maka saya rasa amat terhutang budi kepada mereka yang berkenaan. Oleh itu saya rasa amat bertanggungjawab untuk memenuhi selera puak-puak nasionalis tersebut atas kemurahan hati mereka menganugerahkan penghormatan kepada saya. Saya digelar Maha-TIRU adalah kerana saya seorang pelukis yang sangat pandai meniru @ mengikut. Malah meniru @ mengikut telah menjadi minat dan kegemaran saya dulu, kini dan selama-lamanya. Ya, saya sangat suka meniru @ mengikut apa yang dibuat dan disukai oleh mereka yang telah memberi saya habuan dan gelaran. Jadi, kalau saya tidak meniru @ mengikut selera mereka tak mungkin saya dicalonkan sebagai penerima anugerah Pelukis Nasional yang bergelar Maha-TIRU itu”.

Tentang saranan puan supaya saya perbaiki buku saya tu, itu tak mungkin dapat saya tunaikan. Saya yakin bahawa sebab utama saya dicalonkan sebagai penerima anugerah Pelukis Nasional itu adalah kerana karya saya itu. Jadi kalau buku terbaru saya itu dipinda seperti yang puan sarankan itu, maka tak relevanlah lagi anugerah itu kepada saya. Pihak berkenaan akan ada alasan untuk menarik balik gelaran Maha-TIRU itu daripada saya. Tak glemor lagilah saya nanti. Malah silap haribulan suru pun boleh miss. Maaflah puan jika cara saya itu agak terlanjur. Walauapapun, inilah kali pertama jualan hasil karya saya mencecah lebih 250 ribu naskah.

Tergamam lagi ibu Awang Jahilon dek jawapan dan penjelasan panjang lebar yang diberi oleh pengarang buku bergambar “Gajah Berak Kek” itu. Hatinya lalu berkata, “dulu aku pernah baca buku cerita tentang Sang Kancil dengan Sang Harimau. Apabila sang Harimau hendak menangkap sang Kancil untuk dimakannya, sang Kancil pun berpura-pura kononnya ia sedang menjaga selungguk kek milik Raja Sulaiman. Pada hal yang dijagainya itu bukannya kek tetapi shit (tahi) kerbau. Sang Harimau percaya sungguh bahawa shit kerbau itu adalah kek milik Raja Sulaiman. Oleh sebab itu ia tidak berani mengapa-apakan sang Kancil kerana takutkan kemurkaan Raja Sulaiman yang menugaskan sang Kancil menjaga kek tersebut.

Hati ibu Awang Jahilon terus berkata lagi, “Kalau zaman dahulu kala binatang menipu sesama binatang, nampaknya di zaman moden ni manusia pula meniru macam binatang. Cuma yang bezanya ialah, kalau dahulu Kancil yang lemah menipu Harimau yang gagah demi menyelamatkan nyawanya, namun apa yang sering berlaku sekarang adalah sebaliknya. Menipu bukan untuk menyelamatkan nyawa, tapi untuk menyelamatkan kuasa. Dengan kuasa itulah ‘harimau-harimau’ moden ini akan terus menindas dan membaham pihak yang lemah (seperti kancil) dalam segala aspek”. ”Hai… makin bertambah gawat lagi rupanya dunia hari ini !”, mengeluh ibu Awang Jahilon sambil menarik nafas kecewa.

Wallahualam.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

CEREKANA # 13422 Al Maha-TIRI Wal Maha-TIRU https://4uni2c.com/2013/04/21/cerekana-13422-al-maha-tiri-wal-maha-tiru/

PenCERAHan TERBARU ⬇️ http://www.4uni2c.com

@OPajar # 11X20

You like this.

Hello world!

•2012-10-15 • 1 Comment

Welcome to WordPress.com! This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

Happy blogging!