Tentu ada perkara penting sedang berlaku apabila askar masuk kampung 🌷
2020 April 21 (Selasa)
🇲🇾 Acik kagum melihat askar masuk kampung sepertimana yang dirakam di dalam video di atas. Tugas utama askar adalah berperang dengan musuh negara. Maka setiap anggota askar perlulah sentiasa bersedia untuk ke barisan hadapan demi mempertahankan negara daripada serangan-serangan musuh negara. . Musuh negara yang kita faham sebelum ini adalah mereka yang menentang kedaulatan negara. Boleh jadi tentera negara lain yang datang mencerubuh sempadan negara. Mungkin juga rakyat Malaysia sendiri yang hendak menukar kerajaan secara kekerasan dengan mengangkat senjata. Contohnya pengganas Komunis di suatu ketika dahulu.
Peperangan dalam bentuk fisikal telah mengakibatkan banyak kematian. Banyak nyawa telah terkorban. Baik nyawa anggota-anggota askar yang berperang, maupun nyawa orang-orang awam yang terperangkap di kawasan yang menjadi kancah peperangan. Pendek kata, kematian yang ramai dalam tempoh yang sengkat, adalah suatu finominon peperangan. . Di negara berperang, tugas askar adalah melindungi nyawa rakyat jelata daripada serangan musuh negara. Untuk itu askar terpaksalah dikerah ke barisan hadapan bagi menangkis serangan musuh. Mereka terpaksa sanggup menggadaikan jiwa dan raga mereka sendiri demi mengutamakan nyawa rakyat jelata. Di sinilah keikhlasan merupakan elemen yang sangat penting di hati seseorang perwira.
Fenominon peperangan adalah apa yang kita semua sedang saksi dan alami sekarang. Setiap hari beribu-ribu nyawa terkorban di seluruh dunia akibat serangan Covid19. Negara kita Malaysia tidak terkecuali dari serangan ganas Covid19 tersebut. Mujur pertahanan di barisan hadapan kita hebat.
Kita wajarlah menganggap bahawa negara kita ketika ini adalah termasuk negara berperang. Ya, kita kini sedang berperang dengan Covid19, musuh yang masih tidak henti-henti menyerang kita sejak lebih daripada sebulan. Setakat PenCERAHan itu ditulis, lebih daripada 90 rakyat Malaysia telah terbunuh.
.
B e r s a m b u n g …..
C & P
Nukilan dari seorang netizen
Bismillah..
K I S A H M A L A Y S I A..
Malaysia ini bukanlah sebuah negara yang kaya..
Tetapi, berbanggalah kita sebagai sebuah bangsa Malaysia, bersatu menghadapi wabak COVID-19. Sewaktu dunia luar yang kaya raya turut berperang dengan COVID-19, kisah Malaysia mesti diceritakan..
Ramai yang kekurangan bekalan alat pakaian perubatan yang dipanggil PPE. Rakyat Malaysia di IPT hasilkan dengan cepat guna 3D print, banduan penjara dan selebriti pereka fesyen menjahit untuk hospital..
Seluruh dunia menghadapi kekangan kewangan, termasuk Malaysia tetapi rakyat Malaysia dan syarikat swasta tetap tegar memberi sumbangan wang peribadi untuk menyokong usaha melawan COVID-19..
Tahukah anda ada golongan yang tidak mampu tetapi tetap sumbang walaupun hanya dengan RM2. Itulah Malaysia..
Kita tidak lupa rakyat yang terkandas di luar negara. Walaupun Malaysia tidak kaya raya dan tidak berpengaruh di dunia, kita berusaha untuk bawa pulang semua. Rakyat Malaysia dijaga. Dan tiada siapa yang marah. Tuhan sahaja yang tahu betapa banyaknya kos dan kesukaran membawa pulang mereka..
Dan bersyukur sangat-sangat, Pusat Kuarantin untuk COVID-19 kita pun lebih baik, bukan di sekolah seperti di India, bukan di kawasan tempat letak kereta seperti di USA. Kita selalu meletakkan diri kita kat tempat mereka yang tidak bernasib baik. Itulah budaya Malaysia..
Rakyat ramai yang tak dapat cari rezeki kerana tidak mampu bergerak hasil drpd PKP/MCO/RMO. Tanpa disuruh, NGO dan individu perseorangan keluar membantu orang miskin, jiran tetangga, gelandangan, peminta sedekah. Tanpa mengira bangsa dan kewarganegaraan. Ya, tanpa disuruh..
Kerajaan dengan pantas mengumumkan skim bantuan khas untuk merancakkan ekonomi, walaupun PKP belum berakhir. Kedai pun tak buka lagi. Bila banyak peniaga kecil mengeluh, bantuan untuk mereka juga diumumkan. Malaysia sanggup pinjam untuk merancakkan ekonomi dan pasti kita akan bayar semula..
Masa pertukaran kerajaan, kita masih tidak bergaduh bertumbuk berperang saudara. Kita cuma gaduh macam adik beradik. Kita hormati keputusan Yang Dipertuan Agung. Kita kekal aman. Tambahan, Agung dan Raja Permaisuri pun berkenan supaya Kerajaan Malaysia tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka Baginda Berdua selama 6 bulan. Gaji Perdana Menteri dan semua jemaah menteri juga dipotong selama 2 bulan yang kemudiannya disalurkan ke Tabung COVID-19 Malaysia..
Walaupun takdelah berpengaruh di dunia, di saat orang lain mengeluh, susah dapat bekalan luar, Malaysia reda dan guna diplomasi untuk dapatkan bantuan, seberapa yang boleh. Kerana kita Malaysia, berbaik dengan semua negara. Ya kita memang baik dengan negara luar..
Yang biasa travel mesti rasa kebanyakan negara luar sangat hormat dan suka bila kita sebut kita dari Malaysia. Masa kita susah ni, banyak negara bantu kita, China, Palestin, dan banyak negara lain macam-macam bagi. Di Syria, di Bangladesh, mereka juga mendoakan kita..
Dan Malaysia tetap aman, walaupun yang alim tak dapat lagi pergi ke masjid. Tak dapat buka kedai dan warung. Serabut. Pelajar IPT tak dapat balik kuliah. Tidak apa. Kita aman dan tidak berbalah. Kita hidup dengan apa yang kita ada. Demi negara..
Yes. Malaysia can do better. Tapi kita juga telah melakukan sesuatu yang sangat baik. Bukan kerajaan tapi seluruh rakyat Malaysia. Bila kita melancong dengan happy, macam-macam kita compare dengan negara lain. Sekarang dunia dilanda masalah, sekarang kita lebih kenal siapa Malaysia..
Berbangga menjadi rakyat Malaysia Tanah tumpahnya darahku..
Tulisan asal.. Kitalah semua.. Rakyat Malaysia..
Wallahu a’lam.. Kita mesti menang.. In Shaa Allah dengan izin.. Thanks t.me/PERPAD
B e r s a m b u n g …..
Berjuang melawan Covid19 dgn tenaga, masa dan peralatan tentera, tanpa senjata 🌷
Isteri sepatutnya berkhidmat kpd suaminya utk pahala akhirat bukan utk habuan dunia 🌷
2020 April 18 (Sabtu)
🇲🇾 Ceramah UA (Ustazah Asmah) di dalam video di atas, sangatlah menarik. Lebih-lebih lagi bagi WE (warga emas) macam Acik ini. Kalau nak harapkan WE sendiri yang mendedahkan masalah mereka, mungkin lepas kucing bertanduklah kot baru akan berlaku. Maka elok sangatlah apabila UA yang tolong dedahkan. Walaupun hanya sebahgiannya kecil saja daripada ribuan masalah yang berlaku. Kata Mat Sale, “just a tip of an iceberg”. Namun tetap berbaloi.
Sebenarnya, rumah tangga adalah merupakan ujian dan cabaran yang agak hebat kepada setiap insan. Rumah tangga adalah ibarat sebuah bahtera. Kehidupan pula umpama lautan yang luasnya tak bertepi.
Pasangan yang sanggup melayari bahteri sakti untuk sampai ke sesuatu destinasi itu bukanlah calang-calang orang. Mereka mestilah orang yang telah bersedia dan berazam untuk menghadapi segala bentuk dugaan sepanjang tempoh pelayaran yang bakal dilakukan.
Semua kita pun tahu hakikat bahawa tiada ada lautan yang tak bergelora. Lebih lama atau lebih jauh mengharungi lautan, sudah tentu gelora yang bakal ditempuhi lebih hebat dan merbahaya. Lebih-lebih lagi ketika bahtera sudah di tengah samudera yang tersangat jauh dari pulau atau benua.
Ketika bahtera berada nun jauh dari daratan, maka kekuatan fisikal dan mental, keazaman dan kesabaran seluruh anak kapal bahtera berkenaan akan menerima ujian demi ujian, yang getir lagi pelbagai. Ketika itu barulah akan terkenal pasti siapa sebenarnya di kalangan anak-anak kapal tersebut yang berstatus penyumbang atau penumpang.
Maka amat keciwalah bagi Si nakhoda seandainya beliau mendapati bahawa yang menjadi tangan kanan beliau rupa-rupanya masih bersifat penumpang seperti kebanyakan anak-anak kapal yang lain.
Ketika baru memulakan rumah tangga dahulu, semuanya nampak mudah dan indah. Tetapi apabila kesusahan dalam hidup berkeluarga semakin dirasa, hakikat sebenar diri masing-masing pun mulalah terserlah. Anak-anak yang masih belum matang tentulah tak dapat nak diharapkan apa-apa dari mereka kerana status mereka.
Tapi bagaimana pula dengan si isteri, masih terus jadi penumpang jugakah macam anak-anak. Sedangkan keharmonian rumah tangga mulai terancam ?
Ketika anak-anak masih kecil merekalah yang menjadi penyelamat ibu ayah daripada penceraian. Tapi malangnya apabila mereka dah dewasa, mereka menjadi pemangkin pula kepada penceraian ibu ayah mereka.
Perkara penting yang disebut di atas oleh UA, yang sering diabaikan isteri ialah perdampingan dengan suaminya. Dengan kata lain, isteri selalu mencari alasan untuk meninggalkan suami walaupun dengan alasan yang tidak syarie.
Contohnya, pergi ke rumah anak perempuan yang baru bersalin untuk tinggal di sana selama yang mungkin. Tanpa langsung berunding terlebih dahulu dengan suami, terus membuat keputusan sendiri akan ke rumah anak selama beberapa hari, beberapa minggu malah beberapa bulan. Suami terdiam mendengar keputusan isteri. Namun terpaksa akur saja demi mengekalkan ikatan perkahwinan.
Kalau jarak rumah anak tersebut hanya sekadar beberapa puluh kilo meter saja boleh tahan lagi. Tapi kalau dah beribu kilometer jauhnya ? Tapi bila mendengar suami nak keluar berdakwah (tabligh) 40hari saja, isteri pula mulalah menunjuki perangai negatifnya tanda protes.
Mencari helah untuk menjauhkan diri daripada dampingan suami samalah dengan menempah penceraian. Fenomena ini telah berlaku kepada beberapa pasangan yang Acik perhati (observed). Isteri sering meninggalkan suaminya dengan alasan yang tak syarie dan akhirnya bercerai.
Sebenarnya perbuatan suka meninggalkan suami bukanlah punca penceraian. Ia cuma simpton bagi perasaan tidak hormat isteri terhadap suaminya. Lebih parah lagi jika isteri ada lelaki lain yang lebih dikagumi daripada suami sendiri. Misalnya kawan lama semasa di sekolah dahulu, yang kini status sosial dan ekonominya dalam masyarakat jauh lebih tinggi berbanding dengan suami sendiri.
Perasaan tidak menghormati suami akan diterjemaahkan (tanpa disedari) kepada layanan yang kurang selesa terhadap suami. Ini akan membuat suami merasa bersalah untuk meminta tolong isteri dalam apa-apa jua urusan harian. Ini menyebabkan peluang untuk memupuk kasih sayang antara suami dan isteri, terabai.
Tanpa kasih sayang yang mantap, perkahwinan akan mudah hancur apabila diuji oleh sedikit faktor luaran. Hak-hak suami keatas isteri adalah anugerah Allah yang wajib diiktiraf dan dihormati oleh isteri dengan sebaik mungkin. Begitulah juga sebaliknya. Suami juga wajar mengiktiraf dan menghormati hak isteri selagi ianya syarie. Mencabuli hak-hak tersebut akan menghakiskan siratul rahim antara kedua-dua belah pihak. Natijahnya ialah penceraian. Nauzubillah !
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Ditelan mati emak diluah mati bapak.
2020 April 17 (Jumaat)
C & P
WA mesej dari seorang kawan Acik untuk dijadikan tauladan.
⬇️⬇️⬇️⬇️🌷⬇️⬇️⬇️🌷⬇️⬇️⬇️🌷⬇️⬇️⬇️🌷⬇️⬇️⬇️⬇️
Masa sesi sidang media KKM tadi, ada satu soalan daripada media Harian Metro berbunyi lebih kurang
“Apa signifikan kepada Datuk dan KKM atas pengiktirafan sebagai 3 pengarah kesihatan terbaik dunia?”
Nak tahu apa jawapan beliau?
Sungguh humble dan down to the earth. Saya dengar pun rasa terharu. Dia jawab (lebih kurang),
“Sebenarnya pengiktirafan ini bukan untuk saya, tetapi lebih kepada NEGARA. Kami di KKM bergerak sebagai satu pasukan. Dan kami di KKM hanyalah memberikan nasihat sahaja, tetapi yang membuat keputusan dan melaksanakan adalah YAB Perdana Menteri Malaysia.”
Dan ayat seterusnya lebih kepada beliau memuji barisan keselamatan merangkumi polis dan tentera, semua pegawai kesihatan, barisan kementerian yang memberikan kerjasama dan rakyat Malaysia.
Dia LANGSUNG TAK ambil sebarang kredit di atas pengiktirafan ini. Dia lebih sandarkan pengiktirafan itu kepada rakyat, barisan hadapan, semua kementerian khususnya KKM, Perdana Menteri dan negara.
Allahu Akhbar.
Such a humble person. Di saat dia boleh mengangkat dirinya setinggi mungkin, namun dia tetap memilih untuk mengangkat orang dan pihak lain khususnya negara.
Moga kita dapat mencontohi peribadinya yang penuh rendah diri. Terima kasih KKM, bukan setakat menyelamatkan kami, bahkan mengajarkan kami untuk merendah diri.
⬆️🌷🌷🌷⬆️🌷🌷🌷⬆️🌷🌷🌷⬆️🌷🌷🌷⬇️🌷🌷🌷⬆️
Ikutilah resmi padi, makin tunduk makin berisi. Jangan ikut resmi lalang, makin subur menyusahkan orang 🌷
Manusia perlu segera insaf dan bertaubat drpd segala maksiat yg sedang/telah mereka buat 🌹
2020 April 16 (Khamis)
🇲🇾 Apabila Allah hendak menciptakan maklukNya yang bernama manusia, Malaikat hairan. Lalu Malaikat pun bertanya, adakah Allah akan mencipta makluk yang akan melakukan kerosakan. Namun Allah ciptakan juga manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s.
Kemudian Allah mengajar Adam a.s. mengenali perbagai benda. Bila ditanya nama benda-benda berkenaan, maka malaikat tidak tahu jawapannya kecuali Adam a.s. Adam adalah juga manusia pertama yang menerima hukuman dari Allah akibat melanggari perintahNya yang merupakan suatu larangan.
Semasa Adam a.s. dan isterinya (Hawa a.s.) tinggal di dalam syurga, Allah melarang mereka daripada menghampiri sejenis pokok. Namun, akibat terkesan oleh hasutan syaitan, maka Adam a.s. telah termakan buah pohon Khuldi tersebut.
Lantaran itu Adam a.s. dihukumi Allah. Adam a.s. telah dipecat dari syurga bersama-sama isterinya itu. Mereka berdua telah dicampak ke dunia dalam keadaan terlanjangbogel. Telanjang itu adalah simbol penghinaan. Maka bertelanjang (tidak menutup aurat) bagi orang beriman adalah bermakna menghina diri sendiri.
Selepas Nabi Adam a.s., Allah utuskan pula ramai Nabi-Nabi lain kepada umat manusia. Namun, yang wajib kita ketahui nama-nama mereka hanyalah 25 orang saja. Nabi kita Muhammad s.a.w. merupakan Nabi terakhir. Selepas baginda tidak ada lagi Nabi, melainkan perwaris-pewaris baginda iaitu ulamak. .
Al Quran ada menceritakan kisah Nabi-Nabi yang terdahulu. Cabaran yang mereka hadapi dalam usaha menyampaikan perintah Allah kepada umat manusia ketika itu sangatlah hebat. Apabila umat manusia terus juga engkar kepada perintah Allah, maka bala dari Allah menimpa mereka.
Sekadar contoh, di zaman Nabi Noha.s., Allah turunkan bala yang berupa banjir besar. Di zaman Nabi Lut a.s. pula Allah mengangkat sebidang tanah lalu menghempapkannya ke atas kaum Nabi Lut a.s. Jadi, berdasarkan kisah-kisah di dalam AlQuran, orang yang beriman percaya bahawa perbuatan maksiat (mengengkari perintah Allah) adalah sebab penting Allah turunkan bala keatas umat manusia.
.
Video 2/3 ⬇️
⬆️ Maksiat mirip penentang2 Nabi Lut a.s. yg mengundang bala. Kononnya diadakan di Italy menjelang ketibaan Covid19.
Acik percaya Covid19 adalah juga suatu bentuk bala yang Allah turunkan keatas umat manusia. Apa yang ditayangkan di dalam video di atas itu tidak mustahil kejadian yang benar-benar sedang atau telah berlaku. Semuanya itu adalah manifestasi bahawa manusia mencabuli peraturan hidup yang Allah tetapkan keatas mereka. Lantaran itu Allah turunkan bala sebagai mesej yang tersirat supaya manusia insaf lalu bertaubat.
Mesej tersirat itu adalah untuk setiap insan yang mukallaf. Tiada ada yang terkecuali. Acik dan anak-anak isteri pun termasuklah sekali. Pendek kata, daripada rakyat jelata hinggalah ke bawah duli. Semoga semua kita ambil peduli.
Namun, bagi sesiapa yang merasa dirinya masih mumayyiz, maka tak perlulah bimbang apa-apa. Maklumlah, ia belum dikira berdosa. Seperti orang terencat akal, bukan tahu apa-apa.
Tetapi insan biasa yang normal seperti kita, maka perlulah memberi respon yang rasional terhadap bala Convid19 itu. Dengan kata mudah, kita perlulah berhenti ASAP daripada menambah beratkan lagi bumi ini dengan dosa-dosa kita kepada Allah. Tak kiralah samada dosa besar maupun dosa kecil.
.
Ia termasuklah dosa akibat menyalahguna medsos (media sosial) seperti FB (Facebook), WA (WhatsApp), Tweeter, Intergram, Telegram dan sebagainya. Antara yang popular ialah dosa mengumpat, dosa menyebar fitnah, dosa riyak, dosa takabbur, dosa mencari publisiti dan populariti, dosa provokasi, dosa mengadu dumba, dosa maki hamun dan dosa cela mencela, dosa hina menghina dan lain-lain lagi.
Video 3/3 ⬇️
Covid19 menyedarkan umat manusia tentang kelalaiannya bagi menunaikan bermacam-macam tanggungjawabnya 🌷
Ada satu “caption” yang berbunyi, “sebelum kamu mampu mengubah dunia, ubahlah diri kamu dahulu“. Ya, kalau nak mengubah diri sendiri pun kita tak mampu, apa lagi nak ubah dunia. Nak hentikan pusat-pusat maksiat tentulah kita tak mampu. Yang mampu hanya pihak kerajaan kerana kuasa di tangannya. Sedangkan kuasa kita hanya di jari jemari saja.
Maka cukuplah jika kita praktikkan apa yang diri kita mampu buat. Sebagai netizen, maka kita mampu mengawal diri dari membuat apa-apa dosa melalui medsos. Dalam masa yang sama, kita boleh sebarkan apa-apa maklumat yang berunsurkan kebajikan, untuk mendapat pahala.
Tentang tugas-tugas besar seperti penutupan kilang arak dan menghapuskan sarang-sarang maksiat, biarlah kita serahkan saja kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan. Kita juga ada Mufti-Mufti yang hebat untuk menasihat pihak pemerintah. Acik harap atas nasihat mereka, maka umat Islam akan bertambah iman dan amalnya. .
Segala kejadian yang berlaku adalah dengan kehendak Allah semata-mata. Makluk tak ada kuasa utk meminda ketetapan Allah 🌹
2020 April 14 (Selasa)
Perintah ulul amri wajib ditaati
🇲🇾 Sebelum menonton video di atas Acik tak boleh faham kenapa masjid perlu ditutup. Walaupun alasan menutup masjid adalah bagi menghalang wabak Covid19 dari merebak, namun otak Acik ini masih juga tak boleh “reconcile” dengan alasan tersebut. Mungkin kerana otak Acik ini adalah ibarat kalkulator 8-angka kut, wallahua’lam.
Walaubagaimana pun, Acik tetap menghormati serta mematuhi larangan pergi ke masjid dan surau itu. Bagi Acik, sesuatu perintah dari ulul amri (kerajaan yang sah di sisi syarak), wajib dipatuhi. Sekali pun kita tak redha dengan perintah berkenaan, namun mematuhinya tetap wajib hukumnya.
Jika kita berjaya melakukan sesuatu, maka kejayaan tersebut adalah bukti bahawa kita mendapat keizinanAllah. Namun, ada perkara yang Allah izinkan tapi Allah tak redha dengannya. Contohnya berjaya mencuri harta orang.
Pengajaran drpd video di atas
Selepas menonton klip video di atas, Acik berasa lega. Video tersebut mengingatkan Acik kepada hakikat bahawa setiap sesuatu yang berlaku itu adalah atas kehendakAllah jua. Jika Allah nak supaya sesebuah masjid itu terhenti daripada berfungsi, maka demikianlah yang pasti akan terjadi.
Apa yang menyebabkan masjid ditutup, itu hanyanya sebagai asbab saja. Contohnya, Allah memberi kuasa penjagaan masjid kepada pihak yang Dia suka. Jika pihak yang diberi kuasa itu mengambil keputusan untuk menutup masjid tersebut, maka itulah yang akan berlaku. Apa-apa masalah pun bisa dijadikan alasan untuk menutup masjid tersebut. Namun hakikatnya ialah, penutupan masjid itu adalah manifestasi apa yang Allah mau.
Sebaliknya jika penjagaan masjid itu diamanahkanNya kepada hambaNya yang sangat cintakan masjid, maka masjid tersebut tak akan ditutupnya dengan mudah. Ianya hanya ditutup sekiranya ada keperluan yang benar-benar mendesak, dan tidak ada pilihan lain. Penutupannya juga tak akan lama. Penjaga masjid itu akan berusaha sedaya upaya mencari jalan supaya masjid tersebut dapat dibuka semula ASAP.
Sebelum menonton video di atas
Baru-baru ini Acik ke pasaraya besar Tesco. Status kesihatan Acik dan semua pelanggan lain diperiksa terlebih dahulu oleh petugas Tesco sebelum kami dibenarkan masuk. Alat yang digunakan hanya sebuah pengukur suhu. Tak seorang pun yang sama-sama beratur dengan Acik menuju ke pintu Tesco tersebut, yang Acik kenal.
Tentang status kesihatan, Acik percaya bahawa Acik adalah Covid19negatif. Kerana, belum rasa apa-apa simptom. Tapi status kesihatan pelanggan-pelanggan lain, wallahua’lam, hanya Allah jua yang tahu. Namun, Acik sanggup mengambil risko untuk masuk ke Tesco atas alasan kerana “keperluan” hidup.
Pengalaman di atas telah mencetuskan satu soalan kritikal di minda Acik. Kalau status kesihatan seseorang pelanggan pasaraya dapat diukur dengan suatu alat yang begitu “simple“, kenapakah alat yang sama tidak boleh diaplikasi di surau Taman Acik tinggal. Pada hal kaki-kaki surau tersebut hampir semuanya Acik kenal. Acik percaya, masing-masing mereka adalah Covid19negatif. Kalau postif, tak akan tergamak ia datang menyebarkannya virus di surau itu.
Kemudian timbul pula soalan kedua. Adakah risko pergi ke surau lebih besar dari risko pergi ke Tesco ? Kalau ikut logik akal Acik yang ibarat kalkulator 8-angka ini, risko ke Tesco lah lebih tinggi. Tetapi kenapa pergi ke surau diharamkan tapi pergi ke Tesco dibenarkan pula. Pelik kan ? .
Kalau alasan ke Tesco adalah kerana keperluan, adakah solat berjemaah di surau atau masjid itu bukan satu keperluan ? Malah ia lebih dituntut ke atas umat Islam berbanding dengan ke Tesco. Kerana, ke masjid bagi menuaikan solat fardu adalah fardukifayah. Sedangkan ke Tesco membeli belah hukumnya adalah harus sahaja.
Bagi Acik, jika hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau kita ingin melihat institusi masjid terus berfungsi, maka kita kenalah berikhtiar kearah tersebut.
Acik rasa elok juga kalau setiap surau/masjid menyediakan alat yang Tesco gunakan itu. Sekiranya masih kurang percaya dengan alat tersebut, maka pasanglah pula bilik NYAHVIRUS yg telah dirikacipta Khas oleh Persatuan Pengguna-Pengguna Islam itu. Kalau dengan itu pun masih lagi takut dijangkiti Covid19, maka Acik nasihatkan supaya jangan lagi pergi ke Tesco. Bukan apa, supaya tidak dituduh hipokrit atau munafik.
Berusaha kearah memulihkan institusi masjid agar kembali berfungsi sepertimana sepatutnya, adalah kerja yang mulia. Menunaikan solat fardu berjemaah di masjid sangat dituntut dalam Islam. Nabi pernah dipapah oleh sahabat untuk hadir ke masjid ketika baginda uzur. Orang yang tak datang ke masjid seolah-olah rumahnya layak dibakar.
Kita difahamkan bahawa bersolat di masjid pahalanya 27 kali ganda. Tempat yang paling mustajab berdoa adalah di rumahAllah bukan di rumah sendiri. Maka umat Islam wajarlah digalakkan beramai-ramai ke masjid. Dengan memanjatkan doa di rumahNya, mudah-mudahan Allah akan turunkan bantuan khas dan segera kepada jihadis-jihadis kita yang sedang berjuang dengan gigih dan gagah di barisan hadapan menentang Covid19 itu.
Acik percaya, ramai umat Islam masih percaya bahawa berdoa di rumah Allah adalah lebih makbul daripada berdoa di rumah kita masing-masing atau di tempat-tempat lain.
Kita selalu dipesani Ustaz-Ustaz kita dengan slogan, “kalau tak mampubuat semua, maka janganlah pula tinggal semua” Jadi, jika tak sanggup membenarkan semua Muslim pergi bersolat di masjid, janganlah pula menghalang semua Muslim daripada pergi ke masjid. Jika niat kita baik lagi ikhlas, insyaAllah kita akan berjaya melaksana yang terbaik serta mendapat keredhaan Allah.
🇲🇾 Sebentar tadi Acik terpikat oleh sebuah tulisan. Tulisan itu Acik kira daripada seorang jihadis di barisan hadapan. Beliau salah seorang daripada ramai jihadis lain yang sedang gagah dan gigih berjuang bagi menyelamatkan kita semua daripada ditawan oleh Covid19. . Sungguh sedih dah simpati Acik terhadap jihadis tersebut. Dalam masa yang sama terasa amat marah dan meluat kepada pihak yang memaksa jihadis tersebut membuang masanya yang sangat berharga itu untuk menukil surat yang sedemikian rupa. . Dalam tulisan beliau itu ada juga beliau memuji anggota JemaahTabligh. Acik bukan niat nak tokok tambah apa-apa kepada tulisan Dr. Jahadis tersebut. Cuma Acik ingin nak menyatakan tentang suatu kemungkin. Ianya tiba-tiba terlintas di hati kecil Acik sebaik membaca surat Dr. Jihadis tersebut.
Bagi Acik tak mustahil juga bahawa atas berkat doa ikhlas dari ahli-ahli Jemaah Tabligh itulah, maka Allah beri kita kekuatan untuk menangani Covid19 dengan jayanya. Ceramah DUSA (Datuk Ustaz Samsuri Ahmad) di pertengahan PenCERAHan ini mungkin mampu menjelaskan lagi kemungkinan yang Acik maksudkan itu. .
C & P (01/2) ⬇️
Dr Sakinah Sulong 9 April 2020
Kami Bukan Anjing
Pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19, kadang-kadang menjentik hati saya.
Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia. Pengarah Jabatan ke, Jemaah tabligh ke, Doktor ke, Pelajar ke, Semuanya sama. Lubang hidungnya sama. Rongga mulutnya sama.
Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.
Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.
Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi. Tak nak dikuarantin. Marah-marah. Panggil staff kami ‘dog’ Panggil staff kami pencacai najis.
Memang sangat kurang ajar!
Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.
Sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.
Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. Atau MKN mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!
Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan. Buat saringan simptom dan vital sign. Buat pensampelan. Buat rujukan ke hospital seandainya perlu. Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.
Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan duk pikir mana nak tempatkan mereka, pihak staff bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka.
Tapi, nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan! Memang tak bersyukur!
Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan. 😪😪😪
KitaJagaKitaCovid19
Covid19: kita salahkan Jemaah Tabligh? Namun, mungkin kerana merekalah maka Allah tak turunkan Covid yg lebih ganas 🌹
C & P (02/2) ⬇️
I am Malaysian doctor, dont look at me like im hindu,im buddha n etc Terkesan dengan pergi ke pusat kuarantin yang kebanyakan tabligh yg ikut itjimak seri pettaling 🖐 jadi aku nak cerita sedikit pengalaman aku. Di tawau pusat kuarantine kami di IPG dekat balung tu. Kami tanya keadaan mereka seharian, ada masalah apa apa di tempat penginapan ka, ada develop gejala2 batuk demam selsema ka, dan melayan apa saja keluhan mereka dan kami akan cuba perbaiki kelemahan dari kami dan cuba memenuhi permintaan mereka tapi kami juga ada byk sekat dan batasan.tidak bole la expect penginapan ini 100% perfect gitu bah. pasti ada kekurangan dan kami pun tau
Keluhan pesakit disini biasanya makanan. Makanan seharian mereka adalah nasi putih/ ayam atau ikan goreng dengan sedikit sayur rebus gitu .😑😑😑 “makanan la doctor kering sangat takde kuah2 gitu..tapi kami makan saja la dr untuk isi perut,nak buat macam mana kan ” Kesian memang kesian. Bayangkan makan 3 kali sehari menu tawar yang sama .kamu rasa?
Bukan sebab mereka manja Tapi cuba kita bayangkan diri kita di tempat mereka. Terkurung dlm bilik 14 hari, makanan itu itu je dan sejuk, rindu keluarga, takde entertainment lgsg Bosan, sedih, berbeza dengan kuarantin dirumah bersama keluarga. Dont judge mereka so fast.🖐 Something to be respected bila I see them always pray jam2 12 mereka solat lps tu duduk atas katil.mereka baca alquran. Dengan keadaan kurang selesa gitu panas2 dan mereka tetap tidak terlepas solat,mengkhatam al quran. Salute mereka
Memang la aku pun rasa geram juga awal2 kenapala cluster tabligh ni bawa virus “ke sini ke sana” But lepas involve in covid team nie, ternyata bukan yg seperti diwar warkan di social media, sebenarynya orang tabligh nie banyak yang munculkan diri, volunterly dtg nak screen diri mereka. Skrg di pusat kuarantin pun tidakla mereka keluh nak ini nak itu seperti elit baru tu.mereka ikut je “doctor buatla apa yang terbaik, kami ikut je doctor” 😑😑
Sebenarnya Tuhan tolong Malaysia nie sebab awal2 kita kena covid nie 1st cluster kan tabligh, memang semua maki hamun mereka,aku juga marah . Tapi ada aku terbaca post org lain hari tu yg bikin aku fikir dalam juga ” nasib cluster tabligh yg kena dulu, senang kita nak kenalpasti mereka,sebab pakai kopiah, berjanggut panjang(kebanyakan) ,berbaju jubah yaa jadi senang kita nak kesan mereka bawa mereka untuk screen dan ambil sampel dan tempatkan mereka di pusat kuarantin. bayangkan di negara luar, mcm mana mereka mau detect siapa siapa yg berisiko dpt covid nie” so itula selalu ada je kebaikan daripada apa yg kita pikir buruk.
Aku dapat pengajaran juga yg kita kena selalu pikir postive, Husnuzon, terima dengan hati terbuka not judgemental atau discriminative siapa pun. kita takde Hak!! Peringatan untuk semua termasuk aku, skrg ni kita lawan covid bukan tindas sesama manusia, dont play race religion card ya this is not the time🖐
Corona virus duno who is malay,chinese indian sikh iban kadazan dusun bajau dia attack semua lapisan orang! I am a hindu and i think i need to write this up
Bagi Masjid yg telah memasang alat di atas, maka yg datang ke Masjid itu biarlah yang Covid19 negatif saja🌹
20 April 03 (Jumaat)
Necessity is the mother of invention
🇲🇾 Peribahasa Inggeris di atas jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu akan berbunyi kira-kira, “Keperluan itu ibu kepada rekacipta”. Majoriti kita mungkin pernah terlintas dengan peribahasa tersebut. Tabiat manusia, apabila timbulnya sesuatu keperluan, nescaya akan terbitlah alat baru yang direkacipta, bagi membantu mereka memenuhi keperluan berkenaan.
Contohnya ialah keperluan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Jika kita kaji tentang sistem pengangkutan sejak dari awal ketamadunan manusia, maka banyaklah perkara-perkara yang menarik yang bakal kita pelajari.
Bermula dengan berjalan kaki, manusia kemudiannya merekacipta perahu atau sampan. Kerja kaki untuk bergerak ke hadapan diberi pula kepada tangan. Kerja tangan ialah mendayung sampan tersebut. Maka bolehlah kaki berehat. Uniknya ialah, dengan menggunakan tangan manusia mampu bergerak ke hadapan dengan lebih laju dari berjalan kaki.
Namun begitu, sampan hanya mampu bergerak di dalam air. Maka manusia berusaha pula membina terusan (canal) atau tali air sebagai jalanraya untuk sampan. Dalam proses pembinaan terusan tersebut, maka bermacam-macam pula alat penggali tanah yang direkacipta.
Mula-mula yang direkacipta hanya alat-alat yang simple (mudah dan kuno). Cukuplah dengan keperluan untuk menggali tanah membuat terusan-terusan kecil bagi keperluan waktu itu. Namun akhirnya manusia berjaya merekacipta alat-alat yang canggih bila timbulnya keperluan membina Suez Canal (Terusan Suez) dan Panama Canal (Terusan Panama).
Dengan terbinanya kedua-dua terusan tersebut jarak perjalanan kapal laut telah dapat dipendekkan sejauh ribuan batu. Bayangkan berapa banyak penjimatan masa dan kos pelayaran kapal telah dapat dinikmati manusia sejak ianya mula beroperasi hinggalah sekarang. .
Akhirnya dalam tahun 1903, Wright bersaudara (Orville dan Wilber) telah berjaya merekacipta sejenis kenderaan yang boleh bergerak paling laju di zamannya itu. Kenderaan jenis tersebut itulah yang sekarang ini kita panggil pesawat atau kapal terbang. Namun, sudah tentulah pesawat sekarang ini berkali-kali ganda lebih canggih dari yang pertama yang direkacipta oleh Wright dua beradik itu.
Kalau nak ikutkan akal Acik yang amat kerdil ni, mana masuk akal bahawa ada objek yang mampu terbang, selain daripada burung. Namun realitinya, ia sudah lama ada di depan mata kita. Realiti ini tak siapa pun yang berani menyangkal kecuali si bodoh tegar saja. .
Sebenarnya, kita bisa terbang adalah kerana Allah izinkan. Kalau Allah tak izinkan, dengan ada pesawat sekalipun mustahil kita akan bisa terbang. Kini ribuan buah pesawat, sedang tersadai (grounded) di airport (lapangan terbang) di seluruh dunia. Ini adalah manifestasi bahawa Allah tidak izinkan kita terbang. Covid19 hanyalah asbabnya saja. . Sebelum Nabi s.a.w. wafat, kewajiban melakukan ibadat haji di Mekah telah pun disyariatkan. Setiap Muslim wajib melakukan ibadat haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dan ibadat haji telah menjadi rukun Islam yang kelima selepas zakat.
Namun demikian, kewajiban haji adalah keatas Muslim yang berkemampuan sahaja. Keatas yang selainnya, belum wajib hukumnya. Malah jika sekiranya perjalanan pergi dan balik Mekah mengancam keselamatan diri dan harta benda, maka hukum melakukannya boleh menjadi haram.
Ini menunjukkan bahawa Islam sangat mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan. Atas sebab itulah, maka umat Islam yang tinggal jauh dari Mekah, rata-ratanya belum wajib menunaikan haji. Tidak ada fatwa bahawa umat Islam Malaysia dahulu benar-benar dituntut menunaikan ibadat haji, walaupun ia adalah rukun Islam yang kelima.
Tetapi setelah wujudnya pesawat, kewajiban menunaikan haji terkena keatas lebih ramai umat Islam seluruh dunia. Termasuk yang tinggal puluhan ribu kilo meter dari Mekah. Maka saban tahun jutaan umat Islam menunaikan ibadat haji. Jemaah dari Malaysia saja pun lebih dari 30 ribu.
Kerana wujudnya pesawat, maka umat Islam tak ada lagi alasan yang syarie untuk tidak melaksanakan ibadat haji. Zaman kita ni tak sama lagi dengan zaman datuk nenek kita dahulu. Tuntutan supaya menuaikan ibadat haji adalah lebih berat keatas kita sekarang daripada keatas datuk nenek kita dahulu.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemajuan sains dan teknologi telah banyak memberi munafaat kepada kita umat Islam. Teknologi pengangkutan dan komunikasi telah banyak mempermudahkan kita menunaikan kewajiban kita terhadap agama kita.
Kemajuan dalam bidang sains perubatan juga banyak membantu kita bagi menunaikan tanggungjawab peribadi kita sebagai seorang Muslim. Contohnya, apabila kita jatuh sakit kehidupan harian kita mungkin menjadi tidak normal. Akibat sakit, maka kita rasa susah dan malas nak menunaikan solat fardu 5 kali sehari. Semua ahli keluarga kita pun turut susah kerana kita.
Mujur perubatan moden bisa membuat kita cepat sembuh daripada sakit. Jadi kehidupan harian kita akan segera kembali normal. Justru itu amal ibadat kita juga turut kembali normal.
Sebelum kita berangkat ke Mekah, samada untuk membuat haji ataupun umrah, kita dinasihati supaya mendapat suntikan perubatan. Suntikan tersebut bertujuan melindungi diri kita daripada penyakit berjangkit semasa berada di Mekah nanti. Maklumlah di sana, kebarangkalian adanya jemaah yang sudah terkena infeksi (penyakit berjangkit) sangatlah tinggi.
Sedangkan keberkesanan suntikan tersebut telah dibuktikan berdasarkan kajian yang saintifik. Oleh sebab yang telah membuat kajian keatas suntikan perubatan itu adalah pakar sains perubatan moden, maka kita yakin dengan sepenuh hati bahawa kita dilindungi daripada jangkitan penyakit selama berada di Mekah.
Betulkah suntikan perubatan (vaccination) itu benar-benar membuat diri kita kebal 100 % dari sebarang penyakit berjangkit di Mekah nanti ? Wallahua’lam. Namun, ia sudah cukup memberi kita keyakinan diri bagi meneruskan hasrat kita untuk ke Mekah.
Andaikata kita terkena juga apa apa jenis penyakit di sana, sekurang-kurangnya kita tak rasa menyesal sebab kita telah berikhtiar bagi mengelakkan diri darinya. Ini sejajar dengan sunnah Rasul kita yang menyuruh sahabatnya menambat terlebih dahulu untanya sebelum bertawakkal. . Secara tak langsung kita sebenarnya telah sanggup mengambil calculated risk untuk ke Mekah. Kita yakin penuh bahawa kita nak ke Mekah adalah dengan niat yang suci dan ikhlas kerana Allah. Maka kita rasa bahawa kita layak untuk mengharapkan pelindungi Allah setalah kita mematuhi sunnah kekasihNya.
Dalam masa yang sama, kita juga menerima hakikat bahawa diri kita adalah milik Allah. Kalau Allah nak matikan kita, maka kita redha mati di mana juga kita sedang berada. Apa lagi jika kita dimatikanNya ketika sedang menjadi tetamuNya. Tetamu yang datang ke rumahNya bagi melaksanakan fardu haji yang disyariatkanNya ke atas kita. .
Cuba anda berimaginasi bahawa kononnnya Kerajaan Arab Saudi membatalkan larangan ibadat haji bagi tahun ini. Dan kebetulan pula anda serta suami anda adalah di antara puluhan ribu pencarum TH yang dicalonkan sebagai peserta haji bagi tahun ini. Syarat yang wajib dipenuhi oleh setiap peserta haji dari seluruh dunia ialah disahkan negatifCovid19.
Saringan kesihatan telah mengesahkan bahawa anda dan suami memang super negatif Covid19. Tiba-tiba suami anda merasa amat keberatan untuk menunaikan haji dalam tahun ini. Katanya, bahana Covid19 masih kuat menghantui minda beliau.
Apa komen anda sebagai isteri terhadap suami yang sebegitu rupa pendiriannya❓ Seolah-olah beliau tak percaya kepada ubat yang direkacipta oleh pakar-pakar perubatan modern berdasar kaedah saintifik. Dalam masa yang sama, macam tak percaya pula akan kadha’ dan khadar Allah. .
Kontroversi terhadap sesuatu hukum
Menetapkan hukum ke atas sesuatu perkara jika tidak berhati-hati pasti akan mencetuskan kontroversi. Hukum default atau hukum yang terpakai dalam keadaan normal terhadap sesuatu itu, bisa berubah bila suasana berubah. Contohnya, sepertimana hukum wajib haji yang telah kita bincangkan di atas.
Hukum default ditetapkan berdasarkan nas nas tertentu dan kefahaman yang tepat oleh ilmuan yang berotoriti. Nas nas berkenaan adalah bersumberkan al Quran, sunnah Rasul s.a.w. dan sunnah para-para sahabat baginda. Kerana ada hadith menyatakan bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda mahfumnya, “sunnah sahabatku adalah sunnahku“
Sahabat yang manakah yang baginda maksudkan itu, wallahua’lam. Mungkin ada di kalangan pembaca PenCERAHan Acik ini yang alim dan sudi berkongsi ilmunya kepada kita semua…..? .
Muslim umpama penumpang
Jika kita baca tentang pencipta-pencipta berbagai jenis peralatan canggih, sebagai Muslim kita mungkin akan rasa terkilan. Terkilan kerana perika-perika alat berkenaan jarang jumpa yang Muslim. Perika pesawat adalah bukan Muslim, perika kereta pun bukan Muslim bahkan perika basikal pun bukan Muslim.
Namun, segala alat-alat tersebut kita Muslim pun turut sama menikmatinya. Cuma kita boleh bangga sikit ialah dalam aspek perubatan. Dunia kenal dengan Ibn Sina (Avicenna) sebagai bapa perubatan moden. Beliau adalah seorang Muslim.
Pendek kata umat Islam lebih banyak menumpang daripada menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi dunia. Oleh sebab itu kita harus bersyukurbanyak-banyak kerana Allah tidak melarang kita daripada menumpang guna hasil-hasil rikaan bukan Muslim. Malah jika kita tidak turut menikmati segala kemudahan yang sudah sedia dicipta oleh mana-mana hamba Allah, maka kita mungkin layak dilabel sebagai kufurnikmat. Nauzubillah ! .
Contoh kufur nikmat ialah apabila kita tidak mahu menaiki pesawat untuk ke Mekah bagi menunaikan ibadat haji. Sedangkan jarak negara kita dengan Mekah lebih dari 8 ribu KM. Kita masih nak ikut juga pengangkutan cara Nabi s.a.w. iaitu dengan menunggang binatang (kuda, unta dan sebagainya) dan berjalan kaki. Bagaimana agaknya suasana di Mekah setiap musim haji. Bagaimana pula dengan penjagaan binatang-binatang tersebut ketika memberi perkhidmatan kepada tuannya di sepanjang musim haji. . Kerana umat Islam bijak dalam mensyukur nikmat, maka banyak perintah Allah yang dapat dilaksanakan. Bukan sekadar dapat di tunaikan dengan mudah, malah dengan lebih sempurna lagi. Kalau sebelum dirikacipta kemudahan berkenaan kita cuma mampu melakukan yang wajib sahaja, tapi apabila adanya kemudahan berkenaan maka yang sunat-sunat pun dapat kita laksanakan. .
The moral of the story
Dengan kehadiran berbagai peralatan canggih, kita tak ada alasan lagi untuk mengelat daripada melaksanakan syariat. Apa lagi perintah Allah yang telah menjadi amalan mantap umat Islam sejak berkurun lamanya. . Datuk nenek kita dahulu menganggap institusi masjid adalah satu keperluan bagi Mukminin. Oleh kerana itu mereka sanggup bersusah payah ke hutan menebang balak. Daripada balak, maka terbinalah masjid papan demi mengisi keperluan.
Masjid-masjid dibina di tepi-tepi sungai. Maka mudah lah ia the disinggahi bagi yang bersampan, selain daripada yang berjalan kaki. Ada yang membuat sampan semata-mata untuk bertandang ke masjid setiap pagi dan petang. Pendek kata, “necessity is the motherof invention” menjadi prinsip hidup yang mereka pegang. .
Biar mati anak, jangan mati adat
Seorang negarawan berkata, “biarmati anak, jangan mati adat“. Maka bagunlah 1000 rakyat menentang kenyataan beliau. Lalu ada yang menyindir, “kalau semua anak dah mati, adat tak kan berguna lagi ?”
Jika seorang kaki masjid pula bersuara, “biarlah diantara kami ada yang terkorban, asalkan (institusi) masjid dapat dipertahankan“, nescaya akan ada yang menuduh beliau fanatik agama (jahil murakap) yang tak faham realiti. Acik doakan supaya mereka ini akan menjadi kaki masjid/surau selepas tempoh PKP (perintah kawalan pergerakan) tamat nanti, insyaAllah ! .
Covid19 mungkin membuat ramai bakal haji tahun ini kempunan 🌹
200401 April 01 (Rabu)
🇲🇾 Tak lama saja lagi, umat Islam akan menemui Ramadan. Tak dapat nak dibayangkan suasana di bulan Ramadan kali ini. Adakah wabak Covid19 akan terus menghantui umat Islam, wallahua’lam.
Apa pun, Acik percaya bahawa umat Islam akan tetap menunaikan ibadat puasa sepertimana yang disyariatkan. Cuma tentang solat terawih, tak taulah pula Acik nak agak. Apakah semakin ramai umat Islam yang akan mendirikannya ataupun sebaliknya. Sesuatu yang lazimnya dikerjakan secara berjemaah, bila terpaksa dibuat bersendirian mungkin semangatnya akan kurang.
Bagi bakal-bakal haji pula, Ramadan ini merupakan bulan mula membuat persedian besar. Iaitu persedian bagi menunaikan rukun Islam yang kelima. Jadi Ramadan tahun ini tentulah tak sama dengan semua Ramadan yang sebelum ini. Itu bagi yang telah maklum bahawa giliran hajinya telah tiba pada tahun itu.
Tiada haji bagi tahun ini
Setakat ini dah ramai pencarum TH (Tabung Haji) yang telah menerima berita positif melalui TH. Maksud Acik ialah berita bahawa mereka telah diundang Allah ke rumahNya dalam musim haji tahun ini.
Majoriti besar daripada mereka adalah sebagai tetamu Allah buat kali pertama. Namun, ada juga segelintir pencarum yang cukup istimewa. Mereka ini adalah tetamu-tetamu ulangan. Ada yang buat kali kedua. Mungkin juga ada yang buat kali ketiga dan seterusnya. Kalau tak cukup istimewa, takkan dapat menjadi tetamu ulangan ke rumah Allah di musim haji.
Dalam masa ternanti-nanti saatnya untuk berangkat ke rumah Allah itu, tiba-tiba turun pula ujian dari Allah yang berupa Covid19 itu. Kerananya maka kemungkinan besar ibadat haji tidak diadakan pada tahun ini. Malah berita tentang kemungkinan besar itu telah pun tersebar luas dalam medsos.
Pihak berkuasa yang mentadbir Mekah dan Madinah itu telah memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana tidak dapat membenarkan perlaksanaan kerja haji pada tahun ini. Sebabnya ialah wabak Covid19 yang tak terjangka bila tamatnya. Acik harap semua bakal tetamu Allah redha dengan takdir Allah itu.
Percayalah dengan sungguh-sungguh bahawa hanya dengan izin Allah saja kita dapat ke rumahNya. Maka tak usahlah kita bersungut kerana tak dapat ke Mekah pada tahun ini. Kata peribahasa Melayu, “kalau bukan rezeki kita, yang di dalam mulut sekali pun akan jatuh kepada ayam”. Semoga pada tahun hadapan sampai juga hajat kita untuk menjadi tetamu Allah, insyaAllah. .
COVID-19: Arab Saudi minta umat Islam tangguh persiapan haji danumrah
⬆️ Mungkin bagi mereka kelaparan adalah musuh utama, bukan Covid19 💊
2020 Mac 28 (Sabtu)
🇲🇾 India mungkin negara kedua yang paling ramai rakyatnya. China adalah negara pertama. Masing-masing mempunyai lebih daripada satu bilion perut untuk diisi setiap hari. Bayangkanlah berapa banyak sumber makanan yang perlu disediakan sepanjang masa oleh kedua-dua negara tersebut kepada rakyatnya.
Tidak siapa pun yang berani mempertikaikan bahawa makanan dan air adalah antara sumber asas kepada kehidupan. Baik bagi makluk Allah yang bernama manusia, maupun yang bergelar binatang. Begitu juga bagi tumbuh-tumbuhan.
Negara yang dikira berjaya ialah negara yang mampu menyediakan sumber (asas) kehidupan yang cukup kepada setiap rakyatnya. Tak kiralah dari mana sumber-sumber tersebut diperolehi. Ada negara yang menyediakan sendiri sumber-sumber tersebut. Contohnya negara Thai (Siam).
Ada juga negara yang bergantung sepenuhnya kepada sumber-sumber (asas) kehidupan yang diimpot dari negara luar. Contohnya Singapura. Namun begitu, setiap rakyat Singapura mendapat bekalan makanan yang cukup. Maka tidak adalah rakyat Singapura yang terpaksa meminta sedekah akibat kelaparan.
Seluruh dunia sekarang kebengungan dalam berperang dengan pembunuh licik yang berjenama Covid19 itu. Dalam tempuh yang begitu singkat, puluhan ribu nyawa manusia telah tewas ditangan pembunuh yang tersangat kejam ini. Sebelum pembunuh ini berjaya dinyahkan kehadirannya di muka bumi ini, entah berapa ramai lagi nyawa yang akan turut terkorban.
Yang akan turut terkorban itu tak semestinya yang terkena jangkitan Covid19 saja. Mungkin yang akan turut mati adalah akibat sebab-sebab sampingan, yang dicetuskan oleh Covin19. Contohnya ialah Makcik Liah (sepupu Makcik Kiah) yang tak dapat bertemu dengan cucu-cucu jantung hatinya sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dikuatkuasakan. Kerana tak tertahan menanggung rindu dendam yang bersangatan, maka Makcik Liah langsung mati. . Nun di sebuah kampung di sana, di negara Antah Berantah tu, Paklong Lahuma (seorang petani) telah keluar ke sawahnya. Tujuannya ialah untuk melepaskanair yang sedang bertakung yang hampir menenggelami petak bendangnya itu. Jika dibiarkan, anak-anak padi akan terendam dan mungkin akan mati. Beliau juga hendak memeriksa lukah yang dipasangnya di pergentingan sejak semalam. Ikan yang di dalam lukah itulah sumber utama protein beliau sekeluarga.
Tiba-tiba ternampak oleh beliau akan sepasukan polis menuju kepada beliau. Dengan serta merta Paklong Lahuma bergegas cabut lari lintang pukang kerana takut dibelasah oleh polis tersebut, dengan cotanya.
Malang tak berbau. Ketika melintasi jalan di hadapan rumahnya, Paklong Lahuma dirempuh oleh sebuah kereta peronda polis yang sedang bergerak laju.
Nasib Paklong Lahuma tersebut semua kita boleh teka. Tapi bagaimana pula dengan nasib tanggungan beliau yang di rumah. Mustahilkah mereka semua juga akhirnya akan turut mati ? Cumanya mati bukanlah kerana Covid19, tapi kerana kebuluran akibat kehilangan orang yang selama ini menjadi sumber rezeki mereka sekeluarga.
Melihat apa yang berlaku di dalam video di atas, Acik bertanya kepada diri sendiri tentang nasib mereka golongan bawahan itu. Mereka itu wajib bekerja setiap hari untuk membeli makanan. Jika mereka takbekerja hari itu mungkin mereka terpaksa berlapar. Bukannya mereka malas nak bekerja tapi kerana dilarang oleh pemerintah.
Sepatutnya kerajaan kenalah sediakan makanan percuma yang cukup untuk mereka setiap hari. Selagi tempoh PKP belum tammat pemberian makan percuma tidak boleh dihentikan. .
Pulang ke tempat asal
Apabila tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat makanan percuma yang cukup setiap hari, maka yang mampu membayar tambang mungkin akan pulang ke kampung. Stesyen stesyen bas dan keretapi pun menjadi sesak. Perhimpunan yang dilarang akan berlaku juga tanpa mampu dibendung, di stesyen stesyen pengangkutan awam
Implikasi PKP: stesyen pengangkutan awam sesak kerana ramai yg terpaksa pulang ke tempat asal masing-masing 🌹
Sepanjang perjalanan ke kampung mereka beramai-ramai akan berada di dalam bas atau keretapi berjam-jam lamanya. Jika ada seorang saja yang positif Covid19 dikalangan mereka, mereka yang lain pun akan turut dijangkiti. Mereka ini pula yang akan menjadi ejen-ejen baru membawa balik Covid19 ke kampung masing-masing. Tak cukup merebak di bandar-bandar kini merebak pula di kampung-kampung.
Khusut sungguh fikiran Acik bila memikirkan tentang nasib rakyat golongan bawahan itu. Kalau Acik juga salah seorang daripada mereka, tak taulah apa yang boleh dibuat. Entahlah kut kut Allah tunjukkan Acik jalan keluar dari kesusahan tersebut. .
Berangan menjadi negarawan
Berangan menjadi seorang negarawan tak salah kan ? Malah wajar digalakkan. Negarawan tak semestinya PM saja yang boleh jadi. Ada juga rakyat biasa yang digelar negarawan selepas kematiannya. Kerana selepas beliau meninggal barulah orang sedar bahawa legasinya amat berharga untuk negara. Contohnya Pendita Zaaba (bahasa & pendidikan) dan Seniman agung P.Ramli (kesenian). Idea yang baik juga boleh menjadi legasi yang berharga buat negara.
Di dalam negara demokrasi, rakyat bebas memberi pendapat peribadi mengenai apa-apa perkara. Baik pendapat yang selari dengan dasar kerajaan maupun yang bercanggah. Cuma mungkin ada satu dua isu yang dilarang komen. Isu-isu berkenaan jika dikomen, dikuatiri akan mencetuskan kekacaun atau komplikasi dalam sistem pentadbiran negara. Natijahnya rakyat dan negara jua yang akan rugi dalam jangka masa yang panjang.
Ideologi-ideologi yang available (sedia ada) untuk diterimapakai ialah kapitalisma, sosialisma dan komunisma. Namun, kebanyakan negara di dunia kini memilih ideologi kapitalisma. Malaysia kita pun turut menganuti ideologi kapitalisma.
Covid19 membuka mata umat manusia seluruh dunia terhadap kedua-dua negara signifiken dunia. Yang di sebelah barat ialah AmerikaSyarikat dan yang di timur pula negara China. Negara AS adalah penganut ideologi kapitalisma. Manakala negara China pula pengamal ideologi komunisma. Antara dua negara itu, yang manakah lebih berjaya menguruskan kebajikan rakyat jelatanya dalam situasi yang sangat getir seperti sekarang ini.
Mungkin Covid19 akan pergi dengan meninggalkan suatu legasi yang sangat signifiken kepada dunia. Ya, dunia akan menyaksikan suatu anjakan paradikma yang maha penting. Kalau selama ini kapitalisma yang disayangi oleh kebanyakan negera, mungkin selepas ini komunisma pula yang dipeluki mereka.
Wallahua’lam 🌹
PN
Ada yang terpaksa berjalan kaki utk pulang ke tempat asal mereka walau jauh mana sekali pun