Ali’s SAGA # 03 Tiket Penerbangan Peguam Ali “Hangus”

•2014-09-26 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Tiket Penerbangan Peguam Ali Hangus !

Jam 6:30 pagi semalam (2014Sept25) Acik telah sampai di KLIA 2. Tugas Acik ke sana ialah menghantar isteri dan anak Acik (Ahmad) yang akan terbang ke Labuan. Mereka ada urusan kekeluargaan yang penting di sana. Sepatutnya turut bersama ke Labuan ialah isteri Ahmad (Peguam Fadilah). Malangnya Peguam Fadilah itu tidak dapat turut bersama disebabkan oleh kes Ali.

Pada hal tiket penerbangan mereka bertiga (termasuk untuk Peguam Fadilah sekali), telah ditempah beberapa bulan yang lepas. Dengan membuat tempahan awal maka dapatlah tambang yang murah sedikit dari tambang biasa. Itu baiknya membuat tempahan awal bagi kebanyakan tiket penerbangan sekarang.

Namun, yang tak baiknya pula ialah, pemilik tiket penerbangan berkenaan terpaksalah menanggung risko tinggi. Andaikata penumpang tersebut tidak dapat melaksanakan perjalanan seperti yang dijadualkan, maka tiket penerbangan penumpang berkenaan akan dikira “hangus”. Bagi syarikat penerbangan terlibat, ia tidak menanggung kerugian walau sebutir habuk pun. Jadi yang menanggung kerugian 100% ialah penumpang berkenaan saja iaitu Peguam Fadilah.

Nampak macam tidak adil pula terhadap penumpang berkenaan kerana terpaksa menanggung kerugian 100 %. Ini kerana penumpang berkenaan sebenarnya bukan dengan sukarela tak nak melaksanakan perjalanan seperti yang dirancangnya itu. Tetapi kerana keadaan yang tidak mengizinkan beliau melakukan perjalanan tersebut.

Namun bagi syarikat penerbangan berkenaan, ia langsung tidak peduli masalah penumpangnya. Oleh itu, tak payahlah nak buang masa untuk menuntut apa-apa ganti rugi jika gagal membuat perjalanan seperti dinyatakan dalam tiket pernerbangan. Bukan saja kita akan kecewa kerana tak berjaya memperolehi apa-apa hasilnya, malah akan merasa terhina pula.

Syarikat penerbangan berkenaan bukan saja tidak akan menimbang apa-apa juga justifikasi rayuan yang dikemukakan, malah nak mendengarnya pun tidak. Hatta jika alasan “anak mati” sekalipun, alasan itu tidak ada apa-apa perbezaan dengan alasan “terlepas kapal terbang”. Yang penting bagi syarikat penerbangan berkenaan hanyalah keuntungan maksimum semata-mata. Atas sebab itulah maka dasarnya terhadap kes-kes penumpang gagal melaksanakan perjalanan ialah, “tiada ada maaf bagimu”.

Itu hanya salah satu saja dari contoh-contoh kerugian yang keluarga Ali telah terpaksa tanggung akibat dakwaan yang dikenakan terhadap Ali. Berbagai-bagai lagi bentuk kerugian yang bakal mendatang. Semuanya itu akan terpaksa turut ditanggung oleh semua individu yang terlibat dan melibatkan diri dengan kes Ali. Bukan yang menyokong perjuangan Ali saja yang akan rugi, malah yang cuba mematikan perjuangan tersebut pun akan turut rugi.

Semasa Ahmad Abd Jalil (saudara kembar Ali) didakwa atas kesalahan memuatnaikkan satu status yang ditafsirkan sebagai “menghina Sultan” dahulu, keluarga Acik sudah pun kerugian puluhan ribu ringgit. Itu pun mujur juga kerana Ahmad hanya disabitkan dengan satu kesalahan saja. Sedangkan yang sedang dihadapi oleh Ali sekarang adalah 8 kes, yakni lapan pertuduhan.

Segala kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak iaitu orang yang kena dakwa (OKD) dan pihak pendakwa (PP) tentulah bukan sedikit. Acik anggarkan apabila segala process pengadilan kes-kes Ali itu selesai nanti, busuk-busuk pun ratusan ribu ringgit akan “hangus”. Jadi apa nak hairan jika dipandang kepada tiket penerbangan Peguam Fadilah yang telah “hangus” semalam.

Kadang-kadang tertanya juga dalam hati kecil Acik, ada tak sesiapa yang pernah membuat kajian tentang jumlah kos bagi menangani sesuatu kes mahkamah. Tak kiralah samada yang menjadi bahan kajian tersebut ialah kes jenayah besar maupun kes gila-gila seperti yang Ali lakukan itu. Kerugian yang Acik maksud itu adalah kerugian yang ditanggung oleh kedua-dua belah pihak samada OKD maupun PP.

Jika belum ada lagi sesiapa yang pernah membat kajian tersebut, Acik nak cuba cadangkan supaya Peguam Fadilah (kakak ipar Ali Abd Jalil) dan Peguam Asiah (kakak kandung Ali Abd Jalil) memulakan kajian tersebut terhadap kes Ali. Ini kerana kedua-dua peguam “hingus belum kering” itu, adalah antara peguam-peguam yang sedang mengikuti dengan dekat dan penuh minat perkembangan kes Ali Abd Jalil itu. Jadi adalah kemungkinan mereka akan bersetuju dengan cadangan Acik ini. Lebih-lebih lagi mereka adalah alhli keluarga Ali.

Mudah-mudahan dengan hasil kajian itu nanti, rakyat akan dapat menilai Akta Hasutan 1948 itu dengan lebih teliti, khususnya dari aspek ekonomi. Apakah Akta tersebut benar-benar menyumbang kearah pencapaian aspirasi negara iaitu menghapuskan kemiskinan. Ataupun apakah bilangan rakyat yang bankgrab semakin ramai akibat dari penangan Akta warisan penjajah itu.

Kita semua boleh lihat sendiri betapa perihatinnya kerajaan terhadap isu kemiskinan rakyat. Jika tidak, masakan kerajaan sanggup mengeluarkan berbilion ringgit dari dana negara untuk diageh-agehkan kepada jutaan rakyat jelata yang layak menerimanya dalam bentuk BR1M. Sekiranya bilangan yang layak adalah 7 juta, maka implikasinya ialah di Malaysia sekarang ini telah terdapat tidak kurang dari 7 juta rakyat yang masih miskin.

Andaikata hasil kajian tersebut itu nanti memberi gambaran positif terhadap Akta Hasutan 1948, insya Allah Aciklah orang pertama yang akan mengangkat sepanduk besar yang bertulis “Akta Hasutan 1948 adalah Penyumbang Utama Kepada Ekonomi Negara, Maka Kekalkanlah Ia !”

Sebaliknya, jika segala kos yang ditanggung oleh semua pihak akibat dari kewujudan Akta Hasutan 1948 tersebut tidak setimpal dengan munafaatnya, maka bodohlah kita rakyat Malaysia jika masih nak terus juga menggunakan Akta tersebut. Ia ibarat masih terlalu sayangkan mesin jahit Singer yang telah tersangat tua lagi uzur. Walaupun kos penyelenggarannya lebih besar dari pendapatan jualan produk jahitan yang dihasilkan, tapi masih juga menggunakannya.

Marilah kita sama-sama bertanya, apakah fungsi dan objektif asal Akta Hasutan 1948 tu ? Mengikut kepercayaan Acik, Akta tersebut adalah ibarat senjata untuk melawan musuh negara ketika ia digubal dan dikuatkuasakan. Ini cerita lebih dari separuh abad dahulu. Rata-rata rakyat ketika itu menganggap musuh negara adalah Komunis.

Oleh kerana Komunis memang ramai dan bermaharaja lela ketika itu, maka rata-rata rakyat mengakui dan mengiktiraf akan keperluan senjata (Akta) tersebut. Tetapi, sejak tahun 1989 iaitu bila Komunis dah letak senjata, scenarionya telah berubah 180 darjah. Musuh negara bukan lagi Komunis tetapi sentiment perkauman yang diburukkan lagi oleh masalah kemiskinan.

Jadi selepas tahun 1989, senjata (Akta) tersebut dah tak ada target khususnya lagi. Malang sungguhlah rakyat Malaysia, bila mereka sama-sama berjaya menghapuskan Komunis, tiba-tiba giliran mereka sendiri pula dijadikan sasaran senjata (Akta) tersebut. Ini tentulah tak kena dan rata-rata tidak adil tehadap seluruh rakyat jelata.

Sedangkan jenayah yang jauh lebih bahaya terhadap rakyat, yang sepatutnya diperangi bermati-matian, dah nampak macam kurang penting dan kurang relevan pula. Sebaliknya, banyak tenaga dan masa pasukan Polis dan institusi kehakiman kini dialihkan pula ke sasaran baru senjata (Akta) tersebut iaitu rakyat sendiri.

Jika dulu, senjata (Akta) tersebut dihalakan kepada saingan politik yang dilabelkan sebagai musuh. Tetapi kini mula melarat pula kepada rakyat marhain termasuk Ali Abd Jalil. Sebelum Ali, kita dah diperkenalkan dengan beberapa nama anak-anak muda seperti Khalid Ismath, Adham Adli, Ahmad Abd Jalil, Safuan Anang, Paduka Teruna dan lain-lain. Semua mereka ini adalah antara rakyat yang menjadi mangsa Akta Hasutan peninggalan penjajah tersebut.

Semuanya itu menambahkan beban kepada pihak Polis. Namun jika sekiranya Acik seorang anggota Polis, Acik lebih melihat anak-anak muda seperti disebut di atas dari aspek positif. Positif dengan ertikata tidak merbahayakan diri Acik jika ditugaskan menangani kes mereka. Secara perbandingan, mereka bukanlah individu-individu yang jahat dan ganas macam Botak Chin yang menjadi ikon bagi penjenayah tegar suatu masa dahulu.

Oleh itu biarlah Acik ditugaskan mengawal mereka daripada pergi menggadai nyawa berperang dengan gangster yang memiliki bemacam-macam senjata merbahaya termasuk senjata api. Jika Acik suka begitu, mustahilkah bahawa ramai lagi anggota Polis yang serupa dengan Acik. Dalam ilmu ekonomi, ia lebih kurang macam konsep kos melepas. Jika masa bertugas 8 jam ditugas menjaga anak-anak nakal macam Ali, tentu 8 jam yang sama terlepas dari risko berperangan dengan penjenayah-penjenayah tegar.

Berdasarkan rasional tersebut, jangan hairanlah jika Akta Hasutan 1948 akan menjadi bertambah popular di kalangan anggota keselamatan selepas ini. Namun harapan Acik tidaklah pula begitu. Sebaliknya Acik harap dan doakan, biarlah semua anggota institusi keselamatan tersebut turut benci kepada Akta zalim itu. Acik percaya kenyataan ini taklah  ditafsirkan oleh mana-mana pihak sebagai “hasutan” suruh lawan sesiapa. Cuma yang Acik nak hasut ialah agar semua rakyat pakat-pakat benci terhadap Akta peninggalkan penjajah itu sebab dia zalim.

Jika sekarang Ali Abd Jalil menjadi mangsa, tidak mustahil bahawa bakal mangsa Akta Hasutan 1948 yang berikutnya adalah masing-masing anak kepada seorang Kontable, L. Koperal, Koperal, Sergeant, Sergeant Major, Sub Inspector, Inspector, Chief Inspector, ASP, DSP, Supt, ACP, SAC 11, SAC 1, DCP malah IGP sendiri. Kerja Allah siapa tahu ?

Wallahualam.

Selingan :

Anak-anak Kita Adalah Produk Pendidikan Kita Semua.

https://www.facebook.com/video.php?v=705566012851545&set=vb.100001944575222&type=2&theater

 d a u l a t   r a k y a t  !

Lain-Lain PenCERAHan yang relevan :

Ali’s SAGA # Index : http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/04/alis-saga-index/

Ali’s SAGA # 01 Ali adalah manifestasi jenarasinya  https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/

Ahmad’s SAGA #026 Terhukum Sebelum Disabitkan Kesalahan   https://4uni2c.com/2013/10/17/ahmads-saga-026-terhukum-sebelum-disabitkan-kesalahan/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

OPajar # 14926

Ali’s SAGA # 02 Harga Sebentuk Keadilan

•2014-09-24 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Harga Sebentuk Keadilan

Petang semalam (23hb Sept 2014) Acik (Ayah/Abang+cik) turut sama berada di Kompleks Mahkamah Shah Alam. Kalau dulu-dulu tu Acik ke Mahkamah kerana kerenah Ahmad anak Acik yang ke-5, semalam giliran anak ke-6 pula. Itulah antara pengalaman beranak ramai. Kata orang, “banyak udang banyaklah garamnya, banyak orang banyaklah ragamnya”

 Ali : “Rakyat adalah Raja !”

https://www.facebook.com/video.php?v=10152652674398592&set=vb.716388591&type=2&theater

Kedatangan rakan-rakan Ali ke Mahkamah tersebut adalah semata-mata untuk menemui Ali dan juga mengucapkan selamat ke Johor kepada Ali. Semua mereka tahu bahawa sebaik saja Ali diikat jamin di Mahkamah tersebut Ali akan ditawan Polis Johor untuk dibawa ke Johor. Yang menjadi tanda Tanya ialah apa rasionalnya Ali nak dibawa ke Johor ?

Soalan yang sama telah Acik tanya dahulu bila kembar Ali (Ahmad) hendak dibawa ke Johor. Acik kemudian difahamkan bahawa lokasi dimana Ahmad melakukan kesalahan adalah di Johor. Kononnya Polis sudah ada bukti ketika Ahmad ditangkap lagi. Walaubagaimana pun akhirnya terbukti bahawa dakwaan tersebut tidak benar. Namun perbicaraan diteruskan juga di Mahkamah Johor Bahru.

Sedangkan bagi kes Ali, belum ada bukti yang kuat bahawa beliau melakukan kesalahan seperti yang dituduh di mana-mana lokasi di Johor. Oleh itu tidak ada rasionallah untuk membawa Ali ke Johor. Walaupun ia melibatkan Sultan Johor, Mahkamah yang boleh membicarakan kesalahan Ali adalah di bawah kuasa kerajaan Persekutuan. Ini bermakna Ali boleh saja dibicarakan di Lembah Kelang.

Lainlah jika setiap negeri memiliki mahkamah sivilnya sendiri yang mempunyai dasar dan peraturan yang berbeza dengan negeri-negeri lain. Contohnya Mahkamah Syariah yang mungkin berbeza di antara yang berada di negeri Johor dengan yang berada di Selangor. Jika demikian, sekurang-kurangnya adalah juga sedikit justifikasi membawa Ali ke Johor.

Cuma apa yang Acik difahamkan ialah bahawa pihak yang membuat laporan Polis terhadap Ali adalah rakyat yang tinggal di Johor. Oh, jika sekiranya lepas ini orang di Sabah pula membuat laporan Polis terhadap Ali, kemudian diikuti pula dengan orang Perlis, adakah Ali akan dibawa ke Sabah dan ke Perlis pula selepas selesai urusan penjaminan di Johor. Jika tidak dibuat begitu bermaksa ada unsur-unsur diskriminasilah atau “double standard” dalam sistem Mahkamah Malaysia.

Apa pun Ali tetap ditawan oleh sepasukan Polis dari Johor selepas diikat jamin di Mahkamah Shah Alam dan telah dibawa ke Johor. Acik sebagai ibu bapa sendiri pun tertanya-tanya di manakah Ali akan disimpan bila sampai di Johor nanti. Dilema yang sama Acik sekeluarga telah alami semasa menghadapi kes saudara kembar Ali (Ahmad) dahulu. Kami sekadar berdoa agar Ali selamat, tidak dikejami oleh mana-mana pihak.

Pengalaman yang telah Acik perolehi semasa menghadapi kes Ahmad dulu sebenarnya memberi kekuatan mental dan emosi kepada Acik. Kali ini seolah-olah tidak rasa apa-apa yang tak dapat dibendung. Malah rasa bangga pula melihat Ali dan rakan-rakannya yang telah datang beramai-ramai ke Mahkamah menemui Ali.

Sebenarnya sebelum ini Acik sangat “skeptical” atau curiga terhadap tindakan yang dipilih Ali. Adakah ianya mampu memberi apa-apa impak positif ke arah mencapai objektif yang disasarinya. Ataupun ianya adalah perbuatan yang sesia semata-mata seperti menjirus air ke atas daun keladi sahaja.

Namun setelah melihat sendiri begitu ramai dan bersemangat sekali rakan-rakan yang datang menemui Ali, pernilaian Acik telah mulai berubah. Rupa-rupanya bukan Ali seorang saja yang beria-ia nak mencapai objektif perjuangan, malah ramai lagi. Pendek kata bukan Ali seorang saja yang berani dan sanggup mengambil rikso akan berdepan dengan hukuman demi menuntut keadilan tetapi ramai lagi. Malah masing-masing mendakwa, “belum lagi bernasib baik seperti Ali”.

Kalau begitulah kesungguhan dan keberanian anak-anak muda memperjuangkan sesuatu isu, Acik yakin mereka akan berjaya mencapai matlamatnya. Jika lebih ramai lagi anak-anak muda mengikut jejak langkah mereka, bukan sekadar busut saja, bahkan sebuah bukit pun akan mampu diratakan menjadi sebuah padang bola. Syabas Acik ucapkan kepada mereka semua.

Sehingga ini Acik tidak pernah bertanya langsung berapa kos yang perlu ditanggung bagi menjamin Ali. Tanpa jaminan bermakna Ali akan terus merengkok di dalam penjara sehingga process perbicaraannya selesai. Biarlah secara berterus terang Acik dedahkan di sini bahawa poket Acik memang kering. Jadi jika tahu berapa jumlah wang yang diperlui untuk menjamin Ali sekali pun, apa maknanya jika kantong kosong.

Baru semalam Acik difahamkan bahawa sejumlah belasan ribu ringgit telah dihabiskan buat menjamin Ali. Jumlah tersebut sudah tentulah amat besar buat warga tua seperti Acik ini. Maklum sajalah, Acik sekarang hidup pun atas ehsan wang pencen yang tak seberapa itu. “Tu lah, dulu masa masih dalam perkhidmatan tak nak rembat betul-betul, bukan takde peluang”. Tapi itu adalah kata-kata kaki rasuah, bukannya orang macam Acik ni.

Namun Allah betul-betul menunjukkan kekayaanNya depan mata Acik sekarang. Walaupun tidak ada duit dalam saku, namun Ali telahpun terjamin. Acik sangat-sangat menghargai dan rasa terhutang budi kepada dermawan-dermawan yang telah menyumbang kepada Ali.

Siapakah mereka ? Maaf, Acik pun tak tahu. Bagi Acik, inilah satu contoh yang diibaratkan, “tangan kanan memberi, tangan kiri pun tak sedar”. Namun, walau setinggi mana pun penghargaan kita kepada sesama makluk, kepadaNya jualah sasaran kita melafazkan rasa syukur kita.

Sebenarnya untuk membeli sebentuk keadilan tidak cukup semata-mata dengan wang ringgit dan harta benda saja. Ini kerana harga sebentuk keadilan jauh lebih mahal dari itu. Teringat Acik akan kisah tentang Sultan Melaka meminang Tuan Puteri Gunung Ledang (TPGL). Yang dikatakan rakyat ketika itu ialah alat bagi memenuhi setiap keinginan dan kemahuan Sultan.

Bayangkanlah apa syarat yang Datuk Bendara tidak sanggup terima demi memenuhi nafsu Sultan Melaka itu terhadap TPGL. Disyaratkan menghantarkan hati gajah sedulang …. setuju ! Disyaratkan menghantarkan hati nyamuk sedulang ….. pun setuju ! Disyaratkan membina jambatan emas dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana Sultan Melaka pun ….. tiada masaalah !

Sebab apa tiada masalah untuk bersetuju serta sanggup melaksanakan semua syarat-syarat tersebut ?

Sebabnya ialah segala tugas-tugas tersebut boleh swastakan kepada seluruh rakyat Melaka ketika itu. Walaupun tak masuk akal, numun tetap akan ada pecacai yang masih boleh dikerah keringat dan masanya bagi melaksanakannya. Jika sekarang bolehlah buat untung berlibat ganda. Tetapi zaman Sultan berkuasa penuh dahulu, pengswataan bermaksud segala kosnya rakyat sendiri yang kena tanggung.

Sultan di zaman itu dianggap penjelmaan Tuhan yang diturunkan ke bumi sebagai wakil. Oleh sebab segala rezeki adalah datangnya dari Tuhan, maka apa salahnya jika dia dicukai sedikit saja untuk dikembalikan kepada tuhan. Bukan atas alasan tuhan itu miskin, tetapi secara simbolik sebagai tanda berterima kasih yang tak terhingga kepada Tuhan yang Maha Pemurah itu.

Cuma satu lagi saja syarat yang di bawah OSA yang Acik belum boleh dedahkan lagi. Tunggulah hingga kita sama-sama mengadap Sultan nanti.

Maka sesampainya Datuk Bendahara itu ke istana, maka menyembah dulilah beliau. Maka menyatakanlah oleh Datuk Bendara akan syarat-syarat yang dituntut oleh TPGL satu demi satu. Setiap syarat itu bukan membuat baginda risau, malah sebaliknya membuat baginda bertambah ceria. Sedangkan setiap pembesar dan pegawai istana yang hadir disekeliling baginda semakin runsing.

Entahlah macam mana boleh jadi demikian. Sepatutnya kegirangan Sultan dapatlah ditumpang oleh rakyat jelata.Sepatutnya juga, jika rata-rata rakyat berasa sedih Sultan sendiri akan turut bersedih.

Itu barulah layak dikatakan pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat. Itu baru layak dikatakan rakyat didahulukan. Itu baru tanda baginda perihatin terhadap kebajikan rakyat. Ni tidak. Malah “Jauh panggang dari api”. Kesenangan baginda rupa-rupanya di atas kesengsaraan rakya jelata.

“Last but not least” Datuk Bendahara pun mengakhiri penyampaian maklumannya kepada Sultan. “Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik sembah derhaka Tuanku. Ampun Tuanku”

Ini telah membuat Sultan terpinga-pinga menunggu perkatan seterusnya dari mulut Datuk Bendahara. Lalu kata baginda, “sila teruskan Datuk Bendahara ! Beta sangat tidak sabar menunggunya”

Maka dengan perasaan yang bercampur-campur Datuk Bendara pun mula bermadah, “Ampun Tuanku ribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Sebenarnya Tuanku, segala fikiran telah patik kerahkan, segala pujuk rayu telah patih pergunakan demi melihat Yang Maha Mulia Tuanku berpermaisurikan Tuan Puteri Gunung Ledang itu Tuanku. Malangnya Tuanku, dengan syarat terakhir ini Tuanku, patik tidak yakin ianya akan menjadi kenyataan. Ampun Tuanku”

“Apa maksud Datuk Bendahara ni, beta tidak faham ?” baginda mencelah sebelum sempat Datuk Bendahara menyambung madahnya.

“Sebenarnya Tuanku, Tuan Puteri mahukan tujuh gelas darah Tuanku sendiri, ampun Tuanku. Walaupun patik merayu supaya darah-darah seluruh lembu kerbau di negeri Melaka ini dijadikan galang ganti, baginda tidak sekali-kali berkenan. Hatta patik sanggup menjadikan seluruh darah patik sendiri sebagai galang ganti, itu pun tidak diperkenankan baginda, ampun Tuanku”

Wah gemparlah seluruh istana. Dalam kesedihan ada kegembiraan. Sedih kerana gagal memenuhi hasrat Sultan yang Maha Mulia itu. Gembira kerana terlepas dari beban yang bakal ditanggung bagi memenuhi segala syarat-syarat yang dituntut oleh Tuan Puteri Gunung Ledang tersebut.

Mereka yang degree kesedihannya melebihi degree kegembiraannya pun mula menangis teresak-esak. Mereka ini terdiri dari pembesar-besar Sultan. Manakala mereka yang degree kegembiraannya mengatasi degree kesedihannya hingga “beyond reasonable doubt” pun rupa-rupanya turut menagis juga. Malah tangisan puak-puak ni lebih hebat lagi. Hingga terpaksa menadah dulang agar air mata tidak membanjiri ruang istana.

Begitulah sedikit sebayak senario yang dapat kita saksikan untuk sama-sama jadikan ia iktibar. Janganlah kita sanggup menerima segala-galanya selagi ia tidak menyusahkan diri kita sendiri. Kita tak peduli jika perkara yang kita setuju itu akan menyusahkan seluruh negara, asalkan ia tidak menyusahkan kita sebiji habuk pun. Pendek kata janganlah sekali-kali kita menikmati sebarang kesenangan jika ada pihak lain yang terjejas atau menanggung beban.

Kembali kepada kes Ali Abd Jalil dan rakan-rakan setia yang seperjuangan dengan beliau, maka Acik mahu salut (tabik) kepada mereka semua. Acik kagum dengan keberanian mereka dan kesanggupan mereka yang begitu tinggi bagi memperjuangkan hak jenerasi mereka. Ini tidaklah bermakna Acik restui segala tindak tanduk dan tingkah laku mereka.

Sebagai seorang OP (Orang Pecen) yang dah sinonim dengan WE (Warga Emas) tentulah nilai dan gaya Acik tidak sama dengan anak-anak muda. Namun dari sudut prinsip perjuangan, Acik dan mereka tetap sama. Iaitu sama-sama memperjuangkan keadilan demi untuk kesejahteraan bersama yang berkekalan.

Insya Allah setiap niat baik lagi ikhlas mereka dalam melaksanakan perjuangan mereka itu akan dihargai oleh anak-anak cucu mereka. Segala pengorbanan mereka dalam apa juga bentuk, semoga mendapat keredhaan Allah. Dan mudah-mudahan setiap kesilapan dan ketelanjuran mereka dimaafi oleh rakyat dan diampuni oleh Allah.

Semua yang di atas adalah merupakan harga sebenar yang dibayar oleh semua pihak bagi “membeli” sebentuk keadilan. Kos yang dibayar bukan saja oleh pihak yang melaksanakan perjuangan berkenaan, malah turut sama dibayar oleh pihak yang mempertahankan status quo.

Demikianlah, betapa mahalnya harga sebentuk keadilan yang sedang “dibeli” oleh Ali dan rakan-rakannya. Keadilan yang Acik maksudkankan ialah yang berbentuk “Pemansuhan Akta Hasutan 1948”

Wallahualam.

d a u l a t    r a k y a t  !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Ali’s SAGA # Index : http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/04/alis-saga-index/

Ali’s SAGA # 01 Ali adalah manifestasi jenarasinya   https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/

Ahmad’s SAGA #201 A catalyst of change  https://4uni2c.com/2012/12/24/ahmads-saga-201-a-catalyst-of-change/

Don’t blame the mirror for our bad image (terjemahan)   https://4uni2c.com/2014/09/23/4uni2c-14923-dont-blame-the-mirror-for-our-bad-image-terjemahan/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

OP Ajar # 14924

4uni2c # 14923 : Don’t Blame The Mirror For Our Bad Image (terjemahan)

•2014-09-23 • Leave a Comment

2014 September 23

don’t blame the mirror for our bad image

Muka Buruk Jangan Cermin Pula Dipersalahkan

.

🇲🇾 Mirror is an instrument which is normally used for viewing our own image. Practically every home has a mirror each. Some even have more.The difference between a good quality mirror and the bad one is that the former shows the image of an object exactly as it really is, while the latter shows it with some distortion.

Cermin ialah satu alat yang biasa digunakan bagi melihat wajah kita sendiri. Boleh dikatakan setiap rumah memiliki sebuah cermin. Malah ada juga yang memiliki lebih. Perbezaan antara cermin yang berkualiti dengan yang tak berkualiti ialah, cermin yang berkualiti memberi imej yang sebiji serupa dengan objek sebenar, sedangkan yang tak berkuati menunjukkan imej yang agak tercemar.

One phenomenon of a mirror is that it does not show the right side of an object as its right side. Instead, it shows the right side as its left side and the vice versa. Hence, it gives us some difficulty to read any writing reflected in a mirror. Example, we could not easily figure out or read the plate number of the vehicle following behind us by viewing it through the side mirror of our car.

Satu fenomina tentang cermin ialah ia tidak menunjukkan sebelah kanan sesuatu objek itu sebagai kanan. Sebaliknya ia menunjukkan sebelah kanan itu sebagai sebelah kiri dan begitulah sebaliknya. Oleh sebab itu, ia membuat kita agak sukar untuk membaca tulisan yang tertera di dalam cermin berkenaan. Contohnya, kita tak mudah membaca nombor plat kenderaan yang sedang mengikuti kereta kita dari belakang, dengan melihat melalui cermin tepi kereta kita.

Despite the phenomenon as mentioned above, we could still take for granted that a mirror is a good “friend” of ours because it does help us to identify our bad showings. In other words, if we have bad showings like over applying cosmetic material on our face, the mirror will “tell” it to us exactly. It will never cheat us by flattering us or by showing our bad image as good.

Walaupun dengan fenomina seperti tersebut di atas, kita masih boleh percaya bahawa cermin merupakan kawan baik kita sebab ia menolong kita mengenalpasti ketrampilan keburukan kita. Dengan lain perkataan, jika ketrampilan kita menunjukkan kita terlebih pakai bahan-bahan solekan pada muka kita, cermin akan menunjuki itu dengan begitu tepat. Ia tidak pernah menipu kita dengan pujian palsu atau dengan mempamirkan imej buruk kita berupa cantik.

Though mirror could help us to correct our physical weaknesses, it does not care about the other aspects of ourselves which are more important. No mirror could identify our bad characters, dirty habits, bad values that we subscribed to, and etc. Hence, we have no choice except to depend on the “big mirror”.

Sungguhpun cermin boleh membantu kita memperbaiki kelemahan fisikal kita, ia tidak memperdulikan tentang aspek-aspek lain kita yang lebih penting. Tidak ada cermin yang mampu mengenalpasti sifat-sifat negatif kita, perangai kotor, nilai-nilai buruk yang menjadi amalan kita. Dengan sebab itu maka kita tiada pilihan lain selain dari bergantung kepada “cermin besar” .

The big mirror here I mean the fellow human beings surrounding us most of the time. If most of them portrayed our personal image as good, then the chances are we are genuinely good individuals. So is the vice versa.

Cermin besar di sini Acik (Ayah/Abang+cik) maksudkan ialah sesama manusia yang sentiasa hazir di sekeliling kita hampir setiap masa. Andaikata kebanyakan mereka melakarkan imej pribadi kita sebagai baik, maka peluang kita ialah kita merupakan induvidu yang tulen baik. Begitulah jika Sebaliknya.

I wish to relate this analogy to the previous 13th General Election. Most people who were concerned about the quality of an election procedure had portrayed a very bad image for the SPR. If the body had discharged its duty responsibly and with acceptable degree of integrity, surely the image that had been portrayed by the members of the public about it in general was favorable. Hence, SPR should not blame the parties who painted its image as horror.

Acik (Ayah/Abang+cik) ingin mengaitkan analogi ini dengan Pilahan Raya Umum ke-13 yang lepas. Kebanyakan orang yang peduli tentang kualiti prosidur pilihan raya telah melakarkan imej yang buruk terhadap SPR. Sekiranya badan tersebut telah melaksanakan tugasya dengan bertanggungjawab, dengan tahap integrity yang boleh diterima, sudah tentulah imej yang dilakarkan oleh ahli-ahli masyarakat umum mengenainya (SPR) sebagai menarik. Oleh itu, SPR tidak sepatutnya menyalahkan pihak-pihak yang melakarkan imejnya sebagai “menggerunkan”.

Similarly, facing the same dilemma is the PDRM. Due to the actions of some members of the force, the public tends to develop worsening perception towards the said establishment. Most members of the general public seem to shy away from the police personnel or evading them whenever possible.

Demikianlah, yang sedang menghadapi dilemma yang sama ialah PDRM. Akibat dari tindakan-tindakan negatif oleh hanya segelintir saja anggota pasukan tersebut, masyarakat terdorong memupuk persepsi yang semakin buruk terhadap badan tersebut. Kebanyakan anggota masyarakat umum nampaknya menyisihkan diri dari anggota polis ataupun mengelakkan diri dari mereka dimana yang mungkin.

In other words, not many individuals would feel happy to establish good and sincere friendship with the police personnel. Instead, they tend to have prejudices against the police, even by branding them as the most corrupted public servants. Based on this premise, how could we expect that the force would enjoy good cooperation from the general public?

Dengan lain-lain perkataan, tidak ramai individu yang berminat untuk membina persahabatan mesra lagi ikhlas dengan anggota polis. Malah, mereka terdorong menyimpan presjudis terhadap polis hingga menjenenamakan mereka sebagai penjawat awam yang paling korup. Berdasarkan “premise” ini, bagaimana mungkin kita boleh mengharapkan pasukan itu akan menikmati satu kerjasama yang baik dari masyarakat umum ?

Hence, I really hope that both of the so called prominent agencies of the federal government would amend their organizations entirely, as much as they could. They should treat the public as the “big mirror” as I have mentioned above. They should humbly accept whatever criticisms thrown at them with a very open mind.

Oleh itu, Acik sungguh-sungguh berharap kedua-dua agensi penting kerajaan persekutuan ini akan merobah organisasi mereka seluruhnya, sebanyak mana yang mereka boleh. Mereka wajar melayan masyarakat umum seperti “cermin besar” sebagaimana yang Acik sebut di atas. Mereka wajar dengan rendah hati menerima segala kritikan yang dilemparkan terhadap mereka dengan fikiran yang sangat terbuka.

Denial syndrome should not be the main characteristic of any public agency. It would not help at all to amend anything but instead worsens the perception of the people towards them. A Malay proverb terms it as, “menegakkan benang basah”, for trying to deny any bad practice which had happened obviously before the eyes of the general public.

Sinderom penafian tidak sepatutnya menjadi ciri utama mana-mana agensi awam. Ia tidak akan membantu sama sekali untuk merobah sesuatu tetapi sebaliknya memburukkan lagi persepsi orang terhadap mereka. Peribahasa Melayu mengumpamakan seperti, “menegakkan benang basah” bagi merujuk kepada percubaan menafikan apa-apa juga amalan negatif yang berlaku secara terang-terangan di hadapan mata kepala masyarakat awam.

Worse scenario is when they begin to blame the critics for making various criticisms against them. In other words, they do not like to entertain any negative comment about themselves. If such attitude or policy is being practised by any agency irrespective of public or private, it will never improve. In fact it might even deteriorate through time.

Senario yang lebih buruk ialah apabila mereka mula menyalahkan pengkritik-pengkritik kerana membuat pelbagai kritikan terhadap mereka. Dengan lain-lain perkataan, mereka tidak suka melayan sebarang komen negatif tentang diri mereka. Sekiranya sikap atau dasar sedemikianlah yang diamalkan oleh mana-mana agensi, tak kira samada awam maupun swasta, ia tidak akan bertambah baik. Malah ia mungkin semakin buruk dari semasa ke semasa.

The previous court’s ruling on the usage of the word “Allah” is another controversial incidence inviting numerous comments and complaints from all angles throughout the whole world. Not only non Muslims in Malaysia feel odd and confused about the ruling, I believe even a significant number of Muslims too are likewise.

Peraturan oleh mahkamah tempoh hari mengenai penggunaan istilah “Allah” adalah satu lagi insiden kontroversi yang mengundang pelbagai komen dan sungutan dari semua sudut seanterio dunia. Bukan saja bukan-Muslim di Malaysia merasa pelik dan keliru dengan peraturan tersebut, malah Acik percaya sebilangan besar Muslim juga begitu.

All along, I am proud of being a rational and tolerant Muslim in my relationship with non Muslims friends. Hence, the said ruling had made me really embarrassed as it contradicts with my personal principle. I believe many of my Muslim friends too are sharing the same principle. Just could not speculate what the image of our judicial system would be, in the eyes of the non Muslims worldwide.

Selama ini, Acik rasa bangga sebagai seorang Muslim yang rasional dan bertoleransi dalam hubungan Acik dengan kawan-kawan yang bukan-Muslim. Oleh kerana itu,peraturan tersebut telah membuat Acik merasa sungguh tersinggung kerana ia bercanggah dengan prinsip pribadi Acik. Acik percaya bahawa ramai lagi rakan-rakan Muslim Acik juga berkongsi prinsip yang sama dengan Acik. Cuma tidak dapat dispekulasikan apakah akan terjadi terhadap imej system penghakiman dari kacamata orang-orang bukan-Muslim di seluruh dunia.

Hence, I wish to advise all and every public agency not to blame the general public for harboring unfavorable perceptions towards it. Their perceptions are actually the result of its own credibility, as observed by them, based on its performance in fulfilling the aspiration of the public. In short, do not blame them for its own faults. As the saying puts it, “do not blame the mirror for our bad image

Oleh yang demikian, sukalah Acik menasihati setiap agensi awam supaya tidak mempersalahkan masyarakat umum kerana menyimpan persepsi yang tidak baik terhadapnya. Persepsi mereka adalah sebenarnya hasil dari kredibiliti agensi berkenaan itu sendiri, sebagaimana yang mereka nampak, berdasarkan pencapaiannya dalam memenuhi aspirasi masyarakat umum. Dengan rengkas, usah salahkan mereka kerana kelemahannya sendiri. Sebagaimana yang dikatakan, “muka buruk jangan cermin pula yang dipersalahkan”.

The same analogy too is applicable to all political parties in Malaysia, be it the ruling or the opposition. It does not matter whether it has the label “Islam” or not on its logo. The same goes to the Faderal and the State Govenments and without exception the Local Governments. It is the “big mirror” or the general public who will evaluate and determine at what level of integrity that these governments have managed to achieve so far.

Analogi yang sama juga boleh diapplikasikan kepada semua parti-parti politik, baik ia parti yang memerintah maupun pembangkang. Tidak kira samada ia meletakkan label “Islam” pada logo partinya ataupun tidak. Samalah juga terhadap Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan negeri dan tidak terkecuali Pihak Berkuasa Tempatan. Ianya adalah “cermin besar” yakni masyarakat umum yang akan menilai dan menentukan di tahap integriti manakah kerajaan-kerajaan tersebut telah berjaya mencapainya sehingga kini.

.

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Cerekana: Strategi barua Jepang https://4uni2c.com/2012/12/16/cerekana-11z12-strategi-barua-jepang/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

.

.
.

4uni2c # 14922 Don’t Blame The Mirror For Our Bad Image

•2014-09-22 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Don’t blame the mirror for our bad image

Mirror is an object which is normally used for viewing our own image. Practically every home has a mirror each. Some even have more.The difference between a good quality mirror and the bad one is that the former shows the image of an object exactly as it really is, while the latter shows it with some distortion.

One phenomenon of a mirror is that it does not show the right side of an object as its right side. Instead, it shows the right side as its left side and the vice versa. Hence, it gives us some difficulty to read any writing reflected in a mirror. Example, we could not easily figure out or read the plate number of the vehicle following behind us by viewing it through the side mirror of our car.

Despite the phenomenon as mentioned above, we could still take for granted that a mirror is a good “friend” of ours because it does help us to identify our bad showings. In other words, if we have bad showings like over applying cosmetic material on our face, the mirror will “tell” it to us exactly. It will never cheat us by flattering us or by showing our bad image as good.

Though mirror could help us to correct our physical weaknesses, it does not care about the other aspects of ourselves which are more important.  No mirror could identify our bad characters, dirty habits, bad values that we subscribed to, and etc. Hence, we have no choice except to depend on the “big mirror”.

The big mirror here I mean the fellow human beings surrounding us most of the time.  If most of them portrayed our personal image as good, then the chances are we are genuinely good individuals. So is the vice versa.

I wish to relate this analogy to the previous 13th General Election. Most people who were concerned about the quality of an election procedure had portrayed a very bad image for the SPR. If the body had discharged its duty responsibly and with acceptable degree of integrity, surely the image that had been portrayed by the members of the public about it in general was favorable. Hence, SPR should not blame the parties who painted its image as horror.

Similarly, facing the same dilemma is the PDRM. Due to the actions of some members of the force, the public tends to develop worsening perception towards the said establishment. Most members of the general public seem to shy away from the police personnel or evading them whenever possible.

In other words, not many individuals would feel happy to establish good and sincere friendship with the police personnel. Instead, they tend to have prejudices against the police, even by branding them as the most corrupted public servants. Based on this premise, how could we expect that the force would enjoy good cooperation from the general public?

Hence, I really hope that both of the so called prominent agencies of the federal government would amend their organizations entirely, as much as they could. They should treat the public as the “big mirror” as I have mentioned above. They should humbly accept whatever criticisms thrown at them with a very open mind .

Denial syndrome should not be the main characteristic of any public agency. It would not help at all to amend anything but instead worsens the perception of the people towards them. A Malay proverb terms it as, “menegakkan benang basah”, for trying to deny any bad practice which had happened obviously before the eyes of the general public.

Worse scenario is when they begin to blame the critics for making various criticisms against them. In other words they do not like to entertain any negative comment about themselves. If such attitude or policy is being practised by any agency irrespective of public or private, it will never improve. In fact it might even deteriorate through time.

The previous court’s ruling on the usage of the word “Allah” is another controversial incidence inviting numerous comments and complaints from all angles throughout the whole world. Not only non Muslims in Malaysia feel odd and confused about the ruling, I believe even a significant number of Muslims too are likewise.

All along I am proud of being a rational and tolerant Muslim in my relationship with non Muslims friends. Hence the said ruling had made me really embarrassed as it contradicts with my personal principle. I believe many of my Muslim friends too are sharing the same principle. Just could not speculate what the image of our judicial system would be, in the eyes of the non Muslims worldwide.

Hence, I wish to advise all and every public agency not to blame the general public for harboring unfavorable perceptions towards it. Their perceptions are actually the result of its own credibility, as observed by them, based on its performance in fulfilling the aspiration of the public. In short, do not blame them for its own faults.  As the saying puts it, “do not blame the mirror for our bad image

The same analogy too is applicable to all political parties in Malaysia. It does not matter whether it has the label “Islam” or not on its logo. It is the “big mirror” or the general public who will evaluate and determine its integrity.

**To go to the main MENU please CLICK:  http://www.4uni2c.com

4uni2c # 14915 : Krisis Kejujuran dan Implikasinya

•2014-09-15 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Krisis kejujuran dan implikasinya

Kebocoran soalan UPSR baru-baru ini menghebohkan satu Malaysia. Ia menyusahkan hampir setengah juta murid dan lebih sejuta ibu bapa kepada murid-murid yang terlibat. Entah berapa puluh ribu pula guru-guru dan anggota-anggota kerajaan turut susah. Ini sudah tentunya menimpakan kerugian yang bukan kecil terhadap negara.

Mengikut ingatan Acik (Ayah/Abang + cik), ini bukanlah kali pertama kita dikejutkan oleh berita kebocoran soalan-soalan peperiksaan utama di Malaysia. Cuma di masa-masa yang lepas kes ini ibarat “hangat-hangat tahi ayam saja”. Sekejap saja panas lepas tu sejuk begitu saja. Kita pun tak tahu apa tindakan yang diambil dan atas siapa yang dikenakan tindakan.

Namun untuk kali ini, kita lihat satu tindakan tegas lagi keras telah diambil. Dua orang individu telah dikenalpasti sebagai bertanggungjawab ke atas kebocoran soalan UPSR tersebut. Mereka ini bukan calang-calang orang. Kedua-dua mereka adalah individu bekelulusan tinggi yang memakai gelaran Dr di pangkal nama masing-masing.

Dengan tindakan tegas dan keras itu tentulah kita mengharapkan sesuatu hasil positif akan dapat diperolehi. Jika tidak untuk kebaikan sekarang, sekurang-kurangnya akan menghalang perkara yang sama dari berulang di tahun-tahun mendatang. Seperti kata Mad Saleh, “prevention is better than cure”

Acik harap tindakan tegas dan keras yang dikenakan terhadap individu-individu berkenaan adalah tepat mengenai sumber masaalahnya. Maksud Acik ialah, jika pening di kepala maka minyak angin pelega pening itu pun dilumur di kepala. Janganlah hendaknya dilumur di kepala lutut, walaupun ia juga mungkin dikira sebagai kepala. Bukan apa, agar supaya tidak melakukan kezaliman kepada mana-mana individu yang tak bersalah, tanpa kiralah dia tu siapa.

Jangan macam kata orang bahasa, “lain yang makan nangka, lain pula yang kena getahnya”. Ataupun, “lain yang bengkak lain pula yang menanah”. Kemudian ada pula yang mendapat kredit percuma dari kesusahan pihak lain. Seperti kata peribahasa kita, “lembu punya susu, sapi dapat nama”. Sama-samalah kita harapkan agar tidak ada pihak yang tergamak “menangguk di air keroh” dari isu kebocoran soalan tersebut.

Andaikata yang terhukum itu adalah pihak yang tak bersalah ataupun tak sepatutnya diperslahkan, takut-takut masaalah asal bukan akan berjaya diatasi, malah sebaliknya mengundang pula masaalah baru yang lebih khusut. Seperti kata orang bahasa, “lari dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya”. Serupa macam isu MB Selangor yang sampai la ini pun masih belum boleh tutup buku.

Sekadar untuk membanding sedikit senario politik di negara kita dengan beberapa negara maju, apa yang Acik dapat lihat ialah begini. Jika di negara kita, yang bakal hilang jawatannya ialah kakitangan awam. Tetapi di negara maju lain, yang akan hilang jawatannya ialah menterinya. Menteri berkenaan bukan hilang jawatannya kerana dipecat, tetapi beliau sendiri yang dengan rela hati secara terhormat mengundur diri.

Kerana apa dia sendiri yang meletakkan jawatannya ?

Jawapannya ialah kerana menteri berkenaan berani dan jujur. Oleh itu beliau sanggup mengorbankan kepentingan dirinya sendiri demi menjaga dan mengutamakan kepentingan umum. Sebagai seorang menteri, perasaan tanggungjawabnya sangat tinggi. Jauh mengatasi mana-mana penjawat awam yang berkhidmat di bawahnya. Mungkin baginya, “apa guna aku menjadi menteri sekiranya aku hanya membawa sial untuk rakyat melalui jawatan yang sedang aku sandang ini ? ”

Jika di negara Jepun lagi lah. Ada pemimpin hingga sanggup melakukan hara-kiri (membunuh diri) semata-semata kerana tak sanggup menahan perasaan amat bersalah apabila gagal melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan ke atasnya. Sebaliknya di Malaysia bukan melakukan hara-kiri selepas gagal melaksanakan sesuatu amanah, malah sebaliknya naik-kanan lagi. Mungkin tujuannya ialah agar beliau mudah ditukarkan ke jawatan lain pula dan kesnya dapat ditutup buku.

Harap-harap Acik tidaklah pula sampai nak dituduh menghasut mana-mana individu rakyat Malaysia supaya melakukan hara-kiri seperti di atas. Kerana, itu bukanlah hasrat Acik. Namun jika masih ada yang nak lakukan juga hara-kiri, tolonglah jangan salahkan Acik.

Pengalaman tinggal di negara luar mungkin memberi banyak “advantage” atau kelebihan kepada kita. Lebih-lebih lagi tinggal di negara maju. Namun ia bergantung juga kepada cara dan dengan siapa kita bergaul ketika berada di negara berkenaan. Jika pergaulan kita masih serupa macam rakan-rakan kita yang di dalam negara sendiri, advantage tersebut agak kurang. Misalnya belajar di England selama 4 tahun tetapi rakan bukan Malaysian langsung elek (tiada).

Apa pun, pengalaman tinggal di negara maju sikit sebanyak masih dapat membuka mata kepala dan hati kita terhadap fenomena negara tersebut. Itulah yang Acik sendiri dapat rasakan. Jika nak dicatitkan semuanya di sini tentulah tak larat nak membacanya nanti kerana terlalu banyak dan pelbagai. Oleh itu biarlah Acik ambil dan focus terhadap satu aspek saja untuk perbincangan kita di sini. Aspek yang Acik yakin tersangat penting malah “indispensible” itu ialah tentang kejujuran.

Kadang-kadang Acik sendiri rasa pelik kenapa negara maju mampu mencapai kemajuan ke tahap sekarang. Jika nak dikatakan faktor usia negara tersebut, negara kita lebih tua usianya dari Amerika Syarikat. Jika nak dikatakan kekayaan sumber alam sebagai faktor, Malaysia lebih kaya berbanding dengan beberapa negara Eropah yang lebih maju dari kita. Entahlah kut betul Malaysia ni rakyatnya pemalas kerana didominasi oleh orang Melayu yang sinonim dengan Pemalas. Bukan Acik kata ya, tapi TDM mantan PM kita yang kata.

Apa pun bagi Acik, faktor utama yang membuat Malaysia ketinggalan dalam aspek kemajuan ialah krisis kejujuran. Krisis kejujuran telah membawa banyak implikasi buruk kepada kita semua. Malah ia juga berpotensi mendatangkan natijah-natijah yang jauh lebih buruk dari apa yang pernah kita alami setakat ini. Oleh sebab itu krisis ini tidak harus dibiarkan begitu saja berkembang dengan begitu leluasa.

Jika tanpa krisis kejujuran, mungkin tidak berlaku kebocoran soalan USPR yang menjadi begitu riuh rendah sekarang. Tanpa krisis kejujuran, tentu tidak berlaku pecah amanah yang menyebabkan puluhan malah ratusan  juta wang negara lesap, yang kita pernah terbaca dalam akhbar-akhbar tempatan. Tanpa krisis kejujuran, mustahil boleh berlaku dakwat yang digunakan semasa PRU13 yang lepas mampu bertukar statusnya dari “kekal” menjadi “tanggal”.

Kejujuran adalah umpama air. Setiap hidupan memerlukan air agar tidak mati. Tanpa air yang cukup tanam-tanaman tidak akan dapat subur. Kesuburan adalah penting kerana ia akan menentukan bahawa pertanian negara mengeluarkan hasil yang jenuh. Bagi sesebuah negara pertanian, kesuburan sektor pertanian menjadi sumber kemakmuran negara.

Begitulah juga dengan kejujuran. Tanpa kejujuran, kita tak akan dapat menikmati kemakmuran.  Kerana kita susah mencapai kejayaan dalam segala aspek kehidupun. Apa yang dirancangkan tidak akan berjaya dilaksanakan dengan sempurna jika ada individu yang tidak jujur terlibat. Kos untuk menghasilkan sesuatu sudah tentu bertambah mahal kerana terpaksa menanggung kos pemantauan yang tinggi.

Di negara maju yang pernah Acik tinggal, kawasan perumahan mewah mereka tidak berpagar. Mereka bukan saja tidak perlu berbelanja untuk mendirikan pagar malah tidak payah menggajikan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan kediaman mereka. Namun demikian kawasan kediaman mereka jauh lebih selamat dari di negara kita.

Sebaliknya di negara kita, kita akan berasa lega hanya jika dapat tinggal di dalam kawasan perumahan yang berpagar atau “gated”. Kita rela membayar lebih, asalkan dapat menikmati suasana yang selamat ketika berada di rumah kita. Malah ada juga kita yang merasa bangga dapat tinggal di dalam kawasan berpagar kerana meresa dirinya golongnan berada.

Untuk itu, kita terpaksa menanggung kos mewujudkan system kawalan keselamatan bagi taman tempat kita tinggal itu. Pada hal, di negara kita sudah pun ada lebih dari 100 ribu anggota Polis yang gajinya dibayar dari hasil cukai yang dipungut dari poket kita. Walaupun begitu, kes pecah masuk rumah kediaman kita masih tak habis-habis berlaku. Sejarah tangkapan yang boleh dibanggakan oleh pihak Polis adakah pernah kita dengar ?

Acik yakin tanpa krisis kejujuran kos hidup kita akan dapat dikurangkan dengan ketara sekali. Hasil mahsul negara kita sebenarnya sudah cukup untuk menampung seluruh kehidupan kita satu negara. Kita tidak memerlukan lagi tenaga kerja asing bagi menambahkannya pengeluaran negara kita. Malangnya fakta-fakta dan maklumat penting jarang diumumkan dengan jujur buat pengetahuan kita.

Mari kita tanya diri kita sendiri, sepanjang hidup kita sudah berapa kalikah kita temui dengan kes-kes penipuan. Tak kiralah dalam bentuk apa sekali pun. Malah sudah berapa kalikah kita rasa diri kita tertipu atau ditipu. Yang lebih buruk lagi ialah penipuan yang serupa berulangkali berlaku terhadap kita. Namun kita tidak boleh berbuat apa-apa sebab penipu kita adalah pihak yang jauh lebih berkuasa dari kita.

Contohnya, setiap hari kita membuat panggilan menggunakan telefon mudah alih kita. Panggilan kita gagal, namun caj tetap juga dikenakan ke atas kita. Alasannya, kita pun tidak tahu. Cuma yang kita akan diberitahu ialah, semua syarikat telekomunikasi serupa. Masing-masing menggunakan kaedah atau caj yang serupa terhadap pengguna-penggunanya.

Sebenarnya kita tidak patut membayar apa-apa caj bagi sebarang panggilan yang gagal. Seperti juga kita tidak wajar membayar kos penghantaran sesuatu barang jika barang yang kita pesan itu tidak sampai kepada kita. Pihak penghantar tidak wajar mendakwa berhak menuntut sebarang upah bagi perkhidmatan penghantaran yang gagal. Malah sepatutnya menggantikan barang yang telah hilang dalam penghantarannya itu.

Walaupun jumlah wang kita seorang yang ditipu itu tidaklah banyak, tetapi cuba kita jumlahkan berapa ramai pengguna telefon mudah alih yang senasib dengan kita. Berapa banyak wang rakyat diambil secara tidak bermoral oleh syarikat telekomunikasi setiap hari. Adakah pihak berkuasa peka terhadap penipuan seumpama ini ?

Namun, bukan sekadar jumlah kewangan yang terlibat saja kita harus peka. Yang jauh lebih penting untuk kita perihatin ialah prinsip kejujuran dan keadilan . Semestinyalah, dalam setiap transaksi peniagaan, prinsip kejujuran dan keadilan tidak harus dicabuli sama sekali. Lebih-lebih lagi dizaman teknologi tinggi sekarang di mana transaksi perniagaan dilakukan di atas talian. Faktor kejujuran langsung tidak boleh dikompromi.

Mungkin juga di antara kita ada yang pernah mengalami penipuan yang lebih besar dari itu. Anataranya ialah terlibat dengan urusan pembelian rumah. Gaji bulanan dipotong tiap-tiap bulan kerana membayar pinjaman rumah, sedangkan rumah yang dibeli tak siap-siap hingga bertahun-tahun.

Bukan peminjam bank saja yang menjadi mangsa, malah ramai juga kakitangan kerajaan sendiri juga turut dimangsakan. Mereka ini (kakitangan kerajaan) meminjam dari dana kerajaan iaitu duit rakyat. Namun, gaji mereka juga tetap dipotong walaupun dalam masa yang sama mereka terpaksa menyewa rumah kediaman.

Kerajaan sepatutnya mengambil tanggungjawab ke atas kegagalannya menguatkuasakan undang-undang sedia ada. Contohnya dengan menangguhkan dahulu pemotongan gaji anggota kerajaan berkenaan yang tertipu itu. Akibat kegagalan kerajaanlah maka ada rakyat menjadi mangsa penipuan, tak kiralah oleh siapa pun. Apabila menghadapi masalah kewangan akibat tertipu, maka seseorang itu akan mudah terdorong untuk menerima rasuah jika berpeluang berbuat demikian.

Mari kita kembali kepada kes kebocoran soalan UPSR yangmana telah menjadi pencetus utama kepada penulisan rencana ini, Acik tidak percaya bahawa kejadian yang sama tidak akan berulang lagi. Selagi negara kita terus mengalami krisis kejujuran, bermacam-macam kes pecah amanah seumpama itu akan tetap berlaku dan terus berlaku.

Sebagai seorang ayah yang sangat mementingkan pendidikan anak-anaknya, beliau tentu berminat mengambil tahu segala perkembangan yang berlaku di sekolah-sekolah. Acik pun demikianlah juga. Lebih-lebih lagi kerana berteman-sebantalkan seorang guru penolong kanan yang dianggap sangat berdisiplin oleh rakan-rakan sejawatnya.

Sejak menemani isteri Acik yang telah pernah berkhidmat di 10 buah sekolah kerajaan itu, berbagai persepsi yang dapat Acik ukirkan terhadap dunia persekolahan. Acik tidak boleh kata environment persekolahan didominasikan oleh factor-faktor yang negatif. Tetapi apa yang nak Acik tegas ialah bahawa factor yang negative, walaupun hanya satu dua saja sudah cukup untuk menghakis keberkesanan segala usaha baik yang telah dilakukan.

Bersambung ……………….

Ali’s SAGA # 01 : Ali Adalah Manifestasi Jenerasinya

•2014-09-11 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Ali adalah manifestasi jenerasinya

Ali is the manifestation of his own generation

Acik, seperti juga ayah-ayah lain yang beragama Islam, tidak pernah merestui Ali untuk menggunakan sebarang perkataan yang “abusive” atau provokatif terhadap mana-mana individu, tanpa peduli siapakah individu berkenaan. Acik berasa bertanggungjawab di atas kegagalan mendisiplinkan Ali. Atas kegagalan itu, maka dengan ini Acik dengan ikhlas ingin memohon maaf kepada setiap orang yang telah merasa tersinggung oleh perkataan-perkataan Ali itu.
Like any Muslim father, I had never approved Ali to use any abusive and provocative words against any individual, irrespective of who the individual was. I do feel accountable for failing to discipline him. Due to such failure, I herewith wish to sincerely apologize everyone who had ever felt offended by Ali’s words.

Selingan 1 :

A vigil organised for Ali

http://www.therakyatpost.com/news/2014/09/10/brother-made-stupid-comments-yet-considered-threat/

Walaubagaimana pun, Acik sepenuhnya MENENTANG sebarang KEZALIMAN sekiranya ditimpakan ke atas Ali atau sesiapa juga (dalam bentuk apa sekalipun), sebagaimana yang telah diperlakukan ke atas Ahmad, saudara kembar Ali dahulu. Tidak dapat dinafikan bahawa Ali, Ahmad, malah ribuan lagi anak-anak muda seperti mereka adalah produk dari sistem sosial semasa, dalam mana kita sedang berada sekarang.
However, I am totally AGAINST any INJUSTICE should it been inflicted upon Ali or anyone else (in whatever forms), as what had been inflicted upon his twin brother Ahmad. It is not deniable that, Ali, Ahmad and thousands more youngsters like them are the products of the current social system that we are living in.

Ali dan Ahmad adalah manifestasi kepada anak-anak kita yang lain di dalam jenerasi yang sama, yang tidak sanggup tunduk kepada kehendak sistem ini lagi. Bagi mereka sistem ini bukan sahaja ketinggalan zaman malah didominasi oleh undang-udang kejam atau tiada berperikemanusian, yang menhalang kemajuan. Sekarang mereka dengan gigih menuntut satu refomasi yang segera lagi ketara terhadap sistem ini, yangmana bagi mereka adalah sistem yang korup.
Ali and Ahmad are the manifestation of those of our children within their own generation who could not simply conform to this system. To them it is not only an obsolete system but is also a system which is dominated by cruel or inhumane laws that hinder development. Now they are insistently demanding for an immediate and significant reforms to the system, which to them is a corrupt system…

Acik berpendapat bahawa tuntutan mereka adalah wajar demi kebaikan jenerasi mereka sendiri. Sedangkan jenerasi kita (ibu dan ayah mereka) kini sedang diluputi zaman. Jenerasi kita adalah bertanggungjawab atas apa yang sedang berlaku sekarang. Tindak tanduk anak-anak kita itu adalah akibat dari keGAGALan kita sendiri membentuk mereka menjadi warga yang berakhlak mulia seperti apa yang kita cita-citakan.
I think their demand is fair and justified for the good of their own generation. Whilst, our generation now is being phased out through time. Our generation is accountable for what is happening now as our children’s actions are attributable to our own FAILURE to mould them into noble citizens as what we wished them to be.

Oleh itu Acik berpendapat bahawa mereka layak mendapat sokongan dari semua warganegara yang berfikiran rasional di kalangan generasi kita (ibu bapa mereka).
Hence, I think that they do deserve support from all rational citizens of their parents’ generation (i.e. you and I)

Anak-anak adalah produk dari usaha pendidikan kita bersama

.

d a u l a t r a k y a t !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

Ali’s SAGA # Index : http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/04/alis-saga-index/
Ali’s SAGA # 02 Harga Sebentuk Keadilan https://4uni2c.com/2014/09/24/alis-saga-02-harga-sebentuk-keadilan/
Ahmad’s SAGA #201 A Catalyst of Change https://4uni2c.com/2012/12/24/ahmads-saga-201-a-catalyst-of-change/
Ahmad’s SAGA # Index https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com

MH17 # 02 : Mangsa Yang Dimuliakan.

•2014-09-06 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

MH17  mangsa yang dimuliakan

Berikut adalah suatu berita yang agak menakjubkan kita semua. Berita ini Acik (Ayah/Abang+cik) perolehi dari isteri Acik. Beliau menerimanya dari bekas rakan-rakan sekolahnya yang berkongsi whatsapp sesama mereka.

Rasanya tidak ada sebab untuk tidak percaya apa yang diberitakan itu. Kejadian jenazah dalam keadaan seperti yang diberitakan itu dah pernah Acik dengar beberapa kali sebelum ini. Contohnya, dari Peristiwa Mamali yang menggemparkan seluruh Malaysia dalam tahun 1985 dahulu. Khabarnya bahwa ada jenazah mangsa yang terbunuh dalam peristiwa tersebut yang sama seperti jenazah Kepten Wan Amran (pilot MH17) itu.

Kejadian-kejadian pelik Itu semuanya adalah tanda kebesaran Allah. Ia tidak akan dinafikan oleh setiap hambaNya yang beriman. Allah boleh menunjukkan pemuliaanNya keatas sesiapa jua hambaNya yang Dia suka. Begitu juga, Dia juga boleh menunjukkan penghinaanNya kepada sesiapa juga yang Dia mahu.

Kepten Wan Amran adalah di antara hamba-hamba Allah yang dimuliakan Allah. Berita tentang jenazah beliau adalah petunjuk kepada kita ciri-ciri yang ada pada hamba Allah yang mendapat pemuliaanNya. Mudah-mudahan petunjuk Allah itu menjadi iktibar kepada kita semua supaya kita berkejar-kejar untuk menjadi hamba Allah yang paling baik di sepanjang hayat kita.

Tanpa melengahkan lagi silalah baca berita berikut. Kemudian jangan lupa pula untuk menghadiahkan al Fatihah kepada Kepten Wan Amran (khususnya) dan semua mangsa yang beragama Islam (amnya) setelah tamat membacanya nanti. Selamat membaca !

Selingan 1

Jenazah Ahmad Hakimi (Pembantu Pilot) Dalam Keadaan Sempurna Segala Sifat

Flight MH17 :

Peristiwa yang menakjubkan

….

Satu cerita yg nk d kongsikan bersama…jenazah allahyarham kapten wan amran adalah paling sempurna tidak busuk dan tidak reput sama sekali malah jasadnya flexible n mudah d uruskan selepas jasadnya d keluarkn dri kem tentera pada 28 hb ogos yg lepas..swaktu balu n ank2 melihat jenazahnya dua orang ustaz dri jakim n seorang dri forensik bertanya kpd balu apakah amalan beliau…jwb isteri allahyarham dia adalah insan yg sgt baik….ustaz tu kata sebenarnya pihak jakim terkejut fenomena ini kerana jarang berllaku dan tanda2 syahid tu allah dah tunjuk pada kita.sya menumpang keberkatan beliau menguruskan urusannyall…satu lagi yg aneh ialah sewaktu jenazah turun dri dri kapal langit yg cerah tiba2 mendung hujan turun dri langit n hujan berhenti apabila jenazah naik ke dlm van jenazah…n satu perkara lgi yg aneh ialah sekumpulan burung terbang berpusing seperti tawaf d atas jenazah n di saksi oleh org ramai…apabila sampai d tanah perkuburan n jenazah d letakkn atas liang lahad hembusan angin sejuk yg kuat mghembus kawasan liang lahad…ini dpt d rasai oleh waris n org2 yg berada d sekitar….sya bersyukur kerana allah tunjukkan segala keberkatannya sehinggalah allahyarham selesai d kebumikan

A   l            F   a   t   i   h   a   h        !

selingan 2 :

Mengapa begitu sekali penghormatannya ? 

Wasallam.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

MH17 #01- “ A Blessing in Disguise”   https://4uni2c.com/2014/08/26/mh17-01-a-blessing-in-disguise/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

OPajar  # 14906

4uni2c # 14902 – Acik Bukan Komunis

•2014-09-02 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Acik Bukan Komunis

Pada 2014 Ogos 28 yang lepas, Acik (Ayah/Abang+cik) ke Kota Bharu. Kebetulan diadakan sebuah forum bertajuk “Merdeka ! dari siapa pada siapa ?” di sebuah kopitiam, berhampiran dengan Tesco, di Bandar Raya Islam itu. Hadzirinnya hanyalah mereka yang menerima jemputan.

Acik dan Isteri sebenarnya tidak dijemput. Cuma dimaklumkan oleh saudara Anas tentang forum tersebut. Bukan oleh Anas sahabat istimewa YB Lembah Pantai yang mengalahkan rakan sekolah Acik dalam PRU13 dahulu tu, tapi oleh Anas yang lain. Anas ini mendesak agar Acik bersama isteri menghadiri forum yang diterajui saudara Aduka Teruna itu, “by hook or by crook”.

Oleh sebab poster yang di”whatsapp”kan Anas kepada Acik itu agak menarik maka Acik pun tak sanggup melepaskan peluang untuk turut sama menghadiri forum tersebut. Semasa kami sampai ke tapak forum itu, Komrad Rahmah (atau Susila) sedang bercakap. Banyak juga maklumat sejarah perjuangan beliau yang dapat dikongsi bersama. Acik kagum dengannya.

Terasa juga malu di hati kecil Acik bila membandingkan diri Acik dengan Komrad Susila. Walaupun beliau seorang wanita, namun beliau lebih berani daripada Acik berjuang menentang penjajah. Kedua rasa malu kerana telah tertipu oleh propaganda penjajah sejak sekian lama. Selama ini Acik ingat komunis dimusuhi kerana mereka itu penjahat. Rupa-rupanya tidak sebagaimana yang digambarkan.

Sebaliknya komunislah yang benar-benar berkorban untuk membebaskan tanah air kita dari belenggu penjajah. Malangnya pengorbanan mereka bukan sahaja tidak dihargai, malah dituduh pula mereka menderhaka kepada negara dan bangsa. Kata perpatah, “sudah jatuh ditimpa tangga”

Mereka lebih kurang senasib dengan Hang Jebat dalam sejarah Melayu klasik. Walaupun Hang Jebat berjuang demi membebaskan negeri Melaka dari belenggu kezaliman Sultan Melaka, namun beliau telah dianggap penderhaka.

PenCEERAHan : https://4uni2c.com/2012/11/29/strategi-tpm-tun-perak-melaka/

Penerangan oleh ahli panel kedua iaitu Dr. Jayakumar, (YB Sungai Siput) juga tidak kurang informatif dan menarik. Berdasarkan maklumat dari beliau, apa yang dapat Acik rumuskan ialah Komunis Malaya telah berfungsi sebagai pemangkin (catalyst) kepada kemerdekaan. Jika bukan kerana perjuangan Komunis, British belum berminat untuk memberi kemerdekaan “percuma” kepada Malaya ketika itu.

Sebenarnya British bimbang akan kehilangan kuasa pentadbiran ke atas negara kita ketika itu. Jika mereka enggan memberi kemerdekaan kepada Malaya dengan kadar segera, nescaya rakyat Malaya pasti akan memerdekakan negaranya dengan cara paksaan. Inilah yang telah dilakukan di beberapa negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam. Bila negara merdeka dengan cara rampasan kuasa dari penjajah, maka penjajah akan hilang segala-galanya.

Kebijaksanaan British bolehlah dipuji. Semangat mahukan kemerdekaan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaya ketika itu amat bahaya kepada British. Jika British berdegil, masih mengekalkan juga kuasa ke atas Malaya, mahu tidak mahu mereka terpaksa menanggung risko (kehilangan kuasa) yang semakin kritikal. Akhirnya mereka akan kehilangan langsung segala asset mereka ke tangan rakyat Malaya.

Kata peribahasa Melayu, “biar senget asalkan jangan tumpah”. Itulah strategi yang digunapakai British. Dengan memberi kemerdekaan “percuma” kepada Malaya, mereka akan menanggung kerugian. Namum jika nak dibandingkan dengan kerugian yang akan dialami seandainya rakyat Malaya berjaya merampas kuasa, maka kerugian tersebut adalah terlalu kecil sifatnya.

Dengan kebijaksanaannya, British telah mengenalpasti individu-individu tertentu di Malaya yang mampu menjayakan agenda negara the Great Britain . Kepada kumpulan individu-individu itulah diserahkan kemerdekaan “percuma” dengan pelbagai syarat. Kebanyakan syarat-syarat tersebut adalah jauh lebih menguntungkan kerajaan British daripada rakyat Malaya.

Menghadiri forum tersebut tidak bermakna Acik confirmed seorang ahli PKM yang digelar komunis. Jangan salah sangka ya. Acik sebenarnya ingin mencari kebenaran dengan cara sendiri. Dan antara sumber-sumber maklumat Acik ialah forum-forum seumpama itu. Sekurang-kurangnya selepas forum tersebut dapat juga Acik sedikit kesedaran bahawa sejarah perjuangan kemerdekaan yang Acik belajar di sekolah dahulu bukanlah hakikat sebenarnya. Ia lebih merupakan propaganda British.

Di era IT sekarang ini, bagi Acik perjuangan mencapai kemerdekaan tidak lagi begitu penting kerana ia telah menjadi sejarah. Namun Acik tak kata sejarah itu tak penting langsung. Sejarah memang penting tetapi sekadar dijadikan iktibar. Yang lebih penting ialah menggunakan iktibar yang dihasilkan oleh sejarah tersebut untuk merancang dan menempah kemajuan yang lebih besar untuk sekarang dan masa-masa hadapan.

Yang kekal penting dulu, kini dan selama-lamanya ialah sesuatu prinsip hidup. Prinsip hidup yang paling penting bagi Acik ialah keadilan. Keadilan tidak mestinya kesamarataan. Yang dimaksudkan dengan keadilan ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang hak. Yang menjadi teras kepada keadilan pula ialah kejujuran.

Andaikata seseorang itu berhak mendapat sesuatu penghargaan tetapi dinafikannya, maka itu “tidak adil” namanya. Lawan kepada adil ialah zalim. Jika hakikatnya PKM memang penyumbang kepada kemerdekaan negara, tetapi mereka dimusuhi maka itu zalim namanya. Apabila mereka ditohmah pula dengan berbagai-bagai tuduhan negatif yang tak benar, maka itu fitnah namanya.

Antara fitnah yang Acik pernah dengar terhadap komunis ialah, mereka (komunis) menyamakan ugama itu dengan candu. Tetapi semasa belajar sedikit tentang prinsip komunisma ketika dibangku universti dahulu tak pula terjumpa oleh Acik tentang tanggapan tersebut. Sebaliknya yang dapat Acik fahami dahulu ialah komunisma itu adalah suatu ideologi.

Lazimnya semua orang pernah dengar tentang tiga ideologi penting. Pertama ialah kapitalisma, kedua sosialisma dan ketiga komunisma. Bagi Acik, ideologi itu bukan ugama. Kedudukan agama adalah lebih tinggi dari ideologi. PenCERAHan : https://4uni2c.com/2013/12/22/kebetulan-13z22-tiga-khong-yang-acik-kenal/

Setiap ideologi mempunyai pelbagai aspek-aspek yang mencirikan ideology tersebut. Ada aspek-aspek yang sejajar dengan prinsip agama. Tidak dinafikan juga bahawa ada pula yang bercanggah dengan prinsip agama.

Dalam kapitalisma, umat manusia diberi kebebasan untuk mengumpulkan harta sebanyak mana yang dia mahu dan mampu. Asalkan individu berkenaan membayar cukai kepada kerajaan, maka dia dianggap telah membuat kebajikan.

Bagi orang yang menguasai sumber-sumber pengeluaran, sistem kampitalisma sangatlah menguntungkan. Dengan sistem tersebut dia bebas mengaut sebanyak mana kekayaan tanpa mempedulikan nasib pihak yang bersaing denganya dalam bidang yang sama. Natijah dari sistem ekonomi yang berideologikan kapitalisma, yang kaya akan bertambah kaya. Sebaliknya yang miskin menjadi papa kedana.

Ada sebuah hadith yang bermaksud, “kemiskinan itu mendekatkan kepada kekufuran”. Realiti telah membuktikan kebenaran maksud hadith tersebut. Apabila seseorang Muslim itu hidup dalam keadaan papa kedana, dia tidak akan mampu melaksanakan segala tuntutan agama yang wajib. Misalnya jika bekalan air buat dia dan keluarganya sangat terhad akibat kemiskinan, besar kemungkinan dia sekeluarga akan mengabaikan solat fardu 5 kali sehari. Apabila dijanjikan hidup yang lebih selesa oleh pihak lain yang beragama bukan Islam, dengan mudah dia akan terpengaruh lalu meninggalkan Islam, na-uzubillah !

Selingan 1

Setiap tahun kira-kira 2 juta meninggalkan Islam di Indonesia yang majoriti rakyatnya miskin

Andaikata sistem ekonomi berideologikan kapistalisma telah mengakibatkan semakin ramai umat manusia menjadi bertambah miskin, maka bagi Acik sistem tersebut adalah gagal mencapai aspirasi Islam. Malah ia bercanggah dengan prinsip Islam yang menuntut umat Islam menjauhi kekufuran. Ini kerana aspirasi menjauhkan umat dari kekufuran hanya mampu dicapai dengan menghasilkan kehidupan yang serba cukup.

Ibadat haji diwajibkan Islam bagi mencapai aspirasi-aspirasi tertentu demi kebaikan umat Islam sendiri. Umat Islam yang akan menunaikan haji dan umrah disyariatkan wajib memakai kain yang tidak berjahit semasa mengerjakan tawaf, iaitu kain ihram. Aspirasi yang ingin dicapai ialah bagi merapatkan jurang perbezaan status antara sesama Muslim. Ia juga akan menyedarkan setiap Muslim bahawa apabila meninggal dunia nanti, kain putih sedemikian itulah saja harta yang akan dibawa bersama-samanya ke dalam kubur.

Jika dibandingkan sepasang kain ihram yang paling murah dengan yang paling mahal di pasaran semasa, kita mungkin dapati perbezaan harga yang agak ketara. Katakanlah kain ihram yang dipakai oleh seorang jumaah haji biasa berharga RM40 sepasang, manakala yang dipakai seorang jutawan harganya RM400 sepasang. Maka dari segi harganya, kain yang dipakai oleh si jutawan itu adalah 10 kali ganda lebih mahal dari harga kain ihram yang dipakai oleh orang biasa.

Walaupun tiada nas yang melarang pemakaian kain ihram yang begitu mahal, namun ia agak kurang serasi dengan aspirasi yang ingin dicapai oleh Islam. Seelok-eloknya biarlah jurang perbezaan tersebut dikurangkan sebaik mungkin. Contohnya, biarlah harga kain ihram yang paling mahal hanya sekadar dua atau tiga kali ganda saja dengan harga kain ihram yang paling murah.

Sekiranya bagi kebanyakan kita perbazaan 10kali ganda itu pun sudah dianggap keterlaluan, bagaimana pula dengan perbezaan yang jauh lebih besar. Contohnya seorang jumaah haji biasa menginap di bilik hotel yang sewanya RM100 semalam. Dalam masa yang sama seorang Muslim lain menginap di bilik hotel yang sewanya ialah USD5,000 semalam. Pebezaannya bukan lagi 10 kali ganda malah lebih dari 150 kali ganda.

Jurang perbezaan tersebut adalah natijah dari sistem kapitalisma yang digunapakai bagi menjana ekonomi umat. Sudah tentu natijah tersebut tidak selari dengan aspirasi Islam. Yang disuruh kejar oleh Islam ialah ketakwaan bukan kebendaan. Islam ingin menyaksi umat Islam keseluruhannya hidup lebih kurang sama rata saja dalam aspek kebendaan. Yakni tidak wujud jurang yang begitu lebar antara yang paling kaya dengan yang paling miskin.

Malangnya kita mungkin tidak pernah terpikir mengenai aspirasi Islam berbanding dengan natijah yang kita hasilkan dalam sistem ekonomi kapitalisma. Oleh sebab kita telah terendam dalam sistem kapitalisma sejak sekian lama, maka kita telah menjadi begitu serasi dengannya. Akibatnya kita tidak sedar tentang keburukan yang dihasilkan oleh sistem tersebut.

Samalah dengan seorang penagih rokok yang telah tenggelam dengan ketahihan rokok sejak sekian lama. Si perokok berkenaan tidak akan merasai bahawa ketagihan merokok adalah buruk baginya dan bagi orang-orang di kelilingnya. Yang menyedari keburukan ketagihan merokok ialah mereka yang berada di luar alam ketagihan tersebut.

Demikianlah hakikatnya umat yang sudah sekian lama terendam dalam sistem kapitalisma itu. Mereka ini tidak nampak apa-apa keburukan yang dihasilkan oleh sistem kapitalisma, terhadap negara maupun ke atas diri mereka sendiri. Yang dapat melihat keburukan tersebut ialah mereka yang tidak turut sama terendam dalam sistem kapitalisma itu. Dengan lain perkatan, mereka yang berada di luar sistem tersebut.

Acik tidak kata sistem ekonomi yang berideologikan sosialisma ataupun komunisma menjamin 100 peratus umat Islam akan lebih selamat dari kekufuran. Cuma Acik percaya bahawa ia mempunyai potensi yang lebih baik bagi mewujudkan suasana yang lebih kondusif bagi setiap rakyat untuk berjaya hidup dengan lebih selesa dan serba ada.

Apabila masing-masing dapat hidup dalam serba kecukupan, maka tidak ada sebab lagi mereka akan mengabaikan tuntutan agama masing-masing. Malah kelegaan dalam hidup memberi mereka lebih banyak masa untuk memikirkan tentang kehidupan masa akan datang yang bakal ditempuhi, iaitu alam akhirat. Ini berbeza dengan mereka yang hidupnya merempat. Masa bagi perempat ini terpaksa dihabiskan semata-mata bagi mencari jalan memenuhi keperluan hidup dari sehari ke sehari. Hidup tak lebih baik dari seekor ayam yang “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.

Jika Acik bandingkan individu yang berideologikan kapitalis dengan yang bukan kapitalis Acik rasa bahawa yang bukan kapitalis lebih bersifat mesra kawan. Mereka tidak tamak, dan tidak berebut-rebut untuk mengumpul harta. Ini sejajar dengan prinsip Islam yang melarang umatnya dari bersifat tamak haloba.

Individu yang berideologikan bukan kapitalis juga nampaknya lebih sanggup berkorban masa dan harta bendanya untuk membantu individu lain. Ini juga satu sikap mahmudah yang digalakkan dalam Islam, iaitu suka berkorban dengan ikhlas bagi mengeluarkan orang lain dari kesusahan.

Cara hidup individu yang berideologikan bukan kapitalis juga lebih sederhana. Jika dia mempunyai kemampuan menggunakan kereta mewah sekalipun, dia hanya memilih kereta yang biasa-biasa saja. Ini sejajar dengan sifat zuhud yang dianjurkan Islam. Acik tertarik dengan peribahasa China yang bermaksud, “bagi orang kaya, dia pakai batu pun orang ingat berlian. Sebaliknya bagi orang miskin, dia pakai berlian pun orang ingat batu”

Acik tak kata pun mengejar “Vellfire” itu haram di sisi Islam. Yang Acik kata haram ialah mengejar “hellfire”. Cuma yang Acik nak nasihati ialah, bagi pemimpin Islam adalah lebih aula mempraktikkan sifat zuhud dari mempamirkan kemewahan hidup. Sekalipun kemewahan tersebut diperolehi dengan cara yang halal 100 peratus, tanpa sebarang keraguan yang munasabah. Jika orang lain kata cara itu adalah sama dengan “kufur nikmat”, sebenarnya mereka yang kata begitu belum faham tentang konsep kufur nikmat itu.

Melihat begitu ramainya umat Islam mengerjakan haji dan umrah setiap tahun, Acik macam tak percaya bahawa di atas muka bumi ini masih ramai umat Islam yang sedang merempat. Namun entah berapa peratuskah yang benar-benar berkorban masa dan wang untuk ke Makkah itu semata-mata kerana Allah. Alangkah baiknya jika sumber-sumber yang dikorbankan itu digunakan untuk menyelamatkan umat Islam lain dari kekufuran.

Kawan-kawan Acik ramai yang terlibat dengan dakwah Tablig secara aktif. Ramai juga darinya yang mempunyai kedudukan yang agak tinggi dalam kerajaan dan masyarakat. Dan ada pula yang dah OP (Orang Pencen) macam diri Acik nilah. Namun cara hidup mereka sangat simple.

Bagi Acik, itulah ciri-ciri hidup yang wajar dipraktikkan oleh setiap umat Islam jika lebih mementingkah akhirat. Apa ruginya mengelakkan diri dari bermewah-mewahan ? Bukankah penjimatannya boleh diinfakkan kepada kerja-kerja kebajikan yang lebih menguntungkan umat ? Acik yakin dan percaya bahawa mereka yang hidup simple itu bukanlah komunis, walaupun hidup mereka serupa macam komunis. Acik pun suka berkongsi cara hidup mereka. Namun, Acik bukan komunis !

Wallahualam

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Hudud – Manifestasi atau penyebab …….. ? https://4uni2cdotcom1.wordpress.com/2014/05/27/hudud-001-manifestati-atau-penyebab-kejayaan-sesebuah-negara-umat-islam/?preview=true&preview_id=1561&preview_nonce=9eb5873e1d

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK : http://www.4uni2c.com

@OP ajar #14902

MH17 #01 “A Blessing in Disguise”

•2014-08-26 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

“A Blessing in Disguise”

Acik (Ayah/Abang+cik) tidak bercadang menulis apa-apa mengenai tragedy MH17 sebelum ini. Namun, setelah mengikuti siaran langsung upacara penghormatan ke atas jenazah mangsa-mangsa tragedy tersebut pagi tadi (2014 Julai 22), maka tercuit pula hati Acik supaya menulis sesuatu. Lebih-lebih lagi setelah turut sama menunaikan solat jenazah (ghaib) di masjid selepas solat fardu Jumaat sebentar tadi.

Selingan 1

Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17

http://www.youtube.com/watch?v=R82KsUgS2nQ

Sebenarnya Acik masih ingat lagi ketika berita tentang tragedy itu sampai ke pengetahuan Acik. Acik di saat itu sedang berada di dalam sebuah taksi di Melbourne, Australia. Acik bersama dengan 6 orang ahli keluarga, baru saja mendarat di lapangan terbang Melbourne. Sebelum itu kami di Canberra menghadiri majlis konvokesyen anak kesembilan Acik (Aslam) di ANU. Sedih dan sayu menerima berita tersebut.

Apa yang tercetus dalam pemikiran Acik sebaik saja maklum tentang tragedy tersebut ialah soalan, kenapakah tragedy seumpama itu berlaku ketika Acik berada di luar negara. Masa tragedy kehilangan MH370 dulu berlaku pun Acik berada di luar negara juga. Ketika itu Acik sedang bercuti di State College, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Pada hal Acik bukanya rajin sangat, ataupun sangat jarang keluar negara.

Lagi satu soalan ialah, macam mana boleh berlaku dimana nombor bagi tarikh tragedy dangan nombor pada nama flight tersebut adalah sama. Yakni nombor flight ialah MH17 manakala tarikh tragedy ialah Julai 17. Kedua-duanya ada nombor 17. Adakah ianya suatu kebetulan semata-mata ataupun mengandungi sesuatu implikasi yang tersembunyi.

Turut menjadi kebetulan ialah ketika nahas MH17 itu berlaku anak bongsu Acik (Ammar) pun turut berada bersama Acik dan isteri Acik. Masa berlaku kehilangan MH370 dulu pun kami bertiga turut ada bersama-sama. Jika Ammar ketika nak ke USA dulu menaiki pesawat yang hilang itu, kali ini Ammar menaiki pesawat yang mengambil laluan yang sama dengan laluan yang diambil oleh pesawat yang nahas itu. Alhamdulillah Ammar selamat.

Oleh sebab tempoh berada di State College itu dulu agak panjang, maka sempatlah juga Acik menulis sedikit sebanyak tentang MH370 itu. Bukannya untuk orang lain membacanya, tetapi lebih untuk menjadi catitan sejarah buat rujukan Acik sendiri di masa-masa akan datang. Nanum tak dinafikan, untuk syok sendiri pun ada juga.

Tetapi bagi tragedy MH17 tak sempatlah Acik menulis apa-apa sebab Acik masih dalam tempoh bermusafir pada masa berita kemalangan pesawat itu diterima. Baru dua malam di Melbourne dah nak terbang pula ke Sydney. Kemudian terbang pula balik ke Malaysia. Malangnya bila dah sampai balik ke tanah air tak ada modal pula tentang MH17 yang dapat Acik jadikan ramuan buat menulis rencana mengenainya.

Walaubagaimana pun, upacara nasional hari ini (2014 Julai 22) telah berjaya mendesak Acik untuk menulis sesuatu. Juga bukan untuk orang lain baca, tetapi sebagai catatan sejarah buat rujukan Acik sendiri. Samalah seperti kisah MH370 dahulu. Jadi, sepulangnya dari masjid Acik pun mula menulis rencana rengkas ini. Acik rasa agak sesuai dengan tajuk tersebut di atas.

Ketika memulakan penulisan rencana (PenCERAHan) ini, Acik masih lagi dipengaruhi emosi sedih, sayu, pilu dan seumpamanya mengenangkan tragedy MH17 tersebut. Tergenang juga air mata ketika sedang menunaikan solat jenazah ghaib tadi. Entah dengan tiba-tiba Allah mencampakkan perasaan-perasaan tersebut ke dalam khalbu Acik tanpa sempat dan berdaya menepisnya.

Seingat Acik, belum pernah lagi Acik menunaikan solat jenazah ghaib yang disertai begitu ramai ahli jumaahnya. Malah jika dibandingkan dengan solat jenazah (hazir) pun ia jatuh yang kedua paling ramai ahli jumaahnya, selepas solat jenazah ke atas Allah yarham Ustaz Dato’ Mohd Fadzil Nor (mantan Presiden PAS) dahulu. Namun tak bolehlah jika nak dibandingkan dengan solat-solat jenazah di Makkah semasa Acik di sana bagi menunaikan fardu Haji tahun 2010 dahulu.

Selingan 2

Pengkebumian Ustaz Dato’ Mohd Fadzil Nor

Setengah dari kita mungkin berkata, ramai itu adalah oleh sebab kebetulan hari itu hari Jumaat. Tetapi siapakah yang menjadikan kebetulan itu jika tidak dengan ditakdirkan Allah. Sama juga dengan individu yang meninggal dunia di Makkah dalam musim haji. Jika dikatakan bahawa kematian beliau dengan keberadaannya di Makkah adalah berlaku secara kebetulan, itu juga memanglah betul. Namun kebetulan itu juga sebenarnya adalah ditakdirkan Allah demi memberi penghormatan tinggi ke atas si mati.

Acik memang sangat kagum dengan jumaah yang begitu besar, yang menunaikan solat jenazah ghaib selepas solat fardu Jumaat petang tadi. Kekaguman tersebutlah yang membuat Acik rasa begitu terharu. Mungkin juga ia yang menjadi factor sokongan dan dorongan kepada Acik bagi megarang rencana ini.

Bagi seseorang Islam yang mengutamakan kebahgian akhirat lebih dari kebahgian dunia, beliau tentu bercita-cita agar jenazahnya nanti akan disembahyangi oleh jumaah yang ramai. Beliau percaya bahawa sekiraya jenazahnya nanti disembahyangi oleh 40 orang yang diredhoi Allah, peluang untuk memasuki syurga akan lebih terjamin. Malangnya, untuk mendapatkan seorang saja insan yang diredhoi Allah tersebut pun bukanlah senang. Apa lagi nak mendapatkan sehingga 40 orang.

Kemungkinan mendapat 40 insan diredhoi Allah akan bertambah dekat sekiranya jumaah yang menyembahyangi jenazah si mati semakin ramai. Misalnya jika peratus insan suci tersebut hanya 0.01 saja dikalangan jumaah yang menyembahyangi jenazah, maka nak dapat 40 orang bertaraf wali tersebut akan memerlukan empat ratus ribu (400 ribu) orang bagi menyembahyangi jenazah tersebut.

400 ribu bukanlah satu angka yang kecil khusus bagi melakukan sesuatu kebajikan. Tak sama dengan aktiviti lagho (seperti hiburan) yangmana 400 ribu mungkin tidak menjadi masaalah untuk mencapainya. Pendekata, mendapat penyertaan 400 ribu orang bagi menunaikan solat jenazah adalah seolah-olah “jauh panggang dari api” bagi hampir semua jenazah. Namun tidak mustahil jika Allah telah memilih insan kerdil berkenaan sebagai hambaNya yang mendapat keredhoanNya.

Itu dengan andaian 0.01 peratus dari bilangan ahli jumaah. Bagaimana sekiranya hakikatnya adalah 0.001 peratus saja. Saiz jumaahnya akan menjadi 4 juta orang. Maklumlah di akhir zaman ini, bukan senang lagi nak mencari insan-insan suci di sisi Allah berbanding di zaman nenek moyang kita dahulu. Walaupun dari segi bilangan, umat Islam kini sudah pasti jauh lebih ramai dari dahulu, namun kebanyakannya adalah ibarat buih di laut.

Memahami hakikat kepercayaan tersebut, maka bagi Acik, mangsa nahas MH17 (khususnya mereka yang Muslim) sebenarnya adalah mereka yang beruntung. Walaupun seluruh dunia mungkin menganggap mereka adalah mangsa yang bernasib malang, namun hakikatnya mereka adalah insan-insan pilihan Allah. Inilah yang dikatakan oleh peribahasa Inggeris, “a blessing in disguise” buat mereka.

Bagi Acik, mereka yang jenazahnya disembahyangi (ghaib) Jumaat lepas adalah berkemungkinan besar tergolong ke dalam hamba-hamba yang diredhoi Allah. Jumaah yang begitu besar yang menyembahyangi jenazah mereka itu adalah manifestasi penghormatan luar biasa yang dianugerahi Allah ke atas mereka. Semoga roh-roh mereka mendapat tempat yang istimewa di sisi Allah azawajalla.

Oleh itu Acik berharap warith-warith mangsa nahas MH17 dapat menerima tragedy tersebut dengan berlapang dada, penuh sabar dan redho. Mudah-mudahan segala rasa negatif yang dideritai akan beransur-ansur pergi dan diganti dengan rasa insaf dan syukur. Sesungguhnya kita hanyalah hamba kepada Allah yang memiliki diri kita. Dari Dialah kita datang, maka kepadaNyalah jua kita kembali. Mereka hanya sekadar mendahului kita saja, kerana giliran kita juga pasti akan tiba.

Sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat kita menumpang untuk sementara sahaja. Hakikatnya, tempat kekal kita adalah alam akhirat. Oleh itu, sebagai insan yang rasional lagi bijaksana, amat wajarlah bagi setiap kita memberi keutamaan kepada akhirat kita daripada dunia sementara ini.

Madah pujangga berbunyi :

Halia tanam-tanaman

Ke barat jua bakal condongnya

Dunia tumpang-tumpangan

Akhiratlah jua kekal kampongnya

a   l      F   a   t   i   h   a   h      !

Wallahualam.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

MH17 # 02 Mangsa Yang Dimuliakan https://4uni2c.com/2014/09/06/mh17-02-mangsa-yang-dimuliakan/

Nahas MH370 Manifestasi BN Gagal perintah negara  https://4uni2c.com/2014/03/10/prk-kajang-004-nahas-mh370-manifestasi-bn-gagal/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

@OP ajar

4uni2c # 14807 Anak Manusia atau Anak Lembu ?

•2014-08-07 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda )

Anak Manusia atau Anak Lembu ?

Salah satu perbezaan ketara antara seorang anak manusia dengan seekor anak lembu ialah anak lembu sebaik saja dilahirkan, dalam masa yang sengkat ia telah boleh bangun dan berjalan. Tetapi anak seorang manusia baru mula belatih berjalan selepas setahun lebih ia dilahirkan. Oleh itu anak seeokor lembu tidak banyak termakan budi ibunya. Manakala ibu kepada anak lembu berkenaan tidaklah teruk membesarkan anaknya hingga pandai berdikari.

.

Sebaliknya, anak seorang manusia perlu dijaga dengan rapi bagi tempoh yang agak lama sebelum si anak tersebut pandai berdikari. Ada anak manusia yang mulai berdikari ketika masih ramaja (belasan tahun), alhamdulillah. Namun ada pula yang mampu berdikari hannya setelah umurnya mencecah 30 tahun ataupun lebih, masyaAllah.

.

Oleh sebab anak manusia tidak terus boleh berjalan selepas baru lahir dan tidak cepat berdikari seperti seekor anak lembu, maka si anak ini terpaksa bergantung kepada budi baik ibunya atau orang dewasa lain untuk “survival”. Ia memerlukan pemeliharaan oleh orang lain bagi tempoh yang agak lama. Sejak dilahirkan lagi, segala aktiviti hidupnya dijaga dengan berhati-hati bagaikan menatang minyak yang penuh. Antaranya ialah segala kencing beraknya diuruskan oleh orang lain dengan sempurna.

.

Selingan 1: Nyanyian sunyi seorang ibu

.

Bila si anak tersebut mencapai umur mumaiz iaitu telah tahu membezakan antara yang najis dengan bukan najis maka barulah ia dibenarkan membasuh kencing dan beraknya sendiri. Di peringkat ini terasa legalah sikit ibu atau penjaganya. Lebih lega lagi bila si anak tersebut telah pandai mengawal aktiviti kencing beraknya sendiri hingga tidak perlu lagi terus memakai “diaper” atau lampin pakai buang.

.

Apabila si anak dah agak pandai bercakap maka akan lebih mudahlah proses pembelajaran berlaku. Si anak akan belajar dengan lebih cepat. Si anak mula pandai mengenalpasti individu-individu yang boleh membantunya bagi mendapatkan sesuatu yang diingininya. Kadang-kadang si anak rasa agak kecewa kerana keinginan atau permintaannya itu tidak dilayan. Mungkin ibunya atau penjaganya menganggap permintaan itu tidak perlu atau tidak wajar ditunaikan demi kebaikan si anak itu sendiri.

.

Seorang anak manusia yang agak cerdik akan mudah memahami sebab-sebab kenapa setengah dari permintaannya tidak dilayan. Ia mula belajar menerima realiti bahawa tidak semestinya setiap keinginannya atau hajatnya akan kesampaian. Keinginan atau permintaannya yang tidak ditunaikan oleh ibu atau penjaganya itu adalah yang agak melampau dan memang tidak wajar dilayan.

.

Rengkasnya, seorang anak manusia yang cerdik akan insaf dan tidak menyalahkan ibu atau penjaganya sekiranya mereka tidak memenuhi sebahagian dari keinginan atau permintaannya.

.

Seorang anak manusia yang normal akan dapat memahami hakikat bahawa dirinya telah banyak termakan budi ibunya atau orang yang menjaganya sejak ia baru lahir. Anak manusia yang normal juga akan merasa bahawa budi yang diterima dari ibu atau penjaganya adalah tersangat tinggi nilainya.

.

Ini kerana, bantuan yang diterima dari ibu atau penjaganya itu adalah ketika dirinya dalam keadaan yang sangat lemah, oleh itu sangat memerlukan pertolongan. Seorang yang sangat memerlukan air kerana tersangat dahaga, maka seteguk air ketika itu tentulah tersangat tinggi nilainya dibanding dengan ketika ia tidak dahaga.

.

Si anak manusia yang tahu menghargai nilai pertolongan tersebut itu, akan terasa ingin cuba berusaha membalasnya demi memuaskan hatinya sendiri. Hatinya akan merasa puas jika ia berjaya membalas budi ibu atau penjaganya itu. Sebaliknya ia akan kecewa jika gagal membalas budi-budi tersebut.

.

Namun bagi anak yang tidak normal, ia tidak akan tahu menghargai nilai budi yang ditabur ke atasnya. Ia menganggap budi yang ditabur ke atasnya itu adalah hak mutlak dirinya sendiri yang layak dinikmatinya secara percuma. Lagi pun bukan ia meminta supaya ibu atau penjaganya itu memberi pertolongan kepadanya. Sebaliknya ibu atau penjaganya itu sendiri yang suka memberi pertolongan itu secara sukarela.

.

Mungkin juga si anak tersebut menganggap bahawa tugas menjaganya hingga ia pandai berdikari adalah satu tanggungjawab mutlak atas ibu atau penjaganya. Oleh itu ibu atau penjaganya yang mejaga atau menabur budi ke atasnya adalah semata-mata bagi menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

.

Oleh itu tidak timbul apa-apa kewajipan atasnya untuk membalas budi-budi individu-individu berkenaan. Andaikata budi tersebut dibalasnya, maka ia lebih merupakan suatu “bonus”, bukan hak bagi penabur budi berkenaan untuk mengharapkan balasan.

.

Anda juga mungkin seorang anak remaja. Jika ya, adakah anda seorang anak manusia yang normal lagi rasionl ?

.

Jika anda seorang anak manusia yang normal dan rasional, maka anda juga akan tahu mengenang budi orang lain terhadap diri anda. Lebih-lebih lagi budi ibu anda yang telah mengandung, melahirkan dan membesarkan anda. Begitu juga budi penjaga anda yang lain, termasuk bapa, abang-abang dan kakak-kakak anda yang pernah berbudi kepada anda.

.

Anda yang normal tak perlu membalas budi-budi mereka itu dengan segera kerana anda belum mampu berbuat demikian ketika ini. Sedangkan mereka juga tidak mengharapkan apa-apa pun balasan dari anda. Mereka tahu akan ketidakmampuan anda ketika itu. Insya Allah mereka ikhlas menolong anda semasa anda sedang menempuhi tempoh kehidupan yang masih bergantung sepenuhnya kepada pertolongan orang lain.

.

Namun, tidak salah jika anda ingin membalas budi mereka tanpa melibatkan apa-apa kos. Caranya adalah tersangat mudah iaitu dengan membuat mereka gembira. Contohnya, jika mereka individu-individu yang pentingkan agama, maka tunaikan solat anda tanpa disuruh. Lebih cantik jika mengerjakannya secara berjemaah samada di rumah maupun di surau atau di masjid.

.

Sekiranya anda tak sanggup atau tak pandai membuat mereka gembira, sekurang-kurangnya janganlah melakukan sesuatu yang membuat mereka sedih atau benci. Contohnya membuka aurat anda di hadapan mereka. Jika mereka tidak suka mendengar perkataan-perkataan tertentu, maka janganlah menyebutnya. Misalnya perkataan “babi”, “haram jadah”, “bodoh” dan sebagainya.

.

Begitulah juga, jika mereka orang yang menghormati kumpulan-kumpulan atau individu-individu tertentu maka janganlah anda mengutuk gulungan atau individu-induvidu tersebut di hadapan mereka. Dengan lain-lain perkataan, hormatilah mereka dengan menahan diri anda dari melakukan apa-apa jua yang mereka tidak suka.

.

Ada anak-anak manusia yang memegang kuat kepada prinsip “tidak ada paksaan dalam agama”. Berdasarkan prinsip tersebut, mereka menganggap mereka bebas melakukan apa saja yang mereka suka, tak kira di mana jua mereka berada. Sesiapa juga, termasuk ibu bapa mereka tidak ada hak untuk menyuruh ataupun menghalang mereka melakukan apa-apa juga. Misalnya tidak ada hak untuk “memaksa” mereka menunaikan solat fardu atau secara paksa “menghalang” mereka dari mendedahkan aurat.

.

Anak-anak manusia berkenaan sebenarnya tersalah faham tentang prinsip “tidak ada paksaan dalam agama” itu. Prinsip tersebut ditujukan khusus bagi orang Islam yang cuba menarik orang belum Islam ke dalam Islam dengan menggunakan unsur-unsur paksaan. Misalnya dengan cara mengugut ataupun “memerangkap” mereka dengan bantuan keperluan hidup, sehingga mereka tidak ada pilihan lain lagi melainkan terpaksa memeluk Islam.

.

Tetapi ke atas seseorang yang sudah Islam, prinsip tersebut tidak terpakai lagi. Paksaan telah boleh dikenakan ke atas setiap penganut agama Islam berhubung dengan banyak perkara. Contohnya, seorang Islam yang wajib membayar zakat tetapi enggan menunaikannya maka ia boleh dipaksa oleh penguasa Islam supaya membayar zakat. Adalah menjadi kewajiban atas setiap pihak yang berkuasa untuk memastikan setiap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa dipatuhi dengan sewajarnya.

.

Prinsip “tidak ada paksaan ….. “ itu juga tidak terpakai dalam banyak situasi dalam kehidupan harian kita. Misalnya anda tidak dipaksa memakai apa-apa uniform untuk bekerja mencari makan. Tetapi sekiranya anda dengan sukarela memilih untuk menjadi seorang polis atau askar maka anda tidak boleh salahkan institusi tersebut kerana memaksa anda memakai uniform.

.

Begitulah juga, jika anda tidak mahu dihalang dari merokok secara paksa, maka janganlah menumpang pesawat yang mensyaratkan penumpangnya supaya tidak merokok di dalam pesawat. Carilah mana-mana pesawat lain yang tidak mengenakan syarat tersebut sebelum membuat tempahan tiket penerbangan anda.

.

Kerana terlalu ghairah mempertahan hak sendiri berlandaskan prinsiap “tidak ada paksaan dalam agama” itu, ramai anak manusia dengan tidak sedar menafikan hak orang lain. Contohnya, seorang anak mengengkari arahan ibunya supaya pulang malam sebelum jam 12. Si anak ini menganggap hak kebebasannya cuba dirampas oleh si ibu. Pada hal ia belum mengetahui bahawa si ibu juga mempunyai hak ke atas diri si anak tersebut.

.

Hak Si ibu ke atas anaknya adalah suatu anugerah Allah terhadap si ibu yang tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana agamawan. Si ibu berhak menyuruh anak melakukan apa saja selagi tidak membawa anaknya itu ke arah kerosakan. Apa lagi menyuruh atau melarang melakukan sesuatu demi menyelamatkan si anak dari kemungkinan jatuh ke dalam sesuatu kerosakan.

.

Anak anak yang suka pulang rumah di lewat malam hingga awal pagi akan mendedahkan diri kepada pelbagai kerosakan. Kajian yang pernah dilakukan mendapati anak-anak yang rosak hidupnya di masa akan datang bermula dengan kebebasan yang “dinikmati”nya semasa remaja. Ini termasuklah bebas untuk pulang lewat malam hingga ke awal pagi.

.

Penafian hakikat di atas oleh si anak supaya bebas untuk terus melakukannya adalah simptom bagi kerosakan yang bakal dialaminya. Oleh itu ibu bapa atau penjaga harus tegas dan tidak membiarkan si anak bebas untuk mengamalkan tabiat suka pulang rumah lewat malam hingga awal pagi. Kegagalan ibu bapa dari melaksanakan tanggungjawab ini akan membawa implikasi buruk yang lebih besar terhadap masa hadapan si anak itu.

.

Dalam Al Quran ada satu ayat yang melarang si anak dari menyebut “uh !” terhadap ibu bapanya. Bagi anak yang normal lagi rasional, ia akan faham maksud tersirat ayat tersebut. Lantaran itu ia tidak berani bercakap kasar dengan kedua ibu bapanya. Apa lagi membantah keras nasihat-nasihat mereka.

.

Sebaliknya bagi seseorang anak yang bengap, ia hanya faham apa yang tersurat pada ayat tersebut saja. Oleh itu ia hanya akan mengelakkan diri dari menyebut perkataan tersebut. Sedangkan dalam masa yang sama ia sanggup melakukan perbuatan yang jauh lebih buruk dari itu terhadap ibu bapanya kerana dianggapnya tidak salah. Amat malanglah bagi ibu bapa yang memiliki anak yang bengap sebegini.

.

Satu lagi contoh seorang anak bengap ialah yang tidak dapat memahami sepotong ayat lain dalam Al Quran yang melarang mendekati zina. Mengikut tafsiran si anak yang bengap itu, yang dilarang melakukannya ada “mendekati zina”. Tapi “melakukan zina” tidak pula dilarang. Ini kerana perbuatan mendekati zina adalah lebih bahaya sebab ia lebih terdedah kepada pandangan mata orang ramai.

.

Sebalikanya perlakuan zina dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Oleh itu fitnah akibat dari melakukan zina tidaklah seburuk fitnah akibat dari mendekati zina. Maka mengikut fikiran si anak bengap tersebut, larangan mendekati zina tanpa larangan melakukan zina adalah rasional. Nauzubillah !

.

Maka tanyalah diri anda sendiri, “adakah aku ini seorang anak manusia atau seekor anak lembu ?”

.

Jika anda seorang anak manusia, fahamilah dan tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai seorang anak yang telah banyak terhutang budi dengan ibu kandung anda dan orang lain.

.

Jika anda seekor anak lembu, maka tunggulah masanya anda akan disembelih oleh keburukan yang telah anda lakukan ke atas diri anda sendiri akibat mengingkari nasihat-nasihat ibu dan orang-orang yang telah banyak menabur budi ke atas anda.

.

.

.

Selingan 2: Lembu siapa dia

.

Wallahua’lam 🌷

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Agama: anak derhaka https://4uni2c.com/2020/04/28/agama-anak-derhaka/

Menyantuni Provokasi https://4uni2c.com/2014/12/19/alis-saga-11-menyantuni-provokasi/

.

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

.

@OP ajar