PRK Kajang # 003 DSAI Pejuang Rakyat Sebenar

•2014-02-11 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda )

DSAI Pejuang Rakyat Sebenar

Berikut adalah tulisan salah seorang rakan Facebook Acik tentang DSAI. Kebetulan ketika itu (1970an), Acik juga seorang mahasiswa yang turut terlibat dalam beberapa demonstrasi menentang kezaliman pemerintah. Seterusnya Acik juga terus mengikuti perkembangan politik semasa dalam negara. Oleh itu Acik amat setuju dengan apa yang ditulis beliau. Selamat Membaca.
Mengapa aku berdiri teguh dibawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim..
Masih terimbau detik itu dlm akhir thn 1997 cerita mengenai beliau seorang kaki liwat tersebar luas.
Terkejut dan sangat keliru daya fikir aku waktu itu…

Selingan 1 :

Klip Video: apa jawapan DSAI

Sila KLIK —> http://www.youtube.com/watch?v=rwgbGkaIioE

Jiwa aku cukup terkesan dan tersentap dengan pelbagai pertuduhan dan cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar. Aku fikir ini tuduhan gila. Mana mungkin seorang bekas aktivis Islam mengamalkan homoseksual!
Menyorot beberapa artikel yg aku baca mengenai sosok diri seorang yg bernama Anwar Ibrahim…,,,akal yg waras pasti akan membuat penafian atas semua tuduhan salah laku dan moral beliau.
Sejak berada di bangku sekolah iaitu di MCKK..,,, Anwar bukanlah pelajar yg boleh di kategori popular kerana punya wajah tampan atau menjadi kegilaan remaja perempuan. Tetapi semua guru-guru sangat cenderung memilih dan melantik beliau sbg ketua pelajar.
Ini tidaklah menjadi kehairanan kerana peribadi beliau yg sgt pintar,berdisplin, bijak berhujah dan taat beragama.
Perwatakkan beliau terbawa hingga ke Universiti.
Ramai dari kita tahu..,,, Anwar merupakan peneraju Abim, pertubuhan pergerakan belia Islam sewaktu beliau berada di kampus Universiti Malaya.
Seorang aktivis pelajar yg sgt lantang bersuara mengenai hak dan kebajikan anak melayu. Memperjuangkan kehidupan dan menerapkan nilai-nilai keislaman dlm masyarakat melayu bermula dari kampus sehingga ke kampung-kampung.
.
Kemuncak kepimpinan beliau bila berlaku demostrasi dan pemberontakkan mahasiswa sewaktu isu kampung Baling yg keseluruhan penduduknya daif dan hanya mampu menjamah ubi kayu setiap hari utk melapik perut.
Natijahnya Anwar di penjara di bawah tahanan ISA di kemunting atas kesalahan menghasut dan menimbulkan huru hara.
Keperibadian Anwar sangat menarik minat Tun Mahathir.
Tun Mahathir pada masa itu dapat mengagak bahawa Anwar boleh membantu beliau utk meraih jawatan tertinggi Umno.
Tun merasakan Anwar adalah satu kuasa keramat yg mampu menjatuh dan menaikkan reputasi seseorg politikus. Ini terbukti sewaktu Anwar mengetuai gerakkan memprotes dan berpiket mendesak Tungku Abd. Rahman meletakkan jawatan kerana pentadbirannya yg mengutamakan kaum cina sehingga kaum melayu di kampung-kampung terabai.
Tun memujuk Anwar untuk bersama- sama Umno memperjuangkan melayu dan islam.
Akhirnya keluar dari Kamunting Anwar bersetuju menyertai Umno.
Persetujuan Anwar utk menyertai Umno telah membuatkan ABIM gelisah. Separuh dari Mereka tidak bersetuju Anwar menyertai umno dan bukannya Pas. Pemimpin-pemimpin Pas yg mendokong perjuangan ABIM juga jadi jauh hati.
MengapaAnwar menerima pujukan Tun Mahathir utk menyertai Umno..!?
Anwar pernah berkata…,,, dia berniat mahu menerapkan nilai-nilai islam ke seluruh pelusuk negara melalui perjuangan umno yg di dokong kebanyakkan kaum melayu.
Anwar dlm Umno naik begitu mendadak sekali. Kepimpinan dan aura pejuang melayu dan islamnya sangat besar sehingga ramai kalangan ahli Umno mulai pandai berhujah berdasarkan petikan hadis dan al- quran. Anwar berjaya mentraformasikan satu pertubuhan melayu menuju ke arah kepimpinan islam.
Aku masih ingat lagi sewaktu berada di tahun awal 80an. Waktu itu memang sangat sukar untuk bertembung dgn wanita atau pelajar sekolah yg menutup aurat dan bertudung. Nilai-nilai keislaman belum bangkit dan meresapi budaya orang melayu.
Namun sewaktu mengalas jawatan Menteri Pendidikan..,,, Anwar dgn lantang mengubal akta mendaulatkan bahasa melayu dan mulai mengislamkan institusi pendidikan dgn nilai- nilai murni melalui pemakaian dan aktiviti ibadah.
Waktu itu barulah muncul dan kelihatan wanita dan gadis- gadis melayu memakai tudung yg menutup keseluruhan rambut.
Sekiranya ada orang yang boleh dianggap sebagai pengasas gerakan kebangkitan semula Islam di Malaysia, dia ialah Anwar Ibrahim…!!

Selingan 2:

Dr Mahathir is the Father of Racism

Sila KLIK —> https://www.facebook.com/photo.php?v=346023522186800&set=vb.162138223914613&type=2&t

Nah…,,, masakan seorang penggerak perjuangan islam seorang kaki liwat..!!
Sehingga aku menulis artikel ini..,,, belum ada seorang pun sahabat beliau di MCKK dan UM menjelaskan atau memperakui bahawa beliau memang seorang Gay atau biseksual..!!!
Malahan guru2 dan tenaga pengajar beliau jg amat sedih dan bersimpati atas setiap tuduhan dan fitnah yg di lemparkan terhadap Anwar… Kecuali sahabat politik yg akhirnya menjadi musuh politik beliau yg begitu lantang mengiyakan fitnah tersebut.
Sbg anak muda yg sangat jahil perihal politik..,khabar itu membuatkan aku jadi begitu teruja utk mengetahui duduk perkara sebenar…
Dulu penggunaan internet belum cukup meluas. Buku, majalah dan akhbar menjadi media alternatif utk mencari berita dan maklumat…
Majalah Tamadun, Siasah, Detik, akbar Harakah dan buku2 politik seperti 50 dalil karangan Khalid Jafri .
50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri adalah pemulaan agenda memusnahkan personaliti dan karektor beliau ddlm politik. Di meriahkan dgn kesinambungan surat berantai Umi Hafilda kpd Tun tentang salahlaku Anwar yg kononnya menjalin hubungan asmara dgn isteri abgnya Azmin Ali. Di tambah lagi dgn tuduhan jenayah seksual yg melibatkan adik angkat beliau serta pemandu peribadi Wan Azizah.. Membaca buku 50 dalil ini agak mengelirukan dgn cara penulisan dan fakta yg di beri. Semacam setiap rangka dan cerita di garap dlm bentuk tuduhan dan fitnah yg melulu.
Berbanding dgn beberapa buku yg sangat menarik karangan Ahmad Lutfi Othman;-
##“Anwar Boneka Barat?”.
##Layakkah Anwar Ketuai Reformasi.!?
##Skandal Seks atau Konspirasi Politik!?
Pada aku buku-buku karangan beliau agak mencabar minda kerana tulisannya memaksa pembaca berfikir dan mencari jawapan berdasarkan fakta dan pemerhatian.
Bukan tuduhan atau fitnah yg di rancang…
Nampak sepertinya beliau mungkin semacam penentang, atau individu yg tidak menyukai sosok diri Anwar.
Tetapi mungkin beliau sedikit kecewa dgn sikap dan peribadi DS Anwar sewaktu dlm UmNo terhadap Pas dan pemimpin- pemimpinnya.
Aku masih teringat ayat beliau yg menilai niat Anwar menyertai Umno umpama seekor lembu mengajak sekandang kerbau supaya tidak bermain dgn lumpur.
Sedangkan sikap kerbau itu mana mungkin tidak sukakan lumpur. Akibatnya lembu yg masuk ke kandang kerbau kalau tidak pun bergelumang lumpur pasti terpalit atau terpercik juga dgn lumpur. Agak berkias dan simbolik namun sangat menikam..!!!
Persoalan sama juga turut disentuh oleh S. H. Alattas dalam bukunya bertajuk ” Anwar Ibrahim : Wira, Juara atau Penderhaka”,
Buku karangan S.H Alattas ini agak sedikit misteri dan terlampau memaksa otak berfikir lama.
Tak kurang jg dgn kontroversi
Novel Shit karya Shahnon Ahmad pada tahun 1999 adaptasi daripada pergolakan politik Anwar vs Mahathir dan Umno yang sangat haru biru bermula dari satu episod politik dahsyat dan kebangkitan berani rakyat bersuara dan menyatakan pendapat dan perasaan.
Karya ini lebih berbentuk sindiran yg keras atau satira yg keterlaluan.
Episod pemecatan Anwar telah mengerakkan satu gelombang kebangkitan rakyat melalui semangat reformasi. Gerakan reformasi bermula dr road tour ceramah di beberapa buah negeri bagi membersihkan namanya dan menuntut Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan.
Dimana- mana muncul keluarga “anti-Mahathir’ dengan beraninya memakai lencana dan tag yang tertera slogan ‘reformasi’, ‘keadilan’, ‘lawan tetap lawan’ !!!
Kemuncak reformasi seterusnya disaksikan pada petang 20 September 1998 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Hampir 100 ribu warga tanpa mengenal latar kaum dan kelas berhimpun untuk mendengar ucapan ‘terakhir’ dari Anwar sebelum beliau ditahan oleh pihak polis pada sebelah malamnya.

S e l i n g a n 3

Nostalgia Refomasi 1998. Sila KliK baris di bawah

http://www.youtube.com/watch?v=_4ZsjA9i6tQ&feature=youtu.be

Selepas Anwar dipenjara –dgn berbagai siri-siri kepincangan institusi negara bermula dr polis, badan kehakiman,hospital dan media perdana secara berterusan menidakkan hak dan memusnahkan karektor seorang pejuang rakyat yg bernama Anwar…!!!
Apabila Anwar di pukul di penjara oleh ketua polis ketika itu…,,,
Tun Mahathir dgn lantang menyatakan Anwar memukul dirinya sendiri…
Bermula dr detik itu rakyat dan seluruh parti pembangkang terus menyatakan simpati dan sokongan yg tidak berbelah bg terhadap Anwar.
Rakyat yg sedar mulai mengerti Anwar adalah mangsa konspirasi jahat Tun dan sekutu- sekutunya di dalam Umno.
Mereka tidak dapat membongkar pecah amanah, rasuah atau salahlaku politik beliau sewaktu di dalam Umno.
Makanya tuduhan jenayah liwat dan seks yg di susun dan di rencana sejak 1997 di realisasikan pada september 1998.
Tuduhan itu dgn niat utk memusnahkan aura islamik dan kepimpinan Anwar yg bersih.
Semuanya berpunca dari sikap Anwar yg sangat berani dan lantang menegur kepimpinan Umno yg rasuah, kronisme serta kepincangan- kepincangan pentadbiran di segenap kementerian.
Natijahnya Tun mulai sakit hati dan tergugat dgn kuasa dan pengaruh Anwar yg semakin besar di dalam Umno.
Yang sedihnya, Anwar ditangkap, dibicara dan dipenjarakan kerana kehendak penguasa, waktu itu Tun Mahathir Mohamad bukan berdasarkan fakta keterangan dan undang-undang. Tetapi tuduhan dan agenda jenayah yg sangat meragukan. Dan sewaktu beliau dibebaskan juga adalah kerana kemahuan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yg ketika itu berbalah dari segi kepimpinan dgn Tun dan bukan semata-mata fakta kes.
Maka aku turut bersedih… Maknanya, hakim-hakim masih tidak bebas menentukan penghakiman dan mereka perlu melihat isyarat dari pihak eksekutif.
Namun setelah Anwar bebas berpolitik dan bejaya menyatukan semua parti pembangkang yg berlainan ideologi dan perjuangan dalam satu gelombang politik baru. Kini sudah mulai kelihatan kecenderungan badan- badan dan individu profesional yg secara terang- terangan menyokong dan mendokong perjuangan menuju Malaysia Baru.
Gelombang perubahan ini terlakar dlm PRU12 yg menafikan kemenangan 2/3 BN di Parlimen.
Kini gelombang itu semakin deras dan pukulan- pukulannya semakin keras membadai BN dan Umno.
BN semakin lemah dan melonglaikan.
Rakyat mulai sedar..,,, suara mereka adalah suara keramat yg mampu merubah politik Malaysia ke arah politik yg lebih baik,bijak dan matang.
Namun sehingga ke detik ini Umno masih bermain politik cara lama. Masih berusaha membangkitkan sentimen kaum dan agama, membakar api patriotik melalui agenda menuduh Anwar sbg agen Amerika dan Yahudi. Mencetuskan sentimen hak kaum melayu yg akan hilang di sebabkan perpaduan antara DAP.
Terus- terusan mengfitnah, membuat tuduhan dan rencana jahat mereka melabel Anwar sebagai seorang pemimpin yg tidak layak kerana punya beberapa siri salah laku seks yg tidak pernah pun berjaya di buktikan oleh mahkamah.
Benarlah kata Anwar..,,, beliau tidak pernah mampu berdiri seteguh dan segagah ini tanpa doa rakyat dan restu Allah.
Tiba- tiba jiwa ku terasa bergetar dan airmataku gugur perlahan- lahan.
Aku masih terbayang abah mengayuh basikal tua nya ke masjid semata- mata ingin berdoa dan membaca surah yassin sewaktu keputusan bicara kes tuduhan liwat Syaiful Bukhari terhadap Anwar di jatuhkan.
Sempat aku melihat mak pun turut mengambil wuduk dan membacakan surah Yassin berkali- kali.
Bila aku sampaikan keputusan Anwar di bebaskan dan dilepaskan dari tuduhan tersebut.., abah mengangkat tangan berdoa bersungguh- sungguh. Mak yg selesai membaca surah Yassin mula menguntumkan senyuman dan berbisik… Kali ini Anwar mungkin ikhlas berjuang utk rakyat…
Aku terpukul dan terkasima dari episod doa dan keyakinan rakyat biasa yg sangat mempercayai Anwar adalah insan terpilih yg mampu merubah corak Malaysia ke arah yg lebih baik…!!
Allahu akbar… Allahu akbar… Allahuakbar…!!!
REFORMASI…!!!
Lawan tetap lawan…!!!
Jom UBAH Malaysia…!!!

S e l i n g a n 4

UMNO penipu nombor satu: sila KLiK baris bawah

https://www.facebook.com/photo.php?v=343819829073836&set=vb.162138223914613&type=2&theater

.

d a u l a t r a k y a t !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Ahmad’s SAGA # 002 Bila Guru Kencing Berdiri https://4uni2c.com/2012/11/15/bila-guru-kencing-berdiri/
CEREKANA # 13922 Strategi Ikan Todak: https://4uni2c.com/2013/09/22/cerekana-13922-strategi-ikan-todak/
PRK Kajang # 002 Berjuang Bukan Kerana Nama dan Harta https://4uni2c.com/2014/02/08/pkr-kajang-002-berjuang-bukan-kerana-nama-dan-harta/
PRK Kajang # 001 Mari Palu Gendang Perang: https://4uni2c.com/2014/01/29/prk-kajang-001-mari-palu-gendang-perang/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK : http://www.4uni2c.com

PRK Kajang # 002 Berjuang Bukan Kerana Nama Dan Harta

•2014-02-08 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kann skrin SP anda)

Berjuang Bukan Kerana Nama dan Harta

Banyak pihak dah menyuarakan bantahan terhadap tindakan PKR mutakhir ini, khususnya tentang isu perletakan jawatan YB Kajang. Ada yang seolah-olah sangat bersimpati terhadap YB PKR Kajang itu kerana dianggap dipaksa meletak jawatan sebagai YB. Ini bermakna selepas perletakan jawatan tersebut beliau yang berkenaan itu tidak lagi bergelar YB. Ini kerana gelaran YB tak sama dengan gelaran Datuk dan Doktor (Dr.)

Gelaran “Datuk” dan “Dr.” boleh dikatakan kekal sehingga ke mati. Yang gelaran “Datuk”nya gugur sebelum beliau mati, hanyalah si malang yang sangat dibenci oleh Sultan yang menganugerahi beliau gelaran tersebut. Kadang-kadang yang buat angkara supaya gelaran “Datuk” seseorang individu itu digugurkan adalah musuh politiknya yang rapat dengan pihak istana. Kerana isu politik maka dihasutnya Sultan agar si anu itu dimalukan dengan menarikbalik gelaran “Datuk” dari beliau. Antara yang mengalami keguguran gelaran “Datuk” ialah beberapa tokoh politik yang keluar dari BN dan masuk PR.

Selingan:

Sebuah Lagu Patriotik: sila KLIK di baris bawah

 https://www.facebook.com/photo.php?v=343819829073836&set=vb.162138223914613&type=2&theater

Menggunakan Sultan dan pihak istana bagi memalukan sesorang bukanlah fenomina baru dalam masyarakat bangsa Acik (Melayu). Kalau ia fenomina baru maka tidak adalah kisah Hang Tuah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka (PenCERAHan: https://4uni2c.com/2012/11/29/strategi-tpm-tun-perak-melaka/). Tidak adalah juga kisah Hang Nadim dibenamkan ke dasar laut akibat dihasut oleh pembesar-pembesar bodoh yang dengki (PenCERAHan: https://4uni2c.com/2013/09/22/cerekana-13922-strategi-ikan-todak/) Tidak adalah kisah Hang Jebat menderhaka. Tidak adalah juga kisah Sultan Mahmud mangkat di julang di Johor. Dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.

Itu baru yang kita dengar ataupun terbaca. Yang masih tersembunyi dalam lipatan sejarah banyak lagi. Ya, banyak lagi yang belum ada sesiapa pun yang pernah cuba membukanya. Kadang-kadang bukan tiada ada orang yang pernah membukanya tapi sangat takut nak mendedahkan kepada umum. Antaranya, takut menerima penangan dari pihak istana. Macam staff Astro yang cuba dedahkan “trajedi bola” yang baru-baru berlaku tu. Apa jadi dengan beliau sekarang ?  Pendek kata, banyak peristiwa-peristiwa penting yang boleh dijadikan iktibar digelapkan begitu saja.

Balik kepada “title” datuk dan doktor, yang lebih kekal di antaranya ialah “doktor” atau “Dr.”.  Gelaran Dr. ini boleh dikatakan gelaran eksklusif bagi masyarakat Melayu Malaysia (MM). Ia dianggap eksklusif kerana di kalangan doktor tak ramai Melayu. Tak ramai bukan sebab orang Melayu taknak jadi doktor. Tetapi sebab memang susah nak dapat menjadi seorang doktor. Baik doktor perubatan, lebih-lebih lagi doktor falsafah (PhD). Kadang-kadang, terlampau nak bagi nampak ramai  doktor MM, maka yang kurang Melayu pun dikutip dan dijadikan juga Melayu asalkan dia seorang doktor. Contohnya tak payahlah Acik sebutkan sebab terlalu ramai. Lagipun semua kita dah tahu.

Kadang-kadang individu yang bergelar doktor (perubatan) dulu kini dan selama-lamanya itu  telah lama meninggalkan profesyennya dalam bidang perubatan. Namun beliau tetap mahu digelar “Dr.”.  Walaupun beliau dah benar-benar lupa bagaimana mencucuk jarum ubat ke atas pesakit, namun beliau tetap juga menuntut digelar “Dr.”  Pendek kata, gelaran “Dr.” adalah gelaran seumur hidup atau “the title for life” (kata Mad Saleh).

Bukan saja doktor perubatan itu gelaran doktornya kekal seumur hidup, malah dokor falsafah (PhD) pun sama. Walaupun isi thesis PhD beliau tidak diingatinya lagi sebiji habuk pun, kedoktorannya tetap kekal.  Hatta, walaupun beliau dah nanyok kerana terlalu tua. namun jika tidak digelar Dr. masih pandai melenting juga ia. Konon katanya tidak tahu adab menghargai keilmuan seseorang.

Walaubagaimana pun, ada juga golongan cendikiawan bertaraf doktor ini yang tak kisah samada dipanggil doktor ataupun tidak. Malah ada yang sengaja tidak meletakkan gelaran Dr.nya dalam buku-buku yang beliau karangi. Tetapi individu macam ni terlalu sedikit, lebih-lebih lagi di Malaysia.  Acik benar-benar tabik spring terhadap individu-individu seperti ini.

“By the way”, jika nak dikira doktor yang Acik kenal rapat memang ramai. Baik doktor perubatan maupun doktor PhD. Bukan yang kenal gitu-gitu saja.  Tetapi yang bila berbual dengannya boleh panggil “hang-aku” saja. Malah di kalangan ahli keluarga terdekat Acik sendiri pun dah agak ramai  yang bergelar doktor. Nak kata sepuluh orang pun mungkin lebih. Mertua kepada anak perempuan Acik (Dr Aisyah) suami isteri pun doktor (PhD). Jika diizinkan Allah, anak sulung Acik pun akan bergelar doktor (PhD) kira-kira setahun lagi.  Tolong-tolonglah pakat doakan buat beliau.

Oleh sebab itu seseorang yang bergelar Dr. akan sentiasa rasa lebih konfiden bila berinteraksi dengan orang lain berbanding dengan seorang datuk dan YB biasa. Ini sangkaan Acik saja, mungkin benar mungkin sebaliknya. Sebab Acik bukan Dr, bukan datuk dan jauh sekali (bukan) seorang YB.   Acik main teka guna serkap jarang saja. Maafkanlah jika tersasar.

Tapi anta dan anti jangan terkejut jika ada orang yang menolak “datukship”. Contohnya Allahyarham Tun Ghaffar Baba, Professor Di Raja Engku Aziz dan ramai lagi tokoh-tokoh penting yang tidak mahu menerima tawaran tersebut. Salah seorangnya ialah saudara sepupu Acik sendiri. Mengikut ceritanya kepada Acik, beliau telah berkali-kali menepih anugerah gelaran datuk yang ditawarkan kepadanya. Namun akhirnya mengalah jua ia, lalu  menerimanya juga. Bukan kerana beliau kemaruk sangat dengan gelaran tersebut, tetapi kerana rasa terpaksa. Kata Mat Melayu, “sekali air bah, sekali pantai berubah”. Jika tawaran dari si bapa dapat ditolak dengan selamat, tapi tawaran dari si anak pula belum tahu apa penangannya jika masih menolak. Jadi mau tak mau kena terima jugalah. Cuma beliau (sepupu Acik tu) tak benarkan dan tak suka dirinya digelar “Datuk” oleh Acik.

Berbalik kepada kepada gelaran “YB”, maka gelaran tersebut memanglah sementara. Setelah seseorang wakil rakyat itu tamat tempoh mandatnya, maka beliau tidak lagi bergelar YB.  Oleh itu Acik rasa mereka yang tersangat simpati dan tidak setuju dengan tindakan PKR mendorong YB Kajang meletak jawatan, adalah mereka yang sangat menghargai gelaran tersebut. Entah-entah di kalangan mereka memang ada yang nawaitunya nak jadi YB satu hari nanti. Baguslah jika bercita-cita besar begitu. Cuma khususnya dalam isu DUN Kajang biarlah tidak ditonjolkan sangat.

Lagi pun bagi Acik, gelaran YB itu mungkin tidak dianggap penting langsung oleh bekas YB Kajang berkenaan. Jika inilah hakikatnya, maka mereka yang terlalu beria-ia sangat membela YB Kajang yang meletak jawatan itu adalah ibarat, “hidung tak mancung, pipi pula yang tersorong-sorong”. Mungkin beliau sendiri memang benar-benar rela meletak jawatan kerana memahami keperluan dan kepentingan perjuangan partinya. Tak kenalah jika tiba-tiba ada pula pihak lain yang menyebok mempertahankan beliau berdasarkan simpati dan spekulasi sendiri.

Walaupun Acik tidaklah aktif dalam arena politik negara, namun Acik sentiasa mengikuti perkembangan politik negara sejak masih di sekolah rendah lagi. Acik masih ingat lagi peristiwa di mana di halaman rumah Acik didirikan kemah tarpan kerana diada ceramah politik. Acik juga masih ingat pengalaman membonceng motorsikal Honda Cup 50cc di belakang arwah ayahanda Acik untuk pergi mendengar ceramah politik PAS di kampung yang agak berjauhan dari rumah Acik. Banyak lagi peristiwa-peristiwa manis yang telah Acik alami bukan sebagai aktivis politik tetapi lebih kepada pengikut tegar arus perdana politik negara.

Yang menghalang Acik dari aktif secara langsung dalam arena politik ialah jawatan Acik dalam agensi kerajaan pusat. Kata Mat Melayu, “di mana bumi dipijak disitulah langit dijunjung”.  Bumi Acik ketika itu ialah agensi kerajaan tempat Acik berkhidmat. Oleh itu langit Acik ketika itu adalah segala perintah dan larangan rasmi agensi berkenaan yang wajib Acik patuhi. Itu adalah aku janji antara penjawat dengan majikan yangmana bagi Acik ianya wajib ditunaikan.

Sebagai seorang bekas penjawat awam, maka banyaklah tugas-tugas yang terpaksa dilaksanakan walaupun pada pandangan peribadi Acik ianya suatu kontrovesi. Kontrovesinya adalah berdasarkan prinsip Islam malah dari segi nilai sejagat. Sedangkan itulah yang Acik cuba hormati dan patuhi sepenuhnya. Jika nak disenaraikan satu persatu tentulah terlalu panjang. Semua ini membuat Acik kurang selesa untuk kekal lama berkhidmat dengan kerajaan. Tak dapat bersabar lagi menunggu sehingga sampai umur bersara wajib (60 tahun). Oleh itu Acik mengambil persaraan pilihan pada umur 50 tahun.

Pengalaman berkhidmat dalam agensi kerajaan Ack kira sangat berguna. Ia telah dapat membantu Acik memahami lebih dekat karenah pentadbiran kerajaan yang diterajui BN. Di samping itu, dengan menjadi penyokong tegar pihak pembangkang, Acik dapat menilai kelemahan yang wujud di pihak mereka (pembangkang). Ini satu realiti. Umpama seorang penjaga harimau bintang dalam zoo. Beliau seakan-akan pasti bahawa binatang ini lebih gagah dari seekor kerbau besar yang bertanduk panjang. Biarlah semua pengunjung zoo berpendapat sebaliknya, akibat terlalu kagum dengan badan besar dan tanduk panjang si kerbau tersebut.

Dengan memahami realiti politik Malaysia, bagi Acik, pihak pembangkang mahu tak mahu wajar pandai menyusun strategi untuk merebut mandat memerintah negara dari BN. Kadang-kadang strategi yang digunakan memang nampak seperti tindakan bodoh dan keterlaluan. Namun ianya agak berkesan bagi mecapai hasil yang dihasratkan. Tidak mustahil apa yang berlaku di DUN Kajang kini adalah antara strategi yang berkesan bagi mencapai aspirasi PR walaupun ramai pemerhati politik dan aktivis sosial mengecam dan mengutuknya.

Aspirasi PR sebagai pembangkang ialah mendapat mandate (kuasa) dari rakyat bagi memerintah negara.  Pilihan raya merupakan masa dan gelanggang untuk bersama-sama dengan BN berebut mandat tersebut. Jika ia (pembangkang) berjaya mendapat mandat melalui pilihan raya umum (PRU) dengan mengalahkan BN, maka banyaklah perubahan positif akan dapat dilakukan. Banyaklah penyelewengan dapat dihentikan. Banyaklah penambahbaikan akan dapat dilaksanakan terhadap banyak hal melalui perubahan dasar dan corak pemerintahan. Perubahan-perubahan positif tersebutlah yang juga menjadi idaman majoriti rakyat yang turun mengundi pada hari PRU diadakan.

Oleh kerana itu Acik menyeru dan merayu agar semua ahli ABU bersatu hati menyokong calon PR dalam PRK Kajang nanti. Percayalah bahawa YB DSAI memang individu rakyat Malaysia yang sangat berkaliber. Bagi Acik, strategi beliau berjuang dari dalam ketika memasuki UMNO dulu telah terbukti kantoi. Malah semasa mendapat maklumat awal bahwa, “Pak Syeh kita nak join UMNO” Acik dah rasa skeptikal beliau boleh berjaya mengubah dari dalam.

“Mengubah dari dalam” bukanlah modes operandi yang pernah membawa hasil yang diharapkan. Ia pernah diumpamakan nak mencuci tong tahi dengan masuk ke dalam tong tahi tersebut. Bukan saja tong tahi itu tak dapat dibersihi malah yang nak membersihinya turut dikotori oleh tahi. Sebelum itu pun dah ada seorang jaguh ABIM yang masuk ke dalam UMNO bagi tujuan mengubah dari dalam. Akhirnya beliau sendiri turut hanyut. Alasannya kata Mad Saleh, “if you can not beat them, just join them”.  Kata Mat Melayu, “masuk kandang kambing mengebek, masuk kandang lembu menguak; di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung”. Senang cita.

Apa yang pernah Acik lafazkan kepada kawan-kawan ABIM Acik ketika itu ialah, “sekiranya Anuar benar-benar ikhlas berjuang untuk Islam, nescaya beliau tidak kekal dalam UMNO. Beliau akan terpelanting keluar dari UMNO sebelum sempat menjawat jawatan PM”. Rupa-rupanya spekulasi Acik menjadi kenyataan juga akhirnya walaupun mengambil masa lebih dari 15 tahun kemudian.

Acik bukan nak dakwa bahawa Acik ni ahli nujum yang “power”. Malah nak kata nujum yang lekeh pun bukan. Jika nujum pak belalang, OK lah kut. Cuma Acik tak nampak bahawa seseorang yang bersifat jujur lagi ikhlas boleh sesuai duduk dalam UMNO, dulu, kini dan selama-lamanya. Perkara ini Acik perhatikan sejak mula menjawat jawatan dalam kerajaan hinggalah Acik pencen. Segala kepincangan yang berlaku di dalam institusi pemerintah, itulah hasil kerja buat pihak yang diberi mandat memerintah. Jika ada segelintir dari kami dalam institusi awam yang cuba memperbaiki keadaan, akan terimalah akibatnya.

Jika dalam askar, tak naik pangkatlah engkau kecuali yang benar-benar ketara kehebatannya. Malah jika tersalah haribulan, kena Court Marshal lagi macam apa yang sedang dihadapi oleh Major Zaidi sekarang.  Begitulah juga dalam agensi-agensi awam yang lain. Hatta dalam institusi kehakiman sendiri.

Oleh itu sekali lagi Acik menyeru dan merayu, sokonglah DSAI gila-gila dalam PRK Kajang nanti demi kemenangan besar bagi PR. Jangan sekali-kali dibiar apa yang telah berlaku pada DUN Kota Damansara dalam PRU 13 dulu berulang. Apa yang telah berlaku di DUN Kota Damansara dulu itu, adalah sama dengan apa yang Acik firasatkan. Insya Allah kemenangan besar DSAI akan menjadi manifestasi penting bahawa rakyat seluruh negara sedang menuntut perubahan positif yang ketara dari kerajaan. Rakyat mahu suatu sistem pentadbiran yang benar-benar relevan dengan keperluan semasa. Dan jika BN tidak mampu “deliver” perubahan yang diharapkan itu, silalah undur diri. Berilah laluan kepada PR pula.  Jika belum mahu undur diri pun, sekurang-kurangnya tukarkan PM tu ASAP.  Wallahualam.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

Penilaian seorang Facebooker (Sdr Zainal Abidin) terhadap DSAI    https://www.facebook.com/groups/205079576197184/662005097171294/?notif_t=group_activity

PRK Kajang # 001 Mari Palu Gendang Perang:   https://4uni2c.com/2014/01/29/prk-kajang-001-mari-palu-gendang-perang/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

@OPajar  # 14208

PRK Kajang # 001 Mari Palu Gendang Perang

•2014-01-29 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (sp) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin sp anda)

Mari palu gendang perang.

Memang tidak diselindungi lagi bahawa tujuan kerusi DUN Kajang dikosongkan adalah semata-mata untuk meberi laluan kepada DSAI memasuki DUN Selangor sebagai seorang ADUN pilihan rakyat. Tujuan menjadikan beliau seorang ADUN adalah untuk melayakkan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan YAB Khalid Ibrahim.

Selingan :

Lagu PATRIOTIK:   https://www.facebook.com/photo.php?v=343819829073836&set=vb.162138223914613&type=2&theater

Ini bukanlah satu modes operandi yang baru.  Khususnya di negeri Selangor, BN pernah melaku perkara yang serupa semata-mata untuk membolehkan seorang orang kuat UMNO (OKU) dilantik menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu. Oleh kerana itu orang UMNO tidak perlu hairan dengan modes operandi yang digunakan PR bagi membolehkan DSAI pula menjadi MB Selangor. Sebaliknya mereka wajar sokong beliau kerana beliau akan mengganti YAB Khalid Ibrahim individu yang dianggap kontorvesi oleh banyak pihak dalam Selangor. Mudah-mudahan Selangor akan bertambah makmur dan aman damai jika DSAI menjadi MBnya nanti.

Dalam zaman dunia tanpa sempadan ini, rakyat mana-mana negeri pun di Malaysia ini tidak harus taksub dengan semangat kenegerian masing-masing. Apa yang Acik (Ayah/Abang+cik) maksudkan ialah, jangan menjadikan ia satu syarat dimana hanya anak kelahiran negeri berkenaan saja layak menjadi MB negeri berkenaan. Dengan kata lain, anak kelahiran negeri lain hanya sekadar layak menjadi ADUN biasa sahaja. Kita cuma wajar ingatkan bukan anak-anak  negeri Selangor akan peribasa, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”

Sejarah telah banyak membuktikan bahawa yang banyak mencurahkan bakti kepada sesuatu tempat itu tidak semestinya anak-anak tempatan. Mereka mungkin berketerunan  darah luar samada sepenuhnya, ataupun separuh luar separuh tempatan. Bermula dengan PM pertama kita, ibunya adalah keterunan Siam. PM kedua kita pula bapanya berdarah Bugis. PM ketiga memiliki darah Turki. PM yang keempat bapanya dari Kerala India. PM kelima ibunya China. PM sekarang mungkin semuanya dah tahu anak siapa.

Di peringkat negeri pula jika tak salah Acik, Allah yarham Dato Mohamed Asri kabarnya bukanlah anak jati Kelantan, tetapi telah diterima oleh rakyat Kelantan sebagai MB. Kini YAB Lim Guan Eng bukanlah anak kelahiran Pulau Pinang tetapi menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Dan Datuk Khalil Yakoob kini menjadi Tuan Yang Terutama Melaka sedangkan beliau bukan anak jadi Melaka.

Sebagai tindakan proaktif Acik, biarlah isu anak negeri / bukan anak negeri tidak akan dijadikan pertikaian menjelang PRK Kajang nanti. Begitu juga seterusnya ketika perlantikan MB nanti. Acik doakan agar percaturan politik PR untuk mejadikan DSAI MB Selangor menjadi realiti demi kebaikan rakyat Selangor sendiri khususnya dan semua yang tinggal di dalam negeri Selangor amnya. Dengan ini Acik dengan penuh semangat mengajak semua penyokong PR untuk mula memalu gendang perang demi menjamin kemenangan besar PR dalam PRK Kajang nanti. Allahuakabar !  Wallahualam.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

PRK Kajang # 002 Berjuang Bukan Kerana Nama dan Harta:   https://4uni2c.com/2014/02/08/pkr-kajang-002-berjuang-bukan-kerana-nama-dan-harta/

Lain-lain maklumat yang relevan:

Justifikasi YB Rafizi tentang perlunya PRK Kajang.   https://www.facebook.com/adhuhai/posts/739247882752434

Percaturan Lewat Kajang, pahit ditelan  http://m.malaysiakini.com/news/253175

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

@OPajar  # 14129

Salam dari State College # 002 Masa itu Emas

•2014-01-26 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (sp) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin sp anda)

Masa itu Emas

(Terbitan 2014.01.26)

20140103_095050

20140117_093317

Kata Mad Saleh, “ time and tide wait for no one”. Kata Mat Melayu, “masa itu emas”. Malah dalam Al Quran sendiri iaitu dalam surah 103 (Al Asy’), Allah menegaskan tentang kepentingan masa. Oleh itu tidak ada sesuatu yang lebih bernilai jika nak dibandingkan dengan masa. Tapi apakah kita semua pandai menghargai masa ? Termasuklah juga yang menulis PenCERAHan itu. Namun sama-samalah kita cuba agar kita termasuk ke dalam golongan yang pandai menghargai masa. Mudah-mudahan kita berjaya dunia akhirat.

Gambar sebuah bas yang Acik (Ayah/Abang+cik) muatnaikkan dalam PenCERAHan ini adalah saling tak tumpah dengan bas yang Acik naik kira-kira 30 tahun yang lalu. Berdasarkan ingatan Acik tidak ada perubahan ketara yang dilakukan terhadap identiti bas yang dimiliki oleh Pihak Berkuasa Tempatan itu, dari segi warna, logo dan kod laluan. Namun taklah bermakna yang beroperasi itu adalah mesin-mesin yang sama yang beroperasi ketika Acik berada di sini ketika itu. Dengan lain-lain perkataan, semuanya adalah bas-bas versi baru belaka, baik kulit maupun isinya. Lebih-lebih lagilah pemandunya. Mungkin tak ada seorang pun yang menjadi pemandu bas 30 tahun dahulu masih lagi memandu sekarang.

Sebenarnya Acik tidak langsung berminat nak belek atas bawah bas-bas tersebut untuk kaji keadaan fisikalnya, kemudian membandingkan dengan bas-bas 30 tahun dahulu. Tak payah banding pun dah boleh yakin bahawa bas-bas sekarang sudah tentu jauh lebih canggih dari yang 30 tahun dahulu. Cuma bentuk tayar dan steringnya saja masih kekal bulat dulu, kini dan selama-selamanya.

Apa yang membuatkan Acik tersangat kagum tentang bas tersebut ialah kualiti perkhidmatannya. Ia bukan kerana keselesaannya saja, malah yang sangat menakjubkan ialah ketepatan masa atau “ punctuality ”nya (ikut bahasa Mad Saleh). Jika nak dibandingkan dengan bas-bas di Malaysia tanah tumpah darahku, minta maaflah. Acik bukan berniat nak kondem, tapi realitinya ialah macam langit dengan bumi bezanya.

Apartment yang Acik sewa sekarang ni samalah dengan apartment yang Acik sewa 30 tahun dahulu. Cuma unitnya ataupun pintu masuknya saja yang berlainan. Pondok hentian bas betul-betul depan apartment ni, cuma di seberang jalan saja. Jadi, jika kita tahu bas nak sampai pukul 9:03 pagi, tak payahlah nak berebut-rebut untuk tunggu di pondok hentian sebelum pukul 9:00 pagi. Asal sampai saja pondok hentian bas tersebut hampir-hampir 9:03 pagi, akan nampaklah bas sedang mendekati kita. Tapi, jika lewat beberapa saat sekalipun, maka “tiada maaf bagimu” lah jawabnya. Sorry, tunggulah bas berikutnya. Tapi tak perlu tensyen sebab bas berikut akan tiba hanya beberapa minit kemudian (mengikut lokasi).

Jadual perjalanan bas boleh diambil di dalam bas secara percuma. Ia memuatkan jadual perjalanan bas ke semua destinasi yang mendapat perkhidmatan bas tersebut. Tak cukup dengan menyediakan jadual perjalanan dalam bentuk “hard copy” ini, pihak bas juga menyediakan maklumat perjalanan melalui internet. Pengguna “smartphone” yang melanggan talian internet bolehlah melihat di dalam skrin smartphone masing-masing di lokasi mana bas yang ditunggu sedang berada. Ini sangat membantu setiap penumpang bas merancang supaya masa yang beliau sampai ke tempat hentian bas ngam-ngam dengan masa bas tiba. Inilah yang diistilahkan sebagai, “JIT – just in time” dalam aspect pengurusan.

Perkhidmatan yang begitu sekali kualitinya tidak membuat penumpang kalut macam kita di Malaysia. Masing-masing bergerak ke tempat hentian bas dengan suasana yang cukup relex dan konfiden. Tak ada tensyen takut terlepas bas. Cuma jika nak pastikan akan mendapat tempat duduk di dalam bas nanti kenalah datang lebih awal dari orang lain dan terus beratur di tempat hentian bas. Perangai suka potong “Q” tidak rajin belaku. Kalau pun berlaku ia adalah merupakan kes-kes terpencil atau mungkin tanpa disengajakan.

Jika nak bincang fasal perkhidmatan bas-bas di Malaysia, macam tenggelam punca pula fikiran Acik. Tak tau pula secara khususnya di mana puncanya yang sebenar maka langsung tak boleh nak tiru (emulate) kualiti perkhidmatan bas di State College ini. Jika ditanya kepada taukeh bas, tentu taukeh kata pemandu tak cukup disiplin. Jika bertanya pula kepada pemandu, tentu pemandu kata jalan sesak tak menentu, bas buruk tak boleh pecutlah, malah seribu satu macam sebab. Akhir sekali, sama-sama tak buat apa-apa pun untuk menambahbaikkan mutu perkhidmatan. Penumpang yang tak puas hati, jangan komplen. Sejajar dengan nasihat, “jika tak puas hati dengan harga ayam, jangan makan ayam”. Tak puas hati dengan perkhimatan bas, jangan naik bas. Senang cerita kan ?

Jika bas-bas di Malaysia tak upaya nak patuhi jadual ketibaan/bertolak Acik kira agak munasabah juga. Tapi yang Acik sangat tak boleh terima ialah jika keretapi atau komuter tidak tepat masa. Kesesakan jalan raya adalah satu finomena yang semua orang boleh faham. Tapi apa alasan bagi keretapi dan komuter ? Tak kan di atas landasan keretapi pun berlaku kesesakan kut.

Sebenarnya Acik pernah berpengalaman tinggal di kampung pendalaman. Nama kempung tersebut ialah Kemubu. Ia teletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Kerai. Jarak perjalanan kereta dari kampung Kemubu ke bandar Kuala Kerai ialah kira-kira 90 km. Sebelum Acik pindah ke sana jalan tar ke kampung tersebut belum siap. Keretapilah satu-satunya kenderaan utama bagi penduduk kampung tersebut. Orang-orang nak keluar ke bandar terpaksalah naik keretapi. Malah kanak-kanak sekolah pun terpaksa bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan keretapi untuk ke sekolah dan balik dari sekolah tiap-tiap hari.

Kualiti perkhidmatan yang dipamirkan langsung tidak boleh dijadikan tauladan. Yang lebih dikesali ialah kerana ia mencemarkan lagi nama bangsuku “Melayu”. Lebih baik jangan ada perkataan “Melayu” pada nama agensi kerajaan yang mengoperasikan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Misalnya daripada Keretapi Tanah Melayu (KTM) tukarkan sahaja kepada Keretapi Tanah Air atau seumpamanya.

Yang peliknya, masa perkhidmatan KTM itu diuruskan oleh Mad Saleh, boleh pula ianya mengikut jadual yang ditetapkan. Tapi bila Mat Melayu mengambil alih pengurusannya, ia ibarat keretapi jalan ke belakang pula. Kononnya, orang-orang asli dalam hutan pun dapat mengunakan jadual keretapi lalu (era Mad Saleh dulu) sebagai rujukan masa untuk membangunkan anak-anak mereka. Tapi selepas Mat Melayu ambil alih pengurusan KTM, orang-orang asli pun jadi pening. Apa tidaknya, semalam anaknya sampai sekolah tepat jam 7.30 padi, tapi hari ini mereka sampai sekolah jam 9.30 pagi. Rupa-rupanya keretapi yang lalu berhampiran kampung mereka terlewat sampai dua jam pada hari ini.

Itu sebabnya semasa Acik tinggal di kampung berkenaan, orang kampung kata makna “KTM” ialah Kereta Tak tentu Masa. Bagus juga gelaran tersebut. Kerana tak disebut perkataan Melayu, maka maruah bangsaku dapatlah diselamatkan walaupun sedikit. Sebenarnya ketidak tentuan masa oleh KTM memberi banyak implikasi negatif kepada rakyat jelata di pendalaman. Contohnya, seorang anak kampung di kampung yang Acik tinggal itu dipanggil temuduga di bandar Kota Bharu. Beliau bergantung penuh dengan perkhidmatan keretapi. Malangnya oleh sebab keretapi tak ikut jadual maka beliau ketinggalan dari sessi temuduga pagi berkenaan. Sedangkan ikut jadual rasmi keretapi yang dinaikinya itu akan sampai setengah jam sebelum temuduganya bermula.

Oleh sebab keretapi lalu tak tentu masa, maka landasan keretapi menjadi kurang selamat untuk dilintasi. Agaknya itulah sebabnya maka diwujudkan satu akta dimana melintasi landasan keretapi adalah salah di sisi undang-undang. Oleh sebab itu lintasan rata yang baru tidak lagi dibina di mana-mana kampung dan Bandar. Akibatnya penduduk kampung yang terletak di kiri dan kanan landasan keretapi tidak dapat berulang alik antara dua kampung tersebut dengan bebas. Mau tak mahu, mereka terpaksa juga melanggar undang-undang jika hendak ke kampung sebelah.

Sekadar berjalan kaki boleh tahan lagi. Tetapi jika kena bawa barang-barang berat untuk tujuan pembinaan dan seumpamanya, maka ia akan menjadi masaalah besar. Itu sebabnya tanah yang diseberang landasan keretapi rendah nilainya berbanding dengan tanah yang tidak dihalang oleh landasan keretapi. Jika perjalanan keretapi mengikut jadual yang ditetapkan, tentulah lintasan rata tidak mendatangkan bahaya kerana mudah dikawal. Bukan saja lintasan rata tidak menjadi bahaya malah jambatan keretapi pun boleh dimunfaatkan oleh kenderaan-kenderaan jalan raya yang lain.

Semasa tinggal di kampung Kemubu dulu Acik pernah pergi panjat pejabat Pengurus Bersar KTM di Kuala Lumpur. Acik mohon terus dengan beliau agar lintasan rata dibina untuk membolehkan penduduk kampung Kemubu masuk ke kampung bersama-sama kereta mereka sepanjang tahun. Sejak sekian lama penduduk-penduduk kampung Kemubu terpaksa menggunakan laluan di bawah jambatan keretapi untuk masuk ke kampung mereka. Bila musim banjir laluan tersebut ditutupi air sungai. Jadi masing-masing terpaksa meninggalkan kereta di seberang landasan keretapi. Mujur juga mereka dibenarkan melintasi landasan dengan berjalan kaki ataupun bermotorsikal. Jika tidak, kena berkemahlah di luar kampung hingga banjir surut.

Kalau pengangkutan awam yang tak terlibat langsung dengan kesesakan jalan pun tidak mampu mematuhi jadual perjalanan yang ditetapkan, apa lagi kenderaan awam bandar-bandar. Lebih-lebih lagi di Lembah Klang dimana terletaknya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Kelang. Beberapa tahun berpengalaman sebagai penumpang tegar bas di Kuala Lumpur, membuat Acik tak lupa tensyen ketika menunggu bas dulu.

Kalau nak ikut kan, jarak dari rumah Acik di Kampung Melayu Ampang dengan pejabat LPKM ketika itu tak sampai pun 5 kilo meter. Tapi menunggu bas untuk ke pejabat agak menjemukan. Mula-mula sedap saja naik bas. Bas bukan saja mudah dapat, malah tiap-tiap kali naik bas ada saja tempat duduk yang kosong. Bolehlah duduk dan membaca apa-apa buku sementara sampai ke pejabat. Bawa beg bimbit pun tidak jadi masalah.

Selang beberapa bulan kemudian, masih mudah dapat bas lagi. Malangnya setiap kali naik bas tiada lagi tempat duduk yang masih kosong. Terpaksalah berdiri sepanjang perjalanan. Sebelah tangan berpaut pada besi pemegang supaya tidak terbalik. Sebelah tangan lagi memegang beg jinjit. Jadi tak bolehlah lagi nak pegang buku untuk dibaca semasa dalam bas. Supaya dapat terus membaca maka Acik tukar beg jinjit kepada beg galas. Jadi tangan yang dulunya digunakan untuk memegang beg bimbit bolehlah digunakan pula untuk memegang buku yang dibaca.

Masa membaca sambil duduk dulu tak banyak muka surat yang sempat dibaca bila bas dah sampai depan pejabat. Tetapi bila membaca sambil berdiri, banyak pula muka surat yang dapat dihabiskan. Maknanya, perjalanan mulai mengambil masa lebih lama dari dahulu. Namun ia bukan satu masalah bagi Acik. Malah rasa lebih seronok pula sebab dapat membaca lebih lama.

Tak beberapa lama kemudian, bukan saja naik bas tak dapat duduk malah bas yang ditahan pun belum tentu akan berhenti. Macam mana nak berhenti lagi kalau dalamnya dah padat macam sardin dalam tin. Mau tak mau terpaksa bersabarlah menunggu bas berikutnya. Bila dapat menaiki bas berikutnya rasa jemu pula membaca. Bukan apa, rupa-rupanya sebab masa diatas bas dah jadi terlalu lama. Bas yang lewat dinaiki biasanya terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang lebih serious.

Bila melihat pemandu kereta di atas jalan relex saja memegang stering, sekali sekala teringin juga nak memandu ke pejabat. Jika memandu kereta sendiri ke pejabat, sekurang-kurangnya boleh juga duduk sambil mendengar ceramah agama dari radio atau perakam suara. Selain Acik pasti ramai lagi kepala-kepala yang di atas bas yang berfikiran sama dengan Acik. Sebenarnya apa yang difikirkan itu akan menambahkan lagi bilangan kereta di atas jalan raya. Ini akan turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya yang lebih buruk lagi. Tetapi berapa orang yang sedari akan implikasi ini.

Jika Acik mampu membeli sebuah kereta lagi ketika itu, mungkin Acik dah beli. Malangnya status kewangan belum lagi melayakkan Acik dan keluarga memiliki kereta kedua khusus untuk Acik memandu ke pejabat. Sedangkan kereta pertama diguna oleh isteri Acik bagi membawa dirinya serta anak-anak ke sekolah tiap-tiap hari. Akhirnya Acik memilih jalan tengah iaitu sekadar membeli sebuah motorsikal terpakai. Kebetulan, waktu keperluan kepada motorsikal itu timbul, seorang pembantu am pejabat Acik kerja sedang mencari pembeli untuk motorsikalnya. Beliau ingin membeli motorsikal baru yang diminatinya.

Dengan meminjam dari Koperasi Muslimin Berhad, dapatlah Acik membeli motor itu dari pembantu am berkenaan. Alhamdulillah, masalah Acik untuk ke tempat kerja telah dapat di atasi. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang lain, yang masih menaiki bas ke tempat kerja? Lebih-lebih lagi kaum wanita yang jarang memiliki lessen menunggang motor macam Acik. Mau tak mau bila mampu, terpaksa juga membeli kereta untuk pergi ke tempat kerja. Lebih ramai membeli kereta maka lebih banyak kereta di atas jalan. Maka akan menambah burukkan lagi kesesakan. Bila kesesakan bertambah buruk, akan bertambah ramai lagi mereka yang berdiri di atas bas akan bercita-cita untuk membeli kereta untuk ke tempat kerja masing-masing. Dan seterusnya akan menambah burukkan lagi kesesakan jalan raya.

Acik percaya kesesakan jalan raya tidak akan dapat diatasi kecuali dengan mewujudkan sistem pengangkutan awam yang efisyen dan boleh diharap (reliable). Sistem pengangkutan awam yang Acik maksudkan ialah yang mampu membawa penumpang A hingga Z ke destinasi yang dituju dengan lebih cepat dan murah dari memandu sendiri. Jika ini dapat diwujudkan, ramai penghuni kota akan beralih dari memandu kereta sendiri kepada menaiki kenderaan awam terutama bas. Bayangkan satu scenario di mana yang berada di atas jalan raya hanyalah kenderaan awam (bas dan teksi) saja kecuali beberapa buah kereta persendirian saja. Nescaya bas akan dapat bergerak dengan lancar dan akan dapat sampai ke destinasinya dengan cepat seperti dijadualkan. Bagi menjadikan scenario ini satu realiti bukanlah sesuatu yang mustahil. Kata Mad Saleh, “if there is will, there is way”. Kata Mat Melayu pula, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Sebenarnya kenderaan itu bukanlah suatu matlamat. Yang menjadi matlamat ialah sampai ke sesuatu destinasi yang dituju. Kenderaan hanyalah alat dan kaedah untuk mencapai matlamat. Oleh itu, bagi seorang yang rasional, ia akan memilih kenderaan awam sekiranya ia dapat sampai ke destinasi yang dituju dengan lebih cepat dan murah dengan menaiki kenderaan awam. Di negara-negara maju terdapat ramai orang-orang rasional. Oleh itu mereka tak memiliki kereta yang lebih dari keperluan hidup.

Sebuah keluarga yang Acik kenal di Scotland hanya memiliki sebuah kereta. Pada hal anggota keluarga tersebut terdiri dari graduan-graduan universiti. Malah ketua keluarga tersebut dan juga isteri beliau mempunyai kelulusan PhD. Kereta itu digunakan ketika benar-benar perlu saja bukan untuk berulang alik ke tempat kerja macam kita di Malaysia. Negara mereka telah mengutamakan pembangunan pengangkutan awam yang efisyen sejak sekian lama lagi. Oleh itu tidak timbul keperluan mendesak kepada rakyat jelata untuk membeli kenderaan sendiri.

Yang Berbahagia Tun Abdullah Ahmad (Paklah) pernah mengistiharkan budget beberapa billion untuk membaiki perkhidmatan pengangkutan awam semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia dahulu. Kononnya dengan menyediakan pengangkutan awam yang efisyen dan boleh diharap (reliable), tidak ada sebab lagi kenapa rakyat masih perlu memandu ke tempat kerja. Bila bilangan kereta-kereta persendirian tidak lagi banyak di atas jalan, maka jumlah minyak yang dibeli rakyat akan turut kurang.

Setiap litter petrol yang berjaya dijimatkan bermakna beban subsidi yang ditanggung kerajaan akan berkurang. Kononnya jumlah subsidi yang dapat dijimatkan itu akan mencecah beberapa billion ringgit setiap tahun. Jumlah ini adalah tersangat besar. Oleh itu menjadi sangat berbaloi bagi kerajaan melabur dalam industri pengangkutan awam demi menjimatkan beban subsidi yang kini ditanggung kerajaan.

Justifikasi yang diberi itu nampaknya masuk akal. Akan tetapi adakah subsidi yang dicanangkan oleh kerajaan BN itu benar-benar subsidi. Ataupun ia hanya serupa dengan subsidi atas nasi lemak yang dinikmati oleh penduduk Pulau Mudah Lupa. (PenCERAHan: https://4uni2c.com/2013/06/02/cerekana-13602-strategi-nasi-lemak/)

Berbalik kepada perkhidmatan bas CATA di State College yang sangat cekap dan menepati masa itu, Acik ingin menyeru semua rakyat Malaysia agak mengambilnya sebagai iktibar. Biarlah ianya menjadi sebuah ikon untuk diteladani oleh semua rakyat jelata di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya. Bukan saja menjadi tauladan bagi semua yang terlibat dalam industri pengangkutan saja, malah kepada pemain-pemain industri lain juga. Apa yang penting ialah menepati masa.

Tidak harus ketinggalan ialah pelajar-pelajar di semua peringkat. Masing-masing wajar belajar dan melatihkan diri untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab tepat dalam masa yang ditetapkan oleh pensyarah masing-masing. Lebih-lebih lagi menunaikan kewajipan yang difardukan Allah iaitu solat wajib 5 kali sehari. Seboleh-bolehnya biar di awal waktu dan secara berjemaah. Mudah-mudahan masing-masing akan dapat menempah kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup di dunia sementara ini, maupun di alam akhirat yang tidak penghujungnya itu. Insya Allah. Sejajar dengan madah pujangga, “halia tanam-tanaman, ke barat juga bakal condongnya; dunia tumpang-tumpangan, akhiratlah jua kekal kamponynya”. Wallahualam.
Lain-lain PenCERAHan yang relevan:
Salam Dari State College Pa, USA # 001 https://4uni2c.com/2014/01/22/4uni2c-14122-salam-dari-state-college-pa-usa/
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK : http://www.4uni2c.com

@OPajar #14125

Salam Dari State College PA, USA # 001

•2014-01-22 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

( Pengguna smartphone (sp) sila guna borang SEARCH di sudut atas-kanan skrin sp anda)

Salam dari State College PA, USA.

(Terbitan 2014.01.22)

20140112_153002

20140110_125458

Yang kiri (sp: atas) tu ialah Bangunan The Old Main.

Yang kanan (sp: bawah) ialah Masjid State College PA, USA

Bangunan The Old Main: Bangunan ini telah dibina pada tahun 1857-63. Kemudian telah dibina semula (rebuilt) pada tahun 1929-30. Kononnya ia asalnya sebuah gereja. Tetapi telah dijadikan bangunan pentadbiran Penn State University.

Masjid State College PA, USA: Setakat yang Acik maklum masjid ini asalnya sebuah gereja. Ia dibeli oleh masyarakat Islam State College dengan harga antara USD190 ribu dan USD200 ribu. Masjid ini terletak di dalam sebuah perkampungan yang tidak berapa jauh dari kampus PSU. Ia merupakan bangunan dua tingkat. Tingkat bawah bagi muslimat, manakala tingkat atas bagi muslimin.

Masjid ini ditadbir oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik melalui undian oleh anak-anak khariah (Muslim) tempatan. Solat Jumaat diadakan di masjid ini setiap minggu walaupun solat Jumaat juga diadakan disebuah dewan di dalam kampus PSU. Setiap tahun dalam bulan Ramadhan masjid ini mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari dan solat terawih berjemaah.

Masjid ini bolehlah dianggap sebagai manifestasi perkembangan positif yang telah belaku terhadap masyarakat Islam State College sejak Acik meninggalkan tempat ini 30 tahun dahulu. Memang pun pada masa Acik berada di sini ketika itu usaha telahpun dimulakan untuk mewujudkan sebuah masjid di State College. Kata peribahasa Mad Saleh, “Rome was not built within one day”. Kata peribahasa Cina pula, “perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah”. Manakala kata peribahasa Mat Melayu, “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit” dan “jika tidak pecahkan riong, manakan dapat sagunya”

Marilah sama-sama kita doakan agar Islam akan terus berkembang dan masyarakat Islam State College ini akan terus maju dengan wujudnya sebuah masjid di “borough” State College ini. Allahuakbar !

Wallahualam.

@OPajar # 14122

Lain-lain PenCERAHan yang berkaitan:

Kebetulan #14105 Belajar Di Universiti Yang Sama https://4uni2c.com/2014/01/05/kebetulan-14105-belajar-di-universiti-yang-sama/
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com

Ahmad’s SAGA #029 Tahniah Untuk Ahmad

•2014-01-18 • Leave a Comment

2014 Jan 18

.

..

🇲🇾 Berita bahawa Ahmad telah berjaya lulus dalam pembentangan thesisnya bagi mencapai ijazah Sarjana (Sains Pengurusan Kontrak) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sampai ke pengetahuan Acik (Ayah/Abang+cik) pada 2014 Jan 07. Masa tu Acik dan isteri sedang berada di State College, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Kami ke State College bagi menemani adik bongsu Ahmad bagi mendaftarkan diri di Pennsylvania State University (PSU). Kebetulan Acik pun pernah belajar di universiti tersebut kira-kira 30 tahun dahulu. Jadi, disamping menemani adik Ahmad itu, bolehlah kami mengembalikan ingatan manis kami dahulu. Kata Mad Saleh, “killing two birds with one stone” dan kata Mat Melayu pula, “sambil menyelam minum air”.

Ini satu nostalgia buat Acik dan isteri. Peristiwa yang tak pernah termimpi akan menjadi realiti. Kata orang “tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain / menuntut”. Ini Kerja Allah yang amat berkesan di hati Acik, masya Allah!
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah buat Ahmad !

Ahmad merupakan anak Acik yang kelima kami dari 10 orang adik beradik. Sebelum Ahmad, anak Acik yang pertama dan yang kedua telah dahulu mendapat ijazah Sarjana. Jadi Ahmad merupakan anak Acik yang ketiga berjaya mencapai ijazah Sarjana.

Acik percaya Ahmad masih mampu meneruskan lagi pembelajarannya ke tahap yang lebih tinggi. Jika pun beliau tak mungkin dapat menjadi doktor (perubatan) seperti kakaknya, tak mustahil beliau akan berjaya menjadi doktor fasafah (PhD) satu hari nanti, insya Allah.

Sepatutnya Ahmad telah pun mendapat ijazah Sarjana tahun lepas lagi. Malangnya kes dimana beliau didakwa kerana dituduh menghina sultan Johor dalam laman Facebook dahulu, telah menjejaskan pembelajaran beliau. Turut terjejas akibat kes tersebut ialah kakaknya (Asiah) yang sedang mengikuti kursus LLB di UiTM Shah Alam.

Justeru itu pada awal tahun 2014 barulah Ahmad akhirnya dapat menyiapkan thesis sarjananya. Walaupun lewat, namun kata Mad Saleh, “better late than never”. Harap-harap kakak Ahmad yang baru selesai peperiksaan LLBnya itu pun telah menyempurnakan segala keperluan kursus tersebut dengan jayanya.

Mengimbau kembali sejarah hidup Ahmad, Acik rasa Ahmad adalah seorang anak yang rajin dan tabah. Walaupun beliau tidak berjaya mendapat semua A bagi UPSR seperti kesemua abang-abang dan kakak-kakaknya, namun beliau turut berjaya menempah tempat belajar di sekolah yang lebih sohor dan popular dari kebanyakan sekolah lain. Sekolah yang Acik maksudkan itu ialah Maahad Muhammadi Lelaki, Pengkalan Chepa, Kelantan. Turut dapat masuk ke sekolah tesebut ialah adik kembarnya yang juga mendapat 4A 1B dalam UPSR seperti Ahmad.

Semasa belajar di sekolah tersebut, Acik dan keluarga telah berpindah balik ke Pulau Pinang kerana Acik ditukarkan bertugas ke sana. Ahmad dan adik kembarnya (Ali) terpaksalah terus tinggal di Kota Bharu Kelantan. Mula-mula mereka cuba juga tinggal di asrama, namun tidak beberapa bulan kemudian mereka pulang tinggal di rumah Acik di Kubang Kerian. Rumah tersebut telah Acik beli dengan pinjaman perumahan kerajaan, sebelum ditukarkan tempat bertugas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Dari Kubang Kerian mereka dua beradik berulang alik ke sekolah dengan berbasikal. Sebagai ibu bapa, Acik dan isteri rasa agak kesal juga kerana tidak dapat memberi perhatian yang cukup kepada Ahmad dan kembarnya itu ketika mereka akan menghadapi PMR. Akibatnya keputusan PMR mereka sekadar memuaskan saja. Sedangkan keempat-empat saudara kandungnya berjaya mencapai semua A dalam PMR masing-masing.

Selepas PMR, Ahmad berhijrah ke Sekolah Menengah Teknik, Pengkalan Chepa manakala adik kembarnya balik bersekolah di Pulau Pinang. Semasa di tingkatan lima Ahmad dengan inisiatif sendiri telah belajar memandu kereta. Sedangkan saudara-saudaranya yang lebih tua darinya hanya dapat memiliki lessen memandu setelah dapat masuk universiti ataupun sesudah bekerja.

Pada mulanya Acik rasa belum ada keperluan baginya untuk memiliki lesen memandu. Tetapi selepas beliau terlibat dengan satu kemalangan jalan raya, barulah Acik sedar bahawa tindakan Ahmad itu sangat bermakna dan proaktif.

Suatu hari (tengah hari) ketika Ahmad sedang menunggang motorsikal di hadapan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian Satu, beliau dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Mercedez. Jika melihat kerosakan motor yang Ahmad tunggangi itu, tiada siapa akan sangka bahawa Ahmad terselamat. Beliau hanya tercampak ke tepi jalan tetapi sekadar mengalami luka-luka ringan sahaja. Namun kemalangan tersebut telah membuat Ahmad mengalami phobia menunggang motorsikal.

Sejak dari itu beliau tidak berani lagi menunggang motorsikal.Mujur juga Ahmad lulus lesen memandu kereta. Dengan adanya lessen kereta itu, maka dapatlah beliau berulang alik antara rumah Acik di Kubang Kerian dengan sekolahnya dengan mamandu. Kebetulan kereta Opel Rekod Acik yang buruk itu masih boleh berfungsi. Jadi dapatlah Ahmad menggunanya sehingga beliau habis peperiksaan SPMnya di Sekolah Menengah Teknik, Pengkalan Chepa.

Walaupun peristiwa kemalangan tersebut telah lama berlalu, ada sebabnya mengapa peristiwa tersebut susah nak dilupakan. Bagi Ahmad peristiwa tersebut adalah ibarat “sudah jatuh ditimpa tangga”. Dahlah motorsikal yang ditungganginya itu rosak teruk, dia diminta pula membayar RM500 oleh tuan kereta Mercedez yang melanggarnya itu. Cermin depan kereta tersebut telah pecah kerana terantuk helmet Ahmad. Oleh itu ia perlu diganti dengan harga yang mahal. Maklumlah, Mercedez.

Walaupun Ahmad dilanggarnya dari belakang, Ahmad dianggapnya bersalah. Walaupun kereta tersebut dipandu dengan laju di hadapan sebuah sekolah dimana had lajunya hanyalah 30 km/jam, Ahmad tetap juga dikira bersalah. Ahmad dikira bersalah ialah kerana beliau belum memiliki lesen menunggang motorsikal. Lesen memandu yang Ahmad miliki ketika kemalangan tersebut berlaku hanya bagi memandu kereta sahaja. Ia tidak termasuk menunggang motorsikal.

Lalu tuanpunya kereta tersebut menakutkan Ahmad, kononnya jika kes kemalangan tersebut dilaporkan ke balai polis Ahmad pasti didenda atas kesalahan menunggang tanpa lessen yang sah. Silap-silap hari bulan, lessen memandunya juga akan dihitamkan.

Ahmad menjadi bimbang. Jika melibatkan pihak Polis mungkin lessen memandunya yang baru lulus itu dihitamkan sepertimana kata tuanpunya Mercedez tersebut. Oleh itu Ahmad pun bersetuju untuk membayar ganti rugi RM500 kepada tuanpunya Mercedez berkenaan agar beliau tidak melaporkan kemalangan tersebut kepada pihak Polis.

Namun bagi Acik, elok juga perkara itu tidak dilaporkan kepada pihak Polis. Acik lebih pentingkan nama baik PAS. Imej PAS pasti terjejas jika berita itu dieksploitasikan oleh BN.

Yang membuat Ahmad amat terkilan ialah kerana tuanpunya Mercedez tersebut adalah seorang ADUN dari parti yang mendakwa memperjuangkan Islam. Manakala yang memandu kereta tersebut bukan ADUN itu sendiri, tetapi menantu lelaki beliau. Khabarnya, menantu itulah yang sering memenafaatkan kereta rasmi tersebut. ADUN tersebut jarang menggunanya.

Mungkin beliau lebih selesa menggunakan Mercedez miliknya sendiri kerana ianya lebih baru dari Mercedez milik kerajaan. Semua yang dialami oleh Ahmad dalam hidupnya tentu akan menjadi input yang akan membentuk persepsinya terhadap perbagai perkara. Persepsinya terhadap alam sekelilingnya. Persepsinya terhadap individu yang pernah berjasa kepadanya. Begitu juga persepsi terhadap pihak yang pernah menzaliminya. Lebih-lebih lagi jika pihak yang menzaliminya itu merupakan individu yang dianggap berkuasa dalam masyarakat dan kerajaan.

Selepas mendapat keputusan SPM Ahmad ditawarkan tempat di Politeknik Kota Bharu untuk kursus diploma. Setelah melaporkan diri di politeknik tersebut, selang beberapa hari kemudian beliau mendapat pula tawaran dari UiTM untuk mengikuti kursus Diploma Sains Geomatik di UiTM cawangan Kangar, Perlis. Walaupun agak enggan menerima tawaran kedua itu, beliau akhirnya bersetuju bertukar ke UiTM tersebut setelah dinasihati Acik dan arwah Pak Longnya (abang sulung Acik).

Dari cawangan tersebut Ahmad kemudiannya berpindah pula ke kampus induk di Shah Alam. Khabarnya Ahmad telah mengalami masaalah dalam pembelajarannya semasa mengikuti kursus diploma berkenaan. Beliau terpaksa mengulangi peperiksaan dan menambah semesta. Bantuan dari PTPTN telah tammat. Oleh itu Ahmad terpaksa belajar sambil membuat kerja-kerja sambilan bagi mendapat wang untuk membiaya yuran pengajian dan saraan hidupnya.

Kononnya Ahmad pernah membuat dua kerja sambilan dalam satu hari. Pada siangnya menjaga kedai buku. Manakala pada malamnya menjadi jaga bagi sebuah syarikat kontrak binaan.Acik sebenarnya tidak tahu menahu pun tentang masalah yang Ahmad sedang alami ketika itu kerana tidak dimaklumkan. Bagi Acik, “no news is good news”. Oleh itu Acik langsung tidak menambah peruntukan kewangan bulanan kepada Ahmad.

Jika sekiranya Acik tahu sudah tentu Acik usahakan juga agar keperluan hidup Ahmad sebagai seorang pelajar UiTM tidak terabai. Biar pun terpaksa “bergadai golok” sekalipun. Apa yang Acik sangka ialah Ahmad melakukan kerja-kerja sambilan tersebut hanyalah sekadar untuk mengisi masa lapangnya atau menambah pendapatan saja.

Tak terlintas langsung dalam fikiran Acik bahawa Ahmad membuat kerja sambilan itu adalah kerana terpaksa. Hanya selepas Ahmad berjaya mendapat diploma barulah Acik dimaklumkan tentang objektif sebenar Ahmad membuat kerja-kerja sambilan dahulu.

Ujian ke atas diri Ahmad tak terhenti setakat itu saja. Selepas berjaya mendapat Diploma Sains Geomatik, Ahmad ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda pula. Ketika itu dua dari empat saudara kandungnya yang lebih tua dari beliau telah memiliki ijazah Sarjana Muda. Seorang lagi masih mengejar Ijazah Sains Perubatan. Adik-adiknya pula sedang menunjukkan potensi masing-masing sebagai bakal pemegang ijazah.

Kerana itu agaknya maka Ahmad mengabil langkah proaktif. Beliau tidak mau ketinggalan daripada saudara-saudara kandungnya yang lain dalam bidang akademik . Itu sebabnya beliau beria-ia sangat untuk meneruskan pelajarannya ke peringkat ijazah sarjana muda.

Untuk mendapatkan tempat belajar di peringkat ijazah bukan mudah buat Ahmad. Maklumlah beliau merupakan bekas pelajar yang pernah mengulang satu semesta. Keputusan diplomanya pun tidak sampai 3.0 dari segi CGPA. Mahu tak mahu Ahmad terpaksa bersusah payah memohon dan merayu untuk mendapat tempat bagi kursus peringkat ijazah.

Khabarnya, Ahmad telah mengambil inisiatif berjumpa sendiri dengan beberapa orang pensyarah UiTM, samada untuk mendapat nasihat ataupun merayu. Usahanya itu tidak sesia. Akhirnya beliau berjaya. Ahmad telah berjaya mendapat tempat bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur Bahan (Quatity Surveyor) di UiTM, Shah Alam.

Semasa mengikuti kursus peringkat ijazah, pencapaian akedemik Ahmad meningkat berbanding dengan ketika mengikuti kursus tahap diploma dahulu. Sebelum tammat kursus ijazah lagi Ahmad telah menerima tawaran kerja dari firma binaan. Jadi sebaik saja tammat kursus Ijazah Sarjana Muda (Sains Ukur Bahan –Quantity Surveyor) Ahmad terus memasuki alam pekerjaan. Padahal keputusan peperiksaan akhirnya bagi kursus ijazah tersebut belum lagi diistiharkan.

Bila keputusan peperiksaan akhir Ahmad diistiharkan terbukti beliau berjaya dengan CGPA melepasi 3.0. Dengan keputusan tersebut Ahmad tidaklah ketinggalan berbanding dengan saudara-saudara kandungnya yang lain yang telah pun memiliki ijazah sarjana muda masing-masing.

Selepas mendapat Ijazah Sarjana Muda, Ahmad menerima tawaran kerja daripada beberapa syarikat pembinanaan. Sebuah syarikat bercadang menghantarya berkhidmat ke luar negara. Namun Ahmad menolak tawaran kerja dari syarikat tersebut. Sebaliknya beliau memilih untuk berkhidmat dalam negara.

Rupa-rupanya Ahmad bercita-cita untuk meneruskan pelajarannya ke peringkat Ijazah Sarjana pula. Ahmad telah berjaya mendaftarkan dirinya dengan UTM (Universiti Teknologi Malaysia) untuk mengikuti kursus lepasan ijazah iaitu Sarjana Sains Pengurusan Kontrak.

Perjuangan Ahmad dalam bidang akademik kali ini lebih mencabar. Bagi peringkat diploma dan ijazah pertama beliau belajar secara sepenuh masa. Tetapi bagi peringkat lepasan ijazah ini beliau terpaksa belajar secara sambilan. Ini kerana beliau terpaksa bekerja sepenuh masa bagi menjana pendapatan.

Tabung PTPN hanya sekadar membantu beliau untuk membayar yuran pengajian saja. Tetapi untuk saraan hidupnya beliau terpaksa berdikari sepenuhnya. Ahmad tidak mau lagi menerima bantuan bulanan dari Acik sepertimana ketika beliau sedang membuat diploma dan ijazah dahulu. Pendapatan dari gaji bulanannya dibelanja dengan baik.

Masanya juga diisi dengan aktiviti yang menjana ilmu dan menjaga kesihatan fisikal. Menjelang beliau menamatkan pembelajarannya di peringkat Sajana (master degree) itu, Ahmad telah berkahwin dengan seorang penuntut kursus undang-undang di UiTM Shah Alam. Beliau adalah rakan sekursus dengan kakak nya Asiah. Perkahwinan itu diatur oleh famili.

Majlis perkahwinan dilaksanakan dengan rengkas atas kehendak Ahmad sendiri. Majlis kenduri kahwin hanya dibuat oleh pihak perempuan sahaja. Sebelah pihak Ahmad, majlis ditangguhkan sehingga dimaklumkan nanti.

Ujian paling getir dalam hidup Ahmad ialah apabila beliau ditangkap dan diiringi oleh beberapa penjawat awam ke Balai Polis Johor Bahru atas tuduhan menghina sultan Johor. Dakwaan terhadap Ahmad telah menjejaskan perjuangan akademiknya.

Penulisan thesis bagi melayakkan beliau mendapat ijazah sarjana telah tergendala. Duit dan masa terpaksa dikorbankan bagi menghadapi proses pengadilan. Akhirnya Ahmad dihukum denda RM20 ribu setelah pihak pendakwa berjaya mensabitkan beliau dengan kesalahan menghina sultan Johor itu.

Namun bagi Ahmad itu bukan satu pukulan maut terhadap dirinya untuk terus maju dalam hidup. Beliau tetap tidak anggap dirinya bersalah walaupun dihukum oleh mahkamah sesyen sebagai pesalah. Sebaliknya beliau masih mempertahankan bahawa beliau adalah mangsa kepada sistem yang korap.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh Acik ceritakan tentang diri Ahmad. Namun biarlah sekadar itu saja. Cuma apa yang hendak Acik tekankan di sini ialah segala yang pernah dialami Ahmad akan menjadi input yang sangat dominan bagi membetuk persepsi beliau.

Pengalamannya dipaksa membayar RM500 oleh seorang ADUN setelah beliau dilanggari dengan kereta mewah YB berkenaan, pasti telah memberi persepsi yang sangat buruk terhadap ADUN berkenaan, malah terhadap YB-YB yang lain. Kemudian hukuman denda RM20 ribu terhadap beliau atas dakwaan menghina sultan, juga pasti memberi pesepsi yang sangat negatif buat beliau terhadap institusi istana dan kerajaan.

Sesiapa pun juga yang berada di dalam kasut Ahmad akan merasa bahawa pemegang kuasa rata-rata tidak boleh dipercayai. Masing-masing akan menggunakan kuasanya bukan demi keadilan dan kebajikan rakyat yang lemah. Sebaliknya untuk kepentingan diri sendiri, walaupun dengan melakukan penindasan dan kezaliman ke atas mereka.

Semoga keadaan demikian akan berubah supaya persepsi individu seperti Ahmad terhadap pihak-pihak berkenaan akan turut berubah. Berubah dari persepsi negatif menjadi positif. Dan Ahmadlah orangnya yang akan menjadi pemangkin (catalyst) terhadap perubahan tersebut.

Wallahualam 🌹

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Ahmad’s SAGA #028 Berbaloikah Ahmad Merayu ? https://4uni2c.com/2013/11/04/ahmads-saga-028-berbaloikah-ahmad-merayu/

Ahmad’s SAGA: Kini bergelar doktor https://4uni2c.com/2019/09/24/ahmads-saga-kini-bergelar-doktor/
Ahmad’s SAGA # INDEX http://www.4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

CEREKANA # 14107 Mati Terlekat Susu

•2014-01-08 • Leave a Comment

***Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Mati Terlekat Susu

Di sebuah kampung ada seorang mualaf  OKU yang buta sejak lahir. Beliau dipanggil Zhul iaitu panggilan rengkas daripada nama penuhnya Zhulhan bin Abdullah. Satu hari Zhul sedang berada bersama dua orang rakannya, Amin dan Bidin. Zhul sedang mendengar rakan-rakannya itu berbual. Mereka berdua itu sedang mempertikaikan kredibiliti taska tempat mereka menghantar anak masing-masing. Mereka meninggalkan anak-anak mereka di taska tersebut sepanjang masa mereka berada di tempat kerja. Yang membimbangkan mereka ialah kerana baru-baru ini satu peristiwa buruk telah berlaku di taska tersebut dimana seorang bayi telah mati akibat tersedak susu.

Zhul pun mencelah perbualan mereka dengan suatu pertanyaan, “susu itu apa ya ?”. Soalan itu agak bodoh bagi Amin dan Bidin. Tetapi oleh sebab Zhul bukan Melayu maka soalan tersebut terpaksalah dilayan juga.  Maka jawab Amin kepada Si Zhul, “susu itu adalah benda putih yang disuap ke dalam mulut bayi yang mati itu”.  Si Zhul masih terpinga-pinga tidak faham.

Beliau juga tidak faham apa yang dimaksudkan dengan “putih”.  Namun beliau sangat malu nak bertanya apa-apa lagi kepada Amin sebab takut dia dianggap bodoh. Cuma beliau dapat mengagak bahawa “susu” yang diberi kepada bayi yang mati itu adalah sejenis makanan.

Kemudian Zhul beralih pula kepada Bidin dan bertanya beliau tentang makna “tersedak”. Bidin dengan rengkas menjawab, “tersedak maknanya terlekat ditekak dan tak dapat ditelan”. Kebetulan, Si Zhul faham makna “terlekat” yang disebut oleh Bidin itu. Dengan spontan Zhul menyahut ceria, “oh tercekik !” Maka dalam fikiran Zhul tergambarlah betapa si bayi berkenaan tidak dapat menelan susu yang tersekat dikerengkungnya, lalu ia mati.

Esoknya Si Zhul ini turut sama berkunjung ke rumah seorang anak khariah kampungnya itu yang sedang sebok membuat persiapan bagi mengadakan satu majlis kenduri.  Persediaan makanan bagi kenduri tersebut dibuat secara gotong royong.  Jadi ramailah anak-anak khariah kampung tersebut berkumpul di belakang rumah kenduri tersebut untuk menolong tukang masak menyediakan makanan. Ada yang mengupas buah, ada yang memotong bawang, ada yang menghiris daging dan lain-lain. Malah ada pula yang sedang membasuh beberapa ekor itik nila putih yang baru disembelih.

Ketika dalam perjalanan ke rumah kenduri tersebut, Si Zhul telah bertembung di persimpangan jalan dengan seorang rakan lain yang bergelar Chik. Chik juga sedang berjalan menuju ke rumah kenduri tersebut.  Sambil berjalan seiring dengan Chik, Si Zhul pun bertanya kepada Chik apa yang dimaksudkan dengan “putih”. Lalu Chik pun memberi tahu beliau bahawa “putih” itu adalah seperti “itik nila”. Sekali lagi Si Zhul malu untuk terus bertanya tentang maksud “itik nila” sedangkan beliau memang belum tahu apa yang dikatakan “itik nila” itu.

Sesampai di rumah kenduri itu Si Zhul pun turut bergaul dengan lain-lain anak khariah kampung tersbut. Tak semua mereka yang sedang berada di belakang rumah kenduri itu diperlukan bagi membantu menyediakan bahan-bahan masakan. Namun kehaziran mereka tetap penting. Ia bagi menunjukkan semangat kerjasama di kalangan anak-anak khariah. Si Zhul kebetulan bertemu dengan Din yang agak biasa dengan beliau. Lalu beliau pun bertanya kepada Din tetang maksud “itik nila”.

Din tidak memberi apa-apa jawapan kepada pertanyaan Si Zhul. Sebaliknya beliau hanya menasihati Zhul supaya pergi jumpa Ezam yang kebetulan sedang membasuh itik-itik nila yang baru disembelih. Tanpa berlengah Si Zhul pun terus menemui Ezam. Beliau pun bertanya kepada Ezam apakah yang dimaksudkan dengan “itik nila” itu.

Cara paling mudah bagi Ezam untuk menjawab soalan Si Zhul itu ialah dengan menarik tangan Si Zhul itu lalu menyuruh beliau menggenggam kepala itik nila yang sedang dibasuhnya itu sambil berkata, “ni dia yang dikatakan itik nila kalau hang nak tau”.

Wah ! terkejut beruk Si Zhul setelah menggenggami kepala itik nilai itu.  Sambil menggeleng-geleng kepala beliau mengeluh dalam hati,  “hai kalau macam nilah susu, bukan kata bayi, aku sendiri pun boleh tercekik. Kalau tak mati pun boleh parah dibuatnya. Padanlah bayi tu boleh mati. Zalim sungguh penjaga taska tu. Budak masih bayi dah diberinya makan susu. Giginya pun belum tumbuh lagi”

Nilai moral dari CEREKANA di atas

Untuk memahami sesuatu perkara kita tidak harus malu untuk bertanya dan terus bertanya kepada orang yang sama. Jika yang ditanya tidak tahu jawapannya, maka barulah beredar kepada orang lain. Ini demi mengelakkan pertanyaan kita itu lari dari konteks asalnya. Jika pertanyaan tersebut tidak kena dengan konteks asal maka jawapan yang diterima akan pasti tersasar dari soalan atau isu asalnya.

Orang yang ditanya tidak akan tahu konteks asal soalan yang ditanya itu, kecuali yang bertanya itu memberi sedikit gambaran mengenainya. Oleh itu Si Penanya harus bijak bertanya. Yang ditanya juga harus pandai menerang atau memilih analogi yang sesuai.

Kadang-kadang sesuatu soalan itu hanya dapat dijawab dengan menggunakan analogi. Contohnya, bagi membuat seseorang itu faham tentang konsep (warna) “putih” maka kita boleh menggunakan “salji” sebagai analogi. Namun analogi tersebut tidak sesuai digunakan bagi orang yang belum pernah melihat salji. Mungkin kapas lebih sesui digunakan kerana kapas wujud di mana-mana.

Penggunaan analogi yang tidak sesuai dengan realiti akan menyebabkan pihak lain menerima fahaman yang salah tetang perkara yang nak disampaikan. Berdasarkan fahaman yang salah itu, maka keputusan ataupun rumusan yang dibuat akan turut salah. Kata orang putih, “garbage in garbage out”

Acik lihat penggunaan analogi yang salah adalah salah satu punca penting mengapa tercetusnya “fatwa-fatwa” yang mengarut dan tak masuk akal.  Satu contoh ialah, peristiwa seorang sahabat yang telah meminjam seekor kambing kemudian membayar balik dengan dua ekor kambing.  Bagi Acik, peristiwa tersebut tidak sesuai jika nak digunakan sebagai analogi bagi menjustifikasikan bahawa Bank boleh mengambil untung 100% atas pinjaman perumahan yang diberi kepada pelanggan. Sedangkan kita difahamkan bahawa keuntungan yang melampau adalah sama dengan riba.

Kambing tidak boleh disamakan dengan rumah. Kambing boleh membiak menjadi dua, tiga, atau lima, malah 100 ekor atau pun lebih. Sedangkan rumah yang dibeli peminjam tetap kekal satu. Ia tak akan menjadi dua atau tiga sehingga kiamat. Pakar perbankan sendiri mengakui bahawa sistem riba itu tidak baik kepada ekonomi. Hukum Islam mengharamkan riba adalah tepat dan berdasarkan sunnatullah bahawa sistem riba itu mudharat kepada mekanisma pembangunan ekonomi. Malangnya ia agak susah untuk difahami oleh orang biasa yang tidak mendalami ilmu ekonomi dan tidak mengkaji sistem perbankan.

Satu lagi contoh ialah menghalalkan nyawa penunjuk-penunjuk perasaan dengan menganalogikan mereka dengan bughah (iaitu pihak yang mengangkat senjata memberontak bagi merampas kuasa).

Mungkin banyak lagi analogi-analogi salah yang telah digunakan bagi menetapkan sesuatu hukum. Ia bukan saja membuat umat Islam bertambah keliru, malah menambah burukkan lagi keadaan yang telah sedia buruk. Mudah-mudahan segala kesilapan tersebut dapat diperbetulkan dengan segara.

Wallahualam

 

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

Si Buta Jatuh Telaga   https://4uni2c.com/2013/11/16/cerekana-13y16-si-buta-jatuh-telaga/

Garbage In Garbage Out (GiGo)   https://4uni2c.com/2013/09/19/ahmads-saga-24-garbage-in-garbage-out-gigo/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

Selingan :

Are Paul Walker & Nelson Mandela Going to Hell ?   https://www.youtube.com/watch?v=fqZpNj76HtI

Are the principles of Islamic banking applicable in today’s economy ?  http://www.youtube.com/watch?v=W072OIAJAzI&feature=youtu.be

@OPajar

# 14107

Kebetulan #14105 Belajar Di Universiti Yang Sama

•2014-01-05 • Leave a Comment

2014 Januari 05

Belajar Di Universiti Yang Sama

Setelah tammat persekolahan dahulu, Acik (Ayah/Abang+cik) berjaya memasuki Universiti Malaya walaupun keputusan HSC “cukup-cukup” makan saja. Masa tu bilangan universiti di Malaysia belum bersepah macam sekarang. Jika tak silap Acik yang dah wujud ketika itu ialah Universiti Kebangsaan (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) saja selain Universiti Malaya (UM).

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putera Malaysia (UPM) masih lagi bertaraf institiut seperti Institiut Teknologi MARA (ITM). Kemudian baru institiut-intitiut tersebut dinaikkan tarafnya menjadi universiti. Lepas tu baru ditubuhkan UIAM dan UUM. ITM juga turut dinaikkan tarafnya menjadi UiTM kemudiannya.

Jadi bayangkanlah betapa rasa bertuahnya diri apabila dapat menjejaki kampus sebuah dari 3 buah universiti, yang diistilahkan sebagai menara gading ketika itu. Ini boleh berlaku adalah semata-mata dengan izin Allah jua.

Selingan :

Jika Allah nak beri tak siapa mampu menafi: https://www.youtube.com/watch?v=r2scbnP6nbw

Selepas menamatkan pengajian di bidang ekonomi, Acik ingin menjadi seorang guru sekolah. Kononnya ingin menolong masyarakat kampung dalam aspek pendidikan. Boleh kata agak ramai juga graduan yang memohon memasuki kursus Diploma Pendidikan Universiti Malaya agar layak menjadi guru tetap di sekolah-sekolah kerajaan.

Namun tak semua yang memohon itu diterima masuk. Sedangkan Acik adalah antara yang berjaya menyertai kursus tersebut. Lagi sekali Acik rasa diri amat bertuah.

Walaubagaimana pun, kehendak Allah mengatasi segala kehendak insanNya. Buat pertama kali, pada tahun itu Kementerian Pendidikan membekukan biasiswa perguruan kepada graduan-graduan ekonomi. Kononnya bilangan guru subjek ekonomi di sekolah-sekolah kerajaan telah berlebihan.

Akibat tak mampu membiayai pengajian Diploma Pendidikan tersebut dan takut tak diterima menjadi guru tetap oleh kementerian pelajaran, mau tak mau Acik terpaksa memohon kerja lain. Begitu juga dengan seorang kawan Acik yang bernama Hasanudin. Acik berjaya mendapat kerja dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (LPKM), manakala kawan Acik itu diambil oleh MARA untuk mejadi pegawainya.

Cita-cita kami nak menjadi guru ekonomi berdidikasi itu hanya tinggal impian kosong saja. Namun pun Acik tetap redha malah bersyukur dengan apa yang telah ditetapkan Allah itu. Mungkin ada hikmahnya.

Setelah berkhidmat dengan LPKM beberapa tahun, Acik ditawar oleh JPA untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Mungkin peluang ini tidak akan Acik perolehi jika dahulunya Acik telah berjaya menjadi seorang guru ekonomi di sekolah kerajaan. Lebih bersyukur lagi ialah kerana Acik dibenarkan membawa keluarga bersama keluar negara.

Ketika itu anak Acik baru dua orang. Kedua-duanya belum masuk tadika pun kerana masih terlalu muda. Jadi tak bimbanglah tentang pendidikan mereka. Bilangan anak Acik malah bertambah seorang lagi sebelum Acik sempat terbang ke Amerika Syarikat.

Universiti yang Acik masuk belajar di Amerika Syarikat itu ialah Penn State (The Pennsylvania State University), di University Park, State College. Jaraknya dari bandar raya New York ialah kira-kira 5 atau 6 jam perjalanan jika menaiki bas.

Acik berada di State College selama 20 bulan. Ketika tinggal di State College banyak pengalaman dan iktibar yang sempat Acik timba. Yang paling berharga ialah berpengalaman berinteraksi dengan rakyat dari berbagai-bagai negara. Tak kurang berharga juga ialah berpeluang bergaul mesra dengan rakyat Malaysia yang berpontensi menjadi orang-orang penting dalam negara.

Dalam tempoh yang agak sengkat itu juga Acik dianugerah oleh Allah S.N.W seorang lagi cahaya mata. Ini menjadikan bilangan anak Acik 4 orang, alhamdulillah .

Dalam perjalanan kami untuk kembali ke tanah air, Acik mengambil peluang singgah di Mekah menunaikan ibadat umrah. Sebelum meninggalkan negara Amerika itu kami singgah dulu di New York selama 3 malam. Terima kasih yang tak terhingga Acik rakamkan kepada seorang kawan yang sanggup berkorban melayani Acik sekeluarga ketika 3 hari di New York itu.

Ketika berada di New York, sudi pula kawan Acik itu membawa kami menaiki menara berkembar yang bergelar “The World Trade Centre” itu. Masa tu menara berkembar Petronas belum ada. Sayu juga bila melihat menara berkembar itu runtuh menyembah bumi dalam peristiwa Nine Eleven 2001.

Dari New York kami singgah pula di London selama 2 malam. Kemudian dari London kami terus terbang ke Mekah. Acik juga merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada adik-adik yang berkorban melayani Acik sekeluarga ketika berada di London selama dua malam.

Yang paling Acik tak lupa dan merakamkan terima kasih paling tak terhingga ialah kepada Pak Long Awang Nor. Beliau ialah sepupu kepada arwah ibu Acik yang telah lama bermustautin di Mekah. Selama berada di Mekah di rumah beliaulah tempat kami menumpang.

Beliau sekeluarga telah begitu sudi sekali berkorban melayani Acik sekeluarga selama dua minggu. Kami bukan saja dibawa berjalan-jalan di Mekah saja, bahkan dibawa juga menziarahi makam Nabi S.A.W di Madinah.

Acik percaya kunjungan kami ke Mekah telah memberi keberkatan kepada anak-anak Acik. Masing-masing mereka agak berjaya dalam hidup. Semua mereka telah berjaya belaka untuk sampai ke Kolej dan Universiti.

Anak kedua Acik yang pernah hilang sekejap dalam Masjid al Haram itu (iaitu ketika Acik dan isteri sedang asyik bertawaf), telah diberi peluang oleh Allah untuk berulangkali ke Mekah semasa beliau berkhidmat dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Acik sendiri pun telah mendapat peluang kali kedua ke Mekah menunaikan umrah. Kali ini pun dengan cara percuma.

Tiket ke Mekah itu sebenarnya adalah hadiah yang dimenangi oleh anak ketiga Acik bagi pertandingan hafazan Al Quran yang disertainya. Agak malang bagi beliau kerana tiket tersebut adalah ibarat, “sebentuk cincin bagi si kudung”. Begitu juga dengan hadiah kali kedua yang beliau menangi pada tahun berikutnya. Sayang, tiket percuma kali kedua tersebut akhirnya hagus begitu saja.

Sesampainya kami kembali ke tanah air, iaitu selepas menunaikan umrah, Acik dan isteri mulalah sebok dengan tugas-tugas rasmi masing-masing. Bilangan anak juga kian bertambah. Dari empat orang ketika pulang dari Amerika Syarikat duhulu, akhirnya menjadi 10 orang.

Bayangkanlah beban kewangan yang terpaksa ditanggung Acik dan isteri untuk membesarkan anak-anak sehingga semuanya mampu berdikari. Namun Acik sangat yakin bahawa Allah akan membantu Acik bagi membesarkan anak-anak tanpa perlu menerima apa-apa suapan rasuah. Dengan kata lain, Allah akan memberi berkat kepada sesiapa saja yang tidak memberi makan anak-anaknya dari sumber yang haram.

Alhamdulillah, Allah telah menganugerahi anak-anak Acik bakat yang memuaskan dari segi akedemik. Kesemua anak-anak Acik itu pernah dapat masuk belajar di sekolah-sekolah berasrama. Ini membuat mereka cepat belajar berdikari. Ini juga menambahkan lagi keyakinan Acik bahawa Allah akan memberi berkat yang lebih kepada anak-anak yang tidak disuap oleh ibu bapa mereka dengan sumber-sumber yang tidak halal termasuk rasuah.

Alhamdulilllah 7 dari 10 orang anak-anak Acik telah berjaya mendapat semua A bagi UPSR dan PMR masing-masing. Malah seorang dari mereka mampu mendapat semua A atau 11 A di peringkat SPM, Alhamdulillah.

Saat yang paling gembira buat Acik (lebih-lebih isteri Acik) ialah apabila anak-anak mulai berjaya menjejak kaki ke kampus-kampus universiti seorang demi seorang. Anak sulung Acik berjaya memasuki universiti yang sama dengan universiti Acik belajar dahulu iaitu Universiti Malaya. Malah beliau juga memasuki fakulti yang sama dengan fakulti Acik belajar dulu iaitu Fakulti Ekonomi.

Anak kedua Acik pula masuk ke UTM, manakala yang ketiga dan keempat masuk ke UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Pernah dalam satu masa yang sama, keempat-empat mereka sedang menuntut di universiti. Inilah ketikanya Acik suami isteri terpaksa bergadai golok demi memenuhi keperluan kewangan mereka berempat. Maklumlah sumber dari PTPTN bukannya cukup untuk saradiri masing-masing.

Yang membuat Acik kagum ialah terhadap kuasa Allah yang melakukan suatu kebetulan bagi Acik. Jika anak sulung Acik dimasukkanNya ke universiti yang sama dengan universiti tempat Acik belajar (i.e.Universiti Malaya), kini anak bongsu Acik pula dimasukkanNya juga ke universiti yang sama dengan universiti tempat Acik pernah belajar dahulu. Universiti yang anak sulung Acik belajar ialah Universiti Malaya. Manakala universiti yang anak bongsu Acik masuki itu ialah The Pennsylvania State University (PSU), tempat Acik mengikuti kursus lepasan ijazah dahulu.

Kedua-dua mereka juga turut belajar di sekolah yang sama dengan sekolah Acik belajar (RMC), iaitu bagi tingkatan empat dan lima masing-masing. Yang lebih Acik terpesona ialah dengan takdirNya juga maka Acik dan isteri kini diberiNya peluang melawat universiti tempat Acik pernah belajar itu setelah kira-kira 30 tahun meninggalkannya. Suatu nostalgia buat kami berdua.

Jika dapat melawat Universiti Malaya, tidaklah menghairankan sesiapa pun memandangkan ianya terletak di dalam negara sendiri. Tetapi yang agak menghairankan ialah bila mendapat peluang melawat PSU yang jaraknya puluhan ribu kilo meter dari Malaysia. Rasanya seolah-olah berada dalam mimpi di siang hari. Masya Allah, Allahuakbar !

Setiap takdir Allah yang berlaku, tentulah ada sebab musababnya. Begitulah juga dengan apa yang berlaku terhadap diri Acik dan isteri ketika ini. Yang memungkinkan kami berdua mampu untuk menziarahi PSU ini ialah anak Acik yang dilahirkan di State College ini ketika Acik sedang belajar di sini 30 tahun yang lalu.

Beliaulah yang menanggung segala perbelanjaan Acik dan isteri untuk terbang ke Amerika Syarikat dan tinggal di sini untuk beberapa lama, insya Allah. Terima kasih yang tak terhingga kepada beliau dan suaminya yang begitu bermurah hati terhadap ibu dan ayah kandungnya ini. Allah jua yang layak dan akan membalas budi ikhlas mereka berdua, insya Allah.

Namun Acik dan isteri tidak pernah memperkecilkan setiap pengorbanan anak-anak lain, selain beliau. Semua mereka turut menyumbang (berdasarkan tahap kemampuan yang dianugerahi Allah terhadap masing-masing) hingga membolehkan Acik dan isteri sampai ke sini.

Sekurang-kurangnya dengan doa ikhlas mereka, maka Acik suami isteri sehat walafiat sepanjang perjalanan puluhan ribu kilo meter, untuk sampai ke State College ini. Mudah-mudahan Allah terus menganugerahi kami kesihatan yang terbaik selama berada di perantauan. Semoga setiap anak Acik itu diberkati Allah di sepanjang hayat masing-masing, insyaAllah.

Turut Acik hargai dan merakamkan ribuan terima kasih ialah kepada setiap pembaca PenCERAHan Acik ini, terutama mereka yang turut berdoa untuk Acik dan isteri. Sesungguhnya orang yang gembira melihat orang lain gembira, insya Allah ia akan menjadi hambaNya yang redha lagi menghormati hak Allah. InsyaAllah hidupnya akan bahagia sepanjang hayat.

Sesungguhnya Allah memiliki hak yang mutlak untuk memberi kebaikan kepada sesiapa jua yang disukaiNya. Hatta nasib hambaNya di akhirat nanti adalah dalam genggamanNya jua. Dialah yang berhak untuk memasukkan hambaNya ke dalam syurga maupun ke dalam nerakaNya.

Nabi s.a.w. sendiri pun tidak mampu menyelamatkan orang yang sangat dikasihi baginda dari api neraka jika Allah memilih yang sebaliknya untuk individu berkenaan. Begitu jua sebaliknya. Apakan lagi kita umat biasa yang bukan Nabi.

Siapakah kita untuk mengenalpasti siapa di antara kita yang bakal masuk ke syurga atau ke neraka Allah. Dengan kata lain tak perlulah kita rasa diri lebih layak (dari Allah) untuk melaksanakan tugasNya, khususnya mengkafirkan sesiapa yang kita mahu, atau pun sebaliknya. Sedangkan nasib diri kita sendiri pun kita belum pasti samada akan ke syurgakah atau ke nerakakah (nauzubillah).

Sebenarnya Acik tidak tahu bagaimana nak menggambarkan betapa besarnya rasa syukur Acik kepada Allah dan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah berbudi kepada Acik. Kunjungan kedua Acik ke State College ini, telah mencetuskan suatu kesedaran baru. Iaitu kesederan bahawa diri Acik ini belum cukup “appreciative” terhadap banyak perkara. Sedangkan ianya sangat penting dalam hidup kita. Dengan adanya sifat “appreciative” maka barulah akan datang sifat “grateful” terhadap sesama insan yang telah berbakti kepada kita.

Tidak kiralah mereka itu bangsa apa dan agama apa. Kita harus “grateful” kepada mereka yang telah memberi munafaat kepada kita. Baik secara langsung maupun tidak langsung. Bukankah prinsip ini yang diajarkan Nabi s.a.w kepada kita umatnya ?

Jadi mulai sekarang Acik akan sentiasa ingatkan diri sendiri supaya “be appreciative”. Malah, Acik ingin mengajak semua rakan Facebook Acik yang dihormati lagi dikasihi sekalian, agar turut sama “be appreciative” terhadap segala yang dijadikan Allah. Samada yang positif maupun yang negatif. Yang disukai maupun sebaliknya.

Mudah-mudahan kita semua akan menjadi hambaNya yang ikhlas, tawadhu’, redha, bersyukur, khanaah, sabar, zuhud, pengasih, “helpful”, pemaaf dan seumpamanya.

Wallahua’lam 💊

PenCERAHan yang relevan :

Tiga Khong Yang Acik Kenalhttps://4uni2c.com/2013/12/22/kebetulan-13z22-tiga-khong-yang-acik-kenal/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://shalleducate.wordpress.com

https://beappreciative.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Menu UTAMA ⬇️ www.4uni2c.com

@OPajar

#14105

Creative #14103 Pretty Number and Easy Number

•2014-01-03 • Leave a Comment

2014Jan03

Pretty Number and Easy Number

Q : What is a “ PRETTY ” number”
A : It is a telephone number that is nice to look at by most people.
Q : Could you show me some examples of “ PRETTY ” numbers
A : 01?-5666555, 01?-2425533, 01?-2921111 and many many more
Q : What is an ” EASY ” number then ?
A : It is a telephone number that can be remembered EASILY.
Q : Can you show me some examples of “ EASY ” numbers ?
A : 01?-9485426, 01?7425533, 01?-9375683 and many many more.
Q : Sorrry ! I do not see those numbers as easy to remember. Could you make it more plain to me please.
A : If you analyse number 9485426 you would agree with me that it could be remembered as “ ZHULiAN ”. Similarly if you analyse number 7425533 it could be remembered as “ SHAKLEE ” while 9375683 as “ YesLove ”. Hence by just remembering them as the words that they could form, you would automatically remember the numbers.
Q : Do you mean that, by pressing the button that contains that particular alphabet I will finally get the contact number that I want ?
A : Yes you are smart ! When you press the button that has “Zz” on it, the number 9 will appear on your handset screen. Then when you press the next button that has “Hh” on it , number 4 will pop up on the handset screen. So is when you press the following button “Uu” the number 8 will appear. That goes for all the others.

Hence we could create a table as below:

Numbers = Words

9 4 8 5 4 2 6 = Z H U L i A N

7 4 2 5 5 3 3 = S H A K L E E

9 3 7 5 6 8 3 = Y e s L o v e

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

0 1 ABC DEF GHI JKL MNO PQRS TUV WXYZ
Q : You have a good idea. How did you get it ?
A : Well, it is not my idea at all. I just learned it from somewhere. In USA some companies had been using it for quite some time already on their companies’ contact numbers. For example “1-800-DAYS INN“, “BookMan”, “???Avon”, “MeatMan” and ect. Thus I just adopted the good idea and applied it onto my business enterprise’s contact number. The name of my business enterprise is XL -Edict Enterprise. “ XL ” It is the short form for “Excel”, while “Edict” is the short form for “Electronic Dictionary”. So my business contact number is 013- 95 33428 which could be EASILY remembered as 013 XL Edict.
Q : Do you have any EASY number that you want to sell ?
A : Yes I do have a couple. If the price quoted is commensurate with the effort that I had put in (plus the cost that I had incurred) to acquire the number, then I am willing to sell it. For example the number 01?- SHAKLEE had cost me a lot of money. Therefore I will not depart from it unless the price quoted is very attractive.

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

**To go to the main MENU please CLICK: www.4uni2c.com

@OPajar

#14103

Kebetulan # 13z22 Tiga Khong Yang Acik Kenal

•2013-12-22 • Leave a Comment

2013 Disember 22

Tiga Khong Yang Acik Kenal

Semasa Acik (Ayah/Abang+cik) di tingkatan empat dan lima dahulu, guru yang mengajar Acik mata pelajaran geografi ialah Cikgu Khong. Beliau ialah seorang pegawai askar beruniform yang berpangkat Kepten. Tapi nama penuh beliau Acik tak ingat lagi.

Acik cukup ingat dengan Kepten Khong ini sebab beliau agak luar biasa. Jika guru-guru lain, mereka akan masuk ke dalam kelas dengan membawa bersama bahan-bahan rujukan. Tetapi Kepten Khong ini tidak. Beliau masuk ke dalam kelas hanya dengan melenggang tangan kosong saja.

Sebaik saja Kepten Khong masuk ke dalam kelas beliau akan terus mengambil kapur tulis. Kemudian beliau akan menulis di atas papan hitam di depan kelas itu tajuk pelajaran yang nak diajarnya. Tanpa lengah-lengah lagi beliau akan mula menyampaikan pelajaran berkenaan dengan sangat lancar dan terang.

Sebentar-sebentar beliau akan melukis diagram-diagram yang relevan dengan sangat pantas. Pergerakan beliau begini akan berlaku secara berterusan (tanpa henti-henti) hinggalah period mata pelajaran tersebut tamat. Acik sangat kagum terhadap beliau kerana beliau dapat menguasai subjek geografi dengan begitu sekali.

Semasa Acik menuntut di Unviversiti Malaya, Acik bertemu pula dengan seorang lagi individu yang juga bernama Khong. Beliau adalah pensyarah yang mengajar Acik dan beberapa pelajar lain mata pelajaran “Political Economics”. Kami memanggil beliau “Dr. Khong”. Namun, macam Khong di atas, nama penuh beliau pun Acik tidak ingat.

Kertas “Political Economics” hanya satu mata pelajaran pilihan. Sebab tu agaknya tak ramai yang memilih untuk belajar mata pelajaran tersebut. Di dalam kelas yang dibimbing Dr. Khong itulah Acik dan kawan-kawan diperkenalkan dengan ideologi Sosialisma dan Komunisma.

Ketika itu Acik masih prejudis terhadap kedua-dua ideologi tersebut. Agaknya kerana minda Acik telah diindoktrinasi dengan ideologi Kapitalisma. Akibatnya Acik agak benci kepada kedua-dua ideologi tersebut, terutama terhadap Komunisma. Maklumlah Komunis telah dianggap musuh negara sejak sekian lama.

Walaubagaimanapun, tidak ada pula yang Acik berjumpa dengan dakwaan yang mengatakan Sosialisma dan Komunisma menganggap agama itu sebagai candu. Dakwaan tersebut hanya Acik dengar dari aktivis-aktivis agama ketika itu. Sebagai seorang yang cintakan agama Islam, maka ketika itu tidak pernah terlintas pun dalam hati Acik untuk mempersoalkan dakwaan tersebut.

Namun, setelah membaca kisah tentang Mat Indera, iaitu individu kontrovesi dalam insiden Bukit Kepong, maka terasa pula ada keinginan dalam hati Acik untuk melihat kembali kepada dakwaan berkenaan.

Setelah Acik meninggalkan Universiti dan bertugas dengan sebuah badan berkanun kerajaan, Acik bertemu pula dengan seorang lagi individu lain, juga bernama Khong. Walaupun nama penuh Si Khong ini Acik masih ingat, namun Acik rasa kurang selesa pula untuk menyebut nama penuh beliau dalam PenCERAHan ini.

Ini lebih sesuai dengan sikap beliau sebagai seorang yang agak pemalu. Mungkin beliau tidak merestui namanya disebut di mana-mana. Berbeza dengan kedua-dua Khong yang Acik perkenalkan tadi, Khong yang ketiga ini adalah seorang wanita. Oleh itu beliau dipanggil “Miss Khong”.

Miss Khong ini sangat baik orangnya. Acik tidak pernah ternampak beliau bertikam lidah dengan rakan-rakan sepejabatnya (termasuk Acik sendiri). Acik percaya beliau disenangi oleh semua pekerja dalam organisasi tempat kami berkhidmat. Yang membuat Acik “admire” beliau ialah cara hidupnya yang tersangat sederhana atau “simple”.

Sungguhpun statusnya dalam organisasi berkenaan sudah cukup tinggi, namun beliau tetap kekal seperti hari pertama Acik mengenalinya. Percakapannya tetap lembut dan bersofan santun. Pakaiannya tidak menggambarkan beliau berpangkat tinggi. Ini sangat berbeza dengan kebanyakan pegawai-pegawai lain terutama rakan sejawat Acik yang sebangsa dan seagama.

Pernah beberapa kali Acik terjumpa Miss Khong di dalam bas ketika kami sama-sama hendak ke pejabat dahulu. Rupa-rupanya beliau menaiki bas untuk pergi dan balik kerja. Acik ke tempat kerja dengan menaiki bas sebab tak mampu untuk membeli kereta. Akan tetapi agak mustahil Miss Khong tak mampu membeli kereta hingga terpaksa menaiki bas untuk ke pejabat. Oleh itu Acik yakin bahawa Miss Khong ini dengan sukarela memilih untuk pergi dan balik kerja bersama-sama orang susah iaitu dengan menaiki pengangkutan awam. Ini antara ciri-ciri individu yang berjiwa Sosialis.

Personaliti seperti Miss Khong amat jarang dijumpai. Bukan saja di mana-mana jabatan kerajaan Malaysia, malah di mana-mana juga dalam Malaysia ini. Acik dapat tahu bahawa sebelum beliau bersara wajib, Miss Khong sempat menjawat jawatan kedua paling tinggi dalam organisasi beliau bertugas. Syabas Miss Khong !

Walaupun selepas bertahun-tahun menjadi rakan seorganisasi dengan Miss Khong ini, Acik tidak pernah tahu bahawa Kepten Khong dan Dr Khong yang Acik sebut di atas adalah abang kepada Miss Khong. Hanya bila suatu hari Miss Khong bertanya Acik samada Acik kenal tak dengan Khong-Khong berkenaan.

Ketika itu barulah Acik tahu bahawa mereka bertiga adalah bersaudara. Rasa hormat Acik kepada Miss Khong bertambah bila mengenangkan jasa abang-abang beliau kepada Acik. Abang-abangnya itu sebenarnya telah berjaya menambah dimensi dalam persepsi Acik terhadap realiti kehidupan ini.

Sukalah dirumuskan bahawa cara hidup Khong tiga beradik tersebut di atas adalah sangat sederhana atau “simple”. Mereka adalah individu-individu yang baik. Tidak bermewah-mewah dan tida suka menunjuk-nunjuk dengan apa-apa kelebihan yang mereka ada. Andaikata mereka ini Muslim, Acik kira mereka mungkin tergolong kepada orang-orang yang tawadhu’.

Nilai moral dari realiti di atas:

Sifat terpuji adalah sifat yang sejagat (universal). Ia bukan milik penganut mana-mana agama termasuklah agama Islam sendiri.

Ideologi yang baik mampu membentuk sikap seseorang dan menjadikannya seorang yang baik, tidak kira agama apa yang dianutinya. Personaliti yang baik menyumbang terhadap pembaikan masyarakat.

Kadang-kadang kita lihat sikap orang bukan Islam lebih mulia dari sikap kebanyakan orang Islam sendiri. Contohnya mereka tidak sombong, tidak bermewah-mewah dan tidak suka menunjuk-nunjuk. Sedangkan ramai pemuka-pemuka Islam bersikap sebaliknya. Padahal Islam menyuruh umatnya bersikap dengan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi dari sifat-sifat mazmumah.

Antara sifat-sifat mahmudah ialah tawadhu, zuhud, kanaah, sabar dan syukur. Antara sifat-sifat mazmumah pula ialah takabbur, riyak, wujub, samaah, pemarah dan kufur.

Wallahualam

PenCERAHan yg relevan

Belajar Di Universiti Yang Samahttps://4uni2c.com/2014/01/05/kebetulan-14105-belajar-di-universiti-yang-sama/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://shalleducate.wordpress.com

https://beappreciative.wordprese.com

https://4uni2c.wordpress.com
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: www.4wuni2c.com

@OPajar

# 13z21