4uni2c#13131 Dasar PPSMI dan Menteri Yang Gopoh

•2013-01-31 • Leave a Comment

4uni2c #13131 Dasar PPSMI dan Menteri Yang Gopoh
*** Untuk menCARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di sebelah kanan SKRIN, kemudian SKROL.
*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://ww.4wuni2c.com

(Catitan: artikel ini telah siap ditulis pada 1hb.Dis.2011)

Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini mengakui bahawa dasar PPSMI gagal mencapai objektif yang dihasratkan. Justeru itu membuat cadangan agar dasar tersebut dimansuhkan pada tahun depan 2012. Namun tidak berapa lama kemudian mencadangkan pula agar PPSMI dimasuhkan sepenuhnya hanya pada 2016 di sekolah rendah dan 2021 di sekolah menengah. Dasar ini akan digantikan dengan dasar baru iaitu Memertabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Namun begitu isu PPSMI masih hangat diperkatakan kerana ada pihak yang masih belum putus asa berusaha agar pemansuhan itu dibatalkan. Kumpulan ini menuntut supaya dasar PPSMI terus dikekalkan. Itu sebabnya Acik ( Ayah/Abang+cik) kata TPM sekadar membuat cadangan saja. Acik tak kata TPM membuat keputusan kerana kita semua boleh lihat bahawa TPM sebenarnya tidak ada kuasa untuk membuat apa-apa keputusan.

Bagi Acik, PPSMI adalah satu dasar yang tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Ia bercanggah dengan sunnatullah atau hukum alam (natural law). Ini kerana ia menuntut guru dan murid menjayakan sesuatu yang di luar kemampuan fitrah masing-masing. Acik tak naklah sampai melabelkan PPSMI itu sebagai satu dasar yang bodoh. APcik lebih selesa melabelkan dasar PPSMI sebagai satu dasar yang gopoh. Biasanya sesuatu yang dilaksanakan dengan tergopoh gapah, ia hanya akan membantutkan usaha untuk mencapai sesuatu yang dihasratkan. Dengan lain perkataan, jika sesuatu objektif itu mampu dicapai dalam tempoh beberapa tahun sahaja, ia mungkin mengambil masa hingga berpuluh-puluh tahun. Kata peribahasa Inggeris, “more haste less speed”. Malah mungkin apa yang dicita-citakan itu hanya akan tinggal cita-cita sahaja. Objektifnya langsung tidak dapat dicapai. Akhirnya, kata orang Penang, “habuk pun tarak !”

Sebenarnya Acik tetap tak boleh terima hujah yang terlalu taksub kepada bahasa Inggeris, dulu, kini dan selama-lamanya. Yang dikatakan taksub itu ialah, mengatakan bahawa jika tidak pandai berbahasa Inggeris kita tidak boleh maju. Kononnya, jika rakyat rata-tata tidak pandai berbahasa Inggeris maka negara mustahil boleh maju. Ini adalah satu kenyataan yang amat salah. Ia hanya keluar dari mulut orang yang jahil tentang hukum alam atau sunnatullah. Dan yang akan mempercayainya hanyalah mereka yang jumud yang diibaratkan seperti “katak di bawah tempurung”.

Mari kita lihat duhulu dunia keseluruhannya. Kita akan dapati bahawa negara-negara yang maju adalah negara-negara yang memunafaatkan bahasa ibundanya dengan sepenuhnya. Negara yang rakyatnya tahu menghargai dan bersyukur kepada Allah kerana menganugerahi mereka suatu nikmat, iaitu suatu bahasa. Bermula dari situ mereka terus berusaha memajukan dan memertabatkan bahasa mereka, bukannya seolah-olah “mencampakkannya” ke dalam tong sampah. Mereka menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara masing-masing. Contohnya ialah negara China, Jepun, Korea, Rusia, England, Perancis, Jerman, Findland, Turkey, Iran dan lain-lain. Sebaliknya negara-negara yang memperlecehkan bahasa ibundanya sendiri lalu mengambil bahasa penjajah sebagai bahasa pembelajaran, rata-rata gagal untuk mencapai status negara maju. Contohnya negara Somalia, Nigeria, Ghana, Utopia dan banyak lagi negara-negara di benua Afrika sana. Acik pernah tinggal di Manila selama dua bulan semasa mengikuti suatu kursus di Asian Institute of Management (AIM) pada awal tahun 90an dulu. Acik dapati rata-rata rakyat Filipina mahir berbahasa Inggeris. Tapi sudahkah negara tersebut mencapai tahap sebuah negara maju ? Jika demikian, adakah kita rakyat Malaysia pun masih ghairah ingin mengikut jejak langkah negara Filipina maupun negara-negara di benua Afrika itu ?

Dasar PPSMI bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia di masa akan datang. Bagi menghasilkan fenomina tersebut, maka kononnya usaha mesti dimulakan di kalangan murid-murid sekolah di peringkat rendah lagi. Malah kalau boleh mula sejak baru lahir lagi, itu lebih bagus. Itu justifikasi yang diberi. Namun, bagi tujuan tersebut mengapakah subjek yang dipilih untuk diajar dalam bahasa Inggeris itu adalah subjek Sains dan Matematik ? Kenapa tidak subjek lain seperti sejarah, jeografi, akaun dan sebagainya ? Apa yang Acik dapat fikirkan ialah kerana dua subjek tersebut ialah subjek yang dianggap paling penting oleh semua orang. Oleh sebab ia dianggap penting, maka majoriti pelajar dan ibu bapa pasti tidak akan sanggup ketinggalan dalam kedua-dua subjek tersebut. Justru itu, mahu tidak mahu, masing-masing terpaksalah berusaha bertungkus lumus bagi memahirkan diri dalam bahasa Inggeris demi membolehkan mereka menerima ilmu Sains dan Matematik dengan berkesan. Agaknya itulah strategi yang diaplikasikan oleh pihak yang membuat dan melaksanakan dasar PPSMI itu.

Malangnya, fenomina yang terhasil bukannya sebagaimana fenomina yang dispekulasikan itu. Sebaliknya apa yang terhasil ialah, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”. Bukan saja PPSMI telah gagal meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan majoriti pelajar, malah ilmu Sains dan Matematik telah menjadi korban. Bila subjek Sains dan Matematik dihalang dari disampaikan kepada pelajar dalam bahasa yang mereka faham, maka apakah hasil yang boleh kita harapkan ? Akibatnya ialah kebanyakan murid-murid sekolah yang menjadi mangsa dasar PPSMI telah gagal memahami subjek Sains dan Matematik dengan baik. Mereka telah dinafikan hak untuk menikmati pembelajaran Sains dan Matematik sepertimana dinikmati oleh abang-abang dan kakak-kakak mereka dahulu. Ini tentu amat mengecewakan mereka sendiri dan merugikan negara, memandangkan kedua-dua subjek itu adalah subjek yang sangat penting di zaman teknologi IT ini. Lebih parah lagi ialah bila ramai dari kalangan pelajar mula hilang minat malah jemu terhadap kedua-dua subjek tersebut akibat tidak faham apa yang diajar guru. Cubalah kita bayangkan suatu suasana dalam kelas ketika gurunya terhegeh-hegeh cuba menyampaikan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa yang beliau sendiri belum mahir, manakala murid-murid pula terkebil-kebil cuba meneka apa yang cikgu mereka ingin sampaikan.

Bila Acik kata dasar PPSMI adalah satu projek gopoh, teringat Acik akan suatu kisah tentang seorang menteri yang gopoh. Beberapa dekad yang lalu kononnya ada sebuah negara di benua Afrika sana yang baru diberi kemerdekaan oleh bekas penjajahnya. Sebaik saja ditabalkan sebagai Perdana Menteri (PM) bagi negaranya, maka si menteri Perdana tersebut pun mulalah mundar madir ke negara-negara jiran bagi “mengiklankan” dirinya kepada rakan-rakan sejawatnya bahawa beliau sekarang adalah seorang PM. PM tu adalah rengkasan kepada “Pi Mai”, kata seorang anak jati Penang. Maksud pi mai pi mai ialah tak dok diam di satu-satu tempat. Di dalam negara sendirilah misalnya. Sat-sat (sekejap-sekejap) ke negara sana (pi/jauh), sat-sat ke negara sini (mai/dekat). Di samping itu, untuk mengelakkan dari ditohmah sebagai pembazir wang rakyat yang rata-rata miskin itu, maka PM tersebut mendakwa bahawa lawatannya adalah buat mencari ilham untuk membangunkan negara ikut acuan sendiri, demi untuk kebahgian rakyat yang didahulukan.

Sebaik selesai menjelajah negara-negara yang berjiranan dengan negaranya, si PM yang gopoh tu menerima pula undangan ke suatu mesyuarat penting di negara bekas penjajahnya. Apa lagi, “umpama si mengantuk disorong batal” lah. APcik Ingat kut baju yang akan ditempah oleh si PM tu untuk dipakainya semasa menghadiri mesyuarat nanti, adalah pakaian tradisional negaranya sebagai lambang pemimpin yang patriotik 101%. Rupa-rupanya tak macam tu pula jadinya. Sebaliknya yang ditempahnya ialah baju kot. Maka bila dipakainya oleh si PM yang hitam metalik tu, maka jadilah ia sebagai seorang WOG. WOG ialah rengkasan bagi “Western Oriented Gentleman”. Acik rasa WOG merupakan istilah yang dicipta khas oleh Orang Putih bagi melabelkan mana-mana individu dari timur (termasuk juga Acik), yang suka berlagak macam orang barat. Dulu pernah juga seorang rakyat Malaysia dilabelkan dengan gelaran tersebut oleh Perdana Menteri Australia ketika itu, tapi Acik tak nak dedahlah siapa anak Malaysia yang disohorkan oleh PM Australia tu.

Maka tibalah si PM tersebut di negara bekas penjajahnya itu. Ini adalah kali pertama si PM tersebut berpeluang melawat sebuah negara maju di zamannya itu. Beliau amat kagum, terpegun dan teruja dengan segala pembangunan yang dilihatnya di negara tersebut. Namun objek yang amat teruja bagi beliau ialah peti-peti televisyen di negara tersebut. Ini kerana televisyen di negara bekas penjajahnya itu semuanya berwarna warni. Sedangkan gambar dalam televisyen di negaranya sendiri hanya dalam hitam putih sahaja. Direngkaskan cerita, maka dibelinya sebuah peti tv berwarna itu lalu dibawa pulang ke negaranya. Tujuan beliau ialah untuk mempekenalkan televisyen berwarna-warni itu kepada rakan-rakan menterinya. Seterusnya akan mengarahkan Menteri Seronok beliau mengimport peti-peti tv berwarna-warni itu secara komersial. Dengan bersepahnya peti-peti tv berwarna warni di seluruh negaranya nanti, maka akan bertambah ceria dan meriahlah negaranya itu. Ini adalah satu bentuk kemajuan khusus dalam aspek penyiaran dan hiburan. Namun, matlamat tersembunyinya ialah, “biar rakyat rata-rata asyik dengan hiburan hingga mereka lalai terhadap urusan pentadbiran negara”. Semuanya ini akan memudahkan kerja beliau dan rakan-rakan menterinya dalam urursan memerintah Negara, tanpa banyak gangguan.

Agaknya strategi yang samalah yang sedang diaplikasikan di negara kita sendiri sejak dulu, kini dan selama-lamanya. TV di negara kita Malaysia adalah objek yang majoriti rakyat menghalakan mukanya hampir setiap masa. Ia nampaknya dah jadi lebih penting daripada “berhala” bagi majoriti rakyat Malaysia. Ini kerana, muka dihadapkan ke hala berhala jarang-jarang ataupun hanya sekejap-sekejap saja. Tetapi muka dihadapkan ke hala TV jauh lebih kerap dan lebih lama daripada dihadapkan ke hala berhala tersebut. Apabila pemerintah telah begitu berjaya menjadikan TV lebih penting daripada berhala bagi rakyatnya, maka fikir-fikirlah sendiri apa implikasinya terhadap masa hadapan negara.

Kepulangan si PM tersebut disambut meriah di lapangan terbang. Semua menteri, timbalan menteri dan seluruh kakitangan kerajaan diwajibkan hadir di lapangan terbang tersebut bagi meraikan ketibaan PM sanjungan mereka itu dari negara bekas penjajah mereka. Si PM amat ghairah untuk memperkenal dan mempamirkan peti TV berwarna yang beliau bawa balik bersamanya sebagai ole-ole untuk rakyatnya. Semua yang datang menyambut kepulangannya itu tak sabar-sabar lagi nak menyaksi peti ajaib yang diwar-warkan sebaik saja si PM muncul dari pesawat yang membawanya pulang itu. Maka peti TV tersebut pun diletak di atas bumbung sebuah van Jabatan Penyiaran Negara negara tersebut agar dapat disaksi oleh semua yang berada di lapangan terbang tersebut.

Malangnya, apabila di “on”kan peti TV tersebut, gambar yang terbit di skrin peti TV tersebut sama saja dengan peti-peti TV lain yang terdapat di perkarangan lapangan terbang tersebut. Ini sungguh mengcewa lagi memalukan si PM tersebut apabila apa yang diwar-warkan sebelum itu tidak menjadi kenyataan. Yang diwar-warkan itu ialah bahawa gambar yang akan terbit di skrin peti TV tersebut adalah berwarna warni. Maka mulalah tercetus bermacam-macam reaksi lucu di kalangan khalayak yang dengan tidak sabar-sabar menanti sejak dari tadi lagi. Wah ! Menyumpah sungguh si PM itu sambil menuduh bahawa bangsa penjajahnya adalah bangsa penipu. Kedai di mana peti TV berkenaan dibeli, telah menipu beliau hidup-hidup, kata orang Penang. Beliau tak dapat menerima hakikat bahwa beliau telah ditipu kerana beliau ialah seorang PM. Mana mungkin seorang yang berpangkat PM boleh tertipu dengan begitu mudah. Tertipu membawa implikasi bodoh kerana hanya orang yang bodoh sahaja mudah tertipu. Mana mungkin PM seorang yang bodoh kerana orang bodoh tak akan layak menjadi seorang PM. Itulah leteran si PM dalam hatinya.

Direngkaskan lagi cerita, kerana tak tahan dengan perasaan malu yang teramat sangat kepada rakan-rakan menteri dan semua rakyat jelata yang hazir pada ketika itu, maka si PM langsung menghilangkan diri. Berita kehilangan beliau heboh di seluruh negara berkenaan. Ini membesarkan lagi “kemaluan” si PM tersebut. Maka lebih menjauhkan diri lagilah si PM itu dari dijejaki. Kononnya, beliau telah berhijrah ke negara lain bagi menghilangkan kemaluannya itu. Namun, selang beberapa tahun kemudian beliau pun kembalilah semula ke negara asalnya itu dengan senyap-senyap. Setibanya di kampung halamannya, maka mantan PM tersebut pun masuk ke rumah asalnya. Bila beliau masuk ke ruang tetamu di rumahnya itu, maka terpandanglah beliau kepada sebuah peti TV yang sedang menayangkan gambar yang berwarna warni. Agak terpegun juga beliau. Terpegun bukan kerana diluar sana belum ada peti TV yang berwarna warni. Tetapi beliau hairan kerana peti TV tersebut adalah peti TV yang sama yang beliau bawa balik dari negara penjajahnya beberapa tahun dahulu. Peti TV itulah yang memalukannya dengan amat sangat satu ketika dahulu, hingga sampai kini pun beliau masih belum sanggup menunjuk wajahnya kepada rakyat negaranya.

Kemudian beliau naik pula ke kamar tidurnya di tingkat atas. Peti TV lamanya masih ada di atas meja yang sama di penjuru ruang kamarnya itu. Beliau lantas meng”on”kan peti TV tersebut. Sekali lagi beliau hairan kenapa gambar yang terbit di skrin peti TV tersebut tidak pula berwarna warni seperti peti TV yang di ruang tetamu di tingkat bawah itu. Mulai dari situ barulah mantan PM tersebut sedar bahawa dirinya itu sebenarnya adalah jahil tentang sistem komunikasi. Ketika membawa balik peti TV berwarna beberapa tahun dahulu, stesyen pemancar TV di negaranya ketika itu belum mampu menghantar gambar berwarna seperti sekarang. Oleh sebab itu peti TV yang di ruang tetamu di tingkat bawah itu tidak dapat menayangkan gambar yang berwarna warni pada masa itu. Tetapi sekarang ini sistem pemancaran TV di negaranya telah canggih, maka gambar berwarna warni telah mampu dipancarkan. Namun begitu, bagi peti TV yang di dalam kamar tidurnya itu, ia tetap menerbitkan gambar hitam putih kerana sistem penerimaannya (reception) tetap tidak mampu menerima gambar berwarna warni seperti TV-TV sekarang.

Berdasarkan cerita menteri yang gopoh tersebut, maka dapatlah Acik bayangkan satu kemungkinan yang telah berlaku dalam isu dasar PPSMI itu. Kemungkinan apakah itu ?

Acik percaya bahawa semasa dasar PPSMI di gubal dulu, kajian mungkin tidak dibuat. Jika ia dibuat sekalipun, ia tidak dibuat dengan teliti dan berhati-hati. Sepatutnya sebelum sesuatu dasar nak diterimapakai, ia mestilah terlebih dahulu dikaji dengan cara yang komprehensif, tanpa tergesa-gesa. Samalah seperti hendak menjayakan sesuatu projek. Ia mesti dimulai dengan kajian “feasibility”. Faktor “feasibility” terbahagi kepada beberapa aspek. Yang penting ialah dari aspek teknikal. Pengkaji akan lihat samada projek itu bercanggah ataupun tidak dengan hukum alam atau sunnatullah. Jika ia bercanggah, maka projek tersebut akan digugurkan serta merta. Contohnya, projek bagi mencipta nyawa palsu. Tujuan mencipta nyawa palsu itu ialah untuk dimasukkannya ke dalam robot agar robot boleh hidup macam maknusia tulin. Kalau projek semacam nilah, Acik akan siang-siang lagi nasihatkan supaya tak payah merepet dan membuang umurlah. Quran dah beritahu kita semua sejak 1400 tahun dulu lagi bahawa maknusia tak akan dapat mencipta nyawa. Apakah kita tak yakin kepada kebenaran fakta dalam Quran ?

Acik taklah mendakwa bahawa dasar PPSMI mustahil dijayakan seperti mustahil bagi projek mencipta nyawa di atas. Namun, jika diambil kira faktor-faktor yang sedia wujud di negara Malaysia khususnya, Acik yakin PPSMI tidak akan berjaya mencapai objektifnya. Sebaliknya ia akan merugikan negara amnya dan orang-orang Melayu khususnya pada jangka masa yang panjang. Ini kerana faktor-faktor yang diperlukan sebagai ramuan bagi menjayakan dasar PPSMI tidak semuanya wujud. Faktor yang sedia wujud pula belum mencukupi dari aspek kuantiti maupun kualiti. Sedangkan berdasarkan sunnatullah, usaha bagi menyediakan ramuan-ramuan secukupnya hampir mustahil direalisasikan. Ia umpama nak membuka ladang epal di Malaysia secara komesial bagi tujuan mengeluarkan cuka epal untuk pasaran eksport. Walaupun sekirannya projek seumpama ini masih tak mustahil 100% dilaksanakan tetapi berbaloikah ? Apa gunanya jika yang untungnya secupak, sedangkan ruginya segantang.

Di sini Acik ingin menarik perhatian pembaca semua tentang satu hukum alam yang perlu kita fahami. Dalam terjemahan Al-Quran surah 36 ayat 36 Allah menyatakan, “Maha Suci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik daripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan daripada diri mereka sendiri, mahupun daripada apa yang tidak mereka ketahui”. Pasangan bagi faktor “transmission” ialah “reception”. Bila kedua-dua faktor ini dicantumkan maka barulah ia akan menghasilkan komunikasi. Ini juga termasuk dalam hukum alam atau sunnatullah yang dinyatakan dalam ayat Quran tersebut. Faktor “transmission” dan “reception” bukan sahaja perlu wujud bagi menghasilkan komunikasi, malah kedua-dua faktor tersebut mesti diserasikan antara satu dengan yang lain. Tanpa keserasian tersebut maka tak mungkin akan berlaku komunikasi. Bolehkah kita nafikan hukum alam yang ditetapkan oleh Allah ini ? Hanya orang yang jahil saja yang berkata “boleh”.

Dalam aktiviti pembelajaran, guru bolehlah dianalogikan sebagai faktor “transmission” manakala murid pula ialah faktor “reception”. Bahasa yang digunakan guru adalah ibarat gelombang (wave). Jika gelombang yang dihantar oleh guru ialah gelombang “Inggeris” maka murid pula mesti ada kemampuan khusus bagi menyerap gelombang “Inggeris” tersebut. Inilah yang dinamakan keserasian antara penghantaran (transmission) dan penerimaan (reception). Dalam aktiviti pembelajaran, kedua-dua faktor tersebut (transmission & reception) mesti serasi baru proses komunikasi dapat berlaku. Jika tidak ada keserasian maka tidak mungkin komunikasi boleh berlaku. Tanpa komunikasi maka tiadalah boleh berlaku pembelajaran. Orang kampung yang tak pernah bersekolah pun boleh faham dengan analogi, “umpama itik bercakap dengan ayam”. Si itik dengan bahasa itiknya, manakala si ayam dengan bahasa ayamnya.

Dalam pelaksanaan dasar PPSMI kita boleh nampak sendiri bahawa keserasian tersebut tidak wujud ataupun wujud tapi tahapnya belum cukup. Guru menyampaikan ilmu dalam bahasa Inggeris kepada murid, sedangkan murid-murid belum bersedia atau belum ada kemampuan menerima (kerana belum mahir berbahasa Inggeris) ilmu yang disampaikan guru. Jadi macam mana proses pembelajaran akan boleh berlaku. Andai kata murid sudah pun pandai berbahasa Inggeris sedangkan gurunya masih terkial-kial cuba menyampaikan sesuatu dalam bahasa Inggeris, itu pun akan menjadi masaalah juga. Murid akan memperlekehkan guru dan guru pula merasa malu untuk meneruskan pengajaran. Jadi kenapa kita mahu teruskan lagi dasar PPSMI yang boleh menimbulkan masaalah hubungan antara murid dan guru itu ? Realiti yang ada di dalam negara Malaysia ketika PPSMI mula dilaksanakan ialah kedua-dua faktor tersebut adalah masih belum wujud atau pun terlalu lemah. Guru sebagai “transmitter” yang lemah, manakala murid-murid pula sebagai “receiver” pun lemah.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa bagi menghasilkan ramai Saintis di masa hadapan maka usaha mestilah dimulakan seawal mungkin. Lagi awal lagi baik. Oleh itu dasar PPSMI adalah usaha yang dianggap sangat relevan dan praktikal. Mengikut persepsi pihak yang mencetuskan dasar PPSMI tersebut, ilmu Sains dan Matematik memerlukan bahan rujukan yang banyak. Bahan rujukan dalam bahasa Melayu kononnya amat terhad. Bila seorang pelajar yang belajar mata pelajaran Sains dan Matematik telah mencapai suatu tahap yang agak tinggi, maka beliau mahu ataupun tidak, akan terpaksa mendapatkan ilmu Sains dan Matematik dari sumber yang didokumentasikan dalam bahasa Inggeris. Di sini pelajar berkenaan akan mula menghadapi masaalah besar jika beliau kurang mahir berbahasa Inggeris. Jadi bukankah lebih baik memulakan usaha melengkapkan diri sejak dari darjah satu lagi ?

Seimbas pandang dari jauh, hujah di atas memang nampak sangat rasional. Namun bila mendekatinya, hakikatnya tidak pula berlaku begitu. Umpama melihat sebuah bukit yang jauh. Nampaknya biru. Tapi bila mendekati baru tahu rupa-rupanya hijau. Faktor awal memulakan sesuatu usaha sebenarnya tidak menjamin bahawa kejayaan akan lebih cepat dicapai. Beberapa tahun dahulu Acik secara kebetulan bertemu dengan seorang rakan sesekolah (school mate). Beliau menjadi seorang penjaga pakir (medan letak kereta). Pada hal semasa Acik baru masuk ke sekolah aliran Inggeris dahulu, beliau telah enam tahun berada di dalam aliran Inggeris. Dah pandai “speaking” pun. Namun, apa yang Acik dah berjaya capai hingga sekarang adalah jauh mengatasi apa yang beliau mampu capai. Tetapi apa yang dah Acik capai, masih tersangat rendah jika dibandingkan pula dengan seorang sepupu kepada isteri Acik. Beliau ini telah bersara sebagai seorang Professor penuh di fakulti perubatan, UKM. Professor ini belajar di aliran Melayu dari darjah satu hingga tamat ijazah pertama. Kemudian baru mengikuti aliran Inggeris ketika di peringkat Sarjana dan PhD. Acik juga dimaklumkan oleh seorang individu bahawa Naib Canselor Universiti Tun Hussain Onn sekarang ini juga boleh dijadikan sebagai contoh kedua. Individu tersebut pernah tinggal serumah dengan Naib Canselor tersebut semasa mereka sama-sama belajar di England dahulu. Kedua-dua “academician” ini terbukti lebih berjaya berbanding dengan begitu ramai pelajar-pelajar Malaysia yang lebih awal mahir berbahasa Inggeris. Oleh itu faktor awal dan lewat memulakan sesuatu usaha bukanlah satu-satunya faktor asas yang menentukan kejayaan ataupun kegaglan usaha tersebut bagi mencapai objektifnya.

Andainya kerajaan kita masih taksub dengan faktor awal, kenapa pula dalam masa yang sama tidak galakkan pelajar-pelajar berlatih berpolitik ketika masih di universiti lagi. Bukankah jika mereka lebih awal belajar berpolitik maka lebih awallah mereka akan mahir berpolitik. Kita amat memerlukan pemimpin-pemimpin politik yang benar-benar berkalibar. Bukan sekadar macam yang sedia ada sekarang ni. Malangnya, kerajaan bukan sekadar tidak menggalak, malah menghalang pula pelajar-pelajar dari berpolitik. Akta yang dinamakannya AUKU dicipta khusus bagi mengekang pelajar-pelajar supaya tidak berpolitik. Tetapi ironinya kursus Sains Politik masih terus diajar di universiti. Dan dalam masa yang sama diwar-warkan untuk mewujudkan rakyat yang celik politik sejajar dengan sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan di negara kita sejak merdeka lagi.

Selingan: Sebenarnya dalam sistem pemerinthan demokrasi, setiap ahli politik adalah diiktiraf sebagai penyumbang positif kepada penambahbaikan kualiti pentadbiran negara. Samada dia berada bersama-sama parti yang memerintah, maupun di sebelah parti pembangkang. Tanpa parti pembangkang maka tidaklah boleh dinamakan ia kerajaan demokrasi. Tambahan pula perlembagaan negara sendiri mengizinkan semua warga negara Malaysia berpolitik.Pelajar-pelajar pun tidak terkecuali.

Acik sendiri rasa pelik dengan sikap kerajaan kita yang tidak “consistent”. Kerajaan yang sama sedang paksa rakyat cepat-cepat mula belajar bahasa Inggeris kerana percaya bahawa dengan cara itu saja rakyat akan cepat pandai berbahasa Inggeris. Tapi dalam aspek politik pula kerajaan yang sama juga tidak percaya pula bahawa dengan cepat mula belajar berpolitik maka rakyat akan cepat celik politik. Bukankah ini satu sikap yang takconsistent” dan “double standard” namanya ?

Jika kita rajin perhati tanda-tanda isyarat jalan raya (road signs) yang tak “consistent” maka itu adalah manifestasi sifat kerajaan yang memerintah negara kita sekarang. Contohnya, di satu simpang berlampu isyarat, jika anda berada di lorong kanan maka anda masih boleh berjalan terus ke hadapan. Tetapi di satu lagi simpang yang tidak berapa jauh dihadapannya pula, jika anda berada di lorong kanan maka anda wajib belok ke simpang kanan. Sedangkan anda ingin terus ke hadapan. Tidak kelirukah rakyat dengan tanda-tanda isyarat jalan yang tak “consistent” itu? Agaknya, itu adalah salah satu faktor penting yang menyumbang kepada jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi di Malaysia.Namun ironinya, statistik yang dikemukakan oleh pihak PDRM mendakwa bahawa kadar kemalangan jalanraya dan jenayah semakin menurun.

Jika faktor awal dan lewat bukanlah faktor penting yang menentukan kejayaan seseorang itu dalam usahanya mendapat sesuatu kemahiran, maka faktor apakah yang penting ?

Sekarang Acik ingin pula menarik perhatian pembaca tentang satu lagi hukum alam iaitu hukum “form and substance”. Ia adalah hasil gabungan dua faktor iaitu faktor sifat atau bentuk (form) dan faktor zat (substance) bagi menghasilkan satu keupayaan. Contohnya ialah sebilah pisau. Keupayaan pisau ialah memotong. Keupayaan memotong boleh dihasilkan bila suatu bahan (iaitu besi) diolah menjadi bentuk sebilah pisau. Besi adalah zat (substance) yang berpotensi untuk memotong, manakala pisau ialah sejenis bentuk (form) yang dipakaikan kepada besi. Kedua- dua faktor tersebut adalah sama-sama penting bagi menghasilkan keupayaan memotong.

Jika besi tersebut adalah besi yang berkualiti tinggi, maka keupayaan memotong yang boleh dihasilkan oleh pisau tersebut adalah cemerlang. Namun pisau dari besi berkualiti sekali pun, jika tidak diasah hingga tajam, maka pisau tersebut tidak juga mampu memotong dengan baik. Lebih baiklah pula pisau yang dibuat dengan bahan lain. Misalnya pisau yang diperbuat daripada kayu. Sekurang-kurangnya ia boleh juga memotong dengan baik objek-objek lembut seperti kek, agar-agar, tepung talam dan seumpamanya. Ya, selain besi, kayu dan juga bahan-bahan lain pun boleh dibuat pisau. Tetapi berbezanya pisau dari bahan-bahan tersebut dengan pisau daripada besi ialah ia tidak akan mampu berfungsi sehebat pisau besi. Keupayaan memotong oleh pisau bukan besi tersebut adalah amat terhad seperti yang Acik baru sebut di atas.

Murid-murid sekolah bolehlah dianalogikan sebagai bahan yang akan digunakan bagi membuat pisau. Sistem pendidikan (termasuk guru) adalah umpama kilang yang akan memproseskan bahan tersebut hingga menjadi pisau yang paling sempurna sifat atau bentuknya. Murid-murid yang dianugerahi Allah potensi yang tinggi adalah umpama besi yang berkualiti tinggi. Sebaliknya murid-murid yang kurang berpotensi adalah umpama kayu. Dari segi sunnatullah, besi akan mampu menghasilkan pisau yang berkualiti. Manakala kayu, walaupun masih mampu dibentuk menjadi pisau, namun keupayaannya memotong tidak akan setanding dengan pisau besi.

Hukum “form and substance” ini perlu difahami baik-baik oleh semua kita. Tanpa memahaminya kita tidak mungkin akan bertindak adil dalam banyak perkara. Seorang ibu misalnya, telah meletakkan suatu harapan yang terlalu tinggi kepada salah seorang dari anak-anaknya. Misalnya untuk menjadikan anak tersebut seorang doctor perubatan. Sedangkan anak itu adalah anaknya yang paling rendah potensinya berbanding dengan anak-anaknya yang lain. Pasti sakit jiwa si anak tersebut dibuatnya. Silap-silap haribulan, bukan anak tersebut yang merawat pesakit, sebaliknya dia pula yang menjadi pesakit otak. Pokoknya, cita-cita ibu yang murni itu tidak akan kesampaian.

Berbalik kita kepada isu dasar PPSMI, potensi yang Allah anugerahkan adalah amat berbeza antara seorang murid dengan yang lain. Tindakan menggolongkan semua murid di seluruh Malaysia ke dalam satu kategori atau satu bakul yang sama, adalah satu kerja yang bebal dan bodoh. Ia adalah satu bentuk penafian terhadap hukum alam atau sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Penafian terhadap mana-mana hukum alam tidak akan dibuat melainkan oleh orang yang terlalu jahil ataupuan terlalu angkuh. Punca sebenar yang menghalang maknusia dari maju ke hadapan ialah sikap tidak menerima ketetapan Allah seadanya. Malah lebih teruk lagi apabila cuba pula melakukan sesuatu yang bercanggah dengan mana-mana hukum alam. Mengubah perjalanan jam (supaya lebih cepat ataupun lebih lewat) dari sedia ada, mungkin boleh diambil sebagai satu contoh (walaupun contoh yang agak kurang tepat) penafian terhadap hukum alam (jeografi).

Berdasarkan realiti semasa, potensi anak-anak Melayu kita di kampung-kampung dalam aspek pelajaran adalah rata-rata masih jauh ketinggalan jika dibanding dengan mereka yang di bandar. Kenapa masih demikian ? Bagi Acik, ini adalah manifestasi kegagalan UMNO membela orang-orang Melayu yang majoritinya masih tinggal di kampung. Acik tak cadang nak bincang lebih lanjut tentang ketinggalan orang-orang Melayu kampung di sini kerana ia memerlukan satu sessi lain. Cuma yang ingin Acik tegaskan ialah anak-anak Melayu kita di kampung-kampung memang belum mampu menerima sebarang ilmu kecuali jika disampaikan dalam bahasa ibundanya iaitu bahasa Melayu. Jika sekarang pun mereka masih belum mampu, bagaimana ketika dasar PPSMI mula dilaksanakan dengan tergopoh gapah dalam tahun 2003 dahulu. Kerana inilah maka APcik labelkan dasar PPSMI sebagai dasar yang gopoh.

Sebagai seorang anak Melayu yang sayangkan bahasa ibundanya, Acik turut peka dan prihatin terhadap isu PPSMI sejak awal-awal lagi. Acik dari awal-awal lagi amat curiga atau “skeptical” terhadap dasar tersebut. Soalan pertama yang terlintas di fikiran Acik ialah tentang kemampuan. Adakah mampu guru-guru yang selama ini mengajar dalam bahasa Melayu, tiba-tiba di”paksa” mengajar dalam bahasa Inggeris. Ini kerana kebanyakan guru berkenaan, sejak dari sekolah rendah hingga tamat pengajian di universiti tidak biasa diajar ataupun belajar apa-apa matapelajaran dalam bahasa Inggeris.

Soalan kedua ialah logikkah murid-murid yang baru nak berkenalan dengan bahasa Inggeris telah di”paksa” belajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Lebih lucu lagi bila dasar yang sama dilaksanakan juga di sekolah orang Asli seperti Sekolah Kebangsaan Pos Brooke (Lojing, Gua Musang, Kelantan). Memanglah tak 100 % mustahil bahawa ada guru dan murid yang mampu mengajar dan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Tetapi berapa peratuskah yang tergolong dalam kategori ini. Mungkin tak sampai lima peratus pun jika diselidiki dengan jujur dengan menggunakan fakta-fakta yang tulin. Jika yang digunakan adalah fakta-fakta yang telah dimanipulasikan, memangkan kebenaran ini tidak akan diperolehi.

Acik sendiri telah belajar dalam bahasa Inggeris sejak dari tingkatan satu (1966) hingga ke universiti (1973-77). Tapi masih tidak berani mendakwa sudah mahir berbahasa Inggeris. Jadi macam mana pula guru-guru yang dilatih selama tempoh beberapa bulan saja akan mampu menyampaikan pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Itu tentang kemampuan guru-guru. Bagaimana pula dengan murid-murid ?

Murid-murid yang baru masuk darjah satu, bahasa ibunda sendiri pun belum benar-benar mahir. Ini dah nak diajar pula dalam bahasa yang asing bagi mereka. Begitu juga dengan murid-murid yang baru tamat darjah 6 sekolah rendah. Di sepanjang tempoh 6 tahun persekolahan mereka iaitu dari darjah satu hingga darjah enam, mereka semua diajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Dengan kata lain, selain mata pelajaran Bahasa Inggeris, semua mata pelajaran lain adalah diajar dalam bahasa yang mereka fahami. Tiba-tiba masuk saja ke tingkatan satu, diajar dalam bahasa yang mereka kurang faham pula. Sebab apa boleh berlaku demikian ? Mereka sendiri pun ramai yang tak faham kenapa. Ini satu kejutan budaya bagi mereka yang pasti membantutkan kemajuan mereka dalam subjek Sains dan Matematik.

Namun kita selalu dengar dakwaan lepas dakwaan yang mengatakan bahawa dasar PPSMI tidak menjejas malah meningkatkan pencapaian murid dalam dua mata pelajaran penting tersebut. Acik berhak untuk tidak percaya 100 % kepada dakwaan tersebut berdasar beberapa faktor. Pertama dari logik akal Acik sendiri, dakwaan tersebut tidak masuk akal. Ketika murid-murid diajar mata pelajaran tersebut dalam bahasa yang masing-masing faham, itu pun majoriti dari mereka merasa susah untuk memahami subjek tersebut. Tiba-tiba bila diajar dalam bahasa yang mereka kurang faham pencapaiannya boleh meningkat. Peribahasa Melayu ada mengatakan, “sedangkan bah kapar tak hanyut, ini kan pula kemarau panjang”. Maksudnya ialah jika sekiranya dalam keadaan yang kondusif pun sesuatu perkara itu tidak berlaku, bagaimana dalam keadaan sebaliknya perkara tersebut boleh berlaku.

Faktkor kedua, Acik juga berhak untuk tidak percaya 100% bahawa dakwaan tersebut adalah hasil dari maklumat yang jujur lagi sahih. APcik tahu bahawa ramai guru-guru bagi subjek Sains dan Matematik yang tidak mengajar dalam bahasa Inggeris seperti yang diwajibkan. Namun bila ditanya kepada mereka tentang dasar PPSMI masing-masing tidak berani memberi fakta yang sebenarnya kerana takut kepada implikasinya. Jika mereka dengan jujur memberi fakta yang sebenarnya, mungkin keselamatan mereka akan terancam. Jika kejujuran mereka membawa kepada pemansuhan segera dasar tersebut rakan-rakan mereka akan kehilangan ganjaran 10% (dari gaji pokok) sebagai elaun PPSMI.

Pendek kata, rata-rata mereka tak berani bersuara menentang dasar tersebut. Ini kerana ia boleh ditakrifkan sebagai engkar perintah yang boleh mengundang mala petaka. Lebih-lebih lagi guru-guru yang sedar bahawa dirinya telah dikenalpasti sebagai bukan penyokong tegar parti pemerintah. Dalam keadaan dimana jika menjadi menyokong akan dapat “lobak/carrot” (elaun PPSMI 10%), jika sebaliknya akan menerima “ranting kayu/stick” (dituduh engkar perintah), maka lebih baiklah “menyokong !” walaupun secara berpura-pura.

Di sini Acik nak ucapkan syabas kepada guru-guru yang berani mengaplikasikan strategi Tun Perak. Dalam sejarah Melaka, (dapatkan dalam https://4uni2c.com/2012/11/29/strategi-tpm-tun-perak-melaka/ )Tun Perak masyhor sebagai seorang Bendahara yang terbilang. Apabila raja memerintahkan beliau menjalankan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah, beliau tidak terus dengan gopoh melaksanakan perintah baginda. Beliau tak gopoh macam PM sebuah negara di benua Afrika yang Acik ceritakan dalam CEREKANA (CErita REKaan ANAlogi) di atas. PM tersebut gopoh ketika hendak membeli peti TV berwarna di negara bekas penjajahnya itu. Kemudian sekali lagi dengan gopoh pula nak mempamirkan peti TV tersebut sebaik tiba di lapangan terbang di negaranya. Orang “test”lah dulu !

Sebaliknya Tun Perak menyembunyikan sahaja Hang Tuah di Hulu Melaka. Beliau tahu bahawa raja telah bersikap gopoh memutuskan hukuman mati itu terhadap Hang Tuah. Tun Perak yang berfikiran waras dan panjang itu tidaklah pula turut gopoh (macam bossnya) melaksanakan keputusan tersebut.

Mujur juga kita ada guru-guru Sains dan Matematik yang berani dan cerdik macam Tun Perak tu. Kalau tidak, entah apa dah jadi dengan kebanyakan anak-anak Melayu kita di kampung. Allah jualah yang Mahatahu, bukannya Maha-tiri ataupun Maha-tiru. Mungkin mengira campur dan tolak pun majoritinya belum mahir walaupun dah tamat darjah enam. Justeru itu marilah kita sama-sama ucapkan syabas dan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru-guru tesebut.

Pertama kerana mereka benar-benar tahu memilih antara yang buruk dengan yang lebih buruk. Tidak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah buruk kerana tidak mematuhi perintah yang diwajibkan ke atas mereka. Namun yang lebih buruk ialah membuat kerja yang merugikan anak bangsa sendiri, semata-mata kerana arahan, iaitu taat secara membuta tuli atau membabi buta. Sedangkan yang akan menanggung akibat buruk jangka panjang nanti ialah murid-murid anak bangsa sendiri. Samalah macam perintah raja Melaka kepada Tun Perak supaya Hang Tuah dibunuh. Apa akan terjadi kepada rakyat Melaka ketika itu jika sekiranya Hang Tuah telah dibunuh oleh Tun Perak seperti diperintahkan raja.

Nanti ada pula yang akan menyalahkan guru-guru yang bersikap“Tun Perak” itu sebagai punca kenapa dasar PPSMI gagal. Bagi Acik nak jawab hujah tersebut senang saja. Masing-masing kita tahu berapa panjangkah tangan kita. Jika disuruh kita memeluk gunung perlukah kita berusaha, sekali pun sekadar mencuba saja ? Tak kiralah walaupun yang mengarahkan itu ialah orang nombor satu dalam era semasa. Firaun pun orang nombor satu juga, tapi dalam era pemerintahannyalah. Namun, adakah perintah Firaun yang zalim itu ditaati semuanya oleh Nabi Musa ? Demikianlah juga jika arahan tersebut datang dari pemimpin yang kadang-kadang sedar kadang-kadang tidak. Ingat kut tak sedar tu sebab dia ngantok, tapi rupa-rupa dia nyanyok. Kepada pengarah yang demikian, Acik cuma akan kata, “niat di hatiku nak peluk gunung, apakan daya tanganku tak sampai”. Kalau dia masih tak percaya kepada Acik, silalah dia ukur sendiri. Macam kata abu Nawaslah kepada sesiapa yang tak percaya bahawa lokasi yang dikenalpastinya sebagai pusat bumi itu adalah pusat bumi sebenar, maka “silalah sukat !

Guru-guru kita semuanya tahu akan tahap kemampuan yang telah dianugerahkan Allah kepada masing-masing. Malangnya ada juga di antara mereka yang agak takabbur. Orang yang takabbur ialah orang yang susah menerima hakikat bahawa dirinya lemah, malah tak berani mengakui kelemahan dirinya. Dia dengan mudah mendakwa ini boleh, itu pun boleh. Tak ada yang tak boleh. Pada hal hakikatnya ialah, ada yang boleh tetapi banyak juga yang tak boleh. Bila orang macam ni diangkat menjadi ketua, itu yang menyusahkan orang-orang bawahan. Perkara yang dikatannya boleh, sebenarnya dia sendiri pun belum pernah buat. Namun jika anak buahnya kata tak boleh, dia pula kata anak buahnya tu nak cuba mengelat. Seterunya katanya lagi, “jika hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh”. Itulah akibatnya jika terlalu taksub kepada teori motivasi. Bukan Acik tak percaya langsung kepada motivasi. Tapi janganlah sampai begitu taksub hingga perkara yang mustahil dari segi sunnatullah pun nak dibolehkan juga. Contohnya, mengharapkan guru yang sangat lemah berbahasa Inggeris akan pandai berbahasa Inggeris selepas menghaziri kursus selama tiga bulan sahaja. Sedangkan maknusia biasa mengambil masa bertahun-tahun baru boleh mahir.

Acik percaya mereka yang membuat dasar PPSMI itu juga tidak betul-betul faham bagaimana sistem pendidikan berfungsi. Serupa macam PM yang digambarkan dalam kisah “Menteri yang gopoh” di atas yang sebenarnya tidak tahu bagaimana sistem komunikasi negaranya berfungsi. Jika mereka yang membuat dasar PPSMI tersebut benar-benar faham mekanisma dalam sistem pendidikan negara Malaysia khususnya, necaya tidak akan wujud dasar PPSMI. Dasar PPSMI itu adalah bertujuan melahirkan rakyat yang rata-rata mahir berbahasa Inggeris. Bukan sekadar itu sahaja, malah disasarkan agar ramai dari anak-anak Malaysia akan berdaya saing untuk menjadi saintis bertaraf global. Malangnya setelah sekian lama ia dilaksanakan, apa yang berjaya dicapai tidak banyak yang boleh dibanggakan. Itu sebabnya maka dasar tersebut ditentang habis-habisan oleh perbagai pihak. Hatta ditubuhkan suatu gerakan yang dinamakan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Terkini timbul pula satu lagi kumpulan baru yang dinamakan PAGE (Parent Action Group for Education). Kumpulan ini mendesak supaya dasar PPSMI diteruskan. Acik tidak hairan wujudnya kumpulan yang berpandangan sedemikian. Jika ditanya kepada ibu bapa di kampung yang tidak tahu menulis dan membaca, mereka juga akan mudah bersetuju supaya anak-anak mereka diajar dalam bahasa Inggeris. Malah ramai yang bersyukur kerana anak-anak mereka berpeluang belajar dalam bahasa Inggeris. Ini kerana mereka dulu pun teringin juga untuk pandai berbahasa Inggeris tapi tidak pernah mendapat peluang keemasan seperti yang “dinikmati” oleh anak-anak mereka sekarang.

Mereka ini pun macam PM yang gopoh dalam CEREKANA di atas. Mereka mungkin langsung tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di sekolah yang melibatkan anak-anak mereka. Mereka lebih tahu apa yang dijaja dan dijanji oleh pemimpin-pemimpin parti politik yang menjadi idola mereka. Yang dijaja dan dijanji itu tak lain tak bukan ialah bahawa dasar PPSMI adalah demi untuk masa depan anak-anak mereka. Kononnya PPSMI akan membolehkan anak-anak mereka meneruskan pelajaran mereka hingga ke luar negara. Samada anak mereka itu “besi” kah atau “kayu” kah, itu langsung tak terfikir oleh mereka. Takut-takut kemampuan anak mereka adalah lebih rendah dari kawan Acik yang menjadi penjaga pakir tu. Lebih malang lagi jika dasar PPSMI menyebabkan anak-anak mereka langsung tak mahir mengira campur dan tolak. Abang-abang dan kakak-kakak mereka boleh juga mengira campur dan tolak dengan baik walaupun buta Bahasa Inggeris.

Gambaran yang berbeza hanya akan dapat diperolehi jika ditanya kepada guru-guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik. Jangan hanya tanya kepada guru-guru ini bagaimana susahnya mereka untuk menyampaikan ilmu tersebut dalam bahasa Inggeris. Tapi tanyalah mereka adakah murid-murid yang diajari mereka itu lebih berminat belajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ataupun dalam bahasa ibunda mereka. Jika rata-rata murid-murid tidak berminat belajar dalam bahasa yang mereka tak faham, apa usaha yang telah dilakukan untuk membuat mereka berminat. Kepada guru-guru bolehlah juga digula-gulakan dengan elaun PPSMI 10% agar mereka berminat untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Tapi kepada murid-murid ?

Sebagai ayah kepada 10 orang anak, Acik sendiri pun turut pening ketika memikirkan kaedah yang praktikal lagi berkesan untuk memberi minat kepada anak-anak sendiri supaya mereka terus mengikuti subjek Sains dan Matematik. Kalau sekadar untuk beri minat agar mereka rajin datang ke sekolah, itu taklah susah sangat. Tapi nak buat supaya mereka berminat belajar subjek yang mereka tak faham apa yang cikgu ajar, memang tenggelam punca bagi semua ibu bapa macam Acik ni. Entahlah kut kut ada ibu-bapa ibu-bapa lain yang ada fomula masing-masing agar kita semua dapat kongsi bersama.

Bagi Acik faktor minat memang tersangat penting. Jika kita bejaya meningkatkan minat murid terhadap sesuatu subjek, ia adalah merupakan satu dari tanda-tanda kejayaan boleh dicapai. Itu baru tanda-tandanya saja. Kejayaan sebenar yang ingin dicapai adalah masih jauh. Masih memerlukan usaha berterusan oleh murid-murid dan guru. Jika kita tak mampu untuk meningkatkan minat tersebut, janganlah pula melakukan sesuatu yang boleh menyusutkan minat tersebut. Tapi yang Acik dapat lihat, apa yang telah berlaku akibat perlaksanaan dasar PPSMI sejak 2003, itulah dia. Majoriti murid-murid hilang minat terhadap subjek Sains dan Matematik. Mahu tak mahu, guru-guru yang waras dan peka terhadap nasib masa depan murid-muridnya terpaksa juga mengajar dalam bahasa yang murid-muridnya faham demi mengekalkan minat mereka. Rasa-rasa Acik, umur budaya Mat Rempit itu kalau tak sebaya pun mungkin muda sikit saja dari umur dasar PPSMI. Takut-takut, budaya Mat Rempit adalah salah satu dari produk sampingan dasar PPSMI. Kata orang statistik ada “correlation” antara kedua-dua faktor tersebut. Cubalah buat kajian, mana tahu !

Mungkin ada yang akan kata dan bertanya kepada Acik , “mengkritik dasar PPSMI saja tak akan membawa kita ke mana-mana. Yang penting ialah apakah usaha alternatif yang anda sendiri dah buat bagi meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris seperti yang ingin dihasilkan oleh dasar PPSMI ?”

Mengharapkan agar insan kerdil macam Acik ni berusaha untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan seluruh rakyat Malaysia, maka itu tentulah tidak mampu atau mustahil bagi Acik melakukannya. Cuma yang Acik telah usahakan ialah menentukan supaya semua anak-anak Acik berjaya mencapai satu tahap sederhana dari segi kemahiran berbahasa Inggeris. Alhamdulillah, kalau pun tak semua mereka berjaya skor gred A bagi subjek Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM, namun sekurang-kurangnya setiap mereka telah berjaya skor gred A dalam UPSR dan PMR masing-masing.

Hasrat Acik memanglah untuk memastikan supaya kesemua mereka berjaya skor gred A dalam SPM, selain PMR dan UPSR, tapi apakan daya, tiada kemampun. ”Niat di hati memang nak ku peluk gunung, tetapi apakan daya tanganku tak sampai”. Maklumlah, bukan kesemua 10 orang anak Acik tu terdiri dari “besi waja” belaka. Rupa-rupaya ada juga “kayu Petai”. Itu sebabnya Acik tak sokong dasar PPSMI diteruskan. Lainlah dengan anak-anak orang PAGE. Anak-anak mereka semua itu adalah “besi-besi waja” belaka.

Sebelum mengundur diri, ada sikit lagi yang Acik nak sebut. Jika dirujuk balik kepada kisah menteri yang gopoh di atas, Acik rasa rakyat negara Afrika berkenaan lebih bernasib baik juga. Ini kerana mantan PM mereka tu adalah seorang yang ada “kemaluan”. Sebab tu beliau cepat-cepat “belah” meninggalkan jawatan PMnya bila terbuat satu kerja bodoh. Kalau di negara kita ni, entahlah apa yang akan terjadi ! Maklumlah, yang dah nyanyuk pun masih nak duk tunggu tangtu juga. Yang dah istihar pencen pun masih lagi nak menyebok lagi. Silap-silap langkah bukan menjadi pembantu, sebaliknya sebagai “sokong membawa rebah”. Wallahualam.

@OPajar #11Z01

Pengarang :

Nama: Abd Jalil b Abd Rahman K/P : 520919-07-5307

Pengarang ialah seorang OP (Orang Pencen). Beliau pernah bekhidmat di bawah Tan Sri Dato’ Hj. Ambrin Buang (Ketua Audit Negara). Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam (Butterworth), Sekolah Menengah St. Mark’s (Butterworth), Maktab Tentera Diraja & Universiti Malaya. Juga pernah mengikuti kursus di Institiut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Penn State University (Amerika Syarikat) dan Asian Institute of Management (AIM), Manila (Filipina) dan UiTM Shah Alam. Pernah tinggal di Pulau Pinang, Lembah Kelang (Selangor), Kota Bharu (Kelantan), Kemubu (Kuala Krai, Kelantan), Lojing (Gua Musang, Kelantan) dan Cameron Highlands (Pahang). Isteri ialah seorang bekas guru bahasa Inggeris yang pernah terlibat secara aktif bagi menjayakan perlaksanaan dasar PPSMI. Beliau pernah mengajar di sekolah-sekolah pendalaman, Sekolah Anak-anak Orang Asli dan di sekolah-sekolah bandar termasuk Sek.Keb. Convent, Cameron Highlands.

**********************

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

Dari ABIM

https://malaysiadateline.com/tiada-data-ppsmi-beri-kelebihan-tegas-abim/

.

Pandangan seorang bekas Professor matematik https://www.facebook.com/701822870/posts/10158749985082871/

.

PenCERAHan terbaru

http://www.4uni2c.com

4uni2c#13125 Dihukum Kerana Meramal PR Menang PRU13

•2013-01-25 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di sebelah kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

dihukum kerana meramal pr menang pru13

Bank Islam buat 2 laporan polis terhadap Azrul”.

Di atas adalah suatu tajuk sebuah berita di mukasurat 18 (NASIONAL), akbar Berita Harian Rabu 23 Januari 2013 lepas.  Berita tersebut telah menarik perhatian Acik (Abang/Ayah+cik) kerana agak menyedihkan. Selain Acik mungkin ramai lagi rakyat Malaysia turut tersentuh hati bila membaca berita tersebut.

Bagi Acik, apa yang Sdr. Azrul Azwar alami itu adalah ibarat, “sudah jatuh ditimpa tangga”. Dahlah beliau digantung dari jawatannya sebagai Ketua Ahli Ekonomi, kini menghadapi pula dakwaan melakukan kesalahan lain. Lebih sedih lagi ialah, yang membuat dakwaan itu bukan pihak lain tetapi Bank Islam sendiri. Acik ingat sebagai majikan, Bank tersebut akan berusaha menyelamatkan anggotanya. Malangnya yang dilakunya adalah sebaliknya. Nauzubillah.

Pada pandangan Acik, Sdr. Azrul belum lagi disabitkan dengan apa-apa kesalahan terhadap majikannya semasa hukuman gantung dijatuhkan terhadapnya. Beliau cuma membuat suatu ramalan bahawa PR akan menang tipis dalam PRU 13 akan datang. Ramalan beliau itu adalah berdasarkan fakta-fakta ekonomi yang dijadikannya ramuan bagi menghasilkan ramalan sedemikian.

Acik sendiri pun membuat ramalan yang sama seperti ramalan Sdr. Azrul itu. Walaupun  Acik hanya menggunakan persepsi, namun ramalan Acik juga mengatakan bahawa  BN akan golong tikar selapas PRU13 nanti. Jika ramalan Acik ini menjadi realiti, maka bermakna ramalan Sdr. Azrul adalah benar. Apa salahnya jika seseorang  itu membuat satu ramalan secara professional dan kemudiannya terbukti bahawa ramalannya itu benar ?   Kata orang putih, apa salahnya  “to call a spade  a spade” ?

Kata Azrul,tindakan membuat laporan polis adalah tidak patut, sebab saya tidak melakukan kesalahan jenayah”.  Ya, Acik juga setuju dengan kenyataan Sdr. Azrul itu. Cuma Acik nak sedarkan sikit kepada Sdr. Azrul bahawa dalam negara “Malaysia boleh” ini semuanya boleh berlaku. Tidak ada yang mustahil, melainkan semuanya boleh belaka belaku atau dilakukan.

Yang bukan penjenayah boleh saja dilayan sebagai penjenayah dan sebaliknya penjenayah pula boleh saja dibebaskan walaupun separuh negara percaya dia ketua penjenayah. Inilah realitinya apabila system kehakiman didominasikan oleh orang-orang politik. Sdr Azrul boleh baca sendiri ulasan Acik dalam blog:  https://4uni2c.com/2013/01/10/ahmads-saga-017-bagai-berhakimkan-beruk/

Nasib yang menimpa Sdr Azrul sepatutnya mendapat simpati dari semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kebebasan bersuara dan kebebasan memberi pendapat. Di dalam negara yang demokrasinya berdaulat, setiap rakyat wajib dibenarkan memiliki sekurang-kurangnya dua “hat”.

Satu darinya ialah “hat”  yang menandakan beliau sebagai seorang individu warganegara yang merdeka. “Hat” kedua pula ialah tanda beliau sebagai seorang pemegang sesuatu jawatan penting dalam masyarakat. Bagi Sdr Azrul “hat” keduanya ialah sebagai tanda bahawa beliau ialah seorang penjawat jawatan Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam.

Bila sesorang itu memberi pendapat, kita mestilah terlebih dahulu melihat apakah “hat” yang sedang beliau pakai ketika itu. Jika “hat” yang dipakainya ialah “hat” seorang rakyat jelata, maka apa yang dinyatakan dalam percakapan atau penulisannya adalah pandangan peribadinya sendiri. Sebaliknya, jika beliau sedang mamakai  “hat” jawatan rasminya, maka kenyataannya itu adalah sebagai kenyataan bagi pihak organisasi yang diwakilinya.

Kadang-kala seseorang itu membuat sesuatu kenyataan. Secara kebetulan kenyataannya itu tidak digemari oleh pihak majikannya. Dan beliau tidak pula mendakwa bahawa kenyataan tersebut adalah bagi mewakili majikannya. Malah beliau tidak tahu menahu pun bahawa kenyataannya itu mempunyai implikasi tertentu terhadap pihak majikannya. Tup-tup beliau didakwa oleh pihak majikannya sebagai telah membuat kenyataan yang menjejaskan kepentingan majikannya.

Inilah agaknya yang telah berlaku ke atas Sdr Azrul. Semasa membuat kenyataan yang meramalkan bahawa PR akan menang tipis dalam PRU13, itu beliau mungkin memakai “hat” individu warganegara Malaysia bukan “hat” Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam. Jika inilah hakikatnya maka Acik rasa tindakan menggantung jawatan beliau itu adalah agak keterlaluan.

Ia macam tindakan barua jepang yang Acik gambarkan dalam penCERAHan:  https://4uni2c.com/2012/11/29/ahmads-saga-010-strategi-barua-jepang/     Tindakan tersebut bukan saja zalim, malah membunuh semangat atau jati diri anak-anak muda Malaysia yang berpotensi besar seperti  Sdr Azrul Azwar itu. jika inilah yang diamalkan oleh institusi penting seperti Bank Islam, Acik bimbang tahap pembangunan negara kita bukan akan bertambah baik, sabaliknya akan semakin merosot.

Bank Islam pada persepsi Acik, bukanlah bank yang berjaya menjadi bank alternatif kepada Muslim seperti Acik.  Sebab apa Acik berkata demikian ?  Persepsi Acik berikut terhadap Bank Islam adalah berdasarkan pengalaman peribadi Acik sendiri sebagai seorang pelanggan lama bank tersebut.

Acik mungkin di antara pelanggan-pelanggan terawal yang memilih supaya gaji bulanan Acik dibayar melalui Bank Islam. Malangnya, setelah mengalami berbagai-bagai kerenah, akhirnya Acik kembali kepada bank konvensional lain bagi urusan menerima gaji bulanan tersebut.

Isteri Acik pula pernah membuat pinjaman dari Bank Islam untuk membeli seunit rumah pangsa di Ampang. Pinjaman sebanyak RM29,000 bagi tempoh bayaran selama 15 tahun itu agak tinggi kosnya. Jumlah bayaran balik sepenuhnya ialah hampir RM60,000. Jika pinjaman perumahan kerajaan, tempoh bayaran balik adalah 25 tahun barulah kosnya sedemikian tinggi.

Walaupun begitu, setelah isteri Acik telah berjaya membayar balik lebih dari RM55,000, beliau masih juga menerima surat dari pihak peguam Bank Islam, bila ansuran bulanan sebanyak RM330 sebulan itu terlewat bayar. Seolah-olah isteri Acik itu nak lari dari tanggungjawabnya melangsaikan hutangnya itu.

Kerana terlalu sakit hati dengan layanan yang begitu “mesra pelanggan” oleh institusi kewangan tersebut, Acik membuat keputusan menyelesaikan segala saki baki hutang tersebut dengan bayaran sekali gus. Pada hal ketika itu, tempoh bayaran balik pinjaman tersebut masih belum lagi tamat.

Pengalaman Acik membuat pinjaman membeli sebuah kereta Kelisa juga tidak kurang menyakitkan hati. Acik pernah dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh anggota bank tersebut kerana terlewat membuat banyaran ansuran bulanan RM424 sebulan.

Tentang surat amaran dari pihak bank yang telah Acik terima, entah berapa pucuk pun dah tak larat nak dibilang. Bukan kerana sengaja tak nak membayarnya, tapi sebab nak membuat banyarannya agak susah sikit. Maklumlah mesin ATM Bank Islam agak terhad bilangannya.

Semasa Acik tinggal di pendalaman Kuala Kerai, Kelantan dan kemudian di Cameroh Highlands dulu, lagi lah susah. Walau macam mana susah pun, sehingga kini tak pernah Acik tak bayar pinjaman tersebut.  Kadang-kadang terpaksa menanggung kos perjalanan yang agak tinggi untuk pergi membuat bayaran.

Apa yang Acik sebut di dalam tulisan Acik ini bukanlah dengan niat nak fitnah Bank Islam. Ia mungkin tidak ada kena mengena langsung dengan tindakannya terhadap Sdr Azrul, pegawainya itu. Cuma yang agak berkaitan ialah Azrul mengatakan “a spade is a spade” tentang ramalanya, Acik pula berkata “a spade is a spade” tentang layanan yang Acik pernah terima dari bank yang sama.

Jika Sdr Azrul yang Acik percaya telah berjasa dan membawa keuntungan kepada pihak bank pun boleh dilayan sedemikian rupa, tak heranlah dengan Acik yang hanya seorang pelanggan miskin yang tidak ada apa-apa signifikan kepada bank tersebut.

Dulu Acik pun pernah memegang kad kredit Bank Islam.  Hasrat Acik memohon kad kredit bank tersebut, ialah bagi menggantikan kad-kad kredit Acik dengan bank-bank konvensional  lain. Akan tetapi apabila kad kredit tersebut hampir memalukan Acik beberapa kali, maka kad kredit Bank Islam tersebut telah pun Acik pohon batalkan.

Bayangkanlah, setelah baratur begitu panjang untuk membuat bayaran di kaunter bayaran di sebuah pasar raya, bila tiba giliran Acik membuat bayaran atas barang-barang yang nak dibeli, tiba-tiba kad kredit tersebut  kantoi, tidak berfungsi. Mujur juga kad-kad kredit Acik yang lain masih belum dibatalkan ketika itu.  Kalau tidak demikian, malu juga rasanya muka Acik ini dibuatnya.

Berbalik kepada dakwaan yang dibuat oleh pihak Bank Islam terhadap Sdr Azrul, sukalah Acik merakamkan dalam blog Acik ini rasa simpati yang tak terhingga terhadap Sdr Azrul atas nasib malang yang sedang beliau alami itu. Namun apalah yang orang macam Acik ni mampu buat bagi menolong meringankan kesusahan yang dialami oleh Sdr Azrul akibat berkata, “a spade is a spade” itu.

Jadi Acik hanya sekadar berdoa saja agar ramalan Sdr Azrul bahawa BN akan kalah dalam PRU13 nanti benar-benar menjadi kenyataan. Mudah-mudahan dengan kemenangan PR atau kekalahan BN itu nanti, nasib Sdr Azrul akan berubah 180 darjah. Sdr Azrul tidaklah terus berkongsi nasib dengan Hang Nadim yang Acik ceritakan dalam penCEERAHan Acik  https://4uni2c.com/2012/11/16/strategi-ikan-todak/

Apapun,  percayalah bahawa jika sistem kehakiman pun boleh didominasi oleh orang-orang politik, apakan pula Bank Islam dan juga Tabung Haji.  Kerana pendominasian Bank Islam dan Tabung Haji oleh orang politiklah maka rakyat yang cerdik dan berpotensi besar seperti Sdr Azrul bukan akan mendapat ganjaran tetapi sebaliknya akan menghadapi kesukaran dalam hidup.

Rupa-rupanya risko membuat sesuatu ramalan adalah terlalu besar. Malangnya, tak ramai orang yang sedar dan perihatin. Temasuklah Sdr Azrul sendiri. Di sini teringatlah Acik akan satu cerita. Mungkin ianya cerita betul, mungkin juga hanya satu CEREKANA, tak dapatlah nak Acik pastikan. Namun ia tetap boleh memberi iktibar kepada Acik dan pembaca semua.

Kononnya ada seorang Pakcik Jaga dan seorang Pakcik Dreba (pemandu) bekerja di sebuah syarikat. Kedua-dua mereka masyhor sebagai pekerja yang sangat jujur dan rajin. Atas sebab kejujuran dan kerajinan mereka, mereka bukannya menjadi popular di syarikat tersebut. Sebaliknya ramai pula pekerja-pekerja lain dalam syarikat tersebut yang iri hati dan dengki terhadap mereka kerena sifat mulia mereka itu.

Kerana kehaziran merekalah maka tak ramai yang berani  menyeleweng harta dan masa syarikat secara terang-terangan. Walaupun tidak berpangkat, namun Pakcik Jaga dan Pakcik Dereba ini berani menegor mana-mana anggota syarikat tersebut jika melakukan penyelewengan di hadapan mata mereka.

Pada suatu hari, entah apa sebabnya Pakcik Jaga tersebut telah terlena semasa bertugas. Dalam lenanya itu beliau telah bermimpi. Kononnya kapalterbang yang dinaiki oleh C.E.O syarikatnya itu terhempas.

Kebetulan Pakcik Dereba yang lalu di situ telah ternampak Pakcik Jaga sedang tidur. Beliau (Pakcik Dereba) pun terus mengejutkan sahabat karibnya itu. Beliau memberitahu Pakcik Jaga itu bahawa sekejap lagi beliau akan ke airport menghantar C.E.O. mereka yang akan berlepas ke luar negari.

Pakcik Jaga terus memberitahu Pakcik Dereba tersebut tentang mimpinya itu. Berdasarkan mimpinya itu beliau meramalkan bahawa pesawat yang akan dinaiki C.E.O. sekejap lagi itulah yang akan terhempas. Bagi menyelamatkan C.E.O itu dari turut terbunuh dalam bencana yang akan berlaku itu nanti, mereka berdua berkonspirasi bagi  membuat sesuatu agar C.E.O tersebut terlepas penerbangan berkenaan.

Konspirasi mereka berjalan dengan baik. Sebaik saja sampai ke airport, tempat duduk C.E.O dalam penerbangan bekenaan telah diberi kepada seorang penumpang simpanan sebab beliau (C.E.O) telah terlewat melaporkan diri di kaunter. Namun begitu, mujur juga beliau berjaya mendapat tempat duduk dalam penerbangan yang kemudian sedikit dari penerbangan awal itu.

Berita tentang C.E.O. ketinggalan pesawat itu rupa-rupa telah dikesani oleh pegawai khas C.E.O tersebut dengan sekelip mata. Pegawai tersebut memang amat sohor sabagai pegawai yang paling kuat mengampu pihak-pihak atasan, terustamanya  C.E.O. tersebut.

Dengan serta merta beliau memanggil Pakcik Dereba tersebut. Tanpa belas kasihan dan berfikir panjang Pakcik Dereba tersebut dipecatnya atas alasan tidak efisyen.  Pakcik Dereba yang jujur itu pun menerima hukuman tersebut dengan penuh rasa bersalah tapi redha dengan nasibnya itu, walaupun hukuman it sangat zalim mengikut persepsi umum .

Pada keesokan hariya, terbitlah berita di dada akhbar bahawa apa yang diramalkan Pakcik Jaga itu semalam telah benar-benar berlaku. Mujurlah, tindakan Pakcik Jaga tersebut dengan kerjasama ikhlas dari Pakcik Dereba itu, rupa-rupanya telah menyelamatkan C.E.O. mereka dari terbunuh dalam kemalangan persawat berkenaan.

Berdasarkan berita pesawat terhempas itu, maka pergilah  Pakcik Dereba tersebut berjumpa pegawai yang telah memecatnya semalam. Pakcik Dereba itu pun menceritakan apa yang dimimpi oleh Pakcik Jaga semalam.Beliau bimbang takut-takut mimpi Pak Jaga itu menjadi realiti. Oleh beliau berusaha agar C.E.O mereka tidak menaiki pesawat tersebut.

Kemudian beliau mendedahkan pula rahsia bahawa factor yang menyebabkan C.E.O. mereka ketinggalan penerbangan awalnya semalam itu bukanlah berlaku secara kebetulan. Sebaliknya ia adalah dirancang demi menyelamatkan C.E.O. dari kemungkinan buruk seperti yang diramalkan oleh Pakcik Jaga itu. Pendekata, nawaitu mereka adalah baik.

Pakcik Dereba itu berharap, dengan menceritakan semua itu dari A ke Z, mudah-mudahan pemecatannya semalam akan ditarik balik oleh pegawai tersebut.

Malangnya, selepas mendengar tentang mimpi Pakcik Jaga dari Pakcik Dereba, pegawai tersebut  pun segera memanggil Pakcik Jaga berkenaan. Dengan alasan bahawa Pakcik Jaga suka tidur semasa bertugas hingga boleh bermimpi, maka beliau terus memecat pula Pakcik Jaga tersebut.

Begitulah malangnya nasib kedua-dua pekerja jujur itu. Ramalan yang telah menyelamatkan orang penting syarikat berkenaan bukannya membawa tuah kepada mereka berdua tetapi sebaliknya membawa celaka.

Mudah-mudahan Sdr Azrul dapat bersabar dengan ujian sekarang dan terus saja berdoa agar apa yang kita sama-sama ramalkan itu benar-benar menjadi kenyataan.  Bagi menyatakan tanda protes Acik terhadap Bank Islam kerana tindakan keterlaluannya terhadap Sdr Azrul, maka Acik bercadang akan menutup akaun Acik dengan Bank Islam bila-bila masa dari sekarang, insyaAllah.

Andaikata ada orang bertanya Acik nanti, apa kesannya yang boleh dihasilkan oleh tindakan Acik itu, maka jawapan Acik senang saja. Ia adalah sama dengan jawapan yang diberi oleh seekor burung Pipit yang cuba memadamkan api yang sedang membakar Nabi Allah Ibrahim dengan setitis air.

Walaupun air yang digugur oleh Pipit tersebut ke dalam api yang sedang semarak membakar Nabi Ibrahim a.s  itu tak mungkin mendatangkan apa-apa kesan positif, namun kata Pipit tersebut, “sekurang-kurangnya aku telah berusaha melakukan sesuatu yang aku mampu, demi menolong seorang yang dizalimi. Aku tidaklah hanya sekadar memeluk tubuh saja melihat kezaliman yang sedang berlaku di hadapan mata”.

Namun begitu, mana tahu jika Allah hendak menunjukkan sesuatu yang menakjubkan kepada kita semua. Samalah macam burung ababil yang dengan kuasa Allah dapat menghancurkan seluruh tentera bergajah Abrahah. Walaupun setiap burung ababil hanya mengugurkan batu-batu kecil saja, namun kerana batu-batu kecil itulah sasarannya menjadi seperti daun dimakan ulat. Manalah tahu, selepas ini pihak bank berkenaan akan insaf dan menghentikan tindakan burukya terhadap Sdr Azrul. Wallahualam.

d   a   u   l   a   t       r   a   k   y   a   t    !

 

 

 

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

 

 

@OPajar   #13125

4uni2c #13120 Kredit Prabayar diRAGUT !

•2013-01-20 • Leave a Comment

2013 Januari 20

Kredit Prabayar DiRAGUT !

RM0.00 AEON MEMBER/J CARD DAY AEON METRO PRIMA, 23/1/13 9.30am-11pm. Disc up to 70% & get RM5/10 AEON Vch with purchase of RM100. T&C apply. Call 1300803535

From: 63660

19/01/2013

04:09:30PM

Pada pagi semalam (19hb Jan 2013) isteri Acik (Ayah/Abang+cik) telah mendapati bahawa KREDIT prabayar (Celcom) beliau telah HILANG tidak kurang dari RM 8, selepas jumlah kreditnya ditambah RM 25 pada 16hb Jan lepas.

Beliau pun menalefon Celcom Careline 1111 bagi membuat pertanyaan mengenai kehilangan kredit tersebut. Jawapan yang diberi oleh pihak Celcom amat mengejutkan. Apa yang difahamkan kepada beliau ialah beliau KONONnya telah meLANGGAN dengan sebuah syarikat bagi mendapatkan maklumat-maklumat tertentu dari syarikat berkenaan dari masa ke semasa. Bagi SETIAP SMS yang diterimanya, beliau akan diCAJ DUA RINGGIT. Pada hal beliau TAK SEDAR apa-apapun bahawa beliau pernah membuat LANGGANGAN yang seBODOH itu.

Setelah menerima message tersebut di atas (di sebelah petang), isteri Acik mendapati pula bahawa kredit prabayar Celcom beliau susut lagi RM 2. Ini bermakna sejak 16hb Jan yang lepas beliau telah keRUGIan tidak kurang dari SEPULUH RINGGIT. Dengan menerima SMS di atas maka barulah beliau tahu bahawa PERAGUT kredit prabayar (Celcom) beliau ialah AEON (63660). Mungkin juga ada lagi PERAGUT lain tetapi belum dapat dikenalpasti.

Sebelum ini pun isteri Acik itu telah tertanya-tanya kenapa kredit prabayar beliau asyik hilang saja sedangkan beliau jarang membuat panggilan dengan menggunakan telefon yang memakai SIM prabayar (Celcom) berkenaan.

Berdasarkan pengalaman isteri Acik yang di atas itu, Acik ingin bertanya kepada semua pengguna perkhidmatan telefon prabayar beberapa soalan berikut:

  1. Adalah isteri Acik seorang saja dari berjuta-juta pengguna telefon PRABAYAR yang kehilangan kredit ?
  2. Jika isteri Acik itu diDAKWA bersetuju meLANGGAN dengan syarikat tersebut, apa rasionalnya beliau berbuat demikian? Apakah beliau seBODOH itu hingga sanggup rugi RM2 setiap kali menerima SMS dari syarikat tersebut. Sedangkan SMS tersebut adalah semata-mata untuk kepentingan syarikat itu sendiri.
  3. Apakah undang-undang Malaysia mengHALALkan penipuan ke atas pengguna telefon oleh mana-mana syarikat perniagaan mahupun oleh syarikat telekomunikasi sendiri ?
  4. Apakah Celcom turut menjana keuntungan yang besar dengan bersyubahat dengan syarikat berkenaan bagi menindas pelanggan2nya yang lain ?
  5. Apakah tindakan yang wajar diambil oleh kita semua sebagai pengguna telefon mudah alih terhadap penipu-penipu seperti yang di atas ?

Acik harap semua rakan-rakan Facebook yang pernah diRAGUT kredit prabayarnya TIDAK akan berDIAM DIRI membiarkan perkara ini dari terus berleluasa tanpa melakukan sesuatu. Sekurang-kurangnya ia hendaklah menghebahkan berita ini kepada semua rakan-rakannya.

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PeRAGUT sen-sen BerLESEN https://4uni2c.com/2012/12/11/4uni2c-12z11-peragut-sen-sen-berlesen/

PENCURI sen-sen BerLESEN https://4uni2c.com/2013/11/24/4uni2c-13y24-pencuri-sen-sen-berlesen/

PenCERAHan terbaru ⬇️ www.4uni2c.com

Ahmad’s SAGA #018 IKTIBAR Untuk Semua

•2013-01-17 • Leave a Comment

Ahmad’s SAGA #018   IKTIBAR Untuk Semua

*** Untuk  men CARI lain-lain TAJUK, sila KLIK pada nama bulan di bawah ARCHIVES di sebelah kanan skrin kemudian SKROL **

***  Utk ke menu  UTAMA sila KLIKhttp://www.4uni2c.com

IKTIBAR Untuk Semua

Ada suatu ungkapan Inggeris mengatakan, “thing happens for its good reasons”.  Merujuk kepada ungkapan ini Acik (Ayah/Abang+chik) bertanya juga dalam hati sendiri, apa “good reasons” yang ada di sebalik kes Ahmad ini. Setelah agak lama memikir tentangnya maka Acik rasa memang ada beberapa “good reasons” yang boleh kita jumpai jika diamati dengan teliti.

Telah sekian lama Acik tidak menjejak kaki ke JB (Johor Bahru). Kalaulah bukan kerana kes Ahmad maka tak mungkin Acik ke JB dalam tempoh terdekat ini. Untuk apa perlu Acik ke JB jika tidak ada alasan yang berbaloi. Ia tak sama dengan Kota Bharu. Jika ke Kota Bharu, insaya Allah sekurang-kurangnya setahun sekali teringin juga Acik nak ke sana untuk satu dua malam bersama isteri walaupun sekadar makan angin. Jika di Kota Bharu Acik boleh temui seorang Menteri Besar.  Selepas mendengar Kuliah Pagi Jumaat yang beliau sendiri sampaikan, boleh pula bersalaman dengan beliau untuk mendapat barakah. Sebaliknya, untuk berjumpa dengan MB Johor,  Acik rasa belum ada keperluan apa-apa lagi walaupun beliau adalah bekas pensyarah Acik ketika di Universiti Malaya dahulu ?

Di Kota Bharu kita tak ada rasa risau atau takut untuk berjalan ke sana sini kerana umum pun tahu bahawa Kota Bharu itu jauh lebih aman berbanding dengan JB.  Walaupun ada orang kata aman ataupun tidak hanya suatu persepsi saja, namun hakikatnya persepsilah yang mempengaruhi perasaan kita semua. Jika kita berpersepsi bahawa di kubur ada hantu, maka kita akan rasa takut untuk lalu di tepinya di malam hari. Samada hantu itu benar-benar akan menjelma di hadapan kita ataupun tidak, yang mempengaruhi perasaan kita tetap persepsi kita sendiri.  Oleh sebab itu pada pandangan Acik, adalah tersangat penting sesuatu persepsi yang buruk itu ditukar dengan persepsi yang baik lagi menarik, jika sesuatu itu hendak dipopularkan.

Sehingga kini Acik telah 4 kali berkunjung ke JB berkaitan dengan kes Ahmad. JB sebenarnya bukanlah bandar yang belum pernah Acik kunjungi sebelum ini. Malah pada tahun 1978 lagi Acik telah mula berkunjung ke JB sebab menziarahi keluarga angkat di Larkin. Bapa angkat Acik itu ialah seorang bekas exco Johor  zaman  YAB Dato’ Osman Saad. Beliau adalah seorang bekas pegawai polis yang terjun ke dalam gelanggan politik untuk berjuang bersama UMNO.  Sebenarnya UMNO dahulu dengan UMNO kini adalah tidak sama. UMNO dahulu ialah UMNO yang TULIN Sebaliknya UMNO sekarang ialah UMNO BARU. Bila perkataan BARU digugurkan maka jadilah ia UMNO palsu. Yang memalsukannya ialah mantan PM iaitu Dr. M itu sendiri. Namun beliau te,tap popular dulu, kini dan selama-lamanya, di kalangan ahli-ahli UMNO yang kurang maupun baru celik politik.

Walaupun Acik beraliran kiri (PAS) namun kebaikan ibu dan bapa angkat Acik yang berlainan mazhab politik itu tak dapat Acik nafikan dan lupakan. Produk UMNO dahulu telah mampu memunafaatkan semua rakyat tak kira mazhab politiknya. Malangnya produk UMNO palsu sekarang adalah rata-rata menguntungkan ahli-ahlinya semata-mata, hatta di atas kerugian pihak lain. Bagaimana Acik boleh mendapat keluarga angkat di JB ?  Ia adalah suatu kisah romantis yang sangat panjang jika nak Acik muatkan di sini. Lagipun, rasa-rasanya ia sangat tidak relevan.

Kemudian dalam tahun 1982 Acik bertugas di JB selama tiga bulan kerana menanggung tugas seorang rakan sejawat yang ke INTAN (Institiut Tadbiran Awam Negara) mengikuti suatu kursus pentadbiran. Acik menumpang di rumah seorang kawan yang tinggal di Majidi. Selama tempoh tiga bulan tersebut, Acik rajin juga ke Singapura. Jadi waktu itu boleh bandinglah bagaimana environmen di JB dengan di Singapura.

Bagi Acik, JB dan bandar Singapura tidak ada apa-apa perbezaan yang penting ketika itu. Cuma yang menarik tentang Singapura ketika itu ialah harga barang-barang di sana lebih murah berbanding di JB. Ketika itu nilai ringgit dan nilai dolar Singapura masih tidak banyak berbeza.  Mungkin sebab Acik anak Pulau Pinang, maka Acik tak rasa bandar Singapura suatu bandar yang hebat. Tapi bila Acik lihat bandar JB sekarang, Acik rasa pembangunannya agak perlahan.  Tak payah nak bandingkan dengan Pulau Pinanglah, banding dengan Kota Bharu saja pun cukup.  Acik rasa Kota Bharu jauh lebih ke hadapan jika dibandingkan dengan  JB  dari segi pembangunan fisikal.  Jika diambil kira dari segi keceriaan pula, Acik yakin ramai pembaca akan setuju jika Acik kata bahawa Kota Bharu lebih jauh mengatasi JB.

Sepatutnya sebuah bandar yang berjiran dengan sebuah bandar RAYA bertaraf antarabangsa, JB wajar menikmati tempiasan dalam semua aspek pembangunan. Malangnya, Acik tidak nampak iannya telah berlaku dengan ketara. Kata orang tua-tua, “sepuluh jong masuk, anjing masih juga bercawat ekor”.  Jika Kota Bharu yang berjiran dengan pekan Golok pun begitu rancak berlaku pembangunan, sepatutnya JB lebih laju lagi pembangunannya.

Ada satu kompleks yang letaknya ditepi  gigi air Selat Teberau. Tetapi kenapa Acik tidak nampak pun apa-apa aktiviti komersial beroperasi di dalam kompleks tersebut. Di mana peniaga-peniaga Melayu kita beniaga di JB ?  Apakah perancang bandarnya tidak pernah perasan tentang jurang pembangunan yang agak ketara antara JB dan Kota Bharu.  Mungkin pemimpin BN Johor sendiri boleh beri justifikasinya. Acik sarankan mereka pergi melawat sendiri Kota Bharu selama beberapa hari sebelum bersetuju ataupun tidak bersetuju dengan  persepsi Acik ini. Entahlah kalau-kalau persepsi Acik ini tidak betul ataupun kurang tepat. Minta maaflah jika demikian hakikatnya.

Acik percaya faktor kemanusiaan adalah faktor yang tersangat penting, yang mampu mencetuskan segala kemajuan, maupun sebaliknya. Dengan kata lain, jika sekiranya sesebuah negeri itu rakyatnya rata-rata berilmu, maka negeri tersebut akan cepat menempah pembangunan. Acik sekeluarga pernah tinggal di Kota Bharu selama beberapa tahun, Acik dapati bahawa rakyat Kelantan adalah rakyat yang rata-ratanya berilmu. Mereka adalah bangsa Melayu yang cintakan ilmu, baik ilmu dunia maupun ilmu akhirat. Cara kebetulannya, isteri Acik adalah salah seorang rakan sekolah kepada puteri-puteri Sultan Johor dalam tahun 70an dahulu. Manakala anak Acik (Asiah) pula adalah salah seorang rakan sekolah kepada puteri tunggal  Sultan Kelantan lewat tahun 90an.

Dari isteri sendiri dapatlah Acik korek sedikit sebanyak gosip-gosip  tentang istana Johor yang diperolehi beliau melalui puteri-puteri  Sultan Johor ketika itu. Manakala dari anak Acik pula dapatlah Acik korek sikit sebanyak gosip-gosip tentang istana Kelantan yang diperolehi beliau dari puteri  Sultan Kelantan berkenaan. Yang baik dijadikan tauladan yang sebaliknya dibuat sempadan. Yang menjadi tauladan biarlah diiklankan. Sebaliknya yang menjadi sempanan biar disimpan saja dalam lipatan, tidak dihebah-hebahkan.

Puteri  (mantan) Sultan Kelantan, iaitu rakan sekolah anak APcik itu kini telah menjadi seorang Magistret. Baginda adalah graduan UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) beberapa tahun dahulu. Sedangkan anak Acik itu baru nak masuk semula ke kursus iktisas (professional) LLB setelah tertangguh akibat musibah yang menimpa Ahmad adik kesayangan beliau itu.  Syabas Acik ucapkan kepada puteri (mantan) Sultan Kelantan berkenaan kerana menunjukkan satu contoh yang membanggakan. Di kalangan anak-anak raja Melayu tak ramai yang berjaya menjadikan dirinya ikon kepada bangsanya sendiri.  Yang ramai adalah sebaliknya. Jika PUTERA raja yang boleh dijadikan ikon kepada rakyatnya ialah putera Sultan Perak sekarang, maka PUTERI raja yang turut layak dijadikan ikon ialah puteri kepada (mantan) Sultan Kelantan yang dimaksudkan itu.

Selain baginda Puteri tersebut, Acik juga mengucapkan syabas kepada kekandanya yang sedang menduduki takhta kerajaan Kelantan sekarang. Baginda Sultan nampaknya sangat dihormati lagi disayangi oleh rakyat Kelantan khususnya. Acik kira baginda dihormati bukanlah kerana kulitnya putih macam anak Mat Saleh, tetapi kerana akhlaknya yang mulia lagi mesra rakyat. Itulah berkatnya jika rajin berdamping dengan seorang yang bergelar Tok Guru. Bertuah baginda kerana beroleh seorang Menteri Besar yang bertaraf Tok Guru. Malang pula mereka yang Menteri Besarnya bertaraf Tok Haru.

Jika seorang Sultan dan putera- puteri baginda dapat menjadi ikon kepada rakyat jelata dalam negerinya, bukankah ia sesuatu yang sangat baik ?  Sebagai ketua agama Islam, seorang Sultan wajar menunjukkan akhlak Islam kepada semua umat Islam yang menjadi rakyat baginda. Jika beginilah realitinya maka tak akan timbul isu dimana masih ada rakyat yang ingin membuat kenyataan negatif terhadap baginda, malah terhadap institusi istana.  Malangnya yang menjadi realiti sekarang adalah sebaliknya. Akibatnya rakyat menjadi benci dan berani untuk membuat kenyataan liar terhadap Sultan dan institusi istana. Ini hanya merugikan semua pihak.

Kerosakan akhlak adalah berpunca dari pihak berkuasa. Peribahasa Cina mengatakan,” ikan busuk mulai dari kepala”. Oleh itu yang wajar dijaga supaya tidak menjadi sumber kerosakan akhlak ialah pihak yang berkuasa tak kira siapa. Lebih tinggi kedudukan seseorang individu itu dalam masyarakat. maka lebih penting baginya untuk menjaga akhlaknya. Secara tidak langsung setiap individu adalah pendidik atau guru kepada mereka yang di bawah pengaruhnya. Kata peribahasa Melayu, “jika guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari”.

Musibah yang menimpa Ahmad diharap telah membuka mata semua pihak. Kata orang Putih “experience is the most effective lesson”. Seseorang itu tidak semesti telah melakukan sesuatu kesalahan baru dia menerima hukuman. Ini adalah suatu keadaan yang sangat ideal atau utopia. Oleh yang demikian “always look before you leap” atau berhati-hati sebelum kena. Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi sekurang-kurangnya dapat juga menikmati kewangian. Sebaliknya jika berkawan dengan tukang besi, yang akan kita perolehi ialah asap hitam yang mengotori pakaian kita.

Orang yang tidak melakukan kesalahan pun tertakluk kepada musibah akibat kesalahan pihak lain. Contohnya, seorang Mufti yang tidak pernah melakukan maksiat, tetapi kerana beliau enggan menasihati  rakyat supaya tidak melakukan maksiat, maka beliau tidak akan terkecuali dari musibah yang ditimpakan Allah ke atas mereka yang melakukan maksiat. Jika Sahibulsamah itu gagal menegur pihak atasan yang wajar diteguri, maka kemudharatan yang bakal dialami oleh semua kita adalah lebih buruk.

Sama-samalah kita doakan agar semua kita perihatin terhadap apa yang sedang berlaku dalam negara kita sepanjang masa. Dalam negara demokrasi kita ini, setiap kita adalah dipertanggungjawapkan terhadap apa yang berlaku. Dengan memilih pemimpin-pemimpin yang tidak amanah dan tidak jujur, maka kita turut “accountable” terhadap kerosakan yang mereka lakukan. Jika hendak lihat Johor Bahru bertukar menjadi seperti Kota Bharu, Acik nasihatkan supaya rakyat Johor khususnya berani membuat perubahan. Berilah mandat untuk mentadbir negeri Johor kepada Pakatan Rakyat pula melalui PR13 nanti. Insya Allah, Acik percaya semuanya akan menjadi lebih baik jika Pakatan Rakyat memerintah.  Walaubagaimana pun, janganlah diharapkan semua perubahan positif akan dapat dilakukan dengan sekelip mata atau dalam tempoh satu penggal saja. Berilah mereka seuatu tempoh masa yang munasabah untuk membuktikan kemampuan mereka.  Kata orang Putih, “Rome was not built in one day” (Badar Rom tidak terbina dalam satu hari)

Wallahualam !

Ahmad’s SAGA #017: https://4uni2c.com/2013/01/10/ahmads-saga-017-bagai-berhakimkan-beruk/

Ahmad’s SAGA #019: https://4uni2c.com/2013/02/04/ahmads-saga-019-mengapa-berhijrah/

Daulat   Rakyat !                        Allahuakbar !                      Allahuakbar  !

@OPajar  #13117

Ahmad’s SAGA #017 Bagai BerHAKIMkan BERUK

•2013-01-10 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL **

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Bagai BerHAKIMkan BERUK

Tidak berapa lama selepas Dr Mahathir menyandang jawatan nombor satu negara maka diwujudnya sebuah kementerian baru yang akan mengawal sistem perundangan negara. Kalau tak silap Acik ia adalah Kementerian Kehakiman. Bagi ramai orang, ia mungkin satu tindakan yang bijak lagi berani oleh seorang Perdana Menteri yang amat berwibawa.

Namun arwah ayahanda Acik (Ayah/Abang+chik) pula mempunyai pandangan yang sebaliknya. Kata beliau, “hangpa tengoklah apa nak jadi kat sistem kehakiman kita lepaih ni”. Maksud beliau ialah sistem kehakiman akan rosak bila hilang kebebasannya dari  pengaruh politik.

Kenyataan beliau itu telah terbukti benar. Sistem kehakiman selepas itu mulai didominasikan oleh orang politik. Mereka ialah yang memegang jawatan penting dalam kerajaan khususnya menteri-menteri  dan lebih-lebih lagi perdana menteri.

Sejak dari itu sistem perundangan Malaysia telah mulai tejejas kredibilitinya. Ini berterusan hingga ke tahap yang membimbangkan. Dalam era pemerintahan PM yang sama itulah bermacam-macam peristiwa bersejarah berlaku. Antaranya ialah pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya bersama berbelas orang pengikutnya oleh anggota keselamatan kita.

Kemuncak dari kejadian mendominasikan sistem kehakiman oleh orang politik menjadi amat ketara apabila seorang Ketua Hakim Negara dipecat dari jawatannya bersama dengan beberapa orang hakim kanan yang lain. Kira-kira sepuluh tahun berikutnya seorang Timbalan Perdana Menteri pula yang menjadi mangsa pemecatan oleh Perdana Menteri yang sama iaitu PM yang bertanggungjawab memulakan pendominasian keatas sistem kehakiman negara.

Sepatutnya pendominasian keatas sistem kehakiman oleh orang politik tak boleh berlaku di negara yang mengamalkan sistem pemerintah demokrasi. Itu sekiranya negara diurus secara telus dan jujur. Malangnya apa yang tak boleh berlaku dalam negara demokrasi lain, tak mustahil boleh berlaku di negara ini. Itu sebabnya Acik kata ia memang layak digelar  “Malaysia Boleh”.

Ya, kalau di Malaysia, semuanya boleh.  Tak ada yang tak boleh. Oleh sebab budaya “semua boleh”lah agaknya maka sistem kehakiman negara terpaksa menanggung beban yang semakin berat.  Bilangan kes-kes yang menanti perbicaraan di mahkamah bukan makin berkurang sebaliknya makin bertambah.  Itu sebabnya maka nak selesai sesuatu kes itu akan mengambil masa bukan berbulan lagi, malah bertahun-tahun.

Dalam masyarakat Melayu yang sangat kaya dengan peribahasanya, ada satu ungkapan yang relevan dengan sistem kehakiman.  Ungkapan “bagai berHAKIMkan BERUK” itu mungkin agak asing bagi jenerasi sekarang, tetapi ia tidak asing kepada datuk nenek moyang kita dulu. Ini membuktikan bahawa isu kehakiman telah lama dianggap penting oleh masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi.

Maksud bagi ungkapan tersebut ialah suatu sistem kehakiman yang tidak mampu ataupun gagal memberi keadilan yang diharapkan. Ungkapan tersebut disandarkan kepada suatu CEREKANA yang berjodol  “Bagai BerHAKIMkan BERUK” . Samalah seperti  unkapan “Mat Jenin” yang juga disandarkan kepada sebuah CEREKANA yang bertajuk “Angan-angan Mat Jenin”. Insya Allah, bila ada ruang masa yang lebih lapang nanti, Acik akan rakamkan CEREKANA berkenaan dalam blog yang lain.

Satu lagi ungkapan yang nampak macam relevan dengan sistem kehakiman ialah “LOYAR BURUK”.  Acik sekadar kata “nampak relevan” saja sebab pada pendapat Acik ia sebenarnya tidak merujuk kepada loyar atau peguam yang telibat dalam sistem kehakiman. Sebaliknya ia merujuk kepada mana-mana individu yang pandai berdebat mematahkan cakap lawan. Akan tetapi hujah-hujahnya tidak boleh dipakai, tak munasabah atau bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat. Ia  cuma sekadar mampu membalas hujah yang dilontarkan kepadanya.

Contohnya, seorang yang ditangkap kerana disyaki melakukan zina. Bila ditanya, maka dia mengakui melakukannya sebab katanya (di dalam) Quran tak ada larangan berzina. Yang dilarang (di dalam Quran) ialah mendekati zina. Oleh sebab dia kebetulan seorang anak raja (ketua agama), maka tidak siapa pun yang berani berkata apa-apa.  Yang semuanya berani,  hanyalah berkata  “memang LOYAR BURUK sungguh anak raja ini”.  Itu pun sekadar dalam hati masing-masing saja tanpa dilafazkan.

Acik percaya, tentu ramai pembaca akan bertanya, apa relevannya ungkapan “bagai berHAKIMkan BERUK” itu dengan kes Ahmad yang didakwa menghina Sultan Johor itu. Bagi menjawab soalan itu maka biarlah Acik cerita sikit tentang apa yang Acik sekeluarga telah alami akibat dakwaan yang dikenakan kepada anak Acik itu. Bermula dari Ahmad ditangkap hinggalah ke hari ini, hati sanubari Acik  sering bertanya apakah sistem kehakiman yang sedang mengadili kes Ahmad ini tidak sama dengan sistem kehakiman yang digambarkan oleh ungkapan “bagai berHAKIMkan BERUK” itu. Keraguan tersebut tentulah ada asas-asasnya.

Pertama, dakwaan ke atas Ahmad adalah berasaskan kenyataan beliau yang ditakrifkan sebagai suatu jenayah kerana menghina Sultan Johor . Kononnya kenyataan tersebut dimuat-naikan ke dalam sebuah akaun Face Book milik Zul Yahya. Walaupun Ahmad tidak kenal siapakah individu yang memakai nama Zul Yahya itu, namun beliau telah disinonimkan dengan Zul Yahya. Dengan lain perkataan, tanggapan telah dibuat bahawa Ahmad itu adalah Zul Yahya, manakala Zul Yahya itu adalah Ahmad.

Asas kedua ialah, Ahmad dibawa dan didakwa di Johor kerana kononnya beliau melakukan jenayah berkenaan di dalam negeri Johor.  Tetapi pada hari pertuduhan terhadap beliau akan disebut di hadapan Hakim, pihak pendakwa telah membuat pindaan atas pertuduhan tersebut. Kalau mulanya Ahmad didakwa melakukan jenayah berkenaan di dalam negeri Johor, kini beliau didakwa melakukannya di Kuala Lumpur.

Berdasarkan pindaan tersebut kononnya pihak pendakwaan berhasrat memindahkan tempat perbicaraan Ahmad dari Johor Bahru ke Wilayah Persekutuan. Namun, kononnya hasrat tersebut tidak menjadi realiti kerana pihak Pendakwa Raya di perengkat Persekutuan tidak merestuinya.

Oleh sebab itu perbicaraan ke atas Ahmad akan diteruskan juga di Johor Bahru. Tarikh yang telah ditetapkan ialah pada 5hb Februari dan berakhir pada 8hb Februari iaitu sehari sebelum hari Tahun Baru Cina. Baru-baru ni sepasukan Polis dari Johor datang lagi ke pejabat Ahmad di Kuala Lumpur. Agaknya bagi mendapatkah bukti-bukti tambahan terhadap Ahmad.

Khabarnya semua kakitangan pejabat tersebut mungkin akan dipanggil ke mahkamah seksyen Johor Bahru semasa perbicaraan nanti. Semua ini akan melibatkan sejumlah kos yang akan ditanggung oleh pihak tertentu. Bukankah ini suatu yang tidak berbaloi ditanggung oleh negara, memandangkan jenayah yang dilakukan oleh Ahmad bukanlah suatu bahaya yang sangat mengancam kepada keselamatan negara.

Apabila sesuatu kes itu mengambil masa begitu lama untuk tammat perbicaraan, bolehkah kita percaya bahawa keadilan perbicaraan berkenaan tidak terjejas sikit pun ?  Bagi Acik, lebih lama sesuatu kes itu dibicarakan maka akan lebih tidak adil keputusan yang akan dicapai nanti. Ketidak-adilan yang Acik maksudkan ialah samada terlebih hukum ataupun terkurang hukum ke atas OKD (Orang Kena Dakwa) berkenaan.

Berasaskan pengalaman yang Acik telah lalui itu, maka agak sukar bagi Acik untuk meyakinkan diri sendiri bahawa proses pengadilan ke atas Ahmad akan berjalan dengan baik tanpa ada langsung unsur-unsur kezaliman yang akan berlaku. Jika apa yang Acik kuatiri ini benar-benar berlaku maka fenomina yang diungkapkan “bagai berHAKIMkan BERUK” itu akan menjadi tersangat relevan dengan kes Ahmad. Oleh itu Acik memohon kepada semua pembaca agar sama-sama tolong doakan supaya apa yang Acik kuatirkan itu tidak menjadi kenyataan.

Sebelum Acik mengundur diri  silalah baca dialog di bawah. Kemudian fikir-fikirkanlah apa maksud yang dapat diperoleh dari dialog berikut.

LOYAR BURUK   LWN    HAKIM BERUK

Loyar Buruk : Orang tuduh dia membunuh dia buat tak kisah je, tapi bila tuduh dia sakit kena mini stroke dia marah giler, tak pelikkah tu Tuan Hakim ?

Hakim Beruk:  Dia tak benar-benar sakit tapi hang dok pi  tuduh dia sakit buat apa ?  Bukankah itu satu tuduhan yang tak betui ?  Sebab tulah dia marah giler.  Hang pun, kalu muka hang  yang comel  tu dituduh serupa macam muka babi hang tak marah ke ?

Loyar Buruk:  Tentulah aku marah sebab muka aku ni jauh lebih comel dari muka hang tu.  Kalau lagu tu, hang setujulah yang  tuduhan dia membunuh tu betui sebab dia tak marah sikit pun ?

Hakim Beruk:   Amboi LOYAR BURUK sungguh hang ni nu ?  Aku tak kata pun betui dia membunuh.  Lagipun yang membunuh pun tidak semestinya bersalah selagi  dia tidak disabitkan dengan kesalahan membunuh, oleh undang-undang.

Wallahualam !

d  a  u  l  a  t      r  a k  y  a  t   !

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

Ahmad’s SAGA #018: https://4uni2c.com/2013/01/17/ahmads-saga-018-iktibar-untuk-semua/

Ahmad’s SAGA # Index  https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

 

4uni2c#13109 HKR: HAK Rakyat Wajib DiSAMPAIkan

•2013-01-09 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK pada nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN kemudian SKROL

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

HAK Rakyat Wajib DiSAMPAIkan

Berdasarkan peruntukan (Perkara 10 [1] [b])yang sedia wujud dalam perlembagaan negara Malaysia sejak ia mencapai kemerdekaan dahulu, perhimpunan aman adalah salah satu dari HAK-hak rakyat yang wajib diSAMPAIkan (deliver) kepada rakyat oleh kerajaan yang memerintah.

Supaya hak rakyat untuk mendapat jaminan keselamatan diri, harta dan maruah berjaya diSAMPAIkan oleh kerajaan kepada rakyatnya, maka ia mestilah ada MAKANISMAnya. Itulah sebabnya maka ditubuhkan institusi keselamatan seperti ASKAR dan POLIS.

Selingan 1 :

Perhimpunan Aman Membantah GST 1hb Mei, 2014: Polis akan mengHORMATI hak rakyat.

Tugas askar ialah menolak ancaman musuh dari luar, yang berniat merosakkan keamanan negara hatta menakluki negara. Sebelum perjuangan menegakkan ideologi komunis di dalam negara kita duhulu berjaya ditammatkan, ramai anggota askar kita yang terpaksa berkorban jiwa dan raga demi menghapuskan pejuang-pejuang ideologi tersebut.

Hasil dari permuafakatan dan keazaman majoriti rakyat menolak ideoalogi komunis ketika itu, maka pejuang-pejuang komunis akhirnya terpaksa meletak senjata. Namun begitu ideologi komunis tidak turut berkubur sepenuhnya.

Pejuang ideologi yang merupakan musuh dalam selimut negara ketika itu memang sukar dibenteras 100 peratus. Bagi memerangi musuh dalam selimut ini, maka polis terpaksa merekacipta makanisma tertentu.

Bagi membantu polis menjayakan ajendanya yang maha penting itu, maka rakyat dengan sendirinya merasa wajar untuk mengorbankan hak-hak mereka yang tertentu dengan sukarela dan penuh tanggungjawab. Antaranya ialah HAK perhimpunam aman.

Oleh itu, memang ada rasionalnya ketika itu untuk menghalang sesuatu perhimpunan (walaupun aman) kerana pasukan polis belum cukup kuat bagi menghadapi angkara yang mungkin dicetuskan oleh musuh dalam selimut negara (ketika itu) semasa perhimpunan aman diadakan.

Tetapi selepas negara telah sekian lama bebas dari ancaman komunis dan kini telah mencapai tahap kesedaran poliktik demokrasi yang agak tinggi, rakyat kini mulai bangun menuntut HAK-hak mereka sepertimana yang temaktub dalam perlembagaan negara.HAK PERHIMPUNAN AMAN yang dimaksudkan ini belum diSAMPAIkan (delivered) kepada mereka oleh kerajaan sejak sekian lama.

Walaupun selama ini Rakyat Malaysia tidak mempertikaikan rasional mewujudkan apa-apa akta, undang-undang ataupun peraturan yang tidak selari dengan semangat perlembagaan atas maslahah (kepentingan) umum, namun fenomina ini kini dianggap telah berubah

Khususnya Akta Polis, ia seolah-olah memberi kuasa mutlak kepada institusi keselamatan itu samada membenarkan sesuatu perhimpunan aman ataupun sebaliknya. Akta tersebut memang tidak selari malah BERCANGGAH dengan semangat perlembagaan negara.

Oleh sebab ia bercanggah dengan mana-mana peruntukan dalam perlembagaan samada secara langsung maupun tidak langsung (implied), maka pada hakikatnya ia adalah tidak SAH. Namun ia hanya diterimapakai berdasarkan keperluan sementara yang begitu mendesak.

Oleh sebab ianya tidak SAH (ataupun batal), maka logiknya ia taklah memerlukan apa-apa tindakan pembatalan lagi (kerana telah batal secara otomatik) bila iaya tidak diperlukan lagi.

Rakyat 1Msia tidak pernah menafi malah sebaliknya YAKIN bahawa Polis tetap berKUASA untuk mengGAGALkan setiap perhimpunan aman termasuklah HKR Jan 12 nanti. Jika rakyat kata Polis tak berkuasa, maka rakyat adalah seolah-olah mengatakan PDRM (Polis Diraja Malaysia) kita masih lagi lemah macam dulu atau “masih belum ada telor”. Ini samalah seperti mengHINA dan meMALUkan institusi keselamatan negaranya yang sangat penting lagi dihormati itu.

Begitu juga, rakyat penuh YAKIN bahawa PDRM kini telah memiliki kuasa serta kemampuan yang cukup untuk menJAYAkan perhimpunan aman tersebut. Ya, mereka kini telah mempunyai kekuatan keanggotaan dan peralatan yang cukup canggih untuk memberi perlindungan yang berkesan kepada perhimpunan aman tersebut hinggakan NYAMUK pun tak berani KETIT mana-mana individu yang menyertainya. Bukan perhimpunan Januari 12 itu saja, malah dalam mana-mana perhimpunan aman lain yang akan diadakan lagi selepasnya.

Perhimpunan aman adalah semata-mata bagi tujuan menzahirkan hasrat yang ingin disampaikan kepada pihak yang disasarkan. Selagi mana ia tidak bercanggah dengan semangat perlembagaan, maka tiada sebab mengapa ianya wajar dihalang. Tak timbul pun niat bahawa perhimpunan aman adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang berdaulat dengan cara yang bercanggah dengan semangat perlembagaan.

Rakyat sekarang ini rata-rata ingin melihat satu ANJAKAN PARADIGMA berlaku di dalam kerajaan demi menikmati satu sistem pentadbiran negara yang lebih adil, rasional, cemerlang dan gemilang. Mudah-mudahan fenomina ini akan mula ternampak di dalam institusi keselamatan awam negara, khususnya PDRM menjelang PRU ke-13 nanti, insyaAllah

Di sini Acik (Ayah/Abang+chik) ingin bertanya. Dengan kehebatan kuasa yang ada dengannya, apakah Polis akan memilih untuk meNYAMPAIkan HAK Rakyat sebagaimana yang diperuntukkan secara jelas dalam perlembagaan negara ? Jika sekiranya inilah pilihan mereka, Acik pasti mereka akan menggunakan pendekatan MESRA RAKYAT bagi menangani perhimpunan tersebut. Inilah ciri-ciri negara demokrasi yang diimpi-impikan oleh kita rakyat 1Malaysia sejak sekian lama.

Bayangkan lah betapa besarnya nikmat yang akan dapat dialami oleh seluruh peserta perhimpunan. Pengusaha-pengusaha pengangkutan serta peniaga-peniaga di seluruh Lembah Kelang juga akan turut mendapat rahmat dari perhimpunan itu nanti.

Ataupun sebaliknya, PDRM akan mengkianati saja HAK Rakyat tersebut dengan menyalahgunakan “kuasa” yang ada dengannya sepertimana yang dilakukan terhadap Perhimpunan BERSIH 3.0 dahulu ? Sama-samalah kita saksikan jawapannya pada Januari 12 nanti.

Selingan 2 :

Court acquits PKR rep, rules not a crime to assemble peacefully

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/court-acquits-pkr-rep-rules-10-day-notice-in-public-assembly-act-unconstitu

d a u l a t r a k y a t !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

4uni2c # 13726 POLIS: Fahami Akta Perhimpunan Aman

https://4uni2c.com/2013/07/26/4uni2c-13726-polis-fahami-akta-perhimpunan-aman/?preview=true&preview_id=642&preview_nonce=7bcec63d1b
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK : www.4uni2c.com

@OPajar

#13109

Ahmad’s SAGA #016 Gajah Sama Gajah Berjuang

•2012-12-31 • 1 Comment

Gajah Sama gajah berjuang

Pelanduk Mati Di Tengah-tengah

Kelmarin (2012 Disember 28) Acik (Abang/Ayah cik) ke Johor Bahru (JB) lagi. Ini adalah untuk kali ke-4 ke JB berhubung dengan kes Ahmad yang didakwa menghina Sultan Johor. Bulan lalu Acik juga hadir di mahkamah sesyen yang sama untuk mendengar sebutan tuduhan terhadap Ahmad dibaca dihadapan Tuan Hakim buat kali pertama. Tetapi bila pihak pendakwaan membuat sedikit pindaan atas pertuduhan tersebut, maka ianya perlu disebut semula kelmarin.

Alhamdulillah, dengan ketegasan Tuan Hakim maka terikh perbicaraan telah ditetapkan juga walaupun pihak pendakwa masih belum bersedia dengan bukti-bukti yang diperlukan. Jika nak tunggu hingga pendakwa benar-benar bersedia dengan bukti-buktinya, entah berapa kali lagi sessi mendengar sebutan tuduhan akan diadakan, sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan.

Oleh itu Tuan Hakim menetapkan juga tarikh perbicaraan iaitu dalam bulan Februari 5,6,7 dan 8 haribulan. Ini bermakna Acik akan ke JB sekali lagi buat kali ke-5. Jika setiap kali ke JB tidak kurang dari RM1000 diperlukan, maka cubalah jumlahkan berapa kosnya apabila kes Ahmad selesai nanti. Mungkin RM40 ribu ataupun lebih.

Supaya kos yang ditanggung bagi setiap kunjungan Acik serta keluarga ke JB berbaloi, maka Acik dan keluarga merancang melawat tempat-tempat lain yang sohor dan popular, sempena kunjungan wajib kami ke JB itu. Kelmarin selepas sessi di mahkamah, kami pulang ke Lembah Kelang melalui Melaka Bandar Bersejarah.

Kami singgah di bandar tersebut selama beberapa jam. Sungguh meriah dan ramai pengunjung. Acik rasa Melaka Bandar Bersejarah memang wajar dijadikan destinasi perlancongan bagi rakyat Malaysia maupun pelancong-pelancong dari luar negara.

Lokasi yang kami kunjungi itu ialah sebuah bukit di mana di atasnya terdapat sebuah gereja lama peninggalan penjajah. Di kaki bukit tersebut iaitu bersebelahan sebatang sungai, terletak sebuah muzium. Pamiran yang ada dalam muzium tersebut sangat menarik dan informatif buat Acik.

Di tingkat satu bangunan muzium tersebut ada dipamirkan potret beberapa orang sultan Melaka yang memerintah negeri tersebut sejak ianya mula dibuka (1402) hingga ianya jatuh ke tangan Portugis (1511). Setiap potret itu pula diiringi oleh sedikit cerita tentang peristiwa bersejarah yang telah berlaku ketika itu.

Dari berbagai-bagai cerita sejarah yang Acik sempat baca, yang paling menarik perhatian Acik ialah tentang perebutan kuasa oleh dua orang anak raja yang berlainan ibu. Seorang bernama Raja Kasim dan seorang lagi bernama Raja Ibrahim.

Selepas kemangkatan ayahanda mereka Sultan Melaka, raja Ibrahim telah ditabalkan menjadi Sultan. Walaupun Raja Kasim adalah kekanda kepada Raja Ibrahim, tetapi baginda dikira tidak layak mewarithi takhta Kesultanan Melaka kerana bonda baginda hanyalah rakyat biasa.

Sebaliknya Raja Ibrahim adalah beribukan seorang yang berdarah raja. Agaknya telah ada termaktub dalam undang-undang tubuh negeri Melaka ketika itu bahawa putera Sultan yang ibunya bukan berdarah raja tidak layak mewarithi takhta.

Kononnya, selepas Raja Ibrahim menaiki takhta kerajaan Melaka, kekandanya (Raja Kasim) telah tidak dibenarkan lagi tinggal di istana. Baginda terpaksa meneruskan hidupnya di kalangan rakyat jelata khususnya masyarakat nelayan. Layanan kurang wajar terhadap baginda oleh pihak istana mungkin membuat rakyat simpati kepadanya.

Pengalaman hidup di kalangan rakyat jelata pula mungkin membuat baginda menjadi lebih mesra rakyat berbanding dengan adindanya yang besemayam selesa di atas takhta. Sifat mesra rakyat tersebut mungkin menjadi factor penting yang membuat baginda menjadi popular lagi disayangi oleh rakyat jelata.

Semasa hidup dikalangan rakyat jelata itu, baginda telah bertemu dengan seorang agamawan Islam. Atas pengaruh agamawan berkenaan maka timbulkan hasrat Raja Kasim untuk merampas kuasa dari tangan adinda baginda (Raja Ibrahim). Dengan pengaruh agamawan tersebut, akhirnya Raja Kasim telah berjaya merampas takhta dari tangan adindanya Raja Ibrahim.

Raja Ibrahim bukan sahaja kehilangan takhta malah kehilangan nyawa akibat terbunuh dalam perjuangan mempertahankan hak baginda sebagai raja yang sah lagi berdaulat dari dirampas oleh kekanda sebapanya (Raja Kasim). “Sudah jatuh ditimpa tangga”, kata pepatah Melayu bagi mengambarkan nasib malang Raja Ibrahim.

Ketika membaca catitan sejarah berkenaan, dalam fikiran Acik terbayang suatu peperangan sengit antara Raja Kasim dengan Raja Ibrahim. Perjuangan antara mereka berdua tentulah tak sama dengan pergaduhan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat yakni satu lawan satu. Sebaliknya pergaduhan dua orang anak raja tentulah melibatkan pengiring dan pengikut masing-masing yang ramai.

Oleh itu pergaduhan itu lebih merupakan peperangan kerana ia melibatkan bilangan yang ramai. Lazimnya dalam setiap peperangan mesti ramai yang akan terbunuh. Walau pun tidak pula disebut berapa bilangan yang terbunuh dalam perebutan kuasa antara kedua-dua putera Sultan tersebut, namun Acik percaya bahawa ramai yang telah terkorban.

Sejarah adalah untuk kita jadikan iktibar. Yang baik untuk kita jadikan teladan dan yang sebaliknya untuk kita jadikan sempadan. Sejarah di atas memberi gambaran bahawa telah berlakunya penyalahgunaan kuasa dan sikap tidak patuh kepada undang-undang tubuh yang telah sedia ada bagi negeri Melaka ketika itu. Jika sekiranya Raja Kasim menghormati undang-undang tubuh negeri Melaka ketika itu, tentulah baginda tidak ingin merebut takhta kerajaan negeri Melaka yang telah diduduki oleh adinda baginda Raja Ibrahim yang lebih layak.

Sekadar Raja Kasim seorang diri saja yang berjuang untuk merampas kuasa dari seorang Sultan yang berdaulat, maka usahanya itu tentulah tidak akan ke mana-mana. Namun yang menjayakan usaha Raja Kasim untuk merampas takhta dari tangan adiknya (Sultan Ibrahim) adalah barua-baruanya .

Barua-barualah yang selalunya menjadi kacang hantu dalam masyarkat di semua peringkat. Baik di peringkat organisasi, kampung, daerah, negeri hatta negara sekalipun. Fenomina ini wujud bukan di zaman dahulu sahaja, bahkan hingga ke saat-saat ini.

Angkara barua-barua inilah yang sering membawa kerosakan bagi jangka masa panjang, walaupun pada mulaya ia menampakkan hasil-hasil positif. Tindakan barua-barua ini biasanya melampaui sempadan keadilan. Dengan kata lain, barua-barua ini langsung tidak menghormati prinsip keadilan. Antara contoh-contoh kezaliman barua-barua, boleh dibaca di dalam sebuah CEREKANA bertajuk “ Strategi Barua Jepang ” yang terdapat dalam PenCERAHAN https://4uni2c.com/2012/12/16/cerekana-11z12-strategi-barua-jepang/

Apapun, setiap kali berlakunya konfrantasi antara dua pihak yang berebut kuasa, maka yang akan menjadi korban adalah pengikut-pengikut masing-masing.

Balik kepada peristiwa perebutan takhta di atas, sistem pemerintahan Melaka ketika itu boleh dikatakan tidak kemas dan tidak berkesan. Jika sistem pentadbiran Melaka ketika itu mantap dan berkesan, maka sudah tentu Raja Kasim telah kecundang. Raja Ibrahim yang ditabalkan secara sah itu sudah tentu dapat terus kekal sebagai Sultan yang berdaulat, berdasarkan undang-undang tubuh negeri Malaka ketika itu.

Malangnya, akibat sistem penguatkuasaan undang-undang yang lemah ketika itu, maka apa yang telah berlaku adalah sebaliknya.

Kisah perebutan kuasa yang dilakarkan di atas juga boleh dijadikan satu contoh bagi memahamkan kita tentang satu peribahasa Melayu yang berbunyi , “Gajah sama gajah berjuang, kancil mati di tengah-tengah”. Gajah yang dimaksudkan dalam peribahasa tersebut adalah merujuk kepada Raja Kasim dan Raja Ibrahim. Manakalah kancil adalah merujuk kepada pengikut-pengikut mereka dan rakyat jelata.

Antara pengikut-pengikut tersebut serta rakyat jelata ada yang terkoban akibat peperangan yang dicetuskan oleh kedua-dua anak raja berkenaan . Ini adalah satu dari kerenah-kerenah yang terpaksa dihadapi oleh rakyat jelata yang hidup di bawah sistem pemerintahan beraja. Itu sebabnya kebanyakan negara-negara yang tinggi tamadunnya telah lama menyahkan sistem pemerintahan tersebut .

Semoga perangai buruk yang diamalkan oleh individu yang menduduki takhta mungkin menjadi pemangkin kepada penghapusan sistem pemerintahan beraja sesebuah negara.

Perebutan takhta tidak mustahil masih boleh belaku di zaman ITC sekarang. Jika ia berlaku, maka pihak yang diberi mandat memerintah negeri berkenaan tidak boleh lari dari pertanggungjawaban. Acik percaya, dengan sistem pertahanan dan keamanan canggih yang wujud di zaman moden ini, apa yang telah belaku di Melaka beratus tahun dahulu itu tidak wajar berlaku sekarang.

Dengan perkataan lain, pihak yang diberi mandat memerintah negeri berkenaan tidak boleh biar peristiwa yang sama berlaku tanpa usaha yang cukup bagi menghalangnya. Sekiranya ia gagal dihalangi oleh kumpulan ini, maka rakyat jelata negeri berkenaan wajar menukar kerajaan dengan memberi mandat kepada pihak lain yang sanggup dan mampu memperbetulkan keadaan.

Apa pun, Acik harap Ahmad bukanlah salah seekor dari “kancil-kancil” yang terkorban akibat dua ekor “gajah” yang sedang berjuang.

Wallahualam.

Selingan :

Ahmad Abd JalilAnda Wira Rakyat

http://www.peguamkamalmenulis.blogspot.jp/search?updated-min=2013-01-01T00%3A00%3A00-08%3A00&updated-max=2014-01-01T00%3A00%3A00-08%3A00&max-results=36

Wallahua’lam

PenCERAHan yang relevan :

Ahmad’s SAGA #017 Bagai berhakimkan beruk : https://4uni2c.com/2013/01/10/ahmads-saga-017-bagai-berhakimkan-beruk/
Ahmad’s SAGA # Index https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/

menu UTAMA ➡️ http://www.4uni2c.com

@OPajar

#12z31

4uni2c#12z25 BR1M 2.0 dan Strategi Abu Nawas

•2012-12-25 • Leave a Comment

** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL  **

( Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

.

BR1M 2.0 dan Strategi Abu Nawas

.

(Catitan: PenCERAHan ini ditulis pada 25Disember 2012)

Dalam akbar Sunday  Star pada m.s.  2 (NATION), 23Disember 2012 baru-baru ini, ada sebuah berita berbunyi, “More than 2.3 million people have registered for BR1M 2.0”. Acik tak cadang nak khabar secara detail apa yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Ke-2  (DS Ahmad Husni Hanadzlah) itu sebab masing-masing boleh pi baca sendiri. Yang Acik cadang nak buat di sini ialah mengaitkannya dengan satu kisah bertajuk, “ Strategi Abu Nawas

Kononnya, di zaman pemerintahan Amirul Rashid di Kota Baghdad dahulu ada seorang yang sangat pintar akhalnya. Beliau digelar Abu Nawas. Namun bila nak dilantik menjadi khadi beliau menolak. Alasan yang diberi beliau ialah beliau tak layak. Oleh sebab Raja yakin bahawa beliau sebenarnya sangat layak maka Raja pun berkata, “Jangan kau dusta. Beta tahu engkau sangat layak menjadi seorang Khadi !”  Maka jawab Abu Nawas, “Oleh sebab patik seorang pendustalah maka patik tak layak menjadi seorang Khadi”

Pada suatu hari Abu Nawas membuat dakwaan bahawa beliau tahu di mana lokasi pusat bumi. Maka gemparlah pakar-pakar ilmuan pada masa itu mempertikaikan dakwaan Abu Nawas itu. Persatuan Ilmuan ketika itu pun memanggil Abu Nawas supaya membuktikan bahawa dakwaan beliau itu benar. Dengan syarat yang ditetapkan oleh Abu Nawas maka berhimpunlah para-para ilmuan semua di pinggir sebuah padang pasir yang terbentang luas.

Setibanya Abu Nawas ke lokasi yang dijanjikan itu, maka sunyi senyap jadinya suasana. Agaknya masing-masing bengung melihat ketibaan Abu Nawas sebab pada sangkaan mereka beliau tidak akan berani menghazirkan diri. Dengan selambanya Abu Nawas pun turun dari kaldai kenderaannya, lalu bersalaman dengan ketua-ketua kumpulan yang menanti beliau itu. Lebih menakjubkan ialah wajah beliau begitu tenang sekali, tiada ada tanda-tanda kebimbangan apa-apa pun.

Selepas berehat sejurus maka sampailah masanya bagi Abu Nawas menunjukkan lokasi yang dikatakan sebagai pusat bumi itu. Maka Abu Nawas pun mengambil sebatang tongkat lalu berjalan kearah matahari jatuh (Barat).  Kira-kira 100 meter dari tempat beliau mula melangkah itu, beliau pun memacak tungkatnya itu lalu memekik, “ di sinilah pusat bumi. Jika ada sesiapa yang kurang yakin, silalah ukur dan buktikan kepadaku bahawa dakwaan aku ini salah !

Bayangkanlah ketika itu, siapakah yang mampu mebuktikan bahawa apa yang didakwakan oleh Abu Nawas itu salah. Samalah juga dengan dakwaan pihak polis bahawa kadar jenayah dan kadar kemalangan jalan raya menurun. Jika ada rakyat tak percaya pun apa kemampuan yang ada bagi mempertikaikan bahawa dakwaan pihak polis itu salah.

Dalam isu BR1M 2.0 ini, yang mengeluarkan statistic mengatakan bahawa 2.3 juta rakyat yang berdaftar bagi menuntut rm500 tiap seorang ialah pihak kerajaan. ( Angka terkini ialah 4.3 juta yang layak menerima RM500 seorang). Katakanlah Acik kurang percaya bahawa sebegitu ramai yang telah memohon kerana rata-rata rakyat Malaysia ini kaya-kaya belaka. Tapi apa daya upaya Acik nak buktikan bahawa kenyataan Menteri berkenaan salah dan sebaliknya Aciklah  yang betul. Oleh itu biarlah Acik presume atau tanggapkan bahawa kenyataan itu benar. Dengan kata lain, kesemua 4.3 juta memang layak dan akan menerima rm500 seorang.

Namun timbul pula satu kemusykilan dalam hati Acik, betulkah bahawa setiap mereka itu akan benar-benar merima haknya rm500. Andaikata yang benar-benar menerima haknya adalah sekitar  300 ribu orang saja ataupun kurang dari itu, siapakah yang akan mampu mempertikaikan kemana wang selebihnya  itu nanti pergi.

Untuk lebih jelas, bayangkan anda seorang guru kelas yangmana kesemua 40 orang murid anda layak menerima bantuan makanan sekolah.  Bagi memastikan bahawa tiada seorang pun dari 40 orang murid anda itu yang terabai, maka suruh saja murid yang belum dapat bantuan berkenaan angkat tangan semasa mengemukakan pertanyaan tentang bantuan itu dalam kelas nanti. Kaedah yang sama masih boleh diaplikasikan di peringkat sekolah oleh guru besar  atau pengetua.

Namun bila sampai ke peringkat kampung dan daerah maka realitinya agak berbaza . Ramai yang berhak mendapat bantuan tetapi pada hakikatnya tidak dapat.  Contoh ketara ialah bantuan banjir setiap kali berlaku banjir. Berapa ramai yang patut dapat bantuan dari kerajaan tapi tidak dapat. Samada dengan disengajakan  atau pun sebaliknya. Itu baru di peringkat kampung dan daerah, jika peringkat nasional tentulah akan lebih teruk lagi.

Mengikut persepsi Acik, yang kerajaan ghairah sangat nak “beri” rm500 kepada setiap dari 4.3 juta rakyat yang layak itu bukanlah apa sangat. Tapi yang lebih penting ialah untuk mem“BOLEH” kan beberapa billion ringgit duit dari dana negara dikeluarkan, kononnya atas tujuan mengagihkan kepada setiap orang dari 4.3 juta itu. Samada yang benar-benar akan menerimanya nanti hanya 100 ribu kah, 200 ribu kah, 300 ribu kah dan seterusnya, itu belakang kira. Siapakah yang akan mampu membuktikan bahawa yang benar-benar menerima wang itu nanti tidak sampai 4.3 juta orang ? Samalah macam dalam kisah Strategi Abu Nawas di atas, siapakah yang mampu membuktikan beliau salah.  Yang mampu membuktikannya hanyalah PERSEPSI saja. Tapi PERSEPSI bukanlah suatu bukti bagi suatu realiti.

Wallahualam.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

CEREKANAKisah Pemandu Yang Banganghttps://4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/

** Untuk menu UTAMA sila KLIK:  http://www.4uni2c.com

@OPajar

#12z25

Ahmad’s SAGA #201 A Catalyst for Change

•2012-12-24 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** To FIND for other  EnLIGHTenment please CLICK on the month below ARCHIVES on the right of the SCREEN then SCROLL **

A Catalyst for Change

Sebagai seorang OP (Orang Pencen) saya bertanya kepada diri sendiri, apakah perkara  yang berlaku kepada Ahmad (anak kelima saya) ini suatu ujian Allah ataupun satu kifarat atau balasan. Ya, boleh jadi juga satu ujian, boleh jadi juga satu kifarat. Mungkin juga kedua-duanya sekali.

As an OP (Old Pensioner) I asked myself, whether what had happened to Ahmad (my 5th child) was an ordeal or a penalty on me. Yes, maybe it was an ordeal, maybe it was a penalty. Maybe it was both.

Sebagai seorang ayah, sayalah orang yang berautoriti ke atas keluarga saya. Autoriti ini Allah yang beri, bukan orang lain yang beri. Jadi saya tidak ada pilihan. Suka pun saya kena terima, tak suka pun saya tetap kena terima juga. Lainlah jika autoriti ini diberi kepada saya oleh orang lain.

As the father, I was the authority to my family. This authority was granted upon me by the al-Mighty not by other than Him. Hence, I had no choice. Whether I liked it or not I had to accept it. This might not be so if the authority were given to me by fellow human beings.

Sebagai pihak yang berautoriti dalam keluarga, maka saya tidak boleh lepas tangan dari apa yang sedang Ahmad sedang hadapi sekarang. Jika tidak, maka saya adalah seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Tidak perlu saya tunggu sampai orang lain kata kepada saya “anda bapa yang tak bertanggungjawab” baru saya akan sedar. Sebaliknya ehsan yang sedia ada dalam hati saya sudah cukup bagi menyedarkan saya bahawa saya bertanggungjawab atas apa yang dilakukan oleh setiap ahli keluarga saya yang berautoritikan saya.

As the person who held the authority in the family, I could not simply ignore the problem that was being faced by Ahmad. If so, I might be blamed for being an irresponsible father.  I should not wait until someone came to me and said,  “you are an irresponsible father !” to make me realise it. Instead, my inner self consciousness was strong enough to make me realised that I was fully responsible for what each and every member of my family did.. 

Berdasarkan prinsip ini maka saya mengakui bahawa saya adalah ayah yang gagal melaksanakan amanah Allah kepada saya jika sekiranya anak-anak saya tidak berjaya dalam hidup masing-masing. Khusus dalam kes Ahmad ini, jika terbukti beliau bersalah maka suka atau tidak saya terpaksa turut rasa bersalah kerana beliau adalah hasil didikan saya sebagai seorang ayah. Namun saya masih yakin bahawa beliau tidak melakukan apa yang dituduh terhadap beliau itu.

Based on such principle, I must admit that I would be considered a failure (being the father) in carrying out the task entrusted upon me by the al-Mighty should my children were not successful in their lives. For Ahmad’s case in particular, if it were proven (at the end of the day) that he was guilty then, whether I liked it or otherwise, I would still have to feel guilty too because he was the product of the upbringing by me, being his father. However, until this moment  I am still confident that Ahmad did not do as what he had been accused of.

Di sini ingin saya bertanya anda semua, tidakkah pihak yang diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara amnya dan Johor khususnya selama 55 tahun rasa bersalah kerana gagal mentadbirnya dengan baik. ? Sekiranya ia ditadbir dengan baik kes Ahmad tak mungkin timbul. Malah ini bukanlah kes pertama antara rakyat yang lemah dengan pihak istana.

At this juncture, I wish to ask the readers, don’t they who had been given the mandate by the people to rule the country as a whole, and the state of Johor in particular for the last 55 years feel guilty too for failing to rule them effectively?  If they had ruled praise-worthily, then Ahmad’s case would not have cropped up. In fact it was not the first case (and might not be the last case too), between the weak citizen and the powerful palace.

Suka saya ambil negeri Kelantan sebagai contoh. Lihatlah bagaimana parti yang diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri di bawah Tuan Guru Nik Aziz  begitu berjaya meningkatkan mertabat dan maruah Sultannya, hingga baginda sangat  dihormati lagi disayangi oleh rakyatnya.  Tapi apa yang telah berlaku dan sedang dihadapi oleh rakyat Johor adalah sebaliknya.

I would like to point at the state of Kelantan as an example. We could see how the state had been run by the party that had been given the mandate by its people under the leadership of Religious Teacher Nik Abdul Aziz. They were quite successful in uplifting the dignity of their sultan such that he was highly respected and loved by his subjects. But what was being faced by the people of Johor was the otherwise.

Apa yang berlaku kepada Ahmad biarlah menjadi pemangkin kepada perubahan positif di negeri Johor. Suka ataupun tidak rakyat Johor perlu terima hakikat bahawa keharmonian hidup mereka sekadar yang ada sekarang, adalah akibat kegagalan parti yang mereka beri mandate untuk memerintah. Apa yang berlaku di Kelantan sekarang adalah sebaliknya. InsyaAllah senario yang sama dengan di negeri Kelantan akan menjadi realiti dan dapat dinikmati di bumi Johor jika sekiranya iannya di perintah oleh PR

Let’s hope that what had happened to Ahmad serves as a catalyst for the positive changes in Johor. Whether they like it or not, the people of Johor would have to admit the fact that the low level of harmony that they are enjoying now, is the consequence of the failure of the party that they had given the mandate to rule the state. What is happening in Kelantan now is the opposite. With God’s permission a similar situation of that in Kelantan might turn into reality in Johor, should Johor be ruled by Pakatan Rakyat..

d a u l a t   r a k y a t  !

Other relevant EnLIGHTenments:

Ahmad’s SAGA # INDEX    http://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/

Ahmad’s SAGA # Index B http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/11/ahmads-saga-index-b/

Ali’s SAGA # 01 Ali Adalah Manifestasi Jenerasinya   https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/

 

 

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

** To go back to the MAIN menu please CLICK >>>  http://www.4uni2c.com

selingan 1 :

Najib Tak Dicadang Tun Dr M menjadi PM

selingan 2 :

Kenapa Najib Tak Layak Menjadi PM ?

@OPajar

#12z24

politik#12z23 pas melencong dari perjuang asal ?

•2012-12-23 • Leave a Comment

Politik #12z23 PAS Melencong Dari Perjuangan Asal ?

** Untuk menCARI lain-lain TAJUK sila KLIK pada nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN kemudian SKROL **

Artikel di atas dipetik daripada ruangan Bersama Dato’ Haron Din yang disiarkan akhbar Harakah Bil. 1704 ( 8-11 Safar 1433/2-5 Januari 2012 )

Sila Kongsikan Artikel ini dengan semua orang !

Datuk (Haron Din), akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu. Saya keliru kerana diulang-ulang dan disebut oleh media masa, sedangkan yang menyanggahnya jarang kedengaran. Apa pandangan dan nasihat Datuk kepada orang-orang seperti saya supaya teguh berdiri bersama PAS? Terima kasih Datuk.

Penyokong PAS Tegar, Dungun, Terengganu.

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburuk-burukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat. Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas (Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita dongeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.” Wallahua’lam.

Artikel di atas dipetik daripada ruangan Bersama Dato’ Haron Din yang disiarkan akhbar Harakah Bil. 1704 (8-11 Safar 1433/2-5 Januari 2012)

Sila Kongsikan Artikel ini dengan semua orang !