Ahmad’s SAGA #012 Polis pun KELIRU ?

•2012-12-07 • Leave a Comment

Ahmad’s SAGA #012  Polis pun kadang2 KELIRU ? 

*** Untuk menCARI lain-lain TAJUK sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN kemudian SKROL

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

Polis pun KELIRU ? 

Rumah seorang VIP telah terbakar.  Sebaik saja membuat aduan maka datanglah beberapa anggota polis ke rumah VIP berkenaan. Selepas memeriksa rumah tersebut maka terdapatlah kesan-kesan yang membayangkan bahawa rumah itu DIbakar  bukan TERbakar.  Maka kata pegawai Polis yang mengetuai pasukanbya, “ini adalah angkara mereka yang TAK bertanggungjawab”

Kemudian katanya lagi, “tapi Datuk jangan bimbang. Saya akan kerahkan anggota-anggota saya menjejaki hingga tertangkapnya mereka yang bertanggungjawab itu”

Yang melakukan jenayah (bakar rumah) ialah mereka yang TAK bertanggungjawab, tetapi yang nak ditangkap Polis untuk dihukum ialah yang BERTANGGUNGJAWAB. Kalau macam nilah KELIRU nya kita, sampai bila-bila pun Malaysia tak akan bebas dari jenayah

Agaknya inilah apa yang telah berlaku ke atas Ahmad.

The MORALE of the story:

Orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang kena getahnya.

Daulat Rakyat !           Allahuakbar !               Allahuabkbar !

Ahmad’s SAGA #011 : https://4uni2c.com/2012/12/02/ahmads-saga-011-korban-kakak/

Ahmad’s SAGA #013 : https://4uni2c.com/2012/12/09/ahmads-saga-013-janji-dicapati/

@OPajar  #12z07

4uni2c #12Z04 PERAGUT sen-sen BERLESEN ….

•2012-12-03 • Leave a Comment

Untuk menCARI tajuk lain sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di sebelah kanan skrin, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Peragut sen-sen berlesen

istihar hasil berbilion

Acik (Ayah/Abang+cik) tertarik dengan sebuah berita dalam akhbar Metro Bisness, Khamis, 29 November 2012 dalam muka surat A73 yang berbunyi, “Hasil Maxis cecah RM6.66b ”. Kalau Maxis mencapai hasil sedemikian tinggi, agaknya berapa pula Celcom dan Digi ?

Terlebih dahulu biarlah Acik jelaskan sedikit apa yang dikatakan “persepsi”.  Ini kerana apa yang nak Acik gambarkan di bawah adalah semata-mata berpandukan persepsi peribadi. Samada ia mewakili realiti atau sebaliknya, maka terpulanglah kepada penilaian pembaca masing-masing.

Mengikut persepsi Acik, Maxis dan Celcom adalah “PERAGUT BERLESEN”.  Digi, Acik tak tahu sebab Acik bukan pelanggan Digi.

Kenapakah Acik berpersepsi bahawa Maxis dan Celcom sebagai PERAGUT  ?

Acik adalah salah seorang dari berjuta-juta pelanggan setia Maxis maupun Celcom. Malah suatu ketika dahulu Acik turut terlibat mempromosikan kad-kad SIM (prabayar) Maxis dan juga Celcom. Oleh itu dapatlah Acik faham sikit sebanyak tentang beberapa jenis pakej yang ditawarkan oleh Maxis maupun Celcom pada masa itu. Tetapi pada masa sekarang pakej yang ditawarkan mungkin jauh berbeza dari yang ditawarkan dahulu.

Acik tak kisah apa jenis pakej pun yang ditawarkan oleh kedua syarikat gergasi tersebut asalkan ADIL kepada pelanggan masing-masing.  Pengguna telefon mudahalih bukan semuanya kaya raya. Lebih-lebih lagi penuntut yang mengharapkan duit PTPTN semata-mata. Sedangkan setiap mereka amat bergantung kepada telefon mudahalih untuk berkomunikasi  mengenai  urusan persekolahan masing-masing.

ADIL yang Acik maksudkan ialah bertimbang rasa, tidak menekan, dan lebih penting lagi ialah tidak menipu atau meRAGUT pelanggan.

Anda mungkin sangka bahawa yang menjadi mangsa RAGUT  hanyalah  wanita-wanita di bandar-bandar seperti Chow Kit Road dan sebagainya saja.  Tapi sebenarnya Acik sekeluarga  pun adalah mangsa RAGUT juga. Sejak mula menggunakan telefon mudahalih.  Entah berapa ribu kali sudah Acik sekeluarga menjadi mangsa RAGUT.

Walaupun duit yang diRAGUT dari Acik dan dari ahli-ahli keluarga Acik setiap kali itu tidaklah sebanyak apa yang dialami oleh mangsa RAGUT di jalan-jalan, namun jika dijumlahkan sejak sekian lama kami menggunakan telefon mudahalih ni, rasa-rasa jumlahnya pun banyak juga. Malah jumlahnya mungkin dah mengatasi jumlah kerugian yang ditanggung oleh kebanyakan mangsa RAGUT  jalanan.

Apa tidaknya ?  Kerap kali Acik buat panggilan, orang yang dipanggil tak dapat dihubungi tetapi caj tetap dikenakan atas panggilan berkenaan. Misalnya sebelum membuat panggilan, baki kredit yang ada dalam akaun prabanyar nombor telefon Acik itu masih ada Rm5.00.  Tapi selepas membuat panggilan, datanglah sebuah SMS dari pihak Celcom menunjukkan bakinya dah tinggal Rm4.72.  Sedangkan orang yang Acik panggil gagal dihubungi.

Sekali lagi Acik cuba buat panggilan ke nombor lain pula. Kali ini pun  nasib Acik serupa saja. Orang yang dipanggil gagal dihubungi, tapi baki kredit dalam akaun prabayar Acik susut lagi ke Rm4.44.  Acik pernah berpengalaman diRAGUT hingga Rm10 dalam tempoh tak sampai satu jam, namun pihak yang Acik panggil sampai sudah pun tak berjaya dihubungi.

Sehingga kini Acik masih tidak boleh menerima apa yang dikatakan “the rule of the game” yang diamalkan oleh kedua-dua syarikat gergasi Maxis dan Celcom itu. Bagi Acik, ini adalah satu amalan yang ZALIM dan tidak rasional. Jika kita memesan sesuatu benda, wajarkah kita membayar harga benda  tersebut jika sekiranya ia tidak dapat kita miliki ?

Dalam kes ini “benda” yang hendak kita beli itu adalah suatu jenis “perkhidmatan”. “Perkhidmatan” yang dimaksudkan ialah “menghubungkan” kita dengan orang yang kita panggil. Jika sekiranya penyedia perkhidmatan berkenaan GAGAL menyampaikan kepada kita perkhidmatan yang kita perlukan itu, maka apa rasionalnya kita membayar atas perkhidmatan tersebut ?

Dalam tahun 1994 dahulu Acik ke Orlando, Florida, Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri suatu “conference”. Ketika di sana Acik ada membuat satu panggilan telefon di sebuah booth telefon yang menerima wang siling. Malangnya panggilan tersebut gagal.

Berpandukan nasihat yang ditampalkan pada peti telefon berkenaan, Acik pun melaporkan tentang kegagalan tersebut. Dua keping wang siling Acik telah diRAGUT oleh peti telefon berkenaan. Penerima laporan berkenaan mengambil alamat pos Acik di Malaysia. Tidak lama selepas sampai balik ke Malaysia, sekeping sampul surat pun sampai kepada Acik.

Rupa-rupanya syarikat telefon yang menyediakan perkhidmatan telefon (di AS) berkenaan telah memulangkan 2 keping siling yang telah diRAGUT dari Acik beberapa hari yang lepas. Acik kira kos untuk menghantar balik wang siling yang diRAGUT itu kepada Acik lebih mahal dari nilai 2 keping siling itu sendiri.  Kata orang, “mahal rantai dari kera”

Apakah pengajaran yang boleh kita petik dari pengalaman Acik di atas ?

AS bukanlah sebuah negara Islam seperti Malaysia pun. Tapi rakyatnya lebih tahu membezakan antara yang HAK dengan yang BATIL. Dalam sistem perniagaan mereka, hak pelanggan dihormati sewajarnya. Oleh itu peniaga tidak boleh senang-senang meRAGUT  duit dari pelanggan walaupun kecil jumlahnya. Malah jika peniaga TERambil duit dari pelanggannya tanpa sengaja pun, duit tersebut akan dipulangkan dengan kos pemulangan ditanggung oleh peniaga.

Masa Acik ke Orlando itu, telefon mudahalih belum wujud. Tapi komputer “notebook” baru wujud dan Acik merupakan orang pertama di pejabat Acik yang memiliki sebuah computer notebook. Entahlah kut sekarang ni bila telefon mudahalih dah berlambak, syarikat Amerika pun dah belajar dari syarikat  Malaysia cara-cara meRAGUT pelanggan. Andaikata ini dah turut berlaku di Amerika, namun sebagai negara yang (gila-gilar) mendakwa sebagai sebuah negara Islam, tak kan kut kita pun nak teruskan juga amalan tak beretika tersebut.

Sebenarnya Acik dah beberapa kali menghantar SMS kepada beberapa ahli Parlimen (pembangkang) kita mengenai amalan meRAGUT  tersebut. Malangnya masih belum nampak apa-apa hasil pun lagi setakat ini. Itu sebabnya maka Acik timbulkan isu ini dalam blog Acik ni. Kut-kutlah akan ada sedikit impaknya selepas ini.

Sementara menunggu untuk melihat hasilnya, biarlah Acik buat andaian sendiri bahawa kerajaan UMNO/BN memang merestui amalan syarikat kroni-kroni mereka itu. Dengan lain perkataan kerajaan sendiri telah mengeluarkan LESEN bagi mengHALALkan aktiviti meRAGUT  sen-sen daripada pengguna telefon mudahalih  dulu, kini dan selama-lamanya.

SELINGAN

Mahukah mereka menghalang peRAGUT ?

Harap-harap, bila negara Malaysia diperintah oleh PR selepas PRU13 nanti, biarlah hendaknya amalan meRAGUT  tersebut dihentikan ASAP. Walaupun setiap RAGUTan hanya melibatkan sekadar sen-sen saja, tapi jika dikira jumlah keseluruhannya satu Malaysia, entah berapa puluh ribu RM duit pelanggan setia yang menjadi mangsa RAGUT setiap hari. Tak heranlah bagaimana Maxis Berjaya menutip hasil sehingga mencecah Rm 6.66 billion setahun seperti  yang dilaporkan dalam akbar Metro berkenaan.

Bukan duit semata-mata yang menjadi isu yang nak Acik “highlight”kan di sini .  Yang Acik rasa lebih penting ialah AKHLAK atau ETIKA perniagaan yang wajar diputih dan dipertahankan. Tanpa ETIKA perniagaan,  sesutu sistem perniagaan itu tak akan membawa keberkatan kepada negara dalam jangka masa yang lama.

Mengulas sedikit lagi tentang PERSEPSI,sebenarnya di era IT moden ini setiap orang bebas untuk membuat persepsi sendiri terhadap apa juga benda atau perkara. Pada pendapat Acik persepsi bukanlah semestinya benar. Oleh itu tidak wajar persepsi dijadikan asas untuk membuat sesuatu dakwaan terhadap pihak yang membuat persepsi. Jika ada seseorang membuat suatu persepsi buruk terhadap Acik, itu adalah hak mutlak baginya. Apakah  yang mampu Acik buat bagi mengatakan persepsi beliau itu salah atau tidak menepati realiti ?

Contohnya, jika seorang pelukis kartun berkata kepada Acik bahawa jika persepsi beliau terhadap wajah Acik diterjemahkan kedalam satu lakaran kartun, nescaya lakaran tersebut akan merupai wajah seekor kaldai,  maka apa yang  boleh Acik buat bagi menyangkal persepsinya itu. Bukan saja kaldai, malah jika dikatakan akan menyerupai wajah seekor khinzir pun, tiada apa yang Acik boleh buat kecuali menahan kesabaran dan redha terhadap ketetapan Allah yang mencipta Acik sedemikian rupa.

Yang menjadi masaalahnya ialah bila ada pihak tertentu yang cuba mengawal persepsi orang lain supaya tidak berbeza dengan persepsinya. Contohnya, dia memang seorang yang buruk rupa dan buruk perangai, tapi tak suka orang lain mempunyai persepsi buruk terhadap dirinya.Bukan sekadar tidak suka malah tidak membenarkan langsung orang lain membuat persepsi masing-masing terhadap dirinya kecuali persepsi yang positif sahaja.

Oleh kerana dia mempunyai kuasa ke atas pembuat persepsi berkenaan, maka beliaupun menggunakan kuasanya bagi tujuan mengekang orang lain dari membuat persepsi yang tak disukainya. Bagi Acik ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa yang tak wajar dibiarkan berlaku.

Sepatutnya dia yang buruk perangai dan buruk fisikal itu mengambil langkah yang sesuai bagi mengubah dirinya (sebanyak mungkin) agar persepsi buruk orang terhadap diriya turut berubah. Misalnya jika selama ini dia berperangai buruk, maka cubalah memperbaiki akhlaknya.

Jika sifat fisikalnya gemuk hingga menyerupai seekor khinzir, maka dia hendaknya berusaha menguruskan badannya supaya sifat fisikalnya tidak lagi mirip seperti seekor khinzir. Hanya menggunakan kuasa semata-mata untuk memaksa orang lain menukar persepsi terhadapnya (dari buruk kepada baik), tidak ada hasil yang mampu dicapai kecuali sesia.

Di sini ingin Acik bertanya kepada rakan-rakan FB semua, apakah persepsi anda terhadap pihak yang mengenakan sesuatu caj terhadap anda sedangkan anda tidak menerima apa-apa munafaat pun darinya ?

d   a   u   l   a   t       r   a   k   y   a   t     !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

PencuriSen-sen Berlesen  :  https://4uni2c.com/2013/11/24/4uni2c-13y24-pencuri-sen-sen-berlesen/

Krisis kejujuran dan implikasinya : https://4uni2c.com/2014/09/15/4uni2c-14915-krisis-kejujuran-dan-implikasinya/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

@OPajar

#12Z04

Ahmad’s SAGA #011 Korban Kakak

•2012-12-02 • Leave a Comment

Ahmad’s SAGA #011  Pengorbanan Seorang Kakak

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

Pengorbanan Seorang Kakak

Semalam (1hb Dis.2012) adalah hari KONVO (konvokesyen) bagi anak Acik (Ayah/Abang+cik) yang kedelapan dalam keluarga yang bernama ADAM. Dengan kejayaan Adam mendapat ijazah Sarjana Muda (Sains Aktuari) itu maka bilangan anak Acik yang dah memiliki ijazah Sarjana Muda (SM) setakat ini ialah 6 orang.  Acik harap akan dapat melihat kesemua 10 orang anak Acik itu berjaya memiliki ijazah SM (sekurang-kurangnya) sebelum Acik dipanggil Allah mengadapNya nanti. Diantara mereka juga biarlah ada pula yang berjaya menjadi doktor samada doktor perubatan maupun doktor Phd.

Setakat ini baru seorang dari anak-anak Acik yang bergelar doktor (perubatan = Dr. Aisyah). Sama-samalah tolong doakan agar pada tahun hadapan seorang lagi anak Acik akan bergelar doktor (Phd = Anas). Semoga semua mereka akan menjadi penyumbang besar kepada pembangunan negara dan kebahgian rakyat Malaysia. Janganlah hendaknya ada seorang pun di antara mereka yang bersikap, “bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh ditumpang”. Sebaliknya biarlah semuanya bersikap, “resmi padi, makin tunduk makin berisi”.  Tidak ada yang ikut,  “resmi lalang, tegak megah tetapi usang”.

Seorang lagi anak Acik telahpun memiliki ijazah Sarjana (MBA=Abas). Ahmad pula sedang menyiapkan thesis Sarjananya. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda (Ukur Bahan) dari UiTM (2010). Sekiranya Ahmad tidak difitnah demikian rupa, Acik percaya beliau kini telah pun dapat menyiapkan thesis Sarjananya bagi melayakkan beliau dianugerahi ijazah Sarjana oleh UTM tidak lama lagi. Begitulah ujian terhadap Ahmad khususnya dan keluarga Acik amnya.

Sebenarnya anak Acik yang berjaya mendapat ijazah baru-baru ini adalah DUA orang, bukan Adam seorang saja. Kakak Adam (ASIAH) pun berjaya melayakkan diri bagi menerima ijazah Sarjana Muda (Undang-undang). Sepatutnya Asiah turut berada di dewan yang sama pada 28hb November bagi menerima ijazah SM tersebut. Tetapi demi memperjuangkan nasib adik kandungnya Ahmad,  beliau telah mengorbankan KONVOnya.  Pada tarikh tersebut pertuduhan terhadap Ahmad akan disebut di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada jam 8.30 pagi. Jadi agak mustahillah bagi Asiah untuk turut hazir ke majlis konvo yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Censelor, UiTM Shah Alam pada hari yang sama.

Kes Ahmad bukan saja menjejaskan usaha gigih Ahmad sendiri bagi mencapai ijizah Sarjana yang dikejarinya itu, dalam tempoh yang dijadualkan beliau. Sedangkan Ahmad berpotensi meneruskan pelajarannya ke tahap Phd jika diberi peluang.  Bukan Ahmad saja terjejas malah ia turut menjejaskan juga pembelajaran kakaknya Asiah yang sedang mengikuti kursus LLB di UiTM. Mengikut Asiah, kes Ahmad telah mencetuskan suasana yang sangat tidak “condusive”  baginya untuk belajar. Mau ataupun tidak, beliau telah membuat keputusan menangguhkan pembelajarannya ke semesta hadapan.

Seminggu sebelum tarikh konvonya Acik lihat Asiah sibuk membincangkan satu masaalah lain yang tak relevan dengan kes Ahmad. Ia adalah masaalah yang sedang dihadapi oleh seorang rakan yang sedang mengikuti kursus LLB dengannya. Asiah bercadang menemui Naib Censelor sendiri demi menolong rakannya itu. Bagi menyokong dan mendorong Asiah melakukan satu kerja kebajikan, Acik menawarkan diri untuk menemani beliau ke pejabat VC tersebut.

Sebenarnya Acik memang ingin sangat nak bertemu dengan Prof Dr Sahol Hamid setelah terbaca sikit sebanyak tentang latar belakang beliau. Bagi Acik beliau adalah antara tokoh-tokoh terbilang (TT) dalam masyarakt yang layak dikagumi. Antara TT-TT lain dalam bidang pendidikan yang turut Acik kagumi termasuklah Pendita Zaaba, Prof Diraja Engku Aziz, Prof. Awang Had Salleh, Prof Ahmad Ibrahim, Prof Arshad Ayub, Prof Syed Naguib Al Attas dan abangnya Prof. Syed Hussein Al Attas, Prof Syed Hussin Ali, Prof Sidik Baba, Dr. Jomo Sundram dan beberapa lagi yang Acik kurang ingat nama mereka. Jadi inilah peluang keemasan bagi Acik untuk bertemu dengan TT Prof Dr Sahol.

Alhamdulillah, pertemuan Asiah dengan VC (dengan ditemani oleh Acik) tersebut telah berjaya menghasilkan apa yang dihasratkan. Rakan Asiah berkenaan telah dapat ditolongi. Kalau tidak, maka harapan beliau untuk turut sama merasai nikmat berkonvo tidak akan kesampaian. Ibu bapa beliau di kampung yang hanya membilang hari saja untuk datang ke Shah Alam bagi menyaksikan anak kebanggaan mereka menaiki pentas menerima ijazah SM Undang-Undang, pasti akan kecewa besar. Bukan kerana anak mereka itu bersalah, sebaliknya kerana ia enggan membayar denda atas kesalahan yang beliau tidak lakukan. Ini adalah satu prinsip yang wajar dipertahankan. Kata perpatah Melayu, “berani kerana benar, takut kerana salah”.

Begitu sekali sikap “helpful” atau suka menolong  orang lain yang ditunjukkan oleh Asiah. Walaupun beliau sendiri mungkin rasa kecewa kerana tidak dapat menghaziri majlis konvo pada 28hb November 2012 (kerana akan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru berhubung kes Ahmad) namun beliau tidak rela melihat orang lain turut kecewa seperti beliau. Selain itu, beliau juga sanggup berkorban iaitu berhenti (sementara) dari mengikuti kursus LLB, demi membela nasib adiknya yang malang itu. Sewajarnya, sikap yang ditunjuki Asiah dicontohi  oleh semua pihak, bukan sebaliknya. Begitu juga dengan nasib yang dihadapi oleh Ahmad. Beliau harus dibela bukan sebaliknya.

Pedekata, janganlah hendaknya ada sesiapa pun yang  suka melihat anak Acik yang dua beradik itu dibiarkan seperti, “sudah jatuh ditimpa tangga”. Sikap suka melihat orang lain menerima malang bertimpa-timpa,  tidak akan membantu membangunkan masyarakat, malah sebaliknya. Tanpa adanya manusia yang “helpful”,  UiTM tidak akan berjaya melahirkan individu-individu lain seperti Prof Dr Sahol. Hatta Prof Dr Sahol sendiri adalah sebagai contoh hasil dari sifat-sifat “helpful”  mereka yang menolong beliau ketika beliau ditimpa kegagalan dalam perjuangan hidup beliau, di peringkat awal dahulu. Syabas kepada Dr Sahol. Semoga beliau menjadi  “role model” kepada seluruh penuntut UiTM khususnya, dan kepada seluruh generasi muda amnya.  Wasallam

Daulat Rakyat !                     Allahuakbar  !                   Allahuakbar      !

Ahmad’s SAGA #010 : https://4uni2c.com/2012/11/29/ahmads-saga-010-strategi-barua-jepang/

Ahmad’s SAGA #012 : https://4uni2c.com/2012/12/07/ahmads-saga-012-polis-pun-keliru/

 

@OPajar  #12Z02

Strategi TPM (Tun Perak Melaka)

•2012-11-29 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda )

strategi tun perak melaka (tpm)

Bukan ! Bukan ! Bukan ! TPM yang Acik (Abang/Pak cik) maksudkan bukannya Timbalan Perdana Menteri. Tapi yang Acik maksudkan ialah Tun Perak Melaka.

Kalau Timbalan Perdana Menteri, Acik pasti semua orang dah pun kenal beliau luar maupun dalam. Namun TPM yang Acik maksudkan ini mungkin masih ramai yang belum kenal. Malah yang dulu pernah kenal pun mungkin kini dah lupa. Maklumlah, kita orang Melayu ni pernah dilabel oleh Mantan PM kita sebagai MELAYU MUDAH LUPA. Jadi elok sangatlah Acik cuba selak balik lembaran sejarah dan ghoyak (maklum) sikit tentang TPM ni. Tun Perak Melaka sebenarnya ialah seorang tokoh besar negara kira-kira 500 tahun dahulu. Nama sebenar beliau ialah Tun Perak. Cuma Acik sendiri yang tambah Melaka dihujungnya agar orang tak sangka bahawa beliau orang Perak. Melaka ialah nama negara di mana Tun Perak menjadi Bendaharanya ketika itu.

Mengikut fakta sejarah, TPM ni bukan calang-calang pemimpin. Beliau dilantik menjadi Bendahara bukanlah atas dasar pilih kasih atau amalan krononisma. Tapi beliau dilantik menjadi Bendahara selepas beliau berjaya mengelolakan pertahanan Melaka hingga serangan Siam keatas Melaka dapat dipatahkan. Ini berlaku semasa pemerintahan Sultan Muzafar Shah. Namun tak dapatlah dinafikan bahawa bapa beliau adalah bekas seorang Bendahara. Kata orang tua-tua kita, kuah tumpah ke nasi juga lah. TPM ni telah berkhidmat dengan amat cemerlang hinggalah dalam era pentadbiran beliau Melaka telah menjadi sebuah negara yang amat terbilang lagi gemilang, masyhor se anterio dunia, kononnya.

Beliau terus menjadi Bendahara hingga ke era pemerintahaan Sultan Melaka ke-7 iaitu Sultan Mahmud Syah. Kematian beliau dalam tahun 1498 merupakan detik bermulanya kehancuran kesultanan Melayu Melaka. Pengganti TPM tidak mampu mempertahankan kegemilngan Melaka. Pemecatan Mantan TPM Malaysia DSAI pula berlaku di tahun 1998 iaitu tepat 500 tahun selepas kematian TPM. Apa alamatnya ya ?

Bagi Acik, legasi yang amat berharga yang dapat kita warithi bersama dari negarawan tersebut ialah suatu strategi pentadbiran yang Acik namakannya sebagai “Strategi TPM” atau “STPM”. APA dia strategi yang dimaksudkan itu ? Untuk mengetahuinya, jangan ke mana-mana, teruskan lagi pembacaan anda !

Untuk memahami STPM, tak dapat tidak kita juga mesti mengetahui sejarah 5 tokoh penting yang hidup semasa pentadbiran TPM. Tak lain tak bukan mereka ialah 5 Hang. Hang di sini bukanlah hang orang Kedah yang maksudnya kamu atau awak. Tapi 5 Hang tersebut ialah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Kelima-lima Hang ini adalah pehlawan terbilang yang sangat besar jasanya kepada negara Melaka ketika itu. Mereka ini sangat akrab dan berkasih sayang di antara satu dengan yang lain bukan sekadar sebagai seibu sebapa malah macam isi dengan kuku. Perpaduan erat mereka menghasilkan sinergi yang menambahkan lagi kekuatan kepada pertahanan Melaka. Inilah yang patut dicontohi oleh rakyat 1Malaysia.

Biasalah tu, dalam masyarakat Melayu dari dulu hingga kini. Asalkan ada orang yang dianugerahi Allah sesuatu kelebihan, maka akan adalah orang Melayu lain yang tak senang hati. Begitulah juga apa yang telah dihadapi oleh 5 Hang tersebut. Kehebatan mereka ber-5 memang tak disenangi oleh segelintir pegawai yang sangat mementingkan diri sendiri di dalam istana. Lebih-lebih lagi terhadap Hang Tuah yang berjawatan Laksamana ketika itu. Maka difitnahnya akan Laksamana. Maka dituduh akan Si Laksamana bermukah dengan Dayang Raja. Maka amat murkalah Tuanku akan Si Laksamana. Betapa tidaknya. Laksamana adalah benteng pertahanan takhta dan negara. Seperti pagar adalah benteng pertahanan padi di sawah. Tiba-tiba pagar pula yang makan padi. Jika padi, ia masih boleh dicari ganti dengan menanam semula. Tapi maruah dan perasaan Tuanku siapa yang mampu ubati bila sudah dilukai dan disakiti ?

Bunga di taman banyak yang merah

Bunga Melati tiada yang biru

Luka di tangan nampak berdarah

Luka di hati tiada yang tahu

Dengan amat murka Raja bertitah, “jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Beta sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tiada beta sangka Si Tuah itu. Madu yang beta beri tuba pula dibalasnya. Maka beta terpaksa perintahkan atas Mamak Bendahara supaya Si Tuah dijatuhi hukuman bunuh ASAP (dengan seberapa segera yang mungkin) !”

Maka peninglah kepala Mamak Bendahara TPM tu akibat perintah yang ditimpakan ke atas batu jemala beliau oleh YMM Tuanku. Mungkin sekilo panadol pun boleh habis jika ada panadol ketika tu. Apa tidaknya. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Tuah yang dituduh bukan sebarang rakyat jelata. Hukuman yang dijatuhi pula bukan sebarang hukuman. Besar implikasinya nanti kepada negara Melaka malah terhadap diri Tuanku sendiri. Siapa yang tak kenal dengan Hang Tuah sebagai hamba Raja yang sangat taat setia lagi berakhlak mulia. Pegangan agamanya juga dikagumi. Rakyat mana yang tak kenang jasa besar Tuah kepada bangsa dan negara sebagai seorang Laksamana.

Bagi TPM, memanglah Si Tuah tak maksum macam rasul. Tapi nak mempercayai bahwa beliau telah tergamak melakukan kerja-kerja mungkar seperti dituduh itu memang mustahil bagi beliau. Lebih-lebih lagi hasil perisikan yang beliau sendiri lakukan adalah mendapati bahawa tuduhan itu adalah fitnah semata-mata. Ia adalah atas dasar cemburu, dengki dan kianat oleh segelintir pegawai istana yang kaki bodek kepada Raja. Dalam menghakimi sesuatu perkara, berlakunya kesilapan dalam menjatuhkan hukuman ke atas yang tertuduh adalah perkara biasa. Melepaskan tertuduh walaupun hakikatnya ia memang telah melakukan kesalahan seperti yang dituduh adalah kesilapan pertama. Menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh sedangkan pada hakikatnya tertuduh tidak melakukan perkara yang dituduh adalah kesilapan kedua. Namun bagi TPM kesilapan kedua adalah sepuluh kali lebih buruk dari kesilapan pertama. Maka bukankah lebih selamat jika Hang Tuah dibebaskan dari hukuman bunuh ?

Lagi pun mana ada bukti yang sahih bahawa Hang Tuah telah bermukah dengan Dayang kesayangan Tuanku tu. Mana dia saksi yang bilangannya adalah empat dan keempat-empatnya adalah terdiri dari makluk Allah yang berbangsa maknusia. Bukan manusia tak layak untuk menjadi saksi. Kalau dah ada 4 orang saksi pun, adakah masing-masing benar-benar nampak adegan “kemaluan” itu seperti melihat keris masuk ke dalam sarungnya. Dan yang maha penting ialah adakah setiap orang dari mereka merupakan induvidu yang kejujurannya tak mudah dipertikaikan. Jika Tuanku tak dapat tentukan proses pengadilan dibuat mengikut yang ditetapkan oleh hukum Allah, maka belum wajib atas TPM melaksanakan hukum bunuh ke atas Hang Tuah.

Bedasarkan pengalaman yang luas sebagai pentadbir tertinggi negara dan kepintaran yang luar biasanya, maka TPM mampu menerima perintah Raja dengan penuh hikmah. Yang manis tak terus ditelan, yang pihit tidak terus diluah. Beliau tidak terburu-buru melaksanakan perintah Tuanku. Sebaliknya beliau bermuafakat dengan orang-orang yang rapat dengan beliau untuk menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka. Keris Taming Sari Hang Tuah sahaja yang diambil dari Hang Tuah untuk dipersembahkan kepada Raja sebagai tanda bahawa hukuman bunuh telah pun dilaksanakan terhadap Hang Tuah. Mujur waktu tu belum ada special branch (SB). Kalau ada SB macam sekarang ni sudah tentu rancangan TKP itu kantoi.

Apakah implikasi dari hukuman yang dijatuhi terhadap Hang Tuah itu ? Hang Jebat telah dilantik menjadi Laksamana menggantikan sahabat karibnya Hang Tuah. Namun bagi Hang Jebat, jawatan bukanlah yang menjadi idaman. Yang diutamakan ialah keadilan. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Itulah prinsip hidup yang dipegang oleh Hang Jebat. Demi membela keadilan, Raja yang zalim mesti dijatuhkan. Jika sekarang , kita ada PRU. Jadi nak jatuhkan pemerintah yang zalim taklah payah guna senjata. Tapi waktu tu belum ada jalan lain melainkan terpaksa berlawan dengan kekerasan yakni dengan menggunakan keris dan pedang.

Silapnya Hang Jebat ialah beliau berjuang kesaorangan diri. Walaupun matlamatnya mulia iaitu membela keadilan, namun caranya sangat tak praktikal. Zaman sekarang pun macam tulah juga. Kalau nak perjuangkan keadilan tidak boleh secara berseorangan. Mestilah secara berjamaah. Mestilah sertai mana-mana pertubuhan atau parti. Tapi sebaik-baiknya sertailah PAS atau PR la !

Maka jadi huru haralah negara Melaka angkara Jebat durhaka. Raja terpaksa lari meninggalkan istana untuk menyelamatkan diri dan takhta. Ke mana saja Hang Jebat pergi rakyat yang berkumpul akan cempera lari takutkan bisa keris Taming Sari yang di tangan Si Jebat. Mereka yang menjadi punca pembunuhan Hang Tuah telah lari jauh menyembunyi diri gara-gara dihantui oleh kehebatan Si Jebat. Raja sugul memikirkan keadaan. Baginda sendiri telah tenggelam punca, tak tahu apa yang harus dilakukan.

Tiba-tiba muncul wajah tenang TPM di depan mata kepala baginda. Maka dipeluknya TPM dengan penuh rasa gundah gulana lalu berbisik di telinga tokoh tua itu sambil mengalir air mata baginda ke bahu Mamak Bendahara itu, “ampunilah beta ayahanda kerana menolak nasihat ayahanda dulu agar Tuah dimaafkan. Inilah akibatnya yang terpaksa beta tempuhi. Tergamak Si Jebat menderhakai beta. Sedangkan dia beta angkat menjadi Laksamana. Nasihatilah beta sekarang apa yang wajar beta lakukan. Hanya ayahanda saja tempat beta bergantung nasib sekarang”

“Ampun Tuanku beribu-ribu kali ampun. Sabarlah Tuanku, Yang sudah berlaku itu semuanya adalah suratan takdir. Tentu ada kebaikan rahsia Allah yang belum kita tahu Tuanku. Kata Orang Putih,’thing happens for its good reasons’. Andai kata ditakdirkan Allah wujud seorang jejaka yang sanggup menghapuskan Si Jebat, sedangkan beliau adalah hamba yang pernah berdosa kepada Tuanku maka sudikah Tuanku mengampuni beliau ? Ampun Tuanku, sembah patik sembah durhaka Tuanku !”

“Apakah maksud ayahanda ? Adakah kekanda Tuah masih hidup ? Sekiranya beliaulah ayahanda maksudkan, bukan dosa beliau yang beta sedia ampunkan, malah kepada beliaulah beta wajar pohon ampunan. Silalah ayahanda jemput kekanda Tuah kemari ASAP sebab beta amat rindu kepadanya” (VIP sungguh raja tu ya ? VIP = very impatient person)

“Ampun Tuanku, titah perintah Tuanku terletak di atas batu jemala patik. InsyaAllah sekarang jua patik pergi menjemput Datuk Laksamana. Ampun Tuanku”

Direngkaskan cerita, maka dibawalah balik oleh TPM akan Hang Tuah ke kota Melaka. Sesampainya Hang Tuah ke kota Melaka maka belakunya pergelutan yang amat dahsyat antara Hang Tuah dan sahabat karibnya Hang Jebat. Mengikut suratan takdir maka kalahlah Hang Jebat. Maka menanglah Hang Tuah sebab kalahnya Hang Jebat. Maka kembali aman damailah 1Melaka.
Iktibar dari cerita di atas (The Moral of the story)

#1. STPM (Strategi Tun Perak Malaysia):

Bila menerima sesuatu arahan atau perintah, janganlah dengan terus melaksanakannya dengan tergesa-gesa secara buta tuli. Kata peribahasa Orang Putih, “more haste less speed”. Gunakan kepala otak kita dan segala kebijaksanaan yang Allah anugerah kepada kita untuk menilai samada arahan atau perintah tersebut munasabah ataupun sebaliknya. Kalau mematuhinya membawa implikasi yang lebih buruk berbanding dengan tidak mematuhinya maka lebih aula tidak melaksanakannya atau menangguhkan dulu perlaksanaannya ke satu masa yang lebih sesuai.

#2. Walaupun berjuang demi menegakkan keadilan ia janganlah dilakukan secara kesaorangan atau bersendirian.

PenCERAHan yg relevan :

CEREKANA # 13922 Strategi Ikan Todak https://4uni2c.com/2013/09/22/cerekana-13922-strategi-ikan-todak/
CEREKANA # 11z12 Strategi Barua Jepang https://4uni2c.com/2012/12/16/cerekana-11z12-strategi-barua-jepang/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

@OPajar #12Y29

Ahmad’s SAGA #010 Strategi BARUA Jepang

•2012-11-29 • Leave a Comment

Ahmad’s SAGA #010  Strategi BARUA Jepang

** Untuk menCARI lain-lain TAJUK  sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL

 

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

Strategi BARUA Jepang

Setelah mengikuti kes Ahmad setakat ini, Acik (Ayah/Abang+cik) berpendapat bahawa kes Ahmad mungkin telah selesai sekiranya ia ditangani dengan bijaksana, jujur lagi ikhlas. Yang menjadi ianya berlarutan entah sampai bila, adalah kerana masing-masing yang terlibat (samada yang didakwa maupun yang mendakwa) ingin menang dalam mempertahankan “kebenaran” masing-masing secara bermati-matian. Pihak tertuduh sudah tentulah. Manakala bagi pihak pendakwaan pula ia dianggap maha penting demi mempertahankan kredibilitinya sebagai pendakwa yang berkesan supaya digeruni diseluruh nagara.

Semalam (28hb Nov.2012), Acik  turut sama berada di dalam Mahkamah Sesyen Johor Bahru mendengar pertuduhan terhadap Ahmad disebut. Acik ingat selepas ianya disebut maka akan ditetapkanlah pula tarikh permulaan sessi perbicaraan. Rupa-rupanya tidak. Pihak pendakwaan membuat sedikit pindaan pula pada pertuduhannya. Kalau dahulu Ahmad dituduh memuat naik kenyataan yang menghina Sultan Johor itu di lokasi yang letaknya di dalam negeri Johor, maka kini lokasi itu ditukar kepada Kuala Lumpur pula. Atas sebab itu maka akan adalah justifikasi untuk memindahkan kes Ahmad ini ke mahkamah lain di Kuala Lumpur.

Bagi Acik, kami sekeluarga tidak kisah sangat di mana kes Ahmad akan dibicarakan. Ada “pro” dan ada “con”nya  jika ia dipindahkan ke KL. Antara “pro”nya ialah kami tak perlu berbelanja tinggi. Maklumlah, setiap kali menghadiri sessi perbicaraan Ahmad nanti, (jika di JB) kami akan terpaksa menanggung kos perbelanjaan tidak kurang dari RM1400. Itu bagi satu hari. Jika selama empat atau lima hari. Bagi pihak polis pula, mereka terpaksa menugaskan beberapa anggotanya menjaga keselamatan kami selama kami berada di dalam negeri Johor. Ini belum ambil kira kos melepas iatu kerugian yang dialami kerana tidak menjalankan kerja penting lain yang boleh menghasilkan pendapatan atau lain-lain munafaat kepada diri atau keluarga masing-masing pada hari berkenaan. Contohnya, pendapatan harian anggota keluarga Acik yang terpaksa diabaikan pada hari bilamana sessi perbicaraan dihadiri. Ia mungkin beberapa ratus ringgit nilainya. Semua itu tentulah amat membebankan rakyat miskin macam keluarga Acik ni.

Polis juga terpaksa meninggalkan tugas yang lebih penting mereka demi menjamin keselamatan Acik sekeluarga. Duit rakyat (termasuk duit keluarga Acik sendiri) sebenarnya adalah duit atau sumber negara yang berharga. Perbelanjaan sesia oleh setiap rakyat sebenarnya adalah kerugian kepada negara. Begitulah sebaliknya.

Dari segi “con”nya pula, ia bergantung kepada nawaitu pihak pendakwaan yang pada hakikatnya Acik tidak tahu. Cuma yang dapat Acik agak ialah demi menguntungkan pihak pendakwaan. Dengan pemindahan kes Ahmad dari Mahkamah Sesyen JB ke mahkamah lain di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Putera Jaya mungkin akan menambahkan lagi peluang kejayaan bagi pihak pendakwaan. Jika nawaitunya bukan untuk kejayaan, apa pula tujuannya membuat pindaan pada pertuduhan awal itu, iaitu menukar lokasi (jenayah dilakukan) dari Johor ke Kuala Lumpur itu.

Jika kejayaanlah yang menjadi objektif utama pihak pendakwaan, maka samalah kesnya macam apa yang Acik ceritakan dalam CEREKANA (CEritaREKaanANAlogi) Acik yang berjodol “Strategi Barua Jepang” itu. Bagi Acik,  yang menjadi factor penting kenapa negara kita kucar kacir ialah bila strategi tersebut menjadi pilihan kebanyakan pihak berkuasa. Malah ia ibarat tikus membaiki labu. Sepatutnya Strategi TPMlah yang menjadi pilihan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada masing-masing.

Bagi memahami dengan lebih lanjut tentang Strategi BARUA Jepang dan Strategi TPM yang Acik maksudkan itu, silalah dapatkannya dalam blog Acik:

https://4uni2c.com/2012/12/16/cerekana-11z12-strategi-barua-jepang/

https://4uni2c.com/2012/11/29/strategi-tpm-tun-perak-melaka/

Daulat Rakyat !          Allahuakbar !         Allahuakbar !

 

Ahmad’s SAGA #009 : https://4uni2c.com/2012/11/26/ahmads-saga-009-sb-mohon-maaf/

Ahmad’s SAGA #011 : https://4uni2c.com/2012/12/02/ahmads-saga-011-korban-kakak/

 

@OPajar

#12Y29

Ahmad’s SAGA #009 …SB mohon maaf …

•2012-11-26 • Leave a Comment

Ahmad’s SAGA #009 SB mohon maaf ...

*** Untuk menCARI  lain-lain TAJUK sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

SB Mohon Maaf ……..

Acik  (Ayah/Abang+cik) amat tertarik kepada satu berita bertajuk “Bekas SB mohon maaf kepada PAS” yang dimuatkan ke dalam akhbar Harakah 23-25 NOVEMBER 2012 pada muka surat N11. Para pembaca blog Acik ini  tentu bertanya, “apa kena mengena berita tersebut tu dengan kes Ahmad ini ?”. Maksud pertanyaan ialah  ia tak nampak relevan pun dengan kes Ahmad ini.   Tapi pada pandangan Acik, ia memang ada kaitan atau relevan walaupun tidak ketara bagi kebanyakan orang.

Bekas SB berkenaan (Sdr Abdullah Omar) sebenarnya adalah bekas seorang POLIS. Beliau melaksanakan tugasnya sebagai seorang POLIS tentulah mengikut SOP POLIS. Entahlah jika dakwaan bahawa POLIS tidak ada SOP itu benar. Melaksanakan tugas belum tentu dengan kerelaan hati. Ia mungkin kerana dipaksa ataupun TERpaksa. Bukan semua POLIS melaksanakan tugasnya dengan rela hati atau penuh dedikasi. Acik kira majoritinya adalah kerana TERpaksa.

Mereka yang memberkas dan mengheret Ahmad dari KL ke JB juga POLIS. Acik kira mereka pun tentulah juga berpandukan SOP POLIS yang sama.  Yang menginterogasi Ahmad pun POLIS juga. Pendekata semua yang terlibat menguruskan kes Ahmad itu adalah POLIS belaka.  Yang berbeza ialah “mangsa”nya. Mangsa kepada POLIS yang bernama Abdullah Omar itu ialah PAS. Manakala “mangsa”  kepada POLIS-POLIS yang diketuai oleh Nor Azizan itu adalah insan yang dhaif yang bernama AHMAD. Turut berbeza mungkin juga dari segi pangkat mereka. Saudara Abdullah mungkin POLIS yang berpangkat biasa-biasa saja. Tapi  Nor Azizan adalah seorang ACP (Assistant Comissioner of Police).

Kalau SB Abdullah kini memohon maaf kepada mangsanya (iaitu PAS), apalah salahnya jika sekiranya Acik mengimiginasikan ACP Nor Azizan juga akan memohon maaf kepada Ahmad  satu hari nanti ?  Bagi Acik, ianya tidak mustahil. Allah Mahakuasa mampu mentakdirkan apa-apa saja. Jika PAS sedia memaafkan SB Abdullah atas apa juga dosa yang pernah dilakukan terhadap PAS dahulu, maka apakah Acik sekeluarga dan Ahmad sendiri sebaliknya ?   Acik kira tidak untung apa-apa pun jika sekiranya seseorang yang dipaksa atau TERpaksa melakukan sesuatu yang buruk terhadap kita kemudian belliau memohon maaf, sedangkan kita enggan memaafkannya. Kata agamawan, “Sedangkan Nabi pun memaafkan umat, apakah sesama umat kita tidak sedia memaafkan ?”

ACP adalah suatu pangkat yang agak tinggi dalam PDRM.  Jika dalam angkatan tentera Acik kira ia setara dengan colonel. Selepas berpangkat colonel seorang anggota tentera akan menjadi seorang panglima (atau “General’) satu bintang. Kemudian naik lagi kepada 2 bintang hingga ke 4 bintang. Kawan-kawan sekolah APcik ada juga yang berpangkat panglima . Malah tiga orang yang Acik tahu berstatus 3 dan 4 bintang. Cuma taklah pula mereka memakai “bintang” di bahu masing-masing sebab mereka tentera laut dan udara.  Tapi kebanyakan mereka itu dah pun bersara wajib macam Acik.

Yang bestnya, mereka tak sombong  langsung dengan Acik padahal siapalah Acik ini. Jika dipinjam istilah yang digunakan oleh YM Tengku Razali Hamzah suatu ketika dahulu, Acik ni dikira lebih rendah dari seorang “Gurgah”.  Entahlah kenapa kawan-kawan Acik tu tak sombong dengan Acik. Agaknya semasa berkawan dengan mereka dulu Acik tak pernah menipu ataupun berbohong dengan mereka. Mungkin juga sebaliknya, mereka pula yang pernah menipu atau berbohong dengan Acik, cuma Acik saja yang tak pernah tahu sebab tak minat nak ambil tahu. Dek kerana masing-masing memendam perasaan bersalah terhadap Acik (tapi malu nak pohon maaf), mereka pun berbuat baik dengan Acik. Mungkin inilah caranya mereka  melegakan sikit perasaan bersalah mereka terhadap Acik.  Ini hanyalah suatu spekulasi atau gurauan Acik saja, bukan betul tau !  Andai kata jika depa benar-benar bersalah sekali pun, ia sudah lama menjadi sejarah silam. Semuanya dah Acik maafkan, tak de hal semua tu.

Sebenarnya kawan-kawan  Acik yang berpangkat General itu memang individu-individu yang hebat-hebat belaka. Dengan jujur lagi ikhlas, Acik memang mengiktiraf bakat mereka. Mereka jauh mengatasi bakat yang ada pada diri Acik dalam semua aspek,  sejak di bangku sekolah lagi. Jadi pada penilaian Acik, memang mereka tu layak sangat menyandang pangkat tertinggi dalam angkatan tentera. Syabas dan salut kepada mereka. Begitu juga kepada rakan-rakan Acik yang bukan di dalam sector awam yang kata anak-anak muda sekarang, dah jadi “somebody-somebody”.

Sebenarnya mesej yang ingin Acik nak sampaikan di dalam blog ini ialah kita tak perlu SOMBONG kepada sesiapa pun. Tanpa senjata SOMBONG pun masih ada orang yang dapat maju dan berjaya dalam kerjayanya.  Sebaliknya keSOMBONGanlah yang banyak mengundang berbagai-bagai masalah. Akibat terlalu SOMBONG seseorang itu sanggup bersikap tidak jujur. Sanggup ia menipu dan berbohong demi mempertahankan egonya. Pada hal peribahasa Melayu menyatakan,  “ular menyusur akar tak kan hilang bisanya”.  KeSOMBONGan juga mungkin akibat dari kemiskinan ilmu. Orang Melayu mengistilahkan orang yang berilmu itu sebagai orang yang berisi. Maka kita dinasihati supaya, “ikutlah  resmi padi, makin tunduk makin berisi. Jangan ikut resmi lalang, berdiri megah tapi usang (kosong)”

Bukanlah maksud Acik nak mengata bahawa ACP Nor Azizan itu tidak bersikap mesra pelanggan terhadap Acik. Semasa berpeluang berunding dengan beliau dahulu mengenai kes Ahmad itu,  memang beliau sangat OK. Cuma yang Acik agak terkilan ialah bila janji beliau kepada Acik ada yang diCAPATI, yakni tidak diTEPATI. Itu pun Acik cuba faham dengan “putting myself in his shoes” kata orang putih.  Beliau tak dapat tidak pasti dipengaruhi atau tertakluk kepada sistem kerja atau SOP POLIS.  Samada beliau mengikirafnya sebagai SOP ataupun sebaliknya itu hak beliaulah.

Sebenarnya  yang  menjadi MANGSA bukanlah PAS dan Ahmad saja. Hakikatnya ialah kita semua rakyat Malaysia sedang menjadi MANGSA kepada sistem pengurusan negara yang sudah korap.  Sistem yang korap inilah yang sedang menganiayai semua rakyat.  Samada penganiayaan yang dilakukan sesama kita orang awam, maupun oleh pihak kerajaan terhadap rakyat jelata. Negara kita amat memerlukan “BIG minder”  termasuk anda, sepertimana  yang Acik terangkan dalam blog Acik yang bertajuk Ahmad’s SAGA #007 : https://4uni2c.com/2012/11/21/ahmads-saga-007-pendakwaan-terpilih/  Mereka inilah yang bakal memperbaiki sistem pengurusan negara yang telah korap itu. Biarlah kes Ahmad ini menjadi pemangkin kepada perubahan sepertimana yang Acik tulis dalam blog bertajuk Ahmad’s SAGA #001 : https://4uni2c.com/2012/11/12/ahmads-saga-001/

Mudah-mudahan dengan kemenangan PR melalui PRU13 nanti senario kehidupan rakyat negara Malaysia tercinta ini akan berubah 180 darjah. Berubah daripada “curang dan temberang”  kepada “cemerlang, gemilang dan terbilang”, insyaAllah !   Oleh itu sama-sama kita perjuangkan kemenangan PR dalam PRU13 nanti. Wallahualam.

Daulat Rakyat !                 Allahuakbar  !                 Allahuakbar 

 

Ahmad’s SAGA #008 : https://4uni2c.com/2012/11/23/ahmads-saga-008-dipaksa-mengaku-zul-yahaya/

Ahmad’s SAGA #010 : https://4uni2c.com/2012/11/29/ahmads-saga-010-strategi-barua-jepang/

 

@OPajar     #12Y26

Ahmad’s SAGA #008 Dipaksa Mengaku ‘Zul Yahaya’

•2012-11-23 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Dipaksa Mengaku “Zul Yahya”

Dalam Suara Keadilan terbaru bertarikh 20 November 2012 di muka UMUM 29 terpampang gambar Ahmad bersama dengan seorang anggota polis. Di bawah gambar beliau itu tertera tajuk berita, “Polis paksa Ahmad mengaku ‘Zul Yahaya

Acik (Ayah/Abang+cik) tak bercadang untuk menyalin seluruh berita tersebut ke dalam blog ini. Cuma ingin Acik nak petik sebahagian saja dari apa yang dilaporkan itu. “Pada 8 November  lalu, Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bharu atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Iskandar menerusi laman sosial facebook”

“Ahmad didakwa memuat naik status menghina itu di laman facebook yang didaftarkan atas nama Zul Yahaya di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi kira-kira 3 petang, 21 Oktober lepas”

“Ahmad juga didakwa melakukan perbuatan sama di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor 10 Oktober lepas”.

“Dia ditahan di pejabatnya di Cheras 8 November (ralat: 2 November bukan 8) lalu oleh polis Johor dan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998”.

Sebelum terlupa biarlah Acik ucapkan dulu terima kasih yang tak terhingga kepada Suara Keadilan kerana turut perihatin terhadap kes Ahmad. Ia tentulah dapat menjadi sumber semangat dan inspirasi kepada Ahmad khususnya dan Acik seluruh anggota keluarga amnya.

Sebenarnya ketika Ahmad ditahan pada 2 November di pejabatnya, Acik sekeluarga tidak tahu dengan jelas apa kesalahan Ahmad sebenarnya.  Sekadar yang kami difahamkan ialah Ahmad dituduh “menghina Sultan Johor” melalui laman facebooknya. Kononnya laporan terhadap Ahmad telah diterima oleh polis Johor kerana laporan dibuat di Johor. Maka itulah sebabnya  polis Johor terpaksa datang menangkap Ahmad dan membawanya pulang ke Johor untuk tindakan selanjutnya.

Kebetulan Ahmad tinggal dan berkerja di Kuala Lumpur maka polis Johor terpaksalah datang ke Kuala Lumpur. Agaknya jika Ahmad sedang bertugas di Kota Kinabalu, maka terpaksakah anggota-anggota polis yang sama terbang ke sana demi membawa Ahmad ke Johor untuk dikenakan hukuman ?

Apakah ini SOP (Standard Operating Procedure) yang wajib dipatuhi oleh semua polis di seluruh Malaysia ataupun hanya dipatuhi oleh polis Johor saja, tiadalah pula Acik tahu. Apa pun,  Acik nampak SOP demikian adalah agak lucu. Bayangkan jika sekiranya satu laporan dibuat oleh seorang anak jati Johor di Balai Polis Johor Bahru, terhadap seorang “penangite” yang kini sedang berkerja di England.  Maka anggota-anggota polis yang sama jugakah yang akan terbang ke England bagi menjejaki orang yang dilaporkan bersalah itu ?  Banyak benarkah duit kerajaan kita.

Berita yang terbit dalam Suara Keadilan tersebut, mengubah persepsi APcik 180 darjah terhadap kes Ahmad. Sekarang barulah Acik nampak bahawa ada sedikit rasional kenapa Ahmad perlu dibawa ke Johor. Rasionalnya ialah Ahmad rupa-rupanya dituduh melakukan kesalahan di Johor, maka beliau dibawa ke Johor untuk dibicarakan.

Bukanlah ia dibawa ke Johor kerana laporan terhadapnya dibuat di Johor seperti apa yang Acik difahamkan sebelum ini.  Jika sekadar laporan terhadapnya dibuat di Johor maka tentulah alasan Ahmad dibawa ke Johor  untuk  dibicarakan di Johor,  tidak masuk akal.

Sebenarnya, di sepanjang Ahmad menjalani tempoh tahanan reman PERTAMA, pihak polis gagal  mendapatkan sebarang bukti yang layak dijadikan asas bagi membolehkan Ahmad didakwa. Ini kerana Ahmad terus “berdegil” tidak mau mengaku telah melakukan apa-apa kesalahan seperti yang dituduh terhadapnya. Akhirnya, dengan kebijaksanaan peguam (En Ziadi Zaidon & Mohd Zakuan Adenan) yang diminta oleh keluarga Acik membela Ahmad, Tuan Majistret telah melepaskan Ahmad dari tahanan reman tersebut. Sedangkan pihak polis inginkan agar reman tersebut dilanjutkan.

Walaubagaimanapun polis kemudiannya telah berjaya mendapatkan suatu perintah reman yang baru terhadap Ahmad pada esoknya.  Dalam tempoh reman KEDUA itulah Ahmad terus disoal siasat. Kerana tidak tahan dengan pujukan dan ugutan yang dihadapkan kepadanya sepanjang sessi soal siasat tersebut,  Ahmad akhirnya terpaksa mengalah.

Beliau pun mengaku sebagaimana yang disuruh mengaku oleh pihak polis .  Pengakuan tersebut rupa-rupanya telah dijadikan asas bagi  mendakwa Ahmad di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia  seperti yang dilaporkan dalam Suara Keadilan itu.

Bagi Ahmad, beliau tatap mengaku tidak bersalah kerana pengakuan yang dibuat beliau itu adalah akibat dari unsur-unsur paksaan atau bukan secara suka rela. Kalau bukan paksaan pun, pengakuan beliau adalah kerana tertipu oleh janji-janji manis polis yang menyoal siasat beliau. Kononnya beliau akan dibebaskan pada hari yang sama sekiranya beliau membuat pengakuan sepertimana yang di”nasihat”kan.

Kita semua pun tahu bahawa paksaan mampu menghasilkan apa jua pengakuan yang dihasratkan oleh pihak tertentu. Namun apa yang dihasilkan itu tidak mungkin akan menjadikan yang palsu itu tulen.  Ia umpama memaksa seekor beruang mengakui dirinya arnab sepertimana yang digambarkan dalam kisah Arnab Menjadi Beruang.  Sila rujuk blog Ahmad’s SAGA #003 : https://4uni2c.com/2012/11/11/kisah-arnab-menjadi-beruang/

Kini timbul tanda tanya lain pula di hati Acik. Siapakah gerangan “Zul Yahaya” yang dikaitkan dengan Ahmad itu.  Memang tak mustahil bahawa individu yang begelar “Zul Yahaya” itu memang wujud di mayapada ini. Dan mungkin juga individu ini ada membuat kerja  bodoh itu,  iaitu memuat naikkan status yang menghina Sultan berkenaan di laman facebook beliau di tempat dan pada tarikh tertentu.  Jika demikianlah yang dilakukannya maka ada kemungkinan tak “Zul Yahaya” tu seorang anggota polis ?

Kalau Zul Yahaya bukan seorang anggota polis, maka ini membuat Acik lebih kagum dan “curious” dengan status “Zul Yahaya” itu.  Sudah pastilah beliau merupakan seorang individu yang tersangat istimewa di kalangan seluruh anggota polis di IPK Johor.  Jika tidak, masa kan beliau diberi AKSES ke Pusat Media IPK tersebut. Oleh itu sekirannya terbukti bahawa Zul Yahaya itu adalah Ahmad,  Acik kena “salute” anak Acik itu di atas kehebatan beliau, walaupun apa yang telah beliau lakukan itu Acik tetap tak “approved”.

Di sini teringat oleh Acik akan kisah bagaimana tercetusnya idea supaya akta ISA yang ori (original=asal) itu dipinda. Sebelum ianya dipinda, OKT masih mempunyai peluang membela diri. Dengan kata-kata lain, dalam akta ISA yang ori itu masih ada peruntukan bagi OKT membuat pembelaan untuk dirinya.  Ini bermakna, masih ada jugalah kira-kira 5% – 10% peluang OKT memboloskan diri dari perangkap ISA.

Tetapi bagi akta ISA yang telah di-“upgrade” atau di-“improvise” itu, peluang untuk memboloskan diri tinggal 0.0% peratus saja. Senang cakap, habuk pun tak de.  Inilah yang membuat penggubalnya (seorang Mad Saleh) sendiri terkejut beruk bila dimaklumkan kepadanya tentang pindaan tersebut,  ketika beliau melawat Malaysia suatu ketika dahulu.

Kata orang putih  “the last straw that breaks the camel’s back” (jerami terakhir yang menyebabkan tulang belakang unta patah = retak menanti belah) yang membawa kepada pindaan ke atas ISA itu ialah suatu peristiwa bersejarah. Peristiwa ini melibatkan peguam tersohor YB Karpal Singh.

Khabarnya YB Karpal Singh telah didakwa melakukan kesalahan di bawah ISA. Beliau telah dituduh memberi suatu ucapan berbaur hasutan yang boleh mengancam keselamatan negara. Insiden ini berlaku di sebuah dewan pada suatu tarikh dan masa. Malang bagi si pendakwa kerana pada tarikh dan masa OKT itu dituduh menyampaikan ucapan tersebut, beliau (OKT tersebut) sebenarnya sedang berada di dalam mahkamah kerana terlibat dengan suatu perbicaraan.

Nak jadi cerita, peguam yang bernama YB Karpal Singh itu berjaya membuktikan bahawa pada tarikh dan masa beliau dituduh melakukan kesalahan yang memungkinkan beliau dipenjarakan di bawah akta ISA itu, beliau tidak berada di tempat kejadian.  Maka beliau terpaksalah dibebaskan dari tuduhan palsu itu dan selamatlah beliau dari hukuman penjara.

Lebih kurang sama macam tuduhan yang dikenakan terhadap DSAI bahawa beliau melakukan kerja curang di sebuah kondo. Tiba-tiba didapati pada tarikh berkenaan kondo berkenaan belum lagi wujud. Kantoi lah pihak yang membuat tuduhan.

Dari segi logik akal, bolehkah seseorang itu berada di dua tempat yang berlainan, sambil melakukan dua kerja yang berlainan dalam suatu masa yang sama ?  Acik percaya dari 100 orang pembaca blog Acik ni tentu 99 akan kata mustahil. Cuma seorang saja yang mungkin akan kata tidak mustahil. Dia ni samada individu yang tidak siuman atau yang percaya kepada yang karut marut 101 peratus.

Acik percaya peristiwa di atas tentu telah mencetuskan kemarahan membara individu yang MAHA-berkuasa di bumi Malaysia ketika itu. Individu yang Acik maksudkan itu ialah MAHA-thir lah, tokoh penting (TP) yang menjadi PM paling “power” berbanding dengan PM-PM sebelumnya. Apakah tindak- balas beliau ?  Demi mengelakkan peristiwa yang serupa berulang, khabarnya beliau telah mengarahkan supaya akta ISA dipinda menjadi lebih “power”.

Hasil dari “cetusan idea” PM yang MAHA-berkuasa itulah maka akta ISA selepas pindaan tidak langsung menyediakan sebarang ruang kepada “mangsa” untuk membela diri. Jika seseorang itu hendak dipenjarakan, maka Menteri Dalam Negeri hanya perlu menandatangani surat arahan penahanan ke atas mangsa. Tiada siapa yang boleh mempertikaikan penahanan tersebut hatta Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara sekali pun.

Dengan kata lain menteri berkenaan layaklah mendabik dada sambil berkata, “aku boleh tangkap siapa saja Ikut Suka Aku”.  ISA = Ikut Suka Aku. Jika menteri yang bukan menteri perdana pun sudah ada kuasa sedemikian tinggi, menteri perdana sudah tentulah lebih “power” lagi.  Bukti bahawa Pak Lah seorang insan berhati mulia ialah apabila beliau telah menggunakan kuasa tersebut bagi membebaskan DSAI walaupun DSAI adalah musuh politiknya.

Mengambil  peristiwa di atas sebagai iktibar, Acik tak terkejut jika sekiranya apa yang telah dialami oleh YB Karpal Singh turut dialami pula oleh Ahmad. Malah inilah apa yang Acik sekeluarga doa dan hasratkan. Begitu juga, tak mustahil jika sekiranya selepas Ahmad dibebaskan nanti, akta berkenaan akan diperkemaskan supaya tidak ada OKT lain selepas Ahmad, yang akan terlepas dari perangkap yang dipasang.  Sama-samalah kita lihat bila tiba masanya nanti. Terlebih dahulu Acik ucapkan terima kasih yang tak terhingga Acik kepada setiap individu yang berdoa untuk Ahmad.

Wallahualam,

D a u l a t   R a k y a t  !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Ahmad’s SAGA # Index B   http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/11/ahmads-saga-index-b/

Ali’s SAGA # 01 Ali Adalah Manifestasi Jenerasinya https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/

 

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

 

@OPajar #12Y23

Ahmad’s SAGA #007 Pendakwaan TerPILIH

•2012-11-21 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Pendakwaan Terpilih

Apabila kes Ahmad menjadi riuh rendah di laman internet, maka terbungkahlah dari ingatan Acik (Ayah/Abang+cik) tentang istilah “selective prosecution” yang sering disebut-sebut oleh YB Lim Kit Siang suatu ketika dahulu. Jika istilah tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu maka Acik kira ia menjadi “pendakwaan terPILIH”.

Apa yang Acik fahami ialah, jika dari sekian ramai orang yang melakukan kesalahan yang sama, tetapi hanya satu dua individu sahaja yang diPILIH lalu dijejaki untuk dikenakan hukuman maka itulah yang diistilahkan sebagai “pendakwaan terPILIH”. Misalnya, ramai dari wakil rakyat yang tidak mematuhi had laju jalan raya ketika memandu, namun yang sering kena saman ialah YB dari parti-parti pembangkang. Sekiranya inilah realitinya, maka bolehlah dirumuskan bahawa YB bukan dari parti yang memerintah adalah mangsa kepada pendakwaan terPILIH.

Pada pendangan Acik, Ahmad juga mungkin seorang dari mangsa pendakwaan terPILIH, cuma bukanlah dalam kes trafik seperti di atas. Jika pembaca rajin membaca apa yang ditulis oleh penulis-penulis lain (yang Acik anggap rendah nilai budi bahasanya) dalam laman-laman social di dalam internet, pembaca akan dapati ramai juga yang menulis tentang keburukan institusi istana yang sama, yang kononnya Ahmad akan diisabitkan. Acik sendiri tak tahu apa motif sebenar mereka berbuat demikian.

Mungkin juga mereka terdiri dari individu-individu yang pernah jadi mangsa kezaliman institusi istana berkenaan. Jika mereka sendiri tidak mengalaminya, mungkin juga ahli keluarga atau rakan-rakan mereka pernah menjadi mangsa pihak berkenaan.  Setidak-tidaknya mereka adalah individu-individu yang bencikan kezaliman yang dilakukan oleh pihak institusi istana berkenaan sejak sekian lama. Bagi Acik kumpulan terakhir ini adalah mereka yang berjiwa besar. Mereka inilah individu2 yang berpotensi untuk digilapkan menjadi “BIG minder” dalam masyarakat kalau pun tidak di peringkat negara.

Apa yang Acik faham, umat manusia ini boleh dikategorikan kepada tiga tahap pemikiran (mind) iaitu “SMALL minder”, “MEDIUM minder” dan “BIG minder”. Orang yang berjiwa besar ialah orang yang membentuk kumpulan “BIG minder” dalam negara.

Bila mendengar bahawa satu kemalangan yang ngeri telah berlaku di sebuah simpang empat jalan nun di sana,”SMALL minder” akan menarik nafas lega bila disahkan bahawa yang menjadi mangsa kemalangan tersebut bukan orang yang disayangi ataupun dikenalinya. “MEDIUM minder” pula berkata, peristiwa kemalangan tersebut mungkin tak berlaku sekiranya di simpang tersebut telah dipasang lampu isyarat serta tanda jalan yang berkesan. “BIG minder” pula akan bertanya, kenapa tidak wujud satu polisi atau dasar yang mewajibkan lampu isyarat dan tanda jalan berkesan dipasang di setiap simpang jalan.

Jadi “BIG minder” akan memikirkan sesuatu dasar atau polisi yang boleh menyelamatkan masyarakat umum keseluruhannya dari sesuatu musibah. BIG minder ini bukan sekadar merasa lega (atau cukup) jika yang terselamat itu ialah kroninya ataupun yang beruntung itu adalah kroninya. “MEDIUM minder” pula akan memikirkan kaedah ataupun mekanisma terbaik melaksanakan dasar-dasar tersebut dengan paling berkesan, seperti seorang “computer programmer” yang akan menyusun program dalam computer bagi melaksanakan dasar atau mencapai aspirasi polisi seperti yang ditetapkan oleh “BIG minder”.

Namun di sini Acik taklah bermaksud atau mendakwa bahawa Ahmad tergolong dalam kategori “BIG minder”. Beliau mungkin akan terbukti tidak disabitkan dengan kesalahan yang dituduh terhadapnya itu selepas perbicaraan ke atasnya tammat dijalankan nanti. Jika demikianlah keputusan oleh yang Arif nanti, maka betullah penilaian Acik bahawa Ahmad hanyalah seorang “MEDIUM minder” saja.

Ini lebih sesuai dengan tahap ketokohan yang ada pada Ahmad. Cuma yang dah pasti sekarang ialah Ahmad bukan sekadar “SMALL minder” saja. Dirinya “sikit atas !”  Profesyennya sebagai seorang juru ukur bahan (graduan UiTM) yang tengah menyiapkan Master  thesisnya, membuat Acik tak ragu-ragu melebelkan anak Acik yang ke-5 itu sebagai “MEDIUM minder”.

Lainlah jika sekiranya Ahmad kini dah ada Phd seperti Dr. MAZA.  Individu macam Dr. MAZA sukalah Acik lebelkan sebagai “BIG minder”.  Walaupun  “confirmed” beliau tak kenal Acik, tapi yang penting ialah Acik kenal beliau.

Harap tak ada implikasi apa-apa menyebut nama beliau dalam blog Acik ni. Jika sebaliknya, maka Acik dengan penuh tawaddhu memohon maaf kepada beliau dengan bersaksikan semua anda (pembaca setia blog Acik ni) baik yang menyaksikan dari dalam negara maupun yang sedang  memeneropong dari  luar negara.  Terima kasih yang tak terhingga di atas keperihatinan anda.

Wallahualam.

D a u l a t    R a k y a t  !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Ahmad’s SAGA # Index B   http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/11/ahmads-saga-index-b/

Ali’s SAGA # 01 Ali Adalah Manifestasi Jenerasinya https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/

 

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

 

 

@OPajar   #12Y21

Ahmad’s SAGA #006 Kisah Si Kentut Busuk

•2012-11-19 • Leave a Comment

*** Untuk meCARI lain-lain TAJUK, sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Si Kentut Busuk

Bila Ahmad nak diarak oleh segerombolan polis (yangmana tak seorangpun memakai uniform), dari rumahnya di Damansara Damai, PJU  ke Johor Bahru, Acik (Ayah/Abang+cik) tertanya-tanya …..(Sekiranya benar pun Ahmad ada menghina mana-mana individu dalam FB nya) apakah gerangan perkataan-perkataan yang beliau gunakan ?  “Curious” juga Acik nak tau apakah perkataan yang begitu “power” sangat tu hingga mengundang kemarahan melampau oleh pihak  berkenaan.

Sebelum ini pun Acik ada juga terbaca dalam Face Book anak-anak muda lain, yang mengutuk istitusi istana berkenaan. Bagi Acik, kenyataan memaki atau menghina terhadap sesiapapun adalah tidak wajar.  Oleh itu tak satupun yang Acik berkenan.

Bila dah tak berkenan maka  apa perlunya Acik buang masa untuk perihatin terhadap kenyataan2 tersebut.  Itu perbualan anak-anak muda sesama mereka dalam laman sosial FB mereka.  Lantak merekalah dengan kebebasan mereka untuk “bermadah” kreatif asalkan tidak mengancam atau mengugut keselamatan orang lain, tak kira siapa.

Kalaulah Acik nak perihatin, lebih wajar Acik perihatin terhadap kenyataan anak muda lain yang mengutuk individu yang dimuliakan oleh Allah iaitu Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.  Bukan saja beliau dikutuk malah pernah diugut bunuh oleh anak muda yang tak bertanggunjawab itu.

Namun tak ada pula Acik dengar ada inisiatif dari mana-mana pihak untuk memberkas dan membawa pemilik laman FB berkenaan mengadap Menteri Besar itu dan memohon maaf.  Berdasarkan kemulian Nik Aziz sebagai seorang Tuan Guru,  serta kehormatan tingginya sebagai seorang  Menteri Besar yang disayangi ramai, Acik penuh yakin bahawa andai kata sesuatu kutukan ditujukan terhadapnya, nescaya tidak ada siapa pun yang akan menyokong kutukan tersebut.

Dengan kata lain,  mungkin dalam sepuluh pendengar atau pembaca kutukan tersebut, nak dapat seorang penyokong pun susah.  Sebaliknya yang akan mempertahankan “kesucian” beliau pasti ramai.  TGNA sendiri pun tak kisah dengan kenyataan-kenyataan liar terhadap beliau kerana beliau yakin bahawa semua kenyataan tersebut  hanya palsu belaka.

Jika beliau tak makan cili api buat apa nak tunjuk kepedasannya. Dengan kata lain, jika sekiranya beliau menunjukkan sesuatu reaksi, maka ia boleh ditakrifkan sebagai menperakui bahawa memang beliau ada makan cili api.

Di sini teringat Acik tentang satu cerita popular di zaman bas mini wilayah (BMW) dulu. Satu pagi dalam sebuah BMW yang tersangat padat dengan pemumpang, tercetus suatu bau busuk yang tersangat  “power”.  Hampir setiap penumpang memicit hidung kerana tak tahan menghidunya. Baru saja lega sikit dari bahu kemian hantu itu, datang pula pukulan kali kedua dan seterusnya.

“Ini tak boleh jadi” kata kondaktor (penjual tiket) bas tersebut dalam hatinya.  Kemudian dengan suara yang agak deras dan garang beliau bertanya kepada semua penumpang, “ada siapa-siapa lagi yang belum beli tiket ?”.  Semua penumpang senyap sepi seolah-olah takut kepada individu yang berautoriti dalam bas tersebut.

Sekali lagi si kondaktor bertanya kepada penumpang. Kali ini dengan suara yang lebih nyaring dan garang dari tadi, “ada siapa-siapa lagi yang belum beli tiket ?  Jangan tipu, aku tahu yang kentut tu belum ada tiket”.  Dengan spontan seorang dari penumpang di dalam bas tersebut menunjukkan tiket di tangannya sambil menyahut, “ni saya dah ada tiketlah !”.

“Oh ye ke ! Sorilah Mat”, respon si kondaktor terhadap si penumpang tersebut sambil senyum lebar. Dalam hatinya berkata, “engkau rupanya yang ketut busuk tu. Mengaku pula engkau. Tak sempat berak kut pagi tadi”

Si kentut busuk dengan serta merta sedar bahawa semua mata yang di dalam bas itu sedang focus kepadanya. Kerana tak tahan malu kut beliau segera memicit loceng bas lalu turun walaupun belum sampai ke desinasi yang di tuju.

The Moral of The Story (MoS)

  1. Ketika kita melakukan sesuatu yang menjejaskan kepentingan ramai orang, kita tak rasa bersalah pun. Tapi bila ada pihak lain melalukan sesuatu yang menjejaskan kepentingan kita, mudah pula kita melenting.
  2. Dalam kes Ahmad khususnya, kalau sebelum ini tak ramai pun yang ambil peduli tentang “kebaikan” institusi istana berkenaan, tapi bila ada pihak yang tiba-tiba melenting maka sekarang seanterio dunia dah tahu dan nak tahu.

D a u l a t    R a k y a t   !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Ahmad’s SAGA # Index B   http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/11/ahmads-saga-index-b/

Ali’s SAGA # 01 Ali Adalah Manifestasi Jenerasinya  https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/

 

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.wordpress.com

@OPajar  #12Y19a

Ahmad’s SAGA #005 Strategi Ikan Todak

•2012-11-16 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI lain-lain TAJUK sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL

(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

 

Strategi Ikan Todak

Maka gemparlah seluruh Pulau Temasik ketika itu akibat serangan berani mati oleh makluk Tuhan yang dikenali akan ia sebagai “todak”. Adapun yang dipanggil akannya todak itu ialah sejenis ikan. Badan todak tirus dan panjang. Paruh todak pun panjang, lurus lagi tajam. Bila todak ini melompat ke hadapan ia seolah-olah sebilah lembing yang terbang menuju sasaran. Maka ramailah rakyat Temasik yang cedera akibat ditikam oleh paruh-paruh todak yang melompat ke pantai dengan tidak semena-mena itu. Di antara mereka, ada yang parah malah khabarnya sudah ada pula yang langsung terbunuh.

Raja Temasik cukup gusar lagi terharu mendengar khabar berita tentang serangan ikan todak keatas negara baginda. Ragu-ragu pun ada, rasa malu pun ada. Ragu-ragu sebab pada fikiran baginda tak masuk akal ikan di laut boleh menyerang manusia di darat. Jika berita itu benar-benar  benar, maka terasa malu pula baginda kerana yang mencabar sistem pertahanan negara baginda hanyalah sejenis binatang halus.

Lainlah kalau yang mencabar sistem pertahanan negara baginda itu adalah geruda. Sebab semua orang tahu bahawa geruda itu sejenis burung yang sangat besar. Ia mampu memusnahkan khazanah-khazanah negara dalam sekelip mata. Kalau dari jenis ikan pun biarlah yang menyerang itu ikan paus. Kan ia pula lebih besar dari gajah. Ini hanya ikan todak. “Apa,  daif sangatkah sistem pertahanan negara beta maka Tuhan cuma hantar ikan todak untuk mengujinya”  Itulah yang terlintas sejenak dalam fikiran baginda.

Tanpa lengah-lengah lagi baginda pun berangkat ke pantai bersama orang besar-besar negara bagi menyaksi dengan mata kepala sendiri bagaimanakah gerangan serangan ikan todak itu. Wah, terkejut beruk baginda bila melihat tidak terbilang banyaknya bangkai ikan-ikan todak yang bergelimpangan di atas pantai. Di sana sini pula terdengar suara rakyat meraung kesakitan akibat terkena tikaman todak. Terdapat juga yang merintih menangisi kematian ahli keluarga yang mati akibat tertikam oleh paruh ikan todak di bahagian badan yang kritikal seperti jantung dan perut.

Kononnya serangan ikan todak pada hari itu telah berhenti sebab hari sudah menjelang malam. Namun kata Pawang Ikan yang masyhor di Pulau Temasik itu, esok hari negara akan menyaksikan satu lagi serangan berani mati oleh askar-askar todak. Kali ini serangannya adalah jauh lebih dahsyat dari hari ini. Panahan ikan todak kali ini bahkan akan sampai ke istana Raja bukan hanya sekadar di persekitaran pantai saja seperti hari ini.

Maka Raja pun mengeluarkan perintah agar semua rakyat jelata berhimpun di perkarangan istana pada malam nanti. Baginda mahu memancing idea dari seluruh rakyat jelata bagaimana caranya bagi menghadapi serangan ikan todak pada esok hari yangmana mengikut tilikan Pawang Ikan Negara bukanlah calang-calang serangan. Salah-salah langkah negara akan hancur lebur, bertukar menjadi padang jarak padang terkukur.

Ini adalah isu hidup dan mati bersama. Bukan isu keselamatan nyawa rakyat marhaen semata-mata. Malah faktor lebih penting ialah kepentingan kuasa pembesar-pembesar negara hatta takta Raja. Jika rakyat semuanya tiada, maka apa maknanya ada Raja. Jika Raja juga tiada, apa perlu kepada pembesar-pembesar negara. Oleh itu, isu ancaman todak bukanlah perkara enteng. Ia wajib ditangani dengan penuh bijaksana demi menjamin kejayaan mengekalkan kuasa dan keselamatan negara.

Pada malamnya maka berduyun-duyunlah rakyat jelata turun menuju ke perkarangan istana Raja. Yang capek datang bertongkat, yang buta dipimpin yang celik. Yang sakit diusung yang sihat. Pendekata tiada seorangpun yang ketinggalan dari menghadiri perhimpunan aman tersebut.

Maka muncullah Raja dari dalam istana dengan diiringi oleh Mamak Bendahara serta pembesar-pembesar negara yang utama.  Raja menyerahkan amanah kepada Mamak Bendahara untuk mengendalikan perhimpunan aman tersebut. Maka dijemputnya oleh Mamak Bendahara akan Datuk Laksamana untuk memberi idea dan mengemukakan bajet rancangan beliau bagi menghadapi serangan todak esok hari.

Maka Laksamana pun memberi cadangan iaitu akan mengerahkan semua anggota pertahanan laut yang di bawah pemerintahan beliau berbaris di pergigian air sepanjang pantai. Mereka akan menunggu serangan todak dengan senjata terhunus di tangan. Setiap mereka diwajibkan “menyambut” sepuluh ekor tolak yang datang menyerang, sepertimana permain-pemain badminton menyambut bulu tangkis yang masuk ke gelanggang.  Kata beliau, paruh todak taklah sekeras senjata yang di tangan anggota tentera laut beliau.

Kemudian muncul pula Panglima Agung memberi pandangan dan cadangan. Beliau juga berjanji akan mengerahkan semua anggota tentera yang  di bawah pemerintahannya berbaris di belakang orang-orang Datuk Laksamana di sepanjang pantai Pulau Temasik. Orang-orang Panglima Agung akan menjadi banteng kedua selepas banteng pertama yang terdiri dari orang-orang Datuk Laksamana. Mana-mana todak yang berjaya membolosi benteng pertama akan dicantas bila sampai ke benteng kedua itu.  Anggota tentera darat itu juga akan bersiap siaga untuk menunjukkan kehandalan masing-masing serta kemahiran bermain senjata ketika berdepan dengan serangan todak nanti. Kata Panglima Agung itu lagi, serangan todak adalah merupakan suatu ujian penting bagi perajurit . Jika ujian tersebut gagal dilalui, maka dari hidup lebih baiklah mati bagi perajurit tersebut.

Kemudian muncul pula Datuk Bandar yang menjaga semua pengawal keselamatan di seluruh Pulau Temasik itu. Beliau juga tidak kurang hebat dengan rancangan bajetnya. Beliau juga berjanji akan mengerahkan semua anggotanya untuk bertugas. Tugas utama mereka ialah memastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dari rakyat Pulau Temasik itu yang akan berani menyembunyikan diri kerana takut menyertai perjuangan

Jika ada di antara rakyat jelata yang tertangkap atas perbuatan tersebut, maka dia akan dihukum sula. Dengan ancaman sulaan oleh Datuk Bandar itu, maka sudah pasti tidak akan ada sesiapa pun yang akan berani mengelat dari perjuangan. Setiap rakyat tahu bahawa bisa sulaan adalah jauh dari pedih dari bisa tikaman todak.  Yang kena sula itu tiada pilihan lain kecuali mati. Sedangkan yang terkena tikaman todak masih ramai yang terus hidup selepas mengalami kecederaan. Antara dua pilihan yang buruk maka sudah tentulah yang kurang buruk wajar menjadi pilihan.

Selepas ketiga-tiga pembesar utama negara itu membentangkan bajet perancangan strategi masing-masing kepada seluruh rakyat kelihatan kaku dan beku. Masing-masing sekadar merenung muka sesama sendiri. Masing-masing berasa amat bimbang dan sayu. Bimbang kerana mengenangkan apakah gerangan nasib diri bila berhadapan dengan serangan todak nanti. Walaupun senjata di tangan lebih keras dari paruh todak yang datang, namun sempatkah untuk menepis tikaman todak yang betubi-tubi itu nanti.

Yang mengeluarkan perintah kerahan tenaga, apa yang mereka risau. Yang akan bergadai nyawa bukannya mereka tetapi rakyat jelata. Rakyat dianggap macam barua malah hamba sahaya. Apa yang disuruh, buat belaka. Tak kira samada ia selamat untuk mereka ataupun penuh dengan mara bahaya. Semuanya disandarkan kepada kepentingan negara yang tercinta. Jika enggan akan dituduh derhaka. Akibatnya ialah neraka, baik di akhirat mahupun di dunia.

Sayu pula kerana seolah-olah telah terasa akan ditinggal jauh oleh insan-insan yang tercinta. Di antara mereka tentu ada yang akan meninggalkan dunia walaupun umur masih muda. Hanya nasib yang menentukan siapa yang akan meninggalkan dan siapa yang akan ditinggalkan. Adat berperang begitulah. Membunuh ataupun terbunuh tidak siapa dapat menduga, malah diri yang memiliki jiwa dan raga. Pemimpin yang beriman saja yang perihatin terhadap nasib pengikutnya. Pemimpin ini saja yang memikirkan nasib mereka samada akan ke syurga ataupun ke neraka. Ke syurga jika jihad mereka adalah ikhlas demi membela yang hak. Ke neraka jika hanya semata-mata mahu mempertahankan penguasa yang zalim terhadap pengikut serta durhaka terhadap Dia yang Maha Berkuasa.

Kesayuan ini menyebabkan ramai yang tidak tahan. Maka ada diantara rakyat yang menitiskan air mata hiba. Masing-masing bertafakur berdoa memohon agar Tuhan memberi jalan yang selamat untuk mereka.” Bencana itu dariMu ya Tuhan kami, maka kepadaMu jualah tempat kami serahkan seluruh nasib kami. Selamatkanlah kami dari bencanaMu dan selamatkanlah kami dari pemimpin yang zalim. Amin !”

Dengan tak disangka-sangka muncullah seorang kanak-kanak dari dalam perhimpunan aman tersebut. Kononnya nama kanak-kanak itu ialah Hang Nadim.Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah derhaka patik (anjing) harap diampun. Ampun tuanku !”  Kemudian disambung lagi kata-katanya,  “Apa kata tuanku jika kita dirikan saja benteng di sepanjang pantai kita dengan menggunakan batang-batang pisang. Kan pulau kita ini kaya dengan pokok pisang.  Bila ikan-ikan todak itu melekat di batang-batang pisang itu maka akan senanglah kita membunuh todak-todak itu. Lagi pun tuanku, cara ini jauh lebih selamat kerana tidak merbahayakan jiwa dan raga anggota tentera kita.  Ampun tuanku !

Wah betapa kagumnya Raja dengan idea kanak-kanak yang bergelar Hang Nadim itu. Tanpa berfikir panjang baginda terus memerintah Mamak Bendahara supaya menerimapakai cadangan Hang Nadim itu. Mamak Bendahara pun dengan serta merta mengistiharkan bahawa Tuanku Raja telah bekenan dengan cadangan Hang Nadim. Maka cadangan tersebut akan dikuatkuasa dengan serta merta.

Rakyat berasa amat lega mendengar pengistiharan Mamak Bendahara tersebut. Masing-masing bersyukur kepada Tuhan, terutama anggota tentera.  Tadinya mereka memang amat bimbang dengan keselamatan diri kerana akan diperintahkan oleh “jeneral” masing-masing untuk berdepan dengan musuh secara berani bodoh. Namun sebaliknya bagi “jeneral-jeneral” itu, pengistiharan Mamak Bendahara akan perkenan Raja terhadap cadangan Hang Nadim itu suatu yang sangat negatif, hatta suatu mala petaka buat mereka.

Mereka merasa seolah-olah dicabar dan dihina oleh seorang kanak-kanak kecil yang datangnya entah dari mana dan keterunannya entah dari siapa itu. Hasrat mereka untuk memperagakan kehandalan anak-anak buah masing-masing ketika berjuang bermati-matian menentang serangan todak nanti, nampaknya tidak akan kesampaian. Dalam hati kecil masing-masing mula tersemat rasa dendam kesumat dan dengki kianat terhadap Hang Nadim itu. Bukan kerana jahatnya kanak-kanak tersebut tapi sebaliknya kerana kebijaksanaannya yang dizahirkannya itu boleh menggugat serta mengancam kedudukan mereka yang berstatus “jeneral” itu.

Malam yang begitu suntuk itu pun digunakan sepenuhnya oleh seluruh rakyat Pulau Temasik itu bagi mendirikan benteng batang pisang. Menjelang subuh maka siapkan sebatang benteng batang pisang merentangi sepanjang pantai Pulau Temasik. Setiap pokok pisang yang wujud di pulau tersebut kini menjadi penebus kepada jiwa dan raga perajurit tanah air pulau tersebut. Bayangkanlah apa akan terjadi terhadap beribu-ribu jiwa dan raga perajurit pulau tersebut sekiranya Tuhan tidak mengkabulkan doa rakyat Pulau Temasik itu.. Bayangkan juga apa nasib rakyat Pulau Temasik itu jika sekiranya Raja menolak idea mendirikan benteng batang pisang itu semata-mata kerana ia datangnya dari seorang kanak-kanak yang masih mentah. Namun atas sifat keterbukaan dan kewarasan Raja maka idea tersebut telah diterimapakai lalu dilaksanakan dengan serta merta.

Setibanya hari esok yakni di awal pagi menjelang waktu subuh, maka berkumpullah beramai-ramai rakyat Pulau Temasik yang perihatin, di sepanjang pantai. Yang kurang prihatin dan tak kesah terhadap masa hadapan negara telah pulang ke rumah masing-masing mencari selimut. Benteng batang pisang yang baru siap didirikan setinggi hapus kepala itu, megah terpacak sepanjang pantai mengelilingi pulau kecil itu. Masing-masing yang berkumpul di pantai itu penuh ghairah untuk menghadapi suasana yang belum pernah dialami sebelum ini. Malah ia mungkin tidak akan berlaku lagi di masa-masa mendatang untuk selama-lamanya walaupun di mana-mana jua.

Masing-masing masih bersama senjata termasuk parang, golok, kapak  dan lain-lain yang digunakan untuk mendirikan benteng tadi. Ada senjata bukan semestinya akan bergaduh sesama sendiri. Sebaliknya untuk sama-sama menentang musuh dari luar  tidak kira musuh itu dalam bentuk maknusia maupun binatang. Bagi seluruh warga Pulau Temasik itu, ia tetap merupakan satu perhimpunan aman walaupun masing-masing memegang senjata di tangan. Apa pun, ia tetap bergantung kepada motif perhimpunan itu. Kalau motifnya baik, bawa senjatakah ataupun bertangan kosong, ia sama saja. Kalau motifnya jahat, tak bawa apa-apa senjatapun belum menjamin perhimpunan itu akan aman dari awal hingga akhir.

Waktu subuh pun masuk. Laungan azan berkumandang di angkasa Pulau Temasik hampir di setiap penjuru pulau. Laungan yang dilakukan secara serentak itu sangat menyentuh kalbu.  Mereka yang berhimpun di sepanjang pantai sambil menanti kedatangan todak itu merasa amat pilu mengenangkan bala bencana dari Tuhan yang akan menimpa mereka sekejap lagi. Suasana yang terjadi memang amat luar biasa. Hampir seluruh rakyat yang masih berhimpun di sepanjang pantai itu bersiap sedia untuk sama-sama menunaikan solat fardu subuh secara berjumaah.

Tak pernah sebelum ini solat subuh didirikan secara berjumaah dengan disertai oleh bilangan makmum yang begitu ramai. Rupa-rupanya ada rahmat di sebalik bencana. Kata Mat Saleh, “blessing in disguise”. Kalau tak berlaku bencana tak mungkin warga Pulau Temasik sanggup berkerah tenaga mendirikan benteng batang pisang beramai-ramai. Tak kan ramai yang sanggup bertongkat mata hingga masuk ke waktu subuh. Maka tak akan berlakunya solat subuh secara berjumaah dengan bilangan makmum yang begitu ramai. Ini semua kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Adil.

Mentari telah mula menampakkan cahayanya nun di upuk timur pulau. Rakyat pulau ternanti-nanti akan serangan todak sebagaimana digambarkan oleh Pawang Ikan Negara semalam. Tiba-tiba terdengarlah bunyi berdensiu macam bunyi angin ribut betiup. Sejenak kemudian bertukar menjadi seperti bunyi batang pisang dicucuk. Rupa-rupa todak dah mula menyerang. Paruh-paruh  todak dah mula tercacak menembusi batang pisang yang menjadi benteng itu. Berjuta-juta bilangan todak yang menyerang pagi itu. Namun tak seorang pun rakyat yang mati akibat serangan berani mati tentera todak itu. Cuma ada yang cedera sebab berada di dalam kawasan di luar dari liputan perlindungan benteng. Mereka ini adalah rakyat  yang dianggap tidak kesah kepada perjuangan.  Mungkin bagi mereka benteng batang pisang yang didirikan itu sudah cukup bagi menghadapi serangan todak. Atas alasan itu kut maka mereka memilih untuk pulang berehat selesa di rumah.

Panahan todak yang tingginya hapus benteng batang pisang telah sampai ke kawasan kawasan perumahan yang jauh dari benteng batang pisang itu. Oleh itu tikaman todak hanya sekadar mencederakan mangsanya dengan kecederaan yang ringan sahaja. Sebenarnya kecederaan fisikal tidak terasa sangat. Namun yang lebih sakit ialah rasa malu kerana kecederaan tersebut adalah manifestasi kedayusan mereka menjauh diri dari perjuangan.

Menjelang waktu Asar serangan todak mulai reda kemudian berhenti perlahan-lahan. Bila laungan Azan berkumandang tanda masuknya waktu Asar, tiada lagi seekor pun todak yang melompat ke darat. Mengikut tilikan Pawang Ikan Negara itu lagi, serangan todak kini telah berakhir. Ia berdasarkan bukti bahawa beberapa ekor “jeneral” tentera ikan todak tersebut telah dijumpai turut terkoban selepas melekat di benteng batang pisang. Rupa-rupanya tentera ikan todak yang berpangkat “jeneral” pun lebih rela turut sama berputih tulang dari berputih mata. Ini patut diteladani oleh tentera manusia umumnya dan tentera 1Msia khususnya dalam perjuangan mempertahan negara dari serangan musuh. Bukan hanya tunjuk berani jika “berperang” menentang rakyat sendiri yang tak bawa apa-apa senjata.

Dua hari sebelum Pulau Temasik selamat dari serangan todak, rakyat telah berada dalam kebimbangan yang tak dapat digambarkan.  Namun berkat dari kesabaran, kesepakatan seluruh warga Pulau Temasik untuk sama-sama bertungkus lumus membina benteng pertahanan sepanjang malam serta kewarasan Raja yang memerintah, maka Pulau Temasik telah dapat diselamatkan. Kini rakyat boleh bertemasya menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan kerana telah terlepas dari bala bencana yang diturun oleh Tuhan ke atas mereka.

Kebijaksanaan Hang Nadim tak wajar dilupa. Kewarasan Raja pula amat wajar dipuji dan dipuja. Rakyat jelata rata-rata berasa lega. Namun sebaliknya jeneral-jeneral yang bodoh lagi sombong itu menghadapi gundah gulana. Masing-masing takut dan bimbang akan hilang jawatan bila Hang Nadim sudah besar nanti. Mereka seolah-olah telah pasti bahwa Hang Nadim akan dilantik Raja menjawat jawatan penting negara.  Maka bermesyuarat dan bermuafakatlah sesama “jeneral” itu demi mencari strategi bagi melindungi kepentingan masing-masing dari direbut oleh Hang Nadim.

Selang beberapa hari selepas peristiwa besar itu berlalu, maka datanglah  jeneral-jenaral itu mengadap Raja. “Ampun Tuanku …. sembah patik harap diampun. Patik bertiga ni punyai perkara besar untuk dipersembahkan kepada Tuanku. Jika bukanlah kerana kepentingan Tuanku semata-mata masakan berani patik bertiga berbicarakan perkara ini di hadapan Tuanku. Ampun Tuanku !

Ya Datuk Laksamana, Datuk Panglima dan Datuk Bandar yang beta kasihi. Sila khabarkan kepada beta apa gerangan yang merunsingkan otak Datuk bertiga. Beta sedia mendengarnya. Yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jadikan sempadan. Silakan !

Ampun Tuanku, setiap yang pahit itu ada khasiatnya, setiap yang manis itu ada pula mudharatnya. Oleh itu pahit jangan terus dibuang, manis jangan terus ditelan. Patik turut sama dengan seluruh rakyat jelata bersukaria kerana kita semua telah selamat dari bencana yang turun dari yang Maha Berkuasa. Namun sebagai pembesar negara, patik tidak harus melihat sekadar apa yang tersurat saja. Malah yang lebih penting adalah apa yang tersirat

Beta tidak faham apa yang dimaksudkan itu. Sila jelaskan kepada beta dengan sejelasnya supaya dapat beta fahami”, mencelah baginda

“Ampun Tuanku. Sebenarnya, bukannya Tuanku tidak faham, tetapi Tuanku cuma belum faham. Jadi memang menjadi tanggunjawab di atas batu jemala patik untuk menerangkan agar Tuanku benar-benar faham, ampun tuanku. Boleh patik teruskan ?

Ya silakan …

Sebagaimana kata patik sebentar tadi, sebagai orang besar negara patik bertiga melihat sesuatu itu bukan sekadar apa yang tersurat saja. Sebab apa yang tersirat adalah jauh lebih penting.  Walaupun tidak nampak oleh mata kepala kita semua ketika ini, namun kesan jangka panjangnya akan ketara jua akhirnya. Nanti masanya sudah terlambat untuk membaiki keadaan. Nasi sudah menjadi bubur. Rebung sudah menjadi buluh. Apakah Tuanku terus merasa lega selepas negara selamat dari serangan todak itu ?”

“ Namun bagi patik bertiga tidak pula begitu Tuanku. Mimpi ngeri patik semalam memberi tafsiran yang amat berbeza Tuanku.  Serangan todak itu hanyalah suatu amaran awal kepada Tuanku.  Jika tindakan pencegahan awal tidak dibuat dengan bijaksana nescaya angkara yang jauh lebih besar pula akan menimpa negara dan Tuanku sendiri, ampun Tuanku !

Apakah maksud Datuk dan apakah angkaranya itu ?”  Raja mencelah.

Angkara yang patik ingin maklumkan untuk pengetahuan Tuanku ialah tentang kehilangan tahta kerajaan Tuanku jika tidak diambil tindakan yang bijaksana itu dengan segera, ampun Tuanku”  Jawab Datuk Bandar.

Apakah yang membuat Datuk berkata demikian ?” Tanya Raja lagi tidak sabar.

Maka jawab Datuk Bandar, Tuanku, sedangkan ia masih kecil pun sudah nyata kepintarannya, betapa pula apabila dia sudah besar nanti. Dengan kepintarannya itulah nanti tahta kerajaan Tuanku akan dirampasnya. Percayalah Tuanku, ampun Tuanku. Tuhan hantar todak untuk menyerang negara kita bukan sia-sia tanpa sebarang alamat. Sebaliknya ia bertujuan membolehkan kita mengenalpasti siapa dikalangan rakyat jelata yang bakal merampas tahta kerajaan Tuanku. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun

Raja tergaman mendengar kata-kata Datuk Bandur yang berbicara bagi pihak diri dan kedua-dua rakan sejawatnya itu. Selama ini tak terlintas langsung di dalam fikiran baginda akan kemungkinan berlakunya rampasan kuasa dan kehilangan tahta. Hujah Datuk Bandar mula mempengaruhi fikiran dan jiwa baginda.  Isu kehilangan kuasa bukan isu remeh temeh. Isu ini mula menghantui kepala otak baginda. Orang sanggup bermati-matian untuk mempertahankan kuasa. Rakyat jelata akan sanggup mati demi mempertahankan tahta Rajanya.

Oleh itu sebelum berlakunya rampasan kuasa maka lebih baik dan lebih selamat mematahkan kemungkinan tersebut di peringkat ia masih putik. Kata Mad Saleh, “nibble at its bud, sebelum ia terlambat”. Baginda kini telah faham apa yang dimaksudkan oleh Datuk Bandar itu. Terkilas ikan di air sudah kenal jantinanya. Bagi baginda diluah mati emak, ditelan mati bapa. Hang Nadim amat besar  jasanya. Kepintarannya telah menyelamatkan negara dan anak bangsa dari mati ditikam todak celaka. Apakah dosanya maka ia wajar dinyahkan dari dunia ?

Datuk Bandar, Datuk Laksamana dan Datuk Panglima pun sudah banyak jasanya kepada beta. Apa rasanya pula jika nasihatnya tidak diterima dan disia-sia. Pengaruh mereka amat besar dalam negara. Tanpa pembesar-pembesar negara seperti mereka, maka tiadalah beta kekal di atas takta. Maruah mereka adalah maruah negara. Sedangkan Hang Nadim hanyalah anak seorang rakyat biasa. Tanpa ia pun negara tak akan terjejas apa-apa. Jika kehadirannya tidak disukai oleh mana-mana pembesar negara apa untungnya kepada beta sebagai Raja. Jika dinyahkan ke mana-mana pun tak bermakna ia dianiaya. Mungkin ia diterima di negara sana dimana bakatnya berharga. Biarlah Mamak Bendahara saja uruskan perkara ini agar beta tak dipersalahkan nanti. Maka Raja pun mengamanahkan kepada Mamak Bendahara menyelesaikan kemelut yang berikutnya.

Maka bermesyuaratlah Datuk bertiga itu dengan Mamak Bendahara. Akhirnya mereka pun membuat keputusan akan menyahkan Hang Nadim bukan sekadar dari Pulau Temasik malah dari dunia nyata. Mereka bimbang jika sekadar menuruti hasrat Raja iaitu menyahkan Hang Nadim ke negara lain belum terjamin beliau tidak akan balik semula ke negara asalnya. Mungkin dengan seorang diri bahkan dengan bala tentera. Tentu akan lebih besar angkaranya kepada mereka dan negara bahkan Raja.

Oleh itu Hang Nadim elok dibunuh saja. Orang mati tidak bisa lagi berbicara. Kata Mad Saleh, “dead man tells no tale”. Katakan saja kepada Tuanku bahawa Hang Nadim tidak akan diapa-apakan. Ia hanya akan dibawa ke negara jauh di utara dengan sebuah bahtera. Di sana nanti dia akan diserahkan kepada keluarga angkat yang akan membesarkannya menjadi orang berguna. Hasrat mereka untuk membunuh Hang Nadim menjadi rahsia negara. Bukan saja rahsia kepada rakyat jelata malah ia juga menjadi rahsia kepada Raja yang telah menunjukkan simpati kepada rakyatnya.

Maka disiapkanlah sebuah bahtera untuk menghantar Hang Nadim ke luar Negara. Kepada Hang Nadim dikatakan bahawa keberangkatan beliau adalah untuk memenuhi jemputan Di Raja Negara Saujanapura yang letaknya nun jauh di utara. Negara Saujanapura itu masyhor kerana rakyatnya dikatakan sangat berbudi bahasa. Yang datang berdagang dengan Pulau Temasik alim-alim belaka.  Hang Nadim  memang wajar dibawa ke sana agar bakatnya tidak sia-sia. Di sana beliau akan berpeluang menuntut ilmu setinggi-tingginya. Kemudian pulang semula ke tanah air yang tercinta membuat perubahan yang besar kepada negara.

Namun keberangkatan beliau tidak diikuti oleh mana-mana pembesar Negara kerana kononnya Nakhoda sudah cukup untuk menunaikan missi yang diperintahkan Raja. Maka belayarlah bahtera tersebut kearah utara menuju negara Saujanapura. Rakyat yang di pantai melambai-lambai tangan tanda isyarat “selamat  jalan”. Yang di atas bahtera pun demikan, melambai-lambai tangan tanda isyarat “selamat tinggal”. Masing-masing mendoakan agar Hang Nadim selamat pergi dan kembali.

Setibanya di tengah lautan, Nakhoda pun mengarahkan anak-anak kapalnya memberkaskan Hang Nadim. Nakhoda hanya sekadar mematuhi perintah yang diamanahkan kepadanya oleh Mamak Bendahara. Maka Hang Nadim pun diikat kaki tangannya. Kemudian dimasukkan ke dalam guni lalu dicampakkan ke dalam lautan tanpa belas kasihan. Di dalam guni dimasukkan seketul batu pejal yang akan mengheret Hang Nadim ke dasar lautan. Maka tamatlah riwayat seorang kanak-kanak pintar yang tidak berdosa malah berjasa pula kepada negara dan bangsa. Beliau adalah mangsa pemimpin-pemimpin zalim yang sebenarnya tidak layak memimpin umat. Akibatnya umat bukan mendapat rahmat sebaliknya mendapat laknat.

Pemimpin ini sentiasa hidup dalam kebimbangan yang tidak berkesudahan. Segala sumber negara bukannya diguna untuk menghasilkan kemakmuran untuk semua, tetapi untuk menjaga kuasa mereka dari terlepas kepada pesaing mereka, walaupun pesaing mereka itu adalah lebih berhak memegang kuasa kerana lebih layak dari mereka.

Begitulah yang dinamakan STRATEGI IKAN TODAK. Ia dinamakan demikian sempena dengan peristiwa Temasik diserang IKAN TODAK  sepertimana yang diriwayatkan di atas. Strategi yang dimaksudkan ialah caramana pembesar-pembesar dalam riwayat tersebut bertindak bagi menangani kebimbangan di hati mereka yang terlalu takut akan kehilangan kuasa ataupun pengaruh. Jalan mudah atau strategi  yang paling ampoh digunakan ialah membunuh orang yang dikuatiri dengan apa cara sekali pun.

Walaupun apa yang dibimbangi itu hanyalah satu spekulasi atau imiginasi semata-mata (i.e. bukan benar-benar menjadi  kenyataan), itu tidak penting. Yang maha penting ialah supaya terhapus sama sekali kebimbangan di hati hatta jangan tinggal lagi saki baki walaupun sebesar biji sawi. Faktor dosa dan pahala langsung tak dipeduli oleh maknusia macam mereka ini. Namun, tetap mendakwa beriman kepada Ilahi.  Malah tindakan dibuat kononnya demi agama dan ibu pertiwi bukan untuk kepentingan peribadi.

 The Moral of the Story (Mof)

Apa yang menimpa DSAI (Mantan TPM) khususnya,  dan anak2 muda seperti Ahmad amnya adalah serupa dengan apa yang diceritakan di dalam kisah di atas. Rakyat 1Malaysia mesti menghapuskan Strategi Ikan Todak dari bumi Malaysia ASAP

JOM kita buat ANJAKAN PARADIGMA dengan menukar kerajaan dari UMNO-BN kepada Pakatan Rakayat. Melalui PRU13 nanti.  Selagi UMNO-BN memerintah Malaysia tidak akan mencapai kejayaan yang terbaik mungkin walaupun hakikatnya ia berpotensi besar mencapai kemajuan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam masa yang sengkat.

Wallahualam.

 

d a u l a t   r a k y a t  !

 

Lain-lain PenCERAHan Yang Relevan :

Ahmad’s SAGA # Index B http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/11/ahmads-saga-index-b/

Ali’s SAGA # 01 Ali Adalah Manifestasi Jenerasinya  https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/

 

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK : http://www.4uni2c.com

@OPajar #11922