🇲🇾 Alhamdulillah, selepas beberapa tahun kemudian daripada Acik menulis tentang pembaziran air ketika berwudhu’ maka keluarlah satu produk baru yang sangat relevan. Sepertimana yang ditujukkan dalam video di atas, semasa membasuh muka, air tidak lagi terus mengalir keluar daripada kepala paip. Sebelum ini tidak pula begitu, air terus keluar hingga sering berlakunya pembaziran.
Kata orang Putih, “necessity is the mother of invention”. Dalam bahasa Melayu, “keperluan itu adalah ibu kepada rekcipta”. Maknanya, jika sesuatu itu dirasakan perlu, maka akan diciptakanlah sesuatu bagi memenuhi keperluan tersebut.
Selama ini mungkin umat Islam Malaysia belum merasakan penjimatan air ketika berwudhu’ adalah sesuatu yang penting bagi mengelakkan pembaziran. Maka tiadalah apa-apa usaha bagi memudahkan umat Islam melakukan penjimatan tersebut. Namun dengan terciptanya kepala paip seperti yang ditayangkan dalam video itu, maka ia adalah manifestasi bahawa ramai orang dah merasakan penjimatan air itu penting.
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah Acik ucapkan kepada individu yang telah berjaya mencipta kepala paip wudhu’ tersebut. Mudah-mudahan alat ciptaan baru itu akan diterima pakai oleh semua masjid dan surau di seluruh Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya.
🇲🇾 Ketika belum pergi ke SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dahulu Acik dengan ayah Acik sangat rapat. Sikap ayah Acik banyak menjadi tauladan kepada Acik. Antaranya ialah suka meneliti untuk memahami bagaimana sesuatu itu berfungsi.
Contohnya tentang enjin motorsikal Honda50 yang beliau miliki. Acik sendiri pernah menyaksikan bagaimana beliau membedah dan membaiki enjin motorsikal tersebut di rumah. Pada hal beliau bukannya seorang mekanik. Bersekolah sehingga darjah empat sahaja.
Dalam masyarakat di kampung Acik tinggal, ayah Acik agak dikenali. Beliau adalah antara kaki² masjid, tapi taklah sampai 5 kali sehari. Ketika itu tak banyak masjid yang mengerjakan setiap solat fardu secara berjemaah. Solat fardu 5 kali sehari di masjid hanya menjadi fenomina setelah adanya gerakan Tabligh di Malaysia.
Suatu pagi ayah Acik mengajak Acik. Kemana ? Rupa-rupanya ke rumah jiran yang tak berjauhan dengan rumah kami. Ada apa di sana ? Jiran berkenaan sedang mengikat kedua-dua tangan anaknya ke dahan pohon pauh di sebelah rumahnya.
Mula-mula ayah dan Acik cuma memerhati dari jauh saja. Tapi apabila si bapa mula memegang rotan, kami pun bergerak pantas ke rumah tersebut.
Sebaik saja mendekati pohon pauh tersebut ayah Acik pun lantang bersuara, “kamu ingat itu lembukah ?”, sambil jarinya menuding kearah si anak itu. Jiran itu tersentap. Terkejut beruk agaknya.
Tanpa berkata apa-apa beliau dengan perlahan-lahan merongkaikan ikatan pada kedua-dua pergelangan tangan anaknya itu. Kemudian beliau membawa anaknya itu masuk ke dalam rumah. Acik dan ayah Acik pun pulanglah ke rumah dengan merasa lega. Lega kerana telah berjaya menghalang suatu penderaan keatas kanak².
2020 Oktober 24 (Sabtu)
🇲🇾 Baru baru ni Acik balik kampung. Rupa-rupanya tempat pengumpulan sampah di kampung Acik itu telah ditamatkan langsung perkhidmatannya oleh PBT berkenaan.
Agak menyesal pula Acik membuat posting dlm FB, gambar tempat pengumpulan sampah itu 4 tahun dahulu.
Kata sekerat pantun Melayu, “daripada cempedak baiklah nangka, daripada (langsung) tak ada baiklah ada (walaupun tak sempurna).
Analogi ⬇️
Andai kata bahawa penguatkuasa adalah ibarat tong manakala penjenayah pula adalah ibarat sampah.
Apakah yg akan terjadi apabila status tong sama saja dengan status sampah (i.e. tong pun dah jadi sampah seperti di dalam gambar di atas) ?
TujuanAcik komplen hari tu ialah supaya PBT berkenaan menambah baiki tempat pengumpulan sampah itu. Malangnya reaksi segera daripada PBT itu ialah menutup terus tempat buang sampah itu. Padan muka hangpa !
Tempat pengumpulan sampah itu disediakan ketika P.Pinang diperintah oleh BN dahulu. Bila DAP mengambil alih kerajaan Pulau Pinang, maka Acik ingat akan adalah penambahbaikan terhadap perkhidmatan pelupusan sampah bagi penduduk kampung Acik itu.
Malangnya, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran”. Bukan dapat yang lebih baik, sebaliknya yang dah ada pun hilang. Kini susahlah anak² kampung Acik itu. Tak tau nak buang sampah kat mana lagi. Jadi jangan marahlah PBT kalau membuang sampah ke dalam laut kembali menjadi amalan harian. Maklumlah kampung Acik itu letaknya di tepi pantai.
.
Sejak tiadanya tempat pengumpulan sampah di kampung Acik itu, penduduk di kampung itu ada duapilihan di mana nak buang sampah masing². Pertama buang saja ke dalam laut yang berdekatan.Kedua keluar ke jalan raya dan buang ke dalam tong sampah yang letaknya di tepi jalan itu. Jarak lokasi tong sampah itu adalah hampir setengah km dari kampong tersebut dan terpaksa lintas jalan raya.
Bagi penduduk yang mampu, mujurlah juga sebab ada anak kampung yang sanggup membawa sampah mereka ke tong sampah yang jauhnya hampir setengah km itu. Kadar upahnya tidak ditetapkan. Bagi yang ada kemampuan membayar upah itu, OK lah. Tapi berapa kerat yang mampu. Dan bagaimana dengan majoriti besar yang tak mumpu ?
Masa tempat pengumpulan sampah itu baru ditutup, Acik ingat PBT berkenaan akan menugaskan, seorang anggotanya untuk bertugas di kampung itu sebagai pengumpul sampah. Contohnya dengan menggunakan motor roda tiga, pengumpul sampah tersebut akan menziarahi rumah² di dalam kampung Acik itu untuk mengutip sampah sarap yang nak dilupuskan.
Malangnya tidak ada apa-apa pun yang telah disediakan sebagai alternatif kepada penutupan tempat pengumpulan sampah tersebut. Pengumpul sampah yang menggunakan motor roda tiga yang berkhidmat dengan PBT berkenaan hanya mengutip sampah² kecil di sepanjang jalan raya di luar kampung Acik itu.
Apalah salahnya jika BPT tersebut menambah seorang lagi pengumpul sampah yang menggunakan motor roda tiga, khusus untuk kampong Acik itu. Jadi tak terasalah sangat kesusahan oleh anak² kampung Acik itu untuk melupuskan sampah mereka setiap hari.
.
Di atas adalah sebuah motor roda tiga yg digunakan oleh pengutip sampah PBT.
.
Pengurusan sampah yang tidak cekap adalah manifestasi bahawa kualiti pentadbiran PBT berkenaan adalah rendah. Ini adalah persepsi peribadi Acik semata-mata. Sebagai seorang Warga Emas yang dah agak lama hidup, maka banyaklah benda dan perkara yang dah Acik perati dan membuat penilaian. Persepsi tak semestinya realiti. Namun ada kemungkinan besar ia sama dengan realiti.
Kebanyakan PBT menyerahkan perkhidmatan pengurusan sampah kepada syarikat² swasta. Kononnya supaya perkhidmatan tersebut meningkat kualitinya. Adakah realitinya begitu ?
Bagi Acik, dasar pengswastaan tidak akan menambahkan kualiti perkhidmatan bagi jangka masa yang panjang. Dasar itu menguntungkan segelintir rakyat saja. Sedangkan majoriti rakyat cuma menerima munafaat yang tak seberapa. Pada hal rakyat berhak menikmati perkhidmatan yang lebih berkuali jika ianya disediakan oleh penjawat awam.
🇲🇾 201023 CVideo di atas itu adalah posting seorang netizen wanita dalam medsos Facebook. Acik sungguh simpati dengan beliau dan keluarga ibu bapanya. Ini adalah satu daripada beribu-ribu penganiyaan yang dilakukan oleh puak² kapitalis terhadap rakyat biasa. Semoga yang menonton video itu ada yang mampu dan sudi membela netizen tersebut ASAP.🇲🇾 201024 APada pagi ini Acik membuka blog Acik bagi menunjukkan video di atas kepada isteri Acik. Wah ! Terkejut Acik bila mendapati video tersebut telah dipadam oleh pihak berkenaan yangmana Acik agak Syarikat Facebook. Ini menunjukkan bahawa video tersebut berkesan mendapat perhatian ramai netizen.Harap-harap pihak yang telah menimpakan kesusahan terhadap pengadu dan ibu-bapa itu telah merasa bertanggungjawab. Semoga pihak yang berkenaan itu telah atau sedang melakukan sesuatu yang wajar supaya pihak pengadu mendapat pembelaan sewajarnya..
B e r s a m b u n g. ……
.Selain drpd jalan yg rosak, tanda isyarat jalan yg rosak juga menyumbang kpd kemalangan.
Konsep negara agak kompleks untuk difahami. Namun, setiap warganegara wajar faham serba sedikit tentang konsep kenegaraan. Hanya dengan kefahaman tersebut maka barulah negara boleh berfungsi dengan baik.
Aspek maha penting bagi sesebuah negara ialah kerajaan. Kerajaan bolehlah disinonimkan dengan pemerintah. Siapa yang memegang kerajaan, maka dialah yang memerintah.
Sejak zaman berzaman lagi hampir setiap negara mempunyai raja. Raja ialah individu yang paling berkuasa di dalam negera berkenaan. Dengan kuasa itulah maka seseorang raja mampu memerintah negeranya.
Mungkin istilah keRAJAan itu adalah lahir daripada istilah RAJA yang memerintah itu. Namun, kosep keRAJAan adalah lebih luas. Ia merangkumi semua aktiviti yang dirancang dan dilaksanaankan, relevan dengan perintah dan aspirasi raja yang memerintah itu.
.
.🇲🇾 201020 D
Bagi negara yang menerima pakai sistem pemerintahan demokrasi, rajanya adalah rakyat sendiri. Individu yang masih bergelar raja itu hanyalah proxi kepada rakyat. Perintah yang datang dari baginda itu adalah manifestasi kehendak majoriti rakyat, bukan atas kehendak peribadi baginda.
Oleh sebab itu, jika sekiranya perintah yang datang daripada baginda mencetuskan sesuatu natijah yang negatif, maka raja tidak harus terus dipersalahkan. Kecualilah jika sekiranya perintah raja tersebut adalah ketara berdasarkan kehendak nafsu peribadinya sendiri.
.
.🇲🇾 201020 E
Khususnya di Malaysia, raja bertindak atas nasihat ketua pentadbir kerajaan. Di peringkat kebangsaan, rajanya ialah DYMM Sri Paduka Baginda YDPA (Yang Di Pertuan Agong). Manakala ketua pentadbir kerajaan ialah Perdana Menteri. Di peringkat negeri pula rajanya ialah DYMM Sultan bagi negeri berkenaan. Manakala ketua pentadbir kerajaannya ialah MB (Menteri Besar).
Walaubagaimana pun, ada beberapa buah negeri di Malaysia, yang tiada beraja. Di negeri-negeri berkenaan, peranan raja adalah dimainkan oleh wakil YDPA iaitu Gabernor. Manakala ketua pentadbir kerajaan bagi negeri tersebut dipanggil KM (Ketua Menteri).
🇲🇾 201020 F
Mengikut fahaman Acik, proses bagi menentukan siapakah yang akan menguasai kerajaan, adalah ditakrifkan sebagai “politik“. Di Malaysia kuasa itu diperolehi melalui proses PRU (Pilihan Raya Umum). Maka wujudlah beberapa buah parti politik bagi mewakili penyokong masing² menyertai kerajaan.
Acik melihat kerajaan demokrasi itu terdiri daripada 3 komponen penting. Pertama ialah birokrasi, kedua ialah pihak yang memerintah dan ketiga ialah pihak pembangkang. Jika tiada pembangkang dalam sesebuah kerajaan demokrasi maka status demokrasi bagi kerajaan tersebut akan gugur atau cacat. Dengan lain perkataan, pembangkang adalah penting bagi memenuhi ciri-ciri sistem demokrasi.
Oleh sebab pembangkang adalah satu daripada tiga komponen penting dalam kerajaan demokrasi, maka pembangkang wajar malah perlu diberi penghormatan yang sama dengan pemerintah. Contohnya, jika ahli parliamen pemerintah menerima sesuatu elaun, maka ahli parliamen pembangkang pun patut turut sama menikmatan elaun yang sama.
Negara ibarat bahtera
Sebuah negara adalah ibarat sebuah bahtera. Jika nakhoda bahtera tersebut seorang yang mahir dan bijaksana dalam melayari bahteranya itu, maka rakyat akan berjayalah mencapai aspirasi bersama. Pendekata tidak akan berlaku diskriminasi dalam negara terhadap mana-mana individu, kumpulan, dan sebagainya.
Menonton klip video di atas, Acik merasa sungguh sedih dan kasihan kepada kanak-kanak dalam video itu. Masih kanak-kanak lagi sudah menjadi mangsa ketagihan. Siapakah yang harus dipersalahkan. Adakah diri mereka sendiri yang harus dipertanggungjawapkan atas segala kesalahan yang mereka lakukan itu❓
Wajarkah ibu-bapa mereka tidak boleh disalahkan. Adakah masyarakat juga tidak boleh disabitkan dengan kesalahan mereka. Bahkan kerajaan pun tidak harus dikaitkan langsung dengan kesalahan mereka itu❓
.🇲🇾 201016 D
Sepasang ibu bapa hanya memiliki kemampuan yang amat terhad dalam semua aspek. Aspek yang paling penting ialah pendidikan anak-anak. Anak manusia tak sama macam anak pokok. Lagi tak sama dengan anak binatang.
Allah menjadikan anak manusia jauh lebih kompleks daripada anak binatang. Anak manusia boleh diajari dengan bermacam-macam ilmu dan kemahiran. Samada disisi dengan ilmu dan kemahiran yang munafaat maupun yang sebaliknya.
Melalui proses pendidikan seseorang anak itu dicorak menjadi seorang individu yang baik ataupun sebaliknya. Jika pendidikan yang diterima oleh si anak itu ialah ilmu yang positif maka jadilah ia insan yang berguna kepada masyarakat.
Sebaliknya jika yang masuk ke dalam minda dan jiwa si anak itu ilmu dan kemahiran yang negatif maka rosaklah si anak itu. Natijahnya, tingkah lakunya bukan memberi apa-apa sumbangan yang baik kepada masyarakat, malah sebaliknya menimpakan kemudharatan kepada masyarakat.
.
🇲🇾 291016 F
Proses pendidikan awal bagi seorang anak bermula di rumah. Ini tak dapat dinafikan. Namun, sejak anak itu dimasukkan ke TAsKa (Taman Asuhan Kanak-kanak) maka proses pendidikan bagi anak tersebut mulai menerima pengaruh luar. Mujurlah jika sekiranya yang diterima itu adalah yang positif. Namun tidak pelik jika sebaliknya.
Dari TAsKa si anak itu akan berpindah pula ke TaDiKa (Taman Didikan Kanak-kanak) dan seterusnya ke sekolah rendah. Di sepasang tempoh TAsKa, TaDiKa dan sekolah rendah itu, sudah berapa banyak pengaruh dari luar yang telah menyerap masuk ke dalam minda dan jiwa si anak itu.
Jika si anak itu bernasib baik, maka pengaruh positiflah yang banyak diterimanya. Namun, amat malang jika pengaruh negatif yang mendominasi proses pendidikan awal si anak tersebut.
🇲🇾 201016 G
Acik percaya bahawa tidak ada ibu bapa yang mampu menapis semua pengaruh yang menyerap ke dalam minda dan jiwa anaknya. Ibu bapa hanya mampu memilih TAsKa, TaDiKa dan sekolah rendah mana yang nak dihantar anaknya itu setiap hari. Segala input yang akan mengisi minda dan jiwa si anaknya itu adalah ditentukan sepenuhnya oleh institusi pendidikan berkenaan.
Di sinilah ibu bapa merasai bahawa peranan kerajaan dalam proses pendidikan anaknya itu tersangat penting. Hanya kerajaan saja yang memiliki keupayaan bagi menapis pengaruh atau input-input sebelum ianya menyerap ke dalam minda dan jiwa anaknya itu.
Kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat di masa kini dan di masa-masa akan datang tidak akan teragak-agak untuk memantau perjalanan semua institusi pendidikan awal anak-anak itu. Melalui sistem pendidikan yang dipantau oleh kerajaan, hanya elemen-elemen yang positif saja dibenarkan menjadi input bagi pendidikan awal kanak-kanak itu.
.
.
Selingan ⬇️
.
Menonton video ke-2 di atas membuat Acik sayu. Sebagai seorang yang membesar di kampung, segala yang ditayang di dalam video tersebut adalah pengalaman manis bagi Acik. Bermain dengan kawan-kawan sekampung mampu memupuk nilai kasih sayang sesama sendiri.
Malangnya bagi anak-anak Acik yang tinggal di bandar hidup mereka jauh berbeza. Ruang untuk mereka beriadah bersama kawan-kawan mereka tidak cukup, malah langsung tiada. Maka nak hairan apa kalau mereka mencari keseronokan daripada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan tidak bermoral.
Sepatutnya di setiap taman perumahan disediakan ruang yang cukup untuk kanak-kanak dan remaja bermain sesama mereka. Selepas pulang dari sekolah itulah masa untuk mereka berkawan dengan jiran-jiran yang sabaya atau hampir sebaya dengan mereka.
Melalui pelbagai jenis permainan yang disertai masing-masing, maka berlakukan proses sosialisasi diantara mereka. Di situlah mereka belajar bekerjasama, bermuafakat, bertoleransi, berazam, saling menghormati dan sebagainya. Sifat-sifat positif tersebut akan menjadi asset penting yang akan membantu mereka untuk berjaya dalam hidup mereka sepanjang hayat.
Acik percaya netizen di seluruh dunia kenal akan sosok penting dalam video di atas. Ya, beliau adalah Presiden negara Amerika Syarikat sekarang ini. Penggal pertama beliau sebagai Presiden AS hampir tammat. Tak lama lagi rakyat AS akan mengundi bagi menentukan siapa yang akan menjadi Presiden AS bagi penggal berikutnya.
Lazimnya seorang Presiden AS akan cuba mengekalkan jawatannya bagi penggal kedua. Kalau di Malaysia, PM boleh pegang jawatannya tanpa had tempoh. Tetapi Presiden AS hanya boleh pegang jawatannya bagi tempoh dua penggal saja. Samada Donald Trump (Presiden sekarang) akan terus menjadikan Presiden AS atau tidak dalam penggal hadapan, ia bergantung kepada undi rakyat AS.
🇲🇾 201013
Presiden AS dalam video itu beraksi macam orang yang tidak siuman. Mudah cakap, macam orang gila. Samada beliau belakon buat-buat gila atau memang real, Acik pun takde maklumat. Tapi kanak-kanak di sekeliling beliau macam tak ambil peduli langsung terhadap Presiden AS tu. Mungkin mereka semua pun turut berlakon dan masing-masing beraksi demikian adalah kerana mengikut skrip yang dah dihafal.
Bagi Acik, kalau aksi Presiden AS itu real (bukan belakon) sekalipun Acik tak hairan. Mungkin akibat terlalu takut akan hilang kuasa (jawatan Presiden), maka beliau menjadi gila. Ada ibu yang menjadi gila apabila anaknya yang tersangat disayanginya hilang atau meninggal. Malah ada juga isteri yang menjadi gila apabila suaminya yang sangat disayanginya berkahwin lain.
Punca yang menyebabkan seseorang itu menjadi gila ialah akibat berpisah dengan sesuatu yang sangat disayangi. Sebelum mendapat objek yang disayangi itu beliau diistilahkan gilakan objek tersebut. Kemudian apabila tak cukup kesabaran bagi menghadapi perasaan negatif yang bersangatan akibat terpisah dengan objek kesayangannya itu, maka ia menjadi gila kerana objek tersebut.
Presiden AS tentulah tersangat sayang kepada kuasa (Presiden AS) yang dipegangi beliau sejak beberapa tahun dahulu. Malangnya tempoh penggal pertama beliau menduduki kerusi Presiden itu dah hampir tamat. Tapi dengan beribu macam kutukan yang dilempar oleh rakyatnya setiap hari terhadap beliau, maka beliau mungkin telah putus harapan akan dapat melanjutkan tempohnya sebagai Presiden AS bagi penggal hadapan.
Gara gara akan berpisah dengan kuasa maka Presiden AS pun dah mula menunjuki simpton gila. Jadi wajar sangatlah Acik menasihati diri sendiri supaya tidak gilakan kuasa. Bukan apa, Acik cuma bimbang takut akhirnya Acik juga akan gila kerana kuasa macam Donald Trump.
Kalau ada siapa-siapa yang rapat dengan DSAI tolonglah nasihati beliau agar tidak terlalu gilakan kuasa hingga begitu ghairah dan kemaruk nak jadi PM. Takut nanti beliau pun menjadi seperti Presiden AS tu. Iaitu berakhir dengan gila kerana kuasa. Bukankah Orang Putih kata “prevention is better than cure” ❓
W a l l a h u ‘a l a m 🌹
.
Selingan ⬇️
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️ Berita sebaik saja selepas DSAI selesai mangadap DYMM SPB YDPA.
Riak DSAI ketika menjawab soalan menunjukkan seolah-olah beliau cuba menyembunyikan sesuatu.
2020 Oktober 9 ( Jumaat)
🇲🇾 Video di atas telah pernah Acik tonton. Mungkin ketika itu tidak minat Acik nak viralkan kerana Acik masih taksub kepada DSAI. Namun lepas satu satu tercetus peristiwa politik penting yang melibatkan DSAI, maka Acik rasa eloklah juga video ini Acik semadikan di dalam blog Acik.
Pertama supaya dapat turut ditontoni oleh pengikut-pengikut blog Acik di seanterio dunia. Kedua bagi memudahkan Acik sendiri merujuk semula bila timbulnya sesuatu keperluan yang relevan di masa-masa hadapan.
Seyugia disebut bahawa tujuan PenCERAHan ini bukanlah dengan suka-suka atau dengan niat untuk mengaibkan mana-mana individu. Tetapi di sebaliknya ialah demi menyelamatkan negara yang tercinta daripada melantik seorang ahli politik yang sangat sangat kontroversial menjadi PM.
Banyak natijah buruk akan menimpa negara dan rakyat jelata nanti jika sekiranya individu seperti beliau diberi mandat menguruskan negara. Lebih-lebih lagi jika sekiranya beliau diberi teraju pentadbiran negara ketika ini, dalam mana wabak COVID-19 makin bertambah ganas melanda negara.
.
kenapakah DSAI terlalu defensive dlm menjawab soalan yg ditanya ?
.
Acik tak percaya bahawa DSAI akan berjaya memperdaya pihak yang berkenaan bagi merebut jawatan PM yang diidaminya itu. Namun, bagi melegakan hati sendiri dan hati mereka yang merasa risau akan kemungkinan DSAI menjadi PM ke-9, maka biarlah Acik menulis sesuatu. Mudah-mudahan tulisan Acik ini akan dapat menjadi penawar mujarab bagi kerisauan tersebut.
Namun Acik ingin menyeru supaya DSAI sendiri dapat melupakan saja hasrat beliau untuk mengadap DYMM Sri Paduka Baginda YDPA kerana itu lebih baik. Dirinya pun tak perlu bersusah payah dan majoriti rakyat jelata pun segera merasa lega. Lebih-lebih lagi jika ramai penyokong beliau yang mengiringi beliau ke pintu istana YDPA. Takut takut akan lahir pula klaster COVID-19 baru bergelar Klaster AI.
Mungkin perlu juga pihak PDRM pun turut sama “menasihati” DSAI supaya besabar sat dulu. Nanti apabila negara dah benar-benar bebas daripada bahaya Covid19 cubalah pohon semula untuk mengadap baginda. Acik penuh husnu-zan bahawa duli YMM Tuanku akan berkenan untuk memenuhi hasrat murni DSAI, malah berbesar hati dengannya.
Biasanya pemimpin rata-rata memahami konsep atau falsafah, “biar mati anak, jangan mati adat”. Oleh itu, inilah peluangnya bagi bakal PM Malaysia itu menterjemahkan prinsip atau falsafah tersebut kepada tindakan.
Bakal PM ke-9 (ayam tambatan Tun M) ini lebih pentingkan kuasa drpd keselamatan nyawa rakyat jelata🌹
2020 Oktober 03 (Sabtu)
Acik merasa tersangat lega apabila Warisan gagal mengekalkan kuasanya di Sabah. PRN Sabah pada September 26 yang baru lepas itu sangat tidak wajar diadakan. Tak kan tak tahu kut bahawa negara sedang berperang dengan pandemic Covid19 yang mengancam nyawa seluruh rakyat jelata. Namun kerana gila kuasa maka KM Sabah ketika itu sanggup menggadai nyawa rakyatnya demi mengekalkan kuasanya, gara-gara dirampas oleh mantan KM yang digulingnya sebaik saja BN Sabah menang PRU14 dahulu.
🇲🇾 201003 D
Lazimnya orang yang sedar bahawa dia telah mengambil hak milik orang lain hatinya sentiasa tidak tenteram. Dia ingat orang lain pun macam dirinya juga, iaitu berminat kepada hak milik orang lain. Pada hal orang lain tak macam dia. Sebaliknya orang lain tak sanggup mengambil hak orang kerana ia mencemarkan maruah diri. Apa lagi mengambil dengan paksaan iaitu merampas.
Kalau tak salah Acik, parti yang menang PRU 14 dahulu ialah BN. Lantaran itu YB BN pun dinobatkan sebagai KM (Ketua Menteri) Sabah. Malangnya, angkara lompat parti, kuasa memerintah telah berpindah ke YB Warisan. KM BN yang telah dinobatkan itu terpelanting. Maka YB dari Warisan pun menjadi KM.
🇲🇾 201003 E
Namun, apabila PH bungkus akibat PMnya menghempas jawatan, maka KM Sabah daripada Warisan mulai rasa goyah. Dalam tempoh Covid19 masih mengancam nyawa rakyat jelata, tiba-tiba tercetus berita bahawa mantan KM daripada BN nak menggulingkan KM Warisan. Kononnya bilangan ADUN yang memberi sokongan kepada mantan KM BN itu sudah cukup bagi menyingkirkan KM Warisan daripada takhta KM. Maka kelam kabutlah jadinya KM Warisan yang mengusai kerajaan Sabah.
Samada berita yang mendakwa bahawa KM Warisan itu sudah hilang sokongan majoriti dari ahli-ahli DUN Sabah itu benar atau tidak, wallahua’lam. Namun berita tersebut sudah cukup gempar lagi menakutkan KM Warisan. Ketakutannya melebihi takut kepada Covid19. Mau tak mahu, daripada menyerahkan jawatan KM kepada mantan KM BN dengan mudah, maka lebih baiklah membubarkan DUN. .
Harap tak ada YB yg ghairah mahukan PRU15 sehinggalah Msia bebas dari Covid19🌹
🇲🇾 201003 F
Sebagai pemimpin, setiap YB harus perihatin terhadap kebajikan rakyat. Lebih-lebih lagi sebagai seorang KM. YB adalah penggubal undang-undang. Maka merekalah individu yang harus menunjuk taulan kepada rakyat dalam aspek menghormati dan mematuhi undang-undang yang mereka buat.
Manakala kakitangan kerajaan pula adalah bertindak berdasarkan arahan KM selaku CEO kerajaan negeri berkenaan. Maka amat malang sekali jika sekiranya CEO tersebut lebih mengutamakan kepentingan jawatannya dan kuasanya daripada kebajikan rakyat.
Kesanggupan mendedahkan rakyat negeri Sabah kepada bahaya Covid19 itu adalah satu manifestasi yang negatif. Ia jelas menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab KM tersebut terhadap rakyat dan negerinya. Apakah individu yang sikapnya sedemikian rupa layak diwar-warkan sebagai bakal PM Malaysia ke-9 ?
.
Binatang pun faham,… hangpa ❓❓❓
🇲🇾 201003 G
Kita tak boleh menafikan hakikat bahawa YB lompat parti adalah punca bagi segala musibah yang menimpa politik negara kita sekarang ini. Jika sekiranya YB tak dihalalkan melompat parti ketika PM ke-4 berkuasa dahulu, tak mungkin YB lompat parti telah menjadi fenomina dalam arena politik Malaysia sekarang.
Jika YB diharamkan lompat parti, yang menang PRU pasti akan menjadi pemerintah, kerana itulah hasrat rakyat memenangkan parti berkenaan. Parti yang kalah pula terpaksalah menerima hakikat bahawa rakyat adalah keramat dan pilihan rakyat adalah muktamat. Namun parti yang kalah masih boleh mencuba lagi dan lagi, sehinggalah ia menang dalam PRU-PRU berikutnya.
🇲🇾 201003 H
PRN Sabah jadi iktibar
Walaupun PRN Sabah telah selesai, namun tidak ada jaminan bahawa parti yang menang akan kekal memerintah sehingga genap tempoh sepenggal. Selagi undang-undang yang mengharamkan YB lompat parti belum wujud, kestabilan politik tidak dapat dijangka mampu bertahan lama mana.
Tapi sehingga kini pun belum ada gara-gara undang-undang tersebut akan diperkenalkan. Walau apa pun alasannya, bagi Acik undang-undang tersebut amat perlu dipraktikkan segera. Seboleh-bolehnya biarlah ia diwujudkan sebelum PRU15 diadakan. Namun, Acik sama sekali tidak berharap PRU15 akan diadakan ASAP.
Bagi Acik, pengalaman yang dituai dari PRN Sabah sudah cukup untuk menjadi iktibar besar kepada semua YB di Semenanjung. Harap rakyat sudah serik dengan jangkitan Covid19 yang diimport dari bumi Sabah. Dengan tak fasal fasal, ramai warga Semenanjung pula turut terpalit dengan jangkitan tersebut.
Semoga selepas PRN Sabah, tidak akan ada lagi (walau pun seorang) daripada 222 orang MP kita yang ghairah mahu PRU15 diadakan semasa Covid19 masih menular di dalam negara. Begitulah juga hendaknya dengan ratusan ADUN di semua negeri di seluruh negara. .
Maruah Islam yg tercemar sejak PH perintah tak mungkin mampu ditebus beliau (DSAI)🌹
2020 Okt 02 (Jumaat)
🇲🇾 201001 C
Semalam, Acik ada terbaca satu tulisan dalam Facebook bertajuk, “Anwar tak layak jadi PM ….. .. .”
Tajuk tersebut membuat Acik rasa terpanggil untuk memberi sedikit respon. Respon tak semestinya negatif. Ia juga boleh jadi positif. Malah respon juga mungkin bagi memperkukuhkan pendapat dan hasrat penulis tajuk tersebut.
🇲🇾 201001 D
Ya, respon Acik ialah bagi memperkukuhkan lagi pendapat penulis tajuk tersebut. Berdasar pengamatan Acik terhadap senario politik negara, Acik memang skeptical bahawa negara akan selamat sekiranya DSAI menjadi PM ke-9. Sebaliknya keadaan negara akan bertambah parah akibat kemelut politik yang akan terus berpanjangan.
Kejayaan DSAI menduduki kerusi PM akan mencetuskan beberapa masalah integriti kepada negara kita. Dunia akan mula mencurigai reputasi sistem pengadilan kita. Jika seorang bekas banduan pun layak menyandang jawatan utama dalam negara, maka ada dua kemungkinan penting akan menjadi spekulasi umum.
Pertama, mungkin susuk yang menjadi PM itu adalah seorang mangsa penganiyaan. Kedua, mungkin negara Malaysia adalah terlalu liberal sehingga sesiapa pun juga layak menjadi PMnya. Hatta seorang bekas penjenayah tegar sekali pun masih diterima oleh rakyat sebagai PM. Sedangkan kedua-dua kemungkinan tersebut bukanlah ciri-ciri yang baik untuk mana-mana negara.
🇲🇾 201001 E
Sebagai seorang warganegara yang perihatin terhadap integriti negara, maka Acik harap yang nak menduduki kerusi PM ke-9 nanti biarlah ABAI (Asalkan Bukan Anwar Ibrahim) yang bebas dari sebarang elemen kontroversi, pada kacamata rakyat. Individu yang berstatus bekas banduan tentulah tidak boleh dianggap bebas dari unsur-unsur kontroversi.
Lebih-lebih lagi apa yang menyebabkan beliau menjadi banduan itu adalah faktor akhlak. Faktor akhlak adalah merupakan faktor yang sangat sesitif bagi manusia sejagat. Tambahan pula bagi umat Islam, faktor ini tidak ada toleransi.
Dengan lain perkataan, DSAI adalah seorang individu yang mengidap penyakit akhlak yang kronik. Dengan penyakit kronik itu, Acik tak percaya DSAI akan mampu menebus maruah agama Islam yang telah tercemar dengan sebegitu rupa semasa PH memerintah dahulu.
Sedangkan beliau diangkat oleh umat Islam ke tahap yang begitu tinggi dalam pesada politik negara adalah kerana imej Islam yang dipamer beliau sejak mula memasuki gelanggang politik lagi.
Kerana masalah integritinya yang kronik, maka ramai kawan-kawan DSAI yang dahulunya amat rapat dengan beliau, akhirnya menjauhkan diri daripadanya. Antaranya yang Acik tahu ialah Prof Dr. Sidik Baba.
Berikut adalah tulisan yang bertajuk, “Anwar tidak layak jadi PM …. … . ” yang Acik maksudkan di atas
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️ .
ANWAR TAK LAYAK JADI PM MALAYSIA TAPI LAYAK JADI ‘BAKAL PM’ SEPANJANG HAYAT
Gara2 ada orang mcm Anwar dalam arena politik negara, habis semua ahli politik lain pun di pandang serong. Padahal, dia sorang je ahli politik yang gila kuasa dan terdesak nak jadi PM. Sanggup buat apa saja asalkan matlamat sendiri tercapai. Walaupun terpaksa memecah-belahkan perpaduan atau melaga-lagakan orang lain, dia tak peduli.
Habis dicanangkan macam-macam janji manis kononnya dia lah paling layak jadi PM. Kononnya dia calon terbaik untuk memimpin Malaysia. Entah kat mana yang layak pun tak tahu. Reputasi dan kredibiliti si Anwar ni dah lama hancur bila dia terpalit dengan isu penyelewengan dan liwat. Dengan gelaran banduan yang dia pegang, tak mungkin rakyat rela dipimpin oleh seorang bekas banduan yang mempunyai isu moral.
Anwar pernah lantang mengeluarkan kenyataan di dalam rancangan Upfront Al-Jazeera, Anwar mengkritik undang-undang anti liwat di dalam negara kita adalah lapuk dan ketinggalan zaman. Macam ni ke nak jadi PM Malaysia? Malaysia negara Islam! Tak masuk akal kalau ada orang yang sependapat dengan si Anwar ni yang menyokong golongan LGBT.
Kita perlukan pemimpin yang membela Islam, menjaga rakyat dan memakmurkan negara. Anwar kena sedar rakyat tak nak dan tak perlukan pemimpin yang ada masalah moral macam dia. Sudah-sudahlah tu berangan yang kononnya rakyat mahukan dia sebagai PM. Tak mungkin seorang yang berperibadi buruk seperti Anwar layak memimpin Malaysia. Rakyat takkan serahkan negara ke tangan orang seperti Anwar yang hanya pentingkan kuasa dan diri sendiri.