4uni2c # 13310 YB Tian Chua Lebih BAHAYA ?

•2013-03-09 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda )

Yang Berhormat Tian Chua lebih BAHAYA dari penceroboh Sulu ?

Acik (Ayah/Abang+cik) sungguh hairan melihat begitu banyak Laporan Polis dibuat terhadap seorang individu yang bergelar Yang Berhomat (Tian Chua). Apakah individu tersebut kini begitu merbahaya kepada negara kita hingga beliau ditanggapi selaku pesalah. Iaitu pesalah yang lebih ganas dari penceroboh-penceroboh Sulu di Lahad Datu itu?

Dengan membuat laporan demi Laporan Polis kepada pasukan PDRM, adakah akan mengurangkan beban pasukan keselamatan tersebut ?  Dengan lain perkataan, adakah tindakan tersebut benar-benar menjadi penyokong kepada polis bagi mengatasi kemelut yang sedang dihadapi mereka di Sabah itu ?  Ataupun sebaliknya, hanya sebagai  “sokong membawa rebah” semata-mata ?

Rakyat sedia maklum bahawa PDRM sekarang amat perlu memberi focus kepada insiden di Lahad Datu, Sabah. Oleh itu, bukankah lebih baik jangan ada seorang rakyat pun yang melakukan sesuatu yang boleh menambahkan lagi beban kerja Polis di saat-saat kritikal begini.

Kalau pun Yang Berhormat Tian Chua memang terSASUL mengeluarkan kenyataan yang tidak disenangi oleh beberapa pihak, apa salahnya jika tindakan terhadap beliau itu di k.i.v. kan dahulu. Kata pujangga Melayu, bertindak dengan bijaksana, (insya Allah) segala-galanya akan jadi sempurna. Sebaliknya, bertindak ikut rasa, diri akan binasa;  bertindak ikut hati, diri akan mati. Maaflah, sekiranya ada pembaca yang tahunya kurang, sebab Melayunya pun kurang.

Fokus yang diberi sedemikian rupa terhadap Yang Berhormat Tian Chua akhir-akhir ini benar-benar mengingatkan Acik akan kes Ahmad, anak Acik, yang meletup beberapa bulan yang lalu. Kerana beliau, pasukan Polis Johor  tiba-tiba disebokkan oleh dua Laporan Polis  terhadap beliau. Anak Acik itu dituduh menghina Sultan Johor.

Khabarnya beliau (Ahmad) telah memuatnaikkan kenyataan jijik terhadap baginda ke dalam sebuah laman sosial Facebook. Yang anehnya, Facebook tersebut bukan miliknya. Ia milik individual lain yang menggunakan profail  “Zul Yahaya“.

Pihak yang membuat Laporan Polis itu bukan siapa pun. Mereka hanyalah orang-orang politik di peringkat bawahan saja. Acik percaya ada sesuatu “keuntungan” yang ingin diraihnya. Namun akibatnya, entah berapa banyak sumber rasmi negara yang telah terkorban demi memuaskan hati pelapor-pelapor tersebut.

Sumber-sumber yang Acik maksudkan itu ialah masa dan tenaga anggota Polis dan pihak mahkamah yang telah dibazirkan. Ia bermula dari usaha menjejaki dan menangkap anak Acik yang kerdil itu, hinggalah beliau dihadapkan ke muka pengadilan (hakim).

Acik hairan melihat begitu ramai anggota Polis yang turut berada di mahkamah semasa Ahmad dibawa ke sana. Dari yang berpangkat Konstabel hinggalah ke pangkat ACP. Samada yang memakai unifom mahupun yang berpakaian awam. Seolah-olah Ahmad itu seorang penJENAYAH tegar yang begitu bahaya terhadap keselamatan masyarakat dan negara.

Padahal dalam masa yang sama akhbar-akhbar di pasaran tempatan rancak mendedahkan tentang kejadian-kejadian jenayah yang berlaku di sana sini dalam negara. Sepatutnya aspek keselamatan inilah yang diberi keutamaan atau ditumpukan terlebih dahulu oleh Polis.

Sejak Ahmad ditangkap dahulu itu, Acik mula bertanya dalam hati, apakah “priority”  PDRM  sebenarnya. Adakah ia bukan lagi terhadap kes-kes jenayah dalam negara ? Sedangkan jenayahlah yang mengancam keselamatan anggota masyarakat termasuk anggota dan ahli-ahli keluarga Polis sendiri.

Nampaknya kes-kes yang kurang merbahaya terhadap keselamatan masyarakat dan diri mereka (polis) sendiri pula yang menjadi keutamaan teratas. Agaknya, bahaya individu macam Ahmad itu kepada pihak Polis jika dibandingkan dengan bahaya dari pelaku-pelaku jenayah berat lain adalah jauh lebih rendah, maka itu sebabnya kes seumpama itu lebih popular untuk polis. Tetapi itu bukanlah satu justifikasi yang boleh diterima oleh rakyat.

Pertanyaan dalam hati Acik ketika itu tak tamat di situ saja. Sebaliknya ia mencetuskan pula satu SPEKULASI.  Spekulasinya ialah, masyarakat akan terjerumus ke dalam bahaya yang lebih sirius andainya Polis tidak pandai menyusun prioriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Apa lagi jika setiap anggota polis didominasi oleh perasaan TAKUT untuk menghadapi realiti bahawa sesungguhnya profession Polis ialah sentiasa berhadapan dengan BAHAYA. Rupa-rupanya SPEKULASI Acik  itu terbukti tidak meleset 100 peratus. Insiden di Sabah sekarang membuktikan bahawa SPEKULASI Acik itu ada juga bibit-bibit kebenarannya.

SPEKULASI boleh saja dibuat oleh sesiapa jua, pada bila-bila masa dan mengenai apa juga isu di dalam negara jika negara benar-benar mengamalkan sistem demokrasi. Di dalam negara demokrasi kebebasan bersuara adalah diiktiraf sebagai hak setiap individu. Dengan lain perkataan, adalah tidak munasabah dan wajar bagi menghalang rakyat dari membuat sebarang SPEKULASI.

Jika setiap SPEKULASI hendak disamakan dengan suatu pertuduhan oleh pihak pemerintah mengikut seleranya, maka itu merupakan satu ancaman besar kepada rakyat dan sistem demokrasi itu sendiri. Acik rasa, jika senario menjadi begitu, maka tak ada lagilah demokrasi dalam negara ketika itu. Tak payah ada pilihanrayalah di negara berkenaan. Malaysia juga tidak terkecuali dari senario politik begini jika rakyat terus buta politik lagi dibutakan oleh pemimpin-pemimpin politik yang masih berkuasa..

Sepatutnya rakyat harus faham bahawa, sebelum seseorang itu membuat sesuatu SPEKULASI, beliau tentu mempunyai fakta-fakta tertentu untuk dijadikannya asas atau ramuan bagi pembentukan SPEKULASI tersebut. Fakta-fakta tersebut boleh datang dari pelbagai sumber. Seorang ahli politik yang professional akan pasti mempunyai sumber yang kaya dengan fakta-fakta yang bakal dijadikan ramuan bagi membentuk sesuatu SPEKULASI yang relevan dengan perjuangan politiknya.

Rakyat yang matang politik tidak akan menelan bulat-bulat setiap SPEKULASI  yang dibuat oleh mana-mana ahli politik. Lebih-lebih lagi dari ahli politik yang berbeza fikrah dengannya. Kalau ada di kalangan rakyat di dalam negara demokrasi yang masih terlalu bodoh, hingga mempercayai bahawa setiap SPEKULASI adalah suatu realiti, maka itu adalah masaalah peribadinya.  Pembuat SPEKULASI tidak wajar dipesalahkan atas kebodohan individu berkenaan.

Sejarah merupakan satu sumber penting bagi fakta-fakta yang bakal digunakan bagi membuat sesuatu SPEKULASI. Bagi membuat SPEKULASI bahawa insiden di Lahad Datu merupakan sebuah “sandiwara”, Yang Berhormat Tian Chua tentu dipengaruhi oleh insiden yang pernah berlaku di masa-masa yang lalu.

Contohnya peristiwa berdarah di Mamali, Baling (Kedah) dan peristiwa di Sauk, Gerik (Perak) beberapa tahun yang lalu. Tidak kurang penting ialah pendedahan penting mengenai tindakan kianat pihak-pihak tertentu terhadap sistem kerakyatan negara.

Bagi Acik, mengeluarkan IC biru kepada PATI atas alasan dan tujuan apa sekali pun, ia adalah satu perbuatan KIANAT  bersekala besar terhadap kedaulatan  negara. Lebih dikesali lagi ialah kerana yang melakukannya ialah orang yang diberi kuasa memerintah negara.

Apakah pengkhianat-pengkhianat tersebut lebih wajar dimaafkan jika dibandingkan dengan Yang Berhormat Tian Chua yang mungkin telah mengeluarkan kenyataan sensitif itu akibat terSASUL ?

Namun Acik tak percaya YB Tian Chua berbuat demikian dengan niat menghasut rakyat menentang kerajaan. Begitu juga, Acik tak percaya bahawa TGNA pernah berkata bahawa penerima BR1M seperti haiwan ternakan sebagaimana yang dihebohkan oleh semua media massa perdana, demi memaksa  seluruh rakyat agar mempercayainya.

Bagi peristiwa di Sauk yang telah berlaku beberapa tahun dahulu, Acik percaya ramai juga rakyat yang masih menganggap ianya merupakan satu “sandiwara”. Acik sampai sekarang pun tak boleh terima bahawa insiden di Sauk itu bukan satu sandiwara.

Bukan Acik seorang saja, malah seorang sahabat Acik (seorang persara tentera berpangkat major), lebih tak percaya dari Acik bahawa insiden tersebut bukan sebuah sandiwara. Memang tak masuk akal, sebuah kem askar boleh dicerobohi dan dirompak dengan begitu mudah dimana sejumlah besar dari senjatanya dibawa keluar, tanpa sebarang penentangan dari angota-angota kem berkenaan.

Insiden tersebut amat memalukan seluruh angkatan bersenjata kita ketika itu. Bagi Acik, belum ada lagi istilah yang layak menggambarkan sentiment malu yang begitu serius tahapnya. Oleh itu biarlah Acik cipta satu UNGKAPAN baru bagi menggambarkannya iaitu, “tersangat malu sehinggakan hilang kemaluannya”   (Nota: harap-harap Acik tak “offend” pihak DBP dengan ungkapan tersebut).

Dalam sistem pertahanan negara yang terkenal dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi itu,  memang diyakini bahawa penceroboh tak mungkin dapat bolos masuk ke dalam kawasan kem tentera.  Kemudian bolos keluar pula dengan membawa bersama barang yang dicuri, lebih-lebih lagi senjata.

Bagi insiden di Lahat Datu itu khususnya, tidak mustahil bahawa SPEKULASI Yang Berhormat Tian Chua itu sendiri adalah meRUPAkan satu “sandiwara”. Beliau menggunakan “sandiwara” sebagai satu strategi bagi mengenalpasti samada peristiwa Lahat Datu itu suatu sandiwara ataupun sebaliknya.

Kalaupun SPEKULASI beliau itu kurang tepat, ini tidak bermakna bahawa tidak ada langsung unsur-unsur kemunasabahan pada SPEKULASI  tersebut. Maksud Acik, bukanlah satu kemustahilan mutlak bagi SPEKULASI tersebut merupakan satu kenyataan atau realiti.

Maklumlah, dalam arena politik semuanya boleh berlaku. Kononnya ada nas-nas tertentu telah dijumpai yang layak digunakan bagi membuat SPEKULASI bahawa insiden 9/11 yang meruntuhkan menara berkembar World Trade Centre itu adalah satu sandiwara. Faktor bahawa peristiwa bersejarah itu telah meragut ribuan nyawa bukan lah satu bukti untuk menafikan bahawa ia adalah satu sandiwara.

Zalim memanglah zalim sekiranya SPEKULASI tersebut adalah suatu realiti. Namun tak terdengar pula kisah dimana ada pihak yang didakwa kerana mencetuskan SPEKULASI tersebut. Agaknya inilah yang membezakan negara yang tinggi tamadun demokrasinya dengan negara kita yang masih kuno tamadun demokrasinya.

Acik bukan nak perleceh atau menyebelahi mana-mana pihak. Bagi Acik, kenyataan Yang Berhormat Tian Chua hanyalah merupakan suatu SPEKULASI politik. Oleh itu, jika ia di”upgrade” oleh mana-mana pihak untuk menjadikannya suatu “pertuduhan” terhadap beliau, maka ia adalah suatu kemalangan terhadap diri Yang Berhormat tersebut.

Apa pun, Acik percaya tak siapa pun yang akan meraih apa-apa keuntungan sekalipun masing-masing menzahirkan rasa marah dan dendam terhadap Yang Berhormat tersebut. Biar pun dengan  berbagai-bagai kata kesat secara amat keterlaluan dilemparkan terhadap beliau, tidak akan berlaku apa-apa sumbangan positif kepada masalah yang masih belum selesai di Sabah itu.

Takut-takut nanti penghinaan tersebut akan melanton balik kepada diri sendiri pihak atau individu yang berkenaan, seperti meludah ke langit terjatuh balik ke batang hidung sendiri. Ini kerana, individu Tian Chua adalah seorang Yang Berhormat. Statusnya sebagai Yang Berhormat adalah ditentukan mengikut sistem demokrasi yang kita semua terimapakai.

Jika kita tidak menghormati seorang yang diiktiraf sebagai Yang Berhormat,  maka bermakna kita menghina sistem demokrasi yang kita sendiri terimapakai. Lagi pun, jika kesilapan yang dilakukan beliau ibarat sebesar seekor KANCIL saja, wajarkah senjata yang digunakan bagi membunuh kancil tersebut adalah selaras senapang GAJAH.

Entahlah kalau-kalau ada udang di sebalik batu, yakni supaya Yang Berhormat Tian Chua hendak diperlihatkan sebagai seekor “GAJAH” politik dalam pesada politik tanah air. Lebih-lebih lagi menjelang PRU13 ni. Jika begitulah hasratnya, Acik ucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Yang Berhormat Tian Chua.

Dalam bulan Januari yang lepas tersebar luas berita seorang intelek Malaysia (Sdr Azrul Azwar) dipecat dari jawatannya sebagai Ketua Ahli Ekonomi oleh majikannya. “Kesilapan” beliau ialah kerana membuat satu SPEKULASI yang tidak disenangi oleh majikannya. Bagi Acik, itu satu lagi contoh dimana “seekor kancil telah ditembak dengan senapang gajah”.

Berita tersebut agak menyedihkan. Selain Acik, mungkin ramai lagi rakyat Malaysia turut tersentuh hati bila membaca berita tersebut. Bagi Acik, apa yang Sdr. Azrul Azwar alami itu adalah ibarat, “sudah jatuh ditimpa tangga”. Dahlah beliau digantung dari jawatannya sebagai Ketua Ahli Ekonomi, kemudiannya beliau menghadapi pula dakwaan melakukan kesalahan lain.

Lebih sedih lagi ialah, yang membuat dakwaan itu bukan pihak lain tetapi Bank Islam sendiri. Acik ingat sebagai majikan, Bank tersebut akan berusaha menyelamatkan anggotanya. Malangnya yang dilakunya adalah sebaliknya. Nauzubillah.

Ulasan lanjut tentang Saudara Azrul boleh dibaca dalam blog berikut:  https://4uni2c.com/2013/01/25/4uni2c13125-dihukum-kerana-meramal-pr-menang-pru13/

Menghukum seseorang secara yang melampau atas kesalahan yang dilakukannya adalah suatu penganiayaan. Kita telah saksi beberapa penganiayaan terhadap beberapa individu telah dilakukan oleh pihak-pihak yang memegang kuasa.

Contoh paling ketera ialah penganiayaan terhadap bakal Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa tuduhan kotor yang tak lemparkan kepada beliau oleh musuh-musuh politiknya.

Namun percayalah bahawa Allah sentiasa berpihak kepada orang-orang yang benar. Lihat sekarang, apa sudah jadi kepada dakwaan kes liwat II terhadap beliau. Semoga seluruh rakyat Malaysia akan menjadikan apa yang telah dan sedang  dihadapi oleh YB DSAI itu sebagai iktibar. Yang baik dijadikan tauladan, sebaliknya yang buruk dijadikan sempadan.

Akhir sekali, di sini Acik ingin menarik perhatian pembaca semua tentang suatu artikel yang ditulis oleh Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zini yang bertajuk “ Fahami kaedah tahan suspek”. Penulisnya ialah Pengarah Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.  Dapatkan artikel itu di alamat berikut:  https://4uni2c.com/2013/03/09/4uni2c-13310-fahami-kaedah-tahan-suspek/

Akhir sekali, Acik ingin bertanya kepada pembaca semua, apakah layanan yang diberi kepada Yang Berhormat Tian Chua itu setimpal dengan “kesilapan” beliau itu, dan sejajar dengan SOP polis berkenaan ? Begitu juga dengan layanan polis terhadap Ahmad anak Acik yang dituduh menghina Sultan Johor itu.

 

d   a   u   l   a   t         r   a   k   y   a   t   !

 

Lain-lain  Tajuk-Tajuk  yang relevan:

https://4uni2c.com/2013/02/25/4uni2c-13225-si-bangan-saja-layak-ditipu-bn/

https://4uni2c.com/2013/02/25/cerekan-13225-sheriff-yang-bangang/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

 

@OPajar  # 13310

4uni2c #13310 Fahami Kaedah TAHAN Suspek

•2013-03-09 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Catitan :

Sedutan dari Harian Metro Sabtu 9 FEBRUARI 2013

Dari Bukit Aman

Oleh: Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin

.

Fahami kaedah tahan suspek

.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah badan penguatkuasaan undang-undang terulung di negara ini sejak 305 tahun lalu bagi mengekalkan undang-undang dan memastikan ketenteraman Malaysia.

Dedikasi dan kesetiaan warga PDRM selama ini adalah tonggak keamanan sehingga negara berjaya membangun ke peringkat sekarang sejak mencapai kemerdekaan.

Malangnya, kebelakangan ini, segelintir masyarakat mula mempertikaikan peranan PDRM. Pelbagai persepsi negatif lahir dan disebarkan untuk menjatuhkan imej PDRM.

Antara tuduhan melulu ialah mengenai proses tangkapan dan jamin polis yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Saya ingin berkonsi pengetahuan mengenai proses tangkapan. PDRM tidak boleh bertindak sesuka hati menangkap suspek kerana setiap tindakan terikat dengan peraturan dan undang-undang.

Tidak semua kes yang dilaporkan orang ramai membolehkan PDRM melakukan tangkapan serta merta. Saya percaya apabila seseorang itu membuat laporan, beliau hanya akan berpuas hati jika suspek yang dikenal pasti terus ditangkap dan ditahan.

Jika polis gagal membuat tangkapan walhal suspek sudah dicam, timbul andaian bahawa wujudnya unsur-unsur rasuah.

Tanggapan ini tidak benar. Dalam menjalankan siasatan, pegawai penyiasat perlu memastikan sama ada kesalahan yang dilaporkan adalah kesalahan boleh ditangkap’ atau ‘kesalahan tidak boleh ditangkap’.

Kesalahan boleh ditangkap bermaksud satu kesalahan  yang mana seorang pegawai polis menangkap pesalah tanpa waran seperti yang termaktub dalam Kanun Tatacara Jenayah, contohnya semua kesalahan yang boleh dihukum mati atau penjara selama tiga tahun dan ke atas.

Manakala, kesalahan tidak boleh ditangkap adalah kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara kurang dari tiga tahun atau boleh dihukum dengan denda saja.

Contohnya, kes membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera) dan Seksyen 160 KK (gaduh gempar) adalah kesalahan tidak boleh ditangkap, yang mana Perintah Untuk Menyiasat (OTI) daripada pendakwa raya hendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum siasatan dimulakan dan tindakan tangkapan dilaksanakan.

Dua perkara ini sering dipertikaikan masyarakat yang terbabit dalam kejadian seperti bertumbuk atau pengadu ditampar selepas berlaku perselisihan faham yang mana suspek dikenali.

Sebaik sahaja laporan polis dibuat, pengadu mahu suspek ditangkap tanpa memahami peraturan undang-undang.

Jaminan polis

Hakikatnya, undang-undang menyatakan bahawa siasatan terhadap kes itu dan tangkapan tidak boleh diteruskan tanpa mendapat OTI daripada pendakwa raya.

Perkara kedua ialah mengenai ‘jaminan polis’. Bayangkan satu scenario di mana selepas laporan polis dibuat, suspek yang terbabit dalam kes jenayah kemudiannya ditangkap.

Pengadu pasti lega kerana suspek kini dalam tahanan polis. Malangnya, semasa berjalan di pusat bandar, pengadu mendapati suspek sedang gelak ketawa bersama di sebuah restoran.

Justeru, timbul prasangka buruk bahawa suspek dibebaskan kerana memberi rasuah kepada pegawai tertentu.

Sebenarnya, dalam menahan seseorang, polis perlu memastikan sama ada sesuatu kesalahan itu dikategorikan ‘kesalahan boleh jamin’ atau ‘kesalahan tidak boleh jamin’ atau ‘kesalahan tiada jamin’.

Kesalahan boleh jamin adalah kesalahan yang memberi hak kepada seseorang yang dituduh di mahkamah untuk dilepaskan atas jaminan. Jika tertuduh mampu mengemukakan penjamin, mahkamah hendaklah melepaskannya dengan jaminan.

Bagi kesalahan yang tidak boleh dijamin, mahkamah mempunyai budi bicara memberikan jaminan bagi tertuduh yang melakukan kesalahan di bawah kategori berikut:

  1. kesalahan yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan kelihatan tiada alasan munasabah bagi mempercayai pesalah adalah bersalah.
  2.  Kesalahan yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan kelihatan ada alasan munasabah bagi mempercayai pesalah adalah bersalah, tetapi pesalah adalah wanita, pesalah muda atau seorang yang lemah tubuh badan.

Bagaimanapun, jika kesalahan itu membabitkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan kelihatan ada alasan munasabah bagi mempercayai pesalah adalah bersalah, mahkamah tidak boleh membenarkan jaminan.

Sementara bagi kesalahan tiada jamin, mahkamah tiada kuasa memberi jaminan seperti di dalam kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh), Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 12 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat).

Kesimpulannya, saya ingin mengajak orang ramai berkongsi dengan ahli keluarga dan mengenai perkara ini.

Walaupun PDRM diberi kuasa menjalankan siasatan dan melakukan tangkapan, terdapat undang-undang yang mesti dipatuhi.

PDRM tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa ketika melaksanakan tugas. Polis juga tidak boleh terlalu ghairah membuat tangkapan. Sedangkan sesuatu kesalahan itu bersifat kesalahan tidak boleh ditangkap.

Penulis ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

Ahmad’s SAGA #021    https://4uni2c.com/2013/02/28/ahmads-saga-021-undang-undang-perlu-dihormati-semua/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

4uni2c #13309 UMNO & Politik WANG

•2013-03-09 • Leave a Comment

UMNO & Politik WANG

Klik alamat berikut:

http://www.facebook.com/cece.ajn/posts/271753059625345?comment_id=1154518&ref=notif&notif_t=mentions_comment       Kemudian Klik pada gambar.dalam Facebook berkenaan

Maaf jika tidak dapat dicari !  Pemilik Facebook berkenaan mungkin telah memadamnya.

*** Untuk menCARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://ww.4wuni2c.com

TAJUK-tajuk lain yang RELEVAN:

https://4uni2c.com/2012/12/25/4uni2c12z25-br1m-2-0-dan-strategi-abu-nawas/

https://4uni2c.com/2012/12/11/4uni2c-12z11-peragut-sen-sen-berlesen/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

~ by OPajar on 2013/03/09.

Ahmad’s SAGA #021 Undang-Undang Perlu DiHORMATI Semua

•2013-02-28 • Leave a Comment

Ahmad’s SAGA #021 Undang-Undang Perlu diHORMATi Semua

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

Undang-Undang Perlu diHORMATI Semua

Petang kelmarin (27hb Feb 2013) Acik (Ayah/Abang+cik) bersama-sama adik kandung Acik ke limbongan kapal milik NGV Tech di Sijangkang, Selangor. Kami diundang oleh Pengerusi Eksekutifnya sendiri bagi menyaksikan pelancaran kapal NAVY kedua yang disiapkan di limbongan berkenaan. Walaupun menerima undangan melalui SMS saja namun Acik dua beradik sudah cukup merasa “obliged” bagi memenuhi undangan tersebut. Malah rasa teringin pula  apabila diberitahu bahawa yang akan menyempurnakan pelancaran kapal NAVY tersebut ialah YA Berbahgia Tun Dr. Hasmah dengan diiringi oleh Mantan PM Tun Dr Mahathir. Bagi Acik jika yang merasmikan sesuatu aktiviti itu seorang yang sohor, maka bolehlah dijangka bahawa bakal-bakal hazirin tentulah orang-orang penting dalam masyarakat. Mereka inilah yang Acik berhajat nak bertemu di majlis tersebut.

Semasa kami sedang dalam perjalanan di atas lebuhraya yang menghala ke Pulau Indah, tiba-tiba terdengar bunyi siren peronda Polis dari belakang. Dengan sekelip mata saja kereta Kelisa yang Acik pandu itu dipotong oleh sebuah kereta Audi hitam dengan nombor platnya ??? 55. Mendahului kereta mewah tersebut ialah sebuah motorsikal besar berkuasa tinggi yang ditunggangi oleh individu yang berbaju putih. Tentulah penunggang motor besar itu Polis mengikut tekaan Acik.

Adik Acik pun mencetuskan satu komen terhadap kereta Audi yang dipandu laju tersebut.  Mengikut Adik Acik tu, kalau di England semua pengguna jalanraya adalah tertakluk kepada undang-undang. Tiada siapapun yang dibiar melanggar undang-undang hatta VVIP sendiri. Contohnya (mengikut beliau) Puteri An sendiri tidak terlepas dari hukuman kerana melanggar undang-undang jalanraya di England. Kerana kesalahan memandu dengan laju berulang kali, lessen memandu baginda akhirnya dibatalkan. Akibatnya baginda diharamkan memandu sepanjang hayat. Hebat juga undang-undang negara bekas penjajah kita tu ya ?  Apa kurangnya jika dibanding dengan negara jiran kita Singapura.

Baru-baru ini seorang rakan Facebook Acik mencerita satu kisah benar yang telah berlaku di Singapura berkaitan dengan kes pelanggaran undang-undang jalanraya. Di Singapura, polisnya amat tegas terhadap pesalah jalanraya tanpa kira status individu berkenaan. Untuk lebih detail sila baca dalam blog berikut: https://4uni2c.com/2013/02/24/4uni2c13224-ketegasan-polis-singapura/  Syabas polis Singapura kerana menunjukkan tauladan yang sangat mengkagumkan Acik. Amat betuahlah kita rakyat Malaysia jika polis kita pun berani bertegas dengan pesalah-pesalah jalanraya tanpa memandang bulu seperti polis Singapura dan polis England itu. Dengan cara begitu baru boleh harap kadar kemalangan jalanraya akan  menurun (yakni betambah baik).

Bayangkan apa akan berlaku jika tindakan yang tegas diambil ke atas pemandu kereta mewah Audi yang Acik maksudkan itu. Silap hari bulan, bukan pemandu atau pemilik kereta tersebut yang akan menerima hukuman, tetapi sebaliknya anggota penguatkuasaan yang cuba mengambil tindakan wajar itu pula yang akan menerima padahnya. Walaupun tindakannya itu adalah berdasarkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh NEGARA ke atas bahunya. Walaupun tindakan yang diambilnya mengikut prosidur dan lunas undang-undang jalanraya yang telah diterimapakai dalam negara. Adalah malang bagi kita rakyat biasa jika  realitinya adalah berbeza dari hasrat undang-undang berkenaan. Dengan kata mudah, di dalam negara Malaysia Darul Serba Boleh ini, bukan semua orang tertakluk kepada undang-undang yang sama. Walaupun ada orang kata, “everyone is equal” di sisi undang-undang, tetapi ada pula orang lain yang kata, “some people are more equal than the others”.

Acik percaya, jika fenomena, “some people are more equal than others” ini boleh wujud atau dibiarkan wujud dalam kes-kes yang begitu ketara, tak hairanlah jika dalam hal-hal yang tidak ketara fenomina sedemikian lebih mudah bermaharaja lela. Maksud Acik ialah pelanggaran undang-undang jalanraya adalah perlakuan salah yang semua orang boleh nampak dengan mata kepala masing-masing. Namun begitu pun, pesalahnya dilepaskan begitu saja bila individu yang terlibat itu adalah “somebody” atau yang bertaraf VVIP.  Jadi tak hairanlah Acik jika dalam perkara-perkara yang perlakuan kesalahannya tidak jelas, maka pesalahnya langsung tidak diambil peduli. Sebaliknya, yang lebih buruk lagi ialah bila yang melakukan sesuatu kesalahan adalah itu orang biasa atau “nobody”. Walaupun kesalahan tersebut hanyalah suatu kesalahan yang remeh, namum hukumannya sangat keterlaluan.

Sebenarnya kereta Audi yang memotong Kelisa Acik dengan laju macam peluru itu mengingatkan Acik kes mahkamah yang disedang dihadapi oleh Ahmad anak Acik tu. Teringat pula tentang suatu kenyataan yang pernah disuarakan oleh salah sesorang dari 10 orang anak Acik yang bunyinya lebih kurang begini, “kalaulah ayah ni seorang OKU (orang kuat UMNO), adakah anak ayah (Ahmad) akan dilayan sedemikian rupa ?  Sebab ayah OKP (P=PAS) lah kut maka Ahmad dilayan sedemikian rupa”. Rupa-rupanya ada juga asasnya kenyataan anak Acik tersebut. Sekiranya Acik seorang Ketua Bahagian, malah Ketua Cawangan pun jadilah asalkan dalam UMNO/BN, agaknya sudah lama anak kelima Acik itu dibebaskan dari tuduhan ke atas beliau itu.

Dalam masa yang sengkat itu juga teringat pula Acik kepada keratan akhbar yang Acik masih simpan kerana ia agak relevan dengan kes Ahmad tu. Ia adalah dari Harian Metro bertarikh 9hb Feb 2013 pada muka surat 24 (Minda) bertajuk “Dari Bukit Aman : Fahami kaedah tahan suspek”  oleh Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin. Penulis ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), PDRM Bukit Aman.  Sila rujuk kepada  https://4uni2c.com/2013/03/09/4uni2c-13310-fahami-kaedah-tahan-suspek/

Berdasar kan keFAHAMan peribadi Acik dari apa yang ditulis oleh penulis, penahanan reman terhadap Ahmad dan layanan yang diterima Ahmad adalah amat keterlaluan. Ia semata-mata bagi memuaskan hati pihak-pihak tertentu secara zalim. Dengan kata lain tindakan terhadap Ahmad telah dilaksanakan tanpa mengikut prosidur yang sewajarnya. Amat malang bagi seluruh rakyat Malaysia jika apa yang dialami oleh Ahmad itu telah menjadi amalan biasa yang sering diaplikasi terhadap semua orang awam yang bukan “somebody”.  Mudah-mudahan fenomina ini akan bertukar 180 darjah bilamana PR memerintah nanti. Acik doakan. Biarlah di bawah pemerintahan PR nanti, tidak ada lagi DUA set undang-undang yang mendiskriminasikan rakyat Malaysia, sesuai dengan slogan 1Malaysia. Maksudnya, rakyat tidak lagi dikategorikan sebagai “somebody” dan “nobody”.

Berbalik semula kepada isu kereta Audi hitam tadi, sebagai rakyat yang agak berpelajaran Acik merasa agak kecewa melihat sistem pentadbiran negara sekarang. Ia tidak menjamin keadilan sebenarnya untuk kesejahteraan seluruh rakyat jelata. Contohnya, Adik Acik itu berpeluang mendapat pendidikan di England selama kira-kira 6 tahun. Bermacam jenis pengalaman berguna yang beliau perolehi sepanjang beliau tinggal di negara tersebut yang dapat Acik berkonsi dengannya sebagai iktibar. Yang baik apa salahnya dijadikan tauladan walaupun dari masyarikat bukan Islam. Begitu juga dengan yang buruk. Tak wajarkah dijadikannya sempadan walaupun dari negara orang Islam sendiri.

Tertanya-tanya juga Acik, apakah amalan baik yang dibawa balik oleh pemimpin-pemimpin negara kita dewasa ini, dari negara yang berTAMADUN tinggi, tempat mereka menimba ilmu dahulu. Rakyat semuanya tahu bahawa ramai di kalangan menteri-menteri kita termasuk PM sendiri, telah mendapat pendidikan “tertiary” di luar negara. Namun apakah budaya cemerlang yang mereka telah tunjukkan kepada rakyat untuk dijadikan amalan ?  Apakah budaya minum arak sesuatu  yang kita harap dibawa balik oleh mereka ?  Apakah keJUJURan itu bukan elemen penting yang ditekankan oleh masyarakat tempat mereka belajar dahulu ? Jika demikian, adakah mereka itu sentiasa besikap jujur dalam mentadbir negara ?

Acik sampai di perkarangan limbongan kapal NGV Tech kira-kira 4.30 petang. Kami berdua disambut mesra oleh Ketua Pengawal syarikat tersebut. Beliau dipanggil “Paklong Yahaya” oleh seluruh warga NGV Tech. Terlihat saja beliau, teringat pula Acik akan nama Yahaya yang ada kaitan dengan tuduhan terhadap Ahmad. Tambahan pula nama Pengerusi Eksekutif NGV Tech ialah Datuk Zulkifli Sharif, rengkasnya Zul. Kebetulan pula Datok Zul dan Paklong Yahaya adalah saudara kandung seibu sebapa. Kata Mat Saleh (Mad Sailor), “what a coincidence !”  bahawa nama watak Zul Yahaya dalam kes Ahmad serupa dengan nam Datuk Zul yang di cantum dengan nama Yahaya abang kandungnya itu.  Sedangkan sebenarnya kedua-duanya tidak ada kena mengena pun. Harap-harap ini tidaklah dijadikan bukti tambahan bagi menguatkan lagi tuduhan terhadap Ahmad itu.

Syabas Acik ucapkan kepada warga NGV Tech amnya dan kepada Datuk Zul khususnya atas kejayaan mereka membina kapal NAVY kedua. Kononnya masa yang diambil bagi membina kapal tersebut hanya 48 hari. Ini amat mengkagumkan semua orang. Bukan diperingkat negara malah Acik rasa di peringkat global, Sebelum ini entah dah berapa banyak dah kapal-kapal yang telah dibina di limbongan kapal NGV Tech,  tetapi semuanya dieksport. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, bukannya Datuk Zul tak berminat untuk membina kapal untuk NAVY kita tapi malangnya tidak pernah mendapat tawaran tender sebelum ini. Tiba-tiba bila Tun Dr Mahathir telah menjadi mantan PM dapat pula tender untuk membuat kapal untuk kerajaan Malaysia. Sedangkan masa Tun Dr M masih bergelar PM tidak pula dapat peluang NGV Tech membina kapal untuk negara. Agak pelik kan …. ?  Tapi itulah realitinya yang dapat kita semua saksikan. Itulah yang dikata rezeki Allah yang biasa saja bagiNya untuk diberi kepada sesiapa juga yang Dia sukai.

Pelancaran dan penamaan kapal NAVY berkenaan telah disempurnakan dengan jayanya oleh YA Berbahgia Tun Dr Hasmah Ali, isteri kepada mantan PM, Tun Dr Mahathir. Alhamdulillah dan tahniah sekali lagi kepada seluruh warga NGV Tech amnya dan khususnya kepada Datuk Zulkifli Sharif. Tanpa izin Allah segala-galanya pasti tidak akan berlaku. Dan semuanya dapat dilakukan atas hasil kerjasama perbagai pihak yang sama-sama berkerja keras ke arah menjayakan pembinaan kapal berkenaan dalam tempoh masa yang begitu sengkat.

Selepas upacara pelancaran kapal tersebut disempurnakan, semua hazirin dan hazirat telah dijemput menjamu selera. Acik berpeluang duduk di salah sebuah dari meja-meja yang dikhaskan untuk ahli-ahli keluarga. Bersama-sama di meja tersebut ialah Paklong Yahaya sendiri. Selain beliau ialah Pakcik Acik sendiri iaitu Kolenel (B) Ismail Salleh. Acik rasa beliaulah ahli keluarga Acik yang paling tua (selepas ibu kepada Datuk Zul) yang masih hidup. Jika nak disebut di sini tentang jasa baik Pakcik Acik tersebut,  mungkin terlalu panjang jadinya blog ini. Jadi memadailah jika Acik nyatakan bahawa beliau merupakan seorang model untuk kami contohi. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

Dari Paklong Yahaya ada juga kisah-kisah menarik yang dapat Acik kutip. Mengikut Paklong Yahaya (PY), beliau pernah berkawan dengan Tan Sri Alimudin (mantan KP Pelajaran) masa sama-sama mula bekerja di pelabuhan dahulu. Oleh sebab Tan Seri rajin belajar dan menambahkan pencapaian akedemiknya, maka akhirnya beliau berjaya menjadi seorang KP Pelajaran di hujung-hujung umurnya. Syabas Acik ucapkan buat TS Alimudin. Namun, apa kurangnya dengan kejayaan yang telah dicapai oleh PY dalam kerjayanya sebagai seorang pengawal keselamatan. Dahulu, Paklong Yahaya hanya seorang pengawal keselamat yang tak ada apa-apa pangkat. Beliau redha tidak dinaikkan pangkat asalkan tidak dilibatkan dengan unsur-unsur rasuah. Namun kini beliau adalah CHIEF atau ketua pasukan keselamatan bagi syarikat NGV Tech yang mempunyai lebih dari  seribu pekerja. Itulah yang disebut dalam Al Quran tentang kekuasaan Allah bagi menurunkan atau menaikan martabat atau status seseorang, wallahualam.

Di akhir majlis maka tibalah masanya bagi tetamu khas utama iaitu Tun Dr Siti Hasmah serta Tun Dr Mahathir meninggalkan majlis. Kedua-duanya diiringi oleh peminat-peminat mereka hingga ke pintu kereta yang sedang sedia menunggu. Acik dan adik Acik hanya memerhati dari jauh saja. Entah apa sebabnya,  tak rasa teringin pula kami untuk ke hadapan supaya dapat bersalam-salaman dengan kedua-dua Tun tersebut. Namun tak bermakna kami tidak menghormati dan menghargai jasa-jasa mereka sebagai bekas pemimpin utama negara. Siapa yang tahu apa sebenarnya dalam isi hati Acik hingga nak senang-senang tuduh bahawa kami tak suka atau benci kepada mereka.

Yang agak memeranjatkan kami ialah bila terpandang pada kereta yang sedang dimasuki oleh kedua-dua Tun tersebut. Apa tidaknya, jenama kereta itu, dan nombor platnya serupa dengan jenama dan nombor plat kereta mewah yang memotong kami macam peluru beberapa jam yang lepas. Apakah komen yang sesuai kita beri andaikata kita sendiri yang nampak bekas seorang pemimpin utama negara tidak lagi menghormat undang-undang. Ia tentu akan membawa implikasi yang buruk kepada negara jika tidak ada pihak yang berani membuat tegoran ikhlas demi kebaikan semua. Wallahualam.

Ahmad’s SAGA #020: https://4uni2c.com/2013/02/05/ahmads-saga-020-a-friend-in-need-is-a-friend-indeed

Ahmad’s SAGA #022 CAHAYA di hujung terowong:  https://4uni2c.com/2013/05/18/550/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

Daulat Rakyat  !         Allahuakbar  !         Allahuakbar  !

OPajar #13301

4uni2c #13225 Si BANGANG Saja Layak DiTIPU BN

•2013-02-25 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

.

Si BANGANG Saja Layak DiTIPU BN

.

Sejak akhir-akhir ini BN menabur bermacam-macam janji. Antaranya ialah janji akan menyediakan puluhan ribu RUMAH kediaman mampu beli untuk rakyat miskin yang sejak sekian lama “merempat” di rumah-rumah sewa. Apa tidaknya, dalam sistem pemerintahan kerajaan yang diterajui BN selama lebih 50 tahun itu, seseorang itu tidak dihalang untuk memiliki berapa banyak rumah pun. Hatta bukan rakyat Malaysia pun turut boleh beli asalkan mampu. Akibatnya, harga rumah melambung dengan begitu tinggi sekali, hingga bertambah ramai rakyat miskin yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri. Kalau di negara jiran kita Singapura, seorang rakyat hanya dibenarkan memiliki sebuah rumah saja. Hasilnya ialah harga rumah sentiasa berada di tahap yang mampu dibeli oleh setiap rakyat, samada yang kaya maupun yang miskin.

Selain dari kerajaan yang diterajui oleh BN itu GAGAL/tidak mengawal harga rumah, ia juga GAGAL/tidak memastikan tidak berlakunya peNIPUan oleh pemaju berlesen keatas pembeli rumah. Contohnya adik kandung Acik (Ayah/Abang+cik) sendiri.  Sampai sekarang pun beliau masih belum dapat memiliki rumah yang dibelinya lebih dari 10 tahun dahulu. Padahal beliau membelinya dari pemaju yang berlesen dan dengan mengguna pinjaman perumahan kerajaan. Namun demikian, gajinya tetap dipotong tiap-tiap bulan oleh kerajaan sehinggalah sekarang.

Acik percaya, selain dari adik Acik itu, puluhan/ratusan ribu lagi pembeli rumah yang tertipu oleh pemaju berlesen dalam era pemerintahan BN. Kerana itu bagi Acik dakwaan oleh BN bahwa dirinya berWIBAWA dan mempunyai TREK REKOD yang cemerlang adalah temberang (TIPU) semata-mata.  Kalau kakitangan kerajaan sendiri pun tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan yang diterajui oleh BN, apakah rakyat yang bukan anggota kerajaan masih boleh percaya bahawa mereka tidak akan turut tertipu macam adik Acik itu dalam urusan pembelian rumah kediaman yang dijanjikan BN itu ?  Oleh itu sukalah Acik pesan, berhati-hatilah dengan janji-janji mengenai perumahan mampu beli yang mulai ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin kuat BN itu akhir-akhir ini.

Satu lagi gula-gula politik yang sedang ditabur oleh BN sekarang ialah BR1M sebanyak RM500 untuk setiap ketua keluarga yang pendapatan keluarganya kurang dari RM3000 sebulan. Kononnya terdapat 4.3 juta yang layak menerima BR1M 2.0. Dari jumlah tersebut 80% adalah rakyat yang berbangsa Melayu. Syabas kepada UMNO kerana telah “berJAYA” meningkatkan pendapatan orang Melayu sebegitu rupa. Cuma apa yang Acik nak tegaskan di sini ialah, adalah TIDAK benar sama sekali bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) telah menghina penerima-penerima BR1M dengan kata-katanya. Kononnya beliau didakwa telah menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.

Bagi Acik dakwaan tersebut bukan saja tidak benar malah suatu FITNAH yang amat tidak wajar dilemparkan terhadap seorang ulamak. Sebenarnya, apa yang TGNA maksudkan ialah BN meLAYAN rakyat seperti haiwan. Apa tidaknya, jika seorang gembala lembu menarik perhatian lembunya dengan mengacukan rumput (BENDA), apa yang BN sedang lakukan sekarang adalah serupa. Cuma yang bezanya ialah jenis BENDAnya saja. Jika untuk lembu jenis bendanya ialah RUMPUT, maka untuk rakyat 1Msia pula jenis bendanya ialah BR1M. Malah suka Acik nak tambah sikit bahawa BR1M itu adalah ibarat hampas makanan saja jika diBANDINGkan dengan apa yang kroni-kroni BN dapat. Contohnya, Tajudin Ramli dapat RM500 juta (hapuskira berkaitan dengan saham MAS), suami Shahrizat dapat RM250 juta (berhubung dengan projek lembu), Razak Baginda dapat RM500juta (komisyen berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene), dan banyak lagi yang seumpamanya yang telah/sedang dinikmati oleh kroni-kroni BN.

Kalau diteliti dengan lebih dalam lagi, memang pun ada unsur-unsur pengHINAan terhadap penerima-penerima BR1M.  PM  seolah-olah menganggap bahawa prinsip ataupun nilai diri penerima BR1M itu harganya hanya RM500 saja.  Dengan kata lain, hanya dengan membayar RM500 seorang, mereka ini akan sanggup menggadai prinsip diri masing-masing. Yakni, jika sebelum menerima BR1M mereka telah NEKAD untuk terus menyokong perjuangan Pakatan Rakyat bagi membuat perubahan paling BERSEJARAH dalam negara serta menegakkan keadilan, tetapi sebaik saja menerima BR1M pendirian mereka akan bertukar 180 darjah.

Itu bukan saja satu pengHINAan, malah satu peNIPUan terhadap mereka (penerima BR1M). Apalah sangat RM500 itu jika dibandingkan dengan nilai penJIMATan yang bakal mereka nikmati jika PR menang PRU13 nanti. Jika PR memerintah nanti, setiap rakyat akan menikmati sekurang-kurangnya 3 keLEGAan. Pertama, harga PETROL akan diturunkan. Kedua, hutang PTPTN yang ditanggung oleh anak-anak kita akan dihapuskira. Ketiga, TOL akan dihapuskan. Jika nilai penJIMATan perbelanjaan harian yang bakal dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia (dengan kemenangan PR pada PRU13 nanti) nak dibandingkan dengan BR1M yang bernilai RM500 itu, ia adalah umpama langit dengan bumi perbezaannya.

MeNAFIkan kemampuan PR bagi melaksanakan janji-janji tersebut adalah juga merupakan satu lagi peNIPUan oleh BN terhadap rakyat yang bakal membuang undi pada PRU13 nanti. PeNIPUan itu sendiri adalah sebenarnya satu pangHINAaan terhadap penerima-penerima BR1M. Dengan kata lain, menukarkan sesuatu yang jauh lebih tinggi nilainya (iaitu 3 keLEGAan yang disebut di atas) dengan yang terlalu kecil nilainya (BR1M) adalah sebenarnya satu tindakan pemBODOHan dan peNIPUan terhadap rakyat . Tambahan pula, BR1M yang diberi kepada rakyat itu adalah dari harta rakyat sendiri bukannya dari harta UMNO/BN.

UMNO/BN hanya “mampu” memberi balik kepada rakyat sebahagian kecil saja dari harta rakyat yang telah  “diHAKMILIKkan”nya secara tidak bermoral sejak puluhan tahun. Segala harta rakyat (termasuklah TV, radio, dana dan segala harta awam) itu telah dibuat oleh UMNO/BN macam harta mak bapaknya sendiri. Inilah apa yang Acik telah ulaskan dalam  dalam blog berikut: www.4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/   Pada hal mandat yang diberi oleh rakyat tidaklah termasuk “kebebasan tidak terbatas” dalam penggunaan asset awam.

Mengenai BR1M, bagi Acik, adalah sangat tidak wajar bagi seseorang yang layak menerima BR1M tetapi menolaknya. Namun, benarkah setiap mereka yang layak menerima BR1M akan benar-benar menerima hak mereka itu ?  Atau pun lebih ramai yang tak benar-benar menerimanya berbanding dengan yang benar-benar menerimanya. Lebih ramai yang GAGAL/tidak menerima/menuntut haknya itu sebenarnya akan menguntungkan BN. Lagi ramai rakyat yang GAGAL/tidak menuntut hak mereka itu bermakna dana pilihan raya BN akan bertambah besar. Untuk ulasan lanjut sila baca blog berikut :  https://4uni2c.com/2012/12/25/4uni2c12z25-br1m-2-0-dan-strategi-abu-nawas/

Sebenarnya yang LAYAK kena TIPU adalah orang yang BODOH. Kata pepatah Melayu, orang lemah makanan orang gagah, orang BODOH makanan orang CERDIK. Jika seorang itu diTIPU  oleh seorang yang CERDIK, maka tahap keBODOHan pemula itu masih boleh diterima lagi. Maksudnya, beliau masih boleh dimaafkan. Tapi jika sekiranya si peNIPU itu pun adalah orang yang sudah dikira BODOH, maka yang kena TIPU itu tentulah dua kali ganda lebih BODOH. Orang dalam kategori Inilah yang sangat susah nak kita terima.  Takut-takut yang jenis inilah yang bakal menyumbang kearah kemenangan BN dan menggagalkan usaha murni PR untuk membuat perubahan positif dalam negara, nahuzubillah. Mudah-mudahan tidak berlaku demikian !

BN juga cuba meNIPU rakyat iaitu dengan bermati-matian meNAFIkan bahwa pemberian BR1M itu mempunyai objektif politik. Adakah rata-rata rakyat percaya kepada peNAFIan tersebut ? Jika tidak ada motif politik (pancing undi) mengapa ia diberi menjelang pilihan raya umum.  Acik harap tidak ada lagi rakyat Malaysia (bakal pengundi pada PRU13 nanti) yang masih BODOH macam “Sheriff Yang Bangang” yang dicerita dalam CEREKANA berikut : https://4uni2c.com/2013/02/25/cerekan-13225-sheriff-yang-bangang/

Sebaliknya Acik doakan mudah-mudahan PR akan menang dalam PRU13 nanti dan semua kita akan dapat menikmati sekurang-kurangnya 3 keLEGAan sepertimana yang diterangkan di atas.  Wallahualam.

.

d   a   u   l   a   t        r   a   k   y   a   t   !

.

TAJUK-tajuk lain yang RELEVAN:

www.4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/

https://4uni2c.com/2012/12/11/4uni2c-12z11-peragut-sen-sen-berlesen/

4uni2c # 13320 Dr Mahathir PemBOHONG ?

https://4uni2c.com/2012/12/25/4uni2c12z25-br1m-2-0-dan-strategi-abu-nawas/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

@OPajar  #13225

CEREKANA #13225 Sheriff Yang BANGANG

•2013-02-25 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Sheriff Yang BANGANG

Pada zaman dahulu di sebuah gurun pasir di negara Amerika terletak sebuah pekan kecil yang dikelilingi oleh beberapa buah kampung. Sesuai dengan keadaan semasa pada zaman itu, maka pekan tersebut boleh dikatakan sebuah pekan yang serba lengkap. Selain dari kedai-kedai dan hotel, pekan tersebut juga mempunyai sepasukan pengawal keselamatan yang digelar akannya “Sheriff”.

Tugas Sheriff pada masa itu adalah seperti polis pada masa sekarang. Mereka akan menguatkuasakan undang-undang yang diterimapakai pada masa itu.  Mana-mana orang yang melanggar undang-undang akan ditangkapnya dan dibawanya ke hadapan hakim untuk dibicara dan dijatuhi hukuman yang setimpal.

Kononnya satu kecurian telah berlaku terhadap sebuah hotel di pekan tersebut. Adalah disyaki bahwa ianya telah dilakukan oleh sekumpulan pelawat yang menginap di hotel berkenaan pada malam sebelumnya. Sebuah peti wang telah dibawa lari oleh pencuri berkenaan menjelang pagi.

Setelah meninggalkan pekan bekenaan agak sekian jauh, maka timbullah kebimbangan dihati ahli-ahli kumpulan yang mencuri peti wang tersebut. Mereka percaya, mereka akan pasti diburu oleh Sheriff pekan berkenaan apabila mendapat laporan dari pemilik hotel bekenaan.

Supaya tidak ada bukti bahwa merekalah yang telah mencuri peti wang tersebut, mereka pun bercadang menyembunyikan bahan bukti (iaitu peti wang yang dicuri) itu dari dikesani.  Tanpa berbincang dengan ahli-ahli kumpulannya, ketua kumpulan tersebut terus mengarah supaya peti wang (yang belum boleh dibuka) itu ditanam saja untuk seketika.

Peti besi yang berisi wang itu pun ditanam dekat dengan sebuah persimpangan jalan agar tidak susah mencarinya nanti. Setelah ditanam peti wang tersebut,  di atas “kubur”nya diletaklah sebuah papantanda dengan notis yang berbunyi “di sini tidak ada di simpan peti wang itu”. Kumpulan pencuri tersebut kemudiannya pergi meninggalkan lokasi tersebut. Mereka bercadang akan datang semula bagi mengambil balik peti wang tersebut apabila berita tentang kecurian tersebut telah sejuk nanti.

Apa yang disangka oleh kumpulan pencuri itu memang benar berlaku. Seorang Sheriff telah diarah menjejaki mereka. Setelah beberapa lama keluar mencari pencuri yang disyaki,  maka sampailah Sheriff itu di persimpangan jalan di mana peti wang yang kena curi itu ditanam.

Sheriff tersebut pun menghampiri “kubur” tersebut kalau-kalau peti wang yang dicuri itu ditanam di situ. Ini kerana dari jauh lagi beliau boleh nampak ada kesan-kesan tertentu yang menunjukkan bahawa di lokasi tersebut ada dilakukan penggalian tanah.

Walaubagaimanapun, sebaik sahaja Sheriff tersebut terbaca notis yang ditulis pada papantanda di atas “kubur” berkenaan maka beliaupun terus meninggalkan persimpangan tersebut. Mengikut pemikiran bangangnya, sekiranya di situ ada ditanam sesuatu, masakan si penanamnya akan meletakkan notis yang berbunyi “di sini tidak ada ditanam peti wang itu”. Maka selamatlah peti wang berkenaan dari dikesani oleh sheriff yang BANGANG itu.

Tidak lama selepas itu, lalulah pula sepasang anak muda yang menunggang kereta kuda dipersimpangan berkenaan. Mereka berhenti sebentar kerana tertarik dengan papantanda yang berdiri di persimpangan tersebut. Dengan membaca notis pada papantanda berkenaan fikiran rasional mereka mengsyaki sesuatu.

Tanpa membuang masa mereka pun menggali “kubur” berkenaan. Apa yang mereka duga memang menjadi realiti. Di dalam “kubur” itu terdapat sebuah peti besi yang penuh dengan wang. Peti wang tersebut pun dimuatkan mereka ke dalam kereta kudanya lalu mereka pun bergegas meninggalkan persimpangan tersebut.

Sebelum beredar dari situ, mereka menggantikan notis yang terpapar di papantanda berkenaan dengan yang lain. Notis yang mereka tinggalkan itu berbunyi, “kami tidak mengambil peti wang itu”. Pasangan itu menuju ke pekan berkenaan untuk memulangkan peti wang tersebut kepada pemiliknya. Tulisan yang terter pada peti wang tersebut membolehkan mereka mengenalpasti hotel yang pemilik peti wang berkenaan.

Besoknya datanglah semula kumpulan pencuri berkenaan ke persimpangan jalan tersebut untuk mengambil balik peti wang yang ditanam mereka di situ semalam. Betapa ega hati mereka bila membaca notis yang tertera di papantanda berkenaan.

Dengan tidak sabar-sabar lagi mereka pun menggali “kubur” berkenaan. Wah terkejut beruk masing-masing bila habuk peti wang tersebut pun tidak dapat mereka temui lagi. Sebaliknya apa yang dapat mereka temui hanyalah suatu kekecewaan yang teramat sangat.

The Moral of the Story (M o S)

Pencuri yang digambarkan dalan CEREKANA di atas adalah lambang keBODOHan setengah orang yang masih boleh kita ketemui di kalangan kita sekarang.  Namun yang seBODOH Sheriff berkenaan tentu sangat jarang kita temui. Kalau pencuri dalam CEREKANA di atas itu  sudah dikira BODOH, betapa pula individu seperti Sheriff berkenaan. Beliau tentulah dua kali lebih BODOH dari pencuri tersebut.

Acik (Ayah/Abang+cik) harap rakyat Malaysia yang bakal membuang undi pada PRU13 tidaklah seBODOH Sheriff yang digambarkan dalam CEREKANA di atas. Maksud Acik ialah, JANGANlah jadi pengundi yang BUTA politik. BUTA politik akan mengakibatkan diri mudah diperBODOHkan oleh BN dulu, kini dan selamanya. Yakni, supaya tidak lagi memberi undi kepada BN seperti dalam semua PRU yang lepas-lepas.

JANGANlah mudah percaya kepada slogan “Janji diTEPATi” BN menjelang PRU13 ini. Sebaliknya percayalah bahawa slogan yang lebih sesuai dan tepat bagi BN ialah “ Janji diCAPATi”

Maksud janji diCAPATi ialah janji yang mudah diLUPAi. Ini dikiaskan kepada seorang pemakan CAPATI yang begitu berselera ketika sedang menghadapi sekeping CAPATI di dalam sebuah pinggan. Tetapi sebaik saja selepas CAPATI tersebut dimentedarahnya (dimakannya), belum pun sempurna ia dihazam di dalam perutnya, wajah CAPATI tadi dah tak diingati lagi oleh beliau.

Itulah sebenarnya sifat atau integrati yang layak buat BN mengikut persepsi Acik. Persepsi ini adalah berdasarkan pemantauan Acik ke atas tindak tanduk BN sejak memerintah Msia lebih 50 tahun.

Slogan “Janji diTEPATI” itu sendiri menggambarkan bahawa mereka ragu-ragu terhadap kepecayaan rakyat terhadap janji-janji mereka selama ini. Samalah macam pecuri dalam CEREKANA di atas. Kerana terlalu kuatir akan ada orang yang tahu bahawa peti wang tersebut ditanam di persimpangan jalan tersebut, maka diletakkannya notis yang berbunyi, “di sini tidak ada ditanam peti wang itu”.

Natis tersebut sebenarnya tidak dapat menipu sesiapa jua yang membacanya kecuali orang yang tersangat BODOH seperti Sheriff berkenaan. Jika dianologikan kepada SPRM, hanya orang bodoh saja percaya bahawa dengan wujudnya SPRM maka rasuah tidak lagi berlaku di dalam negara. Sedangkan penubuhan SPRM adalah manifestasi rasuah berleluasa dalam negara.

Oleh itu di sini dengan IKHLAS Acik menyeru seluruh rakyat Malaysia bakal-bakal pengundi sekalian, agar mengikuti contoh yang ditunjukkan oleh pasangan muda di dalam CEREKANA di atas.  Janganlah hendaknya menjadi BODOH seperti ketua pencuri tersebut. Jauh sekali menjadi begitu BANGANG seperti Sheriff berkenaan.

Dengan rengkasnya, BERIlah pula MANDAT memerintah negara ini kepada Pakatan Rakyat melalui PRU13 nanti. Ini adalah PERLU demi kepentingan jenarasi anak cucu kita malah untuk keLEGAaan segera untuk kita sendiri iaitu sekurang-kurangnya kita akan dapat menikmati :

1. Harga minyak petrol yang lebih murah

2. Hutang PTPTN anak-anak kita dihapuskira

3. Tidak perlu lagi membayar TOL untuk menggunakan lebuh raya.

4. Berbagai-bagailah kebaikan lain.

d   a   u   l   a   t         r   a   k   y   a   t     !

Bakal PM pun sanggup diFITNAH oleh UMNO, apa nak hairan ahli PR. Sila KLIK berikut:

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

** Untuk ke TAJUK  yang berkaitan sila KLIK:

www.4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/


@OPajar #13225

4uni2c#13224 Ketegasan Polis Singapura

•2013-02-24 • Leave a Comment

4uni2c #13224  Ketegasan Polis Singapura

Dipetik dari FB Sdr Kamal Hisham Jaafar 24Feb 2013

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di sebelah kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

 

PERISTIWA di Scott Rd , Singapura. 3am

“KALAU KAU MASUK JOHOR MAMPUS KAU NANTI” Inilah kata kata seorang Anak Raja Johor terhadap seorang Pegawai Polis berbangsa Melayu Singapura yang ditahan keretanya pada jam 3am kerana disyaki mamandu di dalam keadaan mabuk dan telah melanggar beberapa lampu Isyarat di Singapura.

Setelah diekori dan diberi isyarat untuk memberhentikan kenderaan dipandu seorang Anak Raja Johor, setelah agak lama barulah kereta Ferrari JA*1 berwarna Hitam itu berhenti. Anak Raja itu menjerit-jerit kemarahan dari dalam kenderaannya dan meminta Pegawai Polis itu menghampiri pintu keretanya segera, ” Kau Polis Bodoh, mari sini aku nak tampar muka kau, kau tak kenal aku siapa”….. itulah antara ayat ayat yang terpancul dimulutnya.

Pegawai Polis Singapura, berpangkat Inspektor itu dengan tegas mengatakan dengan berani (Kalau di Msia tak tahu sama ada Polis Msia berani atau tidak) “Awak dah langgar lampu Isyarat dan kalau awak sentuh saya , saya akan TANGKAP awak, Ini Singapura ada Perlembagaan dan Undang-Undang”

Tidak lama kemudian berhenti Pajero dan kereta Pengiring Anak Raja tersebut, kira-kira 9 orang mengeliling Pegawai Polis Singapura itu dan seorang dan darinya menperkenalkan dirinya sebagai seorang Pegawai Polis dari Msia berpangkat Inspektor , namanya Inspektor Shah, pada masa itu makian dan jeritan Anak RAja itu tidak henti-henti dari keretanya. Bagi menyelamatkan keadaan Insp Shah telah merayu bersungguh-sungguh agar Anak Raja itu dilepaskan dari sebarang tindakan dan menerangkan dan “berbohong sunat” bahawa Tunku itu orang baik cuma hari itu sahaja dia minum arak dan mabuk serta meminta “Professional Courtesy” dari Insp Singapura itu.

Mendengar perakuan bahawa Anak Raja itu sedang memandu dengan keadaan MABUK dari Insp Shah, Pegawai Polis Singapura itu berkata dia boleh bertolak ansur dengan syarat Anak Raja itu TIDAK MEMANDU Ferrari itu dan duduk sebagai penumpang sahaja, jika tidak dia akan menahannya. Insp Shah merayu-rayu bahawa Polis Malaysia sanggup mengiring dengan “Selamat” dan meminta Anak Raja itu dibenarkan terus memandu Ferrarinya itu.Insp Shah menyatakan kesukarannya kerana Anak Raja Johor itu sangat keras kepala dan susah menerima nasihat Polis Msia. Pegawai Polis Singapura itu sempat menegur Polis Msia supaya lebih tegas dan tidak sepatutnya membenarkan Anak Raja itu memandu kerana Insp Shah telah mengetahui Anak Raja itu telah minum Arak sebelum itu. Insp Shah hanya mampu tunduk MALU kerana tidak tahu apakah cara hendak “Mengawal” Anak Raja YANG BONGKAK ITU.

NAMUN, ketegasan Pegawai Polis Singapura tanpa mengira “Pangkat” TELAH memberi “kata dua” kepada Insp Shah agar tukar pemandu serta merta atau Anak Raja itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis.

Dalam keadaan MARAH KE MURKA KERANA MERASA TERHINA kerana tidak dibenarkan memandu Ferrarinya , Anak Raja itu memberi AMARAN DAN UGUTAN “KAU MASUK JOHOR KAU MAMPUS , AKU TAHU NAMA KAU DAN AKU INGAT SAMPAI MATI”

Inilah lakunan “BERJIWA RAKYAT” yang tidak diketahui umum. PERKATAAN’BERJIWA RAKYAT” SEPATUTNYA DITUKAR KEPADA “PENIPU RAKYAT”. Lakunan di depan Rakyat kononnya “prihatin dan berjiwa rakyat” HANYA SATU PENIPUAN SAHAJA.

BAPANYA ADALAH KETUA AGAMA ISLAM TETAPI ANAKNYA ENTAH JADI APA?

— ‎with ‎Ahmad Abdullah Al-Amin Aurani, Hezeri Samsuri, Roswati Binti Haron, Saif Aslam Khan, Wak Ali, Khamsiah Mawardee, Norwati Mamat and ‎انا انتام مانا سوكا‎‎ at CNN Building, Dubai Media City

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

@OPajar #13224

Ahmad’s SAGA #020 A Friend in Need is The Friend Indeed

•2013-02-05 • Leave a Comment

Ahmad’s SAGA #020 A Friend in Need is The Friend Indeed

*** Untuk menCARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di sebelah kanan SKRIN, kemudian SKROL.

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

A Friend in Need is The Friend Indeed

Semalam (5hb Feb 2013) adalah hari pertama perbicaraan ke atas Ahmad. Bagi menghormati prosidur mahkamah Acik (Abang/Ayah+cik) tak cadang nak membuat apa-apa komen dalam blog ini. Cuma Acik sekadar ingin memaklumkan kepada rakan-rakan FB semua bahawa Ahmad berada dalam semangat juang yang sangat tinggi. Alhamdulillah, sebagai ahli keluarga yang sama dengan Ahmad kami semua turut bersemangat mengikuti perbicaraan semalam. Mudah-mudahan keadaan ni kekal hingga Ahmad dibebaskan dari tuduhan yang dialaminya. Sama-samalah kita doakan.

Kes Ahmad sebenarnya membongkarkan banyak perkara. Yang paling penting bagi Acik sebagai seorang ayah ialah melihat bagaimana anak-anak Acik semuanya begitu bersungguh-sungguh sekali membela Ahmad, saudara seibu sebapa mereka itu. Sebelum ini Acik tak sedar pun betapa intimnya hubungan persaudaraan mereka adik beradik. Namun selepas berlakukan pertuduhan sebegitu berat terhadap salah seorang dari mereka, maka ketaralah bahawa semangat ukhwah sesama mereka begitu erat sekali. Masing-masing yakin bahawa Ahmad tidak melakukan apa yang dituduh terhadapnya. Ia umpama menuduh Ahmad minum arak semata-mata kerana ada laporan mengatakan Ahmad turut masuk ke kedai arak bersama-sama beberapa orang kawan. Ya, masing-masing mungkin boleh percaya bahawa Ahmad memang ada masuk ke dalam kedai arak tersebut.  Namun nak percaya beliau pun turut sama minum arak, amat susah bagi mereka yang kenal rapat dengan Ahmad hendak mempercayanya.

Setelah melalui ujian begini mencabar bagi Acik yang sudah lanjut umur ini, maka mulalah mengenang kembali sejarah-sejarah lampau. Samada sejarah hidup yang telah Acik sendiri lalui, mahupun sejarah-sejarah yang sedia tercatat dalam buku-buku sejarah. Antara sejarah yang sedia tercatat dalam buku sejarah ialah sejarah Singapura Dilanggar Todak, Hang Tuah dan sebagainya. Semua itu mengingatkan kita betapa kuasa telah disalahgunakan.

Dalam cerita Singapura Dilanggar Todak misalnya, diceritakan bagaimana kuasa disalahgunakan semata-mata kerana bimbang, kalau-kalau kuasa akan dirampas oleh orang yang lebih cerdik yang bergelar Hang Nadim. Manakala dalam cerita Hang Tuah pula digambarkan betapa tidak berhati-hatinya Raja yang berkuasa ketika itu menerima dan mempercayai tuduhan oleh rakyatnya sendiri terhadap rakyatnya yang lain. Namun yang paling penting dalam cerita Hang Tuah itu ialah bagaimana akrabnya persaudaraan dua orang rakyat yang bergelar Hang Tuah itu dengan sahabatnya yang bergelar Hang Jebat. Bagi Acik yang lebih Acik “admire” ialah semangat persaudaraan yang ditujuki oleh Hang Jebat terhadap sahabatnya Hang Tuah. Kalau sekadar berkawan pun boleh menwujudkan ukhwah yang begitu tinggi apakan pula sesama adik beradik. Kata orang putih, “a friend in need is the friend indeed”. Jika nak diungkapkan ke dalam bahasa Melayu, “rakan semasa dihajati, itulah rakan sejati”. Di ketika kita menghajati sesuatu pertolongan, maka rakan yang sanggup menghulurkan pertolongan itulah dia sebenarnya rakan sejati.

Baru-baru ni Acik turut hazir dalam suatu majlis yang diadakan bagi mengingati persaudaraan sesasama rakan sekolah Acik yang dibentuk mulai 1969 hingga 1972 (sila KLIK blog di bawah). Dengan semangat ukhwah yang tinggilah maka yang dah berhijrah ke negara luar pun sanggup datang untuk turut hazir dalam majlis tersebut. Majlis tersebut mencetuskan semangat ukhwah yang baru di hati Acik terhadap individiu-individu yang pernah Acik gauli suatu ketika dahulu. Antranya ialah pengamal undang-undang yang telah begitu lama Acik tidak jumpa. Contohnya ialah OP Dato’ Shafie Abdullah rakan sekelas Acik di tingkatan enam dahulu. Mereka yang lain yang sempat terlintas dalam ingatan Acik akhir-akhir ini ialah yang duhulunya Acik kenali sebagai OP Zulkefli bin Ahmad Makinudin, OP John Ohara, Sdr Hassan Lah, Sdr Sheikh, Sdr Sulaiman, Sdr Azhar dan beberapa orang individu yang lain.  Mungkin antra mereka ada yang dah jadi somebody somebody sekarang. Apakah masih ada antara mereka itu masih mengingati Acik dan masih sebagai pengamal undang-undang. OP Zul terutamanya. Suatu ketika dahulu dijemputnya Acik ke rumahnya semasa Acik ke Sarawak atas urusan rasmi.  Apa agaknya persepsi mereka terhadap Acik jika mereka maklum tentang kes Ahmad anak Acik ini.

Wallahualam.

Ahmad’s SAGA #019: https://4uni2c.com/2013/02/04/ahmads-saga-019-mengapa-berhijrah/

Ahmad’s SAGA #021:  https://4uni2c.com/2013/02/28/ahmads-saga-021-undang-undang-perlu-dihormati-semua/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

Daulat Rakyat !            Allahuakbar  !                Allahuakbar  !

@OPajar   #13206

Ahmad’s SAGA #019 Mengapa BerHIJRAH ?

•2013-02-04 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di sebelah kanan SKRIN, kemudian SKROL

(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

 

Mengapa BERHIJRAH ?

 

Dua malam yang lepas (2012 Feb 02) Acik (Ayah/Abang+cik) turut sama hadir dalam satu majlis. Bagi Acik majlis itu bukan calang-calang majlis. Ia dihadziri oleh mereka yang boleh dikatakan berjaya dalam kerjaya masing-masing. Mereka adalah sebagai rakyat Malaysia yang boleh dibanggakan.

Insan kerdil seperti Acik hanya beberapa kerat saja yang bersama di majlis tersebut.  Yang hadzir itu bukan sahaja dari seluruh Malaysia, hatta dari luar negara. Antaranya ialah dari England, Kanada, Australia, New Zealand dan China. Acik dimaklumkan bahwa mereka itu sanggup datang begitu jauh semata-mata kerana ingin menghadziri majlis tersebut.

Bagi Acik, ia adalah suatu pengalaman yang begitu bersejarah kerana dapat menghaziri suatu majlis seperti itu. Pertama, kerana Acik diundang khusus oleh penganjurnya. Kedua Acik telah dirai’ begitu rupa hingga tak terasa bahawa antara Acik dan hadzirin yang lain wujud perbezaan yang agak ketara dari segi status sosial ekonomi dan pangkat.

Yang paling Acik terharu ialah layanan seorang pesara Jeneral (tiga bintang) terhadap diri Acik. Sebaik sahaja bertemu Acik, dipeluknya Acik dengan erat seolah-olah adik dengan abang yang bertemu semula selepas hanyut di lautan. Agaknya kerana kami telah tidak pernah berjumpa sejak hampir 40 tahun yang lalu.

Kami dulu belajar dalam satu kelas masa di tingkatan 4 dan 5. Namun, selepas tamat MCE (Malasian Certification of Education) beliau terus menyertai angkatan tentera sebagai seorang juruterbang jet pejuang. Manakala Acik meneruskan pelajaran ke tingkatan enam dan kemudian ke Universiti Malaya.

Dua perkara penting telah tercetus dalam rangka pemikiran Acik selepas menghaziri majlis tersebut. Pertama tentang konsep ukwah atau persaudaraan, dan kedua persoalan kenapa agak ramai rakyat Malaysia berhijrah ke negara lain.

Persoalan ukwah ataupun persaudaraan adalah suatu faktor penting yang sangat wajar dipupuk. Cara ianya dipupuk juga penting kerana ia akan menentukan setakat mana ianya berjaya. Tentang semangat persaudaraan,  Acik rasa sekolah di mana Acik belajar dahulu memang begitu berjaya menanam semangat ukhwah yang begitu mendalam.

Tanpa semangat ukhwah yang begitu mantap, maka tak mungkin mereka yang tinggal begitu jauh sanggup datang semata-mata untuk menghadziri majlis berkenaan. Bukan ada apapun. Cuma nak berjumpa kembali rakan-rakan yang sama-sama mendaftarkan diri untuk belajar dalam tingkatan empat di sekolah yang sama, di awal tahun 1969 dahulu.

Dalam majlis tersebut Acik turut berpeluang mendengar ucapan rengkas dari Menteri Wilayah (Datok Raja Nongcik). Biasalah tu, jika seorang ahli politik berucap, tahu-tahu sajalah apa objektifnya. Selain beliau, turut hazir ialah anak kepada bekas menteri kabinet arwah Tun Abdul Razak dahulu (iaitu Tan Sri Aishah Gahni).

Yang Acik tak dapat jumpa ialah seorang rakan sekelas dengan Acik masa di tingkatan enam dahulu. Beliau ialah pengamal undang yang agak sohor, iaitu Datuk Shafie Abdullah. Selain Acik, ada juga hadzirin lain yang tertanya-tanya kenapa Datuk Shafie tidak hadzir.

Macam tak lengkap pula rasanya majlis tersebut tanpa kehadziran tokoh seperti Datuk Shafie itu. Agaknya beliau terlalu sebok dengan isu kapal selam Scopene kut.  Itu sebabnya tiada masa langsung untuk menjenguk rakan-rakan lamanya yang berkumpul dalam majlis tersebut.

Faktor  penting kedua yang turut tercetus dalam fikiran Acik selepas menghaziri majlis berkenaan ialah persoalan kenapakah agak ramai rakyat Malaysia telah berhijrah ke negara lain ?  Tak rasa rugikah kita bila rakyat kita yang hebat-hebat berhijrah ke negara lain ?  Apa salah-buat kita sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu hingga mengakibatkan penghijrahan telah menjadi satu  fenomina bagi negara kita ini ?  Sekiranya fenomina ini berterusan, Acik rasa agak mustahil wawasan 2020 akan menjadi realiti.

Rakan-rakan sekolah Acik yang kini telah berhijarah ke negara lain itu bukan sebarang individu. Tiap-tiap mereka adalah antara individu-individu yang Acik paling “admire” ketika bergaul dengan mereka di sekolah dahulu. Orangnya bersofan, “humble”, cerdik,  berazam , berdisiplin dan sebagainya.

Yang tak kurang penting ialah mereka itu tidak racist langsung. Pendekata semua mereka itu adalah tergolong di kalangan rakyat Malaysia yang besar sumbangannya kepada pembangunan negara. Agaknya selepas menilai pelbagai faktor yang menunjukkan trend kehidupan rakyat Malaysia sejak sekian lama semakin hura hara dan haru-biru, maka mereka membuat keputusan bijak untuk berhijrah ke negara yang lebih “selamat” mengikut persepsi masing-masing.

Jika tidak, masakan mereka sanggup meninggalkan tanah air yang tercinta untuk berhijrah. Jika Makkah kondusif bagi pengembangan Islam ketika itu, masakan Nabi kita Muhammad s.a.w. berhijrah ke Yatrib (Madinah).  Apakah mereka kurang patriotik ?  Atau pun mereka yang mengeluarkan kad pengenalan kepada PATI tanpa kelayakan yang sah dari segi perlembagaan negara itu lebih patriotik ?

Sejak anakanda Acik (Ahmad) di”culik” dan dibawa ke Johor Bahru kerana dituduh menghina YM Sultan Johor,  Acik sekeluarga mulai terasa kesan negatif dari fenomina dalam sistem kehidupan rakyat Malaysia sekarang. Salah seorang dari 10 anak Acik adalah juga tergolong di kalangan professional yang sangat diperlukan di dalam negara dewasa ini. Setakat ini beliau seorang saja telahpun menyumbang lebih dari Rm5 ribu untuk membantu adiknya menghadapi kes mahkamah berkenaan.

Beliau pun kini tersebut-sebut kepada Acik sekeluarga hasratnya untuk berhijrah ke negara luar bila tamat “edah”nya dengan kerajaan Malaysia nanti. Jika dahulu, Acik sekeluarga memang sangat keberatan mengizinkannya, tetapi perasaan kami kini dah berubah 180 darjah.  Yang penting ialah, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”.  Jika, “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri”, apa gunanya kekal hidup di negeri sendiri. Bukankah bumi Allah ini luas ?

Sehingga ini Acik belum nampak lagi tanda-tanda bahawa trend negatif tersebut akan bertukar menjadi positif. Entahlah, kalau-kalau semua rakyat Malaysia seluruhnya benar-benar ingin malah berazam untuk membuat reformasi.  Maksud Acik ialah, mereka semua sepakat akan memenangkan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.

Semoga mereka berjaya mengatasi segala bentuk penipuan yang akan digunakan oleh BN untuk mengekalkan mandat haram yang masih di tangannya. Jadi  marilah kita sama-sama usaha dan doakan akan perubahan positif tersebut akan  berlaku dalam masa terdekat ini, insya Allah.  Wallahualam.

P/S :

Oh ya, lupa Acik nak maklum. Esok (5hb Feb 2013) adalah tarikh Ahmad akan mula dibicarakan di mahkamah seksyen Johor Bahru. Tempoh yang ditetapkan untuk perbicaraan ke atas beliau ialah sehingga 8hb Februari. Acik harap sesiapa yang tahu kes beliau ini tolong-tolonglah doakan. Doakan bukan sekadar kemenangan untuk Ahmad, malah kemenangan kepada sistem kehakiman negara kita yang telah “rosak” sejak Tun Dr M mengambilalih jawatan utama negara awal 80an dulu. Ini ada Acik ulaskan dalam blog :  https://4uni2c.com/2013/01/10/ahmads-saga-017-bagai-berhakimkan-beruk/

Wallahualam.

d  a  u  l  a  t     r  a  k  y  a  t   !

 

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Ali’s SAGA # 05 Berhijrah ke Sweden https://4uni2c.com/2014/10/25/alis-saga-05-berhijrah-ke-sweden/

Ahmad’s SAGA # Index   https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/

Ahmad’s SAGA #020: https://4uni2c.com/2013/02/05/ahmads-saga-020-a-friend-in-need-is-a-friend-indeed/

 

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

 

 

@OPajar #13204

Tun Dr M: “Jasa”mu Dikenang !

•2013-02-02 • Leave a Comment

2013 Februari 02

j a s a m u d i k e n a n g

( Catitan: Acik Cuma menCIPLAK dari salah seorang rakan Face Book. Tak salah kan ?)
Bergelar MahaFiraun. Kenapa???
Antara “jasa” Tun MaHathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri:
1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:
* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
* Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.

Selingan :

Dr. M is the Father of Racism

.

.
* Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
* Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
* Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
* Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
* Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah.
Persepsi rakyat: * Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.
3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
* Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
* Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
* Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
* Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
* Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
* Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
* Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
* Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
* Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
* Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
* Memaksa Petronas membeli saham Proton.
* Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
* Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
* Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
* Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
* Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
* Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
* Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.
4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:
* Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
* Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
* Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).
5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa
* Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
* Mengganggu penyiasatan BPR
* Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
* Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
* Keruntuhan makmal computer;
* Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
* Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
* Keretakan PULAREK; dan
* Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
* Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
* Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
* Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
* Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
* Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
* Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
* Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
* Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
* Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.
8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
* Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
* Kerugian pelaburan Tabung Haji;
* Kerugian RM15b Bank Negara;
* Kerugian RM40 juta AIM;
* Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
* Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.
9. Menghina dan menyekat Islam
* Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
* Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
* Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
* Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
* Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
* Memecat Mufti Selangor (Dato’ Mufti Haji Ishak bin Baharom…ingat lagi?) kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.
10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
* Menutup dua MRSM di Terengganu;
* Menutup sekolah agama rakyat; dan
* Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains disekolah. Ulasan sila KLIK https://4uni2c.com/2013/01/31/4uni2c13131-dasar-ppsmi-dan-menteri-yang-gopoh/

* Bertanggungjawab dalam projek memberi kad pengenalan biru kepada pendatang-pendatang di Sabah. Implikasinya ialah pencerobohan di Lahad Datu awal 2013

d a u l a t r a k y a t !

PenCERAHan yang relevan :

PenCERAHan yg relevan ⬇️

.
Dr Mahathir PemBOHONG : https://4uni2c.com/2013/03/20/4uni2c-13320-dr-mahathir-pembohong/

Legasi Tun DM yg dikesali https://beappreciative.wordpress.com/2021/08/09/politik-legasi-tun-dm-yg-dikesali/

.

PenCERAHan terakhir : www.4uni2c.com

www.4uni2c.com