Agama: ingatkan mati 70x sehari

•2020-05-09 • Leave a Comment
Itulah hadiah Allah yarham Ustaz Ismail Kamus kpd kita. Beliau pulang ke rahmatullah pada 2020 Mei 08
(Jumaat 1441H Ramadhan 15)

2020 Mei 09 (Sabtu)

C & P

Kata-kata mutiara yang ditinggalkan beliau ⬇️

Ini antara 34 mutiara kata Ustaz Dato’ Ismail Kamus yang dapat saya (Zaim Zin) kumpulkan pagi ini.

Bacalah. Semoga ada yang memberi manfaat pada kita sebagai rantai pahala beliau.

  1. “Dalam perjuangan, penat akan hilang, tetapi pahala akan berpanjangan”
  2. “Memang baik menjadi orang penting. Tetapi lebih penting menjadi orang baik”
  3. “Kita bukan gila kuasa. Tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila”
  4. “Bukan kematian itu yang harus ditakuti. Tetapi kehidupan setelah kematian itu lah yang harus ditakuti”
  5. “Sedekah itu tabung akhirat. Jangan kita anggap yang sedikit tu sedikit. Walhal orang yang tidak memberi tu, lagi memiliki sedikit”
  6. “Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, mati pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam”
  7. “Dunia bukan tempat berehat, tetapi tempat beribadah”
  8. “Boleh makan semua yang halal, tetapi jangan berlebihan”
  9. “Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda”
  10. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan”
  11. “Kalau seksa neraka boleh dilihat dengan mata, masjid 16 tingkat pun takkan muat untuk jemaah untuk tunaikan solat”
  12. “Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat”
  13. “Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?”
  14. “Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan keresahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni”
  15. “Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat”
  16. “Kita sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah kepada kita ada 3 sahaja. Iaitu, semalam, besok dan, hari ini. Yang semalam dah tak ada, yang besok belum tahu lagi, yang tentu ada sekarang. Maka kita gunakan masa yang sangat sedikit itu untuk mendekatkan diri kepada Allah”
  17. “Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat”
  18. “Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah”
  19. “Tuntutlah ilmu kerana 3 tujuan.
  20. menghilangkan kejahilan,
  21. beramalah dengan ilmu tersebut; dan
  22. mengajarkan orang dengan ilmu yg ada”
  23. “Janganlah pula setelah berilmu, kita memperbodoh-bodohkan org lain”
  24. “Jagalah hati sampai mati”
  25. “Orang berakal wajib solat. Orang gila tak wajib solat. Orang tak solat orang gila”
  26. “Yang suka asap ni, jin je”
  27. “Jangan dipandang kepada berapa besar dosa yg dibuat tetapi pandanglah kepada siapa kita berbuat dosa itu”
  28. “Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dlm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya”
  29. “Dibimbangi maksiat kita membuatkan Allah murka kepada kita, walaupun maksiat itu kecil. Bimbang kita tak sempat bertaubat”
  30. “Tidur itu mati sementara. Mati itu mati selama-lamanya”
  31. “Cinta dan sayang pada Ulama’ kerana Ulama’ adalah pewaris Nabi”
  32. “Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat”
  33. Al fulusu fik Dunia, walmamfus fil ahirah… (gurau beliau yang ditujukan kepada yg suka rasuah)
  34. “Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu”
  35. “Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni”
  36. “Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
  37. “Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam AlQuran sebulan dua kali”

Beliau pergi pada hari yang mulia dalam bulan mulia.

Kaset dan CD ceramah beliau laku keras. Penampilan beliau dalam Forum Perdana Ehwal Islam diantikan. Teknik ceramah beliau menjadi rujukan ramai penceramah dan orang baik-baik. Bersahaja, tetapi tegas.

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

MasyaAllah..💖💖💖
Catatan Ustad Halim Din :
Belum terlambat rasanya untuk menceritakan sedikit pengalaman semasa hadir ke pengkebumian Murabbi Ummah.. Almarhum Dato’ Ustaz Ismail Kamus pagi tadi.

Selama ini saya hanya membaca dan mendengar cerita tentang Arwah Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haron Din. Tapi hari ini, bersaksi mata kepala sendiri. Suasana redup dari awal pagi sehinggalah solat jenazah yang hanya dibenarkan ahli keluarga untuk solatkan jenazah Almarhum Ustaz Ismail Kamus.

Semasa di Tanah Perkuburan pula, matahari mula memancarkan teriknya.. Sehinggalah Van Jenazah tiba.. Kelihatan satu ketulan awan yang menutupi panas matahari mengiringi jenazah Almarhum…

Awan tersebut terus melindungi cahaya matahari sehinggalah jenazah diturunkan ke liang lahad dan kedengaran tukang gali kubur meminta untuk dihulurkan papan untuk menutupi liang lahad, kemudian barulah awan tersebut beredar membiarkan terik matahari memancar ke bumi.

Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk melihat kebesaranNya bagi balasan kepada hamba-hamba yang sentiasa patuh dan mulut yg sentiasa menitipkan nama kebesaranNya, berjuang diatas jalanNya, dan berdakwah menyebarkan agama yang suci.. Subhanallah.. tak henti-henti mulut ini bertasbih memuji kebesaran Sang Pencipta.. Hampir juga menitis air mata mengenang bagaimana pula jika waktu kita tiba kelak.. Allaahu akhbar!!

Ustaz Halim Din

Kumpulan awan yg turut manyaksi perkebumian UIK sambil meneduhi kubur 🌷

B e r s a m b u n g

Menziarahi jenazah Ustaz Ismail Kamus
2020 Mei 08 Jumaat 🌷

Beratur untuk menziarahi jenazah Us Ismail Kamus. 🌷

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.

Agama: Sukan Berisko Tinggi

•2020-05-08 • Leave a Comment
Apa hukumnya di sisi agama Islam terhadap sukan yang berisko tinggi ? 🌷

(Terbitan 2020 Mei 08 – Jumaat)

🇲🇾 Acik percaya video di atas sangat menarik bagi ramai netizen. Bagi yang menontonya buat pertama kali, aksi pelakun pasti membuat ia kurus semangat. Merasa seriau, seolah-olah menyaksikan seorang individu sedang jatuh daripada bangunan pencakar langit.

Tiba-tiba terasa lega apabila tidak berlaku pula kematian sepertimana yang dijangkakan. Sebaliknya ia bertukar menjadi satu persembahan sukan yang sangat mengkagumkan.

Demonstrasi sukan tersebut mencetus soalan di minda Acik tentang hukum agama terhadap sukan tersebut. Apakah ianya harus ataupun haram mengamalkan sukan seumpama itu ? Walaupun kejayaannya mengkagumkan semua pihak namun riskonya adalah tersangat tinggi.

Sebelum ini Acik pernah terfikir tentang hukum melakukan sukan lumba motorsikal di atas jalanraya oleh Mat Mat rempit. Dari segi undang-undang kita semua setuju bahawa ianya haram (illegal). Tapi dari aspek agama apa pula hukumnya.

Jika dilihat dari aspek keselamatan, risko terlibat dengan kemalangan maut oleh pelumba-pelumba motor itu sendiri adalah tinggi. Dalam masa yang sama ia mengancam keselamatan pengguna2 jalanraya yang lain. Atas sebab itu maka hukum yang paling sesuai bagi aktiviti perlumbaan atas jalan adalah haram.

Namun, jika berlumba diatas kitar lumba (racing circuit) yang dibina khas untuk perlumbaan motorsikal, maka hukumnya Acik kurang pasti. Mungkin ia juga haram atas dasar keselamatan fisikal dan nyawa pelumba. Cuma kurang sikit saja tahap keharamannya berbanding dengan berlumba di atas jalanraya.

Hukum disisi agama boleh berubah mengikut keadaan dan keperluan. Yang wajib pun boleh menjadi haram, apa lagi yang harus. Contohnya solat Jumaat adalah wajib. Namun demi menyelamatkan umat Islam dari bahaya Covid19 maka ianya diharamkan. Kini dah berapa minggu umat Islam tidak bersolat Jumaat.

Jika bahaya sukan-sukan berisko tinggi dikiaskan dengan bahaya bersolat Jumaat itu, maka Acik rasa sukan-sukan tersebut juga wajar diistiharkan haram bagi umat Islam. Tambahan lagi tidak ada nas yang membenarkan perlumbaan motorsikal dan sukan-sukan berisko tinggi yang lain.

Risko lumba unta dan lumba kuda jauh lebih rendah dari risko lumba motorsikal. Kedua-dua jenis binatang tersebut berkaki empat, susah terbalik dan larinya tak laju sangat. Sedangkan motorsikal sangat laju dan mudah terbalik.

Apabila perlumbaan motorsikal di atas litar lumba pun diharamkan, mungkin ia dapat menurunkan kadar aktiviti lumba haram di atas jalanraya. Ini kerana Mat Mat Rempit yang majoritinya beragama Islam tidaklah lagi berangan untuk melayakkan diri ke perlumbaan motorsikal di Litar Lumba Nasional.
.

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg popular ⬇️

Trajidi minda Melayu https://4uni2c.com/2017/04/28/trajidi-minda-melayu/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Covid19: Patuhilah ulul amri https://4uni2c.com/2020/04/14/covid19-patuhilah-ulul-amri-%e2%9d%97/

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Covid19: undeniable fact?

•2020-05-07 • Leave a Comment
2019 Jan 24 the package was introduced. How come ?

2020 May 07 (Thur)

OMG 😲! This is probably, the most damaging vid of the year, for the US of A!

Trump signed the US$2.2T Coronavirus Aid, Relief and Economic Security Act (CARES Act) on 27th March 2020.

Guess when the bill for the Act was TABLED in Congress? 24th January 2019!!! These bastards introduced the Bill in the House more than ONE YEAR AGO on 24/1/19!

Typically, Bills take more than a year to wind its way through Congress before it is finally passed into law and becomes an Act!

See the Congressional Records in the pix below. It shows the progress of the Bill, as it moves its way through the House Ways and Means Committee, all the way up to Debate in the House on 17/7/19, and after being passed in the House, continue winding it’s way up to the Senate for ratification before finally ending up on Trump’s desk for signing on 27/3/20.

Bloody Heck! The US knew in advance of the pandemic in 2019! That dumbass, Trump, may not know the details in 2019, but for sure CONGRESS KNEW!

So the coronavirus in Wuhan was bio-warfare and Trump was so confident that there’d be no problems in the US, because he must have been advised that the US was prepared, or that the US strain of the virus was mild, but it turned out to be false. In all likelihood, the Democrats wanted a full-blown crisis, as an excuse to topple Trump.(Trump was so confident, he’d advised Americans not to wear masks)

So now, after the debacle, they have to resort to anti-China bashing, to divert attention! Who would ever guess that these politician-bastards in the US of A, can be soooo dastardly?

……………………………….
https://youtu.be/D-chBV7A0n8

Very important video ⬇️

https://youtu.be/D-chBV7A0n8

Relevant information ⬇️

https://www.facebook.com/FlorinChilianOfficial/videos/dr-judy-mikovits/231775864746813/

COVID-19: American leaders spinning lies to blame China https://www.youtube.com/watch?v=pEGF1KD8gJ8

B e r s a m b u n g ….

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

The package was first introduced in
2019 Jan 24. How come ? 🌷

Covid19: tempat paling selamat

•2020-05-06 • Leave a Comment
Bagi pelancong kaya yang ingin selamat dari Covid19, boleh ke sini utk beberapa bulan 🌷

2020 Mei 06 (Rabu)

🇲🇾 Berbanding dengan Malaysia, nampaknya jiran kita Thailand itu lebih selamat dari serangan Covid19. Begitu juga dengan Vietnam, Cambodia dan Laos.

Kononnya, ada sejenis minuman herba yang dapat menguatkan ketahanan diri (antibody) rakyat negara-negara tersebut. Herba tersebut tidak terdapat di negara-negara lain. Wallahua’lam.

B e r s a m b u n g ….

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Covid19: the solution is LOVE https://4uni2c.com/2020/04/29/covid19-the-solution-is/

Covid19: mesej yg tersirat https://4uni2c.com/2020/04/16/covid19-mesej-yg-tersirat/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

Bilangan polar bear lebih ramai dari manusia 🌷

PN.

Melayu: Sebelum Merdeka

•2020-05-05 • Leave a Comment
Gambar2 nostalgia bagi orang2 Melayu pra merdeka yg masih hidup ketika itu🌹

2020 Mei 05 (Selasa)

Sebahgian lirik (modified) bagi lagu instrumental yg melatari video atas ⬇️

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan

Anak merpati merentas rimba
Hinggap seekor di tepi laman
Hendak ku mati di atas riba
Harap berkubur di sisi tuan

Kalau hamba pergi ke hulu
Ku carikan tuan kuntum seroja
Kalau hamba mati dahulu
Ku nantikan tuan di kebun syurga.

Tindakan individu di dalam video di bawah ini terhadap orang Melayu, adalah “ibarat madu diberi dibalas tuba” ⬇️
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya 🌶️

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Kutuk mengutuk bukan budaya Melayu https://4uni2c.com/2017/09/06/kutuk-mengutuk-bukan-budaya-melayu/

ICERD: Acik bukan rasis https://4uni2c.com/2018/11/03/acik-bukan-racist/

Hak istimewa Melayu https://4uni2c.com/2019/12/12/politik-hak-istimewa-melayu/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.

Covic19: front liners semakin stress

•2020-05-04 • Leave a Comment
Semua pihak wajib bekerjasama kearah meringankan bebanan front liners supaya prestasi mereka tidak merosot 🌹

2020 Mei 04 (Isnin)

C & P ⬇️⬇️⬇️

DR NOR AIN MOHD GHAZALI

Tahukah anda kenapa staff KKM risau minggu depan.?

Kami bukan risau PKPB tu..kita pun tahu ekonomi pun perlu dimulakan dan diteruskan..kita tak mampu nak hilang berbillion ringgit lagi

Yang kami RISAU sebenarnya SIKAP rakyat Malaysia post PKPB

Anda nak tahu perangai segelintir rakyat Malaysia semasa PKP 1,2,3 dan 4?

  1. Tak bercakap benar dengan staff kesihatan. Kata tiada risiko sekali haaa satu gang staff kesihatan kene kuarantin
  2. Kita dok terpacakla bawah matahari berbalut PPE bermandi peluh nak screening tanya soalan sebelum masuk pagar klinik.soalan pun tak habis tanya..dia dah cakap ” takde takde”. Apa benda tu,soalan tak habis tanya kau dah cakap takde?
  3. Kita dok buat pangkah la kat tempat duduk tu jangan bagi duduk sbb nak social distance. Last last dia duduk jugak sebab takde tempat duduk..ini faham konsep ke tak ni?
  4. Yang kluster kayangan, kluster tak berapa nak kayangan tu yang tak bagi kerjasama semasa kami bekerja..ini kategori ape ni?

5 yang kalo pergi pasar ke tesco ke .. penat la orang tesco tu buat garisan suruh korang berdiri ikut garisan untuk social distance, last last berdiri rapat rapat jugak kan?

  1. Ada orang compare pasal jumpa orang semasa pergi kerja vs balik kampung? Ini faham tak konsep kalau tak kerja nanti duit pun tak ada? Nak makan ape ? Pasir? Semua orang nak balik kampung tapi terdesak sgt ke nak berhari raya sekarang ni?ini keperluan atau kemahuan ni..tolong bezakan

So sebenarnya yang merisaukan bukan PKPB tu, yang merisaukan ialah sikap masyarakat yang just ignorant, pentingkan diri sendiri

Masalahnya penyakit covid ni, anda perlu SEORANG je individu yang positive dan kurang bijak ignorant dan pentingkan diri sendiri..

Bayangkan miss hulala ni dia nak jugak pergi shopping di seksyenn7 shah alam, raya punya pasal..

Dia menyembunyikan hal yang dia ada contact dengn covid positif, dan dia pun ignorant sangat. Sepatutnya dia pergi cek di klinik, tapi dia tak buat..covidiot agaknya.. Nafsu shopping dia lagi membuak buak maka dia terjah ariani, jakel pusing sugarscarf belakang tu pastu sambung beli jubah kat bella amara

3 hari selepas itu dia demam batuk,dia pergi check dah disahkan positif covid

Anda rasa berapa contact dia semasa bershopping sana sini?tak beratus? Beribu? Itu tak masuk kalau tetibe die sambung tawaf bangi sentral plak

Anda tak rasa ke banyak lagi kedai kene tutup

Hanya kerana kesalahan SATU INDIVIDU sahaja

So kerisauan KKM bukan pada PKPB,kita pun tahu ramai yang dah senak tiada duit..kesian orang orang ni..

Tapi yang akan masalah kalau SIKAP kita yang just ignorant dan pentingkan diri sendiri..

Anda boleh pilih untuk wave ketiga atau continue flatten the curve

Kali ini tak perlu pilihanraya

Malaysia memilih

Anda sharelah benda ni kalau anda rasa benda ni perlu drill dalam otak setiap rakyat Malaysia

Salam Ramadhan

Copy & paste.

Terlalu berat beban melawan Covid19 jika ditanggung sebuah agensi (KKM) saja🌹

Wallahua’lam

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Covid19: Mereka adalah jihadis https://4uni2c.com/2020/03/25/covid19-mereka-adalah-jihadis/

Covid19: is opening up timely ? https://4uni2c.com/2020/05/03/covid19-is-opening-up-timely/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.

Covid19: is opening up timely ?

•2020-05-03 • Leave a Comment
A very frank and sincere request to the people of Malaysia and its PM in particular 🌷

2020 Mei 03 (Ahad)

🇲🇾 Setelah terperap di rumah lebih daripada sebulan, rasa excited juga Acik menanti Mei 04 tiba. Tetapi setelah menonton video di atas lebih separuh daripada excitement tersebut hilang. Rasanya ada juga kebenaran yang disebut oleh pelakon solo video tersebut.
.
Soalan yang tercetus dalam minda Acik ialah tentang faktor yang menghasilkan keputusan penamatan PKP tersebut. Adakah kerajaan telah yakin bahawa negara akan benar-benar selamat selepas tempoh PKP itu tamat pada Mei 04 nanti. Atau pun hanya sekadar husnul zan saja bahawa negara akan selamat.

Namun, yang lebih membimbangkan Acik ialah jika sekiranya keputusan tersebut dibuat bukanlah kerana dah tak takut kepada Covid19 lagi, tetapi kerana ada faktor lain yang lebih ditakuti. Ya, iaitu takut nagara akan bankrap jika tempoh PKP itu dilanjutkan.

Faktor negara boleh bankrap bukanlah baru akhir-akhir ini saja kita dengar. Malah sejak sebelum PRU14 lagi ia telah gamat dicanangkan. Impaknya bukan main hebat. Bukan saja suatu dasar boleh berubah, bahkan sebuah kerajaan pun boleh rebah.

Kalau merujuk kepada statistik di bawah, kes-kes positif yang ditemui di hari-hari akhir tempoh PKP fasa3 dan di awal fasa4, Acik rasa agak skeptikal keadaan akan terus pulih. Sebaliknya ada gara-gara ia akan kembali buruk.

Laporan Kes Positif Harian Covid19

FASA 3 PKP
21/4/2020 => 57 kes
22/4/2020 => 50 kes
23/4/2020 => 71 kes
24/4/2020 => 88 kes
25/4/2020 => 51 kes
26/4/2020 => 38 kes
27/4/2020 => 40 kes
28/4/2020 => 31 kes

FASA 4 PKP
29/4/2020 => 94 kes
30/4/2020 => 57 kes
01/5/2020 => 69 kes
02/5/2020 => 105 kes
03/5/2020 =>
04/5/2020 =>
05/5/2020 =>
06/5/2020 =>
07/5/2020 =>
08/5/2020 =>

Dengan kata lain, keadaan masih belum lagi nampak kondusif bagi menamatkan PKP. Takut-takut hasil yang akan diperolehi daripada tindakan menamatkan PKP itu adalah “ibarat untung secupak, rugi segantang”. “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”.

Kalau nak buat apa-apa pun biarlah bersungguh-sungguh. Peribahasa Melayu kata, Jangan sekadar “melepaskan batuk di tangga” saja. Lebih-lebih lagi, jangan macam “hangat-hangat tahi ayam” saja.

Sebaliknya, biarlah ibarat “menggenggam bara api hingga sampai menjadi arang”. Seluruh rakyat kenalah sepakat. “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. “Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah” . Mudah-mudahan kita semua akan berjaya. InsyaAllah.
.

Pemimpin negara Malaysia pasti lebih mampu menghidupkan semula ekonomi negara selepas Covid19 nanti 🌷

Wallahua’lam 🌹

Hopefully things will not turn out to be like “A penny wise, pounds foolish” 🌷

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Covid19: Bencana sejagat https://4uni2c.com/2020/03/13/covid-19-bencana-sejagat/

Hutang akan bankrapkan negarakah ? https://4uni2c.com/2018/06/14/hutang-akan-bankgrapkan-negarakah/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.

Haji: dahulu dan sekarang

•2020-05-03 • Leave a Comment
Orang dahulu menunaikan haji dengan mu(jaha)dah, kita sekarang dengan mudah 🌷

2020 Mei 03 (Ahad)

C & P ⬇️

BAGAIMANA MUJAHADAHNYA NENEK MOYANG KITA MENGERJAKAN HAJI

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-

• Kos menunaikan haji sekitar 500 hingga 600 Ringgit Malaya.

• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)

• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang

• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.

• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.

• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.

• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.

• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.

• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air

• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.

• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.

• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam.

• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.

• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.

• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.

• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.

• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.

• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

Perlayaran dari Pulau Pinang ke Jedah mengambil masa 13 hingga 17 hari 🌷

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Agama: Mekah kah sedekah ❓ https://4uni2c.com/2019/12/20/agama-mekah-kah-sedakah-%e2%9d%93/

Covid19: Tiada haji tahun ini https://4uni2c.com/2020/04/01/covid19-tiada-haji-tahun-ini-%e2%9d%93/

Covid19: Keperluan ibu kpd rekacipta https://4uni2c.com/2020/04/03/covid19-keperluan-ibu-kpd-rekacipta/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.

Ali’s SAGA: melawan Covid19

•2020-05-01 • Leave a Comment
di Sweden sebagai “front liner” 🌹

2020 Mei 01 (Jum)

🇲🇾 Peribahasa Melayu ada sebut, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung“. Makna peribahasa ini agak luas. Ia menasihati kita supaya taat setia kepada negara atau majikan tempat kita menumpang hidup.

Jika sekiranya negara yang kita tumpangi itu negara orang, maka kita wajiblah turut memikul tanggungjawab tertentu yang mungkin jauh berbeza daripada di negara asal kita. Seorang yang berstatus warga negara, tentulah tidak sama tanggungjawabnya dibanding dengan seorang pelarian.

Begitulah juga sebagai seorang pekerja. Selama mana kita bekerja dengan sesebuah majikan, maka kita mestilah memikul tanggungjawab kita kepada majikan berkenaan. Malah, sekiranya kita adalah seorang askar upahan bagi sebuah syarikat, maka kita harus sanggup mati demi melaksanakan tanggungjawab kita kepada majikan kita itu.

Oleh kerana itu, maka kita perlulah memikirkan masak masak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk: 1) memilih di mana kita nak tinggal dan 2) dengan siapa kita nak makan gaji. Namun demikian, kita masih boleh mengubah keputusan tersebut kemudiannya jika terbukti ianya mengeciwakan kita.

Misalnya, jika tak tahan tinggal di negara X, maka berhijrahlah ke negara Y. Kalau tak sesuai dengan majikan M, maka pergilah ke majikan N. Tapi dengan syarat bahawa Y dan N sedia menerima kita dan menghargai kita. Manakala kita pula hendaklah bersedia untuk memikul tanggungjawab baru kita kepada Y dan N.


.

Selingan ⬇️

⬇️ Ustaz Ebitlew, pendakwah yang wajar dicontohi (emulate) ⬇️

Semoga pertolongan yg Ali beri kpd pesakit yg non Muslim akan menarik mereka kembali kpd Islam 🌷

B e r s a m b u n g …..

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Berhijrah ke Sweden https://4uni2c.com/2014/10/25/alis-saga-05-berhijrah-ke-sweden/

Covid19: the solution is LOVE https://4uni2c.com/2020/04/29/covid19-the-solution-is/

Covid19: Mereka adalah jihadis https://4uni2c.com/2020/03/25/covid19-mereka-adalah-jihadis/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.

Covid19: the solution is LOVE

•2020-04-29 • Leave a Comment
LOVE and only LOVE is the most powerful force beyond imagination 🌹

2020 April 29 (Rabu)

B e r s a m b u n g ……

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Covid19: Bencana sejagat (ujian keatas iman umat Islam) https://4uni2c.com/2020/03/13/covid-19-bencana-sejagat/

Covid19: A blessing in disguise https://4uni2c.com/2020/03/20/covid-19-a-blessing-in-disguise/

Covid19: undeniable fact ? https://4uni2c.com/2020/05/07/covid19-undeniable-fact/

Latest enLIGHTenment ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.