Ideologi: komunisma dan kapitalisma

•2020-05-31 • Leave a Comment
Komunis bersikap seperti monyet di dlm video di atas🌹

2020 Mei 31 (Ahad)

Contoh negara yang mempraktikkan ideologi komunisma ialah China.

Contoh negara yang mempraktikkan ideologi kapitalisma ialah Amerika Syarikat.

Walaupun sejak berkurun lamanya majoriti umat manusia percaya bahawa sistem ekonomi kapitalisma lebih baik daripada sistem ekonomi komunisma, namun kini negara China telah berjaya membuktikan bahawa kepercayaan tersebut adalah salah. Sistem komunisma kini terbukti mampu memberi kehidupan yang jauh lebih selesa kepada seluruh umat manusia.

Apa sebabnya sistem komunisma lebih berjaya ?  Sebabnya ialah kerana komunisma lebih mengutamakan kepentingan jemaah daripada kepentingan segelintir manusia yang tamak lagi rakus yang bergelar kapitalis. Islam sentiasa memupuk umatnya supaya hidup secara bejemaah kerana ia membawa berkat kepada suluruh alam.

Almost impossible for USA to have public transports like in China due to its strong capitalistic principle 🌹

Malangnya rata-rata umat Islam hanya mempraktikkan konsep berjemaah dalam aspek ibadat sahaja seperti solat berjemaah. Sedangkan dalam aspek politik dan ekonomi ianya tidak dipraktikkan sebagaimana sepatutnya, mengikut aspirasi Islam. Kewujudan jurang pendapatan yang begitu ketara di dalam masyarakat umat Islam sejagat adalah manifestasi bahawa kepentingan jemaah tidak diutamakan mengikut aspirasi Islam yang sebenarnya.

.

Itu adalah satu perancangan yg dijanjikan oleh PH yg sejajar dengan aspirasi komunisma. Malangnya ia hanyalah janji dicapati.

.

C & P ⬇️

By George Soros

If you are an American not living in a very remote & isolated place, how come you don’t know that :-

🔸 400,000+ Chinese students are studying /living in America and each year they will spend about 30 billion US Dollars in America ?
There is no any other single country that can contribute so much to the American economy & education.
Imagine how many teachers will lose their jobs if these Chinese students are not here?

🔸 Do you know that there are about two million Chinese visitors each year coming to the US?
Do you not notice that all major tourist sites & stores in the US have signs in the Chinese language?
Each Chinese tourist will spend $6,000-$7,000 in America;
imagine how many jobs have been created by that.

🔸 Do you know that China will purchase about 7,000 Boeing aircraft in the next 20 years
(China has already bought thousands of Boeing planes).
Is there any other country that contributes so much to America’s economy?
But the trade war will be a nightmare for Boeing; China will buy more from Airbus now.

🔸 Do you know that besides America and Russia, China is also able to send astronauts to space and has the ability to build a permanent space station?
China is the first country that has landed a probe to the ”dark side” of the moon.

🔸Wonder if you know that the railroad & new trains in Africa built by Chinese are even better than rail / trains in America?
And LA, Boston, NYC all have ordered subway trains made in China and the first group of newly China-built trains have been in operation in Boston subway.
By the way , high speed train systems are all over China with a speed of 350 km/ hour while here in the USA we don’t have any of it. Even in the richest state – California -we don’t have funds to build one.

🔸Do you know that China is the biggest overseas market for three major US automakers ?
In 2017, Buick sold 1,229,804 cars in China, Ford sold 951,396 and Chevrolet sold 538,671.
Isn’t that the dream of any automaker in the world?

🔸Maybe you don’t know that in 2017 China Box office Hollywood movies raked in 3.26 billion US dollars ?
Is there any bigger overseas market for Hollywood ?
Nope.

🔸Do you know that the Chinese have bought many American icon businesses including Forbes Magazine, Chicago Stock Exchange, AMC (2.6 billions), Smith Foods (7.1 b), Legendary movie studio (3.5 b), GE Appliance division (5.4 b), The Waldorf-Astoia (2 b), Ingram Micro )6 b), Motorola (2.9 b), Ritz-Carlton (3.9b).

🔸If you are an American, do you know that the largest foreign holder of U.S. debt is China, which owns more than $1.24 trillion?
Without borrowed money from China, the US government will be closed.

🔸Do you know that without China’s vote, the UN could not pass sanctions against N. Korea?

Obviously people don’t know these facts because they don’t get any positive news from the American media,
no matter if the media is left or right, CNN or FOX.
*American and Western media don’t like to tell people the truth about China. *
They only feed you negatives news about China. 😨

.

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Tiga Khong yg Acik kenal https://4uni2c.com/2013/12/22/kebetulan-13z22-tiga-khong-yang-acik-kenal/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://menafirealiti.wordpress.com

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Ini bukanlah suatu projek yg mustahil dilaksanakan oleh China 🌹

PN

Covid19: kehebatan anda dikagumi

•2020-05-28 • Leave a Comment
🇲🇾segala sifat-sifat mulia yg ada pada diri setiap drpd mereka, membuat hati kita boleh tenteram. Pengorbanan mereka tidak ternilai harganya 💚

2020 Mei 28 (Khamis)

🇲🇾 Video di atas benar benar membuat Acik teruja. Ya, Acik amat teruja dengan sikap mulia frontliners kita itu. Sungguh ketara kehebatan mereka. Walaupun sudah berbulan lamanya, namun mereka masih juga gigih berjuang mempertahankan kita semua dari serangan Covid19.

Kalau tidak ada sifat-sifat mulia pada diri mereka, masakan mereka mampu beristiqamah dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai frontliners. Yang membuat Acik paling teruja ialah dalam masa yang sama mereka juga masih menunaikan ibadat mereka kepada Allah.

Dari manakah mereka mendapat semangat perjuangan yang begitu mantap ? Inilah soalan yang tercetus di dalam pemikiran Acik apabila menonton video di atas. Institusi-institusi pendidikan manakah yang telah berjaya mendisiplinkan mereka hingga begitu mempesonakan kita ?
.

⬆️Mereka (frontliners) itu adalah contoh manusia yang digambarkan di dlm video ini 💚

⬇️ C & P ⬇️

Mengapa mereka yg berumur lebih dari 60 tahun MESTI duduk di rumah & jangan bahayakan diri

Di tulis oleh jururawat yg bekerja dgn ventilators

Bagi mereka yg tidak memahami keadaan semasa dakurung dalam ventilator dan masih berkeras untuk bersiar-siar di kedai, gedung beli-belah, naik bas…

Ventilator BUKAN mask oksigen yg dilekapkan di muka semasa pesakit berbaring atau duduk sambil membaca majalah.

Ventilator untuk Covid-19 kaedah memasukkan gas melalui kerongkong hingga pangkal paru-paru dan kekal di situ sehingga anda SEMBUH atau MATI. Anda meniarap sambil tiub dimasukkan melalui mulut sehingga kerongkong. Tiub disambung kepada mesin paru-paru untuk pernafasan selama 2-3 minggu.

Pesakit TIDAK dapat bercakap atau makan atau kencing atau berak atau bergerak. Nyawa anda bergantung kepada mesin; sama seperti KOMA. Ubat pelali dan ubat tidur diberi untuk menahan sakit

Bagi pesakit muda, setelah 20 hari, berat badan menurun, otot berkurangan, mulut dan tekak sakit, dan berkemungkinan terdapat kesan sampingan pernafasan dan jantung

Inilah sebab mengapa warga emas atau mereka yg lemah tidak mampu menjalani kaedah ventilator

Covid19 bukan demam selsema.

Untuk makan tiub disambung terus ke perut, minum melalui tiub di hidung, ubat melalui tiub ke saluran darah, beg dilekatkan pada punggong untuk berak cair, tiub dari pundi kencing, wayar pada dada dan tangan untuk tekanan darah dan jantung, sekumpulan jururawat untuk membetulkan kedudukan tangan dan kaki, terlantar di atas tilam berisi air ais untuk menurunkan suhu yg kini melebihi 104 darjah.

Warga emas, USAH KELUAR dari rumah. Hindari keseksaan di dunia

Terjemahan oleh Net Biz

Wallahualam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Covid19: Mereka adalah jihadis https://4uni2c.com/2020/03/25/covid19-mereka-adalah-jihadis/

Covid19: the solution is LOVE https://4uni2c.com/2020/04/29/covid19-the-solution-is/

Covid19: bencana sejahat https://4uni2c.com/2020/03/13/covid-19-bencana-sejagat/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN

Salam Aidilfitri 1441H

•2020-05-23 • Leave a Comment

🇲🇾 Dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir dan batin 💚

Semoga semua dosa diampuni Yg Kuasa ⬆️

(Terbitan 2020 Mei 24 -Ahad)

Drpd:

A Jalil A Rahman, Cikgu Endon & anak2, Saujana Damansara

⬇️ Berdoalah kpd Rabul Ilahi

⬆️ Agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Tahun di muka boleh berjumpa lagi ♥️
⬆️ Rukun Islam lima perkara. Solat mesti dijaga sepanjang masa🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Selamat tinggal Ramadhan https://4uni2c.com/2020/05/21/agama-selamat-tinggal-ramadhan/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.

Agama: Selamat tinggal Ramadhan

•2020-05-21 • Leave a Comment
Semoga ketemu semula kita di tahun
medatang, insyaAllah ! 🌷

(Terbitan 2020 Mei 21 – Khamis)

Al-‘Ashr 103:1-3
(1) وَٱلْعَصْرِ
(2) إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَفِى خُسْرٍ
(3) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ

Malay – Abdullah Muhammad Basmeih

(1) Demi Masa!
(2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
(3) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Salam Aidilfitri 1441H https://4uni2c.com/2020/05/23/salam-aidilfitri-1441h/

Politik: biarlah beradab !

•2020-05-19 • 1 Comment

🇲🇾 MP kata Parlimen sampah ❓

(Terbitan 2020 Mei 19 – Selasa)

🇲🇾  Sebagai seorang CoM (citizen of Malaysia) Acik mempunyai rasa cinta kepada negara Malaysia. Acik percaya bahawa CoM yang lain pun sama. Rasa cinta tersebut ada yang tebal dan ada yang nipis bagi citizen yang berbeza. Namun, ianya tetap wujud di dalam jiwa setiap individu yang mengiktiraf dirinya sebagai CoM.

Walaupun Acik hanya CoM yang biasa-biasa saja, namun Acik agak sensitif dengan apa apa saja yang (mengikut pertimbangan akal budi Acik) berunsur negatif terhadap negara. Bagi Acik, CoM yang bergelar YB (Yang Berhormat) adalah individu-individu yang memiliki rasa cinta yang tebal terhadap negara ini. Bukan saja jauh lebih tebal daripada Acik, bahkan daripada majoriti rakyat Malaysia yang lain.

Gelaran YB yang disandang mereka itu, adalah manifestasi bahawa persepsi ramai CoM terhadap mereka, sangat positif. Mereka dipercayai sebagai CoM yang bukan saja mesra rakyat, bahkan CoM yang banyak memahami tentang faktor-faktor yang boleh menjamin kemajuan dan keamanan negara.

Di dalam sistem pentadbiran negara, YB-YB adalah CoM yang sangat penting peranannya. Sepasukan YB yang hebat akan mampu mencetuskan perubahan positif yang ketara kepada negara. Dalam masa yang tidak lama saja, rakyat sudah boleh merasai nikmat daripada perubahan yang dicetuskan itu. Contoh pasukan YB-YB hebat mentadbir negara ialah PN sekarang. Kejayaan menangani pandamik Covid19 adalah hasilnya sebagai bukti ketara.

Sebaliknya, jika pasukan YBYB yang mentadbir negara bukan CoM yang hebat, maka dalam masa yang sengkat saja rakyat akan merempat. Contoh ialah semasa di bawah pentadbiran PH dahulu dimana yang memerintah ialah pasukan YB-YB yang tak hebat. Bermacam-macam kesusahan yang rakyat terpaksa tanggung sebagai akibat.

Jika dalam sukan, peranan pembuat peraturan bagi jenis sukan tersebut sangatlah penting. Sukan bolasepak contohnya. Mereka yang mencipta segala peraturan bagi sukan tersebut adalah tersangat penting sumbangannya. Jika tidak masakan sukan bolasepak boleh menjadi begitu popular sekarang ini.
.

Komen dari netizen ⬇️

⬇️ ⬇️ ⬇️ ⬇️ ⬇️ ⬇️ ⬇️ ⬇️ ⬇️ ⬇️ ⬇️ ⬇️ ⬇️ ⬇️ ⬇️ ⬇️

1. ⬇️

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3256307904413245&id=100001022016761

2 ⬇️

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Seorang Ahli Parlimen dan seorang mantan Menteri. “Bagaikan meludah ke langit” 🌷

.

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Taatilah perintah YDPA https://4uni2c.com/2020/03/01/politik-taatilah-perintah-ydpa/

Angkara lompat parti https://4uni2c.com/2020/02/27/politik-angkara-lompat-parti/

Lompat parti haruskah https://4uni2c.com/2018/05/15/pru14-lompat-parti-haruskah/

Kutuk mengutuk bukan budaya Melayu https://4uni2c.com/2017/09/06/kutuk-mengutuk-bukan-budaya-melayu/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN

Covid19: Masjid mula dibuka

•2020-05-16 • Leave a Comment
Semoga Allah melindungi tetamuNya yg bertawakal kpdNya, insyaAllah ❤️

2020 Mei 16 (Sabtu)

Segala justifikasi dlm video ini wajar dikaji utk pembaikan institusi masjid seluruh Malaysia. 🌷

🇲🇾 Semalam (2020 Mei 15) dah ada beberapa buah masjid di Malaysia yang telah mula mengadakan balik solat Jumaat. Bagi kaki-kaki solat berjemaah, ini tentulah sesuatu fenomina yang ditunggu-tunggu. Namun, hanya segelintir sahaja daripada mereka yang telah berpeluang menjadi tetamu Allah itu. Yang selainnya (termasuk Acik) hanya masih layak menjadi tetamu Tesco dan pasaraya besar sahaja.

Kini telah terbukti bahawa umat Islam Malaysia rata-ratanya adalah patuh ulul amri (law abiding citizen). Ini adalah manifestasi mereka yakin kepada kebijaksanaan institusi (ulul amri) tersebut. Dengan kata lain, tak ada yang bantah apa-apa, walaupun solat fardu Jumaat tak dibuat berminggu-minggu kerana masjid ditutup atas perintah ulul amri.

Video diatas (Acik percaya), dihasilkan adalah supaya kaki-kaki masjid tidak merasa bersalah kerana lama tidak menziarahi rumah Allah. Bersolat di rumah sendiri tentulah tak seafdhal dengan bersolat di rumah Allah. Lebih-lebih lagilah di ketika Allah sedang menguji manusia sejagat dengan bencana besar seperti Covid19 sekarang. Itulah agaknya kepercayaan majoriti kaki-kaki berjemaah yang fanatik agama.

Bagi anggota penting dalam tim ulul amri yang bebas dari kefanatikan, mungkin tersedik juga di hati masing-masing sekelumit perasaan bersalah berkaitan dengan penutupan masjid. Semoga video yang sama juga mampu menyahkan rasa bersalah tersebut dari hati masing-masing.

Tujuan PenCERAHan Acik ini bukanlah kerana kesal dengan apa yang telah berlaku. Kerana Islam melarang menyesali terhadap perkara yang telah berlaku. Iaitu dengan mengatakan, “kalaulah dibuat begini (atau begitu), tentulah perkara (negatif) itu tak berlaku”.

Sebaliknya, Acik ingin merekodkan beberapa harapan Acik terhadap institusi masjid dan surau pasca Covid19 nanti. Pertamanya Acik harap, beberapa ciri-ciri masjid biarlah dikembalikan kepada yang lama. Contohnya, seperti ciri-ciri masjid di zaman Acik budak-budak dahulu.
.

Di zaman Acik masih budak-budak dahulu, masjid dibukan 24 jam sehari. Walaupun pintu dan tingkapnya ditutup selepas selesai solat fardu Isya, namun pintunya tidak dikunci. Hanya sekadar ditutup rapat saja supaya tidak ada binatang liar masuk.

Menjelang subuh esok paginya, mana-mana kaki masjid pun boleh datang awal dan memasuki masjid. Beliau secara sukarela akan membuka lampu-lampu dan tingkap-tingkap masjid. Tak perlu menunggu Siak atau Bilal atau Imam datang baru masjid dibuka.

Bagi mempraktikkan jadual masjid dibuka 24 jam, maka kenalah ada SOPnya. Pertama, masjid janganlah dijadikan gedung menyimpan barang-barang berharga.

Kedua, setiap masjid hendaklah memasang jaga sepanjang malam. Kalau tak mampu mengupah jaga professional, mungkin boleh ditugaskan dua orang di kalangan kaki-kaki masjid, beriktikaf di antara Isya dan Subuh mengikut giliran. Cukuplah dengan menghadiahkan mereka sedikit sagu hati tanda penghargaan ke atas tugas ikhlas mereka itu.

Lebih efektif jika tugas jaga diamanahkan kepada dua orang siak. Dengan dibayar upah yang cukup untuk mereka hidup selesa, mereka tak perlu buat kerja part time (sampingan) bagi menampung kekurangan pendapatan mereka. Mudah-mudahan mereka akan menjadi anak muda yang hatinya tertambat dengan masjid.

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Masjid: sumber berbagai tauladan https://4uni2c.com/2019/10/11/masjid-sumber-berbagai-tauladan/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.

Selamat Hari Guru !

•2020-05-15 • Leave a Comment

(Terbitan 2020 Mei 15 – Jumaat)

Informasi yg relevan ⬇️

Bukan salah guru ⬇️

Ibu adalah guru yg paling berkesan kpd anak. Sikap buruk anak mungkin diwarithi dari ibunya sendiri 🌶️

B e r s a m b u n g.. … ..

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Dasar PPSMI https://4uni2c.com/2013/01/31/4uni2c13131-dasar-ppsmi-dan-menteri-yang-gopoh/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN

Covid19: sembuh selepas di ICU 45 hari

•2020-05-12 • Leave a Comment
Mangsa Covid19 (Malaysia) diraikan semasa keluar dari hospital Argentina 🌷

2020 Mei 12 (Selasa)

Bapa mertua beliau (Zahid) yg tua lagi berpenyakit, sembuh dahulu. Beliau yang muda lagi sihat, masuk ICU 🌷

B e r s a m b u n g ……

Kesembuhan beliau adalah manifestasi bahawa hidup dan mati itu ketentuan Allah. Manusia sekadar mampu berikhtiar saja. 🌷

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Covid19: mesej yg tersirat https://4uni2c.com/2020/04/16/covid19-mesej-yg-tersirat/

Agama: bersedekah cara terpuji

•2020-05-11 • Leave a Comment
wajar dipraktikkan oleh semua masyarakat Islam di seluruh Malaysia 🌷

2020 Mei 11 (Isnin)

🇲🇾 Bersedekah sangat digalakkan dalam Islam. Ia boleh memupuk rasa kasih sayang diantara sesama manusia. Tidak ada orang jatuh miskin akibat rajin bersedekah. Sebaliknya ramai pemberi sedekah yang percaya bahawa rezekinya murah adalah kerana keberkatan dari sedekahnya itu.

Namun, perlulah di ingatkan bahawa cara melaksanakan sedekah juga penting diawasi. Jika sedekah tidak dilaku dengan niat dan cara yang betul, maka akan rugilah si pemberi sedekah itu.

Contohnya, tanpa berniat kerana Allah, maka pemberi sedekah berkenaan akan rugi kerana tidak mendapat apa-apa pahala. Sebaliknya, jika niatnya itu kerana nak menunjuk-nunjuk bahawa beliau seorang yang pemurah, maka sedekahnya itu bukan saja sesia malah berdosa.
.

Pemberi tidak maklumkan kpd Penerima akan sedekahnya supaya menambahkan lagi keberkatan sedekahnya itu 🌷
Barangan sedekah (food bank) juga disediakan oleh badan perniagaan ini ♥️

B e r s a m b u n g …..

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Agama: Ibarat makan pisang sedekah https://4uni2c.com/2019/04/10/agama-ibarat-makan-pisang-sedekah/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

Selamat Hari Ibu ❗

•2020-05-10 • Leave a Comment
Ibu adalah segala-galanya dlm kehidupan seorang anak. Janganlah sia-siakan anak akibat jemu mendidikinnya.

2020 Mei 10 (Ahad)

🇲🇾 “Selamat Hari Ibu” Acik ucapkan kepada setiap insan yang berstatus ibu khususnya di Malaysia dan amnya di seluruh dunia ini. Namun bukan atas perspektif mana-mana agama. Video Azzam di atas amat menyentuh perasaan semua kita yang menontonnya. Acik kira begitulah ya !

Bagi Acik, jasa seorang ibu tidak ada tolok bandingnya. Bagi seorang anak ibu adalah segala-galanya. Bukan ayah, bukan nenek, bukan guru dan bukan siapa-siapa tetapi ibu kandungnya jua. Jadi, betapa besarnya jasa ibu kepada seorang anak, hanya Penciptanya (iaitu Allah) jua yang tahu nilai hakikinya.

Anak harus membalas jasa ibu walau sekadar mengukirkan senyuman manis yang menggembirakan hati ibunya ♥️

Seorang anak yang berjaya dalam hidup adalah hasil daripada didikan asas seorang ibu. Anak adalah umpama tepung, ibu adalah acuannya. Jika acuannya itu cantik maka cantiklah kueh yang dihasilkan. Begitulah juga sebaliknya.

Sebagai seorang ayah, Acik tidak berani mendakwa bahawa sumbangan ayah bagi menghasilkan anak-anak yang berjaya bisa melebihi sumbangan ibu. Oleh itu memang sangat wajarlah bagi seorang ibu meraih hasil kejayaan anak-anak lebih daripada seorang ayah. Jadi buat Acik tak ada istilah kecil hati pada ayah jika anak-anak melebihkan ibunya daripada dirinya.
.

Selain daripada menghargai jasa-jasa ibu, Acik percaya bahawa tujuan Hari Ibu juga ialah bagi menyedarkan masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab asas setiap ibu kepada anak-anaknya. Anak-anak adalah ibarat sehelai kain putih. Ibulah individu pertama yang akan mencorakkan kain tersebut agar menjadikannya bernilai tinggi di kemudian hari.

Anak-anak merupakan amanah Allah kepada ibu, bapa dan guru yang sangat berharga. Peranan tiga golongan ini sangatlah penting bagi menentukan tahap kualiti generasi akan datang. Oleh kerana itu, tugas mendidik dan melatih anak-anak supaya menjadi rakyat berguna tidak harus dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.

Sebaliknya ia harus dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Kaedah yang digunapakai haruslah yang paling berkesan. Hala tuju yang disasarkan mestilah tepat dengan aspirasi kecermalangan yang hendak dicapai.
.

Kontroversi Hari Ibu di sisi Islam ❓

Ulama melarang keras meraikan Hari Ibu atas hujah ianya ibadat penganut agama Kristian ❤️

B e r s a m b u n g …….

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Agama: ibarat makan pisang sedekah https://4uni2c.com/2019/04/10/agama-ibarat-makan-pisang-sedekah/

Agama: hukum terhadap sukan berisko tinggi https://4uni2c.com/2020/05/08/agama-sukan-berisko-tinggi/

Ibu yg tak pernah bosan mendidiki anaknya 🌹