Perlembagaan: bolehkah Sultan berpolitik ?

•2017-12-13 • Leave a Comment

Zaid Ibrahim, “Sultan Selangor Tiada Kuasa” –

.

.

..
Acik cuba menghazami (digest) ucapan Datuk Zahid di atas dengan sebaik mungkin. Namun sebagai seorang awam biasa (as a layman) Acik sendiri pun masih ragu-ragu. Apakah kefahaman Acik ini betul ataupun tersasar dari maksud sebenar yang nak disampaikan oleh Datuk Zahid.
.
Acik ni telah belajar sampai peringkat universiti. Itu pun masih belum benar-benar faham tentang hak sebagai seorang rakyat Malaysia mengikut perlembagaan. Betapa pula dengan individu yang kakinya tak pernah sampai ke mana-mana universiti. Lebih-lebih lagilah makcik-makcik dan pakcik-pakcik di kampung yang ummi, yakni yang langsung tak tahu menulis dan membaca.

Apa yang Acik faham dari penerangan Datuk Zahid ialah semua warga negara Malaysia adalah tertakluk di bawah perlembagaan. “Warga negara” yang Acik faham, adalah terdiri dari semua orang yang diiktiraf oleh undang-undang, samada rakyat maupun raja. Jika kefahaman Acik tentang konsep warga negara ini silap, tolonglah betulkan Acik.
.
Bagi Acik perlembagaan merupakan satu dokumen maha penting dalam sesebuah negara. Dalam perlembagaan dinyatakan prinsip-prinsip yang telah diterimapakai untuk dipraktikkan oleh seluruh warga negara negara berkenaan.

Khususnya di Malaysia, maka perlembagaan Malaysia adalah dokumen yang wajib dihormati dan dipatuhi oleh semua warga negara Malaysia. Ia terdiri dari rakyat yang paling bawah hinggalah kepada raja yang paling atas (Agung).

Oleh sebab perlembagaan merupa dokumen paling penting, maka setiap undang-undang yang telah atau yang akan digubal wajiblah sejajar dengan prinsip atau semangat yang termaktub dalam perlembagaan. Dengan perkataan lain tidak boleh berlaku dalam undang-undang lain, apa-apa percanggahan dengan prinsip atau semangat mana-mana peruntukan dalam perlembagaan. Sekiranya berlaku, maka secara tersendirinya (naturally) undang-undang berkenaan itu dikira tidak sah atau terbatal (null and void).
.

Itulah prinsip undang-undang yang Acik faham sejak sekian lama. Namun di sepanjang tempoh hayat Acik ada juga terjumpa undang-undang yang agak bercanggah dengan semangat perlembagaan. Contohnya undang-undang yang melarang melakukan perhimpunan aman. Mungkin ada lagi undang-undang lain yang turut bercanggah dengan semangat perlembagaan. Cuma kita saja yang tidak perasaan.

.
Undang-undang seperti itulah yang membuat Acik selalu tertanya-tanya. Apakah Acik yang salah faham ataupun memang undang-undang itu melanggari prinsip atau semangat perlembagaan. Kalau ia merupakan satu pencabulan terhadap prinsip atau semangat perlembagaan, maka macaman ianya boleh dilulus dan dikuatkuasakan ?
.

.

..
Tentang penglibatan pihak istana (khususnya Sultan) dalam politik, Acik juga faham bahawa ia sesuatu yang tidak sejajar dengan semangat perlembagaan Malaysia. Status raja di Malaysia disebut sebagi Raja Berpelembagaan.
.
Raja berperlembagaan ialah raja yang mengikuti ciri-ciri yang ditetapkan di dalam perlembagaan. Raja sekarang jauh berbeza dari raja di zaman kesultanan Melayu Melaka (1402-1511) dahulu.
.
Pada zaman itu memanglah raja sebagai pemegang kuasa eksekutif yang paling tinggi. Walaupun jawatan raja berkenaan diwarithi dari raja sebelumnya, namun rakyat rata-rata redha atas perlantikan baginda. Itu mengikut sistem pemerintahan beraja ketika itu.
.

Raja ketika itu sangat aktif dalam urusan pentadbiran harian negari. Baginda dibantu oleh bendahara, temenggung, laksamana dan pembesar-pembesar istana yang lain. Sistem pemerintahan negeri masa itu amat jauh berbeza dengan sistem pemerintahan Malaysia sekarang.
.
Di Malaysia kini kuasa eksekutif bukan lagi di tangan raja atau sultan. Eksekutif paling tinggi di Makaysia ialah PM (Perdana Menteri). Jawatan PM bukan diwarithi seperti jawatan Sultan. PM ditentukan melalui mekanisma demokrasi. Secara tak langsung, yang melantik PM adalah rakyat.
.

Oleh sebab PM dilantik oleh rakyat, maka secara rasionalnya yang layak memecat beliau ialah rakyat. Selain dari (majoriti) rakyat, tidak ada mana-mana individu yang berhak menentukan siapa yang patut menjadi PM atau memecat PM yang telah dilantik.
.

Bangsa Inggeris terbukti sangat bijak mentadbir tanah-tanah jajahannya. Sistem beraja di negeri jajahannya dikekalkan. Cuma batang tubuh raja saja yang ditukar ganti. Yang degil dan tidak mau mengikuti telunjuknya disingkir dan digantikan dengan yang sanggup bersekongkol dengannya.
.
Sistem raja berpelembagaan adalah hasil ciptaan Inggeris. Ia dianggap mekanisma paling praktikal bagi menjamin kewujudan raja-raja Melayu terus berkekalan sehingga hari kiamat. Caranya ialah dengan mengecualikan raja-raja dari terlibat dalam kancah politik.
.
Bagi mengukuhkan lagi kedudukan raja, khususnya di Malaysia, Inggeris memertabatkan raja sebagai ketua agama. Ini bermakna raja lebih berautoriti memutuskan sesuatu fatwa berbanding dengan Mufti.
.

Selain dari Itu, Inggeris juga terus mengekalkan raja di negaranya sendiri. Ini merupakan satu strategi penting ke arah pengekalan sistem beraja di negara-negara bekas jajahannya. Acik percaya jika Inggeris menghapuskan rajanya, maka lambat laun negara-negara bekas jajahan Inggeris juga akan mengambil tindakan yang sama.
.
Dalam zaman serba moden ini manusia tidak lagi mahu ketinggalan dari kemajuan. Segala faktor yang dianggap sebagai penghalang kemajuan akan dinyahkan dengan seberapa segera yang mungkin. Bukan saja faktor yang akan dinyahkan, bahkan seluruh sistem juga mungkin digantikan dengan sistem yang baru.
.
Contohnya dari sistem monarki ditukar kepada sistem republik, dari sistem kapitalis ditukar kepada sistem sosialis dan sebagainya. Sejarah telah pun membuktikan bahawa perubahan tersebut telah berlaku di beberapa negara, baik di barat maupun di timur.
.

.

B e r s a m b u n g. ….

.

PenCERAHan yang relevan:

Asal usul makna Melayu :

https://4uni2c.com/2017/01/15/asal-usul-makna-melayu/

.

Kutuk mengutuk bukan budaya Melayu :

PRU14: Kutuk mengutuk bukan budaya Melayu

.

Syurga seorang isteri

•2017-12-07 • Leave a Comment

Yg ramai isteri kurang yakin dengannya

(Terbitan 2017.12.07)

C & P ⬇️

dari WA seorang sahabat #170401

Untuk isteri yang sering alpa

Dugaan paling besar adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.

😊😊😊🌷🌹🌷🌹🌷🌹🌷
Copy paste..
Moga mdpt manfaat

Tulisan Fauziah Hashim

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Wajarkah haramkan poligami ? https://4uni2c.com/2017/01/28/wajarkah-haramkan-poligami/ .

Peluang isteri gandakan pahala https://4uni2c.com/2020/04/18/covid19-peluang-isteri-gandakan-pahala/

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

.

.
PN.

Kisah si buta yang celik

•2017-12-05 • 1 Comment

Si Buta Yang Celik .

Kononnya di sebuah kampong yang agak jauh dari sebuah bandar ada dua orang insan cacat. Seorang buta dan seorang lagi capek. Mereka adalah individu istimewa jika mengikut istilah moden. Yang buta bergelar Man Kelam manakala yang capek bergelar Mid Tempang.

Pada kacamata kasar masyarakat kampong tempat mereka tinggal, mereka adalah sepasang aikon (icon). Dalam bahasa Melayu lama, mereka umpama isi dengan kuku. Kata orang seni pula mereka bagai irama dan lagu. Kata orang dalam bidang perubatan, mereka bagai kembar siam. Bagi orang ekonomi pula mereka diumpamakan seperti kereta dengan minyak (petrol/disel).

Pendek kata, hubungan mereka ini adalah tersangat intim seolah-olah seorang tak ada guna hidup jika tanpa kehadiran seorang lagi. Namun, itu cuma persepsi berdasarkan pandangan luar semata-mata. Hakikatnya, Allah jua yang tahu.

Kononnya kedua-dua insan istimewa ini telah memeterai suatu MoU (Memorandum of Understanding) sejak sekian lama. MoU tersebut amat menguntungkan kedua-dua belah pihak, lebih dari yang dijangkakan. Jika dalam istilah motivasi ia telah mencetuskan apa yang diistilahkan sebagai suatu sinergi.

Maksud sinergi ialah seperti memasukkan seekor kucing yang comel ke dalam satu sangkar, yangmana di dalamnya sudah sedia ada seekor kucing lain yang tidak kurang comelnya. Biasanya, mengikut ilmu arismatik (matematik rendah), bila satu di tambah dengan satu, maka hasilnya ialah dua. Namun dalam kes kucing di atas, seekor kucing (betina) ditambah dengan seekor lagi kucing (jantan), bukan sekadar menjadi bilangannya dua ekor kucing, malah menhasilkan tiga ekor kucing.

Maka inilah konsep sinergi yang ingin Acik perkenalkan. Tapi dalam hubungan intim antara Man Kelam dan Mid Tempang sinerginya tentulah tak sama macam sinergi bagi kucing tadi. Kandungan MoU yang dimeterai oleh Man Kelam dengan Mid Tempang yang dimaksudkan itu, sudah tentulah yang memberi munafaat kepada kedua-dua belah pihak.

Man yang bertubuh sasa serta tinggi lampai merupakan kekuatan kepada kesepakatan mereka. Manakala Mid yang bermata terang, pandai membaca serta bertubuh kecil, adalah kekuatan tersendiri di sudut lain pula.

Man bersetuju dengan rela hati untuk menjadi kenderaan bagi Mid. Mid pula bersetuju dengan rela hati untuk menjadi derebar (pemandu) dan mata kepala bagi Man.

Dengan kerelaan dan kebijaksanaa mereka menggabungkan kekuatan yang dianugerahi oleh Allah kepada diri masing-masing, maka berlipat gandalah jadinya nilai hidup masing-masing, selepas MoU tersebut dimeterai dan mula dikuatkuasakan..

Setiap hari Man akan ke rumah Mid di awal pagi. Bila tiba saja di rumah Mid biasanya mereka akan bersama-sama bersarapan pagi dahulu dengan apa saja yang sempat disediakan oleh ibu Mid yang amat terkenal dengan sifat pemurahnya itu.

Ketika menikmati sarapan itulah Mid dan Man berbincang dan merancang aktiviti hidup mereka untuk hari itu. Kadang-kadang mereka ke sungai. Kadang-kadang ke pantai. Kadang-kadang ke bendang. Dan kadang-kadang ke padang untuk bergaul dengan rakan-rakan sekampung yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak antara kampung mereka dengan kampung jiran.

Kepetahan Mid bercakap dan berborak dengan kawan-kawannya, mampu membuat Man rasa tak tersisih langsung dari kawan-kawannya yang normal. Sekali sekala dalam perbualannya dengan rakan-rakan mereka Mid akan mengaitkan nama Man di mana relevan hingga Man sentiasa merasai kehadirannya diraikan.

Sebaik selesai sarapan pagi Man akan mencempung Mid lalu meletakkan si kerdil itu di atas tengkuknya. Kedua-dua kaki Mid yang capek itu akan berjuntai ke bawah dan berehat di atas dada Man. Kaki Mid yang kanan teletak di atas dada Man sebelah kanan, manakala kaki kiri Mid pula terletak di atas dada Man sebelah kiri.

Ketinggian yang dimiliki oleh Man memang sangat menguntungkan mereka terutama dalam musim buah-buah kayu sedang masak. Dengan galah yang kontot (pendek) pun Mid dah boleh mengait buah mangga dan rambutan dari atas pokok.

Kadang-kadang memang buah-buah kayu yang mereka kait adalah dengan izin tuan empunya pokok. Tapi kerap juga Mid saja yang mendakwa bahawa tuan pokok telahpun memberi izin kepada beliau (Mid) ketika ketiadaan Man.

Mid tahu sangat tentang kewara’an Man. Beliau (Man) tidak akan makan apa-apa makanan selagi beliau tidak yakin bahawa apa yang nak dimakannya adalah benda yang halal dari segi zat dan sumbernya.

Pada suatu hari Mid beriya-iya sangat mengajak Man menerokai kawasan di hulu sungai yang agak berjauhan dari kampung mereka. Kata Mid, di sana ada sebuah sumur yang sering dikunjungi oleh gajah-gajah liar.

Mula-mula Man agak keberatan. Memang beliau (Man) sendiri pun sangat berminat nak berkenalan dengan binatang terbesar itu. Tapi beliau bimbang tentang keselamatan dirinya dan diri Mid sendiri.Walaubagaimana pun, setalah diperlemahi Mid dengan berbagai-bagai pujukan dan rayuan, akhirnya Man pun mengalah dan bersetuju dengan cadangan Mid tu.

Faktor yang membuat Man mengalah kepada Mid ialah bila Mid mendakwa bahawa memang menjadi resmi gajah liar, ia tidak akan mengapa-apakan mana-mana kumpulan sekiranya dalam kumpulan itu ada seorang yang buta. Kononnya, sebagai binatang yang tinggi moralnya, gajah malu untuk mengapa-apakan maknusia yang dianggap istimewa oleh bangsanya (maknusia) sendiri.

Perjalanan ke kawasan hulu sungai memang sangat mencabar. Yang amat terasa kepenatannya ialah Man. Sedangkan Mid taklah rasa apa-apa pun sebab kaki yang berjalan ialah kaki Man.

Walaupun agak letih, Man tetap tabah kerana patuh kepada MoU yang telah dimeterai bersama dengan Mid. Seboleh-bolehnya Man akan berusaha bagi menepati spesifikasi kerjasama yang termaktub di dalam MoU tersebut.

Telinga Man jauh lebih tajam dari telinga Mid. Ini suatu kelebihan yang Allah beri kepada Man sebagai ganti kepada daya lihat yang tidak diberiNya kepada Man. Oleh itu Man lebih dahulu merasa lega dari Mid.

Senyum sengih Man membuat Mid hairan lalu bertanya Mid kepada Man sambil bergurau, “apa yang hang nampak tu Man, senyum semacam ja ?

Nampak tu tak mungkinlah sebab aku ni buta, tapi aku dah boleh dengar bunyi air sungai yang kita nak pi tu. Dah tak jauh dah kan ?” jawab Man kepada soalan guraun Mid tu.

Sebenarnya tempat yang Mid ajak Man pergi tu bukan sekadar sungai, tetapi sebuah air terjun yang agak jauh dari laluan orang ramai. Ia agak tersembunyi dari masyarakat luar dan belum ada usaha oleh mana-mana pihak untuk mempopularkan air terjut tersebut.

Namun kadang-kadang ada juga pengunjungnya yang terdiri dari remaja, samada lelaki maupun perempuan. Mereka datang dalam kumpulan yang kecil untuk berkelah sambil mandi manda di situ.

Kebetulan pada hari itu yang berkunjung ke situ ialah sepasang pelancung asing. Entah dari negara mana mereka datang, tak siapa yang dapat agak. Mereka dua ekor tu bukan main loklak lagi, kata orang Kedah.

Melalui celah-celah pohon-pohon merbau agak beberapa jarak dari air terjun itu, mata Mid terpukau dan terpaku kepada “binatang” dua ekor yang tak berekor tu. Dahlah mandi tanpa seurat benang pun di tubuh masing-masing, berpeluk-pelukan secara melampau pula tu. Depa ingat dunia ni depa yang punya kut.

Macam orang tak ada kemaluan langsung. Depa tak sedar pula bahawa tak jauh dari depa itu sedang berada dua orang insan Muslim. Betullah yang seorang tu matanya kelam, tapi macam mana dengan yang seorang lagi tu. Mata dia cerah elok.

Tiba-tiba perbualan antara Man dengan Mid putus. Kata setengah orang sebab ada Malaikut lalu kut. Mid membisu seribu bahasa. Seolah-olah ada musuh akan menyerang.

Man terus duduk di atas seketul batu besar yang kebetulan berada dekat dengan tempat dia berdiri. Man mulai merasai ada sesuatu yang bergerak di tengkuknya. Kemudian objek tersebut menjadi bertambah keras.

Tengkuk Man mulai rasa tidak selesa menerima kehadiran objek keras tersebut. Lantaran itu Man pun bertanya memecah kesunyian “Apa yang hang dok tengok tu Mid ?

Aku dok tengok gajah mandi. Ramainya gajah….! ” jawab Mid dengan nada yang agak dibuat-buat.

Dengan tak disangka-sangkan oleh Mid, Man tiba-tiba menyergah, “Hang dok tengok gajah kah hang dok tengok pompuan mandi telanjang ?

Baik hang habaq betui-betui Mid, apa yang hang dok tengok tu. Kalau tak, aku hempaih hang ataih batu ni !” Sambung Man lagi sambil bangun berdiri dari duduknya.

Mentang-mentang aku ni buta hang ingat hang boleh tipu aku hidup-hidup ?. Hang tau tak, kami yang buta mata ni hati kami tak buta. Bukan macam hangpa, mata hangpa tak buta tapi hati hampa buta!” kata Man lagi sambil menggongcang Mid dengan agak kuat.

Tolong Man ! Tolong jangan hempaih aku. Chelaka punya mat saleh tu. Mai buat apa tak tau kat sini. Aku pula yang susah !” respon Mid merayu ehsan dari Man sambil cuba menyalahkan “binatang” dua ekor yang diperhatinya dengan penuh minat sejak tadi.

Mid memang cemas sungguh dengan ancaman Man yang disokong oleh gerakan fisikalnya tu. “Silap-silap haribulan dilanyaknya aku macam dia kata tu. Kalau dia tinggal aku kat sini saja pun, mampuih aku” berkata Mid dalam hati. Sambil tu Mid berdoa, minta agar Allah ampunkan dosanya. Harap-harap Man tak hilang akal hingga tergamak melakukan sesuatu yang tak senonoh ke atas dirinya yang lemah itu.

Tak pa Man nanti aku cerita kat hang apa yang aku betui-betui nampak. Jom kita balik !” kata Mid dengan nada sedikit ceria kepada Man untuk berkompromi dengan beliau yang tengah meradang tu. Tanpa menyahut kata-kata Mid tu, Man membuat pusingan U serta merta dan beredar dari situ.

Pagi esoknya Man tak lagi bertandang ke rumah Mid bagi menjemput Mid seperti lazimnya. Sebaliknya selepas solat subuh berjumaah di masjid, Man terus saja beriktikaf hingga lewat pagi.

Pada malamnya pula, Man hanya ke masjid bersendirian tanpa Mid. Ini menimbulkan satu kelainan pada kacamata Pak Awang Selamat (PAS) dan Pakcik Rahmat (PR). Mereka berdua ni adalah antara ahli-ahli jumaah masjid tersebut yang paling peka terhadap pasangan intim Mid dan Man itu.

Bagi Man pula, mereka berdua dianggapnya sebagai tempat merujuk bila ada apa-apa masaalah yang dihadapi. Sehingga kini belum pernah aduan Man mereka abaikan. Pendek kata, mereka sangat sayang kepada Man.

Walaupun mata kasarnya kelam tapi mati hatinya lebih cerah dari kita”, itulah ungkapan yang selalu keluar dari mulut PAS dan PR tentang diri Man.

Bila mereka ternampak Man sedang duduk melengung seorang diri di penjuru masjid tanpa Mid, maka timbullah tanda tanya di hati mereka. “Malam semalam pun Man macam tu jugak, dok melengung sorang-sorang, tentu ada pasai antara depa berdua”, spekulasi PAS dan PR dalam hati mereka.

Lalu mereka pun pergi menghampiri Man. Apabila ditanya kenapa Mid tak datang masjid malam tu, bagi Man umpama si mengantuk disorongkan bantal. Maka dia pun dengan terus terang menceritakan apa yang telah berlaku semalam antara dia dengan Mid dari Alif hingga Ya.

Hak lain saya boleh berkira lagi Pak Mat. Tapi yang saya tak boleh biaq ialah bila dia tipu saya hidup-hidup. Nak pi tengok gajah konon, …. bohong ! Yang dia gatai sangat nak pi tengok tu bukannya gajah tapi orang beromen. Saya ni dia buat macam barua dia. Menyesai saya berkawan dengan orang macam tu” Itulah luahan hati Man yang dilepaskannya kepada PAS dan PR, rakan arwah ayahnya yang sangat dihormati itu.

Sabaqlah Man…., bukan salah hang pun berkawan dengan orang macam Mid tu. Sekurang-kurangnya niat ikhlas hang nak tolong dia tu, Allah dah tuleh pahala kat hang“.

Sebenaknya Man, kami memang awai-awai dulu pun dah agak dah yang hang tak akan kekai lama berkawan dengan Mid itu. Sebab kami tau dia tu sebiji macam arwah bapak dia. 10 yang dia cakap yang betui betui bulih pakai kut satu dua saja.8 atau 9 lagi tu temberang belaka, Tapi kami saja tak maulah komplen apa-apa kat hang, sebab kami masih harap dia akan betukaq jadi baik bila dah bekawan rapat dengan hang

Kami doa, bukan tak doa untuk dia. Tapi nampaknya tuhan belum bukak pintu hati dia, apa kita bulih buat. Biaq pi kat dialah Man.Kalau kami betui-betui nak cerita kat hang pasai Mid buat taik, banyak lagi. Tapi biaqlah, takdak guna apa-apa pun cerita pasai buruk orang. Hak lepaih tu biarlah lepaih”, nasihat PAS kepada Man bagi pihak dirinya sendiri dan bagi pihak PR.

Sejak dari itu Man dan Mid tak lagi macam dulu. Kata orang, mereka dah berpatah arang dan berkerat rotan.

Man berasa hidupnya kini lebih selesa dari dulu. MoU yang dimeterai dengan Mid kekal sebagai ingatan sahaja. Dia dah bagi kepercayaan sepenuh hati kepada Mid untuk membimbing dia ke arah destinasi yang menjanjikan menafaat terbaik untuk dinikmati bersama. Malangnya mandat yang diamanahkan kepada Mid disalahgunakan.

Apa guna mendokong kepten macam Mid tu. Man Kini benar-benar dah insaf. Kini mulalah dia merapatkan diri kepada Pak Awang Selamat (PAS) dan Pak Rahmat (PR). Man mula yakin bahawa PAS dan PR saja yang ikhlas dan mampu menyelamatkan orang-orang yang lemah sepertinya dari ditipu dan terus ditipu oleh penipu samada yang berlesen maupun penipu haram.

.

.

The moral of the story .

.

Rakyat adalah terbahagi kepada dua iaitu yang memimpin dan yang dipimpin. Mandat untuk memerintah negara itu wajarlah berada dalam tangan pemimpin yang jujur, bukan pemimpin yang cerdik tapi penipu.

Kita rakyat Malaysia adalah umpama Man Kelam di dalam CEREKANA di atas. Manakala pemimpin pula adalah umpama Mid Tempang. Macam mana Mid memerlukan sokongan dan dokongan Man, begitulah juga pemimpin kita memerlukan sokongan dan dokongan kita (rakyat) untuk memerintah.

Sebagai rakyat sebuah negara yang sudah lama merdeka, kita tidak harus lagi bodoh dan dayus. Maka kita harus bijak menilai sendiri pemimpin-pemimpin semasa kita. Bukan menilai mengikut selera bekas pemimpin-pemimpin yang dah luput tempohnya (expired).

Sekiranya kita dapati pemimpin kita menipu, maka kita sendirilah yang wajar mengambil inisiatif untuk menegur dan membaikinya. Sekiranya kita sudah memberi peluang yang cukup kepadanya, tapi masih juga tidak nampak sebarang perubahan positif berlaku, maka kita tidak harus takut untuk memecatnya.

Tindakan kita memecat mana-mana pemimpin tidak harus atas hasutan mana-mana pihak. Lebih-lebih lagi atas hasutan mana-mana bekas pemimpin yang dahulu. Ini kerana objektif mereka mungkin demi mengekalkan legasi yang mereka bina di era kepemimpinan mereka dahulu. Dengan kata lain, demi kepentingan anak beranak dan kroninya. Bukan ikhlas untuk kebaikan kita.

Disamping kita tidak takut untuk memecat pemimpin yang tidak jujur, dalam masa yang sama kita juga tidak perlu bimbang untuk mengekalkan pemimpin yang masih jujur dan relevan melalui PRU14 nanti.

Kita juga tak perlu mentabalkan semula pemimpin yang pernah mempelemahkan rakyat dengan dasar pengswastaan semasa mereka berkuasa dahulu hingga berjaya menjadikan anak pinak dan kroni mereka jutawan besar. Sedangkan ramai rakyat masih merempat hingga perlukan kepada BR1M sebagai “panadol”.

Jika Man seorang OKU pun bijak mengesan penipuan terhadapnya, mengapakah kita yang normal ni tidak pandai mengesan penipuan terhadap diri kita ?

Oleh itu Acik menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak redha dengan apa-apa juga strategi penipuan dan bentuk eksloitasi yang memperbodohkan rakyat.

Perlulah disedari bahawa menipu rakyat bukan saja menjadi strategi bagi pemimpin yang sedang mempertahankan kuasanya. Malah ia juga menjadi strategi penting bagi mereka yang sedang beriya-iya merebut kuasa dari yang sedang berkuasa.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah membuang undi dalam PRU14 nanti. Jangan pula akibat tersalah undi nanti akan terjadi seperti yang dikejar tak dapat, yang kendong keciciran. Atau terjadi seperti bagai tikus membaiki labu terhadap sistem pentadbiran negara tercinta sekarang.

.

Wallahualam .

.

UPSR : ke mana selepasnya ?

•2017-11-27 • Leave a Comment

.

UPSR : Ke mana selepasnya ?

🇲🇾 Jika sekiranya ada ibu bapa yang meminta nasihat Acik tentang sekolah yang harus dimasuki anaknya selepas UPSR, nescaya Acik syorkan ke SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) atau ke SMK. Namun begitu, jika beliau masih juga nak hantar anaknya ke mana-mana tahfiz swasta, maka itu terpulanglah kepada beliau sendiri. Kerana, apa yang Acik syorkan itu adalah mengikut penilaian peribadi Acik sendiri. Ia dengan mengambil kira pengalaman Acik mendidik 10 orang anak dahulu.

Acik bukanlah menyimpan prejudis buta terhadap sistem tahfiz. Cuma Acik agak skeptical (ragu-ragu) terhadap kemampuan kebanyakan tahfiz yang wujud, khususnya di dalam negara kita. Kemampuan itu adalah merangkumi pelbagai aspek.

Antaranya ialah premis atau bangunan dimana institusi tahfiz berkenaan beroperasi. Rata-rata atau kebanyakan premis tahfiz-tahfiz di Malaysia adalah kurang kondusif bagi aktiviti pendidikan. Jika dibandingkan dengan premis SMKA dan SMK, perbezaannya adalah agak ketara.

Namun Acik taklah menafikan langsung tentang kewujudan segelintir tahfiz elite yang serba lengkap. Bagi tahfiz kategori ini Acik tidak nafi bahawa ia juga antara pilihan terbaik untuk anak kita. Cuma ia agak selektif (memilih). Hanya murid yang cemerlang saja yang diterima masuk. Selain itu, yurannya juga sangat mahal, di luar kemampuan majoriti ibubapa.

Faktor penting kedua yang kebanyakan tahfiz tidak mampu sediakan ialah tenaga pengajar yang berwibawa dalam bilangan yang mencukupi. Mungkin ada guru-guru yang sangat baik tetapi biasanya mereka tidak akan kekal lama. Ini tidak seperti guru-guru di SMKA dan SMK yang pendapatanya agak lumayan.

Di sini kita tak boleh menafikan hakikat betapa pentingnya faktor ganjaran. Bagi mengikat seseorang pekerja supaya kekal dengan sesebuah institusi, maka gaji yang dibayar haruslah setimpal dengan kualiti pekerja berkenaan.

Namun agak malang kerana kebanyakan tahfiz tidak mampu untuk membayar gaji yang tinggi kepada tenaga pengajarnya. Akhirnya, semua guru-guru yang berkualiti akan berhijrah meninggalkan tahfiz berkenaan. Akibatnya, hanya yang biasa-biasa saja yang kekal sebagai guru di tahfiz berkenaan.

Mungkin ramai ibubapa percaya bahawa semua guru-guru tahfiz adalah berkhidmat semata-mata kerana ikhlas. Oleh itu gaji bukanlah menjadi faktor penting bagi mereka. Asalkan gaji yang mereka dapat itu, cukup sekadar untuk hidup dengan wasatiah (sederhana), mereka sudah rasa lebih dari bersyukur. Namun adakah ini satu realiti ?

Bagi Acik, kepercayaan tersebut hanyalah satu kontrovesi. Guru-guru tahfiz juga adalah insan biasa. Mereka juga inginkan nikmat hidup yang berbagai. Jika rakan-rakan sejawat mereka di SMKA dan SMK suka kepada baju berwarna warni, mereka juga demikian.

Kadang-kala berasa dilema juga Acik bila ada pihak yang datang memohon derma. Kononnya untuk keperluan sekolah tahfiz. Ada tahfiz yang memerlukan bantuan supaya dapat terus beroperasi. Dalam masa yang sama ada pula yang sedang mengumpul dana untuk menubuhkan tahfiz baru.

Bagi Acik, manjalankan sesuatu institusi pendidikan bukanlah satu kerja yang mudah. Ia bukanlah semudah membuka satu perniagaan kedai runcit. Membuka sebuah kedai runcit tidak memerlukan modal yang besar. Jika ia gagal untuk terus beroperasi, kedai runcit itu boleh saja ditutup tanpa implikasi negatif yang besar.

Tetapi bagi menubuhkan sebuah institusi pendidikan, ia bukan saja memerlukan modal besar, malah ia juga memerlukan sebilangan tenaga pengajar yang professional. Penutupan sesebuah institusi pendidikan akan memberi kesan negatif kepada banyak pihak, terutama kepada murid-muridnya. Begitu juga dengan institusi pendidikan yang dalam keadaan tenat, yang ibarat hidup segan mati tak mahu.

.
Anak-anak pada umur 12 tahun kebanyakan belum mampu merancang kehidupan mereka di masa hadapan. Jarang ada anak yang membuat pilihan sendiri, ke sekolah mana mereka harus pergi selepas UPSR. Hampir semua anak-anak di peringkat tersebut redha dengan pilihan ibu bapa untuk mereka.
.
Menyedari hakikat ini ibubapa wajar bersikap jujur dan ikhlas dalam membuat pilihan untuk anaknya. Sekolah yang dipilih untuk memasukkan anaknya hendaklah sekolah yang mampu memberi pendidikan terbaik berdasarkan kemampuan anaknya itu.
.
Bagi anak yang cemerlang dalam UPSR, mungkin SBP (Sekolah Berasrama Penuh) adalah yang paling baik untuknya. Dalam Malaysia sekarang ada 8 buah SPB yang terbilang. Iaitu KMKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar), KTK (Kolej Tengku Kursiah), STAR (Sekolah Tuanku Abdul Rahman), STF (Sekolah Tun Fatimah), SDAR (Sekolah Datuk Abdul Razak), SAS (Sekolah Alam Shah), SSP (Sekolah Sri Puteri) dan KSAH (Kolej Sultan Abdul Halim).
.

.. .. .. .. (Latarbelakang: Kolej Melayu Kuala Kangsar)

Tidak kurang hebat ialah SBP kategori SMKA seperti Kolej Islam Kelang dan SMKA Labu. Maaf jika ada lagi SPB lain yang Acik tak sebut sebab masih di luar pengetahuan Acik.
.
SBP tersebut di atas adalah dalam kategori SMK dan SMKA. Selain dari di atas banyak lagi SBP yang bertaburan di seluruh negara seperti SM Sains dan MRSM (Maktab Rendah Sains Mara). Semua SBP di dalam negara telah terbukti berjaya melahirkan ribuan pelajar yang menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara.
.
Namun, yang mampu memasuki SBP tidaklah ramai. Bukan semua sekolah kebangsaan berjaya menghantar wakil ke mana-mana SBP. Yang berjaya pun hanya mampu menghantar seorang dua saja setiap tahun. Yang lain hanya berjaya menghantar seorang saja dalam tempoh beberapa tahun.
.
Mengetahui hakikat ini, maka tidak peliklah jika majoriti ibubapa tidak terlintas di hati untuk menghantar anaknya ke SBP selepas UPSR. Tapi yang Acik hairan ialah sekiranya ada ibubapa yang menolak tawaran ke SBP yang diterima anaknya. Alasannya ialah semata-mata kerana hendak memasukkan anaknya itu ke sekolah tahfiz swasta. Mudah-mudahan anaknya itu akan menjadi seorang hafiz bakal penjaga agama Allah.
.
Memanglah niat dan hasrat ibubapa tersebut sangat mulia. Ini tidak ramai yang mempertikaikannya. Cuma aspek yang menjadi pertikaikan ramai ialah kredibiliti tahfiz berkenaan dalam merealisasikan aspirasi ibubapa berkenaan.
.
Antara ibubapa yang pelik lagi menghairankan itu ialah Acik sendiriserta isteri. Anak kami yang bongsu itu telah mendapat tawaran untuk ke SBP. Tapi kami menyorok surat tawaran tersebut dari pengetahuan anak kami itu. Kami buat demikian semata-mata sebab hendak memasukkan beliau ke sebuah tahfiz.
.
Cuma tahfiz pilihan kami itu bukanlah tahfiz swasta. Anak kami itu terpaksa melalui proses pemilihan yang agak mencabar. Alhamdulillah, beliau telah berjaya melayakkan diri untuk menjadi salah seorang pelajar di tahfiz berkenaan.
.
Sebenarnya yang beriya-iya sangat nak menjadikan anak Acik itu seorang tahfiz ialah ibubapanya (iaitu Acik dan isteri). Si anak tak berminat pun. Namun demi untuk memuaskan selera ibubapa yang tercinta, maka dipaksarelakan juga hatinya untuk memasuki tahfiz berkenaan.
.

Sebuah peribahasa Inggeris menyebut, “kita boleh berjaya membawa seekor kaldai ke air (tasik, sungai dll) dengan cara paksaan, namun kita tak akan berjaya memaksa ia meminum air itu”. Itulah rupanya yang telah berlaku dengan anak Acik itu. Walaupun Acik dan isteri berjaya memasukkan anak bongsu kami itu ke sebuah tahfiz, namun jika beliau sendiri tidak berminat menjadikan dirinya hafiz, mimpi kami tak akan menjadi realiti.

Tahfiz tempat anak bongsu Acik itu belajar, tidak meninggalkan subjek-subjek akedemik. Subjek-subjek tersebut mungkin tak diajarkan langsung di setengah tahfiz swasta. Ini mungkin dengan tujuan supaya pelajar dapat memberi tumpuan yang penuh kepada hafalan. Mungkin juga tahfiz berkenaan tidak mampu membayar guru bagi mengajar subjek-subjek tersebut.

Berbalik kepada tahfiz tempat anak Acik belajar dulu, walaupun setiap murid dikenakan yuran bulanan RM250, namun hasil dari yuran tersebut saja tidak cukup untuk menampung seluruh kos operasi. Pihak tahfiz masih lagi memerlukan bantuan kerajaan. Tanpa bantuan tersebut agak mustahil baginya beroperasi dengan baik.

Kalau tahfiz tersebut milik swasta sepenuhnya, entah berapa RMratus yuran bulanan yang perlu disediakan oleh setiap ibubapa. Jika tidak, masakan ia mampu bersaing dengan SBP. Malah untuk mencapai kejayaan setaraf dengan SMKA dan SMK biasa pun, mungkin ia tak mampu.
.
Acik percaya ramai ibubapa yang sebenarnya masih kurang pengetahuan tentang SMKA dan SMK yang disediakan kerajaan untuk lepasan UPSR. Jika mereka tahu, nescaya mereka akan memilih untuk memasukkan anak ke sekolah-sekolah tersebut. Tak payah lagi menyediakan perbelanjaan yang tinggi untuk menghantarkan anak-anak ke sekolah swasta.
.
Takut nanti anak tak faham agama jika hantar anak ke sekolah kerajaan, adalah sangkaan kurang tepat. Semua sekolah menengah kerajaan sekarang turut mementingkan nilai agama. Setiap sekolah menengah kerajaan kini telah menyediakan guru-guru agama yang terlatih untuk mengajar Islam. Bagi mempraktikkan solat, surau-surau juga disediakan (mungkin) di semua sekolah menengah kerajaan, malah juga di sekolah-sekolah kebangsaan.
.
Acik bukanlah bercadang untuk mengulas dengan lebih mendalam kebaikan SMKA dan SMK berbanding dengan sistem tahfiz di dalam negara kita. Acik juga tidak mendakwa bahawa sistem pendidikan perdana yang dilaksanakan kerajaan melalui SMKA dan SMK lebih baik secara total berbanding dengan sistem tahfiz. Jika berbuat demikian, seolah-olah membuat perbandingan antara sebiji epal dengan sebiji limau. Sebaliknya apa yang hendak Acik sampaikan ialah bahawa bagi majoriti lepasan UPSR sistem pendidikan perdana adalah lebih sesuai.
.
Sekiranya anak kita tegolong dalam kategori yang minoriti, maka sistem tahfiz mungkin lebih berkesan bagi menjadikan anak kita itu seorang individu yang berjaya dalam hidupnya nanti. Yakni, lebih besar baktinya kepàda dirinya sendiri dan tanah air, selepas tamat persekolahannya nanti. Kalau pun tak lebih hebat dari rakan sebayanya di SMKA dan SMK, sekurang-kurangnya setaraf dengan mereka.
.
Apa pun, ibubapa eloklah memberi peluang kepada anak untuk memilih ke sekolah mana yang ia cenderung. Jika tidak, adalah dikuatiri ibubapa pula yang akan dipesalahkan nanti jika si anak tersebut gagal atau kurang berjaya dalam hidup. Inilah apa yang Acik sendiri pernah alami akibat memaksa anak memasuki tahfiz beberapa tahun yang lalu.

Wallahualam.

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

.

UPSR : Cabaran buat ibubapa

UPSR: Cabaran buat ibubapa

.

UPSR: Cabaran buat ibubapa

•2017-11-23 • Leave a Comment

Hari ni keputusan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) diumumkan. Sudah pasti berbagai reaksi telah tercetus dikalangan ibubapa yang ada anak menerima keputusan ujian tersebut. Dikalangan ibubapa, pasti ada yang gembira. Pasti ada pula yang sedih. Namun tidak kurang juga yang biasa saja, macam tak ada apa-apa peristiwa penting berlaku hari ini.

Bagi Acik, menerima keputusan UPSR anak adalah suatu bentuk cabaran terhadap ibubapa yang terlibat. Rata-rata, ibubapalah yang lebih sensitif terhadap keputusan UPSR anaknya berbanding dengan anaknya sendiri. Dakwaan Acik ini adalah berdasarkan pengalaman Acik sendiri, bukanlah mengikut mana-mana teori popular yang Acik pernah baca.

Acik rasa terpanggil untuk membuat sedikit ulasan dalam blog Acik ini selepas mendapat berita mengenai keputusan seorang cucu Acik. Setakat ini 3 dari 17 orang cucu Acik telah memiliki sijil UPSR. Yang menerima keputusannya hari ini (2017.11.23) adalah yang kedua mencapai semua A dalam UPSR. Manakala seorang lagi cucu Acik tu hanya kurang satu A saja untuk mencapai semua A dalam UPSRnya.

Setiap Tokwan, tentulah akan rasa gembira atas keputusan cucu yang cemerlang. Acik juga tidak terkecuali dari berperasaan begitu. Apa tah lagi ibubapa kepada cucu Acik itu.

Namun sensitiviti Acik terhadap keputusan UPSR sekarang telah agak jauh berbeza dengan sensitiviti Acik ketika anak-anak masih di bangku sekolah dahulu. Kalau dahulu, memang terasa amat gembira sekali bila anak berjaya meraih kecemerlangan dalam UPSRnya.

Kalau Acik sebagai ayah pun dah cukup gembira dengan kecemerlangan anak, isteri Acik sebagai ibu dan guru kepada anak-anak Acik tentulah tak kepalang gembiranya. Kononnya kecemerlangan anak dalam UPSR adalah manifestasi bahwa anak itu berpotensi besar untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat di masa-masa mendatang.

Sebenarnya bagi Acik, UPSR adalah terlalu awal untuk mengukur potensi sebenar anak kita. Dari 10 orang anak Acik 3 orang talah gagal meraih semua A dalam UPSR. Mereka yang sama juga telah gagal meraih semua A dalam peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah).

Akan tetapi selepas masuk universiti, rupa-rupanya salah seorang dari tiga orang yang paling corot dalam UPSR dan PMR itulah yang telah mampu belajar sehingga peringkat PhD. Mudah-mudahan beliau akan bergelar doktor tidak lama lagi.

Oleh sebab itu Acik ingin pesan kepada ibubapa semua supaya tak terlalu sensitif terhadap keputusan UPSR anak. Bagi yang anaknya cemerlang Acik tak risau sangat sebab mereka anak beranak tentu tersangat gembira. Yang Acik agak bimbang ialah ibubapa yang keputusan anaknya agak corot.

Bagi kategori kedua itu, cabarannya agak perit. Mungkin anda menaruh rasa keciwa, rasa marah dan lain-lain rasa negatif terhadap si anak. Itu adalah lumrah dalam kehidupan berkeluarga dan beranak.

Namun Acik harap segala perasaan negatif tersebut tidaklah pula disimbahkan kepada si anak. Anggaplah bahwa si anak itu kini sedang menanggung rasa negatif dalam dirinya akibat gagal mendapat keputusan yang cemerlang seperti kawan-kawannya yang lain. Jika dicurahkan juga perasan negatif kita itu keatasnya, maka jadilah ia ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Nauzubillah ! Kesianlah kepada si anak itu.

Itu bukanlah cara yang berkesan bagi membaiki keadaan. Cara yang berkesan ialah berusaha mencetuskan rasa kelegaan dalam hati si anak dari rasa bersalah kerana gagal mengembirakan hati ibubapa.

Yakinkan anak kita itu bahwa dia masih bernilai di hati kita (ibubapa) dan di hati semua siblingnya. Bahwa dia masih ada peluang untuk menebus kegagalannya dengan kejayaan di masa akan datang. Sesuatu kegagalan itu adalah merupakan titik permulaan kepada suatu kejayaan.

Semoga PenCERAHan Acik ini dapat memberi munafaat kepada masing-masing ibubapa dan penjaga kepada anak yang menerima keputusan UPSR hari ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati anda atas segala usaha anda mendidik anak anda itu.

Wallahualam.
.

.

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan :

.

Maahad Tahfiz Utk Penuhi Citarasa Siapa ?

Maahad Tahfiz utk penuhi citarasa siapa ?

.

Bank bukanlah pencuri, tapi …

•2017-11-22 • Leave a Comment

Petang tadi (2017.11.22) Acik ke Maybank Sungai Buluh. Acik membuat pemindahan wang RM909.09 dari akaun semasa Acik ke akaun Maybank anak saing di Kota Bharu. Dari slip bank pemindahan wang tersebut tahulah Acik berapa baki yang masih tinggal dalam akaun semasa Acik itu.

Kemudian Acik cuba pula membuat pengeluaran tunai dari salah satu ATM di bank tersebut. ATM pertama bagi tahu bahawa Acik tersalah masuk PIN. Acik mula syak bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan ATM tersebut. Lalu Acik pun berpindah ke ATM sebelah.

Di ATM kedua itu, Acik berjaya membuat pemohonan pengeluaran wang RM450. Malangnya yang keluar hanya slip transaksi bank. Wang yang ditunggu tidak pula keluar. Tapi dalam slip bank itu ternyata bahwa baki dalam akaun Acik dah kurang RM450. Maknanya Acik telah “kecurian” RM450 dari akaun Acik tersebut.

Dengan segera Acik ke kaunter bank membuat laporan. Acik pun mengisi borang komplen berwarna kuning sebagaimana dinasihati oleh pegawai bank berkenaan. Selepas itu Acik membuat pula pengeluaran wang untuk kali kedua sebanyak RM400.

Ikut kata pegawai bank dikaunter tadi, mungkin beberapa jam kemudian, wang RM450 akan dikreditkan kembali ke akaun Acik. Tapi sebelum PenCERAHan ini Acik tulis, semakan yang Acik buat melalui Maybank2u menunjukkan akaun Acik itu belum lagi menerima apa-apa kredit.

Pengalaman sebegini tentulah amat membimbangkan bagi seorang pesara macam Acik ni. Dari segi peratusnya jika dibanding dengan amaun pencen bulanan Acik, tentulah ia agak menakutkan. Apa lagi jika kejadian ini berlaku kepada mereka yang lebih sedikit pendapatan bulanannya dari Acik.

Acik cuba bayangkan bahawa peristiwa itu berlaku kepada seorang anak muda yang wangnya dalam akaun, sebanyak itu saja yang ada. Sedangkan beliau amat memerlukan wang tunai itu untuk membeli susu anak dan keperluan dapur untuk bekalan seminggu. Manakala isterinya pula hanyalah seorang suri rumah yang bergantung semata-mata kepada pendapatan suami.0

.
2017.11.23

Kira-kira jam 8:30 pagi tadi Acik semak sekali lagi baki akaun semasa Acik melalui maybank2u.com. RM450 itu masih belum lagi dikreditkan kembali ke akaun Acik itu. Entahlah berapa lama lagi Acik perlu tunggu untuk duit Acik itu dipulangkan.

Dalam fikiran Acik mula timbul keraguan terhadap sistem keselamatan yang digunapakai oleh pihak bank. Adakah benar bahwa duit dalam akaun simpanan setiap pelanggan terjamin selamat sepanjang masa. Tak mungkinkah sebahgian darinya boleh hilang tanpa disedari oleh pelanggan berkenaan.

Acik pun secara kebetulan saja sedar akan kehilangan wang Acik itu. Jika sekiranya sebelum berlaku kehilangan tersebut Acik tidak tahu berapa baki sebenar dalam akaun semasa Acik itu, maka sudah tentu Acik tidak perasan akan kehilangan itu. Jadi sudah tentu Acik tak laporkan segera akan kehilangan tersebut kepada pihak bank.

Tampa laporan tersebut, tentulah tiada ada jaminan bahwa wang RM450 yang hilang dari akaun Acik itu akan dikembalikan kepada Acik. Bahkan dengan membuat laporan pun tidak ada jaminan 100% yang wang tersebut akan pasti diperolehi semula oleh Acik.

Sejak menjadi pelanggan setia Maybank kira-kira 40 tahun dahulu, ada juga pengalaman uniq yang pernah Acik alami. Sebuah akaun simpanan Acik yang dibuka di cawangan Maybank Ampang Park telah dicerobohi oleh pihak yang tak dikenali apabila ianya agak lama tidak aktif. Setelah disiasat, didapati bahwa beberapa transaksi telah berlaku dalam akaun tersebut tanpa Acik sedari. Ia melibatkan hingga belasan ribu ringgit.

Supaya akaun tersebut tidak terus disalahguna oleh sesiapa, maka Acik pun menutup akaun tersebut. Namun amaun sebenarnya yang Acik rugi ataupun untung ketika penutupan akaun tersebut, hanya Allah saja yang tahu. Pengalaman itu sudah cukup membuat Acik memendam keraguan terhadap sistem keselamatan Maybank hingga sekarang.

Dalam sistem perbankan ada elemen-elemen yang membuat Acik bimbang. Masilannya, pihak bank tidak mengeluarkan apa-apa eviden bagi mengesahkan urusan yang berlaku antara bank dan pelanggan. Akibatnya, sekiranya berlakunya sesuatu kontrovesi pihak pelanggan yang akan menjadi mangsa.

Pada 2017.11.08 yang lepas, iaitu antara jam 7:00 hingga 7:20 pagi Acik ada membuat bayaran bulanan atas pinjaman kereta anak Acik di sebuah ATM Bank RHB Sungai Buluh. Acik telah memasukkan RM600 ke akaun pinjaman kenderaan tersebut melalui sebuag ATM.

Mengikut paparan di skrin ATM berkenaan, wang tersebut telah diterima. Akan tetapi slip transaksi tidak dikeluarkan. Jika kemudiannya pihak bank mendakwa bahwa Acik gagal membuat bayaran pinjaman kereta tersebut untuk bulan November, apa eviden yang Acik ada untuk membantah dakwaan tersebut.

.

2017.11.24

Baru sebentar tadi, Acik menyemak baki dalam akaun Maybank semasa Acik, melalui Maybank2u.com. Alhamdulillah, RM450 yang hilang itu telah dikreditkan kembali ke akaun tersebut semalam (2017.11.23). Harap-harap perkara yang sama tidak berulang lagi kepada Acik dan kepada mana-mana pelanggan bank yang lain.

Kejadian seperti di atas akan menyebabkan pemegang akaun berkenaan tidak boleh menggunakan wangnya sendiri selama beberapa hari. Kadang-kadang pelanggan Maybank juga tidak boleh mengeluarkan wangnya dari ATM tertentu. Ini kerana ATM berkenaan hanya diisi dengan wang kertas RM100 sahaja. Akibatnya, pelanggan yang baki dalam akaunnya RM99.99 tidak boleh mengeluarkan RM50 dari akaunnya untuk keperluan segera beliau.

Apa yang Acik tulis dalam blog Acik ini diharap dapat menimbulkan kepekaan rakyat tentang kelemahan sistem perbankan semasa. Mudah-mudahan setiap kita tidak terlalu “take for granted” bahawa wang kita terjamin 100% selamat hingga kita rasa tak perlu langsung untuk secara berkala, menyemak dengan teliti, akaun bank kita.

.

Wallahualam

.


.

.

Thing happens for its good reasons

•2017-11-21 • Leave a Comment

2017 Nov 17

🇲🇾 Sejak Acik berhijrah meninggalkan laman sosial FB (Facebook) hati rasa sangat tenteram. Masa pun rasa sangat panjang. Maklumlah tak perlu lagi membaca apa-apa dalam laman sosial tersebut.

Walaupun Acik tak nafi bahawa dari FB banyak munafaat yang kita boleh tuai, malangnya bagi Acik mudaratnya adalah lebih besar dari munafaatnya. Jadi meninggalkannya tentulah satu tindakan rasional bagi Acik dan individu-individu lain dalam kategori yang sama dengan Acik.

Hari terakhir Acik bersama FB ialah 17.11.17 (Ahad). Sejak dari hari itu minda Acik giat memaparkan peristiwa-peristiwa yang lepas-lepas berkaitan FB. Yang menyeronokkan tak pula dipaparkan. Tapi yang diulang papar adalah yang negatif-negatif belaka.

Mujur juga ada satu ceritau (cerita tauladan) yang mampu memujuk hati kecil Acik supaya tidak terus gundah gulana. Ceritau ini diperkenalkan oleh arwah abang Acik ketika kami di alam persekolahan dulu.

Bila teringat saja tentang arwah abang Acik, dengan tak semena–mena rasa basah pula di pipi. Rasa hiba pula dengan tiba-tiba.

Betullah kata orang, bila seseorang itu telah mati barulah kehadirannya dirindui. Barulah jasanya dihargai. Barulah salah kita kepadanya dikesali. Aduh…, sayunya hati.

Ceritau yang Acik maksudkan ialah yang berikut. Selamat membaca dan mengambil munafaat darinya.
.

🇲🇾🇲🇾🇲🇾

🇲🇾 Perkara berlaku adalah kerana hikmahnya (Thing happens for its good reasons)

Pada zaman dahulu ada seorang Putera Raja (PR) bersama seorang Pengiring Setianya (PS). Dalam suatu latihan menunggang kuda Si PR telah terjatuh dari kudanya hingga satu dari jari kaki baginda terputus.

Si PS dgn rasa sedih serta kasihan kpd tuannya itu pun berkata, “ampun tuanku, perkara berlaku kerana kebaikannya”. Dalam hatinya tidak ada sidikit habuk pun niat lain melainkan semata-mata ingin cuba menyejukkan hati tuannya itu.

Malangnya kenyataannya itu telah dimanipulasi oleh seorang pengawal istana yang dengki kpd Si PS tadi. Justeru itu, atas nasihat beliau maka Si PS telah dituduh mencemar Duli Tuanku . Dgn kata lain, kenyataan Si PS disamakan dengan ungkapan “padan muka tuanku !”

Sejak dari itu Si PS itu tidak lagi kelihatan bersama-sama Si PR tersebut . Malah khabarnya Si PS telah dipejarakan. Namun, tanpa Si PS pun Si PR masih juga meneruskan ketagihannya iaitu berburu di dalam hutan. Kadang-kala dgn keseorangan diri kerana tidak suka ditemani.

Suatu hari kononnya baginda tersesat jalan lalu memasuki jauh ke pendalaman hutan. Baginda hingga termasuk ke dalam kawasan yang dikuasai oleh sebuah masyarakat orang asli yang gemar memakan daging maknusia.

Lantaran itu baginda dikepung dan ditangkap oleh beberapa orang asli anggota masyarakat tersebut. Baginda akan dijadikan lauk sempena sambutan hari jadi ketua masyarakat orang asli tersebut, iaitu beberapa hari akan datang. (kita toksah tanyalah apa sdg berlaku di istana akibat kehilangan baginda sbb tak relevan dgn apa yang nak disampai melalui cerita ini).

Sampai harinya maka api pun dinyalakan. Si PR pun dikeluarkan dari kurungan lalu diikat dan dibaringkan di atas usungan.

Sudah menjadi adat kepercayaan bagi masyarakat asli tersebut, semasa sedang mengusungi mangsa mengelilingi unggunan api yang sedang marak menyala, seluruh badan mangsa akan diperiksa dengan penuh teliti.

Jika ada apa-apa kekurangan pada anggota mangsa maka mereka akan membebaskan mangsa, kononnya atas alasan kasihan. Jika tidak, maka mereka akan ditimpa sial yang berpanjangan. Tempat mangsa akan diganti dgn seekor binatang korban lain. Binatang tersebut memang disediakan bagi menghadapi situasi bilamana mangsa tak layak dijadikan bahan korban.

Enam pusingan telah berlalu. Hanya tinggalah satu kali “tawaf” saja lagi sebelum Si PR akan dipanggang hidup-hidup di atas api yang sedang mununggu mangsanya itu.

Dengan tak semena-mena suasana yang riuh rendah oleh kegembiraan, kini bertukar menjadi senyap sunyi. Rupa-rupa salah seorang anggota masyarakat asli yang mengusung Si PR mengelilingi unggunan api tersebut, telah ternampak akan kekurangan sebatang jari di kaki kanan Si PR. Beliau pun melambung jamung yang dipegangnya.

Dengan lambungan jamung tersebut, setiap anggota yang hadir pun faham akan maksud isyarat tersebut. Masing-masing bertukar menjadi sedih dan kasihan kepada baginda, bakal korban mereka.

Si PR pun diturunkan dari usungan dan dirongkai ikatannya. Kemudian baginda diberi pula layanan yang cukup istimewa lebih dari apa yang pernah diterima oleh Special VIP di Malaysia.

Si PR terpinya-pinga, hairan kepada apa yang berlaku. Tapi itulah realiti yang baginda sedang alami.

Dipendekkan cerita, sesampainya kembali Si PR ke istana, baginda terus meluru ke penjara untuk bertemu dengan Si PS yang beliau penjarakan dulu. Maka dipeluk dan diciumnya pipi hambanya itu. Baginda rasa amat bersalah kerana telah memanjarakan PS itu akibat tersalahtafsir ungkapannya dahulu iaitu yang berbunyi, “perkara berlaku kerana kebaikannya” .

Baginda pun menceritakan dangan panjang lebar tentang pengalamannya tersebut. Selepas mendengar cerita tersebut Si PS pun berkata, “perkara berlaku kerana kebaikannya “.

Sebenarnya Si PS bersyukur lega. Sebab beliau kena penjaralah maka beliau terselamat dari menjadi mangsa masyarakat orang asli berkenaan. Jika tak dipenjarakan sudah tentu beliau akan bersama-sama Si PR semasa baginda ditangkap oleh masyarakat orang asli berkenaan. Akibatnya sudah tentu beliau yang dijadikan lauk kepada masyarakat orang asli tersebut. Ini kerana pada dirinya tidak ada apa-apa kecacatan yang melayakkan beliau dibebaskan.

.

The moral of the story (MoS) :

Acik melihat sesuatu bukan semata-mata dengan mata kepala saja. Malah Acik melihat juga dengan mata hati.

Acik percaya bahawa setiap peristiwa yang berlaku itu akan ada satu atau beberapa hikmah di sebaliknya.

Sepanjang hidup Nabi s.a.w. banyak peristiwa yang berlaku terhadap baginda. Di antara peristiwa-peristiwa tersebut ada yang dipertikaikan kejadiannya oleh umat Islam sendiri. Kononnya kerana takut orang kafir akan menghina baginda berdasarkan peristiwa berkenaan.

Namun hakikatnya bagi setiap peristiwa itu, disebaliknya ada pengajaran atau iktibar penting untuk manusia sejagat. Lebih-lebih lagi khusus untuk umat Islam sendiri. Cuma orang Islam sendiri yang kurang pandai memberi gambaran yang positif terhadap peristiwa berkenaan

Kadang-kadang, kononnya untuk menjaga status Nabi s.a.w. sebagai insan hebat, fakta pun nak diubahnya. Contohnya, mengatakan bahawa Nabi s.a.w. tidak buta huruf. Sedangkan Al Quran sendiri menyatakan bahawa baginda sesungguhnya ummi (buta huruf).

Video Selingan

.

Wallahua’lam 🌷

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

Otak kita ibarat calculator

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2594777763930351&id=100001944575222

PenCERAHan terbaru

http://www.4uni2c.com

Selamat tinggal FB !

•2017-11-19 • 1 Comment

(Terbitan 2017.11.19)

🇲🇾 Apabila terlintas di hati kecil Acik nak berhenti bermain Facebook (FB), maka Acik pun pilih 17.11.17 sebagai tarikh akhir Acik bermain dengannya. Bila Acik lahirkan hasrat ini dalam wall Acik, maka tercetuslah pertanyaan dari kalangan rakan FB Acik.

Soalan pertama ialah, apa sebabnya Acik nak berhenti bermain FB. Walaupun Acik dah kata bahawa Acik rasa mudharat FB adalah lebih besar dari munafaatnya, tapi nampaknya masih ada yang belum puas dengan alasan tersebut.

Soalan kedua yang ditanya kepada Acik ialah kenapa 17.11.17 menjadi tarikh pilihan Acik. Bagi soalan ini, mudah sahaja jawapannya. Iaitu sebab tarikh itu agak cantik. Mudah-mudahan dengan itu, ianya lebih senang diingati.

Sebenarnya Allah sahaja yang tahu betapa seriknya Acik terhadap FB. Kerana angkara FB lah maka bermacam-macam kesusahan yang Acik sekeluarga terpaksa hadapi.

Mula-mula salah seorang dari anak-anak Acik didakwa mengutuk Sultan di dalam wall FB yang disyaki akaunnya. Akibatnya, beliau terpaksa melalui proses perbicaraan di mahkamah Johor Bahru. Entah berapa RM ribu keluarga Acik terpaksa belanja bagi menghadiri sessi perbicaraan di JB. Akhirnya anak Acik itu dihukum denda RM20 ribu.

Ahmad’s SAGA # Index B

.

Tak berapa lama selepas anak Acik itu membayar denda RM20 ribu, tiba-tiba adiknya pula didakwa angkara FB. Beliau didakwa serupa macam abangnya, iaitu dituduh menggunakan kata-kata negatif terhadap Sultan dalam wall FBnya. Akibat tak sanggup menghadapi prosidur mahkamah maka anak Acik ini telah lari membawa diri ke Sweden.

Ali’s SAGA # Index

.

Namun kedua-dua kes di atas tidaklah menikam kalbu Acik seteruk apa yang masih berlaku ketika PenCERAHan ini Acik tulis. Kes yang Acik maksudkan ini ialah tentang apa yang didedahkan oleh seorang anak perempuan Acik mengenai suaminya kepada umum.

Tindakan tidak beratika anak Acik itu sangatlah memalukan Acik sekeluarga. Tak dapatlah nak dibayangkan betapa pula perasaan menantu lelaki Acik akibat pendedahan isterinya itu.

Yang lebih menambah burukkan lagi keadaan ialah apabila gosip anak Acik itu diberi sambutan luarbiasa oleh ramai rakan FBnya. Apa lagi, semakin ghairahlah beliau membuka aib suaminya itu.

Sedangkan Islam mengibaratkan si isteri sebagai pakaian suami, dan begitulah sebaliknya. Maksud pakaian ialah menutup aurat (keaiban). Si isteri sepatutnya berusaha menutup segala keaiban suami dan begitulah juga si suami terhadap keaiban isteri.

Selaku ayah kepada generasi FB dan WA (whatsapp) ini, apa sangatlah yang Acik mampu buat bagi menamatkan amalan buruk beliau sekarang. Kalau si anak masih kecil dan masih dalam tanggungan ayah, taklah susah sangat untuk dibaiki. Seperti kata peribahasa, “melentur buluh biarlah ketika masih rebung”. Bila dah jadi buluh ianya dah terlambat.

Seorang ayah, tentulah tidak wajar mendedahkan kelemahan atau keburukan anak kandung sendiri. Berbuat demikian adalah umpama meludah ke langit, menimpa batang hidung sendiri. Keburukan akibat pendedahan itu kelak akan menimpa si ayah sendiri.

Cuma apa yang Acik masih boleh buat ialah berdoa dan terus berdoa tanpa putus asa, agar Dia yang menguasai hati hamba-hambaNya itu memberi keinsafan kepada anak Acik itu. Dengan keinsafan tersebut, mudah-mudahan beliau kembali menjadi insan yang bersyukur. Insan yang sedar siapa dirinya di sisi Ilahi, di sisi ibubapa dan di sisi seorang suami. Juga siapa dirinya di kalangan anak-anak sendiri, di kalangan siblings dan masyarat yang seagama dan sebudaya dengannya.

Kepada semua rakan FB anak Acik itu pula sukalah Acik dengan rasa rendah diri memohon dan merayu agar berhenti dari mencurah minyak ke api. Sebaliknya gunalah pengaruh dan kebijaksanaan anda bagi mengatasi kemelut yang sedang melanda Acik sekeluarga.

Apa ruginya melihat anak Acik itu hidup bahagia bersama keluarganya. Bahagia bersama suami yang masih mencintainya. Bahagia bersama anak-anak yang masih managih kasih sayang ibu kandung mereka.

Apa untungnya melihat keluarga anak Acik itu porak peranda. Apa untung kepada negara jika masjid yang telah dibina sejak sekian lama itu runtuh angkara hasutan anda.

Dengan mengikuti FB anak Acik itu sejak awal, Acik boleh teka siapa dikalangan rakan FB beliau itu yang pembantu dan siapa pula yang hantu. Namun tak elok lah jika Acik sebut nama mereka di sini satu pesatu. Siapa yang makan cili biarlah dia sendiri yang menikmati kepedasannya.

Kepada rakan FB anak perempuan Acik yang simpati dengan Acik sekeluarga pula Acik dengan penuh harapan memohon sedikit kerjasama anda. Tolong jangan “like” atau komen +ve atau “share” status beliau itu. Mudah-mudahan bila status beliau semakin kurang popular, anak Acik itu akan mulai insaf akan keceluparan penanya.

Ambillah iktibar dari sebuah hadith yang melarang jemaah solat Jumaat dari berkata-kata ketika khatib sedang menyampaikan kutbah. Hatta berkata “diam !” kepada orang sebelah kita yang sedang berbual pun dilarang. Ini adalah demi mengelakkan tercetusnya reaksi negatif oleh pihak yang diteguri, yangmana akan menambah cemarkan lagi suasana majlis.

Segala kerjasama anda dalam bentuk apa sekalipun, sangatlah Acik hargai, Acik mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada anda semua. Semoga Allah jua yang akan membalasnya.

Apa pun, Acik percaya bahawa khususnya buat keluarga Acik, segala kesusahan yang keluarga Acik tempuhi adalah angkara FB. Namun Acik taklah menuduh FB 100 peratus sebagai punca segala masalah yang Acik sekeluarga hadapi. Acik setuju jika FB dianalogikan sebilah pisau. Jika pisau disalahgunakan maka yang jahat bukan pisau tetapi pengguna berkenaan.

Walaubagaimana pun, khususnya buat keluarga Acik analogi yang lebih sesuai bagi FB ialah sebatang pohon kelapa mati yang licin berlumut. Batang kelapa tersebut merentangi sebuah parit dalam. Hanya orang-orang tertentu saja yang mampu meniti di atas batang kelapa tersebut tanpa tergelincir jatuh ke dalam parit. Sedangkan ahli-ahli keluarga Acik bukanlah termasuk golongan orang tertentu tersebut.

Kerana meniti di atas batang kelapa yang licin berlumut itulah maka anak-anak Acik yang berkenaan itu telah menerima akibatnya. Supaya pasti selamat, lebih baiklah anak-anak Acik itu berhenti saja bermain FB. Untuk menjadi contoh maka amat wajarlah Acik sendiri yang memulakan dahulu sesuai dengan slogan popular, “contoh melalui tauladan”

Mengikut pemerhatian Acik, ada beberapa orang rakan FB Acik yang sangat responsive. Sebaik saja Acik pos sesuatu pada wall Acik, mereka akan respon. Kadang-kadang tertanya juga di hati Acik soalan, mereka ni tak ada kerja lainkah selain dari dok mengadap FB ?

Entah berapa jamkah sehari dari umur mereka yang dibajetkan utk FB. Entahlah kalau mereka memang dah kaya raya hingga tak perlu lagi bekerja cari makan. Acik tak perlu kerja bukan sebab dah kaya raya tapi sebab ada pencen bulanan. Sekurang-kurangnya cukuplah untuk membeli beras dan garam.

.

.

Apakah berdosa main FB ?

Bagi Acik, ia bergantung kepada pemain masing-masing. Jika cara dan niatnya betul, maka hukumnya harus, malah boleh jadi dapat pahala.

Sebaliknya jika cara dan niatnya tak betul, maka ia menjadi berdosa. Contoh yang berdosa ialah yang berniat menagih puji-pujian, riak, mencari publisiti dan mengejar populariti.

Pemain jenis ini akan excited bila setiap posting di wallnya mendapat “like” dan komen +ve paling ramai. Lebih-lebih lagi jika ramai yang “share”.

Individu yang ketagihan elemen-elemen tersebut, sanggup membuang masanya berjam-jam bersama FB setiap hari. Dia sanggup ketepikan pasangan (suami/isteri), anak-anak, hatta tugas dan ditanggungjawab rasminya, demi memancing “like”, komen +ve dan “share”. Jika komen yg -ve yang diterimanya dari mana-mana rakan FB, nescaya rakan FB tersebut pun dipecat atau di“unfriend”nya.
.
Ketika di Universsiti dahulu Acik pernah membaca kitab Imam Al Ghazali tentang ilmu tasauf. Ketika itu Acik susah nak bayangkan betapa seriousnya keburukan akibat dari sikap mazmumah yang Acik sebut di atas. Tapi bila dah ada FB maka amat jelas kepada Acik tentang keburukan sifat-sifat tersebut.

Maksud Acik, akibat sifat mazmumah yang dizahirkan di dalam wall FB masing-masing macam-macam angkara boleh dan telah berlaku. Ia telah menyusahkan pelbagai pihak.

Acik tak perlu cari kes-kes lain untuk “verify” akan kebenaran dakwaan Acik ini, kerana akibatnya telah pernah dialami oleh keluarga Acik sendiri.

Dua anak lelaki Acik telah pernah kena dakwaan. Kini anak perempuan Acik pun diambang penceraian. Bagi Acik semua ini adalah angkara FB. Dengan kata lain, semua pengalaman buruk itu berkemungkinan besar tidak berlaku sekira tidak ada FB atau mereka bukan pemain FB. Oleh itu tidak ada jalan lain lagi untuk selamat diri dari segala angkara FB kecuali dengan berhijrah meninggalkan FB.

Sebelum menyuruh anak-anak Acik meninggalkan FB, adalah wajar Acik dulu yang meninggalkannya. Ini barulah dikatakan “contoh melalui tauladan”

Wallahua’lam 🌹

.

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

.

Love you endlessly https://4uni2c.com/2017/11/11/love-you-endlessly/

A lesson to be learnt : https://4uni2c.com/2017/11/10/a-lesson-to-be-learnt/

Si buta kenali gajah https://4uni2c.com/2020/09/21/analogi-si-buta-kenali-gajah/

.

PenCERAHan popular ⬇️

.
Ali’s SAGA: Berhijrah ke Sweden https://4uni2c.com/2014/10/25/alis-saga-05-berhijrah-ke-sweden/

Agama: Otak ibarat kalkulator https://4uni2c.com/2020/02/13/agama-otak-ibarat-kalkulator/

.

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN.

Anakku, …

•2017-11-14 • Leave a Comment

.

🇲🇾 C & P dari FB Cikgu Endon Bidin 20171114

Anakku,
Terlalu jauh kamu mengembara,
Lalu tersesat di alamaya,
Tak nampak segala yang sedia ada, di depan mata,
Terlupa untuk bersyukur kepada yang maha pemurah :Allah Azzawajala.

Anakku,
Apa lagi yang nak kamu cari?
Selain sedikit sebanyak yang tak sempurna, di sana sini,
Sampai tak mahu menghargai,
Pada mereka yang berbudi selama ini,
Yang membantumu untuk lengkap melengkapi,
Terlupa untuk redho , sekadar seadanya.

Anakku,
Walau kau selami ke dasar lautan,
Atau terbang setinggi awan,
Mengejar apa yang kau mimpikan,
Pesan ibu padamu, anakku:
Jangan sampai yang dikendong berciciran,
Yang dikejar tidak kedapatan.

“Maka yang mana satu di antara nikmat2 Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan( wahai umat manusia dan jin)?” Surah Ar-Rahman, ayat 13.

.

Cikgu Endon Bidin

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Love you endlessly https://4uni2c.com/2017/11/11/love-you-endlessly/

A lesson to be learnt https://4uni2c.com/2017/11/10/a-lesson-to-e-learnt/

Untuk Yang tersayang https://4uni2c.com/2019/09/11/untuk-yang-tersayang/

PenCERAHan terbaru⬇️ http://www.4uni2c.com

💊💊

Love you endlessly !

•2017-11-12 • Leave a Comment

.

🇲🇾 Love you endlessly ….

I know you’re confused,
So you refuse.
I know you’re tough,
So you wanna be rough.
You shout out loud,
and feel proud
You wish to be heard
Of your sorrows and hurt,
Of your achievements and all about,
All the while you’ve been good,
Suddenly you become rude.
You always think big
Thus people say that you are sick.

Everything seems not right,
and you’re ever ready to fight.

Though now you’re a mummy,
How I wish you were still my baby,
I wanna hug you like I used to do,
And keep on tirelessly telling you,
that I love you and will always love you,
Endlessly….
Unconditionally….

.

By Cikgu Endon Bidin
171106

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

A lesson to be learnt https://4uni2c.com/2017/11/10/a-lesson-to-be-learnt/

Untuk Yang tersayang https://4uni2c.com/2019/09/11/untuk-yang-tersayang/

Anakku….. https://4uni2c.com/2017/11/14/anakku/

Anak manusia dan anak lembu https://4uni2c.com/?s=anak+manusia&submit=Search

Menyentuhi provokasi https://4uni2c.com/?s=menyantuni+provokasi&submit=Search

.

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

💊