PRK TP : Amaran kpd pengundi

•2019-11-16 • Leave a Comment

2019 Nov 16 (Sab)

Bersempena dgn PRK Tanjung Piai

Kiranya tidak suka memancing
Jangan sekali menyimpan umpan
Supaya tidak terkena kencing
Jangan undi Pakatan Harapan….

.

.

B e r s a m b u n g ..

.

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.

Ibarat telah kena kencing https://4uni2c.com/2019/02/13/ibarat-telah-kena-kencing/

.

.

PenCERAHan yg popular

.
Jawatan PM hak siapa ❓ https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/

PRK TP: Seruan Kepada Pengundi

•2019-11-05 • Leave a Comment

2019 Nov 05

PRK TP: Seruan kpd pengundi

November 16 adalah tarikh yang sangat dinanti-nanti. Bukan saja oleh penduduk Tanjung Piai, malah oleh seluruh rakyat Malaysia. Samada PH yang menang dalam PRK itu nanti, ataupun MN (Muafakat Nasional) yang menang, implikasinya adalah sangat besar kepada rakyat jelata dan negara Malaysia.

Kalau PH yang menang, manifestasinya ialah rakyat sudah berpuashati dengan PH sebagai pemerintah. Kalau tak berpuashati di peringkat nasional pun sekurang-kurangnya di peringkat kawasan parlimen Tanjung Piai itu.

Sebaliknya, kalau yang menang nanti adalah MN, maka itu adalah simptom telah terbentuknya bibit kekeciwaan rakyat terhadap PH. Mungkin juga kekeciwaan tersebut merupakan satu “momentum” dari kekeciwaan yang telah memenangkan MN dalam PRK-PRK yang lepas.

Kepada penyokong-penyokong tegar PH, Acik menghormati sepenuhnya hak anda untuk mengundi calon PH. Oleh itu tak payahlah membaca PenCERAHan Acik ini. Kerna, PenCERAHan ini hanyalah untuk pengundi-pengundi di atas pagar dan penyokong-penyokong MN saja.

Sebenarnya Acik rasa tak perlu menjelaskan lagi dengan panjang lebar mengapa rakyat wajar menolak PH dan mengundi MN. Kerna, rakyat tentu sudah merasai sendiri kesan buruk yang menimpa negara akibat tersalah memberi undi kepada PH dalam PRU14 dahulu. Maka janganlah “terjatuh lagi ke dalam lubang yang sama” akibat mengundi PH lagi.

Di sepanjang tempoh kempen PRK Tanjung Piai itu, mungkin PH akan terus menerus menyalahkan BN tentang keadaan negara yang sedang kucar kacir sekarang. Kekucar-kaciran ini berlaku sejak mereka (PH) mula memerintah dahulu lagi.

Sebenarnya, mereka (PH) tidak ada kemahiran yang cukup untuk mentadbir negara dengan lebih baik dari BN dahulu. Maka mereka pun gagal menunaikan janji-janji yang mereka telah taburi kepada rakyat menjelang PRU14 dahulu.

Pada persepsi Acik, pemimpin-pemimpin PH hanyalah ibarat “kaduk mendapat junjung”. Kebolehan mereka mentadbir negara hanyalah “ibarat tikus membaiki labu”. Maka akan keciwalah sesiapa yang menyangka bahawa negara akan bertambah baik dalam segala aspek jika PH memerintah.

.

Selingan: Muafakat Nasional

.

Namun, bukanlah semua pemimpin PH tak ada kualiti. Pemimpin PH yang berkualiti akidah ekonominya sama dengan akidah ekonomi pemimpin-pemimpin UMNO/MN. Pemimpin UMNO/MN percaya bahawa sebuah kerajaan itu tak sama dengan sebuah keluarga. Oleh sebab itu kerajaan harus berbelanja mengikut keperluan tanpa takut akan bankgrap.

Dengan akidah ekonomi yang betul maka UMNO/MN tidak akan menghadapi masalah bagi memajukan ekonomi negara demi kesejahteraan hidup semua rakyat. Sebaliknya, dengan akidah ekonomi yang salah, rakyat dari golongan tertentu saja yang untung. Majoriti rakyat pula akan semakin sengsara.

Seyugia ditegas di sini bahawa UMNO/MN yang sekarang ini tidaklah sama dengan UMNO/BN yang dahulu. Sebenarnya Tun M merupakan satu faktor yang sangat siknifiken dalam UMNO/BN dahulu. Malah dalam mana-mana juga parti politik yang beliau sertai. Oleh sebab kini Tun M tidak berada di dalam UMNO/MN, maka parti tersebut adalah sangat berbeza dari UMNO/BN dahulu.

Oleh itu amat tidak adillah jika PH nak menyalahkan UMNO/MN yang sekarang ini atas kegagalan UMNO/BN yang dahulu. Yakni UMNO/BN ketika pengaruh Tun M masih kuat mengusai parti tersebut. Faktor-faktor yang menjadi punca-punca kegagalan UMNO/BN tersebut sebenarnya telah berpindah ke PH, kerana pemimpin-pemimpin berkenaan kini telah menyertai PH.

Bagi Acik, kini telah terbukti bahawa PH sebenarnya tidak memiliki kredibiliti yang cukup untuk menerajui kerajaan. Mereka telah tidak jujur dengan rakyat. Kalau mereka jujur maka mereka tidak akan berani membuat janji-janji yang mereka sendiri pun tidak pasti ada kemampuan ataupun tidak bagi menunaikannya. Akibatnya rakyat telah tertipu dengan janji-janji manis mereka yang kosong itu, lalu memberi mandat kepada PH untuk memerintah negara dalam PRU14 dahulu.

Puncak ketidak jujuran pemimpin-pemimpin PH mula terserlah apabila berlakunya pengedaran sebuah komik yang agak subversive di sekolah-sekolah kerajaan baru-baru ini. Dalam komik tersebut ternyata bahawa individu-individu yang terlibat bagi menjayakan penghasilan dan penyebaran komik tersebut adalah orang-orang kuat PH. Namun, mereka dan parti mereka menafikan sekeras-kerasnya akan keterlibatan parti yang mereka kuasai itu, dalam penghasilan dan penyebaran komik tersebut.

Beberapa orang kuat PH yang lain pula telah didapati menjadi penyokong kuat LTTE. Sedangkan LTTE adalah kumpulan yang telah diistiharkan oleh beberapa buah negara sebagai teroris. Namun demikian, orang orang kuat PH yang berkenaan, masih juga mendakwa bahawa kerajaan tidak wajar mempertikaikan hak mereka untuk mengekalkan hubungan baik mereka dengan kumpulan LTTE itu. Apa lagi bagi menghalang mereka dari membantu kumpulan tersebut.

Maka kini terpulanglah kepada pengundi-pengundi Tanjung Piai untuk menilai sendiri akan kredibiliti PH. Kalau mahukan keselamatan negara lebih terjamin maka Acik rasa rakyat tiada pilihan lain melainkan mengundi MN. Mudah-mudahan ia memberi signal yang kuat lagi berkesan kepada PH bahawa rakyat tidak boleh bertoleransi atau berkompromi dalam aspek keselamatan negara.

Akhir kata Acik nak mengajak semua pengundi Tanjung Piai untuk “emulate” Paklah bekas PM kita yang ke-5 itu. Kalau beliau sendiri masih kekal dalam UMNO/MN, kenapa tidak warga Tanjung Piai yang berjiwa patriotik sekelian. Paklah adalah seorang veteran terkemuka dalam politik negara Malaysia. Tak kan kita tak boleh setuju dengan pendirian beliau terhadap politik negara.

Ayuh jom pakat “emulate” Paklah ❗

PRU14: Jom “emulate” Pak Lah

Wallahua’lam 🌷

.

B e r s a m b u n g … .. .

.

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.

Biduk lalu kiambang bertaut

PRU14 : Biduk lalu kiambang bertaut

.

Muafakat Melayu Kuat

Muafakat Melayu Kuat

.

Janji dicapati

Politik: Janji dicapati

PenCERAHan yang popular

.

Jawatan PM hak siapa ❓

Jawatan PM hak siapa

.

UMNO & PAS Bukan Racists

•2019-10-31 • Comments Off on UMNO & PAS Bukan Racists

.

2019 Okt 31

UMNO & PAS bukan racists

Acik terasa lega apabila dimaklumkan bahawa calon BN bagi PRK Tanjung Piai adalah dari MCA. Bagi Acik, lebih baiklah BN meletak calon bukan Melayu asalkan menang, daripada meletak calon Melayu tetapi kalah. Kerana, berdasar firasat Acik BN pasti akan kalah jika meletakkan calon dari UMNO ataupun dari PAS. Walaupun dengan meletakkan calon dari MCA BN belum pasti 100% akan menang, namun mengikut firasat Acik lagi, peluang untuk menang masih ada.

Berdasarkan environmen politik semasa, Acik percaya bahawa ramai pengundi yang mengundi PH dalam PRU14 dahulu dah serik dengan PH. Ramai yang dah rasa seolah-olah dah kena kencing PH. Namun, ramai yang malu nak tunjuk marah kepada PH sebab yang memenangkan PH dalam PRU14 dahulu adalah mereka sendiri.

Maka PRK-PRK adalah gelanggang yang memberi peluang kepada mereka untuk melahirkan rasa keciwa mereka kepada PH. Iaitu dengan kembali memberi undi kepada BN sama seperti dalam PRU13 dan PRU-PRU sebelumnya.

Berikut adalah C & P satu artikel tentang pemilihan wakil MCA sebagai calon BN bagi PRK Tanjung Piai untuk makluman kita bersama:

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

Selepas semua faktor diambil kira, melalui perbincangan dan permesyuaratan akhir kepimpinan BN sebulat suara memilih Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng sebagai calon Ahli Parlimen Tanjung Piai

Ini merupakan bukti bahawa Muafakat Nasional PAS dan UMNO adalah inklusif berjiwa besar dan pramagtik , kata Datuk Ir Haji Hasni Mohammad
Pengarah Pilihanraya Kecil Barisan Nasional P.165 Tanjung Piai

Berikut adalah sedikit sebanyak mengenai Calon P165 Tanjung Piai, Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng. Beliau berusia 55 tahun.

Beliau memiliki Diploma dalam Perniagaan pada tahun 1998. Kemudian melanjutkan pelajaran di Sunderland University, United Kingdom dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam dan memperolehi Ijazah Sarjana di Universiti Utara Malaysia pada 2014 dan akhirnya memperolehi Ijazah Kedoktoran Pengurusan Awam, di UUM pada 2019.

Dalam bidang kerjaya . Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai (2008-2018) , Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia (2008-2010) ,Ahli Dewan Undangan Negeri (Pekan Nenas) (2004-2008) ,Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1999-2006) dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri (1995-1999).

Beliau pernah dilantik sebagai dan bergiat aktif dalam politik dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung MCA (2014-2018) ,Pengerusi Bahagian MCA (Tanjung Piai) dan Ahli Jawatankuasa Perhubungan MCA (Johor) sehingga kini
.

⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️

Berdasarkan maklumat di atas tentang latar belakang calon BN, maka tidak ada alasan lagi bagi pengundi-pengundi Tanjung Piai untuk tidak memberi undi kepada beliau. Pengundi-pengundi Islam juga tidak harus merasa bersalah jika tidak memberi undi kepada calon PH walaupun beliau beragama Islam.

Ketika Nabi s.a.w. hendak berhijrah ke Madinah, baginda mendapatkan perkhidmatan seorang penunjuk jalan bagi menemani baginda ke Madinah. Penunjuk jalan tersebut bukanlah seorang Muslim. Ini memberi kita iktibar bahwa dalam situasi tertentu orang Islam dibenarkan mendapat perkhidmatan dari orang bukan Islam yang mahir dalam bidang berkenaan asalkan beliau seorang yang jujur.

Ini termasukkan mendapat perkhidmatan dari seorang Ahli Parlimen atau Ahli DUN yang tinggi kredibilitinya. Seyugia ditegaskan, keturunan (race) seseorang individu itu tidak mungkin boleh ditukar. Tetapi akidah atau agamanya mungkin akan bertukar sebelum akhir hayatnya. Calon BN bagi PRK Tanjung Piai tidak terkecuali dari kemungkinan ini. Wallahua’lam.

Race cannot be changed but not religion.

Wallahua’lam 🌷

.

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.

Adakah Adam racist ❓ https://4uni2c.com/2019/10/30/adakah-adam-racist/
.

Jom “emulate” Paklah https://4uni2c.com/2018/05/08/pru14-jom-emulate-pak-lah/

.

PenCERAHan yg popular

.

Jawatan PM hak siapa ❓ https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/

.

PenCERAHan terbaru ⬇️

http://www.4uni2c.com

.

Adakah Adam racist?

•2019-10-30 • Leave a Comment

2019 Okt 30

🇲🇾 Menjelang subuh tadi Acik terima sepucuk mesej melalui WhatsApp dari UK. Pengirimnya ialah seorang kawan sesekolah (schoolmate) Acik dahulu. Beliau telah lama berhijrah ke UK (United Kingdom) dan kini bermaustatin di sana.

Selain beliau ada beberapa orang lagi kawan sesekolah Acik yang telah berhijrah dan bermaustatin di negara lain. Antara negara-negara yang mereka hijrahi (selain UK) itu ialah Autralia, New Zealand dan China. Khabarnya juga, ada seorang kawan sekelas Acik di tingkatan 1- 3 telah berhijrah ke Sweden. Paling ramai ke Australialah.

Ingat kut bila dah tinggal diperantauan, maka dah tak pedulilah lagi tentang politik Malaysia. Rupa-rupanya nampaknya mereka lebih peduli dari kita yang di Malaysia ni tentang politik Malaysia. Mungkin sebab dah tinggal di negara lain, maka mereka lebih sedarkan diri. Tak bolehlah nak menganggap status mereka sama dengan rakyat negara berkenaan.

Sepatutnya begitulah hendaknya sikap sesiapa pun yang tinggal di negara orang. Selagi tidak berkahwin dengan warga negara tersebut jangan haraplah jenerasi kita akan diterima dan diiktiraf sebagai sama status dengan rakyat asal negara tersebut.

Lainlah kalau kita dah berkahwin dangan warga asal negara tersebut, lalu diterima keterunan kita sebagai warga tempatan. Contohnya macam Tun M. Walaupun bapanya bukan Melayu, tapi apabila dah berkahwin dengan ibu beliau (Melayu), maka beliau pun dianggap Melayu. Bahkan boleh jadi PM lagi selama 22 + ?? tahun.

Itulah yang dikatakan proses asimilisasi (assimilation). Seorang bapa saudara Acik tinggal di Makkah lebih dari 60 tahun. Tapi sampai sekarang belum dapat status warga negara Saudi. Sebab isterinya juga Melayu, maka anak-anak beliau juga masih dianggap pendatang. Kalau pun sudah diberi status warga negara Saudi kepada anak-anaknya, namun mereka tidak layak mendapat segala keistimewaan yang dinikmati oleh anak-anak rakyat tempatan Saudi.

Acik rasa orang bukan Melayu dan bukan Bumiputera di Malaysia sangat bertuah berbanding dengan saudara seketurunan dengan mereka di negara-negara lain. Di Malaysia mereka dapat turut sama menikmati pelbagai keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputra Malaysia.

Contohnya boleh menjadi AP (Ahli Parlimen) dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) walaupun tidak fasih berbahasa kebangsaan. Ramai juga di kalangan mereka yang menyandang jawatan-jawatan utama dalam perkhidmtan awam (kerajaan). Mereka juga tidak dihalang untuk memiliki harta dan kekayaan sebanyak mana yang mereka mahu.

Dalam aspek pendidikan pula mereka dibenarkan membina sekolah-sekolah swasta serta melaksanakan sistem pendidikan sendiri. Ini tak mungkin dapat dilakukan oleh saudara-saudara mereka di mana-mana negara lain, termasuklah di Indonesia dan Thailands.

Orang Melayu dan Bumiputera Semenanjung bolehlah dipuji kerana sikap toleransi mereka. Jika apa yang dipertikaikan oleh orang-orang bukan Melayu dan bukan Bumiputera di Semenanjung ini berlaku juga di Sarawak, tak pastilah Acik akan bagaimana seriusnya reaksi atau tindakbalas mereka terhadap orang-orang bukan Melayu dan bukan Bumiputera di Sarawak.

Marilah sama-sama kita cuba menghayati isi kandungan surat yang diforwardkan oleh kawan Acik dari UK menjelang subuh tadi. Apakah yang tersurat dan tersirat dalam surat Sdr Adam Lawrence itu kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan Bumiputera di Sarawak. Sdr Lawrence adalah seorang anak jati Sarawak berketurunan Iban.

Mudah-mudahan surat tersebut menjadi iktibar dan pemangkin kepada otak kita untuk berfikir secara rasional dan praktikal tentang isu siapakah kita sebenarnya, di mana kita sedang berada dan di zaman bila kita berada sekarang.

Anak udang udanglah juga
Manakan sama anak tenggiri
Anak dagang danganglah juga
Manakan sama rakyat sendiri

Selamat membaca ⬇️

Oleh Adam Lawrence (Iban)

.

ORANG SARAWAK DAH BERSUARA KEPADA ORANG CINA..

MANA SEJARAH CINA DI BUMI SARAWAK?

Aku bukan rasis... tapi aku tulis untuk mengingatkan agar kita hidup di dunia ini setidak-tidaknya reti bagaimana menghormati orang lain, tambah lagi jika kita ini menumpang.

Sarawak asalnya dihuni bangsa Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Kenyah.. Kayan.. Kelabit.. Penan dll… seterusnya. Kami adalah penduduk asal sejak ribuan tahun, bukannya baru 100 atau 50 tahun yang lalu.

Orang Cina yang memandai mengajak orang Sarawak supaya tuntut untuk keluar dari Malaysia di Sarawak itu adalah bangsa atau kaum yang TIDAK ADA asal usul di bumi Sarawak ini. Kamu orang Cina TIDAK ADA sejarah tumpah darah melawan menjajah. Sila namakan seorang bangsa kamu orang Cina yang pernah melawan penjajah di bumi Kenyalang ini.!!??

Jadi, kamu yang merupakan kaum pendatang yang masih baru mendatang tidak perlu hendak ajak atau cuba menghasut bangsa asal di bumi ini supaya keluar Malaysia. Sejarah hidup yang ada pada bangsa kamu adalah sebagai komunis memerangi bangsa aku sendiri… ada.!

Tanah kami ada adatnya.. ada ceritanya.. ada sejarahnya.

Di mana bangsa kamu, semasa James Brooke serang kami dahulu.? Siapa nama pahlawan kamu yang berjuang bersama kami???

Kami Iban digelar Sea Dayak kerana datang dari hulu pendalaman ke tepi laut yang asing mempertahankan kedaulatan tanah kami.

Saya ingin berpesan kepada kaum kamu kaum bangsa Cina golongan pendatang ini; Jangan sesekali hidup sebagai bangsa yang KURANG AJAR di tanah orang lain kemudian berlagak macam orang asal di sini. Duduk dan tinggallah elok elok cari makan di sini. Tak perlu hendak ajar kami apa yang terbaik untuk kami.

Keluarga aku ada juga yang berbangsa Cina.. tetapi tidak pula bengap macam kamu. Sudahlah pendatang, dan senang-senang dapat duduk jadi warga Sarawak, kemudian hendak ajak aku dan bangsa aku orang asal negeri ini keluar Malaysia.

Ape masalah otak korang nie.?

Tidak semua Iban itu Kristian.! Dan tidak juga semua Iban itu Islam.. Tidak pula semua Iban itu Pagan. Tapi kami semua adalah bangsa asal negeri ini dan termaktub dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ada hak kami sebagai pribumi dan sebagai bangsa Bumiputera.

Jangan ingat kerana pemimpin kami lemah.. Kamu boleh pijak-pijak orang bawah sesuka hati kamu..”

Adam Lawrence
Iban Sarawak

Nota: Dibenarkan copas dengan izin dan sila sebarkan seluas mungkin hingga sampai kepada mereka bangsa pendatang yang tak tahu malu itu semua. Tanah ini masih berdaulat.. masih bermaruah. Mereka yang tidak bermaruah.! #adamlawrence

Wallahua’lam 🌹

.

Bandar Kucing 2016

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.

Bahasa: Kalau hendak seribu daya

Bahasa: kalau hendak seribu daya

.

PenCERAHan yang popular

Jawatan PM hak siapa ❓ https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/

.

PenCERAHan terbaru⬇️

http://www.4uni2c.com

.

Strategi Kancil Tipu Harimau

•2019-10-23 • 1 Comment

.

2019 Okt 23

.

🇲🇾 Strategi Kancil Tipu Harimau

Ada satu kes jenayah seksual yang telah diadukan oleh seorang ibu mangsa kepada pihak berkuasa berkenaan. Aduan tersebut dibuat terhadap sebuah institusi pendidikan agama di Perak. Institusi pendidikan tersebut agak sohor dan pengusahanya adalah di antara selebrati agama yang sangat popular di seluruh negara.

Aduan tersebut telah dibuat beberapa tahun dahulu. Namun sehingga sekarang pun kes yang diadukan itu masih belum dibicarakan di mana-mana mahkamah. Alasan yang beri ialah kerana pihak yang melaksanakan siasatan belum berjaya mengumpulkan bukti yang cukup. Tanpa cukup bukti maka kes tersebut tidak layak disebut di mana-mana mahkamah bagi tujuan pembicaraan.

Maka pihak pendakwaan pun mengarahkan supaya kes tersebut di-NFA-kan. NFA bolehlah dianalogikan sebagai sebuah mangga yang digunakan bagi mengunci sebuah bilik stor yang didalamnya disimpan dengan berbagai kes yang belum layak dibicarakan.

NFA adalah initial bagi “No Further Action” atau dalam bahasa Melayu bermaksud “Tiada Tindakan Lanjut“. Acik yang rabun undang-undang ni faham bahawa kes yang berstatus NFA adalah umpama seorang pesakit yang dalam keadaan koma. Walaupun ia sedang menunggu saat-saat kematian tapi tak pasti bila kematian tersebut akan berkunjung tiba. Namun tak mustahil juga pesakit itu akan kembali pulih atas rasangan sejenis ubat yang mujarab, sumbangan ikhlas dari seorang rakan setia yang tidak mengharapka apa-apa balasan.

Khususnya terhadap kes tersebut, suatu kontroversi telah timbul. Pihak pendakwaan (Penasihat Undang-Undang Perak – PUUP) telah memberitahu pihak pengadu kononnya kes itu telah di-NFA-kan dengan arahan pihak Peguam Negara (AG). Ironinya, pihak AG pula menafikan dakwaan tersebut. Yakni beliau (AG) mengaku bahawa beliau tidak tahu menahu pun tentang dakwaan pihak PUUP tersebut. Maka siapakah yang wajar dipercayai, AG kah atau PUUP kah ?

Kes tersebut mengingatkan Acik akan beberapa kisah yang pernah Acik baca ketika di zaman kanak-kanak dahulu. Kisah-kisah tersebut menceritakan bagaimana seekor binatang yang kecil tetapi pintar berjaya melepaskan diri dari ancaman dari seekor binatang yang kuat tetapi bodoh. Bintang yang pintar itu bergelar Sang Kancil manakala yang kuat itu pula bergelar Pak Belang (harimau belang).

Satu daripada kisah-kisah tersebut ialah yang bertajuk “Kek Raja Sulaiman“. Al kisah maka terkejutlah dengan teramat sangat akan Sang Kancil akan kehadiran Pak Belang tidak jauh dari lokasi ia berada. Maka timbullah kerisauan yang teramat sangat di hati Sang Kancil, takut kalau kalau bau dirinya dapat dihidu oleh Pak Belang. Bergegas lari meninggalkan lokasi tersebut bukanlah cara yang paling selamat. Pak Belang pasti akan berjaya mengejar dan menangkapnya sebelum sempat ia pergi jauh.

Mujur juga kebetulan ternampak akan Sang Kancil akan selungguk tahi kerbau yang masih segar bugar tidak jauh dari tempat ia bersembunyi itu. Maka pergilah ia mendekati tahi kerbau tersebut, sambil matanya sentiasa memerhati akan gerak geri Pak Belang. Lalu ia pun duduk tercokoh bersebelahan dengan tahi tersebut seolah-olah sedang menjaga tahi itu dari dihinggapi lalat.

Maka ternampaklah Pak Belang akan Sang Kancil yang sedang duduk tercokoh di sebelah tahi kerbau itu. Maka hairanlah ia akan sebab Sang Kancil bersama selungguk benda yang ia sendiri pun kurang pasti apa gerangannya. Sebaik saja mata bertemu mata antara mereka berdua maka diberinya isyarat oleh Sang Kancil kepada Pak Belang akan pentingnya benda di sebelahnya itu. Pak Belang pun terpinga-pinga akan isyarat itu. Maka tak beranilah ia mengapa-apakan akan Sang Kancil dik kerana benda selungguk itu.

Maka dengan lemah lembut Pak Belang pun mendekati Sang Kancil. Maka ditanyai olehnya akan Sang Kacil tentang benda yang selungguk itu apakah gerangannya. Maka dengan megahnya Sang Kancil memberithu akan Pak Belang bahawa itu adalah kek Raja Sulaiman. Bahawa sesungguh Sang Kancil diperintah oleh baginda agar jangan dibiarkan kek itu disentuhi sesiapa.

Maka percayalah Pak Belang bahawa benda selungguk yang di sebelah Sang Kancil itu rupa-rupanya ialah kek Raja Sulaiman. Maka timbullah dalam hati kecil Pak Belang keinginan untuk merasai betapa sedapkah kek Raja Sulaiman itu. Lalu memujuklah ia akan Sang Kancil untuk menikmati kek tersebut barang sedikit saja tanpa mengurangkan kek tersebut.

Andaikata Raja Sulaiman tahu sekalipun baginda pasti menghalalkannya. Begitulah sangkaan baik Pak Belang terhadap rajanya. Pak Belang penuh yakin bahawasanya Raja Sulaiman tidak akan murka terhadapnya kerana baginda adalah seorang Raja yang sangat adil lagi pemurah orangnya kepada semua rakyat baginda.

Namun Sang Kancil tidak mahu menunaikan hajat Pak Belang itu walau sebesar habuk sekali pun. “Amanah tetap amanah !“, itulah jawaban Sang Kancil kepada Pak Belang dengan tegas. “Tapi kalau tuan hamba tak nak kempunan, maka biarlah hamba pergi mengadap baginda terlebih dahulu untuk memohon perkenan dari baginda bagi pihak tuan hamba. Tapi tuan hamba mestilah berjanji akan menunggu kek baginda ini dan jangan ke mana-mana sehinggalah hamba pulang ke mari“.

Maka bersetujulah Pak Belang akan syarat yang dikenakan oleh Sang Kancil itu. Maka duduklah ia secokoh di sebelah kek Raja Sulaiman itu bagi menggantikan Sang Kancil untuk mengawal kek tersebut. Hati Pak Belang rasa macam tak sabar lagi nak menjamah kek yang disangkanya tersangat enak itu. Namun kesetiaannya pada janjinya kepada Sang Kancil mengatasi nafsunya. Keehsanan terhadap kekuasaan Raja Sulaiman pula menyebabkan ia tak berani langsung mengusik kek baginda itu selagi belum menerima perkenan dari baginda melalui Sang Kancil.

Maka memohon dirilah dahulu akan Sang Kancil kepada Pak Belang untuk meninggalkannya bersama kek tersebut. Kononnya untuk pergi mengadap Raja Sulaiman. Maka tinggallah Pak Belang bersendirian di sebelah kek Raja Sulaiman itu dengan harapan setinggi gunung, akan dapat menikmati kek Rajanya itu sekejap lagi atas perkenan baginda.

Setelah beberapa ketika maka terdengar suatu suara yang sayup-sayup dari jauh sana. “Silalah makan wahai tuan hamba ! Tuanku telah perkenankan permohonan tuan hamba itu !” Suara pekikan tersebut berulang sebanyak beberapa kali. Makin lama semakin sayup kederangannya.

Wah betapa rakus sekali Pak Belang menjamah kek Raja Sulaiman itu. Maklumlah sudah beberapa hari ia tidak menemui apa-apa makanan. Antara percaya dengan tidak, ia terus menyuap kek itu ke dalam mulutnya. Namun, setelah beberapa suap tercetuslah kesangsian di hatinya. Betulkah apa yang sedang dipelahapnya itu kek Raja Sulaiman ataupun bahan yang tak sepatutnya dimakan ? Sedangkan Sang Kacil telah jauh pergi meninggalkan tempat itu. Agak mustahil ia masih mampu dijejaki lagi.
.

The moral of the story

.
1. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. Faktor yang lebih penting bagi menjamin kemenangan ialah kebijaksanaan memunipulasikan realiti bagi menyusun strategi.

2. Realiti yang dimaksudkan dalam CEREKANA di atas ialah accessibility kepada pihak tertentu oleh pihak yang ditipu. Kerana Kancil yakin bahawa harimau tidak mungkin sanggup menghubungi Raja Sulaiman, maka nama baginda pun dengan mudah “dijual” kepada harimau.

Dalam dunia realiti, menjual nama individu-individu tertentu bukanlah pelik malah merupakan suatu strategi popular untuk mengatasi pihak lawan. Kerana tidak adanya accessibility kepada individu tersebut, maka verifikasi mengenai sesuatu “fakta” itu tidak dapat buat.

Contohnya, bagi hakim dan peguam yang tak ada accessibility atau takut kepada AG bagi mendapatkan veifikasi mengenai sesuatu “arahan beliau” maka mudahlah menjadi mangsa kepada “Strategi Kancil Tipu Harimau”.

3. Dan lain-lain lagi

Wallahua’lam 🌷

Jika jenayah buli tidak didedahkan, kononnya untuk menjaga imej baik sekolah, maka sampai kiamat pun ianya tak akan berjaya dibenteras.

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.

https://www.malaysiakini.com/news/496820?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

.

Strategi Abu Nawas

CEREKANA # 13914 Strategi Abu Nawas

.

PenCERAHan yg popular

.

Jawatan PM hak siapa❓
.https://4uni2c.com/2019/09/30/jawatan-pm-hak-siapa/

.

.

PenCERAHan terbaru

http://www.4uni2c.com

.

.

Keberanian yang dikagumi❓

•2019-10-20 • Leave a Comment

2019 Okt 20

🇲🇾 Keberanian yang dikagumi ❓

Beberapa tahun dahulu negara digemparkan oleh seorang anak muda yang bernama Adam Adli. Adam telah menzahirkan protestnya terhadap kerajaan dengan cara menurunkan bendera ke separuh tiang di PWTC. Akibatnya beliau digantung pengajiannya oleh pihak universiti tempat beliau sedang menuntut ketika itu. Walaupun ramai yang marah kepada beliau, namun Acik kagum terhadap keberanian Adam itu.

Beberapa hari yang lepas negara digempar pula oleh seorang graduan UM (Wong Yan Ke). Graduan kejuruteraan awam itu telah mempamirkan sebuah notis menuntut supaya VC UM meletak jawatan. Ketika itu beliau masih berada di atas pentas, sebaik selepas menerima skrol ijazahnya.

Beliau mendakwa bahawa VC tersebut adalah pengamal rasisma (racism) Dakwaan tersebut adalah berdasarkan fahaman peribadi beliau terhadap isi ucapan VC tersebut di sebuah majlis (Kongres Maruah Melayu) yang diadakan beberapa hari sebelum itu.

Setakat ini Acik dah baca berbagai-bagai penilaian oleh netizen terhadap graduan Wong dalam medsos. Ada yang sangat negatif, dan ada pula yang sangat positif. Namun ramai juga yang tidak merasa adanya keperluan untuk menunjukkan apa-apa reaksi.

Yang negatif merupakan kutukan terhadap tindakan graduan yang bernama Wong itu. Ada yang kata ianya satu tindakan yang biadap kerana tidak menghormati majlis yang mulia. Kerana tindakannya itu maka imej UM yang berprestej tinggi itu, telah tercemar teruk. Dan berbagai-bagailah lagi kecaman yang dilemparkan kepada graduan Wong.

Namun, pendapat yang positif terhadap graduan Wong juga agak banyak. Terutamanya dari mahasiswa-mahasiswa dan anak-anak muda yang bergelar aktivis sosial. Semua itu boleh dibaca di dalam medsos. Antaranya dalam Malaysiakini.

Di sini bukanlah niat Acik nak menyalahkan sesiapa. Bukan nak menyalahkan netizen yang mengutuk graduan Wong itu, maupun menyalahkan mereka yang membelanya. Cuma apa yang ingin Acik “highlight“kan di sini ialah tentang keberanian luarbiasa yang ada pada graduan Wong.

Juga tentang kebijaksanaan beliau memilih strategi bagi menyampaikan mesejnya secara yang sangat berkesan. Bukan calang-calang anak muda yang mampu melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh graduan Wong itu. Komen-komen yang terbit bertali arus dalam medsos itu adalah manifestasi keberkesanan cara graduan Wong menyampaikan protestnya itu.

Bagi Acik, jika sekiranya graduan Wong melakukan protest tersebut atas inisiatif sendiri dan berdasarkan prinsip yang dipeganginya, maka Acik ucapkan “syabas !” kepada beliau. Tapi kalau sekiranya beliau dipergunakan oleh mana-mana pihak bagi mencapai sesuatu objektif pihak tersebut, maka ianya sangatlah dikesali. Ini perlulah dikaji dan disiasat oleh pihak yang berkenaan.

Berhubung dengan majlis yang menjadi punca provokasi terhadap graduan Wong, terlintas pula satu tanda tanya di minda Acik. Adakah majlis yang dinamainya dengan “Kongres Maruah Melayu” itu inisiatif tulen pihak universiti yang terlibat dalam penganjurannya ? Dengan kata lain ia bebas dari sebarang pengaruh mana-mana pihak.

Jika sekiranya jawapannya ialah “ya“, maka Acik ucapkan “syabas !” kepada setiap VC universiti yang terlibat. Namun, jika sekiranya penganjuran majlis tersebut adalah demi mematuhi arahan pihak-pihak tertentu, maka ianya juga adalah suatu yang sangat dikesali. Barulah macam “bertemu buku dengan ruas !”

Analisis

Apabila dianalisis dengan lebih mendalam tentang insiden berkenaan, Acik menjadi agak keliru pula dengan apa yang telah berlaku. VC yang berkenaan, dalam ucapannya seolah-olah mendakwa bahawa ancaman yang dihadapi oleh bangsa Melayu, adalah ketara sejak kerajaan sekarang mula memerintah. Itu adalah suatu dakwaan atau kenyataan yang sangatj berani oleh seorang VC di hadapan PMnya. Selaku ketua negara, tak kan PM yang hadir di dalam majlis tersebut tak merasa tersinggung dengan dakwaan tersebut.
.
Oleh kerana VC sanggup menunjukkan keberanian beliau di hadapan PM, apa nak hairan jika graduan Wong juga sanggup menunjukkan keberanian beliau di hadapan VC tersebut. Bukankah kata peribahasa Melayu, “kalau guru kencing berdiri, muridnya akan kencing berlari“. Rengkasnya graduan Wong cuma “emulated” VC nya.

Insiden yang berlaku dalam majlis konvo di UM tersebut mengingatkan Acik tentang “kisah Temasik (Singapura) dilanggar todak”. Kehadiran todak adalah simptom kpd ketidakadilan sistem pentadbiran negara Temasik di zaman itu.

Bagitulah juga dengan insiden di UM itu. Ia adalah merupakan satu simptom kpd masalah sosial yg sedang melanda negara dengan seriusnya di bawah pentadbiran sekarang. Oleh yang demikian, maka satu usaha yang komprehensif lagi berkesan amat wajar dilancarkan ASAP bagi memulihkan environmen yang bermasalah tersebut.

Sebagai citizen dan netizen Malaysia Baru, maka wajiblah atas kita semua menghulurkan tangan masing-masing bagi membantu menjayakan usaha pemulihan tersebut. Ini adalah satu cabaran kepada kerajaan baru di bawah PM ke-7 yang telahpun mempunyai pengalaman menjadi PM ke-4 selama 22 tahun.

Thing happens for its good reasons” adalah kata sebuah peribahasa Inggeris. Maka Acik percaya bahawa insiden yang berlaku itu tentu ada hikmahnya. Pertama, ia menyedarkan kerajaan bahawa undang-undang seperti SOSMA mungkin masih perlu dikekalkan bagi membenteras fitnah yang sedang rancak berlaku dikalangan rakyat.

Kedua, diharap akan menimbulkan keinginan di hati majoriti rakyat untuk mangambil tahu tentang isi ucapan VC berkenaan. Ayat atau perkataan manakah dalan ucapan beliau itu yang telah menyebab tercetusnya suatu provokasi terhadap graduan Wong hinggakan mendorong beliau melakukan protest dengan sedemikian rupa.

Berikut adalah ucapan VC UM di Kongres Maruah Melayu
.

Ini adalah ucapan Naib Canselor UM di Kongres Maruah Melayu


.

Acik percaya bahawa daripada teks ucapan VC tersebut, maka rakyat akan dapat menilai sendiri samada isi ucapan tersebut (baik yang tersurat maupun yang tersirat) adalah berdasarkan realiti semasa ataupun hanya suatu persepsi yang salah.

Insiden protest itu juga menguji pihak pentadbiran UM, apakah hukuman setimpal yang wajar dikenakan keatas graduan Wong. Di manakah tahap kebebasan bersuara yang masih boleh dibenarkan berlaku di kalangan mahasiswa dan warga UM semua.

Tindakan graduan Wong harus menjadi iktibar kepada kerajaan agar memperbaiki sistem pengadilan yang sedia ada. Fenomina “double standard” dalam sistem pengadilan tidak harus dibiarkan berlaku tanpa ada usaha yang jujur dan serius bagi menghapuskannya. Sistem pengadilan sekarang nampaknya lebih mengutamakan orang yang lebih kaya dan lebih berkuasa.

Double standard ⬇️ contoh ⬇️

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2310650582379248&id=285669801544013https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2310650582379248&id=285669801544013

Contohnya murid yang menjadi mangsa buli di sekolah-sekolah berasrama telah tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana pembuli adalah anak kepada orang yang berkedudukan tinggi dalam negara atau masyarakat. Walaupun wujud bukti-bukti yang kukuh sebagai “prima facie” namun sistem pengadilan masih tidak memihak kepada mangsa yang teraniaya.

Apabila kredibiliti sistem pengadilan telah mula dipertikaikan, akhirnya akan lahir mangsa-mangsa penganiayaan yang bertindak secara melampau dengan alasan membela diri. Namun, sebenarnya kerana yakin bahawa dirinya tidak mungkin akan mendapat pembelaan yang selayaknya dari pihak berkuasa.

Dengan lain perkataan, mangsa penganiayaan akan terus membuat tanggapan (presumption) bahawa mereka pasti akan kalah dalam sessi perbicaraan di mahkamah, walaupun pada hakikatnya mereka adalah mangsa (bukan pemangsa) dalam kes yang berkenaan.

Apabila telah ketara bahawa sistem pengadilan langsung tidak akan memihak kepada yang teraniaya, maka jangan terkejutlah jika selepas ini individu-individu yang “gila” (meminjam istilah Prof Dr. Teo Kok Seong) seperti graduan Wong akan muncul satu demi satu.

Justice is not only to be done but also seen as done” adalah suatu ungkapan yang wajar menjadi prinsip bagi setiap sistem pentadbiran negara. Bagi menjamin supaya tidak berlaku sesuatu kezaliman akibat tersalah hukum, maka ungkapan yang dipakai ialah, “kesilapan kerana melepaskan 10 orang pesalah dari hukuman adalah lebih baik daripada kesilapan kerana menghukum seorang tertuduh yang tak bersalah“.

Dalam satu medan perang, Ali bin Abu Talib r.a. (sahabat/sepupu/menantu Nabi s.a.w.) terhenti dari tindakan membunuh seorang musuhnya apabila musuh tersebut meludah ke muka beliau. Apabila ditanya kepada beliau kenapa beliau bertindak demikian maka jawapan beliau ialah bahawa beliau kuatir tindakan beliau membunuh musuh tersebut bukan ikhlas kerana Allah tetapi atas perasaan marah akibat diludahi mukanya.

Ketika Saidina Omar al Khattab r.a. membuat pengumuman di hadapan kaum wanita bahwa kadar mas kahwin akan ditetapkan, maka seorang wanita tangkas bangun membantah kerana tidak bersetuju. Wanita tersebut mendakwa bahawa tindakan Omar adalah bercanggah dengan hukum yang ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.

Omar r.a. lalu menerima bantahan tersebut dengan mengakui bahawa wanita tersebut adalah di pihak yang benar sedangkan dirinya di pihak yang salah.

Ketika Omar r.a. baru ditabalkan sebagai Khalifah kedua (selepas Abu Bakar r.a.) beliau lalu membuat ucapan dihadapan para hadirin, “Aku kini telah dilantik sebagai pemimpin kamu. Sesungguhnya aku bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya aku berlaku benar maka bantulah aku. Sekiranya aku salah perbetulkanlah aku“.

Tiba-tiba salah seorang daripada para sahabat yang hadir mengangkat pedangnya lalu berkata, “sekiranya Omar melakukan kesalahan maka pedang inilah yang akan membetulkannya !

Lalu Omar r.a. menjawab, “alhamdulillah, kerana ada orang yang sanggap membetulkan Omar“.

Dari peristiwa-peristiwa bersejarah di atas, kita dapat mengambil iktibar yang sangat penting. Yaitu tentang keperluan wujudnya sifat yang positif diantara rakyat dan pemerintah. Pemerintah yang adil tidak akan bertindak zalim kepada rakyat yang membantah terhadap sesuatu tindakannya yang tidak betul.

Berdasarkan keyakinan yang berjaya ditanam di dalam hati rakyat bahawa yang memerintah adalah sebuah kerajaan yang adil lagi saksama, maka rakyat tidak akan takut atau teragak-agak untuk mengemukakan apa-apa juga bantahan terhadap apa-apa juga tindakan kerajaan. Bantahan-bantah tersebut adalah merupakan satu maklumbalas atau input yang sangat berguna bagi pemerintah. Ia boleh dijadikan asas oleh pemerintah bagi menambahbaikkan sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh pemerintah.

Semoga Malaysia sentiasa berada di bawah pemerintahan yang adil lagi bijaksana.

Wallahu’alam 🌷

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2663316263730495&id=100001564414911https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2663316263730495&id=100001564414911

Kisah Singapura dilanggar todak

CEREKANA # 13922 Strategi Ikan Todak

.

Walaupun berhakimkan kancil

CEREKANA # 13X06 Walaupun Berhakimkan Kancil

.

PenCERAHan terbaru ⬇️

http://www.4uni2c.com

.

⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘

Harta: rugikah mewarithkannya ❓

•2019-10-16 • Leave a Comment

Error
This video doesn’t exist

2019 Okt 16

.

🇲🇾 Harta: rugikah si mati kerana mewarithkannya ❓

Selepas menonton video ceramah di atas maka tercetuslah satu pertanyaan dalam minda Acik. Pertanyaan tersebut berbunyi, “rugikah si mati kerana meninggalkan harta kepada warith-warithnya ?

Acik memang tidak ada banyak harta untuk diwarithi anak-anak. Yang ada pun hanyalah sebidang tanah yang sekangkang kera luasnya. Itu pun bukan Acik yang beli dengan hasil dari titik peluh sendiri. Ianya adalah harta yang Acik warithi dari arwah abang kandung Acik yang telah meninggal dunia dalam tahun 2008.

Arwah abang kandung Acik itu adalah seorang yang sangat berjasa dan pemurah. Bukan saja kami adik-adiknya mendapat nikmat daripada sikap beliau itu bahkan tempiasnya turut dirasai oleh orang lain.

Ketika arwah abang Acik tu masih hidup kami adik-adiknya tak pernah tahu berapakah wang yang beliau simpan di dalam bank dan di bawah bantal. Yang kami tahu ialah beliau memiliki dua bidang tanah dan sebuah kereta Opel Kadet buruk. Namun, sebepas beliau meninggal kami untuk selama-lama maka barulah kami tahu bahawa jumlah wang tunai beliau adalah melebihi RM100k.

Jika menjadikan video di atas sebagai kayu pengukur, maka nasib diri abang Acik itu di akhirat nanti tentulah dikira sangat rugi. Rugi kerana tidak semua harta benda yang dimilikinya telah dibelanja untuk mendapat pahala akhirat. Hartanya itu tak dibelanjakan untuk menunaikan fardu haji. Juga tidak dibelanjakan untuk membuat umrah setiap tahun atau untuk menyara sekolah-sekolah agama dan seumpamanya.

Sejak sekian lama Acik percaya bahawa meninggalkan sesuatu yang bernilai untuk diwarithi adalah merupakan satu kebajikan. Apa juga yang dikira sebagai kebajikan adalah berpahala jika dilakukannya dengan ikhlas. Jadi Acik percaya bahawa tindakan arwah abang Acik meninggalkan harta pusaka untuk diwarithi adik-adiknya itu adalah tindakan yang mulia lagi terpuji.

Namun, setelah menonton video di atas, Acik menjadi keliru pula. Adakah fahaman Acik tentang harta pusaka itukah yang salah atau apa yang difahamkan oleh Ustaz dalam video itu yang kurang tepat.

Sebenarnya, terdapat beberapa perkara yang Acik fahami sejak sekian lama, kemudiannya disanggah oleh fahaman kontemporari. Contohnya, dahulu Acik faham bahawa Nabi s.a.w. adalah seorang yang buta huruf yang diistilahkan “ummi” di dalam al Quran.
Tapi sekarang timbul pula fahaman lain yang bercanggah dengan fahaman Acik itu. Mengikut fahaman tersebut, sebagai seorang insan yang paling hebat lagi mulia di sisi Allah, tak kan Nabi s.a.w. sesuai dengan sifat buta huruf. Itu hujah yang diberi.

Yang satu lagi ialah tentang umur Saidatina Khadijah ketika dinikahi Nabi s.a.w. Dahulu Acik difahamkan bahawa umur beliau adalah 40 tahun. Akan tetapi Allah telah menjadikan beliau seumpama wanita yang masih berumur kira-kira sebaya dengan Nabi s.a.w. Ini Acik boleh percaya sebab bagi Allah yang Maha Kuasa, itu tak mustahil mampu dilakukanNya.

Hujah yang diberi bagi menyangkal fahaman Acik itu ialah faktor “biology”. Mana mungkin wanita yang sudah melepasi umur 40 tahun masih boleh melahirkan ramai anak. Saidatina Khadijah tidak terkecuali. Sedangkan beliau telah melahirkan beberapa orang anak semasa menjadi isteri Nabi s.a.w.

Ada pula yang mendakwa bahawa fakta tentang umur Saidatina Khatijah itu adalah berdasarkan sejarah yang datangnya dari penganut Syiah. Sedangkan ajaran Syiah tidak boleh diterima oleh pengikut Suni. Wallahua’lam.

Sebenarnya Acik bukanlah nak mempertikaikan kenyataan bahawa harta yang kita infakkan ke jalan Allah itu adalah harta yang akan kita “bawa” ke akhirat nanti. Cuma yang Acik ingin tahu, adakah si mati yang meninggalkan harta pusaka untuk diwarithi oleh orang-orang yang dikasihi beliau tidak akan mendapat apa-apa pahala ?

Contohnya ialah arwah abang kandung Acik itu sendiri. Acik percaya bahawa abang Acik itu memang sengaja meninggalkan wang ringgit dan tanahnya itu untuk diwarithi oleh adik-adik kandungnya. Kerana sangat mengenali beliau, maka Acik tidak ragu-ragu bahawa arwah abang Acik itu adalah ikhlas terhadap harta peninggalannya itu.

Kerana mewarithkan harta benda kepada adik-adiknya, maka mereka pun mendoakan keberkatan untuk abang Acik itu. Tapi jika sekiranya segala hartanya habis dibelanjakan untuk melakukan ibadat umrah tiap-tiap tahun, maka banyaklah pahala umrah yang beliau perolehi. Namun beliau mungkin tidak mendapat doa dari adik-adik kandungnya.

Merujuk kepada kenyataan Ustaz yang di dalam video di atas, Acik muskil terhadap maksud beliau yang tersirat. Apakah seseorang Muslim itu tidak wajar menyimpan harta untuk diwarithi oleh orang-orang yang beliau sayangi ? Dengan lain perkataan, seseorang Muslim itu tak perlu bimbang akan nasib mereka yang di bawah tanggungannya sekarang, selepas beliau mati nanti. Segala urusan mereka itu harus diserahkan sepenuhnya kepada Allah. Kan Allah lebih layak menguruskan kehidupan hambaNya yang kehilangan tempat pergantungan hidup ?
.
Acik rasa kenyataan tersebut boleh menimbulkan implikasi yang kurang baik kepada orang awam umumnya dan umat Islam khususnya. Keluarga yang mewarithi sedikit kekayaan dari si mati tentulah kurang menyusahkan masyarakat berbanding dengan keluarga yang tak mewarithi apa-apa pun dari si mati. Jika sekiranya harta tersebut dimunafaatkan dengan baik oleh pewarith, bukanlah ia termasuk sedakah jariah bagi si mati ?

Seorang ayah, selepas menonton video di atas mungkin sanggup membelanjakan 90 % dari keseluruhan wang ringgitnya, untuk diinfak kepada masjid atau sekolah agama serta untuk mengerjakan ibadat umrah setiap tahun. Hanya 10% saja yang dibelanjakan untuk kebajikan keluarganya, kerana itu dianggap keduniaan. Apakah Muslim macam ini yang kita ingin hasilkan❓ Tak “selfish kah” namanya bagi ayah yang macam tu ❓

sebuah hadith tentang harta

Meninggalkan Waris Dalam Keadaan Berharta Adalah Lebih Baik

Ketika Haji Wada, Saad bin Abi Waqqas jatuh sakit.

Rasulullah pun pergi berziarah dan Saad pun berkata:

“Ya Rasulullah, saya mempunyai harta dan cuma mempunyai seorang anak perempuan untuk mewarisinya. Apakah saya dapat memberikan 2/3 dari harta ini sebagai sedekah?”

Rasulullah menjawab, “Tidak.”

Saad bertanya lagi, “Kalau begitu 1/2 dari harta?”

Rasulullah menjawab sekali lagi, “Tidak.”

Saad terus bertanya, “Kalau begitu 1/3 dari harta?”

Maka Rasulullah pun menjawab, “Boleh, tetapi 1/3 itu pun masih banyak. Sesungguhnya meninggalkan para waris dalam keadaan kaya dan berharta itu lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta. Sekiranya kamu membelanjakan sesuatu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah, kamu tetap mendapat ganjaran walaupun hanya sesuap makanan yang kamu suapkan ke mulut isteri kamu,”

Kisah ini dicatatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Wallahua’lam 🌷

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Mati terlekat susu https://4uni2c.com/2014/01/07/cerekana-14107-mati-terlekat-susu/

.

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

Masjid: sumber berbagai tauladan

•2019-10-11 • 4 Comments

Masjid bukan pentas politik.

.

(Terbitan 2019 Okt 11 – Jumaat)

🇲🇾 Bagi seorang Muslim sebaik-baik tempat di atas muka bumi ini adalah masjid. Manakala seburuk-buruk tempat ialah pasar. Itu adalah mahfum sebuah hadith. Cuma definasi pasar sekarang mungkin sudah jauh berbeza dari zaman Nabi s.a.w. dahulu. Namun, adakah definasi masjid juga sudah turut berubah, wallahualam.

Berpandu kepada hadith tersebut maka Acik bercita-cita hendak sentiasa tinggal dekat dengan masjid. Setakat ini alhamdulillah sebab selalu dapat tinggal berdekatan dengan masjid kecuali ketika di Pos Brook dulu dan di Saujana Damansara sekarang.

Di Pos Brook dahulu, jarak masjid dari rumah yang Acik tinggal ialah 15km. Dari Saujana Damansara tempat Acik tinggal sekarang adalah kira-kira 2km ke masjid. Tempat yang paling dekat dengan masjid yang pernah Acik tinggal ialah Saujana Apartmen, Damansara Damai iaitu tidak sampai 70 meter.

Setiap masjid ada kelebihan dan kelemahannya. Keadaan sesebuah masjid adalah manifestasi status sosial anak-anak khariah masjid tersebut. Juga manifestasi prestasi jawatankuasa yang mengurustadbir masjid tersebut. Jika majoriti anak khariahnya terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi, maka masjidnya juga akan terurus dengan baik. Apa pun, di mana-mana juga masjid itu berada ia harus menjadi lambang kepada kehebatan Islam.

Oleh sebab masjid adalah pembawa imej Islam maka keadaan masjid perlulah sentiasa baik pada kacamata orang ramai. Sekurang-kurangnya pada kacamata masyarakat setempat. Maka pihak berkuasa yang menjaga hal ehwal agama Islam wajarlah mengambil peduli tentang kebajikan setiap masjid di seluruh negara.

Ini merangkumi pelbagai aspek. Dalam aspek fisikal ia menyentuh kemudahan-kemudahan asas masjid seperti tandas, tempat mengambil wuduk, lampu, kipas dan sebagainya. Aspek bukan fisikal pula adalah merangkumi pengurusan masjid serta aktiviti-aktiviti agama yang dijalankan di masjid berkenaan.

Dari sumber mana dan bagaimana masjid mengisi dananya juga tidak kurang penting. Ia wajar dipantau oleh pihak berkuasa berkenaan agar tidak berlaku apa-apa penyelewengan yang boleh mencemarkan institusi masjid sebagai pembawa imej Islam.

Pendek kata, masjid wajarlah layak menjadi sumber tauladan bagi perbagai aspek kehidupan. Contohnya masjid layak dijadikan piawai dari segi kebersihan untuk diikuti oleh anak-anak khariah masjid berkenaan. Pengurusan masjid juga harus layak untuk dicontohi oleh institusi-institusi lain termasuk keluarga, koperasi dan persatuan.

AJK masjid juga hendaklah terdiri daripada individu-individu yang terpuji akhlaknya. Tidak harus ada seorang pun daripada AJK yang kontroversi sikap dan akhlaknya. Bukan saja tidak ada AJK yang meninggalkan solat fardu, malah sebaliknya mereka adalah individu yang gemar melakukan amalan-amalan sunat dan kerja-kerja kemasyarakatan.

Dari pangamatan (observation) Acik, banyak daripada masjid-masjid yang Acik pernah singgah bersolat di dalamnya masih dhaif keadaannya. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa masjid yang telah mencapai prestasi tinggi telah bertambah, namun bilangannya masih kecil. Oleh itu usaha bagi meningkatkan taraf masjid-masjid yang masih dhaif itu wajarlah dilaksanakan dengan lebih gigih dan terancang.

.

Saranan Acik kepada JAKIM dan IKIM

Untuk itu sukalah Acik mencadangkan supaya suatu kajian akademik yang komprehensif dijalankan ke atas masjid-masjid di seluruh negara. Pihak yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam seperti JAKIM dan IKIM misalnya, mungkin boleh membiayai sepasukan penuntut-penuntut universiti di peringkat PhD, bagi membuat kajian tersebut.

Seterusnya, berdasarkan hasil dari kajian tersebut, mereka hendaklah menyediakan manual program-program tindakan yang lengkap dan praktikal. Program-program tersebut adalah untuk diterimapakai oleh semua pihak yang relevan dengan maajid, demi meningkatkan taraf semua masjid dengan cara yang terancang dan berkesan.

Program tindakan tersebut hendaklah merangkumi aktiviti dakwah dan tarbiah. Kaedah pengajian yang diamalkan oleh hampir semua masjid selama ini mungkin belum cukup berkesan bagi meningkatkan pengetahuan anak-anak khariah masjid berkenaan.

Mungkin program alternatif yang lebih efektif akan dapat dihasilkan melalui kajian tersebut. Ianya adalah bagi menggantikan kaedah pengajian ilmu agama yang dijalankan di masjid-masjid sejak sekian lama. Mudah-mudahan dalam tempoh 10 tahun akan datang hasrat menjadikan masjid sebagai sumber berbagai tauladan akan menjadi realiti.
.

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Covid19: susah, mungkin barakah https://beappreciative.wordpress.com/2021/05/28/covid19-susah-mungkin-barakah/

Masjid: Rahmatan lil alamin https://4uni2c.com/2019/05/30/masjid-rahmatan-lil-alamin/

Silence is golden https://4uni2c.com/2012/12/22/4uni2c-12722-silence-is-golden/

Wajarkah masjid dipenjarakan ?https://4uni2c.com/2017/02/11/wajarkah-masjid-dipenjarakan/

Lain-lain PenCERAHan

https://4uni2c.wordpress.com

https://jihadpalestin.wordpress.com

https://menafirealiti.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

.

Siapa pembela fakir ?

•2019-10-09 • Leave a Comment

.

2019 Okt 09 (Rab)

Oleh Dr Najmil Faiz ⬇️

CUBA BAYANGKAN JIKA BN MASIH MEMERINTAH

1. Penulisan ini ditujukan kepada Marina Mahathir yang mengatakan jika PH kalah pada PRU lepas ke manakah hala tuju negara. Beliau mendakwa negara seolah-olah tiada hala tuju jika diperintah lagi oleh BN.

2. Jika BN masih memerintah, 1.3 juta pekerjaan dapat diwujudkan melalui projek Malaysian Vison Valley seperti yang dijanjikan dalam manifesto.

3. Jika BN masih memerintah, kadar pengganguran akan menurun melalui Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) yang menawarkan bayaran sehingga RM 2000.00 kepada graduan. Pada masa yang sama, biasiswa kepada pelajar juga akan terus diberikan melalui program MyBrain15.

4. Jika BN masih memerintah, sebuah bank khas akan ditubuhkan bagi menguruskan pinjaman Perumahan Mampu Milik dan Perumahan Kos Rendah yang berharga RM300,000 dan ke bawah melalui program 1Negaraku.

5. Jika BN masih memerintah, lebih banyak Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi memudahkan urusan rakyat dan membantu usahawan-usahawan kecil.

6. Jika BN masih memerintah, BR1M akan diperkasa dengan peningkatan yang lebih tinggi untuk membantu rakyat Malaysia.

7. Jika BN masih memerintah, pelbagai lagi inisiatif akan dilakukan kerajaan untuk meningkatkan sosioekonomi rakyat yang merangkumi penduduk bandar dan juga luar bandar.

8. Jika BN masih memerintah, negara akan mempunyai hala tuju yang jelas dengan adanya dasar awam yang cekap seperti Program Transformasi Ekonomi yang akan memacu pendapatan negara kasar (GNI) kepada AS $ 523 bilion menjelang 2020.

9. Jika BN masih memerintah, rakyat tidak dizalimi seperti hari ini dengan ingin memansuhkan skim pencen penjawat awam, memansuhkan bantuan tanaman semula kepada pekebun kecil, memansuhkan MyBrain15, berlakunya pepecahan perpaduan, kelembapan ekonomi serta pelbagai lagi masalah lain.

10. Realiti politik hari ini jelas membuktikan negara tiada hala tuju apabila diperintah PH. Retorik politik pemimpin PH dapat dinilai rakyat sebagai satu pembohongan kerana terbukti dengan fakta bahawa keadaan negara semakin lemah apabila diperintah PH.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

.

Wallahu’alam 🌷

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.

PRU14: Antara janji dan reliti

PRU14 : Antara janji & realiti

.

PRU14: Jom emulate Paklah

PRU14: Jom “emulate” Pak Lah

.

.

PenCERAHan terbaru ⬇️

http://www.4uni2c.com

Bahasa: kalau hendak seribu daya

•2019-10-08 • Leave a Comment

Bahasa adalah satu-satunya alat yg paling efektif bagi menyatukan rakyat sesebuah negara. Lebih-lebih lagi Malaysia yg rakyatnya berbilang kaum dan keterunan.

2019 Okt 08 (Selasa)

🇲🇾 Kalau hendak seribu daya

Bila Acik menonton video dalam Youtube di atas tercetus dalam minda Acik tentang tahap kebolehan berbahasa Kebangsaan sebilangan politikus yang prominent dalam negara. Ada yang sudah menjadi MP puluhan tahun, namun sebutan perkataan Kebangsaannya pun masih tahap tadika. Malah ada yang lahir dan hidup di Malaysia sudah lebih dari 50 tahun namun masih belum fasih berbahasa Malayu.

Acik percaya, fenomina ini adalah manifestasi kegagalan sistem pendidikan nasional, khususnya dalam usaha memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Kegagalan tersebut adalah bepunca dari sikap penggubal undang-undang yang tidak menghormati agenda negara. Bukan kata tak menghormati peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan, malah berhasrat pula meminda perlembagaan supaya bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa yang diutamakan di Malaysia.
.
Bagi Acik, dasar bahasa wajar diperkasakan dengan sehebat-hebatnya. Jika kita pergi ke negara-negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand, hampir semua warga negaranya fasih berbahasa kebangsaan negara tersebut. Adakah di negara tersebut tidak ada langsung rakyatnya yang bukan berasal dari penduduk tempatan ?

Kalau di England, untuk menjadi seorang wakil rakyat, seseorang itu wajib fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Dasar ini amat praktikal untuk digunapakai di Malaysia. Bahasa bukanlah macam bangsa dimana ia tidak boleh diubah. Seperti juga agama, bahasa boleh dipelajari dan dikuasai oleh sesiapa juga yang berusaha mempelajari dan mengamalkannya. Oleh itu tidak ada alasan bagi rakyat Malaysia menolak dasar tersebut jika ia diterimapakai di negara kita.

Peribahasa Malayu ada berkata, “kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh“. Ini adalah satu kenyataan yang tidak dapat disangkalkan lagi kebenarannya.

Kemahiran berdebat dalam bahasa Kebangsaan telah pun diakui oleh pemimpin-pemimpin negara sejak Merdeka dahulu. Antara usaha beliau kearah memupuk kemahiran berdebat dalam bahasa Kebangsaan, PM kedua (arwah Tun Abdul Razak) telah memperkanalkan Pertandingan Bahas Piala PM di sekolah-sekolah berasrama penuh.

Ramai penuntut yang berpotensi telah mendapat munafaat dari pertandingan tersebut. Negara turut beruntung apabila ada di kalangan YB-YB yang terdiri daripada bekas jagoh-jagoh pembahas-pembahas ketika mereka masih di bangku sekolah dan di universiti dahulu.

Untuk menjadi pembahas yang berjaya seseorang itu perlu mahir dalam bahasa yang digunanya ketika berbahas. Oleh itu beliau harus ada komitmen dalam usaha meningkatkan kemahiran berbahasa tersebut tanpa jemu.

Dengan menonton YB-YB bukan Melayu berhujah dalam bahasa Malaysia, Acik kurang percaya bahawa mereka ada komitmen untuk memperbaiki mutu percakapan mereka dalam bahasa Malaysia. Mungkin dengan mengenakan syarat bahawa seseorang bakal YB wajib fasih berbahasa kebangsaan, senario dalam dewan rakyat dan dewan undangan negeri akan berubah secara mendadak. Mereka yang ingin menjadi YB akan berusaha memperbaiki mutu pertuturan mereka dalam bahasa Malaysia. Manakala yang masih YB juga akan berusaha supaya bahasa tidak menjadi faktor yang menyebabkan mereka tidak boleh dikekalkan sebagai YB.
.
Video berikut menunjukkan satu daripada beribu-ribu contoh yang membuktikan akan kebenaran kenyataan, “kalau hendak seribu daya, ….. “. Acik sangat kenal dengan Aslam, individu yang di dalam video tersebut. Walaupun bahasa ibunda beliau bukan Inggeris namun beliau telah berjaya memenangi hadiah popular dalam pertandingan “presentasi” yang menggunakan bahasa Inggeris. Beliau telah menerima hadiah yang bernilai Autralian $500 atas kemenangan tersebut.

Apa yang nak Acik maklumkan ialah tentang komitmen yang ditunjukkan oleh Aslam untuk berjaya menyampaikan hujahnya kepada penonton dalam bahasa yang bukan bahasa ibundanya. Sudah tentu usaha tersebut adalah secara serious bukan secara main- main. Sepatutnya semua yang begelar YB turut berusaha untuk “emulate” orang seperti Aslam supaya mampu mengemukakan hujah-hujah mereka di dalam dewan negara dan DUN dalam bahasa kebangsaan secara fasih.
.

.

.

Aslam menang pertandingan presentasi dalam bahasa bukan bahasa ibundanya ⬇️

https://social-science.uq.edu.au/3-minute-thesis-winner-2019

.

W a l l a h u a’ l a m 🌺

..

PenCERAHan terakhir

http://www.4uni2c.com