4uni2c #14628 Lain Ulu Lain Parang

•2014-06-27 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda )

Lain Ulu Lain Parang

Jika dahulu seseorang individu itu BAIK, namun tidak mustahil di hujung2 usia dalam perjuangan hidupnya dia berubah. Begitu juga sebaliknya. Dalam dunia politik lebih2 lagilah.

Oleh itu jika dalam blog Acik ini, ada individu yang Acik puji dan sanjung berdasarkan dahulunya, maka tidak semestinya sekarang pun kekal demikian

Tidak mustahil beliau kini GAGAL istiqamah dengan sifat dan sikap baiknya itu hingga sekarang.

Begitulah juga individu yang sebaliknya.

Acik rasa belum masanya lagi untuk Acik sebut namanya di sini. Namun Acik percaya ramai pembaca sendiri sudah boleh TEKA siapa. Cuma Acik nak bagi sikit hint dengan soalan berikut:

Jika seseorang pemimpin itu, status rumah tangganya sendiri pun PORAK PERANDA, bolehkah kita terus percaya bahawa beliau masih boleh berjaya menjadi seorang pemimpin NEGARA yang disegani dan diteladani ?

Bagi Acik, status keluarga seseorang itu sangatlah penting. Negara bermula dengan keluarga. Oleh itu status dalam keluarga seseorang individu itu adalah manifestasi bakal kejayaan beliau (ataupun sebaliknya), sebagai pemimpin masyarakat dan negara di masa akan datang.

Acik agak simpati dengan MB Selangor sekarang. Jika ada pihak yang nak menggugurkan beliau, Acik sangat tak setuju. Jika beliau terbukti tak pandai takbir itu Acik boleh terima. Tetapi jika semata-mata kerana nak naikkan seseorang individu lain hingga beliau terpaksa di”PECAT”, maka itu Acik rasa agak zalim. Hilang hormat Acik kepada pihak yang berusaha menjatuhkan MB tersebut.

Selingan 1& 2

http://beritasetiap-hari.blogspot.com/2014/08/nilai-khalid-di-mata-ahli-dewan-dan.html

Apa reaksi seorang bekas ahli PKR

Tak kira siapa pun orang berkenaan. Walaupun nama bapa orang berkenaan serupa dengan nama bapa MB tersebut, namun bukan bermakna masing-masing kita tidak perlu perihatin apa yang sedang diusahakan itu. Hatta jika bapa masing-masing adalah individu yang sama pun, bagi Acik masih tak wajar MB berkenaan diganti. Acik percaya majoriti rakyat negeri Selangor masih mahu supaya MB mereka sekarang kekal sebagai MB. Jika beliau ada kelemahan sana sini, tegurlah dengan nawaitu yang baik. Bukan ambil kesempatan untuk mengeksploitasi kelemahan berkenaan bagi menjustifikasikan beliau (MB itu) wajar di”TENDANG”

Oleh sebab Acik dah tak tinggal dalam negeri Selangor lagi, maka rasanya tak layak pula nak cakap lebih-lebih tentang MB Selangor. Apa lagi, rasa sangat kurang sopan pula Acik ini jika menanam cita-cita untuk menjadi  MB Selangor. Bukan kerana apa, tetapi semata-mata kerana yang menjadi anak kelhiran Selangor bukanlah Acik sendiri tetapi anak Acik yang kedelapan. Acik ni anak Penang tok-tok.

Selingan  3

  Apa pandangan UAI wanita jadi pemimpin : http://www.youtube.com/watch?v=b5XT8yg_9fw

Bila memikirkan dilema yang sedang dihadapi MB Selangor itu, maka teringat Acik akan sebuah lagu. Dalam lagu tersebut penyanyinya berkata bahawa dulu dia diTENDANG tapi kini diSAYANG.  Sedangkan bagi MB berkenaan statusnya adalah sebaliknya. Kalau dulunya beliau diSAYANG, tapi kini nampaknya macam beliau nak di”TENDANG”. Mudah-mudahan Allah selamatkan beliau.

Selingan  4

https://www.youtube.com/watch?v=r2scbnP6nbw

Wallahualam

Lain-lain tajuk yang relevan :

PRK Kajang # 003 DSAI Pejuang Rakyat Sebenar https://4uni2c.com/2014/02/11/prk-kajang-003-dsai-pejuang-rakyat-sebenar/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

 OPajar AS.

Hudud – # 001 Manifestasi Atau Penyebab Kejayaan Sesebuah Negara Umat Islam ?

•2014-05-27 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

H   u   d   u  d  : – 

Manifestasi Ataupun Panyebab Kejayaan Sesebuah Negara Umat Islam  ?

Seingat Acik, “hudud” bukanlah satu isu yang baru. Semasa Acik masih di peringkat sekolah rendah lagi, istilah “hudud” telah sering diperkatakan di Malaysia (ketika itu Malaya). Jadi ia bukanlah istilah yang asing bagi Acik. Arwah ayah Acik adalah antara orang-orang lama yang sering menyebut perkataan hudud.

Arwah ayah Acik itu merupakan seorang penyokong dan pendokong tegar PAS era Al marhum Datuk Mohd Asri Hj Muda. Malah beliau telah menjadi penyokong PAS lebih awal dari itu. Sokongan beliau itu bukanlah atas dasar ikut-ikutan. Sebaliknya beliau benar-benar faham akan konsep dan falsafah politik tanah air ketika itu. Tentulah ada sebabnya mengapa PAS menjadi pilihan beliau sebagai wadah perjuangan.

Selingan 1 :

Hudud pencetus phobia bukan Muslim terhadap Islam

http://www.youtube.com/watch?v=RF1bY8NCmzA

Acik yakin bahawa ketika itu memang hudud boleh dilaksanakan di Malaysia. Kerana pada ketika itu lebih dua pertiga dari bilangan ahli-ahli Parlimen kita adalah terdiri dari individu-individu Muslim. Jika kesemua mereka mempunyai hasrat hendak melaksanakan hudud ketika itu, bilangan mereka sudah memenuhi syarat untuk meminda perlembagaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan itu sendiri. Ini bagi memberi laluan kepada perlaksanaan hudud di negara Malaysia.

Namun demikian, realitinya tidak pula begitu. Di kalangan ahli-ahli Parlimen, ramai yang tidak menyokong perlaksanaan hudud. Kita tak hairan jika yang tidak menyokong hudud itu ahli-ahli parlimen yang bukan beragama Islam. Tetapi di kalangan mereka yang lahir dan hidup sebagai seorang Muslim pun ramai yang turut tidak menyokong hudud. Alasan popular ketika itu, yang Acik masih ingat ialah, hudud tidak sesuai di Malaysia kerana rakyatnya terdiri dari berbagai-bagai bangsa dan agama.

Nampaknya, yang masih beriya-iya sangat hendak melaksanakan hudud dahulu, kini dan selama-lamanya ialah PAS. Acik boleh faham kenapa hudud menjadi agenda perjuangan PAS. Sebagai sebuah parti yang berjenama Islam, maka sudah tentulah halatuju parti tersebut ke arah pelaksanaan sistem pemerintahan Islam. Dan hudud merupakan satu komponen penting dalam sistem pemerintahan Islam.

Samada cita-cita itu mampu dicapai ataupun sebaliknya, itu mungkin dianggap suatu isu yang tidak patut menjadi pertikaian oleh mana-mana umat Islam ketika itu. Bagi sesiapa yang mempertikaikannya, maka ia mungkin dianggap menentang hukum Allah. Akibatnya, ia dianggap telah rosak akidahnya atau jatuh kafir.

Berdasarkan persepsi peribadi Acik, hudud sebenarnya boleh dilihat dari dua sudut yang berbeza. Pertama ia boleh dilihat sebagai manifestasi kejayaan yang telah dicapai oleh sesebuah negara umat islam. Kedua ia dilihat sebagai penyebab bagi mencapai kejayaan tersebut. Kejayaan bagi sesebuah negara boleh dinilai berdasarkan tahap keamanan dan kemakmuran yang telah dicapai oleh negara tersebut.

Pada peringkat awal Acik menyokong perjuangan menegakkan keadilan Islam dahulu, Acik pun turut berpegang kepada pendirian yang sama. Mana-mana individu Islam yang tidak menyokong cadangan atau usaha ke arah pelaksanaan hukum hudud, bermakna dia mengingkari perintah Allah. Ia seolah-olah mengatakan bahawa menunaikan haji itu tidak wajib ataupun mengatakan zakat itu tidak wajib, hatta solat pun tidak wajib.

Mengatakan sesuatu yang wajib itu tidak wajib (ataupun harus), sudah cukup besar dosanya. Malah ada ulama menghukumkan bahawa orang Islam yang berpendirian demikian sebagai rosak akidah atau jatuh kafir, nauzubillah ! Walaubagaimana pun setelah belajar mengenal realiti semasa, pegangan Acik kepada pendapat tersebut (khususnya tentang isu perlaksanaan hudud) mulai tercabar dan tercalar. Persepsi Acik terhadap tuntutan perlaksanaan hukum hudud kini mulai longgar. Bagi memahami persepsi Acik yang terkini, maka biarlah Acik ambil ibadat haji sebagai analogi.

Setiap orang Islam wajib yakin bahawa ibadat haji adalah satu daripada lima rukun Islam. Sesuaatu yang berstatus rukun dalam Islam ialah, ia wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim. Jika tidak melaksanakannya, maka individu tersebut dianggap Muslim yang tidak sempurna, malah boleh tergelincir dari landasan Islam atau jatuh kafir.

Namun demikian, ironinya ialah tidak semua orang Islam diwajibkan mengerjakan haji walaupun dari segi prinsipnya haji memang telah difardukan keatas setiap Muslim. Keunikan hukum Islam dalam bab fardu haji ini ialah, hanya individu yang benar-benar berkemampuan saja yang diwajibkan mengerjakannya. Manakala yang tidak atau belum cukup kemampuan dimaafkan atau dikecualikan.

Dengan kata lain, Islam tidak menuntut agar setiap umatnya menunaikan ibadat haji ke tahap “by hook or crook”. Yakni, sehinggakan terpaksa “bergadai golok”. Malah sebaliknya Islam melarang umatnya yang belum mampu, dari menunaikan ibadat haji. Ini bermakna Islam mahukan umatnya menyelesaikan dahulu segala urusan hidupnya yang lain.

Andaikata seorang Muslim itu meletakkan keutamaan yang salah terhadap fardu haji, maka ia akan menyusahkan dirinya sendiri serta tanggungannya. Akhirnya membebankan Muslim yang lain dengan masalahnya. Misalnya tidak memberi pendidikan kepada anak-anak kerana mahu menyimpan wang untuk menunaikan fardu haji.

Bagi Muslim yang cukup kemampuan pun Islam tidak mewajibkannya mengerjakan haji melainkan sekali sahaja dalam tempoh hayatnya. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pun mengerjakan ibadat haji hanya sekali sahaja. Oleh itu adalah lebih utama jika seseorang yang telah mengerjakan haji tidak mengulanginya. Walaupun hukumnya sunat, namun sumber yang dikorbankan bagi megerjakan haji untuk kali kedua itu akan mampu menjana pahala yang jauh lebih besar dengan melakukan amal jariah yang lain. Misalnya membantu rakyat yang miskin yang masih bersepah di seluruh negara.

Ibadat haji tentulah tidak boleh disamakan dengan solat fardu yang juga wajib kepada setiap umat Islam. Solat fardu adalah wajib bagi setiap individu Muslim tanpa ada yang terkecuali, melainkan bagi mereka yang bukan mukallaf (seperti tak berakal, gila dan seumpamanya) sahaja. Dengan kata lain, hatta orang sakit pun masih wajib melaksanakan fardu solat selagi berada dalam keadaan siuman.

Oleh sebab ibadat haji hanya diwajibkan keatas Muslim yang berkemampuan sahaja, maka haji itu bolehlah dianggap sebagai manifestasi kejayaan seseorang individu Muslim semasa hayatnya. Ia bukanlah sebagai penyebab kepada kejayaan individu Muslim berkenaan dalam usaha mencapai kesenangan dalam hidupnya.

Supaya lebih jelas tentang maksud penyataan Acik di atas, mari kita ambil satu senario berikut sebagai analogi :-

Mat ialah seorang pekebun di sebuah kampung terpencil di pendalaman Kelantan. Hidupnya semasa masih muda agak susah, ibarat ayam, “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Namun selepas berkahwin dengan Minah, kehidupan Mat mengalami perubahan positif secara mendadak.

Sebidang tanah sawah yang diwarithi Minah dari orang tuanya membolehkan Mat menambah pendapatannya dengan agak ketara. Ini membuat Mat suami isteri mampu menyara pendidikan anak-anak mereka sehingga semua mereka berjaya sampai ke menara gading.

Selepas kira-kira 30 tahun Mat mendirikan rumah tangga dengan Minah, kedua pasangan suami isteri tersebut berjaya menunaikan fardu haji. Sebahgian pembelanjaan mereka adalah hasil dari simpanan berdikit-dikit mereka sejak baru kahwin. Sebahgian lagi adalah dari sumbangan anak-anak mereka yang kini telah pun bekerja dengan pendapatan yang agak selesa.

Merujuk kepada kisah Mat dan Minah di atas, kehidupan Mat di hujung usianya adalah jauh lebih senang berbanding dengan kehidupan beliau ketika zaman mudanya dahulu. Cuba kita renungi kedua-dua kenyataan berikut dan pilih yang mana kita rasa lebih benar dan rasional

  1. Ibadat haji telah berjaya merobah kehidupan Mat dari susah menjadi senang
  1. Ibadat haji Mat itu adalah manifestasi bahawa beliau seorang yang telah mencapai kesenangan dalam hidupnya

Andai kata kita bersetuju dengan kenyataan pertama di atas, agaknya berapa ramaikah orang yang akan bersama-sama kita. Jika lebih ramai yang bersama-sama kita berbanding dengan yang menentang, maka sangat wajarlah setiap kita umat Islam mengutamakan perlaksanaan ibadat haji sebelum menunaikan tanggungjawab yang lain. Rasional berbuat demikian ialah, bila hidup kita sudah senang, maka bermacam-macamlah amal jariah lain yang akan mampu kita lakukan.

Jika benar bahawa fardu haji itu adalah penyebab kesenangan yang ingin dicapai, maka apa salahnya jika kita berhutang sana sini semata-mata untuk melaksanakan ibadat haji. Semua institusi kewangan seperti Bank Islam dan lain-lain pasti tidak akan teragak-agak untuk memberi pinjaman kepada kita yang berhasrat menunaikan ibadat haji. Tak perlu ada penjamin atas pinjaman tersebut kerana ke”berkatan” ibadat haji itu sendiri pun sudah memadai.

Malangnya Islam tidak pula mengharuskan umatnya berhutang bagi tujuan menunaikan ibadat haji. Sebaliknya Islam melarang berbuat demikian kerana ia akan mengundang pelbagai masaalah sosial yang lain. Malah mungkin akan menimbulkan fitnah terhadap Islam. Ini dengan sendirinya menafikan dakwaan bahawa haji adalah penyebab kepada kesenangan hidup seseorang.

Kembali kita kepada isu hudud, jika ia dilihat sebagai penyebab kepada kejayaan sesebuah negara umat Islam, maka sangat wajarlah hukum hudud dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti-aktiviti lain. Malangnya sehingga kini kita masih belum jumpa bukti bahawa hudud adalah faktor penyebab kepada kejayaan sesebuah negara. Oleh itu dakwaan mengatakan hudud dapat menjamin keamanan sesebuah negara masih boleh disangkal.

Di kalangan negara-negara umat Islam, sudah ada yang telah melaksanakan hukum hudud. Antaranya ialah Pakistan, Arab Saudi, Sudan dan Afghanistan. Namun negara-negara tersebut gagal menjadi contoh sebagai negara yang telah berjaya. Kegagalan mereka menyebabkan keyakinan umat Islam sendiri terhadap keberkesanan hudud tidak bertambah mantab. Apa lagi bagi orang-orang yang bukan Islam.

Sebaliknya negara yang layak dijadikan contoh sebagai negara yang aman dan makmur adalah negara-negara milik orang bukan Islam. Penduduk negara-negara tersebut majoritinya mungkin langsung tidak pernah dengar tentang hudud. Antaranya ialah Jepun, Amerika Syarikat, Switzerland, Finnland dan lain-lain. Ini menjadi bukti bahawa tanpa perlaksanaan hudud pun sesebuah negara itu masih dapat mencapai keamanan dan kemakmuran. Atau dengan perkataan lain, hudud bukanlah faktor penyebab (ataupun penentu) bagi kejayaan sesebuah negara.

Berdasarkan realiti yang disebut di atas, Acik lebih cenderung melihat hudud sebagai manifestasi bukan sebagai penyebab kejayaan sesebuah negara umat Islam. Sama seperti melihat fardu haji. Jika haji adalah merupakan manifestasi kesenangan individu yang mengerjakannya, maka hudud juga adalah manifestasi kejayaan negara yang melaksanakannya.

Jika hendak menunaikan fardu haji seseorang itu perlu mencapai kesenangan dalam hidup terlebih dahulu, maka begitulah juga dengan hudud. Bagi melaksanakan hukum hudud sesebuah negara wajarlah berusaha mencapai keamanan dan kemakmuran terlebih dahulu. Demi mencapai tahap keamanan dan kemakmuran tersebut, apa salahnya kita belajar dari negara-negara yang telah maju seperti yang disebut di atas.

Jika negara-negara tersebut berjaya mencapai tahap keamanan dan kemakmuran yang begitu membanggakan, apakah negara umat Islam tak mampu berbuat demikian ?. Acik percaya bahawa negara-negara umat Islam pun tidak ketinggalan dari aspek kemampuan berbanding dengan negara-negara maju tersebut.

Malah, kebanyakan negara umat Islam telah dianugerahi Allah dengan pelbagai sumber kekayaan. Contohnya, tanah yang subur untuk pelbagai aktiviti pertanian dan penternakan. hasil minyak yang melimpah ruah, pelbagai jenis batu batan dan logam berharga yang berlebihan, dan lain-lain lagi sumber kekayaan semula jadi.

Negara-negara bukan Islam banyak yang telah pun mencapai tahap kejayaan yang tinggi. Walaupun tanpa bercita-cita akan melaksanakan hukum hudud, namun Allah masih mengizinkan mereka mencapai kejayaan tersebut. Apakah mustahil Allah akan menganugerahi kita kejayaan yang serupa jika kita juga berusaha dengan gigih seperti mereka.

Berbezanya kita dari mereka ialah kerana kita bercita-cita melaksanakan hukum hudud apabila berjaya mencapai tahap keamanan dan kemakmuran tertentu. Dengan kata lain, apabila telah berjaya mewujudkan suasana yang kondusif bagi perlaksanaan hudud, maka hudud akan kita laksanakan. Jika kita tak berjaya mencapai tahap keamanan dan kemakmuran yang 100 peratus sama dengan negara-negara berkenaan, 85 peratus saja pun jadilah. Walaupun situasi sedemikian dianggap utopia (keadaan yang tak mungkin wujud) oleh kebanyakkan orang, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil boleh dicapai oleh negara umat Islam.

Kejayaan sesebuah negara boleh diukur melalui dua akspek penting. Pertama dari aspek keamanan dan kedua dari aspek kemakmuran. Jika sesebuah negara itu berjaya mencapai satu tahap keamanan yang tinggi, maka tahap kemakmuran pun akan mudah dicapai atau dipertingkatkan.

Bagi mencapai tahap keamanan yang tinggi maka setiap rakyat perlu dididik supaya peka terhadap segala aspek keselamatan. Setiap rakyat juga perlu dididik agar berani mempertahankan hak dan kebenaran. Kata peribahasa kita, “berani kerana benar, takut kerana salah”. Jika keadaan ini wujud dalam negara umat Islam, maka perlakuan jenayah pasti akan semakin berkurangan.

Jika ada mana-mana pihak yang ingin mencetuskan sesuatu jenayah, dengan sendirinya ia akan sedar bahawa peluang baginya untuk terlepas dari hukuman hampir tiada. Institusi penguatkuasaan undang-undang yang rata-rata jujur dan berani melaksanakan tugas masing-masing tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjenayah. Tidak kira yang melakukan jenayah itu dari kalangan orang bawahan maupun orang atasan.

Kehadiran pasukan keselamatan di taman-taman perumahan sekarang ini adalah manifestasi bahawa suasana aman sebenarnya belum wujud di negara kita. Begitu juga dengan gril besi yang dipasang pada pintu dan tingkap rumah-rumah kediaman. Padahal rumah-rumah tersebut sudah pun berada di dalam suatu kawasan yang dikelilingi oleh pagar besi.

Tak cukup dengan ciri-ciri keselamatan demikian, diwujudkan pula pasukan keselamatan khas bagi mengawal taman perumahan berkenaan siang dan malam. Semua ini memberi gambaran bahawa keselamatan jiwa dan harta benda rakyat sentiasa diancam oleh penjenayah. Hati kebanyakan rakyat tidak bebas dari pelbagai bentuk kebimbangan.

Menyediakan sendiri sistem keselamatan di kawasan-kawasan perumahan melibatkan kos yang terpaksa ditanggung oleh setiap penduduk. Pada hal di negara-negara maju ciri-ciri keselamatan sedemikian tak diperlukan langsung. Rakyat tak perlu menanggung perbelanjaan tambahan bagi membeli jaminan keselamatan di kawasan-kawasan kediaman. Pasukan polis yang bilangan anggotanya melebihi ratusan ribu itu sepatutnya sudah cukup berkesan bagi menjamin keselamatan rakyat.

Negara yang berjaya juga adalah negara yang makmur. Kemakmuran bermakna rakyat merasa cukup dengan segala keperluan hidup. Masing-masing rakyat dapat makan dengan kenyang pelbagai makanan yang berkhasiat. Pakaian masing-masing juga cukup bagi melindungi diri masing-masing dari kesejukan. Rumah tangga masing-masing pun cukup selesa. Kesihatan mereka juga terjaga dengan baik.

Dalam keadaan dimana rakyat rata-rata serba cukup, maka tidak timbullah keperluan yang mendesak untuk mencuri. Ini amat berbeza dengan keadaan dimana ramai rakyat berada dalam kelaparan dan serba kekurangan. Walaupun masing-masing sedar bahawa mencuri itu satu kesalahan, namun kesedaran ini tidak mampu menghalang mereka dari mencuri bagi menampung keperluan hidup semasa yang lebih mendesak.

Mungkin ada pihak berkata bahawa sampai bila-bila pun hudud tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya kita menunggu hingga suasana tersebut di atas wujud baru nak laksanakan hudud.

Pihak tersebut adalah sebenarnya menafikan realiti bahawa suasana tersebut telahpun wujud di beberapa negara maju. Ataupun memang mereka belum maklum bahawa telah ada negara-negara maju yang telah berjaya mencapai tahap keamanan dan kemakmuran tersebut.

Bagi mereka ini Acik cadangkan supaya menziarahi negera-negara berkenaan dan tinggal di sana beberapa bulan.

Acik sendiri pun baru saja berpengalaman tinggal selama empat bulan di salah sebuah negara tersebut. Kata Mad Saleh, “seeing is believing”. Dengan melihat sendiri maka baru kita akan percaya. Ya, memang di negara maju kita rasa lebih selamat dan hidup lebih teratur berbanding dengan berada di negara sendiri. Padahal rakyat negara tersebut rata-rata tidak tahu pun apa itu hudud

Pandangan dan pendirian Acik terhadap hudud sekarang mungkin akan mengundang berbagai kritikan malah tohmahan, Bebagai kategori telahpun dicipta oleh mereka yang mendakwa sebagai pejuang-pejuang (tulen) Islam bagi melabelkan orang-orang yang seperti Acik ini. Sebabnya ialah kerana pandangan kami tidak sebulat dan sewarna dengan pandangan mereka.

Contohnya, mungkin ada yang akan melabelkan Acik sebagai sekularis atau liberalis. Mungkin akan ada yang melabelkan Acik sebagai penyebar keraguan terhadap hukum Allah. Malah mungkin ada yang akan melucutkan status Acik sebagai seorang Muslim, nauzubillah. Mudah-mudahan Allah menyelamatkan iman Acik dan memelihara mereka dari dosa mengkafirkan orang Islam lain.

Bagi mereka ini (jika wujud), Acik ingin memahamkan mereka akan perbezaan antara menolak hudud dengan tidak menyokong perlaksanaan hudud atas sebab-sebab yang munasabah. Misalnya, kerana belum cukup kemampuan. Sekali lagi mari kita gunakan fardu haji sebagai analogi.

Katakanlah Si Ani seorang yang kaya mengikut persepsi umum. Beliau tinggal di rumah besar, memiliki kerita mewah dan mampu membiayai anak-anaknya belajar di luar negara. Namun demikian Si Ani belum lagi bergelar Haji. Akibat beliau belum lagi menunaikan fardu haji, maka ramailah kawan dan lawan yang menyangka bahawa beliau tidak percaya kefarduan haji itu. Adakah kita pun akan turut sama dengan mereka yang berburuk sangka terhadap di Ani itu ?

Implikasi sangkaan buruk kita terhadap Si Ani itu ialah, secara tidak langsung mengatakan beliau telah rosak akidah kerana menafikan kefarduan ibadat haji itu. Rosak akidah bermakna kafir. Apakah nasib kita jika iman Si Ani itu masih lagi sah di sisi Allah s.n.w. ? Sedangkan kita sedia maklum bahawa tuduhan “kafir” terhadap sesama Islam akan kembali menimpa diri kita sendiri sekiranya tuduhan itu tersasar dari hakikat kebenaran. Tidak siapa pun tahu hakikat kebenaran melainkan Allah.

Bukankah lebih baik jika kita sama-sama mengamalkan fikiran terbuka dalam menghadapi pelbagai pandangan yang berbeza tentang apa juga isu ? Kita tak wajar bersikap seperti “Si Buta Jatuh Telaga” iaitu terlalu taksub dan takabbur dengan kemampuan kita dalam memahami segala isu. Tidak mustahil bahawa diri kita sendiri pun tidak lebih dari Si Buta yang memahami tentang “susu” di dalam kisah “Mati Terlekat Susu”.  Sebaliknya, kefahaman pihak yang kita anggap bodoh dan jahil  itulah kefahaman yang betul, sedangkan kefahaman kita sendiri yang kurang tepat ataupun salah.

Perlaksanaan hudud sebenarnya bukanlah satu kerja mudah sepertimana yang kita fahami berdasar kemampuan fikiran kecil kita sendiri. Perlaksanaannya melibatkan pemindaan perlembagaan negara. Pindaan perlembagaan tidak akan berjaya dilakukan jika tidak mendapat sokongan dua pertiga dari seluruh ahli Parlimen.

Berdasarkan fakta sejarah, belum pernah mana-mana parti pembangkang menang kesemua kerusi pilihanraya yang ditandingi mereka. PAS juga tidak terkecuali. Andaikata PAS memenangi setiap kerusi yang ditandinginya pun, bilangan kerusi PAS dalam Parlimen masih belum cukup bagi membuat sebarang pindaan pada perlembagaan negara.

Di negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi ini, jika kita seorang ahli Parlimen yang paling senior pun, kita tidak berhak memaksa ahli Parlimen lain menyokong kita. Oleh itu, agak keterlaluan jika kita mengharap beberapa kerat ahli Parlimen PAS akan berjaya mempengaruhi dua pertiga dari seluruh ahli-ahli Parlimen bukan PAS untuk sama-sama menyokong pemindaan perlembagaan bagi membolehkan perlaksanaan hudud.

Oleh itu bagi Acik, agak terlalu jauh bagi PAS untuk mencapai satu tahap kejayaan yang memungkinkannya melaksanakan hukum hudud. Acik percaya setiap pemimpin PAS menyedari realiti ini. Maka amat tidak wajar jika pemimpin-pemimpin PAS terus mendakwa bersungguh-sungguh akan melaksanakan hukum hudud di Malaysia tetapi dalam masa yang sama mereka sedar bahawa kemungkinan melakukannya hampir mustahil.

Adalah juga tidak wajar bagi PAS menafikan kekurangan dan kelemahan yang masih dialaminya itu. Tindakan menafikan kelemahan sendiri adalah sama dengan takabbur atau tidak jujur kepada diri sendiri. Sedangkan elemen paling penting yang menjadi asas kejayaan sesuatu usaha murni ialah kejujuran. Oleh itu, PAS wajar jujur dalam segala segi sejajar dengan jenama Islam yang diterimapakainya.

Acik lihat isu hudud begitu kuat sekali dicanang PAS akhir-akhir ini. Tindakan ini mungkin umpama “untung secupak, rugi segantang” buat PAS. Ia telah dan akan terus menjauhkan rakyat yang belum Muslim dari Islam dan PAS. Dengan lain perkataan, tindakan tersebut sedang dan akan terus menghakiskan kepercayaan rakyat terhadap PAS sebagai parti yang berkredibiliti untuk memerintah Malaysia.

Akibatnya nanti, bilangan ahli Parlimen PAS bukan makin bertambah ramai malah sebaliknya semakin susut. Ini bukan mendekatkan PAS kepada kemungkinan melaksanakan hudud, tetapi sebaliknya menjauhkan lagi kemungkinan tersebut dari PAS.

Sejajar dengan “PAS for all” maka Acik percaya PenCERAHan ini dapat diterima dengan cara positif dan berlapang dada, oleh semua pendokong dan penyokong PAS.

Wallahualam.

 

d   a   u   l   a   t           r   a   k   y   a   t      !

 

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

 – Si Buta Jatuh Telagahttps://4uni2c.com/2013/11/16/cerekana-13y16-si-buta-jatuh-telaga/

 – Mati Terlekat Susuhttps://4uni2c.com/2014/01/07/cerekana-14107-mati-terlekat-susu/

https://4uni2c.com/2014/05/07/alis-ordeal-001-whe-two-generals-fight-one-another/   (PAS belum cukup kredibiliti utk laksananakan hudud)

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

 

 

Ali’s Ordeal # 001 When Two Generals Fight One Another ….

•2014-05-07 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

When two generals fight one another,

it is their armies who suffer or killed in between.

Last May 01, 2014 was a great day for some Malaysians. This was manifested by the huge gathering near the independent square, in the capital city of Malaysia. Some sources said that more than 50k attended the gathering to show protest against the GST (goods and services tax) which is to be implemented next year (2015)

*********  B a h a s a   M a l a y s i a **********

1hb Mei, 2014 lepas adalah hari besar bagi setengah rakyat Malaysia. Ini telah dimanifestasikan oleh satu perhimpunan besar berhampiran dengan dataran merdeka, di ibu negara Malaysia. Setengah sumber mengatakan bahawa lebih dari 50 ribu telah menghadiri perhimpunan tersebut bagi menzahirkan bantahan terhadap GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang akan dilaksanakan tahun hadapan (2015)

According to a report sent to me by a member of Parliament via whatsApp, “The gathering was fine from the beginning”. He claimed this to be attributable to the good job done by “Unit Amal” who were tasked to control the crowd throughout the gathering. Probably it means that the gathering was a great success to everyone who participated, since no untoward incidence had happened, which could be related to the gathering.

*********  B a h a s a   M a l a y s i a **********

Mengikut laporan yang dikirim kepada Acik oleh seorang ahli parlimen menlalui ‘whatsApp’, “perhimpunan adalah baik sejak dari permulaan”. Beliau mendakwa ia adalah hasil khidmat baik oleh Unit Amal, kumpulan yang ditugaskan mengawal orang ramai sepanjang perhimpunan berlangsung. Mungkin juga ia bermakna perhimpunan itu adalah satu kejayaan besar bagi setiap orang yang telah menyertainya, memandangkan tiada ada berlaku apa-apa yang tidak diingini, yang boleh disabitkan dengan perhimpunan tersebut.

Well and good about the so called peaceful gathering !

*********  B a h a s a   M a l a y s i a **********

Sihat dan baik tentang apa yang dipanggil “perhimpunan aman” itu !

selingan 1 :

At the scene of the gatheringhttp://www.kinitv.com/video/6330O8

However what is appearing in facebooks now, is in contradiction to the above report. A few individuals (Ali happens to be one of them) claim that they had been brutalized by a group of “gangsters”. Though it did not happen during the gathering but it had happened after the gathering was adjourned. Ironically, the group who acted brutally had been identified as members of Unit Amal.

*********  B a h a s a   M a l a y s i a **********

Walaubagaimanapun, apa yang sedang timbul dalam Facebook sekarang, adalah bercanggah dengan apa yang dilaporkan di atas. Beberapa individu (Ali kebetulan salah seorang dari mereka) mendakwa mereka telah dikasari oleh sekumpulan samseng. Sungguhpun ia tidak berlaku semasa perhimpunan, tetapi ia telah berlaku selepas perhimpunan ditangguhkan. Yang peliknya, kumpulan yang bertindak ganas itu telah dikenalpasti sebagai anggota-anggota Unit Amal.

Those victims of brutalism claimed they had done no harm to anyone, so why should they be “vandalized”. To add salt to the wound, when they revealed the incidence to the public, they were labelled as makers of false accusations (fitnah) with bad intention of smearing the good image of Unit Amal. Probably many had regarded Unit Amal as holy or so. Hence it did not deserve at all any negative remark by any parties or individuals.

*********  B a h a s a   M a l a y s i a **********

Mangsa keganasan itu mendakwa bahawa mereka tidak melakukan apa-apa mudharat kepada sesiapa pun, jadi kenapa mereka pula dipelingkupkan. Bagi menambahkan kesakitan, apabila mereka mendedahkan insiden tersebut kepada umum, mereka pula dilabel sebagai penabur fitnah, dengan niat buruk mencemarkan imej Unit Amal. Berkemungkinan besar bahawa ramai yang telah menganggap Unit Amal sebagai terlalu suci atau sebagainya. Oleh yang demikian, ia tidak layak sama sekali ditandai dengan negative oleh sebarang parti atau individu.

It seemed that the political party to whom Unit Amal reported, was completely silent on the incidence as if nothing had really happened. This left those victims of Unit Amal no other choice except to report the incidence to the Police. It is up to the Police now to initiate further appropriate actions in tandem with its SOP (standard operating procedure).

*********  B a h a s a   M a l a y s i a **********

Nampaknya parti politik yang bertanggungjawap ke atas Unit Amal membisu seribu bahasa mengenai peristiwa tersebut, seolah-olah tiada apa-apa pun yang belaku. Ini membuat mangsa-mangsa Unit Amal itu tiada pilihan lain melainkan melaporkan peristiwa tersebut kepada pihak Polis. Sekarang terpulanglah kepada pihak Polis bagi memulakan tindakan wajar seterusnya sesuai dengan SOP (piawai prosidur operasi).

I think it is good to let the law take its course for this particular issue. Most of us would certainly curious to see what would the outcome be after the report. Since Unit Amal belongs to a renown political party whose struggle is purely based on Islamic principles, all eyes are widely open now to see how it handles such an incidence.

*********  B a h a s a   M a l a y s i a **********

Acik rasa adalah baik bagi undang-undang menjalankan tugasnya terhadap isu ini. Kebanyakan kita tentu akan merasa ingin tahu untuk melihat apa hasil akhirnya bagi laporan itu. Oleh sebab Unit Amal adalah milik kepada sebuah parti politik yang sohor, yangmana perjuangannya adalah berasaskan prinsip Islam yang murni, maka semua mata terbuka luas sekarang, memerhati bagaimana ia menangani peristiwa tersebut.

However, a likely possibility to happen is, it would just disown its relationship with those individuals concerned. If not, its lame excuse might be, “the incident occurred outside the ‘office hours’ ”, hence Unit Amal could not be held responsible. Moreover, there were no provable evidences that show it was a directive from its authority to act in such a brutal manner on anybody during and after the gathering.

*********  B a h a s a   M a l a y s i a **********

Walaubagaimanapun, kemungkinan yang boleh belaku ialah, ia akan menafikan adanya hubungan dengan individu-induvidu berkenaan. Jika tidak, alasan remehnya mungkin, “kejadian berlaku di luar waktu pejabat”, oleh yang demikian Unit Amal tidak boleh dipertanggungjawabkan. Tambahan lagi, tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa ada arahan dari pihak berkuasa (Unit Amal) yang menyuruh bertindak secara begitu ganas terhadap sesiapa pun semasa maupun selepas perhimpunan.

It seems to me now that those particular members of Unit Amal who had acted brutally against their victims would have to be held fully responsible for what their own hands had committed. They would have to face the music accordingly, then to learn a good lesson out of the experience to be earned soon. If they are lucky, they would escape penalty or else pay commensurate compensation to their victims by the order of the court.

*********  B a h a s a   M a l a y s i a **********

Sekarang Acik Nampak bahawa anggota-anggota Unit Amal berkenaan, yang telah bertindak ganas terhadap mangsa-mangsa mereka, akan dipertanggungjawab sepenuh atas apa yang tangan-tangan mereka sendiri telah lakukan. Mereka akan menghadapi rentaknya dengan sewajarnya, kemudian akan mempelajari sesuatu dari pengalaman yang akan diperoleh tidak lama lagi. Jika nasib mereka baik mereka akan terlepas dari hukuman. Jika tidak, mereka akan terpaksa membayar gantirugi yang setimpal kepada mangsa-mangsa mereka atas arahan pihak mahkamah.

Pondering upon what had happened as above, I could analogise the political parties as generals in the armies. While the members of Unit Amal, their victims and even the police and judges are just like their armies. When their two generals fought against one another, it was them who stand to suffer or killed in between.

*********  B a h a s a   M a l a y s i a **********

Merenungi kepada apa yang telah berlaku seperti di atas, Acik boleh menganalogikan parti-parti politik sebagai Panglima tertinggi bagi pasukan tentera. Manakala ahli-ahli Unit Amal, mangsa-mangsa mereka, dan termasuk juga polis dan hakim-hakim adalah umpama askar-askar bawahan. Bila Panglima bergaduh sesama mereka, maka yang bakal menderita hatta terkorban adalah askar-askar.

It is a pity for the armies if their generals are not sincere, honest and earnest in discharging their duties. All their armies’ sacrifices might worth nothing for themselves though they would benefit their selfish and irresponsible generals enormously.

*********  B a h a s a   M a l a y s i a **********

Adalah kasihan bagi askar-askar berkenaan, sekiranya Panglima-pangalima mereka tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing. Segala pengorbanan mereka (askar-akar) itu, tidak memberi apa nilai kepada mereka (askar-askar) sendiri sungguhpun ia menguntungkan Penglima-panglima yang pentingkan diri sendiri dan tak bertanggungjawab itu dengan begitu besar sekali.

Anyway to me what had happened does have a good value in it. I do believe in the parable that says, “thing happens for its good reasons”. EnLIGHTement:   https://4uni2c.com/2013/08/20/cerekana-13820-perkara-berlaku-kerana-hikmahnya/

Apapun, bagi Acik apa yang telah berlaku itu ada mempunyai nilai baiknya. Acik memang percaya kepada ungkapan, “sesuatu yang berlaku itu adalah atas sebab yang baik” PenCERAHAN : https://4uni2c.com/2013/08/20/cerekana-13820-perkara-berlaku-kerana-hikmahnya/

Hopefully, after this incident the so called the “fighters of truth” would at least start slowing down bit by bit. As I could see now, many have become so fanatical (taksub) of their leaders. As if their leaders are immune from sins (maksum). Consequently, they would start to draw the limit for what they could or should do, lest they would go overboard.

*********  B a h a s a   M a l a y s i a **********

Mudah-mudahan selepas peristiwa di atas, mereka yang dipanggil “pejuang kebenaran” akan sekurang-kurangnya semakin perlahan sikit sikit. Sebagaimana yang Acik nampak sekarang, ramai yang dah menjadi taksub kepada pemimpin mereka. Seolah-olah pemimpin-pemimpin mereka itu kebal dari dosa atau maksum. Berikutan dari itu mereka akan mula meletakkan garis sempadan untuk apa yang mereka boleh atau patut buat supaya mereka tidak melampaui batas.

They should realize that leaders had been enjoying their devoted services and undivided loyalty as much as they could all along. But when they are in trouble the leaders might simply disown them. Hence, “look before you leap !”.  Besides committing no offense at all, there are limits too of doing good deeds. As what says a Malay proverb, “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.

*********  B a h a s a   M a l a y s i a **********

Mereka wajar sedar bahawa pemimpin-pemimpin mereka selama ini telah menikmati perkhidmatan bersungguh mereka dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi, sebanyak mana yang mungkin. Tetapi bila mereka dalam kesusahan, pemimpin mereka mungkin saja men”cerai”kan saja mereka. Oleh yang demikian, “berhati-hati sebelum kena !” Di samping tidak melakukan apa-apa kesalahan, melakukan kebaikan juga ada hadnya. Sebagaimana kata peribahasa Melayu, “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”

As the father of one of the victims of Unit Amal‘s brutality, the above incident has initiated me to question about PAS’s credibility. Can PAS walk the talk when it says that it is serious in wanting to implement HUDUD law in Malaysia ?  As a Muslim, I am not disputing the exclusive status of hudud law in Islam. But what really concerns me is only PAS’s current credibility. I am not convinced at all that PAS does have the capability to make it happened. The fact that it is busy in seeking UMNO’s support on hudud, is a clear implication of  its admission of its incapability.

*********  B a h a s a   M a l a y s i a **********

Sebagai ayah kepada salah seorang dari mangsa keganasan Unit Amal, peristiwa tersebut di atas telah mencetuskan permulaan bagi Acik mempersoalkan tentang kredibiliti PAS. Bolehkah PAS cakap serupa bikin bila ia kata ia serius mau melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia ? Sebagai seorang Muslim, Acik tidak menyangkal keistimewa kedudukan undang-undang hudud dalam Islam. Akan tetapi apa yang mempedulikan Acik hanyalah kredibiliti semasa PAS. Acik tidak yakin sama sekali bahawa PAS memiliki kemampuan bagi melaksanakan hudud. Kesibukan PAS akhir-akhir ini melayani UMNO berhubung isu hudud adalah implikasi bahawa PAS sendiri telah mengakui ketidakmampuannya bagi melaksanakan udang-udang hudud.

selingan 2 :

HududDr. Mazahttps://www.youtube.com/watch?v=No9ClPRJeLs

 

d   a   u   l   a   t       r   a   k   y   a   t    !

 

Other relevant  articles  :

Ali’s SAGA # Index  https://4uni2c.wordpress.com/2014/12/04/alis-saga-index/

Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah   https://4uni2c.com/2012/12/30/ahmads-saga-016-gajah-sama-gajah-berjuang/

Tahniah Untuk Ahmad    https://4uni2c.com/2014/01/18/ahmads-saga-029-tahniah-untuk-ahmad/

 

*** Untuk ke MENU Utama sila KLIK :   http://www.4uni2c.wordpress.com

*** Untuk ke BLOG Utama sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

Karpal Singh – Kapal yang sarat dengan sejarah perjuangan menuntut keadilan

•2014-04-22 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Karpal Singh –

kapal yang sarat dengan sejarah perjuangan menuntut keadilan

Pada 16 April 2014 yang baru lepas, berita dalam Malaysiakini yang Acik terbaca kira-kira jam 5:30 pagi, sangat menyedihkan Acik. Ia adalah berita tentang kematian YB Karpal Singh. Kematian mengejutnya itu adalah akibat satu kemalangan ngeri di lebuh raya PLUS tidak jauh dari Gopeng, Perak..

Turut mati bersama-sama beliau ialah pembantu peribadinya. Manakala pembantu rumah beliau pula cedera parah. Namun, pemandu dan anak lelaki beliau selamat. Berita tersebut boleh diakses dari alamat berikut: www.malaysiakini.com/news/260226. Untuk pengetahuan rakan-rakan rapat Acik yang masih tidur ketika itu, maka berita sedih ini terus Acik sebarkan kepada mereka dengan smartphone Acik.

Selingan 1 :

Malaysia berkabung di atas kehilangan seorang tokoh pejuang keadilan

http://www.kinitv.com/video/5909O74

Sebagai seorang anak Pulau Pinang (Penangite), Acik tentulah turut terasa sedih dan suatu kehilangan di atas kematian YB Karpal secara trajis itu. Siapa yang tak kenal dengan YB Karpal, maka dia bukanlah orang yang peka terhadap perkembangan politik semasa negara amnya, politik Pulau Pinang khususnya.

Jika seseoang anak Pulau Pinang yang telah dewasa, tetapi belum tahu siapa itu YB Karpal, maka dia mungkin juga belum pernah naik feri Pulau Pinang. Maksud Acik ialah, dia itu adalah rakyat yang sangat dhaif hinggakan lantai feri Pualu Pinang pun tak pernah dipijakinya. Sekali pun dia dilahir dan dibesarkan di Jelutung. Namum Acik percaya tidak ada anak Jelutong yang tidak kenal YB Karpal.

YB Karpal merupakan seorang ahli politik yang tidak asing dalam negara kita Malaysia. Beliau juga memiliki syarikat guamannya sendiri yang sudah mantap, lagi sangat popular. Pendapatannya dari syarikat guamannya saja sudah cukup untuk membuat YB Karpal mampu hidup mewah. Ini berbeza dengan kebanyakan ahli-ahli politik lain yang hanya bergantung kepada elaun wakil rakyat yang dibayar dari dana kerajaan.

Oleh itu tidak wajar timbul sikit pun dalam hati Acik bahawa YB Karpal masuk politik adalah untuk mencari makan atau kekayaan. Lain pula dengan sesetengah ahli politik yang memang masuk politik untuk mencari makan dan kekayaan. Hidup mereka itu memang mulai berubah menjadi senang hanya setelah dapat menjadi seorang YB. Lebih-lebih lagi setelah menjadi menteri. Tak kiralah samada YB BN atau pun YB PR.

Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan undang-undang, sudah tentulah YB Karpal jauh lebih memahami undang-undang berbanding dengan ahli-ahli politik yang lain. Malah bukan saja beliau memahami undang-undang dari sudut prinsip dan praktikalnya saja, hatta juga dari aspek falsafahnya sekali. Ini menyebabkan YB Karpal sangat dihormati oleh rakan seperjuangannya, dan sangat digeruni pula oleh pihak lawan.

Reputasi YB Karpal Singh, tidak ada pihak yang berani mempertikaikan. Walaupun tidak pernah menjawat jawatan menteri atau menjadi pegawai tinggi kerajaan, beliau lebih proaktif dalam aspek keadilan dalam pengurusan negara. Beliau juga seorang pengamal undang-undang yang berani. Sifat berani ini wajib ada pada setiap pengamal undang-undang.

Malangnya hanya segelintir saja pengamal undang yang memiliki sifat berani sepertimana YB Karpal Singh. Sifat berani yang Acik maksudkan ialah berani menegakkan yang hak atau keadilan.Tidak kurang juga berani mengambil risko yang munasabah sebagai seorang pengamal undang-undang. Contohnya, berani membela mangsa penganiayaan yang terdiri dari rakyat miskin,sedangkan penganiayanya merupakan orang penting negara. Ini kerana, rata-rata kumungkinan untuk menang adalah sangat nipis, Manakala ganjarannya pula tidak berbaloi.

Semasa Ahmad anak Acik sedang dalam tempoh perbicaraan, beliau telah diundang untuk bertemu YB Karpal di pejabatnya di Kuala Lumpur. Ini satu manifestasi keperihatinan beliau terhadap nasib Ahmad. Walaupun beliau tidak menjanjikan apa-apa dalam pertemuan tersebut, namun semangat yang ditiupkan ke jiwa Ahmad memang tersangat bermakna bagi menghadapi perbicaraannya di mahkamah. (PenCERAHan:   https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/)

Punca kematian YB Karpal patut membuka mata rakyat dengan lebih luas lagi terhadap sistem keselamatan di dalam negara kita, terutama di atas jalan raya. Walaupun kemalangan merupakan fenomina yang tidak dapat dinafikan, namun ia pasti dapat dikurangkan. Tetapi, apakah usaha kita bagi mengurangkan kadar kemalangan maut di atas jalan kita di seluruh Malaysia sudah cukup ?

Bagi YB Karpal kemalangan yang meragut nyawanya itu bukanlah kemalangan jalan raya pertama kali buat beliau. Dalam tahun 2005 dulu, beliau telah pun menemui satu kemalangan jalan raya yang serius. Akibatnya beliau cacat kekal (lumpuh) hingga terpaksa menggunakan kerusi roda. Namun, kecacatan beliau tidak langsung mengurangkan semangat juang beliau bagi membela keadilan.

Nasib yang dialami oleh YB Karpal adalah umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak lama sebelum menimpa kemalangan, beliau telah dihukum denda RM4 ribu ringgit oleh Mahkamah. Beliau telah disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Hasutan yang berkaitan dengan institusi istana negari Perak.

Hukuman denda RM4 ribu itu sudah cukup sebagai alasan bagi menggugurkan kelayakan YB Karpal sebagai ahli Parlimen. Sedangkan rakyat rata-rata masih memerlukan perkhidmatan beliau sebagai ahli Parlimen. Berikutan dari itu YB Karpal menyatakan hasratnya agar tempatnya sebagai Ahli Parlimen akan dapat digantikan oleh anak beliau sendiri, iaitu Ram Singh. Inilah yang Acik harap akan berlaku.

Keguguran YB Karpal dari menjadi ahli Parlimen mungkin satu “blessing in disguise” buat rakyat Malaysia amnya dan parti Pakatan Rakyat khususnya. Ia akan mengurangkan beban tugas beliau kerana tidak lagi perlu menghadirkan diri ke Parlimen. Ini akan memberi lebih banyak masa kepada beliau bagi menumpukan perhatian kepada kes-kes mahkamah yang sedang ditangani beliau, terutama kes liwat II YB DSAI.

Penghormatan yang ditunjukkan rakyat terhadap YB Karpal sejak beliau diistiharkan mati sudah cukup sebagai manifestasi jelas bahawa rakyat sangat sayangkan beliau. Walaupun telah timbul satu dua kenyataan negatif dari individu-individu tertentu terhadap beliau, namun tidak ketara ada yang menyokong kenyataan tersebut. Ini menunjukkan majoriti rakyat Malaysia lebih sayang kepada mendiang YB Karpal dari mereka itu. Akhirnya individu-individu berkenaan itu terpaksa menarik balik apa yang telah terkeluar dari mulut celupar mereka.

Walaupun ada pihak yang percaya bahawa YB Karpal akan masuk ke dalam neraka kerana tidak mati sebagai seorang Muslim, Acik pula mempunyai pendapat sendiri. Acik rasa sangat tidak wajar jika ada pihak yang membuat pengistiharan bahawa tempat beliau di akhirat nanti adalah neraka selama-lamanya. Siapalah sebenarnya kita ini hingga mampu menghukumkan begitu. Seolah-olah menuntut kepada Allah untuk menghukum demikian rupa kepada seseorang hambanya. Sedangkan Allah S.W.T lebih berhak untuk menempatkan beliau di mana Ia suka.

Tidak mustahil bahawa penilaian kita terhadap seseorang itu, (samada dia Islam atau sebaliknya) boleh tersasar dari hakikat sebenar yang ditentukan Allah. Jika diri kita sendiri adalah seorang yang telah Islam, kemudian kita mati sebagai seorang yang murtad, maka bolehlah kita yakin bahawa tempat kita nanti adalah dalam neraka dan kekal selama-lamanya. Tetapi bagi diri insan lain, biarlah Acik serahkan sepenuhnya kepada Allah apa hukuman yang layak untuknya.

Bukankah kita juga tahu bahawa hati manusia boleh saja berbolak balik dalam sekelip mata. Orang Islam pun tidak mustahil boleh murtad di saat sakaratul maut lalu meninggal sebagai seorang yang bukan Islam. Nauzubillah. Sebaliknya orang yang belum Islam pula tidak mustahil boleh meninggal dunia sebaik saja ia mengakui tentang keesaan Allah.

Alhamdulillah, dia yang mati sebagai seorang yang baru beriman, akan diampuni Allah akan segala dosanya. Nasibnya adalah lebih baik di sisi Allah dari kita yang dilahirkan dalam Islam yang telah banyak melakukan dosa sejak baligh. Di kubur mana seseorang itu disemadikan, bukanlah penentu nasibnya di alam akhirat nanti.

Allah telah menjanjikan bahawa orang yang mempunyai iman sebesar zarah sekalipun akhirnya akan dimasukkan juga ke dalam surga Allah. Iman yang Acik maksudkan ialah, pengakuan yang ikhlas dalam hatinya bahawa tuhan yang wujud hanyalah satu saja. Cuma dirinya saja tidak sedar bahawa tuhan yang diakui keesaannya itu sebenarnya ialah Allah yang orang Islam sembah selama ini.

Dengan rengkasnya Acik ingin menegaskan di sini bahawa, tidak sesiapa pun yang tahu samada seseorang itu (Muslim atau sebaliknya) akan masuk ke dalam neraka maupun syurga Allah. Malah nabi s.a.w. sendiri pun tidak tahu siapa dari hamba Allah yang akan ke surga atau siapa yang akan ke neraka, melainkan mereka yang diberitahu oleh Allah kepada baginda. (PenCERAHan: Are Paul Walker & Nelson Mandela Going to Hell? https://www.youtube.com/watch?v=fqZpNj76HtI )

Oleh itu, janganlah kita meremehkan segala jasa dan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu di sepanjang hayatnya, semata-mata kerana kita anggap beliau hina di sisi Allah. Sebab, walaupun kita percaya bahawa beliau mati sebagai seorang bukan Islam, namun itu adalah berdasarkan persepsi kita semata-mata. Sedangkan hakikat sebenarnya, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

Memandangkan bahawa dalam Quran ada ayat yang melarang kita untuk berdoa ke atas seorang musrik (surah 9-Taubah, ayat 113), apa salahlah jika kita hanya sekadar menahan diri dari berdoa saja, tanpa menghukumkan bahawa orang berkenaan itu pasti akan ke neraka. Kerana kita sebenarnya tidak tahu pun apa yang telah berlaku disaat-saat terakhir seseorang itu sebelum ia menghembus nafasnya yang terhakhir.

Kematian mendiang YB Karpal tentu akan mencetuskan banyak persoalan atau tandatanya. Pertama, tentang bagaimana boleh berlakunya kemalangan maut tersebut. Dan kedua, (yang lebih penting bagi dunia perundangan) ialah, apa akan terjadi dengan kes-kes yang sedang dikendali beliau.

Acik tidak hairan jika kematian YB Karpal boleh mencetuskan pelbagai spekulasi. Memandangkan beliau ahli politik, maka tidak dapat dinafikan bahawa musuh politiknya agak ramai. Maka tidak peliklah jika ada yang menyangka bahawa beliau telah menjadi mangsa “assassination”.

Bukan mudah untuk meyakinkan seluruh rakyat bahawa kemalangan maut YB Karpal itu tidak ada langsung unsur “assassination”. Samalah juga isu pesawat MH370, Betapa susahnya untuk meyakinkan keluarga mangsa pesawat tersebut bahawa kehilangan pesawat tersebut itu tidak ada langsung unsur-unsur konspirasi.

Mujur juga negara kita memiliki seorang Raja Bomoh yang sangat proaktif. Sebelum sempat mana-mana pihak mencipta teori “assassination”, beliau siang-siang lagi telah menyediakan jawapan mengenai sebab-sebab berlakunya kemalangan yang meragut nyawa YB Karpal itu. Syabas Acik ucapkan kepada Raja Bomoh kita. ( PenCERAHan https://www.youtube.com/watch?v=VG4_-x4Jf_Q)

Mudah-mudahan selepas ini tidak timbullah lagi sebarang teori assassinasi berhubung dengan kematian YB Karpal itu. Dengan perkataan lain, kemalangan maut yang meragut nyawa YB Karpal itu, memanglah kemalangan tulen. Yakni ia tidak dirancangan oleh mana-mana pihak. Sebaliknya, mengikut kajian Raja Bomoh kita, ia adalah semata-mata akibat makluk halus yang menggangu pemandu-pemandu kenderaan yang lalu di kawasan kemalangan berkenaan.

Tidak adanya tahanan dibuat ke atas pemandu lori berkenaan juga merupaka tanda bahawa kematian YB Karpal bebas dari unsur “assassination”. Jika ada unsur “assassination”, maka sudah tentulah pihak Polis telah menahan beliau dengan lebih lama untuk disoal siasat dengan cara intensif. Lagi pun, mengikut pemandu lori tersebut, beliau tidak tahu bahawa di dalam MPV yang melanggar lorinya dari belakang itu, ada YB Karpal. Mungkin juga YB Karpal tak dikenali langsung oleh pemandu lori tersebut.

Bagi pendapat Acik, kemalangan tersebut adalah akibat pemanduan yang laju. Mungkin juga ia adalah akibat sikap pemandu yang sering melakukan kesalahan terafik. Pandangan Acik ini adalah berdasarkan pendedahan pihak polis bahawa kereta yang dinaiki YB Karpal mempunyai 29 rekod kesalahan trafik kerana dipandu dengan laju. Manakala pihak lori, tidak pula Acik maklumi berapa pula rekod kesalahan trafiknya. Mungkin tiada kut.

Lazimnya, sepandai mana pun seseorang itu memandu dengan laju, salah-salah haribulan bertemu juga dia dengan kemalangan yang serius. Bak kata perpatah, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”.  Kemalangan maut mungkin tidak berlaku sekirianya kereta yang membawa YB Karpal itu tidak terlalu laju berbanding dengan kelajuan lori berkenaan yang dilanggarinya. Apapun, bila sesuatu itu telah berlaku maka tahulah kita bahawa itulah sebenarnya perencanaan Allah. Oleh itu kita kena redholah.

Kematian YB Karpal juga mempunyai implikasi negatif kepada kes-kes yang sedang dikendalikan oleh beliau. Terutamanya kes liwat II yang melibatkan YB DSAI. Semua kita tahu bahawa YB DSAI telah dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan pada 7hb Mac, 2014 yang lepas.

YB Karpal adalah peguam YB DSAI yang akan menangani kes tersebut sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Ketiadaan YB Karpal mungkin memalapkan peluang DSAI untuk menang kes tersebut di peringkat Mahkamah Persekutuan. Akibatnya nanti, YB DSAI akan terpaksa menjalani hukuman penjara selama 5 tahun. Dan secara sendirinya kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen akan gugur.

Tidak kurang penting ialah kes-kes lain, yang juga sedang dikendalikan YB Karpal. Pelanggan-pelanggan atau anak guaman beliau tentulah merasa kecewa atas kematian peguam mereka itu. Masing-masing mereka sangat yakin bahawa, hanya YB Karpal saja mampu membela nasib mereka di mahkamah.

Apa pun, kita harap “yang patah akan cepat tumbuh semula dan yang hilang akan cepat berganti”. Walaupun jasad YB Karpal kini telah tiada, namun kita harap, semangat perjuangan beliau akan kekal di dalam jiwa ramai pengamal undang-undang di Malaysia. Biarlah kualiti perkhidmatan yang ditunjukkan oleh YB Karpal sepanjang hayatnya dulu menjadi penanda aras (bench mark) bagi sistem perundangan dan penghakiman negara kita..

Selingan 2 :

Karpal Singh – A man who is said to be Anti-Islam but defends 4 ……

d   a   u   l   a   t       r   a   k   y   a   t     !

Lain-lain maklumat yang relevan:

Karpal’s son says “NO”  to idea of requesting AG to drop the charge against his dad   http://www.malaysiakini.com/news/261007

 

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

 

MH370 Mystery – CNN Hidung Tak Mancung …..

•2014-04-14 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

cnn, hidung tak mancung

pipi pula yang tersorong-sorong

Hari ni (14April, 2014) adalah hari ke-39 pesawat MH370 hilang. Namun Cable News Network (CNN) sejak hari pertama pesawat tersebut hilang, masih lagi melaporkan tentang pesawat tersebut tanpa jemu-jemu. Acik yang mengikuti berita CNN pula yang dah mula terasa jemu. Apa tidaknya, hampir tiap-tiap jam, 7 hari seminggu, ada saja yang dilaporkan CNN tentang pesawat MH370 itu.

Acik tak tahulah macam mana nak bandingkan apa yang dilaporkan oleh CNN dengan apa yang dilaporkan oleh TV Malaysia. Rakan-rakan dari Malaysia pun nampaknya tak ada yang berminat untuk memberitahu Acik apa yang TV maupun akhbar-akhbar Malaysia laporkan tiap-tiap hari. Entahlah kalau-kalau memang mereka tiada disajikan dengan apa-apa berita yang wajar dikongsikan dengan Acik.

Ataupun, mungkin juga mereka siang-siang lagi dah jemu untuk mengikuti perkembangan tentang pesawat tersebut. Mula-mula dulu memanglah pakat “excited” belaka. Tapi bila dah lama sikit, maka kata orang tua-tua, jadilah macam “hangat-hangat tahi ayam”. Maafkanlah Acik jika tersalah teka.

Jadi mahu tak mahu terpaksalah Acik buat spekulasi sendiri tentang cerita pesawat tersebut berdasarkan laporan CNN semata-mata. Mula-mula CNN kata, pesawat dilaporkan hilang di Laut China selatan. Maka aktiviti SAR (Search and Rescue) pun tertumpulah di kawasan berkenaan. Masing-masing yang terlibat dengan aktiviti SAR itu tentulah yakin bahawa pesawat itu “mendarat” di dalam Lautan China Selatan.

Bukan satu hari saja pasukan SAR merayau-rayau di permukaan lautan tersebut, malah beberapa hari. Lebih-lebih lagi bila kononnya ada satu imej satelit dari negara China dapat mengesan ada satu objek (berpotensi dari pesawat tersebut) di lautan tersebut. Entah berapa juta kos yang ditanggung akibat aktiviti SAR di Laut China Selatan itu saja.

Tiba-tiba, beberapa hari kemudian, timbul pula berita bahawa ada bukti yang menunjukkan pesawat berkenaan berpatah balik menghala ke arah Malaysia sebaik saja ianya dilaporkan hilang dari radar penerbangan awam. Pihak yang memberitahu siapa lagi, jika bukan dari angkatan tentera udara Malaysia. CNN pun jadi hairan dengan berita tersebut.

Selingan 1

Flight MH370 Mysterykenapa berpatah balik ?

https://www.youtube.com/watch?v=soY45F3tgTk

CNN bukan hairan kerana mendengar pesawat boleh buat U turn macam kereta Kancil di atas jalan raya. Tetapi ia hairan mengapalah pihak berkuasa Malaysia tak bagi tau siang-siang (awal-awal) bahawa pesawat itu dah bertukar arah. Jika bagi tahu siang-siang kan senang. Tidak payahlah pasukan SAR nak terus merayau-rayau di Laut China Selatan. Kan sia-sia namanya cuba mencari benda yang mustahil ada di tempat yang dicari ?

Jika CNN pun hairan terhadap tindakan Malaysia tidak memaklumkan lebih awal tentang pertukaran arah pesawat tersebut, Acik tentulah lagi hairan. Sebagai rakyat Malaysia yang perihatin, Acik tentulah harian bila kerajaan Acik melakukan sesuatu yang menyusahkan pihak lain. Sedangkan mereka itu ingin menolong kita mencari pesawat kita yang hilang itu. Sepatutnya, kita hendaklah mencuba mempermudahkan lagi mereka, bukan sebaliknya.

Namun demikian CNN terus juga melaporkan tentang aktiviti SAR walaupun kini dah beralih ke selatan Lautan Hindi. Kawasan yang dipercayai pesawat “mendarat” ke dalam laut itu adalah lebih dari seribu batu nautical dari pantai barat Australia. Mula-mula signal yang dipercayai datang dari kotak hitam pesawat yang hilang itu dapat dikesan oleh tentera laut China. Kemudian disahkan Australia dengan diikuti oleh Amerika Syarikat. Signal tersebut sangat membantu pasukan SAR mengecilkan kawasan carian ke beberapa ribu batu pesegi.

Malangnya sejak beberapa hari yang lepas signal yang serupa tidak diterima lagi dari kotak hitam pesawat tersebut. Maka tidak ada jalan lain lagi yang tinggal untuk meneruskan operasi mencari melainkan dengan menggunakan “submersible bluefin-21”. Submersible bluefin-21 ini adalah sebuah kenderaan bawah air yang direka khusus untuk “scan” lantai lautan. Mujur-mujur ter”scan”lah bangkai pesawat MH370 itu dalam masa yang terdekat ini.

Sepanjang usaha mengesan pesawat tersebut dilakukan di tempat yang telah dikenalpasti sebagai tempat yang berpotensi itu, pihak Australia bertambah optimistik akan menemui kotak hitam pesawat tersebut. Namun pihak Malaysia pula macam pesimistik pula dengan usaha tersebut. Inilah yang mebuat Acik sendiri pun tertanya-tanya, apakah alamat ataupun isyaratnya itu. Apakah implikasinya ?

Dengan lain perkataan, kut-kutlah Malaysia lebih hebat dari semua negara yang terlibat dengan aktiviti SAR tersebut. Apa tidaknya, jika pencarian belum lagi tamat 100%, tiba-tiba Malaysia sudah tahu keputusannya, tentulah Malaysia hebat. Samalah dengan hebatnya Abu Nawab dalam cerita yang berjudul “Strategi Telur Ayam”. Tanpa meneruskan usaha mencari telur ayam, si Abu Nawas tersebut sudah boleh memutuskan bahawa telur yang dicarinya itu memang tidak ada di situ. ( PenCERAHan: https://4uni2c.com/2013/09/27/cerekana-13927-strategi-telur-ayam/ ).

Selingan 2

Flight MH370 Mystery – Konspirasi terbesar sejak 9/11 ?

https://www.youtube.com/watch?v=1GeImYQuOxM

Kini terlintaslah dalam fikiran Acik yang dah agak keliru memikirkan nasib pesawat MH370 itu beberapa tanda tanya. Buat apalah pasukan SAR masih lagi beriya-iya sangat nak meneruskan aktiviti mencari pesawat yang hilang itu di kawasan yang sama. Sedangkan Malaysia sendiri dah tak yakin lagi ia berada di situ.

Begitu juga dengan CNN. Buat apalah ia sebok-sebok sangat melaporkan berita-berita terkini tentang pesawat tersebut, hinggakan dah tak kenal siang dan malam, pagi dan petang. Sedangkan (Acik percaya) Malaysia sendiri pun tidak mengeluarkan berita tentang pesawat tersebut dengan sekerap itu. Agaknya, inilah yang dikatakan orang, “hidung tak mancung, pipi pula yang tersorong-sorong”.

Wallahualam.

d a u l a t r a k y a t !

Lain-lain maklumat yang relevan :

MH370 – Exposes Hall of Shame (by Mariam Mokhtar) http://m.malaysiakini.com/columns/259278

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com

MH370 Mystery: Lari dari mulut harimau masuk mulut buaya

•2014-03-25 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

lari dari mulut harimau

masuk mulut buaya

Sebelum menyampaikan CEREKANA ini, terlebih dahulu Acik minta pembaca tidak kaitkan secara negatif dengan nahas MH370. Sebab apa ? Supaya kita tidak ditohmah sebagai tidak pandai menghormati sensitiviti famili mangsa.

Sebaliknya sama-samalah kita teruskan doa agar kesemua mereka yang menaiki pesawat tersebut selamat. Manalah tahu kalau-kalau mereka masih lagi panjang umur, walaupun diistiharkan mati di dalam lautan. Mati jika pesawat benar-benar jatuh dalam lautan tapi jika jatuh dalam hutan ?

Masa Acik masih budak-budak dahulu ada seorang jiran Acik bernama Abu Bakar. Kami budak-budak panggil dia Pak Bakar. Ikut cerita Pak Bakar ni, dia ada seorang saudara lelaki dalam pasukan navy.

Acik tak ingat samada adiknya ataupun abangnya. Anggota navy tersebut telah hilang dalam peperangan dunia kedua dulu. Sebab dah agak lama tak balik, ahli keluarganya pun menganggap beliau telah mati dalam peperangan.

Suatu hari, sedang mereka mengadakan majlis kenduri arwah untuk beliau, tiba-tiba beliau pulang. Wah, betapa terkejutnya mereka yang berada di majlis tersebut. Namun, rasa gembira di hati semua yang hadhir itu mengatasi segala-galanya.

Itulah antara kerja-kerja Allah yang kita tak boleh pertikaikan. Dalam Quran surah Kahfi, ada cerita tentang sebuah kumpulan yang Allah hidupkan hingga lebih 300 ratus tahun. Jadi apa nak hairan sekirannya mereka yang telah diistiharkan mati itu tiba-tiba pulang menemui keluarga masing-masing.

Supaya tidak dikaitkan dengan nahas MH370 maka biarlah Acik gunakan tajuk berikut bagi CEREKANA Acik ini, “Lari dari mulut harimau, masuk ke dalam mulut buaya”. Tajuk ni lebih menekan kepada aspek iktibar bukan tentang aspek peristiwa yang diceritakan.

Selingan :.      

Nahas Pesawat MH370:   Ketua Eksekutif MAS
https://www.facebook.com/photo.php?v=10152066698874998&set=vb.129843674997&type=2&theater

Kononnya di zaman awal-awal kapal terbang di rekacipta dahulu, ada seorang kaya bernama “Richman” (RM). Nak tahu lebih lanjut tentang individu RM ini sila rujuk CEREKANA yang bertajuk Pemandu Yang Bangang  (PenCERAHan:  https://4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/). Tuan RM memiliki sebuah pesawat kecil yang boleh memuat dalam lima atau enam penumpang sahaja.

Selain mengerjakan ladang gandum yang agak luas, tuan RM juga menjalankan sebuah sekolah kanak-kanak terencat akal. Sekolah ini terletak di sebuah pulau kecil kira-kira satu jam perjalanan dari pulau besar, jika menaiki pesawat kecil beliau itu. Pulau besar ialah tempat Tuan RM tinggal bersama-sama keluarganya.

Suatu hari, pesawat kecil milik RM terbang dari pulau besar ke pulau kecil. Di dalam pesawat tesebut ialah beberapa kanak-kanak terencat akal. Mereka ini baru habis cuti dan akan dihantar semula ke sekolah mereka di pulau kecil itu.

Pemandu pesawat tersebut adalah seorang pemandu yang sangat berpengalaman. Beliau ditemani seorang pilot lain yang bakal mengambil alik tugasnya sebagai pilot pesawat tersebut. Pilot lama bercadang nak bersara awal iaitu sebelum pesawat tersebut terhempas.

Sebaik sahaja pesawat terapung di udara, maka kanak-kanak terencat akal tersebut mulalah membuat hal. Ada yang menjerit-jerit macam orang masuk hantu, malah ada pula yang merudum di atas pesawat tesebut.

Bagi pilot lama itu, ianya adalah satu pengalaman biasa yang sering dihadapi. Akan tetapi bagi pilot yang baru itu ia merupakan satu provokasi terhadapnya oleh kanak-kanak terencat akal tersebut.

Sekali sekala, pilot lama akan pergi ke belakang menenangkan kanak-kanak tersebut. Maka tenanglah sekejap suasana dalam pesawat tersebut. Tetapi selang beberapa ketika, mula bising lagi di belakang pesawat tersebut. Kali ini pilot lama meminta agar pilot baru pula cuba tenangkan mereka. Selepas kanak-kanak tersebut ditenangkan oleh pilot baru, suasana terus menjadi tenang setenang-tenangnya.

Di dalam hatinya, pilot lama pun berkata, “pandai sungguh Mid tenangkan budak-budak tu, lega rasanya” . Maka beliau pun bertanya kepada pilot baru yang digelar Mid tu, “apa formula yang hang pakai Mid sampai senyap sepi mereka tu ?”

Maka jawab Mid, “aku tanya depa, awat yang hangpa duk bising dan merudum sangat ini ?”. “Depa kata depa seronok”. “Lalu aku habaq kat depa, di bawah sana lagi seronok”. “Lepas tu aku tengok depa pakat terjun sorang demi sorang”. “Aku tak suruh pun depa terjun”.

“Allah mak ! Awat hang biaq depa terjun Mid ?” “Mampuihlah kita Mid….. Hang tak taukah Mid, sorang tu anak tuan RM taukeh kita ?” jawab pilot lama dengan mengeluh. Kedua-dua mereka mulai gelabah. Walaupun pesawat dah hampir mendarat di pulau kecil tersebut tetapi mereka tak jadi mendarat. Sebaliknya mereka buat U turn dan terus berpatah balik ke pulau besar.

Malangnya dalam perjalanan antara pulau kecil dengan pulau besar tersebut, pesawat itu telah jatuh ke dalam laut akibat kehabisan minyak. Mengikut sebuah teori, berdasarkan siasatan ke atas kemalangan pesawat tersebut, kedua-dua pilot tersebut telah bergaduh sesama sendiri.

Hang tuduh aku buat hal , aku tuduh hang bodek, dan sebagainya. Ini menyebabkan pesawat terbang dengan tidak tentu arah. Kata orang Penang, “duk pi mai pi mai, tangtu. Bukan duk pi ke depan”. Akibatnya, minyak yang sepatutnya cukup menjadi tidak cukup.

Apabila berita pesawat tersebut terhempas diketahui, maka missi menyelamat (SAR) pun dijalankan. Akhirnya bangkai pesawat pun dijumpai kira-kira beberapa batu nautical dari pantai pulau besar. Malangnya seorang penumpang pun tak dijumpai. Semuanya hilang, termasuk kedua-dua pilot. Jadi tak ada siapa pun yang tahu punca sebenar yang menyebabkan pesawat tersebut terhempas. Kata Mad Saleh, “dead man tells no tale”.

Mula-mula semua orang menganggap semua penumpang dah mati. Kematian tersebut adalah semata-mata kerana kemalangan pesawat tersebut. Dan mayat tidak dapat dijumpai sebab semuanya sudah dimakan jerung yang banyak berkeliaran di dalam laut di antara dua buah pulau tersebut. Inilah yang dikatakan, “kapal pecah, yu kenyang”. Kapal terbang pun dikira kapallah juga.

Namun begitu, bagi tuan RM, kerana terlalu sayang kepada anaknya itu, beliau tak mau percaya bahawa anaknya telah mati. Beliau memerintah semua kakitangannya mencari anaknya itu di seluruh pulau kecil berkenaan. Mengikut spekulasi beliau, pesawat tersebut telah mendarat di pulau kecil sebelum terbang semula.

Rupa-rupanya harapan tuan RM menjadi kenyataan. Anaknya telah dijumpai terdampar di tepi sebuah tasik di atas pulau kecil tersebut. Mengikut teori lain, semasa terjun dari pesawat tersebut tadi bajunya tersangkut pada roda pesawat.

Beliau bergayut pada roda pesawat tersebut hinggalah pesawat tersebut sampai ke pulau kecil tersebut. Beliau lalu jatuh ke dalam sebuah tasik semasa pesawat tersebut terbang sangat rendah untuk mendarat. Tetapi pesawat itu tak jadi mendarat. Mujur anak tuan RM itu sangat mahir berenang dan menyelam. Beliau pun selamat dari mati lemas.

The moral of the story:

1. Tujuan Pilot baru tersebut membiarkan kanak-kanak terencat akal itu terjun dari pesawat ialah supaya mereka tidak lagi membuat bising. Dengan berbuat demikian, maka masalah yang sedang dihadapinya semasa di atas pesawat pun “settle”. Namun tindakannya itu mengundang masaalah yang jauh lebih besar. Inilah yang dikatakan, “lari dari mulut harimau, masuk ke dalam mulut buaya”

2. Kita wajar ikut sikap Tuan RM yang tidak mudah putus asa. Lepas mayat anaknya tak dijumpa di laut, dicarinya pula di darat. Padahal boleh saja jika beliau nak terus buat “presumption” bahawa anaknya itu dah mati akibat pesawat yang dinaiki anaknya itu terhempas. Namum tidak.

3. Jika dah jumpai pesawat pun Tuan RM tak terus buat “presumption” bahawa anaknya dah mati, apa lagi jika sekiranya bangkai pesawat pun belum ditemui.

Wallahualam.

Eksklusif

Teori Monggolia:  sila KLiK baris di bawah
https://4uni2c.com/2014/03/13/cerekana-14313-teori-monggolia/

d   a   u   l   a   t        r   a   k   y   a   t    !

OPajar # 14325

MH370 Mystery- The Mongolian Theory

•2014-03-13 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

teori mongolia

Sehingga CEREKANA ini ditulis dunia masih gempar dan tertanya-tanya ke mana hilangnya pesawat MH370 milik MAS itu. Memanglah tak siapa pun akan tahu ke mana hilangnya. Jika dah tahu maka tak dikira hilang lagilah. Sekiranya dunia begitu peduli dengan apa yang berlaku terhadap pesawat milik Malaysia itu, betapa pula dengan rakyat Malaysia sendiri.

Acik pun rakyat Malaysia juga. Jadi tentulah Acik turut peka dengan trajedi tersebut. Oleh itu Acik doakan agar peristiwa yang telah menjadi krisis serius itu akan cepat selesai. Semoga dengan selesainya, maka urusan hidup harian kita semua dapat diteruskan tanpa lagi dibelenggui oleh krisis tersebut.

Selingan 1 :

Sila KLiK —-> http://www.youtube.com/watch?v=ga91CMpdi7g

Walaupun Acik kini berada puluhan ribu kilometer dari Malaysia, namun teknologi canggih telah membolehkan Acik terus mengikuti perkembangan yang sedang berlaku di Malaysia berhubung dengan nahas MH370.

Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan setia Acik dari seluruh Malaysia kerana bermurah hati dan sudi berkongsi maklumat terkini dengan Acik melalui smartphone dan komputer notebook. Jadi jangan hairanlah jika Acik juga dapat menyaksikan telatah Bomoh Kelapa yang telah berjaya membuat seluruh dunia ketawa.

Sungguh pun usaha dan cara yang diguna oleh Bomoh Kelapa itu agak pelik, Acik rasa tak wajar kita perlecehkan. Manalah kita tahu hati nurani mereka sebenar.

Kan agama kita ajar, sesuatu yang dilakukan itu adalah dengan niat. Oleh itu kita kenalah ambil kira juga niat baik mereka sebelum kita terus perlecehkan usaha mereka itu. Lagi pun, setuju tak jika Acik kata bahawa sekurang-kurangnya mereka berjaya menceriakan suasana keruh yang sedang merundungi seluruh negara sekarang akibat nahas MH370 itu ?  Setuju kan !

Cuma agak kesal sedikit, kenapa telatah Bomoh-Bomoh Kelapa itu tidak dipertontonkan kepada waris-waris penumpang yang hilang bersama-sama pesawat berkenaan. Mana tau, kut-kut mereka pun boleh turut mengubati kesedihan yang sedang mereka deritai sekarang.

Kalaupun dah mustahil nak dipertontonkan secara “live”, sekurang-kurangnya dipertontonkan video rakaman. Minta tolonglah kalau-kalau ada siasapa yang dapat cadangkan ini kepada menteri berkenaan. Kut-kutlah beliau bersetuju dengan saranan Acik yang tak sepertinya ini.

Sebagai individu yang turut perihatin dengan trajedi MH370 itu, Acik juga bertanya pada diri sendiri, “apakah sumbangan aku bagi membantu menyelesaikan krisis berkenaan ? “. Mudah-mudahan setiap pembaca CEREKANA Acik ni pun bertanya soalan yang sama kepada diri masing-masing.

Mana tahu, kut-kut di kalangan kita ini ada yang berkemampuan menyumbangkan sesuatu yang bermakna. Bukan saja demi kebaikan waris-waris mereka yang malang itu khususnya, malah kepada seluruh rakyat Malaysia dan penduduk dunia amnya.

Seperti dalam PenCERAHan Acik sebelum ini (https://4uni2cdotcom1.wordpress.com/2014/03/10/flight-mh370-mystery-the-manifestation-of-the-climax-of-bns-failure/?preview=true&preview_id=1289&preview_nonce=7065871b45), Acik ada bertanya, “apakah nahas MH370 yang berlaku hanya beberapa jam saja selepas hukuman penjara 5 tahun dijatuhkan ke atas DSAI itu merupakan satu kebetulan ?”.

Maksud Acik ialah, tidak ada apa-apa perancangan oleh mana-mana pihak supaya nahas itu berlaku. Dengan lain perkataan, tidak ada korelasi (correlation) langsung antara kes DSAI dengan nahas MH370 itu. Jika tak ada korelasi langsung, maka tak mungkinlah timbul apa-apa teori konspirasi.

Sebab yang mencetuskan soalan itu ialah, jika ianya bukan satu kebetulan, mengapa ianya tidak berlaku beberapa hari sebelum DSAI dihukum ataupun beberapa hari selepasnya. Demi mengelakkan diri dari menyangka yang bukan-bukan maka tercetuslah dalam imiginasi Acik tentang suatu teori.

Bagi Acik, teori yang Acik namakan dia “Teori Mongolia”,  mungkin mampu menjana beberapa hasil positif. Contohnya, mampu menjawap soalan misteri, yang disebut di atas iaitu nahas MH370 memang benar-benar berlaku secara kebetulan (coincident) ?.

Ini penting kerana ia dapat mengelak sangkaan liar yang mendakwa nahas tersebut dirancang, samada oleh pihak kanan mahupun kiri, pihak atas maupun bawah, demi kepentingan politik masing-masing. Rengkasnya, ia bukanlah satu konspirasi.

Kedua, mudah-mudahan ia mampu memberi harapan positif kepada waris-waris mangsa sehinggalah pesawat tersebut ditemui. Tak kiralah yang akan ditemui itu sabut ataupun batu. Kata peribahasa Melayu,  “untung sabut timbul, untung batu tenggelam”.  Itu kemudian kira.

Biarlah kita umpamakan macam orang beli tiket loteri. Sebelum sah bahawa tiket itu tidak mengena, bermacamlah angan-angan manis boleh dimainkan di dalam minda. Contohnya, “kalaulah tiket kali ni mengena, aku cadang nak pi duduk di luar negara beberapa bulan. Bukan apa, sekadar nak rasa mandi dengan salji saja, sebab di Malaysia mana ada salji. Ataupun nak pergi Makkah. Bukan apa, cuma nak buat umrah dan bertaubat tak mau beli lagi tiket loteri lepas ni”.

Jadi beginilah ceritanya Teori Mongolia tersebut:

Selepas puteri Mongolia yang bernama Altantuya datang ke Malaysia bersama seorang sepupunya diistiharkan hilang, macam-macam spekulasi pun timbul. Ada yang kata dia dibunuh, tapi bukti yang 100 % sahih tidak dapat ketemui.

Selingan 2 :

Sila KLiK –>  https://www.facebook.com/photo.php?v=268861233292401

Malah ada pula pihak yang menafikan langsung kemasukan beliau ke Malaysia sebab dalam rekod pihak imigresen tak ada bukti yang beliau datang ke Malaysia. Cuma yang ada datang ke Malaysia mengikut rekod pihak imigresen hanya sepupunya. Maknanya yang turut datang bersama-sama sepupunya itu mugnkin “Karen” Altantuya saja. Bukanlah diri peribadinya atau fisikalnya yang sebenar.

Kononnya “Karen” Altantuya tak balik ke Mongolia sejak beliau dikatakan hilang dari bumi Malaysia dulu.  Yang balik ke Mongolia hanyalah sepupunya saja.

Mengikut teori ini lagi, semasa perbicaraan terhadap DSAI berlangsung, beliau turut hadir sama dalam mahkamah. Beliau yakin sungguh-sungguh bahawa DSAI akan menang dalam perbicaraan tersebut. Beliau juga bercadang akan menyaksikan juga sessi perbicaraan terhadap YB Karpal Singh selepas DSAI menang kesnya itu.

Malangnya keputusan Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa DSAI bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun. Rupa-rupa Karen Altantuya itu penyokong tegar PKR. Sebab tu dia tersangat-sangat kecewa dengan keputusan tersebut.

Kalau kita yang bukan ahli PKR pun dah kecewa gila dengan keputusan tersebut, tak heranlah kenapa Karen Altantuya tu jauh lebih kecewa dari kita. Kita kecewa bukan apa, sebab kita percaya bahawa itu satu kezaliman yang melampau. Implikasinya nanti adalah tersangat besar.

Bukankah kita umat Islam percaya bahawa doa orang yang kena zalim itu amat makbul ? Jika orang yang kena zalim itu berdoa minta Allah balas kepada penzalim, maka bala akan turun. Dan bila bala turun, semua kita akan susah. Tak kiralah yang berdosa mahu pun yang tak berdosa.

Bagi yang berdosa ia akan merupakan satu balasan. Sebaliknya bagi yang tak berdosa ia akan merupakan satu ujian.  Walaupun kita yakin kita tak terlibat sama melakukan dosa menzalimi sesiapa, namun takut juga kita dengan bala Allah. Bukan apa, takut kita tahan pula dengan bala tersebut walaupun ianya hanya ujian.

Rupa-rupanya (berdasarkan teori) Karen Altantuya tu pun percaya juga tentang bala Allah tersebut. Maka dia fikir, sebelum orang yang dizalimi itu memohon doa hingga turun bala, lebih baik dia meninggalkan Malaysia untuk pulang ke Mongolia ASAP.

Beliau nampaknya cukup cemas hingga niatnya nak tunggu sampai kes YB Karpal Singh diputuskan oleh Mahkamah pun dibatalkannya. Maka sebaik saja selesai mendengar hukuman ke atas DSAI dijatuhkan, beliau terus bergegas ke KLIA.

Kebetulan di KLIA beliau bertemu seorang warga Australia yang akan ke Mongolia. Maka beliau pun turut menaiki pesawat yang dinaiki oleh warga Australia tersebut. Beliau ingat itulah flight yang akan ke Mongolia.

Jika orang tak ada passport pun boleh bolos menaiki pesawat tersebut, maka jangan hairanlah jika Karen Altantuya pun boleh bolos sama menaiki pesawat tersebut tadi. Ya, kalau yang tak ada passport maka kenalah guna passport orang lain untuk bolos.

Tetapi bagi karen Altantuya, beliau boleh lalu di hadapan pegawai imigresen dengan selamba saja tanpa ditahan.  Sebabnya ialah, beliau merupakan makluk yang tak nampak dipandang dengan mata kepala manusia, melainkan bila beliau menjelma menyerupai manusia.

Malangnya, bila dah berada di atas pesawat baru beliau tahu bahawa yang nak ke Mongolia hanyalah warga Australia itu saja. Sedangkan bagi pesawat MH370 itu, destinasinya ialah Bejing.

Masa nak menaiki pesawat tersebut tadi, beliau dalam keadaan yang amat tergesa-gesa. Jadi bila kebetulan warga Australia yang beliau temui itu memberitahu bahawa beliau nak ke Mongolia, maka Karen Altantuya terus anggap pesawat yang nak dinaiki itu nak ke Mongolialah. Rupa-rupanya tidak.

Tapi takpa. Beliau ada strategi tersendiri. Lalu beliaupun menjelma menyerupai wajah yang sebiji macam Altantuya. Maklumlah, Karen Altantuya kan. Jika seorang VVV VIP pun mampu digodainya, maka apalah sangat seorang pilot muda. Lebih-lebih lagi pilot yang tak berapa patuh kepada peraturan semasa dalam bertugas.

Jadi dengan mudah saja beliau bolos masuk ke dalam cockpit (ruang pilot) lalu menggoda pilot berkenaan. Pujuk punya pujuk akhirnya pilot tersebut pun bersetuju agar pesawat tersebut beralih destinasi. Maka arahtuju pesawat pun beralihlah. Kalau asalnya menuju ke Bejing, kini menuju ke Mongolia pula.

Mengikut teori ini lagi, alat tertentu (transponder) dalam pesawat telah sengaja dimatikan, konon untuk sementara saja. Mula-mula dimatikan yang utama saja. Tetapi selepas 14 minit kemudian dimatikan pula yang kedua.

Tujuannya ialah supaya perubahan arahtuju pesawat tidak dapat dikesan oleh mana-mana pihak. Khabarnya alat itu dimatikan kira-kira jam 1.00 pagi lebih sikit, waktu tempatan.

Walaupun pihak kawalan radar awam tidak dapat mengesani lagi pesawat tersebut mulai jam 1.00 pagi, namun pihak tentera udara yang lebih canggih dan power radarnya, masih dapat mengesan perjalanan pesawat tersebut. Pergerakan pesawat tersebut diperhati dengan penuh teliti. Masing-masing hairan, “ke manalah pula Mamat (pilot) ni nak bawa pesawat tu”, kata seorang dari yang memerhati.

Malangnya pada jam 2.40 am, tup-tup hubungan dengan radar pihak tentera udara pun terputus. Tapi sejak jam 1.00 am tadi, tidak pula ada laporan dari pihak tertentu bahawa pesawat tersebut telah hilang dari kawalan radar awam. Apakah mereka yang bertugas semuanya tidur ?

Entahlah, teori ni pun tak dapat memberi jawapan.  Masa tu barulah seluruh Malaysia jadi kelam kabut. Barulah nak heboh sana sini bahawa pesawat tersebut telah benar-benar hilang dari kawalan radar. Baik kawalan radar pihak penerbangan awam maupun radar pihak Tentera Udara di Raja Malayasia (TUDM). Yang si Mamat pilot tu pula terlupa nak “on”kan balik transponder pesawat tersebut.

Selepas beberapa jam terbang di luar kawalan radar samada radar awam maupun radar TUDM tiba-tiba pilot jadi keliru dengan jalan nak ke Mongolia. Maklumlah jalan itu beliau tak pernah ikut. Walaupun telah berpengalaman terbang lebih dari 18 ribu jam, tapi jalan ke Mongolia agak asing bagi beliau.

Latihan beliau dengan menggunakan “flight simulator”  di rumahnya sekian lama tidak dapat membantu. Lagi pun, manalah ada rancangan nak ke Mongolia.  Jadi tak pernahlah ada keperluan nak berlatih terbang ke Mongolia dengan menggunakan “simulator” yang disimpan di rumahnya itu.

Kononnya, bukannya giliran beliau untuk memandu pesawat MH370 ke Bejing pada pagi bekenaan, sebab beliau sedang bercuti. Tetapi, oleh kerana diarahkan juga oleh pihak atasan untuk menerbangkan pesawat MH370 itu, maka beliau tidak ada pilihan lain. Mau tak mau terpaksalah juga beliau menunaikan hajat besar bossnya tanpa apa-apa prasangka. Tentulah besar implikasi buruknya jika menolaknya. Biasalah tu, jika makan gaji.

Tambahan pula, mencari arahtuju ke berbagai destinasi adalah satu kemahiran lain. Beliau belum lagi  benar-benar menguasainya. Lagi pun selama ini penerbangannya sentiasa berada di dalam kawalan radar dan sentiasa menerima nasihat dari pihak penjaga radar di bumi. Bila jadi macam ni, maka gelabahlah pilot itu.

Kebetulan pula di saat-saat genting tersebut, karen Altantuya sedang tidur. Kut-kutlah beliau boleh tunjuk ke mana arahtuju negaranya. Malangnya, beliau yang dalam sifat asalnya tak nampak dipandang dengan mata kasar.Masing-masing tak tahu pula di mana beliau tidur. Jadi tak ada siapa lagi yang boleh dirujuk tentang arahtuju ke Manggolia.

Maka kedua-dua pilot menjadi bertambah gelabah. Hang tuduh aku, aku tuduh hang. Memang dari awal-awal lagi, bukan kedua-dua mereka setuju untuk ke Manggolia. Tapi sebab malu alah dan taat kepada bos, maka terpaksalah juga akur. Dalam keadaan tak tentu arah, dah tak pasti mana halatuju sebenar itu, akahirnya pesawat tersebut terus ghaib.

Tapi tak apa, kita semua tak perlu telalu bimbang. Bedasarkan Teori Mongolia ini seterusnya, kapal pesawat tersebut akhirnya telah berjaya meneruskan penerbangannya selama beberapa jam lagi selepas ianya lenyap dari kawalan radar.Apa yang sedang berlaku dengan pesawat tersebut hanya pilot saja yang tahu. Tak seorang penumpang pun sedar melainkan karen Altantuya.

Mujur akhirnya pesawat tersebut telah berjaya mendarat dengan selamat,  tetapi tak tahu di mana. Barulah pilot buat pengumuman bahawa pesawat telah tersesat jalan akibat mengalami kerosakan alat komunikasi.  Oleh itu ia terpaksalah membuat pendaratan cemas kat mana yang dan. Tempat pendaratan, pilot sendiri pun mengakui bahawa beliau tidak tahu menahu di mana lokasinya.

Ada di antara penumpangnya trauma, tetapi mengikut teori tersebut, semua selamat. Bila karen Altantuya terjaga, beliau telah sahkan bahawa itu bukanlah negaranya Mongolia. Tapi apa nak buat lagi, minyak pesawat yang masih berbaki pun dah terlalu sikit.  Meter minyak pun dah tunjuk “E” (enough), bukan “F” (finish) lagi. Jadi, tak mungkin pesawat itu mampu terbang ke mana-mana lagi.

Yang menjadi kelemahan besar bagi Teori Mangolia ini ialah, ia langsung tidak memberi apa-apa maklumat mengenai lokasi pendaratan pesawat tersebut. Teori Mongolia ini  hanya tammat di sini saja. Oleh itu mau tak mau kenalah juga kita mendapat bantuan Bomoh Kelapa berkenaan.

Tak mustahil, teropong ajaib mereka yang cukup power itu mungkin boleh nampak di mana pesawat itu telah mendarat. Jika kebetulan dekat lokasi pesawat itu mendarat ada sebuah KFC atau McD pun cukuplah. Bolehlah kita “Google saja”.  Nanti tahulah kita lokasi sebenar pesawat tersebut.

Kalau kita boleh minta Bomoh Kelapa tu bawa PM dengan tikar terbang ke tempat pesawat tersebut mendarat, itu lagilah cantik. Tak payah menyusahkan lagi mana-mana rakyat yang dah pun tengah susah sekarang ni.

Demikianlah ceritanya Teori Mongolia yang Acik ingin persembahkan khas kepada pembaca-pembaca blog Acik saja. Mudah-mudahan ianya dapat melegakan sedikit stress yang sedang ditanggung masing-masing sejak beberapa hari lepas, akibat nahas MH370 itu.

Apapun, sama-samalahlah kita terus doakan agar Teori Mongolia ini menjadi realiti. Semoga, mereka yang hilang itu akan selamat semuanya. Jangan kita pertikaikan kuasa Allah. Jika Allah nak tunjukkan kepada kita semua kuasaNya dengan menyelamatkkan mereka yang hilang itu, tak siapa pun boleh menafikannya.

Jika kita baca al Quran, dalam surah Kahfi, ia ada menceritakan tentang orang yang pernah dihidupkan Allah lebih dari 300 tahun. Apa nak hairan jika penumpang yang hilang itu tak sampai pun sebulan. Bagi Acik, “no news is a good news“.  Oleh itu teruskanlah doa tanpa putus asa.

AWAS !

Tolong sebarkan  Teori Mongolia ini dalam apa juga cara. Mudah-mudahan tak timbul lagi selepas ini apa-apa teori konspirasi lain.  Adalah dikuatiri teori-teori itu nanti akan mendatangkan pelbagai mudharat. Jika ia tak mudharat kepada negara pun, mungkin kepada mana-mana individu yang tak berdosa.

Dengar khabar dah ada pun ura-ura nak tuduh DSAI ada tangan dalam nahas MH370 tersebut. Sebab apa ?  Sebab baru saja pihak berkuasa dapat maklumat bahawa pilot berkenaan seorang ahli PKR seumur hidup. Hari pesawat MH370 itu hilang, mereka belum tahu. Kemudian ada pula orang beritahu bahawa pilot itu pernah hadir di majlis yang dianjurkan oleh PR. Malah, pernah bergambar pula tu dengan seorang orang kuat PKR.

Acik bukan apa. Takut-takut DSAI akan kena aniaya lagi. Kata orang, “sudah jatuh ditimpa tangga”. Kesianlah kat beliau sama. Cukuplah tu buat aniaya kat dia, mentang-mentanglah hangpa berkuasa.  Sementara beliau masih lagi kesian kat kita baik kita jangan lagi buat apa-apa kat dia. Nanti bila beliau dah tak sabar dan tak kesian kat kita lagi, apa nak jadi ?

Bukankah doa orang yang dianiayai sangat makbul, seperti yang dah Acik bagitahu tadi. Tak kiralah samada yang kena aniaya itu seorang Muslim ataupun yang bukan Muslim. Kan Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Adil ?

Takut-takut bala yang akan datang nanti berupa burung geruda, sepertimana yang disebut oleh Bomoh Kelapa itu. Bala burung geruda itu tentu jauh lebih besar dari bala nahas MH370 itu. Negara kita akan menjadi padang jarak padang terkukur nanti. Masa tu, menyesal pun dah tak ada guna lagi. Kata peribahasa Melayu, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Jadi, kata Mad Saleh, “look before you leap”. Kata Mat Melayu, “berjaga-jaga sebelum kena”. Janganlah pula, “sudah terantuk baru nak tengadah”

Wallahualam.

Eksklusif:

Flight MH370 Mystery – the Manifestation of the CLIMAX of BN’s failure in ruling the country

https://4uni2cdotcom1.wordpress.com/2014/03/10/flight-mh370-mystery-the-manifestation-of-the-climax-of-bns-failure/?preview=true&preview_id=1289&preview_nonce=7065871b45

d   a   u   l   a   t     r   a   k   y   a   t   !

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLiK:   http://www.4uni2c.com

MH370 Mystery – the Manifestation of the CLIMAX of BN’s Failure …

•2014-03-10 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

misteri pesawat MH370

manifestasi puncak keGAGALan BN memerintah negara

Dunia baru saja gempar dengan keputusan “bersalah” terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) atas tuduhan sodomi 2 oleh Mahkamah Rayuan Malaysia. Macam mana tak gempar,  hakim pun dapat dipergunakan oleh pihak tertentu bagi menegakkan benang basah.

Prinsip bahawa “kesilapan kerana membebaskan seorang yang bersalah adalah 10 kali lebih baik dari kesilapan kerana menghukum orang yang tak bersalah” nampaknya telah tidak pakai lagi. Begitu juga dengan prinsip, “hukuman bukan saja wajib dilakukan dengan adil, malah perbicaraannya juga  dapat dilihat dilaksanakan dengan secara adil” langsung tidak dipeduli.

Pengalaman Acik mengikuti perbicaraan terhadap anak kandung Acik (Ahmad) atas tuduhan menghina Sultan Johor dalam FB dahulu telah membuat Acik kurang percaya kepada sistem pengadilan Malaysia (PenCERAHan: https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/). Tetapi bila YB DSAI dihukum bersalah, maka Acik jadi langsung tak percaya lagi kepada sistem tersebut.

Maafkah jika bekas rakan sekelas Acik (Datuk Shafee Abdullah) tidak setuju dengan persepsi Acik ini. Tapi jangan salah Acik kerana pengamal undang-undang macam beliaulah yang membuat Acik berpesepsi demikian. Namun Acik harap YB DSAI akan menang akhirnya di peringkat Mahkamah Persekutuan nanti, insya Allah.

Selingan 1 & 2 :

1. Bukti Saiful tidak diliwat:  http://www.youtube.com/watch?v=-ztCaXuj7Pk

2. Saiful bersumpah laknat depan Imam:   http://www.youtube.com/watch?v=s0EVeFYdYBY&feature=youtu.be

Dalam masa rakyat baru saja nak mempersoalkan kegagalan BN memerintah negara dengan adil (ikutan dari hukuman yang dijatuhkan ke atas YB DSAI itu), dengan tidak semena-mena tercetus pula satu peristiwa lain yang lebih gempar dari itu. Bukan saja gempar, malah amat menyedihkan kita semua.

Ia adalah trajedi nahas pesawat MH370 yang masih lagi belum diketahui kemana hilangnya. Apakah trajedi yang berlaku hanya selang beberapa jam saja selepas DSAI dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan itu, merupakan suatu kebetulan ?  Dan mustahilkah bahawa trajedi itu merupakan suatu balasan tunai yang ditimpakan Allah ke atas pemerintah yang dengan terang-terangan menzalimi hambanya yang tak berdosa ?

Hanya Allah yang Maha Esa saja yang tahu jawapan tepat bagi kedua-dua soalan tersebut. Namun sebagai seorang Muslim yang beriman, kita wajib percaya bahawa doa orang yang dianiayai adalah tersangat-sangat makbul. Apapun, realitinya isu kezaliman tidak menjadi topik perbicangan umum.

Masing-masing rakyat jelata kini telah tidak menghirau lagi kepada kezaliman yang telah dilakukan pihak berkuasa. Minda, fikiran dan perasaan masing-masing kini tertumpu 100 peratus kepada isu nahas MH370. Bukan saja kerana terlalu sedih, malah ada pula yang takut.

Ada yang takut ditohmah sebagai tidak tahu menghormati sesitiviti waris-waris mangsa yang malang dalam nahas tersebut. Yang terlibat dengan perjuangan politik pula takut hilang pengaruh politiknya jika dituduh memeksploitasi akan isu nahas tersebut untuk kepentingan politik.

Namun isu kezaliman bagi Acik, adalah lebih wajar diberi perhatian serious kerana implikasinya adalah jauh lebih buruk, kepada rakyat, agama, bangsa dan negara. Kezaliman akan mengundang bala dari Allah. Dan bila Allah turunkan bala, ia akan menimpa semua kita. Tidak kira samaada yang berdosa (sebagai balasan) maupun yang tidak berdosa (sebagai ujian).

Apapun, nampaknya nahas MH370 tersebut adalah merupakan satu kelegaan besar bagi individu-individu dan kumpulan tertentu dalam negara. Kerananya, maka mereka tidak perlu lagi berhadapan dengan kemarahan rakyat yang tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap DSAI.

Ingat lagi tak kita tentang fitnah sodomi 1 yang telah dikenakan terhadap insan yang sama lebih dari sepuluh tahun dahulu ?  Bukankah individu-individu tertentu yang telah merancang dan melaksanakan fitnah tersebut telah ditimpakan balasan tunai oleh Allah ?

Ada yang kehilangan isteri akibat kemalangan jalan raya, ada yang jatuh sakit hingga koma sekian lama, ada yang ditangkap basah, ada yang kehilangan pangkat tertinggi yang disandang dan sebagainya. Malangnya, segala pertunjuk Allah itu langsung tidak dijadikan iktibar dan peringatan. Malah direkaciptanya pula fitnah sodomi 2.

Bedasarkan apa yang dah kita baca dan dengar sehingga kini tentang trajedi MH370 tersebut, bagi Acik, ia benar-benar merupakan satu manifestasi bahawa BN telah terbukti gagal menguruskan negara kita dengan baik sebagaimana kita harapkan. Dalam kes nahas MH370 tersebut khususnya, terbukti sistem keselamatan negara mudah dibolos oleh orang yang berniat jahat.

Sistem imigresen kita yang dikenalpasti lemah, masih belum diperbaiki sejak kes Altantuya dulu. Ingat tak nama Altantuya tidak ada dalam data base pihak Imigresen, sedangkan beliau telah berada dalam negara kita hingga hilang di Puncak Alam ?

Tindakan kerajaan Malaysia dalam menangani situasi kritikal sekarang ini (yang diistilahkan “slow motion picture” oleh TV Amerika Syarikat) pun merupakan contoh ketara kegagalan kerajaan BN menyampaikan hak rakyat. Dunia yang sangat perihatin dengan isu keselamatan sejagat, kini mulai mempertikaikan kredibiliti negara kita.

Ketika membaca berita tentang hukuman bersalah terhadap DSAI hari itu, hati kecil Acik sudah pun dalam keadaan yang sangat tidak selesa atau gundah gulana. Ya, Acik memang sangat tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap DSAI. Lebih-lebih lagi bila mengenangkan dan membandingkan dengan sessi-sessi perbicaraan terhadap anak Acik (Ahmad) yang Acik ikuti dahulu.

Malangnya keadaan tidak selesa itu bukan menjadi bertambah lega, sebaliknya kini bertukar menjadi tersangat marah. Marah selepas belakunya trajedi nahas MH370 yang telah mengorbankan begitu banyak nyawa mereka yang tak bersalah.

Walaupun Acik tidak sampai nak menuding jari menuduh sesiapa pun yang punya angkara, tetapi sebagai peneraju kerajaan, BN wajib menerima hakikat bahawa ia gagal dalam memerintah negara dengan baik. Akibat kelemahannya maka segala sistem pentadbiran negara tidak berjalan dengan memuaskan rakyat.

Dalam kes nahas MH370 itu khususnya, BN kena akui bahawa sistem kawalan keselamatan negara lemah.  Akibat kelemahan tersebutlah maka boleh berlaku pula trajedi yang begitu menyayatkan hati seluruh rakyat Malaysia amnya. Lebih-lebih lagi mereka yang kehilangan individu-individu yang tercinta.

Acik bukan berhasrat nak menyedihkan lagi suasana yang memang telah pun begitu sedih. Sebaliknya Acik ingin berterus terang menyatakan realiti yang sedang dialami oleh kita rakyat Malaysia sekarang. Disamping itu Acik juga mahu menginsafi diri sendiri, “siapakah aku ini ? Mampukah aku menghadapi kesedihan andainya di antara yang turut hilang itu adalah ahli keluargaku, walaupun hanya salah seorang saja dari mereka ?”   Rasa-rasanya tidak sanggup.

Walaupun Allah memberi 10 orang anak kepada Acik, namun belum sanggup lagi merasai kehilangan walaupun hanya seorang saja dari mereka. Betapa pula dengan ibu bapa yang kehilangan anaknya  dalam nahas tersebut, sedangkan itulah satu-satunya anak yang mereka ada ?  Bayangkan sendiri bagaimana rupanya tahap kesedihan masing-masing. Jika kita tidak mampu mengeluar airmata, maka itu tandanya belum cukup peka terhadap sensitiviti mereka.

Kebetulan pula pesawat yang hilang itu kononnya adalah pesawat yang sama yang ditumpangi oleh anak bongsu Acik ketika ke Amerika Syarikat kira-kira dua bulan yang lalu. Alhamdulillah, beliau sampai dengan selamat menemui Acik dan isteri yang sedang menunggunya di State College ini.

Beliau gagal datang bersama kami adalah akibat masih ada urusan tertentu yang perlu dibereskan. Jadi kami terpaksalah datang lebih awal ke sini. Setelah menanti beliau beberapa hari di State College ini barulah beliau sampai.  Aduh ..!  Tak sanggup nak bayangkan,  betapa hancur luluhnya hati ini jika insan yang dicintai, yang ditunggu-tunggu berhari-hari tiba-tiba hilang dari bumi. Nauzubillah.

Pada saat ini,  walau apapun komen dibuat, baik positif mahupun sebaliknya, yang berlaku telahpun berlalu. Tiada ada kuasa yang boleh mengubahnya melainkan Allah jua. Ia bukan macam drama yang boleh diulang tayang. Kemudian diedit mana yang kurang sesuai sebelum dipertontonkan. Entahlah kalau-kalau ia juga macam trajedi di Sauk, Perak dahulu yang boleh dilakonkan semula.

Walau apa pun yang telah berlaku, sebagai orang Islam kita tetap kena beriman dengan qadho’ dan qadhar. Kita wajib yakin bahawa setiap yang berlaku adalah ketetapan dan perancangan Allah.

Ini bukan merujuk khususnya kepada nahas MH370 itu semata-mata. Malah kepada semua perkara. Hatta terhadap keputusan bersalah terhadap DSAI itu. Setiap yang berlaku itu mesti ada hikmahnya di sisi Allah. Cuma insan kerdil macam Acik saja yang belum, malah tidak nampak hikmahnya itu.

Untuk mereka yang diuji Allah dengan kehilangan orang-orang tercinta, Acik doakan yang terbaik untuk mereka semua. Dari apa yang Acik faham, kematian akibat kemalangan adalah antara mati sahid kecil. Ia sepertimana mati sakit, mati tenggelam dan mati ibu kerana bersalin. Oleh yang demikian, bagi Acik, kematian mereka adalah mulia di sisi Allah.

Kata perpatah Melayu, “yang patah akan tumbuh semula dan yang hilang akan berganti”. Ini satu realiti hidup yang semua kita harus terima dan hayati, demi kelangsungan hidup kita yang masih berbaki. Yang dah pergi tu tak akan kembali lagi, walau lama mana pun ditangisi.

Sebagai waris kepada yang pergi, kita kena redho’ dengan apa yang telah ditakdirkan terjadi. Sebaik-baik doa kita tujukan untuk mereka itu. Dan disamping itu kita juga berdoa dan berharap mudah-mudahan selepas ini tidak akan berulang lagi trajedi yang serupa. Biarlah kepedihan kesedihan yang kita alami sekarang ini tidak menimpa pula kepada orang lain, baik yang kita sudah kenali mau pun mereka yang belum kita kenali.

Allah telah meberitahu manusia bahawa nasib sesuatu kaum tidak akan berubah melainkan kaum itu sendiri yang merubahnya. Mengikut kefahaman Acik yang cetek agama ini, Allah memberi peluang kepada umat manusia untuk menambahbaikkan kehidupan mereka. Oleh itu, jika kita tidak dapat mencapai sesuatu kejayaan maka jangan senang-senang salahkan Allah.

Dengan rahmatNya yang begitu luas tanpa sempadan, Allah menyediakan suatu sistem alam yang dikatakan “sunnatullah” atau peraturan Allah. Sunnatullah ini terpakai oleh semua makluk Allah baik di bumi maupun di langit. Terpakai oleh Muslim maupun bukan Muslim. Oleh manusia maupun binatang. Pendek kata sunnatullah ini tidak ada yang terkecuali. Juga tidak ada diskriminasi langsung terhadap mana-mana makluk Allah.

Seorang ahli falsafah kampung pernah menerangkan kepada Acik konsep sunnatullah atau hukum adat (natural law) itu.  Kata beliau,  “ ia terhenti di atas berulang-ulang”.  Apa yang beliau maksudkan ialah setiap perbuatan itu akan memberi hasil yang sama jika diulang seberapa kali pun melakukannya.

Contohnya, jika diambil seketul batu lalu dicampakkan ke dalam sebuah kolam, maka batu itu akan terus tenggelam. Tidak kira berapa kali pun ketul batu itu diulang campak kedalam kolam yang sama, maka batu itu tetap akan tenggelam. Hatta jika yang mencampakkanya itu beruk sekalipun, keputusannya tetap sama. Hasilnya sama sepertimana yang dicampakkan oleh seorang Maharaja, malah oleh seorang Rasul. Seperti Acik kata tadi, tidak ada elemen diskriminasi bagi setiap sunnatullah.

Demikianlah, dengan sunnatullah Allah memberi manusia peluang bagi merekacipta berbagai-bagai kemudahan dan kaedah hidup. Ia juga memberi peluang kepada setiap individu memilih antara yang baik atau sebaliknya dalam melayari kehidupannya di alam dunia ini. Dia boleh memilih untuk makan dan minum supaya hidup sehat dan dapat beribadat kepadaNya dengan lebih sempurna dan selesa. Atau pun sebaliknya.

Tetapi untuk mendapat makanan dan keselesaan hidup dia mesti berusaha terlebih dahulu mencarinya. Untuk makan nasi manusia mesti menanam padi untuk mendapatkan beras. Untuk makan ikan dia kenalah menangkapnya.

Begitu sekali Pemurahnya Allah kepada umat manusia dengan menjadikan ikan. Kalau padi, kita kena berusaha bersawah dulu baru dapat padi.  Tapi tentang ikan Allah telah siap sediakannya untuk manusia secara percuma.  Manusia hanya perlu menangkapnya saja samada di laut, di tasik, di sungai dan seumpamanya. Tak payah dibela ikan-ikan itu macam kita bela itek dan ayam.

Sunnatullah yang tidak mengenal diskriminasi ini rupa-rupa telah dimunafaat sebaik mungkin oleh umat manusia. Dengan mamatuhi hukum sunnatullah manusia telah pun berjaya mencipta bermacam-macam kemudahan termasuk kenderaan. Dari kenderaan  air hinggalah kenderaan udara. Hatta kenderaan ke angkasa lepas dan ke dalam perut laut (seperti kapal selam Scorpene).

Setelah memahami sunnatullah dengan lebih mendalam, manusia dapat menjadikan kenderaan yang dicipta itu semakin canggih dan selamat. Jika dahulu kenderaan udara menggunakan kipas dan kurang laju, kini ia menggunakan kuasa jet. Kuasa ini membuat ia lebih laju dan lebih gagah untuk membawa muatan yang lebih berat dengan lebih selamat. Kalau awal-awal dahulu pesawat tidak mampu terbang lebih dari sepuluh jam tetapi kini boleh terbang hingga berbelas jam tanpa perlu turun ke bumi mengisi minyak.

Bila berita nahas MH370 tersebar luas, berbagai spekulasi tercetus dari ramai orang yang suka berfikir. Masing-masing cuba memikir apa sebabnya maka pesawat tersebut boleh hilang. Yang terlalu bias kepada sunnatullah mensyaki tentu ada sesuatu faktor misteri yang menyebabkan nahas boleh berlaku. Golongan ini tidak percaya bahawa nahas boleh berlaku tanpa apa-apa sebab musabah.

Namun tak kurang pula yang mendakwa bahawa nahas tersebut adalah semata-mata kerana qadho’ dan qadhar Allah. Oleh itu, bagi mereka ini, tak perlulah nak bersusah payah mencari faktor-faktor lain untuk disabitkan dengan berlakunya nahas tersebut.

Acik bukanlah seorang falsafah atau pun seorang saintis kontemporari. Oleh itu persepsi atau kefahaman Acik mungkin tersasar dari hakikat. Jika demikianlah kiranya,  maka Acik mohon ampun dari Allah S.N.W. Namun bagi Acik kedua-dua faktor tersebut, iaitu sunnatullah dan qadho’ dan qadhar adalah sama penting bagi mengakibatkan nahas MH370 tersebut berlaku.

Kedua-dua faktor tersebut adalah saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Ia ibarat sebuah kereta dengan minyak yang digunanya. Bagi melakukan aktiviti pengangkutan mendaki bukit, maka kedua-duanya perlu ada. Jika ada kereta saja tapi tak ada minyak maka tak akan berlakulah aktiviti pengangkutan. Begitulah sebaliknya.

Khususnya berhubung nahas MH370 tersebut Acik tidak nafi bahawa faktor qadho’ dan qadhar adalah penting. Jika tidak ditakdirkan nahas tersebut berlaku, maka sudah tentulah ianya telah tidak berlaku. Namun, nahas tersebut berlaku tentu dengan sebab musabahnya.

Antaranya mungkin berpunca dari kerosakan yang berlaku pada injin pesawat tersebut. Mungkin juga kesilapan kritikal yang dilakukan oleh pilotnya. Mungkin juga disebabkan sabotaj oleh mana-mana penumpang dengan meletupkan bom yang berjaya diseludupi masuk ke dalam pesawat.

Mungkin juga ia tertembak oleh peluru meriam sesat samada dari bumi maupun dari angkasa. Malah berbagai-bagai lagi kemungkinan lain yang boleh saja difikir dan dispekulasikan. Cuma, mungkin tak mampu nak disenaraikan satu persatu di dalam PenCERAHan ini.

Bagi umat manusia, faktor qadho’ dan qadhar tidak didedahkan Allah kepada kita. Ia dirahsiakan Allah walaupun terhadap umat Islam sendiri. Oleh itu tiada siapa pun yang tahu tentangnya. Kita tidak tahu samada qadho’ dan qadhar atas diri kita untuk hari ini bagaimana, positif ataupun negatif. Esok pula bagaimana. Minggu depan pula bagaimana. Bulan depan dan tahun depan juga bagaimana.

Apa yang dapat kita fahami hanyalah faktor sunnatullah. Sunnatullahlah yang mengajar kita supaya berusaha melakukan itu dan ini jika ingin mendapatkan sesuatu. Misalnya jika kita nak pandai kita mesti belajar. Jika kita nak senang di kemudian hari, maka kita mesti sanggup bersusah payah dahulu. Jika kita hendak kapal kita sampai ke sesuatu destinasi dengan cepat dan selamat maka nakhoda (kepten) kapal kita perlulah pandai melayari kapal yang kita naiki itu dengan baik. Termasuk tahu mengenalpalti laluan mana yang paling cepat dan selamat.

Negara kita Malaysia adalah umpama sebuah kapal yang sedang dipandu oleh seorang nakhoda (kepten) untuk membawa kita ke satu destinasi bahagia yang semua kita impi-impikan. Oleh itu, kebijaksanaan dan kemahiran kepten yang kita lantik itu adalah tersangat penting. Beliaulah yang akan menjamin bahawa kita akan sampai ke destinasi yang dihasratkan itu dengan selamat dalam masa yang dijanjikan.

Jika akibat kebodohan diri kita sendiri maka kita melantik orang bodoh sebagai kepten, bukan saja destinasi yang dituju tidak sampai, malah bertambah jauh lagi kita daripada destinasi yang disasarkan.

Orang yang berfikiran biasa mungkin tidak nampak tentang hubungkait  antara satu faktor dengan faktor yang lain. Sebaliknya yang akan nampak hanyalah mereka yang berfikiran kritikal.

Misalnya, bagi seorang ketua keluarga yang kritikal, ia akan nampak hubungkait antara faktor berilmu dan kesempurnaan hidup. Oleh itu dia pun bersusah payah membekalkan ahli-ahli keluarganya (terutamanya anak-anaknya) dengan sebanyak mungkin ilmu. Setiap anak dibekali dengan ilmu yang relevan dengan cita-cita masing-masing.

Itu di peringkat keluarga dan rumah tangga. Di perengkat negeri dan negara pula, mereka yang berfikiran kritikal saja yang nampak hubungkait antara faktor kepemimpinan negara dengan kemajuan yang dapat direalisasi oleh rakyat jelata. Jika kepemimpinan negara itu baik, jujur, cekap dan berkesan, maka bertuahlah rakyat jelata.

Sebaliknya jika kepimpinan negara terdiri dari orang biasa-biasa saja maka tak ada apalah pencapaian  negara yang akan dapat dibanggakan. Lebih-lebih lagi jika individu-individu yang diberi mandat memerintah negara terdiri dari mereka yang memiliki sifat-sifat mazmumah (keji). Contohnya, tidak jujur, bodoh, tidak amanah,  memakan rasuah dan seumpamanya.

Biarlah Acik ulangi semula kenyataan Acik di atas. Pada persepsi peribadi Acik, nahas MH730 itu adalah manifestasi kegagalan pihak yang diamanahkan memerintah negara iaitu BN. Akibat terlalu banyak kegagalan yang berlaku di pelbagai aspek, maka salah satu akibatnya adalah nahas tersebut. Acik ada hujah sendiri hingga menyebabkan persepsi Acik menjadi begitu rupa.

Antaranya ialah, kegagalan memastikan aspek imigresen diurustadbir dengan cekap lagi berkesan. Jika ianya diuruskan dengan baik, agak mustahil ada penumpang berjaya menipu dan meboloskan diri menaiki pesawat berkenaan dengan menggunakan passport orang lain. Kegagalan mengesan penipu tersebut sangat besar implikasinya dari aspek keselamatan.

Pemilik asal passport (yang dilaporkan hilang itu) tentulah orang baik dari sudut undang-undang. Sedangkan orang yang menggunakan passport tersebut tentulah seorang yang kontrovesi atau tidak baik dari sudut undang-undang. Beliau mungkin terrorist tegar.

Adalah agak mustahil bagi seorang terrorist untuk layak memiliki passport sendiri. Jadi tidak mustahil kedua-kedua mereka yang menaiki pesawat MH370 (dengan menggunakan passport orang lain itu) adalah terrorist.

Akibat kelemahan dari aspek keselamatan juga, membuat mereka juga berjaya bolos menaiki pesawat itu bersama-sama dengan bahan letupan. Bila pesawat dah berada di udara, macam-macamlah kemungkinan boleh berlaku. Kita hanya mampu membuat spekulasi saja. Hanya Allah jua yang mengetahui segala-galanya.

Acik percaya rakyat masih belum lupa tentang kes Altantuya dulu. Bagaimana beliau dapat bolos masuk ke dalam Malaysia sedangkan tiada dalam rekod imigresen bahawa beliau ada memasuki negara ini. Itu satu kelemahan yang sudahpun dikenalpasti sejak beberapa tahun dahulu.

Jika kelemahan seumpama itu masih wujud hingga berlakunya nahas MH370, bukankah ini satu manifestasi kegagalan BN memerintah negara. Akibat kegagalan BN maka jabatan-jabatan kerajaan turut gagal melaksanakan tugas masing-masing dengan cekap dan berkesan.

Kegagalan Jabatan Imigresen adalah lambang kegagalan menteri yang diamanah menjaga jabatan berkenaan. Jika kita melihat gaya hidup kakitangan imigresen (bukan semua) ramai dari kita mungkin tidak percaya bahawa mereka seorang penjawat awam. Kita mungkin anggap mereka pengurus kanan syarikat-syarikat besar. Itu sebab mereka mampu memakai kereta mewah, tinggal di rumah-rumah yang mahal dan berbelanja macam orang baru kena loteri.

Ya, teringat pula Acik. Apa dah jadi dengan bekas Ketua Pengarah Imigresen yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah dahulu ?

Akibat kegagalan Jabatan Imigresen maka kita lihat pendatang-pendatang asing bersepah di seluruh negara. Mungkin ramai yang masuk dengan cara legal. Tetapi bagaimana pula dengan yang lain ?

Baru-baru ini kita dengar berita dari Cameron Highlands tentang angkara pendatang asing dari Burma. Orang Asli yang menjadi warga negara Malaysia sejak lahir lagi pun berani mereka belasah sehingga hampir mati. Polis yang menerima laporan bukan nak membela tetapi hanya menyuruh supaya kes itu di”settle” sacara bodoh.

Apa, tak kecewakah kita anak Malaysia tulen jika sama-sama anak bumi kita yang lain dilayan oleh pendatang asing sebegitu rupa. Apakah bapa-bapa Menteri kita tidak rasa itu satu kegagalan BN dalam mentadbir negara ?  Apakah kita rakyat Malaysia tidak menganggap mereka gagal menjamin keselamatan untuk kita di bumi sendiri.

Bagi Acik, memanglah nahas MH370 merupakan satu trajedi besar yang menyayatkan hati semua rakyat yang berperikemanusiaan. Namun jika angka kematian akibat nahas tersebut dibandingkan dengan angka kematian di jalan raya setiap tahun, mungkin angka tersebut tidak dianggap besar lagi.

Akan tetapi, apakah usaha konkrit yang BN (sebagai pemerintah) telah laksanakan demi mengurangkan kadar kematian rakyat jelata akibat kemalangan jalan raya.

Kadang-kadang punca kemalangan maut di jalanraya hanya sebuah lubang di tengah-tengah laluan motosikal. Lubang-lubang dibiarkan begitu tanpa ditampal sehingga sekian lama. Selepas berlaku beberapa kemalangan maut maka baru datang kontrektor membaiki jalan tersebut.

Semasa melaksanakan projek pembinaan jalan atau lebuh raya di hadapan UiTM Seri Iskandar (Perak) dahulu, Acik lihat aspek keselamtan diabaikan. Akibatnya berlaku kemalangan demi kemalangan sehinggalah projek tersebut siap sepenuhnya. Yang sedihnya ialah mangsa-mangsa maut kebanyakannya ialah penunggang motorsikal.

Oleh sebab mereka merupakan rakyat yang rata-rata susah dan tidak ada suara maka hanya takdir saja yang menentukan nasib mereka. Adakah kita anggap mereka ini tidak semalang mangsa nahas MH370 kerana mereka tidak membayar apa-apa untuk menunggang di atas laluan motorsikal ?  Sedangkan mangsa nahas pesawat MH370 itu telah membayar tambang yang mahal.

Kemalangan maut yang melibatkan penunggang motorsikal bukan saja berlaku di kawasan-kawasan kampung, malah di Bandar-bandar besar sepeti di Lembah Kelang. Setiap tahun entah berapa orang penuntut universiti di Malaysia yang maut kerana kemalangan jalan raya. Ini mungkin dapat dikurangkan jika sistem pengangkutan awam wujud dan beroperasi dengan cekap. Penuntut-penuntut tak perlu menunggang motosikal lagi ke kampus.

Tanpa satu sistem pengangkutan awam yang cekap lagi boleh dipercayai, maka ramailah penuntut-penuntut universiti yang rasa perlu menaiki motorsikal ke kampus. Seorang anak Acik pun pernah terperangkap dalam situasi yang sama. Namun, baru kali kedua menunggang motorsikal ke kampus UiTM Shah Alam, beliau dah bertemu dengan kemalangan.

Mujur motor saja agak teruk tapi beliau selamat. Sejak dari tu beliau jadi serik, tak nak menunggang motorsikal lagi ke kampus. Begitu juga dengan abangnya (Ahmad). Beliau juga serik menunggang motorsikal selepas dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta milik seorang YB.

Itu baru cerita tentang isu-isu keselamatan yang relevan dengan kenderaan. Belum lagi sentuh dengan isu-isu jenayah. Jika nak diteruskan dengan isu jenayah pula, nanti tak larat pula anda membacanya. Jadi Acik sarankan, baca saja Harian Metro jika nak dapat maklumat tentang jenayah setiap hari.

Dengan mengambilkira segala kelemahan yang dapat kita lihat dan baca dalam semua aspek kehidupan harian kita, maka Acik tidak teragak-agak nak menyatakan bahawa BN terbukti tidak layak untuk terus memerintah. Oleh itu biarlah nahas MH370 diumpamakan seperti “retak menanti belah” atau kata Mad Saleh, “the last straw that breaks the camel’s back” untuk kita rakyat Malaysia menukar kerajaan.

Ayuh biar kita mulakan perubahan ketara melalui PRK Kajang ini.

Wallahualam.

d  a  u  l  a  t     r  a  k  y  a   t   !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

Flight MH370 – The Monggolian Theory  https://4uni2c.com/2014/03/13/flight-mh370-mystery-teori-monggolia/

DSAI Pejuang Rakyat Sebenar   https://4uni2c.com/2014/02/11/prk-kajang-003-dsai-pejuang-rakyat-sebenar/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

Ahmad’s SAGA #001 Kes Ahmad Pemangkin Perubahan Johor

•2014-02-17 • Leave a Comment

OPajar's avatar4uni2c

*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN kemudian SKROL

( Pengguna smartphone ( SP ) sila guna SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

.

Kes Ahmad Pemangkin Perubahan Johor

.

Sebagai seorang OP (Orang Pencen) Acik bertanya kepada diri sendiri, apakah perkara  yang berlaku kepada Ahmad (anak kelima Acik) ini suatu ujian Allah ataupun satu kifarat atau balasan. Ya, boleh jadi juga satu ujian, boleh jadi juga satu kifarat. Mungkin juga kedua-duanya sekali.

Selingan

Konspirasi penganiayaan terhadap pewaris-pewaris Sultan Johor

 Sila KLIK  –>  http://www.peguamkamalmenulis.blogspot.jp/2012/10/dari-baik-jadi-musuh-part-2.html

Sebagai seorang ayah, Aciklah orang yang berautoriti ke atas keluarga Acik (Ayah/Abang+cik). Autoriti ini Allah yang beri, bukan orang lain yang beri. Jadi Acik tidak ada pilihan. Suka pun Acik kena terima, tak suka pun Acik tetap kena terima juga. Lainlah jika autoriti ini diberi kepada Acik oleh orang lain.

Sebagai pihak yang berautoriti dalam…

View original post 407 more words

CEREKANA # 14212 Kisah Si Cantik dan Si Cerdik

•2014-02-12 • Leave a Comment

.

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

kisah si cantik dan si cerdik

Semasa Acik (Ayah/Abang+cik) menuntut di Universiti Malaya dalam awal 70an dulu budaya “couple” bukanlah perkara yang asing. Walaubagaimana pun, ia bukanlah amalan popular di kalangan pelajar-pelajar di Universiti tersebut. Namun begitu, telah ada usaha di kalangan pelajar-pelajar yang agak sensitif dengan nilai-nilai agama dan ketimuran bagi membendung amalan ber”couple” tersebut agar tidak melarat menjadi wabak. Acik sendiri juga terlibat secara tidak langsung dalam usaha tersebut. Kami telah menubuhkan AMIKKUM (Angkatan Mahasiswa Islam Kolej Keempat Universiti Malaya).

Melalui badan agama tersebut dapatlah kami mengadakan aktiviti-aktiviti agama dengan hasrat menanamkan nilai agama yang suci kepada pelajar-pelajar yang menghuni di Kolej Keempat. Antara tokoh agama yang pernah kami jemput memberi ceramah di Kolej Keempat itu ialah Datuk Dr Sidek Fadzil dan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Nor (yang meninggal dunia sebagai Presiden PAS). Mereka berdua itu merupakan orang kuat ABIM ketika itu. Selain mereka ramailah lagi activis keagamaan yang turut kami jemput untuk memberi nasihat melalui sessi ceramah dari semasa ke semasa.

Nak kata berkesan ataupun tidak strategi Acik dan kawan-kawan lain berdakwah, wallahualam. Samada kami berjaya memberi apa-apa impaks ke arah menyekat budaya “couple” dari terus menular, hanya Allah jua yang tahu.

Sebenarnya, tak ramai pun pelajar yang tiada rasa malu untuk ber”couple”. Mungkin ketika itu majoriti pelajar masih menganut budaya lama yang memandang serong terhadap perbuatan tersebut. Bagi yang Islam memanglah kita tahu, kerana Islam memang tidak mengizinkan perbuatan tersebut. Tetapi rupa-rupanya pelajar-pelajar yang bukan Islam pun, ramai yang tidak suka dengan puak-puak “couple” tu. Cuma tak ada apa yang boleh dibuat. Maklumlah, masing-masing mendakwa ada hak kebebasan untuk melakukan apa-apa juga yang dia suka selagi tidak melanggar undang-undang. Sedangkan ber”couple” bukanlah termasuk dalam senarai yang dilarang undang-undang dari melakukannya.

Suatu hari sebelum menyampaikan kuliah subjek ekonominya kepada kira-kira 600 orang pelajar fakulti ekonomi, pensyarah berkenaan memulakan dahulu dengan suatu cerita. Cerita tersebut amat relevan dengan amalan ber”couple”. Agaknya beliau pun dah meluat dengan perbuatan tersebut. Cuma tak ditunjukkan saja rasa meluatnya itu, kecuali melalui cerita. Ceritanya kira-kira begini:

Kononnya ada seorang professor bernama Daud (bukan nama sebenar) yang sangat cerdik di sebuah universiti. Kerana terlalu kagum terhadap kecerdikan luar biasa professor tersebut, maka seorang pelajarnya bernama Mazni (bukan nama sebenar) telah terjatuh hati kepada professor tersebut. Walaupun si Daud tersebut tersangat cerdik, tetapi beliau juga merupakan seorang yang tersangat huduh rupa parasnya. Sebaliknya si Mazni yang gilakan si Daud ini merupa seorang pelajar yang sangat rupawan. Malangnya beliau juga merupakan pelajar yang paling bengap di kalangan pelajar-pelajar yang berguru dengan si Daud tersebut.

Kata ungkapan zaman P.Ramli dulu, “jika hati sudah suka, semua indah saja ……. “. Maka ber”couple” lah mereka ini. Sekejap dalam bilik. Kononnya “private tuition”. Kadang-kadang bawah jambatan. Kadang-kadang kat kafetaria. Malah kadang-kadang ke panggung wayang untuk menonton filem dokumentari yang sangat relevan dengan subjek ekonomi semasa, kononnya.

Suatu hari ketika ber”couple” di bawah sebatang pohon pulai di dalam sebuah taman yang tak berapa jauh dari Sri Kulai, maka tercetuskan isu perkahwinan. Nampaknya masing-masing pun dah bersatu hati dan dah komited untuk mendirikan rumah tangga dalam cuti semesta akan datang. Sungguh bahgia rasanya di hati. Hari bersanding tak sabar dinanti. Lepas berkahwin akan beranak, hidup keluarga bertambak lunak.

Maka kata Si Cantik (Mazni) kepada Si Cerdik (Daud), “bila kita dapat anak nanti I nak bagi nama dia Mazda. Setuju tak you ?  I percaya anak kita itu pasti akan mewarisi sifat ibu bapanya. Rupanya akan ikuti rupa paras I, manakala otaknya pula mewarisi otak geliga you. Kita akan mendapat “a perfect child” (anak yang sempurna). Hai bertuahnya kita”

Kata-kata tersebut rupa-rupanya lansung tidak memberansangkan Si Cerdik. Sebaliknya beliau nampaknya menjadi risau. Ini telah menimbulkan tanda tanya dalam fikiran Si Cantik lalu beliau pun bertanya kepada Si Cerdik kenapa beliau nampak begitu (runsing).

Maka jawab Si Cerdik dengan agak perlahan, “baguslah jika apa yang you kata itu terjadi. Cuma yang I runsing ialah takut-takut yang bakal diwarisi anak kita nanti adalah sebaliknya. Rupa parasnya seperti rupa paras I, dan otak dia macam otak you”.

Mendengar jawapan professor tersebut maka terdiamlah si Mazni.  Rasa termalu pun ada, rasa “insulted” pun ada. Tapi apa boleh buat. Kena juga terima hakikat bahwa, “there are always two sides of a coin” kata Mad Saleh.

Nilai moral cerita di atas (Moral of the Story)

1. Amalan ber”couple” bukanlah sesuatu yang manis dipandang oleh semua masyarakat di Malaysia yang masih menghargai nilai agama dan budaya keterunan masing-masing

2. Dalam semua perkara kita tak harus melihat dari sudut positif saja. Aspek negatifnya juga harus diambil kira. Malah mungkin ia lebih penting diberi perhatian

3. Dalam memilih bakal isteri, Nabi s.a.w. menyuruh kita memberi keutamaan kepada aspek agama. Kecantikan bukan tak penting, namun jika Si Cantik tak pandai mengawasi dirinya sediri, mungkin akan membawa padah kepada si suami. Takut-takut “harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com