Yang ditakuti bukan realiti

•2019-10-06 • Leave a Comment

2019 Okt 06 (Ahad)

🇲🇾 Pagi semalam (yesteday), Acik bersama isteri dan Along (abang long) keluar “meronda-ronda” di dalam bandar Damandamai (Damansara Damai = PJU10, PJ). Ketika “rondaan” tersebut pandangan Acik tertarik kepada kawasan parkir di sebuah taman kediaman di bandar tesebut. Banyak lot-lot pakir yang kosong, seolah-olah ramai daripada penduduk taman tersebut tidak memiliki kereta. Namun hakikatnya ialah semua lot-lot parkir tersebut telah ada tuannya. Sebagai buktinya, di setiap lot pakir itu telah tertera nombor plat kereta yang telah “dijodohkan” dengan lot parkir berkenaan.

Senario seperti itu telah menjadi fenomina di hujung-hujung minggu dan di hari-hari cuti umum. Ketika itu ramai daripada penduduk taman itu telah keluar meninggalkan taman tersebut. Ada yang pulang ke kampung, ada yang pergi makan angin di luar kawasan dan sebagainya.

Selama mereka tiada di taman itu maka banyaklah lot-lot pakir yang terbiar kosong tanpa dimunafaatkan. Ini adalah akibat daripada dasar yang digunapakai terhadap sistem pakir berkenaan. Yakni, setiap lot pakir tidak dibenarkan dicerobohi oleh apa-apa jua kenderaan, kecuali yang dikhususkan untuk lot pakir berkenaan itu saja.

Sistem pakir di atas Acik namakan dia APS atau ” Assigned Parking System”. Ia agak berbeza daripada FPS atau “Free Parking System”. Yang Acik maksudkan dengan FPS ialah sistem pakir yang tidak mengkhususkan mana-mana lot pakir kepada mana-mana kenderaan. Ia bolehlah disamakan dengan “free seating system” di atas pengangkutan-pengangkutan awam seperti MRT dan bas-bas tempatan.

Dahulu Acik pernah tinggal di taman kediaman yang menggunapakai FPS itu. Jika dibandingkan dengan APS, Acik rasa FPS ada beberapa kelebihannya.

Pertama, FPS membuat hampir semua lot pakir dapat dimunafaatkan sepenuhnya pada setiap masa. Dengannya maka pihak JMB (Join Management Board) taman berkenaan dapatlah menambah sedikit pendapatan iaitu dengan menjual perekat (sticker) pakir untuk kereta kedua, kepada penduduk taman berkenaan. Contohnya, satu perekat pakir kereta kedua dijual dengan harga RM200 bagi tempoh kegunaan setahun. Jika 300 keping perekat tersebut dapat dijual setiap tahun, maka pendapatan tambahan yang dapat dihasilkan oleh JMB ialah RM60,000.

Kedua-dua pihak akan mendapat munafaat dari FPS itu. Pihak JMB mendapat pendapatan tambahan. Penduduk-penduduk taman bekenaan pula dapat lot pakir untuk kereta keduanya dengan kos yang sangat murah. Malah jika perekat pakir kereta kedua itu dijual dengan harga RM365 pun ia masih dikira murah kerana baru RM1 sehari kos pakir untuk kereta keduanya itu.

FPS sebenarnya menolong menyediakan lot-lot pakir tambahan kepada sebilangan penduduk taman berkenaan yang memiliki kereta kedua. Tentunya akan ada orang bertanya kepada Acik, bagaimana boleh berlaku begitu ?

Sebenarnya jarang, malah hampir tidak pernah berlaku bahawa dalam sesatu masa semua kereta penduduk taman berkenaan berada di lot pakir. Sebagai contoh, taman SA mempunyai 1100 lot pakir sedangkan perekat pakir yang dikeluarkan adalah 1400. Dalam sesatu masa tidak pernah terjadinya realiti dimana bilangan kereta yang berada dalam taman tersebut adalah 1100 ataupun lebih. Oleh sebab realitinya begitu, maka JMB berani menjual perekat pakir kedua sehingga 400 keping walaupun lot pakir yang ada hanyalah 1100.

Realiti adalah satu faktor yang sangat penting bagi membuat sesuatu rancangan ataupun dasar. Dalam isu pakir di atas, realitinya ialah tidak pernah berlaku dimana dalam sesatu masa kesemua kereta yang ada perekat pakir berada di dalam taman itu. Oleh kerana itu, maka tidak perlulah timbul kebimbangan bahawa taman tersebut akan menghadapi masalah kekurangan lot pakir walaupun bilangan kereta yang berperekat pakir melebihi bilangan lot pakir yang disediakan di dalam taman berkenaan.

Supaya lebih difahami tentang realiti yang dimaksudkan itu, mari kita lihat sebuah taman kediaman yang dilengkapi sebuah kolam renang. Sejak Acik mula tinggal di taman tersebut hinggalah Acik berpindah dari taman tersebut, tidak pernah terjadi pun peristiwa dimana kolam renang tersebut dibanjiri oleh majoriti penduduk yang turun untuk berenang di kolam renang berkenaan dalam masa yang sama. Padahal taman tersebut mempunyai lebih dari 1000 unit apartment. Sedangkan kolam renang tersebut hanya mampu menampung puluhan pengguna saja dalam satu-satu masa.

Oleh sebab realitinya begitu maka pemaju yang membangunkan taman tersebut telah berjaya menyediakan kemudahan kolam renang untuk taman kediaman tersebut tanpa menimbul apa-apa masalah kepada penduduk taman tersebut yang bersabit dengan kolam renang.

Memahami faktor realiti adalah tersangat penting bagi kita semua. Tanpa memahaminya kita akan rugi. Samada rugi kerana tidak memunafaatkan potensi kebaikan yang melintas di hadapan mata kita, mahu pun melepaskan kebaikan yang sedang berada di dalam genggaman kita.

Menjelang PRU14 dahulu, majoriti rakyat gagal memahami realiti. Akibatnya mereka telah memberi mandat kepada PH. Sekarang ramai yang baru sedar dan menyesal. Mulalah mereka inginkan supaya mandat dikembalikan kepada BN untuk memerintah negara dalam PRU15 nanti.

Antara beberapa realiti maha penting yang gagal difahami oleh majoriti rakyat ketika itu ialah bahawa sesungguhnya negara tak akan bankrap kerana hutang. Dan hutang negara ketika diperintah oleh BN dahulu adalah terkawal. Turut menjadi realiti penting ialah bahawa sesungguh GST bukannya penyebab kepada kenaikan harga barang. Malah ia adalah jauh lebih baik daripada SST.

Akibat gagal memahami dan menghayati realiti-realiti tersebut, maka majoriti rakyat telah termakan hasutan PH supaya mejatuhkan BN dalam PRU14 yang lepas.

Malangnya apa yang dijanjikan oleh PH dalam manifesto pilihanrayanya dahulu bukannya berdasarkan realiti. Sebaliknya berdasarkan persepsi yang salah terhadap realiti. Persepsi yang salah bukan saja terhadap kredibiliti kerajaan BN ketika itu, malah terhadap segala projek-projek pembangunan yang telah dirancang dan sedang diimplimentasi oleh kerajaan BN ketika itu. Contohnya ialah projek ECRL dan HSR.

Memahami realiti beradasarkan persepsi yang salah adalah ibarat kanak-kanak tadika yang percaya bahawa bulan itu adalah jauh lebih besar dari bintang kejora. Sebagai orang yang telah dewasa lagi berpelajaran, wajarkah kita meletakkan status diri kita sama setaraf dengan status kanak-kanak tadika ?

.

Wallahua’lam 🌷

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

PRU14: Antara janji dan realiti

PRU14 : Antara janji & realiti

Jawatan PM hak siapa

•2019-09-30 • Leave a Comment

2019 Sept 30 (Isn)

🇲🇾 Jawatan PM hak siapa ❓

Setelah membaca surat terbuka Datuk Dr. MAZA kepada Tun M, Acik rasa elok sangat jika ianya disemadikan dalam blog Acik. Pengikut blog Acik pasti ingin tahu apa mesej yang tersurat dan tersirat SS Mufti Perlis itu kepada Tun M. Bagi Acik, surat penulis adalah manifestasi bahawa bakal PM yang diwar-warkan sebagai PM ke-8 oleh PH sejak sebelum PRU14 lagi itu, adalah calon PM yang kontroversi. Namun itu pada persepsi Acik semata. Mungkin betul mungkin sebaliknya.

Walaubagaimana pun, isu yang ingin Acik tonjolkan di dalam PenCERAHan ini bukanlah untuk menyokong mana-mana calon untuk menjadi PM. Cuma apa yang Acik ingin bincang ialah hak siapakah Jawatan terpenting negara itu. Persoalan ini penting kerana jika sesuatu itu tidak diberi kepada yang berhak, tunggulah masanya nanti kerosakan akan berlaku. Ia ibarat “memberi sekuntum bunga kepada kera” atau bagai “tikus membaiki labu“.

Jika ditanya kepada Acik jawatan PM itu hak siapa, maka inilah jawapan Acik :
Jawatan PM adalah hak rakyat Malaysia yang paling layak. Siapakah individu yang dikira paling layak itu ? Maka ianya memerlukan satu analisis yang komprehensif.

Oleh sebab sistem politik Malaysia ini adalah sistem demokrasi, maka populariti merupakan kreteria yang sangat penting. Ini bermakna, PM semasa sendiri pun tidak boleh mewarithkan jawatan semasa beliau itu kepada mana-mana individu sekiranya majoriti rakyat tidak merestuinya. Sungguhpun beliau adalah PM yang dilantik oleh majoriti rakyat, namun hak menentukan pengganti beliau masih kekal hak rakyat.

Ia tidak termasuk dalam pakej perlantikan PM semasa dinobatkan sebagai PM ke-7 dahulu. Maksud Acik ialah PM tidak diberi mandat untuk menentukan sesiapa juga yang beliau suka mengikut selera peribadinya. Kalaulah beliau diberi kuasa berbuat demikian nescaya akan berlakulah nepotisma ataupun kronisma dalam proses perlantikan pengganti beliau. Malah tak mustahil jika anak beliau sendiri akan dilantiknya sebagai PM bagi mengganti dirinya.

Dakwaan terhadap DSAI (mungkin fitnah) ⬇️⬇️⬇️

https://thecoverage.my/news/wikileaks-releases-anwar-secret-bank-accounts-wealth-derived-various-sources-millions-offshore-bank-accounts/

.

Selamat menelaah

warkah terbuka dari

SS Datuk Dr. MAZA kepada Tun M

⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘

YAB TUN, PANDANGLAH REDHA ALLAH DALAM MENCARI PENGGANTI

YAB Perdana Menteri, saya menulis warkah terbuka ini dengan saya penuh sedar tentang semangat YAB Tun mempertahankan identiti tanahair ini. Pengalaman saya mengenali Tun sejak dulu, menerusi perbualan dan perbincangan sendirian, menjadikan saya percaya ‘semangat Melayu’ Tun melebihi saya. Walaupun mungkin dalam beberapa isu agama, kita berbeda pandangan, namun saya dapat merasai semangat Islam itu berada dalam urat nadi Tun. Pengetahuan saya tentang hal inilah yang menyebabkan saya menyokong Tun dalam beberapa isu.

YAB Tun, langkah menjatuhkan kerajaan yang lepas atas isu rasuah dan salahguna kedudukan yang berleluasa disebabkan lamanya berada di tampok kuasa mengembirakan ramai rakyat jelata. Malangnya, dalam membentuk kerajaan baharu, pasukan yang bersama Tun dilihat tidak seindah yang diimpikan bagi memenuhi harapan rakyat. Banyak masalah yang tidak sewajarnya muncul satu demi satu. Ia bukan sahaja faktor kurang pengalaman, tapi faktor kekurangan akal budi, keceluparan, sikap perkauman sehingga melupai identiti negara, ketandusan idea tentang urus tadbir yang baik, dan tidak boleh dinafikan juga keinginan pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa selepas ketiadaan Tun.

YAB Tun, justeru saya ingin mengemukakan beberapa perkara untuk diberikan perhatian;

1. Walaupun kita memuji usaha menghapuskan rasuah dan perasuah, namun seperti yang kami rakyat bawahan rasai, keadaan negara semakin membimbangkan. Kebiadapan dan kemelampauan golongan yang ingin menghapuskan identiti negara yang termaktub dalam perlembagaan makin ketara. Sementara kita ketandusan pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi yang dapat diletakkan kepercayaan majoriti rakyat kepadanya. Jika hal ini terus berlaku, negara akan hilang arah kepimpinannya, lantas keadaan yang tidak aman dan tenteram akan berlaku.

2. Saya menulis warkah terbuka ini apabila teringat sebelum YAB Tun menjadi PM semula, ketika saya di rumah YAB Tun minum petang bersama Tun dan Tun Siti. Ketika itu saya ada bertanya tentang kerjasama politik Tun dan siapakah bakal menjadi PM Malaysia jika rancangan politik Tun diteruskan. Seingat saya, jawapan ketika itu tidaklah sama dengan apa yang diwar-warkan sekarang. Namun, itu bukanlah satu isu.

3. Apapun strategi politik yang YAB Tun susun dan apapun tekanan keadaan YAB Tun sekarang, saya sebagai seorang rakyat Malaysia berharap masa depan negara tidak tergadai disebabkan keadaan yang ada. Saya percaya negara bukan satu hadiah peribadi yang boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja tanpa satu penelitian dan renungan terhadap masa depan identiti, keluhuran budi dan nilai keinsanan yang waras.

4. YAB Tun, seperti yang Tun lebih maklum bahawa hukum alam menyatakan bahawa manusia apabila sampai kepada tahap tertentu, mereka tidak mampu lagi melakukan hal-hal yang mereka telah lakukan semasa mereka muda dan sihat. Umur mempunyai peranannya. Allah telah menjadikan YAB Tun dalam satu keadaan yang luar biasa dan istimewa untuk manusia di zaman ini. Kesihatan dan tahap pemikiran yang masih kuat pada usia yang begitu lanjut. Pun begitu, ia pasti menuju kepada tahap pengakhirannya. Demikian itulah ketetapan Tuhan bagi penciptaan manusia dan alam.

5. YAB Tun dalam sejarah, Rajak bin Haiwah merupakan penasihat yang soleh untuk khalifah-khalifah Bani Umayyah. Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab: “Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang baik memerintah kaum muslimin”.

Akhirnya, Sulaiman sendiri membuat cadangan yang menyalahi kebiasaan pentadbiran sebelum itu. Dia mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga buka anaknya, tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara- saudaramu tidak bersetuju dengannya”. Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintahan Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat wasiatnya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

6. YAB Tun, walaupun ada perkara-perkara yang dipertikaikan tentang Khalifah Sulaiman bin ‘Abd al-Malik, namun beliau dikenang jasanya dalam sejarah kerena tindakan berani yang mengenepikan kebiasaan dan melantik calon yang agak jauh menjadi khalifah yang telah membawa rahmat kepada Dunia Islam. ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah menjadi khlaifah yang sangat adil dan soleh. Dalam tempoh dua tahun memerintah, dia telah mencatatkan sejarah pemerintahnya dengan tinta emas bertatah berlian. Sulaiman bin ‘Abd Malik walaupun tidak setanding ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, namun sejarah akan mengenangnya kerena dialah yang memberi laluan tersebut kepada khalifah yang adil itu. Ini semua kerana dia menerima nasihat Rajak bin Haywah bahawa melantik pengganti yang soleh merupakan amalan yang dapat memelihara seorang khalifah apabila dia menemui Allah nanti.

Saya berharap banyak jasa Tun pada negara ini tidak dilupai disebabkan melantik pengganti yang salah. Sebaliknya, jasa yang banyak itu bertambah dikenang dengan perlantikan pengganti yang baik di sisi Allah dan rakyat.

7. YAB Tun, dalam sejarah awal Umat Islam, Khalifah Pertama Saidina Abu Bakr al-Siddiq telah mencadangkan agar Saidina ‘Umar bin al-Khattab sebagai pengganti beliau. Di sini saya terjemahkan surat Abu Bakar mengenai cadangan tersebut:

“Bismillah al-Rahman al-Rahim. Inilah apa yang dipesan oleh Abu Bakr bin Abu Quhafah di waktu akhir hayatnya di dunia ini, sedang keluar daripadanya. Ketika permulaan tempohnya di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku –dalam keadaan begini- melantik pemerintah kamu selepasku ini ‘Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun pada (ajaran) Allah, rasulNya, agamaNya, diriku dan kamu. Sekiranya ‘Umar berlaku ‘adil, maka itulah sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu dibalas berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. “Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka” Wa al-Salam ‘alaikum wa rahmatulLah”. (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr).

8. Dalam surat di atas, jelas bahawa pencalonan yang dibuat oleh Abu Bakr, bukan atas kepentingan dirinya. Dia mencalonkan seorang calon yang terbaik pada keyakinannya dengan penuh rasa takutkan Allah dan hukuman Allah apabila dia mati kelak. Padahal ‘Umar itu insan terbaik selepas dirinya. Pun begitu Abu Bakr masih bimbang dan memberikan amaran yang keras kepada bakal penggantinya tersebut.

Sebagai seorang rakyat muslim, saya mengharapkan YAB Tun mencalonkan pengganti yang benar-benar membolehkan YAB Tun menjawab di hadapan ALLAH tentang orang yang akan mengambil kuasa politik tertinggi dalam negara ini. Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa.

9. YAB Tun, berdoalah, beristikharahlah agar Tun membuat pilihan yang betul dalam hal ini. Semua akan menutup tirai hayatnya di dunia ini. Amalan kita akan dibawa bertemu Allah. Semoga baki waktu berharga dalam umur Tun ditutupi dengan amalan yang paling soleh iaitu mewariskan kuasa pada pengganti yang baik untuk agama, negara dan rakyat. Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk.

10. YAB Tun, maka nekadlah dalam menentukan masa depan negara. Janganlah dipandang wajah sesiapa, pandanglah keredhaan ALLAH dan murkaNYA pada hari kita bertemu denganNYA, kemudian tentukan calon, atau biarlah rakyat membuat pilihan untuk diri mereka sendiri.

Rakyat Marhaen

Dr MAZA,

Kangar, Perlis

.

Wallahua’lam 🌷

.

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan:

.
Jangan suburkan nepotisma

Politik # 15428 Jangan Suburkan NEPOTISMA

.

PenCERAHan terbaru ⬇️

http://www.4uni2c.com

.

.

Terima WA pun kena caj ?

•2019-09-30 • Leave a Comment

2019 Sept 29 (Ahad)

Acik dah guna WA (WhatsApp) sejak tahun 2014 lagi. Tapi baru-baru ni saja Acik tau bahawa bukan yang mengirim WA saja kena caj, tapi rupa-rupanya yang menerima WA pun kena caj juga. Sebelum ni Acik “presume” bahawa pengirim WA saja yang kena caj. Macam panggilan telefonlah katakan. Acik telefon awak, takkan Awak pun nak kena caj macam Acik juga. Itulah logik yang Acik pakai untuk membuat “presumption” tersebut.

Sejak beberapa bulan yang lalu Acik melanggan kuota dataline Celcom. Untuk RM30 dapatlah 5GB. Ia boleh digunakan sampai 30 hari atau sampai kuota dataline itu habis, ikut yangmana berlaku dahulu. Selalunya tak habis digunakan 5GB tu hingga tempoh 30hari itu tamat. Sebelum itu Acik menggunakan kuota dataline dari telcos lain seperti Maxis, OneXOX, U Mobile dan Digi.

Tapi sejak Ogos 31 yang baru lepas, 5GB boleh tahan sampai 20 hari saja. Acik beli quota (Add on) 100MB dengan harga RM3. Rupa-rupanya cuma tahan satu hari saja.

Kemudiannya Acik beli dataline 500MB yang tempoh luputnya satu minggu dengan harga RM6. Itu pun tahan satu hari juga. Kemudian Acik beli lagi kuota dataline RM30 yang tempoh luputnya 30 hari. Itu pun habis dalam tempoh dua tiga hari saja.

Menjelang kehabisan kuota dataline tu Acik terima notis bahawa kuota dataline Acik masih berbaki 1500MB lagi. Tapi selepas beberapa jam kemudian satu lagi notis masuk ke peti SMS Acik menyatakan bahawa baki kuota dataline Acik dah tinggal 0MB. Aduh !!!…. Boleh percayakah bahawa Acik tak teraniaya.

Tanpa putus asa, Acik beli lagi kuota dataline tapi kali ni bukan dari Celcom lagi. Acik beli kuota dataline Digi pula. RM30 dapat 7GB. Tempoh luputnya 30 hari. Malangnya internetnya agak lembah dan ada sumber-sumber data yang langsung tak boleh di-access

Juga menyedihkan ialah pada malam hari yang sama Acik menerima notis dari Digi bahawa kuota dataline Digi Acik dah digunakan 75%. Pada hal Acik baru guna sikit sangat internet sebab sepanjang siang hari itu Acik sebok mengosongkan rumah isteri Acik untuk disewakan kepada penyewa baru. 75% dari 7GB adalah terlalu banyak penggunaannya bagi tempoh yang tak sampai 18 jam pun.

Apa agaknya yang menyebabkan ia jadi macam tu. Maka Acik pun meminta nasihat RFB ( Rakan Face Book) Acik. Dari komen-komen mereka dalam wall FB Acik, maka barulah Acik sedar bahawa syarikat telekomunisi (telcos) memaksimumkan untung dengan mengenakan caj keatas semua pengguna WA. Ia bukan keatas penghantar mesej saja, malah keatas penerima mesej pun dikenakan juga caj.

Akibat dari pengalaman tersebut, kini dah mulalah Acik merasa SERIK dan TAK mampu utk membeĺi kuota data line lagi. Tapi kalau tak ada internet kat handphone takut nanti terasa sunyi dan ketinggalan pula. Jadi biarlah ada tapi dikurangkan penggunaannya.

Antara strategi yang Acik rasa wajar ialah meninggalkan Kumpulan WA yang kurang relevan dengan keperluan hidup Acik. Kemudian menolak semua kiriman WA dari semua penghantar kecuali individu-individu tertentu sahaja (seperti ahli keluarga, Siblings, sahabat rapat dan warith-warith terdekat).

🇲🇾 Salam sejahtera kpd semua ahli WA berkumpulan ini. ❗

Dgn segala hormatnya Acik memohon izin utk meninggalkan dahulu WA berkumpulan ini. Sebabnya adalah seperti dinyatakan di dalam PenCERAHan di bawah.

Maka sukalah Acik memohon ribuan maaf kepada semua ahli WA berkumpulan ini atas segala kiriman Acik kepada WA ini di sepanjang tempoh menyertainya

Semoga Allah mengampuni Acik atas segala kesalahan yg berkaitan dengan kiriman-kiriman tersebut.

PenCERAHan ⬇️

Terima WA pun kena caj ?

Sekian, tqvm.
Wallahua’lam 🌷

Lain-lain PenCERAHan yg relevan:

.

.

PenCERAHan terbaru ⬇️⬇️⬇️

http://www.4uni2c.com

.

.

Ahmad’s SAGA: Kini bergelar Doktor

•2019-09-24 • Leave a Comment

2019 Sept 24 (Rabu)

Hari ini merupakan hari yang amat bersejarah buat Ahmad, anak Acik & Makcik N yang ke 5 itu. Setelah bertungkus lumus berjuang di lapangan akademik, maka hari ini tercapailah ijazah kedoktoran yang beliau usahakan sejak beberapa tahun yang lalu. Acik memang kagum dengan semangat Ahmad yang gigih berusaha mengejar cita-cita mulianya. Bukan calang-calang orang yang mampu mencapai apa yang Ahmad telah capai itu.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat Dr. Ahmad dan keluarga beliau. Terutamanya isterinya Fadilah yang telah banyak membantu suaminya itu kearah kejayaan yang telah dicapai itu. Ucapan terima kasih yang tak terhingga Acik majukan kepada Yang Berbahagia Prof Dr Mastura yang telah sudi menjadi supervisor Ahmad bagi pengajian PhDnya itu.

Terhadap Allah S.W.T. khususnya Acik mengucapkan syukur Alhamdulillah sebanyak-banyaknya. Dengan izinNya jualah, maka Ahmad telah berjaya mencapai cita-citanya. Tanpa izin Allah mustahil berlaku apa yang diharapkan walau sebesar mana sekali pun usaha yang dilakukan. Segala yang baik itu adalah dari Allah. Sebaliknya yang tidak baik adalah dari kelemahan diri kita senndiri.

Setakat hari ini, 8 dari 10 orang sibling Ahmad (termasuk Ahmad) telah mendapat Ijazah. 4 dari mereka (termasuk Ahmad) juga telah mencapai ijazah kedua (master degree). Namun, hanya Ahmad saja yang telah sampai ke peringkat Ijazah kedoktoran.

Kalau semua majlis konvokesyen sibling Ahmad dahulu Acik telah hadiri mungkin kini Acik dah serik untuk menghadiri majlis konvokesyen Ahmad itu. Mujur Acik baru menghadiri dua majlis konvokesyen saja iaitu bagi anak ke-8 dan ke-9, di peringkat ijazah pertama masing-masing. Ini bukan kerana Acik pilih kasih tapi sebab mereka berdua itu saja yang berminat untuk menyertai majlis konvokesyen masing-masing.

Begitu juga dengan majlis konvokesyen Ahmad ini. Ahmad sendiri yang berminat untuk menyertainya. Maka Acik dan Makcik N pun merasa “oblighed” untuk turut hadir. Rasa tak patut sangat pula kalau tak hadir.

Pertama kerana ijazah yang akan diterima Ahmad adalah ijazah kedoktoran (PhD). Kedua kerana majlis konvokesyen Ahmad di peringkat diploma, ijazah pertama dan kedua dahulu, semuanya Acik tak hadiri. Jadi takut akan terasa bersalah pula jika majlis konvokesyen ini pun Acik dan Makcik N (as parents) tak haziri juga.

Mungkin ada orang yang menganggap bahawa Acik adalah seorang ayah yang tak pandai meraikan kejayaan anak-anaknya sepertimana ibubapa-ibubapa yang lain. Seolah-olah Acik ni tidak menghargai usaha gigih anak-anak bagi menempah kecemerlangan mereka sebagai pelajar. Dan sekali gus juga memberi implikasi bahawa Acik tidak tahu bersyukur kepada Allah yang telah menganugerahi Acik dan isteri anak-anak yang pandai. Dengan lain perkataan seolah-olah Acik ini “kufur nikmat”. Nauzubillah !

Tapi realiti yang sebenarnya bukanlah macam tu. Kalau dilihat cara Acik sekeluarga hidup, orang dah boleh faham akan tahap status ekonomi Acik sekeluarga. Tiap-tiap kali ada anak yang nak konvo, Acik tak ada simpanan yang cukup bagi menghadari majlis konvo berkenaan dengan selesa. Kalau setakat merasa bangga semasa berada di dalam majlis konvo itu saja, tapi kemudiannya dok pening kelapa memikirkan hutang yang perlu dibayar, rasa tak berbaloi pula untuk menghadiri konvo tersebut.

Mujurlah juga semua anak-anak Acik faham tentang tahap status ekonomi keluarga mereka. Situasi yang serupa itulah yang Acik sendiri alami ketika baru tammat ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dahulu. Memahami keadaan ekonomi ibubapa Acik ketika itu, tak tergamak Acik nak nenyuarakan hasrat untuk menyertai majlis konvo tersebut. Bagi Acik, dah berjaya menjadi graduan pun sudah cukup besar rahmatnya. Majlis konvo hanyalah kosmetik saja. Rupa-rupa prinsip yang sama telah diwarithi oleh anak-anak Acik (walaupun tak semua).
.

Wallahua’lam 🌹

PenCERAHan yg relevan ⬇️

.

Tahniah untuk Ahmad ⬇️

Ahmad’s SAGA #029 Tahniah Untuk Ahmad


.

Ahmad’s SAGA: Index ⬇️

Ahmad’s SAGA # Index

.

Untuk yang tersayang ⬇️

Untuk yang tersayang


.

PenCERAHan terbaru ⬇️

http://www.4uni2c.com

Ibarat “janji Tabung Haji”

•2019-09-21 • Leave a Comment

Runtuhan rumah penduduk Paya Jaras

2019 Sept 21 (Sabtu)

🇲🇾 Beberapa tahun dahulu Acik telah memperkenalkan ungkapan “janji dicapati”. Ungkapan tersebut telah agak popular digunakan sekarang. Kini Acik nak memperkenalkan pula satu ungkapan baru iaitu “janji Tabung Haji”.

Apa yang Acik maksudkan dengan “janji dicapati” ialah janji yang dimungkiri. Janji itu sebenarnya adalah merupakan janji yang masuk akal atau munasabah dan memang boleh dilaksanakan. Contohnya, jika sekiranya PH ada berjanji bahawa kalau ia menang PRU14 maka hutang PTPTN akan dihapuskan, namun setelah menang janji tersebut tak ditunaikan. Maka janji itulah yang dikatakan janji dicapati. Kenapa janji itu tak ditunaikan itu adalah persoalan yang lain.

Janji dicapati ⬇️⬇️⬇️

Politik: Janji dicapati

.

Bagi ungkapan “janji Tabung Haji” pula ia adalah janji yang tak masuk akal dan tidak ada apa-apa faedah kepada pihak yang dijanji. Jika sekiranya PH berjanji bahawa jika ia menang PRU14 maka ia akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang sejuk macam di England, maka janji tersebut tentulah tak ada apa-apa faedah kepada rakyat kerana mustahil mampu ditunaikan.

Janji TH adalah satu analogi yang Acik kiaskan kepada suatu janji khusus TH kepada pencarumnya. Janji khusus yang Acik maksudkan itu ialah giliran pergi haji kepada pencarum yang mendaftar diri sebagai calon haji. Contohnya, jika anda mendaftar sebagai bakal calon haji sekarang, anda akan diberi giliran haji pada tahun 2118 atau selepas. Adakah janji itu munasabah ?

Jawapannya tentulah tak munasabah. Jika umur anda sekarang 50 tahun, bolehkan anda hidup sehingga tahun 2118 ? Malah jika anda mendaftarkan cucu anda yang baru lahir pun belum tentu lagi beliau akan hidup sehingga tahun tersebut.

Walaupun janji itu tak munasabah, tapi itulah janji yang diberi kepada anda. Maka janji itulah yang Acik ungkapkan sebagai “janji Tabung Haji”

Menjelang PRU14 dahulu pengundi telah disogokkan dengan bermacam-macam janji manis oleh calon-calon yang bertanding. Janji-janji yang disogok itu tak semuanya janji ditepati. Janji dicapati pun banyak juga. Malah janji Tabung Haji pun turut disaji kepada pengundi.

Bagi Acik, yang menyebabkan sebilangan penduduk kampung Paya Jaras kehilangan rumah kediaman mereka baru-baru ini ialah janji Tabung Haji dari YB mereka.

Baru beberapa hari yang lepas tindakan melupuskan sebilangan rumah-rumah kediaman telah dimulakan di kampung Paya Jaras, Selangor. Bermacam-macam versi cerita yang Acik terbaca tentang tindakan tersebut. Kalau dari versi kerajaan negeri Selangor, sudah tentulah justifikasinya memihak kepada tindakan perlupusan tersebut.

Namun, cerita dari pihak mangsa perlupusan tersebut pula adalah sebaliknya. Mereka mendakwa bahawa mereka telah ditipu oleh YB mereka yang mewakili kerajaan. Kini baru mereka sedari bahawa kerana tertipu maka mereka telah turut sama memberi mandat kepada PH untuk memerintah, melalui PRU14 pada 2018 Mei 09 dahulu.

.

⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘⚘

.

.🔴ISU PAYA JARAS: MENEPIS KENYATAAN FITNAH CYBERTROOPER PAKATAN HARAPAN

ISU SEBENAR KENAPA PENDUDUK TIDAK BERPINDAH SEJAK 2015

YB Khairuddin (ADUN Paya Jaras) pernah berjanji pada semua penduduk:

“Saya sendiri akan duduk di bawah jentolak bersama2 penduduk sekiranya rumah dirobohkan.”

🔴KRONOLOGI:

YB Khairuddin dalam kenyataan semalam berkata penduduk diminta kosongkan rumah sejak 2015. Tapi tak nak pindah. Ok ,ini kronologi yang sebenarnya..

Tahun 2016:
Notis pertama utk pengosongan baru diterima penduduk.

July 2016:
YB Khairuddin sendiri buat Surat Bantahan ke atas notis perobohan 153 buah rumah. Masa tu dia berjanji akan duduk bawah jentolak bagai.

5 Ogos 2019:
Keluar semula notis utk kosongkan rumah dalam masa 30 hari

7 Ogos 2019:
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak penduduk jumpa YB ADUN di pejabat SUK dan memberi surat rayuan untuk lanjutkan tempoh.

30 hari tak cukup untuk cari rumah sewa dan pindah barang, anak2 masih sekolah, isu kesihatan, transport, lokasi rumah sewa dan sebagainya.

9 Ogos 2019:
Pengerusi Penduduk wassap dan call untuk update. Tapi ADUN tak jawab dan angkat call. Sehinggalah….

29 Ogos 2019:
Pengerusi penduduk berjumpa Ahli Parlimen Sg. Buloh iaitu YB Sivarasa.

🔹Selepas itu YB Sivarasa buat 3 kenyataan di media iaitu:

1- Perobohan akan berlaku pada 16 september 2019, tetapi hanya melibatkan 3 buah rumah di Plot D sahaja.

2- Tidak akan ada perobohan lain sehingga November 2019.

3- Sekiranya penduduk tidak bersedia lagi, kami akan tangguh perobohan sehingga 31 Disember 2019.

Sepatutnya YB Sivarasa akan aturkan meeting bersama Pengerusi penduduk, Menteri Besar, YB ADUN dan Pejabat tanah pada 10 September.

Itu sebab penduduk tak buat apa2 kerana mereka masih menunggu jawapan dari pihak Kerajaan Negeri.

Malangnya pertemuan pada 10 September itu tidak berlaku sehinggalah 18 September 2019 jam 7 pagi semua rumah2 di Plot A hingga D dirobohkan.

🔴BETUL KE ITU KAWASAN SETINGGAN DAN PENEMPATAN HARAM?

Kawasan itu terbahagi kepada Plot A, B, C dan D.

Plot A – status geran individu
Plot B,C,D – status tanah Kerajaan

Walaupun begitu, semua penduduk di Plot A,B,C, dan D diarahkan membayar cukai pintu dan cukai taksiran kepada pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam sejak berpuluh tahun.

🔴ADAKAH PENDUDUK MINTA PAMPASAN?

Penduduk di Plot A sahaja yg mendapat pampasan dan dijanjikan rumah Selangorku.

Penduduk di Plot B,C dan D tidak minta apa2 pampasan dan rumah. Mereka bersetuju jika dirobohkan. Tapi hanya minta diberi tempoh utk kosongkan rumah saja.

“YB ADUN KATA KERAJAAN TAK LEPAS TANGAN, SEMUA DIBERIKAN RUMAH.”

betul ke?

🔴APA STATUS RUMAH SELANGORKU?

Tak wujud. Katanya akan dibina di Aman Putri Sg. Buloh. Tapi tanah di situ masih rata dan berbatu kerikir. Penduduk Plot A yang dijanjikan rumah pun belum dapat surat apa2 mahupun S&P lagi.

🔴BETUL KE RUMAH SELANGORKU DIBERI PERCUMA?

Tidak. Penduduk perlu membeli dengan harga RM42,000 dan juga perlu melalui proses loan seperti orang lain.

🔴BETUL KE DAKWAAN ADUN YANG PEROBOHAN RUMAH MENGIKUT S.O.P?

Tidak. Rakyat tidak disediakan penempatan sementara. Sebaliknya mereka diarahkan kosongkan rumah pada jam 7 pagi tanpa budi bicara. Tiada notis perobohan mereka terima samada dari pihak Majlis. Dan juga tiada notis pemotongan bekalan dari TNB ataupun SYABAS.

🔴APA YANG TERJADI PADA PAGI TERSEBUT?

Jam 6 pagi 18 september 2019, anak2 bangun ke sekolah, orang dewasa terutama suami keluar bekerja. Tinggal kaum ibu dan anak2 kecil yg masih tidur.

Jam 7 pagi ketika ramai yang masih tidur, datang beberapa buah jentolak termasuk 300 anggota polis dan Majlis dan juga FRU. Penduduk semua diarahkan kosongkan rumah.

Bayangkan keadaan masa tu, semua jadi panik kerana ada yang tidak tahu buat apa2 kerana suami dan anak2 lelaki dah pergi kerja.

Ada yang hanya mampu selamat sedikit barang sahaja kerana terpaksa uruskan anak2 kecil yang baru bangun dan kelaparan. Ada yang sakit, OKU dan sebagainya.

Ada juga semasa tengah sebok keluarkan barang, anak kena sawan dan sebagainya. Bayangkan macam mana mereka nak selamatkan kesemua barang di dalam rumah mereka?

Penduduk hanya dibiarkan duduk di depan rumah melihat rumah mereka sendiri dirobohkan jentolak di depan mata mereka sendiri.

Jam 9 pagi, anak2 baru balik dari sekolah kerana cikgu suruh pulang akibat Jerebu. Sepatutnya anak2 sekolah balik berlindung di rumah.

Tapi bila sampai, rumah mereka sudah tidak ada lagi. Bayangkan jika itu anak2 kita? Apa yang kita nak cakap pada mereka?

Aku tak dapat teruskan untuk menulis lagi.
Cukuplah setakat apa yang korang dengar dan tengok.
Fikirlah sendiri patut ke mereka semua dilayan sebegitu rupa?

Kepada pihak2 cybertrooper Kerajaan PH, sudah2 lah menghina, dan menfitnah mereka yang tengah dalam kesusahan

Ini bukan isu politik. Ini isu hak2 kemanusiaan.

-Tun Carlos

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=387453721921164&id=170782270254978

Wallahua’lam 🌷

.

PenCERAHan terbaru

http://www.4uni2c.com

.

Muafakat Melayu Kuat

•2019-09-19 • 1 Comment

2019 09 19 (Kha)

Artikel berikut adalah tulisan Yg Berbahgia Tun Hamid. Acik abadikan tulisan ini dalam blog Acik ini supaya mudah dibaca oleh pengunjung-pengunjung blog Acik bila-bila mereka mahu. Semoga mendapat munafat sebelum terlambat.

Selamat membaca !

KHAS KPD MELAYU ISLAM – WAJAR SGT BACA !!!

Muafakat Nasional UMNO-PAS, ini ulasan Tun Hamid

KEMUNCAK perpaduan orang Melayu adalah dalam tahun 1946. Pada masa itu orang Melayu bersatu padu menentang Malayan Union. Selepas itu orang Melayu bersatu menentang ancaman pengganas Komunis; orang Melayu juga bersatu mempejuangkan kemerdekaan dan orang Melayu bersatu semasa menghadapi peristiwa 13 Mei.

Pada masa yang sama, dalam politik kepartian, orang Melayu mula berpecah, berpecah dan berpecah.

Sebaik sahaja perjuangan menentang Malayan Union berjaya dan UMNO ditubuh, UMNO berpecah apabila Dato’ Onn Jaafar meletak jawatan dan menubuh Independent Malaya Party dan kemudiannya Parti Negara. Nasib baik kedua-dua parti tidak kekal lama.

Dalam tahun 1951, setelah kalah kepada Tunku Abdul Rahman Putra dalam pemilihan Presiden UMNO, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan pula menubuhkan Pas yang memberi kesan perpecahan kapada orang Melayu yang terbesar dalam sejarah, hingga sekarang.

Dalam tahun 1963, UMNO berpecah lagi apabila Abdul Aziz Ishak menubuh National Convention Party yang mati tidak berkubur.

Dalam tahun 1988, UMNO berpecah lagi apabila Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46. Walau bagaimana pun, ia dibubarkan lapan tahun kemudian, setelah ia, anehnya, berjaya menyerahkan pemerintahan negeri Kelantan kepada PAS yang kekal hingga sekarang.

Dalam tahun 1999, UMNO berpecah lagi apabila Dato Seri Anwar Ibrahim disingkir dan menubuhkan PKR.

Dalam tahun 2016, tiba pula giliran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baru, Bersatu. Bersatu bekerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah dan berjaya menjatuhkan pemerintahan BN yang di terajui UMNO itu.

Mengenai PAS pula, dalam tahun 1977 Pas berpecah dengan penubuhan Berjasa oleh Dato’ Mohd. Nasir dan Hamim oleh Dato’ Mohd. Asri dalam tahun 1983. Baik bagi PAS, manakala Berjasa bertahan satu penggal, Hamim langsung tidak mendapat sambutan. Anehnya, Dato’ Asri mati sebagai seorang ahli UMNO.

Dalam tahun 2015, PAS berpecah lagi apabila kumpulan Mat Sabu menubuh Amanah.

Ini belum mengambil kira parti-parti kecil seperti KITA dan Ikatan dan parti baru, PUTRA.

Sementara itu, UMNO yang telah reput dari dalam kerana pemimpin-pemimpinnya menghadapi persepsi rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang teruk, masih terlalu angkuh dengan kekuatannya. (Saya menggunakan perkataan “persepsi” sebab mahkamah belum mesabitkan pertuduhan terhadap mereka). PAS juga angkuh dengan kekuatannya. Kedua-duanya terus menentang satu sama lain dalam PRU 14 menyebabkan PH menang dengan bantuan undi bukan Melayu di hampir 30 kawasan Parlimen.

Maka, pada malam 9 Mei, 2018, UMNO terduduk dengan kekalahan pertama dalam tempoh enam dekad. Mulanya PAS teruja dengan kejayaannnya. Tetapi, tidak lama kemudian ia baru sedar mengenai kerugian sebenar. Maka barulah kedua-duanya mula berfikir untuk mencari jalan menjalinkan kerjasama. Alhamdulillah, selepas tiga pilihan raya kecil, kesan positifnya telah mula dapat dilihat.

Dalam tempoh tidak sampai setahun PH memerintah, kita lihat hak dan kepentingan orang Melayu dihakis; agama Islam dan Rasul Allah ﷺ dihina; angkatan tentera diperlekehkan; tuntutan-tuntutan orang bukan Melayu, semakin melampau; Raja-Raja, bendera negara dan lagu kebangsaan dihina; pelaksanaan undang-undang berat sebelah; keadaan ekonomi semakin teruk; ketenteraman negara semakin terancam; hubungan antara kaum semakin tegang; pegawai-pegawai awam dan institusi-institusi Islam dalam kegelisahan; kelakuan dan kata-kata yang biadab bertambah; bantahan demi bantahan dibuat mengenai apa sahaja yang berkaitan atau yang mereka kaitkan dengan orang Melayu dan agama Islam; dan satu demi satu bantuan yang memanfaatkan orang Melayu ditarik balik.

Mempertahankan hak orang Melayu dikatakan rasis sedangkan mereka yang mahukan hak orang Melayu, tidak rasis. Menyebut perkataan “Melayu” dan “Islam” pun dituduh rasis sedangkan mereka yang mengutuk orang Melayu dan menghina agama Islam tidak rasis. Perbandingan agama ditentang atas alasan menggugat ketenteraman negara sedangkan menghina Islam dan Rasulullah ﷺ adalah kebebasan bersuara. Ha-hal agama Islam yang terpakai kepada orang Islam sahaja pun mereka masuk campur dan mahu kita mengikut kehendak mereka.

Perkara 152 menjamin “tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.”

Kerajaan BN bukan hanya sekadar tidak melarang dan menghalang. Malah, kerajaan membina sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Itu pun mereka tidak puas hati lagi. Orang Cina mahu mewujudkan sistem pelajaran yang berasingan daripada sistem pendidikan kebangsaan.

Tunjukkan kepada saya sebuah negara di dunia ini yang membenarkan rakyatnya berbuat demikian, apatah lagi membina sekolah-sekolah vernakular. Di Singapura pun tidak ada sekolah Cina pada hal Singapura diperintah oleh orang Cina.

Kerajaan PH nampak seolah-olah tidak indah, malah mengalah dan mengalah. Perdana Menteri nampak seolah-olah sudah tidak dapat mengawal menteri-menterinya sendiri. DAP telah berjaya meletakkan orang-orangnya di tempat-tempat yang strategik dalam Kerajaan Persekutuan dan bertindak seolah-olah di luar kawalan Perdana Menteri.

DAP juga telah berjaya menguasai atau mempengaruhi kerajaan-kerajaan negeri, kerajaan-kerjaan tempatan, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat milik kerajaan dengan menempatkan orang-orangnya.

Menteri-menteri Melayu nampak seperti boneka DAP, tidak cerdik, tiada berpendirian dan senantiasa bersedia mempertahankan apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan oleh rakan-rakan bukan Islam mereka, termasuk dalam hal-hal agama Islam.

Maka, demi kepentingan Melayu, Islam dan negara, kerajaan PH perlu ditumbangkan. Menjatuhkan DS Najib adalah satu perkara. Menyerahkan kuasa politik orang Melayu kepada orang bukan Melayu adalah harga yang terlalu mahal untuk dibayar untuk menjatuhkan DS Najib. Lagi pula, DS Najib telah jatuh, mengapa kita harus terus membayar harganya? Yang untung ialah orang bukan Melayu.

Pada masa yang sama, saya tidak nampak bahawa parti-parti Melayu dalam PH akan meninggalkan PH atau berpisah dengan DAP. Maka orang Melayu tidak ada pilihan lain melainkan menjatuhkan PH dalam PRU 15. Untuk itu, pertama sekali orang Melayu perlu bersatu. UMNO dan PAS adalah dua buah parti Melayu yang terbesar. Kedua-duanya perlu bekerjama dalam pilihan raya yang akan datang. Paling kurang, kedua-duanya hendaklah mengelak daripada pertandingan tiga penjuru dengan PH khususnya di Pantai Barat Semenanjung.

Apabila saya mula bercakap mengenai kerjasama UMNO dan PAS dalam tahun 2014, seorang bekas Menteri BN berkata ia terlalu idealistic. Selepas BN kalah dalam PRU 14, beliau melompat masuk Bersatu. Hari ini, sesuatu yang terlalu idealistic itu telah menjadi kenyataan.

Siapa pernah terbayang bahawa UMNO dan PAS boleh bekerjasama seperti yang telah berlaku dalam tiga pilihan raya kecil Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau? Siapa pernah terbayang bahawa UMNO dan PAS boleh bersetuju menandatangani satu piagam kerjasama antara keduanya? Ia telah berlaku pada 14 September 2019. Kehendak Allah siapa tahu?

Yang menariknya, ada orang kampung yang berkata mereka tidak pernah merasa kehidupan mereka lebih bahagia daripada sekarang. Sekarang mereka sepakat, tidak berpuak-puak lagi. Kenduri dan kematian dihadiri bersama oleh orang UMNO dan PAS. Tidak seperti dahulu.

Memanglah setelah terhantuk baru mengadah. Tetapi, tidak ada gunanya menangisi apa yang sudah berlalu. Syukurlah, orang Melayu telah sedar semula dan sanggup mengenepikan perbezaan yang diada-adakan, mencari titik persamaan dan membina kerjasama untuk mendapat balik pemerintahan kerajaan pusat daripada PH.

Saya menghadiri HPU 914 di PWTC pada 14 September 2019. Saya nampak kedua-dua pihak, UMNO dan PAS, memang bersunggu-sungguh dan ikhlas untuk melupakan permusuhan di masa dahulu dan bekerjasama demi agama, bangsa dan negara. Itu satu perubahan yang sangat ketara dan baik bagi bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.

Sekarang, mari kita lihat isi kandungan piagam ini.

“Maka dengan ini UMNO dan Pas menginsafi kewajipan-kewajipan untuk:

MENJUNJUNG DAN MEMPERTAHANKAN keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputra serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara;

MEMPERKUKUHKAN Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama kaum dan budaya demi kepentingan negara;

MEMPERKASAKAN agenda Islam, Melayu dan Bumiputra serta tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

MEMBENTUK KERJASAMA dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kesestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara;

MENGIKHTIARKAN secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan .”

Saya merasa bertuah kerana walaupun dalam keadaaan uzur dan kesakitan, saya dapat juga menghadiri sebahagian besar daripada perhimpunan itu. (Saya terpaksa meninggalkan majlis itu sebelum piagam itu ditandatangani disebabkan kebas di bahagian bawah badan saya yang tidak tertahan kerana duduk di atas kerusi roda lebih daripada tiga jam.)

Biar apa pun, saya dapat melihat bahawa kedua-dua belah pihak memang ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam usaha perpaduan itu. Kita lihat dalam U-tube begaimana hadirin tidak dapat menahan sebak dan air mata. Mereka termasuklah Presiden Pas, DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang tidak dapat memulakan bacaan piagam itu apabila tiba gilirannya untuk berbuat demikian.

Secara peribadi, saya merasakan hari itu adalah suatu hari yang sangat penting dalam hidup saya. Orang yang mendaftarkan saya untuk masuk ke sekolah Inggeris ialah guru darjah saya, yang kebetulan, pada masa itu (1954) adalah Setiausaha Agung PAS yang pertama. Tindakannya itu telah membuka jalan kepada saya untuk belajar undang-undang dan seterusnya menadi Ketua Hakim Negara.

Semasa dalam Tingkatan 4, bersama-sama abang ipar saya, kami menubuh cawangan PAS yang kedua di Pulau Pinang. Semasa di universiti, saya menulis satu rencana mengenai penyatuan semula UMNO dan PAS dan memberitahu guru saya itu. Beliau menyokong usaha saya itu. Malangnya beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu, dan rencana itu terbengkalai.

Dalam tahun 1981, semasa saya menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan di bawan bawah Kerajaan BN, saya menyediakan Rang Undang-Undang (RUU) Acara Jenayah Syariah dan RUU Acara Mal untuk diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan dan digunakan di Mahkamah Syariah di Kelantan. Oleh sebab ketua pembangkang daripada PAS adalah kenalan saya semasa beliau berkhidmat dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, beliau datang ke pejabat saya dan meminta penjelasan daripada saya mengenainya.

Setelah saya menerangkan kepada beliau, beliau memberi jamijan kepada saya bahawa pembangkang (PAS) akan menyokongnya. Kedua-dua undang-undang itu diluluskan dengan sebulat suara. Memandang kebelakang, saya percaya itu adalah muafakat yang pertama, tanpa diketahui oleh UMNO. Ini berlaku 35 tahun sebelum UMNO bersetuju menyokong pindaan kepada Akta 355, yang saya juga terlibat.

Setelah saya bersara dan melihat kedudukan orang Melayu/Islam semakin teruk, pada 22-04-2014, saya menulis satu rencana bertajuk “Perpecahan Melayu Punca Tuntutan Melampau Bukan Melayu”. Rencana itu ditulis di Bilik Cempaka, Wad 28, Hospital Kuala Lumpur. Ia disiarkan oleh Utusan Malaysia dan menjadi viral.

Perlu diingati, pada masa itu PAS berada dalam Pakatan Rakyat.

Semenjak itu, banyaklah ucapan dan rencana saya mengenai perlunya UMNO dan PAS bekerjasama demi untuk mempertahankan kerajaan Persekutuan daripada jatuh kepada pembangkang yang didominasi oleh DAP. Antaranya adalah ucapan Tokoh Maal Hijrah 2015. Kesemuanya boleh didapati dalam laman-laman web saya dan buku saya “Buat Kerja”.

Akibatnya, saya telah dikecam sebagai rasis, bigot dan macam-macam lagi oleh DAP, MCA, Gerakan, NGO-NGO dan individu-individu bukan Melayu dengan kata-kata yang amat biadab yang disiarkan oleh Malaysiakini dan lain-lain. Semua itu saya rakamkan dalam rencana saya bertajuk “Jawapan Saya Kepada Pengkritik-pengkritik Saya” yang boleh didapati dalam laman-laman web saya itu.

Maka, pada 14 September 2019, paling kurang, saya boleh senyum. Dan terima kasih kepada penganjur yang sudi menjemput saya dan menyewa ambulans untuk membawa saya ke PWTC.

Kembali kepada Piagam Muafakat Nasional. Saya tidak perlu mengulasnya. Apa yang dinyatakan adalah jelas.

Kita mesti ingat bahawa piagam ini adalah garis panduan bagi kerjasama antara UMNO dan PAS dan juga parti-parti lain yang sudi menyertainaya kelak. Kerjasama itu hendaklah dilaksanakan dalam lingkungan dan untuk tujuan garis panduan itu. Wujudnya piagam itu tidak bererti kerjasama akan berjaya. Yang menentukan kejayaan atau kegagalannya, ialah apa yang dilakukan oleh parti-parti yang menyertainya.

Saya percaya jika kerjasama itu dilaksanakan dengan baik, ia akan memberi tamparan hebat kepada PH, terutama sekali kepada Bersatu, Amanah dan PKR. Saya percaya akan berlaku tsunami patah balik (reverse tsunami) kepada muafakat perpaduan umah. Saya juga percaya majoriti pengundi-pengundi 18 hingga 21 tahun yang sebilangan besarnya adalah Melayu, tidak akan menyokong PH. Tindakan PH menurunkan umur kelayakan mengundi berdasarkan undian golongan muda dalam PRU 14, mungkin akan memakan diri.

PAS boleh dikatakan menandatangani piagam ini dengan kedudukan yang bersih dan kuat. Penyokong PAS akan mengikut arahan ketuanya. Pengundi-pengundi yang bukan ahli atau penyokong Pas tidak mempunyai sebab untuk tidak puas hati dengan adanya pemimpin-pemimpin tertentu sehingga mereka tidak mahu memberi undi mereka kepada muafakat itu.

Tetapi, kita tidak boleh berkata demikian mengenai UMNO. Banyak orang yang bersetuju menyokong muafakat itu, tetapi keberatan berbuat demikian kerana adanya pemimpin-pemimpin UMNO yang mereka tidak sukai, di dalamnya. Mereka merasakan bahawa dengan adanya pemimpin-pemimpin itu, UMNO tidak berubah. UMNO masih dikuasai oleh pemimpin-pemimpin lama yang dikaitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan sedang menghadapi berbuluh-puluh pertuduhan. Mereka tidak mahu pemimpin-pemimpin itu berkuasa semula.

Ini pemimpin-pemimpin UMNO perlu peka dan berani membuat perubahan.

Hanya dengan menandatangani piagam ini tidak akan menjamin kemenangan dalam PRU 15. Rakyat mahukan pemimpin-pemimpin dan kerajaan yang bersih.

Maka, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin-pemimpin dalam muafakat ini untuk membersihkan diri, membersihkan hati dan membersihkan parti, masing-masing. Hanya dengan itu, barulah kepercayaan rakyat akan dapat diperolehi semula.

https://www.ismaweb.net/2019/09/16/muafakat-nasional-umno-pas-ini-ulasan-tun-hamid/

Wallahua’lam 🌷

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan

.

Himpunan Penyatuan Ummah

Himpunan Penyatuan Ummah


.

ICERD: Menentang agenda Melayu

ICERD: Menentang ajenda M&B

.

PenCERAHan terbaru

http://www.4uni2c.com

Himpunan Penyatuan Ummah

•2019-09-14 • Leave a Comment

2019 Sept 14 (Sab)

Setelah menanti sejak sekian lama, akhirnya mimpi Acik untuk melihat PAS dan UMNO bersatu menjadi realiti hari ini 2019 Sept 14 (Sabtu). Bagi Acik faktor yang menjadi penghalang bagi UMNO dari bersatu dengan PAS ialah bekas presiden ke-4nya iaitu Tun M. Jadi, setelah beliau sudah tiada lagi di dalam UMNO, maka barulah UMNO dan PAS boleh berbaik-baik.

Kata peribahasa Melayu, “kuah tumpah ke nasi”. Semasa arwah Tun Abdul Razak menjadi Presiden UMNO dahulu, PAS telah pun berkawan dengan UMNO di dalam BN. Malangnya perkawanan tersebut bukan semakin erat tetapi sebaliknya bertukar menjadi musuh ketat di era Tun M sebagai Presiden UMNO. Namun semasa anak Tun Abdul Razak pula menjadi Presiden UMNO, maka perkawanan tersebut berputik semula. Presiden UMNO ke-6 (DSNR) itu juga mengambil langkah yang sama dengan arwah ayahandanya iaitu berkawan balik dengan PAS.

Acik percaya bahawa perkawanan UMNO dengan PAS itu tidak mungkin menjadi realiti sekiranya Tun M masih kekal di dalam UMNO walaupun sebagai ahli biasa.

.

Error
This video doesn’t exist

.

Acik adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang menyokong kerjasama UMNO dengan PAS. Ini kerana Acik juga percaya bahawa kerjasama tersebut bukan saja baik bagi Islam dan orang Melayu, bahkan baik untuk seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Lagi pun, sebagai seorang Melayu yangmana Islam adalah agamanya, maka sudah tentulah Acik rasa bertanggungjawab untuk menyokong segala usaha ke arah penyatuan ummah.

.

.

Mulianya bangsa Melayu

Melayu sebenarnya adalah satu bangsa yang sangat mulia dan tinggi tahap toleransinya. Orang Melayu juga sangat apresiatif terhadap sumbangan baik orang lain. Mereka juga mudah memberi kepercayaan kepada orang lain walaupun berlainan bangsa dan agama. Itu sebabnya maka orang Melayu sedia menerima sesiapa juga yang ingin membantu mereka menjayakan agenda orang Melayu. Mereka bersangka baik kepada orang lain kerana menyangka bahawa hati orang lain pun seperti hati mereka juga.

Jika ada sesiapa yang sanggup membantu menjayakan agenda Melayu, beliau akan pasti diterima oleh orang Melayu. Politik Melayu diwarnai oleh berbagai keturunan yang bukan Melayu (tempatan) sejati. Perdana Menteri pertama (PM-1), ibunya seorang Siam. PM ke-2 adalah anak kepada seorang bangsawa Bugis. PM ke-3 adalah dari keturunan Turki. Bapa PM ke-4 pula berasal dari India. Ibu kepada PM ke-5 adalah seorang keturunan China. Berbanding dengan PM-PM sebelumnya, ternyata bahawa PM ke-6lah yang darah Melayunya paling pekat.

UMNO ibarat bahtera milik Melayu

UMNO adalah ibarat sebuah bahtera sakti milik orang Melayu. Tugasnya ialah membawa orang-orang Melayu bersama-sama dengan agendanya sekali ke suatu destinasi yang dituju. Agenda Melayu ialah untuk menjadikan Melayu sebagai satu bangsa yang maju. Kalau tidak lebih maju dari bangsa-bangsa lain, sekurang-kurangnya pun setanding dengan bangsa-bangsa lain.
.
Dengan keghairan untuk menjayakan agenda bangsanya, maka orang Melayu sanggup melantik sesiapa juga asalkan layak, menjadi nakhoda bahtera sakti mereka itu. Walaupun individu berkenaan memiliki darah Melayu kurang dari 50% pun orang Melayu masih redha melantik beliau menjadi keptan (nakhoda) kapal mereka itu. Orang Melayu senantiasa menyimpan sangkaan baik terhadap individu yang mereka lantik menjadi kepten baktera mereka.
.
Malangnya di kalangan individu-individu yang diberi kepercayaan untuk menjayakan agenda Melayu ada juga yang khianat. Selepas tidak lagi menjadi nakhoda bahtera Melayu itu, bahtera tersebut hendak ditenggelamkannya pula. Namun kerana tingginya kemuliaan hati orang-orang Melayu, pengkhianat sedemikian rupa pun masih boleh tidur nyenyak di atas bumi orang Melayu. Bahkan ramai dari orang Melayu yang masih menghargai jasa-jasa beliau ketika menjadi nakhoda kapal mereka dahulu.
.

.

Perhimpunan menentang ICERD ⬇️

ICERD : Acik bukan rasis

https://4uni2c.com/2018/11/03/acik-bukan-racist/

.

ICERD: Menentang agenda M&B

https://4uni2c.com/2018/11/11/icerd-menentang-ajenda-mb/
.

B e r s a m b u n g …… … .

.

.

Lain-lain PenCERAHan yg relevan:

.

Biduk lalu kiambang bertaut

PRU14 : Biduk lalu kiambang bertaut

.

Jom “emulate” Paklah

PRU14: Jom “emulate” Pak Lah

.

PenCERAHan terbaru

http://www.4uni2c.com

.

Nilai sesebuah persahabatan

•2019-09-13 • Leave a Comment

2019 Sept 13 (Jum)

.

Petang semalam, Acik tiba-tiba teringat nak berjumpa dengan seorang kawan lama. Beliau kelas mate Acik dahulu, dari darjah satu hingga darjah enam. Sejak kami meninggalkan SK Bagan Ajam, Butterworth, di akhir tahun 1964, inilah pertama kalinya diizinkan Allah kami bertemu.

.

.

Dari beliau dapatlah Acik tahu tentang rakan-rakan sekelas kami yang lain. Agak ramai juga yang dah pulang ke rahmatullah, samada lelaki maupun perempuan. Sayu juga rasanya mengenangkan mereka yang telah pergi. Namun, itulah hakikat hidup yang mustahil dapat dinafi. Ya, semuanya akan mati jua bila sudah habis rezeki.

B e r s a m b u n g ….. … .

.

.

Untuk yang tersayang

•2019-09-11 • Leave a Comment

Khusus untuk anak-anak Acik (Anas, Abas, Asiah, Dr.Aisyah, Dr.Ahmad, Ali, Asmah, Adam, Dr.Aslam dan Ammar) Semoga berjaya di dunia dan selamat di akhirat .

(Terbitan 2019 Sept 11 – Rabu)

Salam anak-anak ayah sekalian ❗

Ayah bukanlah alim dalam ilmu agama. Ayah tak pernah belajar di mana-mana sekolah pondok maupun SMKA macam hangpa. Tapi sejak pandai membaca lagi ayah gemar membaca tentang agama. Tak kiralah apa topik pun asalkan berbau Islam.

Ayah juga suka mengikuti ceramah-ceramah agama di masjid-masjid atau surau-surau tempat ayah tumpang solat. Dahulu, sekali sekala ada juga mengikuti ceramah-ceramah agama oleh tokoh-tokoh agama yang sohor di kampus universiti atau di mana-mana juga asalkan ada peluang.

Sejak kecil lagi ayah suka meniru perangai bapa ayah (Tokwan hangpa) yang sangat suka membaca. Walaupun beliau bersekolah setakat darjah empat saja, Tokwan hangpa tu mampu mambaca majalah-majalah ilmiah yang popular zamannya. Contohnya majalah Dewan Masyarakat. Jadi, Ayah pun turut sama Tokwan hangpa membaca majalah terbitan DBP (Dewan Bahasa & Pustaka) itu tiap-tiap keluaran. Surat khabar pula hampir tiap-tiap hari.

Selain ayah, abang ayah (arwah Paklong hangpa) juga sangat gemar membaca. Kalau Tokwan hangpa hanya membaca bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu saja, Paklong membaca bahan-bahan yang dalam bahasa Inggeris juga. Sebab, Paklong juga mahir berbahasa Inggeris.

Walaupun Paklong tak ada ijazah macam hangpa semua, tapi beliau pernah dihantar kerajaan untuk mengikuti kursus diploma berkaitan dengan BI (Bahasa Inggeris) di University Sydney, Australia. Tabiat suka membaca Paklong itu mungkin berjangkit kepada Abg Long sebab dia sangat rapat dengan Paklong masa kecilnya dahulu.

Walaupun banyak juga yang ayah tau tentang Islam, tapi ayah tak pandai nak syarah bab-bab agama kat hangpa macam ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah kontemporari. Mungkin kerana tulah kut maka hangpa tak heran kepada apa yang ayah habaq kat hangpa pasai agama. Mungkin juga sebab hanpa semua pernah masuk sekolah agama maka hangpa lebih konfiden (confident) bahawa kefahaman agama hangpa lebih betul dari kefahaman agama ayah.

Menyedari hakikat ini maka ayah rasa tak layak nak ajar kat hangpa apa-apa tentang Islam. Tak tau bagaimana caranya nak asak masuk ke dalam kepala otak dan hati perut hangpa satu hakikat penting. Hakikat penting yang ayah maksudkan ialah tentang isi yang tersirat dalam pantun berikut :

Halia tanam-tanaman
Ke barat jua bakal condongnya;
Dunia tumpang-tumpangan
Akhiratlah jua kekal kampongnya.

Tiba-tiba pagi tadi ayah terima klip video di atas dari seorang kawan sejawat ayah. Kata-kata dalam video tersebut agak menepati dengan apa yang ayah nak habaq kat hangpa semua. Iaitu, akhirat adalah matlamat atau destinasi akhir kita. Sedangkan dunia hanyalah ibarat jambatan atau sebuah bahtera yang kita gunakan untuk sampai ke alam akhirat. Oleh itu tanpa kehidupan dunia yang menepati syariat, maka sesia dan binasalah kehidupan kita di akhirat nanti.

Ayah ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang menghasilkan video di atas. Mudah-mudahan setiap insan yang menonton video itu akan mendapat munafaat darinya. Semoga segala dosa kita terampun selapas mendapat keinsafan terhadap kejahilan dan kelalaian kita selama ini. Aamiin ya Rabbul ‘Alami.

.

Wallahua’lam 💊

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Rindunya ayah ibu https://beappreciative.wordpress.com/2021/04/27/rindunya-ayah-ibu/

Bahaya riyak dan takabbur https://4uni2c.com/2019/04/22/tasauf-bahaya-penyakit-riyak-dan-takabbur/

Agama: anak derhaka https://4uni2c.com/2020/04/28/agama-anak-derhaka/

Agama: Otak ibarat kalkulator https://4uni2c.com/2020/02/13/agama-otak-ibarat-kalkulator/

Anak manusia atau anak lembu? https://4uni2c.com/2014/08/06/4uni2c-14807-anak-manusia-atau-anak-lembu/

Menyantuni Provokasi https://4uni2c.com/2014/12/19/alis-saga-11-menyantuni-provokasi/

.

PenCERAHan terakhir

http://www.4uni2c.com

PN.

Cerpen: kerana sebuah tangki gas.

•2019-09-07 • Leave a Comment

2019 Sept 07 (Sab)

.

Acik sampai ke rumah flat kami di Taman Datuk Ahmad Razali kira-kira pukul 9:30 pagi. Setelah masuk pukul 11 pagi Acik pun menerima SMS dan call dari bekas bakal penyewa (BBP) rumah flat kami tu. Beliau dan isterinya menunggu Acik di Balai Polis Ampang Jaya. Dah tak sabar lagi nak dapatkan balik baki wang deposit yang Acik belum pulangkan kepadanya. Sebenarnya, kalau Acik nak buat hati kering pun boleh. RM200 tu Acik simpan saja buat menampung kerugian kami akibat BBP tu membatalkan janjinya untuk menjadi penyewa rumah flat milik isteri Acik tu. Tapi hati tisu Acik dan Makcik On tak gamaklah pula nak buat begitu. Sebab dah tua kut.

.

.

.

B e r s a m b u n g … .. .

.