Ali’s SAGA # 09 : Berjuang Biarlah IKHLAS.

•2014-12-10 • Leave a Comment

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia yang baru memulakan perkhidmatan beliau dengan membuat suatu tindakan uniq. Tindakan yang Acik (Ayah/Abang+cik) maksudkan itu ialah menarik balik passport Alvin dan Ali. Tindakan seperti ini belum pernah dilakukan oleh mana-mana KP sebelum beliau. Adakah tindakan tersebut mempunyai apa-apa implikasi di sudut undang-undang negara ?   Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Berjuang biarlah ikhlas

Selingan 1

Putrajaya revokes passports of Alvin Tan, Ali Abd Jalil

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/putrajaya-revokes-passports-of-alvin-tan-ali-abd-jalil

Jika ditanya kepada Ali kenapa beliau melakukan kerja-keraja “bodoh” itu, yang telah menyusahkan dirinya sendiri, mungkin jawap beliau, “demi perjuangan”. Setiap perjuangan pastilah memerlukan pengorbanan. Kesanggupan meninggalkan keselesaan hidup di negara sendiri demi mencapai matlamat perjuangan adalah satu bentuk pengorbanan.

Samada pengorbanan yang ditanggung Ali itu berbaloi atau tidak, hanya beliau sendiri saja yang tahu. Konsep “berbaloi” adalah agak subjektif atau relatif. Sesuatu pengorbanan yang dianggap berbaloi oleh seseorang individu, mungkin tidak sama oleh individu lain.

Contohnya, seorang tahi judi mungkin merasa berbaloi membeli tikit ekor RM50 jika hadiah yang dijanjikan (jika menang) ialah RM50 ribu. Sebaliknya bagi seorang Ustaz, ia bukan saja dianggapnya tak berbaloi, malah merugikan kerana berdosa. Meski pun terbukti kemudiannya bahawa tiket ekor tersebut menang hadiah RM50 ribu, namun pendiriannya tetap tidak berganjak, iaitu berdosa kerana judi adalah haram keseluruhannya.

Begitulah juga dengan Ali. Bagi beliau, keselesaan dirinya yang dikorban itu tentulah berbaloi malah lebih dari itu. Padahal, bagi selain dirinya sendiri mungkin tak seorang pun yang merasakan bahawa pengorbanannya itu berbaloi. Malah ramai yang menganggap itu satu kebodohan. Lebih-lebih lagi selepas Ali terpaksa lari meninggalkan negara kelahirannya akibat diugut dan diancam keselamatannya oleh pihak-pihak tertentu.

Berbaloi ataupun tidak sesuatu pengorbanan itu, adalah juga bergantung kepada matlamat yang hendak dicapai. Berbaloi jika pengorbanan tersebut mendekatkan kepada pencapaian kemenangan perjuangan. Setiap individu yang berjuang pasti akan mendakwa bahawa perjuangannya adalah demi keadilan. Maksud adil pula ialah meletakkan sesuatu tepat pada tempatnya yang hak atau sewajarnya.

Seperti konsep “berbaloi”, “adil” juga adalah agak subjektif atau relatif. Majikan A mungkin sudah berasa adil membayar upah kepada pekerjanya dengan kadar RM5 sahaja sejam. Manakala majikan B pula merasa bahawa upah RM10 sejam pun masih belum adil, apakan lagi RM5. Sedangkan kedua-dua majikan tersebut berada dalam industri atau perusahaan yang sama malah di lokasi yang juga sama.

Sesuatu perjuangan akan tercetus apabila ada pihak yang merasakan bahawa keadilan telah tidak ditegakkan ataupun tidak lagi dipentingkan. Akibatnya, maka wujudnya pihak yang teraniaya. Dalam masa yang sama pihak lain bertambah kaya dan selesa. Usaha ke arah membetulkan keadaan tersebut adalah merupakan suatu perjuangan suci.

Begitu juga dengan pihak yang mempertahankan sesuatu status quo. Usaha bagi mengekalkannya adalah juga dianggap perjuangan yang hak. Lebih-lebih lagi bila ianya diyakini sebagai satu keadaan atau situtasi yang terbaik yang telah berjaya diwujudkan. Lebih lama umur status quo tersebut maka akan lebih susah hendak ditamatkan. Ia akan memerlukan pengorbanan yang lebih besar di pihak yang berjuang menentang status quo tersebut.

Sebenarnya, tidak ramai orang yang berminat mengubah sesuatu status quo. Sebaliknya kebanyakannya lebih suka mengambil jalan mudah dan lebih selamat iaitu “conform” dengan status quo berkenaan. Kata Mad Saleh, “if you can not change them, just join them”. Bukanlah kerana status quo itu merupakan pilihan paling baik, tetapi kerana tidak sanggup menanggung risko akibat dari usaha mengubah status quo tersebut.

Contohnya, takut berlaku perkara-perkara negatif yang mungkin mengorbankan banyak harta benda malah nyawa. Pengorbanan inilah yang tidak ramai orang yang sanggup bayar kecuali segelintir. Aktivis sosial seperti Ali Abd Jalil, Adam Adli, Safwan Anang, Alvin Tan, Fahmi Zainol, Khalid Ismath dan rakan-rakannya yang lain, adalah termasuk dalam golongan yang segelintir ini.

Semangat juang yang ditunjukkan mereka itu adalah penting. Tanpa semangat juang, keadaan tidak akan berubah mungkin untuk selama-lamanya. Allah ada berfirman yang maksudnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Bagi mengubah kaum, maka ia bermula dengan mengubah individu-individu dalam kaum tersebut.

Kaum adalah satu koleksi individu-individu yang mempunyai berbagai-bagai sikap dan fikrah. Nilai dan persepsi masing-masing tidak sama antara satu dengan yang lain. Kebolehan dan kemampuan masing-masing juga berbeza. Begitu juga dengan semangat juang masing-masing. Hatta matlamat dan kaedah perjuangan masing-masing juga berbeza.

Sejak Ali menjadi individu yang mendapat perhatian umum dengan begitu sekali, di dalam negara bahkan di seluruh dunia, Acik banyak menerima pujian dari ramai individu. Ada yang Acik kenali malah ramai pula yang belum Acik kenali, kecuali sekadar menjadi rakan Facebook saja. Namun tak kurang juga yang mengutuk Acik suami isteri dengan berbagai istilah negatif.

Mereka yang memuji tentulah yang sealiran fikrah dengan Acik. Yang mencaci tentulah yang sebaliknya. Yang memuji, kagum dengan Acik kerana kononnya telah berjaya menghasilkan anak-anak yang mempunyai semangat juang yang begitu tinggi. Manakala yang mengutuk pula melabelkan Acik sebagai ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak sendiri.

Di usia emas ini tentulah Acik tidak lagi macam di zaman muda dahulu. Jika dahulu, ketika darah masih panas, puji-pujian mungkin memberi “great excitement” dan keseronokan yang melampau di hati. Sebaliknya kutukan pula mungkin mencetuskan kemarahan yang agak ketara lagi membara. Tapi yang anehnya, satu kutukan saja pun sudah cukup bagi menghapuskan segala pujian.

Namun, alhamdulillah di usia emas ini kedua-duanya itu (pujian dan kutukan) telah tiada memberi apa-apa bekas lagi di hati Acik. Jika ada pun, hanyalah sekadar sentuhan gitu-gitu saja. Ia ibarat debu-debu kering yang hinggap di lengan baju. Sekali dikibas, maka hilanglah ia.

Apa pun, Acik tetap menghargai setiap pujian berkenaan dengan terima kasih yang tak terhingga. Mudah-mudahan mereka yang memuji Acik dengan ikhlas itu diberkati Allah dengan seribu hidayah. Bagi yang mengutuk pula, Acik maafkan saja mereka itu supaya tidak menyusahkan mereka di hari akhirat nanti. Mereka Acik umpamakan si buta yang masih belum lagi mengenali gajah secara syumul (lengkap).

Cuma satu saja yang Acik nak menasihati mereka, iaitu supaya tidak bersikap seperti “barua jepang” yang menghukum semua orang walaupun yang bersalah hanya seorang sahaja. (PenCERAHan :. https://4uni2c.com/2012/12/16/cerekana-11z12-strategi-barua-jepang/ ). Dinasihati juga agar mereka juga membaca cerita tentang Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Noh a.s. Mudah-mudahan, anak taklah dihukum kerana kesalahan bapa, ataupun sebaliknya.

Acik tertarik dengan satu kisah yang pernah Acik dengar semasa keluar besama-sama Jemaah Tablig dahulu. Di akhirat nanti akan ada tiga individu yang dibawa oleh Malaikat ke hadapan Allah sebelum dimasukkan mereka ke dalam syurga Allah. Yang pertama ialah individu yang mati dalam peperangan menentang orang kafir. Yang kedua ialah seorang yang mati sebagai ulama sohor dan yang ketiga ialah seorang yang mati sebagai seorang dermawan agung.

Allah bertanya kepada individu yang pertama tentang amalannya di dunia yang melayakkan beliau masuk ke syurgaNya. Maka beliau pun menjawab bahawa beliau telah turut berperang di jalan Allah semata-mata kerana mempertahankan agama Allah, hingga mati sahid. Allah lalu menyangkal jawapannya itu. Berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui itu, beliau berjuang bukannya kerana Allah. Sebaliknya kerana ingin masyhor sebagai jihadis yang gagah berani. Dan hasratnya itu telahpun diperolehinya iaitu namanya telah masyhor sebagai seorang pahlawan Islam yang gagah berani.

Soalan yang sama juga ditanya kepada individu kedua. Maka beliau pun menjawab bahawa beliau telah banyak menyebarkan ilmu agama semata-mata kerana Allah ketika di dunia dahulu. Lalu Allah menyangkal dakwaan beliau itu. Beliau sebenarnya menjadi ulama bukan kerana ingin menyebarkan ilmu agama Allah, tetapi supaya beliau masyhor sebagai seorang ulama besar yang disanjungi lagi dihormati. Hasratnya itu telahpun tertunai menjelang akhir hayatnya.

Begitu juga terhadap individu ketiga. Beliau juga mendakwa bahawa beliau telah menjadi dermawan semata-mata untuk mendapat pahala dari Allah. Allah menemplak beliau kerana yang sebenarnya mendorong beliau menderma ialah agar dipuji sebagai seorang dermawan agung. Puji-pujian tersebut telahpun dinikmatinya semasa di dunia lagi.

Allah lalu memerintahkan Malaikat berkenaan supaya mencampakkan ketiga-tiga individu tersebut ke dalam neraka. Ini menunjukkan kepada kita bahawa hanya amalan yang ikhlas sahaja yang ada nilainya di sisi Allah. Selain dari itu semuanya akan membawa kepada kebinasaan (neraka). Sedangkan yang mengetahui samada seseorang itu ikhlas atau sebaliknya hanyalah Allah. Hatta Malaikat sendiri pun tidak tahu status sebenar hati seseorang hamba Allah.

Acik percaya bahawa anak-anak Acik semuanya faham tentang konsep ikhlas tersebut. Dari 10 orang anak Acik, tidak seorang pun yang terkecuali dari pernah menuntut di sekolah agama. Sedangkan diri Acik sendiri pun tidak pernah menjejak kaki di mana-mana sekolah agama, sejak kecil hingga sekarang.

Acik rasa memadailah jika Acik sebutkan nama anak Acik iaitu Asiah dan Ali saja di sini sebagai contoh. Asiah pernah menunutut di Sekolah Menengah Agama Naim Lil Banat bersama-sama seorang adiknya yang kini bergelar doktor. Ali pula pernah menuntut di Sekolah Maahad Muhammadi, Kota Bharu Kelantan bersama-sama saudara kembarnya (Ahmad – kini penuntut di peringkat PhD).

Menghantar anak-anak ke Sekolah agama itu adalah satu dari pelbagai usaha Acik untuk mendidik semua anak-anak Acik supaya menjadi Muslim yang baik. Jika masih ada siapa-siapa yang menuduh Acik gagal mendidik anak-anak dengan baik, itu terpulanglah kepada penilaian masing-masing. Begitu juga, jika ada mana-mana individu yang menuduh anak Acik “murtad” dan sebagainya, terpulanglah kepada budibicara masing-masing.

Apa yang Acik yakin ialah iman seseorang itu tidak boleh diwarithi atau sebaliknya. Iman tidak semestinya akan bertambah bila diberi puji-pujian. Sebaliknya iman juga tidak akan berkurang akibat menerima kutukan.

Sebenarnya Allah sahaja yang tahu status keimanan seseorang hambaNya. Hatta Nabi s.a.w. sendiri pun tidak tahu status ke Islaman pengikut-pengikut baginda, melainkan apa yang diwahyukan Allah kepada baginda sahaja.

Sebagaimana yang Acik jelaskan di awal PenCERAHan ini, masing-masing mendakwa sedang berjuang demi menegakkan keadilan. Pihak Kiri (reformists) mendakwa berjuang untuk mengubah status quo kerajaan supaya keadilan lebih cepat dicapai. Manakala pihak Kanan (conformists) pula bermati-matian mempertahankan status quo berkenaan agar ianya terus dikekalkan. Ali, Asiah dan rakan-rakan mereka adalalah merupakan “reformists” manakala pihak yang sedang sedap memaki hamun mereka ialah conformists.

Acik tidaklah berniat menghistiharkan di sini bahawa Acik penyokong mana-mana pihak dengan sepenuhnya. Kedua-dua pihak mempunyai hujah-hujah tersendiri bagi mempertahankan pendirian masing-masing. Dalam aspek-aspek tertentu mungkin pihak yang Kanan nampaknya lebih wajar disokong. Sebaliknya, bagi aspek-aspek lain pula mungkin pihak yang Kiri yang lebih wajar disokongi.

Tiap-tiap perjuangan mesti ada matlamatnya. Cara perlaksanaannya mungkin berbeza antara seorang pejuang dengan yang lain, walaupun matlamat mereka mungkin sama. Dalam Islam, perjuangan mestilah dilakukan dengan ikhlas.

Pejuangan yang ikhlas mempunyai dua ciri utama yang penting. Pertama, matlamatnya mestilah yang di redhai Allah. Kedua, kaedahnya pula tidak boleh bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Contohnya, Islam tidak boleh dikembangkan dengan cara memaksa orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam walaupun Islam adalah agama rasmi negara berkenaan.

Jika ditanya kepada Acik, adakah Ali berjuang dengan ikhlas, maka berdasarkan ciri-ciri yang tersebut di atas jawapan Acik ialah “belum ikhlas”. Dalam keadaan biasa, kaedah yang digunapakai oleh Ali itu adalah agak keterlaluan dan melanggar akhlak Islam. Jika Ali sendiri mendakwa bahawa itulah saja kaedah yang berkesan bagi mencapai matlamat perjuangannya, maka itu terserahlah kepada Allah untuk menilainya.

Selain Ali, ramai lagi pemuda-pemuda Malaysia lain yang mendakwa sedang berjuang menegakkan keadilan. Contohnya pemuda-pemuda dalam pelbagai parti politik. Bagi mereka, memenangkan parti masing-masing adalah satu perjuangan suci. Kemenangan akan memberi kuasa kepada parti mereka untuk memerintah negara. Maka banyaklah kerja-kerja kebajikan yang akan mampu dilakukan nanti seandaikata partinya berjaya menjadi pemerintah.

Pemuda-pemuda bagi parti yang bergelar PAS juga nampaknya begitu bersemangat sekali berjuang bagi memenangkan parti kesayangan mereka dalam PR14 nanti. Namun, bagi mereka memenangi pilihanraya belum lagi matlamat sebenar yang diperjuangkan. Kemenangan dalam PRU hanya merupakan satu strategi ke arah pencapaian matlamat sebenar perjuangan, iaitu memertabatkan hukum Allah di bumi Malaysia ini.

Walaupun matlamat yang diperjuangkan itu adalah maha suci dan diredhai oleh Allah, namun mereka juga tertakluk kepada prinsip-prinsip perjuangan yang ditetapkan oleh Islam. Contohnya, mereka tidak boleh menafikan hak kebajikan ahli-ahli keluarga sendiri kerana terlalu taksub dengan perjuangan parti. Jika berbuat demikian maka ia adalah terkeluar dari landasan perjuangan yang ikhlas.

Perjuang yang tidak ikhlas membawa implikasi buruk terhadap parti. Bagaimanakah boleh diharap mereka akan mampu menjaga kebajikan sebuah negara (yang jauh lebih besar dari sebuah keluarga), jika sekiranya kebajikan keluarga sendiri (yang kecil) itu pun tidak mampu ditangani dengan baik. Mudah-mudahan mereka ini tidak termasuk dalam kategori 3 individu yang dikisahkan di awal PenCERAHan ini.

Wallahualam.

d a u l a t   r a k y a t   !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Ali’s SAGA # Index : http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/04/alis-saga-index/

Ali’s SAGA # 08 Kura-kura dalam perahu https://4uni2c.com/2014/12/01/alis-saga-08-kura-kura-dalam-perahu/

 

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   www.4uni2c.com

@ OPajar (# 14z11)

Ali’s SAGA # 08 : Kura-kura dalam perahu, …….

•2014-12-02 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

 

“kura-kura dalam perahu….”

 

Pada 20 November 2014 yang lepas, Acik (Ayah/Abang+cik) dan isteri ke Mahkamah Shah Alam sekali lagi. Tak lain dan tak bukan ia tentulah mengenai kes Ali, anak Acik yang telah didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 itu. Khabarnya dakwaan terhadap Ali akan disebut di dalam Mahkamah tersebut kira-kira pukul 9.00 pagi hari berkenaan.

Malangnya kami tiba di Mahkamah agak lewat. Kerana maklumat tidak cukup, maka kami teraba-raba mencari bilik Mahkamah yangmana sebutan akan dilakukan. Acik cuba telefon penjamin Ali (Komrad Aru) tetapi tak berjaya. Selepas bertanya di kaunter mahkamah, barulah kami tahu bahawa sebutan akan dibuat di kamar Mahkamah 2. Namun kami dapati kamar Mahkamah tersebut dikunci. Itu bermakna tidak ada apa-apa aktiviti di dalam kamar tersebut.

Pada malamnya Komrad Aru (penjamin Ali) telefon Acik memberitahu bahawa sebutan pagi tadi adalah mengenai dakwaan terhadap Ali yang dibuat di Mahkamah Selayang. Ia bukan bagi dakwaan yang di buat di Mahkamah Shah Alam dulu. Dakwaan yang dibuat terhadap Ali di Mahkamah Shah Alam akan disebut esok (21 November 2014). Walaubagaimanapun, mengikut Komrad Aru, sebutan dakwaan di Mahkamah Selayang telah ditunda ke 22 Disember..

Maka esok paginya (21 Nov 2014) pergi semulalah lagi Acik dan isteri ke Mahkamah Shah Alam. Kali ni kami sampai lebih awal dari semalam lalu terus dapat berjumpa dengan Komrad Aru. Malangnya sebutan dakwaan terhadap Ali belum dapat dilakukan pada hari tersebut kerana Hakim yang berkenaan bercuti sakit. Maka penjamin Ali itu (Komrad Aru), dinasihati datang semula ke Mahkamah pada 27hb November 2014 bagi tujuan bacaan sebutan tersebut.

Sepatutnya pada hari tersebut penjamin Ali (Komrad Aru) wajib membawa Ali bersama ke Mahkamah Shah Alam. Beliau (Ali) juga perlu mendengar sebutan dakwaan terhadapnya dibaca. Namun, mana mungkin Ali dapat turut sama berada di Mahkamah dengan Komrad Aru kerana beliau (Ali) kini telah lari ke Sweden. Oleh sebab sessi sebutan ditangguhkan, maka kegagalan Aru mengemukakan Ali kepada Mahkamah pun belum dipersoalkan.

Kegagalan penjamin mengemukakan anak jaminnya (Ali) ke Mahkamah Shah Alam hanya timbul pada 27hb November. Apabila sebutan dakwaan terhadap Ali dibaca di dalam bilik Mahkamah 2, sedangkan Ali tidak hadir, maka kegagalan penjamin barulah menjadi ketara. Komrad Aru (penjamin Ali) terpaksalah masuk ke dalam kandung saksi untuk menjawab soalan-soalan dari Tuan Hakim. Acik dan isteri serta seorang abang kepada Ali hanya menjadi pemerhati dari jauh sahaja

Sebenarnya komrad Aru sedang berusaha mendapatkan balik duit jaminan (RM8 ribu) ke atas Ali, yang telah dibayar beliau kepada pihak Mahkamah tempoh hari. Mungkin beliau (komrad Aru) berpendapat bahawa tidak membawa Ali ke Mahkamah pada hari itu bukanlah suatu kegagalan di pihak beliau. Kalaupun ia masih juga dianggap satu kegagalan, namun akibat kegagalan tersebut tidak patut disabitkan kepada diri beliau 100 peratus.

Sekiranya Ali tidak berada di luar negara, Komrad Aru yakin bahawa Ali akan turut bersama beliau datang ke Mahkamah pada pagi itu. Ali tidak turut sama ke Mahkamah semata-mata sebab beliau telah tiada di dalam negara. Bukan sebab beliau sengaja tak nak datang ke Mahkamah. Manakala faktor penting kenapa Ali terpaksa meninggalkan negara ialah kelemahan di pihak penguatkuasaan kerajaan sendiri. Oleh sebab itu kerajaan kenalah sama-sama memikul hasil negatif akibat dari kegagalan yang telah terjadi itu.

Ali mendakwa telah menerima ugutan dan ancaman dari beberapa pihak sejak beliau didakwa. Ini membuat beliau merasa telah tidak selamat lagi untuk terus berada dalam negara. Dengan kata lain, Ali telah kecewa terhadap sistem keselamatan dalam negara. Beliau tidak lagi percaya bahawa sistem keselamatan yang sedia ada ini sudah cukup kuat bagi menjamin bahawa tahap keselamatan diri dan nyawanya tidak terjejas.

Faktor kedua ialah kegagalan agensi kerajaan yang berkenaan sendiri melaksanakan tugas dan tanggungjawab penting masing-masing dengan segera. Bila dakwaan terhadap Ali dibuat di Mahkamah, sewajarnya Ali tidak akan dibenarkan lagi meninggalkan Malaysia. Namun apa yang telah terjadi ialah Ali dengan mudah saja berjaya memboloskan diri meninggalkan Malaysia. Ali bolos melalui laluan Imigresen Bukit Kayu Hitam (Kedah). Pasport Ali di”scan” dengan mesin scanner Imigresen tersebut.

Bila Komrad Aru ditanya oleh Puan Hakim di mana Ali sekarang, beliau secara spontan menyatakan bahawa Ali kini di Sweden. Puan Hakim bertanya lagi kepada Komrad Aru bagaimana beliau tahu bahawa Ali di Sweden. Komrad Aru memaklumkan beliau bahawa Ali pernah menalipon beliau dengan mengguna nombor telefon dari negara Sweden. Beliau juga ada melihat dalam facebook gambar-gambar Ali yang berlatar belakangkan tempat-tempat di Sweden.

Walaupun demikian, Hakim seolah-olah tidak percaya langsung dengan jawapan Aru yang mengatakan Ali di Sweden. Mula-mula Acik pun rasa pelik jika Hakim seolah-olah tidak mahu percaya bahawa Ali sedang berada di luar negara. Tapi bila isteri Acik bisik ke telinga Acik bahawa pihak pendakwaan telah memaklumkan Mahkamah bahawa mengikut rekod Jabatan Imigresan, tidak ada bukti bagi mengesahkan Ali telah meninggalkan negara.

selingan 1 :

Akbar Kosmo 28Oktober 2014 menyiarkan berita Ali meninggalkan Malaysia

Jika berdasarkan berita yang disiarkan dalam media-media massa, mungkin semua rakyat Malaysia dah percaya sepenuh hati bahawa Ali tidak lagi berada di Malaysia. Acik yakin Hakim juga tidak terkecuali. Namun selepas pihak pendakwaan membuat dakwaan yang mengatakan bahawa tiada ada dalam rekod Jabatan Imigresen yang Ali telahpun meninggalkan Malaysia, maka sudah tentulah ia mencetuskan satu keraguan yang munasabah tentang di mana Ali sekarang.

Jika dalam rekod Jabatan Imigresen ada bukti bahawa Ali telah keluar negara maka sudah tentulah Ali kini sedang berada di luar negara. Namun jika tiada ada dalam rekod Jabatan tersebut bahawa Ali telah keluar negara, tidak semestinya Ali masih lagi berada dalam negara. Ali mungkin keluar dari Malaysia secara haram dari segi undang-undang iaitu tidak melalui mana-mana pos Imigresen.

Cuma yang agak menghairankan Acik ialah Ali sebenarnya telah keluar dari Malaysia melalui laluan Imigresen Bukit Kayu Hitam Kedah. Beliau keluar dengan menggunakan pasportnya yang sah. Beliau melepasi sempadan Malaysia selepas pasportnya diimbas oleh mesin pengimbas elektronik Jabatan Imigresen berkenaan. Ini bermakna, dengan serta merta maklumat tentang Ali melintasi sempadan Malaysia terakam dalam sistem komputer Jabatan Imigresen.

Jika dalam rekod Jabatan Imigresen tidak ada bukti bahawa Ali telah meninggalkan negara ini, maka Acik rasa mesti ada benda yang tak kena dengan Jabatan Imigresen. Boleh jadi juga mesin atau peralatan yang digunakan di Jabatan Imigresen Bukit Kayu Hitam sudah korup hingga ia gagal merekodkan perjalanan Ali melintasi sempadan Malaysia. Boleh jadi juga rakaman memang telah dibuat, tetapi rekodnya terpadam dengan tak tentu fasal kemudiannya atas kehendak Allah jua.

Rekod Jabatan Imigresen terpadam bukanlah perkara pelik bagi Acik. Kan dahulu pun pernah berlaku dimana rekod kemasukan seorang wanita Mongolia terpadam. Bila wanita tersebut dibunuh di Puncak Alam, Selangor barulah sedar bahawa rekod kemasukan beliau ke dalam Malaysia telah terpadam.  Jika rekod kemasukan dan rekod keluar negara masing-masing boleh terpadam, tak bahayakah negara kita ?

Jika yang masuk melalui saluran yang sah pun tidak ada dalam rekod Jabatan Imigresen, bagaimana agaknya dengan yang masuk/keluar di sempadan Malaysia bukan melalui pintu masuk/keluar yang sah atau rasmi ?  Sekiranya demikianlah tahap kredibiliti Jabatan Imigresen Malaysia, maka tak hairanlah Acik jika begitu ramai PATI berkeliaran di Cameron Highlands seperti yang dilaporkan dalam media massa baru-baru ini. Acik sangat sokong hasrat Menteri Dalam Negeri untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan Imigresen. Mudah-mudahan Malaysia akan bebas dari PATI menjelang tahun 2020.

Bila bercakap tentang PATI, rasa tak percaya pula Acik jika dikatakan ia bebas dari unsur-unsur rasuah di kalangan anggota-anggota Jabatan Imigresen yang menguruskan pendatang-pendatang asing. Elok juga SPRM membuat siasatan ke atas anggota-anggota berkenaan. Tengok saja gaya hidup mereka, rumah mereka dan kereta yang mereka pakai. Kemudian badingkan saja dengan pendapatan rasmi bulanan masing-masing, munasabah kah tidak. Mudah-mudahan dengan hasil siasatan itu nanti maka bolehlah kerajaan menyakinkan rakyat bahawa Jabatan Imigresen benar-benar bebas dari gejala rasuah.

Sebagai seorang Hakim, Acik yakin bahawa beliau tentu peka dengan isu-isu semasa yang relevan dengan sistem penghakiman. Akta Hasutan 1948 itu adalah merupakan isu semasa yang paling hangat mendominasikan media cetak dan eletronik sekarang. Lebih-lebih lagi setelah PM (Najib) membuat pusingan U (U-turn) mengenai pemansuhan akta tersebut. Sedangkan pada tahun 2012 dahulu beliau sendiri yang telah mengistiharkan janjinya akan memansukkan akta tersebut. Manakala Ali adalah salah seorang dari mangsa-mangsa Akta Hasutan 1948 itu.

Puas juga Acik memikirkan apa sebabnya Hakim berkenaan macam tidak tahu langsung di mana Ali berada. Akhirnya dapatlah Acik mengagakkan sesuatu sebagai sebabnya. Agak Acik ialah, sikap “kura-kura dalam perahu … “ yang diamalkan oleh Hakim berkenaan. Namun, Acik percaya bahawa bukan beliau seorang saja di kalangan pengamal-pengamal undang-undang di Malaysia yang mempraktikkan sikap tersebut.

Pada pendapat Acik, sikap “kura-kura dalam perahu” mungkin ada baiknya. Namun yang tak baiknya adalah lebih banyak. Jika sekadar nak memancing maklumat tambahan, maka ia mungkin merupakan satu strategi yang berkesan. Begitu juga jika bagi tujuan menguji tentang kebenaran sesuatu maklumat yang dikemukakan oleh seseorang saksi.

Akan tetapi, jika semata-mata untuk mengelat dari melakukan sesuatu dengan terbaik (supaya tidak menyusahkan diri sendiri), maka sikap “ kura-kura dalam perahu” itu tidak harus dihalalkan. Sebagai contoh mari kita teliti tiga senario berikut:

Senario pertama : Di suatu kawasan yang agak terpencil, ada dua orang Mata-Mata (Polis zaman dahulu) sedang meronda-ronda. Kebetulan ketika itu ada seorang peragut yang telah siap sedia hendak meragut sebuah beg tangan Birkin (berharga) dari seorang wanita. Kerana menyedari kehadiran Mata-Mata tersebut, maka si peragut pun menangguhkan hasratnya untuk meragut wanita berkenaan.

Senario kedua : Tidak jauh dari wanita yang bakal diragut itu ialah dua orang Polis tak beruniform. Si peragut tidak kenal dengan kedua-dua Polis tersebut. Maka peragutan pun berlakulah. Dengan penuh rasa tanggungjawab kedua-dua orang Polis tersebut lantas mengejar si peragut tersebut. Si peragut telah berjaya ditangkap. Selepas berjaya melakukan tangkapan tersebut, maka banyaklah kerenah pengadilan yang terpaksa dihadapi oleh kedua-dua Polis tersebut. “Menyesal aku !” kata seorang dari mereka.

Senario ketiga. Kedua-kedua anggota Polis yang tak beruniform tersebut tidak bertindak apa-apa terhadap si peragut. Mereka sekadar memandang dari jauh saja. Sebenarnya mereka sedang menunggu masa bertugas mereka tamat iaitu kira-kira setengah jam saja lagi. Lepas itu, mereka merancang akan ke stadium untuk menonton suatu perlawanan bola sepak yang melibatkan kelab idola masing-masing.

Mujur juga si mangsa ragut tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Cuma beg tangannya saja yang berjaya dirampas peragut bersama-sama dengan sejumlah barang kemas yang bernilai puluhan ribu ringgit di dalam beg tersebut.

Yang dikatakan menggunakan strategi “kura-kura dalam perahu” bagi tujuan mengelat dari melaksanakan tanggungjawab, adalah seperti di dalam senario ketiga di atas. Mereka berdua sanggup bersikap demikian kerana mereka tahu bahawa tidak siapa yang kenal mereka sebagai anggota Polis. Malah khususnya dalam senario tersebut, bukan saja mereka bersikap “kura-kura dalam perahu” bahkan lebih teruk dari itu. Mungkin lebih sesuai diistilahkannya strategi “kura-kura dalam semak, pura-pura tidak nampak”. Semoga senario ketiga ini bukanlah satu realiti di Malaysia.

Apapun, Acik tetap bersyukur kerana Puan Hakim akhirnya bersetuju juga memulangkan RM2 ribu dari RM8 ribu wang yang telah dibayar oleh Komrad Aru kepada Mahkamah dahulu sebagai jaminan ke atas Ali. Walaupun tak dapat balik semuanya, namun kata orang “kalau tak dapat semua pun, asalkan tak hilang semua kira OK lah tu”. Acik dimaklumkan, wang itu sebenarnya adalah hasil dari sumbangan ramai rakan-rakan Ali. Komrad Aru hanyalah melaksanakan amanah yang diserahkan kepada beliau, supaya Ali dibebaskan. Acik kagum dengan mereka walaupun agak kurang setuju dengan cara Ali dan rakan-rakannya itu berjuang bagi menuntut keadilan sosial demi kebajikan semua rakyat Malaysia.

Wallahualam.

Selingan 2 :

SUARAM gesa inkues ke atas kematian Syed Mohd Azlan.

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/32395-suaram-gesa-inkues-ke-atas-kematian-syed-mohd-azlan

d  a  u  l  a  t     r  a  k  y  a  t    !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Ali’s SAGA # Index : http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/04/alis-saga-index/

Ali’s SAGA # 05 Berhijrah ke Sweden https://4uni2c.com/2014/10/25/alis-saga-05-berhijrah-ke-sweden/

Ahmad’s SAGA # 019 Mengapa berHIJRAH ? https://4uni2c.com/2013/02/04/ahmads-saga-019-mengapa-berhijrah/

 

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

 

@ OPajar (# 14z02)

Ahmad’s SAGA # 030 : BAHAYA Jika Rayuan GAGAL

•2014-11-14 • Leave a Comment

Keputusan perbicaraan ke atas Ahmad Abd Jalil yang telah dihukum denda RM20 ribu oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas kesalahan menghina Sultan Johor dalam Facebook, akan disemak dan dinilai semula oleh Mahkamah Rayuan. Pada 20hb November 2014 ini sebutan kes akan dibacakan. Keputusan muktamad oleh Mahkamah Rayuan itu nanti adalah maha penting bagi sistem pengadilan negara kerana ia akan menjadi precedence (tauladan/rujukan) bagi kes-kes yang serupa di masa-masa akan datang. Setiap pengguna/pemilik akaun Facebook wajar peka dengan kes Ahmad Abd Jalil ini kerana ia mempunyai implikasi yang sangat besar kepada masing-masing.

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

 

bahaya jika rayuan gagal

 

Ahmad Abd Jalil telah dihukum denda RM20 ribu kerana telah disabitkan dengan kesalahan menghina Sultan Johor dalam sebuah Facebook yang menggunakan profile “Zul Yahaya”. Pada mulanya Ahmad didakwa sebagai pemilik akaun facebook tersebut. Namun dakwaan tersebut telah berjaya disangkal oleh penguambela.

Ahmad sebenarnya bukanlah pemilik akaun tersebut. Beliau hanya salah seorang dari ramai pengguna-pengguna lain yang turut sama menyalahgunakan laman facebook tersebut. Akhirnya Ahmad didakwa sebagai pengguna facebook berkenaan yang telah memuatnaikkan satu status yang dianggap menghina Sultan Johor.

Dalam perbicaraan ke atas Ahmad dahulu, pihak pendakwaan gagal mengemukakan dokumen yang mengandungi “print screen” status yang dikatakan sebagai menghinakan Sultan Johor itu. Pihak pendakwaan hanya mampu mengemukakan dokumen yang mengandungi “cut and paste” status berkenaan sahaja.

“Cut and paste” sebenarnya tidak layak dijadikan bukti yang kukuh kerana di dalamnya tidak tercatat apa-apa tarikh. Sedangkan “print screen” mempunyai tarikh ianya dicetak. Tanpa tarikh bagaimana mungkin ia (“cut and paste”) dapat membuktikan bahawa Ahmad telah benar-benar melakukan kesalahan berkenaan pada tarikh sebagaimana yang dilaporkan. Lagi pun, “Cut and paste” boleh saja direkacipta dan dicetak pada bila-bila masa, sekiranya dirasakan perlu oleh pihak pendakwaan.

Malangnya hakim masih menerima dokumen yang mengandungi “cut and paste” tentang status berkenaan sebagai bahan bukti. Status yang dimaksudkan itu adalah status yang didakwa dimuatnaikkan oleh Ahmad ke dalam facebook “Zul Yahaya”. Sekiranya rayuan Ahmad gagal, ia memberi implikasi bahawa di masa-masa akan datang “cut and paste” juga akan boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi mensabitkan seseorang pengguna facebook dengan kesalahan yang seumpamnya.

Dalam perbicaraan terhadap Ahmad itu juga, satu dokumen palsu telah diwujud oleh pihak Polis bagi menggantikan dokumen asal (tulen) yang didapatinya terdapat kekurangan. Pihak Polis telah sanggup meniru tanda tangan orang yang didakwa (Ahmad) supaya dokumen yang baru diwujudkan itu menepati ciri-ciri dokumen yang lengkap. Walaupun peguambela telah mempertikaikan tindakan tersebut, namun hakim tetap menerima dokumen palsu tersbut bagi meneruskan perbicaraan.

Jika rayuan Ahmad gagal, implikasinya ialah bagi kes-kes yang akan datang pun, pihak pendakwaan boleh mewujudkan dokumen palsu manakala hakim boleh menerimanya sebagai bahan bukti yang tulen, agar perbicaraan boleh diteruskan. Akhirnya dengan berdasarkan dokumen palsu tersebut, hakim boleh saja membuat keputusan yang berpihak kepada pendakwaan.

Dalam perbicaraan tersebut juga, pakar komputer dari Cyber Security telah memberi pandangan yang agak bercanggah dengan pandangan pakar komputer dari pihak pendakwaan. Malangnya hakim hanya menerima pandangan yang dikemukakan oleh pakar komputer dari pihak pendakwaan. Jika pandangan pakar komputer dari Cyber Security diambilkira, sudah tentu wujud keraguan yang munasabah terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Ahmad.

Jika rayuan Ahmad gagal, perkara yang sama boleh berlaku bagi kes-kes serupa di masa-masa akan datang. Hakim boleh saja menolak apa-apa pandangan sekiranya ia bercanggah dengan pandangan pihak pendakwaan, walaupun ianya dari pihak yang diiktiraf sebagai pakar.

Selain dari perkara-perkata tersebut di atas, banyak lagi perkara-peraka kontroversi lain yang timbul disepanjang tempoh pembicaraan ke atas Ahmad Abd Jalil dahulu. Contohnya, bahan-bahan bukti yang sepatutnya disimpan dalam kotak yang di”seal” telah didapati berada di luar kotak. Oleh itu, bahan-bahan bukti tersebut telah terdedah kepada manipulasi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Apa-apa juga bentuk manipulasi terhadap bahan-bahan bukti sudah tentu akan merobah ciri-ciri asalnya. Akibatnya pembuktian terhadap dakwaan yang bersandarkan kepada bahan-bahan bukti tersebut akan boleh dipertikaikan. Secara tidak langsung, ini adalah satu unsur penganiayaan terhadap orang kena dakwa kerana ia tidak menjaminkan satu perbicaraan yang adil dan saksama. Perkara yang sama juga akan berulang jika rayuan Ahmad gagal.

Keterangan yang diberi di dalam mahkamah oleh seorang saksi utama juga ada yang berubah-ubah. Pada mulanya beliau mengatakan bahawa Ahmad berada di Pejabatnya ketika beliau sampai. Tetapi apabila hampir semua saksi lain mengatakan Ahmad tidak berada di pejabat ketika pihak pendakwaan tiba, maka kenyataan asalnya itu pun diubahnya. Ini boleh menyebabkan kredibiliti saksi utama tersebut dipertikaikan.

Oleh itu, jika sekiranya rayuan Ahmad itu gagal, ia turut memberi implikasi bahawa tidak menjadi satu kesalahan jika seorang saksi penting meminda kenyataannya di mahkamah bila dirasakan perlu.

Precedence adalah suatu yang sangat penting dalam sistem penghakiman. Ia akan menjadi satu ikutan yang susah nak dipertikaikan jika timbul kes yang serupa kemudian hari. Oleh itu hakim-hakim yang bijaksana dan berpandangan jauh sangat berhati-hati supaya keputusan yang berkemungkinan akan menimbulkan kontrovesi tidak akan dibiarkan menjadi precedence.

Satu contoh di mana precedence telah menimbulkan kontroversi kemudiannya ialah kes yang melibatkan dua orang wakil rakyat Kelantan suatu ketika dahulu. Jika tak silap Acik mereka itu ialah YB Nordin dan YB Najib (tolong betulkan jika Acik silap). Kedua-dua mereka ini telah menang dalam sebuah PRU (Pilihan Raya Umum) di atas tiket parti pembangkang.

Tidak berapa lama selepas kemenangan tersebut kedua-dua mereka telah meninggalkan parti yang memberi kemenangan kepada mereka itu. Mereka telah kembali semula ke pangkuan parti asal mereka iaitu BN. Lantara itu Speaker negeri Kelantan pun mengistiharkan bahawa kedua-dua mereka telah gugur kelayakan sebagai ADUN di kawasan masing-masing. Oleh itu sebuah PRK (Pilihan Raya Kecil) diadakan di kawasan masing-masing bagi memilih wakil-wakil baru.

Kedua-dua mereka turut bertanding sebagai calon BN dalam PRK yang diadakan itu. Malangnya dalam PRK tersebut kedua-dua mereka telah kalah. Ini membuktikan kepada umum bahawa kemenangan mereka dalam PRU dahulu bukanlah kerana diri peribadi mereka tetapi kerana parti yang diwakili mereka iaitu parti pembangkang. Tindakan Speaker tersebut adalah dianggap rasional oleh kebanyakan orang kerana sejajar dengan prinsip demokrasi.

Namun demikian, BN tidak anggap bahawa tindakan Speaker itu wajar. Sebaliknya tindakan Speaker menuntut SPR menjalankan PRK adalah dianggap salah. Oleh kerana itu BN tetap berpendapat bahawa kedua-dua mereka (YB Nordin dan YB Najib) masih sah sebagai ADUN bagi kawasan masing-masing.

Walaupun kedua-dua mereka telah kalah dalam PRK yang baru diadakan, namun keputusan PRK tersebut adalah dianggap batal oleh BN. Ini kerana ia bersandarkan kepada tindakan Speaker yang dianggap salah kerana bercanggah dengan kebebasan berpersatuan. Oleh itu mengistiharkan bahawa kerusi yang diwakili kedua-dua mereka itu sebagai kosong adalah salah.

BN telah membawa kes kedua-dua YB tersebut ke mahkamah untuk diadili. Akhirnya kedua-dua mereka telah dilantik semula sebagai ADUN di kawasan masing-masing atas keputusan mahkamah. Di sinilah bermulanya istilah “wakil mahkamah” bagi menyatakan bahawa mereka berdua bukanlah calon yang dipilih oleh rakyat tetapi dipilih (dimenangkan) oleh mahkamah.

Keputusan mahkamah tersebut telah menjadi precedence dalam sistem poliitik Malaysia sehingga sekarang. Mana-mana wakil rakyat tidak akan hilang statusnya sebagai YB sekiranya beliau meninggalkan parti yang diwakilnya semasa bertanding dalam PRU dahulu.

Dengan kata lain, jika YB Rose yang telah menang dalam PRU atas tiket PR kemudian meninggalkan parti PR, maka beliau masih lagi dikira sebagai YB bagi kawasan yang dimenanginya itu. Malah, andaikata BN menerima Rose sebagai ahli BN maka statusnya akan bertukar dari YB PR menjadi YB BN.

Precedence tersebut telah membawa implikasi yang agak negatif terhadap sistem politik demokrasi negara. Kuasa Speaker untuk mengistiharkan kekosongan kerusi politik serta menuntut SPR mengadakan PRK juga telah turut tercabar dan tercalar.  Namun ia telah pernah memberi keuntungan besar kepada BN. Khususnya dalam isu kerajaan Perak selepas PRU12 dahulu.

Dalam isu tersebut tiga orang wakil rakyat PR telah meninggalkan PR lalu menjadi YB bebas. Tindakan mereka telah menyebabkan kuasa pemerintahan negeri Perak telah jatuh semula ke tangan BN. Parti pembangkang (PR) hanya sempat memerintah negeri Perak selama beberapa bulan sahaja.

Jika difikirkan secara rasional, precedence tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia bercanggah dengan prinsip demokrasi. Acik percaya bahawa rakyat rata-rata akan memilih seseorang calon bagi mewakili mereka berdasarkan parti yang diwakilinya. Oleh sebab itu jika beliau belot, iaitu meninggalkan parti yang diwakilinya, maka adalah lebih munasabah pengundi bagi kawasan berkenaan diberi hak untuk memilih wakil yang lain.

Malangnya dengan wujudnya precedence tersebut, rakyat telah dinafikan hak untuk memilih wakil baru yang mereka lebih percaya, bagi menggantikan wakil sedia ada. Precedence tersebut juga membolehkan pengundi-pengundi ditipu oleh individu yang berpura-pura sebagai perjuang tegar bagi sesuatu parti politik. Tetapi apabila dipilih menjadi wakil, penipu tersebut melompat ke parti lain tanpa menanggung apa-apa kerugian malah tanpa rasa bersalah.

Mengambil kes tersebut sebagai iktibar, maka Acik harap rayuan Ahmad akan berjaya. Jika rayuan Ahmad gagal, ia akan menjadi precedence yang mengandungi berberapa kontrovesi. Berbagai-bagai implikasi negatif mungkin akan timbul akibat wujudnya precedence itu nanti. Mahkamah mungkin tidak akan menang tangan untuk membicara kes-kes seperti kes Ahmad. Akibatnya, kes-kes yang jauh lebih penting pun mungkin tak mampu lagi nak diberi tumpuan sewajarnya.

Oleh sebab itu, kata Mad Saleh, “look before you leap”.   Kata Mat Melayu “berhati-hati sebelum kena ; Jangan dah terantuk baru nak tengadah ; Takut-takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran ; untung secupak, rugi segantang … dan lain-lain lagi”

Wallahualam.

 

Selingan :

Tian Chua acquitted of sedition for linking ‘Umno government’ to Sulu intrusion

http://www.msn.com/en-my/news/national/tian-chua-acquitted-of-sedition-for-linking-%E2%80%98umno-government%E2%80%99-to-sulu-intrusion/ar-BBdCHLG

 

d a u l a t    r a k y a t   !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Ahmad’s SAGA # 027 Yang Dihukum Tidak Mestinya Bersalah : https://4uni2c.com/2013/10/22/ahmads-saga-027-yang-dihukum-tidak-mestinya-bersalah/

Ahmad’s SAGA # Index    https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/

 

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

 

@ OPajar (# 14Y15)

Ali’s SAGA # 07 Kenapa TAK Sertai PAS ?

•2014-11-13 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna martphone ( SP ) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Kenapa tak sertai PAS ?

Acik ni merupakan generasi kedua penyokong tegar PAS selepas arwah ayahanda Acik. Jadi Ali dan anak-anak Acik (Ayah/Abang+cik) yang lain adalah generasi ketiga jika mereka turut sama menjadi penyokong PAS. Malangnya setakat ini, belum seorang pun daripada 10 orang anak Acik yang berminat untuk menyertai PAS. Padahal Acik dah ajak dan nasihati mereka supaya berbuat demikian.

Walaupun Acik adalah ayah kepada Ali dan anak-anak yang lain, namun Acik tiada kuasa untuk memastikan anak-anak Acik semua menjadi penyokong PAS. Jika semua ahli PAS nak melabelkan Acik sebagai ahli PAS yang “gagal” pun memang tepatlah. Ini kerana, yang dikatakan ahli PAS yang berjaya ialah yang mampu menarik orang lain supaya turut menyertai PAS. Namun, bagi Acik bukan kata nak tarik orang lain masuk PAS, nak tarik anak-anak sendiri pun tak mampu.

Sebenarnya, setiap kegagalan atau kejayaan bagi mencapai sesuatu objektif itu tentulah ada sebab dan musababnya. Begitulah juga dengan kegagalan Acik untuk menarik anak-anak Acik supaya menyertai PAS. Dalam PenCERAHan ini, Acik ingin fokus kepada Ali saja sebagai individu yang Acik gagal menarik masuk menyertai PAS. Anak-anak lain mungkin ada faktor-faktor lain yang menyebabkan mereka belum berminat menyertai PAS.

Kata peribahasa Melayu, “tak kenal maka tak cinta”. Namun kadang-kala tak pula begitu jadinya. Sebaliknya apa yang belaku ialah, “tak kenal tak cinta. Tapi bila dah kenal jadi meluat pula”. Acik kira itulah agaknya yang berlaku kepada Ali dan rakan-rakan seperjuangannya terhadap PAS.

Mungkin sebab Acik seorang ahli dan penyokong tegar PAS maka PAS itu bukan lagi asing buat anak-anak Acik termasuklah Ali. Ini memberi peluang kepada Ali untuk menilai apakah PAS sesuai maupun tidak dengan selera perjuangan beliau. Apakah PAS berpotensi untuk mencapai matlamat perjuangan yang dihasratkan oleh Ali jika beliau turut sama berjuang dalam PAS, ataupun jauh panggang dari api.

Acik tidak boleh bentuk persepsi sesiapa juga supaya sama dengan persepsi Acik terhadap PAS. Begitu jugalah dengan persepsi Ali dan rakan-rakannya. Mereka merupakan anak-anak muda era “smartphone” yang mampu membentuk persepsi sendiri terhadap apa-apa juga objek dan isu. Pendek kata bagi sesuatu objek dan isu mereka adalah cerminnya.

Tidak guna nak mengiklankan kepada anak-anak muda sekarang tentang kehebatan PAS sebagai sebuah parti Islam sekiranya mengikut persepsi mereka PAS tidak sebegitu rupa. Mungkin lebih baik cuba mengkaji apakah bentuk persepsi mereka terhadap PAS. Tujuannya bukanlah supaya persepsi mereka dapat dibetulkan. Sebaliknya supaya setiap kelemahan PAS dapat diatasi hingga imejnya menjadi lebih menarik.

Sebagai sebuah parti politik berteraskan Islam, PAS tentulah diterajui oleh mereka yang tinggi ilmu keislamannya dan kuat pegangan agamanya. Inilah wajah PAS yang diharapkan, yang boleh dilihat oleh Ali dan rakan-rakannya. Contohnya ialah, YB-YB PAS adalah terdiri dari individu-individu yang memiliki ciri-ciri tertentu yang menunjukkan mereka berjiwa rakyat. Mereka adalah individu-individu yang bersifat rendah diri, bijaksana dan sabar menghadapi kerenah rakyat.

Malangnya bagi Ali dan rakan-rakannya, YB-YB PAS yang mereka pernah kenali tidak pula demikian sifatnya. Masing-masing dengan kereta mewahnya dan berpakaian hebat, yang lebih menunjukkan sikap sombong kepada rakyat biasa. YB-YB yang dimaksudkan itu mungkin merujuk kepada yang muda-muda yang baru merasa nikmat kuasa dan kereta.

Apa pun, persepsi yang dibentuk oleh Ali dan rakan-rakan perjuangannya terhadap individu-individu berkenaan bukan menarik mereka untuk lebih mendekati PAS. Malah sebaliknya telah membuat mereka lebih meluat kepada PAS. Acik tak kata bahawa PAS rugi jika pemuda-pemuda seperti Ali tidak turut sama menyertai perjuangan PAS. Yang nak Acik tekankan hanyalah faktor-faktor yang menyebabkan anak-anak muda macam Ali menjauhi diri dari PAS bukan impaknya terhadap PAS.

Acik rasa ada dua peristiwa penting dalam sejarah hidup Ali yang mempengaruhi mindanya dalam membentuk persepsi negatif terhadap PAS. Pertama peristiwa yang telah berlaku terhadap saudara kembar beliau (Ahmad) beberapa tahun dahulu. Dalam peristiwa tersebut, Ahmad telah dilanggari dari belakang oleh sebuah kereta milik seorang YB PAS. Ahmad ketika itu sedang menunggang motor di hadapan sebuah sekolah.

Motor yang ditunggangi Ahmad rosak teruk. Mujur Ahmad selamat dengan hanya cedera ringan saja. Namun, bukan ganti rugi yang Ahmad perolehi dari YB PAS berkenaan, Sebaliknya Ahmad pula yang dipaksa membayar RM500 kepada YB tersebut. Tak lama selepas peristiwa tersebut YB tersebut bertanding lagi dalam PRU sebagai calon PAS. Peristiwa itu memberi persepsi bahawa PAS lebih utamakan kepentingan pemimpinnya dari keadilan terhadap rakyat biasa.

Peristiwa yang lebih berkesan terhadap Ali yang membuat beliau lebih meluat kepada PAS ialah yang berlaku pada awal bulan Mei 2014 lepas. Ali telah dipukul oleb beberapa orang pemuda yang beliau yakini anggota Unit Amal PAS. Tetapi bila beliau menceritakan kejadian beliau dipukul itu di dalam facebooknya, beliau dituduh cuba mencemarkan nama baik Unit Amal PAS dengan menyebarkan fitnah.

Seterusnya Ali dicabar supaya membuat laporan Polis tentang kejadian tersebut sekiranya beliau benar-benar dipukul oleh anggota Unit Amal PAS. Setelah laporan Polis dibuat barulah timbul inisiatif dari pihak PAS untuk menyelesaikan perkara yang telah berlaku itu secara damai. Kononnya ada orang kuat PAS ingin berjumpa dengan keluarga Ali untuk berunding. Malangnya hingga sekarang ini, sebatang hidung orang kuat PAS pun Acik belum nampak.

Acik tidak kata bahawa Ali budak yang sangat baik macam majoriti anggota Unit Amal PAS. Cuma yang Acik wajar tegaskan ialah bahawa bukan semua anggota Unit Amal itu baik. Kata orang Melayu, “dalam setandan kelapa pun, tak semua buahnya berisi”. Apa lagi dalam sesuatu pertubuhan atau pasukan yangmana anggotanya terdiri dari manusia. Faham sajalah bahawa maknusia terdiri dari berbagai perangai dan latar belakang pendidikan yang berbeza.

Menyedari hakikat tersebut, tentulah tidak adil menyalahkan Unit Amal PAS jika yang telibat memukul Ali itu hanya segelintir ahlinya saja. Cuma yang agak terkilan di hati Acik ialah bila pihak yang berjawatan penting dalam PAS langsung menafikan kejadian tersebut. Sambil memuji khidmat baik yang diberi oleh Unit Amal PAS pada hari kejadian tersebut, dalam masa yang sama menafikan langsung hak mangsa (Ali) untuk menuntut pengadilan.

Peristiwa tersebut menggambar kepada Ali bahawa PAS gagal melaksanakan apa yang diwar-warkannya. PAS cuma pandai mendakwa mengambil sebagai panduan satu hadith rasul yang bermaksud, “jika sekiranya anakku Fatimah sekalipun mencuri, nescaya akan ku potong tangannya”.

Apa yang dialami Ali itu nyata telah membuktikan bahawa PAS sebenarnya tidak “walk the talk” kata Mad Saleh. Kata Mat Melayu, “cakap tak serupa bikin”. Jika demikianlah tahap kredibiliti kepemimpinan parti yang mendakwa memperjuangan Islam itu, bagaimana nak suruh Ali percaya bahawa PAS mampu melaksanakan keadilan Islam.

Faktor yang sangat penting yang menyebabkan Ali dan rakan-rakannya tidak menyertai PAS ialah dasar PAS terhadap sistem monarki. Bagi Ali, selagi PAS merestui Sultan sebagai Ketua Agama Islam, maka selagi itulah PAS tidak layak mendakwa sebagai parti yang memperjuangkan Islam. Bagi Ali, individu yang layak menjadi Ketua Agama Islam adalah individu yang tinggi ilmu serta tahap ketakwaannya. Bukan macam individu-individu yang pernah dilihat Ali masa beliau bekerja di hotel mewah dahulu.

Acik percaya kepemimpinan PAS pasti ada hujah-hujah yang kuat berasaskan Quran dan Hadith sahih, bagi menyangkal pendapat Ali itu. Cuma Acik saja yang belum pernah dengar hujah-hujah mereka yang akan menyakinkan Acik bahawa pendapat Ali itu tak ada asas kebenarannya sebijik habok pun. Namun mengikut logik akal Acik sendiri setakat ini pun, seseorang yang nak dijadikan ketua atau kepala, biarlah yang lebih berkualiti dari orang yang nak jadi ekor. Lebih-lebih lagilah yang nak dijadikan seorang ketua agama.

Oleh itu, terhadap pandangan Ali khusus dalam aspek ini, Acik mengaku kalah sebab tak pandai nak menyangkal logik akalnya itu. Nak nafikan bahawa PAS merestui Sultan sebagai Ketua Agama pun nanti nampak sangat kebodohan Acik kepada anak sendiri. Tak kan Ali tak tahu bahawa pemimpin-pemimpin PAS pun masing-masing sedang menanti gilaran saja untuk menerima pangkat “Datuk” dari Ketua-ketua Agama berkenaan.

Apa ertinya menerima gelaran Datuk jika tidak mengiktiraf kemuliaan pihak yang bakal menganugerahkan gelaran tersebut kepadanya. Individu seperti arwah Tun Ghafar Baba mungkin bolehlah dikatakan agak berbeza dengan yang lain kerana setahu Acik beliau tidak mahu menerima gelaran Datuk sepanjang hayatnya. Begitu juga dengan Professor Engku Aziz. Yang lain-lain itu, biarlah masing-masing menilainya sendiri.

Kemelut yang belaku dalam kerajaan negeri Selangor tidak berapa lama dahulu juga menyumbang kepada kehilangan minat Ali dan rakan-rakannya menyertai PAS. Mungkin juga mereka percaya bahawa PAS tidak ada sikap setiakawan yang tinggi dalam pakatan yang desertainya. Dengan perkataan lain PAS telah menunjukkan sikap talam dua muka dalam isu perlantikan MB Selangor itu. Bagi Ali dan rakan-rakannya sikap tersebut adalah bercanggah dengan prinsip Islam.

Acik sendiri pun nampak macam wujud unsur-unsur serba tak kena dalam pengurusan PAS. Jika Ali dan rakan-rakannya yang bukan ahli pun sudah boleh merasa begitu, apalah lagi ahli-ahli PAS yang dah berakar umbi dalam PAS. Natijahnya, maka tercetuslah satu kumpulan baru yang digelar PASMA di kalangan ahli-ahli PAS sendiri. Cara kumpulan tersebut ditangani, membuat ramai ahli mempertikaikan pula kredibiliti kepemimpinan atasan PAS.

Agamawan dalam PAS pula, ada yang sangat gemar mempertikaikan status ke Islaman seseorang Muslim lain. Seolah-olah martabat mereka telah menyamai sahabat Rasul s.a.w. yang bernama Huzaifah r.a. itu.  Huzaifah r.a. telah dianugerahi kelebihan oleh Allah s.n.w. dimana beliau mampu mengenalpasti siapa yang munafik dan sebaliknya.

Ali dan anak-anak muda lain yang sefikrah dengan beliau mungkin sudah boleh menghidu bahawa status keislaman mereka juga telah dipertikaikan . Oleh itu mana mungkin mereka akan diterima sebagai ahli PAS sekiranya mereka berminat dengan PAS sekali pun. Namun, Acik percaya sekurang-kurang hingga ketika ini PAS bukanlah parti yang dikagumi Ali dan rakan-rakan sepejuangannya.

Wallahualam.

Selingan

Skendal terbesar dalam sejarah ekonomi Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=Pa85wGwFD1A

d a u l a t    r a k y a t  !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Ali’s SAGA # Index : http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/04/alis-saga-index/

Ali’s SAGA # 06 Individu Yang Berfikir  https://4uni2c.com/2014/10/30/alis-saga-06-individu-yang-berfikir/

Ali’s SAGA # 05 Berhijrah ke Sweden https://4uni2c.com/2014/10/25/alis-saga-05-berhijrah-ke-sweden/

Mampukah PAS melaksanakan Hudud ? – PenCERAHan : https://4uni2cdotcom1.wordpress.com/2014/05/27/hudud-001-manifestati-atau-penyebab-kejayaan-sesebuah-negara-umat-islam/?preview=true&preview_id=1561&preview_nonce=9eb5873e1d

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

@ OPajar (# 14Y13)

Major Zaidi # 02 Mangsa POLITIK Yang Berhak Dibela

•2014-11-03 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

 

Mangsa Politik yang berhak dibela

 

Berikut hanyalah satu perumpamaan :

Hypermarket CU (HCU) telah memprosmosikan sejenis pewarna (dye) untuk pakaian, secara besar-besaran. Acik adalah antara beribu-ribu pelanggan yang terpengaruh dengan promosi tersebut. Selepas mengguna pewarna tersebut ke atas beberapa pasang pakaian putih anak-anak Acik, barulah Acik sedari bahawa pewarna yang didakwa sebagai “pewarna kekal” itu rupa-rupanya adalah “pewarna tanggal”.

Turut membelinya juga ialah seorang individu bergelar MZ (Mu Zik). Beliau merasa dirinya juga tertipu kerana turut sama membeli pewarna berkenaan. Bagi MZ, menipu bermakna menganggap pihak yang ditipu itu bodoh. Bodoh adalah satu sifat yang hina. Oleh itu tidak siapa pun yang suka dilayan malah dianggap sebagai bodoh.

Membuat orang lain merasa dirinya bodoh boleh menimbulkan kemarahan oleh orang tersebut. Oleh itu penipuan adalah satu bentuk provokasi kerana boleh mencetuskan kemarahan di pihak yang kena tipu. Kerana tidak tahan marah, maka Encik MZ telah membuat Laporan Polis sebagai bantahan terhadap HCU yang telah melakukan penipuan terhadap dirinya.

Akibat dari tindakan MZ tersebut, pihak pengurusan HCU telah membatalkam kad diskaun yang dikeluarkan kepada beliau. Malah HCU mengugut MZ dengan tindakan undang-undang terhadap beliau kerana menuduh syarikat HCU sebagai penipu. Tuduhan tersebut dijangka akan menjejaskan perniagaan syarikat HCU dengan agak serius.

Berdasarkan perumpamaan di atas, apakah sikap Acik terhadap MZ ?

Acik rasa bahawa tindakan MZ itu adalah tidak wajar disokong kerana ia mungkin didorong oleh perasaan marah yang agak melampau. Apa salahnya jika beliau (MZ) sekadar berdiam diri saja kerana kerugian yang dialami beliau bukanlah besar sangat pun. Beliau tak akan bankrupt (muflis) pun akibat penipuan tersebut.

Lagi pun, bukan beliau seorang saja yang membeli pewarna tersebut. Ramai lagi pelanggan-pelanggan lain yang turut membelinya termasuk Acik sendiri. Tetapi tidak ada pula yang sampai membuat laporan Polis macam beliau. Jadi MZ tak bolehlah nak salahkan HCU kerana membatalkan kad diskaun yang dikeluarkan kepada beliau oleh hypermarket tersebut.

Jika pihak HCU nak ambil tindakan undang-undang sekalipun terhadap MZ, HCU tak wajar disalahkan. Bukankah di negara demokarsi seperti Malaysia ini, setiap individu atau pihak bebas bertindak demikian demi menyelamatkan kepentingannya ? Biarlah mahkamah saja yang menentukan samada plaintaif kah di pihak yang benar ataupun pihak yang tersangka yang lebih memiliki kebenaran.

Adakah anda juga bersikap seperti Acik terhadap MZ ?

Jika anda juga bersikap seperti Acik maka tak payahlah meneruskan lagi pembacaan PenCERAHan ini. Tetapi jika sebaliknya sila teruskan lagi pembacaan anda.

Dalam senario di atas, Mu Zik dikiaskan terhadap Mejar (P) Zaidi Ahmad. Beliau kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tentera berhubung dengan isu “dakwat tanggal” yang didakwa sebagai “dakwat kekal” oleh SPR. Dakwat tersebut telah digunakan semasa PRU13 (Pilihan Raya Umum Ke-13) dahulu.

Penggunaan “dakwat tanggal” yang didakwa SPR sebagai “dakwat kekal” telah menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak. Pengundi-pengundi yang menyokong BN, mungkin tidak merasa apa-apa. Tetapi bagi yang tidak sukakan BN, ia adalah merupakan satu bentuk provokasi. Walaupun setengahnya menganggap ia tidaklah serius, namun ramai pula yang merasai sebaliknya.

Melalui penggunaan “dakwat tanggal” tersebut, pendirian politik seseorang penggundi itu telah boleh dibaca. Jika beliau tidak merasa apa-apa, maka besar kemungkinan beliau berpihak kepada BN. Jika beliau merasa seronok pula dengan penipuan tersebut maka sudah sahlah bahawa beliau penyokong tegar BN.

Begitulah juga sebaliknya. Jika seseorang pengundi itu berasa sedih atau sekadar tidak berpuas hati dengan berdiam diri sahaja, maka besar kemungkinan beliau ialah penyokong pembangkang. Sebaliknya, sekiranya beliau menzahirkan ketidakpuasan hatinya, maka tentulah beliau seorang penyokong tegar pembangkang.

Isu “dakwat tanggal” tersebut sebenarnya mendedahkan kepada rakyat dua implikasi penting. Pertama ia adalah manifestasi bahawa kerajaan tidak mengamalkan prinsip kejujuran. Tahap kejujuran kerajaan itu adalah terlalu rendah. Ini dibuktikan dengan tindakan menipu rakyat secara terang-terangan tanpa segan silu dan rasa bersalah.

Kalaulah di siang hari pun seseorang itu sanggup menipu, bayangkanlah apa yang dia tak sanggup buat jika di malam hari. Siang hari di sini Acik maksudkan ialah perkara-perkara yang mudah dikesan atau dibuktikan. Manakala malam hari bermaksud perkara-perkara yang tak jelas dan tersangat susah nak dibuktikan.

Jika nak diberi contoh tentulah tak terbilang banyaknya. Antaranya ialah penglibatan dalam gejala rasuah, tidak berlaku adil terhadap rakyat yang dianggap bodoh dan bla bla bla …..  Malah dalam urusan BR1M pun pada persepsi peribadi Acik ia amat meragukan kerana tiada ketelusan. (PenCERAHan :   https://4uni2c.com/2012/12/25/4uni2c12z25-br1m-2-0-dan-strategi-abu-nawas/) Cuma nak membuktikannya saja amat susah. Ia ibarat nak membuktikan bahawa lokasi yang didakwa oleh Abu Nawas sebagai pusat bumi itu adalah salah.

Implikasi yang lebih penting bagi isu “dakwat tanggal” tersebut ialah implikasi yang kedua. Penggunaan “dakwat tanggal” merupakan satu strategi bagi mendedahkan siapakah yang tidak menyokong BN. Sebagaimana yang disebut di awal tadi, seseorang yang menyokong BN tak akan marah terhadap penggunaan “dakwat tanggal” tersebut. Jauh sekali nak membantahinya.

Bagi Acik tidak menjadi kesalahan jika sekadar ingin mengenalpasti yang mana kawan yang mana lawan. Dalam sistem politik demokrasi ia membantu kedua-dua pihak, samada parti pemerintah maupun parti pembangkang, dalam usaha memenangi hati rakyat. Parti mana yang lebih berjaya memenangi hati majoriti rakyat maka parti tersebutlah yang layak diberi mandat memerintah negara.

Apa yang menjadi masalah ialah kaedah yang digunakan dan objektifnya. Jika cara yang digunakan itu ialah dengan menipu rakyat di siang hari, maka cara ini wajib dibantah. Tidak siapa pun akan setuju cara begitu melainkan penyokong-penyokong tegar pihak yang menipu ataupun rakyat yang bodoh saja.

Begitu juga, jika dengan berniat buruk terhadap rakyat sendiri, lebih baik tidak tahu siapa yang menyokong siapa. Biar BN tak tahu siapakah bukan ahli BN yang memberi undi kepada PR. Manakala PR pun tidak tahu siapakah bukan ahli PR yang memberi undi kepada BN. Pendek kata, biarlah undi itu benar-benar rahsia peribadi seseorang pengundi dan tiada siapa pun berhak mengambil tahu.

Khususnya berkaitan dengan penggunaan “dakwat tanggal” tersebut ternyata bahawa ia mempunyai niat buruk. Pihak yang dikenal pasti sebagai bukan penyokong BN cuba dianiayai. Bukan akan dipujuk supaya tertarik untuk menyokong BN tetapi diugut dengan hukuman dan kesusahan. Mereka ini dikhianati supaya menjadi iktibar kepada yang lain. Ini adalah suatu tindakan yang secara tak langsung bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Tindakan Mejar (P) Zaidi Ahmad membuat Laporan Polis terhadap penggunaan “dakwat tanggal” yang didakwa sebagai “dakwat kekal” itu tentu ada implikasinya. Ia jelas sebagai implikasi, bahawa beliau bukan penyokong BN. Malah dengan tindakan Mejar (P) Zaidi yang dianggap ekstrim itu, Acik penuh yakin bahawa beliau penyokong tegar PR.

Tapi apakah salahnya menjadi penyokong kuat PR ? Beliau sebenarnya tidak bersalah untuk menyokong mana-mana parti politik yang berdaftaor dengan ROS. Ini adalah berdasarkan prinsip demokrasi. Walaupun beliau berkhidmat dengan kerajaan, tidak bermakna beliau wajib menyokong BN.

Rakyat yang celik politik dah faham bahawa kerajaan dan BN adalah dua entiti yang berlainan. Dengan kata mudah, kerajaan ialah institusi yang menguruskan pentadbiran negara. BN pula merupakan sebuah parti politik sama seperti PAS, PKR, DAP dan lain-lain.

Berperanan sebagai parti yang menerajui kerajaan atas mandat yang diberi rakyat, bukanlah menjadikan BN itu kerajaan.  Taklah salah jika kita berkata anjing itu ialah binatang berlaki empat.  Tetapi mengatakan binatang berkaki empat itu adalah anjing tentulah tidak betul. Begitulah juga, kita boleh kata bahawa BN adalah komponen penting dalam kerajaan. Tetapi nak dakwa bahawa BN itu kerajaan adalah salah.

Institusi yang bergelar kerajaan itu terdapat beberapa komponen di dalamnya. Pertama ialah birokrasi atau jentera kerajaan. Dalam komponen ini terdapat berbagai-bagai kementerian, jabatan, badan berkanun agensi, dan lain-lain. Semua yang berkhidmat dengan institusi tersebut adalah penjawat-penjawat awam.

Penjawat awam merangkumi sejumlah besar rakyat. Mereka termasuk yang makai uniform dan yang tidak memakai uniform. Contoh penjawat awam yang memakai uniform ialah anggota tentera, polis, imigresen, maritim, kastam, bomba, jururawat dan sebagainya.

Contoh penjawat awam yang tidak memakai uniform pula ialah guru, kerani, hakim, peguam, jurutera, akauntan, doctor, malah sesiapa juga yang dibayar gaji oleh kerajaan secara tetap. Turut juga tergolong sebagai penjawat awam ialah menteri-menteri dan governor (P.Pinang dan Melaka)

Komponen kedua dalam insititusi kerajaan ialah parti-parti politik yang menyertai PRU dan mempunyai wakil masing-masing dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri. Kedua-dua pihak samada parti yang memerintah dan yang membangkang adalah penting bagi kerajaan yang berstatus demokrasi. Tanpa pembangkang maka kerajaan tersebut tidak layak lagi bergelar kerajaan demokrasi.

Komponen yang maha penting ialah rakyat. Rakyatlah sebenarnya yang memiliki kuasa pemerintahan dalam mana-mana kerajaan demokrasi. Pemimpin naik adalah dengan pilihan rakyat. “Rakyat adalah Raja” kata Ali Abd Jalil, anak Acik yang terpaksa berhijrah ke Sweden itu. Malangnya di Malaysia khususnya, rakyat rata-rata tidak tahu hak mereka dalam kerajaan demokrasi.

Hak mengundi parti mana yang beliau suka adalah hak mutlak rakyat berkenaan. Hak ini tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak. BN bukanlah kerajaan dan kerajaan juga bukan BN. Oleh yang demikian setiap penjawat awam tidak boleh dianggap sebagai barua BN. Dengan perkataan mudah, beliau tidak wajib mematuhi mana-mana arahan BN sekiranya arahan tersebut akan mencerobohi atau mengkhiati hak rakyat.

Hakikat bahawa BN bukan kerajaan dan kerajaan bukan BN itu, wajib difahami sebaik-baiknya oleh setiap rakyat terutama penjawat awam. Pemimpin-pemimpin penjawat awam tidak wajar menghalang mana-mana anak buahnya dari menyokong mana-mana parti politik yang sah di sisi undang-undang. Cuma keterlibatan mereka (anak-anak buah) saja yang wajar dipantau agar mengikuti garis panduan tertentu yang digunapakai supaya tidak sampai taksub kepada parti yang didokonginya.

Ketaksuban akan menyebabkan seseorang penjawat awam akan bias kepada partinya hingga timbul diskriminasi terhadap pelanggan-pelangannya yang berlainan parti. Misalnya seorang guru penyokong kuat BN tidak mahu mengajar muridnya kerana ia anak kepada penyokong tegar PR, ataupun sebaliknya. Sepatutnya setiap penjawat awam hendalah mengamalkan sifat berkecuali dari politik kepartian ketika memberi khidmat kepada rakyat umum. Dengan istilah lain, sentiasa mempraktikkan prinsip profesionalisma dalam perkhidmatan.

Amat malanglah seseorang penjawat awam jika bosnya merupakan individu yang buta politik demokrasi. Lebih-lebih lagi yang fanatik dalam politik hingga menganggap BN adalah sinonim bagi kerajaan. Bagi bos ini, tidak mengundi BN ditafsirkan sebagai tidak menyokong kerajaan.

Oleh sebab BN dianggapnya sebagai majikannya, maka beliau mungkin mengumpamakan penjawat awam yang tidak mengundi BN sebagai anjing yang menggigit tangan tuan yang memberi makan kepadanya. Acik tidak hairan dengan sikap bos-bos demikian. Jika dikaji latar belakkang mereka. nescaya kita akan dapati bahawa kebanyakannya adalah penjawat awam yang tidak berkalibar.

Jawatan yang disandang oleh bos seperti ini sebenarnya diperolehinya bukan berdasarkan merit (kecemerlangan) tetapi berdasarkan pengaruh politik BN. Sebagai seorang bekas penjawat awam selama 25 tahun, senario ini sangat jelas bagi Acik. Bos tak pandai buat kerja adalah perkara lumrah dalam sektor awam. Namun mereka ini sangat rapat dengan ahli-ahli politik penting BN.

Walaubagaimanapun, Acik tak nafi bahawa tak semua penjawat awam begitu. Penjawat awam yang berjaya memanjat tangga kerjaya hingga ke puncaknya berdasarkan merit, lebih berani mengatakan, “a spade is a spade”. Jika tidak berani berbuat demikian ketika masih berkhidmat pun, sekurang-kurangnya mereka telah menzahirkan keberaniannya setelah bersara.

Contohnya ialah Jeneral (B) Tan Sri Sani dan arwah Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn, Kedua-dua mereka merupakan penyokong kuat parti pembangkang setelah bersara. Malah Jeneral (B) Datuk Jaafar On pernah bertanding dalam pilihanraya menentang calon BN. Sedangkan beliau adalah adik kepada Tun Hussein On, mantan PM. Tun Hussein itu pula ialah ayahanda kepada Datuk Hishamuddin, Menteri Pertahanan sekarang.  Wajarkah mereka ini dilabel sebagai “penderhaka” atau “kacang lupa kulit” atas sebab tidak menyokong BN ? (PenCERAHan : https://4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/ )

Di sini inginlah Acik menyeru kepada mereka yang berkenaan agar mengadili Mejar (P) Zaidi dengan fikiran yang waras lagi terbuka. Maksud Acik, tanpa terkongkong dengan pengaruh politik BN semata-mata. Sebagaimana yang Acik jelaskan di atas, BN itu bukanlah kerajaan. Oleh itu yang menjadi majikan kepada Mejar (P) Zaidi bukanlah BN tetapi kerajaan.

Mereka yang mengadili kes Mejar (P) Zaidi wajar mengambil kira implikasi kepada sesuatu hukuman yang akan dikenakan ke atas beliau. Pertama, dari segi punca sebenar yang mendorong tindakan Mejar (P) Zaidi bertindak demikian. Andaikata dakwat yang didakwa oleh SPR itu benar-benar “dakwat kekal”, tak mustahilkah tidak timbul laporan tersebut dari Mejar (P) Zaidi ?

Kedua, selain dari memiliki topi (hat) penjawat awam, Mejar (P) juga memiliki topi rakyat biasa yang berhak mengundi. Semasa membuang undi sudah tentu beliau wajar memakai topi seorang rakyat Malaysia, bukan topi penjawat awam. Oleh itu jika beliau tidak berpuashati dengan SPR atau kerajaan, bantahan beliau tidak patut dianggap sebagai mewakili jabatannya atau majikannya.

Sebaliknya beliau adalah mewakili dirinya sendiri dan seluruh rakyat Malaysia yang memakai topi yang serupa dengan yang dipakainya ketika bantahan berkenaan dibuatnya di Balai Polis berkenaan. Acik sendiri mengiktiraf beliau 100% sebagai wakil Acik bagi membuat bantahan dalam bentuk sebuah Laporan Polis itu. Malah Acik penuh yakin bahawa, selain Acik seorang, lebih 50 peratus dari keseluruhan pengundi yang tidak mengundi BN dalam PRU13 itu, mengiktiraf Mejar (P) Zaidi sebagai wakil mereka bagi mengemukakan bantahan di Balai Polis berkenaan.

Ketiga, tindakan yang diambil terhadap Mejar (P) itu agak jelas bermotifkan politik bukan berdasarkan masalah disiplin beliau sebagai seorang penjawat awam. Tindakan beliau itu malah mendapat pujian dari seorang Jeneral (B) yang baru bersara. Kata beliau, Mejar (P) Zaidi adalah seorang pegawai yang berani menyatakan kebenaran. Kebetulan, beliau sendiri pernah menjadi bos kepada Mejar (P) Zaidi.

Jeneral (B) tersebut adalah rakan sekelas Acik masa di tingkatan empat dan lima dahulu.  Mengikut pandangan peribadi beliau, adalah satu kerugian yang besar bagi TUDM sekiranya Mejar (P) Zaidi dipecat. Sebagai seorang bekas juruterbang jet pejuang yang memakai pangkat 3 bintang di bahu menjelang persaraannya, Acik kira beliau amat layak membuat penilaian tersebut. Menghasilkan seorang juruterbang jet pejuang bukanlah semudah menghasilkan pilot MAS atau AirAsia.

Implikasi lain yang juga perlu diambilkira sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman ke atas Mejar (P) Zaidi ialah persepsi rakyat terhadap kerajaan Malaysia amnya dan terhadap TUDM khususnya. Rakyat rata-rata melihat tindakan yang dikenakan ke atas Mejar (P) itu sebagai tindakan politik semata-mata. Ia lebih memenuhi cita rasa dan selera BN, bukan demi keadilan untuk rakyat seluruh Malaysia amnya dan terhadap Mejar (P) Zaidi khususnya.

Itu persepsi seluruh rakyat jelata. Bagaimana pula dengan persepsi seluruh anggota tentera amnya dan anggota TUDM khususnya. Jika Mejar (P) Zaidi hanyalah seorang anggota biasa saja dalam TUDM mungkin pengaruhnya boleh diabaikan. Tetapi Mejar (P) Zaidi adalah seorang yang agak tinggi pangkatnya. Sudah tentulah ratusan malah mungkin ribuan anggota lain yang kenal dengan beliau.

Tidak kiralah samada mereka yang kenal dengan Mejar (P) Zaidi itu semasa sama-sama memakai topi penjawat awam (TUDM) ataupun ketika salah seorangnya tidak lagi memakai topi penjawat awam, ataupun ketika sama-sama memakaikan topi rakyat biasa. Asalkan mereka kenal dengan Mejar (P) Zaidi sebagai seorang individu baik yang bakal teraniaya, mereka akan mencurahkan rasa simpati masing-masing dengan cara tersendiri.

Persepsi massa terhadap isu ini tidak wajar dipandang remeh oleh mereka yang mengendalikan perbicaraan ke atas Mejar (P) Zaidi. Persepsi negatif akibat hukuman yang dilihat sebagai tidak adil terhadap Mejar (P) Zaidi nanti, mampu menjejaskan imej negara dan TUDM amnya dan sistem penghakiman negara khususnya. Seterusnya ia pasti menjejaskan usaha Malaysia ke arah mencapai wawasan 2020 sebagaimana yang diwar-warkan.

Wallahualam.

 

 d  a  u  l  a  t      r  a  k  y  a  t    !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

 

Major Zaidi # 03 : Membiakkan Kura-Kura Dalam Semak https://4uni2c.com/2015/01/15/major-zaidi-03-membiakkan-kura-kura-dalam-semak/

Mejar (P) Zaidi # 01 Icon PRU 13   https://4uni2c.com/2014/10/18/major-p-zaidi-01-icon-pru-13/

SPR : Penipu atau Tertipu ?  https://4uni2c.com/2013/05/05/4uni2c-13505-spr-penipu-atau-tertipu

SPR : Do Not Blame The Mirror For Your Bad Image : https://4uni2c.com/2013/06/03/4uni2c-13602-spr-do-not-blame-the-mirror-for-your-bad-image/

 

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

@ OPajar (# 14Y04)

Ali’s SAGA # 06 Individu “Yang Berfikir”

•2014-10-31 • Leave a Comment

(Terbitan 2014.10.30)

🇲🇾 Ali adalah anak Acik (Ayah/Abang+cik) yang ke-6. Ahmad merupakan anak yang ke-5 dan beliau adalah saudara kembar kepada Ali .Kedua-dua mereka ini dilahirkan ke dunia sementara ini tidak berapa lama selepas Acik sekeluarga pulang ke Malaysia dari Makkah.

Berbanding dengan saudara-saudara kandung yang lebih tua dari mereka, Ali dan Ahmad agak perlahan dalam pelajaran. Jika keempat-empat saudara tua mereka berjaya mencapai gred A bagi semua mata pelajaran dalam UPSR, Ali dan Ahmad hanya mampu meraih 4A 1B saja.

Begitu juga bagi PMR. Walaupun kesemua saudara tua mereka berjaya menempah gred A bagi semua mata pelajaran, namun Ali dan Ahmad tidaklah cemerlang macam mereka. Agaknya itu sebabnya kedua-dua mereka tidak sanggup untuk terus belajar di Sekolah Menengah Agama Madhad Muhammadi Kota Bharu, Kelantan hingga ke tingkatan lima.

Selepas PMR, Ali dan Ahmad bertukar ke sekolah lain. Ahmad masuk ke Sek Menengah Teknik, Pengkalan Chepa, Kelantan. Manakala Ali pula memilih Sekolah Menengah St. Mark’s, Butterworth. Sekolah pilihan Ali itu adalah sekolah di mana Acik menuntut dahulu, iaitu dari tingkatan peralihan hingga ke tingkatan tiga. Di sekolah inilah Acik dan Ali mula belajar bergaul dengan pelajar-pelajar bukan Melayu.

Sementara menunggu keputusan SPM, Ali bekerja dengan sebuah restoren di Lapangan Terbang Kota Bharu. Ali tidak beroleh pendapatan yang lumayan. Namun itu tidak berapa penting baginya. Yang lebih penting bagi Ali ialah pengalaman berkerja dan peluang berkenalan dengan berbagai jenis manusia.

Sepanjang tempoh bekerja di restoren itulah Ali berpeluang berkenalan dengan rakyat terutama dari kelas atasan dan pertengahan. Mereka inilah yang kerap berulang alik ke Kuala Lumpur melalui lapangan terbang tersebut. Ali berpeluang memerhati siapakah yang dikata individu-individu penting dalam masyarakat. Siapa datuk dan siapa cucu-cucunya.

Bila mendapat keputusan SPM, Ali ditawarkan tempat belajar di Politeknik Sabah. Ali pun ke Sabah. Tetapi belum sempat mendaftarkan diri di Poli tersebut, Ali diberitahu bahawa Kolej Profesional MARA Sri Iskandar, Perak pun menawarkan tempat kepadanya.. Ali segera kembali dari Sabah lalu mendaftarkan dirinya di kolej tersebut.

Pengalaman belajar di kolej tersebut bukanlah sesuatu yang manis buat Ali. Ali macam tidak boleh terima hakikat bahawa beliau boleh gagal subjek Agama Islam. Sedangkan beliau adalah keluaran sekolah menengah agama yang sangat tersohor di Kelantan.

Kononnya, akibat dari kegagalan itulah maka Ali mulai hilang minat untuk belajar. Mungkin Ali merasa ada sesuatu yang tak kena dengan pengurusan kolej tersebut dan beliau adalah mangsanya. Akhirnya Ali mengalah. Dalam diam-diam Ali meninggalkan kolej tersebut.

Acik tidak tahu bahawa Ali telah berkerja di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur hinggalah selepas beberapa bulan kemudian. Pengalaman bekerja di hotel tersebut amat bermakna untuk Ali. Ia mendedahkan Ali kepada realiti kehidupan golongan elite negara yang mungkin tidak pernah terlintas di dalam imiginasi kebanyakan kita.

Rezeki yang diperolehi Ali ketika bekerja di hotel berkenaan agak lumayan walaupun tanpa kelulusan tinggi. Namun apa yang penting bukanlah pendapatan lumayan itu. Yang penting ialah tentang pendedahan Ali terhadap aktiviti-aktiviti sosial golongan atasan itu, yang sering diadakan di hotel mewah tersebut.

Apa yang Ali saksikan itu tentulah perkara-perkara yang agak sensitif bagi kebanyakan orang yang berpendidikan sekolah agama seperti beliau. Misalnya, memerhatikan perlakuan yang tidak senonoh oleh individu-individu yang sepatutnya memelihara kesucian agama. Semua itu mungkin telah membuat Ali rasa betapa bodohnya memperhambakan diri kepada golongan maknusia seperti mereka itu.

Soalan Ali yg belum terjawab

Ali pernah bertanya, “apakah sumbangan golongan itu ke arah pembangunan negara amnya, dan terhadap kemajuan bangsa Melayu sendiri khususnya ?”

Bagi Acik, Ali tidak berhak mengemukakan soalan sedemikian. Manakala Acik pula tidak layak untuk memberinya sebarang jawapan. Yang berhak bertanya serta layak memberi jawapannya ialah PM, AP, Jemaah Menteri, MB, Mufti, eksko-eksko negeri, ADUN dan pemimpin-pemimpin penting lain dalam politik. Sebabnya ialah kerana segala kuasa adalah di dalam gengaman mereka. Jadi merekalah yang bertnggungjawab membetulkan segala yang salah, menambah segala yang kurang.

Rakyt biasa seperti Ali dan Acik hanyalah layak berdiam diri semata-mata. Jenerasi Acik sudah lama memahami persoalan tersebut. Hanya Ali dan jenerasinya saja yang mungkin kurang mengerti tentang hak dan tanggungjawap masing-masing. Inilah yang membuat beliau tidak berpuashati dengan realiti yang terjadi di hadapannya..

Apabila saudara kembarnya (Ahmad) disabitkan dengan keslahan menghina pihak istana lalu dihukum denda RM20 ribu, Ali makin ketara membantah terhadap pihak berkenaan. Sebagai ibu bapanya, Acik dan ibu Ali memang tidak suka Ali mempertikai isu tersebut. Namun kami tidak mampu menyekat apa yang Ali nak tulis di atas laman sosialnya (facebook) dalam internet. Malah, apa yang beliau tulis pun banyak yang kami tidak maklumi.

Bila Ali dituduh dan didakwa, maka Acik dan ibu Ali hanya mampu membuat tanggapan buta (blind presumption) saja bahawa beliau memang wajar didakwa. Tentang detail kesalahannya dan seberat mana kesalahan yang menyebabkan Ali berhak didakwa, wallahualam kami pun tak tahu.

Samalah seperti masa Ahmad diheret ke Johor Bahru oleh Polis Johor dahulu. Apa kesalahan yang Ahmad dituduh lakukan pun kami tak tahu. Selepas mengikuti proses perbicaraan ke atasnya di mahkamah, maka barulah kami mulai faham tentang kesalahan yang Ahmad dituduh telah melakukannya itu.

Apa pun, sebagai seorang ayah dan ibu kandung kepada Ali, kami sekarang wajar berdoa yang terbaik untuk Ali. Mudah-mudahan nasib Ali tidaklah seburuk nasib Ahmad dahulu. Ahmad dikira bernasib baik sebab ketika dia didenda RM20 ribu, keluarga Acik masih mampu melunaskan denda tersebut. Jika tidak, maka 6 bulanlah Ahmad terpaksa merengkuk di dalam penjara. Tetapi untuk Ali nasibnya belum tentu lagi bagaimana,

Apa yang berlaku terhadap Ali sekarang sebenarnya agak memeranjatkan juga Acik. Selama ini Ali mempamirkan kepada Acik sifat yang lemah berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain. Hingga Acik pun pernah bimbang, takut-takut Ali mengalami perasaan hina diri (inferiority complex). Ini kerana beliau agak ketinggalan dalam pelajaran, tidak seperti saudara-saudara kandungnya yang lain.

Kini barulah terbukti bahawa Ali tidaklah selemah yang disangkakan. Rupa-rupanya Ali juga adalah seorang individu “yang berfikir”. Apa yang difikirkan Ali bukan untuk kepentingan dirinya semata-mata. Sebaliknya beliau berfikir bagaimana hendak mecetuskan angin perubahan yang mampu memberi kelegaan kepada semua rakyat Malaysia. Untuk itu maka beliau sangat peka dengan apa yang sedang belaku di keliling pinggangnya.

Penglibatan Ali dalam pelbagai aktiviti sosial secara sukarela mungkin telah membuat Ali bertambah peka dan lebih berfikir. Penderitaan rakyat marhain yang Ali dan gengnya sering tolongi mungkin juga penyebab beliau merasa kecewa dengan situasi semasa. Ali befikir bukan sekadar menggunakan otak sahaja, malah beliau turut menggunakan hati dan perasaannya sekali.

Selingan 1 :

Kemewahan Istana Malaysia.

Natijahnya, apa yang Ali fahami dan rasai, mungkin tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu menghayatinya. Jadi, tidak hairanlah jika tidak ramai rakyat Malaysia (termasuk Acik sendiri) yang pandai menilai dan menghargai apa sebenarnya yang Ali dan kawan-kawannya sedang perjuangkan.

Yang pandai menilai dan menghargai tindakan Ali dan gengnya itu hanyalah rakyat “yang berfikir” seperti mereka. Persepsi kebanyakan rakyat “yang berfikir” ini saja yang mungkin masih positif terhadap tindakan Ali . Cuma masing-masing mungkin belum berani menzahirkan sokongannya secara terbuka, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Demi menempah kemajuan dan kejayaan, negara memerlukan rakyat “yang berfikir”. Walaupun golongan “yang berfikir” ini agak susah untuk ditangani, namun di kalangan merekalah yang akan lahir bakal-bakal pemimpin masa hadapan negara. Sejarah telah membuktikan bahawa ramai individu yang pada peringkat awalnya dianggap sebagai penentang, tetapi akhirnya menjadi penyokong, malah pendokong kuat kepada pihak atau institusi yang ditentanginya dahulu.

Antaranya sebagai contoh ialah Saidina Omar al Khattab r.a., Khalid Inu Walid, Nelson Mandela, DSAI dan ramai lagi. Mudahan-mudahan Ali, Adam Adli, Safwan Anang, Khalid Ismath, Ahmad Abd Jalil, Fahmi Zainol dan rakan-rakan rapat mereka yang lain akan mencontohi tokoh-tokoh tersebut.

Wallahualam 🌺

Selingan 2 :

The Thinking Muslim

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysia-needs-thinking-muslims-says-activist-ahmad-farouk-musa

d a u l a t 4 r a k y a t !

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Ali’s SAGA # Index : http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/04/alis-saga-index/
Ali’s SAGA # 05 Berhijrah ke Sweden https://4uni2c.com/2014/10/25/alis-saga-05-berhijrah-ke-sweden/
Ali’s SAGA # 01 Ali adalah manifestasi jenarasinya https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/
Adam Adli’s SAGA #101 Apakkah Yang Adam Adli Mahu ? https://4uni2c.com/2013/05/24/adam-adlis-saga-101-apakah-yang-adam-adli-mahu/
Mejar (P) Zaidi # 01 Icon PRU 13 https://4uni2c.com/2014/10/18/major-p-zaidi-01-icon-pru-13/

Blog utama ⬇️ www.4uni2c.com

@ OPajar (# 14X31)

Ali’s SAGA # 05 : BerHIJRAH Ke Sweden

•2014-10-26 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Ali berhijrah ke Sweden

🇲🇾 Hari ini (2014Oktober25) adalah hari pertama bagi tahun Hijarah 1436. Ramai umat Islam menyambut tahun Hijrah dengan riang gembira. Mereka yang tahu telah membaca doa sempena akhir tahun hijrah 1345 selepas solat Asar semalam (24 Okt 2014). Kemudian selepas solat magrib membaca pula doa menyambut tahun Hijrah 1346..

Bagi Acik (Ayah/Abang+cik) inilah pertama kalinya Acik membaca kedua-dua doa tersebut sepanjang hidup Acik. Seorang anak bekas Menteri Malaysia telah bermurah hati mengirim doa-doa tersebut kepada kumpulan WhatsApp kami. Terima kasih tak terhingga kepada beliau. Kerana kiriman beliau itulah maka Acik rasa terdorong untuk membacanya.

Kadang-kadang sesuatu yang jarang-jarang berlaku itu, bila ianya berlaku maka akan adalah sesuatu implikasi yang menarik. Begitulah dengan hal yang berlaku seperti yang disebut di atas. Rupa-rupanya ia menandakan sesuatu kejadian penting telah berlaku kepada Ali, anak Acik yang baru didakwa di bawah Akta Hasutan itu.

Petang tadi seorang sepupu Acik menalipon Acik bertanyakan tentang Ali. Katanya beliau terbaca berita tentang Ali di dalam Malaysiakini. Agak terkejut juga Acik (Ayah/Abang+cik) mendapat tahu bahawa Ali kini telah berada di luar negara. Khabarnya, Ali telah berjaya meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke Sweden.

Selingan:

Ali berhijrah ke Sweden selepas didakwa beberapa kali di bawah Akta Hasutan 1948

http://www.malaysiakini.com/news/278586

Panggilan telefon dari sepupu Acik itu sangat melegakan hati Acik. Beliau adalah seorang Warga Emas Malaysia yang pernah berkhidmat lama di luar negara. Oleh itu apa yang diperkatakan beliau tentang negara luar, tidaklah meragukan Acik. Lebih-lebih lagi tentang negara Sweden yang tidak berapa jauh dari negara di mana beliau pernah berkhidmat dahulu, selama beberapa tahun.

Dengan mengambil nasihat dari sepupu yang menalifon Acik itu, Acik rasa eloklah Ali berhijrah ke negara lain. Jika Ali sendiri sudah merasa bahawa Malaysia bukan lagi tempat yang selamat untuknya, maka apa salahnya beliau meninggalkan Malaysia. Kalau tidak untuk selama-lamanya pun, sekurang-kurangnya biarlah untuk seketika.

Mungkin ramai orang dah tahu bahawa Ali ini adalah saudara kembar kepada Ahmad Abd Jalil. Ahmad adalah seorang anak muda yang pernah dijatuhi hukuman denda RM20 ribu oleh Mahkamah Johor Bahru tidak berapa lama dahulu. Ahmad kini sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat PhD. Sebagai saudara kembar yang sangat rapat dengan Ahmad, maka sudah tentulah Ali telah mengikuti perbicaraan Ahmad dahulu dengan penuh minat, dari A hingga Z.

Apa yang diperlakukan terhadap Ahmad telah membuat Ali sangat tidak berpuashati dengan pihak-pihak tertentu. Beliau seolah-olah ingin menuntut bela ke atas saudara kembarnya itu dengan caranya sendiri. Cara Ali itu mungkin semua orang tak boleh setujui, namun motif tindakannya itu mungkin ramai yang boleh setuju.

Demikianlah juga, mungkin semua rakyat tidak boleh setuju dengan tindakan yang dilakukan oleh anak muda yang bernama Adam Adli suatu ketika dahulu. Namun ramai dari rakyat yang boleh setuju dengan objektif yang ingin dicapai oleh beliau melalui tindakan salahnya itu. Bila tiada lagi jalan alternatif yang “legal”, maka jalan yang salah itu bukanlah suatu pilihan tetapi suatu keterpaksaan. PenCERAHan : https://4uni2c.com/2013/05/24/adam-adlis-saga-101-apakah-yang-adam-adli-mahu/

Di zaman kegemilangan kesultanan Melaka dahulu, mungkin semua rakyat Melaka tak setuju dengan cara Hang Jebat menderhaka terhadap Sultan. Namun ramai yang mungkin setuju bahawa hukuman bunuh ke atas Hang Tuah adalah justifikasi yang munasabah kenapa Hang Jebat sanggup menderhaka. Seluruh rakyat tahu bahawa hubungan persahabatan Hang Jebat dengan Hang Tuah adalah tersangat akrab hinggakan “seperti isi dengan kuku”. Isi tentulah kesakitan jika kuku dipisahkan darinya.

Jika nak dibandingkan tindakan Ali menuntut bela dengan tindakan Hang Jebat menuntut bela, tentulah amat jauh perbezaannya. Kata pujangga, “macam langit dengan bumi”. Hingga ke saat ini pun, masih belum ada seorang pun yang terbunuh akibat Ali menuntut bela ke atas saudara kandungnya Ahmad. Bukan saja tiada yang terbunuh dilaporkan, malah yang teguris pun tiada. Sedangkan yang dibunuh oleh Hang Jebat adalah ramai.

Walaupun Ali tidaklah sampai mencederakan sesiapa, namun layanan yang diterimanya semasa dalam tahanan Polis adalah amat mengecewakan beliau. Layanan tersebut tidak setimpal langsung dengan kesalahan yang beliau dituduh melakukannya. Layanan tersebut mungkin telah membuat beliau benar-benar insaf.

Keinsafan Ali bukanlah bererti beliau menyesal dengan apa yang telah beliau lakukan. Sebaliknya, Ali insaf kerana telah memberi kepercayaan kepada sistem pengadilan di Malaysia sebelum ini. Namun, kini Ali mungkin telah serik. Beliau mungkin telah hilang seluruh keyakinan tehadap kredibiliti Mahkamah Malaysia. Dengan lain perkataan, Ali melihat bahawa mahkamah di Malaysia tidak mampu lagi menjanjikan apa-apa keadilan untuknya.

Kerana telah berputus asa agaknya dengan sistem pengadilan di Malaysia, maka Ali kini telah meninggalkan negara tempat tumpah darahnya sendiri. Atas faktor (berputus asa) tersebut, maka tidak ada gunanya lagi untuk memujuk Ali supaya kembali ke Malaysia. Biarlah Ali menikmati ketenangan hidup di negara orang, sekiranya negara sendiri gagal menyediakan ketenangan yang diimpikannya.

Sama-samalah tolong doakan agar usaha Ali untuk mendapat suaka politik akan berjaya. Juga sama-sama tolong doakan agar suasana yang kondusif untuk keselamatan setiap rakyat berjaya diwujudkan di Malaysia. Mudah-mudah dengan wujudnya suasana kondusif tersebut Ali dan juga semua warga negara Malaysia yang senasib dengannya tidak akan teragak-agak untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta masing-masing, di Malaysia.

Selingan 2 :

Konsi Gelap Mengancam Keselamatan Ali :

https://www.youtube.com/watch?v=taJ288mimWo

p/s

Acik baru dimaklumkan bahawa seorang pegawai Polis dari Johor telah cuba menghubungi peguam kepada Ali. Ini telah menimbulkan spekulasi bahawa Ali mungkin akan diheret semula ke Johor Bahru untuk didakwa dan dibicarakan. Mungkin apa yang dilakukan terhadap saudara kembarnya (Ahmad) dahulu akan diulangi ke atas Ali pula. Malah nasib Ali nanti mungkin akan lebih buruk dari nasib Hang Jebat.

Masa Ali dibebaskan dari tahanan Polis di Balai Polis Nusajaya (Johor) dahulu, kami dijanjikan dengan dua kemungkinan. Pertama Ali akan terus dibebaskan. Keduanya Ali akan didakwa. Kami difahamkan bahawa, jika sekiranya sehingga 2014 Oktober 13 dakwaan terhadap Ali tidak dibuat, maka bermakna Ali akan terus dibebaskan.

Apakah itu satu “Janji diTEPATI” atau “Janji diCAPATI”, ianya belum dapat disahkan setakat ini.

Wallahualam.

d a u l a t r a k y a t !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Ali’s SAGA # Index : http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/04/alis-saga-index/
Ali’s SAGA # 01 Ali adalah manifestasi jenarasinya https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/
Ahmad’s SAGA #019 Mengapa BerHIJRAH ? https://4uni2c.com/2013/02/04/ahmads-saga-019-mengapa-berhijrah/
Ahmad’s SAGA #201 A Catalyst of Change https://4uni2c.com/2012/12/24/ahmads-saga-201-a-catalyst-of-change/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: www.4uni2c.com

@ OPajar (# 14X26)

Mejar (P) Zaidi # 01 : Icon PRU 13

•2014-10-18 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

mejar zaidi icon pru 13

Pada malam 13 hb Oktober yang lepas, Acik (Ayah/Abang+cik) berpeluang makan malam semeja dengan Mejar (P) Zaidi Ahmad. Acik diperkenalkan kepada Mejar (P) Zaidi oleh Ayahanda Halim (ayahanda kepada adik Adam Adli). Kami makan di Restoren Amjal yang letaknya tidak jauh dari Masjid al Rahman di luar pintu utama Universiti Malaya.

Mejar (P) Zaidi ini jika nak dikirakan, adalah berpangkat adik dengan Acik. Ini kerana berdasarkan umur, beliau jauh lebih muda dari Acik. Jika Acik juga seorang anggota TUDM macam beliau, maka Acik bolehlah dianggap sebagai “super senior” kepada beliau dalam perkhidmatan.

Apa yang Acik tahu tentang perkhidmatan sebagai seorang tentera ialah umur pencennya agak muda. Ia bergantung kepada pangkat yang disandang. Bagi yang berpangkat rendah umur pencen wajibnya tidak melebihi 45 tahun. Bagi yang berpangkat Mejar ke atas pula umur pencennya mungkin lebih dari 45 tahun. Apa pun, umur pencen bagi anggota tentera tidak sama dengan anggota Polis. Bukan semua anggota tentera statusnya tetap dan berpencen.

Walaubagaimanapun bagi seorang yang berpangkat Jeneral pula, umur pencen wajibnya adalah 60 tahun. Ini bermakna, beberapa orang rakan sebaya Acik yang berpangkat Jeneral sudah tentu telah berpencen wajib semuanya. Antaranya ialah seorang “class mate” Acik ketika di tingkatan empat dan lima dahulu. Beliau pencen sebagai seorang Jeneral 3 bintang dalam TUDM.

Mengikut Mejar (P) Zaidi, rakan sekelas Acik itu pernah menjadi boss beliau suatu ketika dahulu. Oleh itu jika ada “rezeki” bolehlah Acik korek sikit maklumat relevan dari beliau mengenai bekas anak buahnya ini. Entahlah kut-kut beliau dah lupa akan bekas anak buahnya ini. Ataupun mungkin juga beliau akan dihalang oleh Akta Rahsia Rasmi lalu enggan mendedahkan apa-apa maklumat yang relevan.

Sementara belum mendapatkan maklumat terpeinci mengenai Mejar (P) Zaidi Ahmad, Acik rasa memadailah sekirannya Acik sebut dulu apa-apa yang Acik dah tahu tentang diri beliau setakat ini. Tujuan Acik ialah bagi menjustifikasikan gelaran yang Acik beri kepada Mejar (P) Zaidi iaitu sebagai “Icon PRU 13”. Acik percaya, majoriti rakyat Malaysia yang membuang undi pada PRU 13 dulu tentu ingin tahu issu yang dicetuskan “Icon PRU 13” tersebut.

Bagi mereka yang belum tahu, Mejar (P) Zaidi ini ialah seorang anggota TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia). Beliau kini sedang menjalani tempoh perbicaraan di Mahkamah Tentera (Court Martial), berkaitan dengan masaalah disiplin ketenteraan. Jika disabit dengan kesalahan tersebut, maka beliau mungkin akan kehilangan kelayakan pencen beliau sebagai seorang penjawat awam. Nauzubillah, mudah-mudahan nasibnya tidaklah seburuk itu. Sama-sama kita doakan untuk beliau.

Sebenarnya yang Acik tahu, apa yang menjadi punca utama Mejar (P) Zaidi dikenakan tindakan demikian adalah PRU 13. Kerana sangat tidak berpuashati dengan PRU 13 dahulu, maka beliau telah membuat suatu laporan Polis. Perkara yang dilaporkan beliau ialah tentang dakwat yang digunakan semasa PRU 13 itu. Dakwat yang diwar-warkan SPR berstatus “dakwat kekal” sebelum PRU 13, tiba-tiba bertukar statusnya menjadi “dakwat tanggal” semasa PRU 13.

Apakah kita yang turut sama dicalit jari telunjuk kiri masing-masing dengan sejenis dakwat, sebelum membuang undi dalam PRU 13 itu tak perasan apa-apa ?   Bagi pengundi-pengundi lain entahlah. Tetapi Acik sendiri, memang Acik perasan sepertimana yang Mejar (P) Zaidi telah dapat kesan, sebaik selepas membuang undi duhulu. Cuma reaksi Acik taklah seberani Mejar (P) Zaidi yang memang berjiwa kental.

Di sini Acik ingin memberi tabik (salute) spring kepada Mejar (P) Zaidi di atas keberanian beliau menegaskan bahawa, “a spade is a spade”. Bukan sekadar berkata demikian, malah berani pula membantah terhadap pihak berkuasa yang cuba menegakkan benang basah dengan mendakwa bahawa “a spade and a hoe is the same thing”. Bantahan tersebut dirakamkan beliau dalam bentuk sebuah Laporan Polis. “Syabas !” Acik ucapkan kepada Mejar (P) Zaidi. “Anda adalah wira negara yang tulen !”

Sewajarnyalah seorang pewira itu dinilai berdasarkan keberanian yang dimilikinya. Keberanian yang bernilai itu bukanlah keberanian sembarangan. Akan tetapi ia adalah keberanian menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil. Bak kata pujangga Melayu, “berani kerana benar, takut kerana salah”.

Jika bilangan yang ditipu itu adalah ribuan malah jutaan orang, tiba-tiba yang sanggup menzahirkan bantahan terhadap penipuan tersebut hanya beberapa kerat sahaja, bukankah mereka ini tergolong orang yang berani kerana benar ? Nampaknya Mejar (P) Zaidi adalah termasuk orang yang berada di dalam golongan ini. Malu rasanya Acik jika sekiranya tidak turut sama berada dalam golongan tersebut.

Ya, Acik juga terasa agak malu kerana tidak termasuk golongan “berani kerana benar” tersebut. Cuma yang mampu mengurangkan sedikit rasa malu tersebut ialah satu reaksi yang Acik zahirkan selepas PRU13 itu. Ia adalah juga satu bantahan terhadap penipuan yang sama, Namun, ia hanyalah dalam bentuk sebuah PenCERAHan dalam blok Acik bertajuk “SPR : Penipu atau Tertipu. Sila klik, https://4uni2c.com/2013/05/05/4uni2c-13505-spr-penipu-atau-tertipu

Keberanian yang ditunjukkan oleh Mejar (P) Zaidi itu sangat mengkagumkan banyak pihak. Bagi Acik, dalam ketamadunan manusia, individu-individu tertentu yang menempah sejarah bolehlah diumpamakan sebagai icon (disebut aikon). Contohnya, Hang Tuah adalah icon dalam aspek ketaat-setiaan yang tidak berbelah bagi seorang rakyat kepada rajanya. Bendahara Tun Perak pula adalah icon seorang pentadbir negara yang bijaksana.

Dalam kisah “Singapura Dilanggar Todak”, Hang Nadim adalah icon kanak-kanak pintar. Dengan kepintaran beliau itu maka nyawa ramai perajurit telah dapat diselamatkan. Selain dari itu beliau bolehlah juga dianggap icon mangsa kezaliman pemimpin-pemimpin yang bodoh lagi sombong. Demi menjaga kuasa, akibat takut direbut oleh kanak-kanak pintar itu maka sanggup dibunuh kanak-kanak tersebut.

Jika di zaman dahulu sudah ada icon mangsa kepada pemerintah yang takut kehilangan kuasa, di zaman IT sekarang pun ini pun apa kurangnya. Mungkin juga DSAI bakal menjadi icon mangsa kepada pemerintah sekarang yang juga takut akan kehilangan kuasa. Sama-sama kita tunggu dan lihat keputusan Mahkamah Persekutuan di hujung bulan Oktober nanti.

Mejar (P) Zaidi juga mungkin icon kedua selepas DSAI, secara tidak langsung. Cuma beliau tidaklah sehebat DSAI. Namun kedua-dua mereka adalah dianggap icon individu-individu yang menggugat parti yang sedang memegang kuasa memerintah negara. Oleh sebab itu “by hook or by crook” mereka mestilah awal-awal lagi ditendang keluar dari pestas politik tanah air.

Semasa Acik berbual dengan Mejar  (P) Zaidi pada malam itu, Acik sempat bertanya beliau tentang kesnya. Mengikut beliau, pihak pendakwaan nampaknya akan tetap mengenakan juga hukuman ke atas beliau, walau dengan apa cara sekali pun. Oleh kerana itu, beliau terpaksalah bersedia untuk menerima apa saja bentuk hukuman yang akan ditimpakan terhadapnya. Begitulah hakikatnya berlawan dengan pihak yang lebih gagah yang diibaratkan sebagai durian. “ Digelek luka, menggelek pun luka”

Acik boleh faham kenapa Mejar (P) Zaidi berasa demikian. Pengalaman yang dilalui oleh Ahmad Abd Jalil (anak ke-5 Acik) sebelum ini membuat Acik turut terasa apa yang sedang dirasai oleh Mejar (P) Zaidi itu. Ahmad dahulu telah dituduh menghina Sultan Johor dalam laman sosial Facebook yang dipercayai miliknya. Sesiapa juga yang mengikuti perbicaraan ke atas Ahmad dari awal hingga akhir akan berpendapat bahawa bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak cukup untuk menghukum Ahmad sebagai bersalah. Namun Ahmad tetap juga dihukum denda RM20 ribu.. .

Acik tidak akan hairan jika Mejar (P) Zaidi dihukum sebagai bersalah di akhir perbicaraan ke atasnya itu nanti. Namun Acik tetap berdoa agar beliau dimaafkan dan dibebaskan dari dakwaan terhadapnya itu. Pendirian Acik bahawa Mejar (P) Zaidi tak wajar disabitkan dengan kesalahan tersebut adalah berdasarkan beberapa faktor.

Faktor pertama ialah, bantahan yang dizahirnya itu adalah sesuatu yang sangat munasabah lagi wajar. Apa yang dibantahkan oleh Mejar (P) Zaidi itu adalah perkara yang tak sepatutnya dilakukan terhadap rakyat. Bagi rakyat yang lemah serta takut seperti Acik ini, tentu ia mengalu-alukan tindakan berani beliau itu. Mudah-mudahan dengan tindakan tersebut, kerajaan akan sedar bahawa tak semua rakyat redha ditipu oleh pemerintah.

Faktor kedua ialah factor kemanusiaan sejagat. Sebagai seorang ayah yang masih bertanggungjawab menyara hidup ahli keluarga, Mejar (P) Zaidi masih lagi perlu kepada pekerjaannya sekarang. Beliau masih lagi bergantung hidup kepada kerjayanya sebagai seorang pegawai TUDM yang bergaji tetap dan berpencen.

Fakktor ketiga adalah kerugian kepada negara amnya dan kepada TUDM khususnya. Kemahiran Mejar (P) Zaidi sebagai juruterbang jet pejuang sangatlah penting untuk negara kita. Bukan mudah untuk mencari individu yang ditakdirkan Allah memiliki segala ciri-ciri dan tahap kesihatan yang melayakkan beliau menjadi seorang juruterbang jet pejuang.

Bagi pesawat komersial Acik masih percaya bahawa calon bakal-bakal pilot adalah jauh lebih mudah dijumpai. Malah ramai yang ada lesen memandu pun masih juga menganggur. Tetapi bagi pilot jet pejuang, individu yang layak sangatlah kurang. Jadi bukan senang untuk mendapatkan pengganti bagi Mejar (P) Zaidi, jika beliau dipecat (P) nanti.

Oleh yang demikian sekadar sebagai seorang rakyat Malaysia yang dhaif, inginlah Acik mendoakan buat Mejar (P) Zaidi. Doa Acik ialah agar Allah akan melembutkan hati-hati individu dan institusi pengadilan agar melepaskan beliau. Sekiranya beliau disabitkan juga dengan kesalahan, biarlah hukuman tersebut tidak zalim terhadap beliau, hingga nasib masa hadapannya dan keluarganya punah ranah.

Sesungguhnya semua rakyat yang membuang undi pada PRU 13 itu ada menyaksikan bahawa dakwat yang digunakan bagi PRU 13 adalah “dakwat tanggal”. Ia bukannya “dakwat kekal” sebagaimana yang diwar-warkan SPR menjelang PRU 13 dahulu. Acik percaya ramai dari pengundi-pengundi tersebut bersedia menjadi saksi bagi perbicaraan Mejar (P) Zaidi jika dipanggil bagi membantu perbicaraan.

Untuk kebaikan sistem pengadilan, saksi wajiblah jujur ketika memberi kesaksian. Menberi kesaksian yang salah merupakan satu kesalahan besar di sisi agama. Begitulah juga di sisi undang-undang yangmana ia diistilahkan “perjury”

Tindakan SPR menipu pengundi itu adalah merupakan satu provokasi yang wajar menerima hukuman yang setimpal. Sebagai sebuah negara demokrasi yang bermaruah, penipuan seperti itu memang di luar imaginasi seluruh pengundi di seluruh dunia. Oleh itu apa yang telah berlaku pada PRU 13 itu adalah sesuatu yang amat memalukan negara di kacamata dunia.

Bagi Acik, kejadian tersebut adalah manifestasi tahap pemikiran rakyat yang masih terlalu rendah. Jika tidak, masakan mereka berjaya ditipu hidup-hidup, secara terang-terangan di siang hari. Jika beginilah tahap pemikiran rata-rata rakyat Malaysia, bolehkah kita mencapai tahap kemajuan sepertimana yang diaspirasikan dalam Wawasan 2020 ?

Selingan :

Akibat bercakap benar

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mejar-zaidi-terpaksa-bayar-harga-mahal-kerana-bercakap-benar

Wallahualam.

d  a  u  l  a  t       r  a  k  y  a  t     !

 

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

 

Major Zaidi # 03 : Membiakkan Kura-Kura Dalam Semak https://4uni2c.com/2015/01/15/major-zaidi-03-membiakkan-kura-kura-dalam-semak/

Major Zaidi # 02 Mangsa POLITIK Yang Berhak Dibela :   https://4uni2c.com/2014/11/03/major-zaidi-02-mangsa-politik-yang-berhak-dibela/

Yang Dihukum Tidak Mestinya Bersalah : https://4uni2c.com/2013/10/22/ahmads-saga-027-yang-dihukum-tidak-mestinya-bersalah/

Apa Yang Adam Adli Mahu ?  https://4uni2c.com/2013/05/24/adam-adlis-saga-101-apakah-yang-adam-adli-mahu/

 

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

 

 

@ OPajar (# 14X18)

CEREKANA # 14X01 Strategi Nasi Lemak

•2014-10-01 • Leave a Comment

*** Untuk me CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Strategi Nasi Lemak

Suatu masa dahulu nun di sana, kononnya ada sebuah pulau. Penduduk pulau itu agak unik sikit. Majoritinya amat mudah lupa. Maka sebab tu kut pulau itu digelar Pulau Mudah Lupa (ML). Pulau itu mempunyai ladang kelapa yang agak luas. Sawah padinya juga agak luas. Selain itu, pulau itu juga sohor dengan ikan bilis, hasil tangkapan nelayan pulau tersebut yang ramai lagi mahir menangkap ikan.

Satu ketika, Pulau ML telah didatangi oleh seorang pendatang asing, khabarnya dari sebuah benua kecil di selatan banjaran Himalaya. Anak-anak pulau memanggil beliau Mamak sebab konon nama orinya Mamak Mathahir (MM). Beliau seorang yang sangat bijaksana mengikut persepsi umum anak-anak Pulau ML tersebut.

Semua penduduk pulau ML merasa sangat bertuah mendapat tetamu tak diundang macam MM. Beliau sangat dihormati, malah setiap nasihatnya mudah diterima tanpa songeh. Penghormatan terhadap beliau malah bertambah mantap selepas beliau mengahwini seorang janda tempatan yang status sosialnya dalam masyarat Pulau ML ketika itu agak tinggi.

Sebelum Mamak Mathahir (MM) berhijrah ke Pulau ML, sumber-sumber ekonomi yang sedia wujud di pulau tersebut tidak dimunafaatkan sebaik-baiknya. Anak-anak pulau mungkin belum tahu menilai potensi ekonomi yang ada pada kelapa, pada padi dan pada ikan bilis yang melimpah ruah banyaknya di pulau itu.

Namun sejak kehadiran MM, Pulau ML itu bertambah maju dan maju dalam berbagai aspek. Cuma aspek yang nak Acik (Ayah/Abang+cik) fokus secara khusus di dalam CEREKANA (CErita REKaan ANAlogi) ini ialah aspek ekonomi, sebab ia yang paling relevan dengan strategi yang nak diperkenalkan.

Kononnya, setelah sekian lama bermaustatin di Pulau ML, maka dilantiklah akan MM itu sebagai Pentadbir Perdana pulau tersebut oleh anak-anak pulau tersebut. Maka oleh MM ditubuhnya satu perusahaan yang kemudiannya menjadi sangat masyhor, bukan di seluruh Pulau ML dan di Tanah Besar saja, malah di seanterio dunia. Kerana perusahaan inilah maka kelapa menjadi berharga, beras pun naik harga, ikan bilis pun demikianlah juga. Perusahaan apakah itu, cuba teka ?

Ya, tak lain tak bukan perusahaan tersebut adalah perusahaan membuat dan mamasarkan nasi lemak secara komersial. Nasi lemak dipasarkan bukan saja di seluruh pulau malah ke Tanah Besar yang jaraknya dari pulau itu hanya sekadar mata mamandang saja. Khabarnya, dari Tanah Besar nasi lemak itu dieksport pula ke luar negara dengan pesawat nasional.

Kononnya sehingga hampir seluruh dari anak-anak Pulau ML itu menyumbang kepada perusahaan nasi lemak tersebut hingga perusahaan tersebut mencapai tahap kemajuan yang sangat memberangsang lagi membanggakan . Yang memiliki ladang kelapa membekalkan kelapa dengan harga paling murah. Penanam padi pula membekalkan beras dengan harga subsidi. Manakala nelayan ikan bilis pun tak kurang sumbangannya.

Pendekata kejayaan perusahaan nasi lemak tersebut adalah hasil dari kegigihan dan keikhlasan anak-anak Pulau ML yang tak pernah kenal penat lelah, bertongkos lumus bekerja dalam perusahaan nasi lemak. Namun factor yang maha penting ialah individu hebat yang bernama MM tu. Beliaulah pencetus idea dan pemangkin kepada perusahaan nasi lemak itu.

Setiap sumbangan wajar ada ganjaran. Ganjaran pula mestilah setimpal dengan sumbangan. Begitulah juga dengan kesalahan. Setiap kesalahan mestilah ada hukuman. Hukuman pula mesti setimpal dengan kesalahan. Sistem ini dinamakan sistem Ganjaran dan Hukuman (G&H). Dalam bahasa orang putih ia dikenali dengan “Reward and Penalty System”.

Sistem G&H yang dikatakan adil ialah sistem yang menjamin bahawa setiap sumbangan mendapat ganjaran yang setimpal dengannya , manakala setiap kesalahan pula menerima hukuman yang juga setimpal dengannya. Sistem G&H yang tidak adil pula adalah yang sebaliknya. Pulau ML boleh berasa bangga sebab sistem G&H yang telah diterimapakai dan dipraktikkan di Pulau ML pada zaman awal era pentadbiran MM memang adil. Khususnya dalam perusahaan nasi lemak, sistem G&H yang diterimapakai di Pulau ML adalah berdasarkan acuan sendiri.

Pihak pengurusan perusahaan nasi lemak Pulau ML pada peringkat awalnya memang memperakui dan sangat menghargai sumbangan anak-anak pulau tersebut. Sumbangan mereka tak ternilai pentingnya kepada kemajuan perusahaan nasi lemak. MM sendiri pun pada mulanya tak tahu macam mana nak terjemahkan penghargaan peribadi beliau yang tak terhingga itu kepada anak-anak Pulau ML itu. Akhirnya tercetus satu idea ori beliau untuk memberi ganjaran kepada seluruh anak –anak pulau iaitu dalam bentuk “harga istimewa” atas nasi lemak yang dibeli di pulau tersebut.

Makanlah seberapa banyak nasi lemak pun di pulau tersebut , namun harganya tetap sama. Ini amat berbeza jika dibandingkan dengan harga air dan letrik di Negara 1Malaysia. Pelik tetapi benar, di Negara 1Malaysia kadar harga air maupun letrik, meningkat bila kegunaannya bertmambah besar. Akibatnya, jangan heranlah seandainya ada anak yang kesepuluh dalam mana-mana keluarga yang hanya mampu mandi sekali dalam seminggu dan tidak mampu memakai baju yang diseterika setiap hari.

Berdasarkan sumber dalaman yang boleh dipercayai, kos menghasilkan sebungkus nasi lemak adalah 50 sen termasuk kos penghantaran ke seluruh Pulau ML itu. Sedangkan harga jualan ialah satu rial. Ini bermakna kompeni nasi lemak sudah untung 100 peratus dari jualan nasi lemak kepada anak-anak Pulau ML.

Satu rial bukanlah murah sangat bagi anak-anak Pulau ML, tapi atas semangat patriotik luar biasa terhadap Pulau ML maka anak-anak pulau tersebut rata-rata redha dengan ketetapan Mamak Mathahir (MM) yang bijaksana itu. Malah masing-masing bangga kerana dapat turut sama menyumbang ke arah merealisasikan visi menjadikan Pulau ML pembekal nasi lemak terunggul lagi glokal di dunia. Agaknya begitulah bangganya rakyat 1Malaysia yang memiliki Proton Saga ketika kereta nasional tersebut mula diperkenalkan di pasaran tempatan negara 1Malaysia kira-kira 25 tahun dahulu. Inilah yang dinamakan patriotik ori atau tulen.

Masa berlalu dengan begitu laju. Nasi lemak bertambah laku. Perusahaannya bertambah maju. Harganya pula telah meningkat dari rial 1.5 kepada rial 2. Kemudian naik pula ke rial 2.5. Akhir-akhir ni dijangka akan naik lagi ke rial 3. Itulah perkembangan harga nasi lemak di pasaran Tanah Besar yang menjadi sasaran eksport utama Pulau ML selama ini.

Namun anak-anak Pulau ML masih juga membayar satu rial untuk satu bungkus nasi lemak yang dibeli. Bagi anak-anak pulau tersebut, tak patut timbul langsung idea untuk menaikkan harga nasi lemak di pulau tersebut sebab semua bahan-bahan yang digunakan adalah sumber tempatan. Beras adalah hasil sawah tempatan. Kelapa juga adalah dari ladang tempatan. Begitu juga ikan bilis dan ramuan-ramuan lain, semuanya hasil tempatan.

Sumber-sumber tempatan tersebut bukannya semakin kurang, malah sebaliknya makin melambak . Dulu sebelum wujudnya perusahaan nasi lemak secara komersial, hasil masyhul Pulau ML tidak pernah meningkat. Tapi sejak perusahaan nasi lemak di kembangkan secara komersial, semua hasil-hasil bumi telah meningkat dengan ketara seiring dengan peningkatan permintaan terhadap nasi lemak.

Apa tidaknya. Kalau dahulu tak siapa pun yang kesah terhadap buah-buah kelapa yang bersepah di bawah pokok-pokok kelapa, tetapi sekarang ramai pula yang menanam kelapa bagi menampung keperluan yang sentiasa meningkat. Jika dulu keluasan sawah makin berkurang kerana dijadikan taman-taman perumahan, kini situasinya terbalik . Hasil padi yang dikeluarkan setahun dua kali pun hampir tak mencukupi lagi bagi menampung keperluan perusahaan nasi lemak.

Bilis yang dulu selalu tak habis dimakan dan dijual, kini habis diserap oleh perusahaan nasi lemak. Pendekata situasi sumber terbiar atau tak dimunafaat sepenuhnya, kini sudah menjadi sejarah silam Pulau ML. Ironinya harga sumber-sumber menjadi semakin murah bukan bertambah mahal walaupun permintaan meningkat berlipat kali ganda.

Mungkin pakar ekonomi saja yang faham dan mampu merasionalisasi fenomena ini. Acik rasa mungkin kesan “economic of scale” lah kut. Apa pun, pada fikiran anak-anak Pulau ML memang tidak ada kewajaran langsung bagi menaikkan harga nasi lemak di pulau tersebut. Juga tidak ada keperluan apa-apa pun maka harga nasi lemak di pulau itu mahu dinaikkan.

Tetapi itu cara otak kepala anak-anak Pulau ML itu berfikir. Namun ia tak mesti sama gelombangnya dengan otak kepala MM. Bagi MM, kalau dibiarkan harga nasi lemak statik di takuk lama, macam mana nak tambahkan keuntungan kompeni (syarikat) dengan maksimum.

Jika nasi lemak dijual di Tanah Besar dengan harga rial 3, berapa besar untung bersih kompeni boleh raih. Tapi jika dijual di dalam pulau dengan harga cuma rial satu saja, berapa sangatlah untung yang kompeni akan dapat kaut. Bayangkan bahawa jumlah nasi lemak yang dijual di dalam Pulau ML kini telah mencecah 500 ribu bungkus sehari dengan harga hanya rial satu.

Ini bermakna kompeni kehilangan pontensi keuntungan satu juta rial sehari. Kalau sebulan pula sudah berapa potensi keuntungan yang kompeni akan kehilangan. Jadi memang wajar benar harga nasi lemak dinaikkan. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah buat permulaan.

Namun jika harga nasi lemak nak dinaikkan walaupun sekecil 50sen saja, berapa ramaikah dari anak-anak Pulau ML yang akan setuju. Jadi bagaimana kaedahnya supaya anak-anak pulau tidak melenting hingga mengadakan demonstrasi jalanan akibat kenaikan harga nasi lemak.

Itu satu masalah yang perlu dirongkai oleh MM yang maha bijaksana itu. Kata pepatah Melayu bila, “memukul ular, tanah jangan berbekas, kayu pemukul jangan patah, tapi ular mesti mati”. Kata satu lagi peribahasa, “ia umpama menarik rambut dalam tepung, tepung jangan bersepah, rambut jangan putus”.

Mamak Mathahir (MM) pun memikir untuk mencari satu strategi bagaimana menghadapi dilema kenaikan harga nasi lemak yang baru tercetus di dalam kerangka fikiran beliau. Maka diundangnya kroni-kroninya bermesyuarat. Tiap-tiap kroni tersebut ialah induvidu yang mendominasi salah satu dari sumber-sumber yang relevan dengan perusahaan nasi lemak di dalam Pulau ML tersebut.

Hasil dari perbincangan bersama kroni-kroni yang diundang khas itu, maka tercetuslah satu idea unggul. Idea tersebut akan ditranformasi kemudiannya menjadi satu strategi. Apakah strateginya ? Jika anda ingin tahu jangan ke mana-mana, teruskan bacaan anda ……

Strategi yang digubal oleh MM dan kroni-kroni beliau inilah yang dinamakan Strategi Nasi Lemak. Strategi tersebut mengambil kira segala faktor-faktor penting demi mencapai matlamat yang disasari. Matlamat yang dihasratkan itu ialah melipatgandakan keuntungan kompeni. Manakala factor yang perlu diberi perhatian ialah reaksi anak-anak Pulau ML dalam menghadapi kenaikan harga nasi lemak dari Rial satu kepada Rial satu setengah.

Seboleh-bolehnya biarlah mereka dapat menerima kenaikan harga tersebut dengan berlapang dada. Biarlah mereka dapat menelan bulat-bulat rasional yang dikemukakan sebagai justifikasi munasabah lagi adil bagi menaikkan harga nasi lemak itu, serta menerimanya dengan penuh rasa bertanggungjawab.

Malah menerimanya dengan penuh kesyukuran sebab sudah pun dapat menikmati nasi lemak sejak sekian lama dangan harga yang sangat murah. Hatta dengan sukarela, mereka akan sanggup memberi kerjasama yang diharapkan demi menyelamatkan kompeni dari menanggung beban yang semakin berat yang boleh menjerumuskan kompeni ke lembah muflis.

Strategi Nasi Lemak bermula dengan sessi penerangan secara besar-besaran melalui semua media massa perdana yang wujud di Pulau ML itu. Seluruh anak-anak Pulau ML mula memberi perhatian serious kepada isu yang dicetuskan oleh Pentadbir Perdana Pulau ML itu iaitu Yang Teramat Bahagia Mamak Mathahir (MM). Isunya ialah tentang kenaikan harga nasi lemak.

Istilah harga istimewa telah agak lama tidak dipakai lagi terhadap nasi lemak. Agaknya sejak istilah istimewa dipakaikan kepada orang cacat fisikal (seperti buta, pekak, bisu dan lain-lain) maka perkataan istimewa dianggap tidak relevan lagi bagi nasi lemak Pulau ML yang bebas dari cacat cela itu.

Rengkasnya perkataan “istimewa” boleh membawa konotasi yang negatif terhadap nasi lemak. Sedangkan nasi lemak Pulau ML telah mencapai tahap reputasi yang sangat tinggi. Sebaliknya istilah yang paling sesuai ialah “subsidi”. Maka, kalau dulu disebut “harga istimewa” (nasi lemak), kini disebut “harga subsidi”.

Perkataan subsidi bukanlah istilah baru atau asing bagi masyarakt di Pulau ML itu. Tapi macam mana mekanisma subsidi berfungsi, tak ramai dari mereka yang faham. Malah rata-rata mereka tak berminat pun nak faham konsep dan matlamat subsidi sebenarnya.

Yang penting bagi mereka hanyanya keuntungan “maggi mi” (mi segera) yang akan diperolehi dari subsidi. Ya, memang subsidi memberi keuntungan kepada mereka sebab ia akan menurunkan harga barang-barang. Contohnya gula yang dijual di pasaran dunia dengan harga Rial 3 sekilo, tapi di pasaran tempatan ia dapat dijual dengan harga hanya Rial 2.5 sekilo.

Ini adalah kesan positif hasil dari subsidi yang diberi oleh kerajaan. Oleh kerana itu (pada fahaman anak-anak Pulau ML), penentu harga ialah suatu elemen yang dinamakannya subsidi. Pendekata, bila ada elemen subsidi maka harga akan pasti turun secara otomatik.

Sebaliknya tanpa elemen subsidi maka harga akan pasti sama dengan harga di pasaran dunia yangmana amat mahal mengikut tahap kemampuan anak-anak Pulau ML itu. Jadi subsidi bolehlah disinomim dengan harga murah. Itulah kefahaman yang akan dipasakkan hingga mantap di dalam kepala otak anak-anak Pulau ML yang memang rata-rata mudah lupa itu.

Dalam kompeni yang mengeluarkan nasi lemak di pulau ML, berapa orang yang tahu rahsia kompeni ? Kalau ada yang tahu pun ia bukan tahu secara keseluruhannya. Ia umpama beberapa orang buta mengenali seekor gajah. Jika seorang antaranya mendakwa bahwa gajah serupa dengan kipas, beliau adalah betul. Jika si buta yang lain pula mendakwa bahawa gajah macam tiang maka dia juga adalah betul.

Namun demikian, tak seorang pun dari semua si buta tersebut mengenali gajah secara sumul. Begitulah juga dengan warga kompeni nasi lemak. Masing-masing yang tahu rahsia kompeni, hanya tahu aspek-aspek tertentu sahaja.

Kata orang putih tahu sekadar “on the tips of an iceberg” Itu pun diharamkan dari mendedahkan fakta sebenar kepada umum oleh Mamak Mathahir (MM). Yang tahu rahsia kompeni sebenar secara keseluruhan hanyalah MM yang maha bijaksana tu seorang saja.

Sungguhpun ramai orang kata kos menyediakan sebungkus nasi lemak adalah 50 sen, namun pada hakikatnya tak siapa pun tahu dengan tepat kos sebenarnya. Ini kerana setiap pekerja kompeni telah bersumpah laknat tidak akan membocorkan rahsia kompeni walaupun sebiji habuk.

Kononnya mulut masing-masing dipasang dengan mangga ARK (Akta Rahsia Kompeni) kemudian diugut pula oleh senapang gajah AKS (Akta Keselamatan Syarikat). Oleh itu ia tetap menjadi rahsia kompeni dulu, kini dan selama-lamanya. Makluk Allah yang tahu tentang kompeni dari hujung kaki hingga hujung rambut hanyalah Mamak Mathahir (MM) seorang dan dua malaikat di kiri dan kanan beliau sahaja.

Jadi kalau beliau nak mengaplikasikan Strategi Abu Nawas untuk mendakwa samada kos penyediaan nasi lemak meningkat atau sebaliknya, siapakah yang mampu ataupun berani menafikan kenyataan beliau. Terima sajalah sebagai benar, kemudian tawakallah banyak-banyak. Itu saja yang mampu dilakukan oleh anak-anak Pulau ML itu.

Elemen penting yang mesti dipopularkan di kalangan penduduk pulau ML ialah logik akal bahawa setiap perkara pasti ada sebab musababnya. Harga murah bagi nasi lemak di Pulau ML berbanding dengan harga dua kali ganda di Tanah Besar, tentu ada sebab musababnya.

Sebab musabah kenapa boleh berlaku demikian, tak lain tak bukan adalah elemen subsidi. Tanpa elemen subsidi, masakan harganya boleh jadi murah. Tanpa subsidi harga nasi lemak di Pulau ML pasti akan sama dengan harga nasi lemak di Tanah Besar. Begitulah, betapa pentingnya elemen subsidi dalam kehidupan harian anak-anak Pulau ML itu.

Jika subsidi itu penting maka pihak yang memberi subsidi tentulah lebih penting. Oleh itu pemberi subsidi mestilah dibela dan dipertahankan bermati-matian. Jika pemberi itu seorang induvidu, maka induvidu itu mesti dipertahankan jawatannya.

Jika pemberi subsidi itu sebuah kerajaan, maka kerajaan itu mesti diperkokohkan. Dan dalam isu nasi lemak ni, maka syarikat atau kompeni yang mengeluarkan nasi lemak mestilah disokong dan diperkasakan lagi. Jasanya terhadap kesejahteraan Pulau ML hanya tuhan saja yang layak dan mampu membalasnya.

Maka terbitlah dalam media perdana di Pulau ML ucapan (MM) bahawa kenaikan harga nasi lemak di Tanah Besar, telah mengakibatkan syarikat terpaksa menanggung beban subsidi yang lebih berat. Ketika harga nasi lemak di Tanah Besar Rial dua sebungkus, syarikat sudah pun menanggung beban subsidi Rial satu atas setiap bungkus nasi lemak yang dijual di dalam Pulau ML.

Apabila harga nasi lemak naik kepada Rial tiga, sedangkan di dalam Pulau ML itu nasi lemak masih lagi dijual dengan harga Rial satu sebungkus, maka syarikat terpaksalah menambah subsidi dari Rial satu kepada Rial dua atas setiap bungkus nasi lemak.

Jika setiap hari jumlah nasi lemak yang dijual di dalam Pulau ML adalah 500 ribu bungkus, maka beban baru yang terpaksa syarikat tanggung akibat subsidi ialah Rial satu juta setiap hari. Dengan perkataan lain, kalau sebelum ni syarikat rugi Rial 500 ribu sehari maka sekarang syarikat akan tanggung kerugian yang lebih besar iaitu Rial satu juta sehari akibat subsidi.

Oleh yang demikian Mamak Mathahir (MM) pun dengan penuh rendah diri merayu kepada seluruh anak Pulau ML agar mengizinkan harga nasi lemak yang dijual di dalam Pulau ML itu dinaikan sikit sejajar dengan kenaikan harganya di Tanah Besar. Kenaikan yang dicadangkan tidaklah membebankan anak-anak pulau. Kenaikannya hanyalah 50 sen sahaja atas setiap bungkus.

Ini bermakna bahawa tambahan subsidi yang terpaksa ditanggung syarikat akibat kenaikan harga nasi lemak tidaklah terlalu membebankan. Beban subsidi tidaklah meningkat hingga 100 peratus iaitu dari Rial 500ribu kepada Rial 1 juta sehari. Sebaliknya beban subsidi meningkatkan Rial 250ribu saja sehari sebab Rial 250ribu lagi ditanggung sendiri oleh pembeli-pembeli nasi lemak di dalam Pulau ML itu. Namun subsidi tambahan yang terpaksa ditanggung oleh syarikat tetap merugikan syarikat.

Jika beban yang ditanggung oleh seorang anak Pulau ML akibat kenaikan harga nasi lemak dibadingkan dengan beban subsidi yang terpaksa ditanggung oleh syarikat, ia adalah ibarat langit dengan bumi. Bagi anak-anak Pulau ML masing-masing ada pilihan samada nak membeli nasi lemak ataupun sebaliknya.

Tetapi pilihan yang sama tidak dapat dinikmati oleh syarikat. Bagi syarikat mau ataupun tidak, subsidi mesti diberi atas setiap bungkus nasi lemak yang dijual kepada anak Pulau ML. Jika bilangan nasi lemak yang dibeli oleh anak-anak Pulau ML ialah 500 ribu bungkus sehari maka syarikat terpaksalah menanggung subsidi Rial 750ribu sehari.

Subsidi Rial 750ribu samalah dengan kerugian Rial 750ribu yang terpaksa dialami oleh syarikat mahu tidak mahu. Kerugian yang kian bertambah akibat dari bertambahnya beban subsidi bukanlah satu factor yang sehat untuk syarikat. Bila kerugian menjadi keterlaluan, kestabilan syarikat akan tergugat.

Tak mustahil akan sampai satu tahap dimana syarikat tidak mampu lagi menanggung beban subsidi yang kian bertambah. Contohnya bila harga nasi lemak di pasaran Tanah Besar naik kepada Rial 5 sebungkus, maka beban subsidi yang terpaksa ditanggung oleh syarikat akan meningkat sehingga Rial 1.75 juta sehari.

Kalau sebulan berapa ? Kalau setahun berapa pula ? Rasa-rasanya syarikat akan muflis dalam tempoh tak sampai dua tahun kecuali subsidi dikurangkan. Cara mengurangkan beban subsidi bukan susah. Naikkan saja harga nasi lemak yang dijual kepada anak-anak Pulau ML.

Mamak Mathahir (MM) keluar di kaca TV berulang-ulang kali menyanyikan lagu yang sama, iaitu “syarikat tidak ada pilihan lain melainkan menaikkan harga nasi lemak demi ‘survival’ syarikat dan kebajikan berkekalan seluruh anak-anak Pulau ML”.

Namun anak-anak Pulau ML yang celik ekonomi tidak dapat menerima justifikasi beliau itu. Yang celik politik pun turut tak setuju kerana mereka kata ia ada agenda politik yang tersirat. Namun yang setuju tetap lebih ramai. Biasalah dengan sikap majoriti anak-anak Pulau ML tu. Pada persepsi mereka ini MM adalah segala-galanya.

Mamak Mathahir (MM) pandai bukan sahaja dalam arena politik, bidang sosial dan agama malah pakar dalam bidang ekonomi. Apa yang beliau rancang dan putuskan mesti yang “best”. Kerana beliaulah maka Pulau ML dapat maju seperti sekarang. Kerana beliaulah maka perusahaan nasi lemak menjadi aktiviti ekonomi yang terunggul di rantau ini malah di seanterio dunia.

Jadi apa nak dipertikaikan cadangan beliau untuk menaikkan harga nasi lemak di Pulau ML itu dari Rial satu kepada Rial 1.5 sebungkus. Bukan menaikkannya sampai kepada Rial 2 seperti harga di Tanah Besar. Kenaikan hanya 50sen sahaja sebab syarikat bermurah hati memberi subsidi 50sen.

Amat tak masuk akal jika yang menanggung beban adalah syarikat, sedangkan yang menikmati harga nasi lemak murah adalah anak-anak Pulau ML. Tak adillah begitu. Tak ada maruah sangatkah anak-anak Pulau ML itu. Bukankah tangan yang memberi itu adalah lebih baik dari tangan yang menerima ?

Oleh itu saranan Yang Amat Berbahagia Mamak Mathahir (MM) wajib disambut baik. Bukan sekadar setuju malah wajar disokong gila-gila oleh anak-anak Pulau ML yang jiwa patriotiknya pun gila-gila. Anak-anak muda Pulau ML yang diajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris sejak dari darjah satu lagi rata-rata amat sensitif dengan angka.

Agaknya mereka lebih pandai Matematik jika dibanding dengan abang-abang dan kakak-kakak mereka. Maklumlah jenerasi muda ini belajar Matematik dan Sains dalam bahasa orang putih. Abang-abang dan kakak-kakak mereka dulu belajar mata pelajaran asas tersebut dalam bahasa ibunda yang agak kuno.

Oleh itu bila MM menggunakan angka bagi menjustifikasikan saranan beliau bagi menaikkan harga nasi lemak yang dijual di dalam Pulau ML dari Rial satu kepada Rial 1.5 sebungkus, adik-adik lebih mudah terima dan setuju. Sebaliknya abang-abang dan kakak-kakak ramai yang tak setuju dengan justifikasi yang diberi oleh MM sebab mereka kurang faham dengan angka.

Itu untungnya mengguna bahasa orang putih bagi mengajar jenerasi muda Matematik dan Sains sebab ia adalah bahasa yang moden. Kononnya dasar mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa orang putih di dalam Pulau ML pun adalah hasil dari pengaruh yang begitu kuat dari MM sendiri. Begitulah ghairahnya usaha MM demi memacu Pulau ML ke arah mencapai tahap kemajuan 1010 yang disasarkan, dengan secepat yang mungkin atau ASAP kata jenerasi SMS sekarang.

Hebat …. , hebat ….., hebat …… ! Begitulah yang digambarkan oleh tukang karut yang menyampai cerita tentang Pulau Mudah Lupa tersebut kepada ambo.

Ditammatkan cerita, maka berjayalah Mamak Mathahir (MM) membendung seluruh anak-anak Pulau Mudah Lupa dari turun ke jalanan mengadakan demonstrasi nasi lemak. Ini satu kejayaan MM yang amat besar.

Sebenarnya demonstrasi jalanan bukanlah suatu yang haram diadakan di Pulau ML yang mengamalkan sistem demokrasi itu. Cuma MM bimbang kerana beliau tidak yakin bahawa pasukan keselamatan yang ada di Pulau ML itu memiliki kemampuan yang cukup untuk menjamin keamanan dapat dikekalkan sepanjang tempoh demonstrasi itu berjalan.

Kalau sekiranya pasukan keselamatan di Pulau ML itu memang efisyen dan efektif maka biarlah siapa-siapa pun nak berhimpun jika secara damai. Bila ada pula mana-mana pihak yang nak ganggu atau sabotaj perhimpunan damai tersebut, maka tahulah mereka apa yang nak dibuat.

Samada nak tembak sampai mampus kah pencetus kekacauan tersebut, ataupun sekadar nak diundang ke Bukit Damai untuk minum teh, ia terpulanglah kepada professionalisma mereka. Pokoknya, hak untuk berhimpun secara damai mesti dihormati bukannya dinafi akibat lebih takut kepada samseng-samseng yang menggugut akan mencabul hak orang lain.

Wallahualam 🇲🇾🌺

.

Ali’s SAGA # 04 Rakan Ketika Dianiaya, Itulah Rakan Yang Setia (a friend in need is the friend indeed)

•2014-09-30 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan  sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Rakan Ketika Dianiaya

Itulah Rakan Yang Setia

Ketika DSAI dipecat dari jawatan TPM dalam tahun 1998 dahulu, yang menjadi pembela utama beliau ialah seorang musuh politik BN. Tak lain dan tak bukan individu berkenaan ialah Ustaz Fadzil Mohd Nor iaitu Presiden PAS ketika itu. Selain sebagai Presiden PAS arwah Ustaz Fadzil juga pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia.

Tindakan Ustaz Fadzil itu adalah manifestasi beliau seorang yang ikhlas (bukan E-Class) memperjuangkan keadilan sejagat. Walaupun yang menjadi mangsa penganiayaan itu adalah seteru politiknya, namun demi keadilan, beliau tetap memberi pembelaan. Pemimpin seperti arwah Ustaz Fadzil itu mungkin tidak akan dapat ditemui lagi dalam PAS.

Pemimpin-pemimpin sekarang tidak mampu mengikuti sifat mulia arwah Ustaz Fadzil itu. Jangan kata nak membela seteru yang dianiaya, sabahat yang dianiayai pun belum tentu akan dibelanya. Ada yang bersikap seperti “kura-kura dalam perahu” saja terhadap apa yang sedang menimpa rakannya.

Malah ada pula yang langsung buat-buat tak pernah kenal pun rakan yang kena aniaya itu. Agaknya takut sangat akan dituduh bersekongkol dengan orang jahat. Malah takut dituduh merestui kesalahan yang dilakukan rakan berkenaan. Padahal rakan tersebut belum lagi disabitkan dengan apa-apa kesalahan. Mungkin juga dia memang dianiayai oleh pihak yang memusuhinya, oleh itu dia berhak menagih pembelaan.

Acik percaya bahawa tidak semua pemimpin PAS ketika itu bersetuju dengan tindakan Ustaz Fadzil membela DSAI. Acik juga percaya bahawa tindakan beliau itu bukanlah demi untuk kepentingan politik parti yang dipimpinnya. Namun begitu, realitinya ialah PAS mulai menempah kejayaan dalam perjuangannya sejak dari itu.

Bagi Acik, arwah Ustaz Fadzil telah berjaya meyakinkan Acik bahawa seteru politik tidaklah sama dengan musuh peribadi. Atas prinsip ini, perbezaan fahaman politik tidak wajar dijadikan hujah bagi membuat seorang kawan menjadi lawan. Sebaliknya seteru politik adalah ibarat pesaing yang jujur dalam suatu bidang perniagaan. Mereka membuat rakan saing masing-masing bertambah mahir dalam bidang tersebut. Natijahnya, semua pihak akan dapat meraih keuntungan.

Membentuk persahabatan seorang individu dengan individu lain adalah sesuatu yang dianjur oleh Islam. Begitu juga memelihara persahabatan yang telah dibina. Itulah yang telah dipraktikkan oleh Ustaz Fadzil kepada kawan dan lawan dalam arena politik semasa hayatnya.

Pembelaan Presiden PAS sekarang ke atas TSKI dalam isu MB Selangor baru-baru ini tidaklah boleh nak disamakan dengan tindakan Ustaz Fadzil keatas DSAI. Ia ibarat, “jauh panggang dari api”. Tindakan Presiden PAS itu adalah atas kepentingan tertentu yang tak ramai ahli tahu ataupun percaya. Namun Acik rasa tak adillah pula untuk mendedahkan apa-apa di sini.

Semua kita tahu bahawa tidak adil bermakna tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya yang hak. Melabelkan mana-mana individu dengan label yang negatif sebelum mengemukakan bukti-bukti sahih (yang melampaui keraguan yang munasabah) sudah dikira sebagai tidak adil. Apa lagi menjatuhkan hukuman kejam yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Sebagai satu contoh ialah menghukum anak yang menoreh hingga calar Vellfire abahnya dengan cara menoreh tangan anak tersebut sebagaimana tangannya itu menoreh lambang kemegahan abahnya itu.

Di zaman Acik budak-budak dahulu, ada sebuah keluarga mamak (India Muslim) tinggal berjiran dengan rumah Acik. Dalam keluarga tersebut ada seorang anak lelaki yang agak nakal. Sering kali Acik ternampak anak tersebut dirembat oleh bapanya.

Pada suatu hari si bapa telah mengikat kedua-dua belah tangan anaknya itu ke ranting sepohon pokok mempelam di sebelah rumahnya. Ayahanda Acik memerhati dari jauh tindak tanduk si bapa tersebut. Sebaik saja si bapa tersebut mula menyebati anaknya itu ayahanda Acik pun mendekati mereka berdua. Acik pun turut sama bagi menemani beliau.

Terkejut juga Acik melihat ayahanda Acik beraksi garang. Beliau bertanya, “kamu ingat budak itu lembukah ?”. Si bapa tidak terkata apa-apa. Beliau pun membebas anaknya itu dari ikatan lalu membawa anak itu ke dalam rumah. Selepas dari peristiwa itu kami tak nampak lagi anak tersebut seperti biasa. Rupa-rupanya si bapa itu telah menghantar anaknya itu ke Sekolah Selian yang tidak berapa jauh dari kampung Acik itu.

Sebenarnya ayahanda Acik bukanlah semulajadinya seorang yang garang. Kami anak-anak beliau tak ingat langsung pernah dirotani beliau. Ironinya kesemua (kecuali seorang saja) 10 orang anak-anak beliau memiliki pendidikan di tahap diploma, Malah 5 darinya memiliki ijazah sarjana muda. Ketika itu tidak ramai yang berjaya memasuki univesiti seperti sekarang ini. Namun demi kepentingan membela anak yang dizalimi, sikap ayahanda Acik yang “gentle” (lembut) itu boleh berubah sehingga 180 darjah

Peristiwa itu memberi sekurang-kurangnya dua pengajaran penting kepada Acik sebagai iktibar. Pertama, melaksanakan keadilan bukanlah terhad kepada ahli keluarga sendiri sahaja. Keadilan adalah untuk semua, tidak kira bangsa dan agama. Ayahanda Acik itu telah menunjukkan kepada Acik satu contoh tindakan yang baik serasi dengan prinsip keadilan sejagat.

Kedua, walaupun tidak salah jika seorang bapa menghukum anak sendiri demi mendidik anak tersebut, namun janganlah secara keterlaluan hingga melampaui tahap kewajaran yang munasabah. Anak-anak mempunyai hak dari ibu bapa masing. PenCERAHan : https://4uni2c.com/2013/11/26/seni-13y27-ibu-ayah-dan-guru-2/

Acik percaya semua rakyat bersetuju bahwa setiap kesalahan perlu ada hukumannya. Ini perlu demi mendatangkan keinsafan kepada yang melakukan kesalahan dan agar tidak mengulanginya lagi. Pada masa yang sama akan menjadi sempadan kepada orang lain supaya tidak timbul keinginan melakukan kesalahan yang sama.

Walaupun kebanyakan rakyat peka terhadap keperluan sesuatu hukuman, malangnya tidak ramai yang peduli tentang bentuk dan had hukuman yang diperuntukkan dalam undang-undang ke atas sesuatu kesalahan. Sedangkan hukuman tersebut mungkin agak kejam dan tidak setimpal dengan kesalahan berkenaan.

Dalam konteks Ali Abd Jalil yang sedang ditahan Polis sejak belasan hari yang lepas atas beberapa tuduhan tertentu, Acik boleh bersetuju bahawa beliau wajar dihukum jika disabitkan dengan kesalahan nanti. Cuma yang Acik tidak boleh terima sama sekali ialah tentang layanan yang diterima oleh Ali.

Adakah layanan sedemikian itu wajar terhadap seseorang yang statusnya baru sebagai seorang OKT (Orang Kena Tuduh) saja. Sedangkan beliau belum lagi dibicarakan dan disabitkan dengan apa-apa kesalahan. Mungkin selepas selesai proses perbicaran nanti beliau didapati tidak bersalah. Adakah adil jika hukuman dilaksanakan secara “in advance” ?  PenCERAHan :  https://4uni2c.com/2013/10/17/ahmads-saga-026-terhukum-sebelum-disabitkan-kesalahan/

Apa lagi istilah yang lebih sesuai digunakan selain dari kejam, zalim dan aniaya bagi menggambarkan layanan terhadap OKT jika begitulah caranya OKT diperlakukan.

Dalam memperjuangkan keadilan, Acik sangat kagum dengan semagat yang dizahirkan oleh beberapa individu. Mereka ini sedang menolong Acik sekeluarga dalam menangani kes Ali sekarang. Kesungguhan menolong keluarga Acik yang ditunjuki mereka itu menggàmbarkan kemulian hati masing-masing.

Sesungguhnya sifat mahmudah yang diajar dalam ilmu tasauf adalah bersifat sejagat (universal). Amat salah jika seorang Islam menganggap sifat-sifat tersebut hanya diketahui dan dipraktikkan oleh umat Islam saja. Contohnya sifat jujur dan ikhlas.

Sifat jujur perlu diamal oleh setiap individu yang hidup bermasyarakat. Lebih bertamaddun seseorang itu maka akan lebih tinggi tahap kejujurannya. Malangnya, di Malaysia ini kejujuran menjadi satu krisis pula. PenCERAHan : https://4uni2c.com/2014/09/15/4uni2c-14915-krisis-kejujuran-dan-implikasinya/

Di Jepun misalnya. Rakyatnya rata-rata jujur. Mereka yang pernah melawat negara Jepun tentu setuju dengan kenyataan Acik ini. Bagi Acik kejujuran adalah faktor utama yang menyebabkan negara boleh mencapai kemajuan yang tinggi.

Adakah Malaysia menghargai kejujuran ?

Bagi Acik, “jauh panggang dari apa”. Lain yang dicakap lain pula yang dibuatnya. Sepatutnya apa yang dicakap itu merupakan satu pernyataan yang benar. Kalau tidak, maka ia dianggap satu pembohongan. Dalam Islam janji yang dilafaz dengan mulut pun sudah dikira sah. Bagi orang yang melafazkannya itu, melaksanakan apa yang telah dilafazkannya itu adalah wajib.

Peribahasa Melayu berkata, “lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya”. Tujuan peribahasa ini ialah untuk mengingatkan setiap kita supaya bersikap jujur. Namun adakah majoriti rakyat Malaysia menjadikan peribahasa ini pedoman hidupnya ? Jauh panggang dari api !

Sebaliknya apa yang menjadi amalan dalam kehidupan rakyat Malaysia ialah, “siakap senohong, gelama ikan duri ; cakap bohong lama-lama jadi ………..”. Akibatnya, maka berlakulah insiden-insiden “harapkan pagar, pagar makan padi”  hampir setiap ketika. Jika ini tak berlaku, maka tak perlulah Acik sekeluaga bimbang terhadap nasib Ali. Bukankah Polis itu umpama pagar bagi semua kita rakyat Malaysia dan Ali itu umpama padi ?

Syabas Acik ucapkan kepada geng-geng PSM yang sedang mencuba membetulkan keadaan yang korup ini dengan cara yang mereka mampu. Mudah-mudahan mereka berjaya mencapai aspirasi perjuangan iklas mereka itu. Semoga dengan kejayaan mereka nanti Malaysia akan menjadikan negara yang lebih aman lagi makmur.

Wallahualam.

d a u l a t   r a k y a t  !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

Ali’s SAGA # Index : http://4uni2c.wordpress.com/2014/12/04/alis-saga-index/

Ali’s SAGA # 01 Ali adalah manifestasi jenarasinya  https://4uni2c.com/2014/09/11/alis-saga-01-ali-adalah-manifestasi-jenerasinya/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

OPajar (# 14928)