Copy and paste WA dari seorang kawan Acik di awal pagi tadi 2018Mei16
.
TAZKIRAH/ PERUTUSAN DARI KETUA MENTERI MELAKA YG BARU, TUAN HAJI ADLY ZAHARI …
Khas utk org MELAKA
Drp CM baru
Assalamualaikum
Mari kita hentikan negativiti mempersenda bekas PM dan Isteri beliau, mari kita henti jadikan mereka bahan lawak jenaka.
Kita semua ada khilaf, ada silap, ada dosa masing-masing, bukan mereka sahaja yang berdosa atas muka bumi ini, serahkan pada DIA Yang Maha Menghakimi.
Kadang-kadang masalah kita sebagai ummat Islam, kita belum Islam pada cara hidup, kita belum Islam pada pemikiran, kita belum Islam pada percakapan, kita belum Islam pada akhlak dan tindakan, tapi kita bermati-matian ingin ISLAMkan negara.
Tidakkah ianya pincang? Islam perlu bermula dari dalam diri, dari dasar, bukan terus di puncak.
Kita hanyalah buih-buih di pantai yang mudah pecah dilambung ombak (tiada kualiti). Kita belum benar-benar muslim pada roh, pada aktualisasi dan cara hidup, kita hanya Islam pada I/c yang mewarisi ugama nenek moyang.
‘Kita’ itu termasuk sy, yang bercakap dan menulis tidak semestinya lebih baik dari yang membaca, menulis dalam masa yang sama menasihati diri sendiri juga yang sentiasa alpa dan leka.
Attitude dan keperibadian kita dibangunkan oleh suasana dan persekitaran, inginkan akhlak yang baik, cari circle yang baik-baik, cari jemaah yang baik-baik, semua itu harus bermula dengan mencari Allah.
Pandangan kita terhadap manusia sekeliling adalah berdasarkan hati kita. Jika hati kurang berpenyakit, kita melihat pendosa dengan pandangan kasihan berserta doa kepada mereka, (kerana hakikatnya kita juga seorang pendosa).
Jika hati kita berpenyakit, kita melihat pendosa dengan perasaan benci, sakit hati, jelik, sinis, disertai cacian dan sarcasm, (tanpa menyedari kita juga sebenarnya seorang pendosa, hari-hari kita buat dosa sama ada dengan sengaja atau tidak)
Sebarkan agar umat Islam tidak terus mengaibkan saudara islam sendiri.
.
Walaupun PRU14 telah selesai dilaksanakan pada 2018 Mei 09 yang lepas, namun keputusannya macam masih belum muktamad lagi. Rakyat belum tahu berapa sebenarnya bilangan kerusi parti yang memerintah dan berapa pula bilangan kerusi pembangkang.
Kalau masa keputusan diistiharkan dahulu PH dapat 122 kerusi parliamen, manakala bukan PH dapat 100 kerusi, namun beberapa hari kemudian bilangan tersebut sudah berubah. Bilangan kerusi PH bertambah, sebaliknya bilangan kurusi bukan PH mengurang.
. Apakah perubahan tersebut suatu fenomina yang baik bagi sesebuah negara demokrasi ?
.
Bagi Acik ia bukanlah suatu fenomina yang positif, tetapi sebaliknya. Ia manifestasi bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem PRU kita. Oleh itu SPR wajar kaji dengan teliti kelemahan yang terdapat dalam.sistem PRU supaya ianya dapat dibaiki segera.
.
Acik percaya bahawa fenomina pemindahan kerusi dari satu parti ke parti yang lain banyak menimbulkan kesusahan bagi memuktamadkan sesuatu keputusan PRU. Kadang-kadang implikasinya amat besar. Contohnya di Sabah, parti yang diistiharkan menang kemudian dikira kalah pula. Sedangkan pelantikan Ketua Menteri dari wakil parti tersebut telahpun dilakukan dengan sah.
Pemindahan kerusi dari satu parti ke parti yang lain sebenarnya tidak adil kepada pengundi. Ia adalah suatupengkhiatan kepadamajoriti pengundi.
Sebagai contoh, ada dua parti saja yang bertanding dalam satu PRU, iaitu parti 🌸 (bunga) dan parti 🦋 (rama-rama). Selepas pengiraan undi, parti 🦋 telah mendapat 5 kerusi mengatasi parti 🌸. Tiba-tiba 3 kerusi dari parti 🦋 berpindah ke parti 🌸. Implikasinya ialah parti 🌸 akhirnya dinobatkan sebagai pemerintah, sedangkan hakikatnya parti yang mendapat undi majoriti dalam PRU berkenaan ialah parti 🦋
.
Dalam PRU12 dahulu, parti BN telah kalah beberapa kerusi kepada parti PR di negeri Perak. Wakil dari parti PR pun mengangkat sumpah sebagai MB. Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang YB dari parti PR mengistihar diri keluar dari parti PR.
Tindakan mereka itu menyebabkan kerusi majoriti DUN berpindah dari parti PR kepada BN. Maka kerajaan negeri Perak yang dipegang oleh PR pun jatuh ke tangan BN. Sedangkan majoriti rakyat negeri Perak telah memilih parti PR untuk memerintah negeri Perak bukan parti BN.
Oleh sebab lompat parti boleh memberi implikasi negatif yang sangat besar lagi bercanggah dengan aspirasi PRU, maka tindakan lompat parti amat wajar dielakkan dari berlaku. Cara yang paling berkesan bagi mengelakkannya dari berlaku ialah dengan menggunakan kuasaundang-undang. Ia termasuk mengharamkan lompat parti dan mengenakan hukuman yang berkesan terhadap “katak” yang melompat itu.
Usaha untuk menapis bakal-bakal calon juga perlu dilakukan agar calon-calon yang berisko lompat parti tidak dinamakan sebagai calon PRU. Malah parti yang menamakan calon berkenaan bagi mewakilinya juga wajar turut dihukum jika sekiranya beliau lompat parti.
Sejarah lompat parti
Lompat parti telah menjadi satu fenomina selepas setiap PRU. Ia adalah berpunca dari satu precedence. Suatu ketika dahulu, dua orang ADUN Kelantan telah lompat parti. Mereka itu berasal dari parti UMNO tapi meninggalkan UMNO untuk bertanding sebagai colon sebuah parti pembangkang.
Namun setelah mereka menang PRU tersebut sebagai ADUN pembangkang, mereka telah melompat masuk semula ke dalam UMNO. Bersama-sama mereka ialah kerusi DUN berkenaan yang masih melekat di punggung masing-masing.
.
Lantaran itu speaker DUN Kelantan pun segera mengistiharkan bahawa kerusi DUN berkenaan sebagai telah kosong. Dengan kerjasama penuh pihak SPR maka PRK pun diadakan. Kedua-dua “katak politik” tersebut terut bertanding. Kali ini mereka sebagai calon UMNO.
Keputusan PRK berkenaan telah mengecewakan mereka dimana kedua-dua mereka telah kalah. Keputusan tersebut mengesahkan kepada rakyat bahawa pengundi-pengundi mengundi bukan kerana sosok calon, tetapi keranaparti yang mereka wakili.
Sepatutnya peristiwa kekalahan dua ekor “katak” tersebut dalam PRK itu dijadi precedence. Dengan precedence rersebut maka tidak akan membiaklah “katak-katak politik” di masa-masa akan datang.
Malangnya, peristiwa lompat parti itu tak tamat setakat itu saja. Sebaliknya kedua-dua “katak” tersebut telah berjaya mendapat keputusan mahkamah bagi membatalkan keputusan PRK itu serta mengembalikan mereka ke kerusi DUN yang mereka menangi dalam PRU yang lepas. Inilah rupa-rupanya yang menjadi precedence.
Precedence yang Acik maksudkan ialah bahawa melompat parti adalah dibenarkan. Dengan ertikata lain, lompat parti tidak menjejaskan status seseorang YB sebagai ADUN maupun MP. Jadi apa yang berlaku pasca PRU14 bukanlah amalan baru.
Acik percaya bahawa kita wajar malah wajib wujudkan ALP (Akta Lompat Parti) sebelum kemelut politik yang serius berlaku. Janganlah pula bila dah terantuk baru nak tengadah. Janganlah tunggu sehingga nasi dah menjadi bubur baru nak bertindak.
Kata peribahasa Inggeris, Prevention is better than cure and better late than never.
Kini tibalah masanya untuk mula menunaikan segala janji yang telah dibuat sepanjang tempoh berkempen yang lepas.
It is time to start to deliver what had been promised
2018 Mei 10
Janji DITEPATI 🌱
.
Tahniah setinggi-tingginya kepada PH atas kejayaan besar dalam PRU14 (2018Mei09)semalam. Sebesar-besar juga penghargaan kepada BN atas segala usaha yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh memerintah negara, demi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
PAS juga menang kerana dapat menawan negeri Trengganu dan mengkekalkan Kelantan. PAS juga menjadi king maker di Perak. Di Kedah pula sekiranya BNbergabung dengan PAS, PH mungkin tidak dapat menubuhkan kerajaan.
Acik harap PH akan segera membebaskan judiciary dari terus didominasi oleh executive.
Ini satu kesilapan yg sangat besar yang dibuat oleh Tun DM sebaik sahaja beliau menjadi PM ke-4 dahulu. Samada ia satu kesilapan yang tak disengajakan ataupun sebaliknya, wallahualam.
Acik percaya Tun DM sendiri yang akan membetulkan kesilapan tersebut. Selepas itu barulah usaha membenteraskan rasuah dan penyalahgunaan kuasa menjadi lebih mudah dan berkesan.
Acik harap tidak akan berlaku dimana yang kalah akan hilang segala-galanya (termasuk maruah diri dan keluarga), manakala yang menang pula akan bolot semuanya. Sebaliknya biarlah, “hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah“. “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing“.
Semoga Malaysia mampu memacu ke kemuncak kejayaan lebih awal dari yang dijadualkan.
Copy & paste dari WA Asiah AJ
Jom kita tumpu kepada MANIFESTOPH..dengan harapan Kelantan dan Terengganu tidak di anaktirikan sebagaimana di zaman pemerintahan UMNO/BN..
▶️ Insentif Pakatan🇭🇰 Harapan jika BN direhatkan selepas PRU 14 akan datang.
.
1⃣ Gaji Penjawat Awam/Pesara dan Bonus di tingkatkan.
2⃣ Gaji Penjawat Swasta bermula Minimum RM1500.
3⃣ Elaun Kebajikan/ Oku/Ibu tunggal Di tingkatkan untuk Minimum permulaan RM800 – RM1000
4⃣ Bantuan pasangan berkahwin RM500 Seorang untuk perkahwinan pertama.
5⃣ Lesen motosikal Percuma.
6⃣ Mansuh GST.
7⃣Stabilkan Harga minyak di bawah paras RM1.50 seliter.
8⃣Bantuan Pendidikan Percuma.
9⃣Bantuan Pesakit Buah Pinggang,pesakit Jantung Bagi rawatan berkos Tinggi.
1⃣0⃣Subsidi Air percuma dan Bil Elektrik.
1⃣1⃣Mansuh PTPTN dan nikmati biasiswa/ pendidikan percuma.
1⃣2⃣ Salur Agih kekayaan mengikut kawasan dan daerah tercicir pembangunan.
1⃣3⃣ Wifi percuma Berkelajuan Tinggi Bandar serta Luar Bandar.
1⃣4⃣ Menstabilkan harga barang.
1⃣5⃣Bantuan Duit Dapur bagi isi rumah berkahwin/ ibu tunggal kepada Rakyat Miskin serta berpendapatan rendah sebanyak RM250 sebulan.
1⃣6⃣ Kad Peduli sihat Rakyat setahun RM500.
1⃣7⃣ Pinjaman Peribadi PenjawatAwam untuk tempoh 10 Tahun di naikan semula kepada 20 Tahun bayaran.
1⃣8⃣ Royalti Minyak kepada negeri negeri di tingkatkan Royalti.
1⃣9⃣Mencegah Ketirisan khazanah negara serta mengagih kekayaan kepada Rakyat.
2⃣0⃣ Menghapuskan Tol di seluruh Malaysia.
2⃣1⃣ Harga kereta baru lebih rendah serta cukai kereta import di turunkan.
2⃣2⃣ Mewujudkan Peluang Pekerjaan lebih banyak.
2⃣3⃣ Mewujudkan peluang mesra usahawan/Peniaga kecil serta pinjaman mudah.
2⃣4⃣ Bantuan Persekolahan tahunan kepada Pelajar sebelum sekolah di buka tahun baru.
2⃣5⃣ Cukai insuran kereta di turunkan kepada kenderaan di bawah 1500CC.
2⃣6⃣ Memperbanyakkan Rumah mampu milik bawah RM100,000 dengan insentif bantuan kerajaan.
2⃣7⃣ Siaran EPL Percuma kepada Rakyat Malaysia.
2⃣8⃣ Mengutamakan wang poket Rakyat mencukupi.
2⃣9⃣ Agihan Percuma Sekampit Beras setiap bulan kepada setiap isi rumah berkahwin miskin serta berpendapatan rendah.
3⃣0⃣ Insentif tunai Kelahiran Baru.
3⃣1⃣ Insentif tabung Pendidikan Awal kepada bayi,kanak2 hingga dewasa.
3⃣2⃣ Menarik pelabur asing lebih banyak.
3⃣3⃣ Menjadikan malaysia dan Rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020.
3⃣4⃣ Mengurangkan kos sara Hidup Rakyat.
3⃣5⃣ Khidmat kesihatan Percuma.
3⃣6⃣ Sistem Giliran Perdana menteri hanya 2 penggal.
3⃣7⃣ Menjadikan badan SPRM. Bebas serta lapor terus kepada Parlimen.
3⃣8⃣ Gaji Anggota Polis/Tentera akan di tingkatkan bagi meminima salah guna kuasa serta rasuah untuk golongan pasukan pertahanan/penguatkuasa undang undang.
3⃣9⃣ Menaik taraf kehidupan Rakyat.
4⃣0⃣ Menaik taraf infrastruktur kuarters Tentera dan Polis dengan lebih baik.
4⃣1⃣ Menghadkan campurtangan Perdana menteri terhadap jabatan jabatan kerajaan dan Syarikat GLC.
4⃣2⃣ Menghapuskan saman tertunggak pesalah lalulintas terutama kepada pesalah kesalahan Tiada lesen motosikal.
4⃣3⃣ Memansuhkan sistem AES
4⃣4⃣ Memberi kelonggaran berpolitik kepada seluruh Rakyat Malaysia.
4⃣5⃣ Mengembalikan wang Rakyat 1MDB di luar negara kepada Rakyat Malaysia.
🛑Semoga inisiatif PAKATAN HARAPAN serta mandat Rakyat bakal mengubah Malaysia serta Rakyat menjadi lebih baik demi malaysia yang tercinta.🇲🇾☑☑☑ ☑☑☑☑
. Acik percaya bahawa PRU14 adalah PRU yang sangat luar biasa. Faktor yang menjadikan ia luar biasa ialah penglibatan seorang mantan PM BN (Tun DM) sebagai calon MP. Bahkan beliau juga adalah bakal PM Malaysia ke-7 jika sekiranya PH menang PRU14 nanti.
.
Turut berkempen sakan supaya beliau menjadi PM ialah beberapa orang bekas menteri kabinet BN dahulu (Tun Daim & TS Rafidah).Tak mustahil sekiranya Tun DM berjaya menjadi PM nanti mereka mungkin juga dilantik menjadi senator untuk layak menjadi menteri.
Kata sebuah peribahasa Melayu, “habis madu sepah dibuang”. Tindakan veteran politik tersebut mungkin sesuai dengan makna peribahasa tersebut. Rakyat menjadi pening kerana mereka, terutamanya kerana penyertaan semula Tun DM dalam politik negara.
.
Acik percaya, mereka itu adalah menteri-menteri BN yang paling banyak mendapat habuan hasil dari dasar “privatization” yang dilaksanakan semasa Tun DM sebagai PM dan DSAI sebagai TPM dahulu. Harta milik masing-masing mungkin berjuta-juta seorang. Kalau tak ratusan pun mungkin puluhan.
. Adakah benar bekas-bekas menteri BN itu menentang BN demi untuk menyelamatkan Malaysia ❓
.
Acik tidak percaya kepada dakwaan mereka itu . Sebaliknya Acik lebih percaya bahawa ianya untuk menjamin supaya harta kekayaan mereka tidak terjejas. Bukan mereka saja yang takut kekayaan terjejas, bahkan ramai lagi kroni-kroni mereka yang lain.
.
Kerana hasutan mereka kepada rakyat bahawa negara sedang dirosakkan oleh PM sekarang, maka rakyat menjadi risau, pening, keliru dan kelam kabut. Nak takmau percaya kepada apa yang mereka dakwa itu, mereka tu adalah bekas-bekas menteri yang hebat. Jika nak percaya, maka terpaksalah bersama-sama mereka menukar kerajaan dari BN ke PH.
⬇️ Spekulasi ⬇️
Acik harap rakyat rata-rata sedar bahawa menukar kerajaan bukanlah suatu perkara main-main macam kahwin kontrek. Riskonya sangatlah besar. Namun, ia tidak menjamin akan membawa kebaikan yang lebih banyak kepada negara. Sebaliknya mungkin akan menambahkan lagi kesengsaraan hidup rakyat. Ibarat lari dari mulut singa masuk ke mulut buaya.
⬆️ Spekulasi ⬆️
.
Cuba tengok apa yang dah terjadi dengan negara Libya dan Iraq. Setelah rakyat berjaya menjatuhkan kerajaan mereka yang dipimpin oleh Muamar Ghadafi (Libya) dan Sadam Husein (Iraq) adakah negara mereka lebih baik dari dahulu ❓
Tak mungkinkah perkara yang sama akan berlaku pula kepda negara kita Malaysia jika sekiranya BN digantikan dengan PH sebagai pemerintah ❓ Walaupun taklah sampai berlaku pertumpahan darah macam di Libya dan Iraq, namun berbaloikah ❓ Bagi Acik, tak berbaloi sama sekali.
.
Kita jangan lupa bahawa selain Tun DM kita juga ada seorang lagi mantan PM iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Oleh sebab beliau lebih suka dipanggil “Pak Lah” dari Tun Abdullah, maka biarlah Acik juga panggil beliau “Pak Lah”.
.
Jika sekiranya benar bahawa negara kita sedang dirosakkan oleh BN sekarang, mengapakah Pak Lah tak turut sertai geng Tun DM untuk tukarkan kerajaan dari BN ke PH ❓ Awat, hangpa ingat PakLah tak sayangkan Malaysia dan rakyat Malaysia❓ Hanya Tun DM dan gengnya saja yang sayangkan Malaysia.
.
Acik percaya bahawa Pak Lah lebih sayangkan Malaysia berbanding dengan Tun DM dan gengnya. Atas sebab itu maka Acik lebih suka “emulate” (mencontohi) Pak Lah daripada Tun DM.
.
Acik percaya bahawa semua rakyat yang peduli politik masih ingat siapa dia PakLah dan jasa-jasa beliau. Lebih-lebih lagi pesara-pesara kerajaan dan warith masing-masing.
.
Pak Lah sokong siapa ya, Najib atau Tun DM ❓
.
Jika beliau sokong Tun DM maknanya beliau berpihak kepada PH. Sebaliknya jika beliau di sebelah Najib maka maknanya beliau masih bersama BN.
.
Acik percaya tidak ramai rakyat yang taksub kepada Pak Lah. Yang ramai taksub ialah kepada Tun DM. Buktinya amat jelas. Apa Tun DM cakap akan ramailah yang terus percaya bulat-bulat, walaupun ianya satu pembohongan atau fitnah.
Walaupun tak ramai rakyat yang taksub kepada Pak Lah, namun Acik percaya bahawa ramai pesara kerajaan dan warith mereka merasa terhutang budi kepada beliau. Apa tidaknya, kerana ketika beliau menjadi PMlah pencen minima RM700 sebulan dilaksanakan. Sebelum itu ada pesara atau warith mereka yang menerima pencen kurang dari RM200 sebulan. .
. Setinggi-tinggi terima kasih kita ucapkan kepada Pak Lah di atas keperihatinan beliau terhadap kebajikan rakyat jelata bertaraf marhain. Semasa Pah Lah menjadi PM juga cukaijalan (road tax) diturunkan dengan agak ketara. Rasionalnya ialah lebuh raya dah banyak mengutip tol. Jadi rakyat tak wajar dikenakan lagi kadar cukai jalan yang tinggi.
. Pak Lah juga memiliki rasa perikemanusiaan yang tinggi. Kalau DSAI dimasukkan ke dalam penjara semasa Tun DM menjadi PM, beliau dikeluarkan dari penjara semasa Pak Lah menjadi PM. Bekas Ketua Hakim Negara (Tun Salleh Abas) yang dipecat dari jawatannya semasa Tun DM menjadi PM dikembalikan haknya, juga semasa PakLah menjadi PM.
.
Mungkin ramai pesara kerajaan yang sempat berkhidmat di bawah Pak Lah semasa beliau masih berjawatan menteri hingga menjadi PM dahulu. Tentu mereka terasa bahawa bekerja dengan bos seperti Pak Lah amat berbeza dari bekerja dengan bos sebelum beliau. Bekerja dengan bos yang kuat beragama seperti Pak Lah membawa banyak berkat.
. Istinewanya Pak Lah ialah beliau sangat setia kepada partinya. Walaupun beliau telah bersara dari kerajaan dan tidak lagi memegang jawatan penting dalam parti, namun beliau masih sokong partinya. Ini dibuktikan dengan kehadiran beliau di majlis penamaan calon BN di kawasan Parliamennya pada April 28 yang lalu.
.
Itu menunjukkan bahawa Pak Lah adalah seorang hamba Allah yang “appreciative” atau tahu menghargai jasa orang kepadanya. Beliau berpeluang berkhidmat kepada negara adalah kerana parti politik (UMNO) yang disertainya. Jadi walau apapun terjadi, beliau tetap pertahankan parti tersebut. Kalau tak pertahankan pun, sekurang-kurangnya tidaklah sampai menyertai musuh untuk menghancurkan parti asalnya.
.
Dua bekas PM kita dahulu pun pernah meninggalkan BN/UMNO kerana tidak berpuashati dengan pengurusan parti. Tetapi adakah sampai mereka menentang parti yang pernah mereka tunggangi hingga membawa mereka ke puncak kejayaan itu ?
.
Sekiranya ahli biasa macam Acik ni, iaitu tak pernah ada apa-apa kepentingan dalam parti, tak kisahlah nak tukar ke parti mana pun. Tapi yang nampak sangat tidak wajar ialah bagi mereka seperti Tun DM dan gengnya.
.
Acik tak kata tindakan mereka itu salah. Ya, memanglah tak salah mengikut undang-undang. Tapi dari aspek moral, ia amat salah, dan tak wajar ditauladani dan disokong. Ia bukan sekadar umpama “kacang lupakan kulit” bahkan umpama “anjing tersepit yang menggigit orang yang tolong melepaskannya” .
Klip video di atas amat memeranjatkan pelbagai pihak. Ia mencetuskan satu soalan penting di dalam fikiran Acik. Adakah ia lebih menyakinkan lagi semua rakyat bahawa Tun DM benar-benar telah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan beliau, ketika beliau di puncak kuasa dahulu ❓ Ataupun sebaliknya ?
Soalan tersebut agak susah nak dijawab oleh kebanyakan kita. Lebih-lebih lagi setelah khabarnya Tun DM telah pun segera memohon maaf atas kenyataan beliau itu. Mungkin juga niat beliau hanya sekadar berseluruh atau bergurau saja. Maklumlah, seorang yang kaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kebijaksanaan, biasanya “sense of humour”nya sangat tinggi.
Kononnya orang yang belajar ilmu tasauf berupaya memahami sesuatu ayat melebihi dari apa yang tersurat. Maksud Acik ialah apa yang tersirat di dalam ayat berkenaan. Yang tersurat bagi sesuatu ayat (samada lisan mahupun tulisan) adalah makna “literal”. Manakala yang tersirat adalah metafora atau maksud yang tersembunyi di dalam ayat berkenaan.
.
Yang menarik tentang ilmu tasauf ialah ia dapat membantu kita memahami punca tindakan atau tingkah laku orang lain. Ia berdasarkan “presumption” bahawa tindakan fisikal pelaku ada hubung kait yang erat dengan niat dan hasratnya. . Contohnya jika seseorang itu menengking anaknya, maka ia menunjukkan bahawa hati pelaku itu sedang marah kepada anaknya itu. Bila seorang itu rajin memberi sedekah atau menderma, maka tandanya individu itu seorang yang pemurah atau tidak kedekut.
.
Dalam sebuah hadith, Nabi s.a.w. memberitahu kita bahawa dalam jasad kita ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah tingkah laku individu berkenaan. Sebaliknya, jika buruk daging itu, maka buruklah tingkah laku atau perangai individu tersebut. Daging itu ialah hati.
. Ilmuan agama telah mengenalpasti berbagai-bagai sifat hati yang dapat dikesan dari tingkah laku dan tindakan fisikal seseorang. Sifat-sifat itu dibahagi kepada dua kategori. Pertama diistilahkan sebagai “mahmudah” dan se lagi diistilah sebagai “mazmumah”.
.
Sifat mahmudah adalah segala sifat-sifat hati yang positif. Manakala sifat mazmumah adalah segala sifat hati yang negatif. Dalam kitab Ihya ‘Ulumiddin karya Imam al Ghazali diterangkan 10 sifat-sifat mahmudah. 10 lagi ialah sifat-sifah mazmumah iaitu yang berlawanan dengan sifat-sifat mahmudah.
Acik berpeluang mentelaah kitab karya imam besar tersebut semasa masih belajar di UM dahulu. Namun, bukanlah bermakna Acik sudah pakar dalam ilmu tasauf sebab telah lama mempelajarinya. Sebaliknya, mungkin banyak yang dah terlupa kerana tidak selalu mempraktikkannya. Mungkin juga apa yang Acik faham itu tidak atau kurang tepat. Maklumlah, Acik pelajar di fakuti ekonomi bukan di fakulti agama.
.
Walaubagaimanapun, bila dalam keadaan yang mendesak, apa yang ada pun sudah cukup berharga. Begitulah juga dengan ilmu yang ada, walaupun sedikit dan cetek.
. Dengan jujur lagi berterus terang, Acik amat muskhil atau ragu-ragu terhadap sikap Tun DM. Lebih-lebih lagi setelah menonton klip video di atas. Bagi Acik “gurauan” Tun DM berkaitan trajidi Mamali itu adalah manifestasi bahawa beliau belum benar-benar insaf dan bertaubat atas kesalahan-kesalahannya yang lepas itu.
Kalau beliau benar-benar insaf, tak mungkin tercetus langsung ayat-ayat yang berbentuk penghinaan terhadap mangsa trajidi Mamali itu. Sedangkan trajidi tersebut adalah akibatkezaliman beliau sendiri. Sebaliknya beliau patut berasa sedih atas apa yang beliau telah lakukan itu. Beliau bukan sekadar memohon ampun kepada Allah sahaja. Bahkan yang lebih penting ialah memohon maaf kepada semua warith-warith mangsa berkenaan termasuk warith anggota-anggota polis yang turut terkorban.
Bagi Acik, sangat tidak memadai dengan hanya menyuruh orang lain menjadi wakil untuk memohon maaf secara pukal kepada warith-warith mangsa. Tun DM sendiri yang patut menziarahi kubur-kubur mangsa dan bertemu seramai mungkin warith-warith mereka.
. Kalau Tun DM boleh menziarahi pusara arwah Ustaz Fadil Nor dan beriya-iya benar nak menziarahi pusara arwah TGNA kenapa tak sanggup menziarahi kubur-kubur mangsa kezaliman beliau itu. Jika Tun sudah melakukan demikian, mungkin juga keraguan Acik terhadap beliau dapat dihapuskan.
. Acik cuba meletakkan diri Acik di dalam kasut warith-warith mangsa trajidiMamali itu. Tak tahulah nak dilakarkan bagaimana kecewanya hati Acik terhadap mantan PM itu. Sepatutnya rakyat jelata mendapat perlindungan dari pasukan keselamatan. Malangnya, apa yang diperolehi mereka adalah sebaliknya. Harapkan pagar, pagar yang makan padi.
. Mungkin bagi ramai rakyat, terutama anak-anak muda sekarang, tak berasa apa-apa pun setelah menonton klip video tersebut. Sebab, ramai dari mereka belum lahir lagi ketika trajidi itu tercetus. Bagi yang dah lahir pun, kebanyakan mereka masih terlalu kecil untuk memahami isunya di waktu itu.
.
Tapi bagi rakyat yang sudah remaja ketika itu, Acik percaya bahawa emosi masing-masing pasti tersentuh jua sedikit sebanyak. Kecualilah bagi mereka yang benar-benar tidak berhati perut.
.
Walau apa pun, Acik ingin tegaskan bahawa apa yang Acik taksir dan tafsir tentang Tun DM bukanlah semestinya suatu kebenaran yang hakiki. Yakni status kebenarannya bukanlah sampai melampaui keraguan yang munasabah (“beyond reasonable doubts”). Hakikat kebenarannya Allah jua yang tahu.
Apa yang Acik taksir dan tafsir itu adalah semata-mata untuk panduan diri sendiri dalam membuat penilaian terhadap bakal PM kita yang ketujuh itu. Apa yang Acik nampak negatif mungkin dinampak positif oleh selain dari Acik seorang. Begitulah juga sebaliknya.
Namun sebagai warganegara yang bebas memilih bakal PM nya, maka Acik tidakrestui pencalonan individu yang penuh dengan kontroversi seperti Tun DM sebagai PM yang ketujuh bagi negara Malaysia tercinta.
Takut-takut apa yang terjadi adalah ibarat :
Tikus membaiki labu ;
Untungnya secupak, ruginya segantang ;
Lari dari mulut singa masuk ke mulut buaya ;
Yang dikejar tak dapat, yang dikendung pula keciciran.
Biarlah Acik bersyukur saja dengan apa yang dah sedia ada sekarang dan bersabar terhadap apa yang masih kurang.
Semoga Allah selamatkan Malaysia dari jatuh ke tangan Tun DM dan gengnya yang Acik tidak mampu bayangkan tahap kemudharatannya kelak.
.
Sedangkan di bawah pemerintahan PM sekarang, dah nampak berbagai-bagai usaha-usaha positif sedang dilaksanakan dengan lancar. Walaupun PH menganggap dirinya “saint” dan “BN devil”, namun bagi Acik biarlah Acik terimapakai peribahasa Inggeris yang berbunyi
“Thedevil that you know is better than the saint that you do not know”.
.
Ada orang mengistilahkan PRU14 sebagai ibu kepada semua PRU. Ibu bermaksud maha penting. Kerana, anak tidak akan wujud tanpa ibu. Tanpa ibu juga, seseorang anak tidak akan dapat membesar dengan kasih sayang yang terbaik.
.
Sesuatu yang penting itu tidak harus disia-siakan. Bagi pembangkang mensia-siakan PRU14 bermaksud tidak menggunakan PRU14 bagi menjatuhkan BN dan menggantikannya dengan PH sebagai pemerintah. Kononnya rakyat akan menyesal sekiranya PRU14 ini disia-siakan.
.
Namun, Acik tak percaya bahawa rakyat akan menyesal jika BN terus memerintah. Sebaliknya rakyat akan kecewa jika PH yang memerintah. Acik ada justifikasi yang banyak untuk berpendapat begitu ?
.
Jika kita renungi dengan tenang, sabar (tanpa tegopoh gapah) dan teliti, nescaya kita akan dapati bahawa PH adalah pakatan yang didominasi oleh pemimpin-pemimpin yang kecewa terhadap parti asal mereka. Dari calon bakal PM hinggalah ramai bakal menteri-menteri lain, semuanya adalah mereka yang kecewa. Mereka kecewa kerana gagal merebut jawatan-jawatan penting dalam parti asal mereka itu.
. Kekecewaan adalah elemen yang membuat mereka berasa status diri mereka sama antara satu dengan yang lain. Itu sebab mereka dapat bersama membentuk satu pakatan. Kata peribahasa Inggeris, “birds of samilar feathers flock together”.
.
Teringat Acik akan satu cerekana mengenai dua pasangan yang bercerai kerana kecewa. Pasangan pertama S & I dan pasangan kedua H & W. Sebelum bercerai mereka berjumpa dengan seorang kaunselor yang sama.
Si S (suami) mendedahkan segala keburukan si I (isteri) kepada kaunselor tersebut. Tak tinggal sikit habok pun keaiban si I yang tak didedahkan, kata oghe Kelante. Sedangkan si I pula malu nak dedahkan apa-apa kekurangan si S kepada kaunselor tersebut. Maklumlah si I seorang yang solehah.
Sebaliknya bagi pasangan kedua pula si W (wife) mendedah segala yang negatif tentang si H (husband) kepada kaunselor. Sedangkan si H pula malu nak dedahkan apa-apa kekurangan dan keaiban si W. Maklunlah beliau seorang yang soleh.
Bayangkanlah, sebagai pasangan hidup kita apa keaiban diri kita yang pasangan kita itu tak tahu. Patutkah segala keaiban kita didedahkan oleh bekas pasangan kita kepada sesiapa pun, walaupun kita dan dia sudah bercerai ?
.
Direngkaskan cerita, kedua-dua pesangan tersebut pun bercerailah. Yang menariknya ialah tak lama kemudian S telah berkahwin dengan W, dan H pula berkahwin dengan I.
.
Kata peribahasa Inggeris, “round pole goes into the round hole while the square pole goes into the square hole”. Dalam quran pun ada disebut bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.
.
Beberapa tahun kemudian terbuktilah bahawa pasangan yang berakhlak mulia, kekal hidup harmoni. Sebaliknya pasangan yang kecewa tersebut telah bercerai berai. Malah masing-masing belum berkahwin lagi.
.
Satu soalan penting dalam minda Acik ialah, apakah tak mungkin pemimpin-pemimpin PH yang kecewa itu akan mengecewakan pula pengundi-pengundi nanti ?
.
Sifat orang-orang yang kecewa biasanya agak ekstrim. Mereka didominasi oleh sifat marah, dendam, hilang kesabaran, hilang pertimbangan dan sifat-sifat mazmumah yang lain. Tindakan mereka yang ekstrim itu adalah manifestasi bahawa sifat-sifat negatif tersebut telah menguasai diri mereka.
.
Pada pencerapan (observation) Acik, PRU14 adalah PRU yang lain dari yang lain. Maksud Acik, ia bukanlah PRU yang normal. Jika seseorang itu sangat tidak normal, ia mungkin termasuk kategori gila. Kira-kira begitulah apa yang Acik lihat wajah PRU14. Dengan rengkas, Acik istilahkan PRU14 sebagai “mad Politics”
. Politik menjadi gila bila ianya didominasi oleh pemain-pemain politik yang gila. Maksud gila ialah tindak tanduk mereka yang nampak tidak rasional pada pandangan umum. Antara ciri-ciri utama orang gila ialah dia lupa apa yang dia pernah katakan dahulu.
.
Pemain-pemain politik yang Acik lihat sebagai politikus gila terdiri dari sekurang-kurangnya tiga kategori utama. Pertama yang seumpama Mad Joned, kedua yang seumpama Mad Ampu dan ketiga yang seumpama Mad Sapu.
.
Untuk mengenali ketiga-tiga pemain politik tersebut dengan lebih dekat silalah baca PenCERAHan-PenCERAHan berikut :
.
Sila tukarkan “Bukit Selambau/Gantang” kpd “Langkawi” dalam video di atas
.
🇲🇾 PH memutuskan supaya Tun DM bertanding bagi kerusi parliamen Langkawi. Mungkin PH rasa kerusi tersebut adalah kerusi yang paling selamat untuk Tun DM. Nampaknya PH memang berazam sungguh untuk menjadikan Tun DM PM ketujuh selepas PRU14 nanti. Jika ini berjaya dilakukan, maka Malaysia akan menjadi negara yang paling unggul di dunia di miilinium ini.
. Mengapakah Acik berkata demikian ? Jawapannya adalah seperti berikut.
Pertama, kerana faktor umur Tun DM. Setakat ini Acik belum pernah dengar ada mana-mana negara di dunia ini yangmana PMnya berumur lebih dari 93 tahun.
Kedua, kerana Tun DM adalah seorang yang telah pernah menjadi seorang PM. Dan tempoh perkhidmatan beliau sebagai PM adalah antara yang paling panjang jika dibandingkan dengan PM-PM negara lain. Ya, beliau menjadi PM selama 22tahun.
Ketiga, ia akan membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia mempunyai seorang pemimpin yang tidak ada tolok bandingnya di seanterio dunia. Setelah majoriti ahli parti asalnya (UMNO Baru) tidak lagi memerlukannya, beliau mampu menubuhkan sebuah parti baru yang lain. Dan parti baru ini mampu pula menjatuhkan parti asalnya itu dari puncak kuasa.
. PH pula akan berasa tersangat bangga jika Tun DM menjadi PM. Kerana ia akan menjadi bukti kepada seluruh rakyat Malaysia khususya, dan kepada seluruh penduduk dunia amnya, bahawa PH adalah sebuah gabungan parti yang bijakmembuat strateji bagi mengalahkan BN. Dengan perkataan lain, PH adalah lebih perkasa dari BN. Walaupun ia masih “bayi” yang baru lahir tak sampai satu tahun, namun ia sudah mampu mengalahkan BN yang sudah berusia lebih 45 tahun. Sedangkan PAS yang sebaya dengan BN pun kecundang.
Samada Tun DM akan benar-benar menjadi MP Langkawi, maka anak-anak Langkawilah yang akan menentukannya. Jika majoriti dari mereka menganggap Tun DM banyak berjasa kepada mereka, maka akan menang besarlah beliau. Tapi jika sebaliknya, akan kalah teruklah beliau. Sama-sama kita saksikan apa realitinya pada Mei 09 nanti.
Jasa-jasa Tun DM kepada anak-anak Langkawi
Setelah Tun DM naik menjadi PM, beliau mula memberi perhatian istimewa kepada Langkawi. Kononnya beliau ingin melihat Langkawi maju dan masyhor sebagai destinasi pelancongan popular. Bukan saja popular di kalangan rakyat Malaysia bahkan di seanterio dunia.
Itu satu niat yang murni yang wajar dikenang dan dihargai. Khususnya oleh anak-anak Langkawi, dan amnya rakyat satu Malaysia keseluruhannya. Untuk merealisasikan hasrat murni Tun DM itu, maka bermulalah usaha-usaha gigih beliau untuk membangunkan pulau yang terkenal dengan lagenda Mahsuri itu.
Dalam proses pembangunan pulau tersebut, maka tertubuhlah LADA (Langkawi Development Authority). Langkawi juga telah dijadikan pulau bebas cukai. Antara pelbagai produk yang bebas dari cukai ialah minuman keras. Kononnya arak menjadi lebih murah di pulau Langkawi berbanding dengan cocacola di Kuala Perlis.
Akibat harga arak begitu murah kerana tak bercukai, maka ramailah anak-anak muda Melayu di pulau tersebut telah terjebak dengan gejala minuman keras. Acik masih ingat betapa pemimpin-pemimpin PAS ketika itu mengkritik keras terhadap kerajaan BN kerana pulau Langkawi. Kerajaan didakwa bertanggungjawap di atas kerosakan akhlak penduduk-penduduk tempatan pulau tersebut.
Kata Presiden PAS ketika itu, “walaupun ada di kalangan anak-anak pulau Langkawi menjadi jutawan, tetapi yang lebih ramai ialah yang jadi tak ketahuan“. Pendekata, usaha bagi membagunkan Langkawi adalah lebih banyak membawa mudharat kepada anak-anak pulau tersebut dari munafaat.
Aktiviti bertaraf antarabangsa iaitu LIMA (Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition) turut diadakan di Langkawi. Pameran itu diadakan dua tahun sekali. LIMA berikutnya akan diadakan dalam bulan Mac 2019.
LIMA berjaya menempah nama yang harum bagi Langkawi di pesada dunia. Namun adakah anak-anak Langkawi merasa bahawa LIMA itu membawa rahmat kepada mereka ataupun sebaliknya. Bilik-bilik penginapan yang laris sepanjang LlMA berjalan adakah homestay milik penduduk tempatan, atau hotel-hotel mewah milik kapitalis dari luar langkawi.
.
Adakah anak-anak tempatan Langkawi, merasa pembangunan di Langkawi berbaloi bagi kebanyakan mereka. Mungkin mereka sedar bahawa objektif Langkawi dibangunkan bukan untuk kepentingan anak-anak tempatan di pulau itu. Sebaliknya, ia lebih kepada untuk mengaut keuntungan lumayan oleh individu-individu atau syarikat-syarikat kapitalis melalui spekulasi hartanah di pulau itu.
Yang menjadi mangsa ialah anak-anak Langkawi yang memiliki tanah tapi tidak ada modal untuk membangunkan sendiri tanah mereka itu. Akibatnya hak milik tanah anak-anak tempatan pulau itu banyak yang tergadai kepada kapitalis-kapitalis luar.
Ketika dalam keghairahan untuk menjadikan Langkawi destinasi perlancongan popular, telah berlaku satu peristiwa penting. Seorang pemaju kononnya telah memulakan projek pembinaan pusat pelancongan di atas sebidang tanah milik seorang Makcik tua. Makcik tersebut tidak merestui projek berkenaan dibuat di atas tanah milik beliau itu.
Makcik tua itu telah pun menyaman pemaju tersebut. Bila dibicarakan, mahkamah mengarahkan supaya projek tersebut dihentikan. Ini kerana Makcik itu masih mempunyai hak sepenuhnya keatas tanah miliknya berdasarkan Akta Pengambilan Tanah ketika itu.
Berikutan dari kes tersebut, kerajaan di bawah pemerintahan Tun DM telah membuat pindaan pada Akta Pengambilan Tanah itu. Tujuan pindaan ke atas akta tersebut ialah supaya projek di atas tanah Macik tua itu dapat diteruskan juga. Walaupun beliau masih tak benarkan projek bekenaan diteruskan, namun berdasarkan akta yang telah dipinda, beliau tidak berhak lagi menghalang pihak pemaju dari meneruskan projek di atas tanah pemilik tersebut.
Angkara pindaan Akta Pengambilan Tanah di masa Tun DM sebagai PM
.
Pindaan yang dibuat ke atas Akta Pengambilan Tanah itu sangat besar implikasinya. Kalau dahulu, kerajaan boleh ambil tanah rakyat hanya untuk tujuan tertentu sahaja. Contohnya untuk membina jalan raya, sekolah, hospital, mahkamah dan yang seunpamanya sahaja.
Bagi tujuan-tujuan selain dari itu, pemilik tanah berhak untuk tidak membenarkannya. Kerajaan yang berwibawa yang sentiasa menghormati hak rakyat dan undang-undang, tidak akan merampas tanah milik rakyat dengan sewenang-wenangnya.
Namun, apabila Akta tersebut dipinda, maka kerajaan boleh mengambil mana-mana tanah rakyat, asalkan bagi apa-apa tujuan pembangunan. Ini ibarat meluluskan sekeping cek kosong yang sudah ditandatangi oleh pemegang akaunnya kepada penerimanya. Penerima boleh tentukan sendiri amaun yang nak ditulis di atas cek tersebut.
Andai kata bahawa individu I♥️U ada memiliki sebidang tanah berhampiran sebuah bandar. Tiba–tiba syarikat Tesco merancang membina pusat perniagaannya di atas tanah tersebut. Kerajaan kini boleh meluluskan perancangan Tesco itu. Malah kerajaan akan membantu syarikat Tesco itu untuk mengambil alih tanah tersebut dari I♥️U.
Berdasarkan akta yang telah dipinda itu, I♥️U tidak ada hak lagi untuk membantah tindakan kerajaan tersebut. Beliau cuma berhak menuntut gantirugi sekadar yang dirasanya munasabah atas kehilangan tanahnya itu.
Sebenarnya taklah dinafikan langsung bahawa pindaan kepada Akta tersebut ada juga kebaikannya. Namun bahayanya adalah lebih besar. Ia akan membawa kepada penyalahgunaan akta tersebut oleh pihak kerajaan sendiri. Yang untungnya ialah kapitalis juga.
Penyalahgunaan akta tersebut memang telah berlaku pun tanpa perlu dinafikan lagi. Contohnya, tak lama selepas pindaan akta tersebut dikuatkuasakan, maka berlakulah Trajidi Kerpan. Akbar Harakah ketika itu melapurkan bahawa pesawah padi di Kerpan dipaksa menyerahkan tanah bendang mereka kepada seorang kapitalis Arab untuk perusahaan udang harimau.
Digambarkan di dalam akbar Harakah itu bertapa rakusnya pihak kapitalis berkenaan merampas tanah masyarakat petani di Kerpan. Petani hanya mampu berputih mata melihat padi yang sedang menguning dilanyak oleh jentolak pihak kapitalis.
Atas alasan apa maka kapitalis yang bergelar Bin Ladin itu berjaya merampas tanah bendang petani Kerpan itu ? Jawapannya ialah kerana perusahaan udang harimau menjanjikan pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada nilai padi yang mampu dihasilkan di atas tanah bendang berkenaan setiap tahun.
Ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu tentang pindaan kepada Akta Pengambilan Tanah yang Acik maklumkan ini. Apa lagi tentang impak negatifnya terhadap ramai pemilik-pemilik tanah. Ramai pemilik tanah yang lokasinya agak strategik di bandar-bandar, bimbang takut tanah milik mereka akan terlepas kepada syarikat-syarikat kapitalis.
Terutama pemilik-pemilik miskin yang mewarithi tanah-tanah pusaka dari arwah orang tua mereka. Kebanyakannya adalah orang Melayu. Malah entah sudah berapa ramai dari mereka yang telah pun kehilangan tanah-tanah masing-masing kepada spekulator-spekulator hartanah sejak akta tersebut dipinda.
Acik rasa, jika sekiranya semua anak-anak pulau Langkawi tahu atau masih ingat sejarah “rampasan” tanah Makcik tua di Langkawi itu, dan Trajidi Kerpan, mereka akan keluar mengundi beramai-ramai pada hari PRU14 nanti. Tetapi bukan untuk mengundi Tun DM. Sebaliknya untuk menunjukkan kebencian mereka kepada beliau dengan mengundi calon dari BN. Silap-silap haribulan PH akan hilang deposit di.Langkawi.
Berdasar pemerhatian sendiri, Acik tak percaya pembangunan di Langkawi dilaksanakan demi kepentingan anak-anak pulau itu. Sebaliknya ia lebih memberi keuntungan besar kepada spekulator-spekulator hartanah yang terdiri dari kapitalis-kapitalis. Mereka ini mungkin memiliki harta bernilai puluhan malah ratusan juta RM.
.
Jika kerajaan benar-benar berhasrat membangunkan Langkawi untuk kemajuan anak-anak pulau itu, wujudkan perkhidmatan feri seperti di PulauPinang atau pun di Labuan. Dengan adanya feri seperti itu, maka lebih ramai lagi pelancong dari tanah besar akan berulang kali melawat Langkawi, kerana tambang feri ke sana agak murah.
Tambang feri di Pulau Pinang, untuk sebuah kereta tak sampai RM10 bagi perjalanan pergi dan balik. Sedangkan tambang pergi dan balik ke Langkawi adalah antara RM250 hingga RM550 untuk sebuah kereta.
Perkhidmatan feri seperti itu tak mungkin akan diwujudkan selagi pemimpin-pemimpin tertinggi negara fanatik kepada kapitalisma dan dasar pengswastaan. Bagi mereka ini, hanya projek yang menjanjikan keuntunganlangsung yang lumayan kepada kroni-kroni saja yang wajar dilaksanakan.
Perkhidmatan feri seperti di PulauPinang dan di Labuan mungkin dianggap tak wajar diwujudkan, demi menjaga kepentingan kroni-kroni tertentu sahaja.
Soalan saya ini masih tidak dijawab oleh pembangkang walapun telah disiarkan secara meluas dari minggu lepas.
Mengapa tak jawab?
—
Saya mempunyai satu soalan kepada pembangkang.
Sebelum 2013, pembangkang membuat kenyataan setiap beberapa bulan yang menyerang kerajaan dengan mendakwa perjanjian penjana tenaga bebas (IPP) yang berat sebelah menyebabkan Malaysia kerugian RM30 bilion setiap tahun kepada kroni.
Individu yang lazim membuat kenyataan ini adalah Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Tony Pua, Wong Chen dan lain-lain.
Kerugian antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setiap tahun.
Selepas 2013, pembangkang tidak lagi membuat kenyataan itu. Mengapa?
Ia kerana perjanjian berat sebelah IPP itu adalah masalah legasi yang dicipta Tun Dr Mahathir Mohamad sudah berjaya diselesaikan.
Berikut adalah bagaimana ia diselesaikan:
1MDB membeli kebanyakan IPP ini pada 2010 hingga 2012 bagi menyertai industri janaan tenaga persendirian dan menjadi syarikat IPP kedua terbesar di Malaysia.
Kemudian pada September 2012, kerajaan mengendalikan tender terbuka buat pertama kalinya dalam sejarah bagi Perjanjian Pembelian Tenaga IPP. 1MDB adalah pembida terendah bagi setiap pembaharuan IPP, menyebabkan pembida lain untuk mengikut langkah, sekaligus menyelesaikan perjanjian berat sebelah buat selamanya.
1MDB bekerjasama dengan kerajaan turut menyelamatkan wang negara antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setiap tahun (berdasarkan angka Pakatan), atau antara RM400 bilion hingga RM600 bilion bagi tempoh 20 tahun akan datang.
Bukti bahawa masalah perjanjian berat sebelah ini berjaya diselesaikan dapat dilihat pada pengurangan subsidi gas dari Petronas kepada IPP melalui laporan tahunan mereka selain keuntungan dianggap ‘pecah rekod’ Tenaga Nasional Berhad setiap tahun sejak 2012.
Faktanya, pembangkang tidak lagi membuat bising terhadap isu ini sekaligus ia boleh diterima sebagai bukti namun anda tidak akan menerima sebarang pujian terhadap kejayaan 1MDB mahupun kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang menyelesaikan masalah ini.
Sekarang, soalan saya adalah:
Jumlah hutang 1MDB ketika ini ialah RM30 bilion, dengan sandaran kepada aset yang meningkat nilai serta hutang itu adalah tempoh panjang di mana bayaran terakhir adalah pada tahun 2039.
Maka, bagaimana agaknya Malaysia tidak bankrap ketika kita kerugian RM20 bilion hingga RM30 bilion setiap tahun (ekoran perjanjian berat sebelah IPP zaman Dr Mahathir) tetapi kita akan bankrap ekoran hutang 1MDB berjumlah RM30 bilion sebagaimana didakwa pembangkang?
Saya juga nak tanya, mengapa Malaysia tidak bankrap apabila RM33 billion LESAP begitu sahaja dari skandal FOREX BNM dibawah pimpinan Tun Mahathir pada tahun 1994 apabila saiz ekonomi kita hanya RM194 bilion tetapi Malaysia bakal bankrap kerana HUTANG 1MDB (yang ada aset yang bernilai lebih dari hutang) sekarang RM30 bilion pada masa saiz ekonomi kita jauh lebih besar pada nilai RM1.3 trilion?
Mengapa negara tidak bankrap apabila Tun Mahathir menaikkan nisbah hutang kepada Keluaran dalam negara kasar (KDNK) dari 40% kepada 103.4% tahun 1986 tetapi Malaysia bakal bankrap pada nisbah yang jauh lebih rendah sekarang pada tahap 50.9 %?
Saya menanti pembangkang untuk menjawab soalan-soalan ini.
🇲🇾 Semasa BR1M (Bantuan Rakyat Satu Malaysia), mula diperkenalkan dahulu, Acik nampak ia macam suatu bentuk rasuah. Tapi selepas memikir semula status bantuan tersebut, Acik rasa tidak pula begitu. Sebaliknya ia adalah satu keperluan yang wajar ditambahbaiki.
.
Sekiranya BR1M adalah satu bentuk rasuah, Acik percaya ianya sudah tentu dijadikan isu politik oleh PH. Tetapi PH tidak pula menentang BR1M macam ia menentang GST. Jadi secara tak langsung, PH sendiri telah mengiktiraf BR1M sebagai wajar diteruskan.
Sebenarnya, memberi bantuan wang kepada rakyat miskin bukanlah suatu yang pelik. Banyak negara-negara maju memberi bantuan kewangan percuma kepada rakyatnya. Malah ada negara yang turut memberi bantuan kewangan kepada bukan warga negaranya, asalkan tinggal di dalam negaranya.
.
Semasa belajar di Amerika Syarikat di awal 80an dulu Acik sendiri menerima bantuan dari kerajaan Amerika. Cuma ia dalam bentuk kupon. Kupon pun macam duit juga sebab ia boleh ditukar dengan apa juga makanan, di pasar raya. Walaupun Acik mendapat biasiswa kerajaan untuk diri dan keluarga, namun berdasarkan piawaian di negara itu, keluarga Acik masih dianggap miskin dan layak menerima bantuan.
.
Sekarang pun masih ada lagi negara yang memberi bantuan percuma kepada penduduknya yang miskin. Samada warganegaranya sendiri maupun pendatang. Seorang anak Acik yang berhijrah ke Sweden telah lebih dari dua tahun menerima bantuan percuma dari kerajaan Sweden.
.
Bagi Acik tidak sia-sia jika sesebuah kerajaan itu bermurah hati kepada rakyatnya yang miskin. Miskin bukan bermakna malas bekerja. Sabaliknya bukan semua yang kaya raya itu rajin dan pandai bekerja. Contohnya, bekas CEO Petronas bukanlah sangat kaya jika dibanding dengan seorang anak bekas PM. Adakah bermakna anak bekas PM berkenaan lebih rajin dan pandai bekerja dari bekas CEO Petronas.
.
Acik melihat BR1M sebagai satu hak yang wajib dipulangkan kepada majoriti rakyat oleh kerajaan sekarang ini. BR1M adalah manifestasikegagalan kerajaan dalam pembagunan ekonomi majoriti rakyat. Sekiranya kerajaan berjaya dalam aspek ini, maka tidak perlu lagi BR1M, sebab rata-rata rakyat tiada ada lagi yang miskin tegar.
.
Kegagalan itu terjadi, adalah kerana sistem ekonomi yang tidak seimbang lagi tidak adil. Akibatnya segelintir rakyat mampu menjana kekayaan yang luar biasa. Sedangkan majoriti rakyat terus papa kedana serta merempat.
.
Sesuatu sistem ekonomi terbentuk bukanlah dalam tempoh sekelip mata. Ia mengambil masa yang agak panjang, mungkin puluhan tahun. Akibat dari kegagalan sistem ekonomi yang beroperasi sejak sekian lama itu, maka sekarang baru kita sama-sama mengecapi “nikmatnya” iaitu BR1M.
.
Mungkin tak keterlaluan jika Acik katakan bahawa kesusahan hidup yang majoriti rakyat sedang hadapi sekarang adalah akibat dari kegagalan pentadbiran di bawah PM dahulu bagi melaksanakan program pembangunan ekonomi untuk rakyat biasa termasuk diri Acik sendiri..
.
Jika kita sakit kepala, maka kita memerlukan panadol. Walaupun panadol bukan untuk merawat namun ia mengurangkan rasa sakit akibat penyakit berkenaan. Sebagai analogi, Acik lihat BR1M adalah ibarat panadol yang fungsinya adalah untuk mengurangkan kesengsaraan hidup yang berpunca dari sistem ekonomi yang tidak adil.
.
Sepatutnya rakyat menghargai inisiatif mewujudkan BR1M oleh PM sekarang. Beliau juga sedang berusaha membaiki sistem ekonomi kita yang telah diwarithi dari PM yang lepas. Malangnya ramai dari kita yang sedang menyusahkan usaha beliau. Sepatutnya memudahkan lagi usaha beliau itu, agar kejayaan bagi membetulkan kerosakan lebih mudah dan cepat tercapai.
. Bersambung … .. .