Dialog Ba dan Bi # 13z17: Imam Solat

•2013-12-17 • Leave a Comment

Dialog Imam Ba dan Imam Bi

(Catitan:  Ba = huruf ke-2 dalam tulisan Jawi; Bi = huruf ke-2 dalam tulisan Rumi)

Imam Ba :  Ana lebih suka baca surah-surah yang panjang semasa mengimami solat di masjid

Imam Bi : Ana pula lebih suka baca surah-surah lazim saja.

Imam Ba : Bukan apa, ana cuma nak mempederaskan hafalan ana supaya hafalan ana sebanyak 30 juzuk ini bertambah mantap.

Imam Bi : Ana tak bolehlah baca surah-surah panjang macam anta sebab yang ana hafal hanya surah-surah lazim saja.

 Imam Ba : Jika baca surah selain dari surah-surah lazim, makmum tak perasan jika kita tersilap baca. Malulah kita jika tersilap baca, bukan begitu ?

Imam Bi : Bagi Ana lebih baik makmum perasan kesilapan ana sebab mereka boleh tolong betulkan. Ramai dari makmum kita yang turut hafal surah-surah lazim. Jadi tidak ada masalah jika kita tersilap baca.

 Imam Ba : Bagi ana, makmum yang benar-benar ikhlas akan lebih khusuk jika Imam membaca surah-surah panjang. Makna kata mereka akan tetap redha dengan segala perbuatan imam.

 Imam Bi : Ana pula rasa sebaliknya. Makmum akan rasa gelisah jika imam membaca surah-surah panjang. Malah mungkin ada makmum yang rasa menyampah dan tuduh imam nak menunjuk-nunjuk mentang-mentanglah dia HAFIZ.  Kemudian langsung tak datang-datang lagi berjemaah di masjid.Bagi makmum yang tua, faham-faham sajalah, ada yang kerap nak ke tandas dan ada pula yang tak tahan berdiri lama. Bagi makmum yang muda pula masing-masing nak kejar masa untuk meneruskan urusan hidup mereka. Mencari rezeki yang halal pun wajib juga kan ?

Imam Ba : Eh anta sindir ana ya ….

Imam Bi : Bukan niat ana begitu. Itu hanya pandangan seorang yang belum hafiz macam anta. Jika ana pun HAFIZ juga, mungkin ana pun suka baca surah-surah panjang macam anta juga malah mungkin yang lebih panjang lagi.

Nilai moral yang dapat diceduk dari dialog di atas

#1. Walaupun dua individu itu mempunyai status dan tanggungjawab yang sama, namun cara masing-masing melaksanakan tanggungjawabnya itu mungkin agak berbeza.

#2. Sikap Imam sikit sebanyak akan menyumbang ke arah menambahkan bilangan jemaah di masjidnya ataupun sebaliknya.

#3. Demi menarik lebih ramai orang datang berjemaah di masjid, wajar diwujudkan suatu panduan supaya imam solat tidak menjadi faktor yang menyebabkan ramai orang tidak berminat datang berjemaah di masjid, lebih-lebih lagi solat SUBUH.

@OPajar

#13z17

Ahmad’s SAGA # Index

•2013-12-11 • Leave a Comment

(Terbitan 2013.12.11)

Ahmad’s SAGA # Index:

20130616_080013

A h m a d ’s S A G A

#201: A catalyst of changehttps://4uni2c.com/2012/12/24/ahmads-saga-201-a-catalyst-of-change/
#001 : Kes Ahmad Pemangkin …. – https://4uni2c.com/2012/11/12/ahmads-saga-001/
#002 : Bila Guru Kencing Berdiri – https://4uni2c.com/2012/11/15/bila-guru-kencing-berdiri/
#003 : Kisah BERUANG mengaku ARNAB – https://4uni2cdotcom1.wordpress.com/2012/11/11/kisah-beruang-mengaku-arnab/?preview=true&preview_id=78&preview_nonce=332b2e8e7a

Selingan :

Konspirasi Penganiyaan terhadap pewaris-pewaris Almarhum Sultan Johor

Sila KLIK –> http://www.peguamkamalmenulis.blogspot.jp/2012/10/dari-baik-jadi-musuh-part-2.html

#004 : Persepsi Seorang “Penangite” – https://4uni2c.com/2012/11/16/ahmads-saga-004-persepsi-seorang-penangite/
#005 : Strategi Ikan Todak – https://4uni2c.com/2012/11/16/strategi-ikan-todak/
#006 : Kisah Si Kentut Busuk – https://4uni2c.com/2012/11/19/ahmads-saga-006-kisah-si-kentut-busuk/
#007 : Pendakwaan TerPILIH – https://4uni2c.com/2012/11/21/ahmads-saga-007-pendakwaan-terpilih/
#008 : Dipaksa mengku ‘Zul Yahaya’ – https://4uni2c.com/2012/11/23/ahmads-saga-008-dipaksa-mengaku-zul-yahaya/
#009 : … SB mohon maaf …. – https://4uni2c.com/2012/11/26/ahmads-saga-009-sb-mohon-maaf/
#010 : Strategi BARUA Jepang – https://4uni2c.com/2012/11/29/ahmads-saga-010-strategi-barua-jepang/
#011 : Koban Kakak – https://4uni2c.com/2012/12/02/ahmads-saga-011-korban-kakak/
#012 : Polis pun KELIRU – https://4uni2c.com/2012/12/07/ahmads-saga-012-polis-pun-keliru/
#013 : Janji diCAPATI – https://4uni2c.com/2012/12/09/ahmads-saga-013-janji-dicapati/
#014 : Adik Aminulrasyid Lebih Malang – https://4uni2c.com/2012/12/13/ahmads-saga-014-adik-aminulrasyid-lebih-malang/
#015 : Peguam GANGGU Kerja Polis – https://4uni2c.com/2012/12/16/ahmads-saga-015-peguam-ganggu-kerja-polis/
#016 : Gajah Sama Gajah Berjuang – https://4uni2c.com/2012/12/30/ahmads-saga-016-gajah-sama-gajah-berjuang/
#017 : Bagai berHAKIMkan BERUK – https://4uni2c.com/2013/01/10/ahmads-saga-017-bagai-berhakimkan-beruk/
#018 : IKTIBAR Untuk Semua – https://4uni2c.com/2013/01/17/ahmads-saga-018-iktibar-untuk-semua/
#019 : Mengapa berHIJRAH ? – https://4uni2c.com/2013/02/04/ahmads-saga-019-mengapa-berhijrah/
#020 : A Friend in Need is The Friend Indeed – https://4uni2c.com/2013/02/05/ahmads-saga-020-a-friend-in-need-is-a-friend-indeed/
#021 : Undang-undang Perlu diHORMATi semua – https://4uni2c.com/2013/02/28/ahmads-saga-021-undang-undang-perlu-dihormati-semua/
#022 : CAHAYA di Hujung Terowong: https://4uni2c.com/2013/05/18/550/
#023 : Wujud Kes Prima Facie – https://4uni2c.com/2013/06/27/ahmads-saga-023-wujud-kes-prima-facie/
#024 : Garbage in Garbage Out – https://4uni2c.com/2013/09/19/ahmads-saga-24-garbage-in-garbage-out-gigo/
#025 : Hakim: Tanpa Takut & Ikut – https://4uni2c.com/2013/10/09/ahmads-saga-025-hakim-tanpa-takut-ikut/
#026 : Terhukum Sebelum Disabitkan Kesalahan – https://4uni2c.com/2013/10/17/ahmads-saga-026-terhukum-sebelum-disabitkan-kesalahan/
#027 : Yang Dihukum Tidak Mestinya Bersalah – https://4uni2c.com/2013/10/22/ahmads-saga-027-yang-dihukum-tidak-mestinya-bersalah/
#028 : Berbaloikah Ahmad Merayu ? – https://4uni2c.com/2013/11/04/ahmads-saga-028-berbaloikah-ahmad-merayu/
#029 : Tahniah Untuk Ahmad – https://4uni2c.com/2014/01/18/ahmads-saga-029-tahniah-untuk-ahmad/

#030 : Kini bergelar Doktor https://4uni2c.com/2019/09/24/ahmads-saga-kini-bergelar-doktor/

Daulat Rakyat

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com

SENI # 13y27 Ibu Ayah dan Guru

•2013-11-27 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Syurga di bawah tapak kaki ibu

(Terbitan 2013.11.27)

Selingan 1/5 :

.anak-anak kita adalah produk pendidikan kita bersama

https://www.facebook.com/video.php?v=705566012851545&set=vb.100001944575222&type=2&theater

Ibu ayah dan Guru

Kami umpama

Kain putih sehasta

Corakilah kami

Dengan ilmu berguna

..

Selingan 2/5 :

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Sila KLIK : https://www.youtube.com/watch?v=r2scbnP6nbw

……………….

.

Selingan 3/5 :

Selingan 4/5 :

Sudirman Haji Arshad: Ayah dan Ibu

https://www.youtube.com/watch?v=LCJfCmrZxio&list=RD4tTN_Yn2b-c

Selingan 5/5 :

Ayah dan Ibu

https://www.youtube.com/watch?v=qJAlJsT385Y

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

@OP ajar # 13y27

PN.

4uni2c # 13y24 PENCURI sen-sen BerLESEN

•2013-11-24 • Leave a Comment

2013 Nov 24.

PENCURI sen-sen Berlesen

Akhir-akhir ini Acik kecurian lagi baki kredit dari akaun prabayar nombor CELCOM.yang Acik gunakan. Petang tadi (18hb Nov 2013) kredit Acik kehilangan lagi RM2. Sebelum itu pun dah kecurian belasan ringgit. Itu yang Acik sedar, yang tak sedar ? Entah berapa banyak yang dah terlepas kepada PENCURI-PENCURI atas talian yang berlesen berkenaan.

Bila Acik telefon nombor 1111 (Celcom Care) operator yang melayan Acik lebih berminat nak tahu butir-butir pemanggil (diri Acik) bukan lebih berminat untuk menolong. Oleh sebab Acik malas nak memberi butir-butir yang diminta, maka operator berkenaan pun enggan membantu. Sebenarnya strategi yang digunakan itu lebih untuk mengelat, bukan untuk membantu pelanggan yang teraniaya.

Biarlah Acik akui bahawa nombor berkenaan memang telah didaftarkan atas nama anak Acik. Sebabnya ialah, nombor itu diberi oleh seorang rakan sekolah anak Acik itu beberapa tahun dahulu. Rakan sekolah anak Acik itu ialah anak kepada seorang pekerja Celcom. Tujuan memberi nombor berkenaan kepada anak Acik itu ialah untuk menolong bapanya mempromosikan perekhidmatan talian Celcom kepada pelajar-pelajar sekolah. Bukan anak Acik sahaja yang ditawarkannya, malah kepada ramai lagi kawan-kawan sekolahnya yang lain.

Acik bukan berminat sangat ketika itu untuk membekalkan telefon bimbit kepada anak Acik yang baru masuk sekolah menengah itu. Maklumlah, ia akan menambahkan lagi perbelanjaan harian anak Acik itu. Tetapi oleh kerana ingin membantu bapa rakan anak Acik yang kerja dengan Celcom, maka Acik pun setujulah membenarkan anak Acik itu menggunakan talian Celcom berkenaan. Malangnya apabila anak Acik itu mendapat nombor lain, beliau memberi nombor itu kepada Acik. Walaupun Acik sendiri pun jarang-jarang menggunanya, namun sayanglah pula untuk melupuskannya kerana telah menjadi satu nostalgia terhadap era persekolahan anak Acik itu.

Istimewanya talian tersebut ialah tempoh luputnya jatuh pada tarikh anak Acik itu merayakan harijadinya yang ke-25 iaitu dalam tahun 2020. Maksudnya, andai kata baki kredit dalam nombor prabayar tersebut RM10 sekarang, maka ia akan kekal RM10 sehinggalah umur anak Acik itu genap 25 tahun jika tidak digunanya langsung. Sedangkan bagi pekej prabayar biasa, tarikh luputnya amat sengkat. Anak Acik pernah kerugian lebih RM30 kerana tidak tambah baki selepas 50 hari.

Tambahan pula kadar panggilannya ialah 15 sen/minit saja jika sesama talian Celcom atau 18 sen/minit jika dengan talian-talian yang bukan Celcom. Kadar ini adalah lebih murah dari pakej-pakej lain..Begitulah yang Acik difahamkan. Maka itu sebabnya Acik sanggup membenarkan anak Acik itu menerima nombor telefon bimbit yang ditawarkan rakannya itu, walaupun dengan agak keberatan pada ketika itu.

Sejak anak Acik menerima nombor tersebut, Acik dan keluarga telah beberapa kali pindah alamat. Jadi tak ingatlah alamat yang mana yang anak Acik itu gunakan bagi membuat pendaftaran nombor berkenaan. Malah ada juga kemungkinan bahawa nombor itu didaftarkan oleh bapa rakannya itu dengan menggunakan alamatnya sendiri. Ini yang menimbulkan masalah bagi anak Acik bila membuat apa-apa laporan kepada pihak Celcom berkaitan nombor tersebut. Setiap kali ada masalah dengan nombor tersebut, pihak operator yang melayan panggilan anak Acik enggan membantu dengan alasan bahawa alamat yang diberi tidak tepat. Padahal nama dan nombor kad penganalan yang diberi oleh anak Acik itu adalah tepat. Jadi nampak sangat bahawa tujuannya semata-mata untuk mengelat, bukan untuk membantu anak Acik (untuk mengatasi masalah kecurian yang dihadapi itu) dengan jujur dan bertanggungjawab..

Bila seseorang pelanggan Celcom menambah baki ke dalam akaun prabayarnya, sudah tentulah pihak yang mendapat bayaran tersebut ialah Celcom. Oleh itu pihak Celcom wajib bertanggungjawab memastikan tidak ada pihak ketiga menCURI baki dari akaun tersebut. Malangnya Celcom nampaknya telah tidak amanah dalam hal ini. Kerana tidak amanah inilah maka pihak ketiga dibiarnya menCURI baki kredit prabayar pelanggan tersebut. Bila Acik meminta agar pihak Celcom melindungi akaun prabayar Acik dari diCURI lagi selepas ini, malangnya operator berkenaan telah menyuruh Acik berurusan sendiri dengan PENCURI berkenaan.

Kata operator itu lagi, Celcom tidak berhak untuk masuk campur dalam urusan Acik dengan pihak ketiga berkenaan. Jawapan tersebut amat tidak rasional dan tidak bertanggungjawab. Sebagai pelanggan yang berdaftar dengan Celcom (bukan dengan PENCURI yang tak dikenali itu), sepatutnya Acik berhak diberi perlindungan oleh Celcom agar tidak ada mana-mana pihak ketiga yang berjaya menCURI baki kredit prabayar Acik yang disimpan oleh Celcom. Tindakan Acik mengadu tentang kecurian tersebut sudah cukup sebagai bukti bahawa ianya adalah satu transaksi yang tidak sah atau penipuan. Lagipun yang mempunyai maklumat tentang PENCURI berlesen tersebut hanyalah Celcom. Anak Acik tidak tahu siapa sebenarnya pemilik nombor 29999 dan 39622 yang kami syaki sebagai PENCURI baki kredit prabayar anak Acik itu.

Acik penuh yakin bahawa selain anak Acik sendiri, beribu lagi pelanggan Celcom yang menjadi mangsa kecurian oleh pihak ketiga yang sama. Cuma masing-masing tidak sedar atau tidak membuat apa-apa bantahan. Sebenarnya pelanggan-pelanggan telefon mudah alih juga terdedah kepada kecurian oleh pihak Celcom dan Maxis sendiri.

Bila Acik cerita pengalaman tersebut kepada seorang doctor, beliau pun pernah mengalami penipuan yang sama. Malah jumlah adalah ratusan ringgit. Jawapan yang diberi oleh pihak Celcom kepadanya adalah juga sama iaitu menyuruh beliau berurusan sendiri dengan pihak ketiga yang menjadi PENCURInya itu.

Kira-kira sebulan yang lalu Acik beli sebuah smart phone yang menggunakan dua kad SIM. Jumlah kredit yang masih berbaki di dalam kedua-dua akaun prabayar adalah melebihi RM30. Sedar-sedar Acik, baki kredit tersebut tinggal kosong walaupun tidak menggunakannya dengan sepenuhnya. Bila bertanya kepada pihak Celcom baru tahu bahawa Acik salah set smartphone tersebut iaitu mengaktifkan komunikasi data. Akibatnya, setiap minit Acik discharge dengan kadar lebih tinggi berbanding dengan kadar keatas pelanggan internet. Sedangkan Acik tidak menerima apa-apa munafaat pun dari charge yang dikenakan itu.

Ini adalah satu lagi bentuk atau kaedah PENCURIAN (atau perompakan) oleh syarikat Celcom dan Maxis terhadap pelanggan mereka. Sepatutnya jika pengguna telefon bibit tidak menlanggan perkhidmatan internet janganlah membiarkan langsung taliannya memasuki laluan internet samada dengan sengaja, lebih-lebih dengan tidak sengaja.

Suatu ketika dahulu Syarikat Telekom Malaysia menggunakan strategi yang serupa bagi memerangkap pelanggan telefon tetap (fix line) dengan menyediakan kemudahan mendail nombor 600. Nombor tersebut disediakan untuk mereka yang suka berhibur dan berjudi. Kadar panggilannya adalah tersangat mahal. Kemudahan tersebut dipasangkan secara otomatik (by default) setiap kali pelanggan baru melanggan telefon tetap. Ramai pelanggan baru yang tidak tahu implikasinya telah mendail nombor 600 tersebut. Akibatnya, mereka dikenakan charge ratusan malah ribuan ringgit kerana panggilan ke nombor tersebut. Ada kanak-kanak yang dibelasah oleh bapanya kerana mendailkan nombor tersebut tanpa kebenaran bapanya itu.

Sepatutnya kemudahan mendail nombor 600 tersebut jangan dipasangkan dahulu. Jika dipohon barulah dipasang. Bukan dipasang dahulu sebagai “perangkap”. Kemudian baru dihentikan iaitu setelah pelanggan tertipu dan memohon kemudahan tersebut dihentikan. Kerajaan yang bermaruah tidak akan membenarkan sebarang bentuk perniagaan yang tidak beretika seumpama itu dijalankan. Lebih-lebih lagi oleh sebuah GLC seperti Telekom Malaysia Berhad.

Satu lagi pengalaman yang agak menarik telah Acik lalui baru-baru ini.( 21 Nov, 2013). Ini cara Maxis tipu pengguna. Pagi hari tersebut Acik keluar rumah pergi membeli sarapan. Tiba-tiba teringat kepada api dapur yang terlupa Acik padamkan. Dengan serta merta Acik dail isteri dengan line Maxis Acik ke talian Maxis Isteri Acik. Malangnya isteri Acik tak jawap tetapi komputer yang menjawab. Atas sebab faktor keselamatan maka Acik pun bergegas pulang. Mujur isteri dah padamkan api tersebut.

Yang anihnya, setelah berada di rumah beberapa minit kemudian tibalah dua SMS dari pihak Maxis. Yang satu memberitahu Acik bahawa ada miscall dari telefon isteri Acik. SMS yang lagi satu pula memberitahu bahawa baki kredit prabayar Acik telah dipotong kerana telah membuat panggilan kepada nombor isteri Acik selama 299 saat. Bila Acik semak dengan isteri Acik, rupa-rupanya beliau tidak ada menerima apa-apa panggilan pun dari Acik tadi dan juga tidak pula membuat apa-apa panggilan terhadap Acik. Apa lagi istilah yang sesuai digunakan bagi kes tersebut kalau bukan kes TIPU ?

Dengan perkataan mudah, Maxis telah menipu Acik. Pertama dengan mendakawa Acik telah bercakap dengan isteri Acik selama 299 saat oleh itu dikenakan caj. Kedua dengan menipu kononnya isteri telah mendail Acik tapi tak respon. Sedangkan Acik tak menerima apa-apa panggilan pun dari isteri Acik. Tambahan pula, beliau sediri pun menafikan ada membuat panggilan terhadap Acik.

Strategi menipu yang digunakan oleh syarikat telekomunikasi (Telco) bukan saja merugikan pelanggan, malah merbahayakan. Apa kata, jika dalam kes tersebut di atas, Acik berada puluhan kilo dari rumah. Sedangkan isteri Acik pula keluar meninggalkan rumah tanpa menyedari bahawa api dapur masih menyala. Semata-mata kerana tamak, nak mengutip keuntungan beberapa sen melalui penipuan sedemikian ia boleh menyebabkan pelanggan kerugian sebuah rumah. Apakah faktor keselamatan seumpama di atas pun kerajaan kita masih tidak peka sebaliknya pekak ?

Bagi Acik, ketidakprihatinan terhadap kes-kes seumpama itu boleh menyumbang kepada bertambah kerap lagi berlakunya insiden-insiden pencurian dan penipuan atas talian. Oleh itu, dengan ini Acik menyeru semua pengguna telefon bimbit agar melakukan sesuatu yang boleh menyumbang kepada penghapusan pencurian dan penipuan atas talian. Acik juga berharap pihak kerajaan akan prihatin tentang amalan buruk tersebut dan akan membaiki dasar-dasar perniagaan agar tidak membenarkan pencurian dan penipuan seumpama ini dilakukan oleh mana-mana pihak.khususnya terhadap pelanggan-pelanggan syarikat telekomunikasi, terutama Celcom dan Maxis.

PenCERAhan yg relevan:

PeRAGUT sen-sen BerLESEN https://4uni2c.com/2012/12/11/4uni2c-12z11-peragut-sen-sen-berlesen/

Kredit Prabayar diRAGUT ! https://4uni2c.com/2013/01/19/297/

PenCERAHan terbaru ⬇️ www.4uni2c.com

⬇️ www.4uni2c.com

@OP ajar # 13y24

4uni2c # 13y18 Survival PAS Dalam Politik Malaysia

•2013-11-17 • Leave a Comment

 

 

*** Untuk menCARI  lain-lain TAJUK sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

Survival PAS Dalam Politik Malaysia

Sebuah rakaman video ( 2:33 jam ) FORUM yang mana ahli-ahli panelnya terdiri dari:

1. YB Husam Musa

2. YB Dr Azman

3. Hj Salahudin Ayub.

4. Dr Dzulkifli Ahmad

Sila Klik alamat berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=Byj3Yebs0uI

 

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

CEREKANA # 13y16 Si Buta Jatuh Telaga

•2013-11-16 • Leave a Comment

*** Untuk menCARI lain-lain TAJUK sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Si Buta Jatuh Telaga

Di sebuah kampung yang tidak berapa jauh dari sebuah Bandar, tinggal seorang buta. Beliau digelar Mat Kelam. Walaupun cacat, Mat Kelam tidak merasa bahawa dirinya kekurangan berbanding dengan rakan-rakannya yang celik. Malah beliau sering pula memperlekehkan orang-orang yang celik.

Antara cara beliau memperlekehkan orang-orang celik ialah apabila berlaku apa-apa kemalangan jalan raya. Mat akan berkata, “sesia saja ada mata jika tidak pandai menggunanya. Langgar sana, langgar sini, lebih dari orang yang buta. Tengok aku yang buta ni, pernah aku langgar sesiapa ?”

Di dalam kampung tersebut terdapat sebuah telaga (perigi) buta. Telaga buta ialah telaga yang telah lama terbiar kerana tidak digunakan lagi. Telaga itu tidak dipagari kerana dianggap tidak berbahaya sebab airnya tersangat cetek iaitu tidak melepasi paras lutut. Jika musim kemarau ia langsung tidak ada air walaupun setitik.

Walaubagaimana pun baru-baru ini telaga tersebut telah dibersihkan oleh penduduk-penduduk kampung tersebut, dalam aktiviti gotong royong membersihkan kampung. Kononnya ada niat bahawa telaga tersebut akan dipulihkan sepenuhnya bagi mengatasi masaalah bekalan air paip yang sering terputus akhir-akhir ini.

Suatu hari Mat Kelam berjalan merayau-rayau di dalam kampung tersebut, konon untuk meneroka sudut-sudut yang belum pernah beliau jejaki. Bila sampai ke telaga tersebut, beliau pun terjatuh ke dalamnya dengan tiba-tiba.

“Allah mak ! Lobang apa pula ni ?” bertanya Mat dalam hati. Kemudian baru beliau teringat tentang wujudnya sebuah telaga buta di kampung tersebut. Itulah agaknya telaga yang diperbincangkan baru-baru ini ketika aktiviti gotong royong sedang dilaksanakan.

Walaupun airnya tersangat cetek namun seluruh seluar Mat basah lencun dibuatnya. Bila Mat jatuh ke dalam telaga tersebut dia terus terduduk dan terendam dalam air telaga tersebut. Gelabah juga Mat Kelam itu dibuatnya. Disaat ini berlakukan dialog antara dua unsur dalam dirinya. Unsur pertama ialah fitrahnya sebagai hamba Allah dan unsur kedua ialah egonya.

Maka bisik fitrah, “tulah Mat …, sebab tulah aku dok pesan kat hang, jangan dok cakap besaq sangat. Baiklah hang insaf, bertaubat dan jangan lagi bercakap besaq”. Namun kata-kata itu dipatahkan oleh egonya.

“Malulah awak jika orang tahu yang awak terjatuh ke dalam telaga ini. Bukankah selama ini awak kata awak tak pernah langgar apa-apa pun walaupun awak buta. Sedangkan mereka yang tak buta tu asyik berlanggaran saja sesama sendiri ?”

“Baiklah awak beri alasan bahawa awak sengaja turun ke dalam telaga ini mencari sesuatu. Malu awak nanti jika awak mengaku bahawa awak telah terjatuh ke dalam telaga ini sebab mata awak buta”.

Sebelum sempat Mat Kelam berdiri dan berusaha memanjat tebing telaga buta tersebut, kebetulan lalulah Abu berdekatan dengan telaga tersebut. Abu ialah seorang kawan sekampung yang sebaya dengan Mat. Abu sohor di kampung tersebut sebagai seorang pemuda yang sangat baik hati, berakhlak mulia dan sangat suka menolong orang.

Malangnya Mat Kelam tersangat cemburu kepada Abu kerana beliau (Abu) sering dipuji orang. Sedangkan dirinya sendiri (Mat) hanya mendapat pujian sekali sekala saja.

Walaupun Mat Kelam sentiasa berusaha dengan berbagai-bagai cara demi mengundang puji-pujian dari semua pihak, tetapi puji-pujian yang diterimanya tetap tidak sebanyak dengan apa yang Abu dapat. Oleh itu Abu lah yang sering menjadi sasaran Mat dan paling kerap menerima sindiran dan kutukan darinya.

Namun begitu, Abu releks saja dengan segala kata-kata negatif Mat terhadap dirinya. Sebaliknya Abu lebih simpati dengan Mat kerana kebutaannya itu. Bagi Abu, Mat buta bukan kerana beliau sendiri yang memilih untuk menjadi buta. Sebaliknya Allah aza wajallah yang memilih untuk menjadikan Mat buta.

“Oi …., apa hang dok buat dalam telaga tu Mat ?”, jerit Abu dari jarak beberapa puluh meter dari telaga tersebut..

Maka sahut Mat dengan spontan, “aku tengah cari sabun la ! Sabun aku terjatuh ke dalam telaga ni”

Belum sempat Abu datang menolongnya Mat lantas berkata, “huh, aku dah jumpa ! Hang tok sah sebok nak mai tolong akulah !”

“OK lah Mat, aku pergi dulu. Aku dah lambat ke surau ni !” respon Abu terhadap Mat. Sebenarnya Abu tahu bahawa Mat telah terjatuh ke dalam telaga buta tersebut dengan tidak sengaja. Mencari sabun hanyalah satu alasan yang direkanya sahaja. Apa munasabahnya untuk Mat datang ke telaga buta itu.

Takkanlah pula dia turun ke dalam telaga itu untuk mandi manda. Sejak sekian lama tidak pernah sesiapa pun pergi mandi di telaga itu. Lagi tak munasabah ialah bagaimana pula sabunnya itu boleh jatuh kedalamnya. Lalu dalam hatinya Abu berkata, “Allah nak tunjuk kat dia tu agar dia tak cakap besaq lagi lepas ni ”.

Nilai moral dari CEREKANA di atas (The moral of the story)

Manusia adalah makluk Allah yang dijadikanNya dengan berbagai-bagai kelebihan dan kelemahan. Seseorang individu mungkin dianugerahiNya kelebihan dalam aspek-aspek tertentu tetapi lemah pula dalam aspek yang lain. Oleh sebab semuanya adalah dijadikan Allah, maka dalam aspek-aspek yang kita mempunyai kelebihan, kita tidak wajar berasa bangga, apa lagi takabbur dengannya.

Begitu juga, dalam aspek-aspek yang kita lemah, kita tidak wajar ada rasa hina diri (inferiority complex) kerananya. Sebaliknya kita harus redha atas ketetapan Allah itu. Kemudian kita cuba atasi kekurangan kita dengan mendapatkan kerjasama dari mereka yang lebih hebat dari kita.

Suka bercakap besar atau cakap tak seberapa bikin ini adalah salah satu manifestasi wujudnya sifat “takabbur” dalam diri individu berkenaan. Individu takabbur ialah individu yang suka menafikan realiti kecacatan atau kelemahan yang ada pada dirinya. Sebaliknya dia cuba menganggap dirinya masih hebat melebihi kehebatan yang ada pada orang lain.

Dalam keadaan di mana kehebatannya itu tercalar atau tergugat, si takabbur ini akan cuba menutupi hakikat kelemahannya itu. Senjata paling ampuh bagi menafikan hakikat atau realiti tersebut ialah dengan cara berbohong atau menipu. Malah akhirnya jadi pencuri seperti kata sebuah pantun, “siakap, senohong, gelama, ikan duri; bercakap bohong lama-lama jadi pencuri (Acik tak kata Menteri ya ..)”. Sepatutnya , caranya ialah dengan merasa insaf dan bertaubat, bukan dengan bertambah angkuh.

Sebagai umat Islam kita semua wajib mengelakkan diri kita dari takabbur hatta dari sifat-safat yang mempunyai unsur-unsur takabbur. Biasanya sifat takabbur ini akan diiringi dengan sifat riyak, ujub dan samaah. Acik rasa orang takabbur mengalami kekurangan nilai keyakinan diri (self confidence).

Mungkin bagi mengatasi rasa kurang keyakinan diri itu maka dia akan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kehebatannya itu kepada umum. Tujuannya untuk mendapat pengiktirafan dari orang lain bahawa dirinya juga tidak kurang hebat, berbanding dengan orang lain. Begitu juga dengan anak pinaknya, suami atau isteri dan lain-lain yang berkaitan dengan dirinya. Jika yang diperolehinya adalah puji-pujian, maka itu merupakan bonos baginya.

Sebenarnya tak perlu pun mencari pengiktirafan selain dari Allah. Apa lagi jika ingin dipuji oleh selain dariNya. Sesungguhnya kelebihan dan kehebatan diri kita adalah anugerah Allah jua. Ia bukan ciptaan kita sendiri.

Oleh itu memang tak layak sangat kita berbangga dengannya. Apa lagi nak menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Tak payahlah nak berusaha tunggang langgang untuk mencari alasan bagi menjustifikasikan juga tindakan kita yang suka mempamerkan kehebatan kita itu.

Tak usahlah mentauladani individu yang pandai tetapi suka menunjuk-nunjuk kepandaiannya.

Tak usahlah mentauladani individu yang berani tetapi suka menunjuk-nunjukkan keberaniannya.

Juga tak usahlah mentauladani individu yang cantik tetapi suka menunjuk-nunjuk kecantikannya.

Sebaliknya, tauladanilah individu pemalu yang tak ingin mempamerkan kelebihannya itu.

Seterusnya marilah kita berusaha menyuburkan sifat tawaddhu atau sifat rendah diri. Pengiring bagi sifat terpuji ini ialah syukur, sabar, kanaah, zuhud, jujur , ikhlas dan berbagai lagi sifat-sifat mahmudah yang lain. Mudah-mudahan kita mendapat keredhaan Allah dengannya .

Wallahua’lam🌹

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Mati terlekat susu

CEREKANA # 14107 Mati Terlekat Susu

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

@OPajar

# 13Y16

Dialog Ba dan Bi # 13Y07

•2013-11-07 • Leave a Comment

Kisah Dua Orang Guru Besar

Seorang Nazir sekolah telah membuat lawatan mengejut  ke dua buah sekolah iaitu ke Sekolah Kebangsaan Ba  dan Sekolah Kebangsaan Bi. (“Ba” ialah huruf kedua dalam tulisan jawi, manakala “Bi”  pula ialah huruf kedua dalam tulisan rumi).

Beliau sangat kagum dengan SK Bi dari aspek kebersihan. Sebaliknya sangat tidak bepuashati dengan kebersihan SK Ba.

Esoknya beliau pun menjemput guru besar bagi kedua-dua sekolah tersebut ke pejabatnya.

Kepada Guru Besar SK Ba beliau bertanya, “saya lihat sekolah Cikgu agak kurang memuaskan dalam aspek kebersihan. Sampah bersepah di sana sini di dalam kawasan sekolah. Apa masalahnya Cikgu hingga menjadi begitu agar dapat kami bantu ?”

Dengan rasa yang agak tersinggung maka Guru Besar SK Ba itu pun menjawab, “tuan, sekolah saya mempunyai hampir seribu orang murid. Jika setiap murid membuang satu sampah saja pun, sudah tentulah banyak sampah yang akan bersepah di dalam kawasan sekolah saya itu”.

Kemudian Guru Besar SK Bi pula dipanggil masuk ke dalam bilik Nazir. Maka berkata Nazir kepada beliau, “saya sangat kagum dengan sekolah Cikgu dari aspek kebersihan kawasan sekolah. Apa agaknya formula yang Cikgu guna, boleh kita kongsi bersama ?”

Dengan rasa tawadhu’ maka jawab Guru Besar SK Bi, “Terima kasih tuan. Sekolah saya mempunyai lebih dari dua ribu orang murid. Jika setiap murid hanya mengutip satu sampah saja, tentulah tidak ada satu sampah pun yang masih tinggal di dalam kawasan sekolah saya tu”

Nilai moral dari dialog di atas untuk dijadikan iktibar :

Sifat dawadhu’ mampu menghasilkan sesuatu yang dikagumi.  Sebaliknya kesombongan akan membawa kepada kegagalan dan kekecewaan banyak pihak.

@OP ajar.  # 13Y07

Ahmad’s SAGA # 028 Berbaloikah Ahmad Merayu ?

•2013-11-04 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain PenCERAHan sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(bagi pengguna smartphone (sp) sila SEARCH di penjuru atas-kanan skrin sp anda)

Berbaloikah Ahmad Merayu ?

Sejak Acik siap menulis PenCERAHan yang bertajuk, “Yang Dihukum Tidak Mestinya Bersalah”,  beberapa peristiwa penting bagi Acik telah berlaku selapas itu. Antaranya ialah pembebasan seorang bekas menteri dari tuduhan menipu kabinet kerajaan. Yang lebih menyentuh ialah pembunuhan seorang pegawai bank (wanita) oleh pengawal keselamatan. Sedangkan pengawal keselamatan itu ditugaskan khusus untuk menjaga keselamatan beliau dan wang yang dibawanya. Juga menarik pehatian Acik ialah budget 2014 dan kenaikan harga gula, dan perlaksanaan GST pada 2015. Dan yang paling “menyedihkan” ialah berita dalam Harian Metro 28hb Oktober, 2013 lepas pada muka surat 8/Setempat. Tajuk berita berkenaan ialah, “Tunggu sajalah” * Bekas Ketua Hakim Syarie tidak mengaku salah pertikai arahan Sultan. Beliau juga adalah bekas Mufti negeri Terengganu.

Semua peristiwa di atas telah mempengaruhi dan mendorong Acik untuk memikir semula tentang usaha Ahmad membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi berhubung hukuman ke atas beliau oleh Mahkamah Sesyen pada 21hb Oktober 2013 lepas. Ahmad telah disabitkan dengan kesalahan memuatnaikkan satu status menghina Sultan Johor pada tepat pukul 6:01 petang, 10hb Oktober, 2012. Akibat dari itu, beliau didenda RM20 ribu atau 6 bulan penjara.

Mula-mula Ahmad dituduh melakukan kerja bodoh itu di dalam negeri Johor. Ini memberi justifikasi kenapa kesnya perlu dibicarakan di Johor Bahru. Tetapi sebelum tuduhan awal itu disebut di dalam mahkamah, pihak pendakwaan telah memohon untuk meminda pertuduhan tersebut. Jika dalam pertuduhan awal, lokasi Ahmad (dituduh) melakukan kerja keji itu adalah di dalam negeri Johor tetapi selepas pindaan, lokasinya telah beralih ke pejabat tempat Ahmad mencari makan.  Dengan tuduhan ini Ahmad seolah-olah telah “berak di dalam pinggan nasinya sendiri”.  Walaubagaimana pun lokasi perbicaraan terhadap Ahmad tidak pula di alih ke Lembah Kelang iaitu di lokasi di mana kesalahan itu dilakukan.

Sebelum perbicaraan dimulakan dahulu, tanggapan (presumption) pihak pendakwaan ialah Ahmad adalah  pemilik akaun laman sosial Facebook yang menggunakan profail “Zul Yahya”.  Ke dalam laman sosial Facebook itulah Ahmad (dituduh) telah memuatnaikkan status terkutuk berkenaan.  Walaubagaimana pun, Peguambela (Tuan Radzlan Jalaluddin) kemudiannya telah berjaya menyangkal tanggapan salah tersebut. Beliau telah berjaya meyakinkan Mahkamah bahawa pemilik akaun Zul Yahya sebenar bukanlah Ahmad, tetapi tak diketahui siapa individunya. Berikutan dari itu, tuduhan yang begitu pekat dan pahit itu menjadi sedikit cair dan tawar.

Kali ini Ahmad dituduh hanya sekadar menyalahgunakan laman social Facebook berkenaan  (Zul Yahya) kerana beliau bukanlah pemiliknya. Namun dengan mengekalkan tuduhan yang sama, iaitu “memuatnaikkan status hina Sultan” ke laman sosial Facebook itu, ia tidak memberi apa-apa kelegaan pun kepada yang dituduh (Ahmad). Sebaliknya Ahmad makin rasa teraniaya. Bagi beliau,  “jika orang lain yang makan nangka, kenapa beliau pula yang kena getahnya”.

Ada sebuah peribahasa Orang Putih berbunyi, “a wise changes his mind sometimes, a fool never”. Ia membawa maksud, orang yang cerdik (wise) menukar fikirannya atau keputusannya sekali sekala, sedangkan orang yang bodoh (fool) tak pernah (menukar fikiran/keputusannya). Peribahasa ini turut mendorong Acik memikirkan semula tentang hasrat Ahmad mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi berhubung dengan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas beliau itu.

Baru-baru ini Acik turut menghaziri suatu perjumpaan rakan-rakan sebaya di sebuah kelab golf di Subang. Beberapa rakan Acik telah bertanya tentang kes Ahmad itu dengan penuh minat. Rupa-rupanya ada juga diantara mereka yang mengikuti perkembangan kes anak Acik itu.  Di antara mereka ada juga pengamal undang-undang yang memiliki firma guaman. Kerana malu alah, maka menceritalah juga Acik kepada mereka dengan rengkas kes Ahmad itu, dari A hingga Z. Masing-masing nampaknya bersimpati terhadap Acik dan Ahmad.

Acik ingat kut mereka akan menambahkan semangat kepada Ahmad bagi mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi itu. Rupa-rupanya tidak, malah sebaliknya.  Semua mereka mencadangkan agar Acik menasihati Ahmad supaya tidak berbuat demikian. Kata mereka, “let by gone be by gone –  yang dah lepas tu biarlah berlepas”. Kata mereka lagi, “kita ada banyak lagi perkara yang lebih penting untuk diuruskan”.

Nampaknya fikiran mereka serupa dengan fikiran Acik. “Wise men think alike – orang-orang cerdik berfikiran serupa”, itu kata Orang Putih. Tapi kata Acik, “Men of the same generation think alike – orang-orang dalam generasi yang sama, berfikiran serupa ”.  Mereka macam Acik juga, iaitu sangat skeptikal Ahmad boleh menang dengan rayuannya itu. Kata rakan-rakan Acik itu lagi,  tidak guna membuang masa meneruskan kes tersebut kerana peluang untuk berjaya hampir mustahil. Mustahil kerana yang dilawan itu adalah pihak istana.

Ada beberapa kes yang diceritakan mereka kepada Acik dimana pihak istana terpaksa dimenangkan juga walaupun kebenaran di pihak lain. Pendek kata masing-masing seolah-olah telah sebulat suara mengatakan Mahkamah di Johor tidak merasa bebas untuk membuat keputusan dalam apa-apa kes yang melibatkan pihak Istana. Ini bukan saja dirasai oleh hakim-hakim Mahkamah Sesyen, malah turut dikongsi bersama oleh hakim-hakim Mahkamah Tinggi.

Memandangkan bahawa kes Ahmad akan dibicara di Mahkamah Tinggi yang lokasinya masih dalam negeri Johor, keputusannya tentulah kita semua dah boleh agak. Lainlah jika ia dipindahkan ke Putera Jaya atau ke lain-lain negeri. Jika pemindahan ini berlaku, sekurang-kurangnya adalah juga sedikit harapan untuk Ahmad menang. Spekulasi ini adalah berdasarkan fakta sejarah, bukan sekadar main tembak-tembak saja. Acik sendiri pun tak yakin bahawa Ahmad boleh menang.  Persepsi inilah yang Acik war-warkan dalam CEREKANA bertajuk “Walaupun Berhakimkan Kancil” PenCERAHan: https://4uni2c.com/2013/10/06/cerekana-13×06-walaupun-berhakimkan-kancil/

Peristiwa-peristiwa penting yang Acik sebut di awal PenCERAHan Acik ini sebenarnya membentuk suatu persepsi sendiri terhadap realiti ketika ini. Dunia hari ini adalah ciptaan genarasi Acik sendiri sebagai “guru” dan pendidik kepada generasi anak-anak muda sekarang termasuk Ahmad. Sebagai guru dan pendidik, generasi Acik bolehlah berbangga jika sekirannya apa yang telah dicapai oleh generasi Ahmad adalah hasil-hasil yang positif. Sebaliknya, generasi Acik patut merasa kesal sekiranya anak-anak muda yang telah dihasilkan adalah kacang-kacang hantu. Ia adalah manifestasi kesilapan dan kegagalan generasi Acik dalam membentuk jati diri generasi anak-anak Acik. Kata peribahasa kita, “bagaimana acuan, begitulah kuehnya ; bapa borek, anaknya rintik ; kuah tumpah ke nasi jua”.

Jika generasi Acik melakukan kerja-kerja mungkar seperti rasuah, pecah amanah dan apa-apa juga kemungkaran lain, maka akan adalah di kalangan anak-anak generasi Acik yang akan mengikutinya. Lebih-lebih lagi jika pelaku kerja-kerja mungkar itu telah terselamat dari  sebarang hukuman. Walaupun telah ditangkap dan didakwa, tetapi akhirnya pelaku tersebut “dibersihkan” juga dari segala tuduhan.

Realiti sekarang juga tidak menjamin keselamatan rakyat baik fisikal maupun mental dan maruah diri. Pihak yang sepatutnya memberi perlindungan, bukan saja mengabaikannya malah melakukan kekejaman ke atas pihak yang dilindungi. Kata peribahasa kita, “harapkan pagar, pagar makan padi”. Sedangkan istitusi keselamatan negara pula tidak berupaya mencegahnya dari berulang. Walaubagaimana pun diharap pihak Polis dapat membuktikan kemahiran mereka menjejaki pembunuh kejam berkenaan. Jika kes Ahmad yang tidak menyebabkan sebarang kecederaan pun Polis begitu bersungguh-sungguh menjejaki pelakunya, apa tah lagi dengan pembunuh yang khabarnya mempunyai akaun Facebook itu.

Jika sekiranya ada pihak yang berani menegur kerana ingin membaiki sistem pentadbiran atau pemerintahan sedia ada agar tidak menjadi bertambah buruk, tindakan undang-undang pula akan dikenakan ke atasnya. Kadang-kadang fikiran rasional majoriti orang awam pun tidak dapat menerima langsung kewajaran tersebut. Jika individu berkenaan adalah seorang penjawat awam yang punyai prinsip mulia, beliau akan diberi kata dua. Pertama “dinasihati” supaya meletak jawatan.

Kedua, jika enggan meletak jawatan diugut dengan tindakan disiplin. Malah ada juga yang dah rela meninggalkan jawatan yang disandang, tetapi masih juga didakwa. Didakwa bukan demi keadilan, sebaliknya demi memuaskan hati pihak-pihak tertentu yang menyimpan dendam kesumat. Kadang-kadang institusi istana dipergunakan sedangkan pihak istana tak tera mana pun. Kata orang tua-tua, “hidung tak mancung, pipi pula yang tersorong-sorong ; lebih sudu dari mangkuk”.  Perangai puak-puak ini tak ubah macam barua jepang. PenCERAHan: https://4uni2c.com/2012/12/16/cerekana-11z12-strategi-barua-jepang/

Jika seorang bekas Mufti merangkap bekas Ketua Hakim Syarie pun boleh dikenakan tindakan undang-undang, apakan pula anak Acik yang kerdil lagi dhaif tu. Jika Ketua Hakim Negara pun boleh dipecat begitu rupa, apakan pula Mufti dan Ketua Hakim Syarie tersebut. Begitu juga dengan hakim Mahkamah Tinggi yang bakal menilai semula kes Ahmad jika tersalah langkah. Jika Orang Nombor Dua negara (DSAI) pun boleh dipecat dan dimalukan sedemikian rupa, apakan pula seorang Ketua Hakim Negara.

Merujuk kepada Ahmad orang Kedah akan kata, “hang tok sah dok gahlah  jika hang hanya seorang anak Pegawai Pencen yang tak dak apa-apa pangkat dan gelaran”. Yang dijamin selamat di Malaysia negara Serba Boleh ini hanyalah Sultan dan mereka yang pakar dalam bidang “menawan hati” baginda saja. Samada anda setuju ataupun sebaliknya, itulah wajah persepsi Acik terhadap senario di tanah tumpah darahku sekarang.

Badget 2014 yang dibentangkan di parlimen baru-baru ini juga menyumbang kepada perubahan pendirian Acik terhadap usaha Ahmad untuk merayukan kesnya itu ke Mahkamah Tinggi. Walaupun ada orang kata duit bukanlah segala-galanya, tetapi hakikatnya ialah setiap urusan memerlukan duit. Dalam suasana ekonomi yang bertambah gawat, kedudukan kewangan semua keluarga sudah pasti akan terjejas. Keluarga Acik juga tidak terkecuali. Lebih-lebih lagi selepas baru saja berkorban puluhan ribu ringgit membela Ahmad.

Bagi Acik, bila Ahmad tidak dipenjarakan, itu pun sudah cukup lega. Bayangkanlah apa akibatnya jika Ahmad dijatuhi hukuman penjara walaupun sebulan, selain dari denda RM20 ribu. Bagaimana dengan kerjaya beliau. Bagaimana dengan pengajian beliau di peringkat Sarjana. Bagaimana persepsi umum terhadap sistem pengadilan negara. Dan berbagai-bagai lagi implikasi lain yang boleh difikirkan.

Cuma yang agak membimbangkan Acik sekeluarga ialah tentang kemungkinan pihak pendakwaan akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi memohon agar Ahmad dikenakan hukuman yang lebih “setimpal”.  Setimpal bagi pihak pendakwaan agak  bercanggah dengan setimpal bagi pihak Acik. Pendakwa telahpun memohon kepada Hakim agar suatu hukuman yang lebih berat dijatuhkan. Beliau membandingkan kes Ahmad dengan satu kes yang serupa di Thailand. Kata beliau, pesalah Thailand berkenaan telah dipenjara selama 5 tahun. Agaknya maksud beliau ialah, tak memadailah jika Ahmad tak dipenjarakan.

Setimpal bagi pihak Acik pula ialah Ahmad dilepas dan dibebaskan saja. Hukuman tidak rasmi yang telah Ahmad dan Acik sekeluarga lalui sebenarnya adalah lebih berat dari hukuman rasmi yang berupa denda RM20 itu. Jika nak diteliti kos yang Acik sekeluarga telah terpaksa tanggung sejak Ahmad ditangkap hinggalah perbicaraan ke atasnya tamat, rasa-rasa sudah melebihi RM50 ribu.  Sedangkan denda maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang bagi kes Ahmad itu hanyalah RM50 ribu saja. Jadi hukuman denda RM20 ribu itu pun sudah boleh dianggap sebagai, “sudah jatuh ditimpa tangga” terhadap Ahmad.

Sebenarnya Acik telahpun menasihati Ahmad melalui SMS agar tidak membuat rayuan. Inilah yang dicadangkan oleh rakan-rakan sebaya Acik semasa perjumpaan 26hb Oktober, 2013 lepas. Rupa-rupanya nasihat itu ibarat, “mencurah air ke daun keladi ;  masuk telinga kanan keluar telinga kiri”.

Nampaknya Ahmad masih tetap juga berazam hendak mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi, hatta ke Mahkamah Rayuan. Beliau begitu taksub dengan keyakinan sendiri bahawa itulah satu-satunya cara untuk menebus maruah diri dan membersihkan imejnya. Beliau benar-benar merasa bahawa maruah dirinya telah dicemari oleh fitnah yang dipalitkan ke atas diriya. Bagi beliau, Mahkamah Sesyen yang sepatutnya berlaku adil telah gagal berbuat demikian.

Sebagai seorang ayah, boleh juga Acik menbuat desakan demi desakan supaya Ahmad menggugurkan hasrat dan keazamannya itu. Namun, rasa tak kena pula jika tindakan sedemikian yang Acik ambil. Rasa tak adil pula terhadap Ahmad jika tindakan beliau untuk menebus maruah dirinya itu Acik halangi. Sepatutnya sebagai seorang ayah, Aciklah yang menjadi sumber utama kekuatan moral bagi anak-anak mempertahankan maruah diri dan keluarga. Tiba-tiba Acik pula menjadi penghalang. Ini tentulah akan membawa implikasi buruk kepada diri Acik sendiri, seluruh keluarga dan masyarakat.

Setelah berfikir panjang, biarlah Acik mengambil pendekatan yang lebih mesra kepada kedua-dua belah pihak. Biarlah untuk kali ini kami berdua sama-sama “setuju untuk tak-bersetuju (agree to disagree)”. Dengan perkataan lain, masing-masing menghormati pandangan dan tindakan masing-masing. Masing-masing berjanji tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan pihak lain dalam usaha masing-masing untuk mencapai objektifnya.

Ya lah … Walaupun Acik telah kecewa terhadap kredibiliti sistem pengadilan berdasarkan persepsi peribadi Acik sehingga kini, namun Acik tak patut menghasut Ahmad supaya turut sama kecewa. Kekecewaan Acik itu adalah disebabkan kehilangan keyakinan terhadap kredibiliti sistem keadilan yang beroperasi sekarang.  Ia tidak nampak sebagai satu sistem yang benar-benar menjamin keadilan. Sistem tersebut bukan saja tak adil pada hakikatnya malah memang tersangat nyata ketidakadilannya. Sedangkan sepatutnya keadilan mestilah dilaksanakan dengan sebenar-benar adil. Adil bukan pada hakikatnya saja malah terlihat dengan nyata bahawa ianya adalah adil (justice is not only done but also seen as done).

Jika Ahmad masih menyimpan sangkaan baik terhadap sistem pengadilan, itu adalah satu sifat yang wajar diucap syabas. Jika Acik seorang saja yang telah hilang keyakinan terhadap kredibiliti sistem pengadilan, tentulah tiada siapa yang akan bimbang. Sebaliknya jika Ahmad dan seluruh generasinya telah hilang keyakinan terhadap kredibiliti sistem keadilan negara, itulah yang perlu dibimbangkan.

Acik percaya, Ahmad merupakan wakil tidak rasmi untuk generasinya. Jika Ahmad masih yakin bahawa beliau masih berpeluang mendapat pengadilan dari sistem pengadilan sedia ada, harap-harap semua anak-anak muda yang sejenerasi dengan Ahmad adalah juga demikian. Maksudnya, mereka semua masih tidak putus asa ataupun masih belum kecewa macam Acik. Ini kerana, dengan keyakinan tersebut mereka tidak akan mencari keadilan dengan cara mereka sendiri.

Bayangkan apa akan terjadi jika anak-anak muda rata-rata menolak sistem pengadilan sedia ada kerana membuat tangkapan ianya tidak lagi adil. Mereka bukan sekadar tidak akan menagih lagi keadilan dari institusi-institusi pengadilan berkenaan, malah akan benci pula kepada institusi-institusi tersebut. Andaikata status keyakinan mereka terhadap kredibiliti institusi pengadilan negara merosot ke tahap itu, lambat laun keamanan akan pasti terjejas. Lambat laun negara akan huru hara dibuatnya.

Oleh sebab itu, walaupun Acik sendiri tidak setuju Ahmad mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi, namun Acik kena juga menghormati hak beliau sebagai individu yang merdeka. Walaupun pada firasat Acik Ahmad akan kalah, namun tidak mustahil juga Ahmad boleh menang. Kalau pun beliau tidak menang di peringkat Mahkamah Tinggi, mungkin di peringkat Mahkamah Rayuan beliau akan menang. Siapakah yang boleh menghalangnya jika itulah ketetapan Allah. Ya benar, tiada siapa yang mampu mengatasi kuasa Allah hatta seorang Maharaja sekalipun .

Mudah-mudahan Ahmad dan jenerasinya akan dapat buktikan bahawa firasat Acik itu adalah salah.

Untuk makluman semua, kami sangatlah mengalu-alukan serta menghargai sumbangan dari mana-mana pihak. Sumbangan yang dihulurkan adalah menjadi manifestasi terhadap sokongan anda bagi menegakkan keadilan yang sedang diperjuangkan Ahmad. Untuk itu Acik terlebih dahulu mengucap terima kasih yang tak terhingga kepada semua bakal-bakal penyumbang.

Sila salurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank

Ahmad bin Abd Jalil   157 111 975 546

Wallahualam.

PenCERAHan lain yang relevan:

Ahmad’s SAGA # 027: Yang Dihukum Tidak Mestinya Bersalah  https://4uni2c.com/2013/10/22/ahmads-saga-027-yang-dihukum-tidak-mestinya-bersalah/

Ahmad’s SAGA # 029 Tahniah Untuk Ahmad  https://4uni2c.com/2014/01/18/ahmads-saga-029-tahniah-untuk-ahmad/

Ahmad’s SAGA # INDEX   https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK :   http://www.4uni2c.com

@OPajar    # 13Y04

CEREKANA # 13y02 Lembu Yang Berkata-kata

•2013-11-03 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI lain-lain PenCERAHan sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVE di kanan SKRIN, Kemudian SKROL

(bagi pengguna smartphone (SP) sila gunakan  SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Lembu Yang Berkata-kata

Bila Acik terpandang pada wajah PM-PM Malaysia, masing-masing mengingatkan Acik beberapa peristiwa penting yang berlaku di era pemerintahan masing-masing. Kata pepatah Melayu, “gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia meninggalkan …… ? ”

Melihat gambar Al marhum Tunku Abdul Rahman teringat Acik akan PERKIM, musabaqah Al Quran, penubuhan Malaysia dan perpisahan Singapura dari Malaysia. Yang sangat menyayatkan hati seluruh rakyat Malaysia ialah peristiwa 13 Mei, 1969.

Melihat gambar Al marhum Tun Abdul Razak, teringat Acik akan penubuhan Felda dan penubuhan BN yang turut disertai oleh PAS.

Melihat gambar Al marhum Tun Hussein On, teringat Acik akan ketegasan beliau terhadap perlakuan rasuah oleh seorang menteri hingga menteri berkenaan dipenjarakan. Dalam era beliau juga pusat perlindungan pelarian bencana perang diwujudkan di Pulau Bidung iaitu setelah arahan “shoot on sight” dari seorang menteri kanan beliau mendapat reaksi segera dari pihak PBB.

Melihat wajah Pak Lah, teringat Acik akan KAGAT dimana YB Dato Jamil Khir pernah menjadi ketuanya. Teringat juga kepada guru-guru KAFA yang diwujudkan beliau. Teringat juga akan isteri-isteri pesara-pesara kerajaan yang menikmati pencen penuh selepas kematian suami masing-masing.

Juga tidak lupa bahawa kerana beliau maka sekatan bantuan perkapita kepada sekolah-sekolah agama rakyat diteruskan dan berbagai-bagai lagi jasa-jasa beliau. Dan yang paling bermakna kepada semua rakyat Malaysia ialah semasa beliau sebagai PMlah maka DSAI dibebaskan.

Sebaliknya melihat wajah Tun Dr M, terkenang Acik tentang kesusahan sekolah-sekolah agama rakyat akibat bantuan perkapita dihentikan suatu ketika dahulu; kesusahan guru-guru dan murid-murid sekolah-sekolah kampung akibat dasar PPSMI; perubahan jam di Semenanjung supaya sama dengan waktu Sabah dan Sarawak dimana telah menyebabkan ramai orang Islam meninggalkan solat subuh.

Peristiwa yang dianggap sangat penting yang turut berlaku semasa Tun M menjadi PM ialah pemecatan Ketua Hakim Negara. Malah yang maha penting lagi bersejarah ialah pemecatan seorang Timbalan Perdana menteri merangkap Menteri Kewangan. Tak cukup dengan pemecatan, ditambah pula dengan hukuman penjara enam tahun.

Manakala peristiwa yang paling tragis pula ialah pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya bersama-sama anak murid beliau di kampung Memali di Baling, Kedah oleh pasukan keselamatan negara dalam tahun 1985 (Kisah Memali:   https://www.facebook.com/adhuhai/posts/770390259638196:3)

Untuk mengetahui banyak lagi “jasa-jasa” beliau kepada rakyat Malaysia, bacalah dalam PenCERAHan berikut: https://4uni2c.com/2013/02/02/4uni2c-13202-tun-dr-m-jasamu-dikenang/

Melihat wajah PM sekarang terbayang pula Acik gambar kapal selam Scorpene dan wanita Mongolia yang bergelar Altantuya; terkenang cincin permata bernilai RM puluhan juta, dakwat kekal bagi PRU 13 yang lenyap sebaik saja dibasuh serta pilihan raya termahal di dunia, dan yang agak kelakar ialah pengurangan subsidi atas gula supaya penyakit kencing manis dapat dicegah. Terkini pula isu sayur kangkung ( http://www.roketkini.com/2014/01/20/tm-dan-skmm-saling-menuding/ )

Namun yang paling menarik ialah bila melihat wajah Ketua Wanita UMNO yang baru dipilih semula itu. Beliau mencetus dalam peringatan Acik kepada satu cerita yang berjodol, “Lembu Yang Berkata-kata”.

Cerita tersebut Acik baca semasa di bangku sekolah rendah dahulu lagi. Sehingga kini, jarak masanya telah mencecah lebih dari setengah abad. Jadi faham-faham sajalah jika ingatan Acik yang dah tua ini gagal mengingati semula cerita tersebut dalam bentuk orinya. Ceritanya adalah kira-kira seperti berikut:

SELINGAN:

Zikir barat “Lembu siapa dia”: http://www.youtube.com/watch?v=eAf_2xwnLe0

Pada zaman pemerintahan Sultan Harun Amir Al Rashid, kononnya ada seorang rakyat bergelar Abu Nawas. Beliau terkenal sebagai seorang yang sangat pintar lagi berilmu pengetahuan yang banyak pada zamannya itu.

Walaubagaimanapun beliau tidak sanggup menerima jawatan kadhi yang ditawarkan oleh Sultan kepadanya. Ini membuat Sultan amat murka lalu menjatuhkan suatu hukuman yang sangat berat ke atas beliau. Namun, sebelum menjalani hukum tersebut beliau memohon sesuatu kepada Sultan. Pemohonan tersebut diperkenankan baginda.

Berdasarkan permohonan tersebut beliau (Abu Nawas) akan menyampaikan kepada baginda sebuah cerita pada tiap-tiap malam. Kononnya, cerita-cerita tersebut berjumlah 1001 semuanya. Dan kononnya cerita “Lambu Yang Berkata-kata” itu adalah cerita yang terakhir sebelum beliau menjalani hukuman berkenaan.

Maka berkatalah Abu Nawas kepada baginda Sultan Harun Amir Al Rashid, “ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Malam ni patik tidak ada lagi apa-apa cerita untuk dipersembahkan kepada Tuanku. Cuma ada satu perkara penting saja lagi yang ingin patik maklumkan kepada Tuanku”

“Ya tuanku, patik cuma nak maklumkan kepada Tuanku bahawa di dalam Kota Baghdad ini rupa-rupanya wujud lembu yang boleh berkata-kata”.

Sultan amat terkejut lagi hairan terhadap apa yang diberitahu oleh Abu Nawas itu. Lalu baginda pun mencabar Abu Nawas agar membawa lembu berkenaan ke istana mengadap baginda.

Abu Nawas pun berjanji akan membawa makluk luar biasa tersebut beberapa hari lagi. Cuma beliau memohon suatu surat tauliah dari baginda. Tauliah tersebut memberi kuasa kepada beliau untuk menangkap dan membawa makluk yang luar biasa itu ke istana tanpa dihalang oleh mana-mana pihak.

Tiba hari Jumaat Abu Nawas pun ke masjid seperti lazimnya. Tetapi kali ini beliau tidak berebut masuk untuk mendapat tempat di dalam saf pertama seperti selalunya. Sebaliknya beliau memilih untuk duduk di dalam saf paling belakang. Bersama-sama beliau ialah beberapa utas tali dan topeng merupai muka lembu.

Sebaik saja imam memberi salam tanda selesainya solat Jumaat, Abu Nawab terus membaca doa rengkas tanpa menunggu doa imam. Kemudian beliau bergegas meninggalkan masjid lalu menghala ke pasar.

Di pasar kedapatan beberapa orang lelaki yang diyakini beliau tidak turut bersolat fardu Jumaat di masjid. Beliau pun mendekati seorang demi seorang. Kepada setiap orang beliau bertanya seolah-olah ingin mengetahui darinya hari apakah pada ketika itu.

Mana-mana lelaki yang tidak memberi jawapan yang betul iaitu hari itu adalah hari Jumaat, maka beliau akan terus menunjukkan surat tauliah berkenaan kepadanya. Kemudian beliau mengarah ia supaya mengikuti beliau. Setelah mendapat beberapa orang “pengikut”, beliau pun meninggalkan pasar tersebut dengan diikuti mereka dari belakang.

Abu Nawas pun berjalan menuju ke istana Sultan dengan diekori pengikut-pengikutnya itu. Bila hampir dengan pintu istana maka Abu Nawas pun mengarahkan semua mereka duduk merangkak seperti binatang berkaki empat. Di leher setiap mereka diserelum dengan gelung tali yang telah dibawa bersama-samanya.

Kemudian dipakainya mereka topeng yang berwajah lembu itu. Ini membuat semua mereka kelihatan seperti lembu jika seimbas pandang. Dengan mengarahkan mereka supaya merangkak, beliau pun mengheret mereka masuk ke dalam istana.

Surat tauliah yang ada padanya itu membolehkan Abu Nawas mendapat kerjasama yang sangat baik dari setiap pengawal istana. Ini membolehkan beliau masuk ke dalam istana dan terus menuju ke tempat di mana Sultan sedang bersemayam.

Khabarnya, Sultan memang ternanti-nanti kedatangan Abu Nawas sepertimana yang beliau janji. Dari jauh lagi baginda merasa kagum melihat Abu Nawas sedang mendatangi baginda dengan diikuti beberapa ekor makluk yang nenyerupai lembu, tetapi agak kecil dari kebanyakan lembu. Setibanya beliau di hadapan Sultan, beliaupun mempersembahkan kepada baginda semua “lembu-lembu” tersebut.

Maka kata Abu Nawas kepada Sultan, “ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Inilah tuanku lima ekor lembu yang boleh berkata-kata yang patik janjikan tempoh hari. Silalah tuanku periksa setiap dari mereka. Tanyailah mereka adakah mereka manusia ataupun lembu. Ampun tuanku”

Dengan penuh kehairanan, baginda pun mendekati lembu-lembu tersebut. Bila baginda menghampiri “lembu pertama”, baginda agak tersentap. Lembu tersebut tiba-tiba bersuara, “ampun tuanku ribu-ribu ampun. Patik adalah seekor lembu. Nama patik Bengap. Ampun tuanku !”.

Kemudian baginda mendekati pula “lembu kedua”. Sekali lagi baginda tersentak oleh suara yang agak garang berbunyi, “ampun tuanku ribu-ribu ampun. Patik adalah seekor lembu. Nama patik Bahlul. Ampun tuanku !”

Seterusnya baginda mendekati pula “lembu ketiga”. Begitu juga aksi dari lembu tersebut yang berbunyi, “ampun tuanku ribu-ribu ampun. Patik adalah seekor lembu. Nama patik Bodoh. Ampun tuanku !”.

Kata pula “lembu keempat, “ampun tuanku ribu-ribu ampun. Patik adalah seekor lembu. Nama patik Bongok. Ampun tuanku !”. Begitu juga dengan kata-kata “lembu kelima”, “ampun tuanku ribu-ribu ampun. Patik adalah seekor lembu. Nama patik Bangang. Ampun tuanku !”

Rupa-rupanya Abu Nawas telah bejaya mengajar kelima-lima “lembu” tersebut menghafal ayat-ayat sedemikian sebelum membawa mereka mengadap Sultan. Di kalangan mereka yang paling teruk tahap kelembuannya ialah yang bernama “Bangang”.

Sultan agak keliru dengan apa yang dipersembahkan oleh Abu Nawas kepadanya itu. Dengan tegas tetapi jujur baginda membuka mulut, “ini semua rakyat beta. Apakah anta samakan rakyat-rakyat beta ini dengan lembu ?”

Maka jawab Abu Nawas dengan spontan, “ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Memanglah dari segi fisikalnya sifat-sifat mereka adalah manusia. Namun hakikatnya mereka ini lebih teruk dari lembu. Sekiranya mereka ini manusia sekurang-kurangnya mereka tahu juga bahawa hari ini adalah hari Jumaat”.

“Bagi setiap umat Islam, ia tentu tahu tanggungjawab terhadap dirinya untuk ke masjid menunaikan solat fardu jumaat. Hanya lembu sahaja yang tidak diwajibkan bersolat Jumaat”.

“Sebenarnya tuanku, sebelum ini Patik tidak menganggap mereka lembu. Sebaliknya mereka sendiri yang mengakui kepada Tuanku bahawa mereka adalah lembu. Agaknya dengan mengakui demikian, mudah-mudahan mereka terlepas dari tanggungjawab menghadir solat Jumaat. Ampun tuanku !”

Mendengar hujah-hujah Abu Nawas demikian, maka Sultan tidak terkata apa-apa. Sebagai seorang Sultan yang berdaulat, baginda dapat menerima dan memahami maksud tersirat Abu Nawas. Baginda lalu memerintahkan supaya kelima-lima “lembu” tersebut dihantar ke Pusat Pemulihan Minda.

Di madrasah tersebut mereka akan ditarbiah hingga kembali menjadi manusia. Baginda tidak marah terhadap telatah Abu Nawas tersebut. Sebaliknya baginda bersyukur kerana wujudnya di kalangan rakyat jelata baginda, individu yang hebat seperti Abu Nawas. Walaubagaimanapun beliau agak kesal kerana di kalangan rakyat baginda, rupa-rupanya masih ada juga segelintir “lembu yang berkata-kata”.

Nilai Moral dari CEREKANA di atas:

Kisah dalam CEREKANA tersebut memberi satu sindiran tajam kepada individu-individu yang tidak faham tentang tanggungjawabnya sebagai seorang manusia. Dahlah jahil, tidak pula menuntut ilmu dan tidak tahu/mau pula berfikir.

Untuk mengambil jalan mudah, mereka lebih suka mengikut saja arahan secara buta tuli, hingga mudah ditipu dan dieksploitasi. Mereka ini dianalogikan sebagai lembu. Tahap kelembuan mereka pula ditentukan oleh sejauh mana sifat-sifat kemanusiaan yang hilang dari diri masing-masing. Contohnya, tahap kelembuan paling rendah ialah “bengap” manakala tahap kelembuan paling tinggi ialah “bangang”.

Bangsa Melayu tulen dididik agar sering bermuhasabah diri. Mereka dilarang dari menyamakan sifat diri mereka dengan sifat lembu. Contohnya, kita biasa saja mendengar ungkapan melarang dari menjadi  “bodoh macam lembu !”.

Satu lagi ungkapan, “bagai lembu dicucuk hidung” melarang kita dari terlalu patuh tanpa berani melawan atau membantah. Peribahasa, “Lembu punya susu, sapi dapat nama” pula menggambarkan sifat tidak pandai memanfaatkan hasil dari pengorbanan diri atau kaum sendiri.

Pendek kata, setiap yang dikaitkan dengan lembu akan mengandungi mesej yang negatif. Oleh itu, jalan yang paling selamat ialah menjauhi diri dari semua pihak yang ada kaitannya dengan isu lembu. Sekurang-kurangnya sehingga isu projek lembu NFC itu tutup buku. Lainlah dengan lembu-lembu yang bakal disembelih sebagai korban tak lama lagi.
Wallahualam.

.

d   a   u   l   a   t        r   a   k    y   a   t   !

.

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

CEREKANA # 13914 Strategi Abu Nawas: https://4uni2c.com/2013/09/14/cerekana-13914-strategi-abu-nawas/

CEREKANA #12X21 Kisah Pemandu Yang BANGANG (The confused driver) https://4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: http://www.4uni2c.com

 

@OPajar
# 13y02

Ahmad’s SAGA # 027 Yang Dihukum Tidak Mestinya Bersalah

•2013-10-22 • 1 Comment

*** Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK pada bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Yang Dihukum Tak Semestinya Bersalah

Alhamdulillah, semalam 2013 Oktober 21, Acik (Ayah/Abang + cik) serta keluarga telah mendengar Tuan Hakim membaca keputusan perbicaraan ke atas anak Acik (Ahmad) itu. Sebagaimana yang sudah diduga, Ahmad telah disabitkan dengan kesalahan sepertimana beliau dituduh. Hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau ialah denda RM 20ribu tanpa dipenjara. Hakim sebelum menjatuhkan hukuman telah mengambil kira beberapa faktor penting. Antaranya ialah faktor bahawa Ahmad belum pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan sebelum ini.

Sebagaimana yang telah pernah Acik sebut sebelum ini, Tuan Hakim adalah dianggap maksum ketika menjatuhkan hukuman. Maksud Acik ialah Tuan Hakim adalah dianggap tidak akan melakukan kesilapan ketika menjatuhkan hukuman. Oleh itu Tuan Hakim tidak wajar dicabar ketika itu.

Walau bagaimana pun, undang-undang masih memberi ruang agar keputusan Hakim tersebut dapat dicabar kemudiannya. Cara yang diizinkan bagi mencabar keputusan Tuan Hakim ialah dengan merujuk kepada Mahkamah yang lebih tinggi. Peguambela akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah tersebut. Sekiranya keputusan tersebut didapati oleh Mahkamah yang lebih tinggi berkenaan sebagai kurang adil, maka keputusan tersebut akan dipinda. Untuk itu Ahmad berhasrat agar membuat rayuan terhadap keputusan tersebut ke Mahkamah Tinggi. Acik serta seluruh keluarga menyokong cadangan beliau 100 peratus demi memberi sokongan moral kepada beliau.

Bukanlah hasrat ataupun niat buruk Ahmad dan Acik sekeluarga hendak mencabar sesiapa dalam kes Ahmad ini. Sebaliknya kami sekadar ingin menzahirkan sikap pasrah dan tidak mudah berputus asa. Sebenarnya, dalam Islam, sikap mudah berputus asa bukanlah suatu sikap yang terpuji. Sebelum bertawakal atau pun menyerahkan sesuatu kepada takdir, orang Islam wajar terlebih dahulu melakukan yang sebaik mungkin. Sebelum bertawakal, kita mesti mengunci dulu kereta atau pun rumah kita yang nak kita tinggalkan. Yakni berusaha terlebih dahulu agar keselamatan barangan kita lebih terjamin. Sekiranya masih juga berlaku kecurian atau kehilangan, sekurang-kurangnya kita tidak terkilan atau menyesal.

Berdasarkan semangat tidak berputus asa dan semangat lebih bertawakkal tersebut, maka wajarlah kes Ahmad itu dibawa ke Mahkamah Tinggi. Kata Peguambela Ahmad (Tuan Radzlan bin Jalaluddin), ini adalah suatu pengorbanan demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Ia bukan sekadar untuk kepentingan peribadi Ahmad atau mana-mana individu saja. Andainya untuk kepentingan diri Ahmad seorang saja, mungkin awal-awal lagi beliau telah memilih untuk mengaku bersalah sahaja. Kemudian ikut saja apa yang diarahkan oleh pihak Polis. Jika nak dibawa ke istana mengadap Sultan pun ikut saja. Serah saja kepada Allah apa yang nak di”hadiah”kan oleh pihak istana. Tetapi adakah maruah beliau begitu rendah sekali. Jika tak melakukannya, buat apa nak mengaku bersalah sepertimana yang dituduh ?

Dalam perbicaraan ke atas Ahmad, banyak perkara yang Acik tidak puas hati. Antaranya ialah menuduh Ahmad berbohong mengatakan bahawa telefon bimbit beliau diserahkannya kepada pengawal lokap. Padahal itulah yang sebenarnya dilakukan Ahmad. Tetapi Ahmad didakwa menyerahkannya ketika berada di Wangsa Maju lagi, bersama dengan barang-barang rampasan yang lain. Apakah perkara sekecil ini pun Ahmad perlu berbohong ?

Kedua ialah dengan menciptakan satu dokumen baru, kemudian mendakwa bahawa Ahmad telah menurunkan tanda tangan beliau di atas dokumen tersebut. Sedangkan hakikatnya Ahmad tidak pernah pun menanda tangani dokumen tersebut. Acik yakin Ahmad tidak berbohong khususnya dalam hal ini. Menuduh beliau menafi menandatangani domumen berkenaan adalah tidak adil. Ahmad yang Acik kenal secara peribadi sejak beliau masih kanak-kanak tidak mungkin sanggup membuat penafian tersebut.

Ketiga, adalah tidak wajar jika Tuan Hakim menerima kesaksian pakar komputer dari PDRM tetapi meremehkan kesaksian pakar komputer dari “Cyber Security“. Sedangkan kedua-duanya adalah diiktiraf sebagai pakar. Sekiranya kedua-dua kesaksian tersebut diberi penilaian yang adil dan saksama, maka sudah tentulah telah wujud satu keraguan yang munasabah.

Keempat, Polis yang menangkap Ahmad mendakwa dalam laporan bertulis beliau bahawa semasa beliau sampai ke tempat di mana Ahmad ditahan, Ahmad telah sedia berada di situ. Tetapi semasa berada di dalam kandang saksi pula, beliau mengatakan Ahmad datang kemudian. Bila Ahmad sampai di situ, boleh jadi telah ada sesuatu yang telah dilakukan terhadap komputer tersebut tanpa diketahui oleh Ahmad. Status individu yang memeriksa komputer tersebut tidak menjamin bahawa komputer tersebut tidak diapa-apakan. Samada beliau seorang pegawai Polis berpangkat tinggi, maupun yang tiada berpangkat. Samada beliau dari agensi kerajaan maupun dari pihak swasta.

Dan yang paling mengejutkan Acik ialah pengakuan seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor bahawa Ahmad adalah individu yang dijadikan sasaran tangkapan. Selama ini Acik dan semua kami difahamkan bahawa, sebelum Ahmad ditahan, pihak Polis belum dapat kenal pasti siapa sebenarnya individu yang sedang dijejaki mereka. Oleh itu tidak timbul unsur-unsur pendakwaan terpilih (selective prosecution). Tetapi rupa-rupanya gambaran yang kami terima itu adalah satu senario palsu. Rupa-rupanya Ahmad adalah mangsa pendakwaan terpilih.

Jika Ahmad adalah seorang bakal kambing hitam, faham-faham sajalah apa yang bakal disediakan untuk memerangkap beliau. Jika yang hendak ditangkap itu seekor burung, tertulah perangkap yang akan dibekalkan ialah perangkap burung juga. Takkan perangkap musang atau tupai kut. Apa motifnya, jika bukan untuk menjaminkan bahawa mangsanya tidak akan terlepas dari sasaran tangkapan. Lainlah jika yang nak ditangkap itu benar-benar belum dapat ditentukan binatang apa atau individu yang bagaimana.

Berdasarkan faktor di atas dan beberapa factor lain yang seumpamanya, hati Acik masih kuat mengatakan Ahmad tidak bersalah. Walaupun beliau telah pun disabitkan dengan kesalahan yang dituduh terhadapnya, dan dijatuhi hukuman, bagi Acik itu bukanlah bukti mutlak bahawa beliau benar-benar bersalah.

Dengan kata lain, “yang dijatuhi hukuman tidak semestinya bersalah”. Contoh paling popular bagi umat Islam termasuk Acik sendiri ialah kisah Nabi Yusuf a.s. Baginda telah dipenjarakan walaupun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Sebenarnya baginda telah cuba digoda oleh isteri bossnya sendiri yang jelita itu. Namun beliau tidak melayan wanita tersebut kerana tak sanggup melakukan dosa. Demi menjaga maruah bossnya itu maka baginda (Nabi Yusuf a.s.) dipenjarakan. Ini merupakan antara berbagai bentuk pengorbanan yang lazim dilakukan oleh pejuang yang ingin memertabatkan kebenaran.

Satu lagi contoh yang meyakinkan Acik hakikat bahawa “yang dihukum tidak semestinya bersalah” ialah suatu pengalaman “manis” peribadi Acik sendiri. Ketika Acik sedang belajar di tingkatan enam atas dalam tahun 1972 dahulu, tak semena-mena Acik dituduh sebagai perokok tegar oleh bakal Pengetua sekolah Acik. Beliau menjajakan “tabiat buruk Acik ini” kepada pelajar-pelajar tingkatan bawahan. Berita ini akhirnya sampai kepada pengetahuan Acik. Sedangkan dakwaan beliau itu adalah palsu semata-mata.

Mana pernah Acik merokok. Bukan saja di dalam kawasan sekolah, malah di mana-mana juga pun Acik tak pernah merokok. Rengkas kata, secara jujur, Acik sebenarnya bukanlah seorang perokok. Malah benci kepada perokok. Oleh sebab kekanda kandung Acik adalah seorang perokok, maka dengan beliau pun Acik rasa kurang selesa. Tak marahkah Acik jika tak pernah merokok pun tiba-tiba dituduh sebagai perokok tegar (heavy smoker). Yang menuduh pula tu bukan calang-calang orang tetapi bakal orang nombor satu di sekolah tempat Acik belajar itu.

Sebaik mendapat berita huduh tersebut dari junior Acik, Acik pun berazam akan bersemuka dengan Timbalan Pengetua tersebut. Esok pagi dengan penuh nekad Acik pun pergi ke pejabat beliau tanpa ditemani sesiapa kecuali keberanian. Kata orang tua-tua kita, “berani kerana benar, takut kerana salah”. Sampai di pejabat Timbalan Pengetua tersebut, Acik pun berdiri terpacak di hadapan beliau. Itulah cara kami di sekolah askar itu dilatih menghormati orang atasan. Secara “direct” Acik membuka mulat, “ sir,I was told that you have been accusing me of being a smoker – Tuan, saya telah diberitahu bahawa tuan menuduh saya sebagai seorang perokok”

Belum apa-apa, dengan spontan tangan beliau telah melayang lalu menghinggapi pipi Acik. Mula-mula pipi kiri, kemudian pipi kanan pula. Mujur tidak ada pukulan ketiga. Hati Acik memang nekad akan membalasnya jika beliau tidak berhenti setakat pukulan kedua itu. Mujur beliau sempat menghidu genggaman penumbuk batu Acik sebelum melepaskan pukulan ketiga itu. Bukanlah Acik nak takbur. Tetapi jika nak bertinju dengan insan seperti bakal Pengetua tersebut, rasa-rasa tak susah sangat nak meraih kemenangan cemerlang. Tapi malulah pula jika menang cara pondan begitu.

Sebenarnya Acik taklah rasa sakit sangat dengan pukulan beliau itu. Jika nak dibandingkan dengan penumbuk yang pernah Acik rasai semasa berjuang dalam gelanggang tinju sebelum itu, apalah sangat tamparan beliau itu. Cuma yang sangat sakit ialah hati. Patutkah Acik seorang pelajar di tingkatan enam atas dilayan sebegitu rupa. Dahlah maruah peribadi Acik dicemar dihadapan pelajar-pelajar junior Acik, bila bersemuka itu pula reaksinya. Macam orang yang belum bertamadun rupanya. Pada hal beliau mendakwa belajar di Cambridge. Ayah dan ibu angkatnya pula Orang Putih.

Sikap brutal beliau itu amat tidak disenangi oleh majoriti pelajar sekolah Acik. Acik bukanlah mangsa pertama dan terakhir yang menerima penangan sedemikian dari beliau. Ini membuat Acik berhasrat untuk melakukan sesuatu demi kebaikan sekolah Acik yang tercinta itu. Sebaik saja selesai menduduki peperiksaan HSC (Higher School Certificate), Acik mulalah menyusun strategi demi untuk menyelamatkan sekolah Acik itu dari tangan ganas individu yang kurang bertamadun itu.

Arwah kekanda Acik membeli Acik sebuah mesin taip (manual) bagi memudahkan Acik menulis surat-surat bantahan. Acik masih ingat lagi ayat, “the quick brown fox jumps over the lazy dog”. Itulah ayat yang mengandungi semua huruf A hingga Z untuk melatih jari-jari menaip. Surat-surat bantahan itu Acik hantar kepada pihak-pihak atasan tertentu yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sekolah Acik itu. Satu salinan telah Acik kirimkan juga kepada Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Tun Husain Onn. Yang agak mengkagumkan ialah telahan (prediction) Acik bahawa sekolah tersebut akan mengalami kemerosotan akademik akibat ditangani oleh individu bersikap ganas itu.

Rupa-rupanya telahan Acik itu menjadi kenyataan. Khabarnya bakal Pengetua tersebut, yang telahpun menyandang jawatan Pengetua, telah dipanggil oleh pihak atasan. Tidak lama selepas itu beliau meninggalkan sekolah Acik itu untuk selama-lamanya. Ini merupakan satu kemenangan bagi Acik dalam perjuangan membebaskan satu institusi pendidikan dari cengkaman seorang Pengetua yang tak senonoh (unscrupulous). Bebas dari cengkaman seorang yang tidak tahu menghormati maruah individu lain, dan tidak memahami sistem budaya rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

Itu bukan satu CEREKANA atau cerita rekaan Acik semata-semata. Sebaliknya ia adalah suatu sejarah atau peristiwa yang benar-benar belaku. Tetapi bagi mengesahkan sejarah tersebut janganlah pula bertanya kepada pengamal undang-undang seperti YAA TS Dato Zulkefli Ahmad Makinudin atau Dato John Louis Ohara. Mereka ini mungkin masih kenal dengan Acik tapi tak mungkin tahu peristiwa tesebut walaupun belajar di sekolah yang sama dengan Acik. Ini kerena semasa Acik di tingkatan enam atas, kedua-dua mereka telah berada di unversiti.

Namun jika bertanya kepada pengamal undang-undang TS Mohd Shafie Abdullah, beliau mungkin dapat mengesahkan tentang peristiwa tersebut. Jika beliau tidak dapat mengesahkannya, mungkin kerana beliau sudah lupa. Maafkan beliau jika tentang peristiwa tersebut beliau telah lupa. Maklumlah, masa dah agak terlalu lama berlalu. Tetapi yang tak patut dimaafkan ialah jika dengan Acik pun beliau lupa. Kami sama-sama sekelas ketika di tingkatan enam bawah dan enam atas dahulu. Jadi tak patut sangat jika sesama sendiri pun boleh lupa.

Contoh ketiga bagi membuktikan bahawa “yang dihukum tidak semestinya bersalah” ialah sebagaimana yang boleh dibaca dalam CEREKANA berjodol “Walaupun Berhakimkan Kancil”. PenCERAHan: https://4uni2c.com/2013/10/06/cerekana-13×06-walaupun-berhakimkan-kancil/

Berdasarkan ketiga-tiga contoh di atas Acik percaya bahawa hasrat Ahmad untuk merayu kesnya itu kepada Mahkamah Tinggi adalah sangat wajar. Apa yang beliau lakukan itu bukan semata-mata untuk kepentingan peribadi beliau, malah untuk kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Terutamanya bagi rakyat yang telah ketagih dengan Facebook dan blog, termasuk Acik sendiri. Mudah-mudahan rayuan Ahmad kelak akan menghasilkan keputusan yang positif untuk beliau khususnya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya. Insya Allah kes Ahmad ini akan menjadi contoh keempat yang membuktikan kebenaran kenyataan “yang dihukum tak semestinya bersalah”.

Wallahualam.

Pengumuman:

d a u l a t r a k y a t !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan:

Ahmad’s SAGA # 028: Berbaloikah Ahmad Merayu ? https://4uni2c.com/2013/11/04/ahmads-saga-028-berbaloikah-ahmad-merayu/
Ahmad’s SAGA # INDEX https://4uni2c.com/2013/12/11/ahmads-saga-index/
Tian Chua acquitted of sedition for linking “UMNO government” to Sulu intrution http://www.msn.com/en-my/news/national/tian-chua-acquitted-of-sedition-for-linking-%E2%80%98umno-government%E2%80%99-to-sulu-intrusion/ar-BBdCHLG
**

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

PN

@OPajar # 13X22