CEREKANA # 13820: Perkara Berlaku Kerana Hikmahnya

•2013-08-20 • Leave a Comment
*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL

Perkara Berlaku Kerana HiKMAHnya

(thing happens for its good reasons)

Dunia hari ini sering digempari peristiwa-peristiwa sedih dan ngeri. Terkini ialah apa yang sedang berlaku di Mesir. Sedih kerana ia menyebabkan kematian. Yang masih hidup tentu merasa lebih sedih lagi akibat kehilangan ahli-ahli keluarga masing-masing yang tercinta. Ngeri pula kerana cara kematian itu terjadi. Ia juga menimbulkan kebimbangan rakyat di  banyak negara lain. Ini kerana tak mustahil nasib yang sama akan menimpa pula ke atas mana-mana negara lain selepas ini.

Acik (Ayah/Abang+cik) pun turut rasa sedih. Sebagai seorang yang berkeluarga, sudah tentu Acik dapat berkongsi kesedihan yang sedang dialami oleh mereka yang kehilangan ahli-ahli keluarga akibat pembunuhan pihak tentera Mesir. Namun, berat mata yang mamandang, berat lagi bahu yang memikul.  Sambil tu Acik juga turut rasa bimbang sepertimana dirasi majoriti rakyat jelata di seluruh dunia. Tidak mustahil bahawa musibah yang serupa boleh juga berlaku di Malaysia. Kejadian tersebut adalah manifestasi betapa gawatnya politik sekarang ini. Sekarang kegawatan politik yang melampau sedang dialami oleh rakyat Mesir. Tidak mustahil, jika tidak ada kejujuran dan ketelusan dalam PRU akan datang, kejadian yang serupa akan tercetus pula di Malaysia.

Namun apa yang buat Acik rasa agak lega sedikit ialah bila teringat kepada suatu cerita yang bertajuk “Thing happens for its good reasons”. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, lebih kurang begini bunyinya, “Perkara berlaku kerana hikmahnya”. Ceritanya adalah seperti berikut, jangan kemana-mana !

Pada zaman dahulu ada seorang Putera Raja (PR) bersama seorang Pengiring Setianya (PS). Dalam suatu latihan menunggang kuda Si PR telah terjatuh dari kudanya hingga satu dari jari kaki baginda terputus. Si PS dengan rasa agak sedih serta kasihan kepada tuannya itu pun berkata, “ampun tuanku, perkara berlaku kerana hikmahnya”. Dalam hatinya tidak ada sedikit habuk pun niat lain, melainkan semata-mata ingin cuba menyejukkan hati  tuannya itu. Malangnya kenyataannya itu telah dimanipulasi oleh seorang pengawal istana yang dengki terhadap Si PS tadi.  Justeru itu, atas nasihat beliau maka Si PS telah dituduh mencemar Duli Tuanku . Dengan kata lain, kenyataan Si PS disamakan dengan ungkapan “padan muka tuanku !”

Sejak dari itu Si PS itu tidak lagi kelihatan bersama-sama Si PR tersebut . Malah khabarnya Si PS telah dipejarakan. Namun, tanpa Si PS pun Si PR masih juga meneruskan ketagihannya iaitu berburu di dalam hutan. Kadang-kala baginda keluar berburu dengan keseorangan diri kerana tidak suka ditemani.

Suatu hari, kononnya baginda telah tersesat jalan. Baginda memasuki  jauh ke pendalaman hutan hingga ke kawasan yang dikuasai oleh masyarakat asli yang gemar memakan daging manusia. Lantaran itu baginda dikepung dan ditangkap untuk dijadikan lauk sempena sambutan hari jadi ketua masyarakat tersebut beberapa hari akan datang. (Harap tak usah tanyalah apa yang sedang berlaku di istana akibat kehilangan baginda sebab ia tak relevan dengan mesej yang nak disampai melalui cerita ini).

Sampai harinya maka api pun dinyalakan. Si PR pun dikeluarkan dari kurungan lalu dibaringkan dan diikat di atas usungan. Sudah menjadi adat kepercayaan bagi masyarakat asli tersebut, semasa sedang mengusungi mangsa mengelilingi unggunan api yang sedang marak menyala, seluruh badan mangsa akan diperiksa dengan penuh teliti. Jika ada apa-apa kekurangan pada anggota mangsa maka mereka akan membebaskan mangsa. Kononnya atas dasar kasihan dan kepercayaan bahawa Jika tidak dibebaskan, maka mereka akan ditimpa sial yang berpanjangan. Bagi menggantikan mangsa yang dibebaskan, seekor  binatang lain akan menjadi korban. Binatng tersebut memang telah disediakan lebih awal bagi menghadapi situasi bilamana mangsa terpaksa dibebaskan sekiranya didapati  tidak  layak dijadikan korban.

Enam pusingan telah berlalu. Hanya tinggal satu kali “tawaf” saja lagi sebelum Si PR akan dipanggang hidup-hidup di atas unggun api yang sedang menunggu mangsa itu. Dengan tak semena-mena suasana yang riuh rendah oleh kegembiraan, kini bertukar menjadi sunyi sepi. Rupa-rupa salah seorang  anggota masyarakat asli  yang sedang mengusung Si PR mengelilingi unggunan api tersebut, telah ternampak akan kekurangan sebatang jari di kaki kanan Si PR. Beliau pun melambung ke udara jamung yang dipegangnya.

Dengan isyarat lambungan jamung tersebut, setiap anggota yang hadir faham maksud isyarat tersebut lalu masing-masing bertukar menjadi sedih dan kasihan terhadap mangsa. Si PR pun diturunkan dari usungan dan dirongkai  ikatannya. Kemudian diberi pula layanan yang cukup istimewa, lebih dari apa yang pernah diterima oleh Special VIP di Malaysia. Si PR terpinga-pinga, hairan dengan apa yang dilakukan terhadap dirinya. Tapi itulah realiti yang baginda sedang alami.

Dipendekkan cerita, sesampainya kembali Si PR ke istana, baginda terus meluru ke penjara untuk bertemu dengan Si PS yang beliau penjarakan dahulu. Maka dipeluk dan diciumnya pipi hambanya itu atas rasa amat bersalah kerana telah menyalahtafsirkan ungkapannya dahulu, iaitu yang berbunyi, “perkara berlaku kerana hikmahnya” . Baginda pun menceritakan dangan panjang lebar tentang pengalamannya semasa di dalam tahanan masyarakat asli di dalam hutan baru-baru ini. Selepas mendengar cerita tersebut Si PS pun berkata, “perkara berlaku kerana hikmahnya “. Ini sekali lagi membuat si PR tercengang. Namun baginda tidak bertindak apa-apa, melainkan berdiam diri.

Sebenarnya Si PS bersyukur lega. Sebab dipenjarakanlah maka beliau terselamat dari menjadi lauk masyarakat asli di dalam hutan berkenaan. Jika tak dipenjarakan sudah tentu beliau berada bersama-sama Si PR semasa baginda ditangkap oleh masyarakat asli dulu. Akibatnya sudah tentu beliau yang dijadikan lauk sebab pada dirinya tidak ada apa-apa kecacatan yang melayakkan beliau dibebaskan.

Nilai moral dari cerita di atas:

Walaupun kita berasa sedih atau tidak berpuashati terhadap sesuatu musibah yang menimpa kita, kita harus redha dengan ketetapan Allah itu. Percayalah bahawa di sebalik musibah tersebut akan ada suatu kebaikan atau hikmah yang akan diketahui kemudiannya. Contohnya ada seorang pemuda yang gagal mengahwini seorang wanita yang sangat diminatinya.  Tidak lama kemudian baru disedari bahawa mujur beliau tak berkahwin dengan wanita berkenaan kerana didapatinya bahawa wanita tersebut mempunyai penyakit gila.  Kata Mat Saleh (mad sailor), “a blessing in disguise” bagi pemuda tersebut.  Wallahualam.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

@OPajar  13820

4uni2c #13803 Anjing Masih Bercawat Ekor

•2013-08-02 • Leave a Comment

***Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVE di kanan SKRIN, Kemudian SKROL

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)

Sepuluh Jong Masuk

Anjing Masih Bercawat Ekor

Sebenarnya, tajuk di atas adalah sebuah peribahasa Melayu. Bagi generasi sekarang mungkin tak ramai yang tahu maknanya. Malah mungkin lebih ramai yang tak pernah baca atau dengar lansung peribahasa tersebut. Jadi elok juga rasanya Acik terangkan sedikit tentang peribahasa tersebut sebelum terus pergi kepada mesej yang ingin Acik (Ayah/Abang+cik) sebarkan ini.

Acik yakin semua kita dah tahu apa itu anjing. Ya, ia adalah sejenis binatang yang jinak. Kejinakannya mungkin seperti kucing. Ia juga binatang yang sangat setia kepada tuannya. Hinggalah hamba yang tersangat setia kepada tuannya diumpamakan sebagai anjing.

Cuma orang-orang Islam saja yang sangat jarang memelihara anjing kerana adanya sedikit kontroversi dalam hukum agama terhadap binatang ini. Untuk jalan selamat, majoriti Muslim memilih untuk tidak bela langsung anjing. Bukan saja di negara kita Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Ini demi mengelakkan fitnah sesama Muslim.

Istilah “bercawat” pula digunakan bagi maksud menutupi kemaluan agar tidak terlihat oleh pihak lain. Bagi masyarakat orang Asli suatu ketika dahulu, mereka hanya memakai cawat sebagai pakaian harian mereka. Cawat mereka itu samada diperbuat dari daun, kulit-kulit kayu atau  kulit-kulit binatang. Bagi binatang anjing maka yang menjadi cawat baginya ialah ekornya sendiri.

Jong asalnya adalah sejenis kenderaan atau pengangkutan air yang agak besar dan berfungsi sebagai sebuah kapal. Biasanya jong digunakan bagi membawa masuk barang-barang yang diimport dari negara luar ke pelabuhan kita. Walaubagaimana pun, jong sekarang adalah perahu layar kecil sebagai permainan yang digunakan untuk perlumbaan.

Dalam dunia yang didominasi oleh sifat kebendaan, kemujuan adalah diukur berdasarkan factor kebendaan yang telah wujud dalam sesuatu masyarakat atau tempat. Tempat dan masyarakat yang dilengkapi dengan bermacam-macam benda, maka tempat itu akan dianggap sebagai tempat atau masyarakat yang telah mencapai kemajuan. Begitulah sebaliknya.

Apabila sudah sepuluh jong masuk menghantar perbagai barang import ke suatu tempat, maka bolehlah dianggap bahawa tempat tersebut telah menerima kemajuan atau perubahan positif.  Ini kerana tempat tersebut akan mewah dengan barang-barang dari pelbagai jenis. Namun bagi anjing, ia akan tetap seperti sediakala juga iatu tidak terkesan dengan kemajuan yang dibawa masuk dari luar melalui jong-jong itu.

Pendek kata ia (anjing) masih lagi menggunakan ekornya sebagai cawat. Sepatutnya ia dah tahu pakai “skirt” sekurang-kurangnya, kalaupun tak sampai memakai jubah.

Jika nak dirumuskan, apa yang nak digambarkan oleh peribahasa klasik tersebut ialah suatu senario di mana seseorang individu atau masyarakat atau institusi yang telah tidak mengalami apa-apa perubahan positif. Ia umpama anjing yang tetap kekal sama seperti asalnya, dahulu, kini dan selama-lamanya. Harap-harap janganlah ada pula pihak yang akan membuat laporan polis menuduh Acik menghina siapa-siapa dengan menyamakan pihak berkenaan dengan seekor anjing. Demi Allah tak adalah niat Acik sedikit habuk pun untuk berbuat demikian.

Jadi andaikata masih ada juga mana-mana hati yang ultera sensitive terhadap tulisan Acik ini, maka Acik terlebih dahulu memohon jutaan maaf zahir dan batin. Elok bagi hati-hati yang ultera sensitif itu tak terus membaca blog Acik ini ya. Namun bagi selainnya, Acik mengalu-alukan mereka membaca tulisan-tulisan Acik itu dengan hati yang terbuka. Yang baik ambillah buat tauladan dan yang sebaliknya buatlah sempadan. Selamat meneruskan bacaan anda !

Pada 1hb Ogos baru lepas Acik (Ayah/Abang+cik) ke Sekolah Kebangsaan Pos Brooke (SKPB) bersama isteri. Kunjungan kami semata-mata bagi mengenang kembali pengalaman kami semasa tinggal bersama anak-anak orang Asli beberapa tahun yang lampau. Nostalgia kata orang. Ketika itu Acik dah pencen dari jawatan dengan sebuah badan berkanun kerajaan. Jadi bolehlah ikut isteri yang bertugas sebagai seorang guru kanan pentadbiran di sekolah anak-anak orang Asli itu.

Kami bertolak dari Tanah Rata, Cameron Highlands selepas solat asar. Jarak SKPB dari Tanah Rata adalah lebih kurang 40 km. Target kami akan berbuka puasa di Kampung Raja, sebuah pekan kecil kira-kira 15 km dari sekolah tersebut. Kemudian akan ke SKPB bagi menunaikan solat tarawih bersama-sama warga sekolah itu.

Alhamdulillah target kami mengena. Kami sampai ngam-ngam masuk waktu Isya. Warga SKPB yang kami temui sesampainya kami ke dalam kawasan sekolah, tak siapa pun yang kami kenali. Namun semangat kewargaan SKPB yang masih berbaki dalam jiwa kami membuat kami tidak rasa kekok untuk bersapa dengan mereka yang kami temui di surau sekolah tersebut.

Tiba-tiba muncul seorang individu yang sangat kami hormati, memasuki surau tersebut. Tak lain dan tak bukan, beliau ialah guru besar (GB) sekolah tersebut. Acik sangat kagum dengan beliau kerana begitu tabah dan berdidikasi mendidik anak-anak orang Asli sejak tahun 2006 lagi. Hampir semua guru lain yang bertugas semasa isteri Acik masuk bertugas di sekolah tersebut telah berpindah ke sekolah lain. Namun guru besar tersebut masih kekal di situ.

Katanya, beliau tak pernah memohon untuk ditukarkan balik ke kampung halamannya di Tumpat, Kelantan.  Misinya ialah menabur bakti dengan ikhlas kepada anak-anak orang Asli yang diantaranya ada yang telah memeluk Islam. Mudah-mudahan Allah memberkati beliau atas pengorbanannya itu.

Solat Isya dan terawih diimami seorang guru penolong. GB hanya jadi makmum saja. Padahal Acik tahu beliau seorang yang berkebolehan, malah pernah menjadi Imam solat ketika Acik tinggal di SKPB dahulu. Walaubagaimanapun, atas desakan anak-anak buahnya maka beliau besetuju untuk menyampaikan sedikit tazkirah di pertengahan solat tarawih.

Tazkirah beliau sangat sesuai dengan sepuluh hari di akhir Ramadhan. Beliau menasihati ahli-ahli berjemaah semua agar merebut peluang mengejar lailatul khadar di 10 malam terakhir Ramadhan ini. Tazkirahnya lansung tidak ada berbaur politik. Tidak sepertimana GB-GB kaki ampu yang bersepah di negeri Kelantan, yang biasa Acik temui. Mungkin sebab tu kut maka beliau di”campak” begitu jauh dari kampung halamannya.

Selepas tamat solat terawih dan witir, kami dijemput beliau ke kantin. Alhamdulillah dapat pula kami  menjamu selera di kantin yang sama, tempat kami makan setiap hari ketika tinggal di sekolah tersebut dahulu.  Dalam perjalanan dari surau ke kantin, kami lihat bangunan dalam kawasan sekolah lebih banyak yang gelap dari yang cerah. Malah jika nak dibandingkan dengan ketika Acik tinggal di situ dahulu, ianya lebih gelap dari dahulu. Rasa sedih dan sayu pula mengenangkan nasib anak-anak orang Asli.

Sambil menjamu selera di kantin sempat pula isteri Acik bertanya GB tentang masaalah air. Bagi warga SKPB air merupakan satu masalah rutin sejak dahulu. Acik sendiri pun pernah ikut bersama-sama warga sekolah lain ke tempat takungan air yang menjadi sumber bekalan air ke sekolah tersebut. Jaraknya dari sekolah lebih dari satu kilo meter.

Biasanya apabila hujan terlalu lebat, tempat takungan tersebut akan dipenuhi dengan pasir.  Ini menyebabkan bekalan air ke sekolah tersebut terputus. Bagi mengatasi masalah tersebut pekerja am sekolah akan pergi ke tempat takungan air, yang terletak di atas sebuah bukit untuk membuang segala pasir dari dalam takungan tersebut. Acik sendiri juga pernah turut sama ke sana bagi membuang pasir tersebut .

Ingat kut, selapas beberapa tahun meninggalkan sekolah tersebut, bekalan air tidaklah lagi menjadi masalah kepada warga SKPB. Rupa-rupanya tidak. Seolah-olah tidak ada pihak berkuasa yang memperdulikan masalah tersebut. Seolah-olah bagi anak-anak orang Asli, air tidak dianggap penting. Kalaupun air bukan masalah besar bagi anak-anak orang Asli, bagaimana pula dengan guru-guru dan warga-warga sekolah lain yang tinggal bersama-sama dengan anak-anak orang Asli ?

Melihat kepada perubahan mendadak yang berlaku di kawasan sekeliling yang tidak jauh dari lokasi SKPB, Acik tertanya dalam hati apa dah jadi dengan segala sumber air bersih bagi masyarakat orang Asli sekarang. Apakah tindakan pihak berkuasa yang berkenaan bagi menjamin masyarakat orang Asli tidak keputusan bekalan air bersih. Harap-harap adalah tindakan tertentu yang telah dilakukan demi menjaga kebajikan mereka yang lemah dalam segala segi itu. Kasihan …..

Selain dari masalah air, SKPB juga masih mengalami masalah bekalan eletrik. Walaupun ia hanya kira-kira 15 kilo meter saja dari Cameron Highlands, namum bekalan eletrik dari TNB masih tidak dihantar ke sana. Mau tidak mahu SKPB terpaksa bergantung kepada mesin penjana tenaga (generator). Tak mampukah YAB Muhyiddin Yasin selaku seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran mengarahkan TNB untuk menyambung bekalan eletrik ke SKPB dengan kadar segera ?  Dengan adanya bekalan eletrik dari TNB, nescaya masalah bekalan air juga akan mudah diatasi. Ini kerana pam yang diperlukan bagi menyedut air dari dasar bumi memerlukan kuasa eletrik untuk berfungsi.

Tidak kurang penting ialah kemudahan komunikasi, khususnya telefon. Hingga sekarang telefon bimbit masih belum dapat berfungsi di SKPB kerena signalnya masih belum sampai. Yang peliknya, Astro boleh pula dilanggani. Bukan saja warga SKPB yang melangganinya, malah beberapa keluarga orang  Asli juga turut melangganinya.

Inilah akibat dasar pengswastaan kerajaan yang sangat mementingkan keuntungan. Kerana kurang atau tiada keuntungan segera maka kebajikan rakyat-rakyat  lemah yang memerlukan bantuan diketepikan. Bayangkan betapa susahnya warga SKPB untuk dihubungi oleh keluarga mereka di kampung bila berlakunya sesuatu yang memerlukan tindakan segera atau “emergency”.

Di sini teringat Acik akan kes anak Acik (Adam) yang terpaksa menyewa kereta untuk datang sendiri menemui Acik di SKPB, kerana tidak ada cara lain lagi untuk  menghubungi Acik .  Ketika itu adiknya (Aslam) yang sedang menuntut di  Kuala Kangsar (MCKK) ada keperluan mendesak untuk berjumpa Acik dengan segera. Aslam memohon pertolongan Adam yang ketika itu sedang menuntut di Pusat Metriku lasi di Changlon, Kedah.

Demi membantu adiknya, maka Adam terpaksa menyewa sebuah kereta, datang dari Changlon ke Kuala Kangsar mengambil Aslam, lalu membawanya ke SKPB bejumpa Acik.  Kesusahan seperti ini tidak akan berlaku sekiranya kemudahan telefon telah wujud di sekolah tersebut. Mengambil iktibar dari peristiwa tersebut, kami rasa tidak berbaloi untuk terus tinggal di SKPB. Isteri Acik pun memohon untuk bertukar ke Sekolah Rendah Kebangsaan Convent, Tanah Rata demi mengatasi masalah komunikasi.

Yang sedihnya, sampai di saat tulisan ini Acik muatkan ke dalam blog Acik, signal bagi telefon bimbit samada dari Celcom maupun Maxis masih belum sampai ke SKPB dan kawasan persekitarannya.  Oleh itu telefon bimbit masih tidak boleh berfungsi di situ.

Memandangkan keadaan kawasan-kawasan luar bandar yang keperluan asasnya pun masih serba kekurangan, hati Acik manjadi sakit bila membaca tentang projek-projek mega kerajaan. Lebih-lebih lagi terhadap projek Menara Warisan 118 tingkat yang akan menelan belanja RM5 billion itu.

Kenapalah kerajaan yang mendakwa “rakyat didahulukan” ini tergamak mengabaikan kebajikan rakyat yang hidup di kawasan-kawasan pendalaman negara. Apakah kawasan di Lembah Kelang masih belum cukup lagi membangun berbanding dengan kawasan-kawasan pendalaman ? Ini baru di Semenanjung. Bagaimana pula dengan di Sabah dan Sarawak ?  Apakah ini yang dimaksudkan dengan pembangunan seimbang dan rakyat didahulukan ?

Wallahuala

SELINGAN:

Kasut Buruk (sebuah klip video): Sila KLIK

http://www.youtube.com/watch?v=d73yGc8Sh0M

d  a  u  l  a  t      r  a  k  y  a  t   !

Lain-lain PenCERAHan yang relevan :

 

 

 

 

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   www.4uni2c.com

@OPajar # 13803

4uni2c # 13726B If a litre is enough, a gallon is a waste

•2013-07-26 • 2 Comments

*** (This article had been published in “Harakah” BIL 1867 * 27 RAMADAN -8 SYAWAL 1434 / 5 – 15 OGOS 2013 * PP 5878/07/2013(032524), on page N19)

If a litre is enough, a gallon is a waste

To begin with, Iet me reveal to my interested readers the ‘doa’ (citation) that had become my routine reading after my daily prayers. “Oh Allah, do grant me the (feeling) of love upon You, upon the angles, upon all your messengers (rasul), especially Muhammad s.a.w. (pbuh), his family members and his companions, upon all your prophets (nabi), saints (wali), learned people (alim ulama), upon people who love You and anything that brings me nearer to Your Love. And please do make me feel the love upon You is more pleasing to me, than the plain water”

I had been reading the above “doa” since I was about to graduate from University of Malaya more than 35 years ago. I quoted the doa from a religious book that had been translated into Malay. The original book was in Arabic, written by a great Islamic scholar, Al-Ghazali. In this contact, my main concern is only about the ending part of the doa which refers to “water”. It made me wonder for quite some years, why water was the object chosen by the writer to compare with the love for Allah. Why not gold or diamond which to all of us are definitely more precious than water. After a lengthy thought, finally I could appreciate why water was chosen instead of gold and diamond. Yes, if without gold or diamond any man could still live comfortably. But without water any living thing would die. Hence, it is justifiable that water is more invaluable than anything else, thus more suitable to compare it with the love for Allah, than gold and diamond.

For every Muslim, water is a very important element in his life. Prior to performing his prayer, a Muslim needs to perform ablution by using water. Ablution is a religious practice of washing one’s face, hands and feet, plus applying a little water on his hair or head before washing his feet. Taking ablution before performing a prayer is mandatory. In other words, without ablution his prayer will be considered as null and void. Hence, water is considered as very invaluable to every Muslim for his entire life, be it for the present, and as well as for the life in the hereafter.

The usage of water by all Muslims in Malaysia for ablution is certainly an interesting fact to ponder upon. One could imagine, if every Muslim adult uses to performing 5 times ablutions per day, how much water is required everyday by him alone solely for the purpose. What more if by all Muslims in Malaysia cumulatively. The volume must be very huge and significant, which deserves serious attention of the authority which is entrusted to ensure that water is always sufficient for every house hold.

I am quite sure that, almost every Muslim might easily feel offended if a non Muslim were to tell him that he is wasting water for ablution. Such remark might even be misconstrued as insulting Islam itself. This could be seen as a serious offence since Islam is the official religion of Malaysia. Since issues pertaining to others’ religious practices are considered sensitive, Muslims cannot expect that any non Muslim will dare to comment on any practice which the former claimed to be Islamic. Hence, it is the obligation of every individual Muslim to comment on what his fellow Muslims do, should he see they are deviating from the true Islamic teachings. Being a concerned Muslim, I too feel duty bound to comment on common practices by most Muslims which I see are not according to the true aspiration of Islam. My concern in this writing is particularly on the issue of water “wastage” in performing ablution.

As far as I could understand, in performing ablution, a Muslim is urged or recommended (sunat) to minimise the amount of water used. In other words, Islam does not like a Muslim to spend water lavishly for the purpose of ablution. There is even a hadith (a tradition of the messenger) which implies that minimising the amount of water for ablution is still recommended even if one is taking ablution by a riverside. Hence, what more if at places where water supply is scarce. For example the lands of deserts, including the holly lands of Mecca and Medina. Similarly, while one is in a flight on his pilgrimage to Mecca or to any other destinations.

When we were preparing to set off for our pilgrimage to Mecca some years ago, Tabung Haji (Pilgrimage Fund) officials taught us the way to minimise the use of water while on flight. We were supplied with a small bottle each, which would enable us to spray its water content when pressed on its top. The idea was to minimise the use of water in taking ablution while on flight. I think the bottle could only hold less than 0.2 litter of water which was deemed enough for one’s single ablution. This meant that it was not impossible to perform an ablution with such a little amount of water, provided we knew the way to do it and with the assistance of a device (i.e. the spray bottle).

I do not know since when the Pilgrimage Fund officials started to teach its Mecca bound clients to minimise the use of water for ablution. However, I do believe that since then a great number of Muslims in Malaysia were already informed that using minimum water for ablution is recommended (sunat) by Islam. Thus, I would expect that by now most of them are particular about the use of water for ablution. In other words, they are more conscious now about the amount of water that they would use for taking ablution. Not only conscious, but also are making effective effort to minimise its use in order to reap the highest reward as promised in the said “hadith”.

However, frankly to say, such phenomenon is not a reality yet in Malaysia today. Just take a look at most individuals taking ablution at the mosques and suraus. How many of them are conscious about the water they are using for ablution. Regret to say that most of them are using gallons of water just to perform an ablution. A gallon is equivalent to about 4 litters. While washing their faces, they just let the water flowing out of the taps wastefully. Some even turn on the taps with full blast. I guess, for an ablution each of them would spend not less than a gallon of water or even more. If five times per day, prior to performing his mandatory daily prayers, it could come up to 25 gallons each per day. Just multiply by the total number of Muslims in Malaysia performing 5 prayers per day regularly. Certainly the amount being used just for ablution alone is very huge in volume.

By portraying such scenario, I wish that every Muslim would give a thought on the issue of water. Just try to visualise the burden that he posts onto the authority, specifically the one that has been entrusted to ensure that every house hold gets enough supply of clean water daily. The people of Selangor especially should be more conscious about water now because water has become an important issue faced by them and the state government. While the water issue could be tackled at the supplying end by the government, why not effort be sufficiently made to tackle the issue at the consumption ends as well? Those at the consumption ends are made up of every single citizen including you and I.

Here, I would like to call upon all relevant parties within Muslim society in Malaysia to pay heed to the way the water is being spent. As an individual Muslim, one should feel obliged to reduce the amount of water he is using for taking ablution. He does not need to use the spray bottle but at least try to use a simple device (such as a plastic cup) for performing the ablution. By using a cup or bottle for performing ablution, he could reduce the wastage of water because the water is not let to flow out of the tap wastefully as I had mentioned ealier. He would also know the amount of water that he needs for an ablution. Hopefully, through time, he would be able to improve his ablution by reducing the amount of water he used.

On the part of the mosques and suraus, effort should be made to ensure that all taps are always in good condition so that not even a drop of water would flow out of the taps unnecessarily. Defected taps which leak water should be replaced as soon as possible. Good quality taps have some advantages. By enabling the users to control the flow of water easily, good taps help the users to minimise the use of water while performing ablution. Unfortunately, regret to disclose here that many mosques and suraus do not maintain their taps satisfactorily. As a consequence, wastage of water due to leaking is not uncommon. Not only that, wastage also occurs in the toilets when users could not control the flow of water from the tap while washing themselves. This is due to cheap and bad quality taps been installed.

Besides the mosques and suraus, all schools especially religious Islamic schools, should also emphasise on the water issue, to the students. Significant effort should be taken to train the students the technique of performing ablution by using minimum amount of water. With such training, when the students leave the school upon completing their school education, they would continue with this practice. In other words, they will not use water lavishly for performing ablution for the rest of their lives. Firstly because it had been instilled into them the principle that Islam discourages them wasting water, even for ablution. Abstaining from what Islam discourages to do will be rewarded by Allah.

Secondly, the reduction in the use of water for ablution would certainly reduce the cost on the government to provide sufficient supply of water for the whole nation. This could be considered as a very meaningful contribution of all Muslims to their nation. It also serves as a manifestation that Islam is anti wastefulness. In fact, Islam aspires for full utilization of resources irrespective of cheap or expansive resources. Water is just an example.

My experience during performing pilgrimage to Mecca had made me realised about some bad attitudes existed among our fellow Muslims with regards to water. During my three-night stay at Mina, I did come across several individuals performing ablution using mineral water from the bottles. To me, it was an abuse of a valuable resource. The mineral water was supplied by Tabung Haji solely for drinking, considering drinking water was scarce there and then. Water for ablution was already made abundantly available by the local authority of the area. However, probably due to the negligence of Tabung Haji staff to observe the stock of the bottled drinking water, these individuals could manage to abuse the water. If at such a place these individuals did not show the right attitude towards water, what could we aspect out of them at the mosques or suraus in Malaysia.

Before I pen off, let me share with my readers about how I utilised the water fully. Whenever I wanted to perform ablution at home, I would place an empty container in front of me. The purpose was to collect the water that I had already used for ablution. Then I would use the water to flush off the toilet bowl after using it. I had been doing this for the last more than 20 years. Since then, I guess I had managed to save not less than 150,000 litters of clean water from being wasted just for flushing off toilet bowls. I believe that Allah does appreciate such a little effort of mine, and had made me deserved a commensurate reward, insyaAllah (with His will). By inducing my readers now (with this writing), to practise thriftiness in using water for taking ablution, I would also hope for a greater reward from Allah in the hereafter. Wasallam.
Other Relevant information:
The way Prophet Muhammad (pbuh) performed ablution 6-minute VIDEO Clip: https://www.facebook.com/photo.php?v=10151656081231779&set=vb.708771778&type=2&theater

Ideas on how to help the ummah..

PenCERAHan terbaru ⬇️ http://www.4uni2c.com

OPajar # 13726B

4uni2c # 13726 POLIS: Fahami Akta Perhimpunan Aman

•2013-07-26 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di kanan SKRIN, kemudian SKROL.

(Pengguna smartphone (SP) sila SEARCH di sudut atas-kanan skrin SP anda)
Dari Bukit Aman oleh Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zain Timbilan KPN
Disalin dari Harian Metro 29Jun 2013 m.s. 24 Minda

Fahami Akta Perhimpunan Aman

Perhimpunan Bersih 3.0 dan Perhimpunan Janji Demokrasi pada sambutan Ambang Merdeka 2012, Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 serta Perhimpunan Blackout 505 sering mendapat liputan meluas media massa dan dibincang secara hebat melalui media alternatif dan sosial.
Sebahagian besar perbincangan berkisar kepada tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani perhimpunan ini. Tidak kurang juga mereka yang menuduh PDRM tidak professional dan tidak menghormati demokrasi atau hak kebebasan berhimpun dan bersuara.
Suatu ketika dulu, PDRM dibekalkan dengan kuasa di bawah seksyen 27 Akta Polis 1967 bagi mengawal dan meluluskan sebarang perhimpunan. Namun, ia sering menjadi topik perdebatan, termasuk di Dewan Rakyat kerana dikata mengekang kebebasan rakyat.
Untuk itu, selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) di bawah struktur transformasi politik bagi memberi hak yang lebih liberal kepada rakyat untuk berhimpun dan bersuara, kerajaan menggubal Akta 736. Ini bagi menjamin hak semua pihak terpelihara.
Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) ini selari dengan instrumen antarabangsa berkaitan dengan hak manusia sejagat seperti ‘International Convenant on Civil dan Political Rights (ACCPR)’. Mengikut akta ini juga hak yang diberi seiring dengan tanggungjawab pihak berkepentingan. Ia dibentang dan diluluskan Dewan Rakyat pada 29 November 2011 serta dikuatkuasa mulai 23 April 2012 melalui P.U.(B) 147/2012.

Demi negara sejahtera

Ingin saya jelaskan bahawa berdasarkan akta ini, ia memberi tumpuan kepada konsep mengawal selia perhimpunan aman tanpa senjata berbanding dengan penguatkuasaan undang-undang secara penyuraian yang dilaksana sebelum ini. Ia juga mengimbangi hak dan tanggungjawab semua pihak berkepentingan dengan matlamat utama ke arah kesejahteraan negara.
Berbanding dengan peraturan dulu, kini penganjur perhimpunan hanya perlu memberi notis kepada Ketua Polis Daerah (KPD) sepuluh (10) hari sebelum perhimpunan diadakan jika tempat dan lokasi adalah tempat yang tidak ditetapkan (non-designated area).
Apabila notis tersebut diterima, dalam tempoh 24 jam, KPD hendaklah memaklumkan orang berkepentingan (Seksyen 12) bagi tujuan mengambil kira kebimbangan atau bantahan mereka terhadap perhimpunan yang bakal diadakan. KPD juga boleh memanggil penganjur bila-bila masa (Seksyen 13) untuk menasihati penganjur berhubung perhimpunan.
KPD hendaklah memberi maklum balas kepada penganjur dalam tempoh lima hari daripada tarikh notis diterima daripada penganjur (Seksyen 14) serta memaklumkan mengenai sekatan dan syarat-syarat (Seksyen 15) yang dikenakan berhubung perhimpunan.
Perlu dinyatakan bahawa keperluan memberi notis tidak terpakai jika perhimpunan hendak diadakan di tempat yang ditetapkan (designated area). Penganjur yang terkilan dengan sekatan dan syarat ditetapkan boleh membuat rayuan kepada Menteri dalam tempoh 48 jam selepas pemakluman oleh KPD (Sek 16).

Penyuraian tindakan akhir

Sejak penguatkuasaan, PDRM mengambil pendekatan mengawal selia sebarang perhimpunan. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila pihak polis sentiasa memastikan usaha ke arah pematuhan undang-undang secara sukarela dilakukan sebelum sebarang tindakan tangkapan dibuat.
Orang ramai boleh menyaksikan bahawa sejak penguatkuasaan Akta 736 ini, PDRM tidak pernah mengamalkan kaedah penyuraian sebagai mamatuhi Seksyen 21 Akta 736. Setiap tindakan polis ke arah penyuraian hanya akan dilaksanakan sebagai tindakan terakhir selepas usaha lain gagal, khususnya jika berlaku dimana tindakan penganjur dan peserta perhimpunan memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Namun demikian, perlu saya ingatkan bahawa di bawah Seksyen 12 Akta 736, KPD diberi ruang budi bicara untuk mengadakan perjumpaan dengan penganjur. Malah, dalam bebarapa insiden perhimpunan yang lalu , pihak polis memanggil penganjur untuk menerangkan kebimbangan dalam mengadakan perhimpunan.
Bagaimanapun, apabila pihak penganjur didapati meneruskan niat untuk berhimpun walaupun melanggar undang-undang, maka pihak polis tiada pilihan kecuali mengawal selia perhimpnan mengikut semangat Akta 736. Dalam erti kata lain, mereka masih boleh berhimpun walaupun terdapat perlanggaran undang-undang. Sebarang penyiasatan atau pendakwan hanya akan dibuat selepas perhimpunan itu selesai.
Dalam pada itu, pelbagai usaha dan nasihat diberikan kepada orang ramai melalui media massa agar tidak menghadiri perhimmpunan yang melanggar undang-undang. Malangnya, atas nama kebebasan dan hak asasi, terdapat sebilangan rakyat sanggup mengambil risiko dan berdepan tindakan undang-undang.

Tiga aspek penting

Bagi PDRM, kita menyambut baik Akta 736 ini kerana ia mengambil kira tiga aspek penting iaitu tanggungjawab penganjur, peserta perhimpunan dan PDRM sebagaimana termaktub melalui Seksyen 6, 7 dan 8 Akta 736. Berdasarkan pengalaman lalu, beban untuk membuat penilaian aspek keselamatan dan ketenteraman awam diletakkan ke bahu PDRM.
Kini dengan adanya Akta 736, hak dan tanggungjawab semua pihak disebut dengan jelas. Ini secara langsung mengukuhkan prinsip dan semangat akauntabiliti sebagai rakyat Malaysia. Anggapan bahawa PDRM mempunyai kuasa yang amat luas memlalui Akta 736 adalah tidak benar kerana ia wajar dinilai dari perspektif penguatkuasaan undang-undang.
PDRM berperanan melaksanakan tugas mengawal selia pehimpunan berpaksikan undang-undang dengan pendekatan penuh professional. Fahamilah bahawa penguatkuasaan undang-undang baru ini dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan integrity dengan mengambil kira kepentingan semua pihak. Namun, ia memerlukan komitmen penganjur, peserta dan orang yang berkepentingan bagi memastikan ketenteraman awam dipelihara dan aman.
Penulis Timbalan Ketua Polis Negara

Lain-lain PenCEREAHan yang relevan:

HAK Rakyat Wajib DiSAMPAIkan https://4uni2c.com/2013/01/09/4uni2c13109-hkr-hak-rakyat-wajib-disampaikan/
** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK: www.4uni2c.com

@OPajar

4uni2c # 13718 Tajuk-tajuk 2012/10/16 – 2013/07/26

•2013-07-18 • Leave a Comment

4uni2c: list of titles

Archive for July, 2013

4uni2c # 13726 POLIS: Fahami Akta Perhimpunan Aman

https://4uni2c.com/2013/07/26/4uni2c-13726-polis-fahami-akta-perhimpunan-aman/?preview=true&preview_id=642&preview_nonce=7bcec63d1b

Archive for June, 2013

4uni2c # 13627 : Selamat menunaikan fardu puasa ..

https://4uni2c.com/2013/06/27/4uni2c-13627-selamat-menunaikan-fardu-puasa/

Ahmad’s SAGA #023 Wujud kes prima facie

https://4uni2c.com/2013/06/27/ahmads-saga-023-wujud-kes-prima-facie/

Ahmad’s SAGA #001-022

https://4uni2c.com/2013/06/15/ahmads-saga-001-021/

4uni2c # 13608 Dongeng Kota Damansara oleh YB Khalid Samad

https://4uni2c.com/2013/06/07/4uni2c-13608-dongeng-kota-damansara-oleh-yb-khalid-samad/

4uni2c # Kilang Dosa dan Facebook: Oleh Ustaz Zaharudin

https://4uni2c.com/2013/06/04/4uni2c-kilang-dosa-facebook/

4uni2c # 13602 SPR, Do Not Blame The Mirror For Your Bad Image.

https://4uni2c.com/2013/06/03/4uni2c-13602-spr-do-not-blame-the-mirror-for-your-bad-image/

CEREKANA #13602 Strategi Nasi Lemak

https://4uni2c.com/2013/06/02/cerekana-13602-strategi-nasi-lemak/

Archive for May, 2013

Adam Adli’s SAGA #101 Apakah Yang Adam Adli Mahu ?

https://4uni2c.com/2013/05/24/adam-adlis-saga-101-apakah-yang-adam-adli-mahu/

Ahmad’s SAGA #022 CAHAYA di hujung terowong

https://4uni2c.com/2013/05/18/550/

4uni2c #13518 Mari Tolak RACISMA !

https://4uni2c.com/2013/05/18/4uni2c-13518-mari-tolak-racisma/

4uni2c #13512: Pelbagai peNIPUan dalam PRU13

https://4uni2c.com/2013/05/12/4uni2c-13512-pelbagai-penipuan-dalam-pru13/

4uni2c #13505 SPR: Penipu atau Tertipu ?

https://4uni2c.com/2013/05/05/4uni2c-13505-spr-penipu-atau-tertipu

Archive for April, 2013

CEREKANA # 13422 Al Maha-TIRI Wal Maha-TIRU

https://4uni2c.com/2013/04/21/cerekana-13422-al-maha-tiri-wal-maha-tiru/

Archive for March, 2013

4uni2c # 13327 Tun Dr Maha Cadangkan Ahli ABU Jadi PM ?

https://4uni2c.com/2013/03/27/4uni2c-13327-umno-politik-wang/

4uni2c # 13323 Barua dan jentera Daulah – Hishamuddin Rais

https://4uni2c.com/2013/03/23/4uni2c-13323-barua-dan-jentera-daulah-hishamuddin-rais/

4uni2c # 13320 Dr Mahathir PemBOHONG !

https://4uni2c.com/2013/03/20/4uni2c-13320-dr-mahathir-pembohong/

Tian Chua’s SAGA #M101 Pertuduhan ….

https://4uni2c.com/2013/03/16/tian-chuas-saga-m101-pertuduhan/

CEREKANA # 13311 Strategi Nasi Lemak

https://4uni2c.com/2013/03/11/cerekana-13311-strategi-nasi-lemak/

4uni2c # 13310 YB Tian Chua Lebih BAHAYA ?

https://4uni2c.com/2013/03/09/4uni2c-13310-yb-tian-chua-lebih-bahaya/

4uni2c #13310 Fahami Kaedah TAHAN Suspek

https://4uni2c.com/2013/03/09/4uni2c-13310-fahami-kaedah-tahan-suspek/

4uni2c #13309 UMNO & Politik WANG

https://4uni2c.com/2013/03/09/4uni2c-13309-politik-wang/

Archive for February, 2013

Ahmad’s SAGA #021 Undang-Undang Perlu DiHORMATI Semua

https://4uni2c.com/2013/02/28/ahmads-saga-021-undang-undang-perlu-dihormati-semua/

4uni2c #13225 Si BANGANG Saja Layak DiTIPU BN

https://4uni2c.com/2013/02/25/4uni2c-13225-si-bangan-saja-layak-ditipu-bn/

CEREKANA #13225 Sheriff Yang BANGANG

https://4uni2c.com/2013/02/25/cerekan-13225-sheriff-yang-bangang/

4uni2c#13224 Ketegasan Polis Singapura

https://4uni2c.com/2013/02/24/4uni2c13224-ketegasan-polis-singapura/

Ahmad’s SAGA #020 A Friend in Need is The Friend Indeed

https://4uni2c.com/2013/02/05/ahmads-saga-020-a-friend-in-need-is-a-friend-indeed/

Ahmad’s SAGA #019 Mengapa BerHIJRAH ?

https://4uni2c.com/2013/02/04/ahmads-saga-019-mengapa-berhijrah/

4uni2c #13202 Tun Dr M: “Jasa”mu Dikenang !

https://4uni2c.com/2013/02/02/4uni2c-13202-tun-dr-m-jasamu-dikenang/

Archive for January, 2013

4uni2c#13131 Dasar PPSMI dan Menteri Yang Gopoh

https://4uni2c.com/2013/01/31/4uni2c13131-dasar-ppsmi-dan-menteri-yang-gopoh/

4uni2c#13125 Dihukum Kerana Meramal PR Menang PRU13

https://4uni2c.com/2013/01/25/4uni2c13125-dihukum-kerana-meramal-pr-menang-pru13/

4uni2c #13120 Kredit Prabayar diRAGUT !

https://4uni2c.com/2013/01/19/297/

Ahmad’s SAGA #018 IKTIBAR Untuk Semua

https://4uni2c.com/2013/01/17/ahmads-saga-018-iktibar-untuk-semua/

Ahmad’s SAGA #017 Bagai BerHAKIMkan BERUK

https://4uni2c.com/2013/01/10/ahmads-saga-017-bagai-berhakimkan-beruk/

4uni2c#13109 HKR: HAK Rakyat Wajib DiSAMPAIkan

https://4uni2c.com/2013/01/09/4uni2c13109-hkr-hak-rakyat-wajib-disampaikan/

Archive for December, 2012

Ahmad’s SAGA #016 Gajah Sama Gajah Berjuang

https://4uni2c.com/2012/12/30/ahmads-saga-016-gajah-sama-gajah-berjuang/

4uni2c#12z25 BR1M 2.0 dan Strategi Abu Nawas

https://4uni2c.com/2012/12/25/4uni2c12z25-br1m-2-0-dan-strategi-abu-nawas/

Ahmad’s SAGA #201 A Catalyst of Change

https://4uni2c.com/2012/12/24/ahmads-saga-201-a-catalyst-of-change/

politik#12z23 pas melencong dari perjuang asal ?

https://4uni2c.com/2012/12/23/politik12z23-pas-melencong-dari-perjuang-asal/

4uni2c #12z23 agenda pr untuk wanita malaysia

https://4uni2c.com/2012/12/22/4uni2c-12z23-agenda-pr-untuk-wanita-malaysia/

Faith #12722 Silence is Golden

https://4uni2c.com/2012/12/22/4uni2c-12722-silence-is-golden/

Ahmad’s SAGA #015 Peguam GANGGU Kerja Polis ?

https://4uni2c.com/2012/12/16/ahmads-saga-015-peguam-ganggu-kerja-polis/

CEREKANA #11Z12 Strategi Barua Jepang

https://4uni2c.com/2012/12/16/cerekana-11z12-strategi-barua-jepang/

Ahmad’s SAGA #014 adik Aminulrasyid lebih malang ?

https://4uni2c.com/2012/12/13/ahmads-saga-014-adik-aminulrasyid-lebih-malang/

4uni2c #12Z11 PeRAGUT sen-sen BerLESEN …

https://4uni2c.com/2012/12/11/4uni2c-12z11-peragut-sen-sen-berlesen/

CEREKANA #12705 Kisah Si Buta Yang Celik

https://4uni2c.com/2012/12/09/cerekana-12705-kisah-si-buta-yang-celik/

Ahmad’s SAGA #013 Janji diCAPATI

https://4uni2c.com/2012/12/09/ahmads-saga-013-janji-dicapati/

CEREKANA #12Z08 Pesakit Otak Dakwa Doktornya GILA

https://4uni2c.com/2012/12/07/cerekana-12z08-pesakit-otak-dakwa/

CEREKANA #12Z07 Jangan Tanya Uz Don’t

https://4uni2c.com/2012/12/07/4uni2c-12z07-jangan-tanya-uz-dont/

Ahmad’s SAGA #012 Polis pun KELIRU ?

https://4uni2c.com/2012/12/07/ahmads-saga-012-polis-pun-keliru/

4uni2c #12Z04 PERAGUT sen-sen BERLESEN ….

https://4uni2c.com/2012/12/03/4uni2c-12z04-peragut-sen-sen-berlesen/

Ahmad’s SAGA #011 Korban Kakak

https://4uni2c.com/2012/12/02/ahmads-saga-011-korban-kakak/

Archive for November, 2012

Ahmad’s SAGA #010 Strategi BARUA Jepang

https://4uni2c.com/2012/11/29/ahmads-saga-010-strategi-barua-jepang/

Strategi TPM (Tun Perak Melaka)

https://4uni2c.com/2012/11/29/strategi-tpm-tun-perak-melaka/

Ahmad’s SAGA #009 …SB mohon maaf …

https://4uni2c.com/2012/11/26/ahmads-saga-009-sb-mohon-maaf/

Ahmad’s SAGA #008 Dipaksa Mengaku ‘Zul Yahaya’

https://4uni2c.com/2012/11/23/ahmads-saga-008-dipaksa-mengaku-zul-yahaya/

Ahmad’s SAGA #007 Pendakwaan TerPILIH

https://4uni2c.com/2012/11/21/ahmads-saga-007-pendakwaan-terpilih/

Ahmad’s SAGA #006 Kisah Si Kentut Busuk

https://4uni2c.com/2012/11/19/ahmads-saga-006-kisah-si-kentut-busuk/

Ahmad’s SAGA #005 Strategi Ikan Todak

https://4uni2c.com/2012/11/16/strategi-ikan-todak/

Ahmad’s SAGA #004 Persepsi Seorang “Penangite”

https://4uni2c.com/2012/11/16/ahmads-saga-004-persepsi-seorang-penangite/

Ahmad’s SAGA #002 Bila Guru Kencing Berdiri

https://4uni2c.com/2012/11/15/bila-guru-kencing-berdiri/

Ahmad’s SAGA #001 Kes Ahmad Pemangkin ……

https://4uni2c.com/2012/11/12/ahmads-saga-001/

Ahmad’s SAGA #003: Kisah Arnab Menjadi BERUANG

https://4uni2c.com/2012/11/11/kisah-arnab-menjadi-beruang/

Strategi BARUA Jepang

https://4uni2c.com/2012/11/09/strategi-barua-jepang/

Strategi Tun Perak Melaka (TPM)

https://4uni2c.com/2012/11/09/strategi-tun-perak-melaka-tpm/

Archive for October, 2012

Khutbah Terakhir Nabi s.a.w.

https://4uni2c.com/2012/10/26/khutbah-terakhir-nabi-s-a-w/

CEREKANA #12X26 Maula Mulia

https://4uni2c.com/2012/10/26/maula-mulia/

CEREKANA #12X21 Kisah Pemandu Yang BANGANG (The confused driver)

https://4uni2c.com/2012/10/21/kisah-pemandu-yang-bangang-the-confused-driver/

CEREKANA #12X18 Al Maha-TIRIS Wal Maha-TIRU

https://4uni2c.com/2012/10/18/al-maha-tiris-wal-maha-tiru-2/

CEREKANA #12X16 Kisah Gajah Berak Kek

https://4uni2c.com/2012/10/16/kisah-gajah-ber/

Hello world!

4uni2c # 13627 : Selamat menunaikan fardu puasa ..

•2013-06-27 • Leave a Comment

Assalamualaikum w.w.

Sempena menyambut Ramadhan yang menjelang tiba, maka inginlah Acik merebut kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua rakan FB Acik, “SELAMAT menunaikan fardu puasa”. Semoga puasa kita kali ini adalah lebih baik (di sisi Allah s.w. t) dari yang lepas-lepas.

Sambil tu marilah kita sama-sama renungi  semula:

#1. isi kandungan khutbah terakhir junjungan besar kita Rasul s.a.w. seperti berikut. Sila KLIK di bawah.

https://4uni2c.com/2012/10/26/khutbah-terakhir-nabi-s-a-w/

#2. Amalan kita yang mungkin perlu kita lakukan pembaikan demi menjaga keharmonian berjiran. Sila KLIK di bawah:

https://4uni2c.com/2012/12/22/4uni2c-12722-silence-is-golden/

 

 

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

Ahmad’s SAGA #023 Wujud kes prima facie

•2013-06-27 • Leave a Comment

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

Wujud kes prima facie angkara hina Sultan Johor

Dalam akhbar KOSMO bertarikh 15 Jun 2013 di muka surat 2, ada sebuah tajuk berbunyi, “Eksekutif guna kata-kata kesat di Facebook diarah bela diri angkara hina Sultan Johor. Malah di bawah gambar OKD (Orang Kena Dakwa) ada dicatit perkataan “didapati bersalah”.  Ia adalah merujuk kepada kes dakwaan terhadap anak Acik yang bernama Ahmad Abd Jalil itu. Khabarnya, berita yang sama juga terbit dalam akhar Berita Harian dan Harian Metro pada tarikh yang sama (15 Jun 2013). Tajuk tersebut agak menarik perhatian Acik dan mendorong Acik untuk menulis sikit komen di sini.

14June 2013 yang lepas adalah tarikh dimana Tuan Hakim yang membicarakan Ahmad atas tuduhan berkenaan, membuat keputusan. Dari dua tuduhan yang didakwak terhadap Ahmad, satu daripadanya didapati tidak wujud kes prima facie. Alhamdulillah.  Walaubagaimanapun, bagi tuduhan yang satu lagi itu, Ahmad diarah membela diri pada 25 dan 26 Julai akan datang. Dalam kes tersebut Ahmad dituduh telah memuatnaikan satu status menghina YM Sultan Johor ke dalam Face Booknya yang menggunakan profile “Zul Yahaya”. Tuduhan pertama ialah, beliau telah melakukan jenayah berkenaan pada 10 Oktober 2012 dan tuduhan kedua pula ialah beliau telah melakukan jenayah yang serupa pada 12 OKtober 2012. Yang didapati tidak wujud kes prima facie ialah bagi tuduhan kedua.

Kata peribahasa Melayu, “JAUHARI juga yang kenal MANIKAM”. Apa tidaknya, kan kedua-dua mereka adalah “sahabat” rapat walaupun berlainan “bangsa”.  Oleh sebab Acik bukanlah jauhari maka tak mungkin Acik berani mendakwa kenal dengan manikam. Walaubagaimana pun, dengan membelek-belek batu-batu yang dikatakan manikam itu, nescaya sikit sebanyak akan mampu juga Acik membuat sedikit penilaian terhadap manikam-manikam itu. Sekurang-kurang tahu juga membezakan yang mana kilauannya lebih baik dari yang lain.  Yang mana bentuknya lebih menarik dari yang lain. Dan jika nak dijual, yang manakah yang akan mampu meraih harga yang lebih mahal dari yang lain. Begitu juga bagi seorang yang bukan pakar emas. Oleh kerana beliau telah pernah membeli gelang emas untuk anak-anak perempuannya beberapa kali, nescaya sikit sebanyak tahu juga ia membezakan antara emas tulen dengan emas ZHULiAN.

Begitulah dalam proses perbicaraan. Kerana telah mengikuti sessi perbicaraan terhadap Ahmad sejak dari awal, maka sikit sebanyak mampulah juga Acik membuat penilaian terhadap perbicaraan tersebut, walaupun Acik bukanlah “jauhari” dalam bidang undang-undang. Yang dianggap paling ”jauhari”  dalam bidang undang-undang, yang dapat membezakan dengan tepat antara  “adil” dan “zalim” adalah hakim.  Pendakwa raya dan juga peguam bela pun masih dikira kurang mahir dalam proses menjatuhkan hukuman ke atas OKD (Orang Kena Dakwa) berbanding dengan hakim yang ditugaskan mengadili OKD.

Peranan pendakwa ialah berusaha mewujud kes prima facie bagi tuduhan yang dilemparkan terhadap OKD. Bermacam-macamlah bukti akan diketengahkan demi mempengaruhi hakim agar yakin bahawa tuduhan yang didakwa terhadap OKD adalah berdasarkan asas atau bukti-bukti yang kukuh, tanpa ada keraguan yang munasabah. Mungkin pembaca masih boleh ingat lagi bagaimana sebuah tilam besar diusung ke Mahkamah ketika kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (Mantan TPM) dibicarakan atas tuduh liwat dahulu. Tujuannya adalah semata-mata bagi menyakinkan hakim bahawa tuduhan tersebut benar-benar berasas dan sang tilam itu adalah sebagai buktinya.

Sebaliknya, peranan peguam bela adalah berbeza 180 darjah.  Jika pendakwa kata kanan, maka peguam bela akan cuba mendustakannya dengan membuktikan ia bukan kanan tetapi kiri. Peguam bela akan berusaha gila-gila untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap dakwaan pihak pendakwa raya tadi. Peguam bela akan berusaha supaya  keyakinan hakim tersebut terhadap pihak pendakwaan menjadi cair. Dengan kata lain, membuat hakim meragui bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Di hadapan hakim mungkin ada 1,000 pasang mata yang memerhati dengan pandangan yang tajam. Di hadapan hakim juga mungkin ada 1,001 pasang telinga yang mendengar dengan teliti. Namun kehadiran mereka ini tidak punyai apa-apa makna sekiranya si hakim lebih percaya hujah atau taksub kepada pendakwa. Begitu juga, kehadiran mereka semua tidak punyai apa-apa makna sekiranya si hakim lebih percaya hujah atau taksub kepada peguam bela. Pendek kata, jika hakim percaya sesuatu itu sebagai berwarna putih (kerana terpengaruh dengan hujah pendakwa), sedangkan seluruh mata yang ada dalam mahkamah itu melihatnya sebagai kelabu, maka keputusan muktamatnya adalah tetap putih, bukan kelabu.  Begitu juga, jika hakim lebih percaya bahawa bunyi yang dirakam pihak pendakwaan itu adalah bunyi tembakan senapang M16, sedangkan 1001 pasang telinga yang berada dalam mahkamah itu lebih percaya ianya bunyi mercun, maka keputusan muktamadnya ialah bunyi tersebut tetap bunyi tembakan M16 bukan bunyi mercun.

Begitu sekali “power”nya hakim dalam setiap proses perbicaraan. Begitu berkuasanya hakim ketika membuat sesuatu keputusan. Bagi Acik, keputusan hakim adalah dianggap lebih maksum dari keputusan Nabi s.a.w.  Ketika baginda memutuskan untuk menentukan kedudukan atau lokasi pasukan tenteranya dalam satu peperangan, tiba-tiba datang seorang sahabat kehadapan baginda. Sahabat berkenaan bertanya kepada baginda s.a.w. samada baginda mendapat wahyu untuk berbuat demikian. Apabila baginda berterus terang menyatakan bahawa itu adalah idea baginda sendiri, maka sahabat tersebut pun mengemukakan ideanya sebagai satu alternatif. Memandangkan sahabat tersebut adalah terkenal sebagai seorang yang pakar dalam strategi peperangan berbanding dengan diri baginda sendiri, maka baginda dengan tawadhu menerimapakai usul sahabatnya itu serta meninggalkan ideanya sendiri. Senario begini tidak pernah berlaku dan tak mungkin akan berlaku di dalam mana-mana mahkamah di dunia ini.

Oleh yang demikian, apa yang diputuskan oleh Tuan Hakim, maka ianya adalah dianggap paling tepat dan muktamad. Tidak ada pihak yang berada di dalam mahkamah ketika itu yang boleh mempertikaikan keputusan beliau itu.  Pendek kata,  jika putih kata Hakim maka putihlah ia, jika kelabu (malah hitam) kata Hakim maka kelabulah (malah hitamlah) ianya. Kalau setuju pun terima, jika tak setuju pun kena redha. Jika tidak terima atau tidak redha dengan keputusan Hakim pun,  maka diam adalah reaksi paling selamat. Jika ada mana-mana  induvidu yang melahirkan rasa tidak puas hati atau tidak redha dengan keputusan Tuan Hakim itu, dia akan dikira menghina mahkamah.

Dalam sejarah mahkamah di Malaysia, bukan tak ada langsung orang yang berani menzahirkan ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan yang dijatuhkan oleh Tuan Hakim. Jika pembaca masih ingat, dulu kan ada satu kes dimana orang yang kena tuduh telah membaling selipar kearah Tuan Hakim sebab tak berpuas hati dengan keputusan Tuan Hakim. Akibatnya beliau didakwa menghina mahkamah lalu dijatuhi hukuman penjara.

Sebenarnya keputusan yang dianggap tidak adil adalah merupakan satu provokasi terhadap mangsa ketidakadilan tersebut.  Namun, Acik lebih suka  menganggap ianya sebagai suatu ujian kepada pihak yang dihukum “bersalah” tentang aspek kesabaran. Sewajarnya, sebagai seorang OKD  dia kenalah terima hakikat bahawa dia adalah seperti mentimun. Sedangkan Tuan Hakim adalah ibarat durian. Jika dirempuh pun dia (OKD) cedera,  jika merempuh pun dia (OKD) cedera, malah akan lebih parah lagi kecederaannya itu.

Walau apapun, semua orang wajar yakin terhadap kearifan dan kejujuran Tuan Hakim.  Bukan saja arif (bijaksana) dan jujur, malah Tuan Hakim juga wajar dianggap sebagai individu yang berpegang teguh dengan prinsip keadilan. Rata-rata, hakim akan berpegang kepada prinsip yang mengatakan bahawa “menghukum seorang OKD yang tak bersalah adalah lebih buruk dari melepaskan sepuluh orang OKD yang bersalah”.

Maksudnya ialah, dalam setiap perbicaraan, tuan hakim tidak dapat elak dari kemungkinan melakukan salah satu dari dua kesilapan.  Kesilapan pertama ialah seseorang OKD yang dihukum sebagai bersalah itu adalah pada hakikatnya tidak bersalah. Hanya Allah saja tahu bahawa beliau tidak bersalah sebagaimana beliau didakwa.  Namun atas kelemahan tertentu dalam sistem pengadilan, maka OKD berkenaan akhirnya diputuskan bersalah lalu dijatuhi hukuman.

Kesilapan kedua pula ialah OKD berkenaan memang telah melakukan kesalahan dan wajar menerima hukuman yang setimpal. Namun begitu, beliau telah dibebaskan oleh hakim kerana ada benda-benda tertentu yang telah menimbulkan keraguan di hati hakim terhadap bukti-bukti yang kemukakan kepadanya sebagai asas pendakwaan.

Pendakwa dan peguam bela dikira telah melaksanakn peranan masing-masing sebagai penyumbang kepada usaha menegakkan keadilan.  Keadilan yang Acik maksudkan ialah membebas dan melepas OKD yang tak bersalah dan menghukum OKD yang bersalah.  Namun khususnya bagi kes Ahmad, kemungkin yang wujud ialah Ahmad diputuskan bersalah lalu dijatuhi hukuman yang dikira setimpal dengan kesalahannya. Ataupun Ahmad diputuskan tak bersalah lalu dibebas dan dilepaskan.

Pihak yang membuat dakwaan terhadap Ahmad mungkin tidak menerima apa-apa hukuman sekiranya dakwaannya itu kantoi. Begitu juga dengan pihak yang membuat laporan polis yang mengatakan Ahmad telah memaki YM Sultan itu. Mereka ini tidak menanggung apa-apa kerugian walaupun dakwaan yang dicetuskan oleh mereka itu terbukti tidak berasas.

Senario yang kita boleh lihat dalam undang-undang hudud adalah agak berbeza. Misalnya, seorang hamba Allah telah dituduh melakukan maksiat zina. Maka si penuduh adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan empat orang lelaki sebagai saksi. Keempat-empat saksi tersebut hendaklah terdiri dari individu yang kredibilitinya tidak ada kontroversi. Dan keempat-empat saksi tersebut mestilah benar-benar melihat perlakuan zina oleh OKD (Orang Kena Dakwa) sepertimana melihat keris masuk ke dalam sarung. Akan tetapi, sekiranya salah seorang saja dari empat saksi itu gagal menyaksikan perlakuan tersebut dengan jelas, maka OKD adalah dikira bebas dari tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Yang agak istemewa bagi hukum hudud ialah, jika OKD dibebaskan, maka si penuduh tidak pula dibiar begitu saja. Si penuduh akan dikira telah melakukan suatu penganiayaan ke atas bekas OKD. Selain beliau, yang turut disabitkan dengan kesalahan melakukan penganiayaan tersebut ialah rakan-rakan konspirasinya yang bersama-samanya mendakwa bekas OKD melakukan kesalahan zina. Keempat-empat mereka ini akan menerima “hadiah” yang berupa 8o kali sebatan setiap seorang. Bukan itu saja, malah kesaksian mereka selepas itu tidak lagi laku. Dalam sejarah perundangan Islam kejadian demikian memang pernah berlaku.

Menggunakan prinsip hukum hudud di atas,  Acik rasa adalah lebih adil. Ia akan membuat semua orang berfikir berulang kali sebelum mencetuskan sebarang tuduhan negatif terhadap mana-mana pihak.  Bakal penuduh akan lebih bertanggungjawab terhadap laporan yang akan dibuatnya kerana ianya akan membawa implikasi ke atas dirinya sendiri, samada positif maupun sebaliknya. Jika laporannya itu berakhir dengan OKD dihukum, maka jadilah si penuduh seorang hero kerana berjaya menyumbang kearah menegah orang lain dari turut melakukan kesalahan yang sama. Namun, jika tuduhannya itu kantoi maka si penuduh tersebut kenalah “accountable” di atas kesilapan yang dilakukannya itu.

Berbalik kepada kes Ahmad, Acik masih penuh yakin bahawa Ahmad tetap tidak bersalah. Acik penuh yakin bahawa pemilik akaun Facebook  “Zul Yahaya“ itu bukanlah Ahmad. Justeru itu mustahil Ahmad boleh menggunakan Facebook tersebut bagi menaikmuatkan apa-apa status seperti yang didakwa oleh pihak pendakwaan. Ini adalah persepsi Acik terhadap kes Ahmad. Samada Ahmad akan dijatuhi hukuman bersalah ataupun sebaliknya, itu adalah hak Hakim yang diberi mandat untuk membuat keputusan.  Namun pada persepsi Acik, Ahmad tetap tidak bersalah.  Samalah macam keputusan PRU13 yang lepas.  Acik tetap yakin bahawa pihak yang menang sebenarnya ialah PR bukan BN. Walaupun yang telah pun menubuhkan kerajaan adalah BN, namun pada persepsi Acik, yang menang PRU13 tetap PR. Menukar persepsi seseorang itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Ia macam cuba mengubah akidah atau agama seseorang.

Sama-samalah kita tunggu apakah yang telah ditakdirkan oleh Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa untuk Ahmad pada 25 atau 26 Julai nanti. Jika untung sabut maka timbullah ia, jika untung batu maka tenggelamlah ia. Namun, Acik dengan rendah diri memohon kepada setiap pembaca agar pakat-pakatlah  tolong doa supaya Ahmad dilepas dan dibebaskan. Negara tak akan untung apa-apa jika Ahmad dihukum.  Negara juga tidak akan rugi jika Ahmad dibebaskan.  Malah jika Ahmad dibebaskan maka akan terselamatlah sumber-sumber negara yang bakal di”bazir”kan bagitu saja, akibat terus menangani kes beliau.

Sedangkan tiap-tiap hari akbar Harian Metro melaporkan berbagai  pelakuan jenayah. Apakah kes-kes seperti kes Ahmad ini masih dikira lebih berbahaya kepada negara dan rakyat jelata berbanding dengan pelakuan-pelakuan jenayah tersebut ?   Bagi rakyat yang befikiran waras lagi rasional, maka sudah tentulah inginkan supaya  kerajaan akan lebih memberi  keutamaan terhadap usaha membenteras jenayah. Ini kerana jenayah adalah jauh lebih mengancam keselamatan negara dan menjejaskan kebahgian seluruh rakyat jelata.

Justeru ini segala sumber-sumber kerajaan yang sangat berharga lagi terhad itu, lebih aula dimunafaatkan bagi memerangi penjenayah-penjenayah tersebut.  Sumber-sumber yang dimaksudkan itu adalah berupa  harta, masa, tenaga dan kepakaran anggota-anggota Polis, mahkamah (terutamanya Hakim), peguam bela dan pihak pendakwa sendiri.  Malah termasuk juga harta, masa dan tenaga semua pihak yang turut terlibat dalam kes Ahmad ini, samada yang menyokong pihak pendakwa  maupun yang membela OKD.  Wallahualam.

PenCERAHan lain yang relevan:

Ahmad’s SAGA #022  Cahaya di hujung terowong   https://4uni2c.com/2013/05/18/550/

Ahmad’s SAGA #024  Garbage in Garbage out (GiGo)   https://4uni2c.com/2013/09/19/ahmads-saga-24-garbage-in-garbage-out-gigo/

*** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://ww.4wuni2c.com

 

4uni2c # 13608 Dongeng Kota Damansara oleh YB Khalid Samad

•2013-06-07 • Leave a Comment

 

SELINGAN:

Terlebih dahulu sila tonton klip video berikut    http://youtu.be/BhHMWsYliDo

 

Dongeng Kota Damansara Oleh YB Khalid Samad

Sila KLIK para berikut:

http://www.khalidsamad.com/2013/06/kisah-dogeng-kota-damansara.html

4uni2c # Kilang Dosa dan Facebook: Oleh Ustaz Zaharudin

•2013-06-04 • Leave a Comment

Kilang Dosa & Facebook

Sila KLIK para berikut:

https://www.facebook.com/photo.php?v=1172932578906&set=vb.226669856575&type=2&theater

4uni2c # 13602 SPR, Do Not Blame The Mirror For Your Bad Image.

•2013-06-03 • Leave a Comment

4uni2c #13603 SPR: Do Not Blame The Mirror For Your Bad Image

*** Untuk men CARI  lain-lain TAJUK sila KLIK nama bulan di bawah ARCHIVES di  kanan SKRIN, kemudian SKROL.

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

198109_505318179517749_1434162629_n

SPR, Do Not Blame The Mirror For Your Bad Image

Mirror is an object which is normally used for viewing our own image. Practically every home has a mirror each. Some even have more. The difference between a good quality mirror and the bad one is that the former shows the image of an object exactly as it really is, while the latter shows it with some distortion. One phenomenon of a mirror is that it does not show the right side of an object as its right side. Instead, it shows the right side as its left side and the vice versa. Hence, it  gives us some difficulty to read a writing reflected in a mirror. Example, we could not easily figure out or read the plate number of the following vehicle behind us by viewing it through the side mirror of our car.

Despite the phenomenon as mentioned above, we could take for granted that a mirror is a good “friend” of ours because it helps us to identify our bad showings. In other words, if we have bad showings like over applying cosmetic material on our face, the mirror will “tell” it to us exactly. It never cheat us by flattering us or by showing our bad image as good.

Though mirror could help us to correct our physical weakness, it does not care about the other aspects of ourselves which are more important.  No mirror could identify our bad characters, dirty habits, bad values that we subscribed to, and etc. Hence, we have no choice except to depend on the “big mirror”.   The big mirror here I meant the fellow human beings surrounding us most of the time.  If most of them portrayed our personal image as good, then the chances are we are  genuinely good individuals. So is the other wise.

I wish to relate this analogy to the recent General Election. Most people who were concerned about the quality of an election procedure had portrayed a very bad image for the SPR. If the body had discharged its duty responsibly and with acceptable integrity,  surely  the image that had been portrayed by the people about it in general, was favorable. Hence, SPR should not blame the parties who painted its image as horror.  As the saying puts it, “do not blame the mirror for your bad image

** Untuk ke menu UTAMA sila KLIK:   http://www.4uni2c.com

Lain-lain TAJUK yang RELEVAN, Sila KLIK alamat-alamat berikut :

https://4uni2c.com/2013/05/05/4uni2c-13505-spr-penipu-atau-tertipu/

https://4uni2c.com/2013/05/24/adam-adlis-saga-101-apakah-yang-adam-adli-mahu/

https://4uni2c.com/2013/05/12/4uni2c-13512-pelbagai-penipuan-dalam-pru13/

Analisis keputsan PRU:  Sila KLIK para berikut:

OPajar #13603